The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dhiadameea, 2022-06-11 09:16:46

KAJIAN 8 BUAH NOVEL BAHASA MELAYU

KAJIAN 8 NOVEL BAHASA MELAYU

Bab 24
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa
kubah di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili
mendapat berita dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat.
Kini isu kubah surau telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan pendudukpenduduk
kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung
tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak
kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama
ditegakkan.
Bab 25
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat
kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan
sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada
hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari
pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas
ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan diesel telah
menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk akan
membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu
juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli
Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah
menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan
dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran
buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah,
bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.
Bab 26
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina
sebuah masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh
Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan halhal
yang berat dan lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan.
Danel pula telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke
pekan dan dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan

bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggungjawab Danel
sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.
Bab 27
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid.
Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke
rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan
nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi
masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan
seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam
rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah,
iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam
keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya
berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya
berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai
kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.
Bab 28
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman
masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering
memukul anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan
datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk
pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut.
Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa
dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana untuk
habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong
pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga.
Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan
pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk
membuat aduan terus kepada Kak Mimah dan memanjangkan kes keluarga Che Jah
kepada pihak berkuasa.
Bab 29

Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga
yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah
Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan
berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah
ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin
sambil membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk mengadakan
pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.
Bab 30
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan
pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak Pak
Busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk
memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin
bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat
kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.
Bab 31
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan
masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang
bioteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi
pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain
membincangkan berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah
tangga Che Jah. Lili tercengang dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan
terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk
menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.
Bab 32
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang
wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang
telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta
agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret
Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka
dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq

dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk
mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak
bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai
rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid
dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
Bab 33
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan
pertemuan di balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan
untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah
surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa
mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah.
Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh
diambil dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai
kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai
penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bab 34
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju
perumahan yang datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah
mereka.Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya
anakanaknya dari kes culik cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk
perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk
66
tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia
bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah,
tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan,
penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq
semakin pulih dari keletihan dan mampu tersenyum, manakala Rafiq disahkan
mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga sistem tubuh badannya banyak
yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.

Bab 35
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili
balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah
masjid diterima oleh semua penduduk dan ketua kampung.
Bab 36
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke
kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri
majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud
yang tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah
silam, sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman komunis.. Neneknya pula, Hajah
Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China
sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu. Lili kerap berjumpa dengan
Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan
menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel
berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa. Danel juga berharap Lili telah
mengetahui tentang jendela menghadap jalan. Danel juga telah banyak menulis artikel
tentang pisang.

5 kekuatan novel

Novel ini mengandungi peristiwa yang boleh diteladani seperti watak utama yang merupakan
seorang anak yang patuh akan ibunya. Selain itu, peristiwa di dalam novel ini mengajar
pembaca untuk lebih bersabar ketika menghadapi cabaran dalam hidup. Seterusnya, bahasa
yang digunakan sangat jelas dan telus bagi menggambarkan sesuatu situasi. Di samping itu,
jalinan plot yang terdapat dalam novel ini juga memperagakan jalan cerita yang baik.
Misalnya, plot peleraian di mana Che Jah berjaya untuk membuat laporan polis berhubung
kes keganasan rumah tangga. Akhir sekali, mesej yang disampaikan kepada pembaca sangat
jelas. Lili merupakan watak utama yang prihatin. Hal ini demikian, Lili prihatin dengan nasib
yang menimpa Che Jah apabila anak-anaknya terlibat dengan masalah sosial dan suaminya
yang bermasalah.

