The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thiensmks, 2021-02-16 00:34:09

SKOP SOALAN STRUKTUR 2020

SKOP SOALAN STRUKTUR 2020

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 50

(d) Bagaimanakah setiap anggota keluarga dapat membantu mengekalkan tradisi

kekeluargaannya. [2 markah]

i. Mengamalkan tradisi kekeluargaan sendiri dalam kehidupan seharian
sebagai cara hidup.

ii. Menegur anggota keluarga yang mengabaikan tradisi kekeluargaan.
iii. Menyedarkan golongan muda akan kepentingan meneruskan tradisi

kekeluargaan.

(e) Namakan dua agensi kerajaan yang perlu memainkan peranan penting dalam
mengekalkan tradisi kekeluargaan pelbagai kaum sebagai warisan negara. [2 markah]

i. Muzium Negara.
ii. Arkib Negara.
iii. Kementerian Kebudayaan , Kesenian dan Pelancongan.

45 Surat di bawah merupakan luahan perasaan seorang pesakit AIDS yang meninggal dunia di
kaki lima sebuah kedai lorong gelap. Surat ini ditemui dalam genggamannya.

Sesiapa yang terbaca surat ini, saya memohon jasa baik anda untuk menguruskan pengebumian
jenazah saya. Sejak saya berhijrah ke bandar metropolitan ini, saya mula menjalani kehidupan
bebas. Saya berjinak-jinak dengan dadah dan bergelumang dengan maksiat. Akhirnya, saya jatuh
sakit. Berat badan saya semakin susut, hilang selera makan, batuk-batuk dan demam yang
berpanjangan. Saya telah disahkan sebagai penghidap AIDS. Setelah mengetahui hal ini, timbul
rasa kesal di hati. Saya juga berasa sengsara, terhina dan berdosa. Saya tidak dipedulikan oleh
kawan-kawan, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling. Mereka tidak mengambil tahu tentang
keadaan saya. Saya terpaksa hidup merempat di jalanan. Saya tidak mendapat bantuan perubatan
apabila saya dalam kesakitan. Penyakit saya semakin melarat. Hidup saya semakin tenat. Saya
rasa saat kematian saya akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Anda sekalian, jadikan ini sebagai
iktibar. Sayangilah diri anda.

(a) Apakah perasaan anda setelah membaca kisah di atas ? [1 markah]

Sedih / Pilu / Simpati

(b) Apakah tiga pengajaran yang anda peroleh daripada kisah tersebut ? [3 markah]

i. Perlu menyayangi dan menghargai nyawa.
ii. Tidak terlibat dalam aktiviti penagihan dadah.
iii. Tidak terlibat dalam hubungan seks rambang / seks dengan orang yang

tidak diketahui latar belakang dan taraf kesihatannya / pelacuran.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 51

(c) Nyatakan dua cara AIDS merebak. [2 markah]

i. Pemindahan darah yang tercemar.
ii. Hubungan seks rambang.
iii. Perkongsian jarum suntikan dadah.

(d) Selain daripada kesan masalah kesihatan dan gangguan emosi , ramalkan dua kesan

lain yang lazimnya dihadapi oleh penghidap AIDS. [2 markah]

i. Dipandang rendah dan disisihkan oleh anggota keluarga dan masyarakat.
ii. Sukar mendapat pekerjaan atau tempat di institusi pengajian tinggi.

(e) Sebagai seorang individu yang prihatin , bagaimanakah anda boleh membantu

penghidap AIDS. [2 markah]

i. Memberi sumbangan wang.
ii. Tidak menyisihkan mereka.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 52

46 Petikan berita di bawah merujuk kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita.

KUALA TERENGGANU, 16 Jun – Seorang penuntut sebuah kolej dijatuhi hukuman
penjara sehari dan denda RM 5 000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas
mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran bayinya dengan membuang mayat bayi itu
secara sulit, April lalu. Pasukan perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang
tiba di lokasi kejadian mengesahkan kematian bayi itu. Keadaan mayatnya sudah kebiruan
dan tidak bergerak dengan kepalanya terendam di dalam air.

(a) Jelaskan dua sebab orang sanggup membuang bayi mereka. [2 markah]

i. Malu kepada keluarga dan masyarakat kerana melahirkan anak luar nikah.
ii. Anak yang dilahirkan cacat.
iii. Kesempitan wang dan tidak dapat menyara kehidupan bayi itu.

(b) i. Dari segi perundangan , perbuatan membuang bayi ialah satu bentuk jenayah

dan sekiranya seseorang individu didapati bersalah melakukan jenayah ini

boleh dihukum penjara sehingga maksimum 20 tahun dan didenda.

Namakan akta tersebut. [1 markah]

Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991

ii. Setujukah anda dengan bentuk hukuman ini dan berikan alasan untuk

menyokong pendirian anda. [2 markah]

Setuju. Alasan saya.
Perbuatan membuang bayi amat kejam / tidak berperikemanusiaan
Perbuatan membuang bayi boleh disifatkan sebagai perbuatan tidak
menjaga anugerah / pemberian / amanah Tuhan

(c) Cadangkan tiga usaha yang boleh dilakukan untuk menangani masalah pembuangan

bayi. [3 markah]

i. Mempertingkatkan pendidikan agama di kalangan masyarakat kita
ii. Masyarakat harus melaporkan kes-kes pembuangan bayi kepada pihak

berkuasa
iii. Kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat

supaya mereka menyayangi dan mengasihi anak-anak mereka

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 53

(d) Berikan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh individu yang membuang bayi.
[2 markah]

i. Nilai melindungi hak kanak-kanak
ii. Nilai bertanggungjawab
iii. Nilai rasional
iv. Nilai kasih sayang

47 Wawasan 2020 yang diwara-warakan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamad membincangkan hala tuju masa depan negara serta peranan yang boleh dimainkan
oleh setiap rakyat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan negara
yang maju sepenuhnya pada tahun 2020.

(a) Terangkan tiga nilai perlu diamalkan rakyat Malaysia untuk menjadi Wawasan 2020

menjadi kenyataan. [6 markah]

i. Nilai kerajinan.
Rakyat Malaysia perlu curahkan usaha berterusan untuk mencapai
kecemerlangan dalam semua bidang.

ii. Nilai bertanggungjawab.
Rakyat Malaysia perlu melaksanakan kewajipan dalam berusaha
merealisasikan aspirasi pemimpin untuk menjadikan negara kita maju sepenuhnya.

iii. Nilai toleransi.
Rakyat Malaysia perlu hidup bertolak ansur agar Malaysia menjadi negara
aman di mana rakyatnya bekerjasama antara satu sama lain.

(b) Jelaskan dua peranan yang boleh anda mainkan dalam usaha membantu kerajaan

merealisasikan Wawasan 2020. [2 markah]

i. Belajar bersungguh-sungguh dan menjadi pelajar contoh dalam pelbagai bidang
ii. Menjadi warganegara yang bertanggungjawab
iii. Menjadi warganegara yang mahir dan berpengetahuan

(c) Berikan dua kelebihan Wawasan 2020 terhadap masyarakat. [2 markah]

i. Masyarakat dapat menguasai ilmu dalam pelbagai bidang
ii. Masyarakat dapat menambahkan pendapatan mereka
iii. Taraf hidup masyarakat akan bertambah baik

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 54

48 Yang berikut ialah maklumat tentang Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Kerajaan berusaha untuk mengemaskini Dasar Percukaian Negara dengan memperkenalkan
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Langkah ini dijangka mendapat pelbagai reaksi
daripada rakyat.

(a) Jelaskan dua nilai yang harus diamalkan oleh pembayar cukai di negara kita.
[4 markah]

i. Nilai bertanggungjawab.
Pembayar cukai harus laksanakan kewajipan membayar cukai tepat pada
masa kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

ii. Nilai rasional.
Pembayar cukai harus boleh berfikir kesan negatif apabila mereka gagal
bayar cukai di mana mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

(b) Kemukakan dua cara kerajaan menggunakan hasil cukai yang dikutip untuk

kesejahteraan rakyat. [2 markah]

i. Menyediakan kemudahan infrastruktur seperti hospital kerajaan , sekolah
kerajaan dan sebagainya.

ii. Menawarkan bantuan biasiswa kepada pelajar cemerlang yang tidak
berkemampuan.

iii. Membangunkan status sosioekonomi petani , nelayan dan penduduk di
luar bandar dengan pemberian pelbagai skim bantuan.

(c) Berikan dua tindakan yang boleh diambil terhadap individu yang enggan membayar

cukai. [2 markah]

i. Dikenakan denda
ii. Dikenakan hukuman penjara
iii. Harta individu boleh disita

(d) Nyatakan dua jenis cukai lain yang terdapat di negara kita. [2 markah]

i. Cukai pendapatan perseorangan
ii. Cukai perniagaan (cukai korporat @ cukai syarikat)
iii. Cukai harta (cukai taksiran @ cukai pintu)

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 55

49 Petikan di bawah adalah berkaitan dengan rokok elektronik.

Kegilaan generasi muda terhadap penggunaan rokok elektronik atau vapour telah
meningkatkan permintaan cecair rokok berkenaan. Cecair rokok ini pada asalnya
mengandungi nikotin dan perisa asas seperti vanilla. Kini, cecair ini dihasilkan dengan
pelbagai perisa sejajar dengan cita rasa masyarakat tempatan. Pengguna boleh mendapatkan
pelbagai cecair berperisa seperti perisa mangga, tembikai susu dan sirap bandung berikutan
munculnya ramai pengusaha baru yang berani mengadun dan memasarkan cecair berkenaan.

