KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PENILAIAN KUALITI PROGRAM PENGURUSAN KECERIAAN KELAS
PRASEKOLAH SK SULTAN ABDUL AZIZ KETIOR, KUALA
KANGSAR,PERAK
Salleh bin Mohd Nor
SK Sultan Abdul Aziz, Ketior Kuala Kangsar
Pengurusan kelas merupakan salah satu komponen penting bagi meningkatkan kecemerlangan akademik
dan kehadiran murid-murid prasekolah. Ia dilaksanakan untuk memastikan kelas menjadi ceria dan
kondusif supaya dapat menarik minat dan meningkatkan enrolmen prasekolah bertambah. Saya
mendapati terdapat perubahan dalam kehadiran murid yang tidak memberangsangkan selepas dilanda
wabak Covid-19. Oleh itu, saya telah mengesan beberapa kelemahan murid walaupun kelas telah
kondusif. Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah teknik pengajaran guru dan gaya pembelajaran
murid di dalam kelas. Hasil daripada itu, saya mencadangkan beberapa langkah yang boleh
meningkatkan keceriaan kelas seperti mewujudkan pelbagai sudut dan aktiviti pembelajaran yang
menarik. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti pengurusan keceriaan kelas prasekolah dalam
meningkatkan jumlah kehadiran murid setiap hari. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka
bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 20 orang murid Prasekolah Bijak
Bestari Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz. Kajian ini juga menggunakan Modal Kualiti Program
Prasekolah Endslay & Bradbord. Instrument utama yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian
ini ialah pemerhatian, soal selidik, temu bual dan analisis dokumen. Kesemua instrumen tersebut
digunakan bagi menyelaras data utama kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan
jumlah kehadiran ke sekolah yang signifikan dalam kalangan murid melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan, seperti mendekati komuniti serta perlaksanaan aktiviti yang sistematik. Ini merupakan dua
strategi yang menyumbang kepada program yang dilaksanakan. Impak utama program termasuklah
keceriaan persekitaran sekolah dan mengeratkan hubungan antara sekolah dengan komuniti. Faktor
utama yang menyokong kejayaan permuafakatan sekolah dengan komuniti ini adalah daripada
kepimpinan Guru Besar.
Kata Kunci: Keceriaan Kelas Prasekolah, Persekitaran, Permuafakatan, Sekolah dan Kelas
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PROMOSI PRASEKOLAH BERKUALITI UNTUK MENINGKATKAN
ENROLMEN PRASEKOLAH DI KAWASAN LUAR BANDAR
Mo Kar Yan & Teh Mee Lee
SJKC Yeong Seng
Perkongsian amalan terbaik ini bertujuan untuk meneliti promosi prasekolah berkualiti dalam
meningkatkan enrolmen prasekolah di kawasan luar bandar. Selepas penubuhan prasekolah, pihak
sekolah menghadapi masalah kekurangan murid masuk sekolah. Pihak sekolah sedaya upaya mencari
bantuan daripada pihak pemegang taruh seperti LPS dan PIBG untuk mempromosikan prasekolah. Pihak
sekolah juga memanfaatkan kemudahan platform media sosial seperti FB, Whatsapp dan Telegram
untuk membuat promosi. Pihak sekolah pun membuat permohonan guru opsyen prasekolah dan bernasib
baik dapat seorang guru yang berpengalaman 5 tahun lebih. Kedatangan seorang guru yang
berpengalaman telah memberi impak positif yang besar kepada PdPc dan pengurusan prasekolah.
Kewujudan guru yang berpengalaman di prasekolah telah menarik perhatian ibu bapa. Selepas promosi
yang berlanjutan dan berkesan, akhirnya bilangan murid prasekolah terus meningkat dan terus mencapai
kapasiti maksima iaitu 25 orang murid sehingga hari ini. Kesimpulannya, melalui kerjasama semua
warga sekolah dan pemegang taruh, serta kemudahan komunikasi yang canggih zaman kini, dapatlah
pihak sekolah berjaya membuat promosi prasekolah dengan berkesan dan berkualiti, seterusnya
mencapai matlamat promosi.
Kata Kunci: Promosi Prasekolah, Enrolmen Prasekolah, Promosi Berkualiti
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
KOPI O SUSU TEPUNG
Mohd Erilzuddin Affendi bin Mohd Amir
SK Sahom, Kampar
Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak perlu disokong oleh pelbagai pihak khususnya
pendidik, komuniti setempat dan ibu bapa . Sokongan ini akan membantu memenuhi keperluan dan
kejayaan kanak-kanak. Program ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa secara aktif
dalam setiap aktiviti prasekolah yang dirancang bagi menyokong usaha membangunkan kemenjadian
murid. Program ini melibatkan seramai 12 orang ibu bapa dan 13 orang murid prasekolah SK Sahom
dalam setiap pertemuan. Ianya dilaksanakan sebanyak 12 siri selama 60 minit. Terdapat 4 slot pengisian
yang bermanfaat untuk ibu bapa dan murid dalam tempoh tersebut. Program bual bicara Kopi O Susu
Tepung ini, berupaya membantu meningkatkan motivasi, pengetahuan tentang pendidikan awal kanak-
kanak dan peranan mereka sebagai ibu bapa. Bahkan mereka juga berpeluang menjalinkan hubungan
baik bersama anak-anak dalam pelbagai aktiviti samada di rumah atau anjuran pihak sekolah. Selain itu,
mereka juga dapat mengetahui tentang penyediaan bahan rangsangan pembelajaran di rumah yang boleh
membantu mengukuhkan pendidikan anak-anak mereka. Ibu bapa juga berkesempatan berkongsi tips
dan teknik mendidik anak-anak yang diamalkan oleh mereka serta mengutarakan masalah yang
dihadapi. Kolaborasi sebegini akan merancakkan lagi pertumbuhan anak-anak dalam mencapai matlamat
pendidikan awal kanak-kanak. Dengan terlaksananya program ini, pelbagai isu yang mencakupi
pembelajaran, kesihatan, pemakanan dan penerapan nilai murni dapat dibincangkan dengan berkesan.
