The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Semerbak Iltizam (Pusat Sumber), 2021-06-17 05:48:45

KESELAMATAN & BENCANA ALAM

KESELAMATAN & BENCANA ALAM

ISI KANDUNGAN ii
iii
Kata-kata Aluan Menteri Pelajaran Malaysia 1
Kata-kata Aluan Pengarah UNICEF Malaysia 15
Kebakaran 23
Jerebu 29
Banjir 40
Tanah Runtuh 55
Gempa Bumi 77
Tsunami
Rawatan & Pemulihan 86
Nombor Kecemasan 87
Al-Fatihah
Senarai Penulis Dan Pelukis

i

KATA ALU-ALUAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Salam Sejahtera

Menjadi rakyat Malaysia merupakan satu kebanggaan yang tidak terhingga. Ini terbukti
dengan keamanan, kemajuan dan kesejahteraan hidup yang dapat dinikmati oleh semua
warga Malaysia. Namun begitu kita tidak sewajarnya alpa dengan situasi selesa yang
dinikmati. Sebagai rakyat Malaysia khususnya warga pendidik dan murid-murid sekolah,
perlu sentiasa bersyukur dan berhati-hati sepanjang masa.

Bencana alam merupakan satu fenomena alam yang tidak dapat dijangka. Walaupun
negara kita berada di luar zon gempa bumi dan gunung berapi, namun bencana alam
seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu, sering melanda negara kita. Oleh itu, pendidikan
yang berterusan perlu diberikan kepada ahli masyarakat, khususnya murid sekolah bagi
meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan harta benda.

Pihak sekolah seharusnya bertindak proaktif dengan mengadakan program pendidikan
pencegahan dan pemulihan kepada murid-murid berasaskan bencana alam. Latihan-
latihan kemahiran menyelamat juga perlu dibuat sebagai persediaan menghadapi sebarang
kemungkinan, khususnya di kawasan yang sering mengalami bencana alam.

Usaha Guru Guru Bimbingan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri dengan diterajui oleh
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dan bantuan serta kerjasama UNICEF
sangat bermakna bagi membantu ahli masyarakat khususnya murid sekolah. Buku panduan
dan hasil pertandingan yang diadakan sewajarnya menjadi panduan bagi menghadapi
sebarang kemungkinan. Tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang
dan berjaya menerbitkan buku ini. Terima Kasih

Sekian

DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSIEN

ii

unicefKATA ALU-ALUAN PENGARAH UNICEF

Semua kanak-kanak memerlukan persekitaran yang selamat serta emosi dan fizikal yang
sihat. Sekolah memainkan peranan yang penting dalam menyediakan kanak-kanak tempat
untuk belajar dan membesar. Sebagai tempat yang ideal untukperkembangan, ia mendidik
dan memupuk kanak-kanak untuk menyedari potensi mereka, membantu membentuk masa
hadapan yang lebih cerah untuk mereka serta masyarakat sekeliling.

Tidak kurang pentingnya, peranan utama sekolah ialah memberikan kanak-kanak
persediaan apabila menghadapi bencana. Melalui informasi dan kemahiran, kanak-kanak
lebih bersedia untuk menangani sesuatu kecemasan dan juga mencegah risiko
kecederaan ataupun kematian. Sekaligus, sekolah membantu mengembalikan kehidupan
normal kanak-kanak dan menangani gangguan psikososial selepas bencana.

Secara geografikal, Malaysia umumnya mempunyai cuaca yang baik. Ia terlindung
daripada bencana iklim dan geologi seperti ribut, taufan dan gempa bumi. Namun begitu,
Tsunami di Lautan Hindi pada tahun 2004 telah memberikan tamparan yang hebat kepada
Malaysia. Ia telah menjejaskan kehidupan kanak-kanak dan keluarga. Berdasarkan
pengalaman kami di seluruh dunia, bencana alam dan bencana buatan manusia boleh
membawa kesan yang traumatik, terutama sekali kanak-kanak. Kesan yang dialami akibat
banjir besar, ribut, kebakaran, tanah runtuh dan juga tsunami boleh berpanjangan.
Tabahan lagi apabila pengalaman tersebut melibatkan kemusnahan persekitaran yang telah
menjadi kebiasaan kepada kanak-kanak, contohnya kediaman, sekolah dan masyarakat.
Perancangan kesediaan ketika kecemasan di sekolah akan membantu mengurangkan
kemudaratan dalam kehidupan kanak-kanak dan masyarakat di sekeliling. Melalui
pendidikan dan kesedaran di semua peringkat sistem persekolahan, para guru dan kanak-
kanak akan lebih berinformasi dalam mengenalpasti tanda-tanda amaran bencana alam,
tindakbalas yang perlu diambil apabila ia berlaku serta cara untuk menanganinya selepas
berlaku. Melalui perancangan yang teliti, sekolah-sekolah dapat membantu mengubah
pengalaman yang mengerikan kepada suatu pegajaran.

