Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
4. Fasa IV (2011 – 2020)
2011 BNM melancarkan Pelan Sektor Kewangan 2011-2020.
AIA AFG Takaful, ING PUBLIC Takaful Ehsan dan AmMetLife
Takaful memulakan operasi.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia Act 2011 digazetkan.
2012 Penguatkuasaan Rangka Kerja Operasi Takaful dan semak semula
Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah.
2013 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang baru digubal.
Penggabungan AIA AFG Takaful Bhd dan ING PUBLIC Takaful
Ehsan Bhd (dulu dikenali sebagai AIA PUBLIC Takaful Bhd.)
2014 Penguatkuasaan Modal Berasaskan Risiko Takaful.
2015 Proses Penilaian Kecukupan Modal Dalaman (ICAAP) untuk
Pengendali Takaful.
Aktuari yang dilantik dan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST).
2016 Laporan Kewangan Laporan & Operasi Skim Ombudsman
Kewangan diperkenalkan
2017 Rangka Kerja LIFE & Fasa Liberalisasi Motor dan Tarif Kebakaran
diperkenalkan.
2018 Penukaran kepada perniagaan Takaful tunggal.
51
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
A6.2 PERUNDANGAN, RANGKA KERJA PENGAWALSELIAAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA DI
MALAYSIA
6.2.1 Peranan Bank Negara Malaysia (BNM)
Bank Negara Malaysia (BNM) ditubuhkan pada 26 Januari 1959 di bawah Akta Bank Negara
Malaysia 1958. Tujuan utamanya ialah mengeluarkan mata wang, bertindak sebagai jurubank dan
penasihat kepada Kerajaan Malaysia dan mengawal selia institusi kewangan negara, sistem kredit
dan dasar kewangan.
Akta Bank Negara Malaysia 1958 telah digantikan denan Akta Bank Negara Malaysia 2009 (CBA),
yang mula berkuatkuasa pada 25 November 2009.
Akta ini menyediakan mandat yang lebih jelas untuk mempromosikan kestabilan kewangan dan
kewangan, dan menjalankan pengawasan terhadap sistem pembayaran.
Sistem kewangan Islam di Malaysia diberi pengiktirafan sewajarnya oleh akta ini melalui
peruntukan asas undang-undang untuk pembangunannya dalam sistem kewangan Malaysia
secara keseluruhan.
Di bawah bidang kuasa ini, BNM akan menyelia Pengendali Takaful, Pengendali Takaful Semula
serta Pengendali Takaful antarabangsa.
Objektif Pengawalseliaan
BNM berperanan sebagai penyelia untuk mencapai objektif-objektif berikut:
1. Memelihara kestabilan industri Takaful;
2. Memupuk keyakinan orang ramai terhadap industri Takaful;
3. Menggalakkan piawaian tadbir urus yang kuat dalam pengurusan Pengendali Takaful;
4. Memastikan pengguna dimaklumkan dengan baik dalam membuat keputusan;
5. Mengintegrasikan pengawasan merentasi sempadan dan sektor.
6.1.3 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
Akta ini telah diluluskan oleh Parlimen pada 30 Jun 2013, menggantikan Akta Takaful 1984 dan
Akta Perbankan Islam 1983.
Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013 adalah untuk menyediakan
rejim pengawalseliaan dan undang-undang yang kukuh untuk memenuhi cabaran dan
perkembangan industri kewangan Islam yang semakin canggih, bersifat serantau dan
antarabangsa.
52
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
Objektif-objektif utama Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 adalah :
1. Menggalakkan kestabilan kewangan;
2. Memperkukuhkan pematuhan kepada Sharī'ah; dan
3. Memperkukuhkan rangka kerja pengawalseliaan bagi institusi kewangan Islam.
Hukuman penalti dan penjara ke atas mereka yang bersalah melanggar Akta ini dikenakan had
yang lebih tinggi. Ini adalah untuk mengelakkan ketidakpatuhan oleh pihak-pihak yang
berkepentingan dan memberikan perhatian serius terhadap mereka yang terlibat dalam industri
ini.
6.2.3 Rangka Kerja Tadbir Urus Sharī’ah
Rangka Tadbir Urus Sharīah telah diperkenalkan oleh BNM pada tahun 2010 dengan objektif
berikut:
1. menggariskan pengharapan ke atas sesebuah institusi kewangan Islam berhubung dengan
struktur, proses dan pengaturan tadbir urus Sharīah dengan matlamat untuk memastikan
semua operasi dan aktiviti perniagaannya sentiasa selaras dengan prinsip Sharīah;
2. menyediakan panduan menyeluruh kepada lembaga pengarah, jawatankuasa Sharīah dan
pihak pengurusan institusi kewangan Islam dalam melaksanakan tanggungjawabnya
berkaitan hal ehwal Sharīah; dan
3. memastikan pematuhan Sharīah yang betul menerusi fungsi penilaian Sharīah dan fungsi
audit Sharīah yang berkesan.
Rangka kerja tersebut telah menggariskan struktur model peranan, fungsi dan laporan hubungan
orang-orang utama dalam rangka kerja tadbir urus Sharī’ah Institusi Kewangan Islam bagi
memastikan bahawa laporan mengenai urusan Sharī'ah dilaksanakan secara efektif dan tepat
pada masanya.
Rangka kerja tadbir urus Sharī'ah menggambarkan keberkesanan dan tanggugjawab lembaga dan
pengurusan, sebuah Jawatankuasa Sharī'ah bebas yang cekap dan bertanggungjawab, disokong
oleh kapasiti penyelidikan dalaman Sharī'ah yang kuat, dan dipantau melalui pemeriksaan aktif
oleh penilaian Sharī'ah, audit Sharī'ah dan pengurusan risiko Sharī'ah.
Bagi Institusi Kewangan Islam, mekanisma pengawasan biasanya dilakukan oleh jabatan Sharī'ah
mereka.
6.2.4 Rangka Kerja Operasi Takaful
Rangka Kerja Operasi Takaful dikeluarkan oleh BNM pada bulan Disember 2010 dan berkuat kuasa
mulai 1 Januari 2012.
Pengeluaran Rangka Kerja Operasi Takaful adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk
53
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
menggalakkan pertumbuhan perniagaan Takaful yang teratur. Ia menggariskan parameter dalam
mengawal proses operasi Pengendali Takaful. Ia juga menggariskan pelbagai peraturan dan
keperluan bagi Pengendali Takaful tanpa menghadkan Pengendali Takaful daripada menggunakan
mana-mana kontrak tertentu untuk operasi mereka.
Antara objektif Rangka Kerja Operasi Takaful ialah:
1. untuk meningkatkan kecekapan operasi perniagaan Takaful;
2. membina dana Takaful yang sihat yang mampan;
3. melindungi kepentingan peserta; dan
4. mempromosikan keseragaman dalam amalan perniagaan Takaful.
Rangkuman Rangka Kerja Operasi Takaful termasuk proses operasi yang berkaitan dengan Dana
Takaful dan Dana Pemegang Saham, ia juga termasuk keperluan berkaitan dengan penubuhan
dana, pengurusan operasi Takaful, pengurusan kos operasi dan pendapatan Pengendali Takaful,
pengurusan aset, liabiliti dan lebihan, dan pembetulan defisiensi dana Takaful.
6.2.5 Rangka Kerja Insurans Hayat dan Takaful Keluarga
Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Rangka Kerja Insurans Hayat dan Takaful Keluarga pada
23 November 2015 yang menetapkan pelan perancangan untuk menyokong pembangunan jangka
panjang insurans hayat dan industri Takaful Keluarga.
Objektif utama rangka kerja ini adalah untuk meliberalisasikan pasaran insurans dan Takaful untuk
memberi manfaat kepada pengguna.
Rangka kerja ini bertujuan untuk :
1. Menggalakkan inovasi dan pasaran yang lebih kompetitif
Meningkatkan cadangan nilai produk dan perkhidmatan untuk melindungi daripada keadaan
yang tidak dijangka. Contohnya, industri mesti memperkenalkan produk perlindungan tulen
bebas komisen berkaitan dengan perlindungan jangka, penyakit kritikal dan perubatan. Ini
akan membawa kepada kos yang lebih rendah untuk pengguna.
2. Menggalakkan tahap profesionalisma yang lebih tinggi
Memperkukuhkan ketelusan, profesionalisma dan amalan pasaran dengan memperkenalkan
kad skor seimbang (balanced scorecard) untuk perantara. Pada masa ini, imbuhan perantara
adalah berdasarkan jualan mereka. Dengan adanya kad skor, imbuhan akan mengambil kira
faktor bukan sahaja jualan tetapi mengambil kira faktor seperti kesesuaian nasihat, kualiti
perkhidmatan dan kelakuan etika yang tinggi dan tingkah laku profesional.
54
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
3. Meningkatkan ketelusan dalam produk dan perkhidmatan Takaful
Meningkatkan pendedahan produk dalam ilustrasi jualan/manfaat. Juga meningkatkan akses
kepada lebih banyak produk dan mempelbagaikan saluran pengagihan terutamanya saluran
langsung (jualan langsung ke premis pejabat/cawangan atau melalui laman sesawang).
6.2.6 Rangka Kerja Kad Skor Seimbang (Balanced Score Card Framework)
Kad Skor Seimbang untuk pengantara Insurans Hayat dan Takaful Keluarga dikeluarkan pada
Disember 2017 diperkenalkan sebagai alat untuk meneruskan layanan yang adil kepada pengguna.
Tarikh-tarikh kuatkuasa untuk pelaksanaan Rangka Kerja Kad Skor Seimbang adalah seperti di
bawah :
Garis Masa Pemansuhan had komisen untuk produk perlindungan bertempoh tulen
Berkuatkuasa yang ditawarkan melalui semua pengantara, tertakluk kepada mematuhi
Bedrakruia1tkJuaansa keperluan khusus untuk produk perlindungan bertempoh tulen yang
ditawarkan melalui saluran pengagihan langsung.
da2ri0118Jan
set2e0ru1s8nya Pelaksanaan Rangka kerja Kad Skor Seimbang untuk ejen, penasihat
kewangan dan broker.
Berkuatkuasa Pemansuhan had komisen untuk perlindungan penyakit kritikal tulen dan
dari 1 Julai produk perubatan dan kesihatan tulen yang ditawarkan melalui semua
2018 pengantara, tertakluk kepada mematuhi keperluan khusus untuk produk
perlindungan penyakit kritikal tulen dan produk perlindungan perubatan
dan kesihatan tulen yang ditawarkan melalui saluran pengagihan
langsung.
Pelaksanaan Rangka Kerja Kad Skor Seimbang bagi orang yang berlesen :
1) akan mengikuti Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di dalam Rangka Kerja Kad Skor Seimbang:
a. bilangan sijil yang dipasarkan atau sumbangan tahunan tahun pertama;
b. borang penyelesaian Borang Fakta Pelanggan (CFF);
c. kadar konsistensi;
d. bilangan aduan yang berasas; dan
e. Jam kredit Pembangunan Profesional Berterusan (CPD).
2) akan mengukur peratusan tertentu komisen dibayar kepada perantara terhadap Petunjuk
Prestasi Utama (KPI) Rangka Kerja Kad Skor Seimbang.
55
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
6.2.7 Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di
bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 (Malaysia Deposit Insurance Corporation)
untuk mentadbir sistem insurans deposit kebangsaan bertujuan melindungi pendeposit di bank-
bank perdagangan dan perbankan Islam.
Mandat PIDM dengan matlamatnya adalah untuk:
a) Mentadbir sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans;
b) Menyediakan perlindungan terhadap kehilangan deposit dalam bank ahli dan menyediakan
perlindungan terhadap kehilangan manfaat takaful dan insurans bagi ahli penginsurans;
c) Menyediakan insentif bagi pengurusan risiko wajar dalam sistem kewangan; dan
d) Menggalak atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.
Akta berkenaan kemudiannya diperluaskan oleh Parlimen untuk mentadbir Sistem Perlindungan
Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) yang berkuatkuasa mulai 31 Disember 2010.
TIPS adalah sistem yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk melindungi pemilik sijil Takaful dan polisi
insurans daripada kehilangan manfaat Takaful atau insurans mereka yang layak sekiranya ahli
penginsurans gagal dan tidak dapat memberi manfaat Takaful atau insurans. Manfaat Takaful yang
dilindungi di bawah TIPS dan had berkaitan dinyatakan dalam jadual di bawah.
