The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thiensmks, 2021-02-16 00:44:53

SKOP ESEI 2020

SKOP ESEI 2020

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN ESEI PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 100
95 Maklumat berikut berkaitan isu kumpulan berbasikal lajak di kalangan remaja.

Wajarkah budaya berbasikal lajak diamalkan dalam kehidupan seharian remaja?

Berikan hujah anda berdasarkan nilai-nilai murni yang dipelajari. [10 markah]

Cadangan Jawapan

Tidak wajar. [1] Hujah saya.

Nilai bertanggungjawab. [1]
Nilai rasional. [1]
Nilai harga diri. [1]
Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. [1]

Basikal lajak lazimnya diubahsuai tidak mengikut peraturan lalulintas. [1]
Basikal lajak tidak mempunyai brek dan ciri-ciri keselamatan maka ia tidak boleh
ditunggang di atas jalan raya. [1]

Basikal lajak boleh membahayakan nyawa remaja dan juga pengguna jalan raya yang
lain. [1]
Remaja berbasikal lajak memiliki risiko tinggi untuk alami kecederaan serius ke arah
kecacatan kekal terhadap anggota tubuh badan. [1]

Pengubahsuaian basikal lajak memerlukan modal dan ini dorong remaja yang tidak
mempunyai wang untuk mencuri. [1]
Selain itu, maruah diri remaja akan terjejas kerana orang ramai mula memandang
serong terhadap remaja yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak. [1]
Remaja boleh didenda dan basikal mereka boleh disita. [1]
Tambahan pula, maruah ibubapa atau penjaga remaja akan terjejas juga kerana
mereka boleh didenda atas kesalahan membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan
yang berpatutan. [1]

[maks 10 markah]

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN ESEI PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 101

96 Berikut adalah gambar remaja yang berbasikal lajak mengalami kecederaan serius
selepas terlibat dalam kemalangan.

Berdasarkan nilai-nilai murni , huraikan usaha semua pihak untuk mengatasi

masalah basikal lajak. [10 markah]

Cadangan Jawapan

Nilai rasional. [1]
Nilai bertanggungjawab. [1]
Nilai harga diri. [1]
Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. [1]
Nilai saling membantu dan bekerjasama. [1]

Ibubapa atau penjaga mesti cegah anak mereka daripada bermain basikal lajak. [1]
Ibubapa atau penjaga perlu ingatkan anak mereka mengenai undang-undang lalulintas
yang larang pengubahsuaian terhadap basikal. [1]
Ibubapa atau penjaga tidak memberi kebenaran kepada anak mereka untuk membuat
pengubahsuaian basikal. [1]
Ibubapa atau penjaga harus mengawasi kegiatan anak mereka secara lebih teliti
seperti tidak membiarkan anak mereka keluar berbasikal hingga lewat pagi. [1]

Kerajaan harus kuatkuasa undang-undang ketat. [1]
Kerajaan harus mengenakan hukuman denda lebih tinggi dan penjara terhadap
ibubapa atau penjaga remaja atas kesalahan membiarkan anak-anak tanpa pengawasan
yang berpatutan. [1]
Kerajaan melalui pihak polis harus beri amaran keras termasuk menahan serta
merampas basikal lajak milik remaja yang bersalah. [1]
Kerajaan dan NGO perlu adakan kempen kesedaran secara agresif untuk
menyedarkan golongan remaja, ibubapa dan penjaga serta masyarakat secara
keseluruhannya. [1]

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN ESEI PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 102

Pihak media massa perlu menyebarkan info keburukan berbasikal lajak secara kerap
untuk menyedarkan semua pihak daripada mencuba basikal lajak.[1]

Masyarakat perlu kongsi info kempen kerajaan dan NGO dalam media sosial. [1]
Masyarakat perlu berani tampil untuk membuat laporan serta menyalurkan sebarang
maklumat berhubung dengan aktiviti basikal lajak berhampiran dengan kawasan
kediaman mereka.[1]

[maks 10 markah]

97 Amalan mengadakan rumah terbuka merupakan aktiviti popular yang sering dinanti
oleh masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Berikan pendapat anda tentang kepentingan mengadakan rumah terbuka.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai murni yang dipelajari. [10 markah]

Cadangan Jawapan

Nilai bertanggungjawab. [1]
Nilai rasional. [1]
Nilai toleransi. [1]
Nilai hidup bersama secara aman. [1]
Nilai saling membantu dan bekerjasama. [1]

Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat. [1]
Semasa hadiri rumah terbuka para tetamu daripada pelbagai latar belakang akan
beramah mesra dan saling memahami antara satu sama lain. [1]

Dapat memahami budaya dan adat resam kaum lain. [1]
Dengan saksikan sendiri, tetamu berlainan latar belakang berpeluang mempelajari,
memahami dan menghormati adat dan budaya kaum lain. [1]

Dapat menjadi daya tarikan kepada pelancong asing. [1]
Rumah terbuka di Dataran Merdeka anjuran kerajaan adalah aktiviti tahunan yang
sentiasa dinanti-nantikan oleh ribuan pelancong asing untuk melawat negara. [1]

Dapat merasai kepelbagaian masakan masyarakat Malaysia. [1]
Tetamu dapat menjamu rendang dan ketupat semasa Hari Raya, buah limau dan Yee
Sang semasa Tahun Baru Cina serta Murukku ketika Deepavali. [1]

[maks 10 markah]

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN ESEI PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 103