Akhirnya, proses pendidikan berlaku secara menyeluruh dalam komuniti dan tidak hanya tertumpu
kepada murid yang mendapat pendidikan langsung di prasekolah sahaja. Maka tertunailah Pendidikan
Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kata Kunci : Pendidikan Awal Kanak-kanak, Kemahiran Keibubapaan, Pendidikan Menyeluruh,
Penglibatan Ibu Bapa, Kemenjadian Murid
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
TINGKAH LAKU PROFESSIONAL GURU BESAR DALAM MENANGANI ISU
GURU DAN PPM SEKOLAH KE ARAH PRA SEKOLAH CEMERLANG
Norizan binti Ahmad
SK Sungai Buloh, Hutan Melintang
Tingkah laku profesional guru besar amat penting dalam mencemerlangkan organisasi.Hasil
pemerhatian guru besar terdapat 4 isu atau masalah yang berlaku di Prasekolah iaitu persekitaran
Prasekolah yang kurang konduksif, pengurusan Prasekolah yang kurang cekap, kemenjadian murid
Prasekolah yang kurang menyerlah serta persepsi negatif warga sekolah. Punca kepada masalah yang
berlaku ialah hubungan yang kurang baik di antara warga sekolah terutamanya di kalangan guru dan
pembantu pengurusan murid di Prasekolah serta kurangnya semangat juang yang tinggi adalah juga
merupakan penghalang kepada kecemerlangan Prasekolah. Maka fokus kajian adalah untuk menangani
punca yang berlaku. Oleh itu pemerhatian dan temubual kepada dua orang guru Prasekolah dan dua
orang pembantu pengurusan murid Prasekolah dilaksanakan. Soalan temubual yang dibentuk adalah
hasil dari pemerhatian awal yang dijalankan dalam tempoh 5 hari pertama bekerja. . Justeru itu peranan
tingkah laku profesional guru besar telah dijadikan senjata dalam mendekati serta menyelami jiwa bagi
memastikan keserasian, kerjasama, semangat dan komunikasi antara guru Prasekolah dan pembantu
pengurusan murid Prasekolah serta semua warga sekolah dapat dibangunkan dan direalisasikan demi ke
arah Prasekolah cemerlang. Hasil dapatan yang ditemui setelah beberapa bulan pendekatan tingkah laku
profesional guru besar telah dilaksanakan, terdapat perubahan tingkahlaku yang amat baik serta punca
kepada masalah yang berlaku dapat diatasi. Seterusnya Prasekolah Sk Sungai Buloh telah mengorak
langkah ke arah Prasekolah cemerlang bagi merealisasikan hasrat sekolah, PPD, JPN serta KPM.
Kata kunci: Prasekolah, tingkah laku profesional, guru besar.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Abstrak
Room 7 : Pengurusan Sekolah
Rendah & Sekolah Menengah
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL MEMACU KEJAYAAN SEKOLAH
Tuan Haji Mohamad Ridzuan bin Hasnan, PPT
SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana pemimpin nombor satu di sekolah iaitu guru besar mesti
memainkan peranan yang penting di dalam memacu kecemerlangan sekolah dengan mengamalkan
amalan kepimpinan instruktional di dalam organisasinya. Objektif kajian ini adalah untuk membuat
penilaian kepentingan corak kepimpinan instruktional di dalam organisasi. Sampel kajian adalah
melibatkan 51 orang guru, 6 orang kakitangan, 5 orang pekerja swasta dan 4 orang jaga. Kajian
dijalankan secara kualitatif iaitu menggunakan kaedah temubual dan menerusi google form. Hasil
dapatan kajian mendapati dengan mengamalkan corak kepimpinan instruktional maka sekolah lebih
maju dan berdaya saing. Pemimpin utama sekolah mampu mempengaruhi, menerajui, memberi
bimbingan dan dorongan yang baik kepada guru-guru, kakitangan dan orang di bawah seliaanya.
Kesimpulannya kepimpinan instruktional merupakan sesuatu aspek penting di dalam kemenjadian
sesbuah sekolah. Diharapkan kajian seumpama ini akan memberi dorongan semangat kepada barisan
pentadbir untuk lebih maju jaya di dalam mengurus organisasi.
Kata kunci : Kepimpinan Instruktional, Guru Besar, Kualitatif, Pemimpin Utama
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
KPOP@SKSuBa
Romiezaily bin Mohd Ali
SK Sungai Batang
Sikap murid Tahap 1 seramai 43 orang menunjukkan tingkah laku yang pasif semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Hal ini kerana, ada di antara mereka menunjukkan sikap kurang minat
semasa guru sedang mengajar terutama mata pelajaran matematik. Masalah utama yang dikesan adalah
murid kurang mahir dan ada yang tidak menguasai kemahiran asas menambah dan menolak. Murid tidak
boleh menjawab soalan asas tambah dan tolak dengan cepat. Selain itu, murid juga menunjukkan kurang
minat dengan pengajaran guru. Fokus utama kajian adalah menangani masalah dalam penguasaan
kemahiran asas menambah dan menolak bagi tahap 1. Kelas tahun 3 seramai 8 orang murid telah terpilih
untuk melaksanakan kajian ini. Selepas membuat beberapa kali saringan, didapati murid masih lemah
dalam penguasaan tambah dan tolak. Maka timbul satu kaedah pengajaran yang dapat membantu murid
meningkatkan penguasaan kemahiran asas menambah dan menolak. Setelah isu ini dapat ditangani,
wujud satu idea daripada pentadbir supaya semua guru mata pelajaran perlu melakukan satu perubahan
dalam pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan murid secara didik hibur. Hal ini dapat dirujuk
dalam SKPMg2 Standard 4. Kaedah ini diberi nama Kit Pengajaran Orientasi Permainan di SK Sungai
Batang (KPOP@SKSuBa). Beberapa analisis telah dilakukan. Antaranya soal selidik muird bagi
mengukur tahap pengajaran guru terutama mata pelajaran matematik. ‘Student Voice’ juga telah
dilaksanakan. Hasilnya menunjukkan minat murid yang rendah daam mata pelajaran matematik. Hanya
2 orang murid sahaja berminat dalam mata pelajaran Matematik. Selepas KPOP@SKSuBa dilaksanakan,
didapati murid-murid dapat menjawab soalan asas menambah dan menolak dengan betul dan cepat. Ada
dalam kalangan mereka yang mendapat markah 100% bagi asas menambah dan menolak. Berdasarkan
pencapaian murid, dapat dirumuskan bahawa kemahiran asas menambah dan menolak murid dapat
ditingkatkan setelah pengenalan KPOP@SKSuBa dilaksanakan. Selain itu, dapat dirumuskan juga
bahawa kajian ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah dapat mengubah
kaedah pengajaran guru-guru mata pelajaran yang lain serta mencungkil kreativiti serta inovasi guru
dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada masa akan datang KPOP@SKSuBa akan dilaksanakan
sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah dan dibantu oleh ibu bapa di rumah.
