The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wjg3821, 2020-03-02 22:10:19

Mercu tanda JAKIM

Mercu tanda JAKIM

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Sesi pembelajaran pelajar IPDAS Kampus Kudat 85

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

INSTITUT LATIHAN
ISLAM MALAYSIA (ILIM)
KAMPUS KUNDASANG

DAHULU DIKENALI SEBAGAI PUSAT LATIHAN
DAKWAH KUNDASANG

Pusat Latihan Dakwah Kundasang dibina pada tahun
1984 oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Pada tahun 1987, pusat ini diserahkan kepada Bahagian
Hal Ehwal Islam (BAHEIS), JPM.

8 6 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 87

Mercu Tanda Risalah JAKIM

SEJARAH PENUBUHAN

Insitut Latihan Islam Malaysia Kampus
Kundasang dahulunya dikenali sebagai
Pusat Latihan Dakwah Kundasang (PLDK)
yang dibina oleh Kerajaan Negeri Sabah dan
ditadbir oleh Majlis Ugama Islam Sabah pada
tahun 1984. Penubuhannya bertujuan untuk
dijadikan pusat pemulihan dadah, namun
hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan atas
sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Pada tahun 1987, MUIS telah menyerahkan
kompleks pusat latihan ini kepada BAHEIS,
JPM dengan tujuan digunakan sebagai Pusat
Latihan Dakwah.

Pada tahun 1992, dengan peruntukan
sebanyak RM 700 000.00 daripada bantuan
Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah
(JPPS) dan Unit Perancangan Ekonomi
(UPEN), kompleks tersebut telah dibaik pulih
dan dibina semula. Walau bagaimanapun
pada tahun 2001, kompleks ini telah dilanda
ribut dan mengakibatkan kerosakan yang
teruk.

8 8 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 89

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Maka pihak JAKIM telah mengambil
keputusan untuk membina semula PLDK
dengan kos RM15 juta serta penambahan
beberapa bangunan baru seperti dewan
makan, rumah tetamu dan penginapan
peserta yang lebih selesa. Projek ini siap
dibina pada September 2006 dan beroperasi
sepenuhnya pada tahun 2007.
PLDK kemudiannya telah dikenali sebagai
Pusat Latihan Islam Kundasang bagi
membezakan di antara IPDAS Kudat dan
Keningau yang mana program latihan yang
dijalankan merupakan kursus dan latihan
jangka pendek. Pada akhir Disember 2018
pusat ini telah dijadikan sebahagian daripada
ILIM dan dikenali sebagai ILIM Kampus
Kundasang.

9 0 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 91

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Pengetua/Pengarah ILIM Kampus Kundasang:

Bilangan Nama Tahun Berkhidmat

Pertama Haji Ahmad bin Abu Bakar 1987-1991
Kedua Ustaz Hussin bin Rejab 1991-1993
Ketiga Haji Muzaini bin Abd Rashid 1993-1997
Keempat Ustaz Mohd Shahadin bin Tinik 1999-2004
Kelima Haji Anuar Hakim bin Mohd Salleh 2003-2005
Keenam Ustaz Subki bin Hj Ghazali 2005-2006
Ketujuh Haji Anuar Hakim bin Mohd Salleh 2006-2009
Kelapan Ustaz Baharuddin bin Othman 2009-2010
Kesembilan Ustaz Nasrun bin Abdullah 2011-2013
Ke-10 Ustaz Saiful Mukharrom bin Mohd Tahrir 2013-2018
Ke-11 Ustaz Nik Ismail bin Jusoh 2019-kini

9 2 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

KEMUDAHAN ILIM KAMPUS bilik sindiket, dewan jamuan dan blok
KUNDASANG penginapan yang boleh memuatkan 96
orang peserta.
Antara kemudahan asas yang terdapat
di ILIM Kampus Kundasang adalah seperti
blok pentadbiran, bilik kuliah utama,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 93

