v) Dalam perkara-perkara yang keterlaluan di mana kesalahan atau
kelakuan curang yang yang memerlukan pembuangan serta-merta
tanpa diberi amaran (seperti : pemerasan, ugutan-ugutan dan
acaman terhadap murid-murid), Guru Besar hendaklah
memberhentikan murid untuk sementara waktu sementara satu
penyelidikan dibuat. Jikalau penyelidikan itu membenarkan supaya
murid-murid itu dibuang maka ia bolehlah dibuang sekolah.
vi) Ibu bapa/penjaga hendaklah diberi tahu berkenaan dengan
pembuangan murid itu supaya mereka boleh membuat rayuan
kepada Lembaga Pengurus terhadap keputusan Guru Besar itu.
vii) Jika Lembaga Pengurus bersetuju untuk mengambil semula murid
itu, persetujuan Pendaftar Sekolah hendaklah diminta sebelum murid
itu boleh diterima masuk semula.
4. Perhatian tuan adalah ditarik kepada seksyen 7 dan 8 (b) Peraturan
Pelajaran 1959(Tatatertib sekolah) mengenai murid yang mengambil bahagian
dalam pilihanraya atau kegiatan-kegiatan politik. Pendaftar Sekolah-sekolah mestilah
diberi tahu oleh Guru Besar sebelum sesuatu tindakan diambil untuk menggantung
atau membuang seorang murid kerana sebab-sebab ini.
tt
(Yap Hong Kuan)
b.p setiausaha Tetap
(Bahagian Sekolah-sekolah)
Kementerian Pelajaran
LAMPIRAN 2.2
KP.8543 02(12)
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.
18hb. September. 1968
Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia
Bil.8/1968. Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 september 1968.
Tatatertib di Sekolah-sekolah
Tatatertib di Sekolah-sekolah
Banyak aduan telah diterima berkenaan dengan tingkah laku murid-murid dan
di antaranya didapati menghisap rokok dalam perjalanan mereka balik ke rumah
selepas sekolah. Mengikut aduan-aduan itu murid-murid ini adalah datang dari
sekolah-sekolah yang baik yang dikenali dari pakaian seragam serta lencana
sekolah mereka. Adalah juga dikatakan bahawa beberapa murid-murid mempunyai
potongan rambut yang tidak senonoh dan ini menjadikan rupa mereka tidak kemas
terutama sekali apabila mereka memakai seluar-seluar ketat.
2. Sekolah-sekolah adalah ditubuhkan untuk perkembangan penuntut untuk
menjadikan mereka warganegara yang berguna boleh menilaikan kebudayaan
mengetahui nilaian-nilaian akhlak dan rohani, memahami perhubungan antara
manusia, kesihatan jasmani dan akal serta mempunyai ilmu pengetahuan sains dan
bibitan-bibitannya. Oleh yang demikian, Peraturan-peraturan dan undang-undang
sekolah telah dibuat untuk menjamin adanya tatatertib yang baik di sekolah-sekolah.
3. Tatatertib ialah sebahagian dari proses pelajaran kita dan pada amnya
ditakrifkan sebagai tindakan atau peraturan yang diambil untuk menentukan supaya
peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah diikuti. Oleh yang demikian
sekolah-sekolah telah mengadakan peraturan-peraturan supaya beberapa tujuan
dapat dicapai dan budi pekerti yang sepatutnya ditanamkan ke dalam sanubari
murid-murid belaka.
4. Peraturan-peraturan tatatertib dan kuasa Guru Besar adalah dinyatakan
dalam Peraturan Pelajaran 1959 (Tatatertib Sekolah) dan peraturan untuk
membuang murid-murid telah dihuraikan dalam M.E Circular Professional 6/68, tetapi
peraturan-peraturan itu tidak ada menegaskan bahawa tatatertib itu boleh digunakan
oleh semua Guru-guru dan pentadbiran-pentadbiran pada setiap waktu. Surat
pekeliling ini adalah dikeluarkan untuk mengingati Guru Besar sekolah dan Guru-
guru bahawa adalah merupakan salah satu dari tugas-tugas mereka untuk
membantu penuntut-penuntut supaya mengetahui apakah dia tingkah laku yang baik
dan tidak baik. Seseorang itu mestilah ingat bahawa seseorang murid itu ialah
perseorangan yang tidak cukup matang untuk membuat sesuatu keputusan yang
baik.
5. Tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-
masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada Guru
Besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat
sahaja yang harus diserahkan kepada Guru Besar.
6. Perkara-perkara tatatertib yang berat.
Perkara-perkara yang berikut adalah berat di mana pembuangan atau
penggantungan sementara boleh ditimbangkan:
i) Membawa senjata-senjata yang merbahaya, dengan tujuan jahat.
ii) Mengancam penuntut-penuntut yang lain.
iii) Menghisap rokok dan meminum minuman yang memabukkan.
iv) Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan
oleh Sekolah dan Pejabat Pelajaran.
v) Merosakkan atau membinasakan harta sekolah.
vi) Menjadi ahli dalam Pertubuhan-pertubuhan Haram.
vii) Mencuri
viii) Melawan pihak-pihak yang berkuasa.
Hendaklah diambil perhatian bahawa penggantungan sementara tidak boleh
melebihi dari 10 hari.
7. Pakaian
Sekolah adalah satu tempat belajar dan pakaian yang dipakai
hendaklah selaras dengan tujuan ini. Rambut juga hendaklah dipotong
baik.Dengan membimbing tingkah laku dan pakaian yang patut di pakai di
dalam bilik darjah. Sekolah-sekolah dapat menolong murid-murid untuk
memperkembangan sifat-sifat diri yang baik, yang berguna seumur hidup.
Memandangkan kepada perkara-perkara diatas, kerjasama dari Guru Besar
serta Guru-guru adalah diminta supaya penuntut-penuntut mempunyai budi
pekerti, akhlak dan ketaatsetiaan yang baik.
Sekian,
tt
(Yap Hong Kuan)
b.p Setiausaha Tetap
(bahagian Sekolah-sekolah)
Kementerian Pelajaran
s.k.
Ketua Pegawai Pelajaran,
Semua Negeri.
Bahagian Kewangan.
Bahagian Pentadbiran.
Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan.
Bahagian Biasiswa dan Latihan.
Bahagian Sekolah-sekolah.
Bahagian Latihan Guru-guru.
Bahagian Pelajaran Teknik.
Bahagian Jemaah Nazir.
Bahagian peperiksaan.
LAMPIRAN 2.3
KP.8543/(11)
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.
12hb. Oktober. 1968
Ketua Pegawai Pelajaran,
Semua Negeri.
Tuan,
Tambahan Kepada Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’
Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/68 dan 8/68
Saya adalah diarah merujuk kepada ceraian 2(iii) Surat Pekeliling
“Professional” Kementerian Pelajaran Bil. 6/1968 dan ceraian 6, Surat Pekeliling
“Professional” Kementerian Pelajaran Bil.8/1968 dan memaklumkan bahawa
penggantungan murid-murid tidak boleh melebihi dari 14 hari.
2. Saya adalah diarah menyatakan juga bahawa mengikuti 10(2) dalam
Peraturan Pelajaran (Tatatertib Sekolah) ibu bapa atau penjaga boleh membuat
rayuan dalam masa satu bulan selepas tarikh pembuangan itu kepada Menteri
Pelajaran.
Saya yang menurut perintah
tt
(Yap Hong Kuan)
b.p Setiausaha Tetap
Bahagian Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran
s.k
Bahagian Kewangan
Bahagian Pentadbiran
Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan
Bahagian Biasiswa dan Latihan
Bahagian Sekolah
Bahagian Latihan Guru
LAMPIRAN 2.6
KP.8548/8(75)
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur. 01-34
5hb. September. 1975
Pengarah Pelajaran Negeri,
Semua Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah/Sarawak.
Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.6A/1975 Ruj.KP.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975.
Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mendapati perkara
menghisap rokok telah berlaku di kalangan murid-murid di beberapa buah sekolah di
negara ini. Walaupun perkara seperti ini tidak berlaku di tiap-tiap buah sekolah
namun begitu Kementerian memandang berat akan keadaan yang tidak sihat ini.
Semua Pengarah-pengarah Pelajaran Negeri/Guru-guru Besar hendaklah
mengambil langkah-langkah seperti berikut untuk menghapuskan gejala yang buruk
ini dari sekolah-sekolah.
2. Langkah-langkah
i) Guru-guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada
masa perhimpunan diadakan disekolah bahawa penghisap rokok adalah dilarang
untuk murid-murid sekolah kerana sebab-sebab kesihatan.Tambahan pula adalah
didapatipenghisapan dadah adalah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu
perkara ini tidak boleh diringankan. Sekolah dalam peranannya sebagai ibu bapa
kedua (in loco parentis) mempunyai tanggungjawab untuk melindungi murid-murid
dari aktiviti yang akan merosakkan individu-individu dan membahayakan institusi itu.
Semua murid-murid mestilah diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil
terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi.
ii) Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa
tempoh pengampunan (period of grace) selama seminggu akan diberi kepada murid-
murid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan
bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu. Selepas tempoh
pengampunan selama seminggu itu sesiapa yang didapati merokok akan
menghadapi tindakan disiplin.
iii) Guru-guru penolong sekolah hendaklah diminta memperhatikan
murid-murid yang merokok.
iv) Apabila seseorang murid didapati menghisap rokok langkah-langkah
berikut hendaklah diambil:-
(a) Tindakan disiplin yang sewajarnya hendaklah diambil.
(b) Ibu bapa/penjaga murid itu hendaklah diberitahu bahawa
kerjasamanya boleh didapati bagi mempengaruhi murid itu
berhentikan merokok.
(c) Murid itu hendaklah dirujukkan kepada guru panduan untuk
perundingan(counceling) dan nasihat. Guru panduan dikehendaki
menyimpan rekod-rekod sulit mengenai kejadian seperti ini dan rekod
itu mungkin akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri untuk tujuan statistik dan penyelidikan.
3. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu Sumua Guru Besar sekolah
mengenai kandungan surat pekeliling ini drngan segera.
4. Nota : Dengan ini Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1975 adalah dibatalkan.
Perbezaan di antara Bil.6/1975 dan Bil 6A/1975 adalah dalam ceraian 2(i).
Saya yang menurut perintah,
tt
(KUM BOO)
Bahagian Sekolah-sekolah.
b.p. Ketua Setiausaha
Kementeria Pelajaran
s.k.
Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran.
Setiausaha Sulit kepada Timbalan Y.B. Menteri.
Ketua Setiausaha Kementerian.
Ketua Pengarah Pelajaran.
Timbalan Ketua Setiausaha.
LAMPIRAN 2.7
KP.8548/8/(67)
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.
19hb. Ogos 1975
Pengarah Pelajaran Negeri,
Semua Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah/Sarawak.
Pengarah Latihan Guru.
Pengarah Pelajaran Teknik dan Vokasional.
Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas
No.7/1975 Ruj.KP.8548/8/(67) bertarikh 19 Ogos 1975.
Salah Guna Dadah – Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar
Seperti yang telah diketahui, telah ada murid-murid sekolah yang dengan sengaja
atau tidak telah terlibat dalam eksperimen atau salah guna dadah. Pada umumnya
polisi Kementerian Pelajaran ialah untuk menolong murid-murid berkenaan
mendapat pertolongan sewajarnya (melalui rujukan, perawatan dan pemulihan) dan
mensepadukan mereka semula dengan sekolah serta melindungi murid-murid itu
supaya mereka tidak menderita dari publisiti yang tidak diingini. Tindakan disiplin
hanya akan diambil sebagai langkah yang akhir sekali apabila segala percubaan
untuk memberi pertolongan setelah gagal dan juga hanya selepas berunding dengan
Pengarah Pelajaran Negeri.
2. Tindakan-tindakan Yang Harus Diambil
Adalah ditegaskan bahawa semua guru yang terlibat dalam sebarang
tindakan yang disenaraikan di bawah ini hendaklah menganggap perkara ini sebagai
perkara yang paling sulit dan oleh demikian hendaklah mengamalkan dan
menggunakan kebijaksanaan mereka pada setiap masa. Garis panduan yang
dinyatakan di bawah ini adalah peraturan yang harus diambil apabila seseorang
murid telah dikenali sama ada sebagai penyalah guna dadah yang disyaki atau
pengguna dadah tetap.
2.1. Rujukan Sendiri (Self-referral)
2.1.1 Kes ini dengan seorang murid dengan kemahuan sendiri berjumpa
Guru Panduan atau mana-mana guru di sekolah. Pada mulanya
menerangkan bahawa ia ada masalah persendirian (Personal).
Kemudian itu ia didapati telah mencuba dadah atau telah menjadi
penagih dadah (experimented with drug/dependent on drugs).
Lazimnya dalam kes seperti ini, murid-murid meminta perkara ini
dirahsiakan dan menyatakan keinginan atau kemahuannya untuk
mendapatkan pertolongan jika maklumat itu tidak dihebahkan kepada
ibu bapa/penjaga, guru besar dan lain-lain orang yang berkenaan.
Seseorang murid harus meminta perkara ini dirahsiakan sepenuh-
penuhnya sebagai syarat sebelum ia menyatakan masalahnya.
Selepas itu ia mungkin mengaku yang ia telah mencuba dadah atau
menyalahgunakan dadah. Dalam kes-kes yang telah dirujuk kepada
Guru Panduan. Guru Panduan hendaklah bersedia berjanji untuk
menjaga rahsia ini dan selepas itu bolehlah merujukkannya pada
badan-badan rujukan lain dengan persetujuan murid berkenaan.
Sekiranya murid itu telah memberitahu secara sulit kepada seseorang
guru lain, maka langkah yang patut diikuti ialah seperti perenggan 2.2
di bawah.
2.1.2 Kes ini mengenai seorang murid yang mungkin menyatakan
masalahnya berhubung dengan percubaan penyalahgunaan dadah
tanpa berkehendakkan perkara ini dirahsiakan. Dalam kes seperti ini,
Guru Panduan mestilah mengadakan hubungan dengan murid itu dan
membina kepercayaan murid itu tentang peranan dan pertolongan
Guru Panduan sebelum mencuba menerangkan betapa mustahaknya
rujukan atau melibatkan pertolongan ibu bapa/penjaga, Guru Besar,
pegawai masyarakat dan lain-lain. Murid itu hendaklah diberi jaminan
bahawa rujukan dan penglibatan orang-orang lain dibuat dengan
tujuan dan matlamat tertentu iaitu menolong murid tersebut dan etika
ikhtisas(profesional ethics) dan keyakinan/kepercayaan yang
sepenuhnya (utmost good faith) akan dijaga dan dihormati. Guru
Panduan mestilah membantu murid untuk bersetuju tentang tindakan
yang akan diambil. Jika murid itu tidak dapat dipujuk, adalah menjadi
tugas Guru Panduan menerangkan kepadanya tentang:-
a) Peraturan sekolah.
b) Kuasa ibu bapa/penjaga.
c) Perbekalan undang-undang (akta Dadah Berbahaya
(pindaan 1975) dalam mana murid itu boleh dipaksa atau
dikehendaki untuk rujukan kepada agensi-agensi yang
wajar untuk rawatan/pemulihan).
2.2. Rujukan oleh Guru-Guru/Murid
Seorang Guru sekolah boleh menyatakan pada Guru Panduan bahawa ia
mempunyai sebab yang nyata mengesyaki seseorang murid tertentu telah dan
sedang mencuba dadah. Atau seseorang murid lain mungkin dengan sukarela
memberi keterangan ini mengenai murid lain apabila temuramah perundingan
dijalankan.
2.2.1 Dalam kes-kes seumpama itu, (setelah diadakan hubungan baik
dengan murid yang disyaki itu) Guru Panduan hendaklah
memanggilnya untuk ditemuramah. Dalam temuramah itu maka
ketentuan akan didapati sama ada murid itu mengalami masalah yang
berhubung dengan kerja sekolah, sifat sendiri dan lain-lain. Guru
Panduan harus menggalakkan murid-murid menerangkan tentang
keadaan dirinya dan berasaskan penerangan yang diterima itu setelah
ditapis dapatlah menentukan sama ada murid yang disyaki itu
sebenarnya betul atau tidak menyalahgunakan dadah. Jika Guru
Panduan menetapkan bahawa pengesyakkan itu sah, dia haruslah
menjelaskan kepada murid itu bahawa rujukan dan penglibatan orang-
orang lain akan dibuat dengan tujuan tertentu iaitu untuk menolong
murid itu dan etika ikhtisas dan niat yang baik akan dipelihara dan
dihormati.
2.3. Rujukan Dibuat Atas Keputusan Tindakan Disiplin
Dalam sesebuah sekolah mungkin ada tindakan disiplin diambil misalnya
hukuman rotan, penggantungan terhadap seseorang murid kerana
kesalahan, kelakuan tidak senonoh misalnya mencuri, ponteng sekolah, tidak
hadir kelas dan lain-lain selepas tindakan disiplin diambil, murid itu bolehlah
dirujuk kepada Guru Panduan.
2.3.1 Dalam kes seperti ini, guru panduan haruslah menemuramah dan
berbaik-baik dengan murid tersebut dan galakkan ia untuk
menerangkan tentang diri sendiri dan masalah yang sedang dialami
yang menyebabkan ia menjadi nakal atau jahat berkelakuan tidak
senonoh. Guru Panduan haruslah menerangkan pada mulanya yang
ia bertujuan untuk menolong murid itu dan pertolongan yang akan
diberikannya adalah termasuk dalam peraturan sekolah dan mungkin
merepotkan balik kepada Guru Besar mengenai masalah murid itu.
Selanjutnya jika dalam proses perundingan itu Guru Panduan
mendapati masalah murid itu termasuk juga salah gunaan dadah,
maka Guru Panduan haruslah memujuk murid tersebut untuk
bersetuju :-
i) Mustahaknya meluaskan hubungan tentang masalah ini
kepada Guru Besar dan ibu bapa/penjaga.
ii) Mustahaknya merujukkan murid ini kepada agensi-agensi
yang wajar untuk rawatan dan pemulihan.
Guru Panduan hendaklah menegaskan kepada murid tersebut
prospek atau kemungkinan untuk pulih semula bergantung kepada
kemahuan dan azam murid itu sendiri untuk bebas daripada
bahaya itu.
3. “Checklist” Tindakan yang Harus Diambil oleh Guru Panduan
Pelajaran dan Kerjaya/Guru Besar.
a) Menerima laporan atau rujukan murid sendiri mengenai masalah dadah.
b) Merujukkan kes itu kepada Guru Panduan.
c) Guru Panduan tetapkan jadual masa temuramah
perundingan/temuramah-temuramah.
d) Mengesahkan syak itu secara mengaku sendiri bukti-bukti lain.
e) Guru Besar diberitahu hal ini dan ia hendaklah dengan segera
memberitahu Pengarah Pelajaran Negeri tanpa memberi nama murid
yang terlibat.
f) Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat yang berkenaan.
g) Berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk merujukkan
murid itu kepada doktor.
h) Pengesahan/penyangkalan oleh doktor sama ada murid itu
menyalahgunakan dadah.
i) Ibu bapa/penjaga diberitahu oleh Guru Besar /Guru Panduan/ Pegawai
Kebajikan Masyarakat.
j) Rawatan oleh doktor sebagai pesakit luar atau pesakit dalam.
k) Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat.
l) Persepaduan dan tindakan ekoran oleh sekolah.
4. Dadah-dadah yang Disalahgunakan Pada Masa Sekarang.
a) Ganja (Marijuana)
b) Heroin (Heroin)
c) Morfin (Morphine)
d) Pil M dan Pil MX (M Pill. MX Pill)
e) Tranquilisers
f) Hallucinogen (Hallucinogens)
5. Bersama-sama ini dikembarkan petikan dari Akta Dadah Berbahaya
(Pindaan) 1975 sebagai panduan lanjut untuk Guru Panduan dan Kerjaya dan Guru
Besar.