(a) Wajarkah perbuatan generasi muda menghisap rokok elektronik tersebut? Berikan dua

alasan anda. [3 markah]

Tidak wajar. Dua alasan saya.
Menjejaskan kesihatan
Membazirkan wang ringgit
Mengganggu keselesaan orang awam

(b) Walaupun Kementerian Kesihatan telah melarang penggunaan rokok elektronik, namun

permintaan terhadap rokok elektronik tetap meningkat. Jelaskan dua sebab penggunaan

rokok elektronik semakin mendapat sambutan yang menggalakkan. [4 markah]

i. Tanggapan salah.
Ramai individu beranggapan rokok elektrik dapat mengawal tabiat merokok tradisi.

ii. Ingin mencuba.
Generasi muda ingin tahu rasa setiap perisa rokok elektronik.

(c) Berikan dua kesan penggunaan rokok elektronik kepada diri. [2 markah]

i. Menjejaskan kesihatan / mengundang pelbagai penyakit kronik
ii. Mengakibatkan ketagihan
iii. Membazir wang ringgit
iv. Boleh membawa maut

(d) Apakah rumusan yang anda boleh buat daripada gejala di atas. [1 markah]

Generasi muda harus bertindak wajar menolak sama sekali rokok elektronik bagi
memastikan mereka dapat jalani hidup yang sihat tanpa sebarang penyakit kronik.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 56

50 Keratan akhbar yang berikut adalah mengenai masalah obesiti di Malaysia.

Malaysia duduki tempat pertama di Asia Tenggara

Paling ramai obes

KUALA LUMPUR – Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di
Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara
Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu semalam. Masalah obesiti dijangka akan terus
meningkat dalam kalangan penduduk Malaysia. Ini kerana 10 hingga 20 tahun akan datang
dijangkakan separuh daripada rakyat kita akan mempunyai masalah berat badan berlebihan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkara ini perlu
diberi perhatian semua pihak.

(a) Pada pendapat anda, mengapakah isu obesiti dalam kalangan masyarakat kita sukar

ditangani? Beri ulasan anda. [3 markah]

Ulasan saya.
Rakyat Malaysia mengamalkan budaya pemakanan yang tidak sihat.
Rakyat Malaysia kurang bersenam.
Tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap kepentingan menjaga kesihatan adalah
masih rendah.

(b) Di Malaysia, kira-kira 15% kanak-kanak mengalami masalah obesiti dan akan
membesar sebagai orang dewasa yang obes.

Nyatakan peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak-

kanak. [4 markah]

i. Mengamalkan gaya hidup sihat.
Ibu bapa mengadakan aktiviti riadah atau bersenam bersama anak-anak
mereka di hujung minggu.

ii. Mengamalkan pemakanan seimbang dalam keluarga.
Ibu bapa menghadkan pengambilan makanan segera di kalangan anak-anak mereka.

(c) Nyatakan tiga masalah yang akan dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami berat

badan yang berlebihan. [3 markah]

i. Kesukaran melakukan aktiviti fizikal
ii. Tekanan emosi akibat diejek gemuk oleh kawan
iii. Mudah keletihan
iv. Terdedah kepada ancaman penyakit kronik

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 57

51 Gambar di bawah menunjukkan senario anggota sebuah keluarga yang sibuk dengan gadget
masing-masing.

Perkembangan teknologi dan komunikasi banyak membawa perubahan kepada cara hidup
keluarga masa kini. Anak-anak akan leka dengan gadget elektronik. Kebanyakan ibu bapa
juga semakin kurang berinteraksi dengan anak-anak kerana terlalu leka dengan gadget
elektronik.

(a) Sebagai seorang anak yang memerlukan perhatian penuh , nyatakan perasaan anda

setelah membaca situasi di atas. Berikan alasan anda. [3 markah]

Sedih / Kecewa / Hampa / Marah. Alasan saya.
Tidak mendapat perhatian / kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa.
Rasa diri diabaikan / tidak dipedulikan

(b) Terangkan dua kesan buruk penggunaan gadget kepada anak-anak yang masih

bersekolah. [4 markah]

i. Masalah kegemukan / obesiti.
Penambahan berat badan akibat kurang aktiviti fizikal.

ii. Kecerdasan semakin berkurangan.
Menjadi malas untuk menggunakan akal untuk berfikir kerana guna gadget
mudah semua hujung jari.

iii. Menganggu jadual waktu harian.
Waktu makan , waktu tidur dan waktu belajar terganggu kerana jumlah
masa yang digunakan semasa gunakan gadget tidak disedari.

iv. Suka bersendirian / berada dalam dunia sendiri.
Terlalu leka dengan gadget sehingga kurang minat untuk komunikasi
dengan orang yang ada di sekeliling.

v. Masalah kerosakan mata / daya penglihatan terjejas.
Akibat terdedah terlalu lama pada skrin gadget.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 58

(c) Terangkan peranan ibu bapa dalam mengembalikan keharmonian kehidupan

berkeluarga di zaman gadget ini. [3 markah]

i. Ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak dalam soal
penggunaan gadget.

ii. Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk berinteraksi dengan anak-anak.
iii. Ibu bapa perlu menghadkan masa anak-anak guna gadget.
iv. Ibu bapa perlu bijak memantau kegunaan gadget dalam kehidupan anak-

anak.

52 Gambar di bawah merujuk pasukan unit beruniform yang menjadi sebahagian daripada aktiviti
kokurikulum di sekolah.

(a) Pelajar dapat memupuk nilai penglibatan diri dalam pembangunan negara

jika mereka menyertai pasukan unit beruniform.

Jelaskan maksud nilai tersebut. [2 markah]

kebebasan melibatkan diri dalam pembangunan negara
mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembagaan Malaysia

(b) Nyatakan tiga nilai lain yang boleh dipupuk kepada para pelajar jika mereka

menyertai pasukan unit beruniform. [3 markah]

i. Nilai berdikari
ii. Nilai kerajinan
iii. Nilai rasional
iv. Nilai bertanggungjawab

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 59

(c) Beri tiga kepentingan aktiviti kokurikulum kepada para pelajar. [3 markah]

i. Mengisi masa lapang secara berfaedah
ii. Membentuk disiplin diri / sahsiah / jati diri
iii. Melatih pelajar jadi pemimpin
iv. Memupuk perpaduan / kerjasama antara pelajar berlainan bangsa

(d) Andaikan anda sebagai pengetua di sebuah sekolah yang telah memenangi
pertandingan kawad kaki antara daerah bagi Pasukan Kadet Polis.

Berikan dua cara anda mengiktiraf kemenangan tersebut. [2 markah]

i. Memberikan kata-kata pujian semasa perhimpunan
ii. Menyampaikan sijil penghargaan dan pingat
iii. Meraikan mereka dalam majlis khas seperti Hari Anugerah Kecemerlangan

/ Hari Kokurikulum

53 Jadual yang berikut menunjukkan perangkaan kemalangan jalan raya yang dicatat pada musim
perayaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Musim Perayaan 2013 2014 2015

Tahun Baharu Cina 2 097 2 241 3 332

Hari Raya Aidilfitri 2 303 2 890 3 211

Deepavali 1 477 1 567 1 987

Krismas 2 581 2 986 3 245

(a) Nyatakan tiga nilai yang perlu diamalkan oleh pemandu untuk mengurangkan

kejadian kemalangan jalan raya semasa musim perayaan. [3 markah]

i. Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang
ii. Nilai kasih sayang
iii. Nilai rasional
iv. Nilai bertanggungjawab

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 60

(b) Ramalkan dua kesan peningkatan jumlah kemalangan jalan raya kepada negara kita.
[4 markah]

i. Menjejaskan imej negara.
Ini mencerminkan sikap rakyat yang tidak berhemah dan tidak
bertamadun di jalan raya.

ii. Meningkatkan perbelanjaan kerajaan.
Kerajaan terpaksa keluarkan wang banyak untuk anjur kempen secara
besar-besaran untuk ingatkan pemandu supaya berhati-hati di jalan raya.

(c) Sebagai seorang pemandu yang berhemah , apakah persediaan yang perlu anda

lakukan sebelum memulakan pemanduan anda untuk balik kampung semasa musim

perayaan. [3 markah]

i. Memeriksa keadaan kenderaan secara keseluruhan
ii. Pastikan keadaan fizikal badan stabil untuk memandu
iii. Merancang perjalanan dengan menyemak keadaan trafik semasa

54 Rashmika menghabiskan masanya dengan telefon pintar, sedangkan dia belum lagi menyiapkan
kerja sekolah yang perlu dihantar esok. Ibu menegur perlakuan Rashmika dan menyuruhnya
menyimpan telefon pintar. Ibu menyuruh Rashmika menyiapkan kerja sekolah yang
terbengkalai itu. Rashmika menunjukkan muka masam lalu ke meja belajar dan menarik
kerusinya dengan kasar untuk menunjukkan rasa tidak puas hatinya.

(a) Wajarkah tindakan Rashmika? Beri alasan anda berdasarkan satu nilai murni yang

dipelajari. [3 markah]

Tidak wajar. Alasan saya.
Nilai hemah tinggi / nilai bertanggungjawab / nilai rasional / nilai kasih sayang
Dia tidak menghormati ibunya dengan bersikap kasar
Dia banyak menghabiskan masanya dengan telefon pintar
Dia belum lagi menyiapkan kerja sekolah

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 61

(b) Andaikan anda ialah ibu Rashmika. Apakah perasaan anda sekiranya anak anda

bertindak sedemikian? [1 markah]

Sedih / Kecewa / Marah

(c) Tindakan ibu menegur perlakuan Rashmika adalah wajar. [2 markah]
Beri alasan anda.

