GARIS PANDUAN KHAS
UNTUK MENGENDALIKAN
kes kesalahan seksual
TERHADAP KANAK-KANAK
DI MALAYSIA
GARIS PANDUAN KHAS
UNTUK MENGENDALIKAN
KES KESALAHAN SEKSUAL
TERHADAP KANAK-KANAK
DI MALAYSIA
© PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
ii
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
PETIKAN UCAPAN
yab dato’ sri mohd najib
bin tun abdul razak
PERDANA MENTERI MALAYSIA
“...apa gunanya negara kita mengejar kepesatan kemajuan jika
legasi yakni anak-anak tidak dibela nasibnya.”
Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Hentikan!
13 Mac 2017, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
“...saya menyarankan supaya Special Standard Operating Procedures
(SOP) atau suatu Garis Panduan Khas untuk mengendalikan kes-kes
kesalahan seksual terhadap kanak-kanak juga harus dirangka di
dalam tempoh masa yang terdekat ini... Garis Panduan Khas yang
bakal dirangka ini perlulah menepati kehendak dan keperluan saksi
kanak-kanak, serta selaras dengan amalan terbaik yang dilaksanakan
di negara-negara lain di dunia.”
Perasmian Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak
22 Jun 2017, Istana Kehakiman, Putrajaya
iii
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
PETIKAN UCAPAN
yb dato’ sri azalina
binti dato’ othman said
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP
PENASIHAT KEPADA JAWATANKUASA KERJA (INDUK)
GARIS PANDUAN KHAS UNTUK MENGENDALIKAN KES KESALAHAN
SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK
DI MALAYSIA
“...Isu berhubung dengan jenayah seksual yang dilakukan terhadap
kanak-kanak yang merupakan golongan rentan merupakan suatu
isu yang amat serius dan menjadi satu ancaman terhadap institusi
kekeluargaan, sosial dan masa depan negara secara seluruhnya.
Berbanding jenis jenayah lain, jenayah seksual terhadap Kanak-Kanak
adalah bentuk kekejaman yang paling teruk dan terkutuk kerana ia
boleh memberi pelbagai kesan jangka pendek dan jangka panjang
kepada seorang Kanak-Kanak.”
Pembentangan Rang Undang-Undang
Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017
3 Mac 2017, Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia
“…satu jawatankuasa kerja yang dianggotai antaranya polis,
Jabatan Peguam Negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat serta badan bukan kerajaan berkaitan dengan Kanak-
Kanak, akan ditubuhkan untuk merangka garis panduan khas yang
komprehensif untuk mengendalikan kes kesalahan seksual yang
melibatkan Kanak-Kanak.”
Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 31 Julai 2017:
“Azalina: Mahkamah khas Kanak-Kanak sudah selesai 11 kes”
iv
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
Prakata
KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
MERANGKAP
PENGERUSI JAWATANKUASA KERJA (INDUK)
GARIS PANDUAN KHAS
UNTUK MENGENDALIKAN KES KESALAHAN SEKSUAL
TERHADAP KANAK-KANAK DI MALAYSIA
Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat
dalam penyediaan dan penggubalan Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan
Kes Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak di Malaysia.
Pada hari ini jenayah seksual terhadap Kanak-Kanak adalah suatu
masalah atau isu masyarakat yang perlu ditangani secara holistik dan serius
kerana kegagalan menanganinya maka hancurlah masa hadapan negara ini.
Dalam usaha membanteras jenayah seksual terhadap Kanak-Kanak, beberapa
inisiatif telah pun diambil oleh pihak kerajaan antaranya penggubalan Akta
Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang
telah berkuat kuasa pada 10 Julai 2017 serta penubuhan Mahkamah Jenayah
Seksual Terhadap Kanak-Kanak pada 22 Jun 2017. Justeru, penggubalan suatu
Garis Panduan Khas yang terpakai kepada semua pihak dalam pengendalian
kes kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak dapat memastikan semua pihak
menggembleng tenaga agar kes jenayah ini dapat diselesaikan dengan lebih
teratur dan efisien.
v
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk menerajui penggubalan Garis
Panduan Khas ini. Komitmen dan sokongan penuh daripada semua pihak
membolehkan tugasan ini dapat direalisasikan, pepatah Melayu menyatakan
“berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Sekalung penghargaan kepada
YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said, Pegawai di Pejabat YB Menteri
iaitu Tuan Danesh Chandran A/L Velaitham, Timbalan Ketua Pengarah (Khas)
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), JPM dan Tuan Thiyagu A/L
Ganesan, Pegawai Undang-Undang Khas kepada YB Dato’ Sri Azalina binti
Dato’ Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas usaha untuk
menubuhkan Jawatankuasa Kerja (Induk) dan Jawatankuasa Kerja (Kecil) yang
terdiri daripada semua agensi berkaitan iaitu Bahagian Pendakwaan, Jabatan
Peguam Negara (A-GC); Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM); Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); Bahagian D11,
Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Jabatan
Bantuan Guaman (JBG); Majlis Peguam Malaysia, pensyarah daripada Universiti
Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia serta pihak
NGO iaitu UNICEF Malaysia, Voice of Children, Women’s Centre for Change,
Malaysian Association of Social Workers. Semoga kerjasama yang terjalin ini
dapat dikekalkan dan diteruskan pada masa akan datang.
Semoga Garis Panduan Khas ini dapat menjadi panduan yang
seragam untuk semua pihak yang terlibat dalam pengendalian kes kesalahan
seksual terhadap Kanak-Kanak sebelum, semasa dan selepas kes tersebut
dibawa ke Mahkamah.
