Muhamad Zukery bin Mahmad Nor Nurul Aini binti Abdul Ghani
Editor Muhammad Fazli bin Jasli Editor Pengurusan Fara Diba binti Badrul Hisham Penulis Muhamad Zukery bin Mahmad Nor Nurul Aini binti Abdul Ghani Pereka Kulit Buku dan Grafik Suriawati binti Mohd Fadzil Penerbit Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Cetakan Pertama 2018 © Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang boleh disiar-terbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara sekalipun, termasuklah elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa mendapat izin bertulis daripada penerbit dan pemilik hak cipta. Perpustakaan Negara Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia TEKNIK PANTAS @ LUKISAN KEJURUTERAAN ISBN 978-967-0823-70-6
1 Isi Kandungan Muka Surat 1.0 Pengenalan 3 1.1 Jenis-Jenis Lukisan Kejuruteraan 4 1.2 Alatan Dalam Lukisan Kejuruteraan 5 1.3 Jenis-Jenis Garisan 14 1.4 Jenis-Jenis Penghurufan 17 2.0 Lukisan Geometri 20 2.1 Asas Lukisan Geometri 20 2.2 Cara Mudah Melukis Lukisan Geometri 21 3.0 Lukisan Ortografik 41 3.1 Asas Lukisan Ortografik 43 3.1 Cara Mudah Melukis Unjuran Dalam Lukisan Ortografik 48 4.0 Lukisan Isometrik Dan Oblik 54 4.1 Asas Lukisan Isometrik Dan Oblik 56 4.2 Cara Mudah membina Sudut Dalam Lukisan Isometrik dan Oblik 57 4.3 Cara Mudah Melukis Lukisan Isometrik & Oblik 60 4.4 Perbezaan Lukisan Isometrik Dan Oblik 61 5.0 Lukisan Perspektif 63 5.1 Asas Lukisan Perspektif 64 5.2 Alatan Dalam Melukis Lukisan Perspektif 65 5.3 Pandangan Dalam Lukisan Perspektif 66 5.4 Cara Mudah Melukis Lukisan Perspektif 69 Senarai Rajah 75 Senarai Jadual 78 Bibliografi 79
2
3 1.0 Pengenalan Lukisan kejuruteraan juga dikenali sebagai lukisan teknik adalah cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang mengambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni bina dan kejuruteraan. Dengan kata lain lukisan kejuruteraan merupakan alat komunikasi atau bahasa perhubungan di kalangan mereka yang terlibat dengan dunia kejuruteraan. Ia adalah satu dokumen, dalam bentuk bergambar dan sedikit nota. Ia mengandungi semua maklumat penting bagi tujuan pembuatan atau pengilangan; iaitu mungkin mengandungi satu komponen tunggal, sebahagian kumpulan binaan atau satu barangan lengkap yang menunjukkan keseluruhan komponen. Lukisan teknik adalah cara menyampaikan maklumat mengenai projek dengan menggunakan gambaran grafik atau lukisan. Lukisan kerja memberikan maklumat penting sperti saiz dan bentuk sesuatu projek yang akan dihasilkan.
4 1.1 Jenis-Jenis Lukisan Kejuruteraan Lukisan kejuruteraan merupakan lukisan garisan yang dibentuk daripada pensel. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan, bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci dan disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan. Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua iaitu : a) Lukisan Mesin Lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada proses mencantum dan membuka komponen untuk memenuhi tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan. b) Lukisan Kerja Lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu. Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu komponen. Lukisan ini termasuklah lukisan terperinci, lukisan butir, lukisan bahagian dan lukisan pembuatan.
