The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asikhinn, 2022-10-04 03:05:07

modul 2022 edit inovasi

modul 2022 edit inovasi

MODUL Kaunseling
Kelompok Berstruktur (K²B)

Rasional Emotif Tingkah Laku

Disediakan Oleh
Dr. NOR ASIKHIN BINTI ISHAK
PM Dr NOR SHAFRIN AHMAD

1

Modul Kaunseling Kelompok Berstruktur K²B Rasional Emotif Tingkah Laku
1. Pengenalan K²B
Modul ini menyediakan satu prosedur untuk membantu kaunselor yang mengamalkan
Teori Rasional Emotif Tingkah Laku dalam kalangan remaja murung. Kandungan ini
telah dibina hasil daripada gabungan kandungan pembelajaran Pendidikan Rasional
Emotif oleh pereka-pereka sebelumnya seperti Bernard (2001, 2005), Dryden (1999),
Ellis et al. (1997), Vernon (2006), Bernard dan Joyce (1984) serta Knaus (1974).

Modul K²B REBT ini dibina berdasarkan prinsip asas terapi REBT yang berfokus
kepada mengurangkan kepercayaan tidak rasional. Modul ini juga mengintergrasi teori
kemurungan dan REBT dalam proses kaunseling. Selain itu, modul ini menggunakan
teknik mencabar bagi mengurangkan kepercayaan tidak rasional. Modul ini membantu
mengurangkan kemurungan remaja.
2. Rasional
Remaja di sekolah hari ini terdedah kepada pelbagai masalah berkaitan isu kemurungan.
Permasalahan yang sering dihadapi meliputi masalah pencapaiaan akademik, kesihatan,
rakan sebaya, kewangan, hubungan ibu bapa dan lain-lain. Keadaan ini berlaku apabila
individu mempunyai pemikiran yang tidak rasional. Mereka tidak dapat mengenalpasti
pemikiran tidak rasional, dan tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk membantu
membuat perubahan kepada diri dan masalah yang dihadapi. Namun sekiranya mereka
dapat mengenal pasti kepercayaan yang rasional, mereka mampu bergerak ke arah lebih
positif.

Hasil keseluruhan kajian juga lebih bermakna dengan pembinaan modul yang boleh
digunakan oleh pihak-pihak yang berminat. Modul ini dibina berdasarkan prinsip-prinsip
REBT untuk membantu ahli kelompok menurunkan tahap kemurungan melalui teknik-
teknik terapi teknik mencabar, analisis rasional, pujian dan relaksasi. Selain itu, prinsip
ini juga membantu dalam mengubah sistem kepercayaan tidak rasional ke arah kehidupan

2

yang lebih positif melalui penggunaan modul K²B REBT. REBT telah terbukti menjadi
amalan terbaik dan teori ini dianggap sebagai pendekatan pencegahan yang meluas
disamping sangat berkesan di sekolah (Bernard, Ellis, & Terjesen, 2006; Vernon, 2009b).
3. Matlamat
Matlamat utama modul ini bertujuan untuk membantu ahli kelompok mengubah
pemikiran negatif kepada positif dan mengurangkan kemurungan yang di alami. Selain
itu, ahli kelompok digalakkan berbincang tentang pemikiran baru dan kesan pemikiran
baru melalui suasana kaunseling kelompok yang menyeronokkan. Kesimpulannya, modul
ini bertujuan membetulkan falsafah yang salah, meminimakan pemikiran yang tidak
rasional, menimbulkan tanggapan yang lebih positif terhadap peristiwa dialami atau
dilihat, mewujudkan perasaan dan perlakuan yang rasional dan melahirkan individu yang
berkembang ke arah positif.

4. Objektif
Objektif modul ini adalah untuk:

1. Membantu pelajar mengurangkan kemurungan.
2. Pelajar yang mengalami kemurungan akan mempelajari konsep-konsep asas

REBT.
3. Mengenal pasti corak pemikiran yang membawa kepada kesan emosi dan tingkah

laku negatif melalui analisis rasional
4. Mengurus kepelbagaian emosi negatif menggunakan pendekatan REBT (teknik

mencabar pemikiran)
5. Membantu pelajar mengubah pemikiran yang tidak rasional
6. Membantu pelajar membina matlamat diri untuk melakukan perubahan kea rah

lebih positif
7. Membantu menggalakkan pelajar merangka strategi penyelesaian masalah yang

mereka hadapi
8. Membantu pelajar mengubah perlakuan yang positif.

3

5. Ringkasan Modul
Berikut adalah ringkasan bagi Modul Kaunseling Kelompok K

5 SUBTEMA PERINGKAT SESI AKTIVITI
(Vernon 2009, KAUNSELING
Bernard, 2004; KELOMPOK
Dryden, 1999;
Ellis et al. 1997) K²B REBT

Penerimaan Membina Sesi 1: 1.Aku, Kau dan
Hubungan Membina dia
Hubungan
(Pendahuluan 2.Miror-miror On
The World
Dan
Pengenalan
Kelompok
Kemurungan)

Kemurungan Berstruktur K²B Rasional Emotif dan Tingkah laku.

OBJEKTIF CATATAN

Pada akhir sesi ahli kelompok dapat: Teknik K²B REBT
1. Saling berkenalan dengan setiap ahli 1. Bina hubungan dengan
kelompok agar tidak ada jurang.
Empati
n 2. Mewujudkan suasana yang terapeutik Mesra
semasa berkongsi isu agar ahli-ahli Hormat
rasa selesa dan selamat berada dalam
kelompok. 2.Lihat“secondary
disturbance”
3. Menimbulkan kejelekitan pada setiap
ahli kelompok 3. Cara terbaik
“perhubungan ahli
4. Membina peraturan dan memahami kelompok”,
peranan kaunselor dan ahli adalah menunjukkan
kelompok. “perubahan” tidak
mustahil untuk dicapai
dan rawatan REBT
sesuai membantu ahli
kelompok.

4. Kerja Rumah

4

5 SUBTEMA PERINGKAT SESI AKTIVITI
KAUNSELING
(Vernon 2009, KELOMPOK
Bernard, 2004;
Dryden, 1999; ²²REBT
Ellis et al. 1997)

Menilai Sesi 2: 1. I Can See
masalah, Your Voice
individu dan Penerokaan
situasi Masalah 2. Centre Square

(Memahami
Kemurungan

)

Perasaan

Menilai Sesi 3: 1.Dimatamu
masalah,
individu dan Penerokaan
situasi Masalah

(Identifikasi
Bentuk
Pemikran
Tidak
Rasional)

OBJEKTIF CATATAN

Pada akhir sesi ahli kelompok dapat: Teknik K²B REBT
1. Memahami maksud, simptom 1. Mulakan dengan
kemurungan dari aspek emosi,
fikiran, fisiologi dan tingkah laku. “pandangan Klien”
2. Mengenal pasti setiap ahli kelompok tentang “Whats
tentang kejadian yang dialami. wrong with them?
3. Mengenal pasti kejadian yang 2. Semak “secondary
dialami, dan kesan kemurungan yang disturbance”
berlaku. Apa perasaan
4. Mengenal pasti bagaimana apabia ada masalah
kemurungan berlaku. itu?
5. Mengenal pasti bagaimana
mengatasi kemurungan Elemen teknik REBT
1. Kerja Rumah

Pada akhir sesi ahli kelompok dapat: Teknik K²B REBT
1. Meneneroka masalah kemurungan yang 1. Buat General Assesment.
menganggu kehidupan mereka.
2. Dapat menyebut punca kemurungan Tentukan
3. Dapat menulis kesan masalah tersebut - Sejarah peribadi dan
kepada diri mereka sekarang
4. Menyatakan pemikiran tidak rasional sosial @
- faktor personaliti@
- Faktor non

psikologikal @
- Kecelaruan

Klinikal@ dll

Elemen teknik REBT
1. Tugasan

5

5 SUBTEMA PERINGKAT SESI AKTIVITI
KAUNSELING
(Vernon 2009, KELOMPOK Sesi 4: 1.The Magic
Bernard, 2004; Of Rational
Dryden, 1999; K²B REBT Matlamat Thinking
Ellis et al. 1997) Rawatan
Menyediakan (Mengenali
Kepercayaan Ahli Himpunan
Pemikiran
Kelompok
Untuk Terapi Tidak
Rasional)

