TANDA-TANDA GEMPA BUMI - MITOS
a. Semua haiwan keluar dari habitatnya.
b. Tangkapan ikan di laut sangat lumayan.
c. Hilang bunyi kicauan burung-burung.
d. Haiwan-haiwan dalam keadaan resah gelisah.
46
TINDAKAN SEBELUM GEMPA BUMI
1. Menyimpan bekalan harian dalam bentuk “survival kit” (bekalan tiga
hari).
2. Membuat salinan dokumen penting dan disimpan di tempat yang
selamat.
3. Mengetahui lokasi pintu, lift dan tangga keselamatan.
4. Latih menggunakan Alat Pemadam Api.
5. Perabot diatur rapat pada dinding dan dipasak untuk mengelakkan
dari rebah.
6. Periksa kestabilan bumbung dan dinding.
7. Letak benda yang berat di bahagian bawah.
8. Pastikan kestabilan benda atau barang yang tergantung tidak mudah
jatuh.
9. Menyimpan bahan-bahan mudah terbakar di tempat yang selamat.
10. Mengetahui cara memutuskan sambungan air, gas atau elektrik.
11. Menyimpan “Serkup Keselamatan” di tempat yang mudah diperolehi.
12. Mendengar ceramah dan menjalani latihan berkaitan dengan
bencana ini.
Guru Menunjukkan Cara Memakai “Serkup Keselamatan” Kepada Murid-Murid. Contoh
Aktiviti Latihan Keselamatan
47
Murid-Murid Duduk Serta Membongkok Untuk Melindungi Kepala
TINDAKAN SEMASA GEMPA BUMI
1. Bertenang.
2. Berlindung di bawah meja atau di bawah alang (konkrit).
48
3. Jauhi dari tingkap, pintu, rak-rak perhiasan atau apa sahaja yang
boleh mencederakan seperti lampu, perabot dan peralatan lain.
4. Jika berada di luar bangunan, jauhi bangunan-bangunan dan kabel
elektrik yang tergantung.
5. Terus berada di tempat lapang sehingga gegaran berhenti.
6. Jika berada dalam kenderaan perlu berhenti segera dan diam di
dalam kereta. Elakkan daripada berhenti di bawah pokok, bangunan,
jambatan, jejantas dan kabel elektrik yang tergantung.
7. Jangan gunakan lilin, mancis atau sebarang bahan bakar kerana
mungkin terdapat kebocoran saluran gas.
Bila terperangkap dalam gempa bumi, tenangkan fikiran dan sentiasa berada di tempat
yang boleh berlindung
49
TINDAKAN SELEPAS GEMPA BUMI
1. Hubungi Pihak Berkuasa. Beredar secara teratur atau tertib. Dengan
arahan selanjutnya daripada pihak berkuasa.
2. Jangan menyentuh sebarang wayar elektrik yang rosak.
3. Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku.
4. Beri bantuan kepada mereka yang cedera.
5. Dapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya terdapat sebarang
masalah kesihatan.
6. Bantu pihak berkuasa untuk membersihkan kawasan.
GARIS PANDUAN JIKA TERPERANGKAP DI BAWAH TIMBUNAN
RUNTUHAN
1. Duduk diam dan lindungi diri daripada objek-objek yang mungkin
jatuh dengan menggunakan baju, selimut, surat khabar dan lain-lain.
2. Bersandarlah pada tembok yang tidak bertingkap kaca atau yang
mempunyai rak di atas.
3. Jika boleh merangkaklah ke bawah meja atau katil kerana ia
memberi anda ruang udara untuk bernafas.
4. Jika anda sudah berada di tempat yang selamat, jangan ke mana-
mana.
5. Gunakan lampu suluh dan alatan lain yang mengeluarkan bunyi
untuk menarik perhatian. Jangan hidupkan suis lampu, mancis dan
api jika ada kebocoran gas.
50
6. Jika anda terhimpit di bawah runtuhan, cuba gerakkan jari jemari
tangan dan kaki.
7. Kekalkan semangat tinggi dengan memikirkan orang yang anda
kasihi.
8. Bertenang, berwaspada dan sahut jika anda mendengar panggilan
para penyelamat. Usah teriak tanpa sebab kerana ini akan
melemahkan diri anda.
9. Jika anda lapar, pastikan makanan itu selamat kerana mungkin
terdapat serpihan kaca atau benda-benda lain di dalamnya.
10. Berjimat untuk memastikan anda tidak kehabisan bekalan makanan.
KESIMPULAN
Gempa bumi jarang membunuh, tetapi yang membunuh adalah runtuhan
bangunan akibat gegaran.
