The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thiensmks, 2021-02-16 00:34:09

SKOP SOALAN STRUKTUR 2020

SKOP SOALAN STRUKTUR 2020

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 100

84 Maklumat berikut berkaitan dengan berita-berita palsu.

(a) Anda telah menerima satu mesej tular berkaitan keselamatan negara yang anda tidak pasti
kesahihannya. Jelaskan tindakan yang perlu anda ambil untuk menangani isu tersebut.
[4 markah]
i. Saya akan memastikan kesahihan berita yang diterima dahulu.
ii. Saya tidak akan berkongsi berita tersebut selagi tidak tahu akan kesahihannya.
iii. Bertanya kepada ibu bapa atau penjaga tentang kebenarannya.
iv. Melayari portal sebenarnya.my.

(b) Nyatakan dua nilai yang patut diamalkan oleh pengguna siber yang sering menularkan

berita palsu. [2 markah]

i. Nilai rasional.
ii. Nilai bertangungjawab.
iii. Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.
iv. Nilai kebebasan bersuara.

(c) Berikan dua kesan sekiranya berita palsu tersebar dalam kalangan masyarakat. [2 markah]

i. Boleh memecah belahkan masyarakat.
ii. Boleh menjatuhkan imej individu, organisasi atau negara.
iii. Masyarakat hidup dalam ketakutan, kebimbangan dan rasa terancam.

(d) Nyatakan kementerian yang bertanggungjawab dengan isu-isu alam siber di negara kita.
[1 markah]

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

(e) Apakah rumusan yang boleh anda buat mengenai isu berita palsu. [1 markah]

Masyarakat Malaysia harus menyemak berita yang ditularkan agar kebenarannya
dapat ditentukan.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 101

85 Gambar yang berikut adalah berkaitan dengan jenayah ragut.

Peristiwa kematian beberapa orang wanita kerana bergelut dengan peragut telah menyedarkan
masyarakat bahawa jenayah ragut merupakan jenayah yang harus diberi perhatian yang serius,
khususnya kepada kaum wanita.

(a) Terangkan tindakan yang patut anda lakukan sekiranya anda berhadapan dengan situasi

seperti gambar di atas. Berikan alasan anda. [3 markah]

Saya tidak melawan dan melepaskan beg tangan saya. Alasan saya.
Saya tidak mahu mencederakan diri saya bergelut dengan peragut.
Saya rasa nyawa lebih berharga daripada wang ringgit dan harta benda.

(b) Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan oleh kaum

wanita untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ragut? [5 markah]

i. Amalan sikap sederhana dan tidak menayangkan kemewahan di khalayak awam.
ii. Mempelajari asas seni mempertahankan diri.
iii. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati tidak kira tempat dan masa.
iv. Perlu belajar cara mengendong beg yang betul ketika berjalan di kaki lima.
v. Elakkan diri daripada berjalan di tempat yang sunyi.

(c) Senaraikan dua tindakan yang perlu diambil oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan
jenayah ragut di Malaysia. [2 markah]

i. Kerajaan anjurkan kempen kesedaran melalui pengiklanan di media massa
mengenai cara-cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ragut.

ii. Kerajaan kuatkuasa undang-undang lebih ketat seperti denda, penjara dan
sebatan maksimum kepada peragut.

iii. Kerajaan harus tingkatkan rondaan dan kawalan keselamatan di kawasan berisiko
tinggi seperti kawasan bandar.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 102

86 Maklumat berikut berkaitan dengan Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan di negara kita.

(a) Nyatakan satu nilai yang ingin diterapkan melalui kempen di atas. [1 markah]

Nilai hemah tinggi.

(b) Nyatakan dua kebaikan kempen ini. [2 markah]

i. Dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.
ii. Dapat mengurangkan masalah sosial dan kes jenayah.
iii. Dapat memberi imej baik kepada pelancong asing.