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Blok pentadbiran dan penginapan ILIM Kampus Kundasang

9 4 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Antara aktiviti yang dijalankan di ILIM Kampus Kundasang 95

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

INSTITUT KEMAHIRAN
ISLAM MALAYSIA
SARAWAK (IKMAS)

NO GERAN: 01 LCLS 008 006 00746, LOT 746

Idea penubuhan institusi ini diputuskan oleh Mesyuarat
Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Republik
Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS)

kali kelima pada 3 – 4 Ogos 1994.
Mesyuarat Jemaah Menteri Malaysia pada
21 September 1994 bersetuju untuk membina IKMAS
di Kampung Telaga Air, Kuching, Sarawak di atas tapak

berkeluasan 15 hektar.
Mula beroperasi pada tahun 2000 dan dirasmikan pada
12 September 2001 oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib

Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

9 6 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 97

Mercu Tanda Risalah JAKIM

SEJARAH PENUBUHAN

Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak Pada awal penubuhan, IKMAS dikenali
(IKMAS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebagai Madrasah Pesantren ASEAN. Namun
(JAKIM) Cawangan Sarawak lahir daripada telah ditukar kepada nama baru iaitu Institut
persetujuan Menteri-Menteri Agama Negara Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS)
Brunei Darussalam, Republik Indonesia, pada tahun 1999 kerana kos pengurusan
Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) IKMAS dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan
kali kelima pada 3 hingga 4 Ogos 1994 Malaysia.
di Langkawi, Kedah. Lanjutan daripada
pertemuan tersebut, Mesyuarat Jemaah IKMAS mula beroperasi sepenuhnya pada
Menteri pada 21 September 1994 bersetuju tahun 2000 dengan kekuatan seramai
dengan penubuhan IKMAS yang dibina 13 orang kakitangan yang terlibat dalam
di Kampung Telaga Air, Kuching, Sarawak. menjalankan program pengajaran dan
IKMAS terletak di kawasan seluas 15 hektar, pembelajaran. Manakala pengambilan
kira-kira 26 km dari Bandar Kuching. pelajar pertamanya berjumlah 60 orang.
Sehingga 2019, IKMAS telah melahirkan
seramai 9153 graduan.

9 8 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 99

Mercu Tanda Risalah JAKIM

MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS
JAKIM SARAWAK

Majlis Perasmian Kompleks JAKIM Sarawak
(Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak
dan Pusat Latihan Sarawak) disempurnakan
oleh TYT Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.)
Haji Abdul Taib Mahmud yang ketika itu
menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri
Sarawak pada 12 September 2001 bersamaan
24 Jamadilakhir 1422H.

KEJAYAAN IKMAS

Sehingga kini IKMAS telah melahirkan
seramai 845 graduan yang mengikuti
pengajian Diploma Pengajian Islam
(DPI), Persijilan Asas Pengajian Islam
(PERAPI) dan terbaru IKMAS telah berjaya
memperkenalkan Diploma Tahfiz al-Quran
wa Dakwah. Kedua-dua diploma ini telah
mendapat pengiktirafan daripada MQA dan
diiktiraf setaraf dengan diploma biasa dari
universiti-universiti tempatan yang lain bagi
maksud pelantikan dalam perkhidmatan
awam.

100 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

MAJLIS MENANDATANGANI
MEMORANDUM
PERSEFAHAMAN (MoU)
JAKIM DENGAN MARA

Majlis Menandatangani Memorandum
Persefahaman (MoU) antara JAKIM dan
Majlis Amanah Rakyat (MARA) disaksikan
oleh YB Dato’ Dr. Abdullah bin Md Zin Menteri
di Jabatan Perdana Menteri pada 21 Ogos
2004 bersamaan 9 Rejab 1425H.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 101

Mercu Tanda Risalah JAKIM

MAJLIS PERASMIAN BENGKEL BINAAN IKMAS

Majlis Perasmian Bengkel Binaan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak telah
disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Che Min bin Che Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah
(Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 9 Mac 2002 bersamaan
24 Zulhijjah 1422H.

