The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wjg3821, 2020-03-02 22:10:19

Mercu tanda JAKIM

Mercu tanda JAKIM

MERCU
TANDA

RISALAH JAKIM

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Kompleks Islam Putrajaya,

No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.

SIDANG REDAKSI

PENAUNG

Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim
Ketua Pengarah

PENASIHAT

Dato’ Paimuzi bin Yahya
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)

Haji Ahmad Musadad bin Sulaiman
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)

KETUA PENYELARAS

Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani
Haji Zakaria bin Othman

PENYELARAS

Norzaidan bin Hamad
Mohd Azmi bin Haji Masjuri

EDITOR

Dr. Sa’adi bin Awang
Zuraiza bt Husin

Mohd Salehin bin Sopian

JURUFOTO

Muktasyaf bin Ibrahim
Hamdan bin Muhamad

KANDUNGAN V
VII
PRAKATA IX
SELAYANG PANDANG XI
SEKAPUR SIRIH XIII
SEULAS PINANG 2
SEJAMBAK BICARA 24
MASJID NEGARA 44
DARUL QURAN 54
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) KAMPUS BANGI 60
JAKIM CAWANGAN SABAH 66
JAKIM CAWANGAN SARAWAK 76
INSTITUT PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH SABAH (IPDAS)
INSTITUT PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH SABAH (IPDAS) 86
KAMPUS KUDAT
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) KAMPUS 96
KUNDASANG 106
INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK (IKMAS) 114
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) KAMPUS JELEBU 124
MASJID PUTRA 128
PUSAT LATIHAN SARAWAK (PLS)
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) KAMPUS 132
LAHAD DATU 140
MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN 146
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) KAMPUS LAWAS 154
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) KAMPUS BESUT 168
KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA (KIP) 179
PUSAT ANALISIS HALAL MALAYSIA (MYHAC) 180
RINGKASAN MAKLUMAT PREMIS JAKIM 181
JAWATANKUASA KERJA 182
PENUTUP
PENGHARGAAN



Prakata

Buku “Mercu Tanda Risalah JAKIM” memaparkan premis milik Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) yang dikompilasi untuk panduan dan rujukan umum.
Sejajar dengan usia penubuhan 50 tahun, JAKIM telah melalui beberapa fasa
perkembangan dan pembangunan ke arah merealisasikan peranan dan fungsi
penubuhannya oleh Majlis Raja-Raja Melayu pada tahun 1969. Sepanjang usia
50 tahun, terbukti JAKIM telah melebarkan risalah ke seluruh pelusuk negara.
Sebahagiannya terbukti dengan pembinaan mercu tanda JAKIM dalam pelbagai
bidang termasuk bidang ibadat seperti masjid, bidang pembangunan modal
insan seperti pusat-pusat latihan, bidang pendidikan seperti Darul Quran, Institut
Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) serta Institut Pengajian Islam dan
Dakwah Sabah (IPDAS), bidang pengurusan Islam seperti makmal halal dan
seterusnya bidang pentadbiran seperti kompleks pentadbiran.

Konsep buku ini direka dengan menampilkan rakaman foto menarik premis
JAKIM serta diselitkan dengan penerangan ringkas mengenai fakta sejarah dan
latar belakang penubuhannya. Tujuan penerbitan buku ini ialah sebagai satu
inisiatif untuk mendokumentasi premis milik JAKIM dan memaparkan keunikan
serta keindahan seni bina premis tersebut.

Usaha generasi terdahulu yang bijak merancang dan menyusun langkah dalam
memartabatkan pengurusan hal ehwal Islam menjadi warisan berharga kepada
warga JAKIM dan umat Islam seluruhnya. Betapa besar sumbangan mereka
sehingga manfaatnya dapat dirasai oleh generasi terkini.

Semoga penerbitan buku ini dapat menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih
jitu dalam menerbitkan pelbagai koleksi ilmiah di masa akan datang.

