The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Semerbak Iltizam (Pusat Sumber), 2021-06-16 02:53:03

BUKU PANDUAN UNIT PPDA

BUKU PANDUAN UNIT PPDA

LAMPIRAN 2.7

KP.8548/8/(67)

Kementerian Pelajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.

19hb. Ogos 1975

Pengarah Pelajaran Negeri,
Semua Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah/Sarawak.

Pengarah Latihan Guru.

Pengarah Pelajaran Teknik dan Vokasional.

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas
No.7/1975 Ruj.KP.8548/8/(67) bertarikh 19 Ogos 1975.
Salah Guna Dadah – Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar

Seperti yang telah diketahui, telah ada murid-murid sekolah yang dengan sengaja
atau tidak telah terlibat dalam eksperimen atau salah guna dadah. Pada umumnya
polisi Kementerian Pelajaran ialah untuk menolong murid-murid berkenaan
mendapat pertolongan sewajarnya (melalui rujukan, perawatan dan pemulihan) dan
mensepadukan mereka semula dengan sekolah serta melindungi murid-murid itu
supaya mereka tidak menderita dari publisiti yang tidak diingini. Tindakan disiplin
hanya akan diambil sebagai langkah yang akhir sekali apabila segala percubaan
untuk memberi pertolongan setelah gagal dan juga hanya selepas berunding dengan
Pengarah Pelajaran Negeri.

2. Tindakan-tindakan Yang Harus Diambil

Adalah ditegaskan bahawa semua guru yang terlibat dalam sebarang
tindakan yang disenaraikan di bawah ini hendaklah menganggap perkara ini sebagai
perkara yang paling sulit dan oleh demikian hendaklah mengamalkan dan
menggunakan kebijaksanaan mereka pada setiap masa. Garis panduan yang
dinyatakan di bawah ini adalah peraturan yang harus diambil apabila seseorang
murid telah dikenali sama ada sebagai penyalah guna dadah yang disyaki atau
pengguna dadah tetap.

5.1. Rujukan Sendiri (Self-referral)

2.1.3 Kes ini dengan seorang murid dengan kemahuan sendiri berjumpa
Guru Panduan atau mana-mana guru di sekolah. Pada mulanya
menerangkan bahawa ia ada masalah persendirian (Personal).
Kemudian itu ia didapati telah mencuba dadah atau telah menjadi
penagih dadah (experimented with drug/dependent on drugs).
Lazimnya dalam kes seperti ini, murid-murid meminta perkara ini
dirahsiakan dan menyatakan keinginan atau kemahuannya untuk
mendapatkan pertolongan jika maklumat itu tidak dihebahkan kepada

ibu bapa/penjaga, guru besar dan lain-lain orang yang berkenaan.
Seseorang murid harus meminta perkara ini dirahsiakan sepenuh-
penuhnya sebagai syarat sebelum ia menyatakan masalahnya.
Selepas itu ia mungkin mengaku yang ia telah mencuba dadah atau
menyalahgunakan dadah. Dalam kes-kes yang telah dirujuk kepada
Guru Panduan. Guru Panduan hendaklah bersedia berjanji untuk
menjaga rahsia ini dan selepas itu bolehlah merujukkannya pada
badan-badan rujukan lain dengan persetujuan murid berkenaan.

Sekiranya murid itu telah memberitahu secara sulit kepada seseorang
guru lain, maka langkah yang patut diikuti ialah seperti perenggan 2.2
di bawah.

