The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ALAN SIAW JIA KAN IPG-Pelajar, 2024-03-15 01:20:58

buku log pengakap (ALAN SIAW JIA KAN)

Simpulan/ikatan


GAJET/PIONEERING 11


Gajet/pioneering Maksud Gajet i. Gadget – menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu ia bermaksud alat atau mesin yang kecil. ii. Gajet – binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan dicantum/dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan. Tujuan Gajet i. Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan. ii. Melindungi makanan dari tercemar iii. Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam iv. Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat v. Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan vi. Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan vii. Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera. Jenis-jenis Gajet i. Gajet tempat kasut ii. Gajet ampaian pakaian iii. Gajet pintu gerbang dan jambatan iv. Gajet tiang bendera v. Gajet papan kenyataan vi. Gajet makanan vii. Gajet penyangkut periuk dan cerek untuk masak viii. Gajet tempat menyimpan bahan-bahan masakan seperti kicap, cuka dan sebagainya. ix. Gajet tempat peralatan seperti cangkul, parang, pencakar, tukul dsb x. Gajet pagar dan sebagainya


DAPUR Tandas


ASAS KAWAD KAKI 12


Asas Kawad Kaki Asas Perbarisan Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan serentak. Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan dalam patrolnya sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatoh melakukan pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini, terdapat beberapa pergerakan dalam asas perbarisan. Masuk Baris Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai jurukawat. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’. Sedia Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan. Senang Diri Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh. Rehatkan Diri Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.


Asas Kawad Kaki Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali tidak perlu melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan hadapan, kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan ’pandang depan’ , jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’. Ke Kanan Pusing Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.


Asas Kawad Kaki Ke Kiri Pusing Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan. Ke Belakang Pusing Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri. Buka Barisan Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.


Asas Kawad Kaki Langkah Ke Sebelah Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu langkah ke sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kanan, Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehandaki mengangkat dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Paras Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu: Paras ahli tinggi di tengah; Paras ahli rendah ditengah; Paras ahli tinggi di kiri; dan Paras ahli rendah di kiri. Keluar Baris Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.


Asas Kawad Kaki Bersurai Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, memberi hormat pengakap, bergerak 3 langkah ke hadapan denga kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah. HUKUMAN KAWAD 1. Baris, baris sedia… 2. Baris, senang diri…. 3. Rehatkan diri….. 4. Scout…. 1. Luruskan barisan, 2. Scout, 3. Buka barisan, Gerak…, 1. Ke kanan lurus, 2. Pandang depan…., 1. Bergerak ke kanan, kanan sing.., 2. Menghadap kehadapan, kiri Sing…, 1. Bergerak ke kiri, kiri Sing…, 2. Menghadap kehadapan, kanan Sing…, 1. Menghadap kebelakang, belakang sing…, 2. Menghadap ke hadapan, belakang sing…, 1. Dua langkah ke kiri, Gerak…, 1. Tutup barisan, Gerak…, 2. Keluar……….Baris.


ASAS PERKHEMAHAN 13


Asas Perkhemahan Pengenalan Perkara paling asas dalam rekreasi luar ini ialah perkhemahan. Khemah atau juga dengan maksud lain adalah tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas. Jenis-Jenis Khemah iaitu :


Asas Perkhemahan Igloo Perkara-perkara yang perlu dihindarkan semasa Perkhemahan untuk keselamatan : 1. Jangan mendirikan khemah di puncak gunung atau bukit. (untuk elakkan dari sambar petir, seeloknya jauh dari puncak 4 ke 6 meter atau lebih) 2. Jarak mestilah 3meter & mempunyai laluan diantara khemahkhemah. 3. Mestilah dipagar dengan tali menunjukkan kawasan sempadan. 4. Pastikan Khemah : →Tidak didirikan di bawah pokok ataupun dahan yang besar ( jika tiada pilihan mestilah mengelak daripada mendirikan khemah pada pokok yang condong, sebaliknye dirilah khemah pada berlawanan arah condong ). →Tidak didirikan di kawasan yang curam, semak, kotor, & berbatu. →Tidak didirikan dilaluan air, binatang(denai), ataupun manusia. 5. Pastikan pintu khemah menghala pada laluan agar memudahkan perjalanan keluar dari khemah. 6. Jangan ampai baju diatas khemah sebaliknya buatlah ampaian baju di belakang khemah. (supaya tidak merosakkan khemah dan juga dapat menjaga jangka masa khemah)