UNICEF amat berterima kasih kerana diberikan peluang untuk bekerjasama dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam usaha untuk menghasilkan Buku Panduan
“Persediaan Menghadapi Bencana Alam di Kalangan Murid-Murid Sekolah Rendah“.
Kerjasama melibatkan pegawai-pegawai di peringkat Persekutuan, Negeri, Daerah serta
para guru dan murid-murid sekolah. Buku Panduan ini diharapkan memberi panduan kepada
para pegawai sekolah, guru dan murid bagi persediaan menghadapi bencana alam, sekaligus
memperkukuhkan persekitaran yang selamat untuk murid-murid sekolah di Malaysia.

Saya berharap kita akan terus bersama-sama membina asas kehidupan, agar kanak-kanak
dapat berkembang dan menangani trauma, kesengsaraan serta bencana dengan tidak
memusnahkan keyakinan diri.

DR. RUDI LUCHMANN
Timbalan Wakil (Deputy Representative) UNICEF Malaysia

iii

iv

KEBAKARAN

PENDAHULUAN
Kebakaran biasanya sukar dikawal. Ia boleh melibatkan kehilangan
nyawa dan kemusnahan harta benda yang melibatkan kerugian besar.
Kebakaran berpunca dari tiga faktor utama:
a. Kelalaian manusia

Pembakaran terbuka sertapembakaran hutan dan tindakan yang
kurang berhati-hati apabila menggunakan bahan api seperti gas,
minyak dan lain-lain.
b. Kerosakan mekanikal dan elektrikal
Litar pintas, pendawaian elektrik yang tidak mengikut piawaian serta
kerosakan pada peralatan elektrik.
c. Kejadian semulajadi
Petir, kilat dan cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan
kebakaran.

1

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab kita seharusnya peka
terhadap bahaya kebakaran. Semua pihak seharusnya memainkan
peranan masing-masing bagi mencegahnya.
Langkah-langkah pencegahan dan kaedah menghadapi kebakaran
sangat penting. Pengetahuan ini dapat mengelakkan lebih banyak
kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.
TINDAKAN PERSEDIAAN MENGHADAPI KEBAKARAN
Setiap rakyat perlu mempunyai pengetahuan tentang persediaan
menghadapi kebakaran. Antara peranan, panduan dan langkah
persediaan yang penting adalah seperti berikut:
1. Di Sekolah
1.1. Mendengar ceramah dan taklimat yang diberi semasa latihan

kebakaran dengan bersungguh-sungguh.
1.2. Menyertai pertandingan bercerita, pidato, bahas dan sebagainya

bagi meningkatkan kesedaran berkaitan bencana kebakaran.

2

Latihan Kebakaran
1.3 Menyusun kerusi dan meja agar memudahkan laluan ketika

kebakaran.

1.4 Jangan gunakan punca elektrik dan peralatan elektrik yang
rosak.

1.5 Laporkan kerosakan pendawaian dan peralatan elektrik di
sekolah kepada guru.

1.6 Menyertai latihan pencegahan kebakaran secara serius.

1.7 Mengambil tahu pelan keselamatan kebakaran di sekolah.

1.8 Sampah dan bahan mudah terbakar hendaklah dilonggokkan di
tempat yang disediakan.

1.9 Mencatat nombor telefon polis dan bomba yang dipamerkan di
tempat-tempat strategik di kawasan sekolah.

3

1.10 Menjadi ahli pasukan pencegahan kebakaran sekolah.
2. Di Rumah
2.1 Sentiasa berhati-hati ketika memasak.
2.2 Gunakan peralatan elektrik mengikut peraturan.
2.3 Padamkan bara api yang masih menyala sebelum

meninggalkannya.
2.4 Jauhi dari bermain api.

2.5 Penggunaan lampu minyak tanah, lilin atau ubat nyamuk
hendaklah dijauhkan dari bahan mudah bakar seperti langsir,
tilam dan sebagainya.

2.6 Menyediakan alatan pemadam api.
2.7 Menyediakan peti kecemasan.
2.8 Patuhi arahan dan langkah-langkah keselamatan.

4

2.9 Pamerkan nombor polis dan bomba di tempat strategik.
2.10 Pastikan kunci berada di tempat yang mudah dilihat dan dicapai.
2.11 Sediakan pelan laluan kecemasan di rumah.

Kebakaran Menyebabkan Kemusnahan Nyawa Dan Harta Benda
3. Di Tempat Awam
3.1 Menggunakan kapasiti tenaga elektrik mengikut peraturan yang

dibenarkan.
3.2 Menyediakan alat pemadam api di tempat strategik.
3.3 Pastikan peralatan keselamatan sentiasa dalam keadaan baik

dan boleh digunakan.
3.4 Pastikan semua pintu keluar dan laluan kecemasan bebas dari

halangan.

5

3.5 Memastikan pintu kecemasan tidak berkunci.
3.6 Menyediakan pelan keselamatan dan ditampal di tempat strategik.
3.7 Mengadakan latihan keselamatan kebakaran.

Puntung Rokok dan Mercun Boleh Menjadi Punca Kebakaran
3.8 Gunakan tong sampah yang tidak mudah terbakar.
3.9 Kertas dan dokumen yang tidak digunakan hendaklah dibungkus

rapi dan dilupuskan dengan segera.