2.1.4 Kes ini mengenai seorang murid yang mungkin menyatakan
masalahnya berhubung dengan percubaan penyalahgunaan dadah
tanpa berkehendakkan perkara ini dirahsiakan. Dalam kes seperti ini,
Guru Panduan mestilah mengadakan hubungan dengan murid itu dan
membina kepercayaan murid itu tentang peranan dan pertolongan
Guru Panduan sebelum mencuba menerangkan betapa mustahaknya
rujukan atau melibatkan pertolongan ibu bapa/penjaga, Guru Besar,
pegawai masyarakat dan lain-lain. Murid itu hendaklah diberi jaminan
bahawa rujukan dan penglibatan orang-orang lain dibuat dengan
tujuan dan matlamat tertentu iaitu menolong murid tersebut dan etika
ikhtisas(profesional ethics) dan keyakinan/kepercayaan yang
sepenuhnya (utmost good faith) akan dijaga dan dihormati. Guru
Panduan mestilah membantu murid untuk bersetuju tentang tindakan
yang akan diambil. Jika murid itu tidak dapat dipujuk, adalah menjadi
tugas Guru Panduan menerangkan kepadanya tentang:-

a) Peraturan sekolah.
b) Kuasa ibu bapa/penjaga.
c) Perbekalan undang-undang (Akta Dadah Berbahaya

(pindaan 1975) dalam mana murid itu boleh dipaksa atau
dikehendaki untuk rujukan kepada agensi-agensi yang
wajar untuk rawatan/pemulihan).

5.2. Rujukan oleh Guru-Guru/Murid

Seorang Guru sekolah boleh menyatakan pada Guru Panduan bahawa ia
mempunyai sebab yang nyata mengesyaki seseorang murid tertentu telah dan
sedang mencuba dadah. Atau seseorang murid lain mungkin dengan sukarela
memberi keterangan ini mengenai murid lain apabila temuramah perundingan
dijalankan.

2.2.2 Dalam kes-kes seumpama itu, (setelah diadakan hubungan baik
dengan murid yang disyaki itu) Guru Panduan hendaklah
memanggilnya untuk ditemuramah. Dalam temuramah itu maka
ketentuan akan didapati sama ada murid itu mengalami masalah yang
berhubung dengan kerja sekolah, sifat sendiri dan lain-lain. Guru
Panduan harus menggalakkan murid-murid menerangkan tentang
keadaan dirinya dan berasaskan penerangan yang diterima itu setelah
ditapis dapatlah menentukan sama ada murid yang disyaki itu
sebenarnya betul atau tidak menyalahgunakan dadah. Jika Guru
Panduan menetapkan bahawa pengesyakan itu sah, dia haruslah
menjelaskan kepada murid itu bahawa rujukan dan penglibatan orang-

orang lain akan dibuat dengan tujuan tertentu iaitu untuk menolong
murid itu dan etika ikhtisas dan niat yang baik akan dipelihara dan
dihormati.

5.3. Rujukan Dibuat Atas Keputusan Tindakan Disiplin

Dalam sesebuah sekolah mungkin ada tindakan disiplin diambil misalnya
hukuman rotan, penggantungan terhadap seseorang murid kerana
kesalahan, kelakuan tidak senonoh misainya mencuri, ponteng sekolah, tidak
hadir kelas dan lain-lain selepas tindakan disiplin diambil, murid itu bolehlah
dirujuk kepada Guru Panduan.

2.3.2 Dalam kes seperti ini, guru panduan haruslah menemuramah dan
berbaik-baik dengan murid tersebut dan galakkan ia untuk
menerangkan tentang diri sendiri dan masalah yang sedang dialami
yang menyebabkan ia menjadi nakal atau jahat berkelakuan tidak
senonoh. Guru Panduan haruslah menerangkan pada mulanya yang
ia bertujuan untuk menolong murid itu dan pertolongan yang akan
diberikannya adalah termasuk dalam peraturan sekolah dan mungkin
merepotkan balik kepada Guru Besar mengenai masalah murid itu.
Selanjutnya jika dalam proses perundingan itu Guru Panduan
mendapati masalah murid itu termasuk juga salah gunaan dadah,
maka Guru Panduan haruslah memujuk murid tersebut untuk
bersetuju :-

iii) Mustahaknya meluaskan hubungan tentang masalah ini
kepada Guru Besar dan ibu bapa/penjaga.

iv) Mustahaknya merujukkan murid ini kepada agensi-agensi
yang wajar untuk rawatan dan pemulihan.