Asas Perkhemahan 7. Khemah perempuan dan lelaki mestilah dipisahkan. 8. Menyediakan ruang lapang untuk menjadi tempat berkumpul dan bersolat. 9. Tempat masak mestilah 5meter jauh dari khemah (supaya percikkan api tidak sampai pada khemah dengan kata lain jangan masukkan api dalam khemah). 10. Punca air adalah dari sungai, perigi dan tasek. 11. Tandas mestilah dikorek pada jarak sejauh 100meter dari kawasan perkhemahan. → Cara nak melabuh ialah korek - melabuh - bubuh pancang sebagai tanda. (untuk mengelakkan daripada ahli lain terkorek tempat yang telah dilabuh) → Kedalaman korek mestilah 2 kaki. 12. Tempat sampah → Mesti bawa balik semua sampah yang digunakan dikawasan perkhemahan. 13. Adakah senaman sebelum memulakan aktiviti. 14. Rehat & tidur mestilah cukup. Etika Perkhemahan : 1. Jangan buat kekotoran. 2. Jangan rosakkan alam semulajadi. 3. Menghormati adat resam orang tempatan. 4. Awasi penggunaan api. 5. Elak daripada bercakap besar. Peralatan Yang Perlu Bawa Semasa Perkhemahan : 1. Bag Bag 60L atau 90L Khemah Porch Bag 2. Pakaian Pakaian Bersih 1 atau 2 Baju Seluar


Asas Perkhemahan Slipper Tuala Selimut Pakaian Aktiviti 1 (yang dipakai semasa perjalanan dari awal hingga akhir aktiviti) Baju T-shirt Seluar Banyak Poket untuk mudah menyimpan barang. Topi Stoken Stoken Pacat Kasut (kasut mestilah boots yang menutupi buku lali kaki, ini bertujuan menyelakkan serangan binatang pada bahagian kaki) Glove 3. Memasak Gas Mess Tin Mancis Solid Fuel Biji kelapa Sawit Water Container 4. Makanan Biskut Kering Beras (setiap plastik mesti telah disukat untuk 1hari, kalau 3 hari berkhemah maka 3 plastik perlu disukar awal-awal) Makanan Bertin (Laici, Nenas, Sardin, Kari Ayam, dan Lain-lain) Peralatan Rescue: Tool Box First Aids Torchlight Lilin Masking Tape Black Tape Pisau Whistle Tali 5meter keatas


JALAN LASAK DAN PANDU ARAH 14


Jalan Lasak dan Pandu Arah TUJUAN 1.mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut prosedur yang ditetapkan. 2.mempunyai sistem pengurusan aktiviti panddu arah yang mantap. 3.melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti. PERATURAN & PERSEDIAAN 1. Kebenaran Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita. 2. Persediaan Alatan Titik kawalan (control point) Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta. Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik. Penanda Kawalan Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul. Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m). Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.


Jalan Lasak dan Pandu Arah Peta utama Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan. Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan Keterangan Kawalan Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan. Di peringkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah. Landasan Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya. Tanda yang berkenaan landasan adalah : Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi. Titik kawalan dengan tanda bulatan. Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih. ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan. KOMPAS Untuk menentukan arah. Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam hutan. Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat.


Jalan Lasak dan Pandu Arah KOMPAS Untuk menentukan arah. Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam hutan. Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat.


Perkara-perkara penting semasa guna kompas i.Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang betul dan tepat. ii.Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau gatu besar yang berada di persekitaran. Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta: 1..letakkan peta di atas permukaan yang rata. tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B. 2. lukiskan kedudukan arah mata angin utara selata. ini dapat dilakukan dengan melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran. 3. 4.sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik tersebut. 5. Aktiviti penggunaan kompas 1.mengenal arah mata angin. 2.mencari arah mata angin. 3.mencari arah kiblat. 4.praktikal mencari bearing (arah mata angin). 5.latihan di kawasan sekolah. 6.menggunakan peta. 7.merintis hutan menggunakan kompas. 8.merintis hutan menggunakan kompas. 9.pertandingan mencari bearing di hutan. 10.mencari harta karun. 11.aktiviti orienteering atau pandu arah.