5 1.2 Alatan Dalam Lukisan Kejuruteraan 1.2.1 Papan Lukisan Papan lukisan biasanya berukuran 600mm x 800mm dan diperbuat daripada papan jenis lembut. Papan ini adalah jenis ringan bagi memudahkan ianya dibawa ke mana-mana. Kertas lukisan diletakkan diatas papan lukis. Kertas tersebut perlu ditampal dengan perekat agar ia tidak teralih dari kedudukan asal sekaligus akan memudahkan kerja-kerja melukis dilakukan. Rajah 1.1 Papan Lukisan Sumber : Google Imej
6 1.2.2 Kertas Lukisan Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang dilukis menggunakan pensel. Biasanya ukuran piawai ANSI (American National Standard Institute ) bagi kertas lukisan ialah seperti berikut : A. 8.5” x 11” A. 9” x 12” B. 11” x 17” B. 12” x 15” C. 17” x 22” C. 18” x 24” D. 22” x 34” D. 24” x 36” E. 34” x 44” E. 36” x 48” Kertas lukisan yang biasa digunakan dalam lukisan kejuruteraan adalah bersaiz A3 iaitu 420mm x 297mm. Rajah 1.2 Kertas Lukisan Sumber : Google Imej
7 1.2.3 Sesiku T Sesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala dan bahagian bilah. Dalam kerja-kerja lukisan, Sesiku T menjadi pemandu untuk membuat garisan lurus mendatar atau garisan menegak dengan perantaraan sesiku sudut. Sepanjang penggunaan Sesiku T, ianya digunakan rapat dengan papan sebelah kiri. Selain itu juga, Sesiku T boleh digunakan dalam keadaan condong ke atas atau ke bawah untuk membuat garisan condong. Rajah 1.3 Sesiku T Sumber : Google Imej
8 1.2.4 Jangka Lukis Jangka Lukis merupakan keperluan penting dalam kerja-kerja lukisan kejuruteraan. Ia merupakan alatan asas dalam lukisan kejuruteraan. Terdapat 3 jenis Jangka Lukis yang biasa digunakan iaitu Jangka Lukis Panah Gergasi (Giant Bow), Jangka Lukis Pegas Susut (Drop Spring Bow) dan Jangka Lukis Tradisi dan Bendul (Electrum & Beam/ Trammel). Jangka Lukis digunakan untuk membentuk suatu garisan bulatan atau lengkok. Rajah 1.4 Jangka Lukis Jenis Dan Cara Menggunakan Jangka Lukis Sumber : Google Imej Letakkan jarum pada satu titik, kemudian dari titik A gerakkan mata pensel. Jarum jangka Lukis A
9 1.2.5 Pembahagi Bentuk pembahagi hampir-hampir sama dengan jangka lukis, bezanya pembahagi mempunyai dua mata jarum. Terdapat dua jenis pembahagi iaitu Pembahagi Jenis Pegas dan Pembahagi Jenis Bendul Dan Tradisi Rajah 1.5 Jenis-Jenis Pembahagi Sumber : Google Imej Pembahagi digunakan untuk membahagikan sesuatu jarak kepada beberapa bahagian yang sama atau untuk memindahkan sesuatu jarak sekali atau berulang-ulang. Rajah 1.6 Cara Menggunakan Pembahagi Untuk Membahagi Satu Garisan Sumber : Google Imej
10 1.2.6 Jangka Sudut Jangka sudut adalah satu alat yang digunakan untuk mendapatkan titik sesuatu sudut yang dikehendaki atau untuk mengukur sesuatu sudut. Rajah 1.7 adalah contoh jangka sudut yang digunakan dalam Lukisan Kejuruteraan. Rajah 1.7 Jenis-Jenis Jangka Sudut Sumber : Google Imej Disebabkan penggunaan jangka sudut tidak begitu kerap, sesiku sudut digunakan sebagai pengganti. Ini kerana sesiku sudut boleh memberikan beberapa darjah sudut yang dikehendaki seperti dalam Rajah 1.8.
