(ii) Arahan:
BARIS, BERHEN…….TI!
(Hukuman BERHENTI akan dilafazkan dengan cara suku kata TI
disebut sebaik sahaja kaki kiri skuad mencecah ke tanah.)
n) Keluar Baris:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA.
(ii) Hukuman Keluar Baris diberikan jika skuad hanya berhenti rehat
dan akan ada perbarisan, kawalan hormat atau kawad kaki lagi
selepas itu.
(iii) Arahan
KELUAR……. BARIS!
o) Skuad Bersurai:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA.
(ii) Hukuman Bersurai diberikan setelah aktiviti perbarisan, kawalan
hormat atau kawad kaki tamat dan akan bersambung pada waktu
atau hari yang lain.
(iii) Arahan
BERSU... RAI!
(Pergerakan BERSURAI sama seperti pergerakan ketika KELUAR
BARIS.)
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
• Bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa atau
pesakit. Usaha rawatan pertama atau rawatan awal dalam keadaan kecemasan
sebelum ketibaan ambulans atau sebelum mangsa atau pesakit menerima rawatan
daripada doktor di tempat kejadian.
• Pertolongan Cemas ditakrikan sebagai bantuan pemulaan, bantu mula atau rawatan
awal yang diberkan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang
kemalangan atau sakit secara mengejut atau tiba-tiba dengan menggunakan objek
sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelumn
mangsa dihantar ke hospital.
Tujuan dan Prinsip:
i) Tujuan pertolongan cemas:
(a) Selamatkan nyawa:
Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi yang
mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan
jantung, kulit terbakar atau melecur dan yang seumpama dengannya.
(b) Mengelakkan daripada bertambah buruk:
Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk
mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
(c) Mengurangkan kesakitan:
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan
kelegaan kepada mangsa atau pesakit.
(d) Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor:
Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik tiba di tempat
kejadian.
***Dapatkan bantuan kecemasan atau lanjutan daripada seseorang untuk memanggil
ambulans dengan kadar segera. Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga
bantuan tiba.
ii) Prinsip pertolongan cemas:
(a) Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan.
(b) Dapatkan tindak balas mangsa.
(c) Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat.
(d) Periksa pernafasan mangsa.
(e) Periksa peredaran darah (carotid - nadi tepi leher/brachial – lengan atas)
Anduh dan Balutan:
i) Anduh
(a) Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk
mengampu anggota badan yang cedera
(b) Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti
pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam
pelbagai situasi. Kain anduh yang baik berukuran satu meter.
(c) Antara kegunaan kain anduh ialah:
(i) mengampu bahagian yang cedera atau patah
(ii) menghenti atau menahan pendarahan
(iii) menetapkan bahagian yang cedera
(iv) dapat digunakan sebagai pengipas
(v) menutup tempat yang luka atau cedera dan
(vi) sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais).
(d) Jenis-jenis anduh:
(i) Anduh besar (large arm sling):
a) mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera
b) mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas
(ii) Anduk tiga segi atau Anduh St. John's (triangular):
a) menahan pendarahan anggota atas
b) mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang scapula
c) mengampu anggota atas yang cedera
(iii) Anduh kedl (small sling):
a) mengampu kecederaan di bahagian bahu
b) mengampu tulang klavikal yang cedera
c) mengampu anggota atas yang cedera
(iv) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling):
▪ mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang
klavikal
ii) Pembebatan dan Pembalut atau Balutan
(a) Pembebatan (Dressing)
(i) Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti balutan
luka dengan kain kasa atau steril pada kulit yang cedera.
(ii) Tujuan:
a) Mengurangkan kesakitan
b) Menggalakkan penyembuhan luka
c) Memperbaiki kosmetik kulit
d) Mengawal penyebaran mikroorganisme
e) Mengawal kontaminasi luka
f) Memberi tekanan pada tempat tercedera
g) Mengawal pendarahan
h) Mengawal kecederaan lanjut
(iii) Pembebatan ada tiga jenis, iaitu:
a) Pembebatan medan - bagi kegunaaan pasukan keselamatan
b) Pembebatan luka - mengikut ukuran-ukuran luka; dan
c) Pembebatan hospital - jenis kain kasa berukuran 10 X 10
(b) Pembalut atau balutan:
a. Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai
pembalut dan pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga
berfungsi sebagai pembantu pembebatan. Setelah luka dicuci atau
dibersihkan, luka tersebut akan ditutup dengan pembalut untuk mengelak
pendarahan dan jangkitan kuman.
b. Pembalut atau balutan ada dua jenis, iaitu:
1. Pembalut kain tiga segi - untuk menganduh, membalut, mengampu,
mengipas dan pengikat gelung cincin
2. Pembalut bergulung - untuk melakukan balutan lapan, balutan circular
atau spiral dan balutan padi
c. Tujuan dan Fungsi Pembalut
(i) Melindungi luka daripada dijangkiti kuman.
(ii) Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau
lambat sembuh.
(iii) Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan
pendarahan.
(iv) Mengurangkan kesakitan.
(v) Mencegah dan menghisap kotaran seperti darah, nanah dan
serum.