Manfaat Dilindungi Had Perlindungan Maksimum (Pelan
Individu atau Kumpulan)
Kematian dan manfaat yang berkaitan RM500,000
Hilang Upaya Kekal RM500,000
Penyakit Kritikal RM500,000
Nilai Matang (tidak termasuk bahagian RM500,000
unit sijil berkaitan pelaburan)
Nilai Serahan RM500,000
Dividen tunai terkumpul RM100,000
Pendapatan Hilang Upaya RM10,000 sebulan
Pendapatan Anuiti RM10,000 sebulan
Perbelanjaan perubatan 100% perbelanjaan ditanggung
56
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
Sumbangan prabayar boleh bayar balik 100% of amaun prabayar
Jadual 19: Manfaat Dilindungi untuk Takaful Keluarga
Manfaat Dilindungi Had Perlindungan Maksimum (Pelan)
Kehilangan atau kerosakan harta berkaitan RM500,000 bagi setiap harta
dengan:
1. harta tidak alih bertempat di Malaysia
2. kenderaan motor berdaftar di
Malaysia atau kenderaan berdaftar
asing yang diinsuranskan untuk
dipandu di Malaysia
3. kapal, pesawat udara atau harta alih
lain yang diinsuranskan oleh
warganegara atau orang yang layak
Kematian dan manfaat berkaitan RM500,000
Hilang Upaya Kekal RM500,000
Penyakit Kritikal RM500,000
Pendapatan Hilang Upaya RM10,000 sebulan
Perbelanjaan Perubatan 100% perbelanjaan ditanggung
Berkaitan dengan indemniti terhadap 1. RM500,000 bagi setiap harta
tuntutan pihak ketiga: 2. RM500,000
1. kehilangan atau kerosakan harta alih 3. RM500,000
4. RM500,000
dan tidak alih pihak ketiga yang layak 5. RM10,000 sebulan
2. kematian dan manfaat berkaitan 6. 100% perbelanjaan ditanggung
3. hilang upaya kekal
4. penyakit atau kecederaan tubuh
badan
5. pendapatan hilang upaya
6. perbelanjaan perubatan
Sumbangan prabayar boleh bayar balik 100% amaun prabayar
Jadual 20: Manfaat Dilindungi untuk Takaful Am
Manfaat kepada Peserta Takaful
1. Melindungi pemilik sijil Takaful dan polisi Insurans terhadap kehilangan manfaat Takaful atau
Insurans yang layak, sekiranya berlaku kegagalan ahli penginsurans.
57
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
2. Perlindungan disediakan oleh PIDM secara automatik dan tiada permohonan diperlukan.
3. Tiada caj dikenakan kepada pemilik sijil Takaful untuk perlindungan ini.
6.2.8 Aduan dan Pertikaian Kewangan Pengguna
1. Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK)
OPK (dahulunya dikenali sebagai Biro Pengantaraan Kewangan) telah dilantik oleh Bank Negara
Malaysia sebagai pengendali Skim Ombudsman Kewangan (OPK) pada April 2016 menurut
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA).
OPK adalah badan bebas yang ditubuhkan sebagai badan penyelesaian aduan/pertikaian
alternatif untuk membantu pengguna kewangan menyelesaikan aduan/pertikaian mereka
dengan Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang mejadi Anggota OPK.
Mandat OPK:
1. Menyediakan saluran penyelesaian yang efektif, cekap dan percuma kepada pengguna
kewangan untuk menyelesaikan pertikaian yang tercetus daripada penggunaan produk
dan perkhidmatan yang disediakan oleh Anggota.
2. Menyelesaikan aduan/pertikaian secara bebas, adil dan saksama.
3. Bekerjasama secara konstruktif dengan Anggota dalam menyelesaikan pertikaian.
4. Mewujudkan kesedaran mengenai perkara-perkara kepentingan bersama kepada
pengguna kewangan dan industri kewangan.
Bidang kuasa OPK :
Bil Jenis Aduan/Pertikaian Had Monetari
1. Pertikaian yang melibatkan perkhidmatan atau produk kewangan RM 250,000.00
dan perkhidmatan atau produk kewangan Islam yang
dibangunkan, ditawarkan atau dipasarkan oleh anggota, atau oleh
anggota bagi atau bagi pihak orang lain, selain pertikaian di bawah
perenggan 2 dan 3.
Jenis pertikaian termasuk :
Insurans/Takaful :
1. Tuntutan Insurans Hayat. 58
2. Tuntutan Insurans Am.
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
Bil Jenis Aduan/Pertikaian Had Monetari
3. Tuntutan Takaful Keluarga.
4. Tuntutan Takaful Am.
Perbankan Konvensional/Perbankan Islam :
1. Bankassurans/Bankatakaful/InsuransBerkaitan
Pelaburan/Takaful Berkaitan Pelaburan.
2. Pertikaian mengenai kerosakan harta benda pihak ketiga bagi RM 10,000.00
motor
3. Suatu pertikaian mengenai:
(a) transaksi tanpa kebenaran melalui penggunaan suatu RM 25,000.00
instrumen pembayaran yang ditetapkan atau instrumen
pembayaran Islam yang ditetapkan, atau saluran
pembayaran seperti perbankan melalui internet,
perbankan bergerak, perbankan melalui telefon atau mesin
juruwang automatik (ATM); atau
(b) penggunaan tanpa kebenaran suatu cek sebagaimana yang RM 25,000.00
ditakrifkan dalam seksyen 73 Akta Bil Pertukaran
1949 [Akta 204].
Pengguna dikehendaki mengemukakan aduan mereka kepada OPK dalam masa enam bulan
dari tarikh keputusan muktamad oleh Anggota barkaitan atau selepas enam puluh (60) hari
kalendar dari tarikh aduan/pertikaian itu mula-mula dirujuk kepada Anggota berkenaan
dengan mana tiada tindakbalas diterima daripada pihak Anggota.
OPK tidak mempertimbangkan aduan-aduan/pertikaian-pertikian seperti berikut:
1. Aduan/pertikaian yang melebihi had monetari;
2. Aduan/pertikaian berhubung penentuan harga umum, ciri-ciri produk, keputusan kredit
atau pengunderaitan;
3. Aduan/pertikaian mengenai keputusan pengunderaitan, piawaian, jadual dan prinsip
aktuari yang digunakan oleh Anggota bagi perniagaan insurans/Takaful jangka panjang
berikutan suatu tuntutan insurans atau Takaful, melainkan pertikaian berhubung
bayaran yang telah dijamin dan disebut secara jelas dalam terma-terma dan syarat-
syarat polisi insurans/sijil Takaful;
4. Aduan/pertikaian yang tertakluk kepada prosiding di mahkamah atau penimbang tara
atau pertikaian yang telah diputuskan oleh mahkamah atau penimbang tara;
59
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
5. Aduan/pertikaian hanya dirujuk kepada OPK selepas enam bulan dari tarikh surat
keputusan muktamad Anggota.
Cadangan oleh Pengurus Kes tidak mengikat kedua-dua pihak. Jika pihak menuntut atau
Anggota tidak menerima cadangan Pengurus Kes itu, aduan/pertikaian itu boleh dirujuk
kepada Ombudsman untuk Pengadilan dalam masa 30 hari dari tarikh cadangan atau tarikh
yang ditetapkan dalam cadangan (yang mana kemudian).
Keputusan Ombudsman adalah muktamad dan hanya mengikat Anggota jika pengadu
menerima keputusan itu. Walaubagaimanapun, jika pengadu memilih untuk tidak menerima
keputusan muktamad Ombudsman, pengadu bebas membuat tuntutan melalui apa-apa cara
yang lain, termasuk memulakan prosiding undang-undang atau timbang tara.
2. Bank Negara Malaysia LINK
BNMLINK mewakili salah satu titik penting hubungan Bank Negara Malaysia dengan orang
awam. Ia bertindak sebagai pusat perhubungan untuk memudahkan penyampaian
maklumbalas yang cepat dan berkesan kepada orang ramai dan pengusaha perusahaan kecil
dan sederhana (PKS) dalam hal-hal yang berkaitan dengan sektor kewangan.
BNMLINK menerusi pameran, kiosk layan diri dan buku kecil juga menyediakan pendidikan
serta kesedaran kewangan pengguna mengenai peranan Bank Negara Malaysia kepada orang
ramai.
Kakitangan BNMLINK disediakan untuk membantu dan mengetengahkan dengan berkesan
mengenai perkara-perkara perbankan, insurans, Takaful, pembiayaan PKS, mata wang serta
perkara-perkara yang di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia.
6.2.9 Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010
Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 berkuatkuasa mulai November 2013 untuk
mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi perniagaan.
PDPA meliputi :
1. Mana-mana individu yang memproses atau membenarkan pemprosesan apa-apa data
peribadi berkenaan dengan transaksi komersial;
2. Data peribadi yang diproses di Malaysia;
3. Penggunaan peralatan di Malaysia bagi tujuan pemprosesan data peribadi.
60
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
Tujuan PDPA ialah untuk :
1. melindungi data peribadi orang ramai dari disalahgunakan melalui transaksi perdagangan;
2. melindungi data sensitif dari disalahgunakan;
3. menyediakan kemudahan perdagangan antarabangsa;
4. melindungi hak pengguna.
6.2.10 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil
Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001)
AMLATFPUAA bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan pengubahan wang haram,
langkah-langkah yang hendaklah diambil bagi mencegah pengubahan wang haram dan kesalahan
membiayai keganasan dan untuk mengadakan peruntukan bagi pelucuthakan harta yang terlibat
dalam atau yang diperoleh daripada kesalahan pengubahan wang haram dan membiayai
keganasan, serta harta pengganas, hasil daripada aktiviti haram dan peralatan kesalahan, dan bagi
perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.
AMLATFPUAA menggalakkan pendekatan kolaboratif dan pelbagai agensi dengan menetapkan
kuasa dan fungsi :
a) pihak berkuasa berwibawa bertanggungjawab untuk mengawasi pelaksanaan kewajipan oleh
institusi pelapor, memudahkan penguatkuasaan AMLATFPUAA dan bekerjasama dengan unit
risikan kewangan asing;
b) agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab menyiasat kesalahan di bawah
AMLATFPUAA; dan
c) pihak berkuasa penyeliaan dan kawal selia bertanggungjawab untuk memudahkan di dalam
pelaksanaan AMLATFPUAA.
A6.3 MAJLIS PENASIHAT SHARĪ’AH DAN JAWATANKUASA SHARĪ’AH
Majlis Penasihat Sharī’ah untuk Perbankan Islam dan Takaful telah ditubuhkan oleh BNM pada
Mei 1997. Matlamat utamanya adalah untuk melihat kepada keputusan Sharī’ah dan
mengharmonikan tafsiran Sharī’ah Perbankan Islam dan Takaful di bawah seliaannya.
6.3.1 Majlis Penasihat Sharī’ah (MPS) Bank Negara Malaysia
Untuk rekod, Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan Akta Takaful 1984 telah dipinda pada
tahun 2003 untuk mengukuhkan lagi peranan Majlis Penasihat Sharī’ah. Pindaan ini memberi
pengiktirafan kepada majlis sebagai sebuah badan yang berwibawa yang mempunyai hak ke atas
61
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
perkara-perkara Sharī’ah yang berkaitan dengan Takaful.
Status Majlis telah dinaikkan taraf sebagai badan rujukan oleh mahkamah di Malaysia berhubung
isu-isu Sharī’ah yang berkaitan dengan kes-kes Takaful.
Untuk memainkan peranannya dengan lebih berkesan lagi MPS beroperasi sebagai sebuah badan
bebas yang berintegriti tinggi. Terdapat perbezaan antara MPS dengan badan-badan Sharī’ah
yang bertindak sebagai penasihat dalam industri Takaful. Badan Sharī’ah dalam industri Takaful
dikenali sebagai Jawatankuasa Sharī’ah (JS) dan memainkan peranan sebagai pelengkap kepada
MPS Bank Negara Malaysia.
6.3.2 Jawatankuasa Sharī’ah (JS) Pengendali Takaful
Di bawah IFSA 2013, adalah keperluan undang-undang bahawa Jawatankuasa Sharī’ah harus
ditubuhkan di setiap institusi yang dilesenkan di bawah undang-undang ini, yang akan mempunyai
peranan untuk memastikan bahawa tadbir urus, perniagaan dan operasi institusi adalah konsisten
dengan Sharī’ah.
Objektif garis panduan:
1. menetapkan kaedah, peraturan dan prosedur penubuhan Jawatankuasa Sharī’ahmenentukan
peranan, skop tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Sharī’ah.
2. menentukan hubungan dan pengaturan kerja antara Jawatankuasa Sharī’ah dengan MPS Bank
Negara Malaysia.
Garis panduan ini memerlukan setiap Pengendali Takaful untuk menubuhkan Jawatankuasa
Sharī’ah (JS). Ini juga selaras dengan Seksyen 30 pada IFSA 2013.
