• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
yang ditempatkan di setiap kontinjen dan juga Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman, Kuala Lumpur.
15. Apakah perkhidmatan Pendamping Guaman?
Perkhidmatan Pendamping Guaman ialah perkhidmatan yang
disediakan oleh Jabatan Bantuan Guaman menurut Akta Bantuan
Guaman 1971 (Akta 26).
Antara fungsi Pendamping Guaman yang dinyatakan di bawah
seksyen 29I(1) adalah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan
berhubung dengan pertuduhan terhadap mana-mana tertuduh
dalam mana-mana prosiding jenayah di mana orang yang dibantu
merupakan mangsa.
31
6bab
TAJUK 2:
PERBICARAAN
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
PERBICARAAN
PENGENALAN
Garis Panduan bagi Perbicaraan bertujuan untuk menerangkan aliran proses
perbicaraan kes di Mahkamah yang merangkumi keseluruhan proses mulai
kes didaftar di Mahkamah sehingga kes tersebut selesai.
Terdapat dua kaedah utama bagi penyelesaian kes iaitu sama ada melalui
perbicaraan penuh (full trial) dengan memanggil saksi atau perbicaraan
ringkas (summary trial). Perbicaraan ringkas (summary trial) ialah proses
perbicaraan apabila Orang Kena Tuduh (OKT) membuat pengakuan salah.
Garis Panduan ini juga menyentuh berkenaan dengan ciri-ciri khas dan
berbeza dalam pengendalian saksi Kanak-Kanak bagi kes jenayah seksual
di Mahkamah semasa perbicaraan.
A. SEBUTAN
Tarikh sebutan pertama ialah tarikh kes tersebut didaftarkan di Mahkamah.
Pada tarikh sebutan pertama, Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah
memberikan arahan yang berikut:
(1) Jika Orang Kena Tuduh (OKT) mengaku salah setelah
pertuduhan dibacakan dan diterangkan—
(a) Mahkamah hendaklah memastikan OKT memahami sifat
dan akibat pengakuan salahnya;
(b) Fakta kes dibaca dan diterangkan kepada OKT;
(c) Barang kes dikemukakan dan ditandakan sebagai ekshibit;
35
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(d) Mahkamah menerima—
(i) Laporan Sosial Pesalah Muda (jika OKT di bawah
umur 21 tahun) yang disediakan oleh Pegawai Akhlak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
(ii) Pernyataan impak mangsa (victim impact statement);
(iii) Mendengar hujahan mitigasi oleh Peguam atau OKT
sendiri;
(iv) Mendengar hujahan pemberatan hukuman oleh
Timbalan Pendakwa Raya; dan
(v) Menerima rekod sabitan lampau OKT (jika ada);
(vi) Jatuh Hukum terhadap OKT mengikut undang-undang;
(e) Memberi perintah yang bersesuaian mengikut undang-
undang terhadap pesalah muda/pesalah Kanak-Kanak;
(f) Membuat apa-apa perintah yang bersesuaian berkaitan
dengan barang kes dan ekshibit yang telah dikemukakan
di Mahkamah; dan
(g) Perintah tambahan oleh Mahkamah iaitu pampasan
kewangan diberikan kepada mangsa Kanak-Kanak.
(2) Jika OKT tidak mengaku salah setelah pertuduhan dibacakan
dan diterangkan—
(a) Mahkamah hendaklah mendengar permohonan jaminan
oleh Peguam atau OKT sendiri;
36
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(b) Mahkamah hendaklah menentukan sama ada jaminan
wajar dibenarkan atau tidak berdasarkan prinsip jaminan;
(c) Jika jaminan tidak dibenarkan, OKT hendaklah ditahan
reman di penjara atau di tempat tahanan Kanak-Kanak
yang diwartakan;
(d) Jika jaminan dibenarkan, OKT adalah dibebaskan dengan
jaminan beserta syarat-syarat yang diperintahkan Mahkamah;
(e) Seterusnya, Mahkamah hendaklah menetapkan tarikh
pengurusan kes dalam masa 2 minggu dan untuk OKT
melantik Peguam.
B. PENGURUSAN KES
(1) Pada tarikh pengurusan kes, Mahkamah hendaklah diberitahu
tentang keperluan kehadiran—
(a) Pendamping Guaman (Legal Companion), Jabatan Bantuan
Guaman;
(b) Pekerja Khidmat Saksi, Jabatan Kebajikan Masyarakat;
dan
(c) Perantara (intermediary) di bawah seksyen 8 Akta
Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676).
37
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(2) Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah memberikan arahan yang
berikut:
(a) Saksi Kanak-Kanak telah diperkenalkan dengan suasana
Mahkamah (familiarization with the environment of the
Court).
(b) Arahan Mahkamah mengenai pematuhan seksyen 10
Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676)
yang memperuntukkan bahawa pakaian rasmi pihak-pihak
dalam Mahkamah boleh diketepikan.
(c) Pelantikan perantara (selain Jurubahasa Mahkamah)
dengan kebenaran Mahkamah di bawah seksyen 8 Akta
Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676).
(d) Jika OKT tidak diwakili Peguam, OKT tidak boleh membuat
pemeriksaan balas secara langsung terhadap saksi. Selaras
dengan seksyen 8 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak
2007 (Akta 676), apa-apa soalan terhadap saksi Kanak-
Kanak hendaklah melalui perantara.
(e) Apa-apa soalan yang berkaitan dengan anggota badan
tidak boleh ditunjuk secara terus ke anggota badan
mangsa Kanak-Kanak. Penggunaan patung sebagai rujukan
kepada anggota tubuh badan hendaklah digunakan.
(f) Hakim Mahkamah Sesyen memberikan arahan mengenai
aturan dan bilangan saksi.
(g) Dokumen atau barang kes: Pematuhan seksyen 51A
Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan seksyen 29I Akta
Bantuan Guaman 1971(Akta 26). Dokumen hendaklah
38
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
dibekalkan kepada OKT dan Pendamping Guaman (Legal
Companion).
(h) Garis Masa: Kes hendaklah dilupuskan dalam tempoh 12
bulan dari tarikh pendaftaran.
C. TATACARA MAHKAMAH JENAYAH SEKSUAL TERHADAP
KANAK-KANAK
(1) Perbicaraan penuh hendaklah dijalankan mengikut panduan
yang berikut:
(a) Larangan laporan dan penyiaran media.
(b) Tiada ujian kompetensi perlu dijalankan bagi mangsa/saksi
Kanak-Kanak kecuali Mahkamah berpendapat sebaliknya
[seksyen 17 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap
Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dibaca bersama Jadual].