Dato’ Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar
Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
vi
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
JAWATANKUASA KERJA (INDUK)
PENASIHAT
YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
PENGERUSI
YBhg. Dato’ Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
TIMBALAN PENGERUSI
YBhg. Datuk Haji Aslam Zainuddin
Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (Polisi)
SETIAUSAHA
Puan Rozi binti Bainon
Pengarah Bahagian Dasar dan Perundangan
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP)
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN
1. Puan Sabariah binti Othman Timbalan Ketua Pendaftar (Operasi)
2. Puan Hasbi binti Hasan
3. Puan Amelati Parnell Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya
4. YBhg. Dato’ Zainal Abidin Pendaftar Mahkamah Tinggi
bin Haji Kamarudin Sabah & Sarawak
5. Tuan M. Bakri bin Abd Majid Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya
6. Puan Yong Zarida binti Sazali Timbalan Kanan Pendaftar
Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya
7. Puan Rozi binti Bainon
Hakim Mahkamah Sesyen
Mahkamah Jenayah Seksual
Terhadap Kanak-Kanak Putrajaya
Pengarah
Bahagian Dasar dan Perundangan
vii
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
JABATAN PEGUAM NEGARA
8. Tuan Abdul Rashid bin Daud Timbalan Ketua Bahagian I
9. Puan Baizura binti Kamal Bahagian Pendakwaan
Ketua Unit Jenayah Seksual dan
Keganasan Domestik
Bahagian Pendakwaan
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
10. Encik Azman bin Mohd Yusof Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik)
11. Puan Zahida binti Zakaria Peguam Kanan Persekutuan
12. YBhg. Dato’ Hj. Zulkiply Ketua Pengarah
bin Ramli Jabatan Kebajikan Masyarakat
13. Encik Arfan bin Sulaiman Pengarah Bahagian Kanak-Kanak
Jabatan Kebajikan Masyarakat
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
14. YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Ketua Pengarah
bin Abdullah
15. Tuan Peh Suan Yong Penasihat Undang-Undang
JABATAN BANTUAN GUAMAN
16. YBhg. Datuk Haini Ketua Pengarah
binti Hassan
Pengarah
17. Puan Normie Baizura Bahagian Litigasi dan Nasihat Sivil
binti Amiruddin
POLIS DIRAJA MALAYSIA
18. ACP Puan Ong Chin Lan Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Siasatan Seksual,
19. Supt. Puan Siti Kamsiah Wanita Dan Kanak-Kanak (D11)
binti Hassan
Penolong Pengarah
Bahagian Jenayah Seksual Siasatan Seksual,
Wanita Dan Kanak-Kanak (D11)
viii
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
20. DSP Puan Tan Gee Soon Ketua Unit Siasatan Seksual
Bahagian Siasatan Seksual, Wanita
21. DSP Puan Saroja Dan Kanak-Kanak (D11)
A/P Egamparam
Ketua Unit Siasatan Penderaan Kanak-kanak
Bahagian Siasatan Seksual, Wanita
Dan Kanak-Kanak (D11)
AHLI AKADEMIK
22. YBrs. Prof. Dr. Rashidi Ahmad Ketua Unit
Akademik Perubatan Kecemasan
Universiti Malaya
23. YBrs. Dr. Zainal Madon Ketua Jabatan
Pembangunan Manusia dan
Pengajian Keluarga
Universiti Putra Malaysia
24. YBrs. Dr. Farah Nini Pensyarah Kanan
binti Dusuki Fakulti Undang-Undang
Universiti Malaya
25. YBhg. Prof. Madya Pensyarah Kanan
Dr. Khadijah Alavi Pusat Pengajian Psikologi dan
Pembangunan Manusia
Universiti Kebangsaan Malaysia
MAJLIS PEGUAM MALAYSIA
26. Encik George Varughese Presiden
Majlis Peguam Malaysia
27. YBhg. Dato’ V. Sithambaram Co-Chairperson of the
Bar Council Criminal Law Committee
28. Encik Salim Bashir Bhaskaran Co-Chairperson of the
Bar Council Criminal Law Committee
29. Puan Ajeet Kaur Co-Chairperson of the Bar Council
A/P Nika Singh Child Rights Committee
30. Puan Srividhya Ganapathy Co-Chairperson of the Bar Council
Child Rights Committee
ix
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
31. Puan Selvi Supramaniam Child Protection Specialist
UNICEF Malaysia
32. Puan Loh Cheng Kooi
Executive Director
33. Puan Shaney Cheng Women’s Centre for Change (WCC)
34. Puan Sharmila Case Management Service Manager
Sekarajasekaran P.S. The Children
Pengerusi Voice of Children
35. Puan Amy Bala Nee Amy Naib Presiden
T.K. Jones Malaysian Association of Social Workers
(MASW)
x
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
JAWATANKUASA KERJA (KECIL)
TAJUK 1
PENERIMAAN LAPORAN DAN SIASATAN
1. ACP Puan Ong Chin Lan Ketua Penolong Pengarah Pengerusi
Bahagian Siasatan Seksual,
Wanita Dan Kanak-Kanak
(D11) PDRM
2. Supt. Puan Siti Kamsiah Penolong Pengarah Wakil