(c) Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka:
(i) Bersihkan tangan terlebih dahulu.
(ii) Digalakkan memakai sarung tangan.
(iii) Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan membalut
luka. Saiz kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka.
(iv) Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan pembebatan
dan pembalutan.
(v) Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.
Merawat Luka dan Gigitan:
(i) Merawat luka:
a. Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan
berlakunya pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau
dalam badan disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul.
b. Pendarahan ada tiga jenis, iaitu:
i. pendarahan luaran (external):
(a) luka terhiris - disebabkan benda yang tajam seperti pisau
(b) luka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawai,
(c) luka berdarah - kena pukulan tepat benda yang tumpul; dan
(d) luka tembus-luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum
dan tembakan
ii. pendarahan dalaman (internal):
(a) perut - muntah berdarah
(b) rahim - tumpah darah
(c) tali usus - darah pada dubur
(d) buah pinggang - kencing berdarah
(e) paru-paru/ saluran pernafasan - batuk berdarah; dan
(f) tengkorak - darah mengalir melalui telinga atau hidung
iii. pendarahan dalaman tanpa kesan:
(a) limpa dan hati pecah; dan
(b) pendarahan dalam otak
c. Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
i. Luka terbuka:
Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan
pendarahan atau tumpahan darah yang banyak, renjetan dan jangkitan
kuman.
ii. Luka tertutup:
Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan
darah berlaku dalam tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera
menjadi lebam.
d. Cara merawat luka terbuka:
(i) Luka-luka kecil:
(a) Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja
(b) Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman
(c) Langkah-langkah rawatan:
• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
• Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang
disteril.
• Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
• Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
• Gunakan pembalut untuk memegang plaster.
(d) Luka-luka kecil yang ada benda asing:
i. Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari
luka seperti kaca atau serpihan kayu yang terbenam,
jangan keluarkan objek tersebut kerana dibimbangi akan
menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan
pendarahan.
ii. Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah:
• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
• Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan luka secara perlahan-lahan
menggunakan tisu atau tuala yang sudah disteril.
• Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan
menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-
dua bahagian atau atau persekitaran objek.
• Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk
mengurangkan risiko jangkitan kuman.
• Buat balutan sekeling objek sehingga boleh
membalut tanpa menekan objek.
• Bawa mangsa/pesakit ke hospital.
(ii) Merawat gigitan:
i. Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan kuman
ke tisu badan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan binatang.
Semua gigitan memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
ii. Tanda-tanda gigitan:
(i) Luka yang dalam di daging.
(ii) Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.
iii. Kaedah rawatan:
(i) Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
(ii) Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.
(iii) Balut dengan pembalut steril.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital
berdekatan.
iv. Jika digigit anjing:
(i) Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
(ii) Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan cecair
antiseptik.
(iii) Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
** Perhatian: Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya adalah
daripada anjing yang tidak dikenali.
Melecur, Pitam dan Patah:
(i) Melecur dan terbakar:
a) Melecur:
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak
panas Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan
renjatan yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.
b) Terbakar:
Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba
kering. Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek panas,
bahan kimia atau arus elektrik.
c) Ketenatan mangsa bergantung kepada:
(i) Luas permukaan yang cedera.
(ii) Tempat yang terbakar atau melecur.
(iii) Tahap terbakar.
(iv) Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.
d) Jenis terbakar atau melecur:
(i) Luar - Terbakar pada bahagian kulit.
(ii) Dalam - Terbakar dalam rongga atau perut.
e) Sebab-sebab terbakar atau melecur:
JENIS SEBAB-SEBAB
Panas kering
• Bahan api atau api.
• Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur
atau puntung rokok.
• Geseran.
Panas lembab • Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak.
Bahan kimia • Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.
• Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput atau
alkali.
Radiasi • Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra
violet).
• Terdedah kepada punca-punca radioaktif.
Elektrik • Arus elektrik yang rendah seperti perkakas rumah.
• Kilat dan petir.
** Terbakar disebabkan arus elektrik akan melibatkan dua
tempat luka sahaja.
f) Tahap kecederaan:
1) Tahap pertama (Seperficial burn):
Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. la melibatkan
bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemereh-merahan.
2) Tahap kedua (Intermidiate burn):
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit
kelihatan kemerah-merahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.
3) Tahap ketiga (Deep burn):
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih
kering. Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.
g) Tanda-tanda terbakar atau melecur:
(i) Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.
(ii) Bahagian anggota yang terlibat berwama kemerah merahan pada
tahap awal, merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap
kedua.
(iii) Pengaliran keluar plasma
(iv) Renjatan.
h) Tindakan yang perlu diambil:
(i) Tindakan 3B:
(a) Burning stop - Padamkan.
(b) Breathing maintain - Periksa pernafasan.
(c) Body examine - Periksa tahap terbakar/melecur.
(ii) Tindakan 3C:
(a) Cool - Sejukkan.
(b) Cover - Tutup bahagian yang terbakar.
(c) Carry - Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.
(iii) Pengendalian am:
(a) Hentikan kebakaran - air.
(b) Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut
keadaan).
(c) Tentukan ia bernafas.