Kata Kunci: Penguasaan Kemahiran Asas, Didik Hibur, Kit Pengajaran Orientasi Permainan,
KPOP@SKSuBa
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MAKLUMAT DI HUJUNG JARI
Mohd Azahar bin Abu Bakar
Sekolah Menengah Agama Al-Hidayah
Data dan maklumat merupakan suatu yang penting bagi setiap organisasi terutamanya bagi pengurusan
sesebuah sekolah. Namun pengumpulan dan pencarian data adakalanya menimbulkan masalah kerana
tidak diuruskan dengan baik dan tidak tersusun. Menyedari kekangan ini, pihak sekolah telah membuat
penambahbaikan dalam pengurusan data dan maklumat sekolah dengan mewujudkan kaedah
pengumpulan data dan maklumat melalui Dashboard SMAAH. Melalui kaedah ini, segala data dan
maklumat disatukan secara berpusat supaya mudah untuk diakses oleh pentadbir dan guru-guru secara
online. Hasil daripada inovasi ini, segala data dan maklumat dapat diakses dihujung jari dengan cepat
dan mudah
Kata Kunci : Pengurusan Maklumat, pengumpulan data, Dashboard SMAAH
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PENGURUSAN STRATEGIK SECARA HYBRID BERFUNGSI
SERAMPANG BANYAK MATA DALAM MEREALISASIKAN
SEKOLAH LESTARI.
Hajah Endok Salwa binti Abdul Wahab
SMK Tengku Menteri
Melaksanakan banyak projek dalam satu tempoh masa sudah tentu satu perkara yang sukar dilaksanakan
oleh pihak pengurusan di sekolah. Pada tahun 2020 SMK Tengku Menteri telah dicadangkan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk menyertai Sekolah Lestari, Sekolah My Healthy Garden, Eco
School. Manakala Pejabat Pendidikan Larut, Matang dan Selama mencalonkan SMK Tengku Menteri
menjadi Sekolah STEM. Oleh itu, pihak pengurusan telah melaksanakan pengurusan strategik secara
hybrid dengan meletakkan hala tuju selama tiga tahun iaitu pada tahun 2022 SMK Tengku Menteri
menjadi Sekolah Lestari, Sekolah My Healthy Garden, Eco Scool dan Sekolah STEM. Metodologi yang
digunakan adalah dengan melaksanakan analisis SWOT dan menggunakan TOWS Matrix untuk
mengenal pasti pengurusan strategik paling berkesan bagi menjayakan projek ini. Antara kejayaan
daripada projek ini ialah SMK Tengku Menteri telah dianugerahkan Anugerah Fundamental Award
untuk Projek My Healthy Vegetables Garden anjuran Malaysia GPM Sustainability Awards pada tahun
2021 dan inovasi STEM seperti ciptaan baja kompos dan Booster Tanaman telah dihasilkan oleh murid.
Peningkatan peratus murid mengambil aliran STEM juga telah meningkat sebanyak 6.2% menjadi
53.34% pada 2022. Kesimpulannya, pengurusan strategik secara hybrid banyak mendatangkan kebaikan
kepada sekolah dan patut digunakan oleh pihak pengurusan kerana boleh merealisasikan banyak projek
dalam satu tempoh masa.
Kata kunci : Pengurusan Strategik Hybrid, Serampang Banyak Mata, Sekolah Lestari
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PROGRAM TRAMSFORMASI SEKOLAH, KREATIF GURU ALAF 21
Raja Hasan bin Raja Abdullah
SK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah
Kepelbagaian dalam menggunakan alat bantu mengajar bagi mewujudkan persekitaran yang boleh
menarik minat pelajar semakin diberi keutamaan kini. Perkembangan teknologi maklumat dan
telekomunikasi kini telah memberi cabaran baru dalam dunia pengajaran dan pembelajaran di
kalangan guru. Namun, ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi ini menjadi beban
kepada guru apabila mereka tidak berjaya menguasai kemahiran menggunakan teknologi terkini
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sememangnya penting pada abad ke-21 ini.
Bengkel ICT, PLC dan LADAP dijadikan medium utama melatih guru menguasai kemahiran ini.
Usaha-usaha yang dijalankan agar guru dapat mempertingkatkan kemahiran menggunakan
teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya menghasilkan inovasi
dalam membantu PdPc kepada peningkatan penguasaan Tahap Penguasaan (TP) murid. Ia
bertujuan untuk melahirkan guru yang dapat memanfaatkan revolusi teknologi terkini seiring
dengan perubahan pesat teknologi agar proses pengajaran dan pembelajaran telah menarik minat
pelajar di samping dapat melahirkan pelajar kreatif, inovatif dan seterusnya berani menghasilkan
inovasi mereka. Persekitaran pembelajaran bermakna juga dapat dizahirkan dengan bantuan guru
dan sokongan PIBG.
Kata Kunci : Kreatif Alaf ke-21, KBAT, PLC, Bengkel ICT, Etiket
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
SISTEM PEMANTAUAN HEADCOUNT KOKURIKULUM MURID DI
SMK TROLAK
Nor Hashimah binti Abdul Samat
SMK Trolak
Amalan ini dijalankan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan kokurikulum di SMK Trolak
menggunakan sistem headcount e-KoKu SEMETRO. Amalan ini digunakan bertujuan bagi memantau
headcount kokurikulum murid sebelum, semasa dan selepas tempoh aktiviti kokurikulum dilaksanakan
bagi mencapai sasaran yang telah dipersetujui bersama. Pengurusan ini melibatkan Penolong Kanan
Kokurikulum bersama semua guru penasihat unit kokurikulum. Data awal dikumpul melalui analisis
data pencapaian tahun sebelumnya. Data ini dibentangkan di dalam mesyuarat pengurusan kokurikulum
dan penetapan headcount dilakukan secara bersama dengan mengambil kira penetapan sasaran di dalam
Perancangan Strategik Sekolah. Pemantauan dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun bagi memastikan
pencapaian sebenar tidak lari jauh daripada sasaran. Hasil dapatan menunjukkan pengurusan
kokurikulum lebih bersistematik dan efektif. Kesimpulannya headcount e-KoKu SEMETRO memberi
impak dalam memastikan integriti pengurusan kokurikulum terjamin
Kata Kunci: e-KoKu SEMETRO, Pengurusan Kokurikulum, Perancangan Strategik Sekolah, headcount
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
SMART PARTNERSHIP PEMANGKIN KEMENJADIAN MURID
DAN KECEMERLANGAN SEKOLAH
Zalina binti Ahmad
SMK Proton City
SMK Proton City (SMKPC) adalah sekolah harian yang mempunyai murid-murid Tingkatan 1 hingga
6. Ditubuhkan pada 5 Februari 2018 dengan 42 bilik darjah, 9 makmal Sains, 3 makmal komputer, 9
bengkel Kemahiran Hidup, Pusat Sumber Sekolah dan lain-lain kemudahan infrastruktur yang
sepatutnya menyumbang ke arah persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, Masalah
utama yang dihadapi semasa penubuhan sekolah ialah ketiadaan peralatan . Makmal Sains, Bengkel
RBT, Pusat Sumber dan Bilik Kokurikulum hanya dibekalkan dengan meja dan kerusi tanpa sebarang
peralatan. Setelah membuat analisis SWOT, keputusan diambil untuk melibatkan komuniti setempat
untuk membantu usaha pihak sekolah menjana kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah.