6

Berhati-hati Menggunakan Peralatan Elektrik
3.10 Bahan-bahan mudah terbakar hendaklah dijauhkan dari

peralatan elektrik.
3.11 Sebarang kerosakan peralatan elektrik hendaklah dibaiki segera.
3.12 Pendawaian elektrik perlulah dilakukan oleh mereka yang mahir

sahaja. Elakkan penyambungan dari punca elektrik utama.

Penyambungan Talian Elektrik Yang Berlebihan Sangat Berbahaya
7

3.13 Padamkan semua peralatan elektrik apabila selesai digunakan.
3.14 Sediakan tong sampah berpenutup bagi sampah mudah terbakar.
4. Di Stor
4.1 Kawasan stor mestilah mempunyai laluan kecemasan.
4.2 Bahan kimia hendaklah disusun dengan sempurna.
4.3 Barang-barang dalam stor perlu diasingkan mengikut

pengkelasan bahan.
4.4 Tempatkan alat pemadam api di tempat-tempat yang

bersesuaian dan mudah dilihat.

4.5 Bahan mudah terbakar seperti bahan kimia dan tabung gas
perlu disimpan dan dikawal selia dengan baik.
8

4.6 Simpan bahan cecair mudah terbakar dalam kuantiti yang
minima dan disimpan dalam bekas yang bersesuaian serta
dilabelkan.

4.7 Labelkan bahan-bahan mudah terbakar dan nyatakan amaran
kecemasan.

5. Di Asrama

5.1 Fahami dan patuhi tatacara menyelamatkan diri apabila berlaku
kebakaran.

5.2 Sentiasa prihatin tentang kedudukan alat pemadam api, alat
pecah kaca dan sebagainya.

5.3 Penggunaan lilin, ubat nyamuk, pemanas air, periuk masak nasi,
seterika di dorm asrama perlulah dielakkan.

5.4 Elakkan penyambungan elektrik tanpa kebenaran.

TINDAKAN SEMASA BERLAKU KEBAKARAN

Tindakan awal boleh mengurangkan bencana dan mengurangkan jumlah
kerugian. Semua pihak perlu memahami dan menghayati langkah-langkah
yang perlu diambil semasa kebakaran seperti berikut:

a. Pastikan setiap orang keluar dari kawasan kebakaran ke tempat
yang selamat.

b. Kawal kebakaran dengan menutup pintu untuk mengelak api
merebak.

c. Buat panggilan ke talian bomba dan penyelamat - 994.

d. Pastikan tempat berhimpun tidak menghalang pasukan bomba dan
penyelamat dari menjalankan tugas.

9

e. Cuba padamkan kebakaran jika boleh tetapi lakukannya tanpa
membahayakan diri sendiri dan orang lain.

10

JIKA ANDA TERPERANGKAP DALAM BANGUNAN
Jangan cemas, bertenang dan ikuti langkah-langkah berikut:
a. Menjerit untuk mendapatkan bantuan. Masuk ke dalam bilik yang

selamat, sebaik-baiknya bilik itu berhadapan jalan raya.

b. Tutup pintu, sumbatkan celahan di bawah pintu dengan selimut
untuk menghalang asap masuk ke dalam bilik.

c. Menjerit dan melambaikan tangan dari tingkap atau lain-lain ruang
terbuka untuk menarik perhatian orang ramai.

d. Tiarap dan rendahkan badan supaya anda tidak menghidu asap.
e. Basahkan selimut atau kain dan selubungkan diri anda untuk

mengurangkan bahang panas.

11

f. Tutup hidung dengan kain lembab.
g. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit hubungi bomba dan

penyelamat - 994 dan beritahu nama anda, lokasi kebakaran, apa
yang sedang terbakar dan berapa ramai orang yang terperangkap
(jika tahu).
JIKA PAKAIAN ANDA TERBAKAR
a. Usah cemas dan lari. Berlari akan menyebabkan api semakin marak.
b. Segera rebahkan tubuh anda dan tutup muka dengan tangan.
c. Bergolek beberapa kali untuk memadamkan api.
e. Tutup muka dengan tangan untuk mengelakkan api daripada
membakar muka dan mencegah asap daripada memasuki paru-paru.

Teknik Menggunakan Alat Pemadam Kebakaran

12

TINDAKAN SEMASA KEBAKARAN DI SEKOLAH
a. Sekiranya terlihat kebakaran, terus menjerit ”API....API.....API.....”.
b. Jangan panik. Segera laporkan dan patuhi arahan guru. Bunyikan

sistem amaran kecemasan.
c. Segera hubungi pasukan bomba dan penyelamat.

d. Tutup suis utama.
e. Tutup pintu dan tingkap sekiranya ada kesempatan.
f. Segera tinggalkan bilik darjah apabila terdengar loceng kecemasan.
g. Bergegas ke kawasan yang telah ditetapkan dalam pelan

keselamatan sekolah.
h. Menjerit meminta tolong sekiranya ada rakan yang terperangkap.
i. Ketua kelas memastikan jumlah murid menyamai jumlah kehadiran

pada hari tersebut.
j. Laporkan kepada guru sekiranya bilangan murid tidak mencukupi.
k. Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya mengalami kecederaan.