binti Hassan Bahagian Jenayah Seksual Pengerusi
Siasatan Seksual, Wanita
Dan Kanak-Kanak (D11)
PDRM
3. Tuan Ahmad Fuad Peguam Kanan Persekutuan Ahli
bin Othman KKM Ahli
4. Puan Natasha Peguam Persekutuan
binti Abdul Azis KKM
5. YBrs. Prof. Dr. Rashidi Ketua Unit Akademik Ahli
Ahmad Perubatan Kecemasan
Universiti Malaya
6. YBhg. Datin Kunasundary Hakim Mahkamah Sesyen Ahli
A/P Marimuthu Kuala Lumpur (Jenayah)
7. Puan Ajeet Kaur Co-Chairperson of the Ahli
A/P Nika Singh Bar Council Child Rights
Committee Ahli
8. Puan Nurmadiana Ahli
binti Mamat Pengarah Ahli
Jabatan Bantuan Guaman
9. Puan Rafidah Melaka, JBG
binti Abdul Aziz
Ketua Penolong Pengarah
10. YBrs. Dr. Rohaizah Borhan Bahagian Kanak-Kanak JKM
Pakar Perunding Pediatrik
Hospital Serdang Selangor
xi
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
TAJUK 2
PERBICARAAN
11. YBhg. Datuk Haji Aslam Timbalan Ketua Pendaftar Pengerusi
Zainuddin (Polisi), PKPMP
12. YBhg. Dato’ Zainal Abidin Pendaftar Mahkamah Rendah Ahli
bin Haji Kamarudin Malaya, PKPMP
13. Tuan M. Bakri bin Abd Majid Timbalan Kanan Pendaftar Ahli
Pejabat Pendaftar Mahkamah Ahli
Rendah Malaya, PKPMP
14. Puan Rozi binti Bainon Pengarah Bahagian Dasar dan
Perundangan, PKPMP
15. Puan Dayang Ellyn Narisa Pendaftar Ahli
Ahli
binti Abang Ahmad Mahkamah Rendah Sabah Ahli
Ahli
dan Sarawak, PKPMP
16. Encik Salim Bashir Co-Chairperson of the
Bhaskaran Bar Council Criminal Law
Committee
17. Puan Srividhya Ganapathy Co-Chairperson of the
Bar Council Child Rights
Committee
18. Puan Madihah binti Zainol Pengarah Jabatan Bantuan
Guaman Johor, JBG
19. Puan Rosmaini binti Ahmad Ketua Penolong Pengarah Ahli
Bahagian Dasar dan Ahli
Antarabangsa, JKM
20. YBrs. Dr. Zakira binti Taib Pakar Perubatan
Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit
KKM
xii
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
TAJUK 3
PENGENDALIAN MANGSA/SAKSI KANAK-KANAK
21. Tuan Abdul Rashid Timbalan Ketua Bahagian I Pengerusi
bin Daud Bahagian Pendakwaan A-GC
22. Puan Baizura binti Kamal Ketua Unit Jenayah Seksual Ahli
dan Keganasan Domestik
Bahagian Pendakwaan A-GC
23. YBhg. Dato’ V. Sithambaram Co-Chairperson of the Ahli
Bar Council Criminal Law Ahli
Committee Ahli
Ahli
24. Tuan Azhaniz Teh Pengarah Bahagian Ahli
bin Azman Teh Strategik, Inovasi, Naziran dan
Korporat, PKPMP Ahli
Ahli
25. Puan Normie Baizura Pengarah Bahagian Litigasi
binti Amiruddin dan Nasihat Sivil, JBG
26. Puan Aimi Syazwani Timbalan Pendakwa Raya
binti Sarmin Unit Jenayah Seksual dan
Keganasan Domestik
27. Puan Nordalina binti Ali Bahagian Pendakwaan A-GC
Timbalan Pendakwa Raya
Unit Jenayah Seksual
dan Keganasan Domestik
Bahagian Pendakwaan A-GC
28. Puan Nordiyanasari Timbalan Pendakwa Raya
binti Omar Unit Jenayah Seksual
dan Keganasan Domestik
29. DSP Puan Saroja Bahagian Pendakwaan A-GC
A/P Egamparam
Ketua Unit Siasatan
Penderaan Kanak-Kanak
Bahagian Siasatan Seksual
Wanita Dan Kanak-Kanak
(D11) PDRM
xiii
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
30. YBrs. Dr. Farah Nini Pensyarah Kanan Ahli
binti Dusuki Fakulti Undang-Undang, UM Ahli
Ahli
31. Puan Norhidayah Nadila Advocacy Officer Ahli
Maulad Daud Women’s Centre for Change
(WCC)
32. Encik Nizam bin Kassim
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Kanak-Kanak JKM
33. YBrs. Dr. Charlotte Sundaraj Pakar Pediatrik
Hospital Putrajaya
xiv
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
TAJUK 4
KHIDMAT PERLINDUNGAN DAN SOKONGAN
KEPADA SAKSI/MANGSA KANAK-KANAK
34. Tuan Quek Kia Ann Ketua Penolong Pengarah Pengerusi
Kanan, JKM Ahli
35. Puan Julaila binti Jamaludin Pegawai Undang-Undang
KPWKM
36. Encik Arfan bin Sulaiman Pengarah Ahli
Bahagian Kanak-Kanak JKM Ahli
37. YBhg. Prof. Madya
Dr. Khadijah Alavi Pensyarah Kanan
Pusat Pengajian Psikologi dan
Pembangunan Manusia UKM
38. Puan Nor Aziati binti Jaafar Timbalan Pengarah Ahli
Perundangan
Bahagian Dasar & Ahli
Perundangan PKPMP Ahli
Ahli
39. Puan Selvi Supramaniam Child Protection Specialist Ahli
UNICEF Malaysia Ahli
Ahli
40. Puan Sharmila Pengerusi Voice of Children
Sekarajasekaran
41. Puan Azizah Pengarah Jabatan Bantuan
binti Haji Ahmad Guaman Selangor, JBG
42. Puan Fairus binti Bahari Ketua Penolong Pengarah
43. Puan Pushpa Ratnam Bahagian Kanak-Kanak
JKM
Member Bar Council
Child Rights Committee
44. YBrs. Dr. Suhaida Pakar Pediatrik
binti Abd Rahman Hospital Kajang Selangor
xv
