The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-46231830, 2021-08-27 10:04:17

cover kajian dan penulisan-merged

cover kajian dan penulisan-merged

LAMPIRAN

Pelajar diberi penerangan tentang kaedah tik tok dalam pengajaran dan pembelajaran

Kaedah Tik Tok menarik minat pelajar
32

Contoh 2 aplikasi tik tok yang pelajar hasilkan
33

KAJIAN TINDAKAN

KAEDAH ‘CHECKLIST TLUPS’ DALAM
MENINGKATKAN MARKAH PELAJAR
DALAM MATAPELAJARAN PENGAJIAN AM

PN ROHANA MOHAMED NOR

1

ABSTRAK

Matapelajaran Pengajian Am merupakan satu matapelajaran wajib yang patut diambil
oleh semua pelajar STPM. Setiap semester pelajar perlu mendapat sekurang-kurangnya B
untuk skor dalam keputusan akhir semester 3 nanti.Dalam semester 11 pelajar perlu
menjawab soalan Alihbentuk komunikasi iaitu dalam Bahagian B. Bahagian ini markah yang
diperuntukan ialah 20 markah dan masa yang sepatutnya dijawab oleh pelajar ialah 30 minit
sahaja.Kekangan Pelajar dalam menjawab soalan ini ialah pelajar sukar untuk menentukan
jenis media, menganalisis data dan menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan kerana
kurang latihan.

Kaedah checklist Tlups ialah satu kaedah untuk membantu pelajar mendapat markah
yang tinggi dalam menjawab bahagian ini.Di sini telah diperincikan satu persatu apakah yang
dimaksudkan dengan TLUPS. T bermaksud Tajuk, L bermaksud Label iaitu label Paksi X
dan Y. U bermaksud Unit dipaksi X dan Y.P pula ialah petunjuk dan S ialah sumber.Jadi
kecuaian yang sering berlaku pada calon ialah mereka lupa untuk menulis 5 elemen ini yang
menyebabkan markah mereka sangat rendah atau gagal mendapat markah penuh dalam
bahagian ini.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Bersandaran kepada maksud hadis:
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah Radhiaallahu’anhu maksudnya,

“Tidaklah Seorang mukmin itu jatuh dari lubang yang mempunyai binatang berbisa sebanyak dua
kali”
Berdasarkan maksud hadis di atas pengkaji membuat refleksi diri bahawa perlu mencuba teknik
baharu untuk membantu pelajar melukis carta pai bertingkat dengan cepat dan berada pada
kategori maksimum 20 markah.Pengkaji mendapati pelajar gagal menghasilkan carta pai bertingkat
dengan cepatdan kemas dalam waktu yang ditetapkan.Berdasarkan Sukatan Pelajaran Pengajian Am
Semester 2 tahun 2017 diperuntukan 1 waktu iaitu 40 minit sahaja .Pada pendapat pengkaji adalah
agak sukar untuk memastikan pelajar dapat menjawab dengan baik dalam tempoh masa yang

2

ditetapkan.Oleh itu pengkaji merasakan perlu mencipta teknik baru untuk membantu pelajar
melukis carta pai bertingkat dalam tempoh masa yang ditetapkan.Hal ini adalah berdasarkan kepada
pengetahuan dan
Berdasarkan refleksi pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, pelajar-pelajar ini
pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada kerana telahpun belajar beberapa bentuk antaranya
graf dalam bahagian Alih Bentuk Komunikasi .Oleh itu dari segi teknikal pembinaan graf itu dan
dan memindahkan data dari petikan ke dalam bentuk jadual dapat dilakukan dengan baik dan kemas
Namun begitu timbul masalah apabila pelajar hendak memindahkan data dari jadual ke dalam
bentuk media yang sesuai khasnya carta pai bertingkat.

FOKUS KAJIAN

Bahagian ini memerlukan pelajar menganalisis soalan untuk menentukan media yang tepat
berdasarkan soalan. Setelah itu pelajar perlu memindahkan data dari petikan ke dalam bentuk jadual
yang memerlukan pelajar membuat anlisis terhadap petikan dan memerlukan beberapa
pengiraan.Fokus kajian ini adalah berdasarkan sukatan Pengajian Am dan Rancangan Pelajaran
Tahunan 2019.Waktu mengajar alih bentuk komunikasi dalam sukatan pelajaran sangat terhad dan
guru perlu bijak dalam membuat p& p agar pelajar dapat menghasilkan media mengikut skema.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mengandungi objektif umum dan objektif khusus

