Bagi menghasilkan soft aiskrim yang berkualiti dan berpatutan, beliau telah mengatakan bahawa mendapatkan bahan mentah yang berpatutan adalah penting. Beliau sentiasa mencari harga terbaik tanpa menjejaskan kualiti produk yang dihasilkannya. Beliau juga menjelaskan bahawa pendekatan ini membolehkan mereka menawarkan produk yang terbaik tetapi harga berpatutan kepada pelajar UUM. “Pembuatan soft aiskrim melibatkan pelbagai bahan seperti gula perang sebagai bahan utama dalam penghasilannya.” Kata Puan Norashikin. Mereka juga memastikan bahanbahan tersebut adalah kos efektif tetapi berkualiti tinggi. Puan Norashikin juga bertambah mereka juga telah menghasilkan produk minuman yang paling terhangat dalam kalangan pelajar UUM iaitu Thai Green Tea pada tahun ini. Beliau juga mengatakan bahawa ramai pelajar UUM dari laluan inasis lain amat gemar datang mengunjungi gerai Puan Norashikin disebabkan air minuman ini. Beliau menyatakan bahawa ramai pelajar UUM telah memberi banyak komen positif seperti apabila cuaca panas, ais batu dalam air minuman Thai Green Tea telahpun cair, gerai akan menambah ais batu lagi untuk memenuhi permintaan mereka. 44 Terdapat beberapa pelajar di Inasis Petronas datang membeli aiskrim di gerai Champion ABC RENCANABERITA - INASIS Ada terdapat juga dalam kalangan pelajar UUM gemar makan soft aiskrim yang berperisa vanila disebabkan kebanyakan mereka merasa sedap dimakan dan licin. Di samping itu, beliau berkongsi tentang cara mengekalkan kualiti produk gerainya. Beliau telah mengatakan bahawa beliau hanya mengupah pekerja yang teliti dan mementingkan kebersihan dalam penyediaan aiskrim dan produk makanan lain. Hal ini disebabkan beliau ingin memastikan aiskrim yang dihasilkan adalah selamat dan berkualiti tinggi untuk pelanggan mereka. Beliau juga mempromosikan perniagaan gerai aiskrim dengan menggunakan platform media sosial seperti Facebook untuk berhubung dengan pelanggan dan mempromosikan produk mereka. Selain itu, mereka turut menyertai acara-acara tempatan untuk meningkatkan keterlihatan dan jangkauan mereka. Pada pandangan Puan Norashikin, beliau bercadang untuk memperkenalkan perisa baru dan berusaha mengembangkan produk mereka. Mereka juga sentiasa peka dalam melakukan penyelidikan dan bereksperimen dengan idea-idea baru untuk memastikan pelanggan terutamanya pelajar UUM teruja dan berpuas hati. Puan Norashikin juga memberikan nasihat kepada para pemuda yang ingin memulakan perniagaan. Beliau berharap sesorang individu sentiasa bersikap fleksibel dan sentiasa mendengar permintaan pelanggan. Individu juga hendaklah memahami keutamaan pelanggan dan bersedia untuk berinovasi berdasarkan maklum balas pelanggan. Akhir kata Puan Norashikin pula, “ Yang paling utama sekali dalam mencapai kejayaan adalah seseorang usahawanan perlulah sentiasa mengikuti trend dan mengekalkan kualiti.