51
BENCANA TSUNAMI
Kesan kejadian berlakunya tsunami di Acheh, Indonesia
PENDAHULUAN
Tarikh 26 Disember 2004 merupakan hari yang tidak mudah pudar
daripada memori masyarakat antarabangsa dengan kejadian Tsunami.
Ia terjadi hasil gegaran gempa bumi dengan kekuatan 8.9 skala Ritcher
yang berlaku di dasar lautan utara Sumatera. Kejadian ombak besar ini
telah mengorbankan 250, 000 nyawa di negara-negara Asia Selatan,
Asia Tenggara dan Afrika. Di negara kita Malaysia, seramai 63 orang
terkorban dalam bencana ini.
Kesan kejadian tsunami di
Kota Kuala Muda, Kedah
52
APA ITU TSUNAMI
Tsunami berasal daripada perkataan Jepun, ‘Tsu’ bermaksud pelabuhan
manakala ‘nami’ bermaksud ombak besar. Jadi Tsunami bermaksud
ombak besar yang biasanya berlaku di pelabuhan. Tsunami berpunca
daripada gangguan fizikal dalam lautan seperti gempa bumi, pergerakan
tanah atau letusan gunung berapi. Ia datang dalam bentuk ombak besar
dan berupaya memusnahkan segala yang berada dalam lintasannya.
Tsunami dianggarkan boleh mencapai ketinggian antara 10 hingga 30
meter.
Punca Tsunami
Punca utama berlakunya gelombang tsunami adalah disebabkan oleh
pergerakan muka bumi di dasar laut akibat daripada gempa bumi.
Gempa bumi berlaku pada ozon terbenam “subduction zones” di mana
kepingan kerak bumi atau “lithosphere” yang dikenali sebagai plat tetonik
bertembung sesama sendiri menyebabkan satu daripadanya tergelincir
di bawah yang satu lagi.
53
Lakaran Pergerakan Bumi Di Dasar Laut
Gempa bumi yang berlaku di dasar laut menyebabkan gelombang
seismik yang kebiasaannya berfrekuensi rendah dan bergerak pada
kelajuan sehingga 500 kilometer sejam di dalam laut. Gelombang ini
sangat rendah hingga tidak dapat dirasai oleh kapal yang berada di
permukaan air ketika itu. Apabila gelombang itu sampai ke kawasan
cetek, tenaga yang amat besar memaksanya meninggi dan menjadi
ombak yang besar sehingga mencecah ketinggian 30 meter.
Keadaan ombak tsunami bila merapati pantai
54
Ombak besar ini boleh menyebabkan kehilangan banyak nyawa manusia
dan kemusnahan harta benda yang teruk. Kesan yang dianggap paling
ketara ialah perubahan bentuk muka bumi dan beberapa pulau hilang
dari peta dunia seperti kejadian Tsunami 2004. Contohnya kawasan
pantai Acheh telah menjadi lebih kecil berbanding sebelum berlaku
tsunami.
TINDAKAN SEBELUM TSUNAMI
1. Ikuti latihan menghadapi bencana tsunami di sekolah mengikut
kekerapan yang ditentukan oleh pihak sekolah.
2. Bersungguh-sungguh dalam latihan berkenaan untuk meningkatkan
kesedaran dan peringatan kepada semua murid supaya selalu
bersedia apabila menghadapi sesuatu bencana.
3. Ikuti prosedur latihan supaya ia menjadi satu amalan yang
sistematik.
Gambar Latihan Simulasi Menghadapi Bencana Tsunami Di Sekolah Jepun
55
4. Ikuti program ceramah berkaitan Tsunami dan lawati pameran
bencana Tsunami yang dianjurkan oleh sekolah bagi meningkatkan
pengetahuan dan kesedaran warga sekolah.
5. Tahu kegunaan dan fungsi pelan kecemasan yang ditampal di dalam
kelas dan lain-lain tempat tertentu di sekolah.
6. Kemaskini alamat rumah dan nombor telefon yang tepat supaya
pihak sekolah mudah menghubungi waris ketika atau selepas
bencana berlaku.
Mitos tanda-tanda akan berlaku Tsunami adalah seperti:
a. Haiwan keluar daripada habitat.
b. Tangkapan ikan di laut sangat lumayan.
c. Haiwan-haiwan lari ke darat.
56
Tanda-tanda berlakunya Tsunami:
a. Berlakunya kejadian gempa bumi yang kuat.
b. Air surut ke tengah laut dalam masa yang singkat secara tiba-tiba.
c. Suasana menjadi tiba-tiba sunyi di kawasan pantai, diikuti dengan
deruan air yang amat kuat dan dahsyat.
