KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN PSEUDOKOD DAN CARTA
ALIR MELALUI JADUAL MIPOT SECARA BERKUMPULAN BAGI MATA
PELAJARAN ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2A4
Norfatihah binti Idris
SMK Menglembu
Bidang algoritma dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran bagi mata pelajaran Asas
Sains Komputer (ASK) Tingkatan Dua merangkumi kaedah membina algoritma melalui pseudokod dan
carta alir dalam penyelesaian masalah. Topik ini mula dipelajari oleh murid sejak tingkatan 1
sehinggalah tingkatan 3 dan perlu dikuasai oleh murid yang mengambil mata pelajaran ini. Hasil
pemerhatian pengkaji, kebanyakan murid menghadapi masalah untuk menulis pseudokod dan carta alir.
Terdapat kekangan mempelajari topik perwakilan data sekiranya seseorang murid itu tidak menguasai
penulisan pseudokod dan carta alir ini. Sejajar dengan itu, kajian tindakan dibuat dengan
memperkenalkan Jadual MIPOT bagi membantu murid dalam topik ini. Perkataan “MIPOT” adalah
akronim daripada “Mula Input Proses Output Tamat”. Jadual MIPOT diperkenalkan untuk
meningkatkan kemahiran murid dalam penulisan pseudokod dan carta alir bagi penyelesaian masalah.
Responden kajian terdiri daripada 15 orang murid yang terdiri daripada murid kelas 2A4 yang
mengambil mata pelajaran Asas Sains Komputer. Kajian ini juga mengenalpasti keberkesanan jadual ini
apabila dilaksanakan secara berkumpulan. Pembelajaran berkumpulan melibatkan suatu kumpulan di
mana murid bertukar-tukar idea melalui perbincangan, saling bekerjasama dan membantu untuk
menyelesaikan masalah. Pengumpulan data kajian dilakukan melalui pemerhatian dan soal selidik yang
diedarkan secara atas talian. Analisis kajian menunjukkan bahawa murid lebih mudah memahami tajuk
ini kerana ia mampu menarik minat murid apabila mengggunakan teknik ini secara berkumpulan.
Kesimpulannya, penggunaan Jadual MIPOT secara berkumpulan dapat meningkatkan kemahiran murid
dalam penulisan pseudokod dan carta alir.
Kata Kunci: MIPOT, Berkumpulan, Pseudokod, Carta Alir, Asas Sains Komputer(ASK)
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR G-Ubah
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK UBAHAN
TINGKATAN 5 KSSM
Norazhani binti Ibrahim
SMK Methodist (ACS) Parit Buntar
Matematik Ubahan merupakan topik yang paling senang difahami. Walau bagaimanapun, terdapat
segelintir murid sukar untuk menguasai konsep asas yang perlu dikuasai dalam tajuk Ubahan Matematik
KSSM Tingkatan 5. Murid kurang bermotivasi apabila pengajaran dilaksanakan semasa guru mengajar
tajuk Ubahan. Murid kelihatan bosan dan kurang berminat untuk memahami dan menguasai tajuk
Ubahan. Objektif kajian tindakan dilakukan adalah untuk menarik minat murid belajar Matematik dan
mengusai konsep asas dalam tajuk Ubahan Matematik KSSM Tingkatan 5. Bahan bantu mengajar yang
dinamakan sebagai G-Ubah direka bagi membantu guru mendapatkan hasil maksimum semasa kajian
dijalankan. Perkataan G-Ubah di ambil dari perkataan game atau pemainan, manakala Ubah di ambil
dari singkatan tajuk Ubahan. Kaedah pelaksanaan juga berbeza dengan membuat ujian Pra secara
individu dan Ujian Pos secara berkumpulan. Aktiviti murid secara berkumpulan semasa Ujian Pos
membolehkan murid melalui satu pengalaman bekerjasama dalam kumpulan dan murid diberi peluang
meneroka sepuas-puasnya aktiviti tersebut. Hasil dapatan menunjukkan bahawa 100 peratus murid
murid Kelas 5V1 menunjukkan peningkatan markah Ujian Pos berbanding Ujian Pra. Kesimpulannya,
kajian tindakan telah berjaya meningkatkan kefahaman murid dalam menguasai konsep Ubahan dalam
Mata Pelajaran Matematik. Penggunaan bahan bantu mengajar G-Ubah juga boleh disebar luas untuk
mata pelajaran lain seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Fizik dan
boleh digunakan oleh guru relief kerana bahan bantu mengajar ini sangat ringan dan mudah dibawa ke
mana sahaja.
Kata Kunci: Matematik Ubahan , G-Ubah, konsep Ubahan, Guru Relief , Bahan Bantu Mengajar
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
SOS KLCC: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGECAMAN CORAK
ALGORITMA SEARCH DAN SORT MURID TINGKATAN 3RK2
TINGKATAN 5 KSSM
Ros Emiliana Kartina binti Mohamed
SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah
Algoritma merupakan salah satu bab yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran Asas Sains Komputer
Tingkatan 3. Algoritma merupakan urutan langkah demi langkah bagi menyelesaikan suatu masalah atau
tugas. Pemerhatian awal guru menunjukkan murid keliru untuk menentukan sama ada algoritma yang
diberikan dalam soalan merujuk kepada algoritma search dan sort kerana tidak menguasai pengecaman
corak algoritma tersebut. Pengecaman corak algoritma search dan sort penting dalam menulis
pseudokod dan melukis carta alir sebuah kod atur cara. Kajian tindakan ini dilakukan untuk membantu
murid meningkatkan kemahiran pengecaman corak algoritma search dan sort menggunakan mnemonic
SOS KLCC. Dengan menggunakan kaedah kajian tindakan, guru menjalankan ujian pra, ujian pasca dan
pemerhatian ke atas 21 orang murid Tingkatan 3RK2 untuk menguji keberkesanan penggunaan
mnemonic SOS KLCC bagi membantu murid meningkatkan kemahiran pengecaman corak untuk topik
algoritma seterusnya membantu murid menjawab soalan peperiksaan dengan lebih mudah. Kajian ini
mendapati pengaplikasian mnemonic SOS KLCC yang mewakili ciri-ciri utama algoritma search dan
sort dilihat dapat membantu murid menguasai topik dan kemahiran pengecaman corak dalam pemikiran
komputasional dengan lebih baik. Kajian seperti ini dilihat dapat menyediakan alternatif kaedah
pengajaran untuk membantu guru dalam pengajaran dan memaksimumkan proses pembelajaran serta
penguasaan dalam kalangan murid.
Kata Kunci: Asas Sains Komputer, Algoritma, Search dan Sort, Mnemonic, SOS KLCC
MECHANISM OF MUSCLE CONTRACTION ACCORDING TO THE SLIDING
FILAMENT HYPOTHESIS BY PROCESS WRITING IN 6AB2 to 6AB4 OF
SMJK SAM TET
Kong Yee Leng, Mithra Rajandran
SMK Sam Tet
The purpose of this study is to provide an insight to survey the process of essay writing in mechanism of
muscle contraction according to the sliding filament hypothesis and the relationship with Biology
achievement. This study provides an insight to see the difference in the form of progress of Biology
achievement through the pre-test and post-test conducted in 6AB2 to 6AB4. There are about 36 Form
Six students in 6AB2 to 6AB4 in SMJK Sam Tet which are involved in the study. The instrument used
in this study was an essay with blanks in the form to be filled up by students with topic mechanism of
muscle contraction. The overall findings of the action research shows a positive relationship with the
Biology students’ achievement. The findings can be concluded that students received an average
percentage of higher marks in the post-test (91.67%) of the 3 classes compared to the average percentage
in the pre-test (26.67%) of the 3 classes based on the quizzes. The implication of this study is to assess
students’ suitable learning strategy to be further integrated into the competitive Biology education
approach to increase the Biology achievement.
Keywords: Process Writing, Biology Achievement
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
‘TEKNIK INGATAN SAYA’ : MEMBANTU MURID MENGINGAT FAKTOR
YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN SUMBER KELUARGA BERKESAN
DALAM TAJUK PENGURUSAN SUMBER KELUARGA DAN TEMPAT
KEDIAMAN TINGKATAN 4
Suripah binti Muhammad
SMK Trolak,Sungkai
Kajian Tindakan ini dijalankan setelah mengenalpasti masalah pembelajaran Sains Rumah Tangga
Tingkatan 4 dalam Bab 2, tajuk Pengurusan Sumber Keluarga Dan Tempat Kediaman, di SMK Trolak,
Sungkai, Perak. Fokus kajian ini adalah penyelesaian kepada masalah atau soalan yang diberikan
sekaligus menarik minat murid untuk melibatkan secara aktif dalam PdPc. Masalah utama murid adalah
murid hilang minat dan hilang fokus kerana gagal mengingat Faktor Utama Pengurusan Sumber
Keluarga. Populasi kajian terdiri daripada 12 orang murid Tingkatan 4 Ibnu Rushd yang mengambil
aliran SRT. Pemilihan sampel murid adalah 5 orang yang dipilih berdasarkan markah Ujian Pra yang
sangat rendah iaitu markah 0 hingga 2. Intervensi yang telah diambil oleh pengkaji ialah dengan
memperkenalkan Teknik Ingatan Saya. Dapatan dikumpulkan berdasarkan ujian pra dan ujian pos. Hasil
kajian selepas teknik ini digunakan ialah didapati daya ingatan murid semakin tinggi sekaligus menarik
minat murid untuk terus belajar. Perbandingan dapatan ujian pra dan pos telah menggambarkan kaedah
ini dapat membantu murid mengatasi kelemahan mereka dalam mengingat fakta. Diharapkan dengan
menggunakan Teknik Ingatan Saya ini dapat memberi lebih peluang kepada murid untuk menjawab
soalan berkaitan tajuk Faktor Pengurusan Sumber Keluarga Berkesan.
Kata kunci: Teknik Ingatan saya, Pengurusan Sumber Keluarga, Sains Rumah Tangga
ENHANCING FORM SIX SMK DATO HJ. MOHD TAIB STUDENTS’
SPEAKING SKILL THROUGH THREE-STEP INTERVIEW TECHNIQUE
Yusablina binti Jalaluddin
SMK Dato Hj Mohd Taib Chemor
This research was carried out to assist the students in enhancing their speaking skills in responding to
Part 1 in their MUET Speaking Test by using three-step interview. There were 6 students who were
involved. Early observations had been carried out through speaking exercises in classrooms. Through
the observations, it was seen that the students were having difficulty in fulfilling the two tasks- Part 1
(Individual Presentation) and Part 2 (Group Discussion). Thus, this research focuses on enhancing the
students' speaking skills in Part 1, that is the Individual Presentation. In this task, the students need to be
able to have the skills of stating and justifying their points of view. 5 lessons were carried out by using
the three-step interview technique. Students show their understanding and positive attitude -towards
participating in all the activities carried out in the lessons. Lessons via three-step interview technique
should be carried out more often especially in introducing speaking skill to the new form six students as
it gives a clearer guideline to the students in mastering English Language as their second language in
speaking and writing.
Keywords: Three-Step Interview, MUET, Speaking Skill
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Abstrak
Room 3 : Kajian Tindakan
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MELUKIS LUKISAN DIGITAL DENGAN PERISIAN IBISPAINT X
(DI KALANGAN MURID TINGKATAN DUA)
Collin Chong Voon How
SMK Seri Keledang
Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran murid melukis lukisan digital dengan
menggunakan perisian Ibispaint X. Objektif umum bagi kajian ini adalah untuk meningkatkan
kemahiran melukis lukisan digital dalam sesuatu sesi pengajaran dan pemudahcaraan(PdPc) Pendidikan
Seni Visual dan menggaakkan rasa ingin mencuba melukis dengan menggunakan teknik melukis yang
moden ini. Bagi kajian kali ini, pengkaji berfokus kepada murid menengah rendah berbanding dengan
kajian pengkaji pada tahun 2019 iaitu kepada murid menengah atas. Dalam menjalankan kajian ini,
pengkaji telah mengarahkan murid untuk memuat turun perisian percuma Ibispaint X di Google
Playstore. Kajian ini telah meibatkan 4 orang murid tingkatan 2 Tahun 2022 Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Keledang. Pengkaji telah menggunakan satu instrumen utama dalam menganalisis
dapatan kajian iaitu temu bual. Hasil analisis dapatan kajian, pengkaji mendapati berlaku peningkatan
yang ketara selepas intervensi dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan kaedah penggunaan perisian
Ibispaint dalam menghasilkan karya digital dapat meningkatkan minat dan kemahiran dalam seni digital
di kalangan murid menengah rendah. Murid menunjukkan minat berulang daam menghasilkan karya
demi mendapat hasil yang lebih baik. Justeru disarankan semua pihak yang bertanggungjawab
menjalankan sesi PdPc Pendidikan Seni Visual menggunakan kaedah ini untuk semua tingkatan.
Kata Kunci: Ibispaint X, Perisian, Lukisan Digital, Pendidikan Seni Visual
FAKTA GANTT : MENINGKAT KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA MATA
PELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAN PELAJAR SEMESTER 1 PELAJAR
TINGKATAN 6 BK2
Azrina Binti Ariffin
Kolej Tingkatan Enam Seri Putera, Ipoh
Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdPc guru menggunakan Fakta Gantt bagi
meningkatkan kemahiran Mengingat Fakta dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Kumpulan
sasaran seramai 20 orang murid Tingkatan 6BK2 semester 1. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini
menggunakan kaedah kuantitatif dan kualititatif. Tinjauan awal guru menggunakan kaedah analisis
dokumen kertas Peperiksaan Percubaan Semester 1 dan kaedah pemerhatian iaitu melihat gaya
pembelajaran pelajar. Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan untuk mendapat maklum balas
pelajar selepas menggunakan Fakta Gantt. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang telah dirancang dalam
kajian ini menunjukkan keputusan peperiksaan mata pelajaran Pengajian Perniagaan semester 1 telah
berlakunya peningkatan prestasi. Dalam peperiksaan Pengajian Perniagaan Semester 1 2022. Oleh itu,
Fakta Gantt ini akan diperkenalkan kepada pelajar Semester 2 dan 3 bagi membantu pelajar
meningkatkan daya ingatan semasa mengulang kaji dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih menarik.
