The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJALAH BELURU EDISI 2024 by BeluruNews

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azrin Rahman, 2024-06-28 03:06:26

E-Majalah BELURU

MAJALAH BELURU EDISI 2024 by BeluruNews

Keywords: Beluru

Beluru EDISI 2024


PENGARAH TIO HUI JING TIMBALAN PENGARAH SALMA KHAIRUNNISA JABATAN EDITORIAL & MAJALAH NORFIKRIAH SITI ZUBAIDAH NURUL AINA ATIRAH ALIA YUSHAZNIENA KETUA JABATAN EDITORIAL & MAJALAH WAN NUR AZRIN KETUA JABATAN WEBSITE SHARIFAH NUR QISTINA KETUA JABATAN MEDIA SOSIAL NURUL JANNAH JABATAN WEBSITE CHAN YU QIAN THAM YEN MAY MAH POH CHING TANG YVONNE KHOR EN WEI NURIZZATUL NISA ATHIRAH JABATAN MEDIA SOSIAL WAN DANIA UMIE ZULAIKA AMNI FARHANA NUR A’ISYAH CORNELIUS AG E N S I B E R I TA I NAS I S P E T R O NAS


ISIKANDUNGAN 1-19 DARI INDONESIA UNTUK UUM: UCAPAN ISTIMEWA PELAJAR MOBILITI DI ULANG TAHUN KE-40 KEHIDUPAN KAMPUS COKMAR UNIVERSITI RENCANA BERITA BERITA KORPORAT SEJARAH UUM 20-49 50 51-52 53 54 LAGU RASMI UUM : BIRU WARNA 55


TIO HUI JING Ketua Pegawai Eksekutif, Beluru News Pengarah Beluru NewsSelamat sejahtera, salam Malaysia Madani dan salam Biru Warna. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua kerana telah berjaya mengeluarkan e-majalah Beluru News edisi ke-1 dengan gemilangnya! Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Beluru News, saya amat berbesar hati kerana diberikan peluang untuk mewakili syarikat Beluru News untuk membuat catatan yang akan diselitkan dalam e-majalah edisi ini. Saya juga berasa bangga dengan apa yang telah kita capai bersama. Dalam dunia yang sentiasa berubah dan penuh dengan halangan, Beluru News telah menunjukkan ketahanan dan kecemerlangan dalam menyampaikan berita dan informasi yang berkualiti. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah bimbingan, Encik Mohd Baharudin B Mohd Hadza @ Othman yang telah banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan dalam penghasilan e-majalah ini. Tidak lupa juga Jabatan E-Majalah, Jabatan Laman Web dan Jabatan Media Sosial yang turut memberi sumbangan yang banyak dari segi idea, bahan mentah dan sokongan dari segi fizikal dan mental dalam penghasilan e-majalah kali ini. E-majalah ini diterbitkan untuk lebih mendalami dan menyelusuri tentang programprogram yang telah diadakan di Inasis Petronas dan di UUM di mana kesemua program ini telah meningkatkan lagi imej, identiti dan reputasi UUM. Program-program tersebut telah pun dicatatkan dalam majalah ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah berkorban masa dan tenaga untuk membawa nama UUM ke persada negara. Akhir sekali, ribuan terima kasih dicapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam penerbitan e-majalah edisi pertama ini. Saya mewakili syarikat Beluru News menyusun sepuluh jari memohon maaf atas kesalahan dan kelemahan dalam penerbitan kali ini, sesungguhnya kami telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan emajalah Beluru News edisi pertama ini tampil dengan megah dan kreatifnya membawa idea yang lain dari e-majalah yang lain. Sekali lagi, terima kasih dan saya mengharapkan kerjasama yang berterusan dari semua pihak demi masa hadapan Beluru News yang lebih cemerlang.


KENALIKAMI Inovasi • Dedikasi • Motivasi OBJEKTIF Untuk menyediakan pelbagai berita yang menarik dan berinformasi kepada semua lapisan masyarakat dengan harapan untukmemupuk minat membaca danmeningkatkan pengetahuan audien. VISI Untuk menjadi sebuah organisasi beritayang berkredibiliti dan bertaraf antarabangsa untuk memupuk dunia yang lebih terhubung dan bermaklumat. MISI Untuk melaporkan berita yang boleh dipercayai, dengan menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih. 1. Untuk mendidik dan melahirkan perasaan ingin tahu audien dengan menyediakan berita yang informatik. 2. Mengutamakan penyampaian analisis mendalam mengenai topik, khususnya yang berfokus pada pendidikan, keterlibatan dan inspirasi pelbagai dimensi. 3.


Berita Korporat UNIVERSITI UTARA MALAYSIA A 2 3 2 / 2 0 2 4


Tujuan utama penyertaan semua pihak ini adalah untuk memahami secara mendalam konsep pindaan AUKU yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Pendedahan pindaan AUKU kepada mahasiswa meningkatkan pemahaman yang mendalam mengenai perubahan-perubahan dalam undang-undang urus tadbir kewangan. Hal ini penting bagi pelajarpelajar agar mereka dapat memahami hak, tanggungjawab, dan kewajipan mereka setelah pindaan dilaksanakan. Mesej utama yang ditekankan oleh ketigatiga tetamu jemputan adalah bagaimana menjadi mahasiswa madani yang kental, cekal, dan mempunyai daya ketahanan tinggi. Mereka berharap agar pada masa akan datang, mahasiswa tidak menjadi lemah atau bergantung kepada kemudahan yang ada di depan mata, tetapi sebaliknya mampu menghadapi cabaran dengan semangat dan ketabahan. s INTOK - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) meneruskan usaha meningkatkan kefahaman mahasiswa berkaitan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 ke arah memperkasa mahasiswa di negara ini. Kepimpinan Pemerkasaan Mahasiswa Madani Pasca Pindaan AUKU 2023 menghimpunkan seramai seratus tujuh belas peserta untuk mengikuti tiga forum perbincangan pelbagai sudut berkaitan pindaan AUKU dan impaknya kepada mahasiswa yang berlangsung di Hotel EDC UUM baru-baru ini. OLEH : Wan Nur Azrin WACANA INTELEKTUAL AUKU PERKASA MAHASISWA UUM BERITA KORPORAT - KAMPUS Sesi forum pertama bersama Encik Neow Choo Seong. Sesi forum kedua bersama Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Kewangan, Encik Muhammad Kamil bin Abdul Munim. Sesi forum ketiga bersama Encik Ku Amirul Faiz bin Ku Seman, Peguam dan Mantan YDP MPP UUM pada sesi 2012/2013. 01


Manakala sesi forum ketiga, "Malaysia dan Bangsa", menjadi medan perbincangan mengenai peranan Malaysia dalam membentuk identiti bangsa disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Kewangan, Encik Muhammad Kamil bin Abdul Munim memberikan pandangan beliau mengenai isu-isu semasa dan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam membangunkan bangsa yang bersatu dan maju Majlis turut dihadiri oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan, serta pengurusan tinggi universiti. Selain itu, turut hadir juga wakil-wakil dari MPP UTHM, MPP USM, MPP UiTM Kedah, MPP UniMAP, dan badan-badan pelajar UUM. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Yang Berusaha Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, menyoroti pentingnya semua topik forum yang dibincangkan dalam membentuk pandangan dan pendekatan masa depan universiti. Forum ini tidak hanya memberikan peluang untuk bertukar pendapat tetapi juga meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai isuisu penting yang mempengaruhi masyarakat, belia dan negara. Menurut MPP UUM, Muhammad Danish Itqan juga telah menyatakan pandangan bahawa mahasiswa kini perlu bersedia untuk bertanggungjawab mengawal kewangan mereka sendiri berikutan langkah AUKU pindaan oleh Kerajaan Malaysia. MPP bertindak sebagai platform pertama untuk membuktikan kesediaan mereka dalam memperkasa urus tadbir kewangan dan aktiviti mahasiswa, jelas beliau. Di samping itu, langkah proaktif telah diambil oleh MPP UUM dengan melaksanakan sistem kewangan kelolaan pelajar sebagai ujian awal, sebelum diserahkan kepada badan kepimpinan pelajar yang lain. MPP UUM berharap program ini dapat mengurangkan jurang di antara badan pelajar dan pihak pengurusan tertinggi universiti, sekali gus dapat menjadikan UUM sebagai salah sebuah universiti yang disegani dengan sistem pengurusan yang cemerlang selaras dengan Tahun Melawat UUM dan Hari Pengasasan UUM ke-40. OLEH : Wan Nur Azrin 02 BERITA KORPORAT - KAMPUS Suasana dewan dipenuhi para peserta yang terdiri daripada pelajar, pegawai, dan wakil-wakil Majlis Perwakilan Pelajar dari pelbagai institusi. Barisan hadapan dihuni oleh panel jemputan dan tetamu kehormat.


OLEH : Yushazniena Hazrinie PENGASAS ‘HAENBOG’ KAFE KONGSI TIPS PERNIAGAAN Sesi bual bicara yang berlangsung dengan pengasas Haenbog Kafe sempena PBU 2024 “Kehadiran pengasas Haenbog Kafe sangat memberi manfaat kepada pelajar yang berminat untuk meluaskan perniagaan mereka sendiri dengan berkongsi pelbagai tips yang mampu membantu pelajar”, jelas beliau. Penceramah berkongsi ilmu dalam mencari peluang untuk meluaskan perniagaan memerlukan semangat yang tidak putus dan perlu berani untuk mencuba. Tambahan juga, beliau menegaskan untuk kekal berfikiran positif walaupun berada dalam keadaan yang susah. “ Jika ingin memulakan perniagaan perkara yang perlu dibuang adalah perasaan malu dan takut untuk bertanya, malu dan takut untuk mencuba”, kata Pengasas Haenbog Kafe itu. s INTOK -– Bicara santai bersama usahawan berjaya diadakan barubaru ini sebagai salah satu program Program anjuran Kelab Rakan Siswa Yadim adalah satu platform bagi para pelajar mencari pengalaman serta ilmu perniagaan daripada pengusaha ‘Haenbog Kafe’ yang menjual pelbagai makanan korea kepada masyarakat Jitra. Menurut Pengarah Program, Nurin Nazilah, sesi perbincangan bersama Wan Ilisiema Zakirah Binti Nusi memberi peluang keemasan kepada pelajar yang mempunyai perniagaan sendiri untuk berinteraksi dengan tokoh usahawan yang berjaya menubuhkan jenamanya sendiri. di bawah Pesta Buku Utara ke-24 di Pentas Utama PBU’24, Universiti Utara Malaysia. “Pelajar perlu berhenti menormalisasikan budaya berpuak atau dikenali sebagai ‘assabiyah’ yang dapat merosakkan perpaduan masyarakat kerana tidak wujud kata sepakat dan kerjasama ketika membuat sesuatu keputusan. “Pemahaman yang mendalam terhadap prinsipprinsip Islam dapat membina landasan yang kukuh bagi perpaduan masyarakat yang harmoni dan progresif,” jelas beliau yang juga pernah berkhidmat sebagai profesor di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) selama 34 tahun. Ceramah ini berlangsung dengan kerjasama Sekretariat Rukun Negara dijalankan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM. Pesta Buku Utara 2024 yang berlangsung dari 27 April hingga 30 April mendapat sambutan meriah dari kalangan pelajar dan masyarakat di sekitar daerah Kubang Pasu dan Perlis. Selain pameran dan jualan buku dari pelbagai syarikat penerbit terkenal, disediakan juga gerai makanan, permainan dan kaunter bergerak KWSP, PTPTN serta Tabung Haji. Program ceramah tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan kehadiran penonton yang terdiri daripada kalangan pelajar UUM dan termasuk juga pengunjung pesta buku. 03 BERITA KORPORAT - KAMPUS


Kelab Rakan Siswa YADIM yang ditubuhkan pada tahun 2019 kini mempunyai jaringan di setiap universiti awam di Malaysia untuk membentuk generasi muda berasaskan kepada prinsip akidah ahli sunnah wal jamaah. Menurut Pengarah Program, Nur Najihah Najwa yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa Kelab YADIM UUM, program ini membantu pelajar mempraktikkan budaya Islam dalam kehidupan masyarakat majmuk. “Program ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum terutamanya di bawah institiusi yang sama dengan berkonsepkan nilai rohani,” jelas beliau. Penceramah jemputan, Profesor Dr. Mazlan Bin Abdul Wahid yang juga merupakan Exco Majlis Profesor dari Universiti Teknologi Malaysia menjelaskan bahawa budaya Islam mampu melestarikan perpaduan dengan nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, saling menghormati dan kasih sayang. “Pelajar perlu berhenti menormalisasikan budaya berpuak atau dikenali sebagai ‘assabiyah’ yang dapat merosakkan perpaduan masyarakat kerana tidak wujud kata sepakat dan kerjasama ketika membuat sesuatu keputusan. s INTOK - Pesta Buku Utara 2024 anjuran UUM Press menampilkan slot ceramah ‘Peranan Umat Islam OLEH : Nurul Jannah BUDAYA ISLAM DORONG PERPADUAN Professor Dr. Mazlan menyampaikan ceramah peranan umat sempenan Pesta Buku Utara 2024. dalam Perpaduan Masyarakat’ dengan kerjasama Kelab Rakan Siswa YADIM UUM, baru baru ini 04 BERITA KORPORAT - KAMPUS “Pemahaman yang mendalam terhadap prinsipprinsip Islam dapat membina landasan yang kukuh bagi perpaduan masyarakat yang harmoni dan progresif,” jelas beliau yang juga pernah berkhidmat sebagai profesor di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) selama 34 tahun. Ceramah ini berlangsung dengan kerjasama Sekretariat Rukun Negara dijalankan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM. Pesta Buku Utara 2024 yang berlangsung dari 27 April hingga 30 April mendapat sambutan meriah dari kalangan pelajar dan masyarakat di sekitar daerah Kubang Pasu dan Perlis. Selain pameran dan jualan buku dari pelbagai syarikat penerbit terkenal, disediakan juga gerai makanan, permainan dan kaunter bergerak KWSP, PTPTN serta Tabung Haji. Program ceramah tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan kehadiran penonton yang terdiri daripada kalangan pelajar UUM dan termasuk juga pengunjung pesta buku.