102 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 103

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Aktiviti-aktiviti pelajar IKMAS

104 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Majlis Konvokesyen IKMAS 105

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

INSTITUT LATIHAN
ISLAM MALAYSIA (ILIM)

KAMPUS JELEBU
NO GERAN: 149543, LOT 9099

DAHULU DIKENALI SEBAGAI PUSAT
PEMANTAPAN AKIDAH

Pusat Pemantapan Akidah (PPA) dibina pada tahun 1996.
Mula beroperasi pada tahun 1999.

Pada 18 Mac 2015, Mesyuarat Pengurusan JAKIM telah
bersetuju agar PPA dijenamakan semula setelah
mempertimbangkan semua aspek dan peranan yang
perlu dilaksanakan. Oleh yang demikian, PPA secara
rasmi telah dinamakan sebagai Institut Pemantapan

dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM).

Pada Disember 2018, seiring dengan perubahan struktur
yang dilaksanakan oleh JAKIM, IPHAM telah dijadikan
sebahagian daripada ILIM dan dikenali sebagai ILIM

Kampus Jelebu.

106 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 107

Mercu Tanda Risalah JAKIM

SEJARAH PEMBINAAN

Institut Latihan Islam Malaysia Kampus
Jelebu yang pada awal penubuhannya
dikenali sebagai Pusat Pemulihan Akidah
(PPA) merupakan salah sebuah institusi
yang ditubuhkan oleh kerajaan melalui
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Institusi ini bertanggungjawab untuk
memulih individu atau kumpulan yang telah
disabitkan kesalahan kerana terpengaruh
dengan ajaran sesat agar kembali insaf
dengan mengamalkan semula ajaran
Islam sebagaimana yang dibawa oleh Nabi
Muhammad SAW.

Pusat yang dibina pada tahun 1996 dan
mula beroperasi pada tahun 1999 ini telah
dibangunkan di atas kawasan seluas 4
hektar terletak di Lot No. 720, Mukim Gelami
Lemi, Jelebu Negeri Sembilan.

Pada tahun 2007, Mesyuarat Pengurusan
JAKIM yang bersidang pada 22 Januari 2007
telah memutuskan agar Pusat Pemulihan
Akidah dijenamakan semula sebagai
Pusat Pemantapan Akidah seiring dengan
perubahan masa dan peranan yang perlu
dilaksanakan.

108 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Mercu tanda yang menyambut kehadiran peserta kursus

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 109

Mercu Tanda Risalah JAKIM

KEMUDAHAN ILIM KAMPUS JELEBU

ILIM Kampus Jelebu dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan asas seperti blok
pentadbiran, dewan, surau, bilik-bilik kuliah, perpustakaan, asrama dan dewan makan. Turut
disediakan kuarters pegawai dan kakitangan.

1 1 0 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Antara kemudahan yang terdapat di ILIM kampus Jelebu 111

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

1 1 2 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 113

Mercu Tanda Risalah JAKIM

MASJID PUTRA
NO GERAN: GRN 767, LOT 30

Masjid Putra mula dibina pada Jun 1997 dan diserahkan
kepada JAKIM pada 1 September 1999. Nama Masjid
Putra diinspirasikan sempena nama YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang

Pertama.