Kata Kunci: Fakta Gantt , Kemahiran Mengingat , Fakta, Pengajian Perniagaan
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MENINGKATKAN PENGUASAAN AYAT SUSUNAN SONGSANG DENGAN
MENGGUNAKAN “PAISANG” DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5
Muhammad Affan bin Ahamad
SK. Sungai Jejawi, Teluk Intan
“PAISANG” dicipta untuk membantu para murid menguasai topik ayat susunan biasa dan ayat susunan
songsang dengan lebih baik iaitu menekankan belajar sambil bermain. “PAISANG” ini amat sesuai
dimainkan secara berkumpulan agar dapat mewujudkan kerjasama bagi menyelesaikan sesuatu masalah
(pembelajaran koperatif dan sosial) dan membentuk pengetahuan baharu berdasarkan pembelajaran
sedia ada dan menekankan scaffolding. Reka bentuk kajian tindakan ini adalah kuantitatif dan kualitatif
yang melibatkan murid tahun 5. Ia melibatkan kaedah pengumpulan data iaitu ujian pra dan ujian pasca,
pemerhatian turut dan soal selidik. Inovasi “PAISANG” amat mudah digunakan kerana ringan dan
mudah dibawa dan digunakan. “PAISANG” amat membantu pencapaian para murid dalam penguasaan
topik ayat susunan songsang bagi subjek Bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kemahiran bahasa dapat dikuasai oleh murid iaitu kemahiran membaca dan menulis, kemahiran sosial
yang positif dalam kalangan ahli kumpulan mewujudkan pembelajaran Abad Ke-21, memberi
keseronokan, memudahkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) serta melahirkan murid Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT). Ia berpotensi untuk disebarluaskan kepada murid sekolah berhampiran iaitu
sekolah anak sungai yang berada di kawasan Teluk Intan, boleh digunakan oleh murid pemulihan kerana
membantu mereka menyusun perkataan bagi membentuk ayat yang mudah dan boleh digunakan oleh
murid tahun enam. Diharapkan ia dapat memberi manfaat kepada guru dan murid yang
menggunakannya.
Kata Kunci: Ayat Susunan Songsang, Konstruktivisme, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Koperatif,
Belajar Sambil Bermain
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 6 DLP DALAM BACAAN
MAD 4 DAN 5 HARKAT
Muhammad Affandi bin Md Ujang
Sekolah Kebangsaan Gopeng, Jalan Ilmu
Penguasaan hukum tajwid merupakan asas penting bagi murid ketika mentilawahkan al-Quran. Namun,
kandungan ilmu tajwid yang kompleks menjadikan murid keliru dalam menentukan hukum dan cara
bacaan mad 4 dan 5 harkat. Justeru, kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membuat
penambahbaikan kepada amalan guru-penyelidik dalam usaha membimbing murid untuk mengenal pasti
hukum dan cara bacaan mad 4 dan 5 harkat dengan betul. Pembinaan jadual Tanda, Huruf dan Rumah
(THR) merupakan inisiatif guru sebagai intervensi dan pemudah cara kepada murid untuk mengeluarkan
kalimah mad wajib dan mad jaiz daripada al-Quran seterusnya dapat membaca kalimah dengan
sempurna. Model kajian tindakan dengan satu kitaran tindakan-refleksi merangkumi enam langkah
utama iaitu proses memerhati, mereflek, bertindak, menilai, mengubahsuai dan merancang tindakan
baharu bagi menjawab persoalan kajian. Pengumpulan data di buat secara kualitatif seperti pemerhatian
tidak berstruktur, rakaman foto dan dokumen hasil kerja murid. Seterusnya data dianalisis secara
penulisan naratif untuk melihat perkembangan bimbingan yang dijalankan kepada lapan orang murid
dari kelas enam DLP. Implikasi kajian adalah penting kepada guru-penyelidik dalam melihat proses
pengubahsuaian amalan pengajaran kendiri dengan menggabungkan kaedah tradisional seperti talaqqi
musyafahah dan bahan bantu mengajar yang dibangunkan iaitu jadual THR. Secara keseluruhannya,
terdapat impak positif dalam penguasaan murid melalui latihan dan bacaan secara individu.
Perkembangan ini merupakan pembelajaran utama guru-penyelidik sebagai guru pendidikan Islam
dalam meningkatkan kemahiran pedagogi dan penyampaian kandungan pelajaran bagi murid sekolah
rendah.
Kata Kunci: Kaedah Tanda Huruf Rumah, Kemahiran Membaca, Hukum Tajwid, Tilawah Al-quran,
Pendidikan Islam Sekolah Rendah
FOSTERING STUDENTS’ COMPREHENSION STRATEGIES VIA ONLINE
LITERATURE CIRCLES
Ho Lai Ying
SMJK Nan Hwa, Sitiawan
Online literature circles are meetings for a group of students to discuss the reading texts that they have
read independently. This study explored the comprehension strategies implemented by a group of ESL
students during online literature circles. The findings showed that the students implemented different
comprehension strategies such as questioning, evaluating, using prior knowledge, predicting, making
connections, interpreting, visualising, inserting oneself in the text and summarising during the
discussions. The role sheets used during the online literature circles also assisted the students to enhance
their comprehension strategies. Conducting online literature circles provide opportunities for students to
implement comprehension strategies and this approach allows students to be more engaged in their
learning.
Keywords: Online Literature Circles, ESL Students, Comprehension Strategies, Role Sheets
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS MEMBACA BAHASA
CINA MURID TAHAP RENDAH MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN
TERANJAK (FLIPPED CLASSROOM) DALAM KONTEKS PDPR
Ooi Rou Yin
Sekolah Kebangsaan Gopeng, Jalan Ilmu
Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk mengkaji cara penggunaan kaedah pembelajaran teranjak
(Flipped Classroom) yang dapat membantu murid tahap rendah untuk menguasai kemahiran asas
membaca Bahasa Cina. Sasaran kajian ini merupakan 9 orang murid tahun dua dari sebuah SJK(C)
daerah Larut Matang dan Selama, Perak, yang tidak berupaya untuk memahami isi tersurat dan
menaakul isi tersirat teks. Justeru, mereka menghadapi kekangan semasa menjawab soalan pemahaman.
Tempoh kajian ini adalah selama tiga bulan. Melalui kaedah pengumpulan data yang berbentuk rekod
PdP, lembaran kerja murid dan rekod temu bual, didapati bahawa penetapan satu objektif pembelajaran
yang jelas, media pembelajaran kendiri dalam bentuk video dan tugasan amali dapat membantu murid
untuk menguasai kemahiran memahami isi tersurat dengan lebih efektif. Selain itu, adanya sistem
ganjaran dan platform pembentangan tugasan jenis umum dapat memotivasikan murid untuk
menjalankan pembelajaran kendiri tanpa memerlukan pengawasan orang dewasa. Tambahan lagi, PdPR
bersemuka yang berasaskan soalan murid serta digerakkan oleh tugasan meningkatkan keberkesanan
membantu murid menguasai kemahiran menaakul isi tersirat teks. Pengkaji mendapati, interaksi antara
murid masih tidak mencukupi untuk perkongsian idea, justeru komuniti pembelajaran secara atas talian
perlu dibentuk.
Kata Kunci: Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Membaca, Pembelajaran Teranjak, Flipped
Classroom, Kemahiran Asas Membaca, Memahami Isi Tersurat, Menaakul Isi Tersirat
MENINGKATKAN PENGUASAAN PUISI KLASIK TAMIL, CEYYUL
‘ARANERI CHARAM’ DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 3A5
DENGAN MENGGUNAKAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF WORDWALL
Puspavalli a/p Sathival
SMK Tok Perdana
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat dan tahap pemahaman murid mengenai puisi klasik,
Ceyyul ‘Araneri Charam’ Tingkatan 3 melalui pembelajaran interaktif Wordwall. Seramai 18 orang
murid dari Tingkatan 3A5, SMK Tok Perdana, Perak telah dipilih sebagai responden. Tinjauan awal
dilaksanakan melalui kaedah pra-ujian. Hasil daripada analisis markah pra-ujian didapati kesemua murid
3A5 belum menguasai penuh puisi klasik, Ceyyul ‘Araneri Charam’. Tinjauan kedua dilaksanakan
dengan menjalankan pasca-ujian. Pelaksanaan tindakan difokuskan kepada inisiatif guru menjalankan
pembelajaran interaktif menggunakan Aplikasi Wordwall. Hasil kajian menggunakan kaedah
pembelajaran ini menunjukkan kesemua 18 orang murid 3A5 dapat menunjukkan peningkatan markah
dalam pemahaman dan pengingatan fakta dalam Topik Ceyyul ‘Araneri Charam’. Kajian ini diharap
dapat disebarluas kepada guru-guru dan murid-murid dalam usaha untuk membantu guru dalam
pengajaran dan memaksimumkan proses pembelajaran supaya murid dapat menguasai puisi klasik ,
Ceyyul menggunakan grafik dan rajah secara interaktif.
Kata Kunci : Ceyyul, Pembelajaran Interaktif , Aplikasi Wordwall
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR 6 ATAS 2 DALAM
MEMBEZAKAN JENIS-JENIS KATA KERJA AKTIF MENGGUNAKAN
FORMULA “ PIRAMID KATA KERJA AKTIF”
Roziyaton Niza binti Abdul Rahman
SMK Kampong Pasir Puteh, Ipoh.
Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdP saya dalam pengajaran Kata Kerja Aktif iaitu
salah satu tajuk yang agak mengelirukan para murid disebabkan setiap jenis kata kerja itu ada yang
menggunakan imbuhan yang sama tetapi membentuk kata kerja yang berbeza. Saya menggunakan
“Formula Piramid Kata Kerja Aktif” dengan menjadikan 7 akronim sebagai lambang kepada jenis- jenis
kata kerja tersebut. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk Kajian Tindakan yang
melibatkan kumpulan sasaran seramai 12 orang murid 6 Atas 2 SMK Kampong Pasir Puteh, Ipoh pada
tahun 2022. Data yang digunakan dalam kajian ini diperoleh daripada markah Ujian Diagnostik, Ujian
Pos 1 dan Ujian Pos 2. Markah yang diperoleh daripada ketiga-tiga ujian tersebut telah dianalisis secara
diskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa aktiviti yang telah dirancang dalam kajian ini telah
membantu guru dalam menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran dari aspek merangka,
merancang, dan melaksanakan strategi yang berpusatkan murid tanpa menjejaskan elemen isi kandungan
yang perlu dikuasai oleh para murid. Formula Piramid Kata Kerja Aktif ini bukan sahaja membantu para
murid untuk menguasai topik Kata Kerja Aktif bahkan dapat membantu saya memahami proses
pelaksanaan kajian Tindakan secara keseluruhannya.
Kata Kunci : Formula Piramid Kata Kerja Aktif, Jenis-Jenis Kata Kerja Aktif, 6 Atas 2
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS MENULIS
PERKATAAN BAHASA CINA MURID TAHAP RENDAH
MELALUI KAEDAH RAINBOW STROKE ORDER
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Tan Ke Er
SJKC Padang Grus
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid yang lemah dalam menguasai kemahiran asas menulis
perkataan Bahasa Cina yang merupakan satu komponen penting dalam mata pelajaran Bahasa Cina.
Sampel kajian melibatkan seramai 7 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan
awal telah dibuat melalui ujian pra yang menunjukkan murid lemah dalam penguasaan urutan stroke
dalam penulisan perkataan Bahasa Cina. Melalui tinjauan awal, didapati murid menghadapi masalah
pengingatan urutan stroke perkataan menyebabkan pembelajaran pasif murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran formal dalam kelas. Oleh itu, kaedah Rainbow Stroke Order diperkenalkan kepada murid
sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi murid terutama murid tahap
rendah. Kajian juga telah menjalankan pelan tindakan berdasarkan kaedah yang diperkenalkan dan
mendapati penguasaan kemahiran murid dalam menulis perkataan mengikut urutan stroke semakin
memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Murid tersebut lebih menunjukkan sikap positif
dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran menulis perkataan Bahasa Cina
dan mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Kata Kunci: Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Menulis, Rainbow Stroke Order, Penguasaan
Kemahiran Menulis Perkataan, Urutan Stroke Dalam Bahasa Cina
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
THE EFFECTIVENESS OF PICTIONARY GAME IN THE TEACHING OF
CONCRETE NOUNS AMONG YEAR 2 PUPILS
Shalini a/p Poobalan
SK RPS Kemar, Gerik
Teaching of nouns is very crucial as nouns are considered as one of the basic elements in the learning of
English language. Teaching English as second language to young learners in Malaysia is often
challenging due to learners’ inability to understand unfamiliar words and short attention span. This study
was conducted by Shalini a/p Poobalan from Sekolah Kebangsaan RPS Kemar, Gerik on a group of
Year 2 pupils aged 8-year-old to identify the effectiveness of using Pictionary game to teach concrete
nouns. As most of the pupils in Year 2 class are weak in concrete nouns, the researcher implements
Pictionary Game as the teaching strategy. The aim of this research is to determine either the usage of
Pictionary game is effective or not to enhance the pupils’ understanding on concrete nouns and to
discover their interest in using games. 32 respondents were selected for this study. The study engaged
the quasi-experimental method which involved two-group pretest-posttest design and self-administered
questionnaire. Data were then analysed using SPSS version XXV. The findings indicated that the usage
of Pictionary game had a significant effect on pupils’ score in learning of concrete nouns. With the
intervention of Pictionary game, the achievement scores for the experimental group improved
significantly as compared to the scores of the control group. Nevertheless, the study did not find any
significant difference in achievement scores in concrete nouns between genders after the use of
Pictionary game. In conclusion, this study establishes evidence that educational games such as
Pictionary is appropriate in helping young learners to learn new English words and teachers should use it
as a strategy to make the students interested in learning English especially concrete nouns.
