48 3.2 Cara Mudah Melukis Unjuran Pada Lukisan Ortografik 3.2.1 Garis Panduan Memilih Pandangan Objek i. Memilih pandangan hadapan yang paling deskriptif daripada objek. ii. Kebiasaanya, dimensi yang paling panjang dipilih sebagai lebar atau kedalaman. Rajah 3.6 Pandangan Objek Dalam Unjuran Ortografik Sumber : Google Imej
49 3.2.2 Cara-Cara Untuk Melukis Objek Untuk Unjuran Ortografik Sudut Pertama a) Lukisan mestilah terdiri daripada pandangan depan, sisi dan pelan. b) Pertama, melukis yang dilihat dari depan objek (dikenali sebagai pandangan depan). c) Kedua, melukis yang dilihat dari sisi objek (dikenali sebagai pandangan sisi). d) Terakhir sekali, semua lukisan yang dilihat dari atas objek dikenali sebagai pandangan pelan. e) Garisan-garisan yang terdapat pada lukisan pula adalah sebagai garis panduan dan membantu memastikan setiap paparan berada dalam posisi yang betul, tinggi dan saiz yang sama. Rajah 3.7 Sudut Unjuran Pertama Sumber : Google Imej
50 Rajah 3.8 Contoh Objek Dilukis Mengikut Unjuran Sudut Pertama Sumber : Google Imej
51 3.2.2 Cara-Cara Untuk Melukis Objek Untuk Unjuran Ketiga a) Lukisan mestilah terdiri daripada pandangan depan, sisi dan pelan. b) Pertama, melukis yang dilihat dari depan objek (dikenali sebagai pandangan depan). c) Kedua, melukis yang dilihat dari sisi objek (dikenali sebagai pandangan sisi). d) Terakhir sekali, semua lukisan yang dilihat dari atas objek dikenali sebagai pandangan pelan. e) Garisan-garisan yang terdapat pada lukisan pula adalah sebagai garis panduan dan membantu memastikan setiap paparan berada dalam posisi yang betul, tinggi dan saiz yang sama. Rajah 3.9 Sudut Unjuran Ketiga
52 Rajah 3.10 Contoh Objek Dilukis Mengikut Unjuran Sudut Ketiga Sumber : Google Imej
53
54 4.0 Lukisan Isometrik dan Oblik Lukisan Isometrik Lukisan isometri ialah satu kaedah yang digunakan untuk menunjukkan rupa bentuk sesuatu objek dalam bentuk lukisan tiga dimensi. Isometri juga dibina dengan menggunakan tiga paksi. Salah satu daripada paksinya adalah menegak, manakala dua paksi yang lain dilukiskan di kiri dan kanan pada sudut Sudut 30˚ dari garisan mendatar Rajah 4.1 Paksi Umum Lukisan Isometrik
55 Lukisan Oblik Lukisan oblik juga dikenali sebagai lukisan serong. Lukisan ini bertujuan untuk mempamerkan objek dalam bentuk 3 Dimensi (3D). Terdapat 3 sudut yang berbeza untuk melukis lukisan oblik iaitu : a) Sudut 30˚ b) Sudut 45˚ c) Sudut 60˚ Rajah 4.2 Paksi Umum Lukisan Oblik
56 4.1 Asas Lukisan Isometrik Dan Oblik Lukisan isometrik merupakan lukisan yang bersudut 30° di kedua dua bahagian. Lukisan oblik adalah lukisan yang bersifat serong di satu bahagian sahaja di mana sudut serongnya adalah 30°atau 45°atau 60°. Rajah 4.1 menunjukkan lukisan isometrik manakala Rajah 4.2 menunjukkan lukisan oblik yang bersudut 45°. Rajah 4.3 Sudut Dalam Lukisan Isometrik Rajah 4.4 Sudut Dalam Lukisan Oblik
57 4.2 Cara Membina Sudut Dalam Lukisan Isometri Dan Oblik 4.2.1 Sudut 60° a) Bina satu garisan mendatar AB b) Dari titik A buat satu lekuk tanda sebagai C c) Dari titik D buat satu lengkuk penanda pada D d) Buat garisan panjang dari titik D ke titik A, sudut CAD adalah sudut 60° Rajah 4.5 Kaedah Membina Sudut 60°