(c) Keterangan saksi Kanak-Kanak−
(i) Semasa prosiding, saksi Kanak-Kanak hendaklah
diasingkan atau ditempatkan secara berasingan
daripada OKT;
(ii) Keterangan hendaklah dibuat secara video link. Timbalan
Pendakwa Raya, Peguam (jika OKT diwakili), OKT,
Pendamping Guaman (Legal Companion), Jurubahasa
Mahkamah atau Perantara (Intermediary) perlu berada
di bilik prosiding yang ditetapkan sebelum apa-apa
keterangan direkodkan secara video-link;
39
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(iii) Saksi Kanak-Kanak hendaklah ditempatkan di Bilik
Saksi Kanak-Kanak dan ditemani oleh Perantara di
bawah seksyen 8 Akta Keterangan Saksi Kanak-
Kanak 2007 (Akta 676) dan Pekerja Khidmat Saksi
(JKM) atau mana-mana orang yang berkaitan; dan
(iv) Apa-apa soalan yang ditujukan kepada saksi Kanak-
Kanak bolehlah melalui Jurubahasa Mahkamah atau
Perantara.
(v) Saksi Kanak-Kanak hendaklah memberi keterangan
melalui video-link dalam keadaan di mana dia tidak
boleh melihat OKT. Pandangan (view) Kanak-Kanak
sepanjang masa memberi keterangan adalah terhad
kepada Hakim, Timbalan Pendakwa Raya dan
Peguam. Sekiranya pengecaman terhadap OKT perlu
dibuat, Hakim akan mengalihkan kamera supaya
pandangan Kanak-Kanak kepada OKT bagi tujuan
tersebut sahaja.
(2) Terdapat 3 peringkat dalam perbicaraan penuh iaitu Pemeriksaan
Utama, Pemeriksaan Balas dan Pemeriksaan Semula.
(a) Pemeriksaan Utama:
(i) Pemeriksaan Utama terhad pada batasan Akta
Keterangan 1950 (Akta 56) dan Akta Keterangan
Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676).
(ii) Pendamping Guaman boleh bertanyakan soalan, jika
perlu dengan kebenaran Mahkamah.
(iii) Keterangan video-link semasa pemeriksaan utama
hendaklah diterima masuk (be made admissible).
40
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(iv) Dalam hal keadaan mangsa Kanak-Kanak tidak
dibawa ke Mahkamah sebagai saksi, keterangan
CIC Kanak-Kanak tersebut dikemukakan kepada
Mahkamah.
(b) Pemeriksaan Balas:
(i) Pemeriksaan Balas terhad pada batasan Akta
Keterangan 1950 (Akta 56) dan Akta Keterangan
Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676).
(ii) Rujukan juga boleh dibuat kepada Tool Kit by Bar
Council Malaysia (booklet/video) sebagai panduan.
(iii) Timbalan Pendakwa Raya hendaklah membantah
kepada mana-mana soalan yang mendatangkan
kemudaratan kepada saksi Kanak-Kanak. Pendamping
Guaman juga boleh untuk membangkitkan bantahan
kepada mana-mana soalan yang mendatangkan
kemudaratan kepada saksi Kanak-Kanak dengan
kebenaran Mahkamah.
(c) Pemeriksaan Semula:
Pemeriksaan Semula terhad pada batasan Akta Keterangan
1950 (Akta 56) dan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak
2007 (Akta 676).
D. PENGHUKUMAN (SENTENCING)
Dalam membuat penghukuman, Hakim hendaklah −
(a) Mendengar dan mempertimbangkan mengenai pernyataan
impak mangsa (victim impact statement) di bawah seksyen
41
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
183A Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593). Pernyataan impak
mangsa boleh sama ada dibuat secara lisan atau bertulis.
(b) Pendamping Guaman dibenarkan untuk bercakap bagi pihak
mangsa Kanak-Kanak atau membacakan pernyataan impak
mangsa yang telah disediakan oleh mangsa. Pendamping
Guaman juga boleh membantu dalam penyediaan pernyataan
impak mangsa.
E. PASCA BICARA
Selepas selesai perbicaraan, tindakan yang berikut perlu diambil:
(a) Mempertimbangkan mengenai Laporan daripada Pegawai
Kebajikan Masyarakat untuk menentukan tempat penempatan
yang sesuai dan lain-lain bagi mangsa Kanak-Kanak itu. Tujuan
Laporan ini adalah untuk membantu Mahkamah membuat
perintah yang sesuai demi kebajikan mangsa Kanak-Kanak.
(b) Perintah pelupusan barang kes: Barang kes hendaklah
dipulangkan kepada pihak pendakwaan bagi tujuan simpan
selamat atau pelupusan.
(c) Mangsa Kanak-Kanak hendaklah dimaklumkan mengenai
keputusan Mahkamah. Pemakluman ini boleh dibuat oleh
Mahkamah atau Polis atau Jabatan Bantuan Guaman atau
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
42
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
CARTA ALIR TAJUK 2:
PERBICARAAN
Mengaku Daftar Kes
salah
Sebutan pertama dan
pertuduhan dibacakan
Ya Pengakuan
salah
Tidak
OKT minta dibicarakan
dan jaminan ditawarkan
Pengurusan kes
Keputusan Kes dibicarakan Kanak-Kanak ditempatkan
Kanak-Kanak hadir memberi keterangan di bilik saksi Kanak-Kanak
OKT didapati tidak bersalah
Kanak-Kanak ditemani
Pekerja Saksi Kanak-
Kanak
Melalui perantara/jurubahasa,
soalah dikemukakan dan
Kanak-Kanak memberi
keterangan melalui video-link
OKT didapati bersalah
Hujah pemberatan (aggravating) dan OKT dibebaskan
penyataan mangsa / victim impact
statement di bawah seksyen 183A KK
dikemukakan
Laporan sosial akan dikemukakan
bagi OKT di bawah umur 21 tahun
Hujah peringanan
(mitigation) dikemukakan
Hukuman/Perintah
Perintah pelupusan
barang kes
43
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
SOALAN LAZIM MENGENAI TAJUK 2
1. Siapakah Orang Yang Disyaki (OYDS) dan Orang Kena Tuduh
(OKT)?
OYDS ialah orang yang disyaki telah melakukan suatu kesalahan
jenayah terhadap mangsa. Proses siasatan akan dijalankan oleh
PDRM terhadap OYDS.
Apabila Kertas Siasatan dirujuk oleh PDRM kepada Timbalan
Pendakwa Raya (TPR) dan keputusan TPR ialah untuk menuduh/
mendakwa OYDS di Mahkamah maka sebutan OYDS bertukar
kepada Orang Kena Tuduh (OKT).
2. Siapakah yang boleh duduk bersama mangsa/saksi Kanak-
Kanak semasa memberi keterangan di dalam Bilik Saksi
Kanak-Kanak?
Seseorang yang berkepentingan, misalnya ahli keluarga atau rakan
keluarga atau guru boleh duduk bersama mangsa/saksi Kanak-Kanak
di dalam Bilik Saksi Kanak-Kanak.
3. Bagaimanakah mangsa Kanak-Kanak atau keluarganya atau
orang berkepentingan dimaklumkan tentang tarikh sebutan
atau tarikh bicara?
(a) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat akan
memaklumkan mangsa Kanak-Kanak atau keluarganya atau
orang berkepentingan tentang tarikh sebutan atau tarikh bicara;
atau
(b) Mangsa Kanak-Kanak atau keluarganya atau orang berkepentingan
juga boleh menghubungi Mahkamah untuk mengetahui tentang
tarikh sebutan atau tarikh bicara.