Keywords: Concrete Nouns, Pictionary Game, Score, Interest
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PENGGUNAAN e-SEMAK
TERHADAP PEMUPUKAN MINAT DAN PENGLIBATAN MURID
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DI RUMAH (PdPR)
Zuraida binti Abdul Latif
SMK Ahmad Boestamam, Perak
E-Semak merupakan aplikasi web Google yang mengadaptasikan penggunaan pangkalan Data Studio
dalam rangka memvisualisasikan data kehadiran dan tugasan murid. Berdasarkan fungsi ini, maka kajian
ini diwujudkan bagi melihat sejauh mana kesan penggunaan e-Semak di kalangan 25 orang murid dari
kelas 2A2 yang mengikuti subjek Pendidikan Islam di sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad
Boestamam Perak. Kajian ini juga ingin mengenal pasti faktor kekangan murid dalam menggunakan
e-Semak dalam sesi PdPR yang dijalankan. Pengumpulan data kajian dilakukan melalui instrumen
analisis dokumen, pemerhatian dan soal selidik yang diedarkan secara atas talian. Dapatan instrumen
pemerhatian jelas menunjukkan tahap penurunan yang ketara dalam jumlah ketidakhadiran murid
daripada 8 (32%) orang kepada 2 (8%) orang murid sahaja selepas intervensi dilakukan. Analisis SPSS
pula menunjukkan tahap persepsi murid terhadap kesan penggunaan e-Semak berada pada tahap
sederhana tinggi sama ada dalam pemupukan minat dan membantu pembelajaran PdPR (min=4.245;
s.p=0.443) atau meningkatkan penglibatan mereka (min=4.05; s.p=0.405). Sementara itu, dapatan
analisis turut mendapati permasalahan capaian internet menjadi faktor utama yang menghalang
kekerapan murid dalam menggunakan e-Semak dalam sesi PdPR. Kesimpulannya, pelaksanaan e-Semak
sebagai bahan bantu mengajar (BBM) yang dapat menyokong pembudayaan ICT wajar diteruskan
memandangkan sistem ini dapat menjadi platform yang sesuai bagi menggantikan kaedah manual sedia
ada dalam merekod bahkan menvisualkan data kehadiran dan tugasan PdPR.
Kata Kunci: Penggunaan, e-Semak, PdPR, Persepsi, Kekangan
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Abstrak
Room 4 : Project-Based
Learning
(PBL)
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
GREEN ARENA COMPOST
Shella Devi a/p Govindarajan
SK Silibin
Sisa makanan semakin meningkat dan tidak diurus dengan menggunakan kaedah yang baik, ia
menyebabkan sampah yang dibuang ke tapak pelupusan sampah semakin meningkat. Sisa makanan
bukan sekadar sampah yang kita hasilkan atau terkumpul semasa atau selepas makan.Banyak lagi
perkara yang boleh dianggap sebagai sisa makanan atau bahan makanan yang ditolak. Selain itu,
kerajaan juga telah mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk mengurus sisa-sisa berkenaan. Oleh
itu, mewujudkan satu kesedaran kepada murid-murid prasekolah mengenai kepentingan menguruskan
sisa makanan dengan lebih baik supaya alam sekitar dijaga melalui pembelajaran Pendidikan Alam
Sekitar. Pembelajaran berasaskan projek ini dijalankan di Prasekolah Seri Cahaya, SK Silibin daerah
Kinta Utara. Murid-murid yang terlibat adalah terdiri daripada 25 orang murid prasekolah iaitu 7 orang
murid berusia 5 tahun dan 18 orang murid prasekolah berusia 6 tahun dan seramai 20 orang ibubapa.
Dengan ini, projek Green Arena Compost ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengurangan
sisa makanan yang dihasilkan masyarakat setempat dengan menggunakan kaedah tanah kompos. Tanah
kompos ini digunakan untuk menghasilkan tanaman seperti halia bentong dan terung.Permasalahan ini
menunjukkan bahawa pengendalian sisa makanan yang dilakukan kebanyakkan masyarakat masih tidak
menggunakan kaedah yang betul. Projek ini dijalankan sebagai satu usaha menyelesaikan permasalahan
pembuangan sisa makanan dengan lebih berkesan. Selain itu, mewujudkan kesedaran di kalangan murid-
murid prasekolah permasalahan yang dihadapi di negara dan tanggungjawab menjaga alam sekitar.
Metodologi kajian berbentuk dengan persampelan berfokus untuk memperolehi data dalam kajian ini.
Data primer merupakan data yang paling dominan iaitu data asli yang dicerap dari lapangan. Data primer
ini diperolehi melalui pemerhatian dan gambar projek. Kaedah pemerhatian dalam projek ini telah
dibahagikan kepada tiga fasa iaitu sebelum,semasa dan selepas projek. Antara cadangan penambaikan
adalah Green Arena Compost perlu dijadikan amalan terbaik setiap murid di rumah masing-masing.
Selain itu, melalui hasil tanaman yang ditanam menjalankan program keusahawaan menjual hasil
tanaman kepada masyarakat setempat.
Kata Kunci: Green Arena Compost, Murid Prasekolah, Sisa Makanan
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
EATING HABITS AND LIFE STYLE FOR HEALTHY HEART
Noor Hafizah binti Hussain
SMK Raja Chulan
Sejak 2005, penyakit jantung menjadi salah satu punca utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia.
Didapati, isu ini berkait rapat dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang. Secara asasnya murid
maklum tentang situasi ini tetapi masih mengamalkan tabiat pemakanan dan gaya hidup yang kurang
baik. Berdasarkan idea ini, Pentaksiran Berasaskan Projek (PBL) dipilih untuk dilaksanakan dengan
melibatkan 9 kumpulan yang terdiri daripada 39 murid dari kelas 3KAA dan 3RK. Setelah beberapa
guru Tingkatan Tiga duduk bersama merungkai DSKP masing-masing, 4 mata pelajaran dipilih untuk
bergabung dalam 1 PBL iaitu Sains (DLP) sebagai mata pelajaran utama diikuti Matematik (DLP),
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Bahasa Inggeris. Pelaksanaan PBL ini akan memberi
pendedahan yang lebih mendalam tentang jenis, sebab, dan kaedah mengelakkan penyakit jantung.
Melalui PBL, murid dapat meningkatkan kesedaran tentang jantung yang sihat dan disebarkan kepada
seluruh warga sekolah. PBL juga bertujuan merangsang murid untuk belajar secara aktif dan
menyeronokkan, memandangkan murid-murid ini antara yang terkesan dengan pelaksanaan PdPr sejak
2020. Maka, PBL secara tidak langsung dapat membina ruang dan peluang agar murid lebih yakin dan
berani menyuarakan pendapat di hadapan orang ramai. PBL ini melibatkan 5 fasa yang telah
dilaksanakan sepanjang 3 minggu yang mana guru memberi penerangan projek, murid mencari bahan,
menyediakan bahan, membuat pembentangan dan penilaian oleh guru. Refleksi yang baik diterima
daripada murid selepas pembentangan. Murid menyatakan peningkatan dari segi keyakinan diri,
kerjasama antara ahli kumpulan, dan kesungguhan setiap murid menyiapkan tugasan wajar diberi pujian.
Kesimpulannya, PBL ini diharap dapat memberi impak positif meningkatkan kesedaran tabiat
pemakanan dan gaya hidup yang baik menyumbang kepada jantung yang sihat.
Kata Kunci: PBL, Jantung Sihat, Penyakit Jantung, Belajar Secara Aktif, Tabiat Pemakanan Dan Gaya
Hidup, Healthy Heart
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
EKSPLORASI BUMI
Norizam binti Abdullah
SMK Pengkalan Hulu.
Pembelajaran berasaskan projek dapat menggalakan murid berfikir, menghayati dan bertindak
seterusnya mengintegrasikan maklumat serta kandungan pembelajaran. Namun, ramai murid
beranggapan bahawa setiap mata pelajaran perlu diajar secara berasingan dan tiada kesinambungan
antara satu sama lain. Sebenarnya terdapat topik-topik dalam mata pelajaran tertentu boleh digabungjalin
dan diajar secara bersama, seperti projek ini yang menggabungkan 5 mata pelajaran iaitu Geografi,
Sains, Asas Sains Komputer, Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Melayu. Objektif utama projek ini
adalah untuk membina model 3 dimensi dan permainan interaktif yang dapat menunjukkan kesan
pergerakan plat tektonik. Model 3D tersebut perlu mempunyai kesinambungan antara lima mata
pelajaran gabungan. Seramai 19 orang murid dari tingkatan 1 Zaaba yang dipecahkan kepada 6
kumpulan telah dijadikan responden. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif dan kuantitatif. Data
kuantitatif dikumpul dengan menggunakan student’s voice melalui Google Form manakala data
kualitatif melalui analisis dokumen penjurian PBL. Pada awal projek, seramai 53% murid berpendapat
bahawa setiap mata pelajaran tidak mempunyai kesinambungan dan perlu belajar secara berasingan.
63% tidak berminat dengan tajuk bumi dalam mata pelajaran Geografi dan Sains. 79% menyatakan tajuk
kod arahan dalam mata pelajaran ASK sangat sukar dikuasai dan membosankan. Namun, selepas projek
ini dijalankan 100% murid dapat membina sendiri model 3D dan permainan interaktif menggunakan
aplikasi scratch. Dapatan juga menunjukkan impak positif pada kemenjadian murid apabila hasil
pembentangan 2 kumpulan responden telah memenangi kategori produk inovatif, 2 kumpulan lagi
mendapat jolokan pembentangan terbaik. Manakala 2 kumpulan lain masing-masing memenangi
kategori kaloboratif terbaik dan eco-friendly product dengan julat markah 76-95%. Kesimpulannya,
projek ini telah membantu murid dalam membina model pembelajaran sendiri dan permainan interaktif
dalam mengukuhkan pemahaman sedia ada dan harus diperkasakan
Kata Kunci: Model 3 Dimensi, Plat Tektonik, Eksplorasi Bumi, Permainan Interaktif, PBL
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
EMPANGAN HIDROELEKTRIK
Saifuddin bin Mohamad Safian, Ahmad Hafidz bin Shafie
dan Siti NorWahyuni binti Harun
SMK Batu 4, Gerik
Projek empangan hidroelektrik ini menggabungkan tiga mata pelajaran iaitu Geografi, Reka bentuk dan
Teknologi / Asas Sains Komputer dan Bahasa Inggeris. Hasil perbincangan para guru pembimbing telah
menetapkan idea besarnya ialah Kelestarian Tenaga dan antara soalan utamanya ialah dimanakah punca
tenaga elektrik?. Murid 3KAA telah dipilih bagi melaksanakan projek ini. Beberapa langkah utama perlu
dilalui mereka iaitu kajian dan penyelidikan, lakaran, perancangan, penyediaan bahan dan peralatan,
pembinaan, pengujian, penambahbaikan dan pembentangan. Pada peringkat kajian, murid membuat
penyelidikan berkaitan reka bentuk empangan, bentuk muka bumi dan kontur di sekitar empangan,
kefungsian turbin, litar bersiri dan selari dan komponen elektronik dan mekanikal yang berkaitan.
Seterusnya, murid membuat lakaran kasar berkaitan model empangan yang dibuat beserta perincian
bahan yang digunakan. Setelah dimuktamadkan, murid menggunakan aplikasi Google Sketch Up untuk
melukis lakaran dalam bentuk 3 dimensi dan mengolahkanya menjadi animasi. Ini disusuli dengan
penggunaan carta Gantt sebagai instrumen perancangan projek. Berikutnya, murid dan guru membuat
persediaan pembelian bahan dan peralatan daripada kedai berhampiran dan juga secara dalam talian.Di
antara komponen utama yang perlu disediakan ialah sistem perpaipan, pam air, mini turbin, wayar dan
lampu LED, polistrene, lapisan kalis air, papan lapis dan juga kepingan zink. Pada peringkat pembinaan
pula, komitmen yang tinggi daripada murid amat diperlukan kerana tempoh pembinaan projek yang agak
lama serta masalah yang dihadapi seperti kebocoran sistem perpaipan dan kegagalan litar berfungsi.
Hasil uji lari yang dilakukan berkali-kali pada peringkat pengujian akhirnya dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapi dengan khidmat bantu selia daripada pihak Tenaga Nasional Berhad. Lawatan ke
empangan Temengor pada peringkat awal pembinaan juga amat membantu murid memahami proses
penjanaan elektrik di empangan serta struktur-struktur sebenar yang berada di sana.Hasil daripada
maklum balas daripada pihak luar, guru-guru dan murid-murid,proses penambahbaikan dilakukan
sebelum membuat pembentangan di peringkat sekolah dan pameran di luar. Impak yang paling jelas
hasil daripada pelaksanaan projek ini dapat dilihat dari segi peningkatan kefahaman dalam aspek teori
yang di pelajari di dalam kelas serta kemahiran menyelesaikan masalah secara berkumpulan. Selain itu,
murid-murid juga dapat membina keyakinan diri ketika membuat pembentangan.
Kata Kunci: Model Empangan Hidrolektrik, Pembelajaran Berasaskan Projek, PBL, Penilaian Tahap
Penguasaan (TP), Showcase, Pembelajaran Menyeronokkan dan Bermakna
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
FROM GARDEN TO COSMETIC PRODUCT
Wong Choy Wan
SMK Buntong, Ipoh
The use of hand sanitiser has become everyone’s habit after the outbreak of COVID-19. Hand sanitiser
has proven its usefulness in killing germs, but the overuse of hand sanitiser can lead to dry, redness and
cracked skin. Hand cream which is rich in antioxidant from natural source is a good choice to reduce the
side effects of hand sanitiser. Butterfly pea plant is commonly used in Asian cuisine and as one of the
ingredients in making cosmetics products. This flower which is rich in anthocyanin is suitable to make
hand cream to keep our skin moist. This project-based learning (PBL) which is carried out for 3 weeks
involves 24 Form 5 pupils with the aim to produce a cosmetic product from butterfly pea plant that
relates chemistry to daily life as well as to promote fun and meaningful learning in chemistry classroom.
The findings of the study were analysed quantitatively. Descriptive statistics show that 100% of pupils
find that this is a meaningful activity with 66.7% rated a 5-star while 23.8% rated a 4-star for this lesson.
57.1% of pupils find this activity interesting. 42.9% of pupils are excited over this activity because they
could relate chemistry to daily life while 33.3% think that producing a product from simple materials is
fun and meaningful. In conclusion, this PBL has promote meaningful learning. Making hand cream that
contains anthocyanin from butterfly pea flower has linked the chemistry curriculum with pupils’ lives in
a fun learning.
