The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasliza.personal, 2022-09-26 04:27:12

FINAL_T&C (Oktober_Final)

FINAL_T&C (Oktober_Final)

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

KATA-KATA ALUAN 1

PENGENALAN 2

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN 3

1 FASAL I – PELANTIKAN, UPAH DAN KENAIKAN PANGKAT 7

1.1 Pelantikan 7
1.2 Tempoh Percubaan 7
1.3 Tarikh Pelantikan 8
1.4 Pertukaran / Penempatan Pekerja 8
1.5 Notis Penamatan Perkhidmatan / Notis Berhenti Kerja 8
1.6 Gred Gaji 9
1.7 Kenaikan Gaji Tahunan 9
1.8 Kenaikan Pangkat 9
1.9 Pengurusan Prestasi Pekerja 10
1.10 Pelan Peningkatan Prestasi (PIP- Performance Improvement Plan) 11
1.11 Pembangunan dan Pembelajaran 11
1.12 Belajar Separuh Masa 11

2 FASAL II – WAKTU BEKERJA 12

2.1 Waktu Bekerja 12
2.2 Kerja Lebih Masa 12
2.3 Kerja Giliran 13
2.4 Pelepasan Waktu Bekerja 13

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | i

3 FASAL III – CUTI 14

3.1 Hari Rehat 14
3.2 Cuti Am 14
3.3 Cuti Tahunan 14
3.4 Cuti Bersalin 15
3.5 Kemudahan Cuti Isteri Bersalin 16
3.6 Cuti Kecemasan 16
3.7 Cuti Sakit 16
3.8 Cuti Tanpa Gaji 17
3.9 Cuti Separuh Gaji 18
3.10 Cuti Tanpa Rekod 18
3.11 Cuti Gantian 19
3.12 Cuti Belajar 19
3.13 Cuti Haji / Keagamaan 20
3.14 Cuti Kemalangan Perusahaan 20
3.15 Cuti Ehsan 20
3.16 Cuti Kuarantin 21
3.17 Cuti Menduduki Peperiksaan 22
3.18 Tiada Gaji Bagi Tempoh Tidak Hadir Bekerja Tanpa Cuti 22
3.19 Cuti Umrah 22

4 FASAL IV – KELAKUAN DAN TATATERTIB 24

4.1 a) Tatatertib 24

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | ii

b) Tata kelakuan 24
4.2 Penerbitan Buku 24
4.3 Penyataan Awam 24
4.4 Rahsia 25
4.5 Tanggungjawab Melapor Kelakuan Atau Kerja Yang Tidak Memuaskan 25
4.6 Tindakan Tatatertib 25
4.7 Rayuan Tatatertib 27
4.8 Pembentukan Badan Rayuan Tatatertib 27

5 FASAL V – AM 28

5.1 Perkhidmatan Pekerja 28
5.2 Pindaan Melalui Surat Pekeliling 28

6 FASAL VI – KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA DAN PERKESO 29

6.1 Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 29

6.2 Caruman PERKESO 29

7 FASAL VII – FAEDAH PERSARAAN 30

7.1 Umur Persaraan 30
7.2 Faedah Persaraan Wajib 30
7.3 Faedah Persaraan Pilihan 31
7.4 Faedah Penamatan Perkhidmatan 32
7.5 Faedah Kematian 33
7.6 Faedah Persaraan Kerana Hilang Upaya 33
7.7 Tempoh Perkhidmatan 34
7.8 Hak Ke Atas Faedah 35

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | iii

7.9 Potongan 35
7.10 Pembatalan dan Perubahan 35
7.11 Pentadbiran dan Penafsiran 35
7.12 Cara Pembayaran 35

8 FASAL VIII – FAEDAH PENAMATAN PERKHIDMATAN KERANA 36
BERLEBIHAN PEKERJA

9 FASAL IX – FAEDAH PERUBATAN 37

9.1 Faedah Perubatan 37

9.2 Pemeriksaan Perubatan 39

9.3 Tuntutan Tambang Dan Elaun Perjalanan Di Luar Stesen 40

9.4 Kemudahan Rawatan Bersalin 40

9.5 Insurans Perubatan 41

10 FASAL X – ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN SEMASA 42
MENJALANKAN TUGAS
42
10.1 BERTUGAS RASMI DALAM NEGERI 42
10.1.1 Elaun Makan 43
10.1.2 Elaun Sewa Hotel 44
10.1.3 Elaun Gantian Tetap 44
10.1.4 Elaun Perjalanan 45
10.1.5 Tambang Gantian 45
10.1.6 Tambang Pengangkutan Awam 46
10.1.7 Belanja Pelbagai
46
10.2 BERTUGAS RASMI DI LUAR NEGERI 47
10.2.1 Elaun Makan dan Elaun Harian 48
10.2.2 Bayaran Sewa Hotel 48
10.2.3 Elaun Gantian Tetap 49
10.2.4 Belanja Pelbagai 49
10.2.5 Belanja Keraian Perniagaan 50
10.2.6 Elaun Pakaian Panas

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | iv

10.2.7 Bayaran Balik Passport 50
10.2.8 Elaun Khas 50
10.2.9 Belanja Perubatan 51
10.3 BERPINDAH RUMAH 51
a) Kelayakan Memohon 51
b) Syarat-syarat 52
c) Kadar-kadar 53
10.4 KEMUDAHAN PERJALANAN DENGAN KAPAL TERBANG 53
10.5 PENDAHULUAN DIRI 54

11 FASAL XI – ELAUN – ELAUN LAIN 55

11.1 Elaun Kemudahan dan Bayaran Kerana Hadir Di Mahkamah 55
11.2 Elaun Kemudahan dan Bayaran Kerana Menghadiri Istiadat Pengurniaan 55
11.3 Elaun Tanggung Kerja 56
11.4 Elaun Memangku 56
11.5 Elaun Latihan 57
11.6 Elaun Dobi 57
11.7 Elaun Menghadiri Temuduga Kenaikan Pangkat dan Pelantikan Semula 57
11.8 Elaun Kerja Lebih Masa 57
11.9 Elaun ‘Refreshment’ 59

12 FASAL XII – KEMUDAHAN DAN FAEDAH 60

12.1 Bonus 60
12.2 Pinjaman Komputer 60
12.3 Pinjaman Kenderaan 60
12.4 Skim Subsidi Pinjaman Perumahan 62
12.5 Bayaran Keahlian Badan Profesional 63

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | v

12.6 Keanggotaan Kelab 63
12.7 Pakaian Seragam 63
12.8 Kematian Kakitangan 63
12.9 Polisi Takaful Berkelompok dan Insurans Nyawa 63
12.10 Bayaran Balik Meletak Kenderaan 63
12.11 Bayaran Balik Lesen Memandu 64
12.12 Tuntutan Perjalanan Kerja Lebih Masa 64
12.13 Diskaun Pekerja Pembelian Rumah UDA 64

13 FASAL XIII – PERATURAN RUNGUTAN PERSEORANGAN 65

13.1 Rungutan 65
13.2 Tatacara rungutan adalah seperti berikut: 65

14 FASAL XIV – BANTUAN GUAMAN 66
15 FASAL XV – KEMUDAHAN RUMAH KEPUNYAAN SYARIKAT 66
16 FASAL XVI – SKIM PEMILIKAN SAHAM SYARIKAT 66
17 FASAL XVII – PENGIKTIRAFAN KESATUAN DAN PERSATUAN 67
18 FASAL XVIII – PELAKSANAAN KUASA 67
19 FASAL XIX – MENGEMAS KINI DATA PERIBADI 67
LAMPIRAN 1 69
LAMPIRAN 2 70
LAMPIRAN 3 71

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | vi

LAMPIRAN 4 72
LAMPIRAN 5 75
LAMPIRAN 6 76
LAMPIRAN 7 77
LAMPIRAN 8 78
LAMPIRAN 9 79
LAMPIRAN 10 80
LAMPIRAN 11 81
LAMPIRAN 12 82
LAMPIRAN 13 83
LAMPIRAN 14 84
LAMPIRAN 15 85
LAMPIRAN 16 86

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | vii

(MUKA SURAT INI DIBIARKAN KOSONG)

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 0

KATA-KATA ALUAN

Assalamu’alaikum wbt & Salam Sejahtera,

Segala pujian dan syukur ke hadrat Allah SWT atas perkenan-NYA, Buku Panduan Pekerja
(BPP) “Employee Handbook” yang mengandungi Terma & Syarat Perkhidmatan Kumpulan UDA
Holdings Berhad (UDA) telah dapat dikemas kini untuk kegunaan warga kerja UDA.

UDA Holdings Berhad dan Syarikat Kumpulan meletakkan nilai yang tinggi ke atas Modal Insan
Kumpulan UDA akan terus menyediakan kemudahan, faedah dan ganjaran bersesuaian mengikut
keperluan semasa bagi pekerja yang menyertai keluarga Kumpulan UDA, Sukacita pihak Pengurusan
mengucapkan selamat datang dan pihak syarikat sentiasa bersedia membantu bagi memulakan
langkah yang meyakinkan dalam kerjaya.

Bagi pekerja UDA yang telah pun bersama UDA Holdings Berhad dan Syarikat Kumpulan sejak
dahulu lagi, pihak Pengurusan mengucapkan terima kasih di atas komitmen dan kerjasama anda
selama ini. Dengan itu, pihak syarikat menyediakan pakej kemudahan dan ganjaran yang kompetitif di
pasaran dan setimpal dengan sumbangan pekerja.

Pihak Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan merasa amat gembira kerana BPP akan
dijadikan panduan untuk anda memajukan kerjaya serta membantu ke arah menjayakan matlamat diri
dan profesional warga kerja UDA Holdings Berhad dan Syarikat Kumpulan.

Semua individu dalam syarikat adalah pemimpin. Pihak Syarikat menaruh harapan agar
seluruh warga kerja sentiasa menunjukkan komitmen, integriti dan professionalisma yang tinggi serta
mengamalkan nilai-nilai korporat UDA iaitu Do the Right Thing, Overcome Challenges, Together We
Can dan Strive for Excellence – DOTS yang kita kongsi bersama. Bekerja dengan jujur, amanah dan
tunaikan tanggungjawab secara efektif lagi cekap, bukan sahaja anda menjadi pekerja yang bernilai,
malah anda juga turut menyumbang dalam meningkatkan prestasi perniagaan syarikat. UDA Holdings
Berhad dan Syarikat Kumpulan sentiasa memandang ke hadapan dan mengharapkan agar semua
pekerja dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang demi meletakkan UDA di tahap yang lebih tinggi.