Garis panduan terperinci mengenai tadbir urus Jawatankuasa Sharī'ah; peranan, tugas dan
tanggungjawab Jawatankuasa Sharī'ah dan ahli-ahlinya dan hubungan dan pengaturan kerja antara
Jawatankuasa Sharī'ah di institusi individu dan peringkat kebangsaan telah diperincikan dalam
Rangka Tadbir Urus Sharī'ah (SGF).
A6.4 PERSATUAN-PERSATUAN INDUSTRI
Persatuan-persatuan industri merupakan persatuan mandatori dinyatakan secara khusus dalam
kedua-dua Akta Takaful dan Insurans. Pengendali Takaful dan Syarikat Insurans hendaklah
menyertai atau menyumbang kepada persatuan sebelum mereka boleh memulakan perniagaan.
Tujuan utama persatuan industri adalah untuk menyediakan "Peraturan Kendiri" (self-regulation)
di kalangan peserta industri. Ini juga membolehkan pengantaraan antara pihak berkuasa
dengan industri, sekali gus membentuk satu platform umum untuk ditangani oleh pihak
berkuasa.
62
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
6.4.1 Persatuan Takaful Malaysia (MTA)
Persatuan Takaful Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2003 dengan objektif untuk
menggalakkan penubuhan struktur kukuh Takaful (insurans Islam) di Malaysia melalui kerjasama
dan rundingan dengan Ketua Pengarah Takaful.
1. Mempromosi dan mewakili kepentingan syarikat-syarikat anggota dan industri Takaful.
2. Memberi nasihat dan bantuan yang sepatutnya kepada syarikat-syarikat anggota
sebagaimana yang diperlukan.
3. Mengedar maklumat yang mungkin menarik minat syarikat-syarikat anggota, dan mengumpul,
menghimpun dan menerbitkan perangkaan dan maklumat lain yang berkaitan dengan Takaful.
4. Bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain, baik tempatan mahu pun global untuk
kepentingan bersama.
Bagi meneruskan persekitaran perniagaan yang sihat dan berwibawa bagi Takaful, MTA telah
memperkenalkan satu set peraturan bagi kegunaan ejen Pengendali Takaful. Kod Etika bagi ejen
Takaful adalah garis panduan asas bagi Ejen Takaful untuk mematuhi amalan mereka, yang
bertujuan untuk memperkuat nilai moral sejagat dan menegakkan kepentingan dan kebajikan
syarikat, para pemegang saham, peserta Takaful, masyarakat umum dan ejen itu sendiri.
6.4.2 Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM)
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) telah ditubuhkan pada tahun 1974 sebagai persatuan
perdagangan di bawah Akta Pertubuhan 1966.
LIAM mempunyai seramai 17 anggota yang terdiri daripada 15 syarikat insurans hayat dan 2
syarikat insurans semula hayat.
Objektif LIAM adalah seperti berikut:
1. Menggalakkan persefahaman dan penerimaan orang awam terhadap insurans hayat.
2. Mengukuhkan amalan pasaran industri insurans hayat melalui peraturan kendiri (self-
regulation).
3. Menyokong pihak berkuasa dalam membangunkan satu industri kukuh dan sihat.
4. Meningkatkan profesionalisme kakitangan dan ejen melalui latihan dan Pendidikan
berterusan.
5. Menghubungi dan bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan insurans tempatan dan luar
negara ke arah mencapai objektif dan manfaat bersama.
63
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
6.4.3 Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)
Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah ditubuhkan pada Mei 1979 selaras dengan Seksyen
3 (2) Akta Insurans, 1963. (Peruntukan ini telah digantikan dengan Seksyen 22 Akta Insurans,
1996).
PIAM merupakan persatuan berkanun yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia bagi semua syarikat
insurans berdaftar yang menjalankan perniagaan insurans am di negara ini.
Objektif PIAM adalah seperti berikut :
1. Mewujudkan struktur insurans yang kukuh di Malaysia.
2. Mengumpul dan mengedarkan maklumat dan perangkaan berkaitan dengan perniagaan
insurans am.
3. Membuat kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, tarif dan undang-undang kecil melalui
perundingan dengan Ketua Pengarah Insurans (KPI) untuk dilaksanakan oleh anggota.
4. Mengurus Kumpulan Motor Tidak berinsurans (Unplaced Motor Pool) dan Persatuan
Perlindungan Kebakaran.
5. Membantu dalam apa jua cara sekali pun yang termampu untuk mengurangkan
kerugian dan/atau kemalangan, dan mencegah jenayah.
6. Bekerjasama dengan Persatuan Takaful dalam menggalakkan pembangunan industri
insurans dan Takaful yang sihat.
6.4.4 Persatuan Broker-Broker Insurans dan Takaful (MITBA)
Pada 3 Disember 1974, Persatuan Broker Insurans Malaysia atau Insurance Brokers Association of
Malaysia (IBAM) ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan. Objektif awal adalah untuk
menyediakan cara membincangkan masalah kepentingan bersama anggota dan rundingan dengan
persatuan Insurans lain, badan-badan pengawal selia dan pihak berkuasa.
Bagi mencerminkan kemasukan Broker Takaful sebagai anggota persatuan, pada 1 Ogos 2006,
IBAM dinamakan sebagai Persatuan Broker Insurans dan Takaful (The Malaysian Insurance and
Takaful Brokers Association) atau MITBA. Keanggotaan semasa terdiri daripada 38 badan &
Takaful di mana 29 komposit dan 5 konvensional.
Objektif MITBA adalah seperti berikut :
1. Mempromosi dan menubuhkan perniagaan broker yang kukuh di Malaysia melalui
64
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
kerjasama dan rundingan dengan KPI.
2. Menggalakkan dan mewakili kepentingan anggota.
3. Memberi perhatian terhadap acara, pernyataan dan penyiaran pandangan yang melibatkan
anggota, menasihati mereka dan mewakili kepentingan mereka melalui pernyataan
pandangan bagi pihak mereka sebagaimana yang difikirkan wajar dan perlu.
4. Bekerjasama dengan lain-lain persatuan yang seumpamanya di tempat lain di dunia.
5. Bekerja bersama-sama dengan mana-mana badan atau persatuan undang- undang atau
mana-mana badan serupa yang dilantik untuk pertimbangan, latihan, pindaan atau
pengubahan mana-mana undang-undang berkaitan dengan insurans.
A6.5 ORGANISASI SOKONGAN INDUSTRI TAKAFUL
6.5.1 Badan Penggubal Piawaian (Standard Setting Bodies)
1. Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB)
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB), yang berpusat di Kuala Lumpur, dilancarkan
secara rasmi pada 3 November 2002 dan memulakan operasi pada 10 Mac 2003.
Ia bertindak sebagai badan pengawalseliaan piawaian antarabangsa dan agensi-agensi
pengawalseliaan yang mempunyai kepentingan untuk memastikan kesejahteraan dan
kestabilan industri perkhidmatan kewangan Islam, yang ditakrifkan secara meluas termasuk
perbankan, pasaran modal dan insurans.
Dalam memajukan misi ini, IFSB menggalakkan pembangunan industri perkhidmatan
kewangan Islam yang berhemah dan telus melalui memperkenalkan baru atau penyesuaian
piawaian antarabangsa sedia ada yang selaras dengan prinsip Sharī'ah dan mencadangkan
untuk digunapakai.
2. Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)
Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan
1997 sebagai pihak berkuasa tersendiri untuk memaju dan menerbitkan piawaian perakaunan
dan laporan kewangan di Malaysia.
MASB, bersama dengan Yayasan Pelaporan Kewangan (FRF) membentuk rangka kerja laporan
kewangan di Malaysia. Rangka kerja ini terdiri daripada struktur penetapan standard bebas
dengan perwakilan dari semua pihak yang berkaitan dalam proses penetapan standard,
termasuk penyedia, pengguna, pengawal selia dan profesion perakaunan.
65
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
Fungsi dan kuasa MASB seperti di bawah akta antara lain adalah :
1. Menerbitkan piawaian perakaunan baru menepati piawaian perakaunan yang diluluskan;
2. Menyemak, membaiki atau mengadaptasi menepati piawaian perakaunan yang diluluskan,
piawaian perakaunan yang sedia ada;
3. Mengubah, mengganti, menggantung, menangguhkan, menarik balik atau membatalkan
mana-mana piawaian perakaunan yang diluluskan secara keseluruhan atau sebahagian;
4. Menerbitkan, meluluskan, mengkaji, menyemak, meminda, mengganti, menangguhkan,
menarik balik atau membatalkan sebarang pernyataan prinsip, sebarang teknikal dan lain-
lain dan apa-apa dokumen lain yang berkaitan dengan laporan kewangan oleh apa-apa
nama dipanggil secara keseluruhan atau sebahagian;
5. Bekerjasama dengan penasihat standard perakaunan kebangsaan dan antarabangsa yang
lain dan memantau pembangunan piawaian perakaunan kebangsaan dan antarabangsa
yang lain;
6. Melakukan perundingan umum apabila diperlukan bagi menentukan kandungan konsep
perakaunan, prinsip dan standard;
7. Membangunkan rangka kerja konseptual untuk tujuan menilai standard perakaunan yang
dicadangkan.
6.5.2 Institusi Pembangunan dan Pembelajaran
1. IBFIM
IBFIM ialah sebuah institut milik industri yang mempunyai objektif untuk memenuhi
keperluan pihak yang berkepentingan dalam industri kewangan Islam untuk pembangunan
tenaga mahir dan perniagaan. Semenjak tahun 2001, IBFIM telah menjalankan program-
program latihan serta memperluaskan perniagaan dan khidmat nasihat Sharī’ah. Slogan
IBFIM "Rakan Perniagaan Kewangan Islam Anda" menyatakan hubungan rapatnya dengan
industri dan bidang perkhidmatannya yang meluas.
Sebagai peneraju pasaran, program pensijilan IBFIM dibangunkan, disesuaikan dan diiktiraf
oleh industri. Program-program terdiri daripada empat disiplin: Perbankan, Takaful, Pasaran
Modal dan Pengurusan Kekayaan. Kelayakan Kewangan Islam oleh IBFIM telah disusun dalam
Laluan Kemajuan Kerjaya yang inovatif, untuk memberi motivasi kepada kakitangan industri
meningkatkan kecekapan mereka untuk mendaki struktur kerjaya korporat.
2. Institut Insurans Malaysia (MII)
Institut Insurans Malaysia (MII) adalah sebuah badan profesional dan institusi pendidikan
66
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
terkemuka bagi industri insurans Malaysia.
MII menyediakan kelayakan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam insurans,
pengurusan risiko dan perancangan kewangan. Ia amat dihormati sebagai pusat serantau yang
menawarkan pelbagai program pendidikan berkualiti dan kursus latihan untuk profesional
dalam industri insurans dan kewangan.
Komitmen MII adalah menyediakan kelayakan profesional dan berkualiti tinggi yang relevan
dan menawarkan latihan yang didorong oleh peranannya dalam menggabungkan industri dan
ahli-ahlinya dalam usaha mencapai kecemerlangan profesional dan kejayaan perniagaan.
6.5.3 Persatuan-Persatuan Sokongan
1. Persatuan Pelaras Kerugian Malaysia
Persatuan Pelaras Kerugian Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1981 adalah persatuan
pelaras kerugian yang diluluskan oleh Menteri dan didaftarkan sebagai sebuah persatuan di
bawah Seksyen II Akta Pertubuhan 1966 yang baru.
Keahlian persatuan adalah berdasarkan korporat, iaitu ia terhad kepada syarikat-syarikat yang
menjalankan urusan perniagaan penyelarasan kerugian di Malaysia. Seksyen 20C (1) Akta
Insurans 1963 menghendaki supaya tidak ada orang yang bertindak atau menahan diri sebagai
pelaksana kecuali dia adalah pemegang lesen yang diberikan oleh DGI dan merupakan ahli
persatuan pelaras yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.
Objektif utama persatuan adalah seperti berikut :
1. Mempromosikan penubuhan struktur pelarasan kerugian yang berwibawa di Malaysia
dalam kerjasama dan perundingan dengan DGI;
2. Mempromosikan dan menjadi wakil antara kepentingan ahli atau berkaitan Malaysia
dengan segala cara dan kaedah yang selaras dengan undang-undang dan Perlembagaan
Malaysia;
3. Berkerjasama dengan persatuan lain yang memainkan peranan yang sama di peringkat
dunia;
4. Pengedaran maklumat yang mungkin menarik minat para ahli dan menyusun dan
menerbitkan statistik dan maklumat lain yang berkaitan dengan pelarasan kerugian; dan
5. Bekerjasama dengan mana-mana badan atau persatuan undang-undang atau persatuan
atau mana-mana badan yang serupa yang dilantik atau bakal dilantik untuk
mempertimbangkan, merangka, meminda atau mengubah mana-mana undang-undang
yang berhubungan dengan pelarasan kerugian.