11 Rajah 1.8 Pembentukan Sudut Menggunakan Sesiku Sudut Sumber : Google Imej
12 1.2.7 Skala/ Pengukur Skala/ Pengukur dalam kerja-kerja Lukisan Kejuruteraan bukanlah dijadikan untuk membuat garisan, tetapi hanya digunakan sebagai pengukur sahaja. Skala yang digunakan mestilah dalam satu unit sahaja bagi mengelakkan kekeliruan atau kesilapan semasa membuat pengukuran. Setelah sesuatu ukuran itu diperolehi, pensel digunakan sebagai penanda kepada ukuran tersebut. Penandaan yang lebih tepat boleh diperoleh dengan menggunakan Pembahagi atau Mata Jangka Lukis. Rajah 1.10 menunjukkan skala/ pengukur yang biasa digunakan. Rajah 1.9 Pembaris Skala Sumber : Google Imej
13 1.2.8 Pensel Pensel boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Pensel Kayu dan Pensel Mekanikal (Isian). Dalam lukisan kejuruteraan, pensel mekanikal lebih sesuai digunakan. Ini kerana pensel mekanikal tidak perlu diasah dan dengan itu kerja-kerja lukisan akan menjadi kemas. Pensel boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu keras, sederhana dan lembut. Rajah 1.10 Jenis-Jenis Pensel Sumber : Google Imej Pensel Kayu Pensel Mekanikal
14 1.3 Jenis-Jenis Garisan 1.3.1 Garisan Fantom Garisan ini digunakan untuk menunjukkan kedudukan alternatif bagi komponen yang sama. 1.3.2 Garisan Objek Garisan akhir dan lebih tebal berbanding garisan yang lain. 1.3.3 Garisan Terlindung Garisan ini menunjukkan sesuatu bahagian yang terlindung. 1.3.4 Garisan Keratan Menggambarkan objek dipotong menggunakan pensel H. Garisan ini condong dan bersudut 45° dan bersiri. 1.3.5 Garisan Tengah Garisan yang menunjukkan paksi simetri. 1.3.6 Garisan Dimensi Dan Garisan Tambahan Garisan yang menunjukkan ukuran sesuatu objek. Merupakan garisan yang dibina untuk menunjukkan ukuran sesuatu objek. Garisan tersebut akan diletakkan ukuran panjang/ sudut objek tersebut. 1.3.7 Garisan Satah Pemotongan Bahagian objek yang akan dikerat atau dipotong, menggunakan pensel H atau B.
15 1.3.8 Garisan Pendek Menggambarkan bahagian tertentu objek, menggunakan pensel HB atau B. 1.3.9 Garisan Pecah Panjang Menggambarkan objek sebahagian sahaja menggunakan pensel B atau H. 1.3.10 Garisan Binaan Dan Garisan Unjuran Garisan ini merupakan garisan nipis yang dilukis dalam proses untuk membina garisan objek.
16 Nama Garisan Bentuk Ciri-Ciri Gred/Saiz Mata Pensel Garisan Fantom ______ __ __ ______ Hitam & Nipis H /0.3 mm Garisan Objek ___________ Hitam & Tebal HB/0.5-0.7 mm Garisan Terlindung _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ Halus & Nipis HB/0.3-0.5 mm Garisan Keratan _________________ Hitam & Tebal HB/0.5-0.7 mm Garisan Tengah _______ _ ______ Hitam & Nipis H /0.3 mm Garisan Dimensi dan Garisan Tambahan Hitam & Nipis H /0.25 mm Garisan Satah Pemotongan ___ _ _ ___ Hitam & Tebal HB/0.5-0.7 mm Garisan pendek Hitam & Nipis H /0.3 mm Garisan Pecah Panjang Hitam & Nipis H /0.3 mm Garisan Binaan dan Garisan Unjuran _________________ Nipis 2H /0.3 mm Jadual 1.1 Jenis-Jenis Garisan Lukisan
17 1.4 Jenis-Jenis Penghurufan Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam membuat huruf dan nombor iaitu kaedah menegak dan kaedah condong. Rajah 1.11 menunjukkan cara pergerakan pensel semasa menghuruf dalam kaedah tegak dan Rajah 1.12 menunjukkan cara pergerakan pensel semasa menghuruf dalam keadaan condong. Rajah 1.11 Pergerakan Pensel Semasa Menghuruf Dalam Keadaan Menegak Sumber : Google Imej