Sekian, terima kasih.

SR MOHD. SALEM KAILANY
Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif
UDA Holdings Berhad

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 1

PENGENALAN
Semua pekerja yang berkhidmat secara tetap adalah
tertakluk kepada Terma dan Syarat Perkhidmatan yang terkandung

dalam dokumen ini.
Syarikat boleh dari semasa ke semasa meminda, menambah
atau mengubah mana-mana atau sebahagian dari mana-mana
peruntukan dalam dokumen ini yang seterusnya akan menjadi

sebahagian dari Terma dan Syarat Perkhidmatan
untuk pekerja syarikat.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 2

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN

TAFSIRAN

Dalam Terma dan Syarat Perkhidmatan ini, melainkan jika kandungannya mengandungi makna
yang lain:

“Berpindah Rumah” ertinya berpindah rumah mengikut keadaan-keadaan seperti yang
dinyatakan dalam fasal 10.3 dan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai mendiami rumah
tersebut.

“Bertukar” ertinya pekerja bertukar ke luar stesen, seterusnya berpindah rumah dan
mendiami rumah berkenaan.

“Cuti” ertinya suatu jangka masa seseorang pekerja itu dibenarkan tidak hadir bertugas
dan ketidakhadirannya itu tidak membawa kepada putus tempoh perkhidmatannya ataupun
pemberhentian kerjanya.

“Dalam Negeri” ertinya Semenanjung Malaysia, Sabah (termasuk Labuan) dan Sarawak.

“Doktor Syarikat” ertinya Pegawai Perubatan yang berdaftar yang namanya disenaraikan
dalam senarai Panel Pegawai Perubatan syarikat yang diluluskan dan diedarkan kepada pekerja
dari semasa ke semasa.

“Emolumen” ertinya gaji pokok dan termasuk imbuhan tetap,bayaran insentif dan lain-lain
elaun bulanan.

“Gaji” ertinya bayaran gaji pokok bulanan.

“Gred” ertinya Gred Jawatan pekerja syarikat seperti di Lampiran I.

“Hari” ertinya satu tempoh berterusan selama dua puluh empat (24) jam mulai dari pukul
12.00 tengah malam; dan bagi pekerja yang bekerja mengikut syif, ‘hari’ ertinya satu tempoh
berterusan selama dua puluh empat (24) jam bermula dari bila-bila masa.

“Hospital Swasta” ertinya sesebuah klinik atau hospital yang berdaftar dengan
Kementerian Kesihatan serta mempunyai sekurang-kurangnya 2 buah katil untuk pesakit.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 3

“Ibu Pejabat” ertinya tempat biasa seseorang pekerja melapor diri untuk bertugas iaitu:

a) 25 km jika boleh dihubungi oleh jalanraya;
b) 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui kenderaan

bermotor; dan
c) 8 km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai.

Seseorang pekerja yang bertugas rasmi di luar Malaysia iaitu, Singapura, Brunei Darussalam,
Kalimantan atau Selatan Thailand tidak tertakluk kepada lingkungan jarak di atas.

“Pekerja” ertinya mana-mana pekerja yang dilantik di dalam mana-mana skim
perkhidmatan syarikat termasuk bekas pekerja UDA.

“Pekerja UDA” ertinya tiap-tiap pekerja yang sebelum sahaja tarikh pengkorporatan
adalah pekerja UDA dan yang telah diberi pilihan oleh UDA dan telah memilih untuk berkhidmat
sebagai pekerja syarikat.

Tafsiran “keluarga Pekerja” di bawah Fasal IX – Faedah Perubatan :-

“Keluarga Pekerja” ertinya bagi pekerja lelaki, isteri-isteri, anak- anak dan ibu bapa
pekerja yang sah (kemudahan kepada ibu bapa untuk bekas pekerja UDA sahaja); dan bagi pekerja
perempuan, suami, anak-anak dan ibu bapa pekerja yang sah (kemudahan kepada ibu bapa untuk
bekas pekerja UDA sahaja). Di mana ada disebutkan dalam Terma dan Syarat Perkhidmatan ini
tentang tuntutan-tuntutan yang boleh dibuat bagi keluarga seseorang kakitangan, maka anak-anak
yang berkelayakan ialah anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pekerja yang berumur di bawah
21 tahun dan sehingga 23 tahun sekiranya masih belajar. Walau bagaimanapun, anak-anak yang
hilang upaya yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had umur ini tidak akan dipakai.
Istilah anak akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut
undang-undang.

Tafsiran “keluarga Pekerja” di bawah Fasal X – Elaun, Kemudahan dan Bayaran
Semasa Menjalankan Tugas Rasmi :-

“Keluarga Pekerja” ertinya bagi pekerja lelaki, isteri-isteri dan anak-anak; dan bagi
pekerja perempuan, suami dan anak-anak. Di mana ada disebutkan dalam Terma dan Syarat
Perkhidmatan ini tentang tuntutan-tuntutan yang boleh dibuat bagi keluarga seseorang kakitangan,
maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pekerja
yang berumur di bawah 21 dan sehingga 23 tahun sekiranya masih belajar. Walau bagaimanapun,
anak-anak yang hilang upaya yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had umur ini

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 4

tidak akan dipakai. Istilah anak akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang
diambil mengikut undang-undang.

“Ketua Syarikat” ertinya pekerja berjawatan paling tinggi dalam perkhidmatan syarikat.
Huraian terhadap tafsiran “Ketua Syarikat” adalah seperti berikut:

(i) “Ketua Syarikat” dalam konteks UDA Holdings Berhad bererti “Pengarah Urusan
Kumpulan” (Group Managing Director).

(ii) “Ketua Syarikat” dalam konteks anak-anak syarikat bererti “Ketua Pegawai
Eksekutif” (CEO)/ “Ketua Pegawai Operasi (COO)”, dimana berkenaan.

“Ketua Bahagian” ertinya seorang pekerja yang mengetuai sesuatu bahagian di syarikat.
“Lembaga Perubatan” ertinya sebuah badan yang terdiri lebih dari seorang Pegawai
Perubatan yang dilantik oleh syarikat.
“Luar Negeri” ertinya selain dari yang ditakrifkan sebagai “dalam negeri”.
“Pekeliling Bertugas Rasmi” ertinya Pekeliling Bertugas Rasmi berkaitan yang sedang
berkuatkuasa bagi pekerja syarikat.
“Perkhidmatan” ertinya tempoh perkhidmatan yang dikira mengikut tahunan dan bulanan
bagi tujuan pengiraan Faedah Penamatan Perkhidmatan atau Persaraan. Bagi tempoh sebulan
perkhidmatan adalah dikira sebagai 1/12 dari satu tahun perkhidmatan, dan bagi perkhidmatan 15
hari atau lebih adalah dikira sebulan dan bagi yang kurang daripada 15 hari tidak akan diambilkira.
“Pihak Berkuasa Hospital Kerajaan” atau “Pegawai Perubatan Kerajaan” ertinya
seseorang doktor perubatan yang berkhidmat dalam sektor awam.
“Stesen” ertinya satu lingkungan kawasan 25 km dari rumah lama ke rumah baharu.
“Syarikat” ertinya UDA Holdings Berhad dan anak-anak syarikat Kumpulan.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 5

Syarikat yang tertakluk kepada pemakaian Terma & Syarat-Syarat Perkhidmatan ini seperti
berikut:

(i) UDA Holdings Berhad
(ii) UDA Land Sdn Bhd
(iii) UDA Land North Sdn Bhd
(iv) UDA Land South Sdn Bhd
(v) UDA Land East Sdn Bhd
(vi) UDA Mall Sdn Bhd
(vii) UDA Angsana Sdn Bhd
(viii) UDA Pertama Sdn Bhd
(ix) Pertama Kompleks Management Sdn Bhd
(x) UDA Daya Urus Sdn Bhd
(xi) Mana-mana anak syarikat UDA Holdings Berhad sebagaimana

keputusan/arahan pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
“Tugas Rasmi” ertinya tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain dari mengikuti
kursus-kursus yang berkaitan.

“UDA” ertinya Perbadanan Pembangunan Bandar.
***

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 6

1 FASAL I – PELANTIKAN, UPAH DAN KENAIKAN PANGKAT

1.1 Pelantikan

a) Syarikat boleh melantik mana-mana calon yang mempunyai kelayakan sepertimana
yang ditetapkan dari semasa ke semasa dan memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) Lulus ujian kelayakan dan temuduga yang dijalankan oleh syarikat.
(ii) Lulus sepenuhnya pemeriksaan kesihatan dan kos akan ditanggung

oleh syarikat.
(iii) Mengesahkan dengan bertulis yang ia faham, menerima dan bersetuju

mematuhi Terma dan Syarat Perkhidmatan syarikat.
(iv) Calon yang terpilih perlu mengemukakan dokumen yang sah, lulus tapisan

keselamatan, “character references” dan menepati profil tingkah laku yang
ditetapkan.

b) Ketua Syarikat boleh mengecualikan atau menambah mana-mana syarat pelantikan di
atas bersesuaian dengan keperluan syarikat dari semasa ke semasa.

c) Pelantikan seseorang pekerja baru syarikat akan diluluskan oleh pihak yang diberi kuasa
melulus.

d) Pengambilan bekas pekerja tertakluk kepada budi bicara pihak syarikat.
e) Pengambilan adalah merujuk kepada kelulusan perancangan bajet dan sebarang

pengecualian memerlukan kelulusan pegawai yang diberi kuasa.

1.2 Tempoh Percubaan

a) Semua pekerja yang dilantik buat pertama kalinya oleh syarikat dikehendaki menjalani
tempoh percubaan mulai dari tarikh ianya melapor diri untuk bekerja.