1 1 4 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 115

Mercu Tanda Risalah JAKIM

SEJARAH PEMBINAAN

Masjid Putra mula dibina pada Jun 1997 Reka bentuk masjid ini telah diilhamkan
dan diserahkan kepada JAKIM pada daripada seni bina Parsi ketika zaman
1 September 1999. Nama Masjid Putra Safawee. Ini boleh dilihat pada aspek binaan
diinspirasikan sempena nama YTM Tunku kubah yang memenuhi ciri-ciri seni bina
Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana masjid tradisi di Timur Asia. Masjid ini terdiri
Menteri Malaysia yang Pertama. daripada empat aras termasuk bumbung
yang mana ketinggiannya menyamai
Keindahan masjid yang terletak bangunan 21 tingkat.
berhampiran Tasik Putra ini membuatkan
pengunjung berasa tenang. Kedudukan SENI BINA MASJID PUTRA
masjid ini juga bersebelahan dengan
blok Perdana Putra yang menempatkan Aras Bawah Dua
Pejabat YAB Perdana Menteri Malaysia. Ini Aras ini menjadi penghubung utama
menggambarkan kaitan yang amat rapat kepada siar kaki, iaitu jalan mengelilingi
antara pentadbiran kerajaan dan agama tasik. Di aras ini terdapat pelantar untuk
Islam yang mempunyai kedudukan yang para pengunjung menikmati udara
tinggi dalam Perlembagaan Persekutuan. nyaman dari tasik.

1 1 6 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 117

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Aras Bawah Satu

Bahagian ini menempatkan pelbagai
kemudahan seperti auditorium yang boleh
memuatkan seramai 450 orang, dewan
makan untuk 400 orang dan sebuah ruang
legar pameran. Di sini turut ditempatkan
pejabat utama Masjid Putra, tiga buah bilik
kuliah, bilik pengurusan jenazah, tempat
wuduk dan bilik air serta rumah kakitangan.

Dewan solat utama terletak di sini yang
boleh memuatkan bilangan jemaah seramai
8000 orang pada satu masa. Pintu masuknya
mempunyai reka bentuk berdasarkan
struktur binaan Isfahan. Sebuah laman
terbuka terbentang luas di antara ruang
solat utama dan pintu masuk utama masjid.
Laman terbuka serta pelantar sekeliling aras
ini boleh menampung seramai 5000 jemaah
lagi. Aras ini membawa konsep keterbukaan.
Tiang berbentuk payung di aras ini direka
supaya dapat memberikan perlindungan
orang ramai daripada hujan dan panas serta
pengaliran udara semulajadi. Konsep ini
juga bertujuan menyambungkan antara saf
dalam dan saf luar sekiranya jemaah terlalu
ramai pada satu- satu masa.

1 1 8 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Aras Bawah

Masjid Putra Yang

Menempatkan Dewan

Solat Utama

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 119

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Aras Satu dan Bumbung

Bahagian ini mempunyai lapan buah kubah
kecil yang membentuk empat penjuru
dewan solat utama. Sebanyak 16 tudung
konkrit mengelilingi aras ini. Puncak kubah
dihiasi dengan mercu tajam mengarah
ke langit.

Dewan solat wanita berada di aras satu
yang menampung seramai 2 ribu jemaah.
Keempat-empat aras ini dihubungkan oleh
rangkaian tangga yang bermula dari tempat
wuduk utama serta dua buah lif di kiri dan
kanan pintu dewan solat utama.

120 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 121

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Kubah Masjid
Putra ini berwarna
merah jambu dan

reka bentuknya
berkonsepkan
tumbuhan seperti
yang terdapat pada
kubah- kubah masjid
di Mesir. Ukiran dan
hiasan dalaman
kubah masjid ini
pada keseluruhannya

diilhamkan
berdasarkan seni ukir

tempatan

122 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 123

Mercu Tanda Risalah JAKIM

PUSAT LATIHAN
SARAWAK (PLS)

NO GERAN: M3 16 22(5.2), LOT 747

Pusat Latihan Sarawak (PLS) pada mulanya beroperasi
di Batu 12 Jalan Kuching-Serian, Sri Aman, Sarawak.

Kemudian lokasi PLS telah dipindahkan ke Kampung
Telaga Air, Jalan Matang Kuching.

Kompleks ini dibina di atas tanah seluas 30 hektar dan
mula beroperasi pada 1 Ogos 1997.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Amat
Berhormat Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib bin Mahmud,

Ketua Menteri Sarawak.