5 kelemahan novel

Novel ini mendapat kurang tarikan dari saya kerana penceritaannya kurang menaikkan emosi
diri semasa membaca. Selain itu, penceritaan novel ini adalah ringkas sekolah-olah ia adalah
perkara yang sering berlaku di dalam kehidupan seseorang. Seterusnya, penulis membuat
penggambaran objek yang tidak realistik. Di dalam novel, terdapat konflik bahawa suspek
yang disyaki merupakan dua orang kanak-kanak bawah umur telah mencuri kubah surau.
Pada pendapat saya, ia amatlah tidak realistik untuk seseorang mencuri kubah surau tanpa
dilihat orang kampung. Di samping itu, plot utama yang mengisahkan tentang misteri sejarah
jendela menghadap jalan yang berada di rumah datuk ditukarkan kepada plot yang lain yang
mengisahkan tentang isu kecurian kubah surau. Hal ini membuatkan para pembaca tidak
berpuas hati dan berasa penuh kekecewaan. Akhir sekali, penulis tidak menceritakan rahsia
yang dinantikan para pembaca iaitu tentang sejarah jendela menghadap jalan yang berada di
rumah datuk. Oleh itu, novel ini kurang memuaskan hati para pembaca.

5 cadangan penambahbaikan

Pada pendapat saya, penulis perlulah memperbaiki dan menambahbaik plot peleraian dan
penerangan yang lebih jelas supaya pembaca faham dengan jelas dengan apa yang terjadi
pada pengakhiran cerita. Selain itu, penulis boleh meringkaskan ayat supaya tidak terlalu
panjang dan tetap membawa maksud yang sama. Seterusnya, novel ini perlulah diceritakan
secara ringkas tetapi sangat terperinci supaya jalan cerita yang dimulakan dan diakhirkan
tidak tergantung. Di samping itu, penulis perlulah menyelesaikan plot dan konflik pada
permulaan supaya jalan cerita tidak bercampur dengan konflik dan masalah semasa yang
terlalu banyak. Akhir sekali, penulis perlulah membuat objek dan aksi di dalm novel ini lebih
realistik supaya pembaca lebih mudah memahami dan menghayati novel tersebut.

Pengenalan

Pantai Kasih karya Azmah Nordin

Anak perempuan tunggal Raiha itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu
‘down sinDoktorom’. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya
meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut
walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar
ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas
untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor
Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha
menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha
untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak
semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian
anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah
dengan sengaja membakar anaknya itu..

Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 10 Januari
1958 di Kulim, Kedah. Azmah Nordin kemudiannya mendapat pendidikan rendah dan menengah
dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada 1973 beliau berpindak ke Sabah dan menetap di sana. Beliau
mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana.
Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986. Beliau meminati
penulisan sajak, cerpen dan novel.

Kulit hadapan dan belakang novel Pantai Kasih

Sinopsis keseluruhan

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata
kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu
yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-
lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri
ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi
ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia
memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu
Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-
ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu,
biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika
itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu. Biar apa pun perasaannya,
sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan operasi ke atas Doktor
Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan
yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.

Sinopsis setiap bab

Bab 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai
Kasih (PRPK) menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam
yang mengiringi perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang
diberikan oleh Doktor Uwang untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit
yang bernama Unong Siron. Raiha berasa curiga tentang pembedahan yang sama
dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan yang sama.
Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha berpendapat
bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama kepada pesakit
daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu
memuaskan semua pihak. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa
pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih
Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu
dia memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha
juga teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk
berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang berjaya membesarkan dua orang adik
lelaki tirinya menjadi golongan professional berpendapat bahawa pemilihan Doktor
Sadiz sebagai suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebabkan kesengsaraan
pada masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar
pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai
dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang.
Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak
menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang
menyenangkan di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya
bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia
berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap dirinya tidak adil. Dia
berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang menggemparkan itu.
Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak.
Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di

hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga
sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang
farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia
dibayangi dengan prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di
gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon
sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya
pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya memberi
peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan Rahia.
Bab 2
Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju
sekiranya ada orang gaji di rumahnya. Malahan, anak tunggal hasil keterlanjurannya
dahulupun dihantar belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi
sehingga anaknya itu kekok untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang
bercuti semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus pulang
langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap
perniagaan kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang
banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan
PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan
asalkan berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang,
namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.
Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang
adakalanya seperti memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat
bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat
perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh kesakitan pada pergelangan
tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis tepat
terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab, dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan
terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha.
Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada Unong Siron.
Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat
berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan

menganggap Raiha sudah angkuh dan beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan
tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap
kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang
hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut dibayangi oleh peristiwa
pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.
Bab 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat
mamai ketika itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel
bertaraf lima bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar
Datin itu dengan berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas
menengah atas ini perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan
akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia
mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim
kemarau panjang ini menyebabkan keadaannya begitu. Dia terbayang kembali
peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran
kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak
membakar kereta mewah doktor itu.
Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke
dapur dan menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi
pelajar bidang kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan
tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil
ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan
ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama
ada Berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan
semua wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.
Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa
benaknya tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha
vs Sadiz yang akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan
Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha
pula memberitahu bahawa semuanya berpunca daripada Doktor Sadiz menyebabkan

sanak saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha
juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron,
masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan
Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya
tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan
tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia.
Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian
ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada
ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.
Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz
menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan kereta mewahnya. Bukan itu sahaja
Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut
dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa
barang kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri.
Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan
Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai balasan
tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.
Bab 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang
terletak tidak jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat
akan peristiwa hitam misteri kematian anaknya dan kekalahan kes tersebut di tangan
bekas suaminya. Setibanya dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan
teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang
berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk
Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu kawasan di hulu lubuk dalam daerah
Ranau.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum
peristiwa hitam muncul. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya
menggugurkan bayi yang sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut
tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom

akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya
tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah
lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut
lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.
Kegelisahan Datu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat
Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang
amat jelas. Dia berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak
berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan
oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang
berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus
ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka
tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.
Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong
Siron yang mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian
tulang pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya
bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak
kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya sudah
memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar
kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money
Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan
disaksikan di hadapan matanya sendiri.
Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag
pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya
pesakit itu membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas
ingin memanggil Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia
mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut
sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada
dan tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan
sengapa mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa
memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit.

Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu
digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia
terjelopok, namun itu, merupakan hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia
mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
Bab 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak
ciknya yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif.
Walaupun dia mencari ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu,
kerana asyik diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah
Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang
baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia
tidak mahu bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut keuntungan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.
Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam
sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak
rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu.
Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanitawanita
yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong
Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran
mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua
pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.
Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya
selama ini. Hal ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk
mencari kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan
bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor
Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor
Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih
sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan beberapa
peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik air oleh
Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.

Bab 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar.
Kisahnya bermula apabila ayah, Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor
Uwang menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan
tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan
Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka
dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang
diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari
kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya. Tidak sampai lima minit kemudian,
Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut.
Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak
menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis diisi. Doktor Uwang
menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang
menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam
kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor
Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz.
Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana
didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat
Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang
tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya
menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Unong Siro dan
panggilan tersebut amat penting.
Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan
tidak tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor
Uwang sehingga terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang
sama di tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha
juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam
yang sering datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister
Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong
sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku antaranya dengan

emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya
tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia
tidak sepatutnya melayan emak Unong Siron dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang
penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam
perawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan
mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.
Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya
datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana
sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang
tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya
seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh
Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan
tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai
Kasih.
Bab 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan
Pantai Kasih begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman
sudah mulai mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah
melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang
pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan
dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknya berpunca
daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf
dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja
menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak
dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.
Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan
rakan karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga
begitu tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia
sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan

golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang
tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana
ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan
sekolah.
Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat
batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian
seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat
dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan
kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.
Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat
panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan
kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor
Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh
Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia
kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan
bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng
menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha
teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut
Doktor Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan
palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan
palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin
menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak
fikirannya, Raiha berharap Unong akan berjaya pada kali ini.
Bab 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor
Sadiz dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa
henti. Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan
kepastian keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas
tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan
ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis.

Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan
masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan
normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya
teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatah lagi ingatan terhadap
sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.
Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister
Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik
bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan
diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal
bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang
menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati
penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan
meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan
bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan
rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut. Peristiwa itu pun berakhir.
Ibu Unong Siron menceritakan sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut
bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir
semester.
Bab 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai
Kasih, dia ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia
akibat rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor
Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin
berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan
dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas kembali tentang infeksi yang berulang
kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan
menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang
semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi
dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang
seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya

belakangan ini.
Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi
pulang selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor
Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche
bersama-sama anak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