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
URUS SETIA
1. Tuan Azhaniz Teh Pengarah Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran
bin Azman Teh dan Korporat, Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP)
2. Puan Junaidah Pengarah Bahagian Latihan dan Pembangunan
binti Mohd Isa Kapasiti Kehakiman, PKPMP
3. Puan Nor Aziati Timbalan Pengarah Perundangan
binti Jaafar Bahagian Dasar dan Perundangan, PKPMP
4. Cik Firdaus binti Md Isa Timbalan Pendaftar Pejabat Timbalan Ketua
Pendaftar (Polisi) PKPMP
5. Puan Sasha Diana Timbalan Pendaftar Pejabat Pendaftar
binti Sabtu Mahkamah Rendah Malaya, PKPMP
6. Tuan Muhamad Safuan Penolong Kanan Pendaftar
bin Azhar Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya,
PKPMP
7. Tuan Syahrul Sazly Pegawai Khas Kepada Ketua Pendaftar
bin Md Sain Mahkamah Persekutuan Malaysia, PKPMP
8. Tuan Nik Muizzuddin Penolong Kanan Pendaftar
bin Nik Muhammad Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran dan
Korporat, PKPMP
9. Puan Azizah binti Ahmad Penolong Kanan Pendaftar
Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran dan
Korporat, PKPMP
10. Cik Lee Hong Shi Penolong Kanan Pendaftar
Bahagian Dasar dan Perundangan, PKPMP
11. Cik Izzatul Nawwarah Penolong Kanan Pendaftar
binti Idrus Bahagian Dasar dan Perundangan, PKPMP
12. Cik Nurul Atikah Penolong Kanan Pendaftar
binti Muhamad Bahagian Dasar dan Perundangan, PKPMP
13. Tuan Nik Muhammad Penolong Kanan Pendaftar
Azrin Hafiz bin Nik Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran dan
Mahmood Korporat, PKPMP
14. Tuan Mohd. Dinie Shazwan Penolong Kanan Pendaftar
bin Ab. Shukor Bahagian Latihan dan Pembangunan Kapasiti
Kehakiman, PKPMP
xvi
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
Kandungan
Bab 1 Pengenalan 1
Bab 2 Ringkasan Eksekutif 5
Bab 3 Tafsiran 9
Bab 4 Rujukan 13
Bab 5 Tajuk 1: 17
Penerimaan Laporan dan Siasatan
Bab 6 Carta Alir 33
Soalan Lazim
Bab 7 Tajuk 2: 49
Perbicaraan
Bab 8 Carta Alir 63
Soalan Lazim
Bab 9 Tajuk 3: 77
Bab 10 Pengendalian mangsa/saksi Kanak-Kanak 81
Carta Alir
Soalan Lazim xvii
Tajuk 4:
Khidmat Perlindungan dan Sokongan
kepada mangsa/saksi Kanak-Kanak
Carta Alir
Soalan Lazim
Penutup
Direktori
1bab
PENGENALAN
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
PENGENALAN
1. Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual
terhadap Kanak-Kanak Di Malaysia (“Garis Panduan Khas”) disediakan
untuk memastikan setiap laporan dan siasatan mengenai kes kesalahan
seksual terhadap Kanak-Kanak dikendalikan dengan betul dan efektif.
2. Bagi tujuan Garis Panduan Khas ini, “Kanak-Kanak” adalah seseorang
yang berumur di bawah 18 tahun.
3. Pengendalian perbicaraan di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap
Kanak-Kanak hendaklah mewujudkan atmosfera yang mesra Kanak-
Kanak tanpa mengetepikan keadilan.
4. Semua prosiding bicara yang melibatkan mangsa/saksi Kanak-Kanak
bagi semua kes jenayah seksual terhadap Kanak-Kanak hendaklah
dijalankan secara tertutup (in camera).
5. Identiti Kanak-Kanak dalam semua prosiding bicara bagi semua kes
kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak hendaklah dirahsiakan. Jika
Orang Kena Tuduh (OKT) mempunyai hubungan kekeluargaan dengan
mangsa Kanak-Kanak, identiti OKT juga hendaklah dirahsiakan.
6. Suasana Mahkamah bersifat ‘adult-oriented’ dan sangat terkawal.
Keadaan ini mungkin menimbulkan rasa takut, gerun dan tidak
selesa bagi mana-mana saksi, tidak kira Kanak-Kanak ataupun orang
dewasa. Kerjasama yang berkesan antara semua pihak yang berkaitan
boleh mewujudkan suasana yang positif dan kondusif bagi mangsa/
saksi Kanak-Kanak yang akan hadir dan terlibat dengan prosiding
Mahkamah. Dengan kerjasama secara komprehensif ini, mangsa/
saksi Kanak-Kanak akan lebih selesa dan bersedia untuk memberi
keterangan dan berkomunikasi dengan efektif di Mahkamah serta
menyumbang kepada penyelesaian kes yang berkesan.
3
2bab
RINGKASAN
EKSEKUTIF
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
RINGKASAN EKSEKUTIF
Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792)
yang berkuat kuasa pada 10 Julai 2017 ialah suatu Akta untuk menangani
kesalahan seksual yang dilakukan terhadap Kanak-Kanak. Tujuan utama
penggubalan Akta 792 ini adalah untuk memberi perlindungan yang lebih
baik, melindungi kepentingan dan kebajikan Kanak-Kanak, serta mengadakan
pencegahan yang berkesan bagi kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak.
