The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TEO SOOK MEI Moe, 2020-04-13 12:10:39

LookUp, HLookUp, VLookUp

Excel & OneNotes

Keywords: DrB

THE FIRST STEP IN EXCEL

Dr Bahsharudin Mohd Sharif
14th April 2020
2.30 pm – 4 pm
Google Meet

THE INTEGRATION OF MICROSOFT EXCEL IN
MICROSOFT ONE NOTE

First Chapter

MEMBUAT NOTA SENDIRI DI
MICROSOFT ONE NOTE

=lookup()
=hlookup()

=vlookup()

1. REFERENCE FUNCTION

1. REFERENCE FUNCTION

1.1 LookUp( ) ( ISIKANDUNGAN )

LOOKUP( value, lookup_range, [result_range] )

value : nilai yang ingin dicari dalam sesuatu julat(range)

lookup_range : satu baris ( row ) atau satu lajur ( column )data yang telah disusun secara menaik.
Function LookUp( ) akan mencari nilai yang diingini di dalam julat ini.

[result_range] : Hanya pilihan.

contoh 1

FUNCTION

Function LookUp( ) di atas mencari data yang berada di B5. Manakala
julat atau range yang dikehendaki adalah B2:B7. Maksud di sini adalah,

pengguna ingin mencari apakah nilai yang berada di cell B5 di dalam
julat dari baris B2 hingga B7.

Dalam kerja-kerja guru, function LookUp( ) ini boleh kita gunakan untuk
mencari markah bagi pelajar- pelajar kita bagi subjek tertentu. Katalah
kita hendak mencari markah Matematik bagi pelajar kita. Jadi, kita boleh

gunakan function ini untk mengetahuinya.

FUNCTION

LOOKUP

Kita telah mendapat nilai yang kita kehendakki dari lajur
(column) B2 hingga B7 iaitu nilai di cell B5 (“JAMALIA”).
Seterusnya, apa yang kita inginkan adalah nilai markah
MATEMATIK bagi pelajar yang bernama JAMALIA ini.
Formula yang kita gunakan adalah:

=LOOKUP(B5,$B$2:$B7,$F2:$F$7)

Keterangan:

Function LookUp( ) ini akan mencari nilai berdasarkan
value (nilai) di B5. Function LookUp( ) ini mencari nilai
berdasarkan baris atau lajur. Value atau nilai yang dicari
adalah di B5 iaitu “JAMALIA”. Sebaris dengan B5
seterusnya, kita hendak mencari data markah MATEMATIK
bagi baris B5 di lajur F2 hingga F7. Oleh itu, formula yang
kita gunakan adalah:

FORMULA

Formula di J2:
=LOOKUP(B5,$B$2:$B$7)
Hasil = “JAMALIA”

Formula di K2:
=LOOKUP(C5,$B$2:$B$7,$F$2:$F$7)
Hasil = 76

TIPS

Maksud $ adalah absolute iaitu dengan meletakkan tanda $, julat B2:B7
atau F2:F7 tidak akan berubah menjadi B3:B8 dan seterusnya jika kita
drag formula tersebut ke bawah. Untuk meletakkan tanda $ pada awalan
B atau nombor cell, highlightkan B2:B7 dan klik kekunci F4. B2:B7 akan
secara automatic bertukar menjadi $B$2:$B$7. Heret formula anda ke
bawah. Julat tersebut akan kekal begitu.

SOALAN

Jika saya ada data di range(julat) D2:D9, tapi dalam Sheet2. Bolehkah
saya dapatkan data di D4 di range
D2 hingga D9 di Sheet2 dan kemudian, saya nak paparkan data tersebut
di cell A1 di Sheet1?

JAWAPAN

Boleh …..Caranya…… Kita masih lagi menggunakan
function LookUp( ). Apa yang perlu kita lakukan adalah,
mencuba dan kreatif.

Formula di A1 Sheet1 Data di D4 di Sheet2
= LOOKUP(Sheet2!D4,Sheet2!D2:D9)
Letakkan formula di atas di cell A1 di Sheet1.

kalau saya nak paparkan nama pelajar dan markahnya di Sheet lain boleh
lah ya???

Cuma kita selitkan
“Sheet*!”bagi mewakili nama lembaran tu ya?
……………. yang lain…ikut formula LOOKUP( ) tu…..

