PANDU PUTERI S U T R A A S H S Y I F A B I N T I S A H A R U D I N
Sejarah dan Penubuhan PPPM PerLembagaan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Cogan kata dan lambang Pandu Puteri Isyarat dan hormat Pandu Puteri Berjabat tangan Pandu Puteri Malaysia Pakaian Seragam Pandu Puteri Lagu-lagu Pandu Puteri Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas Bendera Malaysia dan Maksudnya Istiadat Ladam Kuda Istiadat Pandu Puteri Tunas 01 02 03 ISI KANDUNGAN ASAS PANDU PUTERI 5 1 2 4 3 4 5 4 7 4 9 5 0 5 7 6 1 6 3 6 6 8 3 SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI 97 100 101 103 111 Pengurusan dan Struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Pengurusan dan Struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG KPM Pengurusan dan Struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG PM Sejarah perkembangan World Assosiation Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah PERANCANCANGAN TAHUNAN PROGRAM PANDU PUTERI TUNAS 126
NO KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN NAMA AHLI PERSATUAN PANDU PUTERI IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU BIODATA PELAJAR PISMP JUN 2021 (B) SUTRA ASH SYIFA BINTI SAHARUDIN BAHASA MELAYU 1 030812100646 2021142340224 SEMESTER 2 TAHUN 2 PROGRAM SEMESTER UNIT
A S A S P A N D U P U T E R I B A H A G I A N 1
SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
PERLEMBAGAAN VISI: Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan. MISI: Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa. NILAI-NILAI TERAS PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa: Integriti Kejujuran Toleransi Kasih sayang Bantumembantu Hormatmenghormati
PERLEMBAGAAN Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006. Berikut ialah Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991.
Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah diilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di bawah: PERLEMBAGAAN
PERKARA 1-NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. PERKARA 2 - KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERLEMBAGAAN
2.1 KAEDAH Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi i) Komitmen melalui Persetian dan Undang- Undang ii) Perkembangan kendiri yang progresif iii) Pembelajaran melalui perbuatan iv) Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab v) Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa vi) Khidmat masyarakat vii) Aktiviti luar viii) Simbolisme PERLEMBAGAAN
PERLEMBAGAAN 2.2 KEANGGOTAAN Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan. Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut: Ahli Aktif Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 13: Keanggotaan seumur hidup dibuka kepada dewasa berumur 35 tahun ke atas dengan pembayaran yuran keanggotaan seumur hidup. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. PERLEMBAGAAN
Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi: Bahagian Kepanduan Pandu Puteri Pra-Tunas 5-25 tahun Pandu Puteri Tunas 6 tahun ke bawah. Pandu Puteri Remaja 6-12 tahun 12-15 tahun Pandu Puteri Renjer 15-18 tahun Pandu Puteri Kadet +18 tahun Pandu Puteri Siswi +18 tahun Pandu Puteri Dewasa +18 tahun Bahagian Dewasa Pemimpin Tidak Berwaran +18 tahun Penolong Pemimnin +18 tahun Pemimpin +18 tahun Jurulatih +18 tahun Pesuruhjaya +18 tahun Guild Mantan Pesuruhjaya +18 tahun Guild Pandu Puteri Raja +18 tahun Guild Trefoil +18 tahun PERLEMBAGAAN
Ahli Tidak Aktif Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat. PERLEMBAGAAN PERLEMBAGAAN
Ahli Kehormat Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan PengakapPengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orangorang awam yang terkenal dan penting, serta individu-individu, termasuk PesuruhjayaPesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang tidak lagi memegang waran Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan PERLEMBAGAAN PERLEMBAGAAN
Peletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluankeperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu Court of Honour akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada Court of Honour adalah muktamad. PERLEMBAGAAN PERLEMBAGAAN
PERKARA 3-TUJUAN DAN OBJEKTIF Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu a)Mempromosikan kepanduan ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman berteraskan Prinsip-Prinsip Asas. b)Melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak- kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia; c)Menggalakkan persahabatan antara kanak- kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia. d)Untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERLEMBAGAAN PERLEMBAGAAN
PERKARA 4-LENCANA USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan "Persatuan Pandu Puteri Malaysia di dalam bulatan di sekelilingnya bawahnya. Semua hak cipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya) bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran. kepada pihak lain untuk menggunakan I encana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan. PERLEMBAGAAN PERLEMBAGAAN
PERKARA 5-PENAUNG Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: Mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puten Malaysia. Menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja. Menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 6-LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puten Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunya kuasa mutlak untuk menyurakan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu. PERLEMBAGAAN
6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut: Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Pesuruhjaya Pandu Puten Remaja Pesuruhjaya Pandu Puten Renjer Pesuruhjaya Pandu Puten Kadet Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Program & Latihan Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) Pesuruhjaya Keahlian Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan PERLEMBAGAAN
USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex offician yang dilantik dari semasa ke semasa Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Jawatan-jawatan di atas dipenihi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebnagsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk watan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli-ahli Aktif Persekutuan Pandu Puteri Malaysia PERLEMBAGAAN
PERLEMBAGAAN Demi memastikan kesemua jawatan pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembangan Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agong Tahunan Majlis Kebangsaan Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai pertu dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyurat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoho tiga (3) tahun sepenuhnya.
USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun dan 30% di atas umur 60 tahun. USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysal adalah merupakan ahil ex offcio Lembaga Eksekutif Kebangsaan, Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran ibu pejabat kebangsaan dan di atas perlaksanaan tugas yang ditetatpkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Ekekutif Kebangsaan. USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio tambahan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaanmengikut keperluan dari semasa ke semasa. PERLEMBAGAAN
Kekerapan Mesyuarat Mesyuarat akan diadakan sekall setiap tiga bulan. Lembaga Ekskutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahi yang hadir aka melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. Korum and Kuasa Pengundi Mesyuaral-mesyuarat Lembaga Ekskutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang- undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, laitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. PERLEMBAGAAN
Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir), keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang- undang kecil, dan pembuburan Persatuan Pandu Malaysia memerlukan dua pertiga undi majority, Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang- kurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah: Bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan. Bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik. Menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksaan aktiviti. Memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, peancangan pewarisan dan program latihan terancang. PERLEMBAGAAN
Menghasilkan dan melaksanakan programprogram untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam. Mengkaji kecukupan dan integrity sistem laporan perakaunan dan kewangan, system kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawal risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan Pandu Puteri Malaysia. Mencalonkan Ketua Pesuruhjaya. USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 7-BADAN UNDANGAN Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. PERLEMBAGAAN
sssssssss PERLEMBAGAAN Keanggotaan Masjlis Kebangsaan Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil utuk hadir dan mengundi di majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-ahli yang berumur 18 tahun ke atas. Tiga daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18-35 tahun. Setiap cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan ditenarkan mengundi.
PERLEMBAGAAN
Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, laltu pemilihan yang baharu akan berlangsung Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan. Kekerapan Mesyuarat Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun, Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu per lima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Ekskutif Kebangsaan. PERLEMBAGAAN
Korum and Kuasa Pengundian Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yng dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, laitu semua keputusan yang dicapai akan diamnil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada Jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-undang Kecil dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua per tiga undi majoriti. PERLEMBAGAAN
Korum and Kuasa Pengundian Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yng dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, laitu semua keputusan yang dicapai akan diamnil kira sebagai sah Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada Jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-undang Kecil dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua per tiga undi majoriti. PERLEMBAGAAN
Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan: Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia iii. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu penting Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kirakira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan. Memilih atau memberi persetujuan ke atas pertansikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan Mendengar dan membuta keputusan ke atas permintaan untuk menank balik balik waranwaran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya. vii. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-undang Kecil ini. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan. PERLEMBAGAAN
PERKARA 8-KEWANGAN Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: Kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. Derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan. ahli-ahil Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan PERLEMBAGAAN
Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, laitu salah seorang daripada penandatangan itu lalah Bendahari Kehormat Jawatankuasa Kewangan yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci-kunci serta akaunakaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada 1 Januari hingga ke 31 Disember. PERLEMBAGAAN
PERKARA 9-CAWANGAN PERSATUAN Cawangan Persatuan terdiri daripada Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam UndangUndang Kecil Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan yang selan dengan Perlembagaan ini Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namum setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawal pegawainya dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. PERLEMBAGAAN
Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan PERKARA 10-PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6. Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas hal bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan PERKARA 11 PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini Korum untuk mesyuarat ini ialah dua per tiga daripada ahli Majlis Kebangsaan Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua per tiga undi majority daripada ahli-ahli yang hadir. PERLEMBAGAAN
Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau asset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau asset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, laitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau asset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mel 2007 PERLEMBAGAAN
PERSETIAAN PANDU PUTERI Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, menunaikan kewajipan saya, kepada Tuhan, raja dan negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa, Mematuhi undang-undang Pandu Puteri.
UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI 1.Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. 2. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. 3. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. 4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersahabat dengan Pandu Puteri yang lain. 5. Seorang Pandu Puteri bersifat baik kepada haiwan dan menjaga bendabenda hidup. 6. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. 7. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. 8. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. 9. Seorang Pandu Puteri suai fikiran, perwatakan dan perbuatan. 10.
“SELALU SEDIA” COGAN KATA PANDU PUTERI Pandu Puteri Remaja. Pandu Puteri Kadet. “TOLONG ORANG SELALU” Pandu Puteri Tunas “SELALU SEDIA - TERUS BERKHIDMAT” Pandu Puteri Renjer
LAMBANG PANDU PUTERI Bintang pecah empat belas 13 buah negeri di Malaysia dan 1 Pecahan lagi yang menghala ke atas melambangkan jarum kompas yang bermaksud petunjuk jalan yang benar Trefoil Tiga bahagian dalam ikrar Pandu Puteri Bentuk lencana hampir sama dengan lencana Pandu Puteri Sedunia Diperkenalkan dan digunakan pada bula Januari 1962 Dicipta oleh Cik Mary Bowers, Pesuruhanjaya Latihan di Ibu Pejabat Pandu Puteri Malaysia.
Digunakan apabila : seseorang itu diterima sebagai ahli Pandu Puteri. semasa ahli Pandu Puteri membaharui ikrar . Cara membuat isyarat : Berada dalam kedudukan sedia. Tangan kanan dinaikkan ke aras bahu dan tangan kiri (di sisi) dirapatkan lurus ke badan. Kedudukan tangan kanan pada jarah 15-25 cm dari telinga kanan. ISYARAT PANDU PUTERI Ibu jari diletakkan di atas jari kelingking bermaksud yang kuat membantu yang lemah. Tiga jari menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri.
HORMAT PANDU PUTERI Cara membuat hormat : Tegakkan tiga jari tangan kanan sambil meletakkan ibu jari di atas jari kelengkeng. Angkat tangan sama paras dengan dahi. Berdiri dalam keadaan sedia. Hormat Pandu Puteri dilakukan apabila : Berjumpa Pegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, ketua dan sesama ahli kumpulan. Berjumpa ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. Menerima hadiah dan kurniaan. Istiadat mengibar bendera.
BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI Berjabat tangan sesama ahli Pandu Puteri dengan menggunakan tangan kiri. Berjabat tangan dengan orang lain selain daripada ahli Pandu Puteri dengan menggunakan tangan kanan.