Penguatkuasaan Akta 792 perlu disokong dengan penggubalan suatu
Garis Panduan Khas dalam pengendalian kes kesalahan seksual terhadap
Kanak-Kanak. Oleh itu, Garis Panduan Khas ini digubal untuk memastikan
matlamat serta tujuan Akta 792 dapat dicapai dengan lebih berkesan. Garis
Panduan Khas ini diharap dapat membantu mangsa/saksi Kanak-Kanak
dan keluarga mereka secara khasnya serta orang awam secara amnya
bermula dari peringkat aduan sehingga kes selesai dibicarakan. Garis
Panduan Khas ini juga membincangkan mengenai bentuk perlindungan
dan sokongan yang boleh diperoleh daripada pelbagai agensi yang terlibat.
Agensi teknikal yang terlibat dalam penyediaan Garis Panduan Khas ini
terdiri daripada−
(i) Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP);
(ii) Jabatan Peguam Negara (A-GC);
(iii) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM);
(iv) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
(v) Jabatan Bantuan Guaman (JBG);
(vi) Polis Diraja Malaysia (PDRM);
(vii) Ahli Akademik;
(viii) Majlis Peguam Malaysia; dan
(ix) Badan Bukan Kerajaan (NGO).
7
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
Garis Panduan Khas ini terbahagi kepada 4 tajuk utama yang berikut:
Tajuk 1: Penerimaan Laporan dan Siasatan
Tajuk ini menerangkan dan memberi panduan kepada agensi yang
terlibat berkaitan dengan kes kesalahan seksual terhadap Kanak-
Kanak pada peringkat awal iaitu membuat dan menerima laporan
serta menjalankan siasatan.
Tajuk 2: Perbicaraan
Tajuk ini ialah mengenai tatacara pengendalian kes di Mahkamah
Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang merangkumi
keseluruhan proses mulai kes didaftar di Mahkamah sehingga kes
tersebut selesai termasuk ciri-ciri khas dalam pengendalian saksi
Kanak-Kanak bagi kes kesalahan seksual di Mahkamah semasa
perbicaraan.
Tajuk 3: Pengendalian Mangsa/Saksi Kanak-Kanak
Tajuk ini membincangkan mengenai pengendalian mangsa/saksi
Kanak-Kanak di Mahkamah. Memandangkan mangsa/saksi Kanak-
Kanak akan berhadapan dengan pelbagai pihak seperti Mahkamah,
Polis Diraja Malaysia (PDRM), Timbalan Pendakwa Raya, Peguam,
Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Badan
Bukan Kerajaan dan sebagainya selain pelaku sendiri, maka tajuk ini
akan membincangkan dengan teliti bagaimana pihak-pihak tersebut
mengendalikan mangsa/saksi Kanak-Kanak dari peringkat pra bicara
sehingga hari perbicaraan mengikut peranan/tanggungjawab masing-
masing.
Tajuk 4: Khidmat Perlindungan dan Sokongan
Tajuk ini membincangkan mengenai khidmat perlindungan dan
sokongan yang boleh diberikan oleh agensi-agensi yang terbabit dalam
membantu mangsa/saksi Kanak-Kanak. Khidmat ini akan diberikan
sejurus selepas aduan diterima sehingga selesai perbicaraan.
8
3bab
TAFSIRAN
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
TAFSIRAN
Kanak-Kanak
(1) Bagi tujuan Garis Panduan Khas ini rujukan perlu dibuat kepada
seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611). Kanak-Kanak ditakrifkan
sebagai seseorang yang di bawah umur lapan belas (18) tahun.
(2) Menurut Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676),
umur seseorang saksi yang diberi perlindungan di bawah Akta 676
adalah 16 tahun dan ke bawah.
Penderaan seksual terhadap Kanak-Kanak
Perenggan 17(2)(c) Akta 611 memperuntukkan bahawa seseorang yang
terlibat dalam kes penderaaan seksual terhadap Kanak-Kanak adalah
apabila dia mengambil bahagian sama ada sebagai peserta atau pemerhati
dalam apa-apa aktiviti yang bersifat seksual bagi maksud apa-apa bahan
pornografi, rakaman, filem, pita, video atau persembahan yang bersifat
pornografi, lucah atau eksploitasi seksual oleh mana-mana orang bagi
memuaskan nafsu seksual orang itu atau orang lain.
Perlindungan
Seseorang Kanak-Kanak yang memerlukan perlindungan di bawah seksyen
17 Akta 611 berkaitan dengan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap
Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta
Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).
Sokongan
Menurut Strobe, Jonas & Hewstone (2003), sokongan merupakan tingkah
laku yang membantu hubungan Kanak-Kanak dengan individu lain dan
masyarakat sekeliling.
11
4bab
RUJUKAN
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
Rujukan kepada Kanun/Akta/Panduan yang berikut:
(i) Kanun Keseksaan (Akta 574)
(ii) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593)
(iii) Akta Keterangan 1950 (Akta 56)
(iv) Akta Bantuan Guaman 1971 (Akta 26)
(v) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521)
(vi) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611)
(vii) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007
(Akta 670)
(viii) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676)
(ix) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017
(Akta 792)
(x) Panduan Untuk Memahami Proses Mahkamah Jenayah, Women’s
Centre For Change
(xi) Panduan Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak,
PERMATA
15
5bab
TAJUK 1:
PENERIMAAN
LAPORAN DAN
SIASATAN
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
PENERIMAAN LAPORAN DAN SIASATAN
PENGENALAN
Garis Panduan bagi Penerimaan Laporan dan Siasatan ini adalah untuk
memberikan panduan kepada agensi-agensi yang terlibat berkaitan dengan
laporan dan siasatan kes kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak.