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA v

21 Mei 1985, nama
Bahagian Ugama

telah ditukar
kepada Bahagian

Hal Ehwal
Islam (BAHEIS),
Jabatan Perdana
Menteri dan mula

beroperasi
di bangunan
baharu yang
dikenali sebagai
Kompleks Pusat
Islam Malaysia,
Jalan Perdana
Kuala Lumpur

Selayang Pandang

Petikan Ucapan Perdana Menteri Malaysia yang Keempat

YAB DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
SEMPENA PERASMIAN BANGUNAN PUSAT ISLAM MALAYSIA
PADA 16 SEPTEMBER 1985

“Hasrat Kerajaan mengembangkan syiar Islam dipertanggungjawabkan kepada
semua jabatan dan agensi Kerajaan. Tetapi Pusat Islam merupakan agensi utama.
Di sini ditempatkan orang-orang yang ahli dalam hal-hal keIslaman. Harapan
Kerajaan dan harapan negara ialah mereka yang diberi kepercayaan ini tidak
akan menghampakan harapan ini dan sudah tentu tidak akan menggunakan
kemudahan yang mereka perolehi untuk tujuan-tujuan lain. Ikrar orang Islam
tidak boleh dianggap ringan. Saya menyeru semua pihak agar sama-sama
mengembeling tenaga berusaha untuk memperkukuhkan umat kita seperti
mana yang dikehendaki oleh Islam. Satu aspek yang penting dalam pengukuhan
umat Islam ialah perpaduan di kalangan umat itu sendiri. Maka di sini saya
menyeru kepada semua pihak agar memberi sumbangan ke arah penyatuan
umat. Di samping itu, kita hendaklah berusaha menjauhkan segala anasir yang
boleh memecah-belahkan umat Islam di negara kita”.

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA vii



Sekapur Sirih

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terus mengorak langkah
dalam memartabatkan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia. Pembinaan
pelbagai premis di bawah pentadbiran JAKIM seperti masjid, institut latihan, institut
pengajian, pusat analisis dan pejabat sama ada di peringkat persekutuan atau negeri
membuktikan iltizam kerajaan dalam memperkasakan peranan JAKIM
di negara ini.

Dalam kesempatan ini, sukacita saya merakamkan ucapan
tahniah atas penerbitan buku “Mercu Tanda Risalah JAKIM”
yang dapat menyingkap sejarah bangunan-bangunan
yang dibina sepanjang 50 tahun penubuhan JAKIM. Ini
menjadi penanda aras bahawa JAKIM telah mencapai
tahap kematangan dalam menerajui pembangunan Islam
di Malaysia.

Penerbitan buku ini adalah satu inisiatif yang baik untuk
mengetengahkan kreativiti arkitek tempatan dalam
menghasilkan seni bina bangunan yang menonjolkan
imej Islam.

Akhir kata, semoga usaha yang dilakukan diberkati
Allah SWT dan buku ini dapat dimanfaatkan oleh
semua pihak khususnya dalam kalangan warga
JAKIM.

Sekian, wassalam.

YB DATUK SERI DR MUJAHID YUSOF RAWA



Seulas Pinang

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah
SWT kerana usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk
menerbitkan buku “Mercu Tanda Risalah JAKIM” berjaya direalisasikan.

Perkembangan sejarah pembinaan pelbagai premis di bawah pentadbiran
JAKIM dapat dirakam dalam buku ini dan menjadi sumber rujukan
yang berharga buat semua khususnya warga JAKIM.

Selari dengan kewujudan premis-premis ini, setiap institusi
perlu memainkan peranan dalam memastikan sistem
pengurusan adalah berteraskan nilai dan etika Islam. Saya
juga berharap agar JAKIM dan agensi-agensi agama yang
lain dapat mengorak langkah, sederap dan senada dalam
pemerkasaan dan kecemerlangan pengurusan hal ehwal
Islam di negara ini.

Saya percaya komitmen yang tinggi dan kerjasama yang
padu daripada semua pihak telah menatijahkan
penerbitan buku yang dapat kita tatapi. Tahniah
dan syabas diucapkan kepada sidang redaksi serta
semua pihak yang terlibat.

Sekian, wassalam.