18 Rajah 1.12 Pergerakan Pensel Semasa Menghuruf Dalam Keadaan Condong Sumber : Google Imej
19
20 2.0 Lukisan Geometri Lukisan kejuruteraan yang ingin kita pelajari ini terdiri daripada gabungan beberapa elemen asas geometri, iaitu seperti penghurufan, titik, garisan, lengkungan dan juga bulatan. Lukisan geometri menjelaskan asas dalam lukisan geometri dan di mana ia melibatkan peralatan yang diperlukan sehingga teknik melukis. Lukisan geometri merupakan asas dalam pembentukan sesuatu objek yang bersifat kompleks. 2.1 Asas Lukisan Geometri Pelajar perlu memahami kaedah pembinaan geometri yang betul supaya dapat menghasilkan lukisan geometri yang betul dan tepat. Oleh itu, amatlah penting untuk menguasai teknik untuk membuat lukisan geometri. Asas lukisan kejuruteraan ialah pembinaan garisan, sudut, bulatan, lengkok dan sebagainya. Kita akan melukis garisan, membina dan membahagi sudut tertentu dengan menggunakan alat-alat lukisan kejuruteraan. Selain itu juga kita akan melukis bentuk geometri mudah dengan pelbagai kaedah terhadap bentukbentuk berikut iaitu Bulatan, Segitiga, Segiempat, Poligon dan Elips.
21 2.2 Cara Mudah Melukis Lukisan Geometri 2.2.1 Pembinaan Garisan Dan Pembahagian Sudut Tertentu a) Membina Garisan Selari. Langkah-Langkahnya : i. Satu garis AB dilukis. ii. Dari sebarang dua titik pada garisan AB, dua lengkok dengan jejari yang sama dilukis. iii. Selepas itu satu garis CD yang bersentuhan dengan kedua-dua lengkok dilukis. iv. Akhirnya AB dan CD adalah dua garisan selari seperti dalam Rajah 2.1. Rajah 2.1 Membina Garis Selari
22 b) Membina Garisan Tegak Langkah-Langkahnya : i. Satu garis AB dilukis. ii. Dari mana-mana titik ( C ), satu lengkok dibina yang memotong garisan AB di D dan E. iii. Dari D, sebarang lengkok dibinadi atas dan di bawah AB. iv. Dari E juga, sebarang lengkuk dibina yang sama memotong lengkok dari D. v. Akhirnya bina satu garisan dari titik C merentasi kedua-titik persilangan lengkuk seperti dalam Rajah 2.2. Rajah 2.2 Membina Garis Tegak
23 a) Membahagi Dua Garisan Langkah-Langkahnya : i. Satu garis AB dilukis. ii. Dari hujung A, sebarang lengkok dibina di atas dan di bawah garis AB. iii. Dari hujung B juga satu lengkok dibina yang memotong lengkok A. iv. Akhirnya garis yang memotong AB dari titik persilangan kedua-dua lengkok dibina seperti dalam Rajah 2.3. Rajah 2.3 Membahagi Dua Garisan
24 b) Membahagi Dua Sudut Langkah-Langkahnya : i. Satu sudut ABC dilukis. ii. Dari B, satu lengkok dibina yang memotong AB dan BC di D dan E. iii. Dari D, dengan jejari yang sama, satu lengkok dibina dan dari E juga, satu lengkok dibina yang akan memotong lengkuk dari D. iv. Akhirnya satu garis dari titik B dibina kepada titik persilangan lengkok di F seperti dalam Rajah 2.4. Rajah 2.4 Membahagi Dua Sudut
25 c) Membahagi Dua Sudut Terbentuk Langkah-Langkahnya : i. Satu garis AB dan CD adalah dua garis yang membentuk satu sudut. ii. Langkah seterusnya, dua garis selari dibina di antara AB dan CD dimana garis FE selari dengan AB dan FG selari dengan CD. iii. Selepas itu, sudut EFG dibahagikan kepada dua. iv. Akhirnya FH adalah garis yang membahagi dua sudut tersebut seperti dalam Rajah 2.5. Rajah 2.5 Membahagi Dua Sudut Terbentuk
26 d) Membina Sudut 60° . Langkah-Langkahnya : i. Satu garisAB dilukis. ii. Dari titik C, satu lengkok dibina yang memotong AB di D. iii. Dari titik D, dengan jejari yang sama, satu lengkok dibina yang memotong lengkok dari C di E. iv. Selepas itu, titik C dan E disambung. v. Sudut ECB adalah sudut 60° seperti dalam Rajah 2.6. Rajah 2.6 Membina Sudut 60°