1.2 HLOOKUP( ) ( ISIKANDUNGAN )

HLOOKUP( value, table, index number, [approximate_match] )
PARAMETER atau ARGUMENTASI

value:
nilai yang ingin dicari dalam baris pertama pada sebuah julat(range) atau jadual.
table:

dua atau lebih baris data yang telah disusun secara menaik.
index number:
nombor baris di dalam jadual data yang di mana nilai yang setara perlu dihasilkan.
Baris yang pertama adalah dianggap baris 1.
[approximate_match] :

Hanya pilihan. FALSE untuk nilai setara yang tepat. TRUE jika hanya anggaran.
TRUE akan dihasilkan jika tiada arahan TRUE atau FALSE.

HLOOKUP

PENGGUNAAN:
Melakukan pencarian secara mendatar dengan mencari nilai di
baris teratas dalam jadual bagi mendapatkan hasil dari lajur yang
sama berdasarkan nombor index.

NOTA:

- Jika anda meletakkan arahan FALSE untuk parameter approximate_match
dan tiada nilai yang tepat dijumpai, function HLOOKUP( ) akan menghasilkan
#NA.
- Jika anda meletakkan TRUE untuk parameter approximate_match dan tiada
nilai yang tepat dijumpai, Excel akan memberi nilai terkecil berikutnya.

- Jika index number kurang dari 1, function HLOOKUP( ) akan menghasilkan
#VALUE!

- Jika index number lebih besar dari jumlah lajur di dalam jadual data, function
HLOOKUP( ) akan menghasilkan #REF!

CONTOH

HLOOKUP

Function HLOOKUP( ) di atas membenarkan kita untuk mencari
pelajar yang bernama “JAMILAH” iaitu
value(nilai) sebagai parameter yang pertama. Parameter yang kedua
adalah table atau jadual iaitu cell

HLOOKUP

yang bermula dari A1 hingga E5. Seterusnya kita memerlukan index
number atau baris yang setara dengan nilai yang kita kehendakki.
Sebagai kesimpulan, boleh lah dikatakan sebagai begini:

SOALAN

“Saya ingin Excel mencari markah MATH iaitu di baris ke 4 bagi pelajar
yang bernama JAMILAH di dalam
table atau jadual yang bermula dari A1 hingga E5.”

Untuk lebih jelas, cuba anda semua berikan nilai begini:
1) Parameter yang pertama adalah value:
Pilihan samada dari B1 hingga E1.

2) Parameter yang kedua adalah table:
Jadual data atau julat data yang bermula dari A1 hingga E5

3) Parameter yang ketiga adalah index number:
Baris yang sepadan untuk kita dapatkan data yang kita kehendakki.

Jadi sebagai contoh:

value = E1 atau “HASNAH”. Anda boleh menggantikan teks

“HASNAH” dengan symbol cell E1

table = A1:E5

index number = 2 iaitu baris kedua kerana kita ingin mencari markah BM
untuk pelajar ini.

Formulanya:
=HLOOKUP(“HASNAH”,A1:E5,2,FALSE) atau

=HLOOKUP(E1,A1:E5,2,FALSE) ….. dengan menggantikan teks
“HASNAH” dengan cell E1. Ini adalah kerana E1 mewakili pelajar
yang bernama “HASNAH”.

HLOOKUP

SOALAN

Boleh tak kalau saya nak taip nama pelajar saya dalam satu cell.
Kemudian HLOOKUP( ) akan
mencari setiap markah bagi pelajar yang saya taipkan dalam cell
tersebut. Contoh macam ni laaaa……

CONTOH

Apa yang saya kehendaki adalah, macam sistem pencarian. Taip nama di A9, semua markah akan
ditunjukkan di B9 bagi BM, C9 bagi BI, D9 bagi MATH dan E9 bagi SAINS. Boleh tak???? So, kalau ada
parents Tanya markah anak dia orang, saya Cuma perlu taip nama atau NO KP dia orang, maka akan
keluarlah segala SEPERTI dalam jadual di atas.

JAWAPAN

Hmmmm…… macam dah nak masuk database ni. Tapi takpe….. saya
paling enjoy dengan soalan tahap
dewa ni. Okay, jom kita mulakan.

PENERANGAN

Untuk memudahkan cikgu memahaminya, saya akan cuba untuk
ekstrak penggunaan function
HLOOKUP( ) bagi tujuan soalan di atas.