Mengesan tanda dan simbol Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti batu, ranting, anak panah, lakaran atas pokok dsb. jenis simbol juga dapat dicipta. Laporan Pengembaraan Disediakan oleh setiausaha aktiviti. Melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer taman yang bertugas ditempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa aktiviti perkhemahan akan dilakukan di dalam kawasan mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan keselamatan ataupun melakukan kerja-kerja menyelamat sekiranya anda memerlukan bantuan. Bukan itu sahaja, mungkin mereka juga boleh memberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai keadaan kawasan tersebut. Kandungan adalah seperti maklumat umum iaitu masa, tempat, aktiviti. Lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan. Catatan perjalanan. Pembahagian tugasan ahli. Gambar-gambar sepanjang aktivti jalan lasak disertakan.


MALAM KEBUDAYAAN 15


Malam Kebudayaan 1. PENDAHULUAN APAKAH DIA ‘MALAM PENGAKAP’ atau ‘MALAM KEBUDAYAAN PENGAKAP’. Malam Pengakap adalah nama bagi satu temasya yang dipersembahkan oleh kumpulan pengakap untuk bersukaria sebagai menghilangkan kebosanan dan melupakan segala kerja yang telah dibuat semasa berkhemah dll. Malam Kebudayaan mungkin ada perhubungan dengan seni budaya Pengakap atau Kebudayaan Pengakap itu sendiri, sebagaimana yang dialami. Aturcara yang dipersembahkan dalam Malam Pengakap itu adalah datangnya dari pengakap itu sendiri seperti seni tari, seni lakon, nyanyian dll. Semua itu bercorakkan seni budaya pengakap. Untuk perhatian bahawa setiap persembahan yang dibuat oleh pengakap tidaklah seperti persembahan yang diadakan di atas pentas. Persembahan Malam Pengakap itu hanyalah apa yang terdaya oleh setiap kumpulan pengakap itu sendiri 2. Tujuan Malam Pengakap merupakan acara kemuncak - diada di tempat-tempat lapang dan terdapat aktiviti seperti nyanyian, lakonan dan tarian bagi tujuan menghlbur menghilangkan rasa bosan selepas penat bekeria & berkhemah melatih bertatatertib taat dan mengikut perintah mencungkil bakat terpendam bekerjasama dan tolong menolong latihan mengukur masa tahu menilai, menghargai dan menghormati orang lain menghilang rasa malu berkeyakinan dan mempercayai diri sendirl untuk kepuasan diri dan bukan menunjuk-nunjuk


Malam Kebudayaan 3. PROSEDUR ACARA MALAM PENGAKAP Siapakah yang merasmikannya ? Selepas perasmian beberapa buah lagu rancak nyanyian beramairamai - semua peserta Pertuniukan (acara di selang-seli) contoh Nyanylan beramal-ramal - Lakonan pendek - Nyanyian kumpulan - Tarian - Nyanylan "round song" - Stunt Selitkan juga cerita pendek bertemakan nasihat Selepas setiap acara, selitkan " Yell “ Lagu yang mengandungi pantun seperti " Rasa Sayang dan Trek Tek-Tek " di pertengahan acara Acara yang baik dikemudian persembahannya Penutup dengan lagu Negaraku dan dilakukan tatkala acara sedang memuncak 4. JURULATIH MENERANG TENTANG PERSEDIAAN MALAM PENGAKAP Tempat yang sesual Acara/program Juruacara Orang yang merasmikan Peserta Jemputan (sediakan tempat duduk) Perkara-perkara lain yang perlu