44
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
4. Bolehkah mangsa Kanak-Kanak atau keluarganya mendapatkan
khidmat Peguam atau khidmat bantuan guaman?
Boleh. Pelantikan Peguam boleh dibuat oleh keluarga mangsa
Kanak-Kanak. Mangsa Kanak-Kanak atau keluarganya juga boleh
mendapatkan khidmat guaman daripada Jabatan Bantuan Guaman.
5. Apakah kod etika berpakaian mangsa/saksi Kanak-Kanak
yang perlu hadir ke Mahkamah?
Pakaian sopan, sederhana dan bersesuaian. Mangsa/saksi Kanak-
Kanak atau saksi lain atau anggota keluarga yang hadir ke Mahkamah
hendaklah mengelakkan daripada memakai seluar jeans, seluar
pendek, baju tanpa lengan, skirt-mini, pakaian terlampau singkat
atau menjolok mata dan selipar (sila rujuk kepada etika berpakaian
di Mahkamah).
6. Berapa lamakah seseorang mangsa/saksi Kanak-Kanak perlu
memberi keterangan? Adakah mangsa/saksi Kanak-Kanak
dibenarkan untuk berhenti rehat?
(a) Tiada tempoh spesifik dapat ditentukan kerana prosiding
pemeriksaan saksi bergantung kepada jumlah soalan yang
ditanya oleh pihak pendakwaan dan pembelaan.
(b) Ya. Mangsa/saksi Kanak-Kanak dibenarkan untuk berhenti
rehat tertakluk kepada keperluan dan budi bicara Mahkamah.
7. Sekiranya kes ditangguhkan, adakah mangsa Kanak-Kanak
atau keluarganya atau orang berkepentingan dimaklumkan
mengenai penangguhan kes.
(a) Ya. Jika kes ditangguhkan, Jurubahasa Mahkamah akan
memaklumkan tarikh sebutan atau tarikh bicara akan datang.
45
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(b) Mangsa Kanak-Kanak atau keluarganya atau orang berkepentingan
juga boleh menghubungi pihak Mahkamah atau Pegawai
Penyiasat/Penolong Pegawai Penyiasat untuk mengetahui tarikh
sebutan atau tarikh bicara akan datang.
8. Adakah mangsa Kanak-Kanak atau keluarganya atau orang
berkepentingan dimaklumkan tentang keputusan kes?
Ya. Keputusan Mahkamah akan dimaklumkan atau boleh diketahui
melalui Pegawai Penyiasat/Penolong Pengawai Penyiasat. Keputusan
kes juga boleh diketahui dengan cara menghubungi Mahkamah.
9. Adakah mangsa/saksi Kanak-Kanak akan berdepan atau
bertembung dengan OKT semasa prosiding Mahkamah?
(a) Tidak. Semasa prosiding Mahkamah, mangsa/saksi Kanak-
Kanak akan dilindungi daripada berdepan atau bertembung
dengan OKT. Mahkamah boleh melarang OKT berkomunikasi
dengan mangsa/saksi Kanak-Kanak.
(b) Mangsa Kanak-Kanak boleh memberitahu Mahkamah jika OKT
mengganggunya.
10. Adakah mangsa Kanak-Kanak dimaklumkan sekiranya OKT
dilepaskan dengan jaminan mahkamah?
Ya.
11. Bolehkah mangsa/saksi Kanak-Kanak dibawa ke Mahkamah
dan diberikan penerangan tentang proses Mahkamah sebelum
perbicaraan bermula (familiarization of the environment of
the Court)?
46
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
Boleh. Mangsa/saksi Kanak-Kanak boleh mendapatkan khidmat
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk melawat
Mahkamah sebelum perbicaraan bermula. JKM juga boleh membantu
memberikan penerangan mengenai proses Mahkamah kepada
mangsa/saksi Kanak-Kanak.
12. Berapakah bilangan ahli keluarga mangsa/saksi Kanak-Kanak
yang boleh menghadiri prosiding Mahkamah?
Tiada bilangan spesifik ditetapkan. Menurut peruntukan undang-undang,
prosiding perbicaraan yang melibatkan mangsa/saksi Kanak-Kanak
hendaklah dijalankan secara tertutup (in camera). Secara alternatif,
ahli keluarga boleh menunggu di luar Mahkamah Terbuka. Walau
bagaimanapun, seorang ahli keluarga dibenarkan untuk menemani
mangsa/saksi Kanak-kanak di Bilik Menunggu Saksi Kanak-Kanak
semasa prosiding Mahkamah berlangsung.
47
7bab
TAJUK 3:
PENGENDALIAN
MANGSA/SAKSI
KANAK-KANAK
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
PENGENDALIAN MANGSA/ SAKSI KANAK-KANAK
PENGENALAN
Garis Panduan ini membincangkan mengenai pengendalian mangsa/
saksi Kanak-Kanak dalam perbicaraan kes kesalahan seksual terhadap
Kanak-Kanak.
Mangsa/saksi Kanak-Kanak dalam kes kesalahan seksual akan berhadapan
dengan pelbagai pihak seperti Mahkamah, Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Timbalan Pendakwa Raya, Peguam, Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Badan Bukan Kerajaan dll. Selain itu, mangsa/saksi
Kanak-Kanak akan berhadapan dengan pelaku kesalahan terhadapnya.
A. PRA PERBICARAAN
(1) Dalam tempoh 2 minggu sebelum perbicaraan bermula, Timbalan
Pendakwa Raya hendaklah membuat perjumpaan dengan saksi/
mangsa Kanak-Kanak bagi tujuan membina hubungan (rapport)
dan memberi taklimat pra perbicaraan. Perjumpaan ini juga
melibatkan Pendamping Guaman atau Pekerja Khidmat Saksi
atau mana-mana pihak yang difikirkan sesuai, sekiranya telah
dilantik bagi pihak mangsa/saksi Kanak-Kanak tersebut.
(2) Semasa perjumpaan tersebut, perkara yang perlu dimaklumkan
oleh Timbalan Pendakwa Raya /Pendamping Guaman/Pekerja
Khidmat Saksi adalah—
(a) hak undang-undang mangsa/saksi Kanak-Kanak;
(b) proses perbicaraan (pemeriksaan utama, pemeriksaan
balas, pemeriksaan semula);
51
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(c) peranan pihak yang terlibat dalam setiap peringkat
perbicaraan; dan
(d) soalan yang mungkin dikemukakan semasa perbicaraan
dan sebab soalan tersebut dikemukakan.
(3) Sebagai tambahan kepada perkara di atas, Timbalan Pendakwa
Raya/Pendamping Guaman/Pekerja Khidmat Saksi hendaklah
mengenal pasti apa-apa jua keperluan khusus bagi mangsa/
saksi Kanak-Kanak dan menyediakan keperluan khusus tersebut
semasa perbicaraan, contohnya keperluan bagi Orang Kurang
Upaya (OKU), jurubahasa dan sebagainya.