(c) Huraikan dua peranan ibu bapa untuk membentuk anak-anak yang berbudi bahasa.
[4 markah]

i. Ibu bapa perlu menjadi contoh dan teladan baik.
Amalan budi bahasa tinggi oleh ibu bapa di rumah mudah diikuti oleh anak-anak
mereka.

ii. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak menghormati orang yang lebih tua sejak kecil
lagi.
Misalnya, anak-anak diajar bagaimana untuk memberi salam kepada orang tua.

(d) Ramalkan kesan terhadap masyarakat sekiranya generasi muda hari ini tidak mengamalkan

budi bahasa dalam kehidupan seharian. [3 markah]

i. Masyarakat tidak amalkan budaya hormat-menghormati orang tua.
ii. Masyarakat akan gunakan kata-kata kesat dan lucah dalam perbualan harian.
iii. Kehidupan masyarakat menjadi tidak harmoni.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 103

87 Gambar di bawah berkaitan dengan slogan ‘Malaysia Boleh’ yang selalu bermain dibibir rakyat
Malaysia.

(a) Selain daripada nilai berkaitan dengan perkembangan diri, nyatakan dua nilai yang

diamalkan oleh rakyat Malaysia melalui slogan di atas. [2 markah]

i. Nilai cinta akan negara.
ii. Nilai sanggup berkorban untuk negara.
iii. Nilai penglibatan diri dalam pembangunan negara.

(b) Huraikan kepentingan slogan ini di atas kepada rakyat Malaysia. [4 markah]

i. Memberi semangat kepada rakyat Malaysia bahawa kita mampu untuk
melakukannya.
Dalam semua bidang, kita mampu meraih kejayaan jika kita berusaha sedaya upaya
demi negara.

ii. Menyuntik sikap berani mencuba dan tidak gentar hadapi cabaran.
Slogan ini bantu rakyat Malaysia tawan Everest puncak dunia, tawan Selat Inggeris dan
sebagainya.

(c) Berikut adalah gambar atlet-atlet tempatan yang telah berjaya mengharumkan nama negara.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 104

Namakan dua atlet tersebut. [2 markah]

i. Nicol David
ii. Pandelela Rinong
iii. Farah Ann
iv. Lee Chong Wei
v. Azizul Hasni Awang

(d) Nyatakan dua cara anda boleh mengharumkan nama negara. [2 markah]

i. Mewakili negara dalam aktiviti sukan di peringkat antarabangsa.
ii. Menghasilkan ciptaan dan rekaan baru dan mendapat pengiktirafan

antarabangsa.
iii. Menyertai aktiviti mencabar seperti mendaki gunung tertinggi di dunia.
iv. Menyertai program pertukaran pelajar antara negara.

88 Maklumat berikut adalah mengenai penggunaan dron.

Pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron semakin
popular dan kerap digunakan dalam kehidupan
harian. Peralatan canggih ini yang pada asalnya
dicipta bagi kegunaan ketenteraan dan seterusnya
berkembang kepada kegunaan orang awam sebagai
hobi dan rekreasi serta komersil terutama dalam
merakam panorama dari sudut tinggi (high angel). Di
Malaysia, dron bermula sebagai aktiviti sukan bagi
mengisi masa lapang dan kini dron digunakan dalam
kegiatan harian.

(a) Selain dari nilai dalam bidang perkembangan diri, huraikan satu nilai yang perlu diamalkan

oleh pengguna dron. [3 markah]

Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.
Pengguna dron perlu patuhi peraturan dan tidak menyalahgunakan dron seperti
terbangkannya di zon larangan terbang.
Sebaliknya, mereka harus gunakan dron secara berhemah untuk menambah sumber
pendapatan.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 105

(b) Jelaskan bagaimana dron membantu manusia membuat sesuatu kerja serta membantu
menyelesaikan masalah dalam bidang-bidang berikut.

i. Pertanian [1 markah]

Semburan racun serangga dan baja.
Proses pembenihan.
Pemantauan tanaman.

ii. Kewartawanan [1 markah]

Merakam gambar dan rakaman video.
Dapat buat liputan berita di kawasan bencana secara menyeluruh.

iii. Mencari dan menyelamat [1 markah]

Bantuan memadamkan kebakaran.
Membawa bekalan perubatan ke kawasan bencana.
Bantu polis kesan penjenayah dengan mudah dan pantas.
Dapat kendalian operasi di kawasan yang sukar.