2. Persatuan Kebangsaan Penasihat-Penasihat Insurans Hayat dan Takaful Keluarga Malaysia
[National Association of Malaysian Life Insurance and Family Takaful Advisers (NAMLIFA)]
NAMLIFA adalah organisasi premier untuk profesional insurans hayat dan
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018 67
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
perancang/pengamal kewangan.
NAMLIFA adalah badan profesional yang melindungi, mempromosikan dan menguatkan
peranan utama industri insurans hayat melalui perkhidmatan kewangan yang kukuh dan
peranan penting pasukan agensi.
3. Biro Insurans Motor (Motor Insurance Bureau (MIB))
MIB telah diperbadankan pada 24 Oktober 1967 sebagai sebuah syarikat berhad yang dijamin
di bawah Akta Syarikat 1965.
Objektif MIB adalah seperti berikut :
1. Memastikan sejauh mana Bahagian IV RTO 1958 atau apa-apa pindaan adalah adil dan
saksama dan matlamat dicapai dengan secukupnya;
2. Untuk mentadbir bersama dengan kerajaan melalui Dana Skim Jaminan Insurans
berkenaan insolvensi Penanggung insurans;
3. Untuk membuat pembayaran belas kasihan atau elaun kepada orang yang cedera atau
tanggungan orang yang terbunuh melalui penggunaan kendaraan bermotor; dan
4. Untuk membuat panggilan atau mengenakan levi ke atas anggota ahlinya bagi
membolehkan biro itu melaksanakan kewajipannya.
4. Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (Malaysian Financial Planning Council (MFPC))
Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) terdiri daripada pemegang jawatan yang
dipilih oleh anggotanya untuk memberi kepimpinan dan hala tuju. MFPC adalah badan kawal
selia sendiri untuk menggalakkan celik kewangan dan meningkatkan profesion Perancang
Kewangan melalui pendidikan dan latihan.
Program Perancang Kewangan Berdaftar (RFP) yang diperkenalkan oleh MFPC telah
dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada bulan November 2002. Kelayakan RFP
menandakan haluan profesionalisma dalam perancangan kewangan - Kecemerlangan
Pendidikan dan Amalan Profesional. RFP dan program RFP Sharī'ah diiktiraf oleh BNM dan
Suruhanjaya Sekuriti sebagai pra-syarat untuk Lesen Penasihat Kewangan dan Lesen
Perwakilan Perkhidmatan Pasaran Modal masing-masing.
Di samping itu, MFPC juga telah menubuhkan Piawaian Amalan Terbaik dan Kod Etika untuk
Perancang Kewangan, yang sentiasa dikaji semula dan dikemas kini sejajar dengan perubahan
dalam rangka kerja perundangan dan pengawalseliaan.
Objektif utama MFPC adalah:
• Mengesahkan Perancang Kewangan dan menaikkan profesionalisma mereka; 68
• Untuk meningkatkan imej profesion perancangan kewangan;
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
• Untuk menetapkan amalan standard; dan
• Untuk menyediakan peraturan kendiri dalam industri perancangan kewangan.
69
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
BAB A7 : PERANTARA TAKAFUL
Objektif Pembelajaran
Memahami peranan dan tanggungjawab perantara di dalam industri Takaful
Hasil Pembelajaran
Boleh menerangkan peranan dan tanggungjawab perantara di dalam industri Takaful
A7.1 PENGENALAN
Perantara Takaful ialah seorang profesional yang menjalankan urus niaga Takaful atau mencari
pelanggan berpotensi bagi menyertai kontrak takaful bersama pengendali.
Perantara biasanya dibayar komisen (atau fi pembrokeran untuk broker) bagi setiap pelan
yang dipromosikan berdasarkan peratusan caruman yang dibuat oleh pelanggan yang juga
dikenali sebagai "peserta".
A7.2 JENIS-JENIS PERANTARA TAKAFUL
1. Ejen Takaful
Ejen Takaful mewakili Pengendali Takaful dan peranan utamanya mempromosikan pelan
Takaful yang dikeluarkan oleh Pengendali Takaful.
Menurut IFSA 2013, ejen Takaful bermaksud seseorang yang melakukan semua atau mana-
mana yang berikut:
a) Mempromosikan atau memberi cadangan untuk sijil Takaful bagi pihak Pengendali
Takaful.
b) Menawarkan atau berunding mengenai pelan Takaful bagi pihak Pengendali Takaful.
c) Menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pembaharuan atau
penerusan mana-mana sijil Takaful.
70
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
2. Broker Takaful
Menurut Akta IFSA 2013, Broker Takaful ditakrifkan sebagai orang yang, sebagai kontraktor
bebas, menjalankan perniagaan pembrokeran Takaful dan/atau Retakaful. Broker Takaful
adalah bebas daripada mana-mana Pengendali Takaful, dan mewakili kepentingan peserta di
dalam mencari perlindungan Takaful pada kos terendah yang memberikan manfaat paling
komprehensif kepada bakal peserta. Tugas-tugas utama Broker Takaful adalah seperti
berikut:
a) Membantu pelanggan dalam mendapatkan dan memperbaharui perlindungan Takaful
dari Pengendali Takaful
b) Mencadangkan dan menasihati pelanggan akan pelan perlindungan Takaful yang
paling sesuai dan syarat-syarat yang ditawarkan Pengendali Takaful
3. Penasihat Kewangan
Penasihat kewangan adalah pihak bebas yang menyediakan perkhidmatan nasihat
kewangan. Perniagaan penasihat kewangan ditakrifkan sebagai:
a) menganalisa keperluan perancangan kewangan seseorang yang berkaitan dengan
produk Takaful;
b) mengesyorkan produk Takaful yang sesuai kepada seseorang;
c) mendapatkan produk Takaful daripada Pengendali Takaful berlesen;
d) mengatur kontrak dengan produk Takaful; atau
e) lain-lain perniagaan, perkhidmatan atau aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan
kewangan.
Perbezaan antara perantara digambarkan seperti berikut:
Jenis-Jenis Perantara Mewakili Lesen/Berdaftar dengan:
Ejen Pengendali Takaful
Persatuan Takaful Malaysia
Broker Pelanggan (MTA)
Bank Negara Malaysia
Penasihat Kewangan Pelanggan Bank Negara Malaysia
Jadual 21 : Perbezaan antara Perantara dalam Industri Takaful
71
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
A7.3 KEWAJIPAN EJEN TAKAFUL
Kontrak agensi antara prinsipal dan ejen biasanya dibuat secara bertulis. Walaubagaimanapun,
kontrak ini mungkin juga secara lisan. Ia mengandungi terma-terma dan syarat-syarat berkaitan
dengan tingkah laku ejen dan upah/bayaran yang perlu dibayar kepada ejen.
Sebahagian daripada tugas-tugas utama ejen Takaful adalah seperti berikut:
1. Mempromosikan produk dan perkhidmatan Takaful.
2. Memberi khidmat nasihat (yang berkaitan dengan produk Takaful) dan sokongan kepada
pelanggan.
3. Mengemukakan cadangan kepada prinsipal seperti yang dikehendaki.
4. Memberi kesedaran umum mengenai produk dan perkhidmatan Takaful.
5. Mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan.
6. Mengetahui tentang keadaan pasaran untuk membimbing pelanggan mereka dengan
sewajarnya.
A7.4 EJEN TAKAFUL DALAM AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013 (IFSA 2013)
IFSA 2013 memberi penekanan yang lebih pada tingkah laku ejen sebagai pengantara
Takaful.
1. Keperluan Penzahiran
Seksyen 140 (Perenggan 10) IFSA 2013 mengehendaki semua ejen yang memasarkan
produk-produk Takaful untuk Pengendali Takaful memaklumkan bakal pelanggan bahawa
dia merupakan ejen dan bertindak bagi pihak Pengendali Takaful.
2. Ejen Takaful Mewakili Pengendali Takaful Berlesen
Seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 26 IFSA 2013 tiada seorang pun boleh
memasarkan atau mempromosikan produk Takaful atau berurus niaga sebagai ejen
atau broker bagi seseorang atau pengendali selain daripada Pengendali Takaful berlesen.
Sesiapa yang didapati bersalah di bawah peruntukan ini, boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM50 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya.
3. Tidak Patuh IFSA 2013
Seksyen 136 (4) IFSA 2013 menyatakan bahawa jika mana-mana ejen yang didapati tidak
mematuhi peruntukan Akta ini dan jika didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi
RM10 juta atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
72
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
A7.5 HAK-HAK EJEN TAKAFUL
Ejen adalah berhak untuk menerima bayaran dan bayaran balik.
1. Hak ejen yang paling penting ialah hak untuk menerima pembayaran bagi perkhidmatan
beliau, biasanya dalam bentuk komisen atau fi.
2. Ejen juga berhak terhadap bayaran balik wang yang telah dibelanjakan dengan kuasa yang
jelas oleh prinsipalnya di dalam had yang dibenarkan.
3. Ejen mempunyai hak melaksanakan tugasnya dengan cara yang difikirkan sesuai. Ejen
boleh menolak mana-mana cubaan prinsipalnya yang mengawal tindak-tanduk ejen itu
bekerja.
A7.6 KEWAJIPAN PRINSIPAL
Prinsipal mempunyai kewajipan yang berikut terhadap ejennya:
1. Membayar gaji dan perbelanjaan seperti yang dipersetujui, atau, jika tiada persetujuan,
seperti kebiasaan, atau, jika gagal, membayar secara munasabah.
2. Membayar ganti rugi ejen terhadap apa-apa kesan perbuatan yang dilakukan mengikut
undang-undang, di dalam bidang kuasanya, bagi pihak prinsipal.
A8.7 PENAMATAN AGENSI
Hubungan prinsipal dan ejen boleh ditamatkan melalui tindakan pihak-pihak yang terlibat atau
operasi undang-undang seperti berikut:
1. Melalui notis pembatalan yang diberikan oleh prinsipal kepada ejen.
2. Melalui notis penolakan yang diberikan kepada prinsipal oleh ejen.
3. Melalui selesainya urus niaga di mana kuasa diberikan hanya untuk urus niaga tersebut
sahaja.
4. Melalui tamatnya tempoh yang ditetapkan dalam kontrak agensi.
5. Melalui persetujuan bersama.
6. Secara umumnya, disebabkan oleh kematian, gila atau kebankrapan prinsipal atau ejen.
7. Melalui operasi dari mana-mana undang-undang yang menyebabkan kontrak ejen tidak
sah.
73
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
BAB A8 : PENGENALAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN.
Objektif Pembelajaran
Memahami konsep pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan
Hasil Pembelajaran
Boleh menerangkan kategori dan ciri-ciri pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan
A8.1 PENGENALAN
Perkara 4 Garis Panduan Perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan mentakrifkan sijil Takaful
Perubatan dan Kesihatan sebagai sijil Takaful yang menyediakan manfaat secara khusus terhadap
risiko yang menyebabkan seseorang menjadi hilang upaya separa atau sepenuhnya akibat
daripada penyakit atau keuzuran. Manfaat boleh diperoleh dalam bentuk pembayaran balik
perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh peserta sama ada dalam bentuk pembayaran sekali
gus jumlah daripada jumlah yang disertai, atau pembayaran elaun atau aliran pendapatan secara
tetap untuk tempoh tertentu sekiranya peserta hilang upaya dan / atau dirawat di hospital.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sejumlah besar rakyat Malaysia telah beralih kepada
penjagaan kesihatan swasta untuk memastikan dan mendapatkan perkhidmatan yang lebih
cepat dan pilihan penjagaan kesihatan yang lebih baik. Sudah tentu pilihan ini tidak murah.
Semakin baik perkhidmatan semakin tinggi kos pengendalian. Dengan kos penjagaan kesihatan
yang semakin meningkat, semakin ramai rakyat Malaysia beralih kepada pelan Takaful Perubatan
dan Kesihatan untuk membiayai perbelanjaan penjagaan kesihatan mereka.
Seperti kebanyakan negara membangun, corak penyakit di Malaysia berada dalam peralihan
epidemiologi. Masalah kesihatan utama telah berubah daripada penyakit berjangkit akut kepada
gangguan gaya hidup yang kronik seperti penyakit kardiovaskular, kencing manis, kanser dan
penyakit berkaitan usia. Kadar obesiti dan diabetes semakin meningkat apabila orang mengambil
lebih banyak makanan yang tidak sihat dan tidak mematuhi amalan gaya hidup yang sihat.
Semua faktor ini menunjukkan keperluan untuk sokongan penjagaan kesihatan jangka panjang
dan mahal, yang membawa kepada permintaan yang lebih tinggi untuk Takaful Perubatan dan
Kesihatan untuk membiayai kos perbelanjaan perubatan.