Guru Panduan hendaklah menegaskan kepada murid tersebut prospek atau
kemungkinan untuk pulih semula bergantung kepada kemahuan dan azam murid itu
sendiri untuk bebas daripada bahaya itu.

3. “Checklist” Tindakan yang Harus Diambil oleh Guru Panduan
Pelajaran dan Kerjaya/Guru Besar.

m) Menerima laporan atau rujukan murid sendiri mengenai masalah dadah.
n) Merujukkan kes itu kepada Guru Panduan.
o) Guru Panduan tetapkan jadual masa temuramah

perundingan/temuramah-temuramah.
p) Mengesahkan syak itu secara mengaku sendiri bukti-bukti lain.
q) Guru Besar diberitahu hal ini dan ia hendaklah dengan segera

memberitahu Pengarah Pelajaran Negeri tanpa memberi nama murid
yang terlibat.
r) Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat yang berkenaan.
s) Berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk merujukkan
murid itu kepada doktor.
t) Pengesahan/penyangkalan oleh doktor sama ada murid itu
menyalahgunakan dadah.
u) Ibu bapa/penjaga diberitahu oleh Guru Besar /Guru Panduan/ Pegawai
Kebajukan Masyarakat.
v) Rawatan oleh doktor sebagai pesakit luar atau pesakit dalam.
w) Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat.
x) Persepaduan dan tindakan ekoran oleh sekolah.

4. Dadah-dadah yang Disalahgunakan Pada Masa Sekarang.

d) Ganja (Marijuana)
e) Heroin (Heroin)
f) Morfin (Morphine)
g) Pil M dan Pil MX (M Pill. MX Pill)
h) Tranquilisers
i) Hallucinogen (Hallucinogens)

5. Bersama-sama ini dikembarkan petikan dari Akta Dadah Berbahaya
(Pindaan) 1975 sebagai panduan lanjut untuk Guru Panduan dan Kerjaya dan Guru
Besar.

6. Sukacita kiranya surat pekeliling ini disebarkan kepada semua sekolah
menengah di bawah sampul SULIT.

Saya yang menurut perintah,

tt
(KUM BOH)
Bahagian Sekolah-sekolah.
b.p Ketua Setiausaha.
Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k.
Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran

Setiausaha Sulit kepada Y.B Timbalan Menteri.

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900

PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150

PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :http://www.moe.gov.my

50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(8)
19 Julai 2001

Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001
Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah
____________________________________

Kes jenayah berat yang melibatkan murid sekolah kerap terjadi sejak akhir-akhir ini .
Ia menimbulkan banyak persoalan tentang bagaimana perbuatan jenayah
seumpama ini boleh dilakukan oleh golongan murid sekolah. Walaupun secara umun
diketahui bahawa kejadian-kejadian ini mempunyai pelbagai kejadian dengan
perkara yang berlaku di luar persekitaran sekolah, namun pentadbiran sekolah harus
memandang serius apa jua yang membabitkan murid sekolah, namun pentadbiran
sekolah harus memandang serius apa jua kes yang membabitkan murid sekolah.
Ringkasnya, ia bersangkutan dengan ketidakseimbangan mental dan emosi yang
didorong oleh pelbagai sebab. Dalam menanganinya, kita tidak kekurangan
pendapat dan saranan. Ada yang menyimpulkan rentetan kejadian yang berlaku
seperti murid dirogol dan dibunuh oleh murid sesama sekolah, murid bergaduh dan
bertumbuk di perhimpunan sekolah, dan murid koma akibat dipukul oleh murid lain
adalah kerana murid-murid ini tidak mempunyai kestabilan emosi akibat tekanan
sosial yang hebat, sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.

2. Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan
tujuan untuk memperingatkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan
Bahagian dan Daerah(PPB/PPD), semua Pengetua dan Guru Besar supaya
mengambil langkah- langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan
disiplin di sekolah-sekolah. Pengurusan hal ehwal murid (HEM) hendaklah
dimantapkan serta dipertingkatkan kecekapannya di pelbagai peringkat institusi
pendidikan, iaitu di JPN, PPB/PPD, dan sekolah. Pengetua/Guru Besar dan Guru
Penolong Kanan (HEM) hendaklah memikul tanggungjawab bagi melaksanakan
sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan serta mempunyai rekod murid
yang kemas kini.

2.3 Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah

Sistem rekod murid yang sedia ada (Kad 01 & 02) perlu dilihat
semula, sama ada telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal
murid yang cekap dan berkesan. Sistem tambahan boleh dicipta
sekiranya ia dapat membantu pihak sekolah dan guru dalam hal
pemantauan dan kawalan mengenai perkembangan akademik, emosi,
sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang mereka bersekolah.

Melalui sistem pengurusan hal ehwal murid, sekolah diminta supaya
memperkemaskan profil murid dari hari pertama persekolahan
disekolah masing-masing. Profil yang mengandungi maklumat murid
seperti gambar murid, butiran peribadi dan keluarga, rekod disiplin,
prestasi akademik, minat, hobi, pilihan kerjaya dan kemahiran sosial
hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa. Profil ini hendaklah
dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan murid, sama ada
ketika berpindah kelas atau bertukar sekolah. Kaedah sebegini adalah
bertujuan supaya guru-guru mengenali murid dan keluarganya
dengan lebih dekat lagi.

Laporan kes-kes yang khusus merujuk salah laku murid yang
berpindah sekolah juga perlu dihantar ke sekolah baru secara sulit
supaya pemantauan dan pemulihan berterusan dapat dilakukan
terhadap murid berkenaan. Semua rekod disiplin dan profil murid
hendaklah disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Sekolah
hendaklah menyimpan salinan maklumat rekod dan profil murid dalam
tempoh masa yang sesuai walaupun murid telah menamatkan
persekolahan untuk keperluan-keperluan tertentu.

2.4 Pemantapan Pengurusan Disiplin

Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah yang berfungsi
merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan masalah
disiplin di kalangan murid. Dalam masa yang sama, semua guru
mesti mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan
disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan
terkawal. Guru-guru kelas terutamanya, boleh memainkan
peranan yang penting sebagai guru disiplin bagi kumpulan murid-
murid di kelasnya.

Semua guru perlu diberikan pendedahan tentang cara mengenal pasti murid-murid
yang bermasalah dalam kelas masing-masing. Guru sewajarnya
membantu murid yang bermasalah atau merujuk murid yang
berkenaan kepada Guru Kaunseling atau Kaunselor sekolah
supaya murid-murid sedemikian dapat meluahkan apa jua
masalah yang terpendam dalam hati sanubari mereka.

Guru Besar atau Pengetua boleh secara pentadbiran mengurangkan bilangan waktu
mengajar Ketua guru Disiplin supaya mereka mempunyai masa
yang cukup untuk menyediakan laporan atau profil yang lengkap
mengenai segala salah laku murid serta langkah yang wajar
diambil untuk memulihkan murid berkenaan.

2.5 Pemantauan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah

Sekolah hendaklah memastikan guru kaunseling sentiasa mempunyai maklumat
yang kemas kini mengenai murid yang mempunyai masalah
daripada guru kelas atau guru tingkatan. Murid-murid berkenaan
perlu diberikan khidmat nasihat sehingga keadaan permasalahan
yang mereka hadapi dapat dipulihkan sepenuhnya.

2.6 Sekolah Penyayang

Konsep “Sekolah Penyayang” yang menekankan kepada rasa sayang
menyayangi serta menimbulkan kemesraan di antara guru dan murid,
murid dengan murid serta antara warga sekolah dengan ibu bapa
hendaklah dipertingkatkan lagi. Dengan wujudnya kemesraan ini
maka gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh
murid dapat dihindar dan dibendung.

