CONTOH
Function VLOOKUP( ) di atas membenarkan kita untuk mencari pelajar yang bernama
“JAMILAH” iaitu value( nilai) sebagai parameter yang pertama.
Parameter yang kedua adalah table atau jadual iaitu cell yang bermula dari A1 hingga E5.
Seterusnya kita memerlukan index number atau lajur yang setara dengan nilai yang kita
kehendaki. Sebagai kesimpulan, boleh lah dikatakan sebagai begini:
“Saya ingin Excel mencari markah MATH iaitu di lajur ke 4 bagi pelajar
yang bernama JAMILAH di dalam
table atau jadual yang bermula dari A1 hingga E5.”
Untuk lebih jelas, cuba anda berikan nilai begini:
1) Parameter yang pertama adalah value:
Pilihan samada dari A2 hingga A5.
2) Parameter yang kedua adalah table:
Jadual data atau julat data yang bermula dari A1 hingga E5
3) Parameter yang ketiga adalah index number:
Lajur yang sepadan untuk kita dapatkan data yang kita kehendakki.
Jadi sebagai contoh:
value = A5 atau “HASNAH”. Anda boleh menggantikan teks
“HASNAH” dengan symbol cell A5
table = A1:E5
index number = 2 iaitu lajur kedua kerana kita ingin mencari markah
BM untuk pelajar ini.
Formulanya:
=VLOOKUP(“HASNAH”,A1:E5,2,FALSE) atau
=VLOOKUP(A1,A1:E5,2,FALSE) ….. dengan menggantikan teks
“HASNAH” dengan cell A5. Ini adalah kerana A5 mewakili pelajar
yang bernama “HASNAH”.
Soalan:
dalam HLOOKUP( ), kita boleh buat carian data. VLOOKUP( ) boleh tak? Kalau boleh, apa bezanya?
Jawapan:
Kalau HLOOKUP( ) boleh membuat carian data, VLOOKUP( ) pun boleh. Apa bezanya? Okay,
sebenarnya tidak banyak bezanya jika kita ingin gunakan HLOOKUP( ) atau VLOOKUP( ) untuk carian
data kita.
Maksud HLOOKUP( ) adalah mencari data secara horizontal atau mendatar iaitu di baris atau row.
Manakala VLOOKUP( ) pula, mencari data secara menegak atau vertical iaitu dalam lajur atau
column.
Mari kita lihat contoh-contoh di bawah dan perhatikan penggunaan
HLOOKUP( ) dan VLOOKUP( ).
Penggunaan function-function ini bergantung pada kedudukan data kita.
Adakah data yang kita inginkan dalam bentuk menegak( vertical ) iaitu di
dalam lajur atau column atau dalam keadaan mendatar ( horizontal )
iaitu dalam baris atau row.
Contoh data dalam keadaan mendatar ( horizontal ).
Macam mana nak tahu data menegak atau mendatar. Macam sama je.??????
………. Memang nampak sama. Kita hendak mencari markah MATH bagi pelajar bernama
JAMILAH atau pelajar-pelajar lain. Ingat ya… markah MATH. Agak-agak markah MATH tu dalam
baris/row (mendatar/horizontal) atau dalam lajur/column (menegak/vertical)?
Ada dua info yang perlu cikgu-cikgu faham di sini. Info pertama adalah DATA. Info kedua adalah
KUNCI CARIAN( SEARCH KEY).
Kita ingin mencari DATA. Bukan KUNCI CARIAN. Ini disebabkan KUNCI CARIAN tersebut kita
yang input seperti contoh JAMILAH atau HASNAH. Kedua-dua teks atau string tersebut adalah
KUNCI CARIAN. Kita menggunakan KUNCI CARIAN tersebut untuk mencari
??????????????????????????????
Ya… untuk mencari DATA. Jadi, di sini DATA adalah perkara yang kita perlukan. KUNCI CARIAN
dalam jadual di atas adalah dalam lajur atau column. Manakala DATA dalam baris atau row.
Oleh itu contoh di atas adalah data yang mendatar dan kita perlukan HLOOKUP( ) untuk pencarian.
Contoh data dalam keadaan menegak ( vertical ).
Dalam situasi di atas, data berada di dalam keadaan menegak iaitu dalam lajur atau column.
Maksud di sini adalah data markah bagi setiap subjek berada di dalam lajur atau column. BM di
column B, BI di column C. MATH di column D dan di column E adalah SAINS.
Manakala KUNCI CARIAN adalah dalam keadaan mendatar atau dalam baris ( horizontal ).
Dalam ERTI KATA LAIN : kalau markah BM yang hendak kita cari tu
dalam bentuk column, maka kita akan gunakan VLOOKUP( ). Kalau
dalam bentuk baris, macam foto di bawah; Maka kita gunakan HLOOKUP( ).
Soalan:
Apakah HLOOKUP( ) boleh digunakan untuk cari GRED. Errrr…. VLOOKUP( ) boleh tak?
Jawapan:
Boleh. Seperti yang saya jelaskan di atas, HLOOKUP( ) adalah untuk pencarian data secara
mendatar. VLOOKUP( ) pula adalah pencarian data secara menegak. Mari kita lihat contoh di
bawah. HLOOKUP( ) telah saya berikan contoh di atas.
Jika kita perhatikan jadual di atas, kedudukan data yang ingin kita cari
adalah secara menegak. Lihat jadual di K2 hingga L6. Kita akan
menggunakan jadual data ini untuk mendapatkan GRED bagi nilai di
dalam jadual A2 hingga I5.
Untuk mencari GRED bagi cell C2 iaitu GRED BM bagi pelajar bernama
AZMIN, formula yang akan kita gunakan adalah VLOOKUP( ).
=VLOOKUP(B2,K2:L6,2)
Maka hasilnya adalah =B
Apakah maksudnya formula di atas tu?
Excel akan mencari data secara menegak dengan menggunakan function VLOOKUP( )
karana data yang diperlukan berada di dalam lajur ( column ). Oleh itu penggunaan
VLOOKUP( ) adalah tepat.
B2 adalah nilai yang dijadikan SEARCH KEY atau KUNCI CARIAN.
K2:L6 adalah jadual data yang menempatkan data yang hendak kita cari dan paparkan di cell
C2.
2 di sini adalah letaknya data di dalam lajur kedua atau column ke dua di dalam jadual K2
hingga L6.
Maka, data yang didapati adalah “B”. Oleh itu, apabila C2 bertukar nilai, maka ia akan memberi
kesan kepada pemilihan data di jadual K1 hingga L6. Excel akan melakukannya secara automatik
memandangkan, pengguna telah memberi arahan dalam bentuk formula.
SEKIAN TERIMA KASIH
SEMOGA ILMU HARI INI MENDAPAT MANAFAAT
BAGI KITA SEMUA