Keywords: Project-based Learning (PBL), Butterfly Pea Flower, Anthocyanin, Hand Cream, Chemistry
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
KEBERKESANAN KAEDAH MODEL TERHADAP AMALAN, MINAT DAN
PENCAPAIAN MURID DALAM MATA PELAJARAN SAINS
Rajathi a/p Ramayah
Sk Gopeng Jalan Ilmu
Sikap dan tingkah laku beberapa orang murid daripada 15 orang murid Tahun 3 DLP semasa proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains kurang berminat dengan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sains. Punca masalah yang utama ialah kerana mereka tidak memahami
konsep Sains dalam Bahasa Inggeris. Maka fokus kajian ini adalah untuk menangani masalah tersebut
dengan menjalankan proses pengajaran dengan menggunakan Kaedah Model bagi membantu murid
memahami konsep Sains yang diajar oleh guru. Selain itu, kajian tindakan ini juga dijalankan untuk
mengkaji sejauh manakah penggunaan kaedah model dapat meningkatkan amalan pengajaran guru,
minat dan pencapaian murid Tahun Tiga DLP dalam Tajuk Sistem Pencernaan Manusia atau Human
Digestive System. Tinjauan awal menunjukkan 15 orang murid tersebut kurang memahami tajuk Sistem
Pencernaan Manusia iaitu Flow of Food dalam badan manusia dalam Bahasa Inggeris. Peserta kajian
terdiri daripada 15 orang murid Tahun tiga DLP di Sekolah Kebangsaan Gopeng Jalan Ilmu. Temubual
dan pemerhatian bagi mengukur minat mereka terhadap PdPc mata pelajaran Sains. Dalam temubual dan
pemerhatian dapat mengukur murid tidak menguasai tajuk yang diajar oleh guru. Setelah Kaedah Model
digunakan, maka didapati 15 orang murid tersebut dapat memahami tajuk Sistem Pencernaan Manusia
lebih mudah dan lebih minat untuk belajar mata pelajaran Sains. Kaedah soal selidik, temu bual,
pemerhatian, hasil karja murid dalam aktiviti kumpulan daripada hands-on activity dan lembaran kerja
murid telah digunakan untuk mengumpul data tentang kajian tindakan ini. Data yang dikumpul telah
dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan kualitatif. Hasil kajian menunjukkan
bahawa penggunaan kaedah model didapati berjaya untuk meningkatkan minat dan pencapaian murid
dalam tajuk tersebut, di samping amalan pengajaran kendiri saya juga telah ditingkatkan. Pada masa
yang akan datang, saya ingin mengkaji kesan penggunaan Kaedah Model ke atas tajuk-tajuk Sains yang
lain.
Kata Kunci: Kaedah Model, Sistem Pencernaan Manusia, Bahan Bantu Mengajar, Hands-on activity,
Temubual, Pemerhatian
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)
‘DETOX BUTTERFLY PEA’ TERHADAP KEMAHIRAN MENULIS
BAHASA MELAYU MURID TAHUN 6
Shuhida binti Kamaruddin & Chek Mezuin binti Hamid
SK Seri Selamat
Perubahan yang berlaku di dalam bidang pendidikan bukan sahaja meliputi aspek pembangunan ilmu
yang meliputi perubahan dan perkembangan ilmu malah merangkumi kaedah menyampaikan ilmu dan
pembelajaran. Pembelajaran masa kini lebih berfokuskan kepada pengalaman sebenar murid. Kajian ini
bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Detox Butterfly
Pea, yang dilaksanakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu
sebagai usaha meningkatkan kefahaman murid dalam melaksnakan sesuatu projek mengikut proses yang
sepatutnya. Murid dikatakan kurang berupaya menguasai kemahiran menulis dengan baik. Ayat yang
dibina dan ditulis bukanlah ayat yang gramatis walaupun murid berada di Tahun 6. Bagi memperbaiki
keadaan ini guru Bahasa Melayu SK Seri Selamat telah mengambil langkah melaksanakan pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL). PBL sebagai satu proses pembelajaran secara alami untuk
meningkatkan kefahaman, kebolehan daya ingatan dan penciptaan. Pemerhatian yang dijalankan
terhadap pendekatan PBL dalam kajian ini menunjukkan bahawa murid-murid yang terlibat iaitu
seramai 12 orang telah menguasai kemahiran menulis dengan baik.
Kata Kunci : Pendekatan PBL, Pengalaman Sebenar, Meningkatkan Kefahaman, Kemahiran Menulis
MY PORTABLE MACHINE
Kok Hui Sun
SJK (C) Chin Hua, Slim River
Project Based Learning (PBL) yang dilaksanakan ialah My Portable Machine. Projek ini merupakan
satu tugasan yang terkandung dalam DSKP KSSR Semakan Sains Tahun 6 Bab 12 iaitu, Mesin. Melalui
projek ini, murid mereka bentuk model mesin kompleks dengan menggabungkan konsep sains yang
telah dipelajari, seperti: sifat bahan, kestabilan dan kelajuan. Masalah utama yang dihadapi oleh murid
dalam topik ini ialah mengenali keseluruhan sistem mesin kompleks. Ini disebabkan murid hanya belajar
topik ini secara atas talian semasa PdPR. Disamping itu, murid kurang memahami fungsi dan kegunaan
mesin ringkas. Objektif projek ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap fungsi dan
kegunaan mesin ringkas dalam mesin kompleks serta dapat mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam
pembinaan model mesin. Projek ini melibatkan 20 orang murid Tahun 6 dari SJK (C) Chin Hua, Slim
River, Perak. Instrumen projek yang digunakan ialah rubrik penilaian sepanjang proses pembelajaran.
Teknik pengumpulan dilaksanakan melalui pembinaan model dan video. Projek ini dimulakan dengan
mencetuskan idea murid untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kelas iaitu, mengangkat
objek berat dari tingkat bawah. Hasil dapatan projek ini, murid dapat melakar model mesin yang dibina,
menentukan jenis mesin ringkas yang digunakan, memilih jenis bahan yang sesuai untuk dibina dan
mencipta model mesin mudah alih. Oleh yang demikian, projek ini diharapkan dapat meningkatkan
penguasaan murid dalam mata pelajaran Sains.
Kata Kunci: PBD, My Portable Machine, Sistem Mesin, Mencungkil Bakat, Kreativiti, Sains
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
KRIPTOGRAFI DALAM KESELAMATAN DATA SUBJEK
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 3
Farrah Wahilda binti Khirluddin
SMK Gunung Rapat
PAK 21 menerapkan proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi,
kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. pembelajaran berasaskan
projek adalah satu pendekatan pedagogi yang merangsang kemahiran abad ke 21 murid. Ia adalah
pendekatan jangka masa panjang yang meraikan kebolehan, kemahiran berfikir serta bakat murid.
Meningkatkan kemahiran dan minat murid untuk mudah memahami konsep pengunaan kod sifer
terutamanya Caesar Chiper dalam kriptografi keselamatan data. Tajuk Kriptografi Dalam Keselamatan
Data merupakan salah satu tajuk yang sukar difahami oleh murid yang wajib dipelajari dalam mata
pelajaran Asas Sains Komputer. Tambahan pula dengan kaedah PdPR itu pendekatan pembelajaran dan
pengajaran di rumah ketika Covid19 membuat murid kurang jelas tentang penghasilan dan
penterjemahan mesej menggunakan kaedah kod sifer. Jadi satu projek telah dijalankan bagi
menghasilkan Caesar Wheel untuk memudahkan murid menyulit dan menyahsulitkan teks biasa dan teks
sifer. Objektif yang kedua ialah mencipta satu kaedah sifer baharu yang boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Sampel kajian terdiri daripada 22 orang murid
tingkatan tiga yang mengambil mata pelajaran Asas Sains Komputer. Hasil dari aktiviti ini murid lebih
cekap dan lebih berminat untuk mempelajari topik berkaitan kriptografi dalam keselamatan data di
samping meningkatkan kemahiran murid bagi menyelesaikan penyulitan dan penyahsulitan kod sifer
terutamanya soalan yang melibat Caesar Chiper. Justeru, diharap pengetahuan ini dapat merealisasikan
pembelajaran berkesan dengan cara yang mudah dan lebih menarik.
Kata Kunci: PBL, PBP, Project Based Learning, Pembelajaran Berasaskan Projek, Kriptografi,
Keselamatan Data, Chiper
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PENGGUNAAN KAEDAH VISUALISASI DALAM MENINGKATKAN
TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN LIMA
DALAM TOPIK PLAN DAN DONGAKAN
Leow Soo Em
SMK Perempuan Perak
Secara umumnya murid menghadapi masalah dalam memahami Konsep Unjuran Ortogonal semasa
melukis pelan, dongakan sisi dan dongakan depan. Topik pelan dan dongakan ini telah dipelajari oleh
pelajar semasa tingkatan lima secara atas talian di mana murid tidak dapat memahami langsung Konsep
Unjuran Orthogon. Oleh yang demikian, ramai murid 5 Sains tidak dapat melukis pelan, dongakan sisi
dan dongakan depan dengan baik. Lukisan mereka salah dari segi ketepatan ukuran panjang dan sudut.
Lukisan mereka menunjukkan hasil kerja kerja yang tidak teratur. Ini secara langsung menjejaskan
pemarkahan murid semasa peperiksaan. Objektif mini projek ini adalah untuk meningkatkan tahap
penguasaan terhadap topik pelan dan dongakan di kalangan pelajar tingkatan 5. Pembelajaran melalui
mini projek ini berfokuskan kepada meningkatkan pemahaman murid terhadap melukis pelan, dongakan
depan dan sisi melalui dua kaedah iaitu Kaedah Visualisasi dan pelajar belajar secara Hands On dan
Minds on. Kajian ini dijalankan ke atas 19 orang murid kelas 5 Sains, di SMK Perempuan Perak pada
tahun 2022. Model kajian tindakan yang digunakan berdasarkan kepada Kemmis & McTaggart (1988).
Pengumpulan data yang digunakan adalah soal-selidik, ujian diagnostik dan temubual. Dapatan kajian
menunjukkan perwakilan visualisasi melalui Kaedah hands on dan Kaedah minds on dapat
meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik pelan dan dongakan, iaitu pelajar dapat melaksanakan
teknik visualisasi secara skematik untuk melukis pelan, dongakan sisi dan depan. Pemerhatian pengkaji
mendapati pelajar terlibat secara aktif dan interaksi antara pelajar dengan pengkaji sebagai fasilitator
turut meningkat. Hasil temubual bersama murid menunjukkan impak positif dalam pembelajaran subjek
Matematik. Kajian ini juga membantu pengkaji meningkatkan amalan baik dalam PdPc bagi topik
tersebut.
Kata Kunci: Pembelajaran Berasaskan Projek , Matematik, Pelan dan Dongak, Minds On, Hands On,
Lukisan Unjuran Orthogonal, PBP
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
POSTER AUTOBIOGRAFI
Hanis Norafatin binti Radzuan
SJKC Khiu Min, Padang Rengas
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai dalam mata pelajaran bahasa
Melayu oleh setiap murid. Antaranya adalah kemahiran menulis karangan imaginatif dan deskriptif.
Manakala Project Based Learning atau Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu elemen yang
diketengahkan untuk mengintegrasikan pengetahuan secara teori melalui projek atau aktiviti yang
dijalankan. Melalui PBL ini juga dapat menghasilkan kerjasama yang baik antara murid dengan guru.
Pembelajaran berasaskan projek ini telah dijalankan terhadap murid tahun empat Sekolah Jenis
Kebangsaan Khiu Min. Projek ini juga bertujuan membantu murid dalam membina karangan
autobiografi. PBL ini dilakasanakan kerana didapati murid-murid kurang faham cara menulis karangan
Autobiografi . Dapatan ini diperoleh melalui refleksi awal yang dijalankan. Kelemahan menulis ayat
secara perenggan menyebabkan murid tidak dapat menyampaikan idea mereka dengan baik. Seterusnya,
menjejaskan minat murid dalam pembelajaran bahasa Melayu. Guru membuat perancangan terhadap
pemerhatian yang dijalankan. Oleh itu, pembelajaran berasaskan projek membina Poster Autobiografi
ini dihasilkan untuk membantu murid tahun empat Sekolah Jenis Kebangsaan Khiu Min menulis
karangan dengan betul dan kemas. Pemerhatian daripada tingkah laku murid serta hasil kerja murid telah
dianalisis bagi mengenal pasti masalah murid. Kemudian, analisis terhadap kerja murid dijalankan.
Kemudian, guru membuat perancangan untuk melaksanakan pembelajaran berasaskan projek.
Pembelajaran berasaskan projek yang dilaksanakan mempunyai empat fasa iaitu menggambar, merangka
/ mendraf, menulis karangan dan perbentangan. Pembelajaran berasaskan projek ini dilaksanakan secara
kumpulan. Seterusnya, guru menjalankan pemerhatian semula terhadap hasil kerja murid dan membuat
analisis semua data Guru juga menyarankan penambahbaikan serta membuat refleksi semula kajian yang
dijalankan.
Kata Kunci: Refleksi awal, Refleksi semula, Autobiografi, Mendraf, Pemerhatian Semula
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PROSES PEMBUATAN SABUN: MENYEMAI LITERASI STEM DAN
PENGETAHUAN SAINTIFIK MURID ORANG ASLI SUKU JAHAI
1Ahmad Adnan Mohd Shukri
2Mohd Suffian@Syed Mohd Suffian Syed Mohamad Yusof
3Dr. Nur Jahan Ahmad
1SK Sungai Tiang, Peti Surat No. 13, 33300 Gerik, Perak
2Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak, 33300 Gerik, Perak
3Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap literasi STEM dan pengetahuan saintifik murid sekolah
rendah dalam era pandemik COVID-19 melalui integrasi STEM bersepadu dalam proses pembuatan
sabun bagi topik Jirim (Pendekatan STEM-SAJI). Reka bentuk pra-eksperimen bagi ujian pra-ujian pos
satu kumpulan digunakan dalam kajian ini. Seramai 32 orang murid Orang Asli suku Jahai tahun lima
dan tahun enam dari SK Sungai Tiang, Gerik, Perak dipilih sebagai responden melalui pensampelan
bertujuan. Dua jenis instrumen digunakan iaitu Ujian Literasi STEM (UL-STEM) dan Ujian
Pengetahuan Saintifik Jirim (UPSJ) bagi mengukur tahap literasi STEM dan tahap pengetahuan topik
Jirim. Hipotesis kajian diuji melalui statistik inferens menggunakan ujian ANOVA bagi pengukuran
berulang pada aras p = .001. Dapatan menunjukkan terdapat kesan utama waktu ujian yang signifikan
bagi tahap literasi STEM secara keseluruhan [Wilks’ Lambda = .05, F (1,31) = 569.97, p = .000],
multivariate partial eta squared = .95. Dapatan juga menjelaskan terdapat kesan utama waktu ujian yang
signifikan bagi literasi teknologi [Wilks’ Lambda = .12, F (1,31) = 237.17, p = .000], multivariate partial
eta squared = .88; literasi kejuruteraan [Wilks’ Lambda = .09, F (1,31) = 319.12, p = .000], multivariate
partial eta squared = .91; dan literasi matematik [Wilks’ Lambda = .47, F (1,31) = 35.33, p = .000],
multivariate partial eta squared = .53. Selain itu, dapatan mengesahkan terdapat kesan utama waktu ujian
yang signifikan bagi tahap pengetahuan saintifik [Wilks’ Lambda = .15, F (1,31) = 173.07, p = .000],
multivariate partial eta squared = .85. Kesimpulannya, pendekatan STEM-SAJI dapat meningkatkan
tahap literasi STEM dan pengetahuan saintifik murid dengan signifikan. Implikasinya, pendekatan
STEM-SAJI yang mengetengahkan pengintegrasian STEM dalam proses pembuatan sabun merupakan
strategi PdPc alternatif yang boleh digunakan para guru untuk meningkatkan kefahaman murid bagi
topik Jirim
Kata Kunci: Integrasi STEM Bersepadu, Pembuatan Sabun, Jirim, Literasi STEM, Pengetahuan
Saintifik
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
ROBOT PENJAGA AIR TANAMAN
Mohd Firdaus Bin Mohd Jamil
SK Tanjong Belanja
Revolusi Industri 4.0 ini bakal membawa manusia ke abad Super Digital dimana robot dan
kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) akan merubah kehidupan dan cara berkerja manusia.