Sekolah dengan kerjasama dan permuafakatan Persatuan ibu bapa
dan guru (PIBG) hendaklah merangka program “Lawatan ke Rumah”
(Home Visit) bagi membolehkan guru-guru lebih mengenali latar
belakang murid dan keluarganya. Pendekatan ini adalah bertujuan
untuk mengeratkan lagi hubungan serta kemesraan antara guru-guru
dengan ibu bapa. Selain daripada itu, sekolah juga harus
menggalakkan program timbal-balik yang meminta ibu bapa
berkunjung ke sekolah bagi membincangkan perkembangan anak
mereka dengan guru dari masa ke masa.

2.7 Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri

Setiap murid seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang
berkaitan dengan keselamatan diri mereka, sama ada di sekolah atau
di luar waktu sekolah. Pendidikan Keselamatan diri boleh dilakukan
melalui aktiviti kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah seperti Kelab
Pencegahan Jenayah, Pembimbing Rakan sebaya, Skim Lencana
Anti dadah (SLAD) dan Badan-badan Beruniform yang lain. Melalui
aktiviti kelab-kelab ini, penyebaran maklumat berkaitan dengan
kemalangan/jenayah hendaklah disampaikan dan dibincangkan untuk
difahami oleh murid-murid.

Kesedaran keselamatan diri ataupun perlindungan diri perlu
ditekankan di sekolah-sekolah bagi mengingatkan murid supaya tidak
berseorangan apabila ketika di luar waktu rasmi persekolahan, iaitu
ketika balik dari sekolah dan pada keadaan-keadaan mengikut
amalan biasa seperti tertinggal bas, ibu bapa tidak menjemput seperti
biasa, tertinggal oleh rakan atau berada di tempat-tempat sunyi.

Sekolah perlu sentiasa mengingatkan hal-hal yang berkaitan dengan
keselamatan diri sewaktu perhimpunan rasmi dari semasa ke semasa.
Guru-guru pula boleh menyampaikan panduan tentang keperluan
menjaga keselamatan sewaktu pendidikan formal di kelas atau
kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Bahaya penggunaan alatan
elektrik, bahan kimia, alatan sukan dan permainan serta tingkah laku
yang boleh memudaratkan diri hendaklah sentiasa diperingatkan oleh
guru-guru. Sekolah hendaklah mempamerkan maklumat penting
mengenai panduan keselamatan ini di tempat yang strategik serta
memaklumkan kepada murid-murid nombor-nombor telefon yang
boleh dihubungi ketika mereka berada dalam kecemasan.

2.8 Permuafakatan Ibu Bapa, Sekolah dan Masyarakat

Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka
yang bermasalah dapat sama-sama dibantu. Dalam hal ini pihak
sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua
masalah atau perlanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid. Dalam
hal yang sama, ibu bapa juga harus diminta supaya memberikan
kerjasama supaya tidak merahsiakan masalah anak mereka, malah
memaklumkan tingkah laku anak-anak mereka yang luar biasa
kepada pihak sekolah atau guru kaunseling supaya tindakan
pembetulan dapat dibincangkan secara muafakat.

Masyarakat sekitar seperti pihak polis. Majlis Perbandaran atau Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT), Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKK)
dan Rukun Tertangga perlu dilibatkan bersama untuk memainkan
peranan dalam menentukan persekitaran yang selamat kepada
pelajar dan penduduk setempat. Sekolah perlu mewujudkan program-
program permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak
sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat sesuai dengan konsep
“school-Home-Community Partnership’.

2.9 Sekolah Selamat (Safe School)

Aspek keselamatan dalam sistem persekolahan hendaklah diberi
keutamaan dalam pengurusan sekolah. Pemeriksaan secara berkala
hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian elektrik, sistem
pendawaian elektrik, sistem bekalan gas, atau apa jua sistem yang
boleh mengundang bahaya di sekolah. Jabatan atau agensi yang
bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan
Bekalan Elektrik dan Gas, Polis Diraja Malaysia dan sebagainya
hendaklah dihubungi untuk peperiksaan segera sekiranya terdapat
tanda-tanda awal kerosakan atau kecemasan yang boleh
membahayakan guru-guru, kakitangan dan murid-murid di sekolah.