Malam Kebudayaan 5. PANDUAN PENGISIAN MALAM PENGAKAP 1. Lagu Beramai-Raniai Pastikan lagu tersebut boleh dinyanyi oleh semua orang dan semua yang mengambil bahagian. 2. Round Song Satu latihan yang baik untuk tatatertib dan mengikut rentak yang sama. 3. Lakonan/Sketsa Lakonan sebaiknya pendek dan anggaran 3 hingga 5 minit. Temanya tidak menyentuh agama, perkauman atau bangsa. Tidak perlu banyak alatan dan elak mengguna alatan merbahaya. 4. Tarian Jenis tarian kebudayaan dan bertema budaya tempatan dan pergerakan Pengakap. Memadai 2 atau 3 tarian seperti joget, lnang dan tarian gajah. 5. Celoteh Boleh diselit tetapi berunsur nasihat dan menghibur hati. Jangan menyindir / rnenyakit hati peserta lain. 6. " Yell " : Diada pada akhir sesuatu acara sebagal menanda penghargaan.


Malam Kebudayaan 6. TUGASAN A) Persembah satu lakonan/sketsa pendek sesuai untuk Malam Pengakap, Masa untuk persembahan 3 hingga 5 minit. B) Sedia satu aktiviti " Round Song" untuk Pek anda. C) Persembah satu tarian bertema Budaya Tempatan atau Pergerakan Pengakap. D) Persembah satu celoteh yang berunsur nasihat sesuai untuk Malam Pengakap


LAGU PENGAKAP 16


Lagu Pengakap 1) LAGU RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia


2) UNDANG PENGAKAP Dipercayai taat berguna Bersaudara berbudi kasihkan binatang Menurut perintah Tabah hati, berjima Suci fikiran Suci perkataan Suci perbuatan 3) LAGU PENGAKAP Yip pi ye~ ye~ ye~ (2×) Kami pilih pengakap saja Siang jadi kenangan Malam jadi impian Cintaku semakin mendalam 4) TEPI GUNUNG tepi gunung air terjun tempat orang bermain tempat tinggal tukang kebun dan anaknya mahani sungguh cantik paras ani hidung mancung seludang betis bagai beting padi tak jemu mata memandang tidur malam mimpi-mimpi ani datang ke rumah tapi sayang ani pergi hati ani berubah


5) DI SINI BERKUMPUL Di sini di sini, kita berkumpul Di sini di sini, kita berkumpul Salam, salam, salam, salam, salam, ooi Here we are, here we are, here we are again Here we are, here we are, here we are again Hello, hello, hello, hello, hello, ooi Cai celi, cai celi, woh meh cai celi Cai celi, cai celi, woh meh cai celi Huan si, huan si, huan si, huan si, huan si, ooi Porengeh, porengeh, engeh porengeh Porengeh, porengeh, engeh porengeh Aneh, aneh, aneh, aneh, aneh, ooi 6) DI SINI SENANG DI SANA SENANG Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang Lai. lai, lai, lai, lai, lai . 7) BURUNG BERBUNYI Dengarlah itu burung berbunyi Bagai suara orang menyanyi Riang gembira bercampur sayu Sambil terbang ke hilir ke hulu Terbang kerana mencari makan Selagi ada nyawa di badan Di waktu petang mencari pokok Untuk tidur menantikan esok


8) KEMUKA KE BELAKANG kemuka ke belakang ke samping lalu silang muka belakang samping lalu samping 9) SELAMAT BERJUMPA Selamat Jumpa, Selamat Jumpa, Selamat Jumpa Kawanku, Apa Khabar, Apa Khabar, Apa Khabar Kawanku, Senang Hey, Riang Hey, Hura, Hure, Hiro, Enak, Enak, Enak Hey, Enak, Enak, Enak Hey, Hura, Hure, Hiro. 10) MENTARI DAN BULAN Ho hoi mentari maharaja siang Hoi hoi rembulan permaisuri malam Di waktu siang mentari menjelang Di waktu malam bulan pun mengambang Di kala itu pengakap berdendang Demi cita-cita sampai ke bintan


IKTHIAR HIDUP 17


Ikthiar Hidup DEFINISI Berikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh. OBJEKTIF 1)Kognitif Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya. Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air. Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup. 2)Psikomotor Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dqari bahaya. Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup. Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik. 3)Afektif Membina keyakinan diri untuk terus hidup. Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggung jawab. Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan adapt menimati keindahannya.