Penganjuran Pesta Anak Utaqa selama empat hari merupakan program keusahawanan untuk memupuk semangat keusahawan di kalangan mahasiswa. Pelbagai aktiviti menarik termasuk gerai jualan, photobooth, forum, alumni run, pameran kerjaya, permaianan tradisional, memanah, persembahan artis dan rumah hantu disediakan untuk pengunjung. Menurut pengarah program, Nur Wani Kamilia binti Md Saad, PAU bertujuan untuk memberi peluang kepada semua mahasiswa dan mehasiswi tanpa mengira negeri. “Pesta Anak Utaqa bukakan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi tanpa mengira negeri untuk mereka menikmati kemeriahan program ini,” “Dengan konsep klasik yang mengambil inspirasi dari warisan nusantara, pesta dapat menarik perhatian ramai pelajar dan orang awam di sekitar Kedah dan Perlis,” ujar beliau. Seorang usahawan buttermilk station dari Kedah berkata mereka amat teruja menyertai pesta anjuran biro keusahawan Inasis Petronas kerana pesta ini mendapat sambutan ramai pelanggan. Seorang pelanggan dan juga mahasiswi UUM, Tan Wei Yi, 23, berkata ini adalah kali pertama dia mengunjungi pesta yang diadakan di kampus UUM. s INTOK - Seramai 40 vendor sekitar Kedah dan Perlis memeriahkan program Pesta Anak Utaqa (PAU) anjuran Biro Keusahawanan dan OLEH : Chan Yu Qian 40 VENDOR MENJAYAKAN PESTA ANAK UTAQA BERITA KORPORAT - INASIS Kepimpinan, Inasis Petronas, Universiti Utara Malaysia baru-baru ini. “Saya rasa pesta ini bagus kerana pelajar UUM yang berbilang kaum dapat memeriahkan suasana pesta ini serta mampu membeli makanan dan minuman agar dapat menjamu selera dengan rakan berbilang kaum yang secara tidak langsung mampu menjalinkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kesatuan antara satu sama lain,” jelas Tan Wei Yi. “Diharapkan sambutan pesta ini dapat meningkatkan imej Inasis Petronas sebagai penganjuran yang berjaya,” ujarnya Program Pengarah. Kejayaan pesta ini juga diharapkan dapat memperkukuhkan semangat patriotisme di kalangan mahasiswa dan mahasiswi serta menyemarakkan suasana di kampus UUM. Pesta Anak Utaqa di Dataran Ilmu, Inasis Petronas mendapatkan sambutan meriah. Terdapat banyak gerai jualan seperti Air, Keropok Lekor, Kerabu Maggi, Western di Pesta Anak Utaqa, Inasis Petronas, UUM Pesta Anak Utaqa di Dataran Ilmu, Inasis Petronas mendapatkan sambutan meriah. 05


Program mobiliti antarabangsa ini melibatkan ramai pihak seperti UUM, Inasis Petronas, School of Quantitative Sciences (SQS), Malaysia Embassy Melbourne, University of Melbourne, Monash University dan Melbourne RMIT University. Program ini terbuka kepada semua pelajar UUM dan keutamaan diberikan kepada pelajar Inasis Petronas, pelajar SQS dan pelajar golongan B40. Program yang akan datang ini akan berlangsung di tiga buah universiti. Menurut Pengarah Program, Saudari Ardina Putri Syafeera, program ini diadakan kerana ia dapat meningkatkan “softskills” dan “hardskills” bagi pelajar UUM. “Program ini diadakan kerana ia mampu melonjakkan nama UUM ke persada dunia, kerana setiap program yang dirangka akan meningkatkan keterlihatan UUM. “Program Intercontinental Leadership Voyage to Australia ini juga dapat mengukuhkan hubungan, pertukaran budaya, kepimpinan dan kebajikan antara pelajar UUM dan Sydney University, Melbourne University, Australia,” ujarnya lagi. Antara aktiviti yang akan dijalankan ketika di Melbourne ialah “Melbourne Tour” di mana para peserta dibawa melawat tempat-tempat menarik di Melbourne. s INTOK - Bersempena dengan Tahun Melawat Universiti Utara Malaysia (UUM) 2024, Inasis Petronas akan OLEH : Tio Hui Jing BERITA KORPORAT - INASIS Pengetua Inasis Petronas, Encik Muhammad Noor Fitri Ahmad. menganjurkan program istimewa “Intercontinental Leadership Voyage to Australia” pada 18 hingga 26 Ogos 2024. PELAYARAN KEPIMPINAN INTERKONTINENTAL KE AUSTRALIA: TEROKA PELUANG BARU DALAM KEPIMPINAN GLOBAL Poster program Intercontinental Leadership Voyage to Australia. 06


BERITA KORPORAT- INASIS Ketika di University of Melbourne pula, aktiviti yang bakal dijalankan adalah seperti Intercontinental Leadership Voyage to Australia, Benchmarking of Melbourne University, Conference of Leadership UUM, Dialogue with Student Organizations of Melbourne University, Program Mental Health & Wellbeing, Feed the Homeless, Old is Gold, dan Experience Sharing in Volunteering. Para peserta akan turut menyertai Great Ocean Road Tour di mana mereka dibawa untuk melawat tempat-tempat pelancongan yang menarik. Peserta turut dibawa ke Malaysia Hall untuk sertai sesi perkongsian pelajar bersama dengan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Australia. Di Monash University, peserta akan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh UUM seperti Intercontinental Leadership Voyage to Australia, Benchmarking of Monash University, Conference of Leadership UUM-Monash University, Dialogue with Student Organizations of Monash University dan Program Mental Health & Wellbeing. “Saya berharap agar pihak pengurusan UUM dapat memberi peluang kepada pelajarpelajar UUM untuk mengadakan program mobiliti ke negara-negara Eropah. Ini kerana ia akan memberikan pendedahan kepada bakat-bakat yang dimiliki di UUM agar dapat berkhidmat di negara mereka walaupun pelajar kita hanya diberikan pendedahan sistem pendidikan dalam negara Malaysia sahaja,” kata Pengetua Inasis Petronas, Encik Muhammad Noor Fitri Ahmad secara optimistik. Program mobiliti antarabangsa anjuran Inasis Petronas bukan sahaja dapat mendedahkan pelajar pengalaman baharu, tetapi juga membuka minda pelajar tentang kehidupan di luar negara. OLEH : Tio Hui Jing 07


Program ini dilaksanakan sempena Pesta Anak Utaqa (PAU) yang berlangsung pada 24 April sehingga 27 April 2024 di Dataran Ilmu, Inasis Petronas. PAU merupakan program yang dianjurkan oleh Biro Keusahawanan dan Kepimpinan, Jawatankuasa Pembangunan Siswa (JKPS) Inasis Petronas. Program ini telah disertai oleh alumni dan 107 orang pelajar UUM. Acara larian ini terbahagi kepada dua kategori iaitu larian sejauh lima kilometer dan tujuh kilometer di sekitar kawasan UUM. Program ini telah dirasmikan oleh Pengetua Inasis Petronas, En. Muhammad Noor Fitri bin Ahmad. Menurut En. Muhammad Noor Fitri, acara larian telah dipilih sebagai platform untuk merapatkan hubungan silaturahim di antara alumni dan pelajar UUM kerana ia merupakan aktiviti yang diminati ramai pelajar. “Program ini merupakan program yang amat bagus kerana para alumni dapat mengenali pelajar UUM dengan lebih rapat sepanjang melakukan aktiviti larian bersama-sama.” ujar salah seorang peserta, Amir Adlan. s INTOK - Inasis Petronas buat julung kalinya telah menganjurkan acara larian iaitu “Alumni Run: OLEH : Umie Zulaika ALUMNI RUN: LET’S REUNITE TOGETHER MERAPATKAN HUBUNGAN ALUMNI DAN PELAJAR UUM. BERITA KORPORAT -INASIS Kelihatan para peserta sedang bersiap sedia untuk sesi senaman sebelum permulaan acara larian. Let’s Reunite Together” pada baru-baru ini di sekitar kawasan Universiti Utara Malaysia (UUM). Acara larian ini juga boleh melahirkan amalan gaya hidup sihat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai otak yang cerdas dan fizikal yang cergas. Pencapaian dan sumbangan alumni UUM merentasi pelbagai bidang yang berbeza dapat diserlahkan sekali gus memberikan motivasi kepada pelajar UUM. Menurut pengarah program, Aiza Nur Hazlyana sewaktu majlis penutupan, “pihak Inasis Petronas akan menganjurkan program Alumni Run: Let’s Reunite Together 2.0 dengan skala yang lebih besar dan baik pada masa yang akan datang.” Pendaftaran para peserta program. 08


Menurut Pengarah Program, Nurul Nadiah Binti Yusof, program Nadi Harapan: Derma Darah Selamatkan Nyawa bertujuan menggalakkan pelajar menderma darah dan membantu Hospital Sultanah Bahiyah yang mengalami kekurangan stok darah untuk kegunaan kecemasan. Program ini juga mengandungi pemeriksaan kesihatan yang memanfaatkan pelajar. Program ini telah menjalankan pendermaan darah dan pemeriksaan gula secara percuma. Pengarah Program, Nurul Nadiah Binti Yusof, mengatakan bahawa para pelajar menderma darah mengikut tahap kesihatan mereka sendiri yang telah diperiksa sebelum ini. “Pelajar universiti harus mengekalkan kesihatan yang baik dan terutamanya mengawal pengambilan gula harian mereka, jadi mereka perlu memeriksa gula mereka dari semasa ke semasa” tambahnya lagi. Para peserta tidak hanya menyumbang darah yang berharga, tetapi juga dapat manfaat daripada sesi pemeriksaan gula darah yang disediakan. Peserta juga diberikan makanan oleh JKPS Inasis Petronas dan menerima cenderahati sebagai penghargaan daripada Hospital Sultanah Bahiyah. s INTOK - Seramai 150 orang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menghadiri program Nadi Harapan di student lounge pelajar Inasis Petronas baru-baru ini. Program selama tiga hari dianjurkan oleh Inapan Siswa Petronas UUM dengan kolaborasi Hospital Sultanah Bahiyah serta Klinik Kesihatan Daerah Kubang Pasu. OLEH : Tham Yen May 150 PELAJAR SERTAI PROGRAM NADI HARAPAN: DERMA DARAH SELAMATKAN NYAWA BERITA KORPORAT - INASIS Kakitangan hospital mengesahkan keadaan kesihatan penderma darah. 09 “Program ini sangat bermakna dan memberi manfaat kepada diri saya dan pihak-pihak lain. Saya berharap dapat menyertai lebih banyak program pendermaan darah yang serupa”, ujar pelajar Ng Sin Man dari Inasis SME Bank yang turut serta dalam program ini. Penganjuran program tahunan Nadi Harapan: Derma Darah Selamatkan Nyawa meningkatkan lagi reputasi Inasis Petronas yang sering menyumbang kepada agensi dan masyarakat yang memerlukan. Program ini juga membantu Hospital Sultanah Bahiyah menangani kekurangan tabung darah mereka.


Berlangsung di Dataran Ilmu, Inasis Petronas UUM, program ini menarik perhatian pemimpin agama dari pelbagai keyakinan dan para peserta dari segala lapisan masyarakat. Dalam suasana yang penuh penghayatan, pembicarapembicara dari agama-agama yang berbeza memaparkan pandangan mereka mengenai bagaimana menjalani kehidupan yang seimbang. Penceramah jemputan program ini ialah Da'i Izzhar Nazri. Beliau merupakan seorang pencipta kandungan dan penulis yang amat berpengalaman. Beliau menekankan keperluan amalan rohani, kesedaran, dan kesedaran dalam menghadapi rintangan hidup. Dalam nada yang serupa, Da’i Izzhar Nazri menekankan perlunya refleksi dan kesedaran dalam kehidupan yang sibuk. "Dalam usaha kita mencapai kejayaan dan kemakmuran, kita tidak boleh mengabaikan perkembangan jiwa kita. Kekayaan sejati bukan hanya terletak pada kekayaan material tetapi pada kekayaan spiritual," katanya dengan penuh keyakinan. Para peserta digalakkan untuk memupuk pendekatan holistik terhadap kehidupan, yang menggabungkan aspirasi dunia dengan pembangunan spiritual. s INTOK - Dalam satu perhimpunan rohani yang memuka, program ceramah bertajuk "Bicara Hati: Dunia Dikejar, Akhirat Keciciran" telah mengilhamkan seramai 100 orang hadirin dengan pesanan yang mendalam tentang pengimbangan antara usaha duniawi dan pertumbuhan spiritual. OLEH : Khor En Wei “BICARA HATI : DUNIA DIKEJAR, AKHIRAT KECICIRAN” MEMBUKA PINTU DIALOG KEINSAFAN BERITA KORPORAT - INASIS Sesi bergambar dengan Da'i Izzhar Nazri. 10 "Ini bukan tentang menolak dunia, tetapi tentang menavigasinya dengan hati yang teguh dalam iman dan nilai," tekankan Da’i Izzhar Nazri. Selain ceramah, program ini juga menampilkan sesi soal jawab di mana peserta diberi peluang untuk bertanya dan berkongsi pengalaman mereka. Seorang hadirin, Nurul Aisyah, 21, menyatakan bahawa program ini benar-benar menyentuh hatinya. "Saya sedar bahawa dalam kesibukan saya mengejar kerjaya, saya telah mengabaikan banyak aspek penting dalam kehidupan beragama. Program ini membuka mata saya untuk membuat perubahan dan mencari keseimbangan yang lebih baik." Dengan perbincangan mendalam yang menggugah pemikiran dan panggilan untuk bertindak, program ceramah ini tidak hanya mencerahkan tetapi juga membawa sinar kebijaksanaan spiritual kepada mereka yang hadir.