YB PUAN HAJJAH FUZIAH BINTI SALLEH



Sejambak Bicara

Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan
limpah rahmatNya JAKIM dapat menerbitkan buku Mercu Tanda Risalah JAKIM
seperti yang dirancang. Penerbitan buku ini merupakan sebahagian daripada
inisiatif JAKIM untuk merakam dan mengabadikan premis milik JAKIM yang
terdapat di pelbagai tempat dalam negara ini. Selain daripada seni bina bangunan
yang menarik dan bersejarah, premis ini juga sebahagian daripada tanda
bahawa JAKIM telah berusaha melebarkan risalah ke seluruh pelusuk
tanah air. Kewujudan 18 premis ini telah dapat dimanfaatkan
oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, latar
belakang dan kedudukan. Selain daripada premis ini, JAKIM juga
memiliki dua lot tanah di Tongod, Kinabatangan, Sabah dan juga
di Mukim Senggang, Kuala Kangsar, Perak yang perlu dibangunkan
di masa akan datang.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas
dan tahniah kepada sidang redaksi dan semua pihak yang
memberi sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menerbitkan buku ini.

Harapan saya, penerbitan buku ini akan dapat dimanfaatkan
oleh semua pihak sebagai panduan dan rujukan di masa
hadapan. Semoga usaha kecil ini turut menjadi amal
jariah kepada generasi terdahulu yang begitu banyak
menyumbang usaha dan tenaga sehingga terbinanya
premis yang amat banyak manfaatnya.

Sekian, wassalam.

DATUK MOHAMAD NORDIN BIN IBRAHIM

Pengurusan
Tertinggi
JAKIM



GARIS MASA PENUBUHAN PREMIS

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

MASJID NEGARA ILIM KAMPUS
BANGI
• Masjid Negara dibina pada tahun 1963.
• Dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia • Pada April 1974, Institut
Dakwah dan Latihan Islam
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Malaysia (INDAH) telah
Agong III, Almarhum Tuanku Syed Putra ditubuhkan dan membawa
ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail kepada penubuhan ILIM pada
pada pada 27 Februari 1963. tahun 1997.

1963 1966 1974 19

DARUL JAKIM CAWANGAN
QURAN SABAH

• Idea penubuhan Institut Pengajian • Pada tahun 1978, JAKIM mula
al-Quran di Malaysia dizahirkan oleh bertapak di Sabah dan mula
Perdana Menteri Malaysia yang pertama, beroperasi di Kompleks
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Negeri Sabah pada tahun 2007.
• Pada 1966 Maahad Tahfiz dan Kira’ah
Al-Quran ditubuhkan dan ditempatkan
di Masjid Negara.

KOMPLEKS ISLAM ILIM KAMPUS
PUTRAJAYA (KIP) LAWAS

• Mula dibina pada tahun 2011 • Majlis pecah tanah berlangsung
dan pembinaannya siap pada pada 13 April 2006 oleh YAB
Julai 2016. Pehin Sri Haji Abdul Taib
Mahmud, Ketua Menteri
• Mula beroperasi pada Disember Sarawak.
2016.

2012 2011 2007 2006 2004

MYHAC ILIM KAMPUS MASJID TUA
BESUT MIZAN ZAIN
• Mula dibina pada tahun 2012 ABIDIN
dan beroperasi pada tahun • Projek pembinaan dimulakan
2015. pada 3 Disember 2007 dan mula • Masjid Tuanku Miza
beroperasi pada 11 Februari Abidin mula dibina
2010. 2004 oleh Perbadan
dan siap dibina pad
2009.

JAKIM CAWANGAN IPDAS KAMPUS IKMAS
SARAWAK KUDAT
• Penubuhan IKMAS diputuskan
• Pada September 1978 JAKIM • Mula dibina pada 1979 oleh melalui Mesyuarat Jemaah
mula bertapak di Sarawak dan Kerajaan Negeri Sabah di atas Menteri Malaysia pada tahun 1994
mula beroperasi di Kompleks tanah seluas 20 hektar. dan mula beroperasi pada tahun
Islam Sarawak pada tahun 2014. 2000.
• Pada 20 Oktober 2012, PLDK
978 1978 ditukar nama kepada IPDAS
Kampus Kudat.

1979 1979 1984 1994
1984

IPDAS ILIM KAMPUS
KUNDASANG
DAHULU DIKENALI SEBAGAI PUSAT
LATIHAN DAKWAH KENINGAU • Mula dibina pada
tahun1984 oleh Kerajaan
• Mula dibangunkan pada Negeri Sabah.
Oktober 1979 di bawah
pengurusan Kerajaan Negeri • Pada Disember 2018, pusat
Sabah. ini dikenali sebagai ILIM
Kampus Kundasang

ILIM KAMPUS MASJID PUTRA
LAHAD DATU
• Masjid Putra mula dibina pada
• Projek pembinaan dimulakan Jun 1997 dan diserahkan kepada
pada Ogos 1999. JAKIM pada 1 September 1999.