58 4.2.2 Sudut 30° a) Bina sudut 60°terlebih dahulu. (Rujuk Rajah 4.5) b) Selepas itu dari titik C bina lengkung kecil, ualng langkah yang sama di titik D c) Bina garisan dari titik A ke titik tengah lengkung e) Sudut BAE adalah sudut 30° Rajah 4.6 Kaedah Membina Sudut 30°
59 4.2.3 Sudut 90° a) Bina satu garisan mendatar AB b) Dari titik A, buat satu lengkungan kecil di keduadua bahagian atas dan bawah c) Ulang kaedah yang sama pada titik B d) Buat garisan yang melalui titik tengah pertembungan lengkung tersebut. Rajah 4.7 Kaedah Membina Sudut 90°
60 4.3 Cara Mudah Melukis Lukisan Isometri Dan Oblik Lukisan oblik juga dikenali sebagai lukisan serong. Lukisan ini bertujuan untuk mempamerkan objek dalam bentuk 3 Dimensi(3D). Terdapat 3 sudut yang berbeza untuk melukis lukisan oblik iaitu : a) Sudut 30˚ b) Sudut 45˚ c) Sudut 60˚ ** Saiz kedalaman objek perlu disesuaikan bagi mengurangkan kesan herotan supaya menampakkan bentuk objek seakanakan benar. Rajah 4.8 Binaan Paksi Umum Lukisan Oblik Rajah 4.9 Binaan Paksi Umum Lukisan Isometrik
61 4.4 Perbezaan Antara Lukisan Isometri dan Lukisan Oblik Lukisan Oblik Lukisan Isometri >1paksi mendatar >1 paksi menegak >1 paksi sorot bersudut 30◦,45◦ atau 60◦ dari paksi mendatar. Paksi sudut 45◦ >paksi menegak >2 paksi lain di kiri dan kanan bersudut 30◦ dari paksi mendatar. Paksi sudut 30◦
62
63 5.0 Lukisan Perspektif Lukisan perspektif adalah salah satu lukisan berbentuk 3 dimensi (3D) yang mudah difahami. Lukisan perspektif merupakan suatu kaedah untuk melihat objek dalam bentuk 3 dimensi bagi memudahkan untuk memahami dan memvisualisasikan reka bentuk sesuatu bangunan. Berbeza dengan lukisan 2 dimensi, lukisan 3D mudah difahami. Di dalam lukisan persembahan senibina, lukisan perspektif merupakan suatu kaedah kita melihat objek dalam bentuk 3 dimensi. Ini bagi memudahkan para pelanggan yang terdiri daripada orang awam untuk mudah memahami dan memvisualisasikan reka bentuk sesuatu bangunan tersebut. Rajah 5.1 Contoh Lukisan Perspektif Sumber : Google Imej
64 5. 1 Asas Lukisan Perspektif Lukisan perspektif adalah salah satu lukisan berbentuk 3 dimensi (3D) yang mudah difahami. Lukisan perspektif merupakan suatu kaedah untuk melihat objek dalam bentuk 3 dimensi bagi memudahkan untuk memahami dan memvisualisasikan reka bentuk sesuatu bangunan. Berbeza dengan lukisan 2 dimensi, lukisan 3D mudah difahami. Di dalam lukisan persembahan senibina, lukisan perspektif merupakan suatu kaedah kita melihat objek dalam bentuk 3 dimensi. Ini bagi memudahkan para pelanggan yang terdiri daripada orang awam untuk mudah memahami dan memvisualisasikan reka bentuk sesuatu bangunan tersebut. Cara mudah untuk memahami apa itu lukisan perspektif ialah, jika anda berdiri di tengah-tengah jalan yang lurus yang panjang dan memandang terus ke hadapan, anda akan dapati bahu jalan dan objek-objek yang berada di tepi jalan kelihatan bercantum ke satu titik.