Konsep “Sekolah Selamat” (Safe School) hanya dapat dijayakan
sepenuhnya dengan warganya mengamalkan tingkah laku yang boleh
menghindarkan bahaya terhadap diri sendiri, rakan sebaya serta
orang lain. Pengetua/Guru Besar dan guru-guru mesti selalu
mengingatkan tentang kepentingan menjaga keselamatan diri, harta
benda, dan segala peralatan yang ada di sekolah. Penjagaan serta
penyelenggaraan yang baik terhadap segala kemudahan ini akan
menjamin persekitaran yang selamat di sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk
memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
Bahagian/Daerah serta semua Pengetua dan Guru Besar sekolah yang berada di
bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan untuk tindakan selanjutnya.

Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan

10. Ketua Perhubungan Awan, Kementerian Pendidikan

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900

PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150

PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :http://www.moe.gov.my

50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(9)
23 Julai 2001

Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9/2001
Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif
_________________________________________

Pihak Kementerian Pendidikan mendapati sejak kebelakangan ini terdapat murid-
murid sekolah yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif seperti melibatkan diri
dengan kumpulan Black Metal, Skin Head, Punk dan Cyber Cafe yang boleh
menjejaskan penumpuan mereka terhadap pembelajaran. Bagi pelajar-pelajar yang
beragama lslam khususnya, kegiatan ini boleh menjejaskan aqidah mereka. Maka,
tindakan awal yang sewajarnya hendaklah diambil untuk membendung dan
mengatasi masalah ini bagi mengelakkan perkara seumpama ini merebak dan
membabitkan lebih ramai murid.

2. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah diminta mengambil
tindakan segera dan sewajarnya supaya murid tidak melibatkan diri dan terjerumus
dalam kegiatan ini. Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa memantau dan menyiasat
murid-murid supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan tersebut.
Jawatankuasa Disiplin Sekolah hendaklah dari semasa ke semasa mengadakan
pemeriksaan untuk mengesan tanda-tanda kegiatan negatif murid-murid. Di samping
itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah
(PPB/PPD) dan sekolah mestilah mengadakan program-program khas untuk
memberi penjelasan dan kesedaran akan kesan negatif jika mereka terlibat dengan
kumpulan-kumpulan berkenaan.

3. Jabatan Pendidikan Negeri juga diminta melaporkan dengan segera kejadian-
kejadian serius yang berlaku di sekolah tanpa menunggu arahan melalui surat atau
faksimili dari Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mengenai berita-berita
sensasi yang didedahkan dalam akhbar dan media massa seperti yang dinyatakan
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986: Langkah-langkah Keberkesanan
Disiplin Sekolah (Para 6) :-m

“ Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbar-
akhbar, tuan hendaklah menghubungi pihak Kementeriuan Pelajaran
dengan segera mengenai keadaan sebenarnya...........................”

4. Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah amat dihargai supaya tindakan
penyelesaian yang segera dapat dilakukan untuk mengatasi gejala-gejala negatif
yang melibatkan murid-murid sekolah pada masa kini dan juga masa-masa akan
datang.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan

10. Ketua Perhubungan Awan, Kementerian Pendidikan

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900

PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150

PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :http://www.moe.gov.my

50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(10)
24 September 2001

Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001
Semua Guru Adalah Guru Disiplin
____________________________________

Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah
disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-
guru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun
masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh temeh. Perkara
ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya
bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.

2. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua
guru di sesebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah
dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal
yang berkaitan dengan disiplin pelajar.

2.1 Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. 8/1968
mengenai Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan:
“.......tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari
masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah
diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara
biasa. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada
guru-guru besar.”