6. Sukacita kiranya surat pekeliling ini disebarkan kepada semua sekolah
menengah di bawah sampul SULIT.
Saya yang menurut perintah,
tt
(KUM BOH)
Bahagian Sekolah-sekolah.
b.p Ketua Setiausaha.
Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k.
Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran
Setiausaha Sulit kepada Y.B Timbalan Menteri.
LAMPIRAN D
Ref: KP.8543/Vol 2(55)
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur. 01-34
4hb. November. 1975
Pengarah Pelajaran Negeri,
Semua Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah/Sarawak.
Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975
Ref.KP.8543/Vol.2(55) bertarikh 4 Novtember 1975.
Disiplin di Sekolah
Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid
Adalah seperti tuan termaklum, satu di antara tujuan-tujuan pelajaran ialah
untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini
bukan tugas dan tanggungjawab Guru Besar sahaja, bahkan tugas dan
tanggungjawab semua Guru lain. Oleh yang demikian semua Guru hendaklah jua
memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk
memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara-perkara
kecil pun diserahkan kepada Guru Besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara
biasa sahaja. Sepatutnya kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada
Guru Besar untuk mendapat keputusan.
2. Ordinan-ordinan/ Surat-surat Pekeliling/pekeliling Ikhtisas – Lampiran A
Untuk membaiki disiplin sekolah, adalah mustahak bagi tiap-tiap Guru Besar
dan Guru Penolong mengetahui dan memahami segala Ordinan/Surat Pekeliling/
Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran yang berkaitan dengan kelakuan dan
disiplin di sekolah-sekolah. Untuk menolong sekolah mencapai tujuan ini. Maka satu
senarai Ordinan/Surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas berkenaan dengan perkara ini
disertakan dalam lampiran A.
3. Perkara-perkara Tatatertib yang Dianggap Berat – Lampiran C
Sebagai panduan kepada Guru-guru Besar dan Guru-guru, satu senarai
perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat, iaitu hasil daripada satu tinjauan
yang dibuat oleh Pejabat-pejabat Pelajaran Negeri di antara lain di mana
penggantungan sekolah sementara dan hukum buang sekolah dijatuhkan adalah
disertakan di Lampiran B.
4. Peraturan-peraturan Sekolah (School Rules) yang bertulis untuk Murid-
murid Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah – Lampiran C
Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah
masing-masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi
maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahui. Satu salinan peraturan
sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan
kenyataan sekolah. Guru- guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik
perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu.
Pengawas-pengawas sekolah/Ketua-ketua murid (School Prefects) mestilah faham
benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan Pengawas ini
mestilah mendapat sokongan dari Guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga
hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak
yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib.
4.1. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah
yang bertulis. Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah
sekolah sekarang tidaklah begitu lengkap dan teratur, misalnya tidak
mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara. Guru-guru Besar dan Pengetua-
pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan
sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai perkara-perkara
yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam
Lampiran C. Guru Besar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain
yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing.
5. Peraturan-peraturan khas untuk asrama, perpustakaan dan bilik-bilik mata
pelajaran praktikal dan lain-lain.
Guru Besar hendaklah menyediakan peraturan-peraturan Khas untuk asrama
dan perpustakaan dan pengajaran semua mata pelajaran praktikal dalam bilik-bilik
seperti berikut:-
Bengkel Seni Perusahaan
Bilik Sains Rumahtangga
Bilik Makmal Sains
Dewan Pendidikan Jasmani dan lain-lain
6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi teladan budi pekerti
dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi
tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara
tingkahlaku yang baik dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa
tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat
keputusan yang baik.
7. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu semua Guru-Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah termasuk sekolah persendirian mengenai
kandungan surat pekeliling ini dengan segera.
Saya yang menurut perintah,
tt
(Kum Boh)
Bahagian Sekolah-sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran
s.k.
Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran
Setiausaha Sulit kepada Y.B. Timbalan Menteri Pelajaran
Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran
Ketua Pengarah Pelajaran
Timbalan Ketua Setiausaha
Timbalan Ketua Pengarah
Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran
Setiausaha Politik kepada Y.B.M
Pegawai Khas I, II & III kepada Y.B. Menteri
LAMPIRAN B
Ref: KP.8543/Vol 2(55)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975
Perkara-perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat
i) Menjadi Ahli dalam pertubuhan haram.
ii) Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
iii) Memukul guru-guru.
iv) Mengancam guru-guru atau Guru Besar ataupun Pengetua.
v) Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan
oleh sekolah dan pejabat Pelajaran.
vi) Menulis kepada suratkhabar tanpa memberitahu pihak yang berkuasa
sekolah.
vii) Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah.
viii) Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid.
ix) Mencuri.
x) Mengancam murid-murid lain – ancaman yang serius dan merbahaya.
xi) Menghisap rokok dan mengambil dadah (sila lihat Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 6/1975 dan 7/1975)
xii) Berjudi
xiii) Meminum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan
sekolah.
xiv) Masih membantah hukuman guru – sekalipun sudah tiga atau empat
amaran.
xv) Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru-guru
besar atau pengetua.
xvi) Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan
menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.
xvii) Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut
budi bicara guru besar atau pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang
berat.
BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH Telefon : 922066
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Kawat : ‘PELAJARAN’
TINGKAT 12-14, BANGUNAN BANK PERTANIAN
LEBOH PASAR BESAR
KUALA LUMPUR.
KP(BS)8591/Jld.ll/(17)
7HB November 1983
Pengarah Pelajaran Semua Negeri,
Malaysia.
YB. Datuk/Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983.
Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid
Yang Melakukan Perbuatan Salahlaku Yang Tidak
Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran.
____________________________________________
Tujuan surat pekeliling ini ialah untuk menarik perhatian Guru-guru Besar dan guru-
guru mengenai hukuman-hukuman yang dikenakan kepada murid-murid yang
melakukan perbuatan-perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan di dalam
Peraturan-peraturan Pelajaran.
2. Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-
kesalahan sepertimana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang
sedia ada seperti Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959. Bagi tiap-
tiap kesalahan yang disebutkan dalam peraturan-peraturan itu, hukumannya juga
ada dinyatakan. Bagi perbuatan-perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam
Peraturan itu, misalnya membuat bising dalam darjah, tidak memberi perhatian
sewaktu guru mengajar, berkeliaran (lotering) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak
diingini, tidak disebut dengan jelas akan hukumannya dalam Peraturan tersebut,
sungguhpun Peraturan tersebut memperuntukan secara am kuasa kepada Guru
Besar bagi menjalankan hukuman-hukuman biasa ke atas murid-murid untuk
menjaga disiplin atau ketenteraman sekolah.
3. Banyak aduan telah diterima oleh Kementerian ini mengenai tindakan
hukuman yang dikenakan oleh guru-guru ke atas murid-murid kerana melakukan
perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan itu. Tindakan hukuman itu adalah seperti
mengetuk/ menyekel kepala murid, menampar, mencubit hingga lebam, memulas
telinga, mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang telinga,
mencela, mendera seperti berlari keliling padang, menjemur atau menghukum murid
secara kumpulan atas alasan sipesalah enggan mengaku dan berbagai lagi.
Tindakan menghukum seperti ini adalah tidak sesuai dilakukan kerana ia boleh
membawa kepada implikasi-implikasi yang tidak diingini.
Sekian.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
tt
(TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR)
Ketua Pengarah Pelajaran,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
s.k.
1. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran.
2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dato’ Khalil bin Yaakob,
Timbalan Menteri Pelajaran.
3. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dr. Tang Tiong Hong,
Timbalan Menteri Pelajaran.
4. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran.
5. Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran.
6. Timbalan Ketua Setiausaha l, Kementerian Pelajaran.
7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l, Kementerian Pelajaran.
8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll, Kementerian Pelajaran.
9. Timbalan Ketua Setiausaha ll, Kementerian Pelajaran.
10. Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran.
11. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pelajaran.
12. Pegawai Khas I kepada Y.B. Menteri Pelajaran.
13. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran.
LAMPIRAN 2.15
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.
SULIT KP(BS)8786-51 Jld.III (34)
27hb Jun 1978
Pengarah Pelajaran
Semua Negeri Semenanjung Malaysia
Sabah dan Sarawak
Tuan,
Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah
Masalah penyalahgunaan dadah pada masa ini adalah merupakan masalah negara
dan Kementerian Pelajaran memerlukan butir-butir dan kenyataan-kenyataan
kemaskini berhubung dengan murid-murid sekolah yang terlibat dengan perbuatan
ini.
2. Untuk membolehkan Kementerian ini menyimpan butir-butir dan maklumat
itu, saya adalah diarahkan meminta Sekolah-sekolah Menengah Bantuan Penuh di
negeri tuan supaya menghantar laporan tiap-tiap penggal mengenai kes-kes dadah
yang telah disahkan oleh doktor Kerajaan sahaja.
3. Laporan ini hendaklah dihantar tiap-tiap penggal untuk tahun ini dan tahun-
tahun akan datang.
Penggal I, kes-kes yang berlaku diantara
1hb. Januari – 30hb. April
Penggal II, kes-kes yang berlaku diantara
1hb. Mei – 31hb. Ogos
Penggal III, kes-kes yang berlaku diantara
1hb. September – 31hb.Disember
4. Guru Besar adalah diminta supaya berhati-hati apabila membuat Laporan
Penggal ini supaya perkiraan dua kali (double counting) tidak berlaku. Untuk
mengelakkannya, Guru Besar hendaklah menentukan supaya setiap kes itu
dilaporkan hanya satu kali sahaja sepanjang tempuh persekolahan seseorang murid
itu.
Kandungan surat ini sudah dipersampaikan kepada murid-murid yang terlibat.