65 5.2 Alatan Dan Bahan Untuk Melukis Lukisan Perspektif a) Pensil Pensil digunakan untuk membuat lakaran asas bentuk atau rupa. b) Pen Pen dakwat digunakan untuk membuat pelbagai garisan/ lorekan bagi memperlihatkan struktur objek yang dilukis.Pen pelbagai saiz mata digunakan bagi memperlihatkan jenis garisan yang digunakan. c) Dakwat d) Arang/ Charcoal e) Pastel f) Krayon
66 5.3 Pandangan Dalam Lukisan Perspektif 5.3.1 Aras Pandangan Mata Burung/ Bird’s Eye View Huraian : Pandangan dari bawah/kawasan Rendah Kesesuaian : Untuk menampakkan sisi kiri,sisi kanan dan bawah objek Sumber : Google Imej
67 5.3.2 Aras pandangan mata manusia/ Human’s Eye View Huraian : Pandangan biasa dari mata manusia/ gambaran perspektif biasa Kesesuaian : Untuk menampakkan keseluruhan bahagian kiri dan kanan objek Sumber : Google Imej
68 5.3.3 Aras pandangan mata cacing /Worm’s Eye View Huraian : Pandangan dari atas/kawasan tinggi Kesesuaian : Untuk menampakkan sisi kiri,sisi kanan dan atas objek Sumber : Google Imej
69 5.4 Cara Mudah Melukis Lukisan Perspektif 5.4.1 Elemen-Elemen Dalam Melukis Lukisan Perspektif Sebelum mula melukis pelajar perlu mengetahui beberapa elemen penting perspektif, iaitu : a) Objek Sesuatu objek yang dilihat oleh pelukis. b) Garisan Horizon Garisan mendatar yang merentasi lukisan dan terletak pada paras penglihatan manusia dan di mana terletaknya titik lenyap. c) Garisan Tanah Landasan objek yang ingin digambarkan. d) Titik Lenyap Titik pada garis horizon dimana garis-garis sejajar yang horizon bertemu. e) Satah Gambar Satah khayalan lut sinar yang terletak antara objek dan titik stesen. Gambaran yang dilihat yang akan diletakkan di atas kertas.
70 f) Garis Bumi Garisan yang mewakili satah bumi. g) Garis Ufuk Garisan khayalan mendatar yang selari dengan satah gambar. Garis ini terletak pada aras mata pelukis. h) Garis Penglihatan Garisan unjuran dari titik stesen ke titik tertentu pada objek. i) Titik Stesen (TS) Kedudukan mata pelukis apabila melihat sesuatu objek.
71 5.4.2 Cara Melukis Lukisan Persembahan Lukisan Perspektif Terdapat 3 jenis lukisan perspektif yang biasa terdapat dalam lukisan persembahan, iaitu ; a) Perspektif 1 Titik Lenyap Perspektif 1 Titik Lenyap mempunyai 1 Titik Lenyap sahaja. Perspektif 1 Titik Lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang. Objek akan menjadi besar apabila hampir dengan kita. Rajah 5.2 Konsep Perspektif 1 Titik Lenyap Sumber : Google Imej
72 Rajah 5.3 Pandangan Perspektif 1 Titik Lenyap Sumber : Google Imej Rajah 5.4 Contoh Gambar Sebenar Perspektif 1 Titik Lenyap Sumber : Google Imej b) Perspektif 2 Titik Lenyap
73 Perspektif 2 Titik Lenyap mempunyai 2 Titik Lenyap (kiri dan kanan) lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah yang menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan. Rajah 5.5 Konsep Perspektif 2 Titik Lenyap Sumber : Google Imej Rajah 5.6 Contoh Gambar Sebenar Perspektif 2 Titik Lenyap Sumber : Google Imej c) Perspektif 3 Titik Lenyap
74 Perspektif 3 Titik Lenyap mempunyai 3 Titik Lenyap (kiri, kanan dan atas/ bawah) Perspektif 3 Titik Lenyap biasanya digunakan semasa menghasilkan lukisan bangunanbangunan yang tinggi Rajah 5.7 Pandangan Perspektif 3 Titik Lenyap Sumber : Google Imej Rajah 5.8 Contoh Gambar Sebenar Perspektif 3 Titik Lenyap Sumber : Google Imej Senarai Rajah