13

TINDAKAN SELEPAS KEBAKARAN
a. Membuat laporan kejadian kebakaran kepada pihak berkenaan.
b. Bersihkan kawasan kebakaran.
c. Uruskan tuntutan insurans (jika berkenaan).
d. Mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan selanjutnya.
e. Mendapatkan perkhidmatan kaunseling daripada Guru Kaunseling

anda.

Berilah sokongan sesama ahli keluarga supaya lebih tenang dan kuat
menghadapi kehidupan baru selepas sesuatu bencana.

14

KESIMPULAN
Semua pihak seharusnya sentiasa berhati-hati dan memastikan

punca kebakaran dapat dielakkan. Pendidikan awal tentang bahaya
kebakaran hendaklah diterapkan kepada murid-murid sekolah. Ini
bertujuan melahirkan ahli masyarakat yang peka dan sentiasa bersedia
menghadapi bahaya kebakaran.

“Semasa Kecil Menjadi Kawan, Bila Besar Menjadi Lawan”

15

JEREBU

PENDAHULUAN

Jerebu boleh didefinisikan sebagai satu fenomena atmosfera
yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi
kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi pada cuaca yang kering.
Zarah-zarah kecil ini akan berkumpul di paras rendah atmosfera, akan
mengaburi pandangan dan boleh menyebabkan masalah pernafasan.
Jerebu tebal dikenali juga sebagai asbut.

Jerebu berlaku disebabkan pencemaran udara. Ia berpunca
daripada kejadian semulajadi ataupun perbuatan manusia. Punca
semulajadi pencemaran udara adalah seperti habuk tanah, letupan dan
luahan gunung berapi. Pencemaran daripada kenderaan bermotor,
pembakaran bahan api, asap kilang, pembakaran terbuka dan
kebakaran hutan merupakan penyebab jerebu oleh kegiatan manusia.

PUNCA-PUNCA JEREBU
a. Kenderaan Bermotor

i. Pertambahan jumlah kenderaan bermotor.
ii. Penggunaan enjin kenderaan yang tidak mengikut piawai

pelepasan asap.

16

iii. Penggunaan petrol berplumbum.
iv. Penggunaan enjin motosikal dua lejang.

b. Punca Jerebu Dari Stesen Janakuasa
i. Penggunaan arang batu sebagai bahan api.

Arang batu dan diesel merupakan punca jerebu
17

iii. Penggunaan minyak diesel sebagai bahan api.
c. Punca Jerebu Dari Industri

i. Pelepasan bendasing ke udara daripada proses industri melalui
cerobong.

ii. Pelepasan kompoun organik meruap (VOC) daripada kilang
kilang penapis dan stesen minyak.

d. Punca Jerebu Daripada Pembakaran Terbuka
i. Kegiatan pembakaran sampah sarap di tapak-tapak pelupusan.

TAPEPLAUKP-TUASPAANK

BINUDAUNSGTARNI

PEMTBAENRASIHHAN

PSEIRSTAA-SNIISAAN

HAHSUILTAHNUT&AN

ii. Pembakaran buangan industri secara besar-besaran.
iii. Hasil pembersihan tanah dan pembakaran sisa-sisa pertanian

secara terbuka.
iv. Pembakaran hutan tanpa kawalan.

18

JEREBU KEBAKARAN TERBUKA MERBAHAYAKAN ORANG RAMAI

TINDAKAN PERSEDIAAN MENGHADAPI JEREBU
a. Murid Sekolah
i. Dapatkan maklumat jerebu melalui taklimat oleh guru semasa

perhimpunan mingguan sekolah.
ii. Menyertai program ceramah dan taklimat.
iii. Menyimpan topeng perlindungan pernafasan sebagai persediaan.
iv. Elakkan membawa bahan-bahan mudah terbakar ke kawasan

sekolah.
v. Dapatkan laporan kesihatan daripada doktor untuk diserahkan

kepada guru sebagai maklumat awal.
vi. Membaca dan menyampaikan surat edaran atau risalah berhubung

bencana jerebu kepada ibu bapa.

19

vii. Digalakkan ke sekolah dengan berkongsi kereta, bas sekolah atau
kenderaan awam.

viii. Sentiasa mendapatkan maklumat awal dari media massa.

PERANAN ANDA SEBAGAI AHLI MASYARAKAT

a. Orang Awam

i. Menghentikan pembakaran terbuka.
ii. Berkongsi kenderaan.
iii. Sentiasa memeriksa kenderaan persendirian.
iv. Menggunakan minyak tanpa plumbum.
v. Menggunakan Gas Petroleum Cecair (LPG) untuk kenderaan.

b. Pihak Berwajib

i. Memberikan kesedaran dan tanggungjawab kepada semua lapisan
masyarakat.

ii. Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif mendedahkan maklumat
jerebu merentasi kurikulum dan kokurikulum.

iii. Pemeriksaan kenderaan oleh pihak berkuasa yang
bertanggungjawab.

iv. Memastikan setiap kilang mematuhi peraturan dan piawaian oleh
Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar.

c. Pengusaha Industri

i. Mengurangkan penggunaan arang batu dan diesel.
ii. Menggunakan teknologi mesra alam.
iii. Menyelenggara alat dan sistem kawalan pencemaran udara dari

semasa ke semasa.
iv. Melembapkan kawasan yang terdedah bagi mengurangkan

pelepasan habuk.
v. Menghentikan pengeluaran motosikal enjin dua lejang.