(d) Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama
20 minit atau sehingga kesakitan berkurangan.
(e) Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.
(f) Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan merebak supaya
tidak berlaku renjatan.
(g) Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.
(h) Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan
segera.
(ii) Pitam
a) Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat.
Gejala ini terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan
betul.
b) Antara penyebabnya ialah:
i. Kekurangan darah di dalam otak;
ii. Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu;
iii.Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan.
c) Cara merawat:
i. Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.
ii. Longgarkan pakalan ketat
iii.Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan
harum ammonia.
iv.Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
v.Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau
teh panas.
(iii) Patah:
(a) Patah ialah tulang pecah atau retak. la mungkin disebabkan
oleh daya secara langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar
oleh sebuah kenderaan yang bergerak ATAU daya tidak
langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah
tersepak tanah dan bukannya bola maka daya mungkin
dialihkan untuk memecah tempurung lututnya.
(b) Tanda-tanda patah tulang:
(i) Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah
tulang.
(ii) Bengkak dan lebam.
(iii) Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.
(iv) Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda
kejutan, ini amat ketara jika patah berlaku di tulang paha
atau pelvis.
(c) Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk
mencegah pergerakan di sekeliling tempat yang terlibat.
(d) Cara merawat:
(i) Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah
telah dicegah pergerakannya dengan sempurna.
Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia
dipindahkan.
(ii) Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut
atau ikat untuk mencegah pergerakan.
(iii) Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah
pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat kerana ia boleh
menjejaskan pengaliran darah.
(iv) Semasa membalut anggota yang palah, sendi-sendi
di bahagian atas dan bawah anggota juga harus
dicegah pergerakannya.
(v) Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
** Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang
banyak dan tidak sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah. I
Keracunan dan Terseliuh:
1) Keracunan
(a) Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau
berlebihan terhadap toksik (bahan-bahan beracun), sama ada
berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan penderitaan
sementara atau berkekalan.
(b) Tanda-tanda terkena keracunan:
(i) Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
(ii) Mangsa mengalami sakit abdomen.
(iii) Cirit birit mungkin terjadi.
(iv) Tanda-tanda terkejut.
(v) Mungkin tidak sedarkan diri
(c) Arahan merawat:
(i) Pastikan saluran udara, pemafasan dan peredaran terbuka dan
dapatkan bantuan perubatan. Tanyakan mangsa tentang apa
yang telah dia makan.
(ii) Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa
termuntah sendiri).
(iii) Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa
mungkin muntah).
(iv) Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan
CPR.
(v) Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.
(vi) Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan:
(a) Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.
(b) Rawatan kecemasan:
• Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun.
• Hirup udara segar di ruang terbuka.
• Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
• Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun
dan air.
• Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan
menggunakan air yang banyak.
• Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat
mata bagi setiap mata.
2) Terseliuh
(a) Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih.
Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi boleh
mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan
antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan
berlebihan, terkoyak atau terputus .
(b) Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation)
dan terselluh (sprain). Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel
dan terseliuh walaupun kedua-duanya melibatkan kecederaan
pede ligamen.
(c) Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi
yang melebihi had sehingga menyebabkan tulang beralih dari
kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen.
(d) Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh
pergerakan sendi yang melebihi had sehingga menjejaskan
ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal.
(e) Tanda-tanda ligamen terseliuh:
1. Sakit-sakit.
2. Bengkak.
3. Bertambah sakit apabila bergerak.
4. Pergerakan yang terhad.
(f) Cara-cara merawat terseliuh:
i. Hadkan pergerakan anggota.
ii. Gunakan konsep RICE:
R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan
kedudukan yang selesa)
I - Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengan] als pada
bahagian yang cedera)
C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan
tekan bahagian yang cedera dengan satu lapisan tebal kapas
dan balut)
E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera)
iii. Dapatkan bantuan perubatan.
Pemulihan Pernafasan atau Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR):
i. Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu
mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran
oksigen ke otaknya berterusan.
ii. Ingat petua S-P-P:
S - Saluran Udara:
Pastikan saluran udara terbuka.
P - Pernafasan:
Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunya dan
mengoksigenkan darah.
P - Peredaran:
Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampaikan dada.
iii, Cara-caranya:
S- Saluran Udara Terbuka:
(i) Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan
bersihkan tempat di sekeliling mulut.
(ii) Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan.
(iii) Tarik rahangnya ke atas.
P - Pernafasan:
(i) Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit
hidungnya agar tertutup dan hembus ke dalam
mulutnya dengan kuat supaya dadanya
mengembung Jika pesakit adalah seorang bayi
atau kanak, letakkan mulut anda di atas hidung
dan mulutnya semasa menghembus.
(ii) Alihkan mulut anda dan dengar hembus.
Kemudian ulang tindakan menghembus Jika
tiada pertukaran udara, periksa semula
kedudukan kepala dan rahang pesakit serta lihat
sama ada lidahnya menghalang saluran udara.
Cuba sekali lagi.
(iii) Jika anda masih tidak mendapat sebarang
pertukaran udara, pusing pesakit ke sisinya dan
tampar tulang kipas beberapa kali untuk
mengeluarkan sebarang benda asing daripada
tekak.