Implementasi/ Sesi 5: 1. Thermostat
Melaksanaka Rasional
Mencabar
Program Sistem
Rawatan
Pemikiran
Mencabar Tidak rasional

(Latihan
Mencabar
Pemikiran

Tidak
Rasional)

OBJEKTIF CATATAN

Pada akhir sesi ahli kelompok dapat: Teknik K²B REBT
1. Memperkenalkan
1. Memahami matlamat rawatan Asas REBT
bagi melakukan perubahan 2. Kerja Rumah
3. Analisis Rasional
2. Dapat menyatakan Asas REBT.
3. Dapat menulis analisis Teknik K²B REBT
1. Teknik mencabar
pendekatan REBT 2. Menyemak tugasan
4. Dapat menyatakan kesan teknik 3. Mengajar pemikiran
baru
analisis rasional 4. Peneguhan
Pada akhir sesi ahli kelompok dapat: 5. Humor

1. Dapat menyenaraikan
analisis rasional.

2. Dapat melaksanakan
tugasan teknik mencabar
untuk kurangkan
kemurungan

3. Mengetahui strategi
tambahan seperti soalan
mencabar, terapi emosi,
terapi tingkahlaku dan
terapi kognitif.

4. Dapat menyenaraikan
kesan baru dari segi
perasaan dan tingkah laku

5. Dapat menyenaraikan
kepercayaan tidak rasional

6. Dapat menyebut contoh
soalan mencabar

6

5 SUBTEMA PERINGKAT SESI AKTIVITI
KAUNSELING
(Vernon 2009, KELOMPOK
Bernard, 2004;
Dryden, 1999; K²B REBT
Ellis et al. 1997)

Menilai Sesi 6: 1.May Dream
Kemajuan Come True
(Mengatur
Sistem sokongan Dan Strategi
Mengatur Penyelesaian
Strategi Masalah
sokongan Rutin)

Menyediakan Sesi 7: 1.Bait-bait
Ahli untuk
Penamatan Penamatan terakhir

OBJEKTIF CATATAN

Pada akhir sesi ahli kelompok dapat: Teknik K²B REBT

1. Semak keperluan

1. Menyenaraikan sistem sokongan penambahbaikan
yang dapat membantu klien.
dalam perubahan
2. Menyenaraikan alternatif yang
boleh dilakukan dalam menghadapi pemikiran ahli
peristiwa/masalah.
kelompok secara
3. Menyenaraikan kehendak diri dan
matlamat yang ingin dicapai dalaman dan luaran.

Pada akhir sesi ahli kelompok dapat: 2. Menyemak tugasan

3. Peneguhan

Teknik K²B REBT

1. Bincang dengan ahli

1. Menilai kejayaan berdasarkan kelompok sekiranya

teknik yang dilalui. memerlukan bantuan

2. Dapat menulis perkataan positif masa hadapan.

kepada rakan.

3. Menyegarkan pengalaman manis

dan suasana positif dalam

kelompok

4. Mengukuhkan dan

mengaplikasikan konsep

Pendekatan REBT dalam diri dan

kehidupan seharian.

5. Dapat merumus latihan kelompok

REBT

6. Dapat merumus keseluruhan

aktiviti perkongsian dan mesej

mesej kelompok

7

6. Asas Teoritikal
Selain mengambil kira komponen Model ABC yang telah diperkenalkan dalam REBT
sebagai asas dan rujukan teori yang bersesuaian dalam pembinaan modul ini, konsep
dan panduan pembentukan kandungan pembelajaran Pendidikan Rasional Emotif
Tingkah Laku yang telah dikemukakan oleh Vernon (2009) dan teori kemurungan Beck
juga telah dijadikan sebagai asas pembinaan kandungan Modul K²B Rasional Emosi
dan Tingkah laku.

A (Activating Event) Pandangan
Peristiwa yang berlaku. negatif terhadap

B (Belief System) D (Disputation) dunia
Semua kepercayaan yang Mencabar
ada sama ada rasional atau “semua orang benci
saya kerana saya
tidak rasional pembawa sial”

C (Consequences) E ( Effect Of Pandangan Pandangan
Akibat/ kesan, sama ada Disputing) negatif terhadap negatif terhadap
Pemikiran baru
positif atau negatif rasional. diri sendiri masa depan

F (Future) “saya memang “saya tidak akan
KReasjaanhe2m.1osi stabil pembawa sial” pernah jadi bagus
kerana semua orang
Intervensi Model ABCDEF
benci saya”
(Sumber : Corey, 2006)

Rajah 1: Model Abcdef Ellis Dan Model Triad Kemurungan Beck

Secara keseluruhannya, proses pembentukan kandungan Modul K²B Rasional

Emotif Tingkah Lakuini telah disusun berdasarkan submodul. Lima submodul yang

telah dibentuk berasaskan konsep asas terapi Rasional Emotif tingkah laku yang telah

dikemukakan oleh Vernon (2019) bersesuaian dengan keperluan dan objektif modul ini.

Setiap submodul tersebut mempunyai objektif dan aktiviti masing-masing berserta

langkah- langkah pelaksanaan dan helaian kerja yang perlu diisi oleh pelajar.

Kandungan Modul K²B Rasional Emotif Tingkah Lakuyang telah dibentuk

mengikut prosedur tertentu ini telah memberikan penekanan terhadap proses

penstrukturan semula kognitif dan mengubah kepercayaan tidak rasional yang

mendorong kepada kesedaran emosi dan kemahiran penyelesaian sesuatu masalah.

8

Berdasarkan huraian yang telah dikemukakan dari segi pendekatan teori, pengkaji
mendapati bahawa komponen Model ABC yang diperkenalkan dalam pendekatan
REBT bukan sahaja amat membantu dalam memahami penyebab gangguan emosi yang
disebabkan oleh kepercayaan tidak rasional, bahkan ianya amat bersesuaian untuk
dijadikan sebagai asas rujukan, terutama dalam pembinaan kandungan Modul K²B
Rasional Emotif tingkah laku dan seterusnya mengenal pasti kesan modul tersebut
ke atas kemurungan remaja. Ini kerana, pendekatannya bersifat komprehensif yang
memfokuskan ketiga-tiga aspek kognitif, emotif dan tingkah laku yang saling
berinteraksi antara satu sama lain bagi mengubah sistem kepercayaan ke arah rasional
dan seterusnya mengurangkan kemurungan individu (Ellis et al., 2003). Dengan
maksud lain, perubahan aspek kognitif akan turut menghasilkan perubahan kepada
aspek emotif dan tingkah laku individu (Ellis et al., 2003).
Penerangan ringkas berkaitan kandungan subModul K²B Rasional Emotif Tingkah
Lakuadalah seperti berikut:

9

SUBMODUL 1 Aktiviti
Penerimaan
Aku, Kau dan dia
Miror-miror On The World

KANDUNGAN SUBMODUL 2 Aktiviti
MODUL Perasaan
1. I Can See Your Voice
PENDIDIKAN SUBMODUL 3 2. Centre Square
RASIONAL Kepercayaan 3. Dimatamu
EMOSI DAN
TINGKAHLAKU Aktiviti

1. The Magic Of Rational
Thingking

SUBMODUL 4 Aktiviti
Mencabar
1. Thermostat Rasional
SUBMODUL 5
Sistem Aktiviti
1. My Archers
Sokongan 2. Bait-bait terakhir

Rajah 2: Kandungan Modul K²B Rasional Emotif Tingkah Lakuberdasarkan Submodul
Dan Aktiviti

10

7. Pendekatan dan Kaedah

BENTUK LATIHAN
DAN AKTIVITI
KELOMPOK

Rajah 3: Bentuk Dan Aktiviti Kelompok

Rajah 4: Ciri-ciri dan Pendekatan REBT
11

Teknik yang dijalankan adalah seperti berikut:

1. Menunjukkan peristiwa yang dialami oleh ahli kelompok dan sistem kepercayaannya

terhadap peristiwa tersebut serta kesan daripada peristiwa tersebut yang membawa

permasalahan kepada ahli kelompok berdasarkan konsep A-B-C-D-E dalam teori REBT dan

menganalisis setiap kemurungan dengan menggunakan Teknik Rasional Analisis. Kaunselor

berhujah tentang kepercayaan tidak rasional.