20

PEMBAKARAN HUTAN MENJADI PUNCA JEREBU

d. Pengusaha Pembangunan Tanah Dan Pertanian
i Mengamalkan konsep pembakaran sifar.
ii. Mengurangkan tempoh masa di antara kerja pembersihan tumbuhan

dan pemotongan tanah.
iii. Mengurangkan pemotongan tanah yang berlebihan dan amalkan

pembangunan mengikut kontur sedia ada.
iv. Melembapkan jalan bagi mengelakkan pelepasan habuk.

TINDAKAN MURID JIKA BERLAKUNYA JEREBU
1. Mendapatkan maklumat daripada media massa berhubung Indeks

Pencemaran Udara (IPU) yang terkini.

2. Mengurangkan aktiviti di luar bilik darjah.

3. Membawa dan meminum lebih banyak air kosong.

4. Sentiasa memakai topeng penutup hidung (mask).

21

5. Mendapatkan rawatan dan nasihat doktor jika kesihatan terganggu
akibat jerebu.

6. Menutup pintu dan tingkap bilik serta memastikan setiap bilik darjah
memasang kipas angin atau penghawa dingin.

7. Tidak perlu hadir ke sekolah jika Indeks Pencemaran Udara
mencecah 300 IPU (rujuk Pekeliling KPM).

TINDAKAN SEMASA JEREBU

Pelbagai tindakan perlu diambil semasa menghadapi jerebu. Antara
tindakan yang boleh diambil ialah:

a. Tindakan awal.
b. Tindakan seterusnya.

a. Tindakan Awal

1. Mereka yang berisiko tinggi kepada penyakit seperti sesak
nafas, asma, penyakit paru-paru hendaklah mengelakkan semua
aktiviti luar rumah atau tidak berada di kawasan yang
mempunyai Indeks Pencemaran Udara (IPU) tinggi.

2. Utamakan penggunaan kenderaan awam atau berkongsi
kenderaan.

3. Buat aduan kepada pihak Polis, Jabatan Bomba dan
Penyelamat serta pihak berkuasa tempatan yang terdekat jika
terdapat pembakaran sisa pepejal.

4. Laporkan kepada Jabatan Alam Sekitar mengenai pembakaran
terbuka yang dibuat oleh industri dan ladang-ladang.

5. Pemilik kenderaan hendaklah memastikan kenderaan mereka
tidak melepaskan adap hitam dengan mengambil langkah-
langkah yang bersesuaian seperti menyelenggara enjin secara
berjadual.

22

6. Sentiasa melakukan pelembapan tanah yang terdedah dan berdebu
di persekitaran rumah masing-masing untuk mengurangkan keadaan
jerebu.

7. Sentiasa memasang lampu apabila menunggang atau menaiki
kenderaan.

8. Elak memakai pakaian berwarna gelap.
b. Tindakan Seterusnya
1. Minum banyak air untuk membersihkan mulut dan tekak.
2. Membasuh muka dan bahagian-bahagian badan yang terdedah

kepada jerebu.
3. Kurangkan aktiviti luar rumah.
4. Memakai topeng pelindung yang boleh menghalang jerebu

memasuki saluran pernafasan.
5. Mendapatkan nasihat dan rawatan perubatan dari pusat kesihatan

sekiranya terdapat masalah jerebu yang berlarutan.
6. Mematuhi arahan agensi penguatkuasa.

LETUPAN GUNUNG BERAPI BOLEH MENJADI PUNCA BERLAKUNYA JEREBU

23

TINDAKAN SELEPAS JEREBU
1. Mendapatkan rawatan doktor sekiranya terdapat kesan akibat jerebu

seperti radang mata, gangguan hidung dan gangguan sistem
pernafasan.
2. Melakukan aktiviti luar rumah secara sihat.
3. Mendapatkan maklumat terkini bacaan IPU udara secara berterusan.
4. Mengelakkan pembakaran secara terbuka.
5. Menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan utama.
6. Memastikan kenderaan diselenggara mengikut jadual agar tidak
mengeluarkan asap yang berlebihan.
7. Pihak pengusaha industri hendaklah meningkatkan usaha
penyelidikan bagi mengurangkan kuantiti bahan buangan di samping
menggunakan teknologi yang mesra alam.

Bertenang dan bersedia menjadikan anda ‘lebih sihat’ walaupun dilanda jerebu
24

TINDAKAN ANDA BERDASARKAN INDEKS PENCEMARAN UDARA
(IPU)

0-50 51-100 101-150 151-200 201-300 301-500

Baik Sederhana Merbahaya Merbahaya Sangat Darurat
Bagi Bagi Merbahaya

Kumpulan Semua Bagi
Yang Semua

Sensitif

sumber: http://www.epa.gov/iaq. (rajah: 1)

Baik - nilai IPU berada di antara 0 - 50. IPU berada dalam keadaan
memuaskan dan pencemaran udara tidak merbahaya.