A. PENERIMAAN LAPORAN
(1) Laporan Polis
(a) Laporan polis mengenai kes kesalahan seksual terhadap
Kanak-Kanak boleh dibuat di mana-mana balai polis/
pondok polis/hospital.
(b) Laporan polis boleh ditulis sendiri oleh pengadu dalam
borang atau ditulis oleh polis.
(c) Laporan polis hendaklah dibaca semula kepada pengadu
oleh pegawai polis yang menerima pengaduan dan
disahkan betul oleh pengadu sebelum ditandatangani oleh
pengadu. Pengadu perlu dimaklumkan mengenai nombor
pengaduan.
(d) Pegawai Penyiasat/Investigating Officer (IO) atau Penolong
Pegawai Penyiasat/Assistant Investigating Officer (AIO)
akan dimaklumkan oleh pegawai polis yang menerima
pengaduan tersebut.
19
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(2) Menemu bual Pengadu
(a) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat
menemu bual pengadu untuk mendapatkan maklumat
tambahan selain yang dinyatakan dalam laporan polis.
(b) PDRM memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) sekiranya pengadu dan/atau mangsa memerlukan
perlindungan.
(c) JKM hendaklah mengambil tindakan untuk memohon
interim protection order (IPO) di Mahkamah (jika perlu).
(d) PDRM juga menyediakan khidmat kaunseling kepada
pengadu/mangsa/saksi sebelum sesi temu bual dan
semasa proses siasatan dibuat (sekiranya diperlukan).
Khidmat Sokongan mangsa dan kaunseling diberikan oleh
pegawai psikologi dan penolong pegawai psikologi atau
kaunselor yang berdaftar dari Unit Sokongan Mangsa,
Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak
(D11).
(e) PDRM memaklumkan pengadu/mangsa tentang
perkhidmatan Pendamping Guaman (Legal Companion).
Khidmat Pendamping Guaman diberikan oleh JBG kepada
mangsa yang berumur di bawah 18 tahun pada masa
perbicaraan.
(3) Klasifikasi Kesalahan
Klasifikasi laporan polis adalah mengikut seksyen kesalahan
yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang sedang
berkuat kuasa di Malaysia.
20
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(4) Rakaman Percakapan Pengadu/Mangsa/Saksi Melalui
Video Di Pusat Temuduga Kanak-Kanak/Child Interview
Centre (CIC)
(a) Pengadu/mangsa/saksi perlu ditemu bual dan dirakam
percakapan untuk mendapatkan fakta tentang kejadian.
(b) Percakapan pengadu/mangsa/saksi akan diambil mengikut
peruntukan undang-undang. Jika perlu, PDRM akan
mendapatkan khidmat jurubahasa atau jurubahasa bahasa
isyarat.
(c) Pernyataan pengadu/mangsa/saksi yang telah dirakamkan
hendaklah dibacakan semula sebelum disahkan dan
ditandatangani oleh pengadu/mangsa/saksi. Cap jari
pengadu/mangsa/saksi juga boleh diambil jika tidak boleh
menandatanganinya.
(d) Sekiranya pengadu/mangsa/saksi berumur 16 tahun dan
ke bawah, keterangan temubual mereka akan dirakamkan
melalui video rakaman di CIC (jika perlu).
B. PEMERIKSAAN KESIHATAN
(1) PDRM akan membawa mangsa ke hospital kerajaan untuk
pemeriksaan dan rawatan oleh pegawai perubatan (jika perlu).
(2) Dalam keadaan tertentu, mangsa akan terus hadir ke hospital
bersama dengan ibu/bapa/penjaga/guru/orang awam.
21
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(3) Saringan di Jabatan Kecemasan Hospital
(a) Pegawai/kakitangan perubatan yang mengendalikan
kes kesalahan seksual Kanak-Kanak perlu menghadiri
kursus/seminar atau telah diberi pendedahan terhadap
pengendalian dan pengurusan Suspected Child Abuse
and Neglect (SCAN).
(i) Tidak kritikal
Kanak-Kanak ditempatkan di One Stop Crisis
Centre (OSCC) bagi temu bual dan pemeriksaan
oleh Pasukan SCAN dilakukan. Pegawai/kakitangan
perubatan hendaklah membuat laporan kepada JKM
dan polis (sekiranya laporan polis belum dibuat).
(ii) Kritikal/semi-kritikal
Mangsa dimasukkan ke zon kritikal untuk rawatan
kecemasan. Mangsa juga dirujuk kepada Pasukan
SCAN.
(b) Mangsa akan dimasukkan ke wad. Rawatan susulan
oleh Pasukan SCAN dan kes konferens akan dijalankan.
Selepas discaj, mangsa diberi temu janji susulan.
(4) Penyediaan Laporan Perubatan
(a) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat
memohon laporan perubatan awal daripada hospital
kerajaan pada hari yang sama mangsa dirujuk ke hospital.
22
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(b) Hospital mesti menyediakan laporan perubatan awal
pemeriksaan kesihatan pada hari yang sama mangsa
dirujuk selepas selesai pemeriksaan ke atas mangsa.
(c) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat
hendaklah memohon secara bertulis laporan perubatan
penuh (lengkap) pada kadar yang segera.
(d) Hospital hendaklah menyediakan laporan perubatan penuh
(lengkap) pada kadar yang segera.
(e) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat
hendaklah pada kadar yang segera mengambil laporan
perubatan penuh (lengkap) daripada pihak hospital.
(f) Bagi kes tertentu, PDRM akan memohon secara bertulis
laporan perubatan lanjutan. Contohnya, laporan psikologi
dan laporan psikiatri.