Terdapat tiga objektif utama di dalam smart partnership ini. Pertama, smart partnership bersama UPSI
untuk membantu mengurangkan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh pihak sekolah di dalam
pelaksanaan program di dalam bidang akademik, kokurikulum dan keceriaan. Kedua smart partnership
bersama Proton di dalam bentuk kewangan dan prasarana di dalam bidang kokurikulum . Ketiga ialah
pelibatan ibubapa untuk bersama-sama dengan sekolah di dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan
hal ehwal murid. Program smart partnership antara SMKPC, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Proton telah menghasilkan impak yang sangat positif pada
sekolah SMKPC secara amnya dan murid secara khususnya. Sebagai sekolah TS25 kohort 4, kewujudan
persekitaran pengajaran dan pembelajaran bermakna yang didokong oleh kepimpinan berkesan, guru
berkualiti dan sokongan ibubapa dan komuniti dapat direalisasikan melalui program smart partnership.
Ini terbukti dengan pencapaian 100% STPM 2022 dan 2021 serta 93.88% layak sijil SPM 2021 dengan
GPS 4.60 dalam bidang kurikulum dan pencapaian cemerlang di peringkat daerah, kebangsaan dan
antarabangsa di dalam bidang kokurikulum.
Kata Kunci: Smart Parnership , Komuniti Setempat, Beban Kewangan , Impak
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
SOPAN, SANTUN, SUSILA #3S
Josnida binti Mustafa
SK Jelutong
Sopan, santun dan susila merupakan tingkah laku yang beradab dan berpekerti tinggi. Menurut kamus
Bahasa Melayu, sopan santun menunjukkan sikap lemah lembut, baik budi pekerti, berakhlak
mulia,beradab sopan dan bertatasusila. Hasil kajian yang dilakukan di SK Batu Hampar, hanya 19.1%
murid yang mengamalkan tingkah laku yang beradab iaitu memberi salam, melontar senyuman,
mengucapkan ucapan terima kasih dan membantu guru. Keadaan ini amat membimbangkan kerana jika
dibiarkan berterusan, ia akan menjadikan amalan-amalan baik ini semakin pudar dalam kalangan murid-
murid dan akan memberi kesan kepada masyarakat serta negara. Justeru itu, bagi menghasilkan generasi
yang mempunyai peradaban yang tinggi, usaha penerapan amalan baik perlu dilakukan sejak mereka di
sekolah rendah. Bagi merealisasikan hasrat ini, “Program Sopan,Santun dan Susila (#3S) dilaksanakan
terhadap murid-murid tahap 2, SK Batu Hampar dan seterusnya akan dibudayakan kepada semua murid.
Perlaksanakan program ini sememangnya agak mencabar kerana ia memerlukan kerjasama daripada
semua pihak. Namun, setelah program ini dilaksanakan iaitu dengan cara merekod amalan baik pada
“Kad Rekod Amalan Baik” , ia memberi impak yang tinggi dengan peningkatan peratus pengamalan
baik iaitu daripada 19.1% kepada 74.8%. Semoga dengan peningkatan amalan baik murid-murid tahap 2
ini akan menjadi contoh dan ikutan kepada murid-murid tahap 1 dan seterusnya disebarkan kepada
masyarakat
Kata Kunci : Tingkah Laku Beradab, Amalan Baik, #3S, Kad Rekod Amalan Baik
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
SYNERGY GREEN PEMANGKIN KEBOLEHPASARAN PEKERJAAN MURID
PPKI
Roslina binti Ishak
SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin
Synergy Green merupakan projek rintis yang dijalankan di Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI)
SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin bermula dari tahun 2018 hinggalah sekarang. Keadaan kebolehpasaran
pekerjaan murid terutamanya murid Pendidikan Khas masih ditahap rendah telah menyebabkan pihak
pengurusan sekolah telah memilih satu projek bagi menanggani isu kebolehpasaran murid PPKI SMK
Kg. Dato’ Seri Kamaruddin. Pada dasarnya projek ini diaplikasikan kepada murid Pendidikan Khas yang
berada dalam kategori berkefungsian sederhana dan rendah, terdiri daripada Kategori murid Autisme,
ADHA, Kurang Upaya Intelektual dan bermasalah pembelajaran Spesifik. Pada permulaan projek ini
dijalankan dengan mengenalpasti kesediaan dan kemahiran murid PPKI yang mengambil mata pelajaran
masakan dan pertanian. Sebanyak hampir 200 pokok limau telah ditanam di kawasan sekitar sekolah dan
hasil tanaman ini telah diproses dan dijadikan produk akhir untuk dipasarkan. Setelah 4 tahun projek ini
dijalankan dapatan menunjukkan murid-murid di PPKI SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin telah berjaya
menghasilkan produk-produk hasil daripada buah-buah limau yang telah diproses. Dapatan kajian juga
telah menunjukkan bekas murid ini telah berjaya diterima dalam pasaran pekerjaan. Kebolehpasaran
murid ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan
semua golongan kurang upaya diberi peluang untuk memajukan diri dan diterima dalam pasaran
pekerjaan.
Kata kunci: Synergy Green, Pendidikan Khas, Kebolehpasaran, PPKI,
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Jawatankuasa Induk
Kolokium Pendidikan
Negeri Perak 2022
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Jawatankuasa Induk
Kolokium Pendidikan
Negeri Perak 2022
Penasihat : Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Encik Aznan bin Haji Alias, AMP
Pengerusi
Naib Pengerusi : Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran
Naib Pengerusi II Tuan Haji Azmi bin Dahali
Setiausaha
: Ketua Penolong Pengarah Kanan TMK
Bendahari Encik Abu Bakar bin Sulaiman
Penyelaras : Ketua Penolong Pengarah Kanan Sains Sosial
Penolong Penyelaras Haji Ahmad Lutfi Bin Abu Bakar, PPT.