UUM menawarkan penginapan yang dapat menampung para pelajar dari seluruh Malaysia dan antarabangsa. Penginapan di kampus ini, yang dikenali sebagai inapan siswa (INASIS), dilengkapi dengan kemudahan moden dan selesa. Antara inasis yang disediakan termasuk Inasis Petronas, Inasis Bank Muamalat, Inasis Mas, Inasis Bank Rakyat, Inasis Proton, dan banyak lagi. Inasis Petronas: Strategik dan Selesa. Inasis Petronas merupakan salah satu inasis yang menawarkan pelbagai kelebihan kepada pelajar. Kedudukannya yang strategik berdekatan dengan Vmall menjadikannya pilihan yang ideal. Inasis ini telah melalui beberapa fasa penaiktarafan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Peningkatan ini meliputi mutu bilik tidur, kemudahan internet berkelajuan tinggi, bekalan air bersih, dan ruang belajar yang lebih selesa dan kondusif. SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuhkan statusnya sebagai institusi pengajian tinggi terkemuka dengan menyediakan fasiliti penginapan yang lengkap dan berkualiti tinggi. UUM terkenal bukan sahaja dengan landskapnya yang memukau tetapi juga dengan kemudahan penginapan yang direka untuk memastikan keselesaan dan kesejahteraan para pelajar. Kemudahan Lengkap dan Kondusif. Setiap bilik di Inasis Petronas menyediakan perabot asas seperti katil, meja belajar yang dilengkapi lampu belajar, kerusi, dan almari. Kemudahan lain termasuk bilik mandi bersih, dobi layan diri, ruang rehat dan kafe. Kemudahan dobi layan diri menyediakan pakej sabun dan pelembut pakaian percuma, dengan sistem pembayaran atas talian melalui imbasan kod memudahkan para pelajar untuk menggunakannya. Inasis Petronas turut menyediakan parkir kenderaan yang tidak terhad, luas dan selamat untuk pelajar yang memiliki kenderaan sendiri. Parkir disediakan mengikut kategori seperti motosikal dan kereta, serta turut tersedia parkir khas berbumbung untuk kakitangan universiti. OLEH : Siti Zubaidah NAIK TARAF FASILITI KONDUSIF DI INASIS PETRONAS Suasana Cafe Inasis Petronas. 45 RENCANABERITA - INASIS
Penambahan Sistem Tapisan Air Coway di Blok Kediaman. Sebelum ini Inasis Petronas hanya menyediakan bekalan air minuman dari water cooler sahaja, namun kini beberapa kemudahan sistem penapisan air Coway telah ditambah di kawasan kediaman pelajar. Kemudahan ini akan memastikan pelajar mendapat akses kepada bekalan air lebih bersih kerana sistem penapisan air Coway mampu memastikan kualiti air minuman yang lebih baik dan selamat buat para pelajar. Vmall Tempat Utama Mendapatkan Barang Keperluan. Kedudukan Inasis Petronas yang berdekatan mini pasaraya UUM iaitu Vmall amat memudahkan pelajar Inasis tersebut membeli barangan keperluan harian. Jarak yang dekat dan hanya mengambil masa sekitar 5 minit untuk berjalan dari Inasis Petronas ke Vmall mampu membuatkan Inasis Petronas menjadi rebutan para pelajar di UUM berbanding Inasis lain yang memerlukan para pelajar menaiki pengangkutan bas untuk ke Vmall. Vmall bukan sahaja mempunyai pasaraya yang menjual barang keperluan, namun turut mempunyai kedai makan, farmasi, dobi layan diri, kedai buku, kedai membaiki gajet serta perkhidmatan Bank Islam dari segi kemudahan Automated Teller Machine (ATM) dan Cash Deposit Machine (CDM) yang memudahkan pelajar Inasis Petronas menjalankan kehidupan seharian tanpa mereka perlu keluar dari kampus. Student Lounge: Tumpuan Utama Pelajar. Inasis Petronas bukan sahaja menyediakan fasiliti dari segi sukan, malah turut mempunyai dua Student Lounge iaitu Student Longue Petronas, yang terletak di bawah penginapan pelajar sendiri, dan Student Longue Lavendar di bawah pengurusan UUM Information Technology (UUMIT), ia merupakan tempat tumpuan utama para pelajar menjalankan pelbagai aktiviti dan program termasuklah sidang media sewaktu minggu suai kenal (MSK) pelajar baharu. 46 Bahagian Dalam ‘Student Longue’ Petronas. RENCANABERITA - INASIS Menurut Presiden Inasis Petronas sesi 2023/2024, Muhammad Asyraf Bin Mohd Fazil, keistimewaan utama Inasis Petronas terletak kepada kemudahan seperti bilik karaoke dan tempat permainan poll yang disediakan dalam Student Longue Petronas yang tidak dimiliki inasis yang lain. Student Longue Petronas bukan sahaja menjadi pusat aktiviti pelajar tetapi juga bilik serbaguna untuk para pelajar mengulang kaji. Gerai Tok Abah di Inasis Petronas: Tarikan Pelajar dengan Masakan Asli Kelantan Gerai Tok Abah yang terletak di Inasis Petronas menjadi tumpuan utama para pelajar kerana menawarkan menu masakan autentik dari negeri Kelantan. Masakan seperti Nasi Kak Wok, Nasi Kukus, dan Nasi Kerabu telah berjaya menarik minat ramai pelajar, bukan sahaja dari Inasis Muamalat tetapi juga dari inasis-inasis lain seperti Inasis Bank Rakyat dan Inasis SME yang berada di luar kampus. Salah satu sebab utama Gerai Tok Abah mendapat sambutan hebat adalah kerana kualiti makanan yang tinggi serta harga yang berpatutan. Ini menjadikannya pilihan utama bagi para pelajar yang mencari makanan enak dengan bajet yang sesuai. Dengan rasa yang autentik dan penyediaan yang teliti, hidangan di Gerai Tok Abah menawarkan pengalaman gastronomi yang mengingatkan pelajar pada masakan kampung halaman mereka.