Justeru itu, penggunaan sistem robotik dalam kehidupan seharian banyak membantu memudahkan
urusan manusia. Bagi mendepani transformasi pendidikan seiring dengan kemajuan satu projek PBL
telah dijalankan melalui subjek Reka Bentuk Teknologi Tahun 6 bertajuk Robot Penjaga Air Tanaman
dengan menggunakan papan mikropengawal Arduino UNO yang disambung dengan peranti LCD 16X2
dan sensor kelembapan tanah. Projek ini dijalankan bagi mengesan kandungan air sistem tanaman
hidroponik sekolah dan ia menepati sukatan pelajaran buku teks RBT Tahun 6 Semakan 2017. Projek
bermula dengan murid membuat lakaran idea model robot penjaga air tanaman. Setelah lakaran telah
dibuat murid membuat penilaian dan menambah baik lakaran dengan mengambil kira elemen reka
bentuk dari segi rupa, bentuk, saiz dan ruang menggunakan rubrik yang disediakan oleh guru.
Pengaturcaraan dibina terlebih dahulu menggunakan perisian aplikasi IDE Arduino (Integrated
Development Environment) oleh murid semasa sesi PdPc yang berikutnya. Murid kemudiannya
membina robot penjaga air tanaman menggunakan bahan kitar semula yang terdapat di sekitar mereka.
Proses membina badan robot dan menyambung perkakasan telah mengambil masa selama 3 minggu.
Pengujian litar telah dijalankan sebelum menyambung dan memasang perkakasan robot. Proses
pemasangan wayar telah dibuat dengan teliti supaya robot dapat berfungsi dengan baik. Setelah selesai
murid memuat turun atur cara pada papan mikropengawal robot. Robot kemudiannya telah di tempatkan
pada bekas air tanaman hidroponik. Implikasi projek PBL murid secara tidak langsung dapat membuat
rumusan mengenai kepentingan sistem robotik, elemen sistem robotik, pengaturcaraan dan sistem
robotik. Murid juga telah menjangkau dan melangkah bidang yang pelbagai dan luas melalui PBL.
Tuntasnya, PBL yang dijalankan telah memudahkan murid memahami isi pelajaran dan mengaplikasi
apa yang mereka belajar dalam situasi yang sebenar.
Kata Kunci : Pembelajaran Berasaskan Projek, Robot, RBT, Arduino
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
SUSTINABLE DEVELOPMENT GOAL (SDG) 2: SIFAR LAPAR
Mardiyah binti Rahim
SABK Maahad Al-Ummah
Sustainable Development Goal (SDG) telah diterima bersama oleh Malaysia. Melalui Education for
Sustainable Development (ESD), KSSM terkini telah memasukkan elemen kelestarian global. Matlamat
SDG kedua ialah sifar lapar (Zero Hunger). Maka, satu projek Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)
telah dijalankan melibatkan bidang pembelajaran Nutrisi dan Teknologi Makanan. Bidang pembelajaran
ini terdapat dalam DSKP tingkatan 5 bagi mata pelajaran Sains. Tiga standard kandungan yang
dilengkapkan dalam projek ini iaitu Gizi Seimbang dan Nilai Kalori, Teknologi Pengeluran Makanan,
dan Teknologi Pemprosesan Makanan. Terdapat tiga objektif projek iaitu murid berupaya menyediakan
label pek makanan untuk dihantar ke kem pelarian, melibatkan murid dalam usaha SDG yang berfokus
kepada sifar lapar, dan menerangkan elemen merentas kurikulum (kelestarian global). Projek ini
mengambil masa 2 minggu melibatkan 12 waktu pengajaran. Terdapat 5 peringkat projek yang
dilakukan secara langsung dalam bilik darjah iaitu penerokaan, penyiasatan, mengeksperimen,
merancang label pek makanan dan pembentangan. Hasil pemerhatian, murid dapat menyediakan pek
makanan mengikut akta makanan. Murid juga mendapat pengetahuan baharu tentang lokasi dan keadaan
di kem pelarian. Selain itu, penglibatan murid dalam projek adalah menggalakkan dan murid terlibat
secara aktif dalam projek. Tujuan projek ini tidak hanya berfokus kepada penghasilan produk akhir
tetapi murid dapat menguasai kandungan pembelajaran. Projek ini boleh ditambah baik dengan
menjalinkan kolaborasi luar dengan agensi yang terlibat secara aktif dengan bantuan kemanusiaan.
Selain itu, kajian lanjutan boleh dijalankan terhadap murid bagi menguji pengekalan pembelajaran
selepas satu tempoh masa.
Kata Kunci: Sifar Lapar, Sains Tingkatan 5, SDG, Nutrisi dan Teknologi Makanan
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Abstrak
Room 5 : Pentaksiran Bilik
Darjah
(PBD)
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN MENGGUNAKAN
PENDEKATAN DoKeKuF
Nik Nur Roshilabanu Binti Ramli
SMK Batu 4, Gerik
Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan kemahiran menulis karangan murid
yang lemah dalam bahasa melayu. Memandangkan karangan merupakan salah satu komponen penting
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 Peringkat SPM. Sampel kajian melibatkan seramai 21
orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penulisan karangan.
Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra berdasarkan amalan terbaik PBD yang menunjukkan murid
lemah terhadap penulisan karangan. Oleh itu, didapati murid menghadapi masalah penguasaan
penulisan karangan yang pasif dalam kelas. Oleh yang demikian, pendekatan DoKeKuF diperkenalkan
kepada murid sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi murid terutama
dalam penulisan karangan. Kajian juga telah menjalankan pelan tindakan berdasarkan pendekatan
DoKeKuF yang diperkenalkan dan mendapati penguasaan kemahiran murid dalam menulis karangan
semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Murid tersebut lebih menunjukkan sikap
positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran menulis karangan dan
mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bagi mencapai
keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM dan pencapaian terbaik PBD.
Kata kunci: Bahasa Melayu, Karangan, Pendekatan DoKeKuF, Amalan Terbaik PBD.
JOM SKOR TP 5 & TP 6 MENGGUNAKAN BIOLaBPRO
Nurashikim Binti Muzafar
SMK Convent, Ipoh
Kajian ini dijalankan ke atas 15 orang murid kelas 4 Kekwa di SMK Convent Ipoh pada bulan Jun 2022.
BIOLabPRO merupakan satu kaedah yang digunakan bagi membantu murid untuk mendapat tahap
penguasaan 5 atau tahap penguasaan 6 dalam pentaksiran bilik darjah. Pelaksanaan BIOLabPRO ini
dapat memudahkan murid untuk memahami prosedur bagi melaksanakan amali secara sistematik dengan
hanya merujuk gambar dan arahan ringkas yang tersusun dalam sekeping kertas A4. Selain itu, murid
diberi tugasan untuk merekacipta projek amali menggunakan bahan dan alatan yang mudah didapati di
rumah mereka. Projek ini dapat mencungkil kreativiti saintifik murid kerana mereka perlu menghasilkan
model atau projek berkaitan amali tersebut. Kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji
ialah pemerhatian, temu bual dan hasil kerja murid. Pemerhatian yang dijalankan mendapati murid-
murid dapat menjalankan amali dengan teratur tanpa bertanya soalan yang sama dengan guru dan
mereka kelihatan lebih yakin. Temu bual yang dijalankan bersama murid-murid menunjukkan respon-
respon positif dan kelihatan gembira dengan hasil kerja mereka. Produk yang dihasilkan berfungsi dan
dapat memberikan keputusan amali seperti yang diharapkan.
Kata Kunci : BIOLabPRO, Amali, Tahap Penguasaan, Projek
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
INOVASI E-RPM PBD- MENINGKATKAN KECEKAPAN SISTEM
PENGURUSAN REKOD PERKEMBANGAN MURID
Nurul Wahidayah Binti Ramlee
SMK Bidor
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan elemen penting yang perlu dilaksanakan di setiap sekolah.
Menyedari kepentingan PBD dilaksanakan di sekolah dan seiring dengan penggunaan online, maka
terhasil lah satu Inovasi E-RPM PBD yang dicipta khas untuk meningkatkan kecekapan sistem
pengurusan Rekod Perkembangan Murid (RPM) . Beberapa kajian menunjukkan jika pengurusan rekod
perkembangan murid (RPM) yang kurang berkesan sama ada di kalangan guru dan pentadbir akan
mempengaruhi pelaksanaan pengurusan perekodan itu sendiri sebagai kayu ukur terhadap kemenjadian
murid. Di samping itu, kesahihan dan kesahan data pelaporan PBD yang dilaporkan juga diragui apabila
tahap pencapaian murid ditentukan tanpa melalui rekod perkembangan murid (RPM) yang cekap dan
sistematik . Permasalahan ini wujud kerana tiadanya satu sistem perekodan perkembangan murid (RPM)
yang sistematik serta memudahkan guru sebelum ini kerana pada hakikatnya perekodan perkembangan
murid yang terlalu banyak yang sepatutnya perlu direkod oleh guru bagi setiap tafsiran tahap penguasaan
(TP) yang terkandung dalam DSKP subjek. Antara permasalahannya juga ialah guru perlu membuka
DSKP setiap kali hendak merancang pelaksanaan PBD, penggunaan perekodan secara kertas, maujud
atau bukan online yang kurang efisyen berbanding secara online hanya dihujung jari sahaja dan sukar
mengesan data apabila melibatkan pengulangan murid secara menyeluruh, guru yang mengambil alih
kelas berisiko mengalami keciciran data jika menggunakan rekod manual direkodkan guru sebelumnya
dan pihak pentadbir memerlukan masa yang agak lama bagi menyemak data secara manual. Objektif
inovasi E-RPM PBD ini ialah untuk menjimatkan masa dan mempercepatkan guru merekod dengan
sistematik, memudahkan guru merekod data perkembangan murid dalam satu paparan secara lebih
efisyen dan mudah mengesan dan merekod pengulangan bagi TP murid, mengelakkan keciciran data
RPM bagi guru yang mengambil alih kelas guru lain dan membantu pentadbir menjimatkan masa
menyemak data dan meningkatkan kecekapan pengurusan. Satu kajian soal selidik telah dijalankan
berkaitan sebelum dan selepas penggunaan sistem E-RPM PBD. Soal selidik telah melibatkan responden
yang terdiri daripada 30 orang guru termasuk pihak pentadbir. Berdasarkan dapatan hasil kajian soal
selidik menunjukkan 85 % responden bersetuju bahawa penggunaan sistem E-RPM PBD dapat
meningkatkan kecekapan pengurusan rekod perkembangan murid di kalangan pentadbir dan guru.. Ini
terbukti jelas menunjukkan dapatan sistem E-RPM PBD sangat berkesan dan sistematik bagi pihak
pentadbir dan guru itu sendiri bagi merekod rekod perkembangan murid sekaligus dapat meningkatkan
kemenjadian murid dalam menguasai PBD. Sistem E-RPM PBD ini boleh diakses secara online
melalui link spreadsheet yang disediakan untuk setiap guru mengikut kelas yang diajar.
Kata Kunci : PBD, Rekod Perkembangan Murid (RPM), Borang Transit, Sistem Online,E-RPM,
Sistematik, Cekap, Pengurusan Digital, Teknologi
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MEMANTAPKAN KEMAHIRAN BACAAN HADIS DENGAN MENGGUNAKAN
RUBRIK PENTAKSIRAN YANG TEPAT
Rohana binti Mohd Noordin @ M.Nuruddin
SMK Mudzaffar Shah
Pemerhatian menunjukkan bahawa tiada TP yang diberikan dalam bagi standard pembelajaran 2.10.1
iaitu murid boleh membaca hadis dengan baik. Maka guru telah mengambil inisiatif dengan mentaksir
bacaan hadis murid berdasarkan skala-skala tertentu dalam rubrik pentaksiran. Ini adalah kerana
pembacaan hadis merupakan antara elemen utama yang terdapat dalam kertas 2 Pendidikan Islam SPM
yang membawa wajaran markah sebanyak 20 markah yang meliputi Ujian Tilawah, Hafazan Quran dan
Hadis(UTQH). Berdasarkan pemerhatian guru, murid agak sukar untuk membaca hadis dengan lancar
dan mengikut intonasi yang betul. Maka objektif utama kajian ini adalah untuk membimbing murid
membaca hadis secara lisan dengan lancar berdasarkan rubrik-rubrik yang sesuai. Sampel kajian terdiri
daripada 20 orang murid tingkatan 5T1 dari sebuah sekolah menengah dalam daerah Kerian, Perak.