Ahli Jawatankuasa
: Ketua Penolong Pengarah Sains dan Matematik
Encik Bakri bin Arsad
: Ketua Penolong Pengarah TMK
S. Sophiaan bin Abd Rahman
: Dr. Najihah binti Mustaffa
: Mohd Norzaini bin Mohd Zain
:
i. Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Negeri Perak
ii. Majlis Guru Besar Negeri Perak
iii. Semua Pegawai Sektor Pembelajaran
iv. Pegawai Sektor Sumber Teknologi Maklumat
v. Majlis Guru Cemerlang Negeri Perak
vi. Pegawai Sektor Pengurusan Maklumat
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Bacaan doa Jawatankuasa Kerja
Kolokium Pendidikan
Negeri Perak 2022
Perasmian dan Penutupan
Encik Yang Shahrin bin Ab Aziz Encik S Sophiaan bin Abd Rahman (K)
En Noor Azman Shah bin Mohd Yussof
Publisiti / Profil Pembentang Tuan Haji Mohammad Faisal bin
Encik Amjad Anas bin Abd Malek Mustapa
Encik Noor Azman bin Azizi
Encik Mohd Zaki bin Mahmood Juri Pertandingan
Encik Yang Shahrin bin Ab Aziz Puan Musfirah Salma binti Mohd Radzi
Teknikal Room 6: Encik Mohammad Munis bin
Encik S Sophiaan bin Abd Rahman (K) Musa, Encik Noor Nabilfikri bin Noor
Room 1 : Puan Chong Yee Woon, Encik Rahman, Encik Meor Mohd Hafiz bin
Mohd Syazwan bin Md Shahferi, Puan Meor Jamaluddin
Nor Rahimah binti Abdul Halim Room 7 : Encik Mohd Zaki bin
Room 2: Encik Mohd Norzaini bin Mohd Mahmood, Encik Muhammad Yazid bin
Zain, Encik Mohd Azlizam bin Mohamed Yahya, Encik Mohd Ruzaini bin Suid
Ibrahim
Room 3: Cik Nurizatul Irma binti Mohd Pengurusan Pembentangan
Yazid, Encik Zamzuryani binti Zainual En. Anas bin Mohammad Suffian
Abidin Majlis Guru Cemerlang
Room 4: Encik Yang Shahrin bin Ab Aziz,
Encik Ardy Shazril bin Ahmad Humairi Buku (Flipbook) Kolokium
Room 5: Encik S Sophiaan bin Abd Encik Mohd Azril b Mohd Azlan, Encik
Rahman, Puan Noor Ainun Najihah binti Noor Azman bin Azizi
Abdul Mutallib, Encik Shuhaimi bin
Mohamed
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Jawatankuasa Kerja
Kolokium Pendidikan
Negeri Perak 2022
Pengacara Pemilihan Pembentangan
Puan Nurmazura binti Mohd Yunus
Cik Nurizatul Irma binti Mohd
Yazid
Cik Khairun Nisa binti Kamaruddin
Teks Ucapan dan Kata Aluan Perasmi Encik Abd Razak bin Mohd Yusof
Haji Azemi bin Md Zuki
Encik Anas bin Mohammad Suffian
Encik Mohd Norzaini bin Mohd
Zain,
Sijil Penghargaan Persembahan Selingan
Encik Md Faisal bin Md Yusuf Encik Bakri bin Arsad
Encik Yang Shahrin bin Ab Aziz
Encik Ahmad Tarmizi bin Zainal
Pendaftaran Abidin
Puan A’isah Binti Mohamad Encik Abd Razak bin Mohd Yusof
Encik Chandrasegaran a/l
Narasimaloo
Puan Chong Yee Woon
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Kajian Tindakan
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Inovasi PdP (Individu)
FUNDEMIX MODUL
Rozziana binti Mohamad
SK Pos Dipang, Kampar
HEMAT BERWUDUK
Ahmad Rizal Izra bin Zakaria
SK Pendita Za’ba, Tapah
EZI JAWI DEE
Mardiana binti Kamil
SK Jati, Jelapang
“KOTAK BERGETAH (RUBBERBAND BOX)” DALAM AKTIVITI RENJISAN DAN
PERCIKAN
Asihwiniy a/p Francisco
SJKT Mukim Pundut, Lumut
MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS DARAB DAN PENGUASAAN SIFIR
MURID-MURID TAHUN 2 DENGAN MENGGUNAKAN KITS PEMBELAJARAN
“MATHEMATICS COUNTING KITS” @MCK
Rozilah binti Hashim
SK Seri Kelebang, Chamor
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA STRUKTUR AYAT MUDAH DI DALAM
PENULISAN BAHASA INGGERIS MENGGUNAKAN KAEDAH TRI-SENCE
Wan Rohaini binti Wan Abdul Aziz
SK Changkat Tin, Tanjung Tualang
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Inovasi PdP (Individu)
PENGGUNAAN HaTiT DALAM MENYELESAIKAN ASALAH MATEMATIK
YANG MELIBATKAN ZON MASA BAGI MURID TAHUN 6
Kho Ming Hung
SJKC Hwa Lian, Tapah
SMART SPKR SISTEM PENGGERA KESELAMATAN RUMAH
Noraini binti Ibrahim
SMK Dato’ Idris, Pengkalan Baharu
SNOpA WITH EMOJI OPERATIONS: MEMUDAHCARA PEMBELAJARAN
MATEMATIK MENGENAI PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN INTEGER
DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN SATU
Leow Tze Wei
SMK Temenggong, Kati
TEKNIK “MAK DAN ANAK” UNTUK MENCARI ANU
DALAM AYAT MATEMATIK DARAB DAN BAHAGI
Haslinda binti Ismail
SK Silibin, Ipoh
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Inovasi PdP (Berkumpulan)
‘EGGIPHONE’ A TOOL IN TEACHING AND LEARNING OF PHONICS
FOR ENGLISH LANGUAGE
SK Gopeng, Jalan Ilmu
Dewi Hartini binti Mohd Razali
Nur Farhani binti Baharuddin
Nur Izzati binti Ahmad Subri
Khairul helmi bin Naburi
IQROMOJI
SK Sungai Batang, Selekoh
Abdul Fattah bin Yunus
Sularmi binti Amir
Noor Mahirah binti Musa
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Inovasi PdP (Berkumpulan)
JADUAL SelFWhꝊ