2. Klien diminta untuk membuktikan apa perlunya dia berperasaan negatif tentang peristiwa

yang dilalui.

3. Klien sendiri diminta mencabar sistem kepercayaan tidak rasional dengan mengeluarkan

bukti.

Peristiwa SISTEM Kesan
A KEPERCAYAAN C

B
(TEKNIK MENCABAR)

• Penceraian Ibu 4 Tema Individu Emosi
Bapa Bermasalah: Sedih, kecewa

• Perpisahan 1. Demandingness Tingkah laku
• Gagal 2. Self rating Merokok
• Bapa tidak 3. Awfuilizing
4. I cant stand it Menyendiri
belikan hadiah Kurang tumpuan dll
hari jadi seperti • SEMESTINYA
kebiasaanya • SEPATUTNYA
• BIASANYA
• TENTUNYA

4. Memahami kemurungan dan bagaimana pengalaman lepas dan pandangan diri
mempengaruhi sistem kepercayaan individu terhadap kemurungan dirinya.

5. Mencabar pemikiran yang tidak rasional ahli kelompok terhadap dirinya.
6. Memahami dinamik kemurungan dan bagaimana pengalaman lepas mempengaruhi sistem

kepercayaan individu terhadap kemurungan.

12

Kesimpulan
Modul ini adalah berdasarkan pendekatan dalam REBT yang telah menghuraikan

secara terperinci proses-proses pemikiran dan mencadangkan teknik-teknik yang menekankan
pentingnya peranan pemikiran sebagai asas bagaimana seseorang bertingkah laku dan
berperasaan. Manalaka berdasarkan teori kemurungan sebarang intervensi kelompok yang
bertujuan untuk mengurangkan kemurungan perlu dijalankan berdasarkan domain domain
kemurungan yang jelas bagi memastikan keberkesanan intervensi yang dijalankan. Maka wajarlah
pendekatan ini digunakan bagi mengenal pasti domain kemurungan dan membetulkan
kepercayaan tidak rasional dan modifikasi terhadap tingkah laku yang tidak sesuai kepada tingkah
laku yang lebih bersesuaian dan positif bagi setiap domain kemurungan.

13

8. Kumpulan Sasaran
Pelajar tingkatan 4 yang mempunyai skor kemurungan sederhana (21-30

9.Keperluan Alatan Dan Bahan
Berikut merupakan keperluan alat dan bahan seperti di bawah:

SESI AKT

Prasesi 1.Maklum masa
2.Inform consent
Sesi 1: 3.Etika dan matlama
Membina Hubungan 1.Aku, Kau dan dia
2.Miror-miror On The
Sesi 2: 1. I Can See Your Vo
2. Centre Square
Penerokaan Masalah 1.Dimatamu

Sesi 3: 1.The Magic Of Ratio

Penerokaan Masalah 1. Thermostat Rasion

Sesi 4: 1.May Dream Come T

Matlamat Rawatan 1.Bait-bait terakhir

Sesi 5:

Mencabar Sistem Pemikiran Tidak rasional

Sesi 6:

Mengatur Strategi sokongan

Sesi 7:

Penamatan

0) berdasarkan Instrumen Beck Depression Iventory (BDI)

TIVITI ALATAN DAN BAHAN

at kajian 1. Pen/pensel Lampiran Pra1 dan 2
e World
oice 1. Tali Rafia, pen/pensil

onal Thinking 2. Pen/pensil , lampiran aktiviti 2, Video, k
nal komputer/laptop /LCD
True
3. Pen/pensil, lampiran aktiviti 3

4. Pen/pensil, lampiran aktiviti 4
5. Pen/pensil, lampiran aktiviti 5

6. Pen/pensil, lampiran aktiviti 6
7. Pen/pensil, lampiran aktiviti 7, video,

kertas A4 komputer/laptop /LCD

14

10.Perlaksanaan Modul AKT

Jadual 1 : 1.Maklum masa
Perlaksanaan Modul 2.Inform consent
3.Etika dan matlamat
SESI 1.Aku, Kau dan dia
2.Miror-miror On The
Prasesi 1. I Can See Your Vo
2. Centre Square
Sesi 1: 1.Dimatamu
Membina Hubungan
1.The Magic Of Ratio
Sesi 2:
1. Thermostat Rasion
Penerokaan Masalah
1.May Dream Come T
Sesi 3:
1.Bait-bait terakhir
Penerokaan Masalah

Sesi 4:

Matlamat Rawatan

Sesi 5:

Mencabar Sistem Pemikiran Tidak rasional

Sesi 6:

Mengatur Strategi sokongan

Sesi 7:

Penamatan

.

TIVITI MINGGU

t kajian Sebelum minggu pertama
e World Minggu 1
oice Minggu 2
Minggu 3
onal Thinking Minggu 4
nal Minggu 5
True Minggu 6
Minggu 7

15

Pelaksanaan modul ini akan mengambil masa selama satu bulan hingga dua bulan untuk
disempurnakan. Ahli kelompok akan mengikuti satu pra sesi dan tujuh sesi kaunseling kelompok.
Jangka masa bagi pra sesi mengambil masa selama satu jam manakala bagi setiap sesi kaunseling
kelompok akan mengambil masa selama dua jam. Pertemuan antara kaunselor dan ahli kelompok
diadakan seminggu sekali bagi tujuan menilai kemajuan.

11. Kelayakan Dan Peranan Kaunselor
Kaunselor berdaftar dan sekurang-kurangnya berkelayakn ijazah sarjana muda dalm bidang
bimbingan dan kaunseling. Peranan kaunselor juga penting untuk membina ruang yang positif dan
selamat untuk klien melakukan perubahan. Kaunselor berperanan untuk menggalakkan klien
supaya terus melakukan perubahan. Oleh yang demikian, terapi REBT membantu ahli kelompok
mengubah pemikiran dan kepercayaan tidak rasional sekaligus perubahan emosi dan fikiran yang
lebih positif bagi membantu mengurangkan tahap kemurungan

12. Panduan Kaunselor Dalam Kelompok
Menurut Corey dan Corey (1997) telah menyenaraikan beberapa panduan untuk mengendalikan
kelompok:

1. Membantu ahli-ahli kelompok untuk bergerak ke arah perubahan yang ditentukannnya.
2. Membantu ahli-ahli kelompok untuk membiasakan diri dengan kaunselor sekiranya

kaunselor bertentang mata dengan mereka. Kaunselor boleh memahami mesej bukan lisan
verbal dengan memerhatikan pergerakan dan tingkah laku ahli kelompok.
3. Sentiasa peka dengan suara, tahap tenaga, perhatian dll kerana kaunselor biasanya
menguasai nada sesebuah kelompok.
4. Kaunselor dianggap sebagai pakar yang dapat memandu perjalanan kelompok.
5. Membina suasana saling menghormati, menggunakan dialog yang berkesan membuat
penerokaan serta sedia untuk dikongsi, diteroka dan diubah semula oleh ahli kelompok.

16

6. Membantu ahli kelompok berfikir tentang perubahan yang diingini dan mengenal pasti
perkara yang boleh membawa kepada perubahan tersebut.

7. Membantu ahli mencabar pemikiran negatif yang dapat membantu ahli kelompok dan
menggalakkan mereka ke arah perubahan positif.