3.1 Objektif Umum
3.1.1 Memastikan pelajar dapat melukis media dengan betul
3.1.2 Memastikan pelajar dapat markah yang baik dalam bahagian alih bentuk komunikasi
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Memastikan 100 peratus pelajar menguasai teknik menjawab Soalan Bahagian B dan

mendapat A dalam Pengajian Am.
3

3.2.2 Mendidik pelajar agar sentiasa berhati-hati semasa menjawab soalan bahagian B
3.2.3 Mencapai target sifar gagal dalam matapelajaran Pengajian Am
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini memberi tumpuan kepada pelajar Tingkatan Enam,melibatkan 20 pelajar dari zon kuning
(sederhana).Berdasarkan pecahan jantina kelas ini mempunyai lelaki 12 orang dan perempuan 8
orang
PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Cara Mengumpul Maklumat
Dalam melaksanakan sesuatu ujian langkah awal yang perlu dilakukan oleh pengkaji adalah kaedah
untuk mendapatkan maklumat.Dalam melaksanakan kajian tindakan ini pengkaji menggunakan
kaedah kualitatif iaitu kaedah apaemerhatian. Melalui kaedah ini maklumat awala akan dikumpul
oleh pengkaji apabila melakukan praaujian dan maklumat direkodkan dalam jadual.Melalui dapatan
ini pengkaji dapat menilai masalah sebenar pelajar dalam menghasilkan media yang lengkap.Hal I ini
menyebabkan pengkaji dapat membuat analisis bahawa masalah utama pelajar ialah lalai dalam
meneliti TLUPS.

4

Jadual 1: Carta Gannt Pelaksanaan Kajian Tindakan 2019 (Jan-April)

No. Bulan Jan Februari Mac April

Tindakan 123 41 2 341 2 3 4

Penerangan tentang x

kajian tindakan

Menulis diari /refleksi x x x x x x x x x x x x
x
masalah

Perjumpaan penyelia x xx x x

Membaca bahan- x xx
xx x
bahan rujukan tentang
xxx
kajian tindakan xx

Mengenal pasti tajuk

dan masalah kajian

tindakan

Menulis draft untuk

objektif kajian dan

soalan kajian

Mencari sampel kajian

Memilih cara xx
xx
mengumpul data
xx xx x
Menulis draft Proposal

Kajian

Tinjauan literatur

Input teori xxx x

Menganalisis dan xx x x

menginterpretasikan xx
xx x
data
xx
Melaksanakan xx

Lingkaran 1

Menulis Proposal

Kajian

Melaksanakan

Lingkaran 2

Penghantaran Kajian

Tindakan kepada

Penyelia

5

Jadual 2:Tarikh Perancangan Kajian Tindakan.

Bil Aktiviti Tarikh Catatan
1 Mengenalpasti Masalah Dan Pengumpulan Data Perlaksanaan

2.1.2019

2 Menulis Proposal Kajian 3.1.2019

3 Merancang Tindakan (Secara Individu) 4.1.2019

4 Melaksana Tindakan-Aktiviti Pertama 5.2.2019

5 Membincangkan Masalah Yang Timbul 13.2. 2019

6 Melaksana Tindakan (Aktiviti Kedua) 13.3.2019

Membincangkan Masalah Yang Timbul Dalam
7 14.4.2019

Tindakan Kedua

8 Ujian Untuk Mengesan Pencapaian Murid 20.4.2019

9 Refleksi Kajian 16.4.2019

10 Menulis Laporan Kajian 1.5.2019

Menghantar Laporan Kajian Tindakan kepada
11 4.5.2019

Penyelia

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Antara sebab kajian ini dibuat adalah kerana pelajar menganggap bahagian B ini sukar untuk
mendapat markah tinggi.Mereka juga berada di ambang bahaya jika mereka sukar
mengenalpasti apakah media yang dikehendaki oleh soalan. Untuk membantu pelajar
mendapat markah tinggi dalam kertas ini mereka perlu juga checklist Tlups supaya mereka
selamat daripada mendapat markah 01.

Sebab kedua kajian ini dibuat adalah kerana sebagai seorang guru kami melihat pelajar
mampu menjawabnya tapi mereka agak cuai,Kadang kala media lengkap tetapi unit tertinggal,
label tidak ditulis , petunjuk tak sempat tulis dan sebagainya.