(iv) Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut.
Jangan putus asa sehingga pesakit mula
bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil
masa beberapa jam sebelum sesorang pesakit
itu pulih.
(v) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Pastikan pesakit berasa hangat dan baring
dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih
semula.
P - Peredaran (Mampatan Luar Dada):
(i) Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun
hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum
berdenyut lakukan perkara ini:
(a) Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.
(b) Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan anda
di atas rawan dengan tangan kini di atas tangan kanan.
(c) Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan…
Lepaskan…. Tekan…. Lepaskan.) Apa yang kita buat ini adalah dengan
menekan jantung mangsa dan memaksa darah mengalir ke seluruh badannya.
Ini menggantikan denyutan jantung.
(d) Selepas 15 mampatan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut ke
mulut. Teruskan dengan ritma 15 kepada dua sehingga jantung mangsa
berdenyut secara normal.
ASMAUL HUSNA
TASBIH KAFFARAH
DOA PERJUMPAAN/PENUTUP
DOA PERJUMPAAN
ِب ْس ِم اللِه ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم
َوال َّصل َاة ُ َوال َّسل َا ُم َع َلى َس ِِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آِل ِه َوَأ ْص َحا ِب ِه َأ ْج َم ِع ْي َن, َا ْل َح ْم ُد َِ َّلِِل َر ِِّب ا ْل َعا ََِل ْي َن
َيا َالله ُ َيا َك ِري ُم
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-
Mu yang tidak temilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama
ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami.
َيا َر ِحي ُم,َيا َالله ُ َيا َر ْح َمن
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang
sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hamba-Mu yang engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada karni ilmu-Mu
Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah
menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
َيا ُذو ال َجَلا ِل َوال ِا ْك َرام
Kumiakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa,
kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing
dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.
َال َّل ُه َّم ا ْج َع ْل َج ْم َع َنا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما َ ،وَت َف ُّر َقَـ َنا ِم ْن َب ْع ِد ِه َت َف ُّرق ًا َم ْع ُص ْو ًما َ ،ول َا َت ْج َع ِل ال َّل ُه َّم
ِف ْي َنا َول َا َم َع َنا َول َا َم ْن َي ْت َب ُع َنا َش ِق ًّيا َول َا َم ْط ُرْو ًدا َول َا َم ْح ُرْو ًما .
ال َّل ُه َّم ا ْج َع ْل َخ ْي َر َأ ْع َما ِرَنا َءا ِخ ُرُه َو َخ ْي َر َأ ْع َما ِل َنا َخ َوا ِت ُم ُه َو َخ ْي َر أ َّيا ِم َنا َي ْو َم أ ْل َقا َك ِف ْي ِه ال َّل ُه َّم ا ْغ ِف ْرَل َنا
ُذ ُن ْوَب َنا َول ِإ ْخ َوا ِن َنا ا َّل ِذ ْي َن َس َب ُق ْوَنا ِبال ِإْي َما ِن َول َا َت ْج َع ْل ِف ْي قُـ ُل ْوِب َنا ِغل ًّا ِل َّل ِذ ْي َن َءا َم ُن ْوا َرَّب َناإ َّن َك َر ُء ْوف
َر ِح ْيم.
َرَّب َنا َءا ِت َنا ِفي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َوِفي الأ ِخ َرِة َح َس َنة ً َو ِق َنا َع َذا َب ال َّنار ِِ.
َو َص َّلى اللُه َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءاِل ِه َو َص ْح ِب ِه َو َس َّل َم َ ،وا ْل َح ْم ُد َِ َّلِِل َر ِِّب ال َعا ََِل ْي َن.
DOA PENUTUP
ِب ْس ِم اللِه ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم
َوال َّصل َاة َوال َّسل َا ُم َع َلى َر ُس ْوِل َنا الأ َِ ِم ْي َن َو َع َلى َءأِل ِه، ا ْلـ َح ْم ُد للِه ال ِذ ْي ِب ِن ْع َم ِت ِه َت ِت ِّم ال َّصا ِلـ َحا ُت
. َوَأ ْص َحاب ِه أ ْجـ َم ِع ْي َن
Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua duanya.
Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama
(Nyatakan bilangan hari) dalam (Nyatakan Nama Kursus). Kami juga bersyukur kerana
Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri, emosi dan roh kami sehingga dapat
menyelesaikan kursus ini dengan jayanya.
Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja.
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang
penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan
kepada perintah-Mu.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat,
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami, ibu bapa kami,
keluarga dan anak-anak kami guru-guru kami, anak-anak didik kami di sekolah. sahabat-
sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan.
Ya Allah, Qaadhial Hajat,
Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa
serta tangan penuh dengan pengharapan.
Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa, maka ampunkanlah dosa-dosa kami.
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami dan Islam dalam amal
jamal'e dan kolektif.
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya, maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran
seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi.
Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami, maka didiklah hati
kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana
Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian.
Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai, maka satukanlah
hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam
menegakkan amal makruf dan nahi mungkar
َول َا َت ْج َع ِل ال َّل ُه َّم، َوَت َف ُّر َقَـ َنا ِم ْن َب ْع ِد ِه َت َف ُّرق ًا َم ْع ُص ْو ًما، ال َّل ُه َّم ا ْج َع ْل َج ْم َع َنا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما
.ِف ْي َنا َول َا َم َع َنا َول َا َم ْن َي ْت َب ُع َنا َش ِق ًّيا َول َا َم ْط ُرْو ًدا َول َا َم ْح ُرْو ًما
DOA-DOA HARIAN
ال َّل ُه َّم ِإ ِِّني َأ ُعو ُذ ِب َك ِم َن ا ْل ُخ ُب ِث َوا ْل َخ َبا ِئ ِث
Maksud:
“Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan
dan syaitan betina.”
ُغ ْف َرا َن َك ا ْل َح ْم ُد َِ َّلِِل ا َّل ِذي َأ ْذ َه َب َع ِِّنى اْل َأ َذى َو َعا َفا ِني
Maksud:
“Aku memohon keampunanMu, segala puji milik Allah yang telah menghilangkan
dariku sesuatu yang menyakiti dan menyihatkan aku.”
َال َّل ُه َّم ا ْغ ِف ْرِل ْي ُذ ُن ْوِب ْي َوِل َواِل ِد َّي َوا ْر َح ْم ُه َما َك َما َرَّب َيا ِن ْي ِص ِغ ْي ًرا
Maksud:
“Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah
mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”
َرَّب َنا آ ِت َنا ِفي ال ُّد ْن َيا َح َس َن ًة َوِفي الآ ِخ َرِة َح َس َن ًة َو ِق َنا َع َذا َب ال َّنا ِر
Maksud:
“Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan
lindungilah kami dari azab neraka.”
ال َّلـ ُﻬ َّم َك َما َح َّس ْﻨ َﺖ َخ ْل ِقي َف َح ِِّس ْن ُخ ُل ِقي
Maksud:
“Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindah rupaku maka perindahlah pula
akhlakku.”
َو ِق َنا َع َذا َب ال َّنا ِر،ا َّلل ُه َّم َبا ِر ْك َل َنا ِفي َما َر َز ْق َت َنا
Maksud:
”Yaa Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah
kami dari seksa api neraka.”
َا ْل َح ْم ُد ِللِه ا َّل ِذ ْي َن َا ْط َع َم َنا َو َس َقا َنا َو َج َع َل َنا ِم َن ا َْلُ ْس ِل ِم ْي َن
Maksud:
“Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta menjadikan
kami muslim.”
َال َّل ُه َّم ا ْف َت ْح َع َل ْي َنا ِح ْك َم َت َك َوا ْن ُش ْر َع َل ْي َنا ِم ْن َخ َزا ِئ ِن َر ْح َم ِت َك َيا َا ْر َح َم ال َّرا ِح ِم ْي َن
Maksud:
“Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atas kami
khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”
َر ِِّب ا ْش َر ْح ِلي َص ْد ِري َوَي ِِّس ْر ِلي َأ ْم ِري َوا ْح ُل ْل ُع ْق َد ًة ِم ْن ِل َسا ِني َي ْف َق ُهوا َق ْوِلي
Maksud:
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku.
Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku.”
َال َّل ُه َّم َعا ِف ِنى ِفى َب َد ِنى ال َّل ُه َّم َعا ِف ِنى ِفى َس ْم ِعى ال َّل ُه َّم َعا ِف ِنى ِفى َب َص ِرى
Maksud:
“Ya Allah, sehatkanlah badanku. Ya Allah sehatkanlah pendengaranku. Ya Allah
sehatkanlah penglihatanku. Tidak ada Tuhan selain Engkau.”
RUKUN ISLAM
1. Mengucap 2 kalimah syahadah.
2. Solat 5 waktu.
3. Puasa di bulan Ramadan.
4. Mengeluarkan zakat.
5. Mengerjakan haji (bagi yang berkemampuan).
RUKUN IMAN
1. Beriman kepada Allah SWT.
2. Beriman kepada para Malaikat.
3. Beriman kepada kitab-kitab Allah SWT.
4. Beriman kepada Nabi dan Rasul.
5. Beriman kepada hari kiamat.
6. Beriman kepada Qada dan Qadar.
ZIKIR MUNAJAT
ُس ْب َحا َن اللِه َوا ْل َح ْم ُد للِه َول َا ِإ َل َه ِإل َّا اللُه َواللُه َأ ْك َب ُر
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta tidak ada Tuhan melainkan Allah dan
Allahlah Yang Maha Besar ( 33X )
َيا اللُه، اللُه، اللُه، اللُه
Allah, Allah, Allah, Ya Allah
ُن ْو ُر ُم َح َّم ٍد َص َّلى اللُه، َما ِف ْي َق ْل ِب ْي َغ ْي ُر اللِه، َح ْس ِب ْي َرِِّب ْي َج َّل اللُه
Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam hatiku melainkan Allah
dan nur (cahaya) Muhammad s.a.w.