Eksekutif dan ke atas 6 Bulan
Bukan Eksekutif 3 Bulan

b) Ketua Syarikat boleh, atas budi bicaranya, memutuskan untuk melanjutkan tempoh
percubaan seseorang pekerja itu selama tiga (3) bulan lagi dengan syarat tempoh
percubaan tersebut bersama dengan tempoh yang dilanjutkan tidak melebihi sembilan
(9) bulan. Dalam hal ini, syarikat akan memberitahu pekerja yang berkenaan akan
perlanjutan tempoh percubaannya dengan cara bertulis.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 7

c) Dalam tempoh masa percubaan dan tempoh lanjutan percubaan itu, mana-mana pihak
boleh menamatkan perkhidmatan dengan memberi satu (1) bulan notis secara bertulis
atau bayaran satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis.

d) Hanya pekerja yang telah menamatkan tempoh percubaan dengan memuaskan serta
diperakukan akan disahkan pelantikannya oleh pegawai yang diberi kuasa.

e) Bekas pekerja UDA dikecualikan pengesahan jawatan di syarikat sekiranya telah
disahkan dalam perkhidmatan di UDA sebelum pengkorporatan. Bagi pekerja yang
belum disahkan jawatan dan berkhidmat kurang 6 bulan dikehendaki menjalani tempoh
percubaan di syarikat sehingga genap 6 bulan dengan mengambilkira perkhidmatan di
UDA dan syarikat.

1.3 Tarikh Pelantikan

Tarikh pelantikan pekerja yang dilantik kali pertama ke dalam perkhidmatan syarikat ialah
pada tarikh lapor diri manakala bagi bekas pekerja UDA ialah pada tarikh pengkorporatan
UDA. Tarikh pelantikan pekerja yang sedang berkhidmat dengan syarikat apabila dilantik ke
jawatan baru atau dinaikkan pangkat ialah pada tarikh dilantik atau dinaikkan pangkat atau
pada tarikh lapor diri.

1.4 Pertukaran / Penempatan Pekerja

Seseorang pekerja boleh ditukarkan atau ditempatkan ke mana-mana bahagian atau anak
syarikat atau mana-mana tempat yang diarahkan dengan kelulusan pegawai yang diberi
kuasa.

1.5 Notis Penamatan Perkhidmatan / Notis Berhenti Kerja

a) Bagi pekerja yang telah disahkan dalam jawatan, mana-mana pihak boleh menamatkan
perkhidmatan seperti berikut:

Eksekutif dan ke atas - Dua (2) bulan notis atau membayar
Bukan Eksekutif Dua (2) bulan gaji sebagai ganti notis.

- Satu (1) bulan notis atau membayar
Satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis.

b) Bagi pekerja yang belum disahkan dalam jawatan, mana-mana pihak boleh menamatkan
perkhidmatan seperti berikut:

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 8

Eksekutif dan ke atas - Satu (1) bulan notis atau membayar
Bukan Eksekutif Satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis.

- Dua (2) minggu notis atau membayar
Dua (2) minggu gaji sebagai ganti notis.

c) Ketua Syarikat atau pegawai yang diberi kuasa mengikut budi bicaranya boleh
memendekkan notis permohonan perletakan jawatan seseorang pekerja atas sebab-
sebab yang munasabah.

d) Ketua Syarikat atau pegawai yang diberi kuasa boleh menamatkan perkhidmatan
dengan serta merta mana-mana pekerja yang setelah dilantik, dan didapati
menyembunyikan atau memalsukan apa-apa maklumat mengenai kesihatan, rekod-
rekod jenayah dan apa-apa hal-hal peribadi yang ada kaitan dengan tugas semasa
memohon kerja.

1.6 Gred Gaji

Gred gaji mengikut jawatan di syarikat adalah seperti di Lampiran 1 dan ianya adalah
tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

1.7 Kenaikan Gaji Tahunan

a) Pemberian kenaikan gaji tahunan seseorang pekerja tertakluk kepada prestasi kerja dan
kompetensi dalam tempoh yang dinilai sebelum pekerja itu layak menerima kenaikan gaji
yang akan ditentukan oleh syarikat.

b) Tarikh kenaikan gaji tahunan pekerja ditetapkan pada setiap 1 April.

1.8 Kenaikan Pangkat

a) Pekerja adalah layak dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat ke satu gred gaji jawatan
yang lebih tinggi apabila berlaku kekosongan jawatan atau terdapat keperluan dari
semasa ke semasa.

b) Seseorang pekerja yang dinaikkan pangkat, bagi semua tujuan dan maksud, dianggap
sedemikian mulai dari tarikh ianya dinaikkan pangkat adalah layak menerima faedah dan
kemudahan sebagaimana termaktub dalam Terma dan Syarat Perkhidmatan.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 9

c) Seseorang pekerja yang dinaikkan pangkat bukan melalui proses memangku,
dikehendaki menjalani tempoh percubaan sehingga enam (6) bulan dalam jawatan
kenaikan pangkatnya. Sekiranya prestasi pekerja yang dinaikkan pangkat didapati tidak
memuaskan di akhir tempoh percubaan, tiada perlanjutan tempoh percubaan akan diberi
dan pekerja tersebut akan kembali ke gred gaji dan gaji pokok yang asal.

d) Gaji pekerja yang dinaikkan pangkat atau gred adalah ditentukan oleh syarikat. Gaji baru
yang ditetapkan hendaklah tidak kurang daripada gaji minimum gred jawatan baharu
kecuali berlaku penstrukturan / penyusunan semula gaji bagi pekerja terbabit.

e) Gaji pekerja yang dinaikkan pangkat akan ditetapkan seperti berikut:

(i) Pekerja ditawarkan gaji permulaan jawatan kenaikan pangkatnya sekiranya gaji
akhirnya lebih rendah daripada gaji permulaan dalam jawatan kenaikan pangkat.

(ii) Pekerja ditawarkan gaji di mata gaji lebih tinggi berhampiran dengan gaji akhirnya
bagi jawatan kenaikan pangkat jika gajinya sama atau lebih tinggi daripada gaji
permulaan dalam jawatan kenaikan pangkat.

(iii) Sekiranya pelarasan gaji kenaikan pangkat di atas, jumlahnya kurang dari satu
kenaikan gaji, pekerja layak mendapat tambahan gaji di satu mata gaji lebih tinggi
berikutnya dalam jawatan kenaikan pangkat.

(iv) Atas budi bicara, ketua syarikat atau pegawai yang diberi kuasa boleh menetapkan
kadar gaji yang bersesuaian mengikut pengalaman, saiz tugasan dan kelayakan
kakitangan.

(v) Pekerja yang tidak puas hati terhadap keputusan Jawatankuasa Temuduga
Kenaikan Pangkat boleh membuat rayuan kepada Lembaga Pengarah Syarikat
dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima keputusan itu.

1.9 Pengurusan Prestasi Pekerja

a) Pengurusan Prestasi Pekerja atau Performance Management System (PMS) adalah
kaedah pengurusan strategik untuk mencapai keputusan perniagaan, dengan
membangunkan pekerja yang berkebolehan, yakin, komited serta menyokong dan
mewujudkan persekitaran kerja yang mencabar dan menarik. Ia juga menyediakan
platform komunikasi rasmi di antara pekerja-penyelia, menerima maklum balas prestasi
dan mengenal pasti elemen untuk penambahbaikan.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 10

PMS terdiri daripada lima (5) aktiviti utama:
i. Performance Planning and Contracting (PPC)
ii. Mid-Year Performance Review (MPR)
iii. Year-End Performance Appraisal (YPA)
iv. Performance Review Session (PRS)
v. Performance Improvement Plan (PIP)

1.10 Pelan Peningkatan Prestasi (PIP- Performance Improvement Plan)

a) Apabila pekerja dimaklumkan secara rasmi tentang prestasi yang tidak memuaskan,
pekerja hendaklah menyediakan pelan peningkatan prestasi (PIP) di bawah seliaan
penyelia.

b) Hanya satu (1) tempoh peningkatan prestasi dibenarkan dan selanjutnya pihak UDA
berhak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk penamatan
perkhidmatan.

c) Performance Improvement Plan (PIP) akan dilaksanakan apabila penilaian prestasi
rendah (skala 1 & 2) semasa Year-End Performance Appraisal (YPA) ATAU yang
dikenal pasti oleh penyelia dari semasa ke semasa sepanjang tahun.

1.11 Pembangunan dan Pembelajaran

a) Pembangunan dan Pembelajaran adalah tidak terhad kepada latihan dalaman,
bimbingan, mentor, kaunseling, penggiliran kerja, tugasan projek dan semua peluang
pembelajaran formal, tidak formal dan lain-lain yang berkaitan semasa tempoh
perkhidmatan di UDA.

Pembelajaran dan Pembangunan terdiri daripada tiga (3) aktiviti utama:-
i. Latihan Dalaman
ii. Latihan Luaran
iii. Latihan Industri

1.12 Belajar Separuh Masa

Ikatan tempoh kontrak Pekerja adalah seperti berikut:

Jumlah Bayaran Balik Tempoh Kontrak
RM5,000 dan ke bawah Tiada
RM5,001 – RM10,000
RM10,001 – RM15,000 1 Tahun
RM15,001 dan ke atas 2 Tahun
3 Tahun

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 11

2 FASAL II – WAKTU BEKERJA
2.1 Waktu Bekerja

a) (i) Waktu Kerja Anjal (WKA) adalah seperti berikut:-

Waktu Hadir Bila-bila masa di antara 8.00 pagi – 9.00 pagi
Waktu Kerja Teras (WKT) 9.00 pagi – 5.00 petang (waktu utama anggota pekerja
bertugas)
Tempoh Bekerja Sehari 9 jam termasuk 1 jam waktu rehat tengah hari

(ii) Waktu Rehat Anjal adalah seperti berikut:

Tempoh Rehat Waktu Rehat

1 jam Antara jam 12.00 tengah hari hingga jam 2.00 petang

*Waktu Rehat pada hari Jumaat dikekalkan (12.15 tengah hari hingga 2.45 petang)

(iii) Waktu bekerja semasa Cuti Separuh Hari adalah seperti berikut:

Perkara Cuti Pagi Cuti Petang
Waktu Bekerja
• Hadir di antara 12.00 tengah • Hadir di antara 8.00 pagi

hari hingga 2.00 petang hingga 9.00 pagi

• Cukup 4 jam bekerja (tidak • Cukup 4 jam bekerja (tidak

termasuk waktu rehat) termasuk waktu rehat)

b) Seseorang pekerja dikehendaki menyelesaikan tugas kerja biasanya setiap hari dan
dikehendaki memberi segala daya usaha yang perlu untuk mencapai keperluan tugas
syarikat.

c) Syarikat berhak menukar waktu bekerja pekerja supaya sesuai dengan keperluan
operasi dan kecekapan perkhidmatan.