8. Mengenal pasti aspek positif yang dapat membantu ahli kelompok dan menggalakkan
mereka ke arah yang lebih baik.

9. Tidak menghakimi dan mendiagnosis ahli kelompok. Aktiviti yang digunakan dalam sesi
kaunseling ini hanya sebagai alat untuk membantu mengurangkan kemurungan ahli
kelompok dan memberikan suasana yang selamat dan terapeutik.

17

Jangka Masa : 60 minit
Bilangan Ahli kelompok : 8 hingga 12 orang
Tempat : Kelas yang bersesuaian dengan jumlah kelompok

Keperluan dan Peralatan : Pen/pensil
1. Alat Tulis : Lampiran aktiviti Lampiran Pra1 dan Lampiran Pra2
2. Aktiviti Sesi

Objektif :
1. Mengumpulkan semua 10 ahli kelompok (sepuluh orang ahli kelompok rawatan

berdasarkan tahap kemurungan sederhana dan sempadan bukan klinikal yang telah di
tetapkan)
2. Menerangkan tentang penglibatan ahli kelompok dengan kajian yang dijalankan dan
pembahagian kelompok.
3. Penerangan jadual perjumpaan kelompok.
4. Mendapatkan persetujuan bertulis menjalani kaunseling kelompok (ahli kelompok, ibu
bapa penjaga).

Proses dan pelaksanaan sesi

1. Semua ahli kelompok kajian dikumpulkan di bilik khas dalam bentuk bulatan. Kaunselor
meminta ahli kelompok muslim memulakan bacaan ummul kitab al fatihah dan yang bukan
muslim bertafakur seketika.

2. Kaunselor mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ahli kelompok atas kesudian
hadir pada hari ini. Kaunselor memberikan penerangan mengenai matlamat kaunseling
kelompok yang bakal diikuti kepada kelompok rawatan.

3. Masa pertemuan setiap sesi diberikan penekanan.

4. Setelah ahli kelompok memahami segala prosedur mengikuti kelompok tersebut,
Kaunselor mengedarkan Borang Borang Persetujuan Pelajar Mengikuti Kaunseling
Kelompok (Lihat Lampiran Pra1) dan Senarai Nama Ahli Kelompok (Lihat Lampiran
Pra2) diberikan kepada semua ahli kelompok untuk ditandatangani.

18

Lampiran Pra1

BORANG PERSETUJUAN TERMAKLUM SECARA SUKARELA
MENGIKUTI KAUNSELING KELOMPOK

Saya No K/p :

bersetuju untuk mengikuti sesi kaunseling sebanyak7 sesi bermula dari hingga .

Saya juga bersetuju untuk menjadi klien serta subjek kepada kajian Nor Asikhin binti Ishak

Saya faham tugas dan hak saya sebagai seorang klien dan tahu penglibatan saya ini adalah

sebahagian dari tanggungjawab saya sebagai klien.

Dengan ini, saya berjanji untuk memberikan sepenuh komitmen sepanjang sesi intervensi
dijalankan.

Sekian, terima kasih.

19

Lampiran Pra2

SENARAI NAMA AHLI KELOMPOK

BIL NAMA NO KAD TANDATANGAN
PENGENALAN

20

Jangka Masa : 120 minit
Bilangan Ahli kelompok : 8 hingga 12 orang
Tempat : Kelas yang bersesuaian dengan jumlah kelompok

Keperluan dan Peralatan : Tali Rafia, pen/pensil
1. Alat Tulis : Lampiran aktiviti 1
2. Aktiviti Sesi
3. Bacaan Kaunselor 1

Objektif
1. Saling berkenalan dengan setiap ahli kelompok dengan memperkenalkan diri dan
mengenali diri orang lain dalam kelompok.
2. Ahli dapat mengingati nama dan personaliti penting ahli kelompok.
3. Memudahkan proses perkenalan, berinteraksi dan menyesuaikan diri dalam kelompok
4. Menyatakan peraturan dan memahami peranan kaunselor dan ahli kelompok

Proses dan Pelaksanaan Sesi Kaunseling

1. Kaunselor mengalu-alukan kehadiran peserta dalam kelompok dan mempamerkan sikap
yang penuh kemesraan.

2. Aktiviti ”Aku Kau dan Dia” dijalankan untuk memulakan hubungan dengan cara
memperkenalkan diri setiap ahli kelompok (Lampiran 1: Aktiviti 1a).

3. Kaunselor membuat penstrukturan sesi kaunseling dari segi jumlah bilangan sesi, masa
bagi setiap sesi, peranan kaunselor dan juga peranan setiap ahli kelompok, etika kerahsiaan
dan sesi penamatan (Lampiran 1: Panduan Ahli Dalam Kelompok).

4. Seterusnya sesi diteruskan dengan membina matlamat sesi kelompok yang dijalankan.
5. Aktiviti “Miror-Miror On The World” ini dijalankan bagi mengenali ahli dengan lebih

mendalam dalam kelompok diharap dapat meningkatkan kemahiran komunikasi,
keyakinan diri, kejelekitan setiap ahli kelompok.
6. Setelah selesai aktiviti suai kenal, kaunselor meminta semua ahli kelompok untuk
memikirkan etika yang perlu di tetapkan di dalam ahli kelompok.
7. Setiap ahli kelompok diminta memikirkan satu etika di dalam ahli kelompok agar
kelompok berjalan dengan baik.
8. Setelah selesai penetapan etika kelompok kaunselor membuat rumusan dan meminta ahli
untuk memberi maklum balas tentang aktiviti-aktiviti yang telah di lalui.
9. Sebelum mengakhiri sesi, kaunselor beri pujian kepada klien terhadap aspek positif seperti
kebaikan, kerjasama, keyakinan, keazaman, ketabahan dan lain-lain. Kaunselor
menamatkan sesi dengan membuat rumusan sesi kaunseling dan mengingatkan klien
tentang temu janji akan datang.

21

Aktiviti 1 (a) : “Aku, Kau dan dia’

Masa : 60 minit

Objektif :

1. Dapat menyatakan nama rakan

2. Dapat memperkenalkan diri dan mengenali orang lain dalam

kelompok

Langkah-langkah :

1. Ahli pertama akan menyatakan nama dan haiwan yang mewakili personalitinya serta

sebab memilih haiwan tersebut.

2. Kemudian ahli kedua akan menyebut nama ahli pertama serta haiwan pilihanya dan

kemudian menyatakan nama serta haiwan pilihanya sendiri (contoh : kawan saya nama
“s”yikin, haiwan yang mewakili personalitinya adalah “s”inga kerana dia seorang yang
berani dan nama saya pula “A”hmad, haiwan pilihan saya adalah “a”yam kerana ayam

selalu bantu kejutkan orang awal pagi. Sebab pemilihan binatang antara salah satu cara

memaksa pelajar untuk berkomunikasi secara tidak langsung dan menyuntik elemen
“kecindan” dalam kelompok. Tidak ada salah atau betul dalam menjawab sebab

pemilihan. 30 saat setiap seorang individu.

3. Proses ini berterusan sehingga semua ahli kelompok selesai memperkenalkan diri dan

berjaya membina rantai nama.

4. Akhirnya kaunselor meminta ahli kelompok mengingati semua nama nama ahli

kelompok dan menyebut mengikut arah pusingan jam.

5. Kaunselor menerangkan mesej aktiviti ini:

a. Mengetahui dan mengingati nama adalah langkah terawal dan penting dalam
proses komunikasi

b. Kita akan lebih selesa jika orang lain memanggil kita dengan nama.
c. Kita juga lebih selesa jika apabila bercakap sesorang itu memandang wajah kita

dengan nama.
d. Seseorang yang mudah memulakan perbualan dengan orang lainadalah lebih

baik dan patut dipuji.
e. Seseorang itu sebenarnya tidak akan sombong atau bersikap dingin jika kita

bijak bertanya dan komunikasi secara mesra dengannya.
f. Perkara yang disebut berulang ulang kaan lebih mudah untuk diingati

6. Seterusnya, kaunselor mengedarkan nota panduan ahli-ahli dalam kelompok dan
membincangkan bersama ahli-ahli agar difahami.