1 2 4 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 125

Mercu Tanda Risalah JAKIM

SEJARAH PEMBINAAN

Pusat Latihan Sarawak (PLS) mula dibina
pada 1 Ogos 1997 di Batu 12 Jalan Kuching-
Serian, Sri Aman, Sarawak. Kemudian lokasi
PLS telah dipindahkan ke Kampung Telaga
Air, Jalan Matang Kuching. Kompleks ini
dibina di atas tanah seluas 30 hektar dan mula
beroperasi pada 1 Ogos 1997. Perasmiannya
telah disempurnakan oleh YAB Pehin Sri
Dr. Haji Abdul Taib bin Mahmud, Ketua
Menteri Sarawak.

PLS merupakan sebahagian daripada
rancangan pembangunan JAKIM dalam
rangka mewujudkan institusi latihan Islam
yang lengkap dan moden. Penubuhannya
juga bertujuan bagi memenuhi keperluan
mengadakan pelbagai kursus dan latihan
Islam di negeri Sarawak ke arah melahirkan
pegawai agama, pendakwah, imam,
pemimpin masyarakat, belia, masyarakat
awam dan kakitangan perkhidmatan
awam yang terlatih serta mempunyai
tahap profesionalisme yang tinggi dalam
memberikan sumbangan yang berkesan
terhadap pembangunan ummah dan
negara.

126 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Antara kemudahan yang terdapat di PLS 127

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

INSTITUT LATIHAN
ISLAM MALAYSIA (ILIM)
KAMPUS LAHAD DATU

NO GERAN: 11200270, LOT 42

DAHULU DIKENALI SEBAGAI PUSAT LATIHAN
ISLAM LAHAD DATU

Projek pembinaan dimulakan pada Ogos 1999. Namun
tergendala dan disambung semula pada tahun 2007.

Pusat latihan ini dibina di atas tapak berkeluasan 24
hektar di Silabukan, Lahad Datu yang diberikan oleh

Kerajaan Negeri Sabah.
Diserahkan kepada JAKIM pada 27 November 2008 dan

mula beroperasi pada tahun 2009.

128 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 129

Mercu Tanda Risalah JAKIM

SEJARAH PENUBUHAN Kemudahan
a. Pejabat Am
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus b. Surau Ibnu Abbas
Lahad Datu dahulunya dikenali sebagai c. Dewan de Palma
Pusat Latihan Islam Lahad Datu. Pada d. Dewan Jamuan Davel
tahun 1999, Kerajaan Negeri Sabah telah e. Bilik ICT Yusuf al-Qardawi
menganugerah sebidang tanah seluas 24
hektar di Silabukan, Lahad Datu. Pemberian Kemudahan Pembelajaran
ini adalah bertujuan untuk menubuhkan a. Bilik Kuliah Ibnu Rusyd
sebuah pusat latihan yang dapat memberi b. Bilik Kuliah Ibnu Sina
latihan kepimpinan dan kefahaman Islam c. Bilik Kuliah Ibnu Haitam
bagi seluruh Pantai Timur Sabah. Projek d. Bilik Kuliah Ibnu Khaldun
pembinaan kompleks ini dimulakan pada e. Bilik Kuliah Ibnu Batutah
bulan Ogos 1999 dengan kos RM16.878 juta. f. Bilik LDK Ibnu al-Nafis
Kemudian pada tahun 2007 pembinaannya g. Bilik LDK al-Farabi dijadikan pejabat
ditambah baik dengan kos sebanyak
RM9.3 juta. pembersihan
Kemudahan Penginapan
Pada 27 November 2008, YBhg. Encik a. Blok Rafflesia
Mohd Noor bin Abd Hamid, Timbalan Ketua b. Blok Tabin
Pengarah (Pengurusan) JAKIM dengan c. Blok Danum
rasminya menerima kompleks Pusat
Latihan Islam Lahad Datu yang diserahkan Kediaman Pegawai dan Kakitangan
oleh Pejabat Pembangunan Negeri Sabah a. Kuarters Pengetua
(SDO). Bermula pada tahun 2009, pusat b. Kuarters Pegawai
latihan ini telah melaksanakan operasi c. Kuarters Pelaksana
latihan di bangunan kompleks pusat latihan
khususnya untuk kumpulan sasar di Pantai Kemudahan Sukan
Timur Sabah. a. Badminton
b. Bola Tampar
Antara kemudahan asas yang terdapat c. Takraw
di ILIM Kampus Lahad Datu adalah seperti d. Bola Sepak
yang berikut: e. Bola Jaring