2.2 Kerja Lebih Masa

Kerja lebih masa ditakrifkan sebagai kerja yang diarahkan oleh Ketua Bahagian dan
dijalankan oleh pekerja lebih dari jumlah masa kerja hariannya yang biasa. Arahan untuk
bekerja lebih masa ini tidak boleh ditolak oleh pekerja tanpa alasan yang munasabah.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 12

2.3 Kerja Giliran

a) Atas keperluan syarikat, mana-mana pekerja boleh dikehendaki bertugas mengikut
giliran.

b) Syarikat bebas menukar giliran bekerja seseorang pekerja sebagaimana yang diperlukan
untuk sebarang jangka waktu, siang atau malam termasuk mengubah giliran untuk
bertugas.

2.4 Pelepasan Waktu Bekerja

Semua pekerja syarikat hendaklah mematuhi waktu-waktu bekerja dan hadir di pejabat
dalam masa yang ditetapkan. Seseorang pekerja yang hendak meninggalkan pejabatnya
semasa waktu bekerja hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran dari pegawai
atasannya.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 13

3 FASAL III – CUTI
3.1 Hari Rehat

Hari Ahad atau hari Sabtu di mana berkenaan, akan dianggap sebagai hari rehat mingguan
(rest day) yang biasa.

3.2 Cuti Am

a) Semua pekerja akan diberi cuti bergaji penuh pada semua hari cuti am yang diwartakan
oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri di mana pekerja itu bekerja.

b) Jika suatu hari cuti am itu jatuh pada hari rehat kakitangan, hari kerja berikutnya adalah
hari cuti am bergaji sebagai menggantinya.

c) Sekiranya sesuatu hari cuti am jatuh pada hari seseorang pekerja itu sedang dalam cuti
tahunan, pekerja berkenaan akan menerima satu hari cuti tambahan bagi setiap hari cuti
am dan akan dikira sebagai tambahan kepada cuti tahunannya.

3.3 Cuti Tahunan

a) Pekerja syarikat diberi cuti tahunan seperti berikut:

(i) Pekerja syarikat yang dilantik sebelum 1 September 1996:-

Jawatan & Gred Genap 10 tahun Perkhidmatan
Dan Lebih
Pen. Naib Presiden 3 dan ke atas 32 hari
(Gred 7 dan ke atas)
Pen. Eksekutif 2 hingga Eksekutif 1 27 hari
(Gred 11 hingga Gred 8)
Pen. Eksekutif 5 hingga Pen. Eksekutif 3 22 hari
(Gred 14 hingga Gred 12)

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 14

(ii) Pekerja syarikat yang dilantik selepas 1 September 1996:-

Jawatan & Gred Di bawah 10 Genap 10 tahun
Tahun Perkhidmatan
Pen. Naib Presiden 3 dan ke atas
(Gred 7 dan ke atas) Perkhidmatan Dan Lebih
Pen. Eksekutif 2 hingga Eksekutif 1 26 hari 32 hari
(Gred 11 hingga Gred 8)
Pen. Eksekutif 5 hingga Pen. Eksekutif 3 22 hari 27 hari
(Gred 14 hingga Gred 12)
18 hari 22 hari

b) Kelayakan cuti tahunan, tidak termasuk hari rehat dan cuti am diwartakan.

c) Ketua Bahagian boleh menyediakan jadual giliran bercuti bagi pekerja di bawah
jagaannya.

d) Atas kepentingan perkhidmatan, pegawai yang diberi kuasa boleh menolak
permohonan, membatal atau menunda cuti tahunan seseorang pekerja.

e) Cuti rehat tahunan mestilah dihabiskan pada tahun semasa. Walau bagaimanapun atas
sebab tertentu, Ketua Syarikat atas budi bicaranya boleh meluluskan baki cuti rehat yang
tidak dapat dihabiskan dibawa kehadapan untuk tempoh satu (1) tahun sahaja tertakluk
kepada satu (1) tahun kelayakan. Cuti ini akan dikira luput sekiranya tidak diambil pada
tahun berkenaan.

3.4 Cuti Bersalin

a) Pekerja wanita berhak mendapat cuti bersalin berbayar sehingga sembilan puluh (90)
hari mengikut kalendar untuk setiap kelahiran dengan maksimum sehingga lima (5)
orang anak kandung yang hidup semasa berkhidmat dengan syarikat.

b) Pekerja boleh memulakan cuti bersalin empat belas (14) hari lebih awal dari tarikh
bersalin hanya setelah diperakui oleh doktor perubatan yang sah.

c) Tidak hadir bekerja kerana keguguran kandungan sebelum minggu ke dua puluh dua
(22) tidak akan dianggap sebagai cuti bersalin, tetapi dikira sebagai cuti sakit biasa.

d) Permohonan untuk cuti bersalin hendaklah disertakan dengan surat pengesahan
daripada doktor syarikat atau hospital swasta atau doktor kerajaan.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 15

3.5 Kemudahan Cuti Isteri Bersalin

Pekerja lelaki yang isterinya telah bersalin layak mendapat kemudahan cuti isteri bersalin
tiga (3) hari bekerja untuk membantu urusan semasa isteri bersalin bermula dari tarikh
isterinya bersalin atau pada hari berikutnya sekiranya isteri seseorang pekerja bersalin
selepas waktu pejabat. Kemudahan cuti ini diberi untuk lima (5) kali sahaja sepanjang
perkhidmatan di syarikat.

3.6 Cuti Kecemasan

Atas budi bicara pegawai yang diberi kuasa, cuti kecemasan boleh diberi atas sebab-sebab
yang tidak disangkakan. Cuti ini akan ditolak dari cuti rehat tahunan.

3.7 Cuti Sakit

a) Cuti sakit bermakna ‘aggregate’ cuti dalam jangka msa setahun atas sebab-sebab
perubatan yang diambil sehari atau tempoh berpanjangan.

b) Pekerja dibenarkan mendapat cuti sakit bergaji penuh untuk jumlah maksimum seperti
berikut: -

(i) Tiga puluh (30) hari bagi tiap-tiap tahun kalendar untuk sakit yang tidak perlu
dimasukkan ke hospital. Cuti sakit yang melebihi tiga puluh (30) hari akan
dianggap sebagai cuti tanpa gaji.

(ii) Sembilan puluh (90) hari bagi tiap-tiap tahun kalendar untuk sakit yang perlu
dimasukkan ke hospital dengan syarat jumlah ini akan ditolak dari jumlah cuti sakit
dalam perkara 3.7 (b) (i) di atas.

c) Cuti sakit hanya akan diberi atas perakuan doktor syarikat, Pihak Berkuasa Hospital
Kerajaan atau Hospital Swasta. Di dalam keadaan kecemasan bila mana pekerja tidak
dapat diperiksa oleh doktor syarikat atau Pihak Berkuasa Hospital Kerajaan atau swasta,
syarikat atas budi bicaranya boleh menerima cuti sakit yang diperakukan oleh Pegawai
Perubatan yang berdaftar.

d) i. Ketua syarikat atas budi bicaranya boleh memberi pekerja yang dimasukkan ke
hospital, cuti sakit melebihi sembilan puluh (90) hari atas perakuan doktor syarikat
atau Pihak Berkuasa Hospital Kerajaan, dengan syarat bahawa pekerja yang sakit
itu dijangka ada harapan untuk sembuh kembali untuk meneruskan
perkhidmatannya.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 16

ii. Ketua Syarikat atas budi bicaranya boleh memberi pekerja cuti sakit yang tidak perlu
dimasukkan ke hospital melebihi 30 hari.

e) Seseorang pekerja yang tidak hadir bekerja kerana cuti sakit yang telah disahkan oleh
doktor syarikat atau Pihak Berkuasa Hospital Kerajaan tetapi pekerja tersebut tidak
memberitahu, atau tidak cuba memberitahu Ketua Bahagian dalam tempoh empat puluh
(48) jam akan ketidak hadirannya, maka pekerja tersebut adalah dianggap sebagai tidak
hadir kerja tanpa alasan yang munasabah.

f) Atas perakuan doktor syarikat, seseorang pekerja yang menghidap apa-apa sakit
berpanjangan seperti kusta, tibi, barah dan seumpamanya yang menyebabkan ia tidak
dapat melaksanakan tugasnya, sebagai tambahan kepada kelayakan cuti sakitnya akan
diberi cuti sakit seperti berikut:

i. Cuti sakit bergaji penuh sehingga had maksimum enam (6) bulan kalendar berturut-
turut;

ii. Diikuti dengan enam (6) bulan kalendar berturut-turut dengan separuh gaji. Cuti-cuti
bergaji separuh selama (6) bulan lagi akan diberi sekiranya pekerja berkenaan
menjalani rawatan yang diperlukan oleh doktor syarikat atau Pihak Berkuasa
Hospital Kerajaan.

iii. Diikuti dengan enam (6) bulan kalendar berturut-turut tanpa gaji.

g) Seseorang pekerja yang akan ditamatkan perkhidmatannya atas sebab kesihatan
apabila habis tempoh cuti sakit tanpa gaji selama enam (6) bulan kalendar seperti
tersebut di atas, dengan syarat syarikat meminta nasihat Lembaga Perubatan sebelum
berbuat demikian.

h) Cuti sakit tidak akan diiktiraf kepada pekerja yang menjadikannya sakit dengan
kecederaan dan kesakitan atas penyakit yang dialami akibat penyertaan pekerja dalam
aktiviti haram atau aktiviti merbahaya.

3.8 Cuti Tanpa Gaji

a) Ketua Syarikat atas budi bicara mutlaknya boleh membenarkan pekerja memohon cuti
tanpa gaji atas sebab persendirian yang mustahak. Pekerja hanya layak mengambil
cuti tanpa gaji setelah mendapat kebenaran bertulis dari syarikat. Maksimum

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 17

kelayakan yang boleh dipohon ialah 365 hari sepanjang tempoh perkhidmatan tetapi
tidak lebih dari 90 hari di dalam sesuatu masa.

b) Pada masa permohonan dibuat untuk cuti tanpa gaji, kesemua cuti rehat semasa yang
dilayakinya hendaklah telah dihabiskan sebelum tarikh cuti tanpa gaji bermula.

c) Pekerja hendaklah telah disahkan ke dalam jawatan dan berkhidmat sekurang-
kurangnya satu (1) tahun.

d) Selain dari 3.8 (a), pekerja yang mengiringi suami/isteri ke luar negeri atas sebab tugas
rasmi atau belajar dibolehkan bercuti tanpa gaji selama tempoh maksimum 3 tahun.
Walau bagaimanapun, kelulusan cuti tanpa gaji ini adalah tertakluk kepada keperluan
perkhidmatan syarikat.