• Diserahkan kepada JAKIM pada
27 November 2008 dan mula
beroperasi pada tahun 2009.

1999 1997 1997 1996

ANKU PUSAT LATIHAN ILIM KAMPUS
NAL SARAWAK (PLS) JELEBU

an Zainal • Mula beroperasi pada 1 Ogos • Dibina pada tahun 1996
pada April 1997 dan kini diletakkan dan mula beroperasi
nan Putrajaya di bawah pentadbiran IKMAS. pada tahun 1999.
da tahun

MASJID NEGARA

NO GERAN: 64072, LOT 58

Masjid Negara dibina pada tahun 1963. Dirasmikan
oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong III, Almarhum Tuanku Syed
Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail

pada pada 27 Februari 1963.

2 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Masjid Negara
merupakan lambang

keagungan Islam
sebagai agama rasmi

di Malaysia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 3

Mercu Tanda Risalah JAKIM

SEJARAH PEMBINAAN

Masjid Negara dibina pada tahun 1963 dan dirasmikan pada 27 Ogos 1965. Cadangan
pembinaan Masjid Negara dicetuskan sebelum negara mencapai kemerdekaan.
Persidangan Majlis Kerja Kerajaan Persekutuan pada 30 Julai 1957 mencadangkan
pembinaan sebuah masjid sebagai tanda peringatan Persekutuan Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan.
Cadangan awal nama Masjid Negara dinamakan sempena nama YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah sebagai
tanda penghargaan daripada seluruh rakyat Malaysia atas sumbangan dan jasa
Tunku dalam memimpin negara mencapai kemerdekaan. Namun, Tunku telah
menolak penghormatan tersebut dan mencadangkan masjid ini diberi nama
“Masjid Negara” sebagai tanda kesyukuran kemerdekaan Tanah Melayu dicapai
secara aman tanpa sebarang pertumpahan darah.

4 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj “Bagi saya Masjid Negara
Perdana Menteri Malaysia yang Pertama ini menjadi lambang
perpaduan seluroh
ra’ayat Malaysia, kerana
Masjid ini di-bangunkan
bukan-lah semata2 dari
wang derma Orang2
Islam sahaja, tetapi
juga dari derma Orang2
yang bukan Islam yang
mempunyai semangat
kerjasama dan ta’at setia
yang tidak berbelah bagi
pada negara ini. Ini-lah
salah satu keistimewaan
yang ada dalam negara
kita ini”.

Petikan perutusan Perdana Menteri Malaysia yang
Pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,
14hb Ogos 1965, Kuala Lumpur

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 5

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Bagi melaksanakan projek ini, sebuah jawatankuasa kerja Masjid
Negara ditubuhkan di bawah pemantauan YAB Tun Abdul Razak
Hussein Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.
Jawatankuasa kerja ini bertanggungjawab mendapatkan dana
bagi membangunkan masjid ini dengan anggaran kos berjumlah
RM10 juta. Jemaah Menteri bersetuju untuk menggunakan
peruntukan Persekutuan Tanah Melayu sebanyak RM4.5 juta,
sementara bakinya diperoleh daripada sumbangan pihak lain.
Kerajaan negeri-negeri menyumbang sebanyak RM2.5 juta,
manakala sumbangan daripada ahli perniagaan dan korporat
serta orang ramai berjumlah RM3 juta.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein dan arkitek
meninjau kerja-kerja pembinaan Masjid Negara

6 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 7

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Pembinaan struktur bangunan Masjid Negara bermula pada tahun 1963

Tapak Masjid Negara dipilih oleh Tunku Abdul Rahman Al-Haj
berdasarkan kesesuaian lokasinya di tengah-tengah beberapa
bangunan penting dan berdekatan dengan stesen kereta api
yang merupakan pengangkutan utama pada waktu itu. Keluasan
tapak Masjid Negara ialah 5.26 hektar yang terletak di Jalan Sultan
Hishamuddin, Kuala Lumpur. Selepas kerja-kerja penyediaan
tapak dimulakan pada Disember 1960, Tunku telah merasmikan
upacara penetapan kiblat pada 27 September 1961.
Tanggal 27 Februari 1963, upacara peletakan batu asas Masjid
Negara telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong III, Tuanku Syed Putra
ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.