Sederhana - nilai IPU berada di antara 51 - 100. IPU masih boleh di
terima, namun boleh menimbulkan masalah bagi murid yang mempunyai
rekod masalah kesihatan yang kronik.

Merbahaya (bagi mereka yang sensitif). Tahap IPU berada di antara
101 - 150. Merbahaya bagi murid murid dan warga sekolah lain yang
mempunyai masalah sakit jantung dan asma.

Merbahaya (bagi semua golongan). Tahap IPU berada di antara 151 -
200. Tahap jarak visual jadi masalah dan mereka yang mempunyai rekod
asma dan sakit jantung perlu diberi perhatian khas.

Sangat Merbahaya Tahap IPU berada di antara 201 - 300. Keadaan
merbahaya untuk semua golongan.

Darurat - Tahap IPU melebihi 300. Amaran kecemasan akan dikeluarkan
oleh pihak berkuasa.

25

TUTiGndAaSkaDnANIKUnPuddEaaeRlrkiatsAi NAKNeTsaAihhNaapDtaAn Tindakan Murid

0-50 Baik Tiada

SEBELUM ◦ Pengawas atau ketua kelas melaporkan
51-100* Sederhana keadaan kesihatan murid-murid yang
bermasalah kesihatan.
Tindakan Indeks Tahap
Kualiti Kesihatan ◦ Murid memakai topeng.
Udara ◦ Membawa air dan minum air kosong.
Merbahaya ◦ Serahkan nombor telefon waris lengkap
101-150 Bagi
kepada guru.
Kumpulan ◦ Memastikan rekod kesihatan dikemaskini
Yang
dan diserahkan kepada guru.
Sensitif ◦ Mendapatkan rawatan atau nasihat

SEMASA Merbahaya doktor jika berlaku gangguan kesihatan.
151-200 Bagi ◦ Mengikut laporan media massa untuk

Semua mendapatkan IPU dari masa ke semasa.
◦ Mengikut arahan guru dari masa ke

semasa.

Tindakan Guru

◦ Elakkan aktiviti luar bilik darjah.
◦ Murid wajib memakai topeng.
◦ Bercuti jika mengalami masalah

kesihatan yang teruk.

◦ Mendapatkan nasihat daripada pihak
Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan
Kesihatan.

◦ Semua murid diwajibkan pakai topeng
dan dinasihat kerap minum air.

◦ Murid yang sedang menghadapi
masalah pernafasan, gatal mata, sakit
kerongkong dan batuk yang berterusan
berjumpa dengan doktor.

◦ Bercuti jika mengalami masalah
kesihatan yang teruk.

26

201-299 Sangat ◦ Murid mengambil langkah kesihatan
Merbahaya yang lebih teliti.
◦ Tidak perlu mengikuti sebarang aktiviti
Bagi luar.
Semua ◦ Murid yang mempunyai masalah kesi-
hatan diberi cuti rehat.
◦ Murid bermasalah kesihatan seperti
pernafasan, pedih mata dan gatal kulit
segera dirujuk kepada doktor.
◦ Kerap membasuh muka dan kulit yang
terdedah kepada jerebu.
◦ Murid segera memaklumkan kepada
guru sekiranya terdapat rakan-rakan
yang mengalami tanda-tanda masalah
kesihatan.

Berdasarkan Surat Pekeliling Kement-
erian Pelajaran Malaysia .......... Sekolah
hendaklah ditutup.

300-500 Darurat Peringatan:
Sentiasa menyemak tahap jerebu dan
peka kepada pengumuman dari pihak
berkuasa setiap masa.

SESUDAH ◦ Pastikan kualiti udaratelah benar-benar bersih.
◦ Mengikuti pengumuman melalui media massa bagi mengetahui

IPU terkini.
◦ Memaklumkan kepada guru seandainya masih tidak dapat hadir

ke sekolah akibat masalah kesihatan yang berterusan.
◦ Sentiasa meneruskan aktiviti membawa dan meminum air

kosong.

KESIMPULAN

Negara kita sering menghadapi jerebu yang serius. Pelbagai langkah
telah diambil oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut.
Menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Justeru itu,
cintailah alam sekitar dan elakkan jerebu.

“Amalkan Cara Hidup Sihat Dan Cintai Alam Semulajadi”

27

BANJIR

PENDAHULUAN
Banjir berlaku apabila terdapat limpahan air pasang yang luar biasa
atau limpahan air yang melampau akibat hujan lebat yang berterusan. Ia
biasanya berlaku di kawasan tanah rendah.
Banjir kilat pula berlaku secara tiba-tiba apabila hujan sangat lebat dalam
jangkamasa yang singkat. Banjir kilat selalunya berlaku secara serta
merta di bandar-bandar yang padat akibat sistem saliran yang kurang
sempurna atau pembangunan yang kurang terancang. Biasanya banjir
kilat berlaku dan berakhir dalam jangka masa singkat. Banjir kilat
mengakibatkan kerosakan besar kerana banjir ini terjadi dengan pantas
dan secara tiba-tiba.