Instrumen yang digunakan ialah rubrik pentaksiran yang mempunyai skala-skala tertentu bagi mengukur
kemahiran membaca hadis dalam kalangan murid. Kaedah pentaksiran dilakukan dalam 2 kaedah iaitu
pentaksiran secara kendiri yang dibuat secara maya dalam telegram dan pentaksiran rakan sebaya
semasa bersemuka. Hasil dapatan kaedah ini menunjukkan murid dapat meningkatkan mutu bacaan
hadis dengan cemerlang. Kesimpulannya kaedah ini banyak membantu murid dalam memantapkan
kemahiran bacaan hadis dan berjaya mendapat skor yang baik dalam kertas 2. Diharapkan penggunaan
rubrik dalam pentaksiran bacaan hadis ini memberikan implikasi yang positif terhadap rakan-rakan guru
terutamanya guru-guru Pendidikan Islam untuk mentaksir bacaan hadis murid sebagai persediaan untuk
skor markah yang banyak dalam kertas 2 Pendidikan Islam SPM.
Kata kunci : DSKP, Rubrik Pentaksiran, Pentaksiran Kendiri, Pentaksiran Rakan Sebaya, UTQH.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MEMPERTINGKAT PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PENJAMINAN
KUALITI PBD DALAM KALANGAN GURU-GURU SJKC SUNGAI BULOH
MELALUI 4 STEPS EMPOWERMENT
Lok Chui Sun, Wong Ying Fun, Choo Ming Fei & Suhairi bin Shafie
SJKC Sungai Buloh
Hasil soal selidik yang dijalankan pada 8 Februari 2022 menunjukkan tiada seorang penolong kanan,
ketua panitia atau guru yang ada pengalaman dalam kerja-kerja penjaminan kualiti di SJKC Sungai
Buloh, Kuala Kangsar, Perak. Dengan kata lain, penjaminan kualiti Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
tidak dilaksanakan di sekolah ini dengan bersungguh-sungguh. Saya selaku Guru Besar sekolah ini
berasa bertanggungjawab untuk membimbing dan membantu guru-guru di sekolah ini supaya mereka
dapat melaksanakan PBD dan penjaminan kualiti PBD dengan berkesan. Objektif kaedah 4 Steps
Empowerment ini adalah untuk mengupayakan penolong-penolong kanan, ketua-ketua panitia dan guru-
guru akademik biasa di sekolah ini supaya mereka dapat melaksanakan PBD dan penjaminan kualiti
PBD di sekolah mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan demi keadilan kepada murid-murid serta
menjamin kesahan dan kebolehpercayaan tahap penguasaan yang diberikan. Guru-guru yang terlibat
adalah terdiri daripada 3 orang penolong kanan , 5 orang ketua panitia bagi mata pelajaran utama dan 6
orang guru akademik biasa sekolah ini. Melalui pemerhatian, penyemakan instrumen 4P dan
pemantauan rutin, selepas pelaksanaan kaedah 4 Steps Empowerment dalam kalangan guur-guru,
didapati 8 orang guru (57.14%) telah berjaya dibimbing dan dapat melaksanakan penjaminan kualiti
PBD dengan berkesan. Kesimpulannya kaedah ini telah banyak membantu guru-guru dalam pelaksanaan
penjaminan kualiti PBD dan seterusnya memanfaatkan murid-murid dari segi kemenjadian akademik.
Kata kunci: PBD, Penjaminan Kualiti PBD, pengetahuan dan kemahiran guru, Tahap Penguasaan (TP)
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MEREKOD PERKEMBANGAN PELAJAR MUDAH DAN TEPAT
Haslina binti Ab Salam
SMK Horley Methodist, Teluk Intan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian
pelajar. Bagi memastikan pemberian tahap penguasaan PBD pelajar yang adil dan telus, para guru perlu
merekod semua maklumat yang diperolehi hasil daripada kaedah pentaksiran yang telah dijalankan
samaada melalui kaedah lisan, bertulis dan pemerhatian, Para guru boleh merekod tentang pencapaian
pelajar mengikut kreativiti masing-masing seperti mencatat dalam rekod mengajar, buku catatan harian,
senarai semak dan templet pelaporan sebelum melaporkan tahap penguasaan pelajar. Seterusnya
maklumat dalam rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang
pembelajaran pelajar. Namun begitu, kekangan masa dengan tugas-tugas harian akan menyebabkan guru
berasa agak sukar untuk mencatat tahap penguasaan pelajar sebaik sahaja subtopik mata pelajaran
selesai diajar. Sebenarnya tidak susah untuk merekod tahap penguasaan pelajar sekiranya para guru telah
menyediakan rekod perkembangan pelajar lebih awal sebelum memulakan aktiviti PdPc. Rekod
perkembangan pelajar yang saya ingin kongsikan ialah borang perkembangan pelajar atau dikenali
sebagai rekod berterusan. Borang ini direka dengan menyediakan ruang khas untuk mencatat tahap
penguasaan pelajar dengan berpandukan DSKP mata pelajaran berserta ruang tarikh untuk mencatat
tarikh pentaksiran yang telah dijalankan. Diharap perkongsian ini akan membantu para guru untuk
membuat rekod perkembangan pelajar secara berterusan iaitu menyimpan rekod tersebut sebagai
maklumat untuk sesi perbincangan antara guru dan ibu bapa untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh
pelajar. Secara kesimpunlannya, rekod perkembangan pelajar perlu diuruskan dengan baik dan
sistematik agar rekod dapat diperolehi dengan segera apabila dikehendaki. Fail yang sistematik akan
memudahkan guru atau guru pengganti mengambil alih tugas-tugas yang ditinggalkan.
Kata Kunci: Rekod Perkembangan Pelajar, PBD, DSKP, Tahap Pencapaian Pelajar.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PBD – ONE CLICK
Ummu Khaulah binti Azhari
SK (P) Treacher Methodist, Taiping
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian
murid. Pentaksiran ini berlaku secara formatif dan sumatif dan berkait rapat dengan Tahap Penguasaan
Murid yang menunjukkan perkembangan pembelajaran setiap murid. Inovasi ini dijalankan untuk
membantu guru membuat perekodan Tahap Penguasaan Murid di dalam Templat Pelaporan Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) secara atas talian sepenuhnya melalui dashboard SKPTM/Mylink di mana pautan
pengisian PBD telah dimasukkan di dalam dashboard tersebut. Sebelum inovasi ini dicetuskan, guru –
guru membuat pengisian data Tahap Penguasaan Murid secara offline dan pengisian perlu dilakukan di
peranti yang telah ditetapkan. Guru tiada kebebasan dan menghadapi kekangan masa berikutan jadual
waktu yang padat dan sebagainya. Setelah inovasi ini diaplikasikan, seramai 27 orang guru telah terlibat
secara langsung dalam pengisian data Tahap Penguasaan Murid mengikut mata pelajaran dan kelas yang
terlibat. Data pengisian dikumpul melalui activity dashboard di mana pautan viewers akan memaparkan
guru yang telah melayari templat PBD dan viewer trend memaparkan kadar kekerapan templat ini telah
dibuka mengikut tarikh. Melalui pemerhatian , trend pengisian PBD agak perlahan pada minggu pertama
namun trend pengisian melonjak apabila memasuki minggu kedua dan ketiga. Inovasi ini memberi nafas
baharu kepada guru untuk membuat pengisian data dengan tenang dan selesa. Rumusannya, inovasi
PBD – One Click ini telah menjimatkan masa guru serta aktiviti penjaminan kualiti penyelarasan dan
pemantauan telah berjalan secara tidak langsung.
Kata kunci: PBD, PBD – One Click, SKPTM/Mylink, Tahap Penguasaan Murid, Penjaminan Kualiti
Penyelarasan dan Pemantauan
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
INOVASI HEAR, ROLL & INTERPRET (HRI)
Syazwani binti Zailani
SMK Sentosa, Kampar
Dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), terdapat banyak elemen yang berunsurkan
KBAT terhadap Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Perniagaan Tingkatan 4. Beberapa topik yang
sukar dalam silibus Tingkatan 4 menjadi satu cabaran untuk murid untuk memahami topik dan
menjawab soalan-soalan peperiksaan disamping untuk mencatat skor TP 6.
Salah satu topik yang agak menyukarkan murid untuk mengingat fakta dalam subjek
Perniagaan ialah tentang penubuhan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). Oleh hal demikian, guru
membina sebuah Kit PdPc yang diberi nama Kit HRI bagi membantu murid memahami dan
menghuraikan penubuhan PLT. Sebelum pembinaan Kit HRI ini, guru melaksanakan temubual dengan
guru subjek tentang cara untuk memudahkan murid dapat memahami proses-proses perniagaan yang
terdapat dalam subjek Perniagaan. Selain itu, kaedah pemerhatian juga dilaksanakan. Murid-murid
berasa sukar untuk menghafal proses-proses yang terdapat dalam subjek Perniagaan. Maka tercipta lah
Kit HRI ini diperkenalkan bagi memudahkan murid untuk menghafal proses penubuhan PLT.
Inovasi diberi tajuk Hear, Roll The Box & Interpret (HRI). HRI berkonsepkan PdPc Didik
Hibur iaitu mengetengahkan elemen muzik dalam pembelajaran. Bahan-bahan yang digunakan bagi
menghasilkan inovasi ini ialah bahan-bahan yang terpakai dan mudah didapati di kedai-kedai runcit.
Inovasi HRI ini berpusatkan murid iaitu penglibatan murid sepenuhnya dalam PdPc. Murid
akan banyak berkomunikasi dengan menggunakan inovasi dalam kelas. Inovasi dibina berpandukan
Dokumen Kurikulum Standard Pentaksiran (DSKP) Tingkatan 4 dibawah tajuk Perkongsian. Dibawah
tajuk Perkongsian terdapat Perkongsian Liabiliti Terhad yang agak sukar bagi murid-murid. Elemen
PAK 21 seperti Hot Seat, Round Robbin dan Gallery Walk diketengahkan dalam inovasi ini. Murid akan
bermain dalam kelas dalam sesi pembelajaran menggunakan inovasi ini. Selain itu, dengan penggunaan
inovasi ini akan melahirkan murid yang kreatif, berkolaboratif dan berfikiran kritikal.
Inovasi Kit HRI ini bukan sahaja dapat membantu memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran guru dalam memaksimumkan pemahaman murid, bahkan Kit HRI ini turut membantu
Guru dalam menentukan Tahap Prestasi (TP) yang bersesuaian dengan aras murid berteraskan kepada
Standard Prestasi [SPi].
Sasaran awal inovasi Kit HRI ini adalah untuk semua murid Tingkatan 4 di SMK Sentosa
sebelum diperluaskan kepada sekolah menengah lain di daerah Kinta Selatan ini.
Akhir kata, semoga inovasi Kit HRI ini bukan sahaja memberikan impak maksima kepada
murid-murid Tingkatan 4 di SMK Sentosa tetapi boleh dimanfaatkan kepada murid -murid Tingkatan 4
di Negeri Perak.
Kata kunci: Perniagaan Tingkatan 4, Hear, Roll The Box & Interpret , HRI, PAK 21
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PENGGUNAAN “VIDSHOW LOUD OUT” DALAM MENINGKATKAN TP
MURID DARIPADA TIGA KEPADA LIMA ATAU ENAM DALAM PDP SAINS
TINGKATAN SATU
Ahmad Hafiz bin Ahmad Jamiaauddin
SMK Simpang Pulai, Kg. Kepayang
Kajian ini telah dilaksanakan oleh pengkaji yang bernama Ahmad Hafiz Bin Ahmad Jamiaauddin
daripada SMK Simpang Pulai. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan,
kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif, sebagai pembelajaran, untuk
pembelajaran dan tentang pembelajaran. Isu kajian ini berfokuskan kepada meningkatkan pencapaian
PBD murid daripada tahap penguasaan tiga kepada tahap penguasaan lima atau enam dengan
menghasilkan video yang dinamakan VidShow Out Loud menggunakan aplikasi yang sesuai. Objektif
kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan murid Tingkatan 1 Amanah dan 1 Ceria. Selain
itu, meningkatkan kemahiran guru dalam membantu murid menghasilkan video menggunakan aplikasi
yang sesuai. Peserta kajian melibatkan 7 orang murid iaitu 1 murid daripada kelas 1 Amanah dan 6
murid kelas 1 Ceria. Kaedah pelaksanaan data digunakan secara kuantitatif dan kualitatif. Kaedah
pengumpulan data yang digunakan adalah Pemerhatian, Penghasilan Video dan Refleksi. Kaedah
analisis data menggunakan graf dan jadual. Dapatan kajian menunjukkan ‘VidShow Loud Out’
menggunakan kaedah penghasilan video ini meningkatkan TP murid daripada tiga kepada lima atau
enam, Kesimpulan daripada kajian ini didapati murid lemah mampu menghasilkan video yang baik,
kemas dan teratur. Di samping itu guru juga dapat meningkatkan profesionalisme dalam dirinya dengan
mampu membentuk murid lemah untuk menjadi insan yang serba boleh serta mampu menunjukkan
keupayaan diri mereka kepada yang lain.
Kata kunci : Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Video, Tahap Pembelajaran (TP), Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) Sains
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PENGGUNAAN ASKit DALAM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD ) :
ASKit 2021
Siti Marsyitah binti Zakaria
SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub , Bota
Pembelajaran Abad ke-21 merupakan pendekatan baharu yang sesuai dengan kehendak dan keperluan
pendidikan pada zaman sekarang. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauh mana keberkesanan
penggunaan ASKit 2021 membantu guru dalam proses Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara berkesan .
Seramai 40 orang guru daripada seluruh Malaysia terpilih menjadi responden kajian ini . Data dikumpul
melalui kaedah soal selidik yang dijalankan secara atas talian kepada guru-guru. Melalui pemerhatian ,
guru memerlukan masa untuk menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) sebelum memulakan PdPc.
Guru juga perlu menyediakan soalan bagi memudahkan proses PBD secara sistematik. Lanjutan
daripada itu guru mengaplikasikan penggunaan ASKit 2021 yang menjadi sumber utama agar PdPc
menjadi lancar dan bermakna kepada murid-murid . Penggunaan ASKit juga dapat memberi nafas
baharu kepada pembelajaran sedia ada. Rumusannya, kajian ini dapat dimanfaatkan oleh guru dalam
meningkatkan persediaan oleh guru sebelum PdPc selaras dengan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang 2 (SKPMG2) Aspek 4.1 iaitu guru sebagai perancang dalam melaksanakan PdPc. Secara
tidak langsung ianya juga dapat mengurangkan kos pembelajaran dan membuka peluang kepada akses
tanpa sempadan.