8 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

PERASMIAN PREMIS

Masjid Negara telah dirasmikan pada hari
Jumaat 27 Ogos 1965 oleh Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong III, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum
Syed Hassan Jamalullail.

Turut hadir dalam upacara tersebut ialah
Raja-Raja Melayu, Perdana Menteri Malaysia
- Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun
Abdul Razak Hussien dan beberapa orang
kenamaan yang lain. Hampir 10000 orang
hadir serta menunaikan solat Jumaat
bersama-sama dengan DYMM Yang di-
Pertuan Agong dan telah diimamkan oleh
Imam Masjidil Haram Tuan Sheikh Abdullah
al-Khayyat.

Dalam titah ucapan perasmian ini, DYYM Yang
di-Pertuan Agong mendoakan agar segala
kebajikan, kemajuan dan kemakmuran yang
dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia akan
berlipat ganda.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 9

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Perasmian Masjid Negara pada 27 Ogos 1965, kehadiran orang ramai adalah di luar jangkaan

1 0 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

KEUNIKAN SENI BINA

Masjid Negara mengambil kira falsafah
seni bina moden melalui penggunaan
teknologi dan bahan binaan bermutu tinggi.
Penggunaan teknologi konkrit tetulang
sebagai struktur utamanya merupakan bukti
aplikasi teknologi terkini pada masa itu.

Hasilnya, struktur payung terbuka bergaris
pusat 144 kaki persegi sebagai bumbung
menutupi dewan solat dengan disokong
16 batang tiang bulat berteknologi konkrit
tetulang setinggi 84 kaki.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 11

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Bumbung masjid
dibina sebagai plat
berlipat kukuh dan
mampu melintang
dengan lebih luas.
Konsep pembinaan

ini merupakan
satu inovatif anak
tempatan yang amat

dibanggakan

1 2 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Reka bentuk Masjid Negara selaras dengan reka bentuk bangunan 13
zaman moden dengan mengekalkan seni bina Islam. Idea reka bentuk
Masjid Negara merupakan gabungan seni bina moden yang bersulamkan
seni bina tempatan.

Bentuk ukiran jerjak besi yang mengelilingi bangunan ini dan dom-dom kecil
yang berada di sebelah atas beranda berasaskan reka bentuk sarasin, tetapi
disesuaikan dengan reka bentuk moden.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

STRUKTUR MASJID NEGARA

Bangunan masjid ini dilengkapi dengan
dewan solat utama, dewan besar, dewan
persidangan, perpustakaan, dua buah bilik
beradu sementara diraja, beranda, halaman
dengan dua buah kolam dan pejabat
pengurusan masjid. Turut disediakan bilik
rakaman radio dan televisyen.
Terdapat tiga buah pintu besar dan sebuah
pintu khas bagi kegunaan diraja. Di tingkat
bawah terdapat kemudahan tempat wuduk,
bilik mandi, rak simpanan kasut dan bilik
rehat untuk mereka yang bermusafir.

Sebelum sampai ke dewan solat di aras
pertama terdapat sebuah ruangan besar
yang didirikan 48 tiang konkrit, manakala
di tepinya terdapat kolam pancuran air
bertujuan untuk menyejukkan kawasan
masjid.

1 4 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 15

Mercu Tanda Risalah JAKIM

DEWAN SOLAT

Atap konkrit bentuk berlipat menzahirkan
kekreatifan arkitek dalam menyediakan
ruang solat yang besar. Dewan solat ini
bertembok konkrit tetulang dan dilekapkan
dengan batu marmar Itali.
Bumbung bahagian dalam dewan solat
berukuran 83 kaki tinggi yang mempunyai
garis pusat sepanjang 200 kaki dan disokong
oleh enam batang tiang. Tiang-tiang diturap
dengan terazo.
Di tengah bumbung dewan solat terdapat
sebuah aluminium yang diukir dengan ayat
al-Quran seperti replika kubah Masjid Biru
di Instanbul, Turki.