(c) Penggunaan dron di kawasan pengkalan tentera dan kawasan lapangan terbang adalah
dilarang kerana melibatkan faktor keselamatan. Sesiapa yang melanggar peraturan ini boleh
dikenakan tindakan.

Patutkah peraturan ini diwujudkan? Beri alasan anda. [2 markah]

Patut. Alasan saya.
Kerana ia boleh membahayakan operasi penerbangan dan boleh akibatkan nahas udara.
Kerana ia akan membongkarkan pemetaan kawasan strategik negara dan gugat kedaulatan
negara.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 106

(d) Alia meminati seni fotografi. Pada setiap hujung minggu dia akan bersama-sama kumpulan

peminat seni fotografi akan mengambil gambar-gambar yang menarik. Alia bercadang untuk

menggunakan dron bagi mengambil gambar dari sudut tinggi supaya gambar yang diambil

lebih menakjubkan. Alia berhasrat untuk membeli dron tetapi dibantah oleh ibunya.

Sekiranya anda adalah ibu Alia, bagaimanakah anda akan menasihati Alia. [2 markah]

Saya akan terangkan kos pembelian dron mahal.
Saya akan terangkan prosedur rumit yang perlu dipatuhi iaitu ikut dan lulus Kursus
Latihan Operator Dron dan seterusnya perlu dapat lesen penerbangan Dron.
Setelah itu, pengguna Dron perlu didaftarkan di Jabatan Penerbangan Awam
Malaysia.

89 Petikan akhbar berikut adalah tentang kejayaan pihak kastam menumpaskan penyeludupan
dadah.

Kastam Diraja Malaysia Berjaya Tumpaskan Penyeludupan Dadah

RANTAU PANJANG, 5 Mac – Cubaan menyeludupan 33.3 kilogram dadah jenis ketamin
bernilai hamper RM 2.5 juta berjaya ditumpaskan oleh Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di
pintu masuk sempadan Thailand-Malaysia di sini semalam.

Sumber : Berita Harian

(a) Nyatakan dua bahan lain yang biasa diseludup. [2 markah]

i. Senjata api
ii. Produk subsidi – Petrol/Diesel/Gula/Minyak Masak/Tepung Gandum
iii. Manusia – Organ manusia

iv. Rokok

v. Mercun

vi. Hidupan liar

(b) Kemukakan dua kesan negatif terhadap negara sekiranya penyeludupan dadah tidak

dibendung. [2 markah]

i. Peningkatan kes penyalahgunaan dadah.
ii. Peningkatan kes kecurian.
iii. Imej negara tercemar.
iv. Ekonomi negara hancur.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 107

(c) Terangkan tiga cara yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan kesedaran

masyarakat bagi membendung kegiatan penyeludupan ini. [3 markah]

i. Melancarkan kempen kesedaran anti penyeludupan.
ii. Mengedarkan risalah dan maklumat tentang implikasi penyeludupan melalui

media sosial.
iii. Membuat ceramah di peringkat sekolah untuk mendidik generasi muda.

(d) Sebagai seorang murid, terangkan tindakan yang akan anda lakukan jika ternampak kegiatan

penyeludupan di kawasan anda. [2 markah]

Saya akan membuat rakaman menerusi telefon bimbit saya sebagai bahan bukti.
Selepas itu, saya akan kemukakan bahan bukti tersebut dan membuat laporan rasmi.

(e) Namakan satu akta yang berkaitan dadah. [1 markah]

Akta Dadah Berbahaya.

90 Gambar berikut menunjukkan pembuangan bahan-bahan sisa pertanian.

(a) Nyatakan dua contoh bahan sisa pertanian. [2 markah]

i. Sekam padi
ii. Hampas isirung kelapa sawit
iii. Najis atau tahi lembu/ayam/kambing/khinzir

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 108

(b) Nyatakan tiga kesan terhadap alam sekitar sekiranya bahan-bahan sisa pertanian tidak

diurus dengan baik. [3 markah]

i. Akibatkan pencemaran alam sekitar
ii. Hasilkan gas-gas beracun seperti ammonia dan sulfur dioksida semasa pereputan

berlaku
iii. Akan jejaskan kehidupan akuatik dan ekosistem laut jika dibuang ke dalam laut.
iv. Cemarkan sumber makanan laut atau sumber protein kita.
v. Menjejaskan kesihatan manusia.