3.9 Cuti Separuh Gaji

a) i. Pekerja syarikat adalah layak untuk mendapat cuti separuh gaji dengan kadar 30
hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari
sepanjang tempoh perkhidmatan.

ii. Pada masa permohonan dibuat untuk cuti separuh gaji, kesemua cuti rehat. Semasa
yang dilayakinya hendaklah telah dihabiskan sebelum tarikh cuti separuh gaji
bermula.

iii. Walau bagaimanapun, kelulusan cuti separuh gaji ini adalah tertakluk kepada
keperluan perkhidmatan syarikat.

b) Cuti separuh gaji boleh diberikan atas hal-hal berikut sahaja:

i. Sebab-sebab kesihatan pekerja yang diperakui oleh Lembaga Perubatan dan
Kelulusan Ketua Syarikat.

ii. Sebab-sebab kesihatan kepada ahli-ahli keluarga yang terdekat dengan
pengesahan doktor syarikat/Pegawai Perubatan Berdaftar.

3.10 Cuti Tanpa Rekod

a) Ketua Syarikat atas budi bicaranya, boleh membenarkan cuti tanpa rekod bagi tujuan-
tujuan berikut:

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 18

i. Dipilih mengambil bahagian sebagai pemain, pegawai sukan/pengadil dalam
sebarang kejohanan sukan di peringkat syarikat, negeri, kebangsaan atau
antarabangsa;

ii. Menghadiri mesyuarat badan profesional yang diluluskan (Lampiran 2)

iii. Menghadiri mesyuarat, kursus-kursus kepimpinan/latihan anjuran kesatuan
sekerja dan koperasi serta badan kerajaan.

iv. Menjalani latihan atau khemah tahunan dan pasukan sukarela (Lampiran 3)

b) Jumlah cuti yang boleh diberi tidak melebihi 30 hari dalam satu (1) tahun bagi semua
aktiviti di atas.

c) Sebarang cuti yang diperlukan lebih daripada jumlah di para 3.10 (b) boleh diluluskan
oleh Ketua Syarikat atau Pegawai Yang Diberi Kuasa mengikut merit dan keperluan.

3.11 Cuti Gantian

a) Pekerja dengan Gred 7 (AVP3) dan ke atas yang di arahkan untuk bekerja lebih masa
pada hari cuti hujung minggu (Rest Day/Off Day) atau Cuti Umum boleh diberi cuti
gantian oleh Ketua Jabatan.

b) Cuti Ganti hendaklah sama banyak dengan masa yang diarahkan bertugas untuk kerja
lebih masa.

c) Cuti Ganti ini perlu diambil pada tahun semasa kerja lebih masa dilakukan.

d) Cuti Ganti yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan dengan mendapatkan
kelulusan dari pihak pengurusan.

3.12 Cuti Belajar

a) Ketua Syarikat, atas budi bicara mutlaknya, boleh membenarkan seseorang pekerja
mengambil cuti belajar bergaji penuh atau tanpa gaji bagi sesuatu tempoh masa dan lain-
lain syarat yang ditetapkan oleh syarikat dari semasa ke semasa.

b) Pekerja yang hendak mengambil cuti belajar boleh dikehendaki mengikat perjanjian
dengan syarikat menurut syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat dari semasa ke
semasa.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 19

3.13 Cuti Haji / Keagamaan

Ketua Syarikat boleh memberi kelulusan Cuti Haji dengan bergaji penuh selama empat puluh
(40) hari, termasuk cuti-cuti hari minggu dan juga cuti am kepada pekerja yang beragama
Islam untuk menunaikan haji di Mekah sekali sepanjang perkhidmatannya dengan syarat
pekerja telah sah jawatan dan berjawatan tetap. Sekiranya, atas apa-apa alasan sekalipun,
lanjutan cuti melebihi empat puluh (40) hari diperlukan, seseorang pekerja bolehlah
memohon untuk menggunakan cuti tahunannya ataupun cuti tanpa gaji.

a) Kemudahan cuti ini disediakan dengan maksima 40 hari berterusan (termasuk hari rehat
mingguan dan hari kelepasan am) sekali dalam perkhidmatan bagi anggota pekerja tetap
dan anggota pekerja perkhidmatan kontrak terma tetap yang telah berkhidmat tidak
kurang dari dua (2) tahun dan telah disahkan jawatan.

b) Kemudahan ini juga dibuka kepada penganut agama lain dalam meraikan kepelbagaian
beragama agar semua anggota pekerja berpeluang menunaikan tanggungjawab
rohaniah di tempat-tempat keagamaan masing-masing.

c) Perkiraan cuti adalah bermula dari tarikh penerbangan/perjalanan sebenar pergi dan
balik dalam atau luar negara. Permohonan cuti ini hendaklah disertakan dengan
dokumen perjalanan bagi kelulusan Ketua Jabatan.

3.14 Cuti Kemalangan Perusahaan

Seseorang pekerja yang ditimpa kemalangan yang timbul dari perkhidmatannya dan terjadi
semasa perkhidmatannya dengan syarikat layak diberi cuti bergaji penuh sehingga enam (6)
bulan dengan perakuan doktor syarikat atau Pegawai Perubatan yang dilantik oleh
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Apa-apa cuti bergaji penuh melebihi tempoh
ini adalah semata-mata atas budi bicara Ketua Syarikat dan tertakluk kepada Akta
Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 yang mana berkenaan.

3.15 Cuti Ehsan

Ketua Syarikat atas budi bicaranya, boleh memberi seseorang pekerja cuti ehsan bergaji
penuh untuk jumlah maksimum lima (5) hari bekerja setahun dengan maksimum tiga (3) hari
untuk setiap peristiwa di dalam keadaan-keadaan seperti berikut:

a) Kematian suami isteri, anak-anak (termasuk anak tiri/ anak angkat yang sah), ibu-bapa
(termasuk ibu bapa tiri), ibu-bapa mertua, adik-beradik dan datuk– nenek kandung.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 20

b) Malapetaka semula jadi seperti banjir, ribut, kebakaran dan gempa bumi.

c) Perkahwinan (sekali dalam tempoh pekhidmatan).

d) Menjaga suami, isteri, ibu-bapa kandung dan anak-anak di wad.

e) Pengambilan suntikan vaksin COVID-19 pada hari bekerja (satu hari bagi setiap dos,
selagi mana perlu atas arahan pihak berkuasa).

3.16 Cuti Kuarantin

a) Apabila seseorang pekerja yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negeri
ditahan di mana-mana Stesen Kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau
lapangan terbang kerana disebabkan oleh perjalanannya melalui sesebuah pelabuhan
atau Lapangan Terbang atau di dalam sesebuah kapal atau kapal terbang yang ada
berlaku wabak penyakit merebak, maka tempoh penahan sedemikian akan dianggap
sebagai Cuti Kuarantin bergaji penuh yang tidak boleh dipotong dari cuti rehat yang ia
berkelayakan.

b) Sekiranya penahanan adalah disebabkan oleh pekerja itu disyaki atau didapati sakit,
maka tempoh itu hendaklah dikira sebagai cuti sakit bergaji penuh.

c) Kemudahan cuti ini disediakan bagi semua anggota pekerja berstatus ibu atau bapa yang
sah bagi menjaga *anaknya dan juga pasangan yang sah yang menghidap penyakit
berjangkit dan perlu dikuarantin seperti disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar.

d) Kemudahan ini adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari (tidak termasuk hari rehat
mingguan dan hari kelepasan am) bagi setiap kes yang disahkan oleh pegawai
perubatan berdaftar.

e) Senarai penyakit berjangkit yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut:

i. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut
ii. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
iii. Campak (Measles)
iv. Chicken Pox
v. Difteria
vi. Malaria
vii. Influenza

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 21

* Jenis penyakit berjangkit di atas adalah tertakluk kepada
pindaannya/tambahan dari semasa ke semasa.

f) Syarat anak yang dikuarantin adalah:

i. Berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 23 tahun

ii. Tiada had umur bagi anak yang cacat otak atau hilang upaya secara kekal dan
yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri.

3.17 Cuti Menduduki Peperiksaan

Ketua Syarikat atas budi bicaranya, boleh memberikan cuti tanpa rekod bagi tujuan
menduduki peperiksaan yang dianggap boleh membaiki taraf kerjaya pekerja dengan syarat:-

i. Jumlah hari dihadkan kepada hari yang diperlukan bagi peperiksaan itu sahaja.

ii. Pusat Peperiksaan diadakan di dalam negeri.

iii. Peperiksaan yang diambil diiktiraf oleh Syarikat.

3.18 Tiada Gaji Bagi Tempoh Tidak Hadir Bekerja Tanpa Cuti

Apabila seseorang pekerja tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab
pada pendapat Ketua Bahagiannya adalah satu sebab yang munasabah, maka pegawai
itu tidak berhak mendapat apa apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir
itu.