TINDAKAN SEMASA TSUNAMI
Gambar: Pergerakan ombak besar semasa bencana tsunami
1. Peka kepada amaran kecemasan melalui bunyi siren atau hebahan
pembesar suara.
2. Patuhi arahan guru kelas supaya berkumpul dan berbaris di dalam
kelas.
3. Tinggalkan semua barang di dalam kelas dan segera ikut arahan
guru supaya bergerak keluar dari kelas.
4. Pastikan anda dan rakan-rakan sentiasa berada di dalam barisan.
57
5. Ikut arahan guru supaya bergerak ke laluan mengikut plan
kecemasan ke tingkat atas bangunan sekolah atau tempat yang
dikenalpasti selamat.
6. Bantu rakan yang kurang upaya.
7. Berada dalam kumpulan masing-masing bagi memudahkan guru
memastikan jumlah murid sama dengan senarai kehadiran.
8. Murid-murid yang berada di luar kawasan sekolah hendaklah peka
dengan bunyi siren kecemasan dan jauhkan diri dari pantai.
TINDAKAN SELEPAS TSUNAMI
1. Murid mesti mengikut arahan pihak pengurusan sekolah untuk
mendaftarkan diri dan memberi maklumat berkaitan diri serta
keluarga.
2. Murid juga perlu bertemu dengan pengurusan sekolah untuk
mendapatkan bantuan.
58
3. Melaporkan kepada guru atau petugas jika ada sebarang masalah
kesihatan. Dapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dengan
sempurna.
4. Murid harus mendapat bantuan kaunselor sekolah.
5. Murid hendaklah sentiasa mengikuti hebahan dari media tentang
tarikh sekolah dibuka semula.
6. Bekerjasama membersihkan bilik darjah dan kawasan persekitaran
sekolah.
7. Laporkan kerosakan atau kehilangan buku teks.
8. Selalu berada bersama keluarga dan masyarakat supaya sistem
sokongan dan moral lebih mantap dan dapat membantu kekuatan
psikologi murid.
9. Hendaklah sentiasa bersyukur dengan keselamatan diri dan
keluarga serta berazam untuk membina kehidupan baru.
59
KESIMPULAN
Kejadian Tsunami merupakan bencana yang boleh menyebabkan
kematian dan kemusnahan besar. Persediaan awal menghadapi
Tsunami dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda,
keluarga serta berazam untuk membina kehidupan baru.
60
RAWATAN & PEMULIHAN
Rawatan segera boleh menyelamatkan nyawa.
a. Rawatan Luka Kecil
1. Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih.
2. Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang
dibasahkan dengan air dan sabun atau antiseptik.
3. Balut dengan kain bersih atau pembalut.
b. Mengawal Pendarahan
1. Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan
tekan dengan jari atau tangan.
2. Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih.
61
3. Jika terdapat objek asing seperti paku atau kaca, jangan tekan pada
luka. Balut luka sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan
rawatan lanjut.
4. Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan melebihi paras jantung
untuk mengurangkan tekanan.
5. Sekiranya luka itu besar dan pendarahan banyak, dapatkan rawatan
lanjut.
Gunakan tekanan langsung untuk menghentikan pendarahan yang mengalir deras
di setiap bahagian tubuh
c. Kecederaan Tulang - Rawatan Patah
62
1. Jangan gerakkan bahagian patah.
2. Rawat dan hentikan pendarahan luka jika ada.
3. Jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang terkeluar.
4. Buat tuapan dengan mengikat kayu arau kertas tebal, surat khabar
dan sebagainya di atas dan bawah sendi tulang yang patah.
5. Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak
cedera.
6. Dapatkan rawatan lanjut.
Usah gerakkan bahagian yang cedera; balut bahagian sendi di atas dan bawah
d. Bahagian Yang Cedera
1. Baringkan mangsa dan tinggikan kaki dengan alas bantal, buku dan
sebagainya.
2. Longgarkan pakaian yang ketat.
3. Pastikan udara bersih mencukupi.
4. Periksa kecederaan lain jika ada.
5. Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih.
63
e. Rawatan Luka Kebakaran dan Melecur
Luka kebakaran dan melecur adalah kecederaan pada tisu yang
disebabkan oleh kepanasan api, bahan-bahan kimia atau pancaran
radiasi.
1. Kurangkan rasa kepanasan, kesakitan dan bengkak-bengkak
dengan meletakkan bahagian yang terbakar di bawah aliran air sejuk
atau celupkan ke dalam air sejuk sekurang-kurangnya selama 10
minit.
