Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
3. Semua tuntutan mestilah didaftarkan dalam daftar tuntutan apabila dimaklumkan
kepada Pengendali Takaful. Daftar tuntutan mesti disimpan selama mana mereka masih
bertanggungjawab ke atas tuntutan.
A12.5 SIASATAN TUNTUTAN
Langkah yang selanjutnya dalam proses tuntutan Takaful ialah siasatan untuk
menentukan sama ada Pengendali Takaful sebagai syarikat Takaful yang bertanggungjawab
terhadap kerugian. Siasatan lanjut bergantung pada kerumitan dan saiz tuntutan.
Proses siasatan tuntutan melibatkan yang berikut :
1. Siasatan untuk menentukan sama ada :
i. Wujud kerugian.
ii. Kerugian yang disebabkan oleh peril yang dilindungi oleh sijil.
iii. Kerugian tidak termasuk dalam skop pengecualian sijil.
iv. Pihak yang membuat tuntutan ialah pihak yang sah.
2. Semakan dokumentasi tuntutan seperti bentuk tuntutan, bil-bil, dan lain-lain.
3. Memohon dokumen tambahan seperti laporan perubatan, pernyataan menghadiri
rawatan doktor dan lain-lain (sekiranya perlu).
A12.6 PEMBAYARAN TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN
Proses tuntutan Takaful berakhir dengan pembayaran. Apabila Pengendali Takaful
menyelesaikan siasatan dan membuat keputusan untuk membayar tuntutan, jumlah yang perlu
dibayar akan dikira dan pembayaran tuntutan kepada pihak yang menuntut akan dibuat.
A12.7 PENOLAKAN LIABILITI OLEH PENGENDALI TAKAFUL
Pengendali Takaful boleh menolak liabiliti atas beberapa alasan seperti :
1. Tidak wujud kerugian seperti yang dilaporkan.
2. Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh peril yang tidak dilindungi di bawah
sijil.
3. Kehilangan atau kerosakan dalam skop pengecualian sijil.
4. Sijil tersebut telah diisytiharkan tidak sah akibat daripada pelanggaran syarat.
Apabila tuntutan ditolak, Pengendali Takaful akan memaklumkan kepada pihak yang menuntut
dengan mengeluarkan surat kepada pemilik sijil dan memaklumkan keputusan tersebut.
101
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018
Bahagian A Peperiksaan Asas Takaful
Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
A13.8 PERTIKAIAN
Sebahagian kecil daripada kebanyakan tuntutan yang diselesaikan setiap tahun oleh
Pengendali Takaful biasanya berakhir dengan pertikaian. Pertikaian antara pihak menuntut
dengan Pengendali Takaful biasanya melibatkan kes-kes seperti sama ada Pengendali Takaful
bertanggungjawab, jumlah kerugian, dan lain-lain
Apabila timbul pertikaian, ia boleh diselesaikan melalui saluran berikut:
1. Penyelesaian Secara Rundingan dan Kompromi
Kebiasaannya, pihak yang menuntut boleh berjumpa dengan Pengendali Takaful untuk
menyelesaikan pertikaian melalui perbincangan.
2. Pengantaraan
Ombudsman Perkhidmatan Kewangan telah diluluskan oleh Bank di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk
menyediakan jalan/cara yang adil dan cekap untuk pengguna kewangan untuk
menyelesaikan pertikaian terhadap penyedia perkhidmatan kewangan.
3. Timbang Tara
Timbang tara merupakan satu cara yang terbaik dan digunakan secara meluas untuk
menamatkan pertikaian. Ia menyediakan pihak yang berkontroversi dengan pilihan selain
daripada tindakan undang-undang. Tidak seperti tindakan undang- undang/litigasi,
timbang tara berlaku di luar mahkamah: kedua-dua pihak memilih pihak ketiga yang
tidak berat sebelah, yang dikenali sebagai penimbang tara; bersetuju terlebih dahulu
untuk mematuhi keputusan penimbang tara, dan kemudian mengambil bahagian dalam
perbicaraan yang mana kedua-dua pihak boleh mengemukakan bukti dan keterangan.
Keputusan timbang tara biasanya muktamad, dan mahkamah jarang menelitinya semula.
4. Tindakan Litigasi
Pihak yang menuntut juga boleh membawa Pengendali Takaful ke mahkamah jika
mereka tidak berpuas hati dengan hasil perbincangan/rundingan dengan jabatan
tuntutan. Walaubagaimanapun, tindakan undang-undang dianggap sebagai pilihan
terakhir kerana ia biasanya akan melibatkan kos yang tinggi.
102
Hakcipta Terpelihara @ IBFIM 2018