Sekian, terima kasih.
tt
(DATO’ HAJI MURAD MOHD. NOOR)
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
s.k. S.U.S kepada Y.B Menteri Pelajaran
1. S.U.S kepada Y.B Timbalan Menteri Pelajaran l
2. S.U.S kepada Y.B Timbalan Menteri Pelajaran ll
3. Ketua Setiausaha Kementerian
4. Timbalan Ketua Setiausaha l & ll
5. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l & ll
6. Pengarah Sekolah-sekolah
7. Pengarah Latihan Guru
8. Pengarah Pelajaran Teknik & Vokasional
9.
Bahagian Sekolah-sekolah, Telefon : 922066
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,
Kuala Lumpur.
KP.8591/ (99)
25hb Februari 1983
Pengarah Pelajaran
Semua Negeri Semenanjung Malaysia
Sabah dan Sarawak
Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983
Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di sekolah-sekolah
_______________________________________________
Sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mendidik, melindungi dan mencegah
murid-murid daripada melibatkan diri dengan amalan merokok kerana merokok boleh
merosakkan kesihatan mereka. Maksud merokok di sini termasuklah menghisap
rokok atau cerut atau menghisap paip.
2. Guru-guru serta kakitangan-kakitangan sekolah mempunyai peranan dan
pengaruh yang kuat dalam menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada
murid-murid. Larangan merokok di bilik-bilik darjah atau di bilik-bilik yang dijadikan
bilik-bilik darjah jelas dinyatakan dalam para 38, ‘The Registration of School
Ordinance, 1950 – School (General) Regulation’. Larangan menghisap rokok ke atas
murid-murid sekolah juga telah ditegaskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
6A/1975 bertarikh 5hb. September 1975.
3. Surat siaran ini adalah bertujuan untuk meminta sekolah-sekolah mengambil
langkah-langkah positif bagi menjayakan kempen anti merokok.
4. Berikut adalah garis panduan bagi menjayakan kempen ini.
4.1. Guru-guru dan Kakitangan sekolah
Menghisap rokok di kawasan sekolah dan dalam mesyuarat-
mesyuarat/ majlis-majlis rasmi di sekolah adalah dilarang kecuali di:-
4.1.1. Bilik guru/ bilik rehat bagi guru-guru, (apabila dibilik ini
diadakan mesyuarat rasmi atau diadakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran maka merokok adalah dilarang).
4.1.2. Bilik pekerja atau di tempat-tempat yang terselindung dari
pandangan murid-murid bagi kakitangan-kakitangan sekolah;
dan
4.1.3. Bilik pekerja kantin bagi pekerja-pekerja kantin. Mereka juga
dilarang merokok semasa bertugas.
4.2. Penyimpanan dan Penjualan Rokok di Kantin Sekolah
Menyimpan dan menjual rokok serta memaparkan iklan-iklan rokok di
kantin adalah dilarang.
4.3. Majlis Keramaian (Hari Ibu Bapa , Hari Penyampaian Hadiah, Hari
Sukan dan lain-lain )
Pihak sekolah hendaklah meminta kerjasama daripada pihak ibu
bapa dan orang ramai bagi menjayakan kempen ini. Poster-poster
atau papan-papan tanda dengan menggunakan bahasa yang halus
seperti “Terima Kasih kerana tidak merokok disini” boleh diadakan
dan dipamerkan di tempat-tempat tertentu.
4.4. Kerjasama Ibu Bapa
Untuk menjayakan kempen ini, Guru Besar, melalui PIBG, boleh
meminta kerjasama daripada pihak ibu bapa bagi menyedarkan anak-
anak mereka bahawa amalan merokok itu membahayakan kesihatan
dan membazir wang.
4.5. Sekolah Digunakan Oleh Pihak Luar
Ababila kawasan/ bangunan sekolah digunakan oleh pihak luar,
maka penerangan yang jelas mengenai larangan merokok hendaklah
dinyatakan kepada mereka.
4.6. Untuk menjayakan lagi kempen anti merokok ini, sekolah sekolah juga
adalah digalakkan berusaha mengadakan cara-cara lain yang sesuai
dengan kemudahan yang ada di sekolah dan mengikut keadaan
setempat.
5. Bersama-sama dengan surat siaran ini, disertakan juga Garis Panduan Tata
Susila Untuk membantu menjayakan kempen Anti Merokok’ dari Pekeliling AM
bilangan 12 Tahun 1982 bertarikh 17hb Ogos 1982 adri Jabatan Perdana menteri.
6. Harap maklumkan kandungan surat siaran ini dan Garis Panduan dari surat
Pekeliling Am Bilangan 12 1982 ini kepada semua sekolah di negeri tuan.
Sekian.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
tt
(DATO’ HAJI IDRIS BIN HAJI TAIN)
Bahagian Sekolah-sekolah
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran
s.k. 1. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran Malaysia.
2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dato’ Khalil bin Yaakob,
Timbalan Menteri Pelajaran.
3. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dr. Tang Tiong Hong,
Timbalan Menteri Pelajaran.
4. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran.
5. Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran.
6. Timbalan Ketua Setiausaha l, Kementerian Pelajaran.
7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l, Kementerian Pelajaran.
8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll, Kementerian Pelajaran.
9. Timbalan Ketua Setiausaha ll, Kementerian Pelajaran.
10. Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran.
11. Ketua Jemaah Nazir, Kementerian Pelajaran.
12. Pegawai Khas I kepada Y.B. Menteri Pelajaran.
13. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran
BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH LAMPIRAN 2.32
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Telefon : 2922066
TINGKAT 12-14, BANGUNAN BANK PERTANIAN
LEBOH PASAR BESAR
KUALA LUMPUR
KP(BS)8591/Jil.II/(56)
1 Ogos 1986
Semua Pengarah Pelajaran Negeri,
Malaysia
Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986
Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah
Masalah disiplin para pelajar kini menjadi isu hangat dan sering diperkatakan oleh
pelbagai pihak. Bermacam-macam jenis salah laku dilakukan oleh para pelajar, iaitu
dari jenis yang ringan sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat, seperti
menyalahgunakan dadah, merompak, memeras ugut, merosakkan harta benda
sekolah(vandalism), mengancam Guru-guru dan murid-murid dan pelbagai lagi.
2. Ada banyak faktor yang menyebabkan mereka melakukan perbuatan-
perbuatan tersebut dan faktor-faktor ini lazimnya dikelompokkan kepada faktor
sekolah dan faktor luar sekolah seperti persekitaran dan pelbagai lagi. Faktor luar
sekolah ini adalah amat kompleks dan sukar diatasi serta di luar kawalan kita. Oleh
yang demikian, tugas kita seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang
boleh kita kawal dan ubah seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah
dan bilik darjah.
3. Surat pekeliling ini adalah siaran awal kepada satu gerakan yang sedang
dirancang oleh Kementerian Pelajaran Pelajaran untuk memperbaiki dan
mempertingkatkan lagi disiplin sekolah di seluruh negara, di samping ia bertujuan
untuk memberitahu dan mengingatkan lagi mengenai langkah-langkah yang perlu
diambil bagi memperbaiki dan mengurangi masalah-masalah disiplin di sekolah-
sekolah. Analisa daripada laporan-laporan yang diterima dan dari sumber-sumber
lain, menunjukkan bahawa ada di antara Pengetua dan Guru Besar serta Guru-
guru yang tidak tahu-menahu dan tidak memahami kuasa-kuasa yang
diperuntukan kepada mereka; prosedur mengambil tindakan disiplin dan jenis
hukuman yang boleh dikenakan. Dalam hubungan ini, terdapat ordinan-ordinan
pelajaran dan pihak Kementerian juga telah memberi panduan-panduan mengenai
disiplin sekolah, surat-surat pekeliling ikhtisas dan surat-surat siaran, sepertimana
tercatat dalam Lampiran l.
4. Perlu ditegaskan bahawa Pengetua dan Guru Besar mempunyai kuasa
bagi mengawal organisasi sekolahnya dan bagi menentukan disiplin, mereka
mempunyai kuasa menjalankan hukuman biasa sekiranya perlu dan difikirkan
munasabah. Oleh hal yang demikian, mereka adalah bertanggungjawab sepenuhnya
dan memastikan usaha-usaha dijalankan bagi meningkatkan lagi mutu disiplin di
sekolah masing-masing. Adalah tidak bijak sekiranya Pengetua atau Guru Besar
menyerahkan bulat-bulat kuasa disiplin ini kepada Guru-guru tanpa mengambil tahu
dan mengawalnya sendiri.
5. Bagi menentukan disiplin sekolah terkawal dan dalam masa yang sama dapat
dipertingkatkan, tindakan berikut hendaklah diambil:-
5.1. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah
hendaklah memastikan bahawa sekolah-sekolah mempunyai ordinan-
ordinan pelajaran, buku-buku panduan dan surat-surat pekeliling yang
berkaitan dan jika perlu membuat salinannya dan diedarkan ke sekolah-
sekolah.
5.2. Memastikan pihak sekolah menjalankan tindakan menyalurkan maklumat
mengenai ordinan-ordinan pelajaran, surat-surat pekeliling dan buku-
buku panduan yang ada kesemua Guru, misalnya dengan
mengadakan perbincangan, perbengkelan dan seumpamanya serta
memastikan semua Guru memahami kandungannya, hak-hak dan
tanggungjawab mereka serta prosedur-prosedur mengambil
tindakan disiplin yang betul. Guru-guru baru yang ditempatkan ke
sekolah-sekolah dari Maktab Perguruan dan Universiti hendaklah juga
diambil tindakan yang sama.
5.3. Menubuh dan menggerakkan Jawantankuasa hal-Ehwal Murid-murid
Peringkat Sekolah (sepertimana yang diarahkan melalui surat siaran
KP(BS)8591/Jld.ll/(16) bertarikh 10.10.1983 dan menentukan fungsi-
fungsi jawantankuasa ini dilaksanakan. Adalah didapati bahawa
terdapat banyak sekolah yang tidak menubuhkan jawatankuasa ini
dan mana-mana sekolah yang telah pun berbuat demikian, didapati
jawatankuasa ini kurang berfungsi. Perlu ditegaskan di sini bahawa
jawatankuasa disiplin sekolah (jika ada) adalah bertujuan bagi
membantu Pengetua atau Guru Besar dalam hal-hal yang berkaitan
dengan disiplin dan Pengetua atau Guru Besar tidak boleh
menurunkan kuasa kepada jawantankuasa ini bagi menjatuhkan
sesuatu hukuman. Pengetua atau Guru Besar hanya boleh
menurunkan kuasa seperti yang diperbekalkan mengikut para 6
‘Education (School Discipline) Regulations’, 1995 kepada Guru-
guru yang berdaftar bagi satu-satu kes sahaja.