Kata kunci: ASKit, PBD, BBM
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PENGGUNAAN FAIL OSC4P SEBAGAI ALAT KAWALAN PELAKSANAAN
PENJAMINAN KUALITI (4P) PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DI
KALANGAN GURU OLEH PENGURUSAN PBD SEKOLAH KEBANGSAAN
TITI GANTONG, PERAK
Manoranisa binti Shuhaimi
SK Titi Gantong
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdPC bagi mendapatkan
maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat
kurikulum yang dihasratkan. Oleh kerana itu, pengurusan PBD di sekolah yang melibatkan perancangan,
pelaksanaan dan pemantauan adalah sangat penting. Namun begitu, di dalam proses pelaksanaan PBD
akan ada beberapa isu dan masalah yang perlu ditangani supaya ianya berjalan lancar. Dalam kes
sekolah saya, proses untuk mengumpulkan rekod perkembangan murid untuk tujuan penjaminan kualiti
sering menimbulkan kesukaran kepada pentadbir. Oleh itu, satu mekanisme diwujudkan bagi mengatasi
masalah ini. Sistem Fail One Stop Centre Penjaminan Kualiti (OSC4P) ini diperkenalkan dengan tujuan
untuk memastikan guru merekodkan pentaksiran secara berterusan, memudahkan pentadbir
melaksanakan penjaminan kualiti dan menjamin PBD disekolah ini lebih berkesan dan berkualiti. Fail
OSC4P ini telah dilengkapkan dengan pelbagai maklumat dan diletakkan di setiap kelas. Semua pihak
boleh mengakses fail ini dengan pelbagai tujuan. Sepanjang Fail OSC4P dilaksanakan, di dapati semua
guru dapat merekod perkembangan murid secara berterusan dan disemak oleh pentadbir pada setiap
bulan. Kesimpulannya, penggunaan fail OSC4P ini telah membantu pengurusan PBD di sekolah
melaksanakan Penjaminan Kualiti secara mudah, pantas dan efisien. Semoga OSC4P ini juga dapat
membantu guru membudayakan pentaksiran PdPc secara berterusan di sekolah ini.
Kata Kunci : OSC4P, Pengurusan PBD, Penjaminan Kualiti
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PENGGUNAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK SECARA
KEFAHAMAN MELALUI REKABENTUK DALAM
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
Lo Chai Hoon & Liew Siaw Li
SJKC Choong Hua 2
Kajian ini membincangkan Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning-PBL) sebagai
fokus kajian. Sistem peperiksaan tradisional yang diamalkan mempunyai pelbagai kelemahan dan
didapati kurang sesuai untuk diamalkan kini. Setiap murid haruslah melalui proses pembelajaran
berkesan agar mereka dapat menguasai standard kandungan pembelajaran yang telah ditetapkan, Untuk
merealisasikan matlamat ini Pentakiran Bilik Darjah (PBD) telah diperkenalkan. Kajian ini bertujuan
untuk melihat keberhasilan proses pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek Secara Kefahaman
Melalui Rekabentuk (KMR) khusus untuk Bab 9 dan 10 bagi mata pelajaran Sains tahun 6 dalam
membuat penilaian PBD. Ini kerana bab-bab ini merupakan ilmu angkasa dan ilmu teknologi yang
kurang diminati oleh murid. Murid sukar mencapai tahap penguasaan TP5 atau TP6 dalam bab-bab ini.
Kegagalan mereka akan memberi impak kepada tahap penguasaan keseluruhan pada akhir tahun. Kajian
kualitatif yang menggunakan pendekatan PBL-KMR ini melibatkan seramai 63 orang murid. Kaedah
pemerhatian dengan instrumen senarai semak digunakan dalam proses pengumpulan data. Tugasan
murid adalah mengaplikasi ilmu angkasa dan teknologi dalam mencipta dan menghasilkan produk
ciptaan autonomi. Data telah dianalisis secara manual. Dapatan kajian ini menampakkan peningkatan
dalam tahap penguasaan murid. Murid yang lemah, sekurang-kurangnya dapat mencapai tahap
penguasaan minimum. Kajian ini dicadangkan agar diteruskan untuk melihat keberkesanan PBL-KMR
dalam pembelajaran murid kerana dapat membantu dalam peningkatan tahap penguasaan murid.
Kata Kunci: Project Based Learning, Kefahaman Melalui Rekabentuk , Tahap Penguasaan
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PERKONGSIAN AMALAN PENGURUSAN PELAPORAN & PENJAMINAN
KUALITI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD ) SMK RLKT LASAH
Asmaliani binti Zakaria
SMK RLKT Lasah
Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang holistik, sepadu , seimbang, fleksible , merujuk
standard dan merupakan sebuah elemen terpenting dalam sebahagian proses PDPC , menyumbang
kepada proses pengurusan PBD yang lebih wibawa. Sistem pengurusan yag sedia ada kurang sesuai dan
kurang menyeluruh untuk diamalkan di zaman ini. Hal ini terbukti dalam tahun-tahun kebelakangan ini
semasa negara dilanda wabak covid-19 dan pengurusan PBD secara bersemuka di anggap mustahil dan
sukar. Masyarakat khususnya ibu bapa dan penjaga murid tidak dapat melihat perkembangan anak
mereka di sekolah . Justeru, pengurusan dalam Pelaksanaan PBD di sekolah telah mengambil kira
perihal ini dan demi menyiasat sejauh mana murid telah mempelajari apa yang telah diajar,
mengupayakan guru menilai sendiri keberkesanan pengajaran dan memastikan semua pemegang taruh
sefaham dan peka dengan budaya pelaksanaan PBD di sekolah maka, penambahbaikan ini adalah
penting. Penyelidikn Kualitatif ini telah memanfaatkan pendekatan kajian kes yang melibatkan seramai
10 orang guru di SMK RLKT Lasah. Kaedah temubual dan permerhatian telah digunakan dalam proses
pengumpulan data. Data-data ini telah dianalisis secara manual dan dapatan penyelidikan menampakkan
perbezaan dalam pengurusan PBD terkini berbanding pengurusan PBD terdahulu dari segi pelaksanaan
pelaporan dan penjaminan kualiti . Penambahbaikan dicadangkan untuk terus menerus dilaksanakan bagi
membantu meningkatkan dan memperkemas lagi kualiti pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah di
sekolah-sekolah.
Kata Kunci: Pengurusan PBD, Pelaksanaan PBD, SMK RLKT, Penjaminan Kualiti
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
TEKNIK ‘BURRAQ’ : SATU KAEDAH UNTUK MENGUASAI AYAT
HAFAZAN DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Asiah binti Mohamad Noor
SMK Pangkalan TLDM, Lumut
Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid Tingkatan 1
yang tidak dapat menghafaz ayat hafazan dengan pantas. Perkataan BURRAQ adalah singkatan
daripada (B-baca, U-Ulang, R-Review, R-Refleks, A-Amal, Q-Quality). Seramai 32 orang murid
tingkatan 1 dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Ayat hafazan merupakan salah satu elemen
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dijalankan secara lisan. Matlamat yang ingin dicapai untuk setiap
murid ialah pada tahap penguasaan 3. Indikator bagi tahap 3 ialah murid dapat menghafaz mana-mana 8
ayat dengan betul. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan analisis dokumen, pemerhatian
tingkah laku dan temu bual. Hasil tinjauan mendapati terdapat sebilangan murid yang tidak mahir
membaca al-Quran dan kurang minat untuk menghafaz terutamanya melibatkan ayat yang panjang.
Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan daya ingatan murid melalui
kaedah Round Robin, ulang ayat dan Carta Huffaz Cemerlang. Murid telah didedahkan kepada teknik
hafazan secara berkumpulan selama 4 sesi pengajaran dengan Kaedah Burraq ini. Melalui kaedah ini,
guru mempamerkan keratan ayat dan meminta murid melakukan pengulangan sebanyak lima kali bagi
setiap keratan. Guru akan menilai bacaan murid secara individu dan merekod dalam rekod PBD.
Dapatan kajian menunjukkan murid boleh mengingati ayat hafazan dengan cepat dan berlumba-lumba
untuk menyelesaikan hafazan kerana mata ganjaran akan dilekatkan pada carta Huffaz Cemerlang dalam
kelas. Murid-murid juga tidak berasa terbeban dan sukar untuk menghafaz.
Kata Kunci: BURRAQ, B-baca, U-Ulang, R-Review, R-Refleks, A-Amal, Q-Quality, Carta Huffaz
Cemerlang.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
TEKNIK ULAT BULU : DIDIK HIBUR UNTUK MENINGKATKAN
KEMAHIRAN KUASAI SIFIR DAN OPERASI BAHAGI SATU NOMBOR
DENGAN SATU DIGIT DI KALANGAN MURID TAHUN 3
Rohana binti Samad
SK Wira Jaya, Ipoh
Kajian yang dilakukan ini adalah tertumpu kepada Teknik atau strategi PdPc bagi meningkatkan tahap
penguasaan murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Fokus Kajian ini adalah lebih tertumpu
kepada usaha meningkatkan Tahap Penguasaan murid Tahun 3 daripada TP3 kepada TP4 atau TP5.
Hasil analisis keputusan akhir PBD 2021 menunjukkan 10 orang murid Tahun 3 masih berada di TP3
dalam mata pelajaran Matematik. Salah satu punca hal ini terjadi adalah disebabkan masih lemah dalam
penguasaan sifir dan kemahiran operasi bahagi. Bagi mengatasi masalah ini, saya sebagai Ketua Panitia
Matematik telah mengetengahkan isu ini dalam mesyuarat Panitia. Hasilnya semua guru Matematik cuba
mencari solusi untuk membantu murid menguasai sifir dan operasi bahagi. Ekoran dari itu timbullah satu
teknik yang dipanggil Teknik Ulat Bulu. Teknik Ulat Bulu adalah strategi yang digunakan dalam kajian
ini bagi mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran membahagi sebarang
nombor dengan satu digit. Teknik ini mengetengahkan kaedah bahagi dan sifir kreatif yang boleh
digunakan oleh murid Tahap 1 untuk menyelesaikan soalan operasi asas bahagi. Murid – murid yang
terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid Tahun 3 Cekal yang mendapat tahap
penguasaan 3 ( TP3) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) akhir tahun 2021. Tinjauan awal untuk
mengenalpasti masalah seara mendalam adalah dengan memerhati jawapan latihan bahagi dalam buku
aktiviti dan buku latihan murid – murid tersebut. Kebanyakan murid didapati masih tidak tahu
melakukan operasi bahagi dengan betul terutama semasa menurunkan nombor ke bawah dan menari
hasil sifir yang betul. Teknik ulat Bulu diperkenalkan sebagai usaha untuk membantu murid – murid ini
menguasai kemahiran bahagi. Sebanyak 5 kali sesi pengajaran guru telah mempraktikan Teknik Ulat
Bulu di papan putih semasa sesi PDPC. Tindakan ini telah menarik minat 10 orang murid ini untuk
menjawab soalan bahagi dengan betul. Hasilnya dapat dilihat dalam ujian pre dan pos yang dibuat dalam
kelas dimana dalam ujian pos murid – murid tersebut telah dapat menjawab 8 soalan bahagi dengan
betul.
Kata Kunci: Tahap Penguasaan, Tahun 3, Teknik Ulat Bulu , Kaedah Bahagi, Sifir Kreatif
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Abstrak
Room 6 : Pra Sekolah
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
AKADEMI TUNAS STEM’e
PBL SISTEM SOLAR AKUAPONIK PRASEKOLAH SK SERI SELAMAT
Che Azhar bin Ahmad, Juriatul Aini binti Johari & Noorul Amilin binti Omar
SK Seri Selamat
Akademi Tunas STEM’e - PBL Sistem Solar Akuaponik Prasekolah diperkenalkan bagi menyediakan
pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada murid prasekolah SK Seri Selamat selaras matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang holistik dalam semua aspek
perkembangan tunjang. Projek ini memperkenalkan kaedah STEM’e dan AKUAPONIK sejajar dengan
kehendak PAK 21. Ia menekankan elemen praktikal dan realiti yang menghubungkan pembelajaran
dengan persekitaran serta berupaya menarik minat kanak-kanak untuk terus belajar sambil bermain
mengikut kesemua tunjang yang terkandung dalam Dokumen Standard Prasekolah Kebangsaan (DSKP).
Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan melihat kebolehlaksanaan dan keberkesanan pembelajaran
menggunakan kaedah PBL STEM’e terhadap perubahan pengetahuan, tingkahlaku/sikap dan minat serta
kemampuan murid prasekolah menyertai dan menerokai elemen-elemen projek STEM’e menerusi
Akademi Tunas Sistem Solar Akuponik. Sample kajian terdiri daripada 25 orang murid prasekolah SK
Seri Selamat yang berusia 6 tahun. Kaedah bercampur kualitatif dan kuantitatif digunakan secara seiring
dalam kajian ini. Pengumpulan data kajian menggunakan instrumen soalselidik pra dan pasca, borang
senarai semak pemerhatian pra dan pasca dan rekod pemerhatian penglibatan murid sepanjang projek
melalui aktiviti berfokus. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif
perbandingan data secara peratus dan jumlah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen-elemen
STEM’e dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai telah berjaya dikuasai oleh murid semasa
pembelajaran menerusi pendekatan PBL STEM’e. Seterusnya murid berjaya meningkatkan pengetahuan
dan pemahaman berserta perubahan sikap dan tingkah laku positif. Hasil dapatan kajian ini
menunjukkan PBL STEM’e memberi murid peluang terlibat langsung dan menerokai pengetahuan serta
mendapat pengalaman baharu bersesuaian tahap kebolehan mereka. Murid-murid prasekolah merupakan
penggerak kendiri yang menentukan arah pembelajaran mereka menerusi pendekatan PBL STEM’e.
Guru hanya merupakan pemudahcara bagi mereka dalam pelbagai aktiviti. Oleh itu, PBL STEM’e amat
sesuai diterapkan dalam kurikulum pendidikan prasekolah di SK Seri Selamat.