Menurut Pengarah program Jom Fit, Yeoh Xing Ru, aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut iaitu Aerodance. Aktiviti Aerodance ini telah berlangsung selama 4 jam pada hari tersebut dan mendapat sambutan yang aktif daripada peserta dan staf Inasis Petronas. Beliau juga menyatakan bahawa aktiviti Aerodance tidak pernah dianjurkan oleh mana-mana pihak dalam Universiti Utara Malaysia(UUM). Oleh itu, tujuan pihak Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia mengadakan kerjasama dengan pihak biro kesukanan Inasis Petronas adalah untuk mewujudkan satu amalan gaya hidup sihat dengan memperkenalkan budaya menari Aerodance dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia. Dalam program ini, terdapat seorang wakil dari pihak Pusat Sukan UUM, iaitu Encik Firdaus, merupakan seorang pegawai belia dan sukan kanan UUM, telah menghadiri program Jom Fit ini. Encik Firdaus telah memberi ucapan ringkas sebelum aktiviti Aerodance bermula. Beliau telah menasihati pelajar UUM supaya sentiasa menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan seimbang, bersenam atau berjoging apabila mempunyai masa lapang. s INTOK - Seramai 60 orang peserta dari Inasis Petronas bersama dengan staf-staf Inasis Petronas telah menjayakan program Jom Fit di OLEH : Mah Poh Ching JOM FIT PETRONAS-AMALAN GAYA HIDUP SIHAT BERITA KORPORAT - INASIS Sesi memanaskan badan sebelum sesi aerodance berlangsung Dataran Ilmu Petronas baru-baru ini. Program Jom Fit ini diadakan dengan penglibatan Pusat Sukan Universiti Utara Malayia (UUM) dengan kerjasama Inasis Petronas. 11 Selain melakukan aktiviti Aerodance, para peserta dan staf Inasis Petronas juga mengambil peluang untuk mengenali sesama antara lain. Terdapat seorang peserta daripada Inasis Petronas telah berkongsi satu peristiwa yang menarik dengan Pengarah program, iaitu Yeoh Xing Ru, selepas program ini. Pengarah program, Yeoh Xing Ru berkata, “ terdapat sebilangan pelajar lelaki menari di depan pentas dengan penuh semangat, sehingga berjaya mempengaruhi semua peserta di Dataran Ilmu Petronas menari dengan suasana yang gembira dan meriah. Di samping itu, para peserta diberikan pek makanan dan air minuman oleh Ahli Jawatankuasa program ini selepas tamat aktiviti Aerodance. Di sampimg itu, semua pelajar UUM telah banyak belajar teknik-teknik bersenam yang dapat membantu mereka mengekalkan satu tubuh badan yang sihat serta mengamalkan kehidupan yang sihat dan sejahtera. “Saya berharap agar program seperti ini boleh dijalankan dengan kerap dan juga bilangan pelajar yang lebih banyak terlibat dalam program tersebut supaya kesihatan badan ditingkatkan dari semasa ke semasa.”Pengarah program, Yeoh Xing Ru akhir berkata.


Student Lounge yang memuatkan seramai 30 hingga 40 orang pelajar itu sesuai dan selesa untuk pelajar mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan tugasan bersama rakan dengan ruangnya yang sangat luas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Student Lounge yang beroperasi setiap hari pada pukul 8 pagi hingga 10 malam itu juga dilengkapi dengan bilik karaoke, kelengkapan permainan snooker serta alat canggih permainan video PS5 yang sering menjadi perhatian utama pelajar Inasis Petronas dan juga mendapat kunjungan pelajar dari inasis lain. ”Kami berbesar hati menyatakan kelebihan Student Lounge kami yang dilengkapi dengan ruang rehat yang sangat luas, sejuk dan mempunyai permainan video seperti PS5 yang kami kategorikan sebagai ‘exclusive facility’ ,” kata Timbalan Exco Biro Kebajikan dan Keselamatan (BKK), Ahmad Zafran Azfar semalam. Penggunaan fasiliti hiburan dalam Student Lounge ini juga berbayar dan menjadi sumber pendapatan kepada BKK sebagai modal untuk penyelenggaraan serta ‘food bank’ dalam Student Lounge. s INTOK - Inapan Siswa atau dikenali sebagai Inasis Petronas mempunyai fasiliti Student Lounge yang terbaik berbanding dengan inasis yang lain OLEH : Sharifah Nur Qistina INASIS PETRONAS MILIKI FASILITI TERBAIK BERITA KORPORAT- INASIS Ruang rehat yang sangat luas serta dilengkapi penghawa dingin yang selesa Kemudahan bilik karaoke dan penggunaan alat permainan video PS5 dengan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuklah fasiliti hiburan untuk pelajar meluangkan masa dan melepaskan tekanan pelajaran. 12


BERITA KORPORAT - INASIS BKK Inasis Petronas juga melantik pelajar dari ‘On Campus Job’ untuk memastikan Student Lounge sentiasa terjaga dan dalam keadaan yang bersih. ”Umumnya, penyeliaan Student Lounge Petronas ini merupakan tanggungjawab biro kami. Jadi, sebelum adanya pelantikan ‘On Campus Job’, exco, timbalan exco serta ajk yang terlibat dalam memastikan Student Lounge berada dalam keadaan selesa, selamat dan bersih,” tambahnya lagi. Tindakan sukarela daripada ahli jawatankuasa biro juga membantu memantau Student Lounge supaya berada dalam keadaan terjaga serta sentiasa mengadakan hubungan yang baik dengan pihak pejabat Inasis Petronas dan JPP UUM supaya segala tindakan penyeliaan student lounge ini sentiasa dalam keadaan tersedia. OLEH : Sharifah Nur Qistina “Kami juga mempunyai visi untuk memperkukuhkan lagi organisasi dalaman khususnya dalam urusan birokrasi supaya dapat mempelbagaikan lagi fasiliti yang moden yang memberikan kemudahan kepada pelajar serta pengguna Student Lounge kami,” katanya lagi. Menurut beliau, usaha biro dalam memastikan student lounge ini sentiasa lengkap dengan kemudahan yang lain juga adalah dengan memaksimalkan keuntungan seperti jualan makanan dan minuman, serta penggunaan kemudahan seperti permainan video PS5. Tambahan, BKK juga sering mendapat maklum balas student lounge yang cukup memuaskan dengan penyediaan ruang yang sangat luas, penghawa dingin yang memberikan suasana yang kondusif kepada pengguna. Terdahulu, turut berlangsung juga beberapa program yang menggunakan fasiliti Student Lounge Inasis Petronas ini seperti Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat sempena ambang tahun baru 2024, serta Program Derma Darah. 13


Salah satu sub program yang menarik perhatian adalah "Zero Hunger Spread The Love", dimana 49 pelajar dari Petronas ini mengambil inisiatif untuk mengedarkan Cocopie, sejenis biskut coklat, kepada 196 orang di Universiti Sejong, Korea Selatan. Program ini juga menarik perhatian Puan Julie Pinada, seorang pegawai antarabangsa dari Filipina yang bertugas di Universiti Sejong yang turut serta dalam aktiviti mengedar biskut cocopie ini. Menurut Timbalan Pengarah Program mobiliti ini, saudara Muhammad Syawal, mengatakan, matlamat utama program adalah untuk memperkukuhkan rasa kasih sayang di kalangan pelajar serta orang awam di Universiti Sejong. ”Kami memilih Cocopie sebagai produk yang kami edarkan adalah kerana populariti biskut ini yang tinggi di kalangan penduduk tempatan”, jelas beliau. s INTOK - Seramai 49 pelajar Inasis Petronas dari Universiti Utara Malaysia telah ke Korea Selatan bersempena program yang Inasis OLEH : Nur A’isyah COCOPIE, TALI IKATAN KASIH MESRA UUM & SEJONG UNIVERSITY BERITA KORPORAT - INASIS Peserta Inasis Petronas bersama Puan Julie Pinada, pegawai antarabangsa Universiti Sejong Saudara Syawal memberi Cocopie kepada orang awam di Universiti Sejong Petronas anjurkan iaitu International Mobility to South Korea selama lapan hari baru-baru ini. Selain mengedarkan Cocopie, pelajar Inasis Petronas juga menyertakan quotes atau ayat-ayat semangat kepada penerima. 14


BERITA KORPORAT - INASIS “Kita mengharapkan bahawa dengan pembahagian biskut Cocopie dan quotes ini, sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat serta mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka di sini”, ujar Saudara Syawal lagi. Namun demikian, atas faktor berhati-hati, tidak semua orang awam di sana menerima Cocopie yang diedarkan. Program ini juga membuka peluang untuk memperluas jaringan sosial dan antarabangsa bagi pelajar yang terlibat dengan berinteraksi secara langsung dengan komuniti tempatan, mereka dapat memahami lebih mendalam tentang budaya dan kehidupan di Korea Selatan.. OLEH : Nur A’isyah “Saya berasa sungguh seronok dengan program Zero Hunger Spread The Love ini, kerana dengan cara ini saya dapat mempelajari cara untuk berkomunikasi dengan orang tempatan di sini dan mendapat kenalan baharu”, jelas saudari Amirah selaku peserta dari inasis Petronas yang terlibat. Kejayaan program ini juga menandakan bahawa usaha kecil seperti mengedarkan biskut dan memberikan kata-kata semangat dapat memberi impak yang besar dalam membantu pelajar UUM untuk membuat “networking” bersama pelajar Universiti Sejong. “Dengan usaha yang berterusan dan komitmen yang kukuh, diharapkan programprogram seperti ‘Zero Hunger Spread The Love’ akan terus memberi manfaat yang besar dalam memperkukuhkan hubungan antara pelajar dan masyarakat setempat sambil juga memberi sumbangan kepada usaha-usaha global untuk mencapai matlamat pembangunan mampan” Jelas saudara Syawal. 15 Lawatan ke Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, Korea


Kerjasama badan-badan NGO seperti Myfundaction, KMF Korea Muslim Federation serta pihak Masjid Seoul yang turut sama mengembleng tenaga dalam tanggungjawab sosial ini. Menurut Pengarah Program, Muhammad Asyraf Bin Mohd Fazil yang juga merupakan Presiden Inasis Petronas, program ini mampu memupuk integrasi budaya dan persefahaman antara masyarakat mualaf Korea dan muslim. “Program ini juga bertujuan untuk menyediakan persekitaran bagi pertumbuhan rohani dan pendidikan agama yang selaras, walaupun dalam suasana kem musim sejuk,” jelas beliau lagi. Seramai 66 orang sukarelawan yang dapat dikumpulkan dengan gabungan diantara pelajar Inasis Petronas, pihak NGO serta beberapa orang pelajar Malaysia yang menuntut di Korea seperti Korea Universiti, Yonsei Universiti, Inha Universiti dan Sungkyunwan Universiti. Aktiviti pertama yang dijalankan ialah mengadakan ‘Booth Cultural Exchange’ di perkarangan Masjid Seoul, antaranya seperti melukis batik, kaligrafi khat, menyusun ayat- ayat Al-Quran dan tadabbur ayat-ayat. s INTOK - Inasis Petronas berjaya mengadakan program ‘International Mobility Delegationof UUM to the OLEH : Siti Zubaidah INASIS PETRONAS: PUPUK SEMANGAT INTEGRASI DI KEM MUSIM SEJUK MUSLIM KOREA 2024 BERITA KORPORAT - INASIS Aktiviti menulis kaligrafi khat di Booth Cultural Exchange yang diadakan di perkarangan Masjid Seoul. Aktiviti menyusun ayat Al-Quran bersama MyFundaction, Korea Muslim Federation (KMF) dan pelajar Inasis Petronas. 16 Program ini diteruskan dengan perkongsian pengalaman ramadhan oleh saudara Nasir Seong, menjalani ibadat puasa bagi kebanyakan saudara baharu atau mualaf pastinya mencabar. “Namun puasa banyak mengajar saya erti sabar dan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi niat kena betul dan disiplin diri yang paling penting,” ulas beliau. antarabangsa tersebut,program ‘Korean Muslim Winter Camp 2024’ telah diadakandi Masjid Seoul pada hari kelima. Republic Korea 2024’ selama lapan hari baru-baru ini. Bersempena dengan aktiviti