SMK Methodist (ACS) Sitiawan
Nur Adila binti Ibrahim
Nur Adibah binti Ismail
Noorul Syafini binti Musa
Noor Zamzarina binti Zabidi
KITAB AJAIB BAHASA ARAB (KAB)
SK Sri Adika Raja, Gerik
Hasnita binti Md Rejab
Noor Aini binti Awang
Suhaida binti Omar
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Inovasi PdP (Berkumpulan)
INOVASI KIT PEMBELAJARAN JHBB: KIT BAHAN BANTU BELAJAR
(BBB) YANG DIGUNAKAN SEBAGAI PENDEDAHAN PEMBELAJARAN
TRILINGUAL KEPADA MURID ORANG ASLI SEMAI TAHUN 1
Muhammad Nur Asnawi bin Romly
SK Pos Musoh LZ, Tapah
Mohd Asmadi bin Zainal Abidin
SK Pos Gedong, Bidor
Nur Syazana binti Mohammad Nazer
SK Satu, Tapah
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Kajian Tindakan
PENGGUNAAN CARTA ‘BELONUT’ BAGI MEMBANTU PENGUASAAN
PELAJAR DALAM TOPIK ALAT DASAR EKONOMI TINGKATAN 5 MURNI
Chelvi a/p Ganesan
SMK Jalan Pasir Putih
KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN DALAM PDP SAINS
TAHUN 5 (KEMANDIRIAN SPESIES HAIWAN) BAGI MURID LEMAH
Hafifah binti Mat Hassan
SK Lubok Kawah
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHITUNG KUANTITI NUTRIEN
DAN KUANTITI BAJA MELALUI KAEDAH 3STEP
Hazaidah binti Abu Hashim
SMK Menglembu
ENHANCING FORM SIX SMK DATO HJ. MOHD TAIB STUDENTS’
SPEAKING SKILL THROUGH THREE-STEP INTERVIEW TECHNIQUE
Yusablina binti Jalaluddin
SMK Dato Hj Mohd Taib Chemor
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK TERRARIUM MEMBANTU
MENINGKATKAN PENGUASAAN DAN PENGLIBATAN MURID TAHUN 5 DALAM
TOPIK SIRATAN MAKANAN
Mohamad Syahmil bin Zakaria
SK Nakhoda Muhammad Taib
JALURMATH MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI DARAB
DALAM KALANGAN ENAM MURID MASALAH PEMBELAJARAN
PPKI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INTAN
Muhammad Anas Murugan bin Abdullah
SK Seri Intan, Teluk Intan
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Kajian Tindakan
PENGINTEGRASIAN PROSES REKABENTUK KEJURUTERAAN
(ENGINEERING DESIGN PROCESS) DENGAN PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK BAGI PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
DALAM PEMBELAJARAN BIOLOGI
Nadira binti Ismail
SMK Toh Muda Abdul Aziz, Sungai Siput
MENINGKATKAN PENGUASAAN MENDARAB PECAHAN DALAM
KALANGAN MURID TAHUN 5 MENGGUNAKAN TEKNIK BOW-TIE
Noor Fariza binti Ahmad Sharif
SK Perempuan Methodist, Ipoh
MAGIC RULER: MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN SATU
DALAM MENAMBAH DAN MENOLAK NOMBOR
DALAM LINGKUNGAN 100
Noorrezan binti Othman
SK Alor Pongsu, Bagan Serai
KEBERKESANAN JADUAL ULANGKAJI KENDIRI YANG SELARAS BAGI
MENINGKATKAN PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN DALAM PEPERIKSAAN
SPM AMBILAN 2021
Noorul Huda binti Mohd Hashim
SMK Taman Tasik, Taiping
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR
MELALUI JADUAL MIPOT SECARA BERKUMPULAN BAGI MATA PELAJARAN
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2A4
Norfatihah binti Idris
SMK Menglembu
PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR G-Ubah
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK UBAHAN TINGKATAN 5 KSSM
Norazhani binti Ibrahim
SMK Methodist (ACS) Parit Buntar
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Kajian Tindakan
MECHANISM OF MUSCLE CONTRACTION ACCORDING TO THE SLIDING
FILAMENT HYPOTHESIS BY PROCESS WRITING IN 6AB2 to 6AB4 OF
SMJK SAM TET
Kong Yee Leng, Mithra Rajandran
SMJK Sam Tet
Kong Yee Leng Mithra Rajandran
SOS KLCC: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGECAMAN CORAK
ALGORITMA SEARCH DAN SORT MURID TINGKATAN 3RK2
Ros Emiliana Kartina binti Mohamed
SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah
‘TEKNIK INGATAN SAYA’ : MEMBANTU MURID MENGINGAT FAKTOR
YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN SUMBER KELUARGA BERKESAN
DALAM TAJUK PENGURUSAN SUMBER KELUARGA DAN TEMPAT
KEDIAMAN TINGKATAN 4
Suripah binti Muhammad
SMK Trolak, Sungkai
PENGGUNAAN e-SEMAK TERHADAP PEMUPUKAN MINAT DAN
PENGLIBATAN MURID DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DI RUMAH (PdPR)
Zuraida binti Abdul Latif
SMK Ahmad Boestamam, Sitiawan
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Kajian Tindakan
FAKTA GANTT: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA
PENGAJIAN PERNIAGAAN SEMESTER 1 TINGKATAN 6BK2
Azrina binti Ariffin
SMK
MELUKIS LUKISAN DIGITAL DENGAN PERISIAN IBISPAINT X
(DI KALANGAN MURID TINGKATAN DUA)
Collin Chong Voon How
SMK Seri Keledang, Ipoh
FOSTERING STUDENTS’ COMPREHENSION STRATEGIES VIA ONLINE
LITERATURE CIRCLES
Ho Lai Ying
SMJK Nan Hwa, Sitiawan
THE INTEGRATION OF WEB 2.0 TOOLS IN THE FORM 4 ENGLISH LANGUAGE