74
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
A8.2 KATEGORI TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN
Terdapat dua kategori Takaful Perubatan dan Kesihatan, iaitu :
1. Sijil Indemniti (Ganti rugi)
Sijil ini merupakan sejenis pelan perubatan yang membayar balik kepada peserta/pesakit
perbelanjaan perubatan yang berkaitan. Contoh indemniti ialah Takaful Penghospitalan
dan Pembedahan di mana peserta akan dibayar bagi kos rawatan perubatan dan
perkhidmatan yang telah dikenakan.
2. Sijil Manfaat
Sijil manfaat membayar sejumlah wang yang telah ditetapkan sekiranya kejadian yang
dilindungi berlaku sepanjang tempoh sijil. Contoh sijil manfaat ialah pelan Faedah Tunai
Penghospitalan dan Takaful Penyakit Kritikal.
A8.3 CIRI-CIRI TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN
Ciri-ciri utama Takaful Perubatan dan Kesihatan adalah seperti berikut :
1. Perlindungan Bukan Penamatan Bersama Tuntutan Pembayaran
Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan biasanya menyediakan pembayaran tuntutan
hingga had yang dinyatakan dalam sijil Takaful. Had boleh hanya satu atau gabungan
yang berikut:
Had Penerangan
Had setiap hilang Jumlah maksimum manfaat yang disediakan kepada peserta
upaya untuk setiap hilang upaya, iaitu setiap kemasukan ke
hospital.
Had setiap hilang Jumlah maksimum manfaat yang sedia ada untuk peserta
upaya dalam mana-mana sijil untuk setahun.
Jumlah maksimum manfaat yang disediakan kepada peserta
Had seumur hidup sepanjang hayatnya.
Jadual 22 : Had Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan
Pembayaran tuntutan tidak menyebabkan penamatan sijil melainkan sekiranya berlaku
tuntutan kematian.
2. Peningkatan Risiko dengan Masa dalam Takaful Perubatan dan Kesihatan
Takaful Perubatan dan Kesihatan juga terlibat dalam morbiditi peserta (kebarangkalian
75
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
hilang upaya yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit). Secara umumnya, risiko
jenis ini, meningkat dengan usia.
A8.4 LANGKAH PEMBENDUNGAN KOS
Kos penjagaan kesihatan terus meningkat menjadikan Takaful Perubatan dan Kesihatan menjadi
kurang menguntungkan. Untuk mengawal kos dan penyelewengan yang timbul daripada
tuntutan yang melambung, pelbagai kaedah digunakan oleh Pengendali Takaful, yang meliputi
perkara-perkara berikut :
1. Had Dalaman
Had dalaman ialah had di dalam had. Sebagai contoh, jika had dalaman pembedahan
peserta ialah RM20,000, maka itulah jumlah maksimum yang dia boleh tuntut walau pun
had tahunan beliau mungkin lebih tinggi daripada itu.
2. Jadual Prosedur Pembedahan
Senarai prosedur pembedahan yang dilindungi dalam sijil.
3. Tempoh Maksimum Pampasan
Tempoh maksimum sijil akan melindungi peserta untuk sebarang perkhidmatan/rawatan.
Sebagai contoh, sijil ini merangkumi bilik dan penginapan untuk maksimum 30 hari
kemasukan.
4. Takaful Bersama (Co-Takaful)
Jumlah perlindungan yang peserta perlu bayar daripada poketnya sendiri sebelum sijil itu
membayar bagi kemasukan hospital, lawatan atau perkhidmatan tertentu. Biasanya ia akan
menjadi peratusan tetap atau jumlah yang jelas seperti tertera di dalam sijil. Oleh itu,
Pengendali Takaful telah menetapkan pembayaran Takaful Bersama pada kadar 10%
daripada tuntutan keseluruhan. Takaful Bersama mesti dibayar setiap kali perkhidmatan
tertentu diperoleh oleh orang yang dilindungi. Peratusan Takaful Bersama mungkin berbeza
dari satu pengendali ke pengendali lain tetapi Bank Negara Malaysia telah meletakkan had
peratusan Takaful Bersama yang boleh dikenakan oleh pengendali.
Contoh :
En Ahmad telah dimasukkan ke hospital selama 12 hari dan jumlah tuntutannya mencecah
sehingga RM12,000. Apabila discaj dari hospital, En. Ahmad perlu membayar RM1,200 (10%)
dan baki RM 10,800 akan diselesaikan oleh Pengendali Takaful.
76
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
5. Bayaran Bersama (Co-Payment)
Menaikkan kadar Bilik & Penginapan (R&B) lebih tinggi daripada apa yang dilindungi oleh sijil
Takaful Perubatan dan Kesihatan boleh mewujudkan klausa pembayaran tertentu “bayaran
bersama” dalam kontrak Takaful. Selain membayar perbezaan kadar R&B, peserta mungkin
perlu berkongsi peratusan tertentu dari jumlah bil perubatan dengan Pengendali Takaful.
6. Deduktibel
Deduktibel adalah jumlah tetap yang peserta mesti bayar terlebih dahulu tanpa mengira
jumlah kos manfaat yang peserta itu layak.
Sekiranya deduktibel yang dipilh ialah RM1,000, peserta perlu membayar RM1,000 pertama
dari jumlah kos manfaat yang layak (tidak termasuk kos harian bilik dan penginapan) dan
bakinya akan dibayar oleh Pengendali Takaful sehingga had tahunan.
7. Hospital-Hospital Panel
Senarai hospital yang dilindungi oleh sijil.
A8.5 KEMASUKAN HOSPITAL "TANPA TUNAI"
Bagi Kemasukan Hospital Tanpa Tunai ialah apabila peserta Takaful Perubatan dan Kesihatan
dimasukkan ke hospital, kemasukan ke hospital panel biasanya dipermudahkan dengan
pengeluaran surat jaminan dan deposit hospital juga mungkin boleh dikecualikan. Apabila discaj
dari hospital, peserta tidak perlu menyelesaikan bil hospital. Semua manfaat yang layak akan
diselesaikan oleh Pengendali Takaful. Pengendali Takaful diwakili oleh pentadbir pihak ketiga,
berurusan dengan pihak hospital dan melangsaikan bil. Pihak yang menuntut hanya perlu
membayar caj yang tidak boleh dituntut.
Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa urusan "tanpa tunai" kemasukan hospital
biasanya ialah bukan kontrak melainkan dinyatakan secara khusus dalam kontrak Takaful.
Biasanya, ini adalah hanya perkhidmatan nilai tambah yang disediakan oleh Pengendali Takaful
kepada pemilik sijil yang layak.
Pentadbir Pihak Ketiga
Pentadbir Pihak Ketiga merupakan wakil Pengendali Takaful yang bertanggungjawab untuk
menyelesaikan kedua-dua pembayaran balik tuntutan serta tuntutan tanpa tunai.
Pihak Pentadbir Pihak Ketiga juga bertanggungjawab untuk memproses permintaan pihak
menuntut untuk perkhidmatan tanpa tunai.
77
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
Fungsi Pentadbir Pihak Ketiga adalah seperti berikut:
Fungsi Pangkalan Data
Perkhidmatan Tanpa Perkhidmatan Tanpa Tunai merupakan satu fungsi yang
Tunai penting untuk Pentadbir Pihak Ketiga, yang bermaksud
sekiranya peserta dimasukkan ke hospital yang
disenaraikan oleh Pengendali Takaful, bil-bil dibayar secara
langsung oleh Pengendali Takaful dan peserta tidak perlu
membuat pembayaran terlebih dahulu.
Pembayaran Tuntutan Pentadbir Pihak Ketiga ialah pihak yang berkenaan dengan
urusan Tuntutan - lengkap dengan pemberitahuan
tuntutan, menasihati pelanggan mengenai rangkaian
hospital, meluluskan tuntutan dan pembayaran tanpa
tunai, dan akhirnya membayar tuntutan kepada pelanggan.
Mengurus Pangkalan Setelah sijil dikeluarkan, semua rekod dipanjangkan kepada
Data pentadbir pihak ketiga dan semua komunikasi peserta
selanjutnya adalah dengan pentadbir pihak ketiga dan
bukan dengan Pengendali Takaful. Menjadi tanggungjawab
Pentadbir Pihak Ketiga untuk mengurus pangkalan data
peserta dan mengeluarkan kad identiti kepada mereka
berserta dengan nombor pengenalan yang unik.
Jadual 23 : Fungsi Pentadbir Pihak Ketiga
A8.6 PIAWAIAN MINIMUM PENZAHIRAN PRODUK DAN KETELUSAN DALAM PEMASARAN PELAN
TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN
Takaful Perubatan dan Kesihatan merupakan pelan yang rumit, oleh itu adalah sangat penting
bagi pengguna untuk mendapat kefahaman yang sewajarnya sebelum mereka membuat
keputusan untuk menyertai mana-mana pelan Takaful. Pengendali Takaful berkewajipan
menzahirkan maklumat yang mencukupi dan penting kepada bakal peserta dalam membantu
mereka untuk mempunyai kefahaman yang lebih baik terhadap pelan dan mengurangkan
kemungkinan kes luput disebabkan tidak membayar sumbangan.
Piawaian minimum menetapkan keperluan penzahiran bahawa semua pengunderaitan
pemasaran Takaful Perubatan dan Kesihatan perlu dipatuhi Pengendali Takaful. Ini turut
menyediakan kepada bakal peserta perspektif bagi maklumat yang perlu didedahkan oleh
Pengendali Takaful sebelum mereka membuat komitmen menyertai pelan Takaful Perubatan dan
Kesihatan.
78
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
Ciri-ciri penting dalam piawaian ini adalah seperti berikut:
1. Piawaian ini terpakai kepada semua jenis pelan Perubatan dan Kesihatan Takaful individu
termasuk “rider” yang dilampirkan pada pelan keluarga individu.
2. Bagi pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan berkumpulan, Pengendali Takaful perlu
memastikan bahawa penzahiran dibuat kepada pemilik sijil induk.
3. Piawaian ini hendaklah terpakai pada semua saluran di mana pelan Takaful Perubatan dan
Kesihatan diedarkan.
4. Keperluan Penzahiran Khusus
Perkara 8 piawaian tersebut menyatakan bahawa terdapat aspek tertentu ciri-ciri pelan
Takaful Perubatan dan Kesihatan dan sijil Takaful yang memerlukan penjelasan yang
berhati-hati. Pengendali Takaful dan pengantara mereka hendaklah menyediakan butir-
butir yang mencukupi mengenai ciri-ciri penting pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan
kepada bakal peserta.
1. Maklumat Pengendali Takaful termasuk nama dan alamat.
2. Penerangan produk yang menjelaskan pelan dan objektif utama dan tujuan.
3. Maklumat tertentu yang perlu didedahkan mengenai manfaat pelan Takaful Perubatan
dan Kesihatan tertentu termasuk : -
1. Bentuk dan jumlah manfaat yang dibayar oleh sijil.
2. Butir-butir kejadian, keadaan atau kontingensi yang mana manfaat boleh
dibayar.
3. Pengecualian dan had manfaat, syarat-syarat yang sedia ada, penyakit yang
ditetapkan dan tempoh kelayakan.
4. Caruman.
4. Penzahiran penting yang lain mengenai pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan adalah
seperti berikut : -
1. Peserta akan diberikan "tempoh membuat keputusan/tempoh tenggang"selama
15 hari daripada tarikh penghantaran sijil untuk mengkaji semula kesesuaian
pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan yang baru disertai. Perlu ditekankan
bahawa peserta boleh memulangkan sijil dan pemotongan perbelanjaan yang
79
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
dikenakan untuk pemeriksaan perubatan akan dibuat kepada caruman sekiranya
sijil tersebut dikembalikan kepada Pengendali Takaful di dalam tempoh itu.
2. Implikasi kemungkinan berlaku pertukaran daripada satu jenis pelan Takaful
Perubatan dan Kesihatan kepada yang lain atau daripada satu pengendali kepada
pengendali yang lain.
3. Senarai semak yang menunjukkan pengesahan bahawa pengantara
memberitahu dengan jelas aspek-aspek penting produk kepada pencadang.
80
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
BAB A9 : JENIS-JENIS PELAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN
Objektif Pembelajaran
Memahami jenis-jenis pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan
Hasil Pembelajaran
Mampu mengenal pasti ciri-ciri dan manfaat Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan mengikut
keperluan pelanggan
A9.1 JENIS-JENIS PERLINDUNGAN
1. Pelan Takaful Hospital dan Pembedahan
Pelan ini meliputi perbelanjaan yang berkaitan dengan kos rawatan penghospitalan. Pelan
ini tujuan utamanya ialah menampung perbelanjaan bagi pembedahan dan kemasukan ke
hospital.