Alasan saya.
Bukti / Tunjuk ibu benar-benar sayang Rashmika
Dapat sedarkan Rashmika akan kesilapan yang sedang dilakukannya
Agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa yang akan datang

(d) Terangkan dua tindakan terbaik yang harus diambil oleh anda apabila ibu menegur

anda disebabkan kesilapan yang anda lakukan. [4 markah]

i. Meminta maaf kepada ibu.
Saya akan mengaku kesilapan diri saya secara ikhlas / terbuka.

ii. Berjanji dengan ibu.
Saya akan usaha untuk tidak ulangi kesilapan sama pada masa depan.

55 Carta berikut berkaitan dengan kesalahan yang dikenakan hukuman mati mandatori ke atas
pengedar dadah mengikut undang-undang Malaysia.

HUKUMAN MATI MANDATORI

Memiliki 15 gram atau lebih Memiliki 40 gram atau lebih
heroin atau morfin kokain

Memiliki 200 gram atau lebih Memiliki 1000 gram atau
kanabis lebih candu mentah atau

Memiliki 2000 gram atau candu masak
lebih daun koka
Memiliki 50 gram atau lebih
ecstacy atau shabu

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 62

(a) Wajarkah hukuman ini dijatuhkan ke atas pengedar dadah yang didapati bersalah?

Jelaskan. [3 markah]

Wajar.
Dadah boleh membawa maut.
Dadah boleh memecahbelahkan keluarga.
Dadah boleh menjatuhkan maruah bangsa.
Dadah boleh meruntuhkan negara.

(b) Apakah akta yang digubal untuk menjamin keselamatan negara daripada diancam

oleh najis dadah? [1 markah]

Akta Dadah Berbahaya 1952

(c) Namakan pertubuhan sosial peringkat kebangsaan yang terlibat dengan kempen
penerangan dan pencegahan terhadap masalah dadah di dalam negara kita.
[1 markah]
Persatuan Anti Dadah Malaysia ( PEMADAM )

(d) Nyatakan tiga punca golongan remaja terjerumus dalam gejala penyalahgunaan

dadah. [3 markah]

i. Kurangnya perhatian daripada ibu bapa
ii. Kurangnya didikan agama
iii. Pengaruh rakan sebaya
iv. Perasaan ingin cuba
v. Tekanan perasaan

(e) Bagaimanakah ibu bapa boleh memastikan anak-anak mereka tidak terjerumus dalam

kancah penyalahgunaan dadah? [2 markah]

i. Memantau aktiviti dan pergerakan anak-anak di luar rumah
ii. Memberi pendidikan agama yang sempurna kepada anak-anak
iii. Memberi sepenuhnya kasih sayang
iv. Memberi perhatian terhadap keperluan emosi anak-anak

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 63

56 Berikut adalah salah satu masalah yang wujud dalam media sosial.

BERITA DAN MAKLUMAT PALSU

Berita dan maklumat palsu merupakan trend terbaharu di media sosial. Pelbagai aplikasi
sembang juga membantu penyebaran berita dan maklumat palsu dengan mudah. Di negara-
negara barat, penyebaran berita seperti ini dikenali sebagai peperangan psikologi bagi
mendapatkan keuntungan politik dan kewangan.

(a) Senaraikan dua pihak yang bertanggungjawab bagi menangani masalah di atas.
[2 markah]

(i) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
(ii) Polis Diraja Malaysia (PDRM)

(b) Terangkan kesan penyebaran berita dan maklumat palsu. [4 markah]

(i) mengaibkan / menjejaskan nama baik individu tertentu yang tidak berdosa
(ii) mangsa alami trauma / tekanan emosi
(iii) boleh menjejaskan sensitiviti kaum dan memecah-belahkan masyarakat
(iv) boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keamanan dan keharmonian negara
(v) individu yang terbukti melakukan kesalahan ini boleh dikenakan tindakan

undang-undang
(vi) boleh menjejaskan imej negara

(c) Nyatakan satu usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berikut untuk menangani masalah
di atas.

(i) individu [2 markah]

Jangan sebarkan berita dan maklumat yang belum terbukti kebenarannya.
Buat laporan polis supaya individu yang bersalah diheret ke mahkamah.

(ii) kerajaan [2 markah]

Mengenakan hukuman yang berat ke atas individu yang bersalah.
Menganjurkan kempen kesedaran anti penyebaran berita dan maklumat
palsu.
Menggaji pakar IT untuk memantau dan menyekat penularan berita dan
maklumat yang boleh memudaratkan masyarakat di ruang siber.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 64

57 Gambar di bawah menunjukkan senario pilihan raya di negara kita.

(a) (i) Terangkan dua nilai yang diamalkan oleh rakyat Malaysia berdasarkan situasi

di atas. [4 markah]

Nilai bertanggungjawab.
Rakyat Malaysia perlu laksanakan kewajipan sebagai warganegara untuk
daftar dan mengundi semasa pilihan raya diadakan.

Nilai rasional.
Rakyat Malaysia bertindak wajar dengan balik untuk undi pilih wakil
rakyatnya.

(ii) Namakan badan yang mengelola dan menguruskan pilihan raya di Malaysia.

[1 markah]

SPR – Suruhanjaya Pilihan Raya

(b) Nyatakan dua syarat yang melayakkan seseorang itu dapat mengundi ketika pilihan

raya. [2 markah]

i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur 21 tahun dan ke atas
iii. Telah berdaftar sebagai pemilih dengan SPR

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 65

(c) Andaikan anda adalah calon yang bertanding dalam pilihan raya. Jelaskan tiga

perkara yang harus dielakkan semasa berkempen. [3 markah]

i. Memberi rasuah
ii. Memburuk-burukkan calon lain
iii. Tidak ungkit isu sensitif
iv. Langgar peraturan berkempen SPR

58 Soalan 58 berdasarkan maklumat di bawah.

Maklumat 1

Khushwant Singh sudah empat tahun bekerja di Sabah. Dia tidak pernah pulang ke kampungnya di
Ipoh , walaupun untuk meraikan perayaan Visakhi. Khushwant Singh selalu memberi alasan bahawa
dia sibuk dengan pekerjaannya. Pada tahun ini , sekali lagi dia tidak dapat pulang meraikan perayaan
tersebut bersama-sama keluarganya. Dia bercadang untuk meraikan perayaan tersebut bersama-sama
rakannya di Sabah.

Maklumat 2

Petikan teks WhatsApp yang diterima oleh kedua-dua warga emas Encik Lee Ki Woo dan Puan Lee
Chung Ah.

Emak ayah yang berjauhan di Pekan Jenjarom. Tahun Baru Cina kali kini kami suami isteri tidak
bercadang balik ke kampung untuk beraya bersama emak ayah. Hal ini kerana kami hendak
menganjurkan majlis Tahun Baru Cina di Bandar New York untuk memperkenalkan tarian dan
makanan tradisional kaum Cina. Namun, kami akan balik pada minggu kedua perayaan. Harap emak
ayah maafkan kami.

(a) Berdasarkan maklumat 1, nyatakan perasaan yang mungkin menyelubungi kedua-
dua ibu bapa Khushwant Singh dan anggota keluarganya yang lain. Jelaskan.
[2 markah]
Sedih / Kecewa / Rindu
Anak tidak pulang beraya.
Menaruh harapan tinggi anak akan pulang beraya tahun ini.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 66

(b) Berdasarkan maklumat 2, nyatakan perasaan pasangan Encik Lee Ki Woo dan Puan

Lee Chung Ah selepas membaca WhatsApp tersebut. Jelaskan. [2 markah]

Gembira / Bangga
Tradisi masyarakat cina akan dipromosikan di luar negara.
Anak dan menantu balik beraya minggu kedua.

(c) Berdasarkan maklumat 2, terangkan bagaimana pasangan suami isteri tersebut yang

berada di Bandar New York dapat merawat rindu dan menghiburkan hati ibu bapanya

yang berada jauh di Pekan Jenjarom. [4 markah]

i. Kongsi sambutan melalui media sosial.
Pasangan suami isteri boleh muat naik gambar-gambar yang diambil dalam
majlis berkenaan.

ii. Interaksi melalui panggilan video.
Ibu bapa dapat saksikan secara langsung sambutan tahun baru cina di New
York.

(d) Walaupun dalam kesibukan menganjurkan majlis, kedua-dua anak menantu masih

berjanji akan balik beraya pada minggu kedua. Berdasarkan maklumat 2, jelaskan

nilai yang diamalkan oleh mereka. [2 markah]

Nilai kasih sayang.
Mereka tunjukkan perasaan cinta kepada ibu bapa dengan balik beraya di kampung.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 67

59 (a) Sambutan Bulan Kemerdekaan negara wajar diadakan setiap tahun. [3 markah]
Jelaskan alasan anda berdasarkan nilai-nilai nurni yang dipelajari.

Nilai cinta akan negara.
Sambutan dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri rakyat.
Rakyat dapat menghargai jasa pejuang dan pemimpin negara terdahulu.
Dapat mewujudkan perpaduan kaum melalui penglibatan setiap lapisan masayarakat
dalam sambutan.

(b) Pihak sekolah juga diarahkan agar mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan
di peringkat sekolah.
Nyatakan tiga contoh aktiviti yang boleh diadakan semasa sambutan tersebut.[3 markah]

i. Pertandingan kuiz merdeka.
ii. Pertandingan melukis poster bertema kemerdekaan.
iii. Pertandingan nyanyian lagi patriotik.
iv. Deklamasi sajak kemerdekaan.
v. Pertandingan drama patriotik.

(c) Proses mencapai kemerdekaan negara kita dianggap sebagai satu peristiwa yang unik

dan membanggakan.