3.19 Cuti Umrah

a) Kemudahan cuti ini disediakan dengan maksima selama 10 hari berterusan (termasuk
hari rehat mingguan dan hari kelepasan am) sekali bagi setiap tiga (3) tahun
perkhidmatan kepada anggota pekerja beragama Islam bagi menunaikan ibadah umrah
di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah.

b) Cuti layak dipohon oleh pekerja tetap dan kontrak terma tetap yang telah berkhidmat
tidak kurang dari dua (2) tahun dan telah disahkan jawatan.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 22

c) Perkiraan cuti adalah bermula dari tarikh penerbangan/perjalanan sebenar pergi dan
balik dalam atau luar negara. Permohonan cuti ini hendaklah disertakan dengan
dokumen perjalanan bagi kelulusan Ketua Jabatan.

d) Dengan pengenalan cuti umrah ini, permohonan membawa baki cuti tahunan bagi tujuan
umrah adalah terbatal.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 23

4 FASAL IV – KELAKUAN DAN TATATERTIB

4.1 a) Tatatertib

Semua pekerja syarikat adalah tertakluk kepada peraturan dan prosedur tatatertib syarikat.

b) Tata kelakuan

Seseorang pekerja syarikat boleh diambil tindakan tatatertib sekiranya didapati melakukan
perkara-perkara berikut:

i. Membelakangkan kewajipannya pada syarikat kerana kepentingan
persendiriannya;

ii. Berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan
persendirian bercanggah dengan kewajipannya dengan syarikat;

iii. Berkelakuan dengan cara yang menjatuhkan reputasi atau kepercayaan
terhadap syarikat;

iv. Kurang cekap atau berusahaan;
v. Tidak jujur;
vi. Tidak bertanggungjawab;
vii. Engkar perintah;
viii. Kesusahan berat kerana hutang;
ix. Lain-lain salah laku.

4.2 Penerbitan Buku

Pekerja syarikat tidak boleh menerbit atau menulis apa-apa buku, majalah atau lain-lain
karya yang berdasarkan maklumat rasmi terperingkat syarikat melainkan dengan kebenaran
bertulis syarikat.

4.3 Penyataan Awam

Pekerja syarikat tidak boleh sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara
lain membuat apa-apa penyataan awam mengenai dasar atau keputusan syarikat melainkan
dengan kebenaran bertulis syarikat.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 24

4.4 Rahsia

a) Seseorang pekerja syarikat hendaklah merahsiakan segala transaksi, akaun,
maklumat atau mana-mana aktiviti mengenai syarikat dan pelanggannya atau mana-
mana orang atau syarikat, firma atau organisasi yang ada hubungan dengan pihak
syarikat.

b) Seseorang pekerja syarikat hendaklah sepanjang perkhidmatannya dengan syarikat
dan selepasnya menyimpan segala maklumat mengenai semua aktiviti syarikat dan
boleh didakwa sekiranya didapati melanggar peraturan dalam fasal ini.

c) Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas seseorang pekerja syarikat yang didapati
telah membocorkan apa-apa rahsia, maklumat, transaksi, akaun atau mana-mana
aktiviti mengenai syarikat kepada sesiapa jua yang tidak berkuasa menerimanya.

4.5 Tanggungjawab Melapor Kelakuan Atau Kerja Yang Tidak Memuaskan

a) Tiap-tiap pekerja adalah dipertanggungjawab untuk mengawal dan menyelia semua
pekerja di bawahnya. Adalah menjadi kewajipan seseorang pekerja untuk melaporkan
kepada pegawai atasannya apa juga kes yang pekerja bawahannya lakukan,
melanggar mana-mana peraturan syarikat yang sedang berkuatkuasa.

b) Kegagalan untuk bertindak sedemikian adalah disifatkan sebagai ia telah melakukan
kesalahan kerana tidak bertanggungjawab dan tindakan tatatertib boleh diambil
terhadapnya.

4.6 Tindakan Tatatertib

a) Pekerja yang tidak mematuhi mana-mana arahan atau peraturan syarikat yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa atau yang disebutkan dalam Terma dan Syarat
Perkhidmatan boleh dikenakan oleh syarikat atau pekerja yang diberi kuasa mana-
mana satu atau lebih tindakan tatatertib seperti berikut:

i. Amaran;
ii. Denda;
iii. Lucut hak emolumen;
iv. Tangguh kenaikan gaji;
v. Turun gaji;
vi. Turun gred/pangkat;
vii. Buang kerja.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 25

b) Untuk tujuan tindakan tatatertib, syarikat akan mengadakan penyiasatan tatatertib di
mana pekerja yang terlibat akan diberitahu secara bertulis mengenai perkara-perkara
berikut:

i. Tuduhan yang dikenakan ke atasnya;
ii. Masa, tarikh dan tempat temu soal dan penyiasatan tatatertib;
iii. Boleh membawa wakil bagi pihak diri pekerja yang terlibat sama ada

pekerja yang lain dari kesatuan atau persatuan, tetapi bukan penyelia/
pegawai atasannya.

c) Untuk tujuan sesuatu temu soal, syarikat boleh menggantung pekerjaan seseorang
pekerja untuk satu tempoh yang tidak melebihi empat belas (14) hari di mana pekerja
tersebut akan dibayar tidak kurang dari separuh gaji.

d) Syarikat akan membayar balik gaji yang ditahan itu sekiranya penyiasatan tatatertib
tidak menunjukkan pekerja itu bersalah.

e) Dalam tempoh penggantungan kerja, seseorang pekerja boleh diarah untuk melapor
diri ditempat kerjanya bagi membolehkan syarikat menjalankan penyiasatan tatatertib.

f) Sekiranya penyiasatan tatatertib tidak dapat diselesaikan dalam empat belas (14) hari
daripada tarikh penggantungan jawatan itu, maka pekerja berkenaan tidak diperlukan
melapor diri untuk bertugas sehingga penyiasatan tatatertib itu selesai. Dalam keadaan
ini, tempoh penggantungan yang mengikut tempoh empat belas (14) hari pertama itu
adalah dengan bergaji penuh sehingga keputusan dibuat.

g) Tarikh pembuangan kerja seseorang pekerja yang dibuang kerja selepas penyiasatan
tatatertib yang tidak melebihi tempoh empat belas (14) hari adalah berkuatkuasa pada
tarikh ia digantung jawatannya dahulu itu.

h) Tarikh pembuangan kerja seseorang pekerja yang dibuang kerja selepas penyiasatan
tatatertib yang melebihi empat belas (14) hari adalah berkuatkuasa pada tarikh
pemberitahuan tentang pembuangan itu.

i) Walau apa jua dinyatakan diatas, sebelum apa-apa tindakan tatatertib diambil terhadap
pekerja berkenaan, peluang untuk didengar dan membela diri hendaklah diberi kepada
pekerja itu dan keputusan syarikat selepas peluang tersebut diberi adalah muktamad.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 26

4.7 Rayuan Tatatertib

Pekerja boleh membuat rayuan kepada badan rayuan tatatertib dalam tempoh empat belas
(14) hari dari tarikh pekerja itu menerima surat hukuman tindakan tatatertib. Apabila
menerima rayuan, syarikat hendaklah mengemukakan rayuan itu kepada badan rayuan
tatatertib dalam tempoh empat belas (14) hari.

4.8 Pembentukan Badan Rayuan Tatatertib

Pihak syarikat mestilah menubuhkan satu badan rayuan tatatertib apabila pekerja atau
wakilnya memohon rayuan tatatertib. Pihak yang merayu boleh diwakili oleh seorang bebas
(bukan penyelia/pegawai atasannya) atau yang ditentukan oleh pihak kesatuan dan
persatuan.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 27

5 FASAL V – AM
5.1 Perkhidmatan Pekerja

Semua pekerja yang berkhidmat secara tetap dengan syarikat adalah tertakluk kepada
Terma dan Syarikat Perkhidmatan yang terkandung dalam dokumen ini.

5.2 Pindaan Melalui Surat Pekeliling

Syarikat, dari semasa ke semasa boleh meminda, menambah atau membatalkan mana-
mana peruntukan Terma dan Syarat Perkhidmatan ini dengan mengeluarkan surat-surat
pekeliling yang mana ianya akan menjadi sebahagian Terma dan Syarat Perkhidmatan.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 28

6 FASAL VI – KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA DAN PERKESO
6.1 Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Syarikat akan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sekurang-kurangnya
menurut kadar yang ditetapkan oleh Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta
452).
i. Pekerja yang tidak menerima sebarang faedah persaraan caruman majikan adalah

15%
ii. Pekerja yang menerima faedah persaraan, caruman majikan adalah berdasarkan Akta

KWSP.

6.2 Caruman PERKESO

Syarikat akan mencarum kepada PERKESO sekurang-kurangnya menurut kadar yang
ditetapkan oleh Akta Pertubuhan dan Keselamatan Sosial (Pindaan) 1992.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 29

7 FASAL VII – FAEDAH PERSARAAN

7.1 Umur Persaraan

a) Umur persaraan pilihan dan wajib bagi pekerja syarikat adalah seperti berikut:-

Pekerja Persaraan Pilihan Persaraan Wajib
mulai 60 tahun
Bekas pekerja UDA 60 tahun
(Lelaki/Perempuan) 40 tahun
Pekerja syarikat Yang Dilantik 50 tahun 60 tahun
Selepas 1 September 1996
(Lelaki/Perempuan) 50 tahun

Pekerja syarikat Kumpulan
(Lelaki/Perempuan)

b) Tarikh lahir yang digunakan adalah seperti yang tercatat pada Surat Beranak. Jika
sekiranya Surat Beranak tidak didapati, tarikh berkenaan akan mengikut tarikh yang
tercatat dalam kad pengenalan masing-masing. Jika hanya tahun beranak sahaja
diketahui, maka 31 Disember tahun berkenaan dianggap sebagai tarikh lahir. Jika
hanya bulan beranak sahaja diketahui, maka hari terakhir bulan berkenaan dianggap
sebagai tarikh lahir.

c) Walau apa juga syarat yang disebutkan dalam fasal ini, syarikat mempunyai hak mutlak
untuk menawarkan kepada mana-mana pekerja yang sedang berkhidmat dengannya
untuk terus berkhidmat melampaui had umur persaraan wajib.