C. SIASATAN
(1) Siasatan Di Tempat Kejadian
(a) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat
hadir ke tempat kejadian untuk merakam gambar tempat
kejadian serta pengumpulan bahan bukti.
(b) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat
menghantar sampel/bahan bukti yang ditemui ke Jabatan
Kimia Malaysia untuk dianalisa.
(c) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat
memohon secara bertulis untuk mendapatkan laporan
kimia pada kadar yang segera setelah sampel/bahan
bukti dihantar kepada Jabatan Kimia Malaysia.
23
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(d) Jabatan Kimia Malaysia hendaklah menyediakan laporan
kimia pada kadar yang segera setelah sampel/bahan
bukti diterima daripada Pegawai Penyiasat atau Penolong
Pegawai Penyiasat.
(2) Tangkapan Orang Yang Disyaki (OYDS)
(a) PDRM mengenal pasti profil OYDS dan membuat tangkapan.
Sebab-sebab tangkapan akan diterangkan kepada OYDS
sebagaimana tatacara di bawah Kanun Tatacara Jenayah
(Akta 593) dan pemeriksaan ke atas badan OYDS akan
dibuat. Sekiranya tangkapan dibuat di dalam premis,
pemeriksaan juga hendaklah dilakukan di dalam premis
berkenaan.
(b) PDRM hendaklah membuat laporan polis ke atas tangkapan
yang dibuat.
(3) Merakam percakapan orang yang disyaki di bawah seksyen
112 Kanun Tatacara Jenayah
PDRM hendaklah merakam percakapan OYDS. Rakaman
percakapan hendalah mematuhi tatacara di bawah Kanun
Tatacara Jenayah (Akta 593).
(4) Permohonan reman di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara
Jenayah (Akta 593)
(a) Permohonan reman perlu dibuat sekiranya siasatan tidak
dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam.
(b) Jika permohonan reman dibenarkan, OYDS ditahan untuk
siasatan lanjut oleh polis.
24
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(c) Jika permohonan reman ditolak, OYDS dibebaskan dengan
jamin polis.
(5) Kawad cam
(a) Kawad cam dijalankan sekiranya perlu. Mangsa akan di
bawa ke Balai Polis untuk menjalankan kawad cam.
(b) Rakaman percakapan lanjut akan diambil selepas kawad
cam.
D. PENILAIAN KETERANGAN DAN RUJUKAN KEPADA TIMBALAN
PENDAKWA RAYA UNTUK MENILAI KETERANGAN
(1) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat mengumpul
dan menilai segala keterangan sebelum merujuk Kertas Siasatan/
Investigation Paper (IP) kepada Timbalan Pendakwa Raya.
(2) IP yang lengkap dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk
mendapatkan nasihat dan pandangan sama ada pertuduhan
boleh dibuat.
(3) Jika Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan siasatan lanjut
dibuat, Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat
hendaklah meneruskan siasatan. Setelah itu, IP hendaklah
dirujuk semula kepada Timbalan Pendakwa Raya.
(4) Sekiranya keterangan mencukupi, pertuduhan akan dibuat di
Mahkamah yang berkenaan oleh Timbalan Pendakwa Raya.
25
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
CARTA ALIR TAJUK 1:
PENERIMAAN LAPORAN DAN SIASATAN
Pengadu /
Mangsa
Laporan Perubatan awal Pengadu / Mangsa hadir
ke balai polis / pondok
Ada Laporan Polis Tiada Laporan Polis polis
Laporan polis
One Stop Rawatan Pegawai Penyiasat (IO) atau
Crisis Centre kecemasan Penolong Pegawai Penyiasat
(OSCC) / Pemeriksaan oleh (AIO) akan temu bual pengadu /
Pemeriksaan SCAN mangsa / saksi
oleh SCAN
IO / AIO maklumkan kepada
Tidak Kritikal / Pengadu / Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Kritikal Semi Kritikal Mangsa sekiranya perlu untuk
mendapatkan Interim Protection
Saringan Tiada Order (IPO) di Mahkamah
Mangsa tiba di hospital Pemeriksaan kesihatan /
Laporan Perubatan Awal
Ada
Penyediaan Laporan Tangkapan saspek / Lawatan ke tempat kejadian
Perubatan Penuh Rakaman / Temubual (pengumpulan bahan bukti dan
saspek penemuan saksi)
Petunjuk:
Penerimaan Saspek dibebaskan / Kenal pasti butiran saspek
Laporan siasatan lanjut
Pemeriksaan Tangkapan saspek / Rakaman /
Kesihatan Temu bual saspek
Siasatan
Permohonan reman di
26 Mahkamah untuk siasatan
lanjut
Kawad cam
Penilaian keterangan dan
rujukan kepada Timbalan
Pendakwa Raya
Pertuduhan di Mahkamah
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
SOALAN LAZIM MENGENAI TAJUK 1
1. Apakah yang dimaksudkan dengan penderaan seksual terhadap
Kanak-Kanak?
Perenggan 17(2)(c) Akta 611 memperuntukkan bahawa seseorang
yang terlibat dalam kes penderaaan seksual terhadap Kanak-Kanak
adalah apabila dia mengambil bahagian sama ada sebagai peserta
atau pemerhati dalam apa-apa aktiviti yang bersifat dan/atau berunsur
seksual bagi maksud apa-apa bahan pornografi, rakaman, filem,
pita, video atau persembahan yang bersifat dan/atau berunsur
pornografi, lucah atau eksploitasi seksual oleh mana-mana orang
untuk memuaskan nafsu seksual orang itu atau orang lain.
2. Apakah yang perlu dilakukan apabila kesalahan seksual telah
berlaku terhadap mana-mana Kanak-Kanak?