Secara umumnya manfaat yang disediakan oleh Pelan Takaful Hospital dan Pembedahan
termasuk yang berikut:
1. Bilik dan Penginapan Hospital.
2. Unit Rawatan Rapi.
3. Bekalan dan Perkhidmatan Hospital.
4. Fi Bius.
5. Fi Pakar Bedah.
6. Fi Dewan Pembedahan.
7. Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital.
8. Ujian Diagnostik Sebelum Penghospitalan.
9. Rundingan Pakar Sebelum Penghospitalan.
10. Rawatan Selepas Penghospitalan.
11. Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan.
12. Fi Ambulan.
Sesetengah pelan boleh diperluaskan untuk meliputi yang berikut:
1. Elaun Tunai Hospital. 81
2. Rawatan Kanser Pesakit Luar.
3. Dialisis Buah Pinggang.
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
4. Pemindahan Organ.
2. Manfaat-Manfaat Penghospitalan
Pelan ini menyediakan peserta bersama manfaat tunai harian, seandainya peserta dimasukkan
ke hospital disebabkan semua punca, tertakluk terma dan syarat sijil / rider. Pelan ini boleh
ditawarkan sebagai sijil tersendiri atau sebagai rider pelan Takaful Keluarga atau Perubatan dan
Takaful Kesihatan.
3. Penyakit Kritikal
Pelan Takaful Penyakit Kritikal ialah pelan yang memberi manfaat sekaligus jika orang yang
dilindungi disahkan mengidap salah satu penyakit kritikal yang tersenarai dan ditetapkan di
dalam sijil.
1. Penyakit Alzheimer / Gangguan 19. HIV Disebabkan Pemindahan
Degeneratif Organik Otak Tidak boleh Darah
Ubah
2. Meningitis Bakteria 20. Kehilangan Kewujudan Bebas
3. Tumor Otak Benigna 21. Kehilangan Pertuturan
4. Buta / Hilang Penglihatan 22. Kelecuran Api yang Teruk
Keseluruhan
5. Pembedahan Otak 23. Trauma yang Teruk
6. Kanser 24. Pemindahan Organ / Tulang
Sumsum Utama
7. Anemia Aplastik Kronik 25. Penyakit Medullari Fibrosis
8. Koma 26. Penyakit Motor Nueron
9. Pembedahan Pintas Arteri Koronari 27. Sklerosis Berbilang
10. Pekak / Hilang Pendengaran 28. Kelemahan Otot
Keseluruhan
11. Ensefalitis 29. Lain-lain Penyakit Arteri
Koronari yang serius
12. Kegagalan Buah Pinggang 30. Lumpuh / Paraplegia
Peringkat Akhir
13. Kegagalan Hati Peringkat Akhir 31. Penyakit Parkinson
14. Kegagalan Paru-Paru Peringkat 32. Hipertensi Arteri Pulmonari
Akhir Utama
15. AIDS Teruk Sepenuhnya 33. Kardiomiopati yang teruk
16. Hepatitis Viral Fulminan 34. Strok
17. Serangan Jantung 35. Pembedahan Aorta
18. Pembedahan Injap Jantung 36. Eritematos Lupus Sistemik
dengan Nefritis Lupus
Gambarajah 14: Senarai Penyakit Spesifik di bawah Penyakit Kritikal Takaful
82
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
A9.2 PELAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN BERKUMPULAN
Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan Berkumpulan adalah sama dengan pelan perlindungan
perubatan dan kesihatan individu. Biasanya pelan perlindungan ini ditaja oleh majikan untuk
pemilik perniagaan, pekerja dan juga tanggungan.
Caruman untuk pelan perubatan dan kesihatan berkumpulan dikira berdasarkan yang berikut:
1. Purata umur kumpulan tersebut.
2. Tahap bahaya pekerjaan seperti tahap risiko yang khusus pada jenis pekerjaan tertentu.
A9.3 PENGECUALIAN AM
Takaful Perubatan dan Kesihatan kebiasaannya tidak melindungi yang berikut:
1. Penyakit sedia ada pada masa permohonan.
2. Tuntutan untuk penyakit atau kecederaan disebabkan perbuatan haram atau menyalahi
undang-undang.
3. Mengandung atau bersalin.
4. Penyakit kelamin, jangkitan atau parasit.
5. Pembunuhan atau serangan fizikal.
6. Pembedahan kosmetik atau plastik.
A9.4 TERMA DAN SYARAT-SYARAT UTAMA
Sebahagian terma yang lebih penting adalah:
Terma Keterangan
Syarat-syarat yang Ketidakupayaan yang wujud sebelum tarikh pelan berkuat kuasa,
tersedia yang mana anda menerima rawatan atau menunjukkan
simptom. Jika anda sudah berjumpa doktor perubatan untuk
sebarang penyakit atau ketidakselesaan, ini akan dianggap
sebagai tanda-tanda ketidakupayaan.
83
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
Salah Nyata Umur Umur merupakan faktor penting dalam Takaful Perubatan dan
Kesihatan kerana ini akan memberi kesan pada kadar caruman.
Tempoh Kelayakan Oleh itu, dalam kes salahnyataan umur yang menyebabkan
Takaful Bersama caruman yang lebih rendah, contohnya jika umur sebenar
sebagaimana yang dibuktikan adalah lebih daripada yang
dinyatakan di dalam sijil Takaful Keluarga, sebarang tuntutan
(nilai pampasan, lebihan atau keuntungan) dari sijil tersebut
akan dikira secara berkadaran, berdasarkan caruman yang telah
dibayar dengan caruman yang sepatutnya dikenakan mengikut
umur sebenar.
Kelayakan manfaat di bawah pelan Takaful hanya akan bermula
30 hari selepas tarikh sijil berkuat kuasa.
Satu bentuk perkongsian kos perubatan di dalam pelan Takaful
Perubatan dan Kesihatan yang memerlukan mereka yang
dilindungi membayar peratusan tertentu perbelanjaan
perubatan selepas ditolak amaun yang telah dibayar, sekiranya
bayaran telah dibuat.
84
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
BAB A10 : PENGUNDERAITAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN
Objektif Pembelajaran
Mengenalpasti proses asas pengunderaitan Takaful Perubatan dan Kesihatan
Hasil Pembelajaran
Boleh menerangkan dan berkomunikasi dengan berkesan mengenai proses asas pengunderaitan
Takaful Perubatan dan Kesihatan kepada pelanggan
A10.1 PENGENALAN PENGUNDERAITAN
10.1.1 Definisi
Pengunderaitan adalah proses pemilihan risiko untuk Takaful dan mengklasifikasikannya
mengikut profil risiko mereka supaya kadar dan terma yang sesuai dapat diberikan. Proses ini
juga termasuk penolakan terhadap risiko-risiko yang tidak layak. Proses ini biasanya
berdasarkan kepada garis panduan atau prosedur yang ditetapkan.
Pada dasarnya, proses pengunderaitan menentukan bahaya fizikal, moral, alam sekitar,
pasaran, kewangan dan undang-undang mengenai perkara yang akan dilindungi, termasuk
pengalaman kerugian.
Ia adalah proses membawa kepada keputusan muktamad yang boleh dibuat oleh pengendali
sama ada untuk menerima atau menolak penyertaan, dan jika diterima, ia akan menjadi kadar
sumbangan yang akan dibayar oleh pencadang atau jumlah tabarru' akan dikreditkan ke dalam
dana akaun khas atau dana risiko Takaful, serta terma dan syarat lain yang akan dikenakan.
10.1.2 Tujuan Pengunderaitan
Pengunderaitan ialah fungsi yang sangat penting dan dilakukan setiap kali permohonan
Takaful diperoleh.
Tujuan utama pengunderaitan adalah untuk melindungi dana Takaful daripada ketegangan
atau pendedahan kewangan yang tidak wajar, secara saintifiknya adalah cara mengelakkan
risiko yang dijangkakan daripada berulang, dan sekiranya tidak dapat dielakkan mungkin
kesannya boleh dikurangkan dengan ketara.
Anggapan asas pengunderaitan adalah untuk memastikan bahawa dana Takaful mencukupi
85
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
untuk membayar tuntutan, sementara pada masa yang sama dapat memberikan margin
keuntungan untuk Pengendali Takaful.
10.1.3 Faktor-Faktor Pengunderaitan
Faktor yang digunakan semasa proses pengunderaitan adalah berbeza-beza berdasarkan jenis
Takaful yang diunderait. Di dalam produk Takaful Perubatan dan Kesihatan, faktor utama yang
digunakan dalam proses pengunderaitan termasuk:
1. Umur;
2. Jantina;
3. Tahap kesihatan dan sejarah kesihatan;
4. Pekerjaan dan sejarah pekerjaan;
5. Gaya hidup/hobi;
6. Jumlah dilindungi;
7. Takaful/insurans yang berkuatkuasa; dan
8. Keadaan kewangan.
A10.2 ANTI-PEMILIHAN
Anti-pemilihan berlaku apabila banyaknya risiko sub-standard yang diterima untuk
perlindungan, menyebabkan kurangnya hasil pengunderaitan yang diharapkan. Biasanya, kadar
caruman berdasarkan sampel yang mewakili keseluruhan profil pasaran risiko. Apabila anti-
pemilihan berlaku, ini merupakan petunjuk bahawa pengendali kurang mengawal
pengunderaitan dengan baik, dan lambat laun ia berakhir dengan portfolio yang berisiko
tinggi dan kurang memberangsangkan.
Untuk mengelakkan anti-pemilihan, pihak pengunderait perlu berhati-hati menilai semua
permohonan dan caj su m b a n g a n yang sesuai dan sepadan dengan risiko serta
mengenakan pengecualian, sekiranya perlu. Di dalam usaha untuk berlaku adil kepada semua
peserta, cadangan yang dianggap substandard berhak untuk ditolak atau dikenakan kadar
sumbangan yang lebih tinggi berbanding dengan risiko standard. Ini membawa pengagihan
risiko yang saksama di kalangan semua peserta dalam skim.
Contoh :
Kru penerbangan mempunyai pelan perlindungan khas dengan sumbangan yang lebih tinggi
kerana sifat kerja mereka adalah lebih berisiko berbanding dengan orang yang bekerja di
bawah/lapangan.
A10.3 KECUKUPAN SUMBANGAN
Pengendali Takaful dikehendaki menjalankan operasi mereka dengan cara yang adil dan
86
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
saksama terhadap semua peserta. Ini bagi memastikan sumbangan yang dikenakan adalah
berpatutan, mencukupi, adil dan saksama dalam kalangan peserta. Dalam hal ini, pihak
pengunderait memainkan peranan penting dalam memastikan hanya risiko yang sesuai sahaja
yang dipilih dan kadar yang dikenakan setimpal dengan risiko yang diterima. Ini bermakna
lebih tinggi purata risiko boleh menarik caj sumbangan yang lebih tinggi.
A10.4 PROSES PENGUNDERAITAN
1. Pengenalpastian dan Penilaian Risiko
Pengendali Takaful perlu mengenalpasti dan menilai bahaya fizikal dan moral yang
berkaitan dengan risiko yang dicadangkan.
Untuk menilai risiko seseorang, pengunderait bergantung kepada maklumat dari
pelbagai sumber.
Sumber Keterangan
Borang Cadangan
Borang ini ialah keperluan paling asas untuk
Pernyataan Ejen menjalankan kontrak Takaful Keluarga antara peserta
dengan Pengendali Takaful. Borang ini perlu dipenuhi oleh
pencadang dengan mendapatkan bantuan daripada ejen
Takaful Keluarga untuk mengisikannya. Tanggungjawab ejen
Takaful dalam proses permohonan termasuklah:
1. Memastikan permohonan lengkap diisi.
2. Memastikan semua soalan dijawab dengan tepat.
3. Memastikan sumbangan dikendalikan dengan baik.
Penyataan adalah sebahagian daripada permohonan, dan
memerlukan ejen Takaful menyediakan maklumat tertentu
mengenai pencadang seperti maklumat mengenai
hubungan ejen dengan pencadang, data tentang status
kewangan pencadang, tabiat, peribadi umum, lain-lain
maklumat yang mungkin berhubung rapat dengan risiko
yang bakal ditanggung oleh Pengendali Takaful.
87
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
Laporan Jika pihak pengunderait memutuskan bahawa cadangan
Perubatan perlukan pengunderaitan perubatan, mereka akan meminta
pencadang untuk menjalani pemeriksaan perubatan.
Pemeriksaan perubatan termasuklah soalan mengenai
sejarah perubatan pencadang, ketinggian, berat, nadi, dan
tekanan darah.
Keperluan tambahan mungkin diperlukan oleh Pengendali
Takaful sebagai tambahan kepada pemeriksaan perubatan
meliputi yang berikut: -
Pernyataan 1. Pemeriksaan oleh doctor.
Rawatan Doktor 2. Kerehatan EKG.