Menurut Nurul Nabilah Wahab seorang pelajar tahun satu, “Nasi kerabu di Gerai Tok Abah sangat berbeza dengan Nasi Kerabu yang dijual di tempat lain kerana harga yang murah dan semestinya sedap, Warung Tok Abah bukan sahaja menyajikan masakan Asli Kelantan tetapi turut menyediakan Nasi Lemak dan Nasi Ayam Masak Merah yang menjadi pilihan utama pelajar di Inasis Petronas.” Naik Taraf Fasiliti Sukan dan Rekreasi Kini, Inasis Petronas dalam proses naik taraf kemudahan sukan seperti gelanggang futsal, bola jaring dan takraw. Kemudahan sukan bukan sahaja digunakan untuk mengisi masa lapang malah dapat menyokong pelajar mengamalkan gaya hidup yang sihat. Kemudahan ini juga mampu membantu meningkatkan mutu pencapaian atlet dan memupuk jiwa kesukanan yang tinggi kepada pelajar Inasis Petronas. Proses Penurapan Dataran Ilmu Inasis Petronas Inasis Petronas juga sedang melalui proses penambahbaikan infrastruktur yang signifikan, termasuk penurapan Dataran Ilmu. Proses penurapan ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan keselamatan kawasan tersebut, menjadikannya lebih selesa dan kondusif untuk pelajar. Dataran Ilmu sering digunakan sebagai tempat pertemuan, acara rasmi, dan aktiviti luar kelas. Penurapan baru ini memastikan permukaan yang rata dan bebas dari genangan air dan memudahkan pelajar untuk berkumpul dan beraktiviti tanpa gangguan. Penurapan Dataran Ilmu juga akan menyediakan ruang yang lebih estetik dan kemas, menambah nilai visual kepada keseluruhan kawasan inasis. Proses ini melibatkan penggunaan bahan berkualiti tinggi dan teknik penurapan terkini untuk memastikan ketahanan dan keberkesanan jangka panjang. Setelah siap, Dataran Ilmu akan menjadi tempat yang lebih menarik dan fungsional untuk pelbagai acara dan aktiviti pelajar. 47 RENCANABERITA - INASIS Harapan Presiden Inasis Petronas Presiden Inasis Petronas, Muhammad Asyraf Bin Mohd Fazil, menyatakan bahawa semua penambahbaikan ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan pengetua, kakitangan, dan organisasi kediaman pelajar. Diharapkan kemudahan yang telah diperbaharui ini dapat digunakan dengan baik dan berhemah, agar mampu dinikmati dalam jangka masa panjang. Dengan semangat kerjasama dan sokongan berterusan, Inasis Petronas akan terus menyediakan kemudahan yang terbaik untuk kesejahteraan pelajarnya, bagi memastikan mereka mempunyai pengalaman kampus yang paling bermakna dan berharga.