COLLABORATIVE WRITING ACTIVITIES TO IMPROVE WRITING SKILLS
AMONG LOW PROFICIENCY LEARNERS : AN ACTION RESEARCH
Mohana Ram Murugiah
SMK Perempuan Methodist Ipoh
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID DALAM SUBJEK BAHASA INGGERIS
DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN TAHUN 1 MENGGUNAKAN
PENDEKATAN QuDS (QUIZZIZ DENGAN SUARA)
Mohamad Azrul Azuan bin Mohamad Asri
SK Parit
MENINGKATKAN PENGUASAAN AYAT SUSUNAN SONGSANG DENGAN
MENGGUNAKAN “PAISANG” DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5
Muhammad Affan bin Ahamad
SK Sungai Jejawi, Teluk Intan
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Kajian Tindakan
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 6 DLP DALAM BACAAN
MAD 4 DAN 5 HARKAT
Muhammad Affandi bin Md Ujang
SK Gopeng Jalan Ilmu, Gopeng
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS MEMBACA BAHASA
CINA MURID TAHAP RENDAH MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN
TERANJAK (FLIPPED CLASSROOM) DALAM KONTEKS PDPR
Ooi Rou Yin
SJKC Khay Hwa
MENINGKATKAN PENGUASAAN PUISI KLASIK TAMIL, CEYYUL
‘ARANERI CHARAM’ DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 3A5
DENGAN MENGGUNAKAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF WORDWALL
Puspavalli a/p Sathival
SMK Tok Perdana, Sitiawan
MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR 6 ATAS 2 DALAM MEMBEZAKAN
JENIS-JENIS KATA KERJA AKTIF MENGGUNAKAN
FORMULA “ PIRAMID KATA KERJA AKTIF”
Roziyaton Niza binti Abdul Rahman
SMK Kampong Pasir Puteh, Ipoh
THE EFFECTIVENESS OF PICTIONARY GAME IN THE TEACHING OF
CONCRETE NOUNS AMONG YEAR 2 PUPILS
Shalini a/p Poobalan
SK Parit, Parit
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS MENULIS
PERKATAAN BAHASA CINA MURID TAHAP RENDAH
MELALUI KAEDAH RAINBOW STROKE ORDER
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Tan Ke Er
SJKC Padang Grus
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Kajian Tindakan
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Project Based Learning (PBL )
GREEN ARENA COMPOST
Shella Devi a/p Govindarajan
SK Silibin, Ipoh
EATING HABITS AND LIFE STYLE FOR HEALTHY HEART
Noor Hafizah binti Hussain
SMK Raja Chulan, Ipoh
EKSPLORASI BUMI
Norizam binti Abdullah
SMK Pengkalan Hulu
EMPANGAN HIDROELEKTRIK
SMK Batu 4, Gerik
Saifuddin Bin Mohamad Safian
Ahmad Hafidz Bin Shafie
Siti Norwahyuni binti Harun
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Project Based Learning (PBL )
FROM GARDEN TO COSMETIC PRODUCT
Wong Choy Wan
SMK Buntong, Ipoh
KEBERKESANAN KAEDAH MODEL TERHADAP AMALAN, MINAT DAN
PENCAPAIAN MURID DALAM MATA PELAJARAN SAINS
Rajathi a/p Ramayah
Sk Gopeng Jalan Ilmu
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)
‘DETOX BUTTERFLY PEA’ TERHADAP KEMAHIRAN MENULIS
BAHASA MELAYU MURID
Sk Seri Selamat
Chek Mezuin binti Hamid Shuhida binti Kamaruddin
PBL - MY PORTABLE MACHINE
Kok Hui Sun
SJK(C) Chin Hua, Slim River
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) BAGI TAJUK KRIPTOGRAFI
DALAM KESELAMATAN DATA SUBJEK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN
Farrah Wahilda Bt Khirluddin
SMK Gunung Rapat
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Project Based Learning (PBL )
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK– HANDS-ON MINDS ON
LEARNING PLAN ELEVATION
Leow Soo Em
SMK Perempuan Perak, Ipoh
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK:
AHLI SAINS MUDA DAN KOMUNIKATOR SAINS DALAM
MELESTARIKAN SUNGAI
Ong Wei Siang
Kolej Tingkatan Enam Seri Putera, Ipoh
ROBOT PENJAGA AIR TAMAN
Mohd Firdaus bin Mohd Jamil
SK Tanjong Belanja
POSTER AUTOBIOGRAFI
Hanis Norafatin binti Radzuan
SJKC Khiu Min, Padang Rengas
SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOAL (SDG) 2 : SIFAR LAPAR
Mardiyah binti Rahim
SABK Maahad Al-Ummah
PROSES PEMBUATAN SABUN: MENYEMAI LITERASI STEM DAN
PENGETAHUAN SAINTIFIK MURID ORANG ASLI SUKU JAHA
Ahmad Adnan Mohd Shukri
SK Sungai Tiang, Gerik
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Amalan Terbaik PBD
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN MENGGUNAKAN
PENDEKATAN DoKeKuF
Nik Nur Roshilabanu binti Ramli
SMK Batu 4, Gerik
INOVASI E-RPM PBD- MENINGKATKAN KECEKAPAN SISTEM
PENGURUSAN REKOD PERKEMBANGAN MURID
Nurul Wahidayah Binti Ramlee
SMK Bidor
JOM SKOR TP 5 & TP 6 MENGGUNAKAN BIOLaBPRO
Nurashikin binti Muzafar
SMK Convent, Ipoh
MEMANTAPKAN KEMAHIRAN BACAAN HADIS DENGAN MENGGUNAKAN
RUBRIK PENTAKSIRAN YANG TEPAT
Rohana binti Mohd Noordin @ M.Nuruddin
SMK Mudzaffar Shah
MEREKOD PERKEMBANGAN PELAJAR MUDAH DAN TEPAT.