27 2.2.2 Pembinaan Bentuk Geometri a) Bulatan Membina Bulatan Melalui Tiga Titik Yang Diberi Langkah-Langkahnya: i. Satu garis lurus dilukis yang menyambungkan A ke B dan B ke C. ii. Garisan pembahagi dua sama bagi setiap garisan AB dan BC di bina supaya keduaduanya bersilang di O. iii. Dengan menggunakan O sebagai pusat jejari dan jejari OA, satu bulatan dilukis yang melalui titik A, B, dan C seperti dalam Rajah 2.7. Rajah 2.7 Membina Bulatan Melalui Tiga Titik Yang Diberi
28 Membina Bulatan Terterap Dalam Satu Segitiga Langkah-Langkahnya : i. Satu segitiga ABC dilukis. ii. Selepas itu, kedua – dua sudut segitiga itu dibahagikan kepada dua bahagian yang sama dan akan bersilang di titik O. iii. Dari O , satu garisan OP dilukis yang berserenjang kepada mana-mana satu sisi segitiga itu. iv. Dengan menggunakan O sebagai pusat dan jejarinya OP, satu bulatan dilukis seperti dalam Rajah 2.8. Rajah 2.8 Membina Bulatan Terterap Dalam Satu Segitiga
29 b) Segitiga Membina Segitiga Sama Diberikan Ukuran Sempadan Langkah-Langkahnya : i. Satu garisan BC = 70 mm. ii. Dari B, dengan jejari 70 mm, satu lengkok dibina pada garisan BC. iii. Dari C, dengan jejari yang sama, satu lengkok lagi dibina yang memotong lengkuk dari B di A. iv. Garisan BA dan AC disambungkan. v. Akhirnya ABC adalah satu segitiga sama seperti dalam Rajah 2.9. Rajah 2.9 Membina Segitiga Sama Diberikan Ukuran Sempadan
30 Membina Segitiga Dua Sisi Sama Diberi Ukuran Tapak Dan Ukuran Tinggi Langkah-Langkahnya : i. Satu garisan tapak AB = 60 mm. ii. Garis tegak CD dibina tepat di garisan AB. iii. Dari D, ketinggian 70 mm ditanda pada CD. iv. Garis AC dan BC disambungkan. v. Akhirnya ABC adalah satu segitiga yang diberi ukuran tapak dan tinggi seperti dalam rajah 2.10. Rajah 2.10 Membina Segitiga Dua Sama Sisi Diberi Ukuran Tapak Dan Tinggi Ukuran
31 c) Segiempat Membina Segiempat Sama Diberi Panjang Sempadan Langkah-Langkahnya : i. Satu sempadan AB di lukis. ii. Dari A, satu garisan tegak dibina. iii. Berjejarikan AB, sempadan AD di tanda. iv. Berpusatkan di B dan D dan berjejarikan panjang sempadan, lengkok-lengkok persilangan dibina pada C. v. Akhirnya ABCD adalah segiempat sama seperti dalam Rajah 2.11. Rajah 2.11 Membina Segiempat Sama Diberi Panjang Sempadan
32 Membina Segiempat Sama Diberi Pepenjuru. Langkah-Langkahnya : i. Satu pepenjuru PR yang diberi dilukis. ii. Seterusnya garis tengah PR dibina. iii. Dengan berjejarikan TP (TP = TR), TQ dan TS ditanda. iv. Seterusnya titik-titik tersebut disambung dan membentuk segiempat seperti dalam Rajah 2.12. Rajah 2.12 Membina Segiempat Sama Diberi Pepenjuru
33 d) Poligon Membina Segilima Sama Diberi Ukuran Sempadan Langkah-Langkahnya : i. Satu sempadan AE dilukis. ii. Garis AE tersebut dibahagikan kepada dua. iii. Dari A, sudut 45° dibina supaya memotong garis tengah AE di 4. iv. Dari E pula, sudut 60° dibina supaya memotong garis tengah AE di 6. v. Selepas itu, garis antara 4 dan 6 dibahagikan kepada dua iaitu titik 5. vi. Dengan berpusatkan titik 5, satu bulatan dibina yang menyentuh titik A dan E. vii. Akhirnya dengan menggunakan jejari sempadan yang diberi, setiap sempadan ditandakan iaitu, A ke B, B ke C, C ke D dan D ke E sehingga membentuk segilima sama seperti dalam Rajah 2.13.