3. Ujian tekanan Treadmill.
Laporan Perubatan 4. X-ray dada.
Hospital
Pernyataan rawatan doktor disediakan oleh doktor yang
merawat individu yang mahu menyertai pelan Takaful.
Keterangan yang diberikan dalam pernyataan rawatan
doktor ialah bukti risiko kemortalan pencadang.
Dengan menandatangani dan mengemukakan permohonan,
pencadang memberi Pengendali Takaful hak untuk
mendapat dan menyemak laporan perubatan; kedua-
duanya sebelum dan selepas diterima menjadi seorang ahli
pelan perubatan dan kesihatan.
Jadual 16 : Sumber Pengenalpastian dan Penilaian Risiko
2. Pemilihan Risiko
Selepas mengenal pasti dan menilai bahaya yang dikaitkan dengan risiko, pengunderait akan
menentukan sama ada untuk menerima, menerima dengan syarat, menolak atau
menangguhkan cadangan itu.
Di dalam kes Takaful Perubatan dan Kesihatan, pengunderait akan mempertimbangkan
perkara-perkara berikut dalam pemilihan risiko:
1. Faktor Kesihatan Lalu dan Semasa
Pengunderait akan menyiasat dengan teliti kesihatan lalu dan semasa pemohon,
di dalam terma-terma yang terpakai.
88
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
2. Faktor Kewangan
Pihak underait juga akan melihat kepada keadaan kewangan keseluruhan
pencadang.
Ini adalah untuk menjaga dana daripada risiko tuntutan pendapatan terhadap
ketidakupayaan yang sangat tinggi disebabkan kecenderungan sesetengah pemegang
sijil untuk membuat keuntungan dari pampasan Takaful dengan melanjutkan tempoh
ketidakupayaan (berpura- pura sakit).
3. Faktor Pekerjaan
Pengunderait perlu melihat faktor pekerjaan kerana pekerjaan yang berlainan
mempunyai tahap bahaya yang berbeza. Kelas pekerjaan dikategorikan kepada
empat kelas berikut:
Kelas 1 iaitu peserta yang terlibat dalam kerja dalam bangunan yang kurang
berisiko. Contohnya guru dan pegawai pentadbiran;
Kelas 2 iaitu peserta yang terlibat dengan kerja di luar pejabat atau yang lebih
berisiko dari Kelas 1. Contohnya jururawat, suri rumah dan orang yang selalu
ke luar daerah (outstation);
Kelas 3 iaitu peserta yang terlibat dengan penggunaan mesin ringan yang
berisiko. Contohnya pekerja kilang, juruteknik, petani dan pekerja restoran
makanan segera; dan
Kelas 4 iaitu peserta yang terlibat dengan kerja dan mesin berat yang
merbahaya. Contohnya kontraktor binaan dan pekerja pelantar minyak.
Lebih tinggi risiko bermakna kemungkinan lebih tinggi tuntutan perbelanjaan
perubatan. Pekerjaan yang berisiko lebih tinggi seperti Kelas 3 (pekerja kilang)
biasanya mempunyai nisbah tuntutan yang lebih tinggi berbanding dengan Kelas 1
dan 2 (pekerja pejabat).
4. Umur dan Jantina
Umur Apabila seseorang bertambah usianya, dia lebih cenderung
Jantina untuk mengalami masalah perubatan.
Untuk Takaful perubatan dan kesihatan, kadar sumbangan
wanita adalah lebih tinggi disebabkan kadar morbiditi
(penyakit) mereka adalah lebih tinggi daripada lelaki.
Jadual 17 : Faktor Umur dan Jantina untuk Pemilihan Risiko
Beberapa klasifikasi sementara biasanya diberikan sebelum keputusan muktamad ke
atas klasifikasi risiko dicapai. Tujuan pengklasifikasian adalah untuk mengasingkan
risiko kepada kumpulan-kumpulan yang seragam yang mana kadar boleh diberikan.
89
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
a) Standard - sekiranya risiko dianggap risiko biasa.
b) Berkadar - sekiranya risiko dianggap lebih berisiko tinggi daripada biasa.
5. Pengunderaitan Perubatan
Pengunderaitan perubatan ialah proses menyemak rekod Takaful perubatan dan
kesihatan pencadang dan menentukan tahap risiko. Sebagai sebahagian d aripada
proses pengunderaitan, maklumat kesihatan yang boleh digunakan dalam membuat
dua keputusan yang berkaitan :
a) Sama ada untuk menawar atau menolak perlindungan, dan
b) Apakah kadar sumbangan yang ditetapkan bagi sijil.
Bagi menjalankan pengunderaitan perubatan, Pengendali Takaful akan mendapatkan
keadaan perubatan yang sedia ada. Pengendali Takaful dibenarkan untuk
bertanyakan soalan tentang sejarah perubatan seseorang untuk memutuskan
samaada untuk menawarkan perlindungan atau tidak dan samaada untuk
mengenakan caj tambahan.
1. Keadaan Fizikal Semasa
Pengendali Takaful memerlukan pemohon untuk mengisi borang permohonan
yang memperincikan sejarah penuh perubatan dan keadaan fizikal semasa setiap
pemohon. Pernyataan pemohon pada borang permohonan dan keputusan
pemeriksaan perubatan (sekiranya berkenaan) sebagai petunjuk pertama
keadaan fizikal terkini.
2. Sejarah Perubatan
Proses penilaian bermula dengan semakan pernyataan pencadang dalam
borang cadangan. Jika sejarah perubatan mengandungi data berkaitan tentang
sakit atau penyakit, ia membuatkan Pengendali Takaful percaya bahawa
pencadang ialah risiko yang meningkat. Kos pelan Takaful akan diselaraskan
dengan sewajarnya untuk mengimbangi liabiliti kewangan yang tinggi.
Pengendali Takaful mungkin menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat
sejarah perubatan yang disenaraikan dalam borang cadangan. Sebagai contoh,
jika pemohon mengakui menerima rawatan bagi tekanan darah tinggi,
penyataan doktor yang merawat biasanya diperlukan. Walau bagaimanapun,
seandainya pernyataan pada borang permohonan menunjukkan rawatan dan
pemulihan sepenuhnya daripada lengan yang patah, mungkin tiada maklumat
tambahan diperlukan.
90
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
Pengendali Takaful menyemak sejarah keadaan terdahulu untuk menentukan:
1. Kemungkinan berulang. Sesetengah penyakit mempunyai kecenderungan
untuk berulang.
2. Kesan sejarah perubatan pada kesihatan keseluruhan pemohon.
3. Komplikasi yang mungkin berlaku pada masa akan datang.
4. Perkembangan normal pada sebarang kerosakan yang boleh dianggap
sebagai petunjuk insiden masa hadapan yang lebih tinggi. Sebagai contoh,
obesiti dan tekanan darah tinggi.
3. Sejarah Keluarga
Satu bahagian dalam borang cadangan Takaful terdapat beberapa soalan
tentang sejarah perubatan ahli keluarga. Hubungan yang jelas dilakukan antara
keadaan tertentu pada masa ini yang mengancam hayat dengan perkembangan
genetik, dan Pengendali Takaful akan mempertimbangkan isu hubung kait
pencadang sebagai pertunjuk risiko daripada peserta itu sendiri.
6. Keputusan Pengunderaitan
Setelah analisis maklumat yang diberikan lengkap, pihak underait pada asasnya
mempunyai tiga pilihan:
Jenis-jenis Keputusan
Sritsaiknodard
Menerima permohonan.
Jika pencadang dianggap berisiko sederhana atau biasa, dia
akan dikenakan kadar standard tanpa sebarang
pengecualian khusus atau pengurangan faedah.
91
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
Substandard/ Meluluskan permohonan dengan syarat yang dikenakan
Diubahsuai Jika pencadang mempunyai risiko melebihi kebiasaan,
pencadang boleh dikelaskan sebagai risiko yang meningkat.
Ditolak Pihak underait masih boleh menawarkan perlindungan
berserta pengubahsuaian seperti:
1. Pengecualian
Pengesahan pengecualian digunakan oleh Pengendali
Takaful sebagai satu cara untuk memberikan
perlindungan kepada orang-orang yang sepatutnya
perlu ditolak. Dalam beberapa kes seperti tekanan
darah tinggi atau tiroid, Pengendali Takaful masih
boleh menawarkan perlindungan dengan
pengecualian pada penyakit-penyakit tersebut.
2. Bebanan (loading) (caruman tambahan)
Bebanan (loading) adalah di mana Pengendali Takaful
menambah jumlah caruman asas bagi menampung
perbelanjaan untuk mendapatkan dan mengekalkan
perniagaan.
3. Manfaat Diubahsuai
Pengendali takaful boleh menawarkan manfaat yang
diubahsuai kepada pemohon seperti had tahunan
yang lebih rendah, ditolak perbelanjaan perubatan
yang lebih besar atau kadang-kala bersama-sama
dengan caruman tambahan atau pengecualian rider.
4. Beberapa gabungan daripada pendekatan di atas.
Pihak underait boleh menolak permohonan sekiranya
insurans yang dicadangkan dinilai sebagai tidak
menguntungkan (mungkin disebabkan oleh penyakit yang
serius atau terlibat dalam pekerjaan atau hobi yang sangat
berbahaya).
Jadual 18 : Keputusan Pengunderaitan
A10.7 PEMBAHARUAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN
Terdapat empat pilihan Pembaharuan yang berlainan yang boleh diamalkan dalam Takaful
Perubatan dan Kesihatan:
92
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
Pembaharuan Pilihan Keterangan
Tidak Boleh Dibatalkan dan Pelan Takaful perubatan dan kesihatan Tidak Boleh
Boleh Diperbaharui dibatalkan dan Boleh Diperbaharui Terjamin
Terjamin bermakna sijil tidak boleh dibatalkan dan peruntukan
kontrak tidak boleh diubah tanpa kebenaran peserta.
Ditambah pula, wang sumbangan tidak boleh diubah
selagi peserta meneruskan pembayaran wang
sumbangannya.
Boleh Diperbaharui Selagi sumbangan dibayar ke atas sijil, Pengendali
Terjamin Takaful diwajibkan memperbaharui sijil (jika had
seumur hidup tidak melebihi). Walaubagaimanapun,
Pengendali Takaful boleh menaikkan sumbangan
selagi perubahan itu memberi kesan kepada
keseluruhan kelas peserta dan tidak satu pun yang
tertinggal.
Boleh Diperbaharui Dalam jangka panjang, sijil boleh diperbaharui
Bersyarat terjamin walaupun lebih mahal adalah pilihan yang
lebih selamat.
Boleh Diperbaharui Dengan
Pilihan Kontrak yang menyatakan bahawa sijil boleh
diperbaharui mengikut syarat-syarat tertentu seperti
yang ditakrifkan dalam kontrak.
Jenis keempat dan terakhir peruntukan pilihan
pembaharuan menawarkan hanya sedikit
perlindungan kepada peserta dan mempunyai aplikasi
yang sedikit dalam perlindungan perubatan dan
kesihatan moden. Ia dikenali sebagai perlindungan
boleh diperbaharui dengan pilihan. Di bawah
peruntukan boleh diperbaharui dengan pilihan,
sumbangan mungkin boleh meningkat dan manfaat
diubahsuai secara berkelas.
Pengendali Takaful mempunyai hak untuk
memperbaharui sijil atau tidak atas pilihannya
samada pada tarikh ulang tahun sijil; pembatalan
pertengahan tahun adalah dilarang.
Jadual 19 : Jenis-Jenis Pembaharuan untuk Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan
93
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
A10.8 PEMBAYARAN CARUMAN
Pembayaran caruman bergantung kepada jenis-jenis sijil. Sesetengah sijil dikeluarkan atas
dasar "tunai-sebelum-perlindungan", manakala sijil yang lain mungkin tertakluk pada tempoh
60 hari waranti wang sumbangan.
Tempoh tangguh mungkin dibenarkan dalam kes sijil boleh diperbaharui terjamin, sijil boleh
dibaharui bersyarat dan sijil tidak boleh dibatalkan untuk menyediakan kemudahan kepada
pemilik sijil untuk membuat pembayaran. Walaubagaimanapun, sebarang tuntutan yang
berlaku semasa tempoh tangguh tidak akan dibayar walaupun Pengendali Takaful tidak akan
menganggap sijil sebagai luput. Sijil hanya akan dianggap luput jika tiada bayaran sumbangan
dibuat sebelum berakhirnya tempoh tangguh.
A10.9 PENAMATAN SIJIL
Apabila berlaku perkara-perkara berikut, secara automatik akan menamatkan Takaful
perubatan dan kesihatan.
1. Kematian peserta;
2. Tarikh ulang tahun sijil berlaku serta-merta berikutan kelayakan umur maksimum
peserta;
3. Jumlah manfaat yang dibayar di bawah sijil melebihi had maksimum yang dinyatakan
dalam jadual manfaat.