5.4. Pihak sekolah hendaklah melaksanakan perakuan 69, 71, 72, 73, 74,
75, 76(a) dan (b), 78,79,80,82 dan 84 dalam Laporan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) seperti yang
tercatat dalam lampiran ll.
5.5 Sekolah-sekolah hendaklah mewujudkan iklim disiplin sekolah yang
berkesan iaitu dengan membentuk orientasi bahawa sekolah adalah
juga sebagai punca masalah disiplin, mengorientasi para guru dan
kakitangan sekolah bahawa sekolah adalah bertanggungjawab bagi
meningkatkan lagi disiplin dan orientasi penyelesaian masalah
disiplin berasaskan kepada maklumat-maklumat sebenar.
5.6. Pejabat Pelajaran Daerah juga perlu berusaha mengambil langkah-
langkah bagi mengurangi masalah disiplin pelajar-pelajar di daerah
masing-masing kerana dalam keadaan yang ada sekarang kebanyakan
masalah disiplin adalah bercorak tempatan. Oleh yang demikian,
pengubahsuaian kepada panduan-panduan yang ada perlu dibuat
mengenai langkah-langkah dan strategi, mengikut kesesuaian keadaan
setempat. Di samping itu, Jawatankuasa Hal-Ehwal Murid-murid
Peringkat Daerah hendaklah juga digerakkan dengan lebih berkesan
lagi dan fungsi-fungsi jawatankuasa ini perlu dilaksanakan.
6. Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbar-akhbar,
tuan hendaklah menghubungi pihak Kementerian Pelajaran dengan segera
mengenai keadaan sebenarnya. Laporan bertulis boleh disusuli kemudian. Imej
buruk mengenai disiplin sekolah yang dipaparkan oleh media massa memberi kesan
negatif di fikiran orang ramai oleh kerana kurangnya usaha yang gigih dari pihak
kita untuk memberi penjelasan atau maklum balas mengenai kedudukan serta
perspektif yang sebenarnya kepada mereka. Oleh yang demikian, pihak tuan
bolehkan secara terus membuat kenyataan pembetulan kepada akhbar
memberitahu orang ramai mengenai gambaran sebenarnya jika perlu seberapa
segera yang boleh.
7. Harap tuan dapat maklumkan surat pekeliling ini kepada semua sekolah dan
Pejabat Pelajaran Daerah di negeri tuan.
Sekian.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
tt
(OMAR BIN MOHD. HASHIM)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
s.k. 1. Setiausaha Sulit Kanan kepada Y.B. Menteri Pelajaran.
2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Encik Bujang Haji Ulis,
Timbalan Menteri Pelajaran.
3. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Encik Ng Cheng Kiat,
Timbalan Menteri Pelajaran.
4. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran.
5. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
6. Timbalan Ketua Setiausaha l,
Kementerian Pelajaran.
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KP/(BS)8591/Jld.VIII/(75)
22 Mei 1997
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/1997:
Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok
Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.6a/1975: Disiplin Murid-Murid Menghisap Rokok, perkara 2(iv) (a).
2. Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini, semua Pengetua dan Guru Besar hendaklah
mengambil tindakan ke atas murid yang di dapati bersalah menghisap rokok dengan
mengenakan hukuman seperti berikut:
Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali
Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali
Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali
Kesalahan Kali Keempat : Gantung Persekolahan
(selama tempoh tidak melebihi 14 hari)
Kesalahan Kali Kelima : Buang Sekolah
3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua negeri
Y.Bhg.Dato’/Datuk/Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
tt
(DATUK MATNOR DAIM)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KP/(BS)8591/Jld.VIII/(76)
22 Mei 1997
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.5/1997:
Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok
Dimaklumkan bahawa ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk
menjadikan bangunan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN
MEROKOK mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau,
1993.
2. Berkuatkuasa pada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan, semua
guru, kakitangan, Ibu bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan
sekolah adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah.
3. Larangan ini meliputi keselurahan premis sekolah, sama ada di kawasan
terbuka mahupun di dalam bilik atau di tempat-tempat yang terselindung dari
pandangan murid. Perkara 4.1 dalam Surat Pekeliling Bil.1/1983:
Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-sekolah adalah terbatal.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
tt
(DATUK MATNOR DAIM)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k. 1. Y.B Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
2. Menteri Pendidikan Malaysia.
Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dato’ Khalil bin Yaakob,
3.
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.
4. Y.B. datuk Dr. Chan Fong Onn,
5. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.
6.
7. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan.
8. Timbalan -Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian.
Timbalan - Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan.
Ketua –Ketua Bahagian Kementerian.
Ketua Unit Perhububgan Awan.
BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TINGKAT 12-14, BANGUNAN BANK PERTANIAN
LEBUH PASAR BESAR
KUALA LUMPUR.
Telefon :922066
Kawat:’PELAJARAN’
KP(SB) 8591/Jil.II/(17)
7 November 1983
Semua Pengarah pelajaran Negeri,
Malaysia
Y.B. Datuk/Tuan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983
Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid
Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak
Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran
Tujuan surat pekeliling ini ialah untuk menarik perhatian Guru-guru Besar dan Guru-
guru mengenai hukuman-hukuman yang dikenakan kepada murid-murid yang
melakukan perbuatan-perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan di dalam
Peraturan-peraturan Pelajaran.
2. Kesalahankesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-
kesalahan sepertimana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang
sedia ada seperti Peraturan-peraturan Pelajaran(Disiplin) Sekolah 1959. Bagi tiap-
tiap kesalahan yang disebutkan dalam peraturan-peraturan itu, hukumannya juga
ada dinyatakan. Bagi perbuatan-perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam
peraturan itu, misalnya membuat bising dalam darjah, tidak memberi perhatian
sewaktu Guru mengajar, berkeliaran (loitering) dan berbagai lagi perbuatan yang
tidak diingini, tidak disebut dengan jelas akan hukumannya dalam peraturan
tersebut. Sungguhpun peraturan tersebut memperuntukan secara am kuasa kepada
Guru Besar bagi menjalankan hukuman-hukuman biasa ke atas murid-murid untuk
menjaga disiplin atau ketenteraman sekolah.
3. Banyak aduan telah diterima oleh Kementerian ini mengenai tindakan
hukuman yang dikenakan oleh guru-guru ke atas murid-murid kerana melakukan
perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan itu. Tindakan hukuman itu adalah seperti
mengetuk/ menyekel kepala murid, menampar, mencubit hingga lebam, memulas
telinga, mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang telinga,
mencela, mendera seperti berlari keliling padang, menjemur atau menghukum murid
secara kumpulan atas alasan si pesalah enggan mengaku dan berbagai lagi.
Tindakan menghukum seperti ini adalah tidak sesuai dilakukan kerana ia boleh
membawa kepada implikasi-implikasi yang tidak diingini.
Sekian.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
tt
(TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR)
Ketua Pengarah Pelajaran,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
s.k. 1. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran Malaysia.
2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dato’ Khalil bin Yaakob,
Timbalan Menteri Pelajaran.
3. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dr. Tang Tiong Hong,
Timbalan Menteri Pelajaran.
4. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran.
5. Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran.
6. Timbalan Ketua Setiausaha l, Kementerian Pelajaran.
7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l, Kementerian Pelajaran.
8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll, Kementerian Pelajaran.
9. Timbalan Ketua Setiausaha ll, Kementerian Pelajaran.
10. Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran.
11. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pelajaran.
12. Pegawai Khas I kepada Y.B. Menteri Pelajaran.
13. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran.
BAHAGIAN SEKOLAH, Telefon : 03-2556900
JABATAN SEKOLAH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Fax : 03-2535150
PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
PUSAT BANDAR DAMANSARA Kawat : “PELAJARAN”
50604 KUALA LUMPUR.
KP(BS)8591/Jld.Vlll(10)
11 Oktober 1995
Semua Pengarah Pelajaran Negeri
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995
Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman
Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah
-------------------------------------------------------------------
Sejak akhir-akhir ini terdapat tindakan dan hukuman yang keterlaluan dikenakan oleh
pihak sekolah sama ada oleh pengetua, guru besar atau guru-guru ke atas pelajar-
pelajar sepertimana yang dilaporkan oleh media massa. Antaranya pelajar dijemur di
tengah panas, melakukan ketuk ketampi yang menyebabkan pengsan, mencubit
hingga berdarah, merotan hingga melukai dan mencederakan, berlari dengan
memakai seluar dalam dan menyuruh murid berbuat sesuatu yang tidak
berperikemanusiaan.
2. Tindakan-tindakan sedemikian telah menjadi pengetahuan masyarakat
umum. Disamping itu terdapat pula kejadian-kejadian yang berlaku di bilik darjah
atau di persekitaran sekolah secara senyap-senyap dan terselindung daripada
penglihatan kita, misalnya pengucapan kata-kata yang kesat dan penyikiran pelajar-
pelajar dengan cara memandang sepi dimana kesemuanya ini merupakan
pemusnahan semangat dan melanggar Tatacara Disiplin Sekolah yang telah
digariskan bagi panduan pengetua, guru besar dan guru-guru.
3. Pelbagai jenis tindakan yang menggambarkan perhubungan buruk antara
guru dengan pelajar akan berterusan dipaparkan di media massa untuk tatapan
masyarakat. Sekolah-sekolah akan terus menjadi sasaran dan maruah profession
perguruan akan terus tercabar dan seterusnya akan menggugat reputasi
Kementerian Pendidikan.
4. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk mengingati pengetua, guru besar
dan guru-guru supaya tindakan yang diambil hendaklah berdasarkan panduan-
panduan seperti yang terkandung dalam:
4.1 Panduan Am Disiplin Sekolah. Kementerian Pelajaran Percetakan
Adabi, Kuala Lumpur 1981.
4.2 Panduan Tatacara Disiplin Untuk Guru Besar dan Guru
Kementerian Pendidikan. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur 1988.
4.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983 bertarikh 17 November 1983 iaitu
mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan
Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-
Peraturan Pelajaran.
5. Antara panduan yang dijelaskan ialah:
5.1 Elak dan hindarkan diri daripada nafsu marah dan membuat
kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu.
5.2 Hukuman yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti
berbentuk penyeksaan, cacian di khalayak ramai yang memberi kesan
emosi atau lain-lain hukuman liar serta tidak berperikemanusiaan
hendaklah dielakkan.
6. Diharap Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan dapat memaklumkan kandungan Surat
Pekeliling ini kepada semua pengetua, guru besar dan guru.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
tt
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD. ZAHID BIN MOHD. NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia.
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900
PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web http://www.moe.gov.my
50604 KUALA LUMPUR.
KP(BS)8591/Jld.XVll(8) 19 Julai 2001
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001
Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah
____________________________________
Kes jenayah berat yang melibatkan murid sekolah kerap terjadi sejak akhir-akhir ini .
Ia menimbulkan banyak persoalan tentang bagaimana perbuatan jenayah
seumpama ini boleh dilakukan oleh golongan murid sekolah. Walaupun secara
umum diketahui bahawa kejadian-kejadian ini mempunyai pelbagai kejadian dengan
perkara yang berlaku di luar persekitaran sekolah, namun pentadbiran sekolah harus
memandang serius apa jua yang membabitkan murid sekolah, namun pentadbiran
sekolah harus memandang serius apa jua kes yang membabitkan murid sekolah.
Ringkasnya, ia bersangkutan dengan ketidakseimbangan mental dan emosi yang
didorong oleh pelbagai sebab. Dalam menanganinya, kita tidak kekurangan
pendapat dan saranan. Ada yang menyimpulkan rentetan kejadian yang berlaku
seperti murid dirogol dan dibunuh oleh murid sesama sekolah, murid bergaduh dan
bertumbuk di perhimpunan sekolah, dan murid koma akibat dipukul oleh murid lain
adalah kerana murid-murid ini tidak mempunyai kestabilan emosi akibat tekanan
sosial yang hebat, sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.
2. Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan
tujuan untuk memperingatkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan
Bahagian dan Daerah(PPB/PPD), semua Pengetua dan Guru Besar supaya
mengambil langkah- langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan
disiplin di sekolah-sekolah. Pengurusan hal ehwal murid (HEM) hendaklah
dimantapkan serta dipertingkatkan kecekapannya di pelbagai peringkat institusi
pendidikan, iaitu di JPN, PPB/PPD, dan sekolah. Pengetua/Guru Besar dan Guru
Penolong Kanan (HEM) hendaklah memikul tanggungjawab bagi melaksanakan
sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan serta mempunyai rekod murid
yang kemas kini.
2.1 Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah
Sistem rekod murid yang sedia ada (Kad 01 & 02) perlu dilihat
semula, sama ada telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal
murid yang cekap dan berkesan. Sistem tambahan boleh dicipta
sekiranya ia dapat membantu pihak sekolah dan guru dalam hal
pemantauan dan kawalan mengenai perkembangan akademik, emosi,
sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang mereka bersekolah.
Melalui sistem pengurusan hal ehwal murid, sekolah diminta supaya
memperkemaskan profil murid dari hari pertama persekolahan
disekolah masing-masing. Profil yang mengandungi maklumat murid
seperti gambar murid, butiran peribadi dan keluarga, rekod disiplin,
prestasi akademik, minat, hobi, pilihan kerjaya dan kemahiran sosial
hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa. Profil ini hendaklah
dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan murid, sama ada
ketika berpindah kelas atau bertukar sekolah. Kaedah sebegini adalah
bertujuan supaya guru-guru mengenali murid dan keluarganya
dengan lebih dekat lagi.
Laporan kes-kes yang khusus merujuk salah laku murid yang
berpindah sekolah juga perlu dihantar ke sekolah baru secara sulit
supaya pemantauan dan pemulihan berterusan dapat dilakukan
terhadap murid berkenaan. Semua rekod disiplin dan profil murid
hendaklah disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Sekolah
hendaklah menyimpan salinan maklumat rekod dan profil murid dalam
tempoh masa yang sesuai walaupun murid telah menamatkan
persekolahan untuk keperluan-keperluan tertentu.
2.2 Pemantapan Pengurusan Disiplin
Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah
yang berfungsi merancang dan mengurus hal-hal berkaitan
dengan masalah disiplin di kalangan murid. Dalam masa yang
sama, semua guru mesti mengambil tanggungjawab bersama
dalam menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam
keadaan baik dan terkawal. Guru-guru kelas terutamanya, boleh
memainkan peranan yang penting sebagai guru disiplin bagi
kumpulan murid-murid di kelasnya.
Semua guru perlu diberikan pendedahan tentang cara
mengenal pasti murid-murid yang bermasalah dalam kelas
masing-masing. Guru sewajarnya membantu murid yang
bermasalah atau merujuk murid yang berkenaan kepada Guru
Kaunseling atau Kaunselor sekolah supaya murid-murid
sedemikian dapat meluahkan apa jua masalah yang terpendam
dalam hati sanubari mereka.
Guru Besar atau Pengetua boleh secara pentadbiran
mengurangkan bilangan waktu mengajar Ketua guru Disiplin
supaya mereka mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan
laporan atau profil yang lengkap mengenai segala salah laku
murid serta langkah yang wajar diambil untuk memulihkan murid
berkenaan.
2.3 Pemantauan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah
Sekolah hendaklah memastikan guru kaunseling sentiasa
mempunyai maklumat yang kemas kini mengenai murid yang
mempunyai masalah daripada guru kelas atau guru tingkatan.
Murid-murid berkenaan perlu diberikan khidmat nasihat sehingga
keadaan permasalahan yang mereka hadapi dapat dipulihkan
sepenuhnya.
2.4 Sekolah Penyayang
Konsep “Sekolah Penyayang” yang menekankan kepada rasa sayang
menyayangi serta menimbulkan kemesraan di antara guru dan murid,
murid dengan murid serta antara warga sekolah dengan ibu bapa
hendaklah dipertingkatkan lagi. Dengan wujudnya kemesraan ini
maka gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh
murid dapat dihindar dan dibendung.
Sekolah dengan kerjasama dan permuafakatan Persatuan ibu bapa
dan guru (PIBG) hendaklah merangka program “Lawatan ke Rumah”
(Home Visit) bagi membolehkan guru-guru lebih mengenali latar
belakang murid dan keluarganya. Pendekatan ini adalah bertujuan
untuk mengeratkan lagi hubungan serta kemesraan antara guru-guru
dengan ibu bapa. Selain daripada itu, sekolah juga harus
menggalakkan program timbal-balik yang meminta ibu bapa
berkunjung ke sekolah bagi membincangkan perkembangan anak
mereka dengan guru dari masa ke masa.
2.5 Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri
Setiap murid seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang
berkaitan dengan keselamatan diri mereka, sama ada di sekolah atau
di luar waktu sekolah. Pendidikan Keselamatan diri boleh dilakukan
melalui aktiviti kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah seperti Kelab
Pencegahan Jenayah, Pembimbing Rakan sebaya, Skim Lencana
Anti dadah (SLAD) dan Badan-badan Beruniform yang lain. Melalui
aktiviti kelab-kelab ini, penyebaran maklumat berkaitan dengan
kemalangan/jenayah hendaklah disampaikan dan dibincangkan untuk
difahami oleh murid-murid.
Kesedaran keselamatan diri ataupun perlindungan diri perlu
ditekankan di sekolah-sekolah bagi mengingatkan murid supaya tidak
berseorangan apabila ketika di luar waktu rasmi persekolahan, iaitu
ketika balik dari sekolah dan pada keadaan-keadaan mengikut
amalan biasa seperti tertinggal bas, ibu bapa tidak menjemput seperti
biasa, tertinggal oleh rakan atau berada di tempat-tempat sunyi.
Sekolah perlu sentiasa mengingatkan hal-hal yang berkaitan dengan
keselamatan diri sewaktu perhimpunan rasmi dari semasa ke semasa.
Guru-guru pula boleh menyampaikan panduan tentang keperluan
menjaga keselamatan sewaktu pendidikan formal di kelas atau
kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Bahaya penggunaan alatan
elektrik, bahan kimia, alatan sukan dan permainan serta tingkah laku
yang boleh memudaratkan diri hendaklah sentiasa diperingatkan oleh
guru-guru. Sekolah hendaklah mempamerkan maklumat penting
mengenai panduan keselamatan ini di tempat yang strategik serta
memaklumkan kepada murid-murid nombor-nombor telefon yang
boleh dihubungi ketika mereka berada dalam kecemasan.
2.6 Permuafakatan Ibu Bapa, Sekolah dan Masyarakat
Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka
yang bermasalah dapat sama-sama dibantu. Dalam hal ini pihak
sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua
masalah atau perlanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid. Dalam
hal yang sama, ibu bapa juga harus diminta supaya memberikan
kerjasama supaya tidak merahsiakan masalah anak mereka, malah
memaklumkan tingkah laku anak-anak mereka yang luar biasa
kepada pihak sekolah atau guru kaunseling supaya tindakan
pembetulan dapat dibincangkan secara muafakat.
Masyarakat sekitar seperti pihak polis. Majlis Perbandaran atau Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT), Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKK)
dan Rukun Tertangga perlu dilibatkan bersama untuk memainkan
peranan dalam menentukan persekitaran yang selamat kepada
pelajar dan penduduk setempat. Sekolah perlu mewujudkan program-
program permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak
sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat sesuai dengan konsep
“School-Home-Community Partnership’.