34 Rajah 2.13 Membina Segilima Sama Diberi Ukuran Sempadan
35 Membina Segienam Diberi Ukuran Garis Pusat Langkah-Langkahnya : i. Satu bulatan dengan garis pusat yang diberi dibina. ii. Dengan menggunakan sesiku 30°, garis sentuh dilukiskan kepada bulatan tersebut sehingga membentuk segienam sama. iii. Akhirnya ABCDEF ialah segienam sama yang diberi ukuraan garispusat seperti dalam Rajah 2.14. Rajah 2.14 Membina Segienam Diberi Ukuran Garis Pusat
36 Membina Segilapan Sama Diberi Ukuran Pepenjuru Langkah-Langkahnya : i. Satu bulatan dilukis yang bergaris pusatkan pepenjuru yang diberi iaitu AE. Garis tepat CG dibina dengan garis AE. ii. Selepas itu keempat-empat sukuan dibahagikan kepada dua bahagian sehingga memotong lilitan bulatan di B, D, F, dan H. iii. Selepas itu kesemua titik-titik A, B, C, D, E, F, dan G disambungkan sehingga membentuk segilapan seperti dalam Rajah 2.15. Rajah 2.15 Membina Segilapan Sama Diberi Ukuran Pepenjuru
37 e) Elips Membina Elips Dengan Menggunakan Gambarajah Segiempat Sama Isometrik Langkah-Langkahnya : i. Satu segiempat sama ABCD dibina yang diberi dalam pandangan isometrik. ii. Keempat - empat sempadan segiempat dibahagikan dua di P, Q, R dan S. iii. Berjejarikan BS ( BS = Br ) dan berpusatkan B, satu lengkok dibina dari S ke R, berjejarikan DQ ( DQ = DP ) dan berpusatkan D, satu lengkok dibina dari Q ke P. iv. Akhirnya berpusatkan T dan U dan berjejarikan TP (TP = TS) dan UQ (UQ = UR) satu lengkok lagi dibina bagi melengkapkan bentuk elips seperti dalam Rajah 2.16.