Golongan OKU di masyarakat adalah golongan yang mempunyai kekurangan dan tidak mempunyai keupayaan untuk melakukan pelbagai perkara. Namun, kekurangan yang dimiliki oleh golongan OKU ini bukanlah satu penghalang mereka untuk meneruskan pelajaran ke menara gading. Mahasiswa OKU mendapat tempat dan layanan istimewa dari pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) khususnya di Inasis Petronas dengan menyediakan pelbagai kemudahan. Walaupun mereka mempunyai kekurangan seperti fizikal dan mental, UUM menyediakan banyak kemudahan sokongan untuk mereka terus berjaya bersama-sama rakan-rakan mahasiswa yang lain. Di UUM mempunyai dua buah Inasis yang mempunyai pelajar OKU. Dua Inasis tersebut adalah Inasis Petronas dan Telekom Malaysia (TM). Jumlah keseluruhan pelajar OKU yang menuntut ilmu di UUM adalah sebanyak 80 orang. UUM adalah satu-satunya universiti yang mempunyai Independent Living Centre (ILC) Permai. ILC Permai adalah salah satu agensi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menguruskan golongan OKU mengikut zon. SINTOK – Golongan Orang Kurang Upaya atau OKU adalah golongan yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental dan intelektual. Apabila berhadapan dengan pelbagai halangan, individu tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat. Tercetusnya pembinaan ILC di UUM adalah disebabkan pada awalnnya bilik OKU di Inasis Petronas mempunyai dua bilik untuk lelaki dan dua bilik bagi pelajar wanita. Pengerusi ILC adalah Encik Meor iaitu Felo Inasis Proton. Beliau juga adalah dari golongan OKU fizikal. ILC Permai UUM sebuah agensi bagi zon Utara. Perkhidmatan fisioterapi, kaunseling dan terapi-terapi untuk mahasiswa OKU UUM dan masyarakat terdekat. ILC Permai menjadi pilihan golongan OKU sekiranya mereka tidak mendapat perkhidmatan yang diingini di hospital dan JKM disebabkan oleh kesesakan dan kepadatan golongan OKU yang lain. OLEH : Norfikriah INASIS PETRONAS MESRA OKU SAC menyediakan van khas OKU untuk memudahkan pelajar OKU fizikal bergerak di sekitar UUM. 48 RENCANABERITA - INASIS
Selain zon Utara, ILC juga mempunyai beberapa cawangan lagi di zon Barat, Selatan, Pantai Timur dan Borneo. Bangunan ILC di zon selain Utara tidak dibina di dalam sesebuah universiti. Bangunan ILC di Inasis Petronas menggunakan bangunan yang sedia ada iaitu bangunan JKPS Petronas yang tidak digunakan. Bangunan ini telah diubah suai untuk dijadikan sebuah pusat OKU di Inasis Petronas. Bangunan tersebut mempunyai sebuah pejabat, fasiliti untuk sesi fisioterapi, kaunseling dan wad. Wad ini menempatkan pelajar OKU yang tidak sihat dan akan dirawat oleh perawat yang bertugas. Perawat dan kaunselor ILC merupakan perawat yang bertauliah kerana telah menerima lantikan daripada JKM. ILC hanya dibuka pada waktu pejabat iaitu pada pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Sekiranya pelajar OKU memerlukan perkhidmatan kesihatan selepas waktu pejabat, mereka akan dibawa ke Pusat kesihatan UUM (PKU) oleh Felo Inasis. Terdapat dua golongan OKU yang menginap di Inasis Petronas iaitu OKU secara fizikal dan OKU dari segi mental. Mereka diberikan kemudahan penginapan dengan menempatkan di bilik aras bawah. Golongan OKU dari segi fizikal ini akan ditempatkan di bilik khas yang mempunyai tandas berasingan untuk kegunaan harian. Satu bilik dihuni oleh dua orang pelajar. Walau bagaimanapun, pelajar OKU cacat penglihatan akan ditempatkan di bilik biasa dan hampir dengan tandas. 