2.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah.
Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan:
“Adalah seperti tuan termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah
untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid
sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja, bahkan
tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang demikian
semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap
mereka itu adalah bertanggungjawab untuk untuk memelihara disiplin
sesebuah sekolah dan janganlah hendaklah perkara-perkara kecil pun
diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara
biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus
diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan.”

3. Oleh hal yang demikian, adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukan
dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan disiplin yang
tinggi. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai
guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa
mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan
berbentuk pencegahan(preventive), didikan(educative), pembetulan (corrective) dan
hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan
terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru hendaklah sentiasa sentiasa
mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang,
simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Sementara itu,
kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin
murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua atau guru besar
perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan
hukuman tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, Y.bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk
memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan
guru besar agar arahan ini dipatuhi.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian
Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan,
Kementerian Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan

10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan

11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900

PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150

PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :http://www.moe.gov.my

50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS/HEP)8591/Jld.XV
ll(4)

14 Jun 2002

Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2002
Pelaksanaan Program sekolah Selamat
____________________________________

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program Sekolah Selamat
untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negara. Tujuan utama
pelaksanaan program ini ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah agar warga
sesebuah sekolah itu merasa selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari mana-
mana pihak sama ada dari luar mahu pun dari dalam. Aspirasi sekolah Selamat
menjadikan sekolah sebagai tempat di mana perbezaan budaya dan nilai setiap
individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak, di samping amalan menjaga
keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian.

2. Sehubungan dengan ini, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Bahagian/daerah, pengetua dan Guru Besar adalah diarah supaya
mengambil langkah wajar dengan mengadakan perancangan yang rapi untuk
melaksanakan Program Sekolah Selamat di semua sekolah rendah dan sekolah
menengah.

3. Untuk Pelaksanaan Program Sekolah Selamat panduan-panduan berikut
hendaklah diberi perhatian:

3.3 Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Bahagian/Daerah:

3.3.1 Bagi tahun 2002 sebanyak 20% daripada bilangan sekolah rendah
dan menengah di setiap negeri hendaklah melaksanakan Program
Sekolah Selamat dengan mengambil kira bilangan yang sama rata
antara sekolah di dalam bandar dan di luar bandar.

3.3.2 Mulai tahun 2003 semua sekolah di seluruh negara hendaklah
melaksanakan Program Sekolah Selamat.

3.3.3 Jawatankuasa Khas Sekolah Selamat hendaklah ditubuhkan di
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Bahagian/Daerah.

3.3.4 Fungsi jawantankuasa ini adalah merancang, menasihat,
memantau dan melapor mengenai pelaksanaan Program Sekolah
Selamat.

3.3.5 Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan
bukan kerajaan yang boleh membantu mempertingkatkan
keselamatan di sekolah.

3.3.6 Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mendedahkan konsep dan
kaedah pelaksanaan Sekolah Selamat ke semua sekolah.

3.4 Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah:

3.4.1 Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat peringkat sekolah,
yang keahliannya terdiri daripada warga sekolah dan juga wakil-
wakil daripada masyarakat sekitar sekolah serta agensi-agensi
kerajaan dan bukan kerajaan.

3.4.2 Guru Kaunseling/Guru Bimbingan sekolah hendaklah dilantik
sebagai Setiausaha kepada jawatankuasa ini dan juga berperanan
sebagai penggerak utama Program Sekolah Selamat.

3.4.3 Mendapatkan khidmat nasihat dari Sekolah-Sekolah Projek Rintis
yang ada di setiap negeri.

3.4.4 Memberi pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai
maksud dan tujuan Program Sekolah Selamat ini diadakan.

3.4.5 Mengadakan sesi taklimat kepada agensi-agensi kerajaan dan
bukan kerajaan serta komuniti setempat yang boleh membantu
mempertingkatkan keselamatan di sekolah melalui Program
Sekolah Selamat.

4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang

bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan

Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k.
1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian
Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan,
Kementerian Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan


Click to View FlipBook Version