A10.8 PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN PERIBADI
Peraturan cukai terkini membenarkan potongan cukai individu bagi pemastautin di Malaysia
terhadap pendapatan boleh dicukai seperti yang berikut:
1. Potongan daripada pendapatan boleh dicukai sehingga maksimum RM3,000 untuk
caruman Takaful pendidikan dan/atau perubatan.
2. Potongan daripada pendapatan boleh dicukai sehingga maksimum RM6,000
dibenarkan bagi caruman sijil Takaful Keluarga dan caruman skim persaraan yang
diluluskan.
Pelan perlindungan Takaful Perubatan dan Kesihatan hendaklah bertempoh 12 bulan atau
lebih. Perbelanjaan perlu berkaitan dengan rawatan perubatan yang berpunca daripada
penyakit atau kemalangan atau kecacatan. Pelan boleh menjadi sijil tersendiri atau sebagai
rider pada Takaful Keluarga. Jika pelan itu adalah rider, hanya caruman rider yang layak
untuk potongan. Lembaga Hasil Dalam Negeri memerlukan bukti pembayaran caruman
tersebut untuk mendapat kelayakan potongan cukai. Peserta dinasihatkan untuk memfailkan
segala dokumen bagi tujuan audit cukai dan pengesahan pada masa hadapan.
94
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
BAB A11 : PENTADBIRAN SIJIL TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN
Objektif Pembelajaran
Mengenalpasti proses asas pentadbiran sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan
Hasil Pembelajaran
Boleh menasihat dan berkomunikasi dengan berkesan ciri-ciri dan manfaat di dalam proses
pentadbiran sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan kepada pelanggan
A11.1 TINJAUN KESELURUHAN TENTANG PENTADBIRAN SIJIL TAKAFUL PERUBATAN DAN
KESIHATAN
Pentadbiran sijil melibatkan pertukaran dan pengeluaran dokumen-dokumen sebagai bukti
wujudnya kontrak Takaful yang sah. Dokumen-dokumen tersebut termasuk yang berikut:
1. Borang Cadangan.
2. Sijil.
3. Endosmen.
4. Notis Pembaharuan.
5. Bukti pembayaran sumbangan Takaful Perubatan dan Kesihatan untuk pelepasan
cukai.
A11.2 BORANG CADANGAN
Borang Cadangan Takaful adalah sebahagian daripada kontrak Takaful. Tujuan boring cadangan
adalah untuk membantu Pengendali Takaful mengumpul maklumat yang diperlukan untuk
pengunderaitan. Ini akan membolehkan pengunderait menilai cadangan dengan cepat dan
tepat dan mengeluarkan sijil perakuan berdasarkan maklumat tersebut.
Secara amnya borang cadangan mengandungi perkara-perkara berikut:
1. Pernyataan penzahiran sebagaimana dikehendaki di bawah Seksyen 141 Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013:
“Anda perlu memberitahu di dalam borang cadangan, sepenuhnya dan sejujurnya
semua fakta yang anda tahu atau patut tahu, jika tidak Sijil yang dikeluarkan
95
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
boleh menjadi tidak sah."
2. Soalan asas mengenai pencadang seperti nama, alamat surat-menyurat, alamat risiko,
pekerjaan, dan lain-lain.
3. Maklumat insurans/Takaful dahulu dan sekarang.
4. Soalan-soalan khusus berkaitan dengan perubatan dan kesihatan seperti sejarah
keluarga dan perubatan, tabiat merokok, hobi berbahaya dan soalan-soalan yang
berkaitan dengan penyakit AIDS.
5. Di bawah Seksyen 13 dalam garis panduan yang sama, borang cadangan hendaklah
mengandungi pernyataan, pengisytiharan yang menggabungkan maklumat minimum
seperti berikut: -
1. Aqad (kontrak) yang mengikat peserta Takaful.
2. Aqad (kontrak) yang mengikat peserta dan Pengendali Takaful.
3. Peruntukan keuntungan pelaburan dan lebihan kepada peserta.
4. Peruntukan keuntungan pelaburan, lebihan atau fi kepada Pengendali Takaful.
6. Di bawah klausa perisytiharan ini, terdapat bahagian untuk tandatangan pencadang
serta tarikh.
A11.3 SIJIL
Draf sijil Takaful daripada pengendali Takaful merupakan bukti bertulis kontrak Takaful. Untuk
diterima sebagai bukti dalam mahkamah perundangan, sijil hendaklah disetem selaras dengan
peruntukan Akta Setem. Sijil ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti yang berikut:
1. Tajuk yang terdiri daripada nama penuh dan alamat berdaftar Pengendali Takaful
diletakkan pada bahagian atas muka hadapan.
2. Mukadimah atau Klausa Huraian
Klausa ini memperkenalkan atau menghuraikan pihak-pihak dalam kontrak -
Pengendali Takaful dan peserta.
3. Klausa Operatif
Klausa ini menggariskan inti pati kontrak dengan mengkhususkan peril yang dilindungi
di bawah sijil dan keadaan yang mana Pengendali Takaful bertanggungjawab untuk
membuat bayaran atau yang setara dengannya kepada peserta.
96
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
4. Pengecualian
Pengecualian adalah sekatan ke atas skop perlindungan Takaful. Pengecualian
dimasukkan dalam perakuan kerana peril dan kerugian tertentu tidak boleh dilindungi
di bawah sijil.
5. Jadual Manfaat
Jadual manfaat menyediakan maklumat berikut:
1. nama dan alamat peserta.
2. caruman.
3. nombor sijil.
4. tarikh dikeluarkan.
5. agensi.
6. tarikh lahir peserta.
7. tempoh Takaful.
8. pekerjaan peserta.
9. klausa khusus pengecualian.
10. pelbagai jenis dan amaun manfaat.
6. Klausa Pengakusaksian atau Tandatangan
Klausa ini dipanggil klausa pengakuansaksian kerana ia menyediakan peruntukan untuk
Pengendali Takaful membuktikan aku janji. Perakuan itu ditandatangani oleh pegawai
yang diberi kuasa oleh pengendali Takaful.
7. Syarat-syarat
Dalam satu kontrak Takaful syarat-syarat boleh dibuat secara jelas atau tersirat.
Pengendali Takaful mencetak syarat-syarat yang jelas pada perakuan dan
menguatkuasakan kontrak Takaful. Dalam ketiadaan syarat-syarat yang jelas, kontrak
Takaful hanya tertakluk kepada syarat-syarat tersirat. Syarat-syarat tersirat berkaitan
dengan yang berikut :
1. Kewajipan penuh percaya mutlak,
2. Kewujudan kepentingan boleh insurans,
3. Kewujudan produk Takaful, dan
4. Pengenalpastian kandungan utama Takaful.
A11.4 ENDOSMEN
Pengendali Takaful akan mengeluarkan sijil standard yang melindungi peril tertentu yang
97
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
khusus dan lain-lain pengecualian. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan untuk
mengubahsuai terma-terma dan syarat-syarat sijil, Pengendali Takaful biasanya akan
melampirkan satu atau lebih memorandum atau sokongan pada sijil. Sokongan menjadi
sebahagian daripada sijil dan bukti kontrak.
Perubahan yang dibuat boleh dikaitkan dengan mana-mana yang berikut :
1. perbezaan dalam amaun manfaat.
2. perubahan dalam mana-mana tempoh manfaat maksimum.
3. pelanjutan perlindungan Takaful bagi melindungi ahli keluarga tambahan.
4. perubahan dalam risiko pekerjaan.
5. pembatalan Takaful.
6. perubahan nama dan alamat.
A11.5 NOTIS PEMBAHARUAN
Bagi memperbaharui pelan tahunan Takaful Perubatan dan Kesihatan, Pengendali Takaful
biasanya mengeluarkan notis pembaharuan satu atau dua bulan lebih awal daripada tarikh
tamat tempoh, untuk mengingatkan peserta bahawa sijil tersebut tamat pada tarikh yang
tertentu.
Notis pembaharuan akan merangkumi semua butir-butir berkaitan sijil tersebut termasuk :
1. Nama Peserta.
2. Nombor Sijil.
3. Sijil tamat tempoh.
4. Caruman tahunan.
5. Semakan terma-terma sijil (sekiranya ada).
6. Nota memohon peserta untuk menzahirkan sebarang perubahan risiko material
sejak bermulanya sijil (atau tarikh terakhir pembaharuan).
98
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
BAB A12 : TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN.
Objektif Pembelajaran
Mengenalpasti proses asas Takaful Perubatan dan Kesihatan
Hasil Pembelajaran
Boleh menasihat dan berkomunikasi dengan berkesan mengenai proses asas Takaful Perubatan
dan Kesihatan kepada pelanggan
A12.1 PEMBERITAHUAN NOTIS TUNTUTAN
Apabila keadaan yang memungkinkan berlakunya tuntutan, Pengendali Takaful tidak
memulakan proses tuntutan dan membayar ganti rugi kepada pemilik sijil melainkan jika dan
sehingga pemberitahuan tuntutan itu dibuat. Oleh itu, pemberitahuan notis tuntutan
merupakan asas perjanjian kepada kontrak Takaful.
Dua sebab utama mengapa pemberitahuan tuntutan adalah penting:
1. Pengendali Takaful perlu diberi peluang menyiasat tuntutan itu.
2. Pengendali Takaful perlu membuat peruntukan untuk kos yang bakal dituntut.
Sijil takaful memerlukan pemilik sijil memberitahu Pengendali Takaful secara bertulis
sebarang tuntutan dalam tempoh yang munasabah, biasanya antara 14 hari hingga 30 hari.
Apabila pengesahan tuntutan tersebut, Pengendali Takaful mesti mengesahkan sama ada
kerugian/penyakit itu dilindungi di bawah sijil.
A12.2 BUKTI PENYAKIT/TUNTUTAN
Pihak yang membuat tuntutan dikehendaki mengemukakan bukti bertulis kehilangan/kerugian,
atau tuntutan di dalam jangka masa seperti mana yang telah ditetapkan dalam peruntukan
kehilangan/kerugian. Dalam kes tuntutan manfaat hospital atau perbelanjaan perubatan, bukti
kukuh/sahih daripada hospital (bil asal penghospitalan dan boring tuntutan) perlu
dikemukakan dalam jangka tempoh yang ditetapkan dari tarikh kerugian.
Pembuat tuntutan mesti mendaftar terlebih dahulu tuntutan mereka dengan Pengendali
Takaful dalam jangka tempoh yang ditetapkan dan mengemukakan semua dokumen bagi
99
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
memudahkan proses tuntutan. Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan
adalah seperti berikut:
1. Bukti pengenalan,
2. Salinan dokumen sijil,
3. Bil-bil asal hospital di mana pihak diinsuranskan dimasukkan,
4. Sijil keluar dari hospital, dan
5. Laporan asal siasatan.
A12.3 BORANG TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN
Borang Tuntutan Takaful Perubatan dan Kesihatan dirangka dengan tujuan untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menentukan liabiliti Pengendali Takaful di
bawah sijil. Umumnya borang ini terdiri daripada satu pernyataan menuntut dan pernyataan
doktor yang merawat. Beberapa soalan yang relatifnya standard seperti:
1. Nama;
2. Alamat;
3. Tarikh lahir;
4. Nombor sijil dan nombor kumpulan Takaful;
5. Maklumat, mengenai sekiranya pemilik sijil dilindungi di bawah pelan kumpulan melalui
majikan;
6. Penerangan kecederaan atau penyakit yang menyebabkan kerugian;
7. Tarikh rawatan perubatan atau lawatan doktor, dan lain-lain.
Pihak yang menuntut juga perlu memberikan kebenaran yang membenarkan mana-mana
penyedia perubatan, doktor, atau majikan untuk memberikan rekod atau maklumat berkenaan
sejarah perubatan atau status pekerjaan orang yang diinsuranskan.
A12.4 PROSES PEMERIKSAAN
Sebaik sahaja Pengendali Takaful menerima notis tuntutan, Jabatan Tuntutan akan
meneruskan dengan proses-proses yang berikut:
1. Menentukan sama ada atau tidak tuntutan itu adalah sah dengan memeriksa antara lain
sama ada sijil itu berkuat kuasa, sumbangan telah dibayar, kerugian yang disebabkan
oleh peril yang ditakafulkan, dan lain-lain.
2. Apabila jabatan tuntutan menyelesaikan pemeriksaan awal dan mendapati tuntutan itu
adalah sah, borang tuntutan akan diberikan kepada pihak yang menuntut. Borang
dikeluarkan tanpa prejudis, bermaksud bahawa pengeluaran borang tuntutan tidak
bermaksud liabiliti dalam sijil telah diterima.
100
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018