49 Mahasiswa OKU dapat menarik nafas lega mereka akan kekal menginap di Inasis yang sama sehingga tamat pengajian. Justeru itu, pihak Inasis Petronas yang menyimpan semua data-data para pelajar dan menempatkan pelajar OKU di aras bawah. Hal ini dapat memudahkan pergerakan golongan OKU terutamanya golongan OKU fizikal. Selain daripada kemudahan penginaapan, mahasiswa OKU fizikal mendapat kemudahan kenderaan sebuah van khas untuk OKU. Van ini adalah sebuah inisiatif Pusat Penginapan Pelajar (SAC) untuk memudahkan pergerakan pelajar OKU untuk bergerak di sekitar kampus. Van ini beroperasi semasa waktu pejabat sahaja iaitu pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi dengan Kepujian UUM, Nur Irdina Fatini Binti Rosli, 22, sebagai pelajar autisme yang menginap di Inasis Petronas, beliau berasa bersyukur kerana ditempatkan di bilik biasa iaitu bilik yang sama dengan pelajar normal. Tambahnya lagi, dia juga bersyukur kerana akan kekal menginap di Inasis Petronas yang mempunyai kedudukan strategik yang berdekatan dengan Varsity Mall. Kemudahan kondusif yang disediakan oleh pihak UUM, tanpa mengira ketidakupayaan, dapat memberikan peluang untuk mahasiswa OKU mendapatkan pendidikan tinggi seperti orang lain. Selain itu, menambah reputasi UUM sebagai institusi pendidikan yang prihatin dan progresif dalam menyediakan kemudahan untuk pelbagai keperluan pelajar RENCANABERITA - INASIS
MELANGKAH GAGAH, MENUJU GEMILANG 40 tahun
SEJARAH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Kini, UUM berusia 40 tahun. Sempena ulang tahun ini, UUM mengadakan 40 Program Utama bagi memeriahkan sambutan sempena 40 tahun pengasasan universiti dan Tahun Melawat UUM sepanjang 2024. Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, Hari Pengasasan UUM disambut 16 Februari setiap tahun, merupakan hari ulang tahun kelahiran UUM dan beliau turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga UUM termasuk mantan-mantan Naib Cancelor dan alumni UUM. Kampus tetap UUM, yang dirujuk sebagai Kampus Sintok, mula beroperasi pada 15 September 1990. Terletak di kawasan bekas perlombongan bijih timah, ia berlindung di lembah hutan tropika yang subur, dirangkul oleh bukit biru, dan dialiri oleh dua sungai yang mengalir. di tengah-tengah kampus. Sungai-sungai, Sungai Sintok dan Sungai Badak, melengkapkan keindahan pemandangan alam semula jadi, memberikan pelbagai pemandangan keindahan hijau. Universiti Utara Malaysia (UUM), yang ditubuhkan secara rasmi pada 16 Februari 1984, merupakan universiti awam Malaysia Perancangan pembinaan universiti keenam ini bermula pada Ogos 1983 apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mula memberi bentuk, dengan bersungguh-sungguh, idea untuk menubuhkan universiti ini. Pada 19 Oktober 1983, Jemaah Menteri telah memberikan kelulusan rasmi untuk projek ini di Kedah. Pada masa itu, projek itu dipanggil "Projek Universiti Keenam". Beberapa bulan kemudian, pejabat sementara universiti keenam, secara rasmi dinamakan Universiti Utara Malaysia (UUM), dibuka secara rasmi pada 15 Februari 1984 di Jitra. Empat bulan selepas pembukaan rasminya, pejabat UUM telah dipindahkan ke kampus sementaranya iaitu Kampus Darul Aman di Jitra, pada Jun 1984, apabila fasa pertama projek itu telah siap. Perpindahan ini dilakukan supaya dapat menyambut kumpulan pertama pelajar untuk tahun akademik yang bermula pada awal Jun 1984. Kampus Darul Aman terletak di atas tanah seluas 62 ekar di Bandar Darulaman. Ia berada 18 km ke utara Alor Setar dan 4.8 km dari Jitra. yang keenam. Ia merupakan satu-satunya universiti yang ditubuhkan untuk mengkhususkan diri sematamata dalam pendidikan pengurusan sejak awal penubuhannya. Dalam pada itu, perancangan kampus tetap untuk universiti telah pun bermula. Kampus tetap ini akan dibina di atas kawasan seluas 1,061 hektar di Sintok (dalam daerah Kubang Pasu), terletak kira-kira 48 km ke utara Alor Setar dan 10 km ke timur Changlun, sebuah bandar kecil di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand. 50