75 Rajah 1.1 Papan Lukisan Rajah 1.2 Kertas Lukisan Rajah 1.3 Sesiku T Rajah 1.4 Jangka Lukis Jenis Gergasi Dan Cara Penggunaan Jangka Lukis Rajah 1.5 Jenis-Jenis Pembahagi Rajah 1.6 Cara Menggunakan Pembahagi Untuk Membahagi Satu Garisan Rajah 1.7 Jenis-Jenis Jangka Sudut Rajah 1.8 Pembentukan Sudut Menggunakan Sesiku Sudut Rajah 1.9 Pembaris Skala Rajah 1.10 Jenis-Jenis Pensel Rajah 1.11 Pergerakan Pensel Semasa Menghuruf Dalam Keadaan Menegak Rajah 1.12 Pergerakan Pensel Semasa Menghuruf Dalam Keadaan Condong Rajah 2.1 Membina Garis Selari Rajah 2.2 Membina Garis Tegak Rajah 2.3 Membahagi Dua Garisan Rajah 2.4 Membahagi Dua Sudut Rajah 2.5 Membahagi Dua Sudut Terbentuk Rajah 2.6 Membina Sudut 60° Rajah 2.7 Membina Bulatan Melalui Tiga Titik Yang Diberi Rajah 2.8 Membina Bulatan Terterap Dalam Satu Segitiga Rajah 2.9 Membina Segitiga Sama Diberikan Ukuran Sempadan Rajah 2.10 Membina Segitiga Dua Sama Sisi Diberi Ukuran Tapak Dan Tinggi Ukuran Rajah 2.11 Membina Segiempat Sama Diberi Panjang Sempadan
76 Rajah 2.12 Membina Segiempat Sama Diberi Pepenjuru Rajah 2.13 Membina Segilima Sama Diberi Ukuran Sempadan Rajah 2.14 Membina Segienam Diberi Ukuran Garis Pusat Rajah 2.15 Membina Segilapan Sama Diberi Ukuran Pepenjuru Rajah 2.16 Membina Elips Dengan Gambarajah Segiempat Sama Isometrik Rajah 2.17 Membina Elips Diberi Segiempat Tepat Rajah 3.1 Prinsip Unjuran Berpusat Rajah 3.2 Prinsip Unjuran Selari Rajah 3.3 Contoh Unjuran Sudut Pertama Rajah 3.4 Kedudukan Satah Dalam Sudut Pertama Rajah 3.5 Contoh Unjuran Ortografik Sebuah Kerusi Rajah 3.6 Pandangan Objek Dalam Unjuran Ortografik Rajah 3.7 Sudut Unjuran Pertama Rajah 3.8 Contoh Objek Dilukis Mengikut Unjuran Sudut Pertama Rajah 3.9 Sudut Unjuran Ketiga Rajah 3.10 Contoh Objek Dilukis Mengikut Unjuran Sudut Ketiga Rajah 4.1 Paksi Umum Lukisan Isometrik Rajah 4.2 Paksi Umum Lukisan Oblik Rajah 4.3 Sudut Dalam Lukisan Isometrik Rajah 4.4 Sudut Dalam Lukisan Oblik Rajah 4.5 Kaedah Membina Sudut 60° Rajah 4.6 Kaedah Membina Sudut 30° Rajah 4.7 Kaedah Membina Sudut 90° Rajah 4.8 Binaan Paksi Umum Lukisan Oblik Rajah 4.9 Binaan Paksi Umum Lukisan Isometrik Rajah 5.1 Contoh Lukisan Perspektif Rajah 5.2 Konsep Perspektif 1 Titik Lenyap Rajah 5.3 Pandangan Perspektif 1 Titik Lenyap
77 Rajah 5.4 Contoh Gambar Sebenar Perspektif 1 Titik Lenyap Rajah 5.5 Konsep Perspektif 2 Titik Lenyap Rajah 5.6 Contoh Gambar Sebenar Perspektif 2 Titik Lenyap Rajah 5.7 Pandangan Perspektif 3 Titik Lenyap Rajah 5.8 Contoh Gambar Sebenar Perspektif 3 Titik Lenyap Senarai Jadual
78 Jadual 1.1 Jenis-Jenis Garisan Lukisan
79 Bibliografi David A Mansen, David P Mansen (2017), Engineering Drawing & Design, Boston, USA Mohd Fadzil Daud (2017), Panduan Asas Lukisan Kejuruteraan Edisi 2, UTM. Mohd Noh Sarip (2012), Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 5, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur Nurul Huda Baba (2012), E-pembelajaran Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4, UTHM. https://youtube/Kcqr0Ym12UY Pengenalan Tangen https://youtube/UCsDiv1UERk Isometri (Lukisan ISO) https://youtube/gZolg9X21yM Contoh Bina Oblik http://hidayahkhai.blogspot.com/2013/11/geometri-satah.html http://modul2poli.blogspot.com/ http://3.bp.blogspot.com/ http://cadortografik2012.blogspot.com/