BERITA KORPORAT - INASIS Program ini juga disertakan dengan aktiviti membuat tasbih DIY bersama pelajar sekolah rendah di Seoul yang dikendalikan oleh pasukan Kaffah Kids, Cikgu Tazmahal dan Dr. Aimi. Turut hadir memeriahkan program ‘Korean Muslim Winter Camp 2024’ ialah Encik Muadz Bin Ahmad Nazri selaku wakil MyFundaction, Encik Ahmad Fahreen Bin Qusyairi, ketua projek ‘Ramadhan Haengbok Korean Muslim 2024’ dan Dr. Khairina Binti Muhammad Husin, Pensyarah Universiti Utara Malaysia selaku pengiring lawatan pelajar Inasis Petronas. Di samping itu, program ini mendapat sambutan yang baik bukan sahaja daripada pihak NGO, masyarakat mualaf korea, namun para pelajar di Korea juga turut hadir menjadi sukarelawan dan peserta untuk setiap program yang diadakan. Program ini juga turut meningkatkan imej Inasis Petronas, Universiti Utara Malaysia sebagai inasis terkemuka kerana kerjasama antarabangsa yang dijalankan ini berjalan dengan jayanya. 17 OLEH : Siti Zubaidah


Program ini telah berlangsung pada 27 April 2024 di Hutan Simpan Merbok di Jitra, Kedah. Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah menyuarakan keinginan mereka untuk berkolaborasi dengan pihak universiti bagi menjayakan CSR Pokok Paya Bakau. Menurut pengarah program Nur Wani Kamilia, projek ini dilaksanakan untuk mencapai hasrat mereka dan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kedah untuk berkolaborasi dengan masyarakat setempat dan dalam masa yang sama memupuk semangat cintakan hutan. Sebanyak 300 benih pokok paya bakau berjaya ditanam oleh lebih kurang 120 orang pelajar dari UUM, UNIMAP dan MASKUM yang menyertai program tanggungjawab sosial bersama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah menanam pokok paya bakau di Hutan Simpan Merbok, Jitra, Kedah. Sebanyak tiga buah bas telah digunakan untuk membawa semua peserta. J ITRA -Hutan Kembali Hijau (CSR Paya Bakau) merupakan sebuah program CSR yang diadakan hasil OLEH : Amni Farhana INISIATIF CSR "HUTAN KEMBALI HIJAU" TUMPU PENANAMAN POKOK PAYA BAKAU BERITA KORPORAT - INASIS Para pelajar bekerjasama menanam benih pokok paya bakau Sesi perasmian program oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah 18 “Pendedahan yang bermanfaat daripada program ini telah memberikan ilmu baharu kepada para pelajar dari UUM, UNIMAP dan MASKUM seperti cara menanam pokok paya bakau dan manfaat-manfaat daripada pokok paya bakau itu sendiri,” kata pengarah bersama Hutan Kembali Hijau (CSR Paya Bakau) dan juga selaku Exco Biro Integrasi, Komuniti dan Antarabangsa Inasis Petronas, UUM, Tun Amir Adlan. daripada kolaborasi di antara Inasis Petronas Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama dengan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM), dan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.


OLEH : Nurizzatul Nisa RIANG RAYA RUMAH MESRA PETRONAS BERITA KORPORAT - INASIS Sesi fotografi bersama tertamu, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, YDP MPP, dan pihak Inasis Petronas 19 Naib Canselor UUM, Profesor Dr. Mohd Fo’ad Sakdan menyatakan keterujaan beliau dengan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri Inasis Petronas. Salah seorang wakil Majlis Tertinggi Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) memberitahu bahawa “jamuan raya ini amat penting diadakan untuk mewawarkan budaya perayaan kaum Melayu kepada semua bangsa”. Tambahnya lagi, “kami megadakan jamuan raya dengan persiapan yang penuh teratur untuk meraikan bersama dengan warga Inasis Petronas”. Pihak Inasis Petronas menyediakan khemah, kerusi, meja, dan lain-lain lagi bagi memberi keselesaan kepada para tetamu yang hadir ke jamuan pada tahu ini. Persiapan dekorasi seperti pemasangan lampu, meja-meja jamuan serta tempat untuk persembahan nyanyian dan muzik juga dihias dengan menarik bagi menaikkan lagi suasana jamuan raya Inasis Petronas. S INTOK - Inasis Petronas Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan jamuan “Riang Raya Rumah Mesra PETRONAS” sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini di Dataran Ilmu, Inasis Petronas UUM. Jamuan raya diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Naib Canselor UUM, Profesor Dr. Fo’ad Sakdan, Timbalan Naib Canselor UUM, Profesor Dr. Ahmad Martadha, dan barisan pegawai Inasis Petronas. Kehadiran para pelajar yang mengenakan pakaian seperti baju melayu serta baju kurung memancarkan keindahan dan keanggunan serta menambahkan lagi warna-warni jamuan raya Inasis Petronas. Seramai lebih tiga ratus orang menikmati pelbagai juadah yang telah disediakan oleh pihak Inasis Petronas. Antara juadah yang disediakan ialah lemang, rendang, ketupat, kuih-muih tradisional dan pelbagai lagi juadah khas dan menarik yang menjadi tarikan utama. Pelajar-pelajar antarabangsa yang menghadiri jamuan raya Inasis Petronas turut mengenakan pakaian tradisional Melayu seperti baju Melayu dan baju kurung. Mereka turut menajamu selera juadah makanan raya yang telah disediakan. Jamuan raya tidak lengkap tanpa nyanyian lagu-lagu raya yang didendangkan oleh para pelajar daripada Inasis Petronas. Nyanyian merdu mereka turut disertai dan dinyanyikan bersama dengan para pelajar yang lain. Selain menjamu pelbagai juadah yang disediakan, majlis tahunan ini dijadikan platform untuk mengeratkan silaturahim antara tetamu dan merupakan waktu yang tepat untuk berkumpul bersama.


RENCANA BERITA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA A 2 3 2 / 2 0 2 4


Program berlangsung di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah ini menampilkan pakar kesihatan, selebriti dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Beberapa buah sekolah autisme seperti SK Bandar Baru Sintok, SK Wan Kemara, SK Batu 18 dan SMK Bandar Baru Sintok telah menyertai program ini. Program ini turut disertai oleh kaunselor dari PPD Kubang Pasu. Menurut Pengarah Program Dr. Yusniza Mohd Yusoff, program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan kesefahaman guru, ibubapa, dan masyarakat tentang gangguan spektrum autisme (ASD). “Program ini diadakan untuk membantu guru, ibubapa dan masyarakat untuk mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah autisme dengan lebih awal agar intervensi awal dapat diberikan. “Program UUM Menyantuni Autisme bertujuan untuk meningkatkan dan memberi sokongan yang tepat kepada pelajar-pelajar yang mempunyai diagnosis autisme,” ujar beliau lagi. SINTOK – SLCP telah mengadakan program istimewa “UUM Menyantuni Autisme” seiring dengan Ulang Tahun Ke-40 Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini untuk meningkatkan kesedaran tentang autisme. Program ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan. “Sambutan seperti ini amat penting dan berperanan untuk menekankan betapa pentingnya kita mengambil kira hak asasi semua individu berkelainan upaya (OKU) dan memberikan mereka peluang untuk saksama bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka dari semua aspek di sepanjang hayat mereka,” ujar beliau. Menurut beliau, UUM juga mempunyai sebelas orang pelajar autisme yang kini menuntut ilmu dalam pelbagai jurusan seperti Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa, Teknologi Maklumat, Pengurusan Risiko dan Insurans, Sains Pemutusan, Sains Komputer, Komunikasi, Ekonomi, Pengurusan Acara dan Pengurusan Pelancongan. OLEH : Tio Hui Jing MEMBANGUN BERSAMA: UUM DAN KOMUNITI BERSATU DEMI AUTISME Sesi perkongsian bersama Dr. Ahmad Idham Bin Ahmad Nadzri bersama isterinya Puan Jameah Binti Abdul Aziz. 20 RENCANABERITA - KAMPUS


Reruai informasi tentang Independent Living Centre (ILC) Permai oleh Inasis Petronas juga disediakan agar dapat mendedahkan para pengunjung tentang kemudahan dan kelengkapan yang disediakan oleh UUM kepada pelajar-pelajar istimewa. Pameran seni oleh anak-anak autisme juga dijalankan sepanjang program berlangsung untuk menunjukkan dan menonjolkan bakat-bakat anak-anak istimewa ini. Antara pameran yang terdapat pada hari tersebut adalah pameran lukisan anak-anak autisme di mana para pengunjung berpeluang untuk melihat anak-anak ini melukis gambar-gambar kesukaan mereka. Terdapat juga seorang anak autisme yang sangat mahir dalam pengiraan di mana dia dapat mengira tanpa menggunakan kalkulator. Justeru itu, kempen derma darah turut dijalankan sepanjang program berlangsung agar dapat menarik perhatian pengunjung yang berminat untuk menderma darah dan pada masa yang sama mendedahkan mereka dengan program UUM Menyantuni Autisme 2024. Program dimeriahkan lagi dengan penyaksian persembahan khas anak-anak istimewa seperti bercerita dan tayangan filem juga disediakan kepada anak-anak autisme di Bilik Auditorium 2, Perpustakaan Sultanah Bahiyah. 21 23 Pameran seni oleh anak-anak autisme.


Pengarah Program, Mohammad Aqmar Rifki, menyatakan bahawa tujuan utama inisiatif bantuan ini adalah untuk memastikan pelajar dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran mereka tanpa perlu risau tentang keperluan asas harian. “Program ini tidak hanya membantu dari segi kewangan, tetapi juga memupuk semangat kemasyarakatan dan sokongan di kalangan pelajar,” katanya. Tambahnya, bantuan ini khusus untuk pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan, terutamanya golongan B40. SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) telah melancarkan Program Bantuan Makanan Kluster Kebajikan yang dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu mengurangkan beban kewangan pelajar, khususnya pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah, serta mempromosikan persekitaran kampus yang inklusif dan saksama. Program ini memberikan manfaat kepada 320 pelajar dari pelbagai kaum dan latar belakang. Sokongan Padu Penaja dan Universiti Program ini turut dibiayai oleh 13 syarikat penaja termasuk Lions Club of Alor Star (Host), GPC Development Sdn Bhd, Muses Wellness Academy Sdn Bhd, dan lain-lain yang menyediakan pelbagai makanan kering termasuk biskut, kek roti dan minuman. Dengan adanya sokongan daripada penaja ini, program tersebut mampu mencapai matlamatnya untuk meringankan beban kewangan pelajar yang memerlukan. Timbalan Pengarah Program, Tang Rui Cong, 22, menyatakan rasa syukur atas inisiatif ini dan menegaskan betapa pentingnya program sebegini untuk pelajar yang menghadapi masalah kewangan. "Ramai rakan-rakan saya yang menghadapi masalah kewangan akan mendapat manfaat daripada program ini. Ia benar-benar membantu mengurangkan beban kami," katanya. Manfaat Langsung kepada Pelajar Seorang penerima bantuan, Siti Nur Alia, 21, pelajar semester dua, berkata bahawa bantuan makanan ini amat bermakna bagi pelajar seperti dirinya yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah. "Bantuan ini meringankan beban saya, saya boleh jimatkan wang untuk kegunaan lain," katanya. Siti Nur Alia yang merupakan antara golongan yang sangat memerlukan bantuan sebegini untuk terus bertahan dan berjaya dalam pengajian mereka. OLEH : Khor En Wei 320 PELAJAR DAPAT MANFAAT PROGRAM BANTUAN MAKANAN, LANGKAH INKLUSIF KEBAJIKAN UUM Pelbagai jenis bantuan makanan termasuk biskut, kek roti, minuman, dan makanan kering yang disediakan oleh penaja. 22 RENCANABERITA - KAMPUS


Komitmen Terhadap Kesejahteraan Pelajar Program ini mencerminkan komitmen UUM dalam menyokong kesejahteraan pelajar dan mewujudkan persekitaran yang inklusif di kalangan komuniti universiti. Inisiatif ini juga diharapkan dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan menyokong kesejahteraan mental serta fizikal pelajar, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara dalam jangka masa panjang. Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan, menegaskan bahawa program sebegini adalah sebahagian daripada usaha berterusan universiti untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir akibat masalah kewangan. "Kesejahteraan pelajar adalah keutamaan kami, dan kami akan menyediakan sokongan yang diperlukan untuk membantu mereka mencapai kejayaan akademik dan peribadi," ujarnya. Harapan Masa Depan Pelancaran Program Bantuan Makanan Kluster Kebajikan ini memberi inspirasi kepada institusi pendidikan lain untuk turut serta dalam usaha membantu pelajar yang kurang berkemampuan. Inisiatif seperti ini bukan sahaja penting untuk kesejahteraan pelajar tetapi juga untuk membina masyarakat yang lebih adil dan penyayang. Melalui program ini, UUM bukan sahaja membantu dari segi kewangan tetapi juga memupuk semangat solidariti dan kebersamaan di kalangan pelajar, membentuk generasi muda yang lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling. Turut hadir dalam program ini adalah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Muhammad Iskandar Zulkarnai, Pengurus Bahagian Pembangunan Pelajar, Mohammad Farhan Ismail, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UUM, Syahril Ahmad Sofian, Pengarah Program, Mohammad Aqmar Rifki, serta para penaja. 23 RENCANABERITA - KAMPUS Sebahagian pelajar UUM yang menerima bantuan makanan.