1 6 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Dewan solat ini
mampu menampung
3 ribu jemaah dengan
keluasan 22 500 kaki

persegi. Seramai
5 ribu jemaah lagi
mampu memenuhi
kawasan beranda
yang berada di ketiga-
tiga rusuk bahagian

dewan solat ini

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 17

Mercu Tanda Risalah JAKIM

MENARA

Di tengah kolam berdiri tegak sebuah dua dinding yang lain berhias dengan
menara. Menara ini digunakan untuk kekisi terazo. Puncak menara dikemaskan
mengumandang azan setiap kali waktu dengan mozek gelas putih. Dalam menara
solat. Tingginya ialah 235 kaki atau 245 kaki ini disediakan sebuah lif untuk naik ke atas
tinggi dari lantai ke hujung menara yang pentas menara. Pentas ini tingginya 140
berlambangkan bulan dan bintang. kaki dari tanah. Disediakan sebuah anak
tangga berpilin di sebelah lif. Gerabak lif
Bentuk menara dan bumbung beropol yang ini bertingkap kaca yang membolehkan
ada pada Masjid Negara melambangkan penumpang di dalam lif melihat bandar
kesetiaan. Konsep ini dipadankan dengan Kuala Lumpur. Menara ini diterangi oleh
rupa payung diraja. Dua dinding menara lampu berjalur, menjadikannya kelihatan
yang saling bertentangan bertampal dengan begitu bercahaya pada waktu malam.
papak batu kapur dan terazo, manakala

1 8 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 19

Mercu Tanda Risalah JAKIM

PERISTIWA BERSEJARAH
MASJID NEGARA

Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Masjid
Negara telah dirasmikan oleh Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong XIV Almarhum Al-
Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin
Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam
Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada
27 Ogos 2015.

Masjid Negara dikategorikan sebagai
Masjid Pelancongan di Malaysia. Inisiatif
mengimarahkan masjid bukan hanya
tertumpu kepada aktiviti ibadat dalam
kalangan umat Islam semata-mata,
sebaliknya peranan masjid diperluas sejajar
dengan perkembangan dunia hari ini.

Usaha memperkenalkan program masjid
pelancongan merupakan antara metode
menyampaikan dakwah dan fakta sebenar
berkenaan agama Islam kepada masyarakat
tempatan mahupun luar negara.

Lawatan bersejarah Presiden Amerika Syarikat
Barrack Obama ke Masjid Negara pada 27 April 2014

2 0 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 21

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Masjid Negara
diisytiharkan sebagai

Tapak Warisan
Kebangsaan oleh
Jabatan Warisan
Negara pada tahun

2007

2 2 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 23

Mercu Tanda Risalah JAKIM

DARUL QURAN

NO GERAN: HSD 3280, PT 617 & HSD 3281, PT 39

Pada 1966, Maahad Tahfiz dan Kira’ah Al-Quran
ditubuhkan dan ditempatkan di Masjid Negara.

Pada tahun 1992, Maahad Tahfiz dipindahkan ke Taman
Tun Dr. Ismail (penempatan pelajar lelaki) dan Jalan

Ledang (penempatan pelajar perempuan).
Pada tahun 1994, Maahad Tahfiz dipindahkan ke Batu
14 Sg. Semungkis Hulu Langat Selangor (penempatan
pelajar lelaki) dan Taman Tun Dr. Ismail (penempatan

pelajar perempuan).
Pada tahun 1997, Maahad Tahfiz dinaik taraf sebagai
Darul Quran dan pada 1 November 1998 ditempatkan
di kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang

Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Pada permulaan Kompleks Darul Quran dibina
di atas tanah berkeluasan 2.83 hektar dan diperluaskan
pembinaannya dengan keluasan 79.32 hektar. Idea
penubuhan Institut Pengajian al-Quran di Malaysia
dizahirkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama,