Ikthiar Hidup TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP Dalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau kumpulan. Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tekanan-tekanan yang perlu diatasi ialah: a. Kelaparan b. Kehausan c. Kesakitan d. Kesejukan dan kepanasan e. Keletihan f. Kesepian dan ketakutan PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP 1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat, kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga. a. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan. b. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui. c. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu malam.


Ikthiar Hidup 2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan serta binatang buas dan serangga perlu di adakan. 3. Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini mungkin kan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam menghadapi keadaan tersebut. 4. Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti di bawah: a. Perubatan: i. Panadol unuk sakit kepala, deman dan lain-lain. ii. Lomotil untuk cirit birit iii. Cadusil untuk radang perut. iv. Antibiotik v. Ubat gatal vi. Plaster, pembalut dan ubat luka. b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut: i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo. ii. Bungkusan glukus iii. Bungkusan gula iv. Bungkusan garam v. Pil-pil vitamin


Ikthiar Hidup TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujianujian perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkat-peringkat ujian adalah seperti berikut: 1. Menghidu. Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak. 2. Gatal-Gatal Kulit. Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesankesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhan tersebut tidak boleh dimakan. 3. Bibir, Lidah dan Mulut. Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatalgatal atau mual masukkan bahagian tumbuhantersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan. a. rasa kelat dan sepat b. rasa loya c. rasa gatal-gatal dedaun mulut.


Ikthiar Hidup 4. Menelan Sedikit. Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut: a. rasa mual b. sakit perut c. demam dan sakit sendi tulang 5. Makan sedikit. Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh dimakan. PERATURAN MELAKSANAKAN UJIAN Semasa menguji tumbuhan-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi: 1. Jangan memendekkan ujian. 2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan. 3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan. 4. Tidak semestinya kalau burung makan kita boleh makan. 5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyak disekelilingnya. 6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan. 7. Buah yang manis tidak semestinya semua boleh makan. 8. Buah yang masam semuanya boleh makan.


Ikthiar Hidup TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUN Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan adalah seperti berikut: 1. Muntuhkan tumbuhan tersebut dengan cepat. 2. Minum air bersih yang telah dimasak. 3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan. 4. Dapat bantuan perubatan dengan segera. TEMPAT PERLINDUNGAN Dalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi kita dari kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang kepada kita untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan dengan menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada. MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN Sebelum kita membina tempat perlindungan perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan: Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun utuk membuat atap senang didapati dikawasan tersebut. 1. Selamat dari binatang-binatang liar dan serangga-serangga yang memberhaya. 2. Selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokokpokok yang mati. 3. Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang didapati. 4. Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang dirancangkan. 5.


Ikthiar Hidup JENIS-JENIS TEMPAT PERLINDUNGAN Beberapa jenis tempat perlindungan atau pondok hutan boleh dibina dengan menggunakan bahan - bahan hutan yang sedia ada diesuatu kawasan. Pondok Sementara. Pondok ini merupakan jenis perlindungan yang paling senang dibina dan untuk kegunaan jangka masa yang pendek. Pondok mesti dibina di atas tanah yang rata dan kering. 1. Pondok Jangka Panjang. Pondok ini dibina jika ingin berkhemah untuk jangka waktu yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak rata. 2. Pondok dalam kawasan Rawang. Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam kawasan rawang (berpaya). Tempat perlindungan yang dibina hendaklah selamat dari air pasang. 3. BAHAN-BAHAN PEMBINAAN 1. Atap . salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam hutan atap boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:- a. Daun palas gajah dan palas biasa. b. Daun rumbia atau nipah. c. Daun bertam d. Daun pokok kabung dan enau. e. Daun mengkuang. f. Buluh dan kulit kayu g. Daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai.


Ikthiar Hidup 2. Tiang dan Alang. Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok. Kayu-kayu yang terdapat di dalam hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut hendaklah dari saiz yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan tahan untuk jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas hendaklah dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan bahan-bahan untuk membuat atap. 3. Tali. Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiangtiang, alang dan atap. Tali- tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, roran dan akar-akar yang boleh diperolehi dar hutan.