Haslina Binti Ab Salam
SMK Horley Methodist, Teluk Intan
PBD – ONE CLICK
Ummu Khaulah binti Azhari
SK (P) Treacher Methodist, Taiping
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Amalan Terbaik PBD
INOVASI HEAR, ROLL & INTERPRET (HRI)
Syazwani binti Zailani
SMK Sentosa, Kampar
PENGGUNAAN “VIDSHOW LOUD OUT” DALAM MENINGKATKAN TP
MURID DARIPADA TIGA KEPADA LIMA ATAU ENAM DALAM PDP SAINS
TINGKATAN SATU
Ahmad Hafiz bin Ahmad Jamiaauddin
SMK Simpang Pulai, Kg. Kepayang
PENGGUNAAN ASKit DALAM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD ) :
ASKit 2021
Siti Marsyitah binti Zakaria
SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub , Bota
PENGGUNAAN FAIL OSC4P SEBAGAI ALAT KAWALAN PELAKSANAAN
PENJAMINAN KUALITI (4P) PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DI KALANGAN
GURU OLEH PENGURUSAN PBD SEKOLAH KEBANGSAAN TITI GANTONG,
PERAK
Manoranisa binti Shuhaimi
SK Titi Gantong, Bota
PERKONGSIAN AMALAN PENGURUSAN PELAPORAN & PENJAMINAN KUALITI
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD ) SMK RLKT LASAH
Asmaliani binti Zakaria
SMK RLKT Lasah, Sungai Siput
TEKNIK ‘BURRAQ’ : SATU KAEDAH UNTUK MENGUASAI AYAT HAFAZAN
DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Asiah binti Mohamad Noor
SMK Pangkalan TLDM, Lumut
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Amalan Terbaik PBD
TEKNIK ULAT BULU : DIDIK HIBUR UNTUK MENINGKATKAN
KEMAHIRAN KUASAI SIFIR DAN OPERASI BAHAGI SATU NOMBOR
DENGAN SATU DIGIT DI KALANGAN MURID TAHUN 3
Rohana binti Samad
SK Wira Jaya, Ipoh
MEMPERTINGKAT PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PENJAMINAN
KUALITI PBD DALAM KALANGAN GURU-GURU SJKC SUNGAI BULOH
MELALUI 4 STEPS EMPOWERMENT
SJKC Sungai Buloh, Sungai Siput
Lok Chui Sun
Wong Ying Fun
Choo Ming Fei
Suhairi bin Shafie
PENGGUNAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK SECARA
KEFAHAMAN MELALUI REKABENTUK DALAM PENTAKSIRAN BILIK
DARJAH
SJKC Choong Hua 2, Bidor
Lo Chai Hoon
Liew Siaw Li
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Amalan Terbaik Prasekolah
JALINAN DAN JARINGAN EFEKTIF
Puteh binti Meh
SK Selama, Selama
JOK WEK SEKOLAH: LONJAKKAN PENINGKATAN KEHADIRAN MURID
ORANG ASLI DI KELAS PRASEKOLAH SK RPS KEMAR
Sazana binti Aman PPT
SK RPS Kemar, Gerik
KAJIAN TINDAKAN PENINGKATAN ENROLMEN PRASEKOLAH
Hasbullah Bin Busu
Sk Serikaya, Bota
KBAT JUNIOR
( KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI JUNIOR)
Normah binti Asran
SK Perwira,Teluk Intan
KELESTARIAN STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)
MELALUI KUALITI KURIKULUM
Sabariah binti Taib
SK Sungai Lampam, Chikus
MY PRE SCHOOL SCHOOL BUDDY SUPPORT SYSTEM
Azizah binti Jaafar
SK Klian Pauh, Taiping
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Amalan Terbaik Prasekolah
N2T
Faridatulhanim binti Hamzah
SK Tasik Damai, Ipoh
ONE TOUCH
Rozita binti Ibrahim
SK Batu Melintang, Tapah
PEDAGOGI BESTARI PEMBELAJARAN BERASASKAN KAJIAN DAN
PENYELIDIKAN (RBL) DENGAN PELAKSANAAN PROJEK SD
PENYELIDIK CILIK MENINGKATKAN KUALITI GURU DAN
KEMENJADIAN MURID
Norazani binti Mahamad
Sk Matang Gerdu, Bagan Serai
PENILAIAN KUALITI PROGRAM PENGURUSAN KECERIAAN KELAS
PRASEKOLAH
Salleh bin Mohd Nor
SK Sultan Abdul Aziz, Ketior, Kuala Kangsar
SEMBANG SANTAI - KOPI O SUSU TEPUNG
Mohd Erilzuddin Affendi bin Mohd Amir
SK Sahom, Kampar
TINGKAH LAKU PROFESSIONAL GURU BESAR DALAM MENANGANI ISU GURU
DAN PPM SEKOLAH KE ARAH PRA SEKOLAH CEMERLANG
Norizan binti Ahmad
SK Sungai Buloh, Hutan Melintang
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Amalan Terbaik Prasekolah
AKADEMI TUNAS STEM’e
PBL SISTEM SOLAR AKUAPONIK PRASEKOLAH SK SERI SELAMAT
SK Seri Selamat, Sitiawan
Che Azhar bin Ahmad
Juriatul Aini binti Johari
Noorul Amilin binti Omar
PROMOSI PRASEKOLAH BERKUALITI UNTUK MENINGKATKAN
ENROLMEN PRASEKOLAH DI KAWASAN LUAR BANDAR
SJKC Yeong Seng, Hutan Melintang
Teh Mee Lee
Moy Kar Mun
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Amalan Terbaik Pengurusan Sekolah Menengah & Sekolah
Rendah
KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL MEMACU KEJAYAAN SEKOLAH
Tuan Haji Mohamad Ridzuan bin Hasnan, PPT
SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar
KPOP@SKSuBa
Romiezaily bin Mohd Ali
SK Sungai Batang, Selekoh
PENGURUSAN STRATEGIK SECARA HYBRID BERFUNGSI
SERAMPANG BANYAK MATA DALAM MEREALISASIKAN
SEKOLAH LESTARI
Hajah Endok Salwa binti Abdul Wahab
SMK Tengku Menteri, Changkat Jering
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH, KREATIF GURU ALAF KE-21
Raja Hasan bin Raja Abdullah
SK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah
SISTEM PEMANTAUAN HEADCOUNT KOKURIKULUM MURID
DI SMK TROLAK
Nor Hashimah binti Abdul Samat
SMK Trolak, Sungkai
SMART PARTNERSHIP PEMANGKIN KEMENJADIAN MURID
DAN KECEMERLANGAN SEKOLAH
Zalina binti Ahmad
SMK Proton City, Tanjung Malim
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Pembentang Kolokium
Amalan Terbaik Pengurusan Sekolah Menengah & Sekolah
Rendah
SOPAN, SANTUN, SUSILA #3S
Josnida binti Mustafa
SK Jelutong Changkat jering
SYNERGY GREEN PEMANGKIN KEBOLEHPASARAAN PEKERJAAN
MURID PPKI SMK KG. DATO’ SERI KAMARUDDIN
Roslina binti Ishak
SMK Kampung Dato’ Seri Kamaruddin, Seri Manjung
MAKLUMAT DI HUJUNG JARI
Sekolah Menengah Agama Al-Hidayah, Kuala Kurau
Mohd Azahar bin Abu Bakar
Mohamed Shahril bin Ibrahim
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Sekalung Budi
Jawatankuasa Pelaksana Kolokium Pendidikan Negeri
Perak 2022 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada :
Pengerusi Jawatankuasa
Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak
YB Encik Khairul Shahril Bin Mohamed, PMP., AMP.
Pengarah Pendidikan Negeri Perak
Encik Aznan Bin Haji Alias, AMP
Sektor Pengurusan Sekolah
Sektor Sumber Teknologi Pendidikan
Sektor Pengurusan Maklumat
Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM)
Majlis Guru Besar (MGB)
Majlis Guru Cemerlang (MGC)
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
Sekalung Budi
Juri – USM, UPSI, ADTEC, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Jemaah Nazir, IPG Kampus Ipoh, Pulau
Pinang dan IAB Genting, PPD Kinta Utara, Kerian,
Bagan Datuk, Kinta Selatan dan Kuala Kangsar
Warga kerja dan urus setia
Sektor Pembelajaran,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
PKG Tasek
Warga SK Tasek
Juruteknik Komputer PPD Kinta Utara
Murid Asli SK Pos Poi
En Firdaus SMK St Micheal, Ipoh, Perak