KEHIDUPANKAMPUS niversiti Utara Malaysia (UUM), terletak di Sintok, Kedah, adalah salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang menawarkan Kemudahan Kampus Kampus UUM terkenal dengan infrastrukturnya yang moden dan lengkap. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan yang luas, pusat sukan, kolam renang, dan dewan kuliah yang canggih. Perpustakaan Sultanah Bahiyah adalah salah satu perpustakaan terbesar di Malaysia dengan koleksi buku yang sangat banyak, menyediakan suasana yang kondusif untuk pembelajaran dan penyelidikan. Asrama dan Penginapan Pelajar di UUM disediakan dengan pelbagai pilihan penginapan yang selesa. Terdapat lebih daripada 20 kolej kediaman yang menawarkan bilik-bilik yang bersih dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti Wi-Fi, kemudahan dobi, dan kantin. Kehidupan di asrama sangat meriah dengan pelbagai aktiviti sosial dan kebudayaan yang dianjurkan oleh pelajar. U suasana pembelajaran yang unik dan menakjubkan. Kehidupan di kampus UUM bukan sahaja fokus kepada kecemerlangan akademik tetapi juga kepada pembangunan sahsiah dan kemahiran pelajar. 51
KEHIDUPAN KAMPUS Pengalaman Antarabangsa UUM menggalakkan pelajar untuk mendapatkan pengalaman antarabangsa melalui program pertukaran pelajar dan kerjasama dengan universiti luar negara. Pelajar diberi peluang untuk belajar di luar negara dalam jangka masa pendek atau panjang, memberikan mereka perspektif global dan memperkaya pengalaman akademik dan peribadi mereka. Kemudahan Sukan dan Rekreasi Kehidupan kampus di UUM juga tidak lengkap tanpa aktiviti sukan dan rekreasi. Kampus ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan seperti padang bola sepak, gelanggang tenis, gelanggang bola keranjang, dan gimnasium. Selain itu, kawasan kampus yang hijau dan indah sesuai untuk aktiviti luar seperti jogging dan berbasikal. Tidak lupa juga tempat menarik yang perlu diterokai pelajar seperti 'Hidden Lake', air terjun Kachi, Puncak Vista dan banyak lagi mampu memberi pelajar peluang untuk tidak kekal di dalam bilik sahaja. Kesimpulan Kehidupan di Universiti Utara Malaysia menawarkan pengalaman yang menyeluruh, menggabungkan kecemerlangan akademik dengan pembangunan sahsiah dan sosial. Pelajar bukan sahaja memperoleh ilmu pengetahuan tetapi juga kemahiran hidup yang penting untuk berjaya dalam kerjaya dan kehidupan mereka. Dengan kemudahan yang lengkap, aktiviti yang pelbagai, dan suasana yang kondusif, UUM adalah tempat yang ideal untuk pembelajaran dan perkembangan diri. Dengan pelbagai kemudahan dan program yang ditawarkan, kehidupan di kampus UUM memastikan pelajar mendapat pengalaman yang holistik dan bermakna sepanjang tempoh pengajian mereka. Aktiviti Kokurikulum dan Kelab UUM menawarkan lebih daripada 100 kelab dan persatuan pelajar yang meliputi pelbagai minat seperti sukan, kesenian, keusahawanan, dan kebajikan. Aktiviti kokurikulum ini membantu pelajar mengembangkan bakat mereka di luar bilik kuliah dan membina jaringan sosial yang luas. Selain itu, UUM juga kerap menganjurkan program-program seperti seminar, bengkel, dan ceramah yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran insaniah pelajar. 52