22

Aktiviti 1 (b) : “Miror-Miror On The World”
Masa : 60 minit
Objektif :
1. Dapat mengenali personaliti rakan dalam menyelesaikan masalah
2. Dapat mengenali rakan kelompok dengan lebih dekat
3. Dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dalkm kelompok

Langkah-langkah :

1. Ahli diminta berdiri dan membentuk satu bulatan besar.kaunselor berada ditengah dan
menghulurkan tali yang telah disimpul ditengah bulatan.

2. Setelah kaunselor menyilang pangkah tali raffia tersebut, ahli kelompok diminta untuk
memegang salah satu tali secara serentak kemudian setiap seorang akan mendapat satu
tali yang dipegang dihunjung.

3. Ahli kelompok diminta meleraikan simpulan tali tanpa melepaskan tali yang dipegang
dalam masa 120 saat.

4. Syarat yang diberikan adalah
a.Tidak boleh melepaskan tali yang dipegang untuk bergerak
b. Dibenarkan melangkah, menunduk, memusing, tanpa bersentuhan lelaki dan
perempuan

5. Setelah berjaya meleraikan simpulan, ahli akan mendapat pasangan masing masing.
6. Setelah mendapat pasangan masing-masing, ahli kelompok diminta menyoal pasangan

berdasarkan lampiran.1b.
7. Kaunselor mengedarkan lampiran 1b dan ahli kelompok diminta dengan

melengkapkan lampiran 1 (b) dalam 60 saat
8. Setelah melengkapkan, kemudian kaunselor meminta ahli kelompok memperkenalkan

pasangannya kepada semua ahli kelompok. Kemudian ahli kelompok lain dibenarkan
untuk bertanya soalan kepada pemilik lampiran tersebut.
9. Di akhir sesi, kaunselor akan menerangkan falsafah aktiviti ini adalah seperti berikut

a. Latar belakang berbeza tetapi matlamat sama.
b. Memiliki ikatan emosi yang stabil dan kepercayaan yang tinggi menyebabkan

seseorang boleh menyelesaikan masalah dengan mudah.

23

Panduan Ahli Kelompok

PANDUAN AHLI-AHLI DALAM KELOMPOK

PENGALAMAN KELOMPOK YANG BAIK TIDAK BERLAKU DENGAN SENDIRI. Ia adalah
hasil daripada komitmen dan penglibatan peserta-peserta. Kita akan menghabiskan beberapa jam bersama-
sama. Oleh itu, bolehkah kami, meminta anda membaca, merenung dan membincangkan kualiti-kualiti
sesebuah pertukaran yang disenaraikan di bawah? Dan bolehkah kami seterusnya meminta anda
mengamalkannya bagi menjadikan masa yang dihabiskan bersama kami memberi hasil, bersama satu
semangat komuniti dan persahabatan yang akan dirasai dalam kalangan kita?

1. BERKONGSI ADALAH PENTING. Pemikiran, perasaan dan pengalaman anda adalah kunci
utama kelompok ini. Kita semua memerlukannya bagi meneroka perasaan dalaman, memahaminya
dengan lebih mendalam dan mencapai perkembangan.

2. Luahkan PERASAAN, bukan hanya pendapat. Perasaan adalah penanda paling berharga bagi
seseorang. Bagi melakukannya anda mestilah berhubung dengan perasaan anda. AmbiI masa untuk
memikirkannya dan cuba kenal pasti perasaan tersebut dengan lebih jelas.

3. Peliharalah KERAHSIAAN. Memelihara kerahsiaan terhadap setiap perkongsian ahli-ahli dalam
kelompok adalah sangat penting clan ia adalah asas kepada kepercayaan ahli-ahli kelompok.
Jangan ceritakan perkara-perkara yang sensasi kepada rakan-rakan anda di luar kelompok.

4. Meluahkan PERASAAN NEGATIF boleh, pada sesetengah masa, membantu kita. Perasaan yang
disimpan hanya akan membentuk halangan atau akan hilang dengan cara yang tidak produktif.

5. SOKONGAN PERLU DITUNJUKKAN Sokonglah setiap orang dalam kelompok. Jangan anggap
orang lain tahu kita menyokong mereka. Mereka tidak akan tahu, melainkan kita menunjukkannya.

6. MENJATUHKAN MARUAH ORANG LAIN HANYA AKAN MEMBUAT MEREKA
MENJAUHKAN DIRI dan ia tidak akan membuahkan hasil.

7. Dakwaan dan ejekan hanya akan menyebabkan PERSENGKETAAN dan menimbulkan halangan.
Elakkan ia berlaku.

8. Elakkan daripada menegaskan PADA MENEGASKAN PANDANGAN ANDA dengan sikap
sombong atau berhujah secara terus menerus.

9. MATIAMAT KELOMPOK KITA BUKANL4H UNTUK MENANG TETAPI UNTUK
BERKEMBANG. Jangan menyembunyikan pendapat anda, tetapi nyatakannya dengan cara yang
membolehkan orang lain menyertai perbincangan dan memberikan respons positif.

10. Cuba ELAKKAN DARI BERSIKAP MEMBELA. Sedar bahawa anda kalangan rakan-rakan anda
sendiri. Anggaplah konfrontasi sebagai satu cara untuk meneroka diri sendiri.

11. Perbincangan yang berkesan memerlukan keterbukaan terhadap PERUBAHAN.
.

12. KEKALKAN FOKUS. Jangan mengelamun .

13. BERCAKAP BAGI DIRI SENDIRI. Elakkan menggunakan "kita" apabila anda maksudkan
“saya”. Jangan bercakap mewakili kelompok tanpa memberikan peluang kepada orang lain untuk
bersetuju atau tidak bersetuju.

24

14. BANTU ORANG LAIN MENEROKA DAN MEMPERKEMBANGKAN idea dan perasaan yang
mereka sedang luahkan

15. LENGKAPKAN PERJUMPAAN. Sekiranya seorang tidak menghadiri satu perjumpaan dinamik
sebuah kelompok akan berubah .dan ia kerap berlaku apabila orang yang tidak hadir itu tidak boleh
memahami keadaaan terkini kerana dia tidak mengalami apa yang sebenarnya berlaku. Kelompok
anda memerlukan kehadiran anda.

16. NIKMATILAH HIDUP. Kehidupan ini telalu pendek untuk menghabiskannya untuk melakukan
perkara yang anda tidak suka. Bantulah orang ;lain menikmati keseronokkan hidup dengan
kemesraan, persahabatan dan kasih sayang.

25

Lampiran 1 (b)
Apa yang
anda suka :

Bil adik
beradik :

Apa yang anda
tidak suka:

26

Bahan Bacaan Kaunselor 1

Pengenalan Sual Kenal dan Membina Suasana Yang Kondusif
1. Apabila ahli kelompok bertemu pertama kali dalam kelompok, mereka mungkin keliru
dengan peranan dan tanggungjawab masing-msing. Ahli kelompok juga masih mempunyai
perasaan kurang selesa, kurang percaya, kurang penglibatan sesama mereka. Justeru, aktiviti
sesi membina hubungan sangat penting untuk menjelaskan peranan ahli-ahli dalam
kelompok dan mewujudkan komunikasi, suasana kondusif dan saling mempercayai satu
sama lain.
2. Sebagai asas model dan teoritikal dalam kemurungan, maka kemurungan diperjelaskan.
Pemahaman yang jelas tentang model kemurungan dan Model ABC akan membantu
mengurangkan masalah kemurungan remaja. Pemahaman yang jelas juga akan membantu
individu lebih bersedia membuat perubahan diri dengan berkesan.
3. Matlamat sesi 1 untuk menerangkan matlamat dan peranan ahli kelompok, membina
kepercayaan, dan perhubungan mesra serta membimbing ahli kelompok memahami
kemurungan dan REBT.
4. Proses awal perhubungan dalam REBT tidak begitu mementingkan perhubungan kaunselor-
klien.
5. Kaunselor dilihat mempunyai kepakaran
6. Pendekatan agak aktif
7. Walaubagaimanapun, masih memerlukan syarat teraputik-ketulenan, empati, dan
penerimaan tanpa syarat untuk membantu memahami masalah ahli kelompok.
8. Kaunselor perlu melihat “sendory disturbance”(“apa perasaan anda apabila ada masalah
itu?)
9. Akhir sekali, cara terbaik dalam perhubungan kaunselor-klien adalah dengan menunjukkan
“perubahan tidak mustahil untuk dicapai dan intervensi dalam REBT dapat membantu klien.