Terangkan pernyataan ini. [2 markah]

Mendapat kemerdekaan melalui proses perundingan tanpa berlakunya
pertumpahan darah.
Perundingan disertai oleh wakil dari ketiga-tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina
dan India.
Mengadakan pakatan murni antara tiga parti utama iaitu UMNO, MCA dan
MIC.

(d) Sebutkan dua cara untuk mengekalkan kemerdekaan negara kita. [2 markah]

i. Perpaduan antara kaum perlu dipertahankan.
ii. Semua rakyat terlibat bersama dalam program untuk membangunkan

negara.
iii. Rakyat perlu mematuhi perlembagaan dan undang-undang negara.
iv. Rakyat tidak melibatkan diri dalam aktiviti subversif.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 68

60 Mengikut kewajipan agama, seorang bapa memainkan peranan yang amat besar dalam
mendidik anak-anak tentang hal agama.

(a) Pada pendapat anda bagaimanakan seorang bapa dapat melaksanakan kewajipan ini?
[ 2 markah]

(i) Bapa harus menjadi suri teladan.
(ii) Bapa harus sembahyang bersama anak di rumah.
(iii) Bapa perlu bawa anak ke tempat ibadat.

(b) Ramalkan dua kesan negatif terhadap anak-anak sekiranya seorang bapa tidak

melaksanakan kewajiapan agama. [2 markah]

(i) Anak tiada pegangan untuk buat pertimbangan baik buruk.
(ii) Anak mudah terpengaruh dengan anasir negatif.
(ii) Suatu hari maruah anak dan keluarga akan terjejas.

(c) Nyatakan dua cara bapa dapat melaksanakan kewajipan yang berikut.

i. Kewajipan Sosial [2 markah]

Memberi pendidikan formal dan informal yang sempurna kepada
anak-anak.
Menjaga keselamatan anak-anak.

ii. Kewajipan Ekonomi [2 markah]

Mencari rezeki yang halal untuk keluarga.
Pastikan wang perbelanjaan persekolahan anak-anak sentiasa mencukupi.

(d) Ramalkan kesan terhadap pembangunan keluarga dan negara sekiranya semua bapa di
Malaysia dapat melaksanakan kewajipan sosial , ekonomi dan agama dengan sempurna.
[2 markah]

i. Anak-anak di Malaysia hidup bahagia dengan pegangan agama yang kuat.
ii. Masalah sosial di negara kita dapat dibendung.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 69

61 Maklumat di bawah berkaitan dengan aplikasi Tik Tok.

Tik Tok merupakan rangkaian sosial perkongsian daripada negara
China. Ia digunakan untuk membuat video tarian, lip sync, video
komedi dan video kreatif dalam masa yang singkat. Ciri-ciri
penyuntingan yang semakin menarik membuatkan aplikasi ini
semakin popular terutamanya dalam kalangan remaja. Hal ini
meresahkan orang ramai khususnya ibu bapa yang melihat aplikasi
ini memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan anak-anak
mereka.

(a) Nyatakan dua nilai yang patut diamalkan oleh pengguna Tik Tok. [2 markah]

i. Nilai rasional
ii. Nilai bertanggungjawab
iii. Nilai harga diri
iv. Nilai hemah tinggi
v. Nilai kesederhanaan

(b) Sebutkan dua keistimewaan aplikasi Tik Tok. [2 markah]

i. Kesan getaran pada video
ii. Muzik yang pelbagai
iii. Animasi 3D
iv. Sticker yang menarik
v. Mengubah wajah/ warna rambut

(c) Jelaskan empat sebab aplikasi Tik Tok menimbulkan kebimbangan dalam kalangan

masyarakat. [4 markah]

i. Pengguna Tik Tok boleh jadi mangsa buli siber.
ii. Pengguna Tik Tok boleh menjadi mangsa kes serangan pedofilia/pencabulan
iii. Maruah diri pengguna Tik Tok terjejas.

iv. Membina sikap narsisme berlebihan di kalangan pengguna Tik Tok
sehingga bertingkah laku aneh untuk kejar ‘like’.

v. Pengguna Tik Tok alami ketagihan dan banyak habiskan masa untuk buat tik tok.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 70

(d) Walaubagaimanapun, terdapat juga golongan yang berpendapat aplikasi Tik Tok mempunyai
kesan yang baik kepada warganet atau netizen. Nyatakan dua kebaikan aplikasi Tik Tok.
[2 markah]
i. Sumber hiburan dan boleh hilangkan tekanan pengguna Tik Tok.
ii. Pengguna Tik Tok dapat menonjolkan bakat diri.
iii. Pengguna Tik Tok boleh menjadi popular dan terkenal.
iv. Dapat bantu pengguna Tik Tok untuk mengembangkan perniagaan.

62 Maklumat di bawah berkaitan dengan budaya ‘body shaming’ di negara kita.

Budaya memperkecilkan seseorang berdasarkan rupa fizikal atau
‘body shaming’ merupakan satu isu yang hangat diperkatakan masa
kini. Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor menegaskan bahawa budaya
ini merupakan satu perkara yang sangat bahaya terutamanya apabila ia
sudah menjadi norma dalam kehidupan masyarakat Malaysia sejak di
bangku sekolah lagi. Beliau rasa tiba masanya rakyat Malaysia bersatu
memberi tentangan hebat kepada mereka yang melakukan perkara ini.

(a) Selain nilai bertanggungjawab dan nilai rasional, nyatakan dua nilai yang harus diamalkan

oleh rakyat Malaysia untuk menangani isu ini. [2 markah]

i. Nilai harga diri
ii. Nilai hemah tinggi
iii. Nilai kesederhanaan
iv. Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang

(b) Selain daripada menguatkuasakan undang-undang, terangkan dua peranan pihak kerajaan

dalam mengatasi isu ini. [4 markah]

i. Menanam nilai murni dan kesedaran sivik dalam diri pelajar sejak kecil lagi.
Hal ini dapat dilaksanakan menerusi pendidikan awal dalam subjek Pendidikan
Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Islam dan sebagainya.

ii. Mengadakan kempen kesedaran anti ‘body shaming’.
Melalui kempen ini, kerajaan perlu pupuk sikap masyarakat untuk menghormati
kelainan setiap orang.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 71

(c) Rakan anda menjadi mangsa budaya ‘body shaming’ ini. Nyatakan dua tindakan anda.
[2 markah]

i. Saya akan melaporkan kes rakan saya kepada guru disiplin.
ii. Saya akan memberi kata-kata semangat kepada rakan saya untuk mengatasi

masalah ini.
iii. Saya akan membawa rakan saya untuk berjumpa dengan guru kaunseling.

(d) Ramalkan dua kesan budaya ini terhadap si mangsa. [2 markah]

i. Mangsa stres dan alami gangguan emosi
ii. Mangsa kehilangan keyakinan diri
iii. Mangsa alami kemurungan
iv. Mangsa bunuh diri
v. Mangsa alami kecelaruan pemakanan

63 Gambar di bawah berkaitan dengan pelancaran program Ziarah Cakna.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited dalam menyediakan Pendidikan
berkualiti kepada semua pelajar melalui inisiatif terbaharunya, iaitu pelancaran program Ziarah
Cakna di seluruh negara.

(a) Pada pendapat anda, apakah tujuan sebenar KPM melancarkan program Ziarah? [3 markah]

i. Bantu pihak sekolah berkongsi perkembangan menyeluruh berkaitan
murid-murid bersama ibu bapa atau penjaga mereka.

ii. Bantu pihak sekolah memahami latar belakang keluarga murid-murid.
iii. Bantu pihak sekolah bincangkan masalah disiplin murid dan

mencari jalan penyelesaian agar masalah tidak terus berulang.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 72

(b) Nyatakan empat tata cara yang perlu patuhi oleh pihak sekolah semasa melaksanakan

program ini. [4 markah]

i. Pihak sekolah perlu mendapatkan persetujuan lebih awal daripada ibu bapa atau
penjaga murid.

ii. Pihak sekolah perlu tentukan masa yang sesuai ketika ibu bapa atau penjaga
berada di rumah.

iii. Pihak sekolah lakukan ziarah pada masa lapang dan tidak melibatkan waktu
pengajaran dan pembelajaran. (Pdp)

iv. Pihak sekolah tidak menyusahkan ibu bapa atau penjaga murid seperti tidak perlu
sediakan makan minum.

(c) Ramalkan impak positif program ini dalam sistem pendidikan negara. [3 markah]

i. Dapat mewujudkan kesepakatan antara ibu bapa dengan pihak sekolah.
ii. Dapat menggalakkan penyertaan ibu bapa secara aktif dalam aktiviti sekolah dan

memantapkan peranan PIBG.
iii. Dapat melahirkan warga pendidik yang miliki sifat kepedulian, bertanggungjawab

dan penyayang terhadap setiap perkara yang berkaitan degan muridnya.

64 Gambar di bawah menunjukkan bangunan bersejarah di Malaysia.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 73

(a) Namakan dua bangunan bersejarah tersebut. [2 markah]

i. Kubu Margherita, Sarawak
ii. Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur
iii. Kota A Famosa, Melaka
iv. Fort Cornwallis, Pulau Pinang
v. Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan

(b) Wajarkah bangunan bersejarah dikekalkan? Berikan alasan anda. [4 markah]

Wajar. Alasan saya.
Bangunan bersejarah merupakan identiti negara yang harus dikekalkan.
Bangunan bersejarah adalah produk pelancongan iaitu destinasi daya tarikan
pelancong asing.
Bangunan bersejarah perlu dikekalkan supaya generasi muda dapat mengetahui
sejarah negara.