Kata Kunci : PBL Prasekolah , Akademi Tunas STEM’e, Sistem Solar, Akuaponik
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
JALINAN DAN JARINGAN EFEKTIF
Puteh binti Meh
SK Selama
Anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu bekerjasama dengan
ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas perlu disambut dan direalisasikan. Pihak SK Selama
telah mengorak langkah dengan mengadakan kolaboratif jaringan dan jalinan dengan pihak luar bagi
membantu murid-murid dan guru-guru dari segi kewangan dan kepakaran. Ini amat penting kerana
penglibatan pihak luar seperti kerjasama dengan pihak kerajaan dan swasta mampu membangun dan
memajukan sekolah. Hubungan ini jika dipelihara dan digunakan sebaiknya dapat memberi kekuatan
kepada pihak sekolah dan juga kemenjadian murid. Jalinan dan jaringan dengan komuniti dalam bentuk
bantuan kewangan, inovasi, pendapat, dan berkongsi idea-idea yang unik juga mampu melonjakkan
pengetahuan murid demi menentukan kejayaan sekolah. Jawatankuasa Induk yang dibentuk telah dapat
memperkasakan jalinan dan jaringan ini dan menjadi tunjang kejelekitan SK Selama dengan pelbagai
agensi luar seperti syarikat swasta, NGO, ahli politik dan pusat pengajian tinggi. Ini bagi berbincang
dan berkongsi pandangan dalam permuafakatan dan perkongsian yang mantap serta akrab. Jaringan dan
jalinan yang dibuat menjadi fokus utama mencemerlangkan murid-murid dalam bidang kurikulum,
kokurikulum dan pembentukan sahsiah yang terpuji dan seterusnya membentuk kemenjadian murid serta
modal insan seperti yang dihasratkan. Pemuafakatan ini juga dapat menjadikan persekitaran sekolah dan
kelas lebih ceria.
Kata Kunci: Jalinan, Jaringan, Efektif, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Kejelekitan,
Permuafakatan, Kemenjadian Murid, Modal Insan
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
KBAT JUNIOR
( KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI JUNIOR)
Normah binti Asran
SK Perwira, Teluk Intan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) perlu diterapkan dalam kalangan kanak-kanak bermula dari
peringkat pendidikan awal kanak-kanak pada usia empat hingga enam tahun. KBAT Junior merupakan
program yang dijalankan bagi 45 orang murid Prasekolah SK Perwira, Teluk Intan Perak. Isu
pembudayaan KBAT adalah bagi mengatasi masalah melahirkan kanak-kanak yang mempunyai aras
pemikiran yang tinggi untuk ditangani lebih awal selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 yang menekankan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi . Objektif program
bagi menambahbaik amalan guru prasekolah untuk membudayakan KBAT dalam kalangan murid
prasekolah. Justeru, KBAT Junior digunakan sebagai kaedah yang menekankan beberapa elemen KBAT
untuk membantu murid mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan
dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu yang bersesuaian dengan tahap murid dengan cara yang menyeronokkan. Pembudayaan KBAT
dalam program KBAT Junior dilaksanakan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta
persekitaran KBAT. Guru menggunakan bahan ransangan yang berkesan, aktiviti menarik dan
menggunakan teknik penyoalan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah pemerhatian,
borang temu bual dan analisis dokumen. Hasil dapatan mendapati Pembudayaan KBAT dalam kalangan
murid prasekolah telah berjaya menarik minat murid dan aktif dalam aktiviti yang dijalankan serta
mampu membentuk pemikiran yang kreatif dan inovatif. Amalan pembudayaan KBAT ini selaras
dengan matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi memperkembangkan
potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu. Selain itu murid mampu untuk menghadapi cabaran
serta bersedia mengikuti pembelajaran seterusnya.
Kata Kunci: KBAT, Bahan Ransangan, Penyoalan, Kreatif Dan Inovatif
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
KELESTARIAN STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)
MELALUI KUALITI KURIKULUM
Sabariah binti Taib
SK Sungai Lampam, Chikus
Tingginya peratusan murid yang tidak menguasai tahap minimum penguasaan 3m menjadi kegusaran
yang bukan sedikit dalam kalangan guru prasekolah dan para pentadbir sekolah. Di antara masalah
utama murid prasekolah kami adalah sukar mengenali abjad a-z. Masalah utama ini membawa kepada
masalah-masalah lain yang terkait dengan kebolehan membaca, mengira seterusnya menaakul. Melalui
ujian diagnosis yang dijalankan pada awal sesi persekolahan didapati seramai lapan (8) orang murid iaitu
40% daripada 20 orang murid 5+ di kelas Pracemerlang tidak mengenal abjad (a-z). Sementara sebelas
(11) murid lagi iaitu 55% tidak dapat membunyikan sukukata (kv). Hanya seorang (1) murid boleh
membaca frasa dan ayat mudah. Daripada diagnosis juga didapati seramai sepuluh (10) murid tidak
dapat mengecam dan mengenal nombor 1 - 20 secara urutan maupun rawak. Usaha perlu dilakukan bagi
melonjakkan tahap penguasaan murid-murid ini. Tidak memadai hanya bergantung kepada proses pdpc
sahaja. Walaupun projek yang dirancang tidak akan terpisah daripada proses pdpc sebenarnya. Projek
Bijak Bacaan dirancang dan dijalankan ke atas semua murid Pracemerlang yang berumur 5+. Sementara
itu untuk Tunjang Sains dan Teknologi guru hanya mengambil Matematik Awal iaitu melalui Projek
Bijak Nombor. Kebanyakan projek-projek yang dirancang dan dijalankan perlaksanaannya
digabungjalinkan dengan Projek Fertigasi Penanaman Pokok Tin yang dijalankan di perkarangan
Prasekolah. Ini menjadikan proses pembelajaran murid lebih menarik dan bermakna. Projek-projek yang
dijalankan menampakkan sedikit perubahan dalam peratusan penguasaan Bahasa Melayu dan Matematik
Awal. Pentaksiran yang dijalankan pada bulan Mei menunjukkan data yang lebih baik. Lima (5)
daripada lapan (8) murid telah boleh mengecam abjad (a-z). Sementara lapan (8) daripada sebelas (11)
murid yang tidak dapat membunyikan sukukata (kv), telah boleh menyebut atau membunyikan sukukata
(kv). Penguasaan asas nombor dalam Matematik Awal juga bertambah baik. Lima (5) daripada sepuluh
(10) yang tidak menguasai telah dapat mengenal dan mengecam nombor 1-20. Dapat dirumuskan
bahawa tahap penguasaan murid boleh dipertingkatkan sekiranya kita mampu merancang dan
menjalankan apa-apa kaedah pun yang bersesuaian dengan tahap murid prasekolah ini.
Kata Kunci : Tidak Menguasai Tahap Minimum, Melonjakkan Tahap Penguasaan, Fertigasi Penanaman
Pokok Tin
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MY PRE SCHOOL SCHOOL BUDDY SUPPORT SYSTEM
( MY PRE SCHOOL SCHOOL BSS)
Azizah binti Jaafar
SK Klian Pauh, Taiping
Amalan My Pre School Buddy System bertujuan untuk membantu Senior Leader Team (SLT) dalam
membimbing guru dan pembantu pengurusan murid prasekolah. Kumpulan sasaran barisan penolong
kanan dalam proses membimbing guru dan pembantu pengurusan murid prasekolah. Tinjauan awal
mendapati sebilangan penolong kanan kurang pengetahuan membimbing guru prasekolah dan pembantu
pengurusan murid dalam skop tugasan mereka. Hasil amalan ini menjadikan penolong kanan dapat
meningkatkan keyakinan untuk memberi bimbingan. Pembimbing menggunakan Instrumen Bimbingan
berpandukan SKPK 2.0. Amalan ini dapat membantu data SKPK yang lebih jelas dan tepat.
Diharapkan pelaksanaan My Pre School BSS berjaya meningkatkan kualiti pengurusan dan bimbingan
kepada SLT.
Kata Kunci: My Pre School Buddy System, Senior Leader Team (SLT), murid prasekolah, SKPK 2.0
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
N2T
Faridatulhanim binti Hamzah
SK Tasik Damai, Ipoh
N2T adalah bahan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengenal nombor 1 – 10,
membilang nombor secara menaik dan menurun serta boleh digunakan untuk kemahiran menyelesaikan
masalah tambah dan tolak dalam lingkungan 10. Bahan ini boleh digunakan secara individu atau
berkumpulan semasa PdPc. Dalam masa yang sama murid dapat mengenal dan mengira nombor dengan
cara yang mudah. Penggunaan bahan N2T ini, membolehkan murid memperolehi pelbagai kemahiran
dalam satu masa. Rasional bahan ini dihasilkan untuk membantu proses pengajaran di dalam kelas.
Bahan ini adalah satu projek yang dapat menarik minat murid terhadap pengajaran awal Matematik.
Murid mendapat ilmu pengetahuan sambil bermain yang sememangnya bermain itu sinonim dengan
mereka. Selain itu bahan ini juga boleh diaplikasikan dengan pelbagai standard pembelajaran yang
terkandung dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Pernyataan ini telah
menunjukkan bahawa kebanyakan kanak-kanak masih tidak menguasai Matematik dengan baik kerana
menggunakan kaedah yang tidak menarik perhatian dan minat kanak-kanak. Pembilang N2T telah
dicipta bagi membantu meningkatkan kemahiran operasi nombor seperti mengenal nombor, menyusun
nombor mengikut urutan menaik dan menurun, operasi tambah dan operasi tolak dalam kalangan murid-
murid prasekolah. Inovasi pembilang N2T dihasilkan untuk mencapai objektif seperti meningkatkan
kemahiran mengenal nombor 1 – 10 dalam kalangan murid prasekolah, mengatasi masalah operasi
tambah dan operasi tolak dalam lingkungan 1 – 10, meningkatkan minat murid dalam belajar mata
pelajaran Matematik serta menarik minat dan keterujaan memberi motivasi murid terhadap kaedah
pembelajaran yang menyeronokkan. Isu-isu yang telah dinyatakan telah berjaya ditangani dengan
menggunakan amalan ini di mana murid-murid telah menunjukkan peningkatan dalam mengenal
nombor 1-10, menulis nombor 1-10 dan menguasai kemahiran operasi tambah dan operasi tolak. Bahan
N2T ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah mengenal nombor, operasi tambah dan tolak,
malahan juga boleh digunakan untuk aktiviti ansur maju atau pengayaan kerana bercirikan fleksibel.
Kata Kunci: Menguasai Kemahiran, Operasi Nombor, N2T, KSPK
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
#ONE TOUCH
Rozita binti Ibrahim
SK Batu Melintang
Berdasarkan anjakan 3 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), 2013 - 2025 iaitu
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai di mana ia adalah sangat bersesuaian dengan budaya
dan amalan masyarakat negara ini.Begitu juga dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menekankan usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu,melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani ,emosi dan
jasmani.Murid hadir ke sekolah dengan jayanya serta dapat melibatkan diri dengan aktiviti awal pagi
merupakan salah satu elemen yang dapat menyediakan murid berada dalam emosi,mental dan fizikal
yang baik bagi menghadapi sesi pembelajaran dan pelajaran setiap hari.Kehadiran yang menurun
merupakan salah satu masalah kepada usaha untuk memberi ilmu kepada setiap murid terutamanya
anak-anak kecil prasekolah. Untuk itu sekolah telah merancang dan melaksanakan program #ONE
TOUCH supaya dapat menarik minat pelajar ke sekolah dalam masa yang sama menyediakan mereka
dengan emosi yang bersedia untuk belajar setiap hari.Bagi melaksanakan program pihak sekolah
mendapat kerjasama dengan PIBG serta komuniti setempat.Program disusun seawal pagi 30 minit
sebelum murid prasekolah masuk ke dalam kelas mengikuti sesi pembelajaran. Aktiviti senamrobik,
Program Nilam, Mentor Mentee dan Kerohanian ( bacaan Yassin dan moral kepada murid bukan islam ).
Impak daripada aktiviti ini menunjukkan kehadiran murid meningkat dari tiga bulan pertama program
ini dilaksanakan.Program ini kita akan teruskan dan menjadi satu amalan terbaik dan aktiviti wajib
dalam jadual persekolahan murid. Ini akan dapat menyokong hasrat kementerian untuk menyediakan
murid dengan JERIS yang sempurna dan melahirkan kemenjadian murid yang berterusan seawal
pendidikan formal.
Kata kunci: #ONE TOUCH, Prasekolah, PIBG, Komuniti Setempat, Kehadiran Murid
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PEDAGOGI BESTARI PEMBELAJARAN BERASASKAN KAJIAN DAN
PENYELIDIKAN(RBL) DENGAN PELAKSANAAN PROJEK SD PENYELIDIK
CILIK MENINGKATKAN KUALITI GURU DAN KEMENJADIAN MURID
Norazani binti Mahamud
SK Matang Gerdu
Pembelajaran Berasaskan Kajian dan Penyelidikan ini dilaksanakan bagi membantu murid prasekolah
meningkatkan tahap keyakinan diri dan penguasaan dalam setiap tajuk yang dipilih berdasarkan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kajian ini melibatkan seramai 35 orang murid prasekolah,
dari 5 buah sekolah di daerah Kerian iaitu SK Matang Gerdu, SK Jalan Baharu, SK Alor Pongsu, SK
Jalan Matang Buluh dan SK Dato Alaudin. Kajian ini bertujuan untuk melahirkan bakat-bakat
penyelidik cilik murid prasekolah dengan bimbingan guru sebagai mentor dengan pelaksanaan pedagogi
bestari RBL yang diperkenalkan oleh Ikon Guru Perpustakaan dan Media iaitu Cikgu Norhafizah binti
Abdul Razak. Kaedah kajian ini adalah secara kualitatif dengan melaksanakan soal selidik, pemerhatian
dan temubual yang melibatkan 15 orang guru dan 35 orang murid dari sekolah-sekolah yang terlibat.
Dapatan kajian menunjukkan bimbingan yang diberikan kepada guru sebagai mentor telah berjaya
meningkatkan kompetensi mereka serta guru dapat memberikan bimbingan kepada murid menjadi lebih
berani dan berkeyakinan dalam pembelajaran. Impaknya, hasil kajian berjaya mencungkil bakat murid
prasekolah sebagai penyelidik yang mampu membuat pembentangan dengan yakin menggunakan
peralatan ICT. Cadangan seterusnya RBL akan lebih berfokus kepada isu dalam penguasaan tunjang
komunikasi iaitu Bahasa Inggeris melalui kaedah pembelajaran ini.
Kata Kunci : Pembelajaran Berasaskan Kajian dan Penyelidikan(RBL), Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan(KSPK), Penyelidik Cilik , Murid Prasekolah