Hi semua! Perkenalkan nama aku Aulia Nadya Prameswari dari Universitas Pancasila di Jakarta, Indonesia. Pertama-tama aku mau mengucapkan selamat ulang tahun untuk Universiti Utara Malaysia yang ke-40 tahun. Semoga UUM dapat menjadi wadah bagi mahasiswa-mahasiswi di Malaysia serta International students lainnya untuk berkembang dan menempuh pendidikan dengan sebaik-baiknya. Semoga UUM dapat melahirkan banyak pelajar yang sukses dan kompeten dalam bidangnya masing-masing serta tidak berhenti untuk menjadi Universiti yang keren! Aku juga ingin berterima kasih banyak karena UUM telah membuat program Student Mobility ini sehingga aku dapat merasakan belajar di salah satu universitas ternama di Malaysia. Ini merupakan suatu pengalaman yang akan terus saya ingat dan kenang selamanya. Saya sangat bersyukur dapat menjadi bagian dari program mobiliti ini dan belajar banyak hal tentang UUM. Semoga aku bisa datang lagi ke sini di lain waktu. DARI INDONESIAUNTUKUUM: UCAPANISTIMEWAPELAJAR MOBILITIDIULANGTAHUNKE-40 Nama: Aulia Nadya Prameswari Universiti: Universitas Pancasila, Jakarta Indonesia Semester: 4 Program: Sains Komunikasi Nama: Nur Laila Husni Universiti: Universitas Mataram (UNRAM), NTB Indonesia Semester: 6 Program: Sosiologi Helo semuanya perkenalkan nama saya Nur Laila Husni dari universitas mataram lombok, NTB INDONESIA. Saya mengucapkan selamat ulang tahun universitas utara malaysia yang ke-40 tahun semoga semakin keren dan terbang tinggi, saya merasa sangat nyaman di lingkungan UUM dengan berbagai fasilitas kampus serta orang- orang di dalamnya saya ingin mengucapkan terimakasi kepada UUM telah membuat program ini sehingga saya dapat merasakan pengalaman belajar di salahsatu universitas ternama di malaysia, saya bersyukur bisa menikmati kegiatan saya di UUM selama saya berada disini. Harapan saya semoga program ini bisa terus berlanjut dan semakin keren lagi dari sebelumnya, saya berharap bisa kembali lagi ke UUM untuk menimba ilmu atau berkunjung lagi suatu saatnanti saya juga memiliki keinginan bisa melanjudkan S2 saya di UUM serta semoga UUM dan universitas mataram bisa terus bekerjasama menjalin hubungan yang baik dalam bidang akademik dan non akademik. 53
Cokmar Universiti Cokmar Universiti Utara Malaysia terdiri daripada lima bahagian. Bahagian pertama mempunyai lima permukaan licin yang melambangkan Islam dan Rukun Negara, dan berbentuk seperti obor yang sentiasa menyala, melambangkan kehidupan. Lima permukaan licin ini dihiasi dengan motif berikut: Lambang Kerajaan Malaysia Logo Universiti Utara Malaysia Bunga kebangsaan Nama Universiti Utara Malaysia dalam kaligrafi Obor melambangkan ilmu Bahagian kedua berbentuk seperti mangkuk. Permukaannya dihiasi dengan butiran padi yang baru masak untuk melambangkan ‘BUDI’ atau kebajikan. Di atas mangkuk, terdapat tiga bulu yang melambangkan pena ilmu. Mangkuk ini dihiasi dengan batu nilam yang mencerminkan warna biru dalam logo UUM. Bahagian ketiga melambangkan tongkat kuasa yang kukuh dan menjadi asas kestabilan untuk perkembangan ilmu. Bahagian keempat adalah hujung tongkat. Di sini, terdapat tiga bilah Keris Jawa Demam yang disusun dalam bentuk segitiga. Hujung tongkat ini semuanya menghala ke satu arah dan melambangkan perpaduan dalam menghadapi situasi. Bahagian kelima berbentuk seperti hemisfera dan melambangkan tujuan universiti. Permukaannya dihiasi dengan motif Melayu. 54 Cokmar Universiti telah diserahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia melalui Menteri Pendidikan di Istana Bukit Serena, Johor Bahru pada 14 Julai 1988. Reka bentuk yang ringkas melambangkan kelincahan dan dinamisme dalam pelaksanaan aktiviti Universiti Utara Malaysia. Konsep Rasional
Kami anak alam insan Tuhan Mengembara langit biru mencari ilmu Berteman kebudimanan Bina nusa bina dunia sejahtera UNIUTAMA ibu yang tercinta Kami doa lanjut usia bahagia Kami janji hormati pesanmu Ilmu budi dan bakti Kami anak alam insan Tuhan Mengembara langit biru mencari ilmu Berteman kebudimanan Bina nusa bina dunia sejahtera UNIUTAMA ibu yang tercinta kami doa lanjut usia bahagia kami janji hormati pesanmu ilmu budi dan bakti ilmu budi dan bakti Lagu Rasmi UUM - Biru Warna 55
E-MEL RASMI [email protected] INSTAGRAM @belurunews DISUNTING OLEH : JABATAN EDITORIAL & MAJALAH