Seramai 300 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dan 30 peniaga tempatan dari Kedah dan Perlis turut serta memeriahkan festival empat hari ini. Penganjuran program Festival Nostalgia X Pesta Rakyat Indonesia merupakan program keusahawanan dalam memperkukuhkan kemahiran pelajar UUM dalam bidang keusahawanan dan kepimpinan melalui pelbagai aktiviti menarik dan interaktif. Festival Nostalgia menyediakan platform yang menyeronokkan dan bermanfaat kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran insaniah. Program ini juga memberikan pengalaman secara langsung dalam pengurusan perniagaan, memupuk keyakinan diri, dan menyemai semangat kerjasama dalam kalangan pelajar. Melalui festival ini, pelajar UUM dapat mengembangkan mekanisme daya tahan dan kecekalan untuk menghadapi cabaran dan mencapai matlamat dalam kehidupan. SINTOK – Festival Nostalgia X Pesta Rakyat Indonesia anjuran Exco Keusahawanan dan Kepimpinan JKPS Inasis Petronas, Universiti Utara Malaysia berjaya menerapkan kemahiran keusahawanan dan kepimpinan baru-baru ini. Menurut Pengarah Program, Nurin Ilyana binti Mohd Nazri, Festival Nostalgia menampilkan pelbagai aktiviti bertujuan untuk meningkatkan kemahiran insaniah pelajar UUM. Aktiviti yang diadakan seperti bengkel, ceramah, perbincangan, pertandingan, dan persembahan telah meningkatkan kemahiran kepimpinan, kerjasama berpasukan, dan kebolehan komunikasi pelajar. Para peserta berpeluang untuk belajar secara interaktif melalui aktiviti pembinaan pasukan, penyelesaian masalah, dan permainan peranan. OLEH : Tham Yen May FESTIVAL NOSTALGIA X PESTA RAKYAT INDONESIA: PUPUK KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN KEPIMPINAN Gerai vendor yang menjual pelbagai makanan di Festival Nostalgia. 24 RENCANABERITA - INASIS


Program ini berlangsung selama empat hari dengan pelbagai aktiviti yang menarik setiap hari. Program dimulakan dengan perniagaan daripada pelbagai gerai vendor, permainan memanah, dan rumah hantu, diikuti dengan pembukaan rasmi Festival Nostalgia dan acara ‘Glow in the Dark’. informasi tentang Independent Living Centre (ILC) Permai oleh Inasis Petronas juga disediakan agar dapat mendedahkan para pengunjung tentang kemudahan dan kelengkapan yang disediakan oleh UUM kepada pelajar-pelajar istimewa. Hari-hari berikutnya diteruskan dengan acara menarik seperti ‘Simba Walk’, ‘Sarong Sepetang’, dan diakhiri dengan ‘Melompat Zaman Dahulu Kala’. Salah satu acara kemuncak Festival Nostalgia adalah persembahan khas oleh artis terkenal, Shiha Zikir. Shiha Zikir mewujudkan situasi meriah dan menarik perhatian penonton, keadaan ini turut menarik perhatian ramai pengunjung dengan persembahannya yang menghiburkan. Kehadiran artis bukan sahaja menarik perhatian hadirin, tetapi juga membantu lebih ramai pengunjung ke gerai-gerai sekitar untuk berbelanja, memberi peluang kepada para peniaga untuk meraih keuntungan. Festival Nostalgia juga memupuk semangat kekitaan dan merapatkan hubungan dalam kalangan pelajar UUM melalui aktiviti sosial seperti persembahan muzik, festival makanan, dan sambutan kebudayaan. Aktiviti-aktiviti tersebut berjaya mengurangkan isolasi sosial dan mewujudkan suasana yang lebih inklusif, serta menyokong perkembangan keseluruhan pelajar. Dengan kejayaan penganjuran Festival Nostalgia, UUM sekali lagi menunjukkan komitmennya dalam memupuk pembangunan pelajarnya yang holistik. Demikian, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan meningkatkan pengalaman pelajar dan membolehkan mereka untuk menjadi pemimpin masa depan yang berdaya saing. 25 RENCANABERITA - INASIS


Program mobiliti pelajar menjadi semakin popular di kalangan institusi pengajian tinggi di seluruh dunia untuk memberikan pengalaman dan memperkukuh bakat kepemimpinan di kalangan generasi muda. Dengan fokus kepada pertukaran budaya, pemahaman global, dan pengembangan kemahiran kepemimpinan, program ini memberikan platform unik bagi pelajar untuk memperluas wawasan mereka dan membina jaringan antarabangsa yang kuat. Terdapat 2 kategori program mobiliti pelajar iaitu mobiliti kredit atau tanpa kredit. Program mobiliti dengan kredit ini direka untuk memberi pelajar pengalaman akademik yang terstruktur di luar negara. Pelajar biasanya mengambil mata pelajaran yang diiktiraf dan memperoleh kredit yang boleh dipindahkan ke program pengajian mereka. Sejak tahun 2015 sehingga 2018, seramai 446 orang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengikuti program mobiliti keluar negara. Ini menunjukkan bahawa terdapat ramai pelajar yang berminat menyertai program mobiliti. SINTOK – Program mobiliti pelajar adalah inisiatif institusi pengajian tinggi untuk membolehkan pelajar mengikuti sebahagian daripada pengajian mereka di institusi lain, sama ada di dalam negara atau di luar negara. Program mobiliti bertujuan untuk memperluas pengalaman akademik dan budaya pelajar, serta meningkatkan keterampilan dan kebolehpasaran mereka. Bagi program mobiliti tanpa kredit lebih menekankan kepada pengalaman peribadi, budaya, dan pembangunan kemahiran daripada penyelesaian akademik dan pelajar tidak menerima kredit yang boleh dipindahkan. Meskipun tidak mendapat kredit akademik, pelajar masih berpeluang untuk membina jaringan global, memperluas wawasan budaya, dan memperkukuhkan kemahiran sosial dan kepimpinan. Pengalaman mobiliti membantu pelajar membangunkan kemahiran global seperti kebolehan beradaptasi, kepimpinan, komunikasi antara budaya, dan pemahaman terhadap isu-isu global yang semakin penting dalam pasaran pekerjaan yang serba global. OLEH : Nurizzatul Nisa PROGRAM MOBILITI PERLUAS JARINGAN ANTARABANGSA MAHASISWA Program mobiliti pelajar bersama pelajar Universitas Gadjah Mada. 26 RENCANABERITA - INASIS


Selain membekalkan ilmu pengetahuan, pihak universiti juga mengambil inisiatif tambahan bagi memperlengkapkan diri graduan supaya dapat terus bersaing di alam pekerjaan kelak. Inisiatif ini dijalankan bagi menggalakkan seramai mungkin pelajar mengikuti program mobiliti sebelum menamatkan pengajian kerana universiti percaya pendedahan yang diperoleh di luar bilik kuliah seperti melalui program mobiliti akan memberikan pengalaman dan pengetahuan berguna kepada graduan. Justeru itu, UUM melalui Inasis Petronas telah mengadakan satu program mobiliti pelajar tanpa kredit iaitu International Mobility: UUM Discovery of Culture and Leadership to Indonesia selama lapan hari di dua buah universiti terbaik Indonesia iaitu Universitas Indonesia (UI), Jakarta dan Universitas Gadjah Mada (UGM), Yogyakarta. Program ini turut dihadiri oleh Pengetua Inasis Petronas, En. Muhammad Noor Fitri bin Ahmad, barisan Jawatankuasa Kepimpinan & Pembangunan Siswa, Residen Siswa dan Ketua Blok (JKPSRSKB) Inasis Petronas sesi 2022/2023 seramai 28 orang dan termasuk pegawai pengiring. Objektif Program Mobiliti Pelajar UUM ke Indonesia Menurut Pengarah Program, Ardina Putri Syafeera, “program mobiliti ini adalah satu inisiatif Inasis Petronas untuk membuat satu penanda aras di dua top universiti di Indonesia iaitu UI dan UGM serta program ini diadakan bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau di universiti mereka digelar sebagai Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) untuk menukar idea berkaitan kepimpinan di universiti masing-masing”. “Kebanyakan barisan JKPSRSKB mahir dalam kepimpinan namun daripada aspek skil berkomunikasi dan cara mereka membawa diri di luar masih kurang. Oleh itu, saya menjalankan program mobiliti ke Indonesia ini bagi membentuk kenalan dan hubungan antarabangsa antara pelajar dari luar negara dan memberikan pendedahan yang lebih meluas kepada JKPSRSKB berkaitan kepimpinan di inasis dan juga dalam universiti,” jelas beliau. Lawatan ini dijalankan sebagai timbal balik kepada universiti-universiti di Indonesia yang pernah mengunjungi UUM. UI dan UGM menyatakan keterujaan mereka dan menerima lawatan daripada JKPSRSKB Inasis Petronas kerana objektif program ini seiring dan bersesuaian dengan jawatan mereka sebagai BEM. Pelbagai Aktiviti Diadakan di UI dan UGM Kehadiran pihak Inasis Petronas disambut dengan baik oleh UI serta UGM dan pelbagai aktiviti telah dijalakan untuk meningkatkan skil kepimpinan barisan JKPSRSKB apabila pulang ke tanah air. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembentangan programprogram yang telah dilakukan oleh JKPSRSKB dan BEM, perbincangan dalam kumpulan, pengajaran kepimpinan, persidangan kepimpinan, dan lawatan kampus. Tambahnya lagi, “pelbagai aktiviti yang telah kami jalankan semasa di sana dan salah satunya ialah persidangan kepimpinan serta pengajaran kepimpinan di UGM yang memberikan pendedahan mengenai perkongsian dan perbezaan mereka memimpin inasis serta universiti.” Lawatan kampus juga mampu memberikan pendedahan mengenai budaya dan dapat melihat keindahan universiti di Indonesia Aktiviti kepimpinan dan budaya dalam program mobiliti pelajar memainkan peranan penting kepada barisan JKPSRSKB Inasis Petronas dalam membantu pelajar mengurus pasukan, berkomunikasi dengan berkesan, membina hubungan dengan rakan-rakan dari seluruh dunia serta memperoleh pengalaman daripada individu dari pelbagai latar belakang, dan memperkaya pengetahuan dan perspektif mereka mengenai kepimpinan. 27 RENCANABERITA - INASIS


“Maklum balas daripada barisan JKPSRSKB mengatakan bahawa program ini sangat menarik kerana mereka dapat menambah kenalan dan pelbagai ilmu baru di UI dan UGM. Saya gembira mendengar maklum balas daripada rakan-rakan mengenai program mobiliti ini dan sememangnya sangat membantu mereka untuk menambah kenalan dan menariknya mereka selesa berkawan dengan pelajar dari Indonesia dan telah menjadi kawan sehingga kini,” katanya. Program mobiliti pelajar ini dapat memberikan peluang yang sangat berguna untuk barisan JKPSRSKB Inasis Petronas mengeratkan lagi hubungan antara mereka serta mengenali dengan lebih mendalam supaya Inasis Petronas dapat diurus dan dipimpin dengan cemerlangnya. Pengalaman yang indah turut diperolehi mereka yang menyertai program mobiliti serta menambah ilmu berkaitan budaya dan corak kepimpinan daripada universiti yang lain. Program mobiliti pelajar ke UI dan UGM turut menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kedah sebanyak RM3,000 dan Paramount Property sebanyak RM1,000 untuk menjayakan program mobiliti ini dan memberikan impak positif kepada pelajar serta pihak yang memberikan sumbangan. “Harapan saya bagi program mobiliti ini adalah bukan sahaja membawa barisan JKPSRSKB Inasis Petronas bahkan lebih ramai pelajar UUM untuk merasai pengalaman yang sama dan meluaskan lagi Memorandum Persefahaman (MoU) UUM ke peringkat antarabangsa untuk merancakkan lagi program dan aktiviti kolabrasi bersama universiti dari luar negara,” nyata hasrat Pengarah Program yang juga merupakan pelajar bagi pengajian undang-undang. Pengarah Program, Ardina Putri Syafeera menerima penghargaan dari Universitas Indonesia. Presiden Badan Eksekutif Mahasiswa Fakultas Ekonomika dan Bisnis menerima penghargaan daripada pengarah program. 28 RENCANABERITA - INASIS


Latar Belakang Inasis Inasis Petronas merupakan sebuah inasis yang dikenali ramai dengan kehebatan dalam penganjuran sesebuah program di UUM. Selain itu, inasis ini juga terkenal dengan keunggulan biro kesenian dan kebudayaan mereka yang sentiasa bergiat aktif. Objektif Biro Kesenian dan Kebudayaan Biro Kesenian dan Kebudayaan (BKK) Inasis Petronas memfokuskan kepada pembangunan bidang seni dan budaya dalam kalangan pelajar. BKK turut mempromosikan kepelbagaian tradisional etnik yang ada di Malaysia dengan menganjurkan pertandingan dan persembahan. Biro ini diketuai oleh Foo Zhi Xuan dan dibantu oleh Muhammad Amir Haziq serta mempunyai ahli seramai 20 orang. Dr. Khairini binti Muhammad Husin juga merupakan penasihat bagi biro ini. SINTOK – Kesenian dan kebudayaan merupakan elemen penting dalam membentuk individu yang berkualiti. Budaya yang pelbagai dari bermacammacam bangsa dan etnik di seluruh negara menjadikan aspek kesenian dan kebudayaan menjadi istimewa dan unik untuk dipelajari. Dengan mempelajari dan mendalami kesenian dan kebudayaan, individu dapat memperolehi pelbagai manfaat, seperti memupuk kesepaduan antara kaum dan banyak lagi. Pencapaian yang Diperoleh Biro Antara pencapaian biro ini ialah mereka telah mengadakan pertunjukan fesyen di Retro Fiesta pada Disember lalu. Program ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada kalangan pelajar. Pertunjukan fesyen ini juga bertemakan pakaian tradisional di Malaysia. Inasis Petronas telah menghantar seorang wakil bagi menyertai pertandingan nyanyian tradisional di Festival Inasis TNB. Wakil tersebut berjaya merangkul johan dalam pertandingan itu dengan mempersembahkan nyanyian lagu Harapan Kecewa. Persembahan beliau yang hebat berjaya memikat hati juri dan penonton yang hadir. OLEH : Wan Dania KEUNGGULAN BIRO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN INASIS PETRONAS, UUM. Wakil Penari Inasis Petronas bersama-sama penasihat Biro Kesenian dan Kebudayaan, Dr. Khairina 29 RENCANABERITA - INASIS