6

Sebab ketiga ialah Tlups ini merupakan elemen penting dalam proses menyiapkan media
yang dikehendaki.Kaedah ini membantu pelajar mendapat markah A dalam bahagian B.
Kaedah ini sesuai digunakan oleh semua golongan pelajar sama ada sederhana, lemah dan
cemerlang, Hal ini kerana semua manusia melakukan kesilapan.

Antara isu lain yang diutarakan oleh pelajar ialah lupa untuk menulis unit dan label yang
sepatutnya ditulis tidak dipamerkan. Satu lagi masalah yang sering dilakukan oleh pelajar
ialah mengambil sikap sambal lewa semasa menulis label.Jika dalam pemarkahan pelajar jika
label tidak tepat.markah penuh calon hanya jadi 8/20 sahaja, maksimum. Justeru itu melalui
kajian ini penyelidik berharap mampu membantu pelajar untuk mengatasi masalah ini.

5.3 Tindakan Menanggani Masalah
Bahagian ini memerlukan pelajar menganalisis soalan untuk menentukan media yang tepat
berdasarkan soalan. Setelah itu pelajar perlu memindahkan data dari petikan ke dalam
bentuk jadual yang memerlukan pelajar membuat anlisis terhadap petikan dan memerlukan
beberapa pengiraan.Fokus kajian ini adalah berdasarkan sukatan Pengajian Am dan
Rancangan Pelajaran Tahunan 2019.Waktu mengajar alih bentuk komunikasi dalam sukatan
pelajaran sangat terhad dan guru perlu bijak dalam membuat p& p agar pelajar dapat
menghasilkan media mengikut skema.

5.4 Cara Pelaksanaan Kajian

Pelaksanaan dilakukan dengan cara mengadakan ujian dalam masa 1 jam dalam satu ujian
yang melibatkan semua pelajar yang mempunyai tahap pemikiran aras sederhana. Markah
diambil pada masa itu . Guru belum memperkenalkan TLUPS kepada pelajar-pelajar tersebut.
Markah diambil pada sampel pelajar yang diambil secara rawak. Seleumpas beberapa bulan
pelajar –pelajar diberikan satu lagi ujian iaitu Pra Percubaan,Kali ini pelajar diberikan kaedah
TLUPS. Kaedah tersebut digunakan oleh pelajar untukmeningkatkan lagi markah pelajar.
Masa yang sama dan soalan yang diberikan dalam tema yang sama.Selepas 1 jam para
pelajar dicatatkan markahnya.

7

5. 5 Refleksi Kajian

Pelajar menganggap Bahagian B seolah olah hati kepada Pengajian Am sem 2 kerana jatuh
bangun markah pengajian Am bergantung kepada Bahagian B. Bahagian ini juga kadang kala
merupakan bonus kepada pelajar. Kebanyakan pelajar yang arif dalam permasalahan
matematik menganggap ia adalah satu kesempatan untuk mereka mengapai A dalam
matapelajaran Pengajian Am kerana bahagian ini tidak memerlukan bacaan yang banyak.

Jadual 3: Markah yang diperolehi oleh pelajar sederhana (Zon Kuning)

Sebelum Tlups diperkenalkan (Pra Ujian)

Bil Nama Pelajar Kelas Markah

1 Siti Nurshahirah binti Rosli 6ASV 01

2. Umee Nadhirah binti Jaafar 6ASV 01

3 Muhd Rifhan bin Rosli 6ASV 01

4 Siti Aishah bt Mohamad Shah 6ASV 01

5 Muhd Nur zikri bin Zamrodosman 6ASV 01

6 Nur Dania bt Khairul Anuar 6ASV 01

7 Aliah Maghfirah bt Sahruddin 6ASS 08

8 Abdul Hadi bin Abdul Ghaffar 6ASS 06

9 Badrul Hamizan bin Usrizan 6ASS 01

10 Fatin Nadia bt Ahmad 6ASS 01

11 Muhd Muaz Haikal bin Ismail 6ASS 04

12 Muhd Izrul Amin bin Musa 6ASS 08

13 Abdullah Al Amin bin Mohd Marbawi 6APA 04

14 Azmir bin Mohamed Alias 6APA 0

15 Daniel Izzarel bin Nazrul Azri Chan 6APA 08

16 Mohd Adib Aiman bin Sobri 6APA 04

17 Mohd Firas Naufal bin Mohd Faizul 6APA 04

Nizam

18 Muhd Hafiz bin Husain 6APA 04

19 Nurin Farzana binti Mohd Shukri 6ASY1 06

20 Siti Aishah bt Ahmad Shukori 6ASY1 06

Tarikh ujian : 19. 2.19 (Selasa)
Program: Bengkel Kecemerlangan Akademik (Fasa 1)