Catatan: Kerja rumah Ahli kelompok (fahami apa itu kemurungan maksud,
simptom kemurungan klien dari aspek emosi, fikiran, fisiologi dan tingkah laku)

27

KENALI KEMURUNGAN Kerja Rumah Sesi 1

DEFINISI KEMURUNGAN
1. Kemurungan merujuk kepada perasaan sedih yang

dialami oleh seseorang individu (Nelson & Israel, 2003).

2. Kemurungan merangkumi pelbagai simptom seperti
kesedihan, rasa bersalah, harga diri yang rendah, tidak
mengalami keseronokan atau kesenangan, gangguan
tidur dan selera makan, kurang tenaga dan perhatian,
serta rasa putus asa dan mempunyai idea bunuh diri
(Joao, Alicia, 2018).

3. Juga merupakan keadaan kelainan mood yang
menyebabkan perasaan sedih dan hilang minat yang
berterusan selama atau lebih 2 minggu. (Manual
Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5)
America Pscychology Association (2013).

SIMPTOM SIMPTOM

✓Berasa gelisah ✓ Kurang minat pada seks
✓Sukar tidur/ lebih tidur ✓ Berfikiran negatif
✓Gangguan selera makan ✓ Berasa bersalah
✓Berfikiran negatif ✓ Fikiran bunuh
✓Berasa bersalah ✓ Diri
✓Fikiran bunuh diri ✓ Halusinasi/ delusi
✓Halusinasi/ delusi ✓ Sukar tidur/ lebih tidur
✓Berasa gelisah ✓ Gangguan selera makan

28

Kerja Rumah Sesi 1

Bagaimana kemurungan Berlaku? Bagaimana kemurungan Berlaku?

1. Kemurungan berlaku disebabkan sedih yang 5.Antara punca kepada kemurungan ialah masalah
keterlaluan. pencapaian akademik, komitmen kepada masalah
kewangan, masalah perhubungan atau masalah
2.Selain itu, kemurungan juga terhasil dari gabungan kesihatan, masalah hubungan rakan sebaya,
pelbagai jenis emosi seperti sedih, sunyi, marah, perhubungan dengan ahli keluarga, perhubungan
putus harapan, rasa tidak dihargai, rasa diri tidak dengan guru dan lain-lain.
berguna, sukar tidur, takut, resah dan mempunyai
fikiran yang negatif (Beck 1974). 6. Individu yang mengalami kemurungan boleh dikenal
pasti melalui simptom dari segi perubahan emosi,
3.Kesan daripada perasaan yang negatif ini fikiran, fisiologi dan tingkah laku.
membuatkan individu tersebut tidak berupaya untuk
melakukan tugas harian dengan baik. 7.Kesan- kesan kemurungan boleh dilihat apabila
berlaku perubahan pada individu tersebut.

4.Individu mengalami kemurungan mempunyai 8.Kemurungan juga boleh mempengaruhi kehidupan
pengalaman yang berbeza dari segi punca, simptom individu secara keseluruhan dan memberi kesan kepada
dan kesannya. orang lain seperti ahli keluarga, persekitaran dan rakan-

rakan.

Bagaimana mengatasinya?
Apabila berlaku kemurungan, individu perlu ada kemahiran untuk berhadapan
dengan keadaan yang tidak menyenangkan ini.
Kemahiran ini dinamakan kemahiran menangani kemurungan.
Individu perlu mengubah pemikiran yang sedang di fikirkan.
Kemahiran ini diperoleh melalui pendekatan teknik mencabar yang melatih
individu untuk mengubah cara pemikiran TIDAK RASIONAL kepada
RASIONAL.
Dengan kaedah ini, individu boleh membina kehidupan baru yang lebih
baik dan positif.

29

Jangka Masa : 120 minit
Bilangan Ahli kelompok : 8 hingga 12 orang
Tempat : Kelas yang bersesuaian dengan jumlah peserta

Keperluan dan Peralatan

1. Alat Tulis : Pen/pensil

2. Aktiviti Sesi : Lampiran aktiviti 2 (a) : I Can See Your Voice

: Lampiran aktiviti 2 (b) : Centre Square

3. Bahan Bacaan Kaunselor 2

Objektif

1. Dapat menyenaraikan maksud, simptom kemurungan klien dari aspek emosi,

fikiran, fisiologi dan tingkah laku.

2. Dapat menyenaraikan simptom emosi,

3. Dapat menyenaraikan simptom fikiran,

4. Dapat menyenaraikan simptom fisiologi

5. Dapat menyenaraikan simptom tingkah laku.

6. Dapat menyenaraikan situasi yang kerap berlaku menyebabkan kemurungan

7. Dapat menyenaraikan perasaan dan tindakan apabila situasi menganggu.

Proses dan pelaksanaan sesi kaunseling
1. Kaunselor memberi salam, dan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ahli
kelompok kerana hadir pada sesi kedua.
2. Kaunselor memulakan sesi dengan perbualan ringan dengan ahli kelompok. Kemudian
kaunselor membuat rumusan kecil berkenaan sesi yang lepas bertujuan mengimbas
kembali perkara yang telah dibincangkan sebelum ini. Dengan cara ini, kaunselor dan klien
boleh menyambung perbincangan dari sesi yang lepas.
3. Kaunselor bertanya tentang apa itu kemurungan dan memberi contoh semasa yang
berkaitan dengan kemurungan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh setiap ahli
kelompok. Ahli kelompok akan menjawab dalam aktiviti 2(a)“I Can See Your Voice”.
4. Setelah selesai menjawab, kaunselor menerangkan bagi menjelaskan konsep kemurungan.

5. Kaunselor membincangkan simptom kemurungan dengan lebih terperinci bersama klien.

6. Setelah ahli memahami maksud dan simptom kemurungan seterusnya kaunselor boleh

memulakan penerokaan isu kemurungan.

7. Kaunseling kelompok diteruskan apabila mendapat maklumat yang cukup.

8. Pada peringkat ini, kaunselor cuba membimbing klien mendapatkan pemahaman yang
jelas berkenaan kemurungan yang sedang dialami dengan menjalankan aktiviti “Centre
Square”.

9. Setelah masa telah tamat bagi ahli kelompok yang belum berkongsi isu diminta untuk

berkongsi pada sesi selanjutnya.

10. Penamatan sesi- kaunselor membuat rumusan dan mengaturkan masa temu janji untuk

pertemuan akan datang.

30

Aktiviti 2 (a) :“I can see your voice" (Kenali Kemurungan)

Masa : 60 minit

Objektif :

1. Dapat menyenaraikan maksud, simptom kemurungan klien dari aspek emosi,

fikiran, fisiologi dan tingkah laku.