130 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

KEMUDAHAN ILIM KAMPUS LAHAD DATU

Bilik Pengarah Dewan de Palma ILIM Kampus Lahad Datu

Kemudahan asrama Kemudahan kuarters

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 131

Mercu Tanda Risalah JAKIM

MASJID TUANKU
MIZAN ZAINAL
ABIDIN

NO GERAN: HSD 7994, NO PT 12080

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin mula dibina pada
April 2004 oleh Perbadanan Putrajaya.

Penyerahan rasmi masjid kepada JAKIM pada 19 Ogos
2009. Dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah
Tuanku Mizan Zainal Abidin ibn Al-Marhum Sultan

Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 11 Jun, 2010.
Nama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diilhamkan

sempena nama baginda.

132 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mercu Tanda Risalah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 133

Mercu Tanda Risalah JAKIM

SEJARAH PENUBUHAN

Masjid Tuanku Mizan muncul sebagai satu laluan udara secara terus dari sekeliling tasik
mercu tanda baharu di Putrajaya yang masuk ke dalam masjid.
memulakan pembinaannya pada tahun
2004 oleh Perbadanan Putrajaya. Masjid Anyaman masyrabiyah yang diimport khas
yang terletak berhampiran Tasik Putrajaya dari Jerman itu merupakan jenis skrin yang
di Presint 3 ini berkeluasan 4.04 hektar telah sama digunakan di Stadium Bernabeu, iaitu
siap dibina pada 2009. stadium bola sepak pasukan Real Madrid
dan juga pada ruang meletak buku setinggi
Masjid ini berkonsepkan reka bentuk 20 tingkat di Perpustakaan Negara di Paris
moden dan kontemporari dan dibina serta sebuah ruang letak kereta di Barcelona.
menggunakan kira-kira 6000 tan besi keluli.
Ini membuatkan 70 peratus binaan masjid Reka bentuk masjid ini berkonsepkan
ini berasaskan kepada besi manakala bahan airy, light and transparent. Walaupun besi
konkrit digunakan untuk membina ruang keluli menjadi bahan utama, namun ianya
letak kereta dan laluan pejalan kaki yang digunakan untuk membina kerangka masjid
terletak bersebelahan masjid. Selebihnya sahaja. Setiap tiang dikemaskan dengan
ialah kawasan lantai jubin, kemasan seni bahan telus cahaya iaitu crystalized glass
bina luaran besi tahan karat, aluminium, yang menyerlahkan masjid ini kelihatan
crystalised glass, granite dan spray granite. berwarna putih jika dilihat dari jauh. Pada
sebelah malam, simbahan cahaya lampu
Reka bentuknya tanpa dinding yang menambahkan lagi keindahannya.
digantikan dengan skrin masyrabiyah separa
tertutup. Skrin di sekeliling dewan solat Kubahnya diperbuat daripada besi tahan
utama ini terdiri daripada bahan besi tahan karat dan bahagian tepi bumbungnya
karat iaitu jenis lattice dan architectural sepanjang 13 meter pula mampu
metallic waiving screen yang membenarkan membuatkan jemaah bersolat di luar dewan
solat dengan selesa.

134 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Click to View FlipBook Version