The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR, 2021-11-30 22:47:41

Kerja rumah bm pbd (1) anotate

Kerja rumah bm pbd (1) anotate

Keywords: Kerja rumah bm pbd (1) anotate

Produced with a Trial Version of PDF Annotator - www.PDFAnnotator.com

Kerja rumah
Latihan mesra digital (M/S 76 & 77)

NAMA AHLI KUMPULAN
1) Adilah Husna
2) Nurul Iman
3) Mashitah Hakimah
4) Madiha Husna

PRAKTIS 3

i) Persepsi cendekiawan bermaksud pandangan bijak pandai.

ii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2,kepentingan-kepentingan mempertahankan
permainan tradisional dalam kalangan masyarakat adalah mengisi masa lapang.
Perbezaan bahan 1 adalah memupuk semangat berpasukan serta dapat melatih
kekuatan fizikal dan mental. Perbezaan bahan 2 adalah dapat menghidupkan kesuburan
norma kehidupan murni serta menguji kebijkasanaan dan kesabaran.

iii) Pada pendapat saya, kekangan-kekangan untuk mempertahankan permainan tradisional
di negara kita pada hari ini ialah sikap segelintir masyarakat yang beranggapan bahawa
permainan tradisional ketinggalan zaman apabila dunia kini berada di zaman moden.
Seterusnya, anak muda sekarang lebih terdedah kepada permainan yang berasaskan
komputer dan digital kerana pelbagai aplikasi permainan dapat diakses secara mudah
dan percuma serta rata-rata masyarakat kini mempunyai gajet masing-masing.

iv) Usaha-usaha yang saya cadangkan adalah mengajak rakan-rakan untuk bermain
permainan tradisional pada masa lapang seperti permainan congkak untuk menarik
minat mereka. Selain itu, saya akan mempromosikan kempen permainan tradisional
melalui platform media sosial seperti Instagram, Twitter dan lain-lain bagi
memperkenalkan permainan tradisional kepada masyarakat di luar sana. Di samping itu,
saya akan mencadangkan kepada pihak sekolah untuk mengadakan pertandingan
permainan tradisional lalu memberi hadiah kepada pemenang sebagai galakan kepada
mereka. Akhir sekali,saya ingin mencadangkan kepada pihak sekolah untuk menubuhkan kelab
tradisional supaya permainan turun temurun ini dapat dipraktikkan sekaligus tidak dilupakan oleh
generasi muda pada masa kini.


Click to View FlipBook Version