2.7 Sekolah Selamat (Safe School)
Aspek keselamatan dalam sistem persekolahan hendaklah diberi
keutamaan dalam pengurusan sekolah. Pemeriksaan secara
berkala hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian elektrik,
sistem pendawaian elektrik, sistem bekalan gas, atau apa jua
sistem yang boleh mengudang bahaya di sekolah. Jabatan atau
agensi yang bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan
Penyelamat, Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas, Polis Diraja
Malaysia dan sebagainya hendaklah dihubungi untuk peperiksaan
segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal kerosakan atau
kecemasan yang boleh membahayakan guru-guru, kakitangan
dan murid-murid di sekolah.
Konsep “Sekolah Selamat” (Safe school) hanya dapat
dijayakan sepenuhnya dengan warganya mengamalkan tingkah
laku yang boleh menghindarkan bahaya terhadap diri sendiri,
rakan sebaya serta orang lain. Pengetua/Guru Besar dan guru-
guru mesti selalu mengingatkan tentang kepentingan menjaga
keselamatan diri, harta benda, dan segala peralatan yang ada di
sekolah. Penjagaan serta penyelenggaraan yang baik terhadap
segala kemudahan ini akan menjamin persekitaran yang selamat
di sekolah.
3. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk
memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
Bahagian/Daerah serta semua Pengetua dan Guru Besar sekolah yang berada di
bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan untuk tindakan selanjutnya.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
tt
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan
5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan
10. Ketua Perhubungan Awan, Kementerian Pendidikan
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900
PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :http://www.moe.gov.my
50604 KUALA LUMPUR.
KP(BS)8591/Jld.XVll(9) 23 Julai 2001
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9/2001
Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif
_________________________________________
Pihak Kementerian Pendidikan mendapati sejak kebelakangan ini terdapat murid-
murid sekolah yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif seperti melibatkan diri
dengan kumpulan Black Metal, Skin Head, Punk dan Cyber Cafe yang boleh
menjejaskan penumpuan mereka terhadap pembelajaran. Bagi pelajar-pelajar yang
beragama lslam khususnya, kegiatan ini boleh menjejaskan aqidah mereka. Maka,
tindakan awal yang sewajarnya hendaklah diambil untuk membendung dan
mengatasi masalah ini bagi mengelakkan perkara seumpama ini merebak dan
membabitkan lebih ramai murid.
2. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah diminta mengambil
tindakan segera dan sewajarnya supaya murid tidak melibatkan diri dan terjerumus
dalam kegiatan ini. Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa memantau dan menyiasat
murid-murid supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan tersebut.
Jawatankuasa Disiplin Sekolah hendaklah dari semasa ke semasa mengadakan
pemeriksaan untuk mengesan tanda-tanda kegiatan negatif murid-murid. Disamping
itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah
(PPB/PPD) dan sekolah mestilah mengadakan program-program khas untuk
memberi penjelasan dan kesedaran akan kesan negatif jika mereka terlibat dengan
kumpulan-kumpulan berkenaan.
3. Jabatan Pendidikan Negeri juga diminta melaporkan dengan segera kejadian-
kejadian serius yang berlaku di sekolah tanpa menunggu arahan melalui surat atau
faksimili dari Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mengenai berita-berita
sensasi yang didedahkan dalam akhbar dan media massa seperti yang dinyatakan
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986: Langkah-langkah Keberkesanan
Disiplin Sekolah (Para 6) :-m
“ Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbar-
akhbar, tuan hendaklah menghubungi pihak Kementerian Pelajaran
dengan segera mengenai keadaan sebenarnya...........................”
4. Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah amat dihargai supaya tindakan
penyelesaian yang segera dapat dilakukan untuk mengatasi gejala-gejala negatif
yang melibatkan murid-murid sekolah pada masa kini dan juga masa-masa akan
datang.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
tt
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan
5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan
10. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900
PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :http://www.moe.gov.my
50604 KUALA LUMPUR.
KP(BS)8591/Jld.XVll(10) 24 September 2001
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001
Semua Guru Adalah Guru Disiplin
____________________________________
Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah
disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-
guru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun
masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh temeh. Perkara
ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya
bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.
2. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua
guru di sesebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah
dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal
yang berkaitan dengan disiplin pelajar.
i. Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. 8/1968
mengenai Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan:
“.......tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari
masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah
diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara
biasa. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada
guru-guru besar.”
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah.
Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan:
“Adalah seperti tuan termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah
untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid
sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja,
bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang
demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar
bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk untuk
memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaklah
perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal
ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan
yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk
mendapat keputusan.”
3. Oleh hal yang demikian, adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukan
dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan disiplin yang
tinggi. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai
guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa
mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan
berbentuk pencegahan(preventive), didikan(educative), pembetulan (corrective) dan
hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan
terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru hendaklah sentiasa sentiasa
mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang,
simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Sementara itu,
kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin
murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua atau guru besar
perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan
hukuman tersebut.
4. Sehubungan dengan itu, Y.bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk
memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan
guru besar agar arahan ini dipatuhi.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
tt
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan
5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha,
Kementerian Pendidikan
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan,
Kementerian Pendidikan
8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan
10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan
11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900
PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :http://www.moe.gov.my
50604 KUALA LUMPUR.
KP(BS/HEP)8591/Jld.XVll(4) 14 Jun 2002
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2002
Pelaksanaan Program Sekolah Selamat
____________________________________
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program Sekolah Selamat
untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negara. Tujuan utama
pelaksanaan program ini ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah agar warga
sesebuah sekolah itu merasa selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari mana-
mana pihak sama ada dari luar mahu pun dari dalam. Aspirasi sekolah Selamat
menjadikan sekolah sebagai tempat di mana perbezaan budaya dan nilai setiap
individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak, di samping amalan menjaga
keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian.
2. Sehubungan dengan ini, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Bahagian/daerah, pengetua dan Guru Besar adalah diarah supaya
mengambil langkah wajar dengan mengadakan perancangan yang rapi untuk
melaksanakan Program Sekolah Selamat di semua sekolah rendah dan sekolah
menengah.
3. Untuk Pelaksanaan Program Sekolah Selamat panduan-panduan berikut
hendaklah diberi perhatian:
3.1 Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Bahagian/Daerah:
3.1.1 Bagi tahun 2002 sebanyak 20% daripada bilangan sekolah rendah
dan menengah di setiap negeri hendaklah melaksanakan Program
Sekolah Selamat dengan mengambil kira bilangan yang sama rata
antara sekolah di dalam bandar dan di luar bandar.
3.1.2 Mulai tahun 2003 semua sekolah di seluruh negara hendaklah
melaksanakan Program Sekolah Selamat.
3.1.3 Jawatankuasa Khas Sekolah Selamat hendaklah ditubuhkan di
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Bahagian/Daerah.
3.1.4 Fungsi jawantankuasa ini adalah merancang, menasihat,
memantau dan melapor mengenai pelaksanaan Program Sekolah
Selamat.
3.1.5 Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan
bukan kerajaan yang boleh membantu mempertingkatkan
keselamatan di sekolah.
3.1.6 Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mendedahkan konsep dan
kaedah pelaksanaan Sekolah Selamat ke semua sekolah.
3.2 Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah:
3.2.1 Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat peringkat sekolah,
yang keahliannya terdiri daripada warga sekolah dan juga wakil-
wakil daripada masyarakat sekitar sekolah serta agensi-agensi
kerajaan dan bukan kerajaan.
3.2.2 Guru Kaunseling/Guru Bimbingan sekolah hendaklah dilantik
sebagai Setiausaha kepada jawatankuasa ini dan juga berperanan
sebagai penggerak utama Program Sekolah Selamat.
3.2.3 Mendapatkan khidmat nasihat dari Sekolah-Sekolah Projek Rintis
yang ada di setiap negeri.
3.2.4 Memberi pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai
maksud dan tujuan Program Sekolah Selamat ini diadakan.
3.2.5 Mengadakan sesi taklimat kepada agensi-agensi kerajaan dan
bukan kerajaan serta komuniti setempat yang boleh membantu
mempertingkatkan keselamatan di sekolah melalui Program
Sekolah Selamat.
4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
tt
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k.
1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan
5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha,
Kementerian Pendidikan
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan,
Kementerian Pendidikan
8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan
10. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan
PEKELILING-PEKELILING LAMPIRAN 2.1
IKHTISAS
KP.8543/(10)
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.
10hb. September. 1968
Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia
Bil.6/68. Ruj.KP.8543/(10) bertarikh 10 september 1968.
Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang
Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam persidangan Ketua-ketua
pegawai Pelajaran, surat siaran seperti di bawah ini dikeluarkan untuk dijadikan
pimpinan kepada Guru-guru Besar dalam Negeri tuan supaya dapat diadakan satu
persamaan cara tindakan.
2. Ibu bapa/Penjaga murid yang telah dibuang dari sekolah-sekolah telah
membuat pengaduan bahawa mereka tidak diberi tahu oleh Guru Besar tentang
kelakuan curang anak-anak mereka sebelum mereka dibuang.