(4) Seboleh mungkin, Timbalan Pendakwa Raya yang mengadakan
perjumpaan tersebut hendaklah Timbalan Pendakwa Raya yang
mengendalikan kes tersebut supaya mangsa/saksi Kanak-Kanak
selesa dengan Timbalan Pendakwa Raya semasa perbicaraan
dijalankan.
(5) Mangsa/saksi Kanak-Kanak hendaklah dibenarkan untuk memilih
seorang orang dewasa untuk menemani mangsa/saksi Kanak-
Kanak semasa memberikan keterangan dalam mana-mana
peringkat prosiding di Mahkamah.
(6) Sebelum perbicaraan dimulakan, Timbalan Pendakwa Raya
boleh memohon kepada Mahkamah untuk perintah menghalang
sesiapa sahaja daripada menerbitkan nama, alamat atau gambar
bagi mana-mana mangsa/saksi yang terlibat dalam kes tersebut,
atau menerbitkan mana-mana pernyataan atau maklumat yang
boleh membawa kepada pengenalpastian Kanak-Kanak selaras
dengan seksyen 14 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007
(Akta 676).
52
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(7) Penyerahan sepina kepada mangsa/saksi Kanak-Kanak yang
ditempatkan di Tempat Selamat/Perlindungan di bawah
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh dilakukan dengan
menyerahkan sepina tersebut kepada orang yang menjaga
Tempat Selamat/Perlindungan tersebut.
(8) Dalam keadaan mangsa/saksi Kanak-Kanak ditempatkan di
bawah perlindungan JKM, JKM bertanggungjawab untuk
memastikan kehadiran dan mengiringi mangsa/saksi Kanak-
Kanak tersebut ke Mahkamah.
(9) Dalam hal keadaan mangsa/saksi Kanak-Kanak yang tinggal
bersama keluarga memerlukan perkhidmatan sokongan saksi,
Timbalan Pendakwa Raya hendaklah membuat permohonan
kepada JKM dalam tempoh sekurang-kurangnya 7 hari untuk
membawa dan mengiringi mangsa/saksi Kanak-Kanak tersebut
ke Mahkamah.
B. SEMASA PERBICARAAN
Hakim Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam
hendaklah memastikan kebajikan dan kesejahteraan mangsa/saksi
Kanak-Kanak menjadi kepentingan utama (for the best interest of
the child).
Perkara yang berikut hendaklah diberi perhatian:
(a) Mahkamah hendaklah mengambil kira umur dan keselesaan
mangsa/saksi Kanak-Kanak tersebut dalam menetapkan masa
mangsa/saksi Kanak-Kanak untuk memberi keterangan;
(b) Mahkamah hendaklah memberikan waktu rehat yang munasabah
untuk keselesaan mangsa/saksi Kanak-Kanak;
53
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(c) Semua pihak hendaklah memastikan soalan yang dikemukakan
mudah difahami dan bersesuaian dengan umur, tahap kematangan
dan keupayaan mangsa/saksi Kanak-Kanak;
(d) Semua pihak hendaklah memastikan bahawa soalan yang
agresif, menekan dan mengelirukan tidak diajukan kepada
mangsa/saksi Kanak-Kanak; dan
(e) Semua pihak hendaklah memastikan kebajikan dan kesejahteraan
mangsa/saksi Kanak-Kanak dilindungi pada setiap masa.
C. PERANAN TIMBALAN PENDAKWA RAYA
Seseorang Timbalan Pendakwa Raya perlu melaksanakan peranan
yang berikut:
(a) Mengadakan sesi perjumpaan dengan mangsa/saksi Kanak-
Kanak dengan bantuan dan kehadiran ibu bapa, penjaga atau
pegawai kebajikan masyarakat;
(b) Membuat persediaan dengan Mahkamah untuk menjalankan
perbicaraan dalam masa sehari atau perbicaraan secara berturut-
turut untuk mengurangkan masa mangsa/saksi Kanak-Kanak
tersebut berada di Mahkamah;
(c) Memastikan mangsa/saksi Kanak-Kanak dan saksi lain bersedia
sebelum memberi keterangan di Mahkamah;
(d) Menentukan aturan saksi mengikut keperluan terbaik untuk
membantu dan memudahkan keterangan mangsa/saksi Kanak-
Kanak. Sekiranya Kanak-Kanak mengalami post-traumatic stress
disorder (PTSD), saksi lain hendaklah dipanggil terlebih dahulu
sehingga mangsa/saksi Kanak-Kanak tersebut bersedia untuk
memberi keterangan;
54
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(e) Sekiranya mangsa/saksi Kanak-Kanak mempunyai masalah
pendengaran atau kelainan upaya lain, Timbalan Pendakwa
Raya hendaklah memohon untuk melantik seorang pakar
bahasa isyarat atau ahli profesional lain (contohnya seperti guru
yang mengendalikan Kanak-Kanak dengan keperluan khas)
yang boleh membantu mangsa/saksi Kanak-Kanak tersebut
berkomunikasi secara efektif dengan Mahkamah;
(f) Sekiranya mangsa/saksi Kanak-Kanak mempunyai masalah
lambat perkembangan (developmental delay) dan dengan itu
menjejaskan keupayaannya untuk memberikan keterangan secara
efektif, Timbalan Pendakwa Raya hendaklah mengemukakan
keterangan seorang pakar perubatan untuk menerangkan
kepada Mahkamah alasan mengapa mangsa/saksi Kanak-Kanak
tersebut tidak boleh memberi keterangan dengan baik;
(g) Selepas mangsa/saksi Kanak-Kanak selesai memberi keterangan,
Timbalan Pendakwa Raya hendaklah menerangkan kepadanya
apa yang akan berlaku seterusnya dan memberi peluang
kepadanya untuk bertanya apa-apa soalan mengenai proses
Mahkamah;
(h) Sekiranya mangsa/saksi Kanak-Kanak tidak dapat hadir ke
Mahkamah atas apa-apa alasan, pihak pendakwaan hendaklah
meneruskan dengan mengemukakan saksi lain;
(i) Rakaman video mangsa/saksi Kanak-Kanak boleh dikemukakan
sebagai gantian kepada pemeriksaan utama menurut Akta
Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676); dan
(j) Sekiranya Mahkamah mensabitkan OKT, Timbalan Pendakwa
Raya hendaklah mengemukakan pernyataan impak mangsa
(victim impact statement) dan/atau laporan pakar psikiatri
untuk menerangkan keadaan mangsa/saksi Kanak-Kanak
55
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
tersebut dan kesan negatif kejadian kepada mangsa/saksi
Kanak-Kanak tersebut supaya Mahkamah boleh menjatuhkan
hukuman yang setimpal terhadap OKT dan apa-apa perintah
yang bersesuaian.