8

Jadual 4: Markah yang diperolehi pelajar semasa Pra Percubaan Selepas TLUPS
diperkenalkan

Bil Nama Pelajar Kelas Markah

1 Siti Nurshahirah binti Rosli 6ASV 01

2. Umee Nadhirah binti Jaafar 6ASV 01

3 Muhd Rifhan bin Rosli 6ASV 08

4 Siti Aishah bt Mohamad Shah 6ASV 01

5 Muhd Nur zikri bin Zamrodosman 6ASV 04

6 Nur Dania bt Khairul Anuar 6ASV 17

7 Aliah Maghfirah bt Sahruddin 6ASS 18

8 Abdul Hadi bin Abdul Ghaffar 6ASS 04

9 Badrul Hamizan bin Usrizan 6ASS 04

10 Fatin Nadia bt Ahmad 6ASS 15

11 Muhd Muaz Haikal bin Ismail 6ASS 10

12 Muhd Izrul Amin bin Musa 6ASS 18

13 Abdullah Al Amin bin Mohd Marbawi 6APA 19

14 Azmir bin Mohamed Alias 6APA 20

15 Daniel Izzarel bin Nazrul Azri Chan 6APA 17

16 Mohd Adib Aiman bin Sobri 6APA 04

17 Mohd Firas Naufal bin Mohd Faizul 6APA 18

Nizam

18 Muhd Hafiz bin Husain 6APA 20

19 Nurin Farzana binti Mohd Shukri 6ASY1 18

20 Siti Aishah bt Ahmad Shukori 6ASY1 18

Markah diambil pada 20.4.2019
Sumber: Kajian Lapangan

9

KESIMPULAN
Kaedah checklist Tlups ialah satu kaedah untuk membantu pelajar mendapat markah

yang tinggi dalam menjawab bahagian ini.Di sini telah diperincikan satu persatu apakah yang
dimaksudkan dengan TLUPS. T bermaksud Tajuk, L bermaksud Label iaitu label Paksi X
dan Y. U bermaksud Unit dipaksi X dan Y.P pula ialah petunjuk dan S ialah sumber.Jadi
kecuaian yang sering berlaku pada calon ialah mereka lupa untuk menulis 5 elemen ini yang
menyebabkan markah mereka sangat rendah atau gagal mendapat markah penuh dalam
bahagian ini.

Kaedah ini akhirnya dapat membantu pelajar dalam peperiksaan seterusnya. Dalam
peperiksaan seterusnya pelajar-pelajar dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam
matapelajaran Pengajian Am melalui TLUPS. Sebenarnya mereka tidak lemah tetapi gagl
merancang masa untuk menjawab bahagian ini.

10

RUJUKAN
Buku/ Jurnal/Kertas Kerja

1. Akhtiar Pardi,Shamsina Shamsuddin, Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam
penyelidikan, Bangi :Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. ,2010

2 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia 2008, Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga Putrajaya, BPPDP,
KPM

3 Hasnah Husin, Mardiana Nordin, Pengajian Malaysia, Oxford fajar,Kuala
Lumpur,2007

4. Tan Siew Poh, Abdullah Yusof, Panduan Penulisan Ilmiah, Laporan
Penyelidikan

Kajian tindakan dan Tugasan Akademik, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2012

Laman Sesawang

1. www.blogspot//2012/ buku.com panduan kajian tindakan , dicapai pada 22 Mac
2019

2 www.cgpengajianam.blogspot.com.my dicapai pada 21 April 2019

11

3 https://www.academia.edu/9184274/Panduan_Penulisan_Kajian_Tindakan
dicapai

pada 23 April 2019

12

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

PENYELIDIK
UNIT PENGAJIAN AM

TAJUK KAJIAN:
KAEDAH ‘CHECKLIST TLUPS’ DALAM MENINGKATKAN

MARKAH PELAJAR UNTUK MATAPELAJARAN
PENGAJIAN AM.