(c) Andaikan anda seorang pengusaha pertanian, bagaimana anda menguruskan bahan sisa

pertanian dengan baik? [2 markah]

i. Jadikan sebagai sumber makanan haiwan ternakan.
ii. Menjana tenaga biogas.
iii. Menghasilkan baja kompos.
iv. Menghasilkan perabot yang berkualiti.

(d) Pihak pengusaha pertanian yang menebus guna sisa pertanian dengan efektif dapat
mengelakkan kesan negatif.

Senaraikan dua nilai dari bidang alam sekitar yang ditunjukkan oleh pihak tersebut.
[2 markah]

i. Nilai kemapanan alam sekitar.
ii. Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar.
iii. Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar.
iv. Nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.

(e) Nyatakan satu kegunaan kawasan bekas lombong. [1 markah]

i. Menjadi tapak perindustrian.
ii. Menjadi kawasan perumahan.
iii. Menjadi kawasan rekreasi seperti padang golf dan taman tema.
iv. Menjadi kawasan pertanian yang ditanam limau barli.
v. Menjadi kawasan akuakultur bagi menternak ikan air tawar dan udang harimau.
vi. Menghasilkan bahan seramik seperti pinggan mangkuk.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 109

91 Jawab soalan berikut berdasarkan logo badan sukarela yang tertera di bawah.

(a) Mengapakah murid digalakkan menyertai badan sukarela tersebut? [3 markah]

i. Murid dapat menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah.
ii. Murid dapat menambah ilmu pengetahuan dan belajar kemahiran baharu.
iii. Murid dapat belajar cara berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.

(b) Selain bidang perkembangan diri, huraikan satu nilai yang dapat dipupuk dalam kalangan

murid yang menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh badan sukarela. [3 markah]

Nilai penglibatan diri dalam pembangunan negara.
Murid bebas sertai aktiviti badan sukarela untuk beri sumbangan signifikan terhadap
pembangunan negara.
Murid dapat bantu mengurangkan beban dan kesusahan rakyat jelata.

(c) Sebutkan dua bentuk pengiktirafan yang boleh diberikan kepada murid yang memberi

sumbangan kepada badan sukarela berkenaan. [2 markah]

i. Memberi sijil penghargaan.
ii. Memberi hadiah.
iii. Menganugerah pingat atau pangkat.

(d) Nyatakan dua jenis bantuan yang boleh disalurkan oleh badan sukarela tersebut kepada

mangsa bencana alam. [2 markah]

i. Bantuan kewangan.
ii. Bantuan barangan keperluan harian seperti makanan.
iii. Bantuan sokongan moral dan motivasi.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 110

92 Gambar di bawah menunjukkan fenomena kesan rumah hijau.

(a) Namakan dua gas rumah hijau. [2 markah]

i. Karbon dioksida
ii. Karbon monoksida
iii. Nitrogen dioksida
iv. Metana
v. Nitrus dioksida
vi. Sulfur dioksida
vii. Klorofluorokarbon

(b) Kesan rumah hijau terjadi apabila gas-gas rumah hijau menghalang pantulan cahaya lalu

menyerap haba dan mengumpul haba di bumi. Jelaskan kesan rumah hijau terhadap manusia

dan alam sekitar. [3 markah]

i. Menjejaskan kesihatan manusia.
ii. Kemerosotan sumber makanan manusia.
iii. Peningkatan aras laut.
iv. Gangguan cuaca.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 111

(c) Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh manusia bagi mengurangkan kesan rumah

hijau? [2 markah]

i. Menanam pokok di sekitar rumah.
ii. Hentikan aktiviti pembakaran terbuka.
iii. Meminimumkan penggunaan penyaman udara.
iv. Menggunakan barangan elektrik jimat tenaga.
v. Menggunakan pengangkutan awam.