2. Tanggalkan cincin, jam tangan dan tali pinggang atau pakaian yang
mencerut dari bahagian yang cedera sebelum ia membengkak
dengan berhati-hati.
3. Tutup bahagian yang cedera dengan kain yang bersih, jika boleh
kain yang bebas dari kuman dan tidak berbulu.
4. Muka yang luka terbakar boleh ditutup dengan kain kasa yang
dilubangkan untuk membolehkan pesakit bernafas.
5. Jangan sentuh bahagian kulit yang melecur atau menanggalkan
benda-benda yang melekat pada bahagian yang luka.
64
6. Jangan gunakan losyen, minyak urut atau sebagainya pada
bahagian yang luka.
f. Rawatan Pengsan
1. Baringkan mangsa dan tinggikan kaki dengan alas bantal, buku dan
sebagainya.
2. Longgarkan pakaian yang ketat.
3. Pastikan udara bersih mencukupi.
4. Periksa lain-lain kecederaan jika ada.
5. Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih.
65
g. Pemulihan Pernafasan Jantung (CPR)
Baringkan mangsa secara terlentang
1. Tentukan keadaan mangsa. Gerakkan tubuhnya perlahan-lahan dan
tanya keadaannya.
i. Dapatkan bantuan dengan menjerit untuk pertolongan dan
hubungi ambulan.
ii. Baringkan mangsa secara terlentang di atas permukaan yang
rata dan keras. Pada masa yang sama, gerakkan kepala dan
badan serentak.
2. Buka mulutnya dengan mendongakkan kepala dengan mengangkat
dagu ke atas.
3. Dongakkan kepala untuk membuka laluan udara. Keluarkan benda-
benda di dalam mulut dan kerongkong jika ada.
Periksa sama ada mangsa bernafas
66
4. Letakkan muka anda dekat mulut mangsa dan perhatikan dadanya;
lihat, dengar dan rasa selama 10 saat kalau-kalau ada tanda
pernafasan.
5. Sekiranya tiada tanda pernafasan, lakukan cara pemulihan
pernafasan dari mulut ke mulut.
i. Pastikan laluan udara terbuka. Picit hidungnya dan hembuskan
nafas dua kali ke dalam paru-parunya. Dada mangsa harus naik
dengan setiap hembusan nafas.
Lakukan cara pemulihan pernafasan dari mulut ke mulut
6. Selanjutnya, periksa denyutan nadi di bahagian kawasan bawah
leher selama 10 saat.
i. Jika ada denyutan, lakukan hembusan nafas mulut ke mulut
pada kadar 12 kali seminit sehingga mangsa bernafas.
ii. Jika tiada denyutan, mulakan pemulihan pernafasan jantung
dengan segera mengikut langkah-langkah seterusnya;
67
Tekan telapak tangan anda di bahagian bawah tulang dada; elakkan jari daripada menekan
tulang rusuk
7. Sekiranya tiada denyutan nadi, lakukan tekanan dada dari luar
seperti berikut:
i. Tekan dengan telapak tangan anda di bahagian bawah tulang
dada, elakkan jari daripada menekan tulang rusuk. Letakkan
tangan yang satu lagi di atas tangan ini.
ii. Luruskan tangan anda dan tekan ke bawah sedalam 4 hingga 5
sentimeter dan kemudian lepaskan.
8. Dongakkan kepala untuk membuka laluan udara. Picit hidung
mangsa dan berikan 2 hembusan nafas mulut ke mulut.
9. Teruskan dengan melakukan 15 tekanan diikuti dengan 2 hembusan
nafas penuh dan periksa jika ada denyutan nadi selepas minit
pertama dan selepas 5 minit kemudian.
68
Pastikan lengan anda lurus tegak semasa lakukan tekanan anda
Hentikan tekanan dengan segera apabila nadinya mula berdenyut dan periksa jika mangsa
mula bernafas
10. Sejurus nadinya pulih, hentikan tekanan segera dan periksa jika
mangsa mula bernafas. Sekiranya masih tiada pernafasan, ikuti
dengan pemulihan CPR mulut ke mulut sehingga pernafasannya
pulih kembali.
Perhatian : Untuk cekap dalam CPR, seseorang harus mengikuti
latihan CPR untuk mempelajari teknik dan prosedur yang betul
69
AL-FATIHAH
Didoakan agar arwah semua mangsa Tsunami di Kuala Kedah, Pulau
Pinang, Acheh dan lain-lain pada kejadian Tsunami 26 Disember 2004
berada di dalam keampunan Ilahi. Malapetaka yang dialami telah
mencetuskan idea untuk penulisan buku ini.