28

Banjir Kilat

TINDAKAN PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
a. Berhati-hati apabila hujan turun dengan lebat dalam tempoh masa

yang lama terutama jika kawasan anda pernah mengalami banjir.

Langkah-langkah persediaan menghadapi banjir
29

b. Mendengar atau mendapatkan maklumat keadaan semasa melalui
media seperti radio, televisyen dan akhbar.

c. Elakkan berada di kawasan rendah semasa hujan lebat.

Lambat bertindak memungkinkan anda terperangkap dalam banjir
30

d. Kenal pasti kawasan dan laluan yang selamat di sekitar sekolah
sekiranya berlaku banjir semasa anda di sekolah.

e. Simpan nombor telefon pihak berkuasa supaya dapat dihubungi
semasa bencana.

f. Ikut arahan pihak sekolah atau berwajib pada setiap masa.

TINDAKAN SEMASA BANJIR
a. Tenang dan patuh pada arahan pihak sekolah atau berwajib dan

bergerak secara selamat. Elakkan diri bermain air banjir.
b. Tutup suis utama elektrik (main switch).
c. Patuhi arahan pihak berkuasa jika diminta untuk pindah ke tempat

yang selamat. Pastikan barang-barang dan dokumen-dokumen
penting tidak hilang atau tercicir.
d. Pakai jaket keselamatan atau bahan-bahan yang boleh dijadikan
pelampung. Pakai alas kaki atau kasut semasa berjalan di dalam air.
e. Periksa keadaan fizikal bagi memastikan tiada kecederaan.
Laporkan masalah kesihatan jika ada.
f. Dapatkan bekalan makanan dan minuman yang bersih dan selamat.
g. Dapatkan pemeriksaan kesihatan serta kawalan penyakit berjangkit.

31

Air masak dan jaket keselamatan boleh membantu kesihatan dan keselamatan semasa banjir

TINDAKAN SELEPAS BANJIR
a. Mendengar arahan selanjutnya daripada pihak sekolah atau pihak

berwajib.

Dengar arahan pihak berwajib
32

b. Dapatkan pemeriksaan kesihatan mental dan fizikal.
c. Lapor dan pastikan peralatan yang rosak diperbaiki.
d. Membantu pihak sekolah dan mana-mana agensi yang terlibat untuk

penyelenggaraan dan pembersihan kawasan sekolah.
e. Elak dari makan makanan yang tidak bermasak.
f. Penyakit berjangkit - penyakit bawaan makanan dan air boleh

berlaku selepas banjir. Jaga kesihatan. Antara penyakit itu
termasuklah:
i. Demam kepialu
ii. Denggi
iii. Taun / Cirit Birit / Kolera
iv. Hepatitis A
g. Dapatkan nasihat dan perkhidmatan kesihatan jika terdapat tanda-
tanda penyakit berjangkit seperti demam, muntah-muntah dan cirit
birit.
h. Dapatkan perkhidmatan kaunseling sekiranya perlu.

KESIMPULAN
Banyak kematian berlaku semasa banjir disebabkan oleh kecuaian
sendiri. Kecuaian menjaga keselamatan diri dan keluarga boleh berakhir
dengan kematian. Berhati-hati ketika banjir kerana “banjir bukan pesta”.

33

TANAH RUNTUH

PENDAHULUAN
Tanah runtuh merupakan bencana alam yang berlaku sama ada secara
semulajadi atau disebabkan oleh kegiatan manusia. Bencana ini telah
mengorbankan banyak nyawa dan kerosakan harta benda. Justeru,
usaha perlu dilakukan bagi mengawal aktiviti yang boleh mengundang
kepada bencana tanah runtuh. Di antara kawasan berisiko yang boleh
menyebabkan berlaku tanah runtuh adalah:-
a. Kawasan yang pernah mengalami tanah runtuh
b. Kawasan cerun atau kawasan saliran air
c. Potongan bukit atau tambakan
d. Lereng bukit yang sedang dibangunkan

34

2 Gambar Di Atas Menunjukkan Kawasan Perumahan Yang Berisiko Berlaku Tanah Runtuh

TANDA-TANDA TANAH RUNTUH
1. Pancuran atau resapan di kawsan tanah
2. Kesan bonggolan atau rekahan tanah
3. Tanah berganjak

35

4. Tapak asas, konkrit, retak atau berjongkit.
5. Retak, rekahan pada dinding, tembok atau tiang.
6. Kerosakan paip air, gas atau pembentung bawah tanah.
7. Tiang telefon elektrik dan pagar menjadi condong.
8. Jajaran barisan pagar berubah.
9. Jalan mendap.
10. Pintu, tingkap sukar ditutup atau dibuka.

36

TINDAKAN SEBELUM KEJADIAN TANAH RUNTUH
1. Menyimpan bekalan harian dalam bentuk “survival kit” (bekalan tiga

hari).
2. Membuat salinan dokumen penting dan menyimpan di tempat yang

selamat.