ُت ْب َنا ِإَلى اللِه َو َر َج ْع َنا ِإَلى اللِه َوَن ِد ْم َنا َع َلى َما َف َع ْل َنا
Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah, dan kami menyesal di atas
apa yang telah kami lakukan
َف ُس ْب َحا َن َم ْن ل َا َي ْق ِد ُر ا ْل َخ ْل ُق َق ْد َرُه
Maha Suci Allah Yang mana tiada kekuasaan makhluk yang boleh mengatasi kekuasaan
Nya
َو َم ْن ُه َو َف ْو َق ا ْل َع ْر ِش َف ْرد ُم َو َّحد
(Iaitu) Dialah satu-satunya yang bersemayam di atas ‘arasy yang diesakan
َم ِل ْيك َع َلى َع ْر ِش ال َّس َما ِء ُم َه ْي ِم ُن
Raja Maha Gagah Yang Menguasai kerajaan langit
ِل ِع َّزِت ِه َت ْع ُنو ا ْل ُو ُج ْو ُه َوَت ْس ُج ُد
Kerana kebesaran-Nya itu (maka) tunduk dan sujudlah segala makhluk (wajah-wajah)
ُن ْو ُر ُم َح َّم ٍد َص َّلى اللُه، َما ِف ْي َق ْل ِب ْي َغ ْي ُر اللِه، َح ْس ِب ْي َرِِّب ْي َج َّل اللُه
Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam hatiku melainkan Allah
dan nur (cahaya) Muhammad s.a.w. ( 5X )
َل ْي َس َل َها ِم ْن ُد ْو ِن اللِه َكا ِش َفة
Tidak ada yang lain (dihatiku) melainkan Allah sebagai tempat pemberi hidayah ( 10X )
َلا ِإ َل َه ِإل َّا اللُه ا َْ َل ِل ُك ا ْل َح ُّق ا َْلُ ِب ْي ُن
Tiada Tuhan melainkan Allah Raja Yang Maha Besar ( 5X )
ُم َح َّمد َر ُس ْو ُل اللِه َصا ِد ُق ا ْل َو ْع ِد ْال َأ ِم ْي ُن
Nabi Muhammad itu Rasul Allah yang benar segala janji-janjinya lagi dipercayai ( 5X )
َأ ْس َت ْغ ِف ُر اللَه ِإ َّن اللَه َكا َن َت َّوا ًبا
Aku memohon ampun daripada Allah sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat
ِإ َل ِه ْي َل ْس ُﺖ ِل ْل ِف ْر َد ْو ِس َأ ْهل ًا
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
َول َا َأ ْق َوى َع َلى َنا ِر ا ْل َج ِح ْي ِم
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
َف َه ْب ِل ْي َت ْوَب ًة َوا ْغ ِف ْر ُذ ُن ْوِب ْي
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku dan ampunkan dosa-dosaku
َف ِإ َّن َك َغا ِف ُر ال َّذ ْن ِب ا ْل َع ِظ ْي ِم
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
LAPORAN AKTIVITI
LAPORAN PROGRAM/ AKTIVITI
UNIT BERUNIFORM: PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
1. NAMA PROGRAM: IKATAN DAN SIMPULAN
2. OBJEKTIF PROGRAM:
• Membina pengetahuan ahli PPIM tentang ikatan dan simpulan
• Mempelajari pelbagai jenis ikatan dan simpulan
3. TARIKH PROGRAM: 18 Mei 2022
4. TEMPAT PROGRAM: Balai Islam (BAIS)
5. SASARAN: Semua pelajar PISMP dan PPISMP
6. LAPORAN RINGKAS/PENCAPAIAN:
i. Ahli PPIM masuk dalam barisan.
ii. Ketua komanden memberikan arahan kawad.
iii. Nyanyian lagu Negaraku, lagu PPIM, asmaulhusna dan bacaan doa.
iv. Naib Pengerusi melapor kehadiran ahli kepada ketua komanden.
v. Ketua komanden memberi arahan keluar baris.
vi. Semua ahli dibahagikan kepada enam kumpulan.
vii. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mempelajari satu jenis ikatan dan
simpulan yang berlainan.
viii. Kemudian, seorang ahli dikehendaki duduk dalam kumpulan manakala ahli
yang lain berpecah masuk ke dalam kumpulan yang berlainan.
ix. Setiap ahli kumpulan perlu mengajar sambil mempelajari ikatan dan
simpulan dari kumpulan lain.
x. Sesi fotografi dan perjumpaan diitangguhkan.
7. IMPAK: Aktiviti ini dapat melatih diri setiap ahli PPIM tentang ikatan dan simpulan
sekurang-kurangnya enam jenis ikatan dan simpulan
8. PENAMBAHBAIKAN
Beberapa langkah penambahbaikan perlu diambil pada masa hadapan. Antaranya:
i. Semua ahli perlulah menepati masa yang telah ditetapkan agar aktiviti dapat
berjalan dengan lancar.
9. GAMBAR DOKUMENTASI (2 KEPING)
LEMBARAN
KERJA
FALSAFAH PPIM
Sila isi tempat kosong dengan jawapan yang tepat mengenai falsafah PPIM
• Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam
yang bergerak pada peringkat _________, _________dan _________ di institut
pengajian tinggi, maktab-maktab perguruan serta sekolah-sekolah menengah dan
rendah.