PERMAINAN KECIL PENGAKAP KANAKKANAK 18


Permainan Kecil Pengakap Kanakkanak 1)Harta Karun Alatan: Peta lakaran, peta topo, arahan/tugasan, kompas, objek seperti kacang,gula-gula (sebagai `Harta Karun’). Satu peta kasar (dengan bertanda X) yang menunjukkan tempat sesuatu objek disembunyikan diletakkan di satu tempat, misalnya: di kawaasan padang. Pada peta itu, boleh disertakan arahan lain untuk dijalankan oleh Pengakap itu. Berengkompas boleh diberi untuk panduan Pengakap mencari arah lain sehinggaterjumpanya `Harta Karun’ itu. 2)Permainan Kim Deria Lihat Alatan: pensil, paku, pemadam, duit syiling, pku paying, pin, mancis, pen, kertas, batu, pisau dll. (sediakan lebih kurang 30 jenis) Letakkan objek-objek tersebut di atas meja dan tutup dengan kain atau kertassurat khabar. Setiap patrol diberi masa3 minit untuk memerhati objek-objek yang diberi (masa boleh disesuaikan) dan bila sampai masa, patrol itu perlu berbincang dan Ketua Patrol perlu menyenaraikan objek yang dilihat. Deria Sentuh/raba Alatan: pensil, pen, pemadam, lencana, paku, skrew, batu kecil, botol, duitsyiling, kotal mancis, penutup botol, tali pendik, getah bulat dll. Objek-objek tersebut dimasukkan ke dalam karung/beg/kotak dan setiapPengakap diberi masa 1 minit untuk menyentuh objek-objek tersebut tanpamelihatnya. Setelah semua pengakap dalam patrol tersebut menyentuhnya,mereka dikehendaki berbincang dan ketua menulis senarai nama objek-objek tersebut.


Deria Dengar Alatan:Pita rakaman (pelbagai bunyi misalnya, bunyi enjin, air dibuka, kayu patah, membuka penutup, laci, pintu, mengheret kerusi, menggoncangdan lain-lain.) Jika tidak menggunakan pita rakaman, Pengakap boleh membuat bunyi-bunyian yang dibuat di luar bilik.Mainkan pita rakaman untuk didengari oleh Pengakap. Selepas semua bunyi itudimainkan, mereka boleh berbincang dan menyenaraikan bunyibunyian yangtelah didengarinya tadi. Deria Hidu Alatan:Minyak wangi, minyak angin, halia, cuka, kopi, bawang, ubat gigi,minyak rambut dan sebagainya. Pengakap dikehendaki menutup matanya dengan skaf dan menghidu objek-objek itu bergilir-gilir. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menulis jawapannya. Deria Rasa Alatan: Kunyit, garam, gula, lada, bunga cengkih, cili dsb. Pengakap dikehendaki merasa dengan lidah bahan-bahan/serbuk yang disediakanitu bergilir-gilir. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menuliskan jawapannya. Permainan Kecil Pengakap Kanakkanak


3) Lakonan Bisu Alatan: kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu gerakerja yang perludilakukan oleh Pengakap) Satu patrol menghantar seorang wakil dan dia dikehendaki mencabut satu kertas.Setelah membaca kandungannya, dia hendaklah beraksi di hadapan patrolnya danmereka cuba meneka lakonan yang dipamerkan. 4)Lembu kena kepung ahli kumpulan memegang tangan dan membuat bulatan. seorang peserta menjadi lembu dan berdiri di tengah bulatan. lembu cuba berlari keluar dari bulatan dengan menggunakan sebarang cara dan peserta yang membuat bulatan cuba menahan lembu keluar dari bulatan. jika lembu dapat keluar dari kepung,tukar dengan paserta lain sebagai lembu. Permainan Kecil Pengakap Kanakkanak


CERITA HUTAN 19


Cerita Hutan


Cerita Hutan


Click to View FlipBook Version