(d) Selain nilai rasional dan bertanggungjawab, berikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh

manusia dalam usaha membendung fenomena kesan rumah hijau. [2 markah]

i. Nilai kemapanan alam sekitar.
ii. Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar.
iii. Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar.
iv. Nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.

(e) Apakah akta yang digubal untuk memelihara alam sekitar? [1 markah]

Akta Kualiti Alam Sekitar

93 Gambar di bawah menunjukkan kejadian banjir yang melanda negara baru-baru ini.

(a) Nyatakan dua punca kejadian banjir di negara kita. [2 markah]

i. Malaysia beriklim tropika yang terima hujan yang tinggi.
ii. Pembangunan pesat yang tidak terkawal.
iii. Sistem saliran dan perparitan yang tidak sempurna.
iv. Pembalakan yang berleluasa.
v. Pembuangan sampah sarap yang tidak teratur ke dalam longkang dan sungai.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 112

(b) Berikut adalah situasi Penduduk Kampung Sri Kulim Melor, Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Kampung Sri Kulim Melor telah meminta penduduk agar buat persediaan menghadapi
banjir supaya tidak mengalami kerugian yang teruk. Dalam mesyuarat itu, ketua kampung
mengingatkan penduduk kampung agar berusaha menyelesaikan masalah banjir dan tidak
hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata.

Terangkan satu nilai yang diamalkan oleh ketua kampung tersebut. [2 markah]

Nilai bertanggungjawab.
Ketua kampung melaksanakan tugasnya dengan memastikan penduduk kampung dapat
membuat persiapan rapi untuk menghadapi masalah banjir.

Nilai berdikari.
Ketua kampung ingin penduduk kampungnya bersiap sedia hadapi bencana banjir tanpa
mengharapkan bantuan kerajaan.

(c) Nyatakan tiga persediaan yang perlu diambil oleh penduduk kampung bagi menghadapi

bencana banjir. [3 markah]

i. Menyimpan dokumen penting dalam bekas kalis air dan simpan di tempat yang
selamat.

ii. Sentiasa peka terhadap maklumat mengenai banjir dan arahan yang disampaikan
oleh pihak berkuasa.

iii. Menyimpan barang-barang di tempat tinggi atau pindahkan tempat yang lebih
selamat.

iv. Memastikan bekalan makanan dan air bersih sentiasa mencukupi.
v. Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak,

ubat-ubatan dan beg pakaian.
vi. Menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
vii. Meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak pernah dinaiki air.

(d) Nyatakan tiga bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa banjir. [3 markah]

i. Bantuan kewangan.
ii. Bantuan bekalan makanan dan minuman.
iii. Bantuan barangan keperluan lain seperti ubat-ubatan dan pakaian.
iv. Sertai pasukan penyelamat dan pasukan sukarelawan.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 113

94 Petikan yang berikut adalah mengenai Anugerah 3K.

Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk mewujudkan persekitaran
sekolah yang indah dengan memberi Anugerah 3K kepada beberapa
sekolah yang memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan. Antara kriteria
yang akan dinilai adalah kebersihan, kesihatan, dan keselamatan.

(a) Jelaskan peranan anda untuk membantu sekolah anda memenangi Anugerah 3K. [3 markah]

i. Saya tidak membuang sampah di merata-rata tempat.
ii. Saya tidak melakukan vandalisme.
iii. Saya akan bergotong-royong membersihkan persekitaran sekolah.
iv. Saya akan menanam pokok bunga untuk menceriakan kawasan sekolah.

(b) Nyatakan tiga langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk mempertingkatkan

tahap keselamatan di kawasan sekolah. [3 markah]

i. Pihak sekolah perlu mengadakan latihan pencegahan kebakaran.
ii. Pihak sekolah perlu menyediakan alat pemadam api yang mencukupi di setiap

penjuru bangunan sekolah.
iii. Pihak sekolah memastikan pegawal keselamatan sekolah sentiasa melakukan

rondaan.
iv. Pihak sekolah memastikan kesempurnaan suis elektrik yang terdapat dalam

kawasan sekolah.