• Aktiviti yang dijalankan sebagai ko-kurikulum secara _______ dan _________ adalah
bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-
potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang
__________ dan _________ dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT.
• Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri
rakyat Malaysia yang berilmu ________, _________, ___________, __________ dan
berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampudan bersedia memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuranbangsa , masyarakat dan negara
selaras dengan ajaran Islam.
MATLAMAT PPIM
Sila isi tempat kosong dengan jawapan yang tepat berdasarkan matlamat PPIM.
Menyeimbangkan antara Meningkatkan ______
perkembangan ___, ____, fizikal puteri-puteri.
danspiritual puteri-puteri melalui
penyemaian , penyuburan
danpengukuhan nilai-nilai
pendidikan.
Mengukuhkan 6 Menggalakkan iklim
perhubungan dan persekolahan terbuka
pertalian ____ di MATLAMAT
kalangan puteri-puteri. PPIM dan ______.
Meningkatkan minat dan bakat Meningkatkan ____dan
puteri-puteri di dalam pelbagai sumbangan dua hala antara
bidang gerak kerja ____ sekolah,
sekolahdengan ibu bapa
institut , maktab , kolej dan dan masyarakat khasnya
universiti.
masyarakat setempat.
OBJEKTIF PPIM
Sila bulatkan jawapan yang betul.
1. Objektif PPIM adalah untuk melahirkan satu masyarakat muda yang
i. Taat kepada Allah, raja dan Negara
ii. Berilmu
iii. Berakhlak mulia
iv. Berbakti kepada masyarakat
a. i,ii dan iii
b. i dan iii
c. ii, iii, iv
d. i, ii, iii, iv
2. Objektif PPIM yang kedua ialah untuk membimbing gadis-gadis dari segi ____, rohani dan
jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu mengejar dan memperkenalkan Islam
supaya kelak hidup mereka berasakan jalan yang diterima Allah SWTdan dapat berbakti
untuk agama, nusa dan bangsa.
a. Akhlak
b. Perilaku
c. Kemahiran
d. Keterampilan
3. PPIM ingin Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri _____ dan diterima
masyarakat.
a. Kreatif
b. Inovatif
c. Keusahawanan
d. Progresif
4. Antara salah satu objektif PPIM ialah mengukuhkan _____ antara generasi muda dan
menghormati generasi tua.
a. Ikatan
b. Simpulan
c. Persaudaraan
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PPIM
1. Sila lengkapkan peta minda di bawah dengan jawapan yang betul.berdasarkan prinsip-
prisip asas pertubuhan.
PIHAK PENTADBIR
PERHUBUNGAN
NEGERI
2. Sila susun prosedur penubuhan PPIM di sekolah dengan urutan nombor yang betul.
Sekolah menerima “Kad Perakuan Pendaftaran” berserta Nombor Pendaftaran
Mengisi boring pendaftaran yang diperolehi daripada PPIM perhubungan
Negeri/daerah
Guru-guru pemimpin memaklumkan kepada pengetua atau penolong kanan
kokurikulum tentang penubuhan PPIM dan menerangkan tentang organisasi di
peringkat sekolah.
Ibu Pejabat PPIM menghantar Surat Pengesahan Pendaftaran kepada sekolah
Pengurusan pendaftaran penubuhan PPIM sekolah dengan mengisi Borang
Pendaftaran Penubuhan PPIM secara online (Format A)
LOGO PPIM
Sila nyatakan maksud kepada warna yang terdapat yang pada logo PPIM
KUNING : HIJAU :
PUTIH :
MERAH JAMBU
BENDERA PPIM
Warnakan Bendera PPIM dengan warna yang tepat.
MOTO/COGAN KATA
Kenalpasti cogan kata PPIM pada ruangan Cross Word Puzzle di bawah.
GB F D S V NBB
SDEP LKEME
E A F RGRHGR
R ZWK I H N A A
GVQME LMHM
CKA J GAMDA
HN T HQA L U L
LAGU
Lengkapkan lirik lagu PPIM di bawah dengan betul
Puteri Lembaga Islam riang gembira.
Tetap taat kepada Allah dan _____.
Berkorban untuk Agama dan Negara
Dunia _____ mendapat Bahagia
_______ mencari pengetahuan
Berbakti membuat kebajikan
Belajar mencapai _________
Bersemangat penuh keimanan
Puteri ______ Islam riang gembira
Tetap taat kepada Allah dan raja
Berkorban untuk ______ dan Negara
Dunia Akhirat mendapat bahagia
IKRAR
Susunkan ikrar PPIM mengikut urutan nombor yang betul.
Membangunkan diri dengan sempurna
Mengukuhkan silaturrahim.
Taat kepada Allah, Rasul, Pemerintah, guru dan ibu bapa.
Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara
Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak
SULUH KATA
Sila lengkapkan dengan mengisi jawapan yang tepat pada tempat kosong.