Pengenalan

Matapelajaran Pengajian Am merupakan satu matapelajaran wajib yang patut diambil
oleh semua pelajar STPM. Setiap semester pelajar perlu mendapat sekurang-kurangnya B
untuk skor dalam keputusan akhir semester 3 nanti.Dalam semester 11 pelajar perlu
menjawab soalan Alihbentuk komunikasi iaitu dalam Bahagian B. Bahagian ini markah yang
diperuntukan ialah 20 markah dan masa yang sepatutnya dijawab oleh pelajar ialah 45 minit
sahaja.Kekangan Pelajar dalam menjawab soalan ini ialah pelajar sukar untuk menentukan
jenis media, menganalisis data dan menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan kerana
kurang latihan.

Kaedah checklist Tlups ialah satu kaedah untuk membantu pelajar mendapat markah
yang tinggi dalam menjawab bahagian ini.Di sini telah diperincikan satu persatu apakah yang
dimaksudkan dengan TLUPS. T bermaksud Tajuk, L bermaksud Label iaitu label Paksi X
dan Y. U bermaksud Unit dipaksi X dan Y.P pula ialah petunjuk dan S ialah sumber.Jadi
kecuaian yang sering berlaku pada calon ialah mereka lupa untuk menulis 5 elemen ini yang
menyebabkan markah mereka sangat rendah atau gagal mendapat markah penuh dalam
bahagian ini.

Isu Kajian

Antara sebab kajian ini dibuat adalah kerana pelajar menganggap bahagian B ini sukar
untuk mendapat markah tinggi.Mereka juga berada di ambang bahaya jika mereka sukar
mengenalpasti apakah media yang dikehendaki oleh soalan. Untuk membantu pelajar
mendapat markah tinggi dalam kertas ini mereka perlu juga checklist Tlups supaya mereka
selamat daripada mendapat markah 01.

Sebab kedua kajian ini dibuat adalah kerana sebagai seorang guru kami melihat pelajar
mampu menjawabnya tapi mereka agak cuai,Kadang kala media lengkap tetapi unit tertinggal,
label tidak ditulis , petunjuk tak sempat tulis dan sebagainya.

Sebab ketiga ialah Tlups ini merupakan elemen penting dalam proses menyiapkan media
yang dikehendaki.Kaedah ini membantu pelajar mendapat markah A dalam bahagian B.
Kaedah ini sesuai digunakan oleh semua golongan pelajar sama ada sederhana, lemah dan
cemerlang, Hal ini kerana semua manusia melakukan kesilapan.

Antara isu lain yang diutarakan oleh pelajar ialah lupa untuk menulis unit dan label yang
sepatutnya ditulis tidak dipamerkan. Satu lagi masalah yang sering dilakukan oleh pelajar
ialah mengambil sikap sambal lewa semasa menulis label.Jika dalam pemarkahan pelajar jika
label tidak tepat.markah penuh calon hanya jadi 8/20 sahaja, maksimum. Justeru itu melalui
kajian ini penyelidik berharap mampu membantu pelajar untuk mengatasi masalah ini.

Refleksi Masalah

Pelajar menganggap Bahagian B seolah olah hati kepada Pengajian Am sem 2 kerana jatuh
bangun markah pengajian Am bergantung kepada Bahagian B. Bahagian ini juga kadang kala
merupakan bonus kepada pelajar. Kebanyakan pelajar yang arif dalam permasalahan
matematik menganggap ia adalah satu kesempatan untuk mereka mengapai A dalam
matapelajaran Pengajian Am kerana bahagian ini tidak memerlukan bacaan yang banyak.

Objektif Khusus
1 Memastikan 100 peratus pelajar menguasai teknik menjawab Soalan Bahagian B dan

mendapat A dalam Pengajian Am.
2. Mendidik pelajar agar sentiasa berhati-hati semasa menjawab soalan bahagian B
3. Mencapai target sifar gagal dalam matapelajaran Pengajian Am

Kumpulan Sasaran :
Kajian ini melibatkan 30 orang responden daripada pelajar tingkatan 6ASNF dan tingkatan

Tindakan Yang Dicadangkan :
1. Guru mengenalpasti pelajar di bawah kendaliannya
2. Guru mencari maklumat markah pelajar dan berusaha mengenal pelajar dengan lebih
rapat
3. Guru mengesan kelemahan dan kesilapan pelajar semasa menyiapkan graf yang
dikehendaki soalan.
4. Guru menjalankan ujian formatif dan sumatif untuk mengesan peratus kecuaian
pelajar dan menjalankan ujian pra dan post.
5. Guru mencatat markah pra dan post untuk rujukan guru.

Bahan Yang Dicadangkan :
1. Soalan kuiz

2. Kertas graf
3. Pen
4.Pensel warna
5.jam randik


Click to View FlipBook Version