38 Rajah 2.16 Membina Elips Dengan Gambarajah Segiempat Sama Isometrik
39 Membina Elips Diberi Segiempat Tepat Langkah-Langkahnya : i. Satu segiempat tepat dibina dengan panjangnya sebagai paksi besar dan lebarnya sebagai paksi kecil. ii. Paksi besar dan paksi kecil tadi dibahagikan kepada bilangan yang sama. iii. Seterusnya dari titik A dan B akan disambung kepada titik pembahagi paksi besar dan paksi kecil. iv. Akhirnya titik-titik persilangan disambung sehingga membentuk sebuah elips seperti dalam Rajah 2.17. Rajah 2.17 Membina Elips Diberi Segiempat Tepat
40
41 3.0 Lukisan Ortografik Lukisan Ortografik merupakan lukisan yang menggunakan konsep unjuran. Daripada satu objek yang diberikan, pandangan atas/ pelan akan dikeluarkan dan seterusnya pandangan hadapan akan diunjurkan dan akhir sekali pandangan sisi. Unjuran ortografik boleh la diaggapkan sebagai lukisan dua demensi kerana objek yang dilukis dengan kaedah ini akan memberikan dua demensi ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek. Perkataan unjuran seringkali digunakan dalam lukisan pandangan ortografik bagi menggambarkan kaedah lukisan itu dibina. Sesuatu arah pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan objek itu. Dari rataan ini bentuk pandangan itu akan diperolehi. Ini bererti bentuk lengkung dan sudut mungkin berupa garisan lurus dari sesuatu arah pandangan. Terdapat dua prinsip unjuran yang digunakan dalam unjuran ortografik iaitu : a) Prinsip Unjuran Berpusat b) Prinsip Unjuran Selari Rajah 3.1 Prinsip Unjuran Berpusat Sumber : Google Imej
42 Rajah 3.2 Prinsip Unjuran Selari Sumber : Google Imej
43 3.1 Asas Lukisan Ortografik Lukisan ortografik merupakan lukisan yang menggunakan konsep unjuran. Daripada satu objek yang diberikan, pandangan atas / pelan akan dikeluarkan dan seterusnya pandangan hadapan akan diunjurkan dan akhir sekali pandangan sisi. Lukisan ortografik dilukis dengan anggapan semua arah pandangan dalam garisan lurus dan selari dengan dua paksi utama iaitu paksi-x dan paksi-y. Garisan dalam lukisan ortografik mempunyai fungsinya sendiri. Oleh itu ketebalan dan kehitaman garisan amat penting. Jenis Unjuran Dalam Lukisan Ortografik a) Unjuran Sudut Pertama b) Unjuran Sudut Ketiga Arah Pandangan Dalam Lukisan Ortografik a) Pandangan Atas (Pelan) b) Pandangan Depan (Hadapan) c) Pandangan Sisi (Samping)
44 3.1.1 Unjuran Sudut Pertama Unjuran ini merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Lukisan dalam sudut unjuran ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera. Satah-satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya. Kesemua satah ini bertemu antara satu dengan lain pada sudut tepat. Rajah 3.1 menunjukkan contoh lukisan bergambar bagi sebuah objek padu. Jika objek ini dilihat dari anak panah A, pandangan yang diperolehi ialah pandangan hadapan. Bentuk bahagian objek yang kelihatan dari pandangan ini diunjurkan kebelakang sehingga mengenai satah menegak hadapan sebagaimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil. Rajah 3.3 Contoh Unjuran Sudut Pertama Sumber : Google Imej
45 Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek itu dilihat dari atas seperti yang ditunjukkan oleh anak panah B. Bahagian-bahagian yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan menegak ke bawah objek sehingga mencecah satah mengufuk sepertimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil. Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C (sebelah kiri objek). Bentuk objek yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan kesebelah kanan objek sehingga mengenai satah menegak sisi. Untuk menjadikan lukisan ini sebuah lukisan ortografik, kesemua pandangan tadi akan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja. Rajah 3.4 menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka dan berada dalam sudut pertama. Rajah 3.4 Kedudukan Satah Dalam Sudut Pertama Sumber : Google Imej
46 3.1.2 Unjuran Sudut Ketiga Dalam lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah-satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah-olah diperbuat daripada bahan lutcahaya untuk membolehkan objek itu dilihat menembusi satah-satah utamanya dari arah anak panah A, B dan C. Ketiga-tiga arah pandangan bagi objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, seperti dalam Rajah 3.3. Rajah 3.3 Tiga Pandangan Dalam Unjuran Sudut Ketiga Sumber : Google Imej
47 Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja, lukisan ortografik sudut ketiga akan terhasil,seperti dalam Rajah 3.4. Rajah 3.4 Unjuran Sudut Ketiga yang Dibentangkan Rajah 3.5 Contoh Unjuran Ortografik Sebuah Kerusi Sumber : Google Imej