Sesiapa yang mendapati suatu kesalahan seksual telah berlaku
terhadap mana-mana Kanak-Kanak, orang itu hendaklah membuat
laporan polis dengan menyatakan butir-butir mangsa dan kejadian
yang telah berlaku di mana-mana Balai Polis/Pondok Polis/Hospital
Kerajaan yang terdekat.
3. Apakah yang akan berlaku apabila laporan polis mengenai
kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak dibuat?
Setelah laporan polis dibuat, Polis akan memulakan siasatan dengan
serta-merta.
27
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
4. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Polis selepas
menerima laporan polis mengenai kesalahan seksual terhadap
Kanak-Kanak?
Pegawai Polis yang menerima laporan polis tersebut akan memaklumkan
kepada Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat dengan
kadar segera. Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat
akan membuat siasatan terhadap laporan polis yang diterima itu.
5. Adakah pengadu akan dimaklumkan tentang perkembangan
siasatan kes berkaitan laporan polis yang telah dibuat?
Ya. Pengadu akan dimaklumkan mengenai perkembangan siasatan
oleh Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat kes
tersebut.
6. Adakah Orang Yang Disyaki (OYDS) akan ditahan oleh pihak
polis?
Ya. Sekiranya terdapat bukti atau alasan yang munasabah untuk
tujuan siasatan, OYDS akan ditahan reman untuk membantu siasatan.
7. Apakah yang berlaku setelah siasatan dijalankan oleh polis?
Polis akan merujuk Kertas Siasatan kepada Timbalan Pendakwa
Raya untuk mendapatkan arahan bagi menuduh OYDS tersebut
sekiranya terdapat bukti yang mencukupi.
8. Adakah mangsa perlu hadir di mana-mana klinik atau hospital
untuk rawatan?
Polis akan merujuk mangsa ke Hospital Kerajaan bagi tujuan
pemeriksaan perubatan.
28
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
9. Bolehkah mangsa dibawa ke hospital terlebih dahulu tanpa
membuat laporan polis jika pengadu mengesyaki kesalahan
seksual terhadap Kanak-Kanak telah berlaku?
Boleh. Mangsa boleh dibawa ke Hospital Kerajaan tanpa membuat
laporan polis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, Pegawai Perubatan
hendaklah membuat laporan polis jika beliau mengesyaki atau
terdapat bukti menunjukkan Kanak-Kanak tersebut adalah mangsa
kesalahan seksual. Laporan polis juga boleh dibuat di Pondok Polis
di hospital berkenaan sekiranya ada.
10. Apakah proses yang akan dilalui oleh mangsa setelah dirujuk
kepada Hospital Kerajaan?
Mangsa akan dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital dan tahap
kestabilan mangsa akan dikenal pasti. Sekiranya mangsa berada
pada tahap kritikal/semi kritikal, rawatan kecemasan akan diberikan
dan mangsa akan dirujuk kepada Pasukan Suspected Child Abuse
& Neglect (“SCAN”).
Mangsa yang berada di dalam keadaan stabil akan terus ditempatkan
di One Stop Crisis Centre (OSCC) bagi pemeriksaan lanjut oleh
Pasukan SCAN.
11. Apakah yang dimaksudkan dengan Pasukan OSCC?
Pasukan OSCC ialah Unit Khas di Jabatan Kecemasan Hospital yang
berfungsi sebagai pusat untuk memberikan perkhidmatan menyeluruh
kepada mangsa penderaan Kanak-Kanak termasuk Kanak-Kanak
mangsa penderaan seksual. OSCC juga ditubuhkan khas untuk
memberi ruang privasi kepada mangsa penderaan seksual Kanak-
Kanak semasa proses temu bual dan pemeriksaan fizikal.
29
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
12. Apakah yang dimaksudkan dengan Pasukan SCAN?
Pasukan SCAN ialah pasukan profesional yang terdiri daripada doktor
dan pakar daripada pelbagai disiplin yang memainkan peranan untuk
membuat pemeriksaan dan penilaian ke atas Kanak-Kanak mangsa
penderaan termasuk Kanak-Kanak mangsa penderaan seksual.
Pasukan SCAN juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan
koordinasi di antara pihak Hospital dan Agensi Kerajaan serta Bukan
Kerajaan lain untuk memastikan mangsa kesalahan seksual Kanak-
Kanak mendapat rawatan dan perlindungan yang sewajarnya.
Pasukan SCAN diketuai oleh pakar Kanak-Kanak (Pediatrik) dan
ahli perubatan lain terdiri daripada pakar dan doktor daripada
Jabatan Kecemasan, Jabatan Pediatrik, Jabatan Obstetrik dan
Ginekologi, Jabatan Surgeri, Jabatan Psikiatri dan Jabatan Forensik.
Ahli Pasukan SCAN lain juga terdiri daripada Pegawai Kaunseling,
Pakar Psikologi dan Pegawai dari Jabatan Kerja Sosial Perubatan,
Pegawai Pelindung Kanak-Kanak dan Pegawai Polis.
13. Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya mangsa
memerlukan perlindungan?
Polis atau Hospital akan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat
untuk menguruskan dan mengambil tindakan/langkah yang sewajarnya
ke atas mangsa kesalahan seksual Kanak-Kanak yang memerlukan
perlindungan.
14. Adakah pihak Polis menyediakan perkhidmatan kaunseling
kepada mangsa kesalahan seksual Kanak-Kanak?
Ya. Semasa dalam proses siasatan, mangsa kesalahan seksual
Kanak-Kanak akan diberi khidmat sokongan emosi dan sesi
kaunseling (sekiranya diperlukan) oleh Pegawai Khidmat Sokongan
30