Mudah-mudahan, tiada lagi bencana sehebat Tsunami 2004 berlaku lagi.
Dan jika sedah ketentuan Tuhan, kami berharap semua murid khasnya,
akan lebih bersedia menghadapinya. Jadikanlah buku ini sebagai
panduan untuk keselamatan diri dan keluarga.
“SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN”
“SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK
BERGUNA LAGI”
70
SENARAI PENULIS DAN PELUKIS
PANEL PENASIHAT
1. DR NORSYIRIN BT MD. MOKHTAR UNICEF
2. DR RODZIAH BT ABDULLAH BAHAGIAN SEKOLAH, KPM
3. RAJA MAZLAN RAJA SHAHDAN BAHAGIAN SEKOLAH, KPM
4. HAJI SHAHIDIN MOHD SHAH BAHAGIAN SEKOLAH, KPM
5. AHMAD KAMAL ARIFFIN BAHAGIAN SEKOLAH, KPM
PENULIS
1. MOHD MULUB B MOHD YUSOF JPN NEGERI SEMBILAN
2. ZUBIR BIN MOHAMAD JPN JOHOR
3. ROZMAN BIN MOHAMAD JPN JOHOR
4. ARJIMI B HJ DAHLAN JPN PERAK
5. ROSNAH BT ABDULLAH JPN WP KUALA LUMPUR
6. MOHD IMAN BIN JADI JPN WP KUALA LUMPUR
7. HAJI AHMAD BIN MUDA JPN TERENGGANU
8. HAJI FAUZI HAJI SAAD JPN KEDAH
9. MOHD FIZER MOHD ALI JPN PAHANG
10. KHAIRUDIN BIN MOHD AMIN JPN SELANGOR
11. NARDIN BIN HASHIM JPN PERLIS
12. HAJI ISHAK BIN HAMLI JPN PULAU PINANG
13. WAN AHMAD AZMI BIN HUSAIN JPN KELANTAN
14. LUKAS TAISIM JPN SARAWAK
15. AWANG BIN MAD SAID JPN SABAH
16. NORMADIAH BT YUSOFF JPN WP LABUAN
17. EN HUSIN B HJ CHEK JPN MELAKA
18. SAFIE BT IBRAHIM JPN MELAKA
19. HAJI SHAHIDIN MOHD SHAH JPN MELAKA
20. CHONG CHOI LING JPN SARAWAK
PELUKIS KARIKATUR SEKOLAH
BIL NAMA SMK KOMPLEKS GONG BADAK,
1 HASMANI BT HAMZAH
2 NORA WAHIDA BT MAT ISAR KUALA TERENGGANU
3 ILI FARHANA BT NAZIRAH
4 IVON VOON YEE FUN SMK CONVENT IPOH, PERAK
5 ROSELIN LYE SHU MEI
71
BIL NAMA SEKOLAH
SMK AGAMA PAHANG,
6 MOHD AMIRUDDIN BIN AHMAD
MUADZAM SHAH
7 MUHD FAIZ BIN MUHAMMAD
FADILAH SMK SULTAN YUSSUF,
BATU GAJAH, PERAK
8 MOHD NASRUL IZZAT B
MUSTAFA SMK AMINUDDIN BAKI, K.L
9 MOHD FAIZAL AL HAKIMI BIN SMK SENAI, KULAI, JOHOR
MOHD HANAFI
10 NURKHAIDAH BT RAHIM
11 NURZULAIKA BT MUSTAFA
12 NURUL HIDAYAH BT JAEDIN
13 NORHAYATI BT ABD HALIM
14 LOI BI LIN
15 MOHD FAREZ BIN AB WAHID
16 LUQMAN HAKIM B RADZUAN
URUSETIA
1. SHAHAREZAN BIN MAHMOOD BAHAGIAN SEKOLAH, KPM2
TERIMA KASIH DI ATAS NASIHAT DAN RUJUKAN
1. PASUKAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
2. BAHAGIAN KESELAMATAN NEGARA
3. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
4. PASUKAN SMART MALAYSIA
5. PASUKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
6. ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
7. MUZIUM GEMPA BUMI, PULAU AWAJI, JEPUN
8. XX, AUSTRALIA
9. PENDUDUK KAMPUNG KUALA KEDAH
10. GURU DAN MURID SK KUALA KEDAH
72
LAMPIRAN
HASIL KERJA MURID
MELALUI PERTANDINGAN KARIKATUR
SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH
SELURUH NEGARA
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91