2. Dapat menyenaraikan simptom emosi,

3. Dapat menyenaraikan simptom fikiran,

4. Dapat menyenaraikan simptom fisiologi

5. Dapat menyenaraikan simptom tingkah laku.

Langkah-langkah

1. Kaunselor telah mengedarkan kerja rumah (kenali kemurungan) kepada ahli kelompok.
2. Kaunselor meminta setiap ahli kelompok merenung diri mereka dan mengisi jawapan

dalam kotak-kotak soalan yang disediakan( Lampiran :Tugasan Aktiviti2a: Sesi 2)
3. Kaunselor meminta ahli kelompok merenung diri mereka dan melengkapkan lampiran

yang disediakan. Lampiran 2(a) tersebut berkenaan dengan definisi kemurungan, simptom
kemurungan fizikal, simptom kemurungan emosi, simptom kemurungan fisiologi, dan
simptom kemurungan kognitif mengikut pandangan masing-masing.
4. Kaunselor memberi masa 10 minit dan mengarahkan ahli bertiga-tiga untuk bersama-sama
menyelesaikan masalah dalm kumpulan kecil dan dibenarkan berbincang.
5. Setelah selesai, ahli kembali ke kerusi masing-masing dan kaunselor meminta ahli
kelompok untuk maklum balas dan berkongsi kefahaman ahli.
6. Kemudian kaunselor menerangkan tentang definisi kemurungan, dan simptom
kemurungan secara terperinci bagi mengukuhkan kefahaman ahli kelompok.
7. Di akhir sesi, kaunselor akan menerangkan falsafah aktiviti ini adalah seperti berikut :

a. Psikopendidikan mengenai kemurungan sangat penting dalam membantu
mengurangkan kemurungan.

b. Kekurangan maklumat sebenar mengenai kemurungan mungkin menjadikan
seseorang itu tidak tahu dan sedar dia mempunyai symptom kemurungan yang
boleh dikurangkan.

31

Aktiviti 2 (b): Centre Square
Masa :60 minit
Objektif

1. Dapat menyenaraikan situasi yang kerap berlaku menyebabkan kemurungan
2. Dapat menyenaraikan perasaan dan tindakan apabila situasi menganggu.
3. Paksi kehidupan dapat dilengkapkan ahli kelompok.
Langkah-langkah
1. Kaunselor membahagikan ahli-ahli kelompok kepada dua orang setiap kumpulan (seorang
menjadi penulis, dan seorang berkongsi pengalaman).
2. Kaunselor memberi penerangan kaedah menjawab dan memberi contoh situasi.
3. Lampiran aktiviti seterusnya diberikan kepada ahli kelompok dan diberi masa 120 saat
untuk melengkapkan lampiran tersebut.
4. Kaunselor meminta ahli kelompok bergilir-gilir secara selama 10 minit setiap kumpulan
untuk memulakan perkongsian.
5. Kaunselor merumuskan falsafah di sebalik aktiviti:
a. Kepentingan menyedari situasi yang kerap menganggu
b. Kemahiran mengenal pasti masalah dan punca adalah sama seperti kemahiran yang
memerlukan latihan untuk peningkatan.
c. Bertujuan untuk meneroka isu ahli kelompok dengan lebih mendalam.
d. Kesedaran dan pencegahan awal mampu membantu sesuatu tindakan.

32

Lampiran 2 (a)

Kenali Kemurungan dan Simptom

01 Apakah itu kemurungan ?

02 Apakah itu simptom
emosi ?

03 Apakah itu simptom
kognitif

04 Apakah itu simptom
fisiologi??

05 Apakah itu simptom
fizikal ?

33

Centre Square Lampiran 2 (b)

Kenalpasti situasi/perkara yang mencetuskan perasaan yang negatif seperti marah,
bimbang, stres, sedih, kekosongan, takut, kecewa dan kemurungan. Kemudian lakarkan
rencah kehidupan anda.

Akademik Masalah Kematian
Kewangan Kesihatan Masalah
Kemalangan Berat Keluarga
Masalah Badan Perpisahan
Rakan Bersosial Keseorangan

1. Pilih tiga situasi/perkara di atas yang paling kerap menganggu perasaan
anda mengikut urutan?
_______________________________________________________
_______________________________________________________
______________________________________________________

2. Bila situasi ini berlaku dalam kehidupan anda? (Merujuk situasi pertama)
_______________________________________________________
_______________________________________________________
______________________________________________________

3. Bilakah waktu terakhir situasi itu menganggu anda? (Merujuk situasi pertama)
_______________________________________________________
_______________________________________________________
______________________________________________________

4. Apakah yang anda lakukan jika situasi itu mengganggu anda?
(Merujuk situasi pertama)
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________

34

Pa
KehPiadk

Pengalaman manis

Pengalaman pahit

aksi Kerja rumah
dksui Kpehaidnupan

Umur

35

Bahan Bacaan Kaunselor 2

Bahan Bacaan Kaunselor 2

Penerokaan Masalah 1

1. Kaunselor memulakan sesi kaunseling kelompok dengan melihat pandangan ahli
kelompok tentang apa itu kemurungan”, “apa faktor kemurungan” dan “apa kesan
kemurungan”.

2. Semak terlebih dahulu secondary disturbance (pastikan isu kemurungan dari isu yang
dibincangkan bukan gangguan lain.)

KAUNSELOR BOLEH MENGGUNAKAN SOALAN-SOALAN
BERIKUT UNTUK PENEROKAAN ISU :

Boleh ceritakan mengenai kemurungan yang berlaku
kepada anda?

Berapa lama ia sudah berlaku?

Berapa kerap ia berlaku?

Adakah sebelum ini pernah berlaku?

Bagaimana anda mengatasinya?

Apakah simptom yang alami ketika mengalami
kemurungan?

Bagaimana kemurungan memberi kesan kepada diri
anda?
Bagaimana kemurungan memberi kesan kepada
pembelajaran anda?

36

Jangka Masa : 120 minit
Bilangan Ahli kelompok : 8 hingga 12 orang
Tempat : Kelas yang bersesuaian dengan jumlah peserta

Keperluan dan Peralatan

1. Alat Tulis : Pen / Pensel, video
2. Aktiviti Sesi : Lampiran aktiviti 3 (a) : ”Dimata Mu.”

3. Bahan Bacaan Kaunselor 3

Objektif
1. Meneneroka masalah kemurungan yang menganggu kehidupan mereka.
2. Dapat menyebut punca kemurungan
3. Dapat menulis kesan masalah tersebut kepada diri mereka sekarang
4. Menyatakan pemikiran tidak rasional

Proses dan pelaksanaan sesi
1. Kaunselor memulakan sesi dengan memberi salam, dan mengucapkan terima kasih kepada
ahli kelompok kerana berjaya hadir pada sesi ketiga.
2. Kaunselor meminta ahli kelompok membuat rumusan pada sesi yang lepas. Kemudian
kaunselor membuat rumusan kecil berkenaan sesi yang lepas bertujuan mengimbas
kembali perkara yang telah dibincangkan sebelum ini. Dengan cara ini, kaunselor dan klien
boleh menyambung perbincangan dari sesi yang lepas.
3. Kaunselor melakukan General Assesment untuk menentukan masalah berpunca samaada
dari Sejarah peribadi dan sosial, faktor personaliti, faktor bukan psikologikal, kecelaruan
Klinikal atau lain-lain menggunakan Aktiviti “Dimata Mu” (Graf kehidupan).
4. Kemudian setelah selesai aktiviti “Dimata Mu” seterusnya Kaunselor menunjukkan
peristiwa yang dialami oleh ahli dan sistem kepercayaannya terhadap peristiwa tersebut
serta kesan daripada peristiwa tersebut yang membawa permasalahan kepada mereka
berdasarkan konsep asas A-B-C-D-E dalam teori REBT.
5. Kaunselor memperkenalkan “Basic Of REBT”. Ahli kelompok akan menonton video
berkenaan.
6. Kaunselor dan ahli kelompok akan membincangkan mengenai pendekatan dan kesan
intervensi ini.

37

Aktiviti 3 (a): ‘Dimata Mu”

Masa :120 minit

Objektif :

1. Meneneroka masalah kemurungan yang menganggu kehidupan

mereka.