98 Setiap pelajar pastinya mengimpikan kecemerlangan dalam bidang akademik.
Jelaskan cara-cara seseorang pelajar memperoleh kecemerlangan akademik.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai murni yang dipelajari. [10 markah]
Cadangan Jawapan
Nilai bertanggungjawab. [1]
Nilai rasional. [1]
Nilai kerajinan. [1]
Nilai berdikari. [1]
Nilai harga diri. [1]
Pelajar perlu rajin hadir ke sekolah setiap hari untuk menimba ilmu pengetahuan,
menghabiskan sukatan pelajaran dan tidak ketinggalan. [1]
Pelajar perlu menumpukan perhatian penuh ketika sesi pengajaran guru di dalam
kelas. [1]
Pelajar perlu rajin bertanya kepada guru jika tidak memahami sesuatu topik yang
sukar. [1]
Pelajar perlu menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru dengan segera tanpa
menangguhkannya. [1]
Pelajar perlu uruskan masa dengan bijak dan membuat persediaan awal.[1]
Pelajar harus sediakan dan mematuhi jadual waktu bagi mengulang kaji pelajaran.[1]
Hal ini dapat membantu pelajar elakkan insiden belajar pada saat-saat akhir yang
lazimnya berkesudahan dengan stres. [1]
Pelajar perlu ulangkaji pelajaran secara konsisten dan buat lebih banyak latihan. [1]
Pelajar boleh belajar secara berkumpulan untuk memperbaiki kelemahan diri dalam
sesuatu mata pelajaran. [1]
Rakan yang pakar dalam sesuatu mata pelajaran dapat bantu pelajar yang kurang
faham untuk mengukuhkan pemahamannya. [1]
Pelajar juga boleh ikuti kelas tuisyen bagi subjek yang mereka lemah. [1]
[maks 10 markah]

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN ESEI PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 104

99 Gambar di bawah menunjukkan masalah vandalisme di kalangan pelajar sekolah
semakin membimbangkan.

Bincangkan langkah-langkah mengatasi masalah vandalisme di kalangan pelajar
sekolah.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai murni yang dipelajari. [10 markah]

Cadangan Jawapan

Nilai bertanggungjawab. [1]
Nilai rasional. [1]
Nilai kesederhanaan. [1]
Nilai hemah tinggi. [1]
Nilai harga diri. [1]
Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. [1]

Ibubapa perlu mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda yang ada
di rumah dan juga menghargai harta benda awam yang terdapat di sekolah mahupun
di tempat lain. [1]
Pihak sekolah harus ambil tindakan tegas terhadap pelajar yang merosakkan harta
benda di sekolah. [1]
Kaunselor sekolah perlu memberi sesi kaunseling kepada pelajar-pelajar bermasalah
yang gemar lakukan kegiatan vandalisme di sekolah. [1]
Pihak sekolah boleh jemput pegawai polis untuk memberi ceramah tentang masalah
vandalisme menerusi program jom ke sekolah. [1]
Masyarakat perlu berani membuat laporan kepada pihak berkuasa jika ternampak kes
budak sekolah conteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam, buaian di taman
permainan dan tong sampah. [1]
Kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran untuk memerangi gejala
vandalisme.[1]
Kerajaan perlu mengenakan bayaran kompaun yang setimpal kepada pelajar sekolah
yang didapati melakukan aktiviti merosakkan harta benda awam. [1]
Pihak media massa perlu siarkan lebih banyak rancangan yang memberi maklumat
dan kesedaran terhadap buruk dan hinanya gejala vandalisme memandangkan kepada
pengaruh besarnya terhadap golongan remaja. [1]

[maks 10 markah]

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN ESEI PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 105

100 Gambar di bawah menunjukkan beberapa logo kedai yang terlibat dalam sejenis
perniagaan yang amat popular pada masa kini di kalangan rakyat Malaysia.

Namakan jenis perniagaan tersebut. Terangkan kelebihan perniagaan ini kepada

pengguna.

Jawapan anda perlu disokong dengan nilai-nilai murni. [10 markah]

Cadangan Jawapan

Perniagaan atas talian. [1]

Nilai bertanggungjawab. [1]
Nilai rasional. [1]
Nilai kesederhanaan. [1]
Nilai sikap keterbukaan. [1]
Nilai penglibatan diri dalam pembangunan negara. [1]

Pengguna tidak perlu tinggalkan rumah atau pejabat untuk mendapatkan barangan. [1]
Pengguna dapat jimatkan masa.[1]
Pengguna tidak perlu terperangkap dalam kesesakan lalulintas. [1]
Pengguna tidak perlu bersesak dan buang masa untuk mencari parkir kenderaan.[1]
Pengguna tidak perlu beratur panjang untuk membuat pembayaran di kaunter. [1]
Pengguna juga dapat membeli-belah dengan kos yang murah kerana tidak perlu bayar
kos petrol dan bayar parkir kereta.[1]
Terdapat pelbagai aplikasi perniagaan atas talian dilancarkan untuk memudahkan
pengguna melihat pelbagai variasi produk. [1]
Pengguna boleh memilih barangan ikut citarasa sendiri dengan melihat pelbagai
pilihan produk yang ditawarkan oleh pihak peniaga.[1]
Pengguna bijak boleh melihat perbandingan harga sesuatu barangan. [1]
Pengguna boleh membuat tempahan melalui intenet. [1]
Pengguna hanya perlu menunggu barang tersebut sampai di depan pintu rumah. [1]

[maks 10 markah]

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


Click to View FlipBook Version