(c) Berikan dua sebab persekitaran sekolah perlu sentiasa bersih dan ceria. [2 markah]

i. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
ii. Menimbulkan minat pelajar pergi ke sekolah.
iii. Meningkatkan imej sekolah.

(d) Kemukakan dua kriteria yang perlu ada pada bilik darjah sekiranya dinilai untuk Anugerah
3K. [2 markah]

i. Bilik darjah sentiasa bersih iaitu tiada sampah di atas lantai.
ii. Papan kenyataan dalam bilik darjah dihias dengan kemas dan berinformatif.
iii. Meja dan kerusi dalam bilik darjah disusun dengan teratur.
iv. Tingkap bilik darjah tidak berhabuk.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 114

95 Gambar-gambar di bawah berkaitan dengan gaya makan rakyat Malaysia dewasa ini.

Pilihan 1: Makan di rumah Pilihan 2: Makan di restoran

(a) Apakah pilihan anda? Beri alasan. [4 markah]

Makan di rumah. Alasan.

Lebih jimat wang ringgit.
Makanan lebih sedap.
Makanan disediakan secara bersih.
Bahan masakan adalah lebih berkhasiat.
Dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.

ATAU

Makan di restoran. Alasan.

Terdapat pelbagai pilihan makanan.
Makanan dihidang dengan cepat.
Lebih selesa ada penghawa dingin, tayangan filem dan iringan muzik.
Suasana lebih meriah dan berlainan.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 115

(b) Huraikan dua kesan negatif sekiranya kerap makan di restoran. [4 markah]

i. Pembaziran wang.
Makanan di restoran lazimnya lebih mahal.

ii. Menjejaskan kesihatan.
Masakan lebih berminyak dan lazimnya suka gunakan bahan perisa untuk menyedapkan
makanan.

iii. Tahap kebersihan penyediaan makanan diragui.
Boleh menyebabkan insiden keracunan makanan.

(c) Nyatakan dua jenis makanan tradisional rakyat Malaysia. [2 markah]

i. Nasi lemak
ii. Ketupat
iii. Lemang
iv. Kuih bulan
v. Pau
vi. Murukku
vii. Thosai
viii. Chapati

96 Gambar di bawah menunjukkan perhimpunan rasmi mingguan sekolah.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 116

(a) Selain nilai rasional dan bertanggungjawab, nyatakan dua nilai yang dapat diterapkan

kepada para pelajar melalui perhimpunan rasmi mingguan sekolah. [4 markah]

i. Nilai cinta akan negara.
Pelajar dapat tunjukkan rasa sayang kepada negara dengan berdiri tegak dan menyanyi
lagu Negaraku dengan penuh semangat.

ii. Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.
Pelajar akan patuhi peraturan sekolah dengan hadir tepat pada waktu semasa
perhimpunan diadakan.

(b) Nyatakan tiga peraturan semaasa perhimpunan mingguan sekolah diadakan. [3 markah]

i. Tidak berbual-bual semasa perhimpunan.
ii. Berbaris dan duduk mengikut kelas masing-masing.
iii. Berkumpul di tapak perhimpunan tepat pada masanya.
iv. Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu Sekolah.
v. Memakai pakaian seragam sekolah dengan lengkap.

(c) Pada pendapat anda, apakah tiga kebaikan mengadakan perhimpunan mingguan sekolah?
[3 markah]

i. Pelajar dapat mengetahui perkembangan aktiviti yang telah berlaku minggu lalu.
ii. Pelajar dapat bersedia mengikuti aktiviti yang akan datang.
iii. Menjadi tempat untuk menyampaikan maklumat, peringatan dan nasihat penting

kepada pelajar.
iv. Dapat menyampaikan penghargaan kepada pelajar yang berjaya dalam bidang

kokurikulum dan akademik.
v. Dapat mengasah bakat kepimpinan dan bakat mengurus majlis rasmi para pelajar.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


Click to View FlipBook Version