(c) Jelaskan satu peranan kerajaan dalam usaha memelihara dan memulihara bangunan

bersejarah di negara kita. [2 markah]

Kerajaan perlu memperuntukkan bajet khas untuk memulihara bangunan
bersejarah.
Dengan sumber dana yang mencukupi, kerajaan dapat menaik taraf bangunan
bersejarah bagi menarik perhatian pelancong asing.

(d) Bagaimanakah rakyat Malaysia boleh turut melibatkan diri dalam usaha memelihara

bangunan bersejarah di negara kita? [2 markah]

i. Tidak melakukan aktiviti vandalisme ketika berkunjung ke bangunan bersejarah.
ii. Menjaga kebersihan apabila melawat bangunan bersejarah negara.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 74

65 Petikan yang berikut berkaitan dengan penggunaan kad kredit.

Penggunaan kad kredit semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Terdapat banyak
syarikat yang mengurus kad kredit seperti American Express, Visa dan Master Card. Menurut
Menteri Kewangan Malaysia, penggunaan kad kredit menjadi pemangkin kepada masalah
inflasi. Di samping itu, bilangan pengguna kad kredit akan bertambah pada masa akan datang.

(a) Pada pendapat anda, mengapakah penggunaan kad kredit dianggap penting pada masa kini?
[3 markah]

i. Keselamatan pengguna terjamin berbanding membawa wang tunai yang banyak
ketika beli belah.

ii. Mudah melakukan pembayaran terutamanya ketika pengguna membuat
pembayaran yang melibatkan pembelian atas talian.

iii. Pengguna boleh mendapat rebat dalam bentuk tunai atau baucar serta tawaran
hadiah yang menarik.

(b) Nyatakan tiga cara penggunaan kad kredit yang berhemah. [3 markah]

i. Pilih kad kredit yang menawarkan perkhidmatan yang menarik seperti rebat tunai
dan mata ganjaran.

ii. Gunakan kad kredit di waktu kecemasan dan jika berlaku perkara yang tidak
dijangka.

iii. Bayar hutang tepat pada masanya untuk elakkan caj bayaran lewat dan penalti.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 75

(c) Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah muflis

dalam kalangan golongan muda akibat daripada beban hutang kad kredit. [3 markah]

i. Kerajaan adakan kempen kesedaran mengenai penggunaan kad kredit secara
berhemah.

ii. Kerajaan membuat ceramah mengenai cara pengurusan kewangan yang betul
dalam kalangan generasi muda negara.

(d) Namakan agensi kerajaan yang tawarkan khidmat nasihat percuma untuk membantu rakyat

Malaysia kawal beban hutang dan elakkan masalah muflis. [1 markah]

i. Jabatan Insolvensi Malaysia
ii. AKPK – Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit

66 Maklumat berikut berkaitan dengan pendidikan STEM di Malaysia.

Pendidikan STEM ialah pendidikan yang
bertunjangkan pengintegrasian empat bidang iaitu
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Di
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
meletakkan pendidikan STEM sebagai salah satu
agenda penting dalam usaha transformasi pendidikan
bagi menyediakan generasi muda untuk menghadapi
cabaran abad ke-21 dan seterusnya melahirkan lebih
ramai pelajar kita yang bercita-cita menjadi seperti
Bill Gates dan Steve Job selepas ini.

(a) Terangkan satu nilai yang boleh dipupuk kepada para pelajar kita oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia melalui pendidikan STEM. [3 markah]

Nilai kerajinan.
Para pelajar harus usaha berterusan untuk menguasai bidang STEM agar dapat hadapi
cabaran Revolusi Industri Keempat.
Para pelajar harus menjadi pencipta teknologi baharu dan bukan hanya bangga menjadi
pengguna teknologi baharu.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 76

(b) Jelaskan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkasakan pendidikan STEM

secara berkesan di negara kita. [5 markah]

i. Meningkatkan minat pelajar terhadap pendidikan STEM.
ii. Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendidikan STEM.
iii. Menggubal kurikulum STEM baharu bersepadu.
iv. Melatih guru dan pembantu makmal sains dalam melaksanakan pendidikan

STEM.
v. Menambah baik prasarana sekolah iaitu kemas kini kemudahan makmal serta

peralatan pengajaran STEM di semua sekolah dalam negara.
vi. Terbitkan lebih banyak filem dan dokumentari berkisar STEM.

(c) Cadangkan dua aktiviti di luar bilik darjah yang dapat menyokong pendidikan STEM.
[2 markah]

i. Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi
ii. Karnival Sains dan Teknologi

67 Maklumat berikut berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atas talian.

Pandemik COVID-19 telah banyak mengubah lanskap kehidupan
penduduk Malaysia. Kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan wabak
COVID-19. Seiring dengan PKP, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran atas
talian dengan menggunakan platform Google Meet, Zoom,
WhatsApp, Telegram dan sebagainya.

(a) Huraikan nilai yang sepatutnya anda amalkan untuk memastikan anda tidak ketinggalan

dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran atas talian. [3 markah]

Nilai kerajinan.
Saya harus usaha secara berterusan untuk meneruskan pembelajaran secara atas talian
kerana sekolah ditutup.
Saya harus tekun siapkan semua tugasan yang diamanatkan oleh guru ketika PKP agar
tidak ketinggalan dalam pelajaran saya.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 77

(b) Jelaskan empat cabaran atau kekangan pembelajaran atas talian di negara kita. [4 markah]

i. Capaian internet di rumah yang bermasalah.
ii. Ketiadaan kemudahan peranti atau gajet ketika pembelajaran atas talian.
iii. Persekitaran rumah kurang kondusif untuk belajar.
iv. Terdapat guru yang kurang mahir dengan aplikasi atas talian untuk sediakan

bahan mengajar yang lengkap dan menarik.

(c) Vijay sering ponteng kelas atas talian disebabkan leka dengan permainan atas talian setiap

malam. Bagaimanakah anda sebagai ibu Vijay dapat membantu menangani masalah anak

anda? [3 markah]

i. Menasihatinya secara baik agar dia tidak terus leka.
ii. Memantau pematuhan dia kepada jadual kelas atas talian yang diberi oleh pihak

sekolah.
iii. Menghadkan masa penggunaan gajet terutamanya pada hari minggu.

68 Berikut adalah kejayaan murid Malaysia di peringkat antarabangsa.

Enam orang murid mewakili Maktab Rendah Sains
Mara Pendang, MRSM Bentong dan MRSM Kuching
berjaya meraih kejayaan dalam Pertandingan Robotik
Peringkat Antarabangsa (International Robot
Olympiad (IRO) 2017 yang berlangsung di
Qinhuangdo, China pada 16 hingga 20 Disember
2017.

(a) Nyatakan perasaan anda apabila membaca berita di atas. Beri alasan anda. [2 markah]

Gembira / Bangga. Alasan saya.
Murid Malaysia telah memperolehi kejayaan di peringkat antarabangsa.
Nama negara harum di persada global.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 78

(b) Murid-murid MRSM yang telah meraih kejayaan ini telah mengamalkan nilai cinta akan
negara.

Jelaskan maksud nilai tersebut berdasarkan situasi ini. [2 markah]

Murid MRSM telah menunjukkan rasa bangga dengan mengharumkan nama negara.
Mereka telah mempamerkan daya kreativiti mereka untuk memenangi pertandingan
robotik berkenaan.

(c) Selain daripada nilai di atas, nyatakan dua nilai lain yang ditunjukkan oleh murid-murid

MRSM dalam mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa. [2 markah]

i. Nilai kerajinan
ii. Nilai sanggup berkorban untuk negara
iii. Nilai rasional
iv. Nilai bertanggungjawab

(d) Terangkan dua sikap yang boleh anda contohi daripada kejayaan murid-murid tersebut.
[2 markah]

i. Sikap berani mencuba
ii. Sikap tekun dan sungguh-sungguh untuk menempah kejayaan

(e) Sebagai seorang murid, nyatakan sumbangan anda untuk negara. [2 markah]

i. Saya akan belajar bersungguh-sungguh.
ii. Saya akan bekerja dan sumbangkan kepakaran dengan berkhidmat dalam negara

setelah tamat pengajian.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 79

69 Berikut adalah logo Kempen Beli Barangan Malaysia.

(a) Jelaskan dua nilai yang harus diamalkan oleh rakyat Malaysia untuk menjayakan kempen

tersebut. [4 markah]

i. Nilai cinta akan negara.

Rakyat Malaysia perlu bangga menggunakan produk tempatan.

ii. Nilai bertanggungjawab.
Rakyat Malaysia perlu laksanakan tugas menyokong dan membeli produk tempatan
sebagai warganegara.

(b) Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memberi sokongan padu untuk menjayakan kempen ini.

Nyatakan dua faedah yang kita perolehi jika beli barangan tempatan. [2 markah]

i. Kita dapat jimatkan perbelanjaan keluarga kerana barangan tempatan murah.
ii. Kita dapat menyemai semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
iii. Kita dapat perolehi barangan yang sama mutunya dengan barangan import.

(c) Berikan dua kebaikan kepada negara jika rakyat membeli barangan buatan Malaysia.
[2 markah]

i. Industri tempatan dalam negara akan berkembang pesat.
ii. Negara dapat menyekat pengaliran keluar mata wang tempatan.
iii. Pendapatan negara bertambah dan ekonomi negara akan membangun.

(d) Sekiranya anda adalah pengusaha barangan buatan Malaysia, bagaimanakah anda dapat

meningkatkan jualan barangan tersebut. [2 markah]

i. Saya perlu hasilkan barangan tempatan yang berkualiti tinggi setaraf dengan
barangan import.

ii. Saya perlu membuat promosi secara agresif.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 80

70 Gambar di bawah menunjukkan keunikan amalan majis rumah terbuka di Malaysia.

(a) Namakan amalan tradisi yang dilakukan oleh masyarakat cina dalam gambar di atas.
[1 markah]

Yee Sang / makan besar.