7.2 Faedah Persaraan Wajib

a) Semua bekas pekerja UDA yang telah disahkan dalam jawatannya akan dibayar
jumlah faedah persaraan wajib apabila mencapai Umur Persaraan Wajib (60 tahun)
seperti berikut
2 x Gaji Pokok Bulanan Terakhir x Tempoh Perkhidmatan Dengan Syarikat (dalam
tahun)

b) Seseorang pekerja tetap UDA Holdings Berhad yang telah dilantik selepas 1 Januari
2000 dan telah disahkan dalam jawatannya akan dibayar jumlah faedah persaraan
wajib apabila mencapai umur persaraan wajib (60) tahun seperti berikut:-

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 30

0.5 x Gaji Pokok Bulanan Terakhir x Tempoh Perkhidmatan Dengan Syarikat (dalam
tahun)

Dengan syarat pekerja tersebut telah berkhidmat dengan syarikat tidak kurang dari
lima (5) tahun mulai tarikh dilantik.

c) Faedah persaraan wajib ini tidak dibayar kepada pekerja yang dilantik mulai 1 Mac
2004.

d) FAEDAH PERSARAAN PEKERJA SYARIKAT KUMPULAN SEPERTI DI
LAMPIRAN 4

7.3 Faedah Persaraan Pilihan

a) Semua bekas pekerja UDA yang telah disahkan dalam jawatannya yang memilih untuk
bersara lebih awal daripada umur persaraan wajib, iaitu 40 tahun dari umur persaraan
wajib, akan dibayar jumlah faedah persaraan pilihan seperti berikut:

"F" x Gaji Pokok Bulanan Terakhir x Tempoh Perkhidmatan Dengan Syarikat (dalam
tahun)

"F" = 1.5 – Kurang dari 10 tahun perkhidmatan (syarikat)
2.0 – 10 tahun atau lebih perkhidmatan (syarikat)

i. Seseorang pekerja tetap UDA Holdings Berhad yang telah dilantik selepas 1
Januari 2000 dan telah disahkan dalam jawatannya yang memilih untuk bersara
lebih awal daripada umur persaraan wajib akan dibayar jumlah faedah persaraan
pilihan seperti berikut:-

0.5 x Gaji Pokok Bulanan Terakhir x Tempoh Perkhidmatan
Dengan Syarikat (dalam tahun)

Dengan syarat pekerja tersebut telah berkhidmat dengan syarikat tidak kurang
dari lima (5) tahun mulai tarikh dilantik.

b) Pekerja yang ingin bersara pilihan, permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-
kurangnya sebulan sebelum tarikh persaraan.

c) Faedah persaraan pilihan ini tidak dibayar kepada pekerja yang dilantik mulai 1 Mac
2004.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 31

d) FAEDAH PERSARAAN SYARIKAT KUMPULAN SEPERTI DI LAMPIRAN 4

7.4 Faedah Penamatan Perkhidmatan

a) Seseorang bekas pekerja UDA yang telah disahkan dalam jawatannya yang
ditamatkan perkhidmatan dengan syarikat sebelum mencapai umur persaraan wajib
kerana sebab-sebab selain dari persaraan wajib, persaraan pilihan, kematian atau
hilang upaya akan dibayar jumlah faedah penamatan perkhidmatan seperti berikut:

“F” x Gaji Pokok Bulanan Terakhir x Tempoh Perkhidmatan Dengan Syarikat

“F" = 1.5 – Kurang dari 10 tahun perkhidmatan (syarikat)
2.0 – 10 tahun atau lebih perkhidmatan (syarikat)

i. Seseorang pekerja tetap UDA Holdings Berhad yang telah dilantik selepas 1
Januari 2000 dan telah disahkan dalam jawatannya yang ditamatkan
perkhidmatan dengan syarikat sebelum mencapai umur persaraan wajib kerana
sebab-sebab selain daripada persaraan wajib, persaraan pilihan, kematian atau
hilang upaya akan dibayar jumlah faedah penamatan perkhidmatan seperti
berikut:

0.5 x Gaji Pokok Bulanan Terakhir x Tempoh Perkhidmatan Dengan Syarikat
(dalam tahun)

b) Jika sekiranya seseorang pekerja ditamatkan perkhidmatannya dengan syarikat di atas
sebab-sebab selain dari persaraan pilihan, persaraan wajib, kematian atau hilang
upaya di dalam tempoh perkhidmatan yang kurang dari satu (1) tahun maka beliau
adalah tidak berhak mendapat sebarang faedah Skim Faedah Persaraan ini.

c) Faedah penamatan perkhidmatan bagi seseorang pekerja yang ditamatkan
perkhidmatannya dengan syarikat di atas sebab-sebab selain daripada persaraan
wajib, persaraan pilihan, kematian atau hilang upaya tidak akan diserahkan kepada
pekerja berkenaan, tetapi akan dipindahkan ke akaun beliau di Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja sepertimana yang dikehendaki oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN).

d) Faedah Penamatan Perkhidmatan ini tidak dibayar kepada pekerja yang dilantik mulai
1 Mac 2004.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 32

7.5 Faedah Kematian

a) Bekas pekerja UDA yang telah disahkan dalam jawatannya yang mati sebelum
mencapai umur persaraan wajib akan dibayar kepada waris yang sah atau wakil simati
yang sah di sisi undang-undang, jumlah bayaran faedah kematian di antara para (i)
atau para (ii), yang mana Iebih baik, seperti tersebut di bawah:

i. 2 x Gaji Pokok Bulanan Terakhir x Tempoh Perkhidmatan Dengan Syarikat
(tahun)

atau;

ii. 24 x Gaji Pokok Bulanan Terakhir

b) Seseorang pekerja tetap UDA Holdings Berhad yang telah dilantik selepas 1
September 1996 dan telah disahkan dalam jawatannya yang mati sebelum mencapai
umur persaraan wajib akan dibayar kepada waris yang sah atau wakil simati yang sah
di sisi undang-undang, jumlah bayaran faedah kematian seperti berikut:

i. 2 x Gaji Pokok Bulanan Terakhir x Tempoh Perkhidmatan Dengan Syarikat
(tahun)

c) Seseorang pekerja tetap UDA Holdings Berhad yang telah dilantik selepas 1 Januari
2000 dan telah disahkan dalam jawatannya yang mati sebelum mencapai umur
persaraan wajib akan dibayar kepada waris yang sah atau wakil si mati yang sah di
sisi undang-undang, jumlah faedah kematian seperti berikut :-

0.5 x Gaji Pokok Bulanan Terakhir x Tempoh Perkhidmatan Dengan Syarikat (dalam
tahun)

d) Faedah Kematian ini tidak dibayar kepada pekerja yang dilantik mulai 1 Mac 2004.

7.6 Faedah Persaraan Kerana Hilang Upaya

a) i. Bekas pekerja UDA yang telah disahkan dalam jawatannya, yang disarakan
atau bersara kerana hilang upaya sebelum mencapai umur persaraan wajib, akan
dibayar jumlah faedah persaraan kerana hilang upaya di antara para (i) atau para (ii),
yang mana lebih baik, seperti tersebut di bawah:-

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 33

2 x Gaji Pokok Bulanan Terakhir x Tempoh Perkhidmatan Dengan Syarikat
(tahun)

Atau

24 x Gaji Pokok Bulanan Terakhir

ii. Seseorang pekerja tetap UDA Holdings Berhad yang telah dilantik selepas 1
September 1996 dan telah disahkan dalam jawatannya, yang disarakan atau bersara
kerana hilang upaya sebelum mencapai umur persaraan wajib, akan dibayar jumlah
faedah persaraan kerana hilang upaya seperti berikut:

2 x Gaji Pokok Bulanan Terakhir x Tempoh Perkhidmatan Dengan Syarikat
(dalam tahun)

iii. Seseorang pekerja tetap UDA Holdings Berhad yang telah dilantik selepas 1 Januari
2000 dan telah disahkan dalam jawatannya yang disarakan atau bersara kerana hilang
upaya sebelum mencapai umur persaraan wajib, akan dibayar jumlah faedah
persaraan kerana hilang upaya seperti berikut:

0.5 x Gaji Pokok Bulanan Terakhir x Tempoh Perkhidmatan Dengan Syarikat
(dalam tahun)

b) Seseorang pekerja yang disarakan atau bersara kerana hilang upaya dikehendaki
menyerahkan kenyataan perubatan yang diakui sebagai bukti bahawa ia tidak dapat
meneruskan perkhidmatannya secara aktif dengan syarikat secara fizikal dan / atau
akal.

c) Faedah Persaraan Kerana Hilang Upaya ini tidak dibayar kepada pekerja yang dilantik
mulai 1 Mac 2004.

7.7 Tempoh Perkhidmatan

Untuk tujuan perkiraan perkara-perkara di bawah perenggan 7.2, 7.3, 7.4, 7.5 dan 7.6
tersebut di atas, tempoh perkhidmatan dengan syarikat adalah dikira dengan kiraan tahun
dengan setiap bulan yang disempurnakan sebagai satu per dua belas (1/12) dalam setahun,
bagi perkhidmatan lima belas (15) hari atau lebih dalam sesuatu bulan adalah dikira sebagai
sebulan. Perkhidmatan yang kurang daripada lima belas (15) hari dalam satu bulan tidak
akan diambilkira.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 34

7.8 Hak Ke Atas Faedah

a) Faedah seseorang pekerja dalam Skim Faedah Persaraan ini boleh di kurangkan atas
budi bicara syarikat sekiranya pekerja tersebut melakukan sebarang penyelewengan
dan salah laku yang terbukti dalam perkhidmatannya.

b) Semua faedah yang sepatutnya diberi kepada seseorang pekerja ini akan ditarik balik
jika perkhidmatan pekerja tersebut diberhentikan oleh syarikat atas sebab-sebab
tindakan tatatertib.

7.9 Potongan

Sekiranya seseorang pekerja berhutang kepada syarikat atau anak syarikatnya, syarikat
boleh membuat potongan jumlah hutang tersebut dari faedah persaraannya.

7.10 Pembatalan dan Perubahan

Syarikat mempunyai hak pada bila-bila masa untuk membatal, menarik balik atau mengubah
skim sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, sekiranya difikirkan bermanfaat kepada
syarikat. Walau bagaimanapun pembatalan penarikan atau perubahan tersebut tidak akan
menjejaskan hak seseorang pekerja yang telah menerima faedah ini sebelum perubahan
tersebut.

7.11 Pentadbiran dan Penafsiran

Skim ini akan ditadbir oleh Ketua Syarikat atau sesiapa yang dilantik olehnya yang mana
penjawat ini mempunyai hak mutlak untuk menafsir atau melaksanakan mana-mana
peruntukan skim ini. Keputusan Ketua Syarikat di atas perkara-perkara ini adalah muktamad.