D. PERANAN HAKIM MAHKAMAH SESYEN
Seseorang Hakim Mahkamah Sesyen perlu melaksanakan peranan
yang berikut:
(a) Perbicaraan kes jenayah seksual terhadap Kanak-Kanak yang
terlibat dengan kes jenayah seksual mesti diberi keutamaan
berbanding dengan kes jenayah lain;
(b) Mahkamah hendaklah mengambil kira umur dan keselesaan
mangsa/saksi Kanak-Kanak tersebut dalam menetapkan masa
mangsa/saksi Kanak-Kanak memberi keterangan. Mangsa/saksi
Kanak-Kanak perlu memberi keterangan dalam keadaan yang
selesa dan masa menunggu yang lama mesti dielakkan; dan
(c) Mahkamah hendaklah memastikan soalan-soalan yang diajukan
kepada mangsa/saksi Kanak-Kanak menggunakan bahasa yang
mudah, sesuai dengan tahap perkembangan intelek mangsa/
saksi Kanak-Kanak, tidak agresif, menakutkan dan tiada elemen
menyalahkan mangsa/saksi Kanak-Kanak.
E. PERANAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)
Seseorang Pegawai Kebajikan Masyarakat perlu melaksanakan
peranan yang berikut:
(a) Sekiranya mangsa/saksi Kanak-Kanak bukan pemastautin
atau menetap di tempat Mahkamah bersidang, tempat tinggal
sementara mesti disediakan sehingga mangsa/saksi Kanak-
Kanak selesai memberi keterangan di Mahkamah;
56
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(b) Membantu mangsa/saksi Kanak-Kanak dan keluarga memahami
proses Mahkamah; dan
(c) Memberikan khidmat kaunseling kepada mangsa/saksi Kanak-
Kanak.
F. PERANAN PEGAWAI PENYIASAT/PENOLONG PEGAWAI
PENYIASAT
Seseorang Pegawai Penyiasat/Penolong Pengawai Penyiasat perlu
melaksanakan peranan yang berikut:
(a) Memaklumkan status dan perkembangan siasatan kepada
mangsa/saksi Kanak-Kanak atau keluarga (pengadu);
(b) Menyampaikan sepina kepada saksi yang perlu menghadiri
perbicaraan di Mahkamah; dan
(c) Memastikan kehadiran saksi di Mahkamah.
G. PERANAN PEGUAM
Seseorang Peguam perlu melaksanakan peranan yang berikut:
(a) Peguam yang mengendalikan pembelaan kes yang melibatkan
mangsa/saksi Kanak-Kanak tidak boleh mengemukakan soalan
yang agresif, menekan dan mengelirukan semasa perbicaraan;
(b) Peguam hendaklah menggunakan bahasa yang mudah difahami
dan bersesuaian dengan umur, tahap kematangan dan keupayaan
mangsa/saksi Kanak-Kanak; dan
57
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(c) Peguam hendaklah memaklumkan kepada Mahkamah dan
Timbalan Pendakwa Raya sekiranya bercadang untuk memanggil
saksi Kanak-Kanak bagi tujuan pembelaan untuk membolehkan
saksi Kanak-Kanak tersebut menggunakan Bilik Saksi Kanak-
Kanak yang disediakan di Mahkamah.
H. PERANAN PENDAMPING GUAMAN
Seseorang Pendamping Guaman perlu melaksanakan peranan yang
berikut:
(a) Mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pertuduhan
yang dipertuduhkan;
(b) Mendampingi mangsa/saksi Kanak-Kanak dalam perbicaraan;
(c) Bercakap bagi pihak mangsa Kanak-Kanak dengan kebenaran
Mahkamah;
(d) Menasihati penjaga atau Pegawai Pelindung mangsa Kanak-
Kanak daripada apa-apa tuntutan sivil yang boleh diambil; dan
(e) Membantu mangsa Kanak-Kanak memahami perkara yang
perlu diambil perhatian sebelum perbicaraan.
58
CARTA ALIR TAJUK 3 : 12
PENGENDALIAN MANGSA/SAKSI
KANAK-KANAK
TAJUK 3 : A. PENETAPAN TARIKH BICARA KANAK-
LIAN MANGSA/SAKSI [Kes akan ditetapkan untuk bicara dan dilupuskan dalam tempoh 12 bulan.] KK
NAK
• KK
B. PENGENDALIAN MANGSA/SAKSI KANAK-KANAK [PRA PERBICARAAN] • KK •
• KK •
• •
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di MalaysiaD. PENGAMBILAN KETERANGAN
PERJUMPAAN DENGAN KANAK-KANAK MENGENAL PASTI KEPERLUAAN • K K LAIN-LAIN • • Pengambilan keterangan •
59 KANAK-KANAK •
Kanak-Kanak hendaklah diselesaikan
• Perjumpan hendaklah ditetapkan oleh TPR sekurang- • Pemilihan seorang atau lebih orang dewasa untuk • TPR untuk memohon kepada Mahkamah perintah dalam masa 3 bulan dari tarikh
kurangnya 2 minggu sebelum tarikh perbicaraan. menemani Kanak-Kanak memberikan keterangan. untuk menghalang penerbitan nama, alamat atau keterangan direkodkan.
gambar foto bagi Kanak-Kanak atau penerbitan
• Perjumpaan juga akan melibatkan Pendamping • Menyediakan keperluan khusus Kanak-Kanak mana-mana pernyataan yang boleh membawa
Guaman/Pekerja Khidmat Saksi semasa perbicaraan seperti penyediaan kepada pengenalpastian Kanak-Kanak.
jurubahasa isyarat bagi Kanak-Kanak yang OKU.
• Memastikan makluman berikut disampaikan :- • TPR untuk memohon perintah kepada JKM sekurang-
a) hak undang-undang bagi Kanak-Kanak tersebut; • Menentukan aturan saksi mengikut keperluan kurangnya 7 hari daripada tarikh perbicaraan untuk
(b) proses perbicaraan terbaik bagi membantu dan memudahkan mengiringi Kanak-Kanak ke Mahkkamah .
(c) peranan pihak terlibat dalam perbicaraan; keterangan Kanak-Kanak.
(d) contoh soalan perbicaraan . • JKM untuk menyediakan tempat tinggal sementara
sekiranya Kanak-Kanak bukan pemastautin atau
menetap di tempat Mahkamah bersidang.
PROSES PERBICARAAN • LAIN-LAIN •
C. PENGENDALIAN MANGSA/SAKSI KANAK-KANAK [SEMASA PERBICARAAN] •
•
•
PERANAN HAKIM/TPR/PEGUAM
• Kanak-Kanak akan dibawa ke Bilik Menunggu Saksi • Memastikan kebajikan Kanak-Kanak merupakan •
ditemani oleh orang dewasa yang dipilih Kanak- kepentingan utama (best interest of the child).
Kanak dan Pedamping Guaman. • Sekiranya Kanak-Kanak tidak dapat hadir ke
• Mengambil kira umur dan keselesaan mangsa/saksi Mahkamah, rakaman video Kanak-Kanak boleh
• Rujuk Carta Alir Perbicaraan Tajuk 2 Kanak-Kanak tersebut. dikemukakan sebagai gantian kepada pemeriksaan
utama menurut Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak•
• Memberikan waktu rehat yang munasabah untuk 2007.
keselesaan mangsa/saksi Kanak-Kanak.