(b) Huraikan satu nilai yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dalam gambar tersebut.
[3 markah]

Nilai toleransi.
Rakyat Malaysia sentiasa bertolak ansur dan cuba memahami adat kaum lain.
Rakyat Malaysia sedia bersosialisasi dengan kaum lain dan sama-sama raikan setiap
perayaan.

(c) Berikan dua kebaikan majlis rumah terbuka ketika perayaan di Malaysia. [2 markah]

i. Dapat fahami budaya dan adat resam kaum lain.
ii. Dapat eratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
iii. Dapat pupuk semangat bekerjasama untuk menjayakan sebarang program.

(d) Terangkan dua perlakuan yang harus dipraktikkan oleh tetamu ketika menghadiri majlis

rumah terbuka. [4 markah]

i. Berpakaian sopan ikut etika.
Dengan ini tetamu dapat elakkan perasaan tuan rumah tersinggung.

ii. Jaga adab ketika berinteraksi.
Tetamu harus sentiasa merendah diri dan bertutur dengan sopan santun.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 81

71 Maklumat berikut berkaitan dengan pencemaran sungai.

PASIR GUDANG.
Kadar pencemaran Sungai Kim Kim di sini, yang pernah menjadi punca pencemaran toksik
akibat pembuangan sisa kimia pada Mac lalu, didakwa terlalu tinggi sehingga mencecah 153
kali ganda daripada bacaan sepatutnya. Pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim pada 7
Mac lalu itu menjejaskan hampir 6 000 penduduk termasuk pelajar sekolah sehingga 111 buah
sekolah di Pasir Gudang, di sini diarahkan ditutup untuk sementara waktu.

Sumber: Berita Harian 2019

(a) Selain nilai bertanggungjawab, huraikan nilai yang perlu diamalkan oleh pihak kilang yang

menyebabkan berlakunya pencemaran Sungai Kim Kim. [3 markah]

Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.
Pihak kilang perlu patuhi undang-undang yang melarang kilang membuang sisa toksik ke
dalam sungai.
Pihak kilang perlu sedar kegagalan mereka patuhi undang-undang boleh menyebabkan
mereka didenda, dikenakan hukuman penjara dan kilang akan diarahkan ditutup.

(b) Jelaskan kesan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk yang menetap di sekitar kawasan

tersebut. [3 markah]

i. Kesihatan penduduk akan terjejas.
ii. Boleh menyebabkan kematian.
iii. Menjejaskan aktiviti harian penduduk.
iv. Proses pembelajaran pelajar terjejas akibat sekolah diarahkan ditutup.

(c) Apakah akta yang berkaitan dalam kes pencemaran ini. [1 markah]

Akta Kualiti Alam Sekitar

(d) Andaikan anda majikan salah sebuah kilang di sana, apakah tindakan yang akan anda

lakukan untuk mengelakkan kejadian seperti ini tidak berulang? [3 markah]

i. Membina tapak pelupusan sisa di kawasan yang jauh dari sungai utama.
ii. Pastikan tiada kawasan perumahan, sekolah, hospital berhampiran dengan tapak

pelupusan sisa.
iii. Merawat sisa kilang sebelum dilepaskan ke sungai.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 82

72 Gambar berikut berkaitan dengan gejala buli siber.

Buli Siber merupakan perbuatan mengancam,
memalukan atau menakutkan seseorang
melalui medium elektronik seperti mesej
teks(SMS), chatting, e-mel, laman web sosial,
telefon bimbit atau permainan internet. Kajian
menunjukkan 1 daripada 3 golongan muda
telah menjadi mangsa buli siber dan hamper
tiga suku mereka berkata rangkaian sosial
seperti Facebook, Twitter, Instagram dan
sebagainya adalah tempat paling biasa untuk
membuli secara online.

(a) Terangkan nilai yang harus diamalkan oleh pembuli siber. [2 markah]

Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.
Pembuli siber perlu patuhi undang-undang siber yang melarang amalan buli siber.

(b) Berikan dua jenis buli siber. [2 markah]

i. Menghantar mesej mengganggu atau mengancam.
ii. Memuat naik komen atau gambar yang tidak senonoh.
iii. Menghantar gambar, mesej atau video berunsur seksual.
iv. Menyalahgunakan kata laluan, nama skrin dan menyamar sebagai orang lain.

(c) Tindakan undang-undang wajar dikenakan ke atas pembuli siber. Jelaskan. [3 markah]

Kerana amalan buli siber adalah perbuatan yang salah disisi undang-undang.
Tindakan pembuli siber boleh menimbulkan stres atau tekanan kepada mangsa buli.
Mangsa buli boleh alami kemurungan atau gangguan emosi.
Dalam kes tertentu, buli siber boleh menyebabkan mangsa membunuh diri.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 83

(d) Anda telah lewat untuk menghadiri ujian kelas piano anda pada pukul 10.00 pagi. Jam telah
menunjukkan pukul 9.30 pagi. Sekiranya anda gagal menghadiri ujian tersebut, anda
terpaksa menduduki semula ujian tersebut pada tempoh enam bulan akan datang. Sedang
anda bersiap sedia untuk bertolak ke tempat ujian tersebut, rakan anda Jessie menelefon
anda untuk berjumpa dengan anda bagi berkongsi masalahnya yang dimalukan di media
sosial oleh rakannya. Jessie memberitahu dia tiada tempat untuk mengadu masalahnya dan
nekad untuk membunuh diri jika tidak dapat berjumpa dengan anda.

Apakah yang perlu anda lakukan?

Jelaskan. [3 markah]

Berjumpa dengan Jessie.
Saya bersimpati dengan rakan saya Jessie.
Saya perlu utamakan keselamatan nyawa rakan saya.

ATAU

Hadir ujian kelas piano.
Saya takut akan dimarahi oleh ibu bapa dan guru piano.
Saya terpaksa buat bayaran lebih dan bazir masa enam bulan jika ingin menduduki semula
ujian.

73 Maklumat berikut berkaitan dengan kes penyeludupan dadah.

Dua pekerja sebuah syarikat penerbangan Malaysia adalah antara lapan orang yang ditangkap
kerana mempunyai hubungan dengan seorang sindiket jenayah yang menyeludup masuk
heroin dan methamphetamine ke Australia. Antara yang ditahan ialah seorang kru kabin
wanita dan seorang kakitangan syarikat penerbangan lain yang didakwa membawa dadah itu
bersama-sama mereka sebagai sebahagian daripada penglibatan sindiket jenayah terancang
Vietnam yang berpengkalan di Melbourne, Australia.

Sumber: Bernama News 16 Januari 2019

(a) Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh pekerja syarikat penerbangan tersebut.
[4 markah]

i. Nilai bertanggungjawab.
Pekerja harus laksanakan tugas dengan baik serta menjaga imej syarikat
penerbangannya.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 84

ii. Nilai rasional.
Pekerja boleh fikir kesan buruk mengedar dadah di mana hukuman mati mandatori
menanti jika didapati bersalah.

(b) Jelaskan punca yang mendorong kepada berlaku kes penyeludupan tersebut. [3 markah]

i. Kekurangan didikan agama dan moral.
ii. Terdapat permintaan yang tinggi terhadap dadah dalam pasaran.
iii. Sikap tamak dan ingin menjadi kaya dengan cepat.
iv. Mudah percaya orang yang baru dikenali yang janjikan pendapatan luar biasa.

(c) Pengedar dadah, kebanyakannya berperanan sebagai ‘keldai dadah’ merupakan 50.4 peratus
daripada 1 560 kes melibatkan rakyat Malaysia yang ditangkap di luar negara sejak 1991
hingga sekarang. Timbalan Menteri Luar berkata pengedaran dadah adalah masalah serius
dalam kalangan rakyat Malaysia dengan 785 kes sepanjang tempoh itu. Menurut beliau,
Malaysia harus menghormati undang-undang negara lain, namun mangsa atau keluarganya
boleh mendapatkan bantuan daripada misi Wisma Putra di luar negara bagi tujuan memohon
pengampunan khususnya hukuman mati.

Patutkah kerajaan Malaysia berusaha mendapatkan pengampunan untuk mangsa tersebut?

Beri alasan anda. [3 markah]

Patut. Alasan saya.
Mereka mungkin ditipu oleh sindiket dadah.
Mereka warganegara Malaysia dan kerajaan mementingkan nyawa setiap warganegaranya.

ATAU

Tidak patut. Alasan saya.
Kerajaan memandang serius terhadap isu dadah kerana ia bawa implikasi buruk kepada
masyarakat dan negara.
Kerajaan percaya hukuman mati dapat memberi pengajaran kepada orang lain supaya
sentiasa berwaspada dan tidak terlibat dalam isu dadah.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 85

74 Gambar di bawah adalah mengenai Larangan Merokok di tempat makan.

(a) Terangkan dua nilai yang perlu diamalkan oleh perokok dalam situasi ini.
[4 markah]

i. Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.
Perokok harus patuhi peraturan baharu ini dan berhenti merokok di tempat
makan.

ii. Nilai rasional.
Perokok boleh berfikir tentang implikasi jika mengingkari peraturan di mana
boleh dikenakan kompaun.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 86

(b) Ketika anda ingin memasuki sebuah restoran, anda ternampak situasi dalam gambar di
bawah ini.