2. Dapat menyebut punca kemurungan

3. Dapat menulis kesan masalah tersebut kepada diri mereka sekarang

4. Menyatakan pemikiran tidak rasional

Langkah-langkah :

1. Kaunselor mengedarkan dan membincangkan kaedah menyiapkan paksi graf

kehidupan

2. Kaunselor meminta ahli kelompok melengkapkan lampiran yang disediakan dalam

masa 5 minit

3. Caranya adalah:

3.1 Pelajar melengkapkan graf kehidupan berdasarkan pengalaman pahit dan manis.

3.2 Tandakan X pada graf pada setiap umur.

3.3 Tandakan X bagi peristiwa pahit atau masis berdasarkan intensiti yang dirasakan.

Contoh jika paling manis skala lebih tinggi (1-10). Kaunselor meminta ahli

menetapkan skala perasaan mereka pada graf kehidupan.

4. Kemudian sesi diteruskan dengan meminta ahli kelompok berkongsi tentang apa yang

ditulis secara sukarela. .

5. Tujuan kaunselor memberi lampiran ini adalah kerana untuk melihat sejauhmana

perasaan, peritiwa dan pemikiran ahli kelompok dikongsi dan dibincang bersama.

6. Setelah berkongsi, secara sukarela ahli ahli kelompok akan berkongsi pengalaman dan

pemikiran dengan rakan rakan.

7. Kaunselor merumuskan falsafah melalui aktiviti Ini,

7.1 Setiap maanusia mempunyai pengalaman tersendiri pahit dan manis

7.2 Kita mesti mengambil pengalaman lepas sama ada baik atau buruk sebagai

pengajaran untuk mematangkan kehidupan.

7.3 Berkongsi pengalaman dan masalah akan meringankan bebanan yang dirasai.

38

Pengalaman manis Lampiran 3(a)

Graf kehidupan Anda

34 56 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

Pengalaman pahit

Apakah perasaan kamu ketika mengalami peristiwa manis dan pahit?
______________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
Apa dalam pemikiran anda ketika berperasaan sedemikan?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

39

Bahan Bacaan Kaunselor 3
Penerokaan Masalah 2

1. Pada sesi ini, kaunselor memulakan sesi kaunseling kelompok dengan melihat pengalaman
manis terlebih dahulu.

2. Kemudian, kaunselor meneroka dengan lebih dalam mengenai pengalaman pahit.
3. Kaunselor mulakan dengan melihat pandangan ahli tentang “what’wrong with them?”
4. Kaunselor mula membuat penilaian umum dengan menentukan sama ada kecelaruan

klinikal, sejarah peribadi dan sosial, faktor personaliti atau faktor bukan psikologikal.
5. Kaunselor mula memperkenalkan “BASIC OF REBT”

a. Setiap manusia secara asasnya mempunyai kemampuan yang sama
b. Pendekatan REBT adalah praktikal untuk diaplikasikan dalam kelompok dan

kehidupan
c. Bagaimana kita bertindak balas sama ada positif dan negatif terhadap sesuatu

kejadian akan mempengaruhi masa depan kita
d. Bagaimana kita bertindak balas terhadap sesuatu kejadian sebenarnya memberi

implikasi kepada kemurungan kita.
e. Mengawal proses pemikiran adalah penting untuk mengawal perasaan dan tingkah

laku.
f. Saya ingin berubah sangat penting dalam falsafah kehidupan kita
g. Pendekatan REBT dangat penting dan memberi implikasi terhadap diri kita sendiri.
6. Kaunselor dan ahli bincang pendekatan dan kesan penggunaan intervensi berteraskan
REBT.

40

Kerja Rumah Sesi 4a

REBT MELIHAT PUNCA PERLAKUAN BERMASALAH DISEBABKAN

1. Sistem Kepercayaan tidak rasional membentuk tanggapan
negatif terhadap peristiwa yang dilihat dan dialami.

2. Timbul gangguan selfdefeating dan melahirkan simptom psikosis
dan neurosis dan cenderung menjadi individu psikotik dan
neurotik.
Individu Psikotik
• Tidak dapat menerima realiti
• Terlalu menuntut (demandingness) mempunyai
tolenrasi yang rendah
• Sikap rigid (tidak fleksibel)
Individu Neurotik
• Tidak dapat menerima realiti
• Terlalu Rasa malu (Awwfulizing) dan Lemah Harapan
• Terlalu menyalah (Deservingness) dan menyalahkan
diri (Damnation)
• Fobia
• Menarik Diri

41

Kerja Rumah Sesi 4b
10 contoh-contoh kepercayaan tidak rasional yang sering kali dimiliki oleh golongan remaja
berbanding 12 kepercayaan orang dewasa iaitu seperti berikut:
1. Memang teruk sekiranya rakan sebaya tidak menyukai diri saya atau saya mengalami

kehilangan kawan.
2. Saya tidak sepatutnya melakukan kesilapan, terutama berkaitan pergaulan sosial.
3. Kesusahan yang saya alami adalah disebabkan oleh kesilapan ibu bapa saya.
4. Saya tidak dapat membantunya kerana inilah cara saya. Saya fikir bahawa saya akan

sentiasa dengan cara sebegini.
5. Kehidupan sepatutnya adil dan saksama.
6. Memang teruk apabila sesuatu perkara tidak berlaku seperti apa yang saya ingini.
7. Mengelakkan diri daripada berhadapan dengan cabaran adalah lebih baik berbanding

berhadapan dengan risiko kegagalan.
8. Saya mesti diterima oleh rakan-rakan sebaya.
9. Saya tidak tahan langsung apabila dikritik.
10. Orang lain sepatutnya sentiasa bertanggungjawab.

42

Jangka Masa : 120 minit
Bilangan Ahli kelompok : 8 hingga 12 orang
Tempat : Kelas yang bersesuaian dengan jumlah peserta

Keperluan dan Peralatan

1. Alat Tulis : Pen / Pensel
2. Aktiviti Sesi : Lampiran aktiviti 4 (a) :” Magic Of Rational Thinking .”

3. Bahan Bacaan Kaunselor 4

Objektif
1. Dapat menyatakan Asas REBT.
2. Dapat menulis analisis pendekatan REBT
3. Dapat menyatakan kesan teknik analisis rasional

Proses dan pelaksanaan sesi
1. Kaunselor memulakan sesi dengan memberi salam, dan mengucapkan terima kasih kepada
ahli kelompok kerana berjaya hadir pada sesi keempat.
2. Kaunselor meminta ahli kelompok membuat rumusan pada sesi yang lepas. Kemudian
kaunselor membuat rumusan kecil berkenaan sesi yang lepas bertujuan mengimbas
kembali perkara yang telah dibincangkan sebelum ini.
3. Kaunselor bertindak sebagai pengajar, kaunselor membuat Rasional-Emotif
Psikodiognosis dalam Aktiviti “The Magic of Rational Thinking ”. Teknik ini terbahagi
kepada 4 peringkat.
4. Pertama adalah mengkategori masalah. Dalam peringkat ini, kaunselor meneroka masalah
yang dihadapi (internal dan eksternal).
5. Kedua mengenal pasti kepercayaan tidak rasional.
6. Ketiga mengenal pasti masalah utama dengan membina perkaitan antara peristiwa yang
dialami dengan sistem kepercayaaa tidak rasional dan kesan/perlakuan yang timbul.
7. Kaunselor menunjukkan perkaitan A-B-C.
8. Keempat, membentuk matlamat setelah ahli kelompok menerima Konsep A-B-C, dan
bersama berbincang matlamat kaunseling.

Falsafah
1. Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan
2. Kita adalah hasil pemikiran kita sendiri
3. Kita adalah produk pemikiran kita
a. Penampilan yang penting menjana pemikiran “saya seorang yang penting”
b.Anggap apa yang kita lakukan itu penting.(“Orang Yang Menganggap perkara yang
dilakukan penting, menerima isyarat bagaimana dia meningkatkan kualiti kerja yang baik
membawa kepada kepuasan dan kegembiraan).
4. Rangsang Semangat kita beberapa kali sehari.

43


Click to View FlipBook Version