Dokumen penting hendaklah selalu disimpan di tempat selamat

3. Kenalpasti tempat dan laluan kecemasan.
4. Menyimpan nombor telefon pihak berkuasa.
5. Mendengar ceramah yang berkaitan persediaan menghadapi tanah

runtuh.
6. Menjalani latihan kecemasan scara serius.
7. Melaporkan kepada pihak sekolah terdapat tanda-tanda

kemungkinan terjadi tanah runtuh.
8. Sentiasa bersedia kerana banjir boleh menyebabkan kejadian tanah

runtuh.

37

Bincang Dengan Guru Apa Yang Patut Disimpan Dalam “Survival Kit”

TINDAKAN SEMASA KEJADIAN TANAH RUNTUH

1. Jangan panik dan segera berusaha untuk menyelamatkan diri
dahulu dan orang lain, jika anda mampu.

2. Beri amaran kepada keluarga dan jiran anda.
3. Hubungi segera pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.
4. Berpindah segera apabila keadaan menjadi bahaya atau apabila

diarahkan oleh pihak berkuasa.
5. Jika berada di dalam bangunan, keluar segera dan lari ke tempat

yang lebih selamat. Jika tiada pilihan lain, segera berlindung di
bawah meja.
6. Sekiranya berada di luar bangunan, jauhi dari tempat-tempat aliran
air, lumpur dan batu. Jika tiada pilihan segeralah peluk tubuh anda,
membongkok seperti bola, lindungi kepala, duduk dan bersedia
menunggu bantuan.

Tindakan semasa kejadian
Lari segera dari tempat kejadian boleh

menyelamatkan nyawa anda

38

Ilustrasi Dari Jepun. Apa Yang Kita Boleh Pelajari Dari Kedua-dua
Gambar Di Atas?

39

TINDAKAN SELEPAS KEJADIAN TANAH RUNTUH
1. Jauhi kawasan runtuhan.
2. Periksa keadaan keluarga dan jiran anda.
3. Beri rawatan pertolongan cemas jika ada yang tercedera atau sakit.
4. Beri bantuan kepada jiran dan golongan orang kurang upaya.
5. Dengar pengumuman radio atau televisyen.
6. Periksa dan bersihkan tapak rumah atau sekolah dan persekitaran

anda.
7. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan awam.
8. Dapatkan makanan yang bersih dan selamat.
9. Dapatkan pemeriksaan kesihatan jika perlu.

Laporan dapat membantu pihak berkuasa melakukan tindakan yang betul dan cepat

KESIMPULAN
Kebijaksanaan manusia dalam mengurus ekosistem akan dapat
mengelakkan kemusnahan alam semulajadi.

“ALAM SEKITAR ADALAH WARISAN BUKAN UNTUK DIMUSNAHKAN”

40

GEMPA BUMI

PENDAHULUAN
Negara kita Malaysia beruntung kerana tidak terdedah kepada ancaman
gempa bumi atau gunung berapi. Walau bagaimanapun, kita perlu tahu
mengenai bencana alam ini untuk membantu kita menghadapinya sekira
berlaku.
Gempa bumi berlaku disebabkan pembebasan mengejut tekanan yang
terkumpul dalam batu jauh di bawah permukaan bumi. Tekanan ini
mungkin berpunca daripada pergerakan plat tektonik sepanjang garis
rekahan lantunan glasier yang dikenali sebagai “isostatic”.

41

Perhatikan Arah Anak Panah: Pergerakan Lapisan Bumi Ke Atas Dan Ke Kanan
Menyebabkan Gempa Bumi. Contoh Dari Muzium Gempa Bumi
Di Pulau Awaji, Jepun

3 JENIS PERGERAKAN BUMI YANG BOLEH MENYEBABKAN
KEJADIAN GEMPA BUMI
a Dua Plat Bergerak Ke Arah Bertentangan

42

b. Dua Plat Bergerak Ke Arah Yang Sama
c. Dua Plat Bergerak Secara Melintang

43

Gempa juga terhasil oleh proses alam semulajadi mengejut seperti
letupan gunung berapi dan hentaman meteor.

Gerakan gelombang seismic rendah yang berlaku akibat gempa bumi boleh menghasilkan
Tsunami bila ia menghampiri pantai.

Antara kawasan yang kerap mengalami gempa bumi adalah sekitar
“Cincin Api Pasifik (Pasific Ring Of Fire)”. Lingkaran Cincin Api Pasifik
merupakan sempadan pertembungan antara dua plat tektonik. Negara
Indonesia yang merupakan jiran Malaysia, turut mempunyai beberapa
gunung berapi yang aktif dan kawasan yang berhampiran gunung berapi
sering mengalami gempa bumi.

44

Perhatikan sempadan Plat Tektonik di mana kemungkinan berlaku pergerakan. Bumi yang
menghasilkan gempa bumi.

KESAN-KESAN GEMPA BUMI BERDASARKAN SKALA RITCHER

Ukuran gempa bumi - Skala Ritcher. Bincang dengan guru, siapakah “Ritcher” dan apa
kaitan beliau dengan gempa bumi?

45


Click to View FlipBook Version