Huraikan tindakan anda. [3 markah]

Saya akan rakam kesalahan individu-individu tersebut untuk diserahkan kepada
pihak berkuasa melalui whatsapp atau telegram.
Saya akan beri informasi seperti nama restoran, lokasi, waktu dan tarikh kesalahan
dirakam kepada pihak berkuasa.
Pesalah akan dikenakan denda agar insaf dan tidak ulangi kesalahan yang sama.

(c) Kerajaan Malaysia begitu tegas dalam melaksanakan tugas mereka untuk membanteras
tabiat merokok di tempat awam khususnya dalam premis makanan.

Mengapakah kerajaan bertindak demikian?

Beri hujah anda. [3 markah]

Kerajaan prihatin dan ingin memelihara kesihatan rakyat secara keseluruhannya.
Kerajaan ingin mewujudkan persekitaran tempat awam yang sihat dan selamat.
Kerajaan ingin mewujudkan perasaan hormat-menghormati sesama individu di
kalangan perokok dengan bukan perokok.
Kerajaan ingin tingkatkan kesedaran di kalangan rakyat berkaitan dengan amalan
gaya hidup sihat.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 87

75 Maklumat berikut berkaitan dengan golongan kelainan upaya dan kejayaan mereka.

Lee Thiam Wah Mohd Sukur Ibrahim
Pemilik Pemilik

lebih 1000 cawangan Syarikat D Strike
99 Speedmart Solution Sdn. Bhd

(a) Kedua-dua tokoh kelainan upaya di atas mengamalkan nilai bertanggungjawab dan rasional.

Jelaskan dua nilai lain yang diamalkan oleh mereka. [4 markah]

i. Nilai kerajinan.
Mereka usaha berterusan dan tabah hadapi rintangan untuk mencapai kejayaan.

ii. Nilai harga diri.
Mereka jaga maruah diri OKU dengan membuktikan bahawa mereka juga mampu
berjaya dalam kehidupan.

(b) Terangkan tiga pengajaran yang boleh anda contohi daripada kejayaan mereka. [3 markah]

i. Saya akan contohi sikap mereka yang tidak gentar untuk hadapi pelbagai dugaan
Untuk maju dalam hidup.

ii. Saya akan contohi usaha berterusan mereka untuk meningkatkan taraf hidup
mereka.

iii. Saya akan contohi sikap mereka yang tidak mudah putus asa walaupun mereka
dilahirkan dengan kekurangan keupayaan fizikal dan mental.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 88

(c) Gambar di bawah menunjukkan penyalahgunaan kemudahan OKU oleh orang awam yang
normal.

Jelaskan tiga usaha kerajaan dalam menangani isu di atas. [3 markah]

i. Kerajaan perlu kuatkuasa undang-undang ketat supaya orang awam
normal berkenaan diheret ke muka pengadilan dan didakwa.

ii. Kerajaan perlu mengenakan kompaun tinggi ke atas orang awam yang
bersalah.

iii. Kerajaan juga perlu teruskan kempen kesedaran dengan bawa mesej
bertimbang rasa dan hormati hak OKU khususnya di kalangan generasi
muda.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 89

76 Gambar yang berikut menunjukkan nasib gelandangan di ibu kota.

(a) Jelaskan perasaan anda apabila melihat nasib gelandangan ini. [2 markah]

Sedih.
Masih ada manusia yang hidup dalam keadaan demikian di negara kita yang sedang
rancak membangun.

(b) Jelaskan empat kesan golongan gelandangan ini kepada negara. [4 markah]

i. Menjejaskan imej negara dengan menyumbang terhadap masalah kebersihan
bandaraya dan ini kurang elok jika dilihat oleh pelancong asing.

ii. Menganggu keselesaan orang awam dengan meminta sedekah di hadapan
kompleks beli belah dan tepi-tepi jalan.

iii. Menimbulkan masalah sosial kerana kebanyakan gelandangan akan tertagih pada
dadah dan juga minuman arak.

iv. Menyebarkan penyakit berjangkit kerana mereka hidup dalam persekitaran yang
tidak bersih.

(c) Nyatakan peranan pihak berikut dalam membantu mengubah nasib gelandangan.

i. Masyarakat [2 markah]

Melaporkan kepada pihak berkuasa (Jabatan Kebajikan Masyarakat) sekiranya
terdapat kes orang gelandangan menganggu keselesaan awam.
Menyertai dan menjayakan kempen kesedaran anjuran kerajaan dan NGO untuk
ubah nasib golongan gelandangan.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 90

ii. Kerajaan [2 markah]

Buat rondaan di tempat tumpuan dan menangkap mereka bagi menempatkan
mereka di tempat yang lebih selamat seperti Pusat Penginapan Sementara
Gelandangan.
Perlu menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai kepada golongan gelandangan.

77 Yang berikut berkaitan dengan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan.

(a) Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) diperkenalkan pada tahun 1986.
Pada peringkat awalnya, pelaksanaan RIMUP di peringkat sekolah rendah. Namun, pada
tahun 2004, Kementerian Pendidikan Malaysia telah meneliti semula pelaksanaannya dan
mendapati bahawa program RIMUP perlu dimantapkan serta diperluas ke sekolah
menengah.

Nyatakan empat objektif pelaksanaan RIMUP. [4 markah]

i. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum.
ii. Menggalakkan penyertaan bersama masyarakat setempat, para guru dan murid

serta warga sekolah dalam sebarang program khas kemasyarakatan.
iii. Mewujudkan amalan bekerjasama, tolong-menolong dalam suasana muhibah

secara sedar dan terancang.
iv. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran secara bersama untuk

menjayakan program khas anjuran kerajaan dan NGO.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 91

(b) Nyatakan dua aktiviti yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah berdasarkan program

RIMUP. [2 markah]

i. Aktiviti sukan rakyat atau permainan tradisional pelbagai kaum.
ii. Aktiviti kesenian dan kebudayaan seperti tarian tradisional pelbagai kaum.
iii. Aktiviti sambutan perayaan utama pelbagai kaum di peringkat sekolah.

(c) Jelaskan dua nilai yang harus diamalkan oleh anda bagi menjayakan program RIMUP yang

dianjurkan oleh pihak sekolah. [4 markah]

i. Nilai bertanggungjawab.
Saya harus laksanakan tugas dengan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong
perdana anjuran sekolah.

ii. Nilai saling membantu dan bekerjasama.
Saya harus belajar melakukan semua aktiviti secara bersama dengan rakan-rakan
pelbagai kaum misalnya ketika menceriakan kelas semasa bulan kemerdekaan.

78 Keratan akhbar berikut berkaitan masalah kesihatan mental.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 92

(a) Mengapakah remaja masa kini cenderung mengalami gangguan mental? [2 markah]

i. Gaya hidup tidak sihat seperti minum arak dan menghisap dadah.
ii. Masalah peribadi atau masalah keluarga yang kritikal.
iii. Kegagalan dalam percintaan.
iv. Kegagalan dalam peperiksaan.
v. Kematian dan kehilangan awal ahli keluarga atau rakan yang terdekat.
vi. Menjadi mangsa penderaan atau buli secara teruk.

(b) Berikan dua ciri remaja yang mengalami gangguan mental. [2 markah]

i. Sentiasa sedih dan menangis.
ii. Mudah rasa bersalah.
iii. Sering menyendiri / tidak suka bergaul / cuba jauhkan diri daripada sahabat
iv. Cepat marah / perubahan angin secara tiba-tiba
v. Kemerosotan luar biasa dalam kebolehan di sekolah seperti prestasi akademik

jatuh, pencapaian sukan menjunam, gagal hadir ke sekolah dan sebagainya.

(c) Anda mendapati Ah Chong rakan baik anda menunjukkan tanda-tanda kemurungan.
Berdasarkan satu nilai murni, cadangkan tindakan anda untuk membantu Ah Chong.
[3 markah]
Nilai bertanggungjawab.
Saya akan memaklumkan kepada kaunselor sekolah.
Saya rasa kaunselor adalah individu yang berkelayakan di sekolah untuk mengatasi masalah
kemurungan rakan saya.

(d) Jelaskan peranan pihak berikut untuk menghindari tekanan mental dalam kalangan remaja.

i. Ibu bapa [1 markah]

Sentiasa meluangkan masa bersama anak remaja mereka.
Mengambil berat dan mendengar luahan dan masalah anak remaja mereka.
Memberi kasih sayang sepenuhnya serta didikan agama yang sewajarnya.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 93

ii. Sekolah [1 markah]

Kaunselor sekolah perlu mengadakan ujian tahap kesihatan mental.
Kaunselor sekolah perlu kenal pasti pelajar-pelajar yang menunjukkan
tanda-tanda gangguan mental.
Kaunselor sekolah membuat sesi kaunseling dengan memberi nasihat serta
bimbingan.

iii. Kerajaan [1 markah]

Kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran tentang Kesihatan Mental untuk
rakyat jelata.
Kerajaan perlu menyediakan bekalan guru kaunselor yang terlatih di setiap
sekolah.

79 Maklumat berikut berkaitan dengan Penilaian Kesan Alam Sekitar (PKAS) di Malaysia.

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,
mewajibkan mana-mana pihak
pemaju yang ingin menjalankan
sebarang projek atau aktiviti
pembangunan harus menyediakan
dan mengemukakan laporan
Penilaian Kesan Alam Sekitar
(PKAS) kepada Ketua Pengarah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk
diluluskan.