Patuh kepada ibubapa
Ugama/agama berteraskan Al-Quran dan _______
Taat kepada Allah dan Rasul
Erat ukhwah ________
Rela _______ kerana Allah
Iman dipupuk ilmu dituntut
Insaf diri: Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali (_____________)
Solat ditunai setiap waktu
Larangan Allah ________
Akhlak mulia pengukuh keimanan
Muslimah ________ rakyat seperjuangan
SEJARAH PENGASAS/PENUBUHAN
a. Sila lengkapkan sejarah penubuhan PPIM di bawah.
TARIKH PERISTIWA RUJUKAN/
60an TEMPAT
Diilhamkan penubuhannya oleh Lembaga Kebajikan -
6 Mei 1981 Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diasaskan oleh Yang
17 Jun 1981 Amat Mulia Ttunku Besar Kursiah Raja Permaisuri Agung -
Malaysia yang pertama. Kp(bs)8786
20 Jun 1987 Penubuhan Jawatankuasa Khas, diwujudkan untuk
1988 menggerakkan PPIM yang dikenali sebagai Puteri Lembaga" 32/B(32)
J/k ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan
Norashikin Ismail, Isteri Timbalan Perdana Menteri Kedua, UKM
S/Usaha kehormat ialah Yang Berbahagia Dato" Lily Majeed.
Pusat Islam
Dilancarkan dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Kuala Lumpur
Permaisuri Agung ke 6, Almarhummah Ke Bawah Duli Yang
Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajjah Afzan -
binti Almarhum Tengku Panglima Perang. Tengku Muhammad
Rahimallah.
Beroperasi di bawah pengurusan LKPIM di Ibu Pejabat,
Bangunan Tunku Besar Kurshiah, Jalan Pantai Baharu, Kuala
Lumpur.
Sambutan Hari Puteri Pertama di peringkat Kebangsaan
dirasmikan oleh Yang Berhormat Saudara Anwar Ibrahim,
Menten Pendidikan Malaysia
8 Dis. 1988 Diiktiraf sebagai dan didaftar sebagai sebuah pertubuhan vano Pendaftaran
berpelembagaan sendiri 815/88 W.
Persekutuan
11 Sept.1993 BPG membenarkan PPIM bergerak sebagai pertubuhan -
beruniform di dalam GERKO di semua maktab perguruan
BPG diberi taraf sebagai sebuah negeri dengan status Maktab
Perhubungan Negeri, manakala maktab pula berstatus daerah. Perguruan
Pemberian Watikah penubuhan kepada BPG dan maktab Islam, Bangi
perguruan.
UIAM
18 Mac1995 Pelantikan Yang Amat Berbahagian Datin Seri Dr. Wan Azizah
Wan Ismail sebagai Yang DiPertua PPIM yang kedua -
1 Mac 1996
1 Julai 1996 Pelantikan eksekutif Khas yang pertama iaitu Cik Hjh. Aizar binti -
23 Nov 1996
Md. Jaman
16 Okt. 1997
Pelancaran Skuad Puteri oleh Yang Amat Berbahagian Datin Hotel Holiday
Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail Inn City
Centre, Kuala
Lumpur
-
b. Padankan nama-nama pengasas dengan gambar yang betul
Y. Bhg Puan Sri Hajah
Hazizah Haji Tumin
Y.A. Bhg. Datin
Seri Endon
Mahmood
Y. A. Bhg. Toh Puan
Norashikin Ismail
Y. A. Bhg. Datin
Seri Dr. Wan
Azizah Wan Ismail
TUJUAN PENUBUHAN
PPIM ditubuhkan bertujuan membimbing PUTERI ke arah penyuburan dan pengembangan
_______ secara meyeluruh dan bersepadu berdasarkan kepercayaan dan ______ kepada Allah
bersesuaian dengan_____________.
FALSAFAH POTENSI KEPATUHAN
PENDIDIKAN DIRI
NEGARA
ISTIADAT RASMI
Soalan mempunyai pilihan jawapan A, B, C dan D. Sila bulatkan satu jawapan sahaja.
Berapakah istiadat rasmi bagi PPIM?
A. 1
B. 3
C. 5
D. 4
TATACARA PERJUMPAAN (LANGKAH 1)
Sila susun langkah tatacara perjumpaan dengan menggunakan nombor 1 hingga 7 mengikut
tertibnya.
Ketua pasukan / ketua kumpulan melakukan latihan Kawad Kaki Asas.
Ketua pasukan / ketua kumpulan melapor.
Ketua puteri memberi arahan (kekuatan pasukan / kumpulan melapor)
Ketua Puteri berkawad menemui Ketua Guru Pemimpin / Guru Pemimpin
( ucapkan salam sambil bersalaman dan mohon untuk memulakan tatacara
Perjumpaan ).
Ketua Puteri ( pusing pandang menghadap tiang bendera, pasukan sudah bersedia).
Guru menjawab (silakan).
Ketua puteri membalas (terima kasih puan).
FUNGSI MAJLIS TADBIR
Sila isi tempat kosong tersebut.
Apakah fungsi majlis tadbir?
_________________________________________________________________________