7.12 Cara Pembayaran

Pembayaran Faedah Persaraan adalah dibuat sekaligus.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 35

8 FASAL VIII – FAEDAH PENAMATAN PERKHIDMATAN KERANA BERLEBIHAN
PEKERJA

8.1 Peruntukan ini adalah meliputi semua pekerja yang diisytiharkan berlebihan oleh syarikat.

8.2 Bila berlaku berlebihan pekerja, syarikat akan memberi notis penamatan secara bertulis

kepada pekerja yang berlebihan itu tidak lewat dari tiga (3) bulan sebelum tarikh
perkhidmatannya ditamatkan. Dalam hal yang demikian, syarikat akan menggunakan prinsip
“masuk kemudian keluar dahulu” yang berasaskan kepada jenis kerja, sekiranya lain-lain
keadaan adalah sama. Walau bagaimanapun, prinsip di atas boleh dikecualikan sekiranya
setelah dipertimbangkan dan didapati bahawa pekerja yang sepatutnya diberhentikan dahulu
itu adalah lebih berkelayakan dalam memenuhi keperluan operasi syarikat.

8.3 Kadar Faedah Penamatan Perkhidmatan Kerana Berlebihan Pekerja adalah seperti berikut:

Tempoh Perkhidmatan Pembayaran

(dengan syarikat)

6 bulan hingga 10 tahun 30 hari gaji terakhir x tempoh perkhidmatan (tahun)

Lebih dari 10 tahun hingga 20 tahun 35 hari gaji terakhir x tempoh perkhidmatan (tahun)

Lebih 20 tahun 40 hari gaji terakhir x tempoh perkhidmatan (tahun)

8.4 Pembayaran Faedah Penamatan Perkhidmatan Kerana Berlebihan Pekerja adalah dibuat

secara sekaligus.

8.5 Pekerja yang menerima Faedah Penamatan Perkhidmatan Kerana Berlebihan Pekerja akan

hilang hak-hak kekanannya jika pekerja tersebut kemudiannya diterima balik berkhidmat
dengan syarikat pada lain-lain masa. Ia akan dianggap sebagai pekerja baharu untuk semua
tujuan.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 36

9 FASAL IX – FAEDAH PERUBATAN
9.1 Faedah Perubatan

a) Syarikat akan memberi faedah dan perkhidmatan perubatan kepada pekerja dan
keluarganya seperti berikut:

i. Rawatan perubatan atau ubat yang disediakan oleh doktor syarikat (klinik panel)
atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

ii. Membenarkan pekerja mendapatkan rawatan perubatan di klinik bukan panel
dengan syarat:-

• Tiada klinik panel yang berdekatan dengan kediaman atau
• Ubat klinik bukan panel lebih serasi dan lebih murah berbanding klinik

panel atau
• Kes-kes kecemasan, rawatan berikutnya hendaklah dibuat oleh doktor

syarikat atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

iii. Pekerja hendaklah mendahulukan kos rawatan/ ubat dan boleh membuat
tuntutan bayaran balik dengan menyertakan resit asal pembayaran. Walau
bagaimanapun bayaran balik adalah tertakluk kepada peruntukan perubatan
pekerja berkenaan.

iv. Rawatan perubatan atau ubat yang telah diberi oleh seorang pakar perubatan
untuk seseorang pekerja yang telah dirujukkan kepadanya oleh doktor syarikat
atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

v. Syarikat atas budi bicaranya boleh meluluskan rawatan atau pembedahan dibuat
di mana-mana tempat di Malaysia atau luar negeri jika pada pendapat doktor
syarikat atau Pegawai Perubatan Kerajaan, rawatan atau pembedahan tersebut
tidak terdapat di Hospital Kerajaan atau sekiranya ada, masa untuk rawatan atau
pembedahan tersebut yang boleh diberi atau dilakukan adalah lewat dan pada
pendapat doktor syarikat atau doktor kerajaan boleh menjejaskan atau
memudaratkan kesihatan pekerja berkenaan. Pembiayaan rawatan adalah
tertakluk kepada ‘Jadual Kemudahan’ Skim Perlindungan Insurans Hospital dan
Pembedahan Berkelompok.

vi. Pekerja juga diberi kelonggaran untuk membeli ubat di farmasi dengan
mendahulukan pembayaran dan boleh membuat tuntutan kepada syarikat untuk

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 37

bayaran balik dengan menyertakan resit asal pembelian dengan syarat-syarat
seperti berikut:-

• Pembelian ubat untuk penyakit-penyakit kronik berdasarkan
‘prescription’ yang diberikan oleh doktor dan tempoh sah ‘presricption’
tersebut adalah selama 6 bulan sahaja dari tarikh ‘prescription’
tersebut dikeluarkan oleh doktor. Selepas tempoh sah tamat pekerja
perlu mendapatkan ‘prescription’ yang baru dari doktor.

• Bayaran balik kepada pekerja tertakluk kepada baki peruntukan
perubatan pekerja yang beliau layak dan akan ditolak daripada
peruntukan tersebut.

b) Faedah perubatan dalam Fasal IX ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Syarikat atas perakuan doktor syarikat atau Pegawai Perubatan Kerajaan boleh
menimbangkan apa-apa bantuan yang berpatutan untuk membiayai pembelian alat
pemulihan anggota bagi pekerja yang memerlukan peralatan tersebut tetapi tidak
termasuk anggota keluarganya.

i. Syarikat akan menyediakan kemudahan rawatan pergigian dan optikal kepada
kakitangan, pasangan dan anak-anak sahaja. Rawatan kemudahan adalah
seperti berikut:

(a) Pekerja boleh menuntut kembali pembiayaan rawatan gigi dan optikal had
maksimum RM500.00 setahun.

(b) Klinik rawatan boleh didapati di klinik pergigian kerajaan dan klinik-klinik
swasta.

(c) Jenis rawatan yang akan dibayar oleh syarikat ialah:-
• Pemeriksaan Am
• Penskaleran (Scaling)
• Cabut
• Tampal

ii. Bagi tuntutan optikal, anggota pekerja hanya dibenarkan untuk membuat
tuntutan dengan mengemukakan bukti resit pembelian yang dikeluarkan oleh
pakar mata professional (Optometrist dan Optician) yang dibenarkan untuk
mengeluarkan cermin mata atau kanta lekap sahaja.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 38

iii. Tuntutan bagi sebarang bentuk optikal cermin mata atau kanta lekap yang
bersifat menambah seri wajah atau aksesori (sun glasses) adalah tidak
dibenarkan.

iv. Kemudahan ini tidak meliputi kos rawatan bagi sebarang penyakit berkaitan
optikal yang mana telah dilindungi di bawah skim rawatan kesihatan.

v. Syarikat tidak akan menanggung perbelanjaan yang bersangkutan dengan
kecederaan, kesakitan atau penyakit yang di alami akibat penyertaan pekerja
dalam aktiviti haram atau merbahaya.

vi. Apabila adanya Skim Perkhidmatan Perubatan Kebangsaan atau lain-lain
kemudahan perubatan yang ditaja oleh kerajaan, maka tanggungjawab
syarikat akan memastikan yang skim atau kemudahan itu adalah dilaksanakan
di mana perlu. Ketua Syarikat boleh mengubahsuai skim perubatan syarikat
bagi memenuhi kehendak skim atau kemudahan perubatan dari semasa ke
semasa.

c) Kelayakan kelas wad di hospital-hospital kerajaan termasuk hospital -hospital yang di
swasta kan adalah seperti berikut:-

Kelayakan Pekerja Kelas Wad

Pen. Naib Presiden 3 dan ke atas Kelas 1 Bilik Seorang
(Gred 7 (AVP3) dan ke atas) Kelas 1 Bilik Berdua
Eksekutif 1 dan ke bawah
(Gred 8 (E1) dan ke bawah)

Kelayakan wad di hospital-hospital swasta adalah tertakluk kepada pelan dalam polisi
insurans perubatan syarikat.

9.2 Pemeriksaan Perubatan

a) Seseorang pekerja yang dikehendaki oleh syarikat menjalani pemeriksaan perubatan
termasuk X-Ray dikehendaki menjalankan pemeriksaan ini dan kegagalan mematuhi
arahan itu akan mengakibatkan pekerja itu tidak layak mendapat cuti sakit dan faedah
perubatan seperti tercatat dalam fasal ini.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 39

b) Syarikat akan menyediakan kemudahan “medical check-up” bagi pekerja seperti
berikut:

Kumpulan Umur Kekerapan Peperiksaan
Semua kakitangan 35 hingga 45 tahun 2 tahun sekali
Lebih 46 tahun 1 tahun sekali

Pemeriksaan perubatan “Executive Screening” bagi kes-kes tertentu adalah tertakluk
kepada kelulusan Ketua Syarikat.

Had maksimum kos “medical check-up” ditetapkan RM1,000.00 (kos rawatan atau
ubat-ubatan tidak boleh menggunakan peruntukan ini).

9.3 Tuntutan Tambang Dan Elaun Perjalanan Di Luar Stesen

a) Seseorang pekerja atau anggota keluarganya hanya boleh mendapatkan rawatan
perubatan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan atau Pegawai Perubatan yang
berdaftar di tempat lain dari tempat ia bertugas setelah mendapat nasihat bertulis
daripada doktor syarikat atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

b) Hanya setelah mendapat pengesahan seperti dalam para 9.3 (a) sahaja, pekerja boleh
menuntut elaun seperti dalam Fasal di atas.

c) Hanya seorang anggota keluarga pekerja yang sakit atau pengiring boleh menuntut
elaun seperti dalam Fasal di atas.

9.4 Kemudahan Rawatan Bersalin

Syarikat akan menyediakan kemudahan rawatan bersalin kepada kakitangan/ isteri pekerja
yang mana berkenaan seperti berikut:-

i. Pekerja boleh menuntut kembali bayaran maksimum kemudahan bersalin
secara normal sebanyak RM2,000.00 dan bersalin secara pembedahan
sebanyak RM5,000.00.

ii. Kelayakan ini adalah terhad untuk lima (5) kali bersalin sahaja di sepanjang
tempoh perkhidmatan dalam kumpulan UDA.

iii. Pekerja boleh mendapat perkhidmatan rawatan bersalin di hospital-hospital
kerajaan atau di klinik rawatan bersalin yang diiktiraf oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 40

iv. Tuntutan bayaran balik boleh dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan selepas
bersalin.

9.5 Insurans Perubatan

a) Syarikat mengambil polisi insurans “Group Hospitalization & Surgery” (GHS) dan
membayar premium insurans untuk semua pekerja bagi kes-kes “Hospitalization &
Surgery” sahaja.

| BUKU PANDUAN PEKERJA KUMPULAN UDA HOLDINGS BERHAD | 41


Click to View FlipBook Version