(a) Terangkan maksud Penilaian Kesan Alam Sekitar (PKAS). [2 markah]

PKAS ialah satu kajian teratur untuk mengenalpasti dan memberi maklumat tentang kesan
sesuatu projek pembangunan kepada alam sekitar sebelum projek tersebut diluluskan dan
dilaksanakan.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 94

(b) Anda bersetuju bahawa laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (PKAS) ini penting untuk

dilaksanakan. Berikan dua kepentingan penyediaan laporan ini. [2 markah]

i. Membantu pihak berkuasa untuk menentukan sama ada sesuatu projek
pembangunan boleh diteruskan atau sebaliknya.

ii. Untuk pastikan projek pembangunan dilaksanakan dengan kaedah yang lebih
mesra alam.

iii. Untuk mengelakkan kejadian bencana alam seperti tanah runtuh, banjir kilat,
banjir lumpur dan sebagainya menimpa ekoran perlaksanaan projek
pembangunan tersebut.

iv. Untuk memastikan projek pembangunan yang dilaksanakan membawa kerosakan
minimum terhadap alam iaitu flora serta fauna dan penduduk setempat.

v. Untuk meminimumkan kos membaik pulih kerosakan alam sekitar selepas
perlaksanaan projek berkenaan.

(c) Nyatakan dua tindakan yang patut diambil terhadap pihak pemaju yang enggan melakukan
Penilaian Kesan Alam Sekitar (PKAS) sebelum memulakan sesuatu projek. [2 markah]

i. Didenda
ii. Lesen digantung
iii. Dipenjara
iv. Projek berkenaan dihentikan serta merta.

(d) Ramalkan dua kesan terhadap alam sekitar sekiranya pemaju projek di kawasan tanah tinggi

gagal mematuhi syarat PKAS. [2 markah]

i. Tanah runtuh
ii. Banjir kilat
iii. Hakisan tanah
iv. Kemusnahan kawasan tadahan air

(e) Terangkan dua nilai yang patut diamalkan oleh pemaju projek di kawasan tanah tinggi.
[2 markah]

i. Nilai rasional.
ii. Nilai bertanggungjawab.
iii. Nilai kemapanan alam sekitar.
iv. Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar.
v. Nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.
vi. Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar.
vii. Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 95

80 Berikut merupakan maklumat berkenaan dengan aktiviti tebus guna tanah di Malaysia.

Tebus guna tanah merupakan satu aktiviti menjadikan
tanah yang terbiar kepada tanah yang produktif supaya
tidak membazirkan sumber-sumber yang ada. Tebus
guna tanah dilihat sebagai satu alternatif untuk menukar
sesebuah kawasan terbiar kepada penempatan baharu
yang lebih produktif dan bernilai sama ada sebagai
kawasan pertanian, perindustrian, rekreasi dan
sebagainya.

(a) Pada pandangan anda, adakah aktiviti tebus guna tanah ini wajar dilaksanakan?

Jelaskan jawapan anda berdasarkan nilai murni yang dipelajari. [4 markah]

Wajar.

Nilai rasional.
Nilai bertanggungjawab.
Nilai kemapanan alam sekitar.
Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar.
Nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.
Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar.

Tanah terbiar dapat digunakan secara produktif.
Dapat meningkatkan daya pengeluaran hasil pertanian negara.
Dapat mewujudkan kawasan penempatan baharu selaras dengan peningkatan
bilangan penduduk negara.
Dapat mewujudkan pusat rekreasi baharu.
Dapat membuka peluang pekerjaan baharu.

ATAU

Tidak wajar.

Nilai rasional.
Nilai bertanggungjawab.
Nilai kemapanan alam sekitar.
Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 96

Nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.
Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar.

Boleh akibatkan kemusnahan alam sekitar.
Boleh menyebabkan gangguan ekologi.
Boleh menyebabkan bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir kilat.
Boleh menyebabkan pencemaran udara, air dan bunyi.

(b) Aktiviti perlombongan merupakan antara industri terawal yang memberi sumbangan kepada
ekonomi negara. Contohnya, perlombongan bijih timah, bijih besi, emas dan tembaga.
Walaubagaimanapun, peredaran masa telah menyebabkan bahan-bahan logam tersebut
semakin berkurangan dan banyak kawasan lombong ditutup. Kini, bekas lombong
menjanjikan pulangan ekonomi yang lumayan setelah ditebus guna semula.

Nyatakan dua contoh hasil daripada tebus guna bekas lombong. [2 markah]

i. Menjadi tapak perindustrian.
ii. Menjadi kawasan perumahan.
iii. Menjadi kawasan rekreasi seperti padang golf dan taman tema.
iv. Menjadi kawasan pertanian yang ditanam limau barli.
v. Menjadi kawasan akuakultur bagi menternak ikan air tawar dan udang harimau.
vi. Menghasilkan bahan seramik seperti pinggan mangkuk.

(c) Selain kawasan bekas lombong, namakan dua kawasan lain yang boleh ditebus guna.
[2 markah]

i. Tanah paya
ii. Persisiran pantai atau pinggir laut

(d) Jelaskan dua langkah yang perlu dilakukan sebelum melaksanakan tebus guna tanah di

sesebuah kawasan. [2 markah]

i. Mendapatkan kelulusan kerajaan negeri.
ii. Mendapatkan kelulusan Kajian Kesan Alam Sekitar (PKAS).

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 97

81 Maklumat berikut berkaitan dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap mata
pelajaran Pendidikan Moral.

Sebagai syarat mendapat sijil Pendidikan Moral di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
semua murid Pendidikan Moral wajib melaksanakan projek kerja amal dan membuat laporan
lengkap mengenainya.

(a) Bagi memenuhi syarat di atas, guru Pendidikan Moral mencadangkan agar kelas anda
mengadakan lawatan ke rumah warga tua di kawasan berhampiran.

Terangkan dua nilai yang dapaat diterapkan kepada murid melalui lawatan ini. [4 markah]

i. Nilai bertanggungjawab
Murid dapat laksanakan kewajipan jaga ibu bapa mereka apabila tua dan uzur.

ii. Nilai rasional
Murid boleh berfikir tentang kesusahan yang dialami oleh warga tua yang terabai dan
mereka akan pastikan diri mereka tidak lakukan perkara yang sama pada masa depan.

(b) Cadangkan tiga aktiviti yang boleh anda dan rakan-rakan laksanakan semasa lawatan

tersebut. [3 markah]

i. Gotong-royong membersihkan rumah warga tua.
ii. Menyediakan makanan dan menyuap makanan.
iii. Berbual-bual dengan warga tua.
iv. Menganjurkan sukaneka atau permainan dalaman yang mudah.

(c) Warga tua merupakan golongan yang perlu dihargai dan dijaga sepanjang masa.

Sebutkan tiga kepentingan warga tua kepada negara. [3 markah]

i. Dapat memberi idea yang bernas kepada pembangunan negara.
ii. Menjadi tempat rujukan warga muda negara apabila hadapi masalah.
iii. Boleh mendapatkan bahan sumber sejarah negara.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 98

82 COVID-19 ialah sejenis virus berjangkit yang menyebabkan banyak komplikasi kesihatan
seperti kegagalan sistem pernafasan, kegagalan buah pinggang dan akhirnya menyebabkan
kematian.

(a) Namakan dua simptom yang ada pada seseorang yang telah dijangkiti virus ini. [2 markah]

i. Demam
ii. Batuk
iii. Kesukaran bernafas / sesak nafas
iv. Sakit otot
v. Keletihan

(b) Nyatakan empat langkah melindungi diri anda daripada jangkitan Covid-19. [4 markah]

i. Kerap cuci tangan guna sabun atau hand sanitizer
ii. Amalkan penjarakan sosial
iii. Guna pelitup muka
iv. Elak tempat yang sesak
v. Elak tempat sempit dan tertutup
vi. Elak bersembang dekat-dekat
vii. Patuhi SOP
viii. Amalkan norma baharu

(c) Mulai 1 Ogos 2020, rakyat Malaysia diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam
yang sesak dan di dalam pengangkutan awam. Sekiranya rakyat ingkar maka pihak berkuasa
akan mengenakan kompaun sebanyak RM 1000.

Terangkan dua nilai yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia dalam situasi ini.
[4 markah]

i. Nilai rasional.
Rakyat Malaysia boleh fikir kepentingan memakai pelitup muka.

ii. Nilai bertanggungjawab.
Rakyat Malaysia harus laksanakan kewajipan perangi Covid-19 dengan amalkan norma
baharu yang ditetapkan oleh kerajaan.

iii. Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.
Rakyat Malaysia harus mematuhi SOP pemakaian pelitup muka bagi elakkan didenda.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 99

83 Keratan akhbar di bawah adalah berkaitan kes pemandu mabuk yang hangat diperkatakan sejak
kebelakangan ini.

(a) Apakah perasaan anda apabila membaca keratan berita di atas? Berikan alasan anda.
[2 markah]

Sedih. Alasan saya.
Orang yang tidak bersalah menjadi mangsa pemandu mabuk.

(b) Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan seseorang itu mengambil alkohol tanpa kawalan.
[3 markah]

i. Pengaruh rakan sebaya
ii. Hilangkan tekanan jiwa
iii. Krisis dalam keluarga

(c) Setujukah anda dengan tindakan pihak polis yang melancarkan Ops Mabuk di setiap negeri?

Berikan alasan anda berdasarkan nilai murni yang dipelajari. [3 markah]

Setuju. Alasan saya.
Nilai rasional.
Individu yang bersalah perlu diberi pengajaran agar tidak mengulangi lagi perbuatan yang
sama.

(d) Jelaskan cara berkesan untuk mengurangkan kes-kes pemandu mabuk yang boleh

mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya yang lain. [2 markah]

i. Kuatkuasakan undang-undang.
ii. Menjatuhkan hukuman yang lebih berat.
iii. Mengadakan kempen kesedaran elakkan memandu dalam keadaan mabuk.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


Click to View FlipBook Version