• Selepas Kanak-Kanak selesai memberikan
• Memastikan soalan yang dikemukakan keterangan, TPR hendaklah menerangkan kepadanya
mudah difahami dan bersesuaian dengan umur, apa yang akan berlaku seterusnya dan memberi
tahap kematangan dan keupayaan Kanak-Kanak. peluang kepadanya untuk bertanya apa-apa soalan
mengenai proses Mahkamah.
• Memastikan bahawa soalan yang berbentuk
agresif, menekan dan mengelirukan tidak diajukan
kepada Kanak-Kanak.
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI TAJUK 3
1. Apakah hak mangsa/saksi Kanak-Kanak sekiranya diganggu
oleh OKT atau pihak ketiga yang membantu OKT di dalam
Mahkamah?
Timbalan Pendakwa Raya atau Pendamping Guaman boleh memohon
kepada Mahkamah untuk perintah melarang gangguan terhadap
mangsa/saksi-saksi Kanak-Kanak atau mana-mana saksi lain.
2. Apakah yang perlu dibawa oleh mangsa/saksi Kanak-Kanak
atau ibu bapa/penjaga yang perlu hadir ke Mahkamah bagi
tujuan perbicaraan?
(a) Kad pengenalan;
(b) Sepina yang diterima;
(c) Salinan laporan polis/pernyataan mangsa/saksi Kanak-Kanak
untuk mengingatkan semula keterangan yang berkaitan dengan
kes;
(d) Nombor telefon/maklumat pihak yang berkaitan dengan kes,
contohnya Pegawai Penyiasat/Penolong Pegawai Penyiasat
dan Timbalan Pendakwa Raya;
(e) Buku nota dan alat tulis untuk mencatat nota penting; dan
(f) Apa-apa barang keperluan yang difikirkan sesuai untuk mangsa/
saksi Kanak-Kanak.
60
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
3. Apakah tuntutan yang boleh dibuat oleh mangsa/saksi Kanak-
Kanak, ibu bapa atau penjaga apabila perlu hadir ke Mahkamah
bagi tujuan perbicaraan?
Mangsa/saksi Kanak-Kanak, ibu bapa atau penjaga yang disepina
boleh membuat tuntutan perjalanan bagi setiap tarikh hadir di
Mahkamah. Tatacara untuk memohon tuntutan adalah seperti yang
berikut:
(a) Setiap kali kes selesai didengar pada tarikh yang ditetapkan,
saksi yang hadir hendaklah menunjukkan sepina yang diterima
kepada Mahkamah;
(b) Polis Mahkamah perlu memastikan tarikh perbicaraan pada
sepina adalah tepat supaya Timbalan Pendakwa Raya yang
mengendalikan kes dapat mengesahkan kehadiran mangsa/
saksi Kanak-Kanak, ibu bapa atau penjaga yang disepina;
(c) Sepina yang disahkan ini hendaklah dibawa ke kaunter tuntutan
atau Pejabat Polis berkenaan bagi tujuan pembayaran; dan
(d) Jika sepina tidak diserahkan sebelum perbicaraan, permohonan
untuk mendapatkan salinan sepina boleh dibuat kepada Pegawai
Penyiasat/Penolong Pegawai Penyiasat atau Timbalan Pendakwa
Raya yang mengendalikan kes tersebut.
4. Adakah mangsa berpeluang untuk menyuarakan impak kejadian/
jenayah terhadap dirinya?
(a) Ya ada. Pada peringkat keputusan dan sebelum hukuman
dijatuhkan oleh Mahkamah, mangsa Kanak-Kanak, boleh memilih
sama ada ingin menceritakan sendiri kepada Mahkamah tentang
impak yang berlaku terhadapnya, ataupun mangsa boleh
61
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
menyediakan suatu pernyataan bertulis yang diserahkan kepada
pihak Polis atau Timbalan Pendakwa Raya atau Pendamping
Guaman untuk dibacakan di hadapan Mahkamah.
(b) Pernyataan impak saksi ialah pernyataan oleh mangsa tentang
penderitaan dan trauma yang dialaminya dan/atau keluarganya
akibat daripada jenayah seksual yang berlaku terhadapnya.
5. Adakah orang awam boleh berada di dalam Mahkamah semasa
perbicaraan?
(a) Pada umumnya, orang awam boleh berada di dalam Mahkamah
Terbuka semasa perbicaraan. Seksyen 7 Kanun Tatacara Jenayah
(Akta 593) menyatakan bahawa tempat di mana Mahkamah
Jenayah bersidang bagi tujuan penyiasatan atau perbicaraan
untuk apa-apa kesalahan disifatkan sebagai Mahkamah Terbuka
di mana orang ramai boleh masuk.
(b) Menurut seksyen 3 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007
(Akta 676), Kanak-Kanak boleh memberi keterangan dengan
cara mengadakan pengadang di antara Kanak-Kanak dan
OKT, dengan rangkaian secara langsung atau dengan rakaman
video.
(c) Mangsa/saksi Kanak-Kanak akan dilindungi supaya tidak
berdepan atau bertembung dengan OKT.
(d) Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengeluarkan apa-
apa perintah yang sesuai semasa menerima keterangan dari
mangsa/saksi Kanak-Kanak seperti mengisytiharkan perbicaraan
dibuat secara tertutup (in camera) dan mengehadkan penglibatan
orang awam sepanjang sesi pemeriksaan melibatkan mangsa/
saksi Kanak-Kanak.
62
8bab
TAJUK 4:
KHIDMAT
PERLINDUNGAN DAN
SOKONGAN KEPADA
MANGSA/SAKSI
KANAK-KANAK
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
KHIDMAT PERLINDUNGAN DAN SOKONGAN
KEPADA MANGSA/SAKSI KANAK-KANAK
PENGENALAN
Khidmat perlindungan dan sokongan boleh diberikan oleh agensi yang
berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing iaitu−
(i) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM);
(ii) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
(iii) Polis Diraja Malaysia (PDRM); dan
(iv) Jabatan Bantuan Guaman (JBG).
Garis Panduan ini membincangkan mengenai jenis khidmat perlindungan
dan sokongan yang akan diberikan oleh agensi tersebut.
A. J A B ATA N K E B A J I K A N M A S YA R A K AT, K E M E N T E R I A N
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Peranan utama JKM ialah untuk menyelamat, melindungi, menjaga dan
membantu dalam pemulihan mangsa Kanak-Kanak dan keluarganya.
Pegawai Kebajikan Masyarakat yang diberi kuasa sebagai Pelindung
akan mematuhi tatacara perlindungan menurut peruntukan undang-
undang.
65
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
Jenis khidmat perlindungan dan sokongan yang diberikan oleh JKM
adalah seperti yang berikut:
(1) Perlindungan
Tatacara perlindungan mangsa Kanak-Kanak di bawah bidang
kuasa JKM adalah—
(a) Apabila JKM menerima laporan/aduan mengenai kes
kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak, pegawai JKM
akan mengumpul dengan segera semua maklumat penting
mengenai kesalahan tersebut seperti nama Kanak-Kanak,
nama orang yang disyaki, maklumat ibu bapa Kanak-
Kanak dan lokasi kejadian.