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

2 4 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 25

Mercu Tanda Risalah JAKIM

SEJARAH PENUBUHAN

Penubuhan Darul Quran bermula pada Dari tahun 1966 hingga tahun 1978
tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan
yang pertama, Tunku Abdul Rahman Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan
Putra Al-Haj melahirkan hasrat untuk Urus setia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
mewujudkan sebuah Institut Pengajian al- Ugama Islam Malaysia, pada tahun 1972
Quran di Malaysia. Hasrat ini telah dinyatakan institusi ini diberi nama “Maahad Tahfiz Al-
sewaktu perasmian Masjid Negara yang Quran Wal-Qiraat”.
mana idea ini timbul ekoran daripada
Musabaqah Al-Quran yang diadakan Awal tahun 1979, Maahad Tahfiz diletakkan
semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor pula di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan
Universiti Al-Azhar Sheikh Mahmud Syaltut Islam, Bahagian Ugama, JPM sehingga
di perasmian Masjid Negara. tahun 1980. Setelah itu, Maahad Tahfiz
dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33,
Sebagai permulaan, Maahad Tahfidz dan Jalan Chenderasari, Kuala Lumpur dan dan
Kira’ah Al-Quran ditubuhkan sebagai salah kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan
satu unit di Bahagian Ugama, Jabatan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH)
Perdana Menteri (JPM), Kuala Lumpur. Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri
sehingga tahun 1983.
Pada 1 Mac 1966, kelas pengajian dalam
bidang Tahfiz al-Quran telah dimulakan Sehinggalah pada tahun 1984, Maahad
di dewan syarahan Masjid Negara dengan Tahfiz telah lahir sebagai sebuah cawangan
bilangan pelajar seramai lapan orang yang di Bahagian Ugama, Jabatan Perdana
dipilih dan dihantar oleh negeri-negeri di Menteri dengan organisasinya yang
Malaysia. tersendiri.

2 6 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Gambar pelajar awal Maahad Tahfidz dan Kira’ah Al-Quran (kini dikenali sebagai Darul Quran)

Pada tahun 1992, Maahad Tahfiz perempuan kemudiannya dipindahkan
kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun ke Taman Tun Dr. Ismail, manakala pelajar
Dr. Ismail bagi penempatan pelajar lelaki lelaki dipindahkan ke Batu 14 , Sg. Semungkis
dan pelajar perempuan pula ditempatkan Hulu Langat, Selangor.
di Jalan Ledang. Pada tahun 1994 pelajar

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 27

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Pada tahun 1997, Maahad Tahfiz Al-Quran 1 November 1998 Darul Quran ditempatkan
Wal-Qiraat telah dinaik taraf sebagai ke kampus tetap di Kompleks Darul Quran
salah satu bahagian di JAKIM dan diberi di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu,
nama Darul Quran. Seterusnya, pada Selangor.

Penempatan pelajar perempuan di Jalan Ledang, Kuala Lumpur

2 8 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

PENGETUA/PENGARAH

Bilangan Nama Tahun Berkhidmat

Pertama Dato’ Haji Mohd Nor bin Ibrahim 1966 – 1968
Kedua
Ketiga Dr. Syed Ali Mahfuz Ad-Damanhuri 1969
Keempat
Kelima Sheikh Hassan bin Ismail 1970 – 1978
Keenam
Ketujuh Dato’ Abu Hasan bin Din 1979
Kelapan
Haji Salleh bin Jaafar 1979
Kesembilan
Ke-10 Haji Salehuddin bin Omar 1980 – 1993
Ke-11
Ke-12 Haji Ariffin bin Harun 1986
Ke-13
Ke-14 Haji Wan Mohamad bin 1994 – 1999
Ke-15
Haji Sheikh Abdul Aziz

Dato’ Haji Kamaruddin bin Zakaria 2000 – 2002

Haji Razali bin Shahabudin 2002 – 2005

Haji Murni bin Awang Mat 2005 – 2008

Haji Che Ibrahim bin Che Man 2008 – 2010

Haji Paimuzi bin Yahya 2010 – 2013

Hajah Zawanah binti Muhammad 2013 – 2015

Dr. Haji Nordin bin Ahmad 2015 – Kini

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 29

Mercu Tanda Risalah JAKIM

KEMUDAHAN DARUL QURAN

Darul Quran sebagai institusi pengajian
yang dilengkapi dengan infrastruktur dan
kemudahan asas seperti blok pentadbiran,
dewan muktamar, auditorium, masjid,
bilik-bilik kuliah, perpustakaan, asrama dan
dewan makan. Turut disediakan kuarters
pegawai dan kakitangan.

3 0 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Blok Pentadbiran Darul Quran

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 31

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Dewan Muktamar berfungsi sebagai pusat aktiviti Darul Quran

3 2 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Istiadat Konvokesyen Darul Quran

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 33

Mercu Tanda Risalah JAKIM

3 4 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Click to View FlipBook Version