3. Untuk mengelakkan aduan-aduan seperti itu pada masa akan datang
peraturan-peraturan yang berikut hendaklah diikuti oleh Guru-guru Besar sebelum
seseorang murid dibuang daripada sekolah.
viii) Murid dan juga ibu bapa/penjaga mestilah diberi amaran bertulis
berkaitan dengan kesalahan atau kelakuan curang murid-murid itu
dan satu borang jawapan hendaklah disertakan supaya ibu
bapa/penjaga boleh memberi akuan terima atas surat amaran itu.
ix) Jikalau Kelakuan murid itu tidak juga berubah selepas tempoh yang
sepatutnya surat amaran yang kedua dan muktamad hendaklah
dihantar kepada ibu bapa/penjaga memberitahu mereka bahawa
sekiranya kelakuan murid itu tidak bertambah baik, murid itu akan
dibuang tanpa sebarang amaran.
x) Jika setelah habis tempoh sepatutnya itu, selepas memberi amaran
kedua, dan murid itu tidak juga menjalankan perubahan dalam
kelakuannya. Guru Besar boleh memberhentikan murid itu untuk
sementara waktu dalam seminggu atau dua setinggi-tingginya. Di
sebaliknya jika keadaan tidak membenarkan, murid itu akan dibuang
terus.
xi) Satu salinan semua amaran-amaran penggantungan atau
pembuangan kepada ibu bapa/penjaga murid mestilah dikirimkan
kepada Pendaftar Sekolah-sekolah dan juga kepada Pengerusi
Lembaga Sekolah.
xii) Dalam perkara-perkara yang keterlaluan di mana kesalahan atau
kelakuan curang yang yang memerlukan pembuangan serta-merta
tanpa diberi amaran (seperti : pemerasan, ugutan-ugutan dan
acaman terhadap murid-murid), Guru Besar hendaklah
memberhentikan murid untuk sementara waktu sementara satu
penyelidikan dibuat. Jikalau penyelidikan itu membenarkan supaya
murid-murid itu dibuang maka ia bolehlah dibuang sekolah.
xiii) Ibu bapa/penjaga hendaklah diberi tahu berkenaan dengan
pembuangan murid itu supaya mereka boleh membuat rayuan
kepada Lembaga Pengurus terhadap keputusan Guru Besar itu.
xiv) Jika Lembaga Pengurus bersetuju untuk mengambil semula murid
itu, persetujuan Pendaftar Sekolah hendaklah diminta sebelum murid
itu boleh diterima masuk semula.
4. Perhatian tuan adalah ditarik kepada seksyen 7 dan 8 (b) Peraturan
Pelajaran 1959(Tatatertib sekolah) mengenai murid yang mengambil bahagian
dalam pilihanraya atau kegiatan-kegiatan politik. Pendaftar Sekolah-sekolah mestilah
diberi tahu oleh Guru Besar sebelum sesuatu tindakan diambil untuk menggantung
atau membuang seorang murid kerana sebab-sebab ini.
tt tt
(Yap Hong Kuan)
b.p setiausaha Tetap
(bahagian Sekolah-sekolah)
Kementerian Pelajaran
LAMPIRAN 2.2
KP.8543 02(12)
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.
18hb. September. 1968
Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia
Bil.8/1968. Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968.
Tatatertib di Sekolah-sekolah
Tatatertib di Sekolah-sekolah
Banyak aduan telah diterima berkenaan dengan tingkah laku murid-murid dan
di antaranya didapati menghisap rokok dalam perjalanan mereka balik ke rumah
selepas sekolah. Mengikut aduan-aduan itu murid-murid ini adalah datang dari
sekolah-sekolah yang baik yang dikenali dari pakaian seragam serta lencana
sekolah mereka. Adalah juga dikatakan bahawa beberapa murid-murid mempunyai
potongan rambut yang tidak senonoh dan ini menjadikan rupa mereka tidak kemas
terutama sekali apabila mereka memakai seluar-seluar ketat.
2. Sekolah-sekolah adalah ditubuhkan untuk perkembangan penuntut untuk
menjadikan mereka warganegara yang berguna boleh menilaikan kebudayaan
mengetahui nilaian-nilaian akhlak dan rohani, memahami perhubungan antara
manusia, kesihatan jasmani dan akal serta mempunyai ilmu pengetahuan sains dan
bibitan-bibitannya. Oleh yang demikian, Peraturan-peraturan dan undang-undang
sekolah telah dibuat untuk menjamin adanya tatatertib yang baik di sekolah-sekolah.
3. Tatatertib ialah sebahagian dari proses pelajaran kita dan pada amnya
ditakrifkan sebagai tindakan atau peraturan yang diambil untuk menentukan supaya
peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah diikuti. Oleh yang demikian
sekolah-sekolah telah mengadakan peraturan-peraturan supaya beberapa tujuan
dapat dicapai dan budi pekerti yang sepatutnya ditanamkan ke dalam sanubari
murid-murid belaka.
4. Peraturan-peraturan tatatertib dan kuasa Guru Besar adalah dinyatakan
dalam Peraturan Pelajaran 1959 (Tatatertib Sekolah) dan peraturan untuk
membuang murid-murid telah dihuraikan dalam M.E Circular Professional 6/68, tetapi
peraturan-peraturan itu tidak ada menegaskan bahawa tatatertib itu boleh digunakan
oleh semua Guru-guru dan pentadbiran-pentadbiran pada setiap waktu. Surat
pekeliling ini adalah dikeluarkan untuk mengingati Guru Besar sekolah dan Guru-
guru bahawa adalah merupakan salah satu dari tugas-tugas mereka untuk
membantu penuntut-penuntut supaya mengetahui apakah dia tingkah laku yang baik
dan tidak baik. Seseorang itu mestilah ingat bahawa seseorang murid itu ialah
perseorangan yang tidak cukup matang untuk membuat sesuatu keputusan yang
baik.
5. Tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-
masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada Guru
Besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat
sahaja yang harus diserahkan kepada Guru Besar.
6. Perkara-perkara tatatertib yang berat.
Perkara-perkara yang berikut adalah berat di mana pembuangan atau
penggantungan sementara boleh ditimbangkan:
ix) Membawa senjata-senjata yang merbahaya, dengan tujuan jahat.
x) Mengancam penuntut-penuntut yang lain.
xi) Menghisap rokok dan meminum minuman yang memabukan.
xii) Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan
oleh Sekolah dan Pejabat Pelajaran.
xiii) Merosakkan atau membinasakan harta sekolah.
xiv) Menjadi ahli dalam Pertubuhan-pertubuhan Haram.
xv) Mencuri
xvi) Melawan pihak-pihak yang berkuasa.
Hendaklah diambil perhatian bahawa penggantungan sementara tidak boleh
melebihi dari 10 hari.
7. Pakaian
Sekolah adalah satu tempat belajar dan pakaian yang dipakai hendaklah
selaras dengan tujuan ini. Rambut juga hendaklah dipotong baik.Dengan
membimbing tingkah laku dan pakaian yang patut di pakai di dalam bilik darjah.
Sekolah-sekolah dapat menolong murid-murid untuk memperkembangan sifat-sifat
diri yang baik, yang berguna seumur hidup. Memandangkan kepada perkara-perkara
diatas, kerjasama dari Guru Besar serta Guru-guru adalah diminta supaya penuntut-
penuntut mempunyai budi pekerti, akhlak dan ketaatsetiaan yang baik.
tt
(Yap Hong Kuan)
b.p Setiausaha Tetap
(Bahagian Sekolah-sekolah)
Kementerian Pelajaran
s.k.
Ketua Pegawai Pelajaran,
Semua Negeri.
Bahagian Kewangan.
Bahagian Pentadbiran.
Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan.
Bahagian Biasiswa dan Latihan.
Bahagian Sekolah-sekolah.
Bahagian Latihan Guru-guru.
Bahagian Pelajaran Teknik.
Bahagian Jemaah Nazir.
Bahagian Peperiksaan.
LAMPIRAN 2.6
KP.8548/8(75)
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur. 01-34
5hb. September. 1975
Pengarah Pelajaran Negeri,
Semua Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah/Sarawak.
Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.6A/1975 Ruj.KP.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975.
Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mendapati perkara
menghisap rokok telah berlaku di kalangan murid-murid di beberapa buah sekolah di
negara ini. Walaupun perkara seperti ini tidak berlaku di tiap-tiap buah sekolah
namun begitu Kementerian memandang berat akan keadaan yang tidak sihat ini.
Semua Pengarah-pengarah Pelajaran Negeri/Guru-guru Besar hendaklah
mengambil langkah-langkah seperti berikut untuk menghapuskan gejala yang buruk
ini dari sekolah-sekolah.
2. Langkah-langkah
i) Guru-guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada
masa perhimpunan diadakan disekolah bahawa penghisap rokok adalah dilarang
untuk murid-murid sekolah kerana sebab-sebab kesihatan.Tambahan pula adalah
didapati penghisapan dadah adalah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu
perkara ini tidak boleh diringankan. Sekolah dalam peranannya sebagai ibu bapa
kedua (in loco parentis) mempunyai tanggungjawab untuk melindungi murid-murid
dari aktiviti yang akan merosakkan individu-individu dan membahayakan institusi itu.
Semua murid-murid mestilah diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil
terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi.
ii) Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa
tempoh pengampunan (period of grace) selama seminggu akan diberi kepada murid-
murid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan
bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu. Selepas tempoh
pengampunan selama seminggu itu sesiapa yang didapati merokok akan
menghadapi tindakan disiplin.
iii) Guru-guru penolong sekolah hendaklah diminta memperhatikan
murid-murid yang merokok.
iv) Apabila seseorang murid didapati menghisap rokok langkah-langkah
berikut hendaklah diambil:-
(d) Tindakan disiplin yang sewajarnya hendaklah diambil.
(e) Ibu bapa/penjaga murid itu hendaklah diberitahu bahawa
kerjasamanya boleh didapati bagi mempengaruhi murid itu
berhentikan merokok.
(f) Murid itu hendaklah dirujukkan kepada guru panduan untuk
perundingan(counceling) dan nasihat. Guru panduan dikehendaki
menyimpan rekod-rekod sulit mengenai kejadian seperti ini dan rekod
itu mungkin akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri untuk tujuan statistik dan penyelidikan.
3. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu Sumua Guru Besar sekolah
mengenai kandungan surat pekeliling ini drngan segera.
4. Nota : Dengan ini Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1975 adalah dibatalkan.
Perbezaan di antara Bil.6/1975 dan Bil 6A/1975 adalah dalam ceraian 2(i).
Saya yang menurut perintah,
tt
(KUM BOO)
Bahagian Sekolah-sekolah.
b.p. Ketua Setiausaha
Kementeria Pelajaran
s.k.
Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran.
Setiausaha Sulit kepada Timbalan Y.B. Menteri.
Ketua Setiausaha Kementerian.
Ketua Pengarah Pelajaran.
Timbalan Ketua Setiausaha.