Parameter 1: value

value =A9 iaitu apa saja yang kita taip di cell A9

Parameter 2: table

table = jadual data kita. Dalam contoh di atas adalah A1:E5

Parameter 3: index number

index number = baris 2 untuk BM di B9, baris 3 untuk BI di C9, baris
4 untuk MATH di D9 dan baris 5 untuk SAINS di E9

Jadi, formula yang akan kita gunakan begini:
Di cell A9:

Tak perlu tulis apa-apa sebab di cell ni kita nak tulis nama. Kalau ada
formula nanti bila kita taip nama, formula AKAN KELUAR ERROR So,
kosongkan A9

Di cell B9:

Kita perlu merujuk apakah nilai atau teks yang berada di cell A9. Ada tak
nilai@teks? Kalau ada, beri arahan pada excel cari markah BM untuk nilai
di A9 tu. Kalau tiada nilai di A9???? abaikan…….sahaja

Formula di B9:
=HLOOKUP(A9,A1:E5,2,FALSE)

Kemudian, di C9, letakkan formula ini:
Formula di C9:

=HLOOKUP(A9,A1:E5,3,FALSE)

Seterusnya, formula di D9 dan E9:
Formula di D9:
=HLOOKUP(A9,A1:E5,4,FALSE)
Formula di E9:
=HLOOKUP(A9,A1:E5,5,FALSE)

Apa yang membezakan pada semua formula-formula di atas adalah index numbernya iaitu baris
index
di mana untuk kita dapatkan nilai yang kita kehendaki. B9: index
number adalah 2 kerana BM berada di baris 2 C9: index number
adalah 3 kerana BI berada di baris 3
D9: index number adalah 4 kerana MATH berada di baris 4 dan
E9: index number adalah 5 kerana SAINS berada di baris 5.

Soalan :
…. #NA tu apa ya? Bagaimana nak hilangkannya?

Jawapan:
Not Available atau tiada nilai yang dirujuk. Nak hilangkannya? Masuk
arahan IF( ) nanti… kita akan
belajar untuk hilangkan benda tu

Tips:
Apa yang anda faham dengan gambarajah dan formula di bawah?

Tips:
Apa yang anda faham dengan gambarajah dan formula di bawah?

Formula untuk GRED BM di cell B3 bagi pelajar bernama AZMIN
=HLOOKUP(B2,I2:M3,2,TRUE)
Mencari nilai setara untuk cell B2 dengan menggunakan jadual di I2
hingga M3 di baris index ke 2

Formula untuk GRED BM di cell B3 bagi pelajar bernama AZMIN

=HLOOKUP(B2,I2:M3,2,TRUE)
Mencari nilai setara untuk cell B2 dengan menggunakan jadual di I2
hingga M3 di baris index ke 2

Formula untuk GRED BM di cell C3 bagi pelajar bernama JAMILAH

=HLOOKUP(C2,I2:M3,2,TRUE)
Mencari nilai setara untuk cell C2 dengan menggunakan jadual di I2
hingga M3 di baris index ke 2

Bagaimana pula dengan GRED untuk BI, MATH dan SAINS????
Rasanya anda sudah pasti dapat mengagaknya. Jika YA tahniah. Jika
TIDAK, semak semula formula di atas dan fikirkan logiknya.

=vlookup()

VLOOKUP

VLOOKUP( value, table, index number, [approximate_match] )
PARAMETER atau ARGUMENTASI

value:
nilai yang ingin dicari dalam lajur pertama pada sebuah julat(range) atau jadual.
table:
dua atau lebih baris data yang telah disusun secara menaik.

index number:
nombor lajur di dalam jadual data yang di mana nilai yang setara perlu dihasilkan. Lajur yang pertama
adalah dianggap baris 1.
[approximate_match] :
Hanya pilihan. FALSE untuk nilai setara yang tepat. TRUE jika hanya anggaran. TRUE akan dihasilkan
jika tiada arahan TRUE atau FALSE.

VLOOKUP

PENGGUNAAN:
Melakukan pencarian secara menegak dengan mencari nilai di
lajur teratas dalam jadual bagi mendapatkan hasil dari baris yang
sama berdasarkan nombor index.

NOTA:

- Jika anda meletakkan arahan FALSE untuk parameter approximate_match dan tiada nilai yang
tepat dijumpai, function VLOOKUP( ) akan menghasilkan #NA.

- Jika anda meletakkan TRUE untuk parameter approximate_match dan tiada nilai yang tepat
dijumpai,

Excel akan memberi nilai terkecil berikutnya.

- Jika index number kurang dari 1, function VLOOKUP( ) akan menghasilkan #VALUE!

- Jika index number lebih besar dari jumlah baris di dalam jadual data, function VLOOKUP( )
akan menghasilkan #REF!


Click to View FlipBook Version