(b) Aduan boleh diterima melalui pelbagai pihak seperti
makluman kepada JKM yang merangkumi Talian Kasih,
Polis, aduan orang awam, tular di media sosial, aduan
daripada pihak sekolah, NGO dan makluman daripada
hospital.
(c) Pegawai Pelindung melawat tempat berlaku kesalahan
tersebut seperti yang dilaporkan dalam aduan dengan
kadar segera (sekiranya perlu). Sekiranya kejadian berlaku
di rumah dan Pegawai Pelindung tidak dibenarkan masuk
ke rumah untuk berjumpa Kanak-Kanak, Pegawai Pelindung
boleh mendapatkan bantuan pihak polis.
(d) Sekiranya Kanak-Kanak telah dibawa ke hospital, Pegawai
Pelindung mengadakan lawatan ke hospital. Bagi Kanak-
Kanak yang belum dibawa ke hospital, Pegawai Pelindung
membawa Kanak-Kanak ke hospital untuk menjalani
pemeriksaan perubatan serta mendapatkan rawatan.
66
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(e) Pada masa yang sama, Pegawai Pelindung turut membuat
laporan polis untuk melaporkan kes kesalahan seksual
tersebut sekiranya laporan polis belum dibuat oleh mana-
mana ahli keluarga Kanak-Kanak atau pakar perubatan.
(f) Pegawai Pelindung kemudiannya menjalankan siasatan
terhadap Kanak-Kanak dan keluarganya untuk menentukan
perlindungan dan sokongan yang sesuai.
(g) Bagi kes yang melibatkan jenayah seksual pornografi
Kanak-Kanak dan jenayah seksual pengantunan Kanak-
Kanak (child grooming), kedua-dua jenayah ini hendaklah
disiasat oleh polis dan polis hendaklah merujuk kepada
Pegawai Pelindung mengenai kes tersebut.
(h) Sekiranya Kanak-Kanak itu menjadi mangsa penderaan
seksual, Kanak-Kanak tersebut akan diselamatkan dan
ditempatkan di suatu tempat selamat atau di bawah
jagaan seseorang yang layak dan sesuai (sekiranya perlu).
(i) Pegawai Pelindung mendapatkan Perintah Sementara dari
Mahkamah Majistret atau Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
(MBKK) di bawah subseksyen 25(2) Akta 611 dalam masa
24 jam untuk membolehkan Kanak-Kanak ditempatkan
dalam persekitaran yang selamat. Kanak-Kanak juga turut
hadir ke Mahkamah.
(j) Dalam tempoh sebulan dari tarikh Perintah Sementara
tersebut dikeluarkan, Pegawai Pelindung hendaklah
menjalankan siasatan ke atas Kanak-Kanak dan ahli keluarga
Kanak-Kanak bagi penyediaan satu Laporan Pelindung.
Laporan Pelindung dibentangkan dalam prosiding MBKK
mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah untuk
mendapatkan Perintah Tetap untuk Kanak-Kanak.
67
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(k) Selepas mendapat tarikh persidangan MBKK, Pegawai
Pelindung hendaklah membawa semula Kanak-Kanak ke
MBKK untuk Perintah Tetap penempatan Kanak-Kanak.
Jika MBKK berpuas hati bahawa Kanak-Kanak memerlukan
pemeliharaan dan perlindungan selepas mengambil kira
bahawa meletakkan Kanak-Kanak dalam pemeliharaan
berasaskan keluarga adalah yang terbaik, Perintah Tetap
untuk Kanak-Kanak akan diberikan di bawah mana-mana
peruntukan subseksyen 30(1) Akta 611.
(l) Dalam tempoh penempatan Kanak-Kanak di bawah
Perintah Tetap yang diberikan oleh MBKK [subseksyen
30(1) Akta 611], Pegawai Pelindung akan membuat seliaan
dan pemantauan dari semasa ke semasa.
(m) Bagi Kanak-Kanak yang tidak memerlukan suatu tempat
selamat atau di bawah jagaan seseorang layak dan
sesuai, Pegawai Pelindung akan membuat seliaan dan
pemantauan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
(2) Sokongan
Bagi pendekatan khidmat sokongan bagi mangsa Kanak-Kanak,
JKM memberikan perkhidmatan yang berikut:
(a) Khidmat Sokongan Saksi (WSS);
(b) Intervensi Pemulihan;
(c) Sokongan Pembangunan/Perkembangan;
(d) Pengintegrasian Kanak-Kanak dalam masyarakat; dan
(e) Pendekatan Komuniti Menangani Jenayah Seksual Kanak-
Kanak.
68
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(a) Khidmat Sokongan Saksi (WSS) bagi Kanak-Kanak
(i) WSS diberikan di bawah Akta Keterangan Saksi
Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) dan disediakan oleh
JKM.
(ii) WSS adalah percuma dan sulit serta dikendalikan
oleh pekerja terlatih.
(iii) Objektif WSS ini adalah −
• U n t u k m e n y e d i a k a n p e r k h i d m a t a n b a g i
mengurangkan kebimbangan dan trauma; dan
• Sebagai saluran komunikasi antara pihak Polis,
Timbalan Pendakwa Raya dan Kanak-Kanak.
(iv) Tugas dan tanggungjawab Pekerja Khidmat Saksi
adalah−
• Tidak berbincang tentang kes tersebut atau
memberi apa-apa nasihat undang-undang;
• Memberi maklumat tentang tatacara Mahkamah
(jika perlu);
• Menawarkan sokongan emosi kepada saksi
serta keluarga;
• Menemani saksi di Mahkamah;
69
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
• Mengadakan lawatan ke Mahkamah sebelum
perbicaraan untuk membiasakan saksi dengan
susun atur Mahkamah;
• Membuat persiapan untuk menerima keputusan
Mahkamah mengenai kes atau perkara lain;
• Menyediakan pengangkutan ke Mahkamah;
• Merujuk kepada pihak tertentu yang boleh
menjawab soalan mengenai kes secara spesifik;
• Tempat untuk saksi berkongsi pengalaman
selepas memberi keterangan; dan
• Merujuk saksi ke perkhidmatan lain jika perlu.
(b) Intervensi Pemulihan
Kaunselor atau Pegawai Psikologi menyediakan intervensi
kaunseling dan bimbingan melalui−
(i) Pemulihan psikologi Kanak-Kanak melalui pendekatan
intervensi krisis, trauma, kaunseling individu, kaunseling
kumpulan, kaunseling keluarga psikoterapi, terapi
kumpulan, terapi permainan, terapi seni; dan
(ii) Pemulihan emosi Kanak-Kanak dan keluarga Kanak-
Kanak seperti pengurusan marah, coping skills,
bengkel interaktif [subseksyen 30(8) Akta 611] dan
kemahiran keibubapaan.
70
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(c) Sokongan Pembangunan/Perkembangan
(i) Memantau perkembangan pendidikan Kanak-Kanak
dari segi persekolahan, pertukaran sekolah dan
kemajuan pelajaran;
(ii) Memberi bantuan kewangan; dan
(iii) Memberi latihan dan membantu mencari peluang
pekerjaan.
(d) Pengintegrasian Kanak-Kanak dalam masyarakat
(i) Mengadakan persidangan kes/panel kajian semula/
pembebasan sekiranya Kanak-Kanak sesuai untuk
diintegrasikan dengan keluarga;
(ii) Menyediakan Laporan Penilaian Kesesuaian Keluarga
Untuk Penerimaan Kanak-Kanak atau mendapatkan
perintah lanjut;
(iii) Memastikan syarat tambahan Perintah MBKK di
bawah perenggan 30(8)(b) Akta 611 dipatuhi iaitu
ibu bapa atau penjaga Kanak-Kanak perlu melawat
Kanak-Kanak di tempat selamat atau institusi;
(iv) Membuat seliaan ke atas Kanak-Kanak yang keluar
dari institusi;
(v) Menganjurkan Program Rumah Perantaraan kepada
bekas penghuni institusi; dan
(vi) Membuat pengawasan susulan ke atas Kanak-Kanak
selama setahun selepas Kanak-Kanak keluar dari
institusi.
71
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(e) Pendekatan Komuniti Menangani Jenayah Seksual
Kanak-Kanak
(i) Memperkasakan komuniti dengan memberi
tanggungjawab perlindungan Kanak-Kanak kepada
komuniti.
(ii) Mewujudkan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak di
peringkat komuniti.
B. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
(1) Setiap Kanak-Kanak yang disyaki menjadi mangsa kesalahan
seksual hendaklah dibawa ke hospital dan dirujuk kepada
Pasukan SCAN.
(2) Fungsi Pasukan SCAN adalah seperti yang berikut:
(a) Perbincangan kes dengan ahli Pasukan;
(b) Menilai sama ada berlaku penderaan atau pengabaian;
(c) Memberikan rawatan dan sokongan perubatan; dan
(d) Pelan perancangan rawatan Kanak-Kanak.
C. POLIS DIRAJA MALAYSIA
Apabila pihak Polis menerima aduan mengenai perkara berkaitan
dengan kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak, perkhidmatan
yang berikut boleh diberikan:
(a) Sokongan emosi seperti kaunseling mangsa dan keluarga; dan
72
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
(b) Merujuk mangsa kepada jabatan/agensi lain untuk mendapatkan
sokongan kepada mangsa dan keluarganya.
D. JABATAN BANTUAN GUAMAN
Jabatan Bantuan Guaman (JBG) memberikan perkhidmatan yang
berikut:
(a) Nasihat guaman kepada penjaga/pelindung mangsa Kanak-Kanak
mengenai perkara yang berkaitan dengan undang-undang; dan
(b) Pendamping Guaman mengambil bahagian dalam prosiding
Mahkamah untuk menjaga kepentingan mangsa Kanak-Kanak.
Perkhidmatan ini disediakan berdasarkan permohonan daripada
penjaga/pelindung mangsa Kanak-Kanak kepada JBG.
73
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
CARTA ALIR TAJUK 4:
KHIDMAT PERLINDUNGAN DAN SOKONGAN KEPADA
MANGSA/SAKSI KANAK-KANAK
Pengadu /
Mangsa
JKM menerima
laporan/aduan daripada
pengadu/mangsa
Di mana mangsa
berada?
Ada sentuhan
fizikal?
Rumah Tidak
Hospital Ya Laporan dan
SCAN siasatan PDRM
Pemeriksaan
kesihatan PDRM menyediakan
khidmat kaunseling
kepada mangsa oleh
kaunselor yang
bertauliah
Kembali kepada Khidmat Kaunseling kepada
keluarga mangsa oleh pihak JKM dan
Pekerja Sosial hospital
Tidak
Penglibatan ahli
Khidmat Sokongan keluarga mangsa?
Ya
Rujukan kepada
Mahkamah Bagi Kanak-
Kanak untuk IPO
Siasatan Pelindung
Prosiding perbicaraan di
Mahkamah
Perlukan Perintah tetap (PO) Tidak Khidmat Sokongan
Kembali kepada
Ya keluarga
PO dikeluarkan untuk
mangsa kanak-kanak
Khidmat Sokongan Memuaskan Penilaian terhadap PO
Kembali kepada Tidak memuaskan Nota: Maklumat berkenaan dengan
keluarga khidmat sokongan adalah
Rujukan kepada sebagaimana diterangkan
Mahkamah Bagi Kanak- dalam Garis Panduan Khas
Kanak bagi sambung PO
74
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
SOALAN LAZIM MENGENAI TAJUK 4
1. Siapakah yang boleh membantu mangsa/saksi Kanak-Kanak?
Agensi yang boleh membantu mangsa/saksi Kanak-Kanak ialah−
(a) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM);
(b) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
(c) Polis Diraja Malaysia (PDRM); dan
(d) Jabatan Bantuan Guaman (JBG).
2. Apakah bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa/saksi
Kanak-Kanak?
Bantuan yang boleh diberikan ialah perlindungan dan sokongan.
3. Berapa lamakah tempoh perlindungan dan sokongan diberikan
kepada mangsa/saksi Kanak-Kanak?
Perlindungan dan sokongan kepada mangsa/saksi Kanak-Kanak
akan diberikan bermula daripada aduan diterima hingga mangsa
berjaya dipulihkan walaupun kes tersebut telah selesai.
4. Apakah jaminan keselamatan yang boleh diberikan kepada
mangsa/saksi Kanak-Kanak daripada ancaman OKT?
Jaminan keselamatan yang boleh diberikan ialah dengan menempatkan
mangsa/saksi Kanak-Kanak di tempat selamat atau diletakkan di
bawah jagaan orang yang layak dan sesuai.
75
9bab
PENUTUP
• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
Penutup
eterbatasan maklumat mengenai proses kerja dan tatacara sesuatu
Kagensi adalah salah satu punca kekangan yang dihadapi dalam
menyampaikan perkhidmatan yang menyeluruh, cekap dan berkesan kepada
kumpulan sasar iaitu Kanak-Kanak yang menjadi mangsa kesalahan seksual.
Oleh itu, Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual
terhadap Kanak-Kanak di Malaysia yang digubal hasil kerjasama pihak yang
berkepentingan seperti Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan,
Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Majlis Peguam Malaysia,
Kementerian/Jabatan yang berkaitan adalah mercu tanda inisiatif pihak
kerajaan ke arah penguatkuasaan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual
terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
Garis Panduan Khas ini diharap dapat dijadikan rujukan dan panduan
yang berguna khususnya kepada semua agensi yang mengendalikan kes
kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak supaya bantuan dapat diberikan
secara seragam, menyeluruh dan berkesan. Garis Panduan Khas ini juga
boleh dijadikan panduan kepada mangsa/saksi Kanak-Kanak, ahli keluarga
dan guru apabila berhadapan dengan situasi yang memerlukan khidmat
agensi yang berkaitan.
79