Disamping itu, biro ini berjaya menyediakan kemudahan yang kondusif kepada pelajar Inasis Petronas dengan menyediakan bilik tarian dan bilik karaoke untuk digunakan bagi latihan tarian dan nyanyian. Pelajar juga menggunakan kemudahan tersebut untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan. Inasis Petronas juga telah menghantar beberapa wakil dalam menyertai pertandingan University Cultural Festival (UCF) yang dianjurkan baru-baru ini. Wakil Inasis Petronas, Auranzel, berjaya mendapat johan dan vokal terbaik dalam pertandingan nyanyian solo. Beliau telah mempersembahkan lagu Harapan Kecewa dalam pertandingan tersebut. Selain itu, Inasis Petronas juga telah menghantar sebuah kumpulan penari untuk pertandingan Tarian Rentak Madani dalam UCF baru-baru ini. Wakil-wakil Inasis, Aqil, Farrah, Jess, Nurdiana, Asniera berjaya mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut dengan mempersembahkan tarian yang menggabungkan 6 buah lagu yang berlainan etnik. Kumpulan nasyid seramai 5 orang lelaki yang mewakili Inasis Petronas dalam pertandingan UCF juga tidak kurang hebatnya. Mereka telah memenangi busana terbaik dalam pertandingan tersebut dengan segak memperagakan pakaian tradisional yang seragam. Pendorong Semangat Disebalik pencapaian yang diperoleh, pasti ada tulang belakang yang sentiasa memberi semangat. Pengetua Inasis, Encik Muhammad Fitri juga giat dalam memberi sokongan. Beliau turut memberi tunjuk ajar dalam memastikan biro ini terus unggul serta membantu dalam mencari peralatan muzik untuk persembahan. Beliau juga berusaha dalam mencari jurulatih yang handal bagi latihan nasyid di inasis tersebut. BKK juga mempunyai tenaga pengajar dalam kalangan pelajar. Tenaga pengajar yang berbakat melatih wakil inasis dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Tenaga pengajar ini juga melatih wakil inasis bagi mempersembahkan persembahan yang mantap untuk UCF. Disamping itu, sokongan yang padu dari para pelajar Inasis Petronas juga menjadi penguat semangat bagi wakil-wakil Inasis dalam beroleh keunggulan dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Perspektif Umum Menurut Zhi Xuan sebagai Ketua Exco, pihak BKK dan wakil Inasis juga menunjukkan entusiasm yang jitu dalam menaikkan nama Inasis. Walaupun berdepan dengan jadual kelas yang padat, tetapi mereka tetap menunjukkan kesungguhan dengan menyediakan latihan bagi memantapkan persembahan serta mengasah lagi kebolehan mereka dalam bidang tarian dan nyanyian mereka. Harapan di Masa Hadapan Sebagai Ketua Exco, Zhi Xuan berharap agar Inasis Petronas dapat memenangi lebih banyak pertandingan kesenian dan kebudayaan disamping dapat menghasilkan lebih ramai wakil Inasis yang berbakat dalam bidang tersebut. Wakil kumpulan nasyid Inasis Petronas semasa University Cultural Festival (UCF). 30 RENCANABERITA - INASIS


Latar Belakang dan Permulaan Kerjaya Asal Usul dan Pengaruh Keluarga Encik Muhammad Khairul Munawwar bin Ismail, berasal dari Taiping, Perak dan dibesarkan di Pengkalan Hulu, merupakan anak kepada seorang pesara kerajaan. Beliau telah menapak sebagai seorang individu yang membawa nama baik Inasis Petronas di Universiti Utara Malaysia (UUM) ke tahap yang lebih tinggi. Penglibatan di UUM dan Pelbagai Jawatan Perkembangan Kerjaya di UUM Pada tahun 2009, Khairul Munawwar menjadi Pegawai Hal Ehwal Komuniti di Pusat Kecemerlangan International Telecommunication Union (ITU-UUM). Lima tahun kemudian, beliau melanjutkan khidmatnya di Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) sebagai Penolong Pendaftar. Pada tahun 2020, beliau memegang jawatan Penolong Pengarah di Pusat Kajian Kes Pengurusan dan Kepimpinan (PKKPK). Menjadi Felo Inasis Petronas Dedikasinya terhadap pembangunan pelajar dan keinginan untuk memahami kehidupan mereka dengan lebih dekat membawa beliau kepada jawatan felo Inasis Petronas pada tahun 2011. Pada masa yang sama, beliau juga berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir di UUM, membolehkan beliau menggabungkan pengalaman dan minatnya untuk membangunkan Inasis Petronas. OLEH : Amni Farhana DEDIKASI ENCIK KHAIRUL MUNAWWAR ANGKAT MARTABAT INASIS PETRONAS UUM Langkah Pertama dalam Dunia Profesional Beliau memulakan kerjaya pada tahun 2007 sebagai Ketua Penyelia Makmal di anak syarikat UUM, R&D SerindIT.Com Sdn. Bhd. Pengalaman awal ini memberi beliau peluang untuk mengembangkan kemahiran dalam bidang pengurusan dan teknologi, yang kemudiannya membuka pintu kepada pelbagai jawatan penting di UUM. Atlet Hoki UUM, Pemenang Pingat Perak dalam Sukan Universiti Malaysia (SUKUM) 2022. 31 RENCANABERITA - INASIS


Pencapaian Besar dan Inisiatif Komuniti Projek Sekolah Angkat Salah satu pencapaian terbesar Khairul Munawwar adalah apabila beliau menjadikan Sekolah Kebangsaan Bekuai di Pengkalan Hulu sebagai Sekolah Angkat Inasis Petronas selama dua tahun, dari 2012 hingga 2013. Inisiatif ini bukan sahaja memanfaatkan pelajar sekolah tersebut, tetapi juga mengukuhkan hubungan antara Inasis Petronas dan komuniti setempat. Beliau kerap kali pulang ke kampung untuk berinteraksi dengan guru-guru dan pelajar di sana, malah pernah membawa mereka ke UUM untuk merasai kehidupan kampus. Program dan Anugerah Pencapaian ini diiktiraf melalui pelbagai program yang dianjurkan seperti Kem Kecemerlangan Akademik dan Akhlak (KKAA) 2011 Peringkat Kebangsaan dan Johan Amalan 5S Inasis UUM 2020. Beliau juga memainkan peranan sebagai barisan hadapan (frontliner) semasa PKP pandemik COVID-19 pada 2020-2021, serta berjaya menjayakan program “Hulurkan Tangan, Semaikan Kasih” pada tahun 2019. Pengiktirafan dan Sumbangan Individu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Khairul Munawwar juga telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak empat kali, iaitu pada tahun 2010, 2014, 2018, dan 2022. Selain daripada tugas pentadbiran, beliau turut aktif dalam bidang sukan, memenangi Pingat Perak dalam Sukan Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 bagi sukan hoki. Penulis Bersama dan Sumbangan Akademik Sebagai penulis bersama, beliau turut menyumbang dalam penerbitan artikel "A Design And Development Of A Building Environment 3D-Walkthrough" dalam International Journal Of Interactive Digital Media pada tahun 2019. Ini menunjukkan komitmen beliau dalam bidang akademik selain daripada tugas utamanya di universiti. Visi dan Harapan Masa Depan Memupuk Potensi Pelajar Khairul Munawwar juga percaya pada potensi besar pelajar, terutama JKPS, dalam merancang dan melaksanakan programprogram yang relevan dan memberi impak positif. Beliau berharap agar Inasis Petronas terus cemerlang dalam melahirkan pelajar yang holistik dan bersedia menghadapi cabaran dunia nyata sebelum bergraduasi. Komitmen sebagai Ayah dan Suami Sebagai suami yang berdedikasi dan ayah kepada tiga anak perempuan, Khairul Munawwar sentiasa berusaha menjadi contoh teladan yang baik. Melalui pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai, beliau berharap untuk terus menyumbang kepada kecemerlangan UUM dan pembangunan pelajar yang berdaya saing serta berintegriti tinggi. Encik Muhammad Khairul Munawwar menunjukkan tentang hasil kejayaannya bersama Inasis Petronas di sorotan berita akhbar. 32 RENCANABERITA - INASIS


Delegasi Mobiliti Antarabangsa UUM 2024 yang berlangsung dari 1 hingga 14 Mac 2024 ini bertujuan untuk memperluas pertukaran budaya, kepimpinan, dan perkongsian idea antara pelajar UUM dengan pelajar dari Universiti Sejong (SU) dan Universiti Ajou (AU). Presiden Inasis Petronas, Muhammad Asyraf selaku pengarah program turut serta bersama dengan Pengetua Inasis Petronas, Muhammad Noor Fitri Ahmad, serta lima orang pengiring yang diantara mereka juga merupakan alumni UUM. Program ini telah mendapat sokongan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti MyFundation dan Korea Muslim Federation. Perisian aktiviti dimulakan dengan dialog bersama organisasi pelajar Universiti Sejong dan lawatan kampus, termasuk lawatan ke Universiti Ajou. Ini memberikan pengalaman yang holistik dalam memahami budaya dan pendidikan di Korea Selatan. SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuhkan hubungan antarabangsa dan meningkatkan pengalaman pendidikan global dengan menghantar delegasi seramai empat puluh orang pelajar sukarelawan ke Republik Korea. Di sana, pelajar membuat kunjungan ke Kedutaan Malaysia di Korea yang terletak di bandar Seoul. Mereka membincangkan tentang hubungan antara Malaysia dan Korea Selatan dalam bidang pendidikan. Delegasi ini turut memperkenalkan Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) kepada kedutaan, sambil berkongsi kejayaan yang telah dicapai sejak penubuhan JKPS. Maklumat ini juga dimaklumkan kepada kedutaan mengenai program-program yang akan berlangsung di Korea, memperlihatkan komitmen UUM dalam memperkukuh hubungan antarabangsa. OLEH : Wan Nur Azrin DARI SINTOK KE SEOUL: MISI MOBILITI UUM 2024 Peserta Delegasi Mobiliti Antarabangsa UUM di Nami Island. 33 RENCANABERITA - INASIS


Delegasi ini mengambil bahagian dalam Kem Musim Sejuk Muslim 2024. Aktiviti bermula dengan persiapan di Masjid Pusat Seoul. Program ini termasuk pelbagai slot untuk kanak-kanak dan dewasa yang merangkumi aktiviti seperti “ice breaking”, slot kelas pendek, sukan mini, mengajar menulis tulisan khat, melukis batik, kaligrafi khat, menyusun ayat-ayat Al-Quran dan tadabbur, dan perkongsian pengalaman Ramadan. Encik Muadz Bin Ahmad Nazri selaku wakil MyFundaction turut hadir memeriahkan program. Para peserta menikmati pengalaman yang melimpah di Korea, dimulai dengan pelancongan ke Pulau Nami, yang menawarkan pemandangan menakjubkan dan makanan tempatan yang lazat. Mereka juga menjelajah Petite France, sebuah kawasan yang menarik dengan seni dan keindahan budaya Eropah. Kemudian, pasukan meluangkan masa di Pasar Itaewon, di mana mereka dapat mengeksplorasi pelbagai barang kraf tempatan dan makanan dari seluruh dunia. Tidak ketinggalan, hari dihabiskan di Everland, taman hiburan yang terletak di Yongin, yang menawarkan hiburan tanpa henti. Di sini, para peserta dapat menikmati pelbagai tarikan taman tema yang menarik, memperkayakan lagi pengalaman mereka dalam perjalanan ini. Sementara itu, perjalanan di bandar Seoul memperkayakan lagi pengalaman mereka dengan pelbagai destinasi menarik seperti Gyeongbokgung Village dan Starfield COEX Mall Library. 34 Dari permulaan hingga akhir, setiap langkah mengukuhkan pertukaran budaya dan kekayaan pengalaman antara peserta dan masyarakat tempatan Korea. Program ini turut merangkumi pelbagai sub-program yang dirancang untuk memperkaya pengalaman para peserta dan memperkukuh hubungan antarabangsa. Antaranya termasuk Penanda Aras Universiti Sejong, Penanda Aras Universiti Ajou, Sifar Kelaparan: Sebarkan Cinta, Hadiah Haengbok, Kembali kepada Komuniti Korea, Sentuhan Kasih dengan Anak Yatim, Perhimpunan Musim Sejuk Muslim, Pertukaran Kepimpinan 2024 (UUM - SU - AU), Bertemu dan Beramah Mesra dengan Kedutaan Malaysia di Korea Selatan, Sesi Perkongsian dengan Persatuan Pelajar Malaysia di Republik Korea (PPMK), Makan Malam dengan Kedutaan Malaysia di Korea Selatan dan PPMK, Pertukaran Budaya Antarabangsa 2024. Menyantuni Muslim di Korea Selatan, dan Dialog dengan Organisasi Pelajar Universiti Ajou. Delegasi Mobiliti Antarabangsa UUM ke Republik Korea 2024 ini bukan sahaja berjaya mencapai objektif untuk mengukuhkan hubungan antara pelajar UUM, Universiti Sejong, dan Ajou Universiti, tetapi juga memberikan peluang kepada pelajar untuk menjalankan khidmat masyarakat dan memperluas pengalaman mereka di peringkat antarabangsa. Program ini meningkatkan profil UUM di arena global dan memperkukuhkan kerjasama strategik dengan institusi pendidikan dan NGO di Korea, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk masa depan. RENCANABERITA - INASIS Kunjungan oleh beberapa orang pelajar ke Kedutaan Malaysia di Republik Korea.


Antara misi UUM adalah untuk mendidik pemimpin holistik untuk berbakti kepada komuniti global. Oleh itu, terdapat banyak program mobiliti yang dijalankan oleh mahasiswa UUM sama ada program mobiliti berkredit ataupun tidak berkredit. Terdapat dua jenis program mobiliti iaitu mobiliti inbound serta mobiliti outbound. Program mobiliti inbound merupakan program mobiliti di mana pelajar dari luar negara datang ke institusi pendidikan di Malaysia manakala program mobiliti outbound pula merupakan program untuk pelajar lokal pergi ke institusi pendidikan luar negara. Kedua-dua program ini mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memperluaskan jaringan dua hala antara kedua negara yang terlibat serta untuk menggilap bakat kepimpinan peringkat global dalam kalangan mahasiswa. SINTOK – Program mobiliti merupakan inisiatif universiti yang penting yang dilaksanakan untuk mahasiswa memperluaskan perspektif global dalam kalangan mahasiswa. Program mobiliti ini dilaksanakan oleh universiti-universiti di seluruh dunia, universiti awam di Malaysia juga tidak ketinggalan dalam bergiat aktif untuk mengadakan program mobiliti. Antara universiti yang bergiat aktif dalam melaksanakan program ini adalah Universiti Utara Malaysia (UUM). Justeru, Inapan Siswa inasis Petronas merupakan salah satu inasis yang aktif dalam melaksanakan inisiatif mobiliti ini. Inasis Petronas telah menjalankan program mobiliti yang dinamakan Northern Student Leadership and Culture Summit 2024. Program ini merupakan program kolaborasi diantara inasis Petronas dan Pusat Pengajian Sains Kuantitatif yang bertemakan “mobiliti berbalik” di mana ia melibatkan kedua jenis mobiliti iaitu inbound serta outbound. Program ini dijalankan selama 12 hari berturut-turut di mana sepuluh orang pelajar daripada Universitas Syiah Kuala (USK) daripada Acheh menetap di inasis Petronas untuk program mobiliti inbound selama 6 hari dan 10 orang pelajar daripada UUM pergi ke USK untuk program mobiliti outbound selama 6 hari. OLEH : Nur Atirah Alia PROGRAM MOBILITI GILAP PEMIMPIN PERINGKAT GLOBAL Sesi taklimat kepada peserta mobiliti yang diketuai oleh Tun Amir Adlan, pengarah program 35 RENCANABERITA - INASIS


Menurut pengarah program yang juga merupakan Biro Integrasi, Komuniti dan Antarabangsa inasis Petronas, Tun Amir Adlan, antara objektif program ini adalah untuk melahirkan pemimpin peringkat global sekaligus mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) yang ke 17 iaitu perkongsian untuk matlamat (Partnerships for The Goals). Program ini merupakan satu peluang untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kepimpinan di peringkat antarabangsa. Hal ini penting untuk mahasiswa belajar tentang kepentingan kerjasama global dalam membentuk pemimpin yang holistik. 36 Terdapat juga sesi perkongsian tentang bidang sains kuantitatif yang di kongsikan oleh Persatuan Sains Kuantitatif (QUSAC) UUM di mana pelajar daripada persatuan ini memberi pendedahan tentang cara pembelajaran sains kuantitatif di UUM. Mereka juga dapat bertukar pendapat tentang budaya antara kedua negara tentang budaya pembelajaran dalam bidang sains kuantitatif ini. Hal ini dapat memperluaskan perspektif dan pengalaman dalam bidang akademik mereka. Program ini juga menitikberatkan tentang kepentingan kelestarian alam di mana aktiviti gotong-royong dijalankan melalui inisiatif Go Green SQS di Student Lounge INASIS Petronas dan di sekitar kawasan tasik universiti. Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang alam sekitar serta untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan. “Saya berasa amat gembira kerana pihak Universitas Syiah Kuala memilih UUM untuk berkolaborasi bagi menjalankan program mobiliti inbound ini. Diharapkan program seperti ini masih dapat dijalankan oleh pelapis-pelapis saya pada masa akan datang,” ucap Majlis Perwakilan Pelajar SQS, Mohamed Yasin Mohamed ketika ditemu ramah. Oleh demikian, inisiatif program mobiliti ini dapat menggilap pemimpin peringkat global sekaligus dapat membina jaringan hubungan dua hala antara kedua universiti. Hal ini dapat memberi ruang untuk kerjasama lanjut dan kolaborasi antara UUM dan USK pada masa akan datang. Aktiviti yang dijalankan sepanjang program mobiliti inbound Inasis Petronas dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Kuantitatif telah menjalankan beberapa aktiviti yang menarik untuk para peserta USK. Antaranya adalah terdapat satu sesi perkongsian oleh Persatuan Pelajar Antarabangsa (ISS) UUM di mana pelajar antarabangsa UUM menceritakan pengalaman serta kelebihan belajar di Malaysia. Kelebihannya adalah dapat mempelajari budaya Malaysia yang terdiri daripada pelbagai tarian, dialek setiap negeri, serta makanan yang ada di Malaysia. Menyambung pelajaran di Malaysia merupakan satu peluang yang dapat memberikan pendedahan kepada pelajar antarabangsa tentang kepelbagaian budaya yang ada di negara lain. Tidak lupa juga sambutan yang baik daripada orang Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pelajarpelajar antarabangsa UUM ini juga menggalakkan pelajar daripada USK untuk menyambung Ijazah Sarjana mereka di UUM. RENCANABERITA - INASIS


SINTOK – Kupasan pengalaman dan usaha Presiden Inasis Petronas UUM, Muhammad Asyraf Muhd Fazil, yang juga merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pemasaran dengan Kepujian, serta perkongsian beberapa tips dalam kepimpinan menjadi seorang Duta Unilever. Apakah cara yang efektif dalam menguruskan organisasi ketika berhadapan dengan krisis dalam kumpulan? Ketika saya memegang jawatan sebagai presiden, banyak ragam, karakter dan gaya seseorang yang telah saya lalui. Sebagai seorang ketua, saya amat menekankan tentang sifat tegas dalam setiap keputusan yang dibuat supaya mereka sentiasa menjalankan tugas dan tidak sambil lewa dalam membuat sesuatu kerja. Ada anak buah saya yang tidak mendengar arahan, jadi saya terapkan sifat tegas dalam diri supaya kerja yang diberi berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Saya juga sentiasa menekankan sifat prihatin terhadap anak buah saya. Sebagai contoh, saya akan tanya mereka tentang masalah yang timbul dan saling membantu mereka dalam membuat kerja. OLEH : Sharifah Nur Qistina USAHA DAN KEPIMPINAN: ASYRAF PEMIMPIN MUDA CEMERLANG Bagaimana pengalaman hidup anda menjadikan anda seorang pemimpin pelajar sekarang? Saya mendapat dorongan menjadi seorang pemimpin pelajar ketika saya berada di semester satu di UUM. Saya mula melibatkan diri dalam ahli jawatankuasa kepimpinan dan kebajikan siswa di inasis saya iaitu Petronas. Ketika itu saya mendapat jawatan sebagai Exco Komuniti, Integriti dan Antarabangsa dan banyak yang telah saya pelajari ketika memegang jawatan tersebut. Pengalaman inilah yang membentuk saya menjadi seorang pemimpin pelajar dan Presiden di Inasis Petronas. Usaha saya sebelum menjadi Presiden juga membantu saya pelajari dengan lebih mendalam tentang ilmu kepimpinan. Saya pernah menjadi Pengarah Program Mobiliti ke Korea selama 7 hari yang melibatkan seramai empat puluh sembilan orang pelajar ketika itu. Saya juga pernah menjadi pembentang untuk Program Student Leadership Summit 2023, Padang Indonesia. Muhammad Asyraf Muhd Fazil selaku Presiden Inasis Petronas. 37 RENCANABERITA - INASIS


Apabila sesuatu masalah timbul, saya akan membuat perancangan awal, keputusan dengan pantas, serta perbincangan dan pendapat daripada mereka. Ini membantu ahli saya memahami peranan mereka dalam setiap tindakan yang perlu diambil. Saya juga amat mementingkan komunikasi yang jelas terhadap anak buah saya supaya maklumat dan arahan yang diberi adalah jelas dan tepat, jadi mereka akan dapat memberi kerjasama dalam membuat kerja. Sebagai seorang ketua yang memimpin anak buah, fleksibiliti juga penting dalam penyediaan untuk mengubah strategi dan pendekatan berdasarkan keadaan semasa. Fleksibiliti adalah kunci sebenar dalam menguruskan masalah atau krisis dalam organisasi dengan berkesan. Sifat pengorbanan juga penting dalam usaha kita, jadi saya juga menekankan tentang keseimbangan dalam akademik dan kokurikulum supaya tiada anak buah saya yang mengorbankan akademik mereka demi pencapaian kokurikulum. Pengurusan masa amatlah penting dalam rutin harian supaya kita tidak membazir masa dan tertinggal perancangan yang sepatutnya. “Pengalaman yang membuatkan kita matang”. Itulah kata kata yang sering saya ingatkan kepada anak buah. Kesilapan yang dibuat akan kita pelajari dan ianya adalah proses penambahbaikan dalam diri kita untuk menjadi seseorang yang menyumbang kepada kebaikan diri, pelajar dan masyarakat. Jadi, pengalaman yang membentuk kita menjadi seorang pemimpin, dan membezakan kita dengan orang lain. Sebagai seorang mahasiswa juga, ambillah sebanyak mana peluang untuk kita belajar menjadi seseorang yang dapat menyumbang kepada masyarakat kelak. Apakah cabaran yang dihadapi sebagai seorang mahasiswa, Presiden Inasis Petronas dan juga dalam menjadi duta di Unilever ? Selain memegang jawatan Presiden, saya juga diberi peluang untuk menjadi seorang duta pelajar di salah satu syarikat pengeluar dan pembekal barangan terbesar di dunia, iaitu Unilever. Syarikat ini terkenal dengan jenama yang hebat dan merupakan salah satu perniagaan produk makanan dan minuman, kecantikan dan penjagaan diri, serta produk penjagaan rumah yang mendorong prestasi syarikat yang unggul. Apabila diberi tanggungjawab ini, banyak cabaran yang telah saya hadapi terutama sekali dalam pengurusan masa sebagai seorang mahasiswa, Presiden dan juga duta syarikat Unilever. Jadi, saya akan bahagi masa saya dengan betul, sentiasa kekal positif dan juga profesional dalam melakukan tugas. Ini membantu saya untuk kekal produktif dalam rutin harian saya sebagai seorang penuntut ilmu. Saya juga cakna dalam menetapkan keutamaan dan matlamat dengan betul supaya saya tidak ketinggalan dalam pelajaran. Saya menetapkan masa yang khusus untuk belajar dan menyiapkan tugasan dengan tanggungjawab sebagai duta pelajar di Unilever supaya masa belajar saya tidak terganggu. Sebagai seorang Presiden Inasis juga, saya amat mementingkan pembahagian tugasan kepada ahli jawatankuasa bawahan saya. Ini akan membantu meringankan beban kerja saya dan memastikan segala urusan berjalan dengan lancar. Muhammad Asyraf sebagai duta pelajar di Syarikat Unilever. 38 RENCANABERITA - INASIS


Sebanyak 15 buah kolej inapan siswa di Universiti Utara Malaysia ini yang mempunyai badan JKPS ini, Inapan siswa Petronas juga tidak terkecuali. Di inasis Petronas, Jawatankuasa pembangunan pelajar dikenali dengan JawatanKuasa Pembangunan Siswa, Residen Siswa & Ketua Blok (JKPSRSKB). JKPS inasis Petronas terbahagi kepada Majlis tertinggi yang terdiri dari Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha dan Bendahari. Lima jawatan ini merupakan jawatan tertinggi dalam badan JKPS di Inasis Petronas. Selepas majlis tertinggi, JKPS Inasis Petronas juga terdiri dari lapan exco. Exco pertama adalah exco akademik dan latihan, dimana exco ini mengendalikan program atau hal ehwal pelajar tertumpu mengenai akademik. Exco kedua pula adalah keusahawanan dan kepimpinan. Lazimnya exco ini akan mengendalikan program keusahawanan seperti Karnival Pesta Anak Utaqa yang diadakan baru-baru ini. Exco ketiga adalah Informasi dan penerbitan. Dimana exco ini bertanggungjawab untuk menyampaikan informasi terkini mengenai apa sahaja hal ehwal pelajar yang berkaitan dengan Inasis Petronas. SINTOK – Jawatankuasa Pembangunan Siswa atau lebih terkenal disebut sebagai JKPS merupakan satu kumpulan badan pelajar yang membantu felo setiap kolej Inapan Siswa (Inasis) di Universiti Utara Malaysia mengurus seluruh pelajar di setiap kolej inapan tersebut. Exco keempat pula adalah Komuniti, Integrasi & Antarabangsa. Exco ini ditugaskan untuk mengendalikan perkara yang berkaitan dengan pelajar antarabangsa dan juga mengadakan program berunsurkan antarabangsa oleh kerana UUM juga merupakan Universiti awam Malaysia yang mengambil pelajar antarabangsa sebagai mahasiswa mereka. Exco kelima adalah Kerohanian dan Sahsiah, yang mengendalikan urusan berkaitan dengan keagamaan dan tingkah laku moral pelajar. Exco keenam adalah Kesenian & Kebudayaan. Exco ketujuh adalah exco Sukan & Rekreasi dan yang terakhir adalah exco Kebajikan & Keselamatan. Kesemua exco ini, masing-masing mempunyai ketua exco dan timbalan exco. OLEH : Nur A’isyah MANFAAT SERTAI PROGRAM JKPS INASIS PETRONAS UUM Pelajar inasis Petronas yang mengikuti program solat dan doa hajat 39 RENCANABERITA - INASIS


Berdasarkan sesi temu ramah antara pihak kami dengan presiden JKPS Inasis Petronas, saudara Muhammad Asyraf Sebagai Presiden JKPS Inasis Petronas di Universiti Utara Malaysia (UUM), beliau berkata “saya dengan bangga dapat menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh JKPS Inasis Petronas telah memberikan impak positif yang signifikan kepada pelajar dan komuniti universiti,” Menurut saudara Asyraf, antara impak positifnya adalah dari segi peningkatan kemahiran kepimpinan. Pelajar yang menyertai seminar dan bengkel kepimpinan menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kemahiran memimpin. Mereka kini lebih yakin dan berupaya untuk memimpin pelbagai kegiatan kampus dan projek komuniti. Ini mencerminkan peningkatan dalam keyakinan diri dan kebolehan pengurusan mereka. Dari segi pembangunan sahsiah dan kemahiran interpersonal pula, melalui bengkel kemahiran interpersonal dan pengurusan masa, pelajar telah memperbaiki kemahiran komunikasi mereka serta cara mengurus tekanan dan masa dengan lebih berkesan. Ini bukan sahaja membantu dalam kehidupan akademik tetapi juga dalam interaksi harian mereka. 40 Program-program khidmat masyarakat, seperti "Bakti Siswa", telah meningkatkan kesedaran pelajar tentang tanggungjawab sosial mereka. Aktiviti-aktiviti ini membantu memupuk nilai empati, kerjasama, dan komitmen terhadap pembangunan komuniti di kalangan pelajar. Melalui penganjuran seminar yang melibatkan tokoh-tokoh korporat dan alumni UUM, pelajar berpeluang untuk membina jaringan profesional yang kuat. Ini memberikan mereka akses kepada bimbingan, nasihat, dan peluang kerjaya yang lebih baik di masa hadapan. Penganugerahan seperti Anugerah Kepimpinan Pelajar Terbaik telah memberikan motivasi yang besar kepada pelajar untuk terus terlibat dan cemerlang dalam aktiviti JKPS. Pengiktirafan ini juga menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk mengambil bahagian dan berusaha mencapai kecemerlangan. Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh JKPS Inasis Petronas telah memberikan sumbangan yang besar dalam membentuk pelajar yang berkemahiran tinggi, berdaya saing, dan bertanggungjawab sosial. Kami berbangga dengan pencapaian ini dan komited untuk terus memperkasa pelajar UUM dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. “Saya berharap anak-anak buah saya, JKPSRSKB Inasis Petronas pada sesi ini akan terus memberi kerjasama yang baik antara satu sama lain bagi memastikan segala urusan dan program berkenaan pelajar Inasis Petronas dapat berjalan lancar, begitu juga dengan sokongan dari pelajar yang sentiasa melibatkan diri dalam semua program yang kami anjurkan ” ujar presiden JKPS Petronas, Muhammad Asyraf. Sesi temu ramah bersama presiden JKPS Inasis Petronas sesi 2023/2024 RENCANABERITA - INASIS


SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984 dan satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya. Pada bulan Jun 1984, UUM berpindah ke kampusnya yang pertama iaitu Kampus Darul Aman di Jitra apabila fasa pertama projek berkenaan siap. Sementara itu, perancangan kampus tetap universiti bermula. Kampus tetap tersebut dibina di kawasan seluas 1,061 hektar di Sintok (di daerah Kubang Pasu), yang terletak kira-kira 48 km dari utara Alor Setar dan 10 km timur Changlun, sebuah bandar kecil di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan sempadan MalaysiaThai. Kampus Sintok nama rasmi untuk kampus tetap di mana UUM terus bertapak sehingga hari ini. Kampus ini terletak di lembah hutan tropika yang subur yang disiram oleh sungai kembar Sungai Badak dan Sungai Sintok yang mengalir melalui tengah- tengah kampus, terletak di antara bukit utara. Kini, Universiti Utara Malaysia (UUM) berusia 40 tahun. Sempena ulang tahun ini, UUM mengadakan 40 Program Utama bagi memeriahkan sambutan sempena 40 tahun pengasasan universiti dan Tahun Melawat UUM sepanjang 2024. Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, Hari Pengasasan UUM disambut 16 Februari setiap tahun, merupakan hari ulang tahun kelahiran UUM dan beliau turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga UUM termasuk mantan Naib-Naib Canselor dan alumni UUM. Terdapat pelbagai program dianjurkan termasuk aktiviti berbentuk karnival, seni dan budaya serta program akademik seperti seminar yang memberi impak kepada komuniti dan warga akademia. Sempena ulang tahun ke-40 Universiti Utara Malaysia (UUM), pihak pusat sukan mengadakan acara sukan khas, iaitu UUM Sintok Trail 2024. Acara ini bertemakan "Terokai Alam Tersembunyi" dan bertujuan memberi peluang kepada para peserta untuk meneroka keindahan alam semula jadi terbaik Sintok, Kedah. UUM yang terletak di tengah hutan tropika yang subur, sangat sesuai untuk larian merentas desa. Program anjuran Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Northern Runners itu bertujuan menyihatkan badan sekali gus meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan peserta. Larian diadakan bukan sekadar menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta, tetapi mereka juga berpeluang menikmati keindahan sepanjang trek yang kehijauan dan menyegarkan. Selain daripada itu, acara ini juga berperanan sebagai platform yang berharga dalam mempromosikan gaya hidup yang sihat dan meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan peserta. OLEH : Nurul Aina UUM SINTOK TRAIL RUN 2024: TEROKAI NIKMAT KEINDAHAN ALAM Para peserta berhenti di checkpoint untuk mendapatkan bekalan sebelum meneruskan perlumbaan. 41 RENCANABERITA - KAMPUS


Seramai 510 orang peserta menyertai acara larian yang dibahagikan kepada tiga kategori jarak iaitu 5 kilometer (KM), 10 kilometer (KM), dan 25 kilometer (KM). Setiap kategori direka untuk memenuhi tahap kecergasan dan keupayaan yang berbeza-beza. Kategori 5KM disertai oleh 157 orang peserta, kategori 10KM menarik 204 orang peserta, manakala kategori 25KM melibatkan 149 orang peserta. Setiap laluan menyediakan cabaran unik yang menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta, sambil membawa mereka melalui pelbagai landskap indah, dari hutan rimba hingga bukit yang menghijau. Penyelaras Program UUM Sintok Trail Run 2024, Amiruddin Hashim menyatakan bahawa program ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan peserta, dengan mendorong mereka untuk terlibat dalam aktiviti larian yang melibatkan ketahanan fizikal dan mental. Selain itu, program ini juga untuk memupuk budaya alam sekitar dalam kalangan peserta yang merentasi pelbagai jenis landskap semula jadi serta diberi peluang untuk menghayati keindahan alam sekitar secara langsung dan dapat meningkatkan kesedaran mereka terhadap keunikan dan kepelbagaian alam semula jadi yang perlu dijaga dan dihargai. "UUM Sintok Trail Run 2024 bukan hanya sebuah acara sukan, ia adalah satu peluang untuk merayakan pencapaian 40 tahun Universiti Utara Malaysia (UUM) serta memperkenalkan institusi ini kepada orang luar”, tambah beliau. Uji Kekuatan Mental Dan Fizikal 42 Para peserta UUM Sintok Trail Run 2024 mengakui bahawa mereka menempuh pelbagai cabaran sepanjang perjalanan larian, tetapi dengan semangat yang tidak mudah mengalah, mereka mampu mengatasi semua halangan yang dihadapi. Cabaran-cabaran ini termasuklah tanah berpasir yang licin, bukit yang agak curam, serta keadaan cuaca yang berubah-ubah. Menurut peserta acara larian ini, Muhammad Syaiful, laluan mencabar ketika mendaki dan menuruni beberapa puncak seperti Bukit Urat Betis, Bukit Dagu, Bukit Kelulut, Bukit Senget, Bukit Toi. “Saya juga turut berpeluang menikmati keindahan flora dan fauna seperti Tasik Sintok, Sungai Badak, dan Pokok 3 Beradik”, ujar beliau. "Walaupun tidak menang dan berasa letih, tetapi saya dapat merakamkan kenangan manis dan sangat bermakna”, ujar Muhammad Danial Bin Ahmad, salah seorang peserta yang menyertai acara UUM Sintok Trail Run 2024. Mengakui menempuh pelbagai cabaran sepanjang perjalanan namun dengan semangat tidak mudah mengalah semua halangan dapat diatasi. RENCANABERITA - KAMPUS Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Sukan, Dr. Nasiruddin Bin Haron. Acara ini menyaksikan para juara dari kategori jarak 5KM, 10KM, dan 25KM merangkul hadiah wang tunai sebanyak RM400. Pemenang tempat kedua menerima RM300, manakala tempat ketiga mendapat RM200. Bagi pemenang tempat keempat dan kelima, masing-masing menerima RM150 sebagai penghargaan atas pencapaian mereka. Turut memeriahkan program, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohd Fo’ad Bin Sakdan, Timbalan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Ahmad Martadha Bin Mohamed, Pengarah Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Nasiruddin Bin Haron. Larian dimulakan dengan kategori 25KM terlebih dahulu, diikuti oleh kategori 10KM, dan akhirnya kategori 5KM. Para peserta diwajibkan membawa beberapa barang mandatori seperti selimut kecemasan, cawan dan mangkuk, telefon bimbit, dan alat pertolongan cemas. Ini merupakan strategi penting yang diambil oleh penganjur untuk memastikan kelancaran acara dan keselamatan peserta.


SINTOK- “ Memulakan perniagaan bukanlah perkara mudah, terutama apabila mempunyai sumber modal yang terhad.” Kata Puan Norashikin Abd Rashid pada permulaan sesi temu bual semalam tadi. Puan Norashikin Abd Rashid, berumur dalam lingkungan 40-an, beliau merupakan pemilik gerai Champion ABC Aiskrim yang berniaga selama dua tahun lebih di café Inasis Petronas. Beliau pernah bekerja dalam industri aeroangkasa selama 17 tahun sebelum menceburi perniagaan aiskrim di Inasis Petronas, Universiti Utara Malaysia (UUM). Beliau juga berkongsi pengalaman tentang beliau menceburi bidang keushawanan iaitu dalam perniagaan aiskrim. Beliau berkata bahawa amat teruja dengan perjalanan ini dan beliau telah biasa dengan segala proses pernigaan yang dibangunkan oleh beliau sendiri. “ Pada mulanya, saya memulakan perniagaan aiskrim di dalam Inasis Petronas disebabkan bapa saya tidak sihat, Saya bercadang membuka perniagaan sendiri untuk menambah pendapatan di samping itu saya juga dapat menjaga ayah saya yang sakit.” ulas Puan Norashikin. Seterusnya, Puan Norashikin mengatakan bahawa beliau menggunakan modal yang kecil iaitu mengeluarkan simpanan sendiri untuk memulakan perniagaan ini. Oleh itu, beliau telah berjaya membuka gerai Champion ABC Aiskrim dan menetap di Inasis Petronas, Univeristi Utara Malaysia (UUM). Beliau telah menyatakan bahawa perniagaan gerai Champion ABC Aiskrim Inasis Petronas dimulakan dengan menjual ABC iaitu ais kacang dan soft aiskrim. Perniagaan ini telah didaftarkan di bawah Azizi Enterprise pada tahun 2021. Menjalang tahun 2022, perniagaan Champion ABC Aiskrim Inasis Petronas telah berjaya kepada peningkatan produk mereka dan menarik perhatian ramai pelajar UUM untuk menikmati produknya. Puan Norashikin menyatakan bahawa soft aiskrim merupakan buatan sendiri tanpa membeli dengan orang lain. Mereka telah belajar teknik menghasilkan soft aiskrim melalui kursus di kolej komuniti. Menurut Puan Norashikin, mereka telah menggunakan bahan-bahan yang serupa dengan bahan yang digunakan oleh Baskin Robbins dengan kos yang lebih rendah. OLEH :Mah Poh Ching PENGUSAHA AISKRIM INASIS PETRONAS: KETERAMPILAN DAN KETEKUNAN PUAN NURASIKIN DIBALAS DENGAN PERNIAGAAN BERJAYA Pemilik gerai Champion ABC Aiskrim Inasis Petronas, Puan Norashikin Abd Rashid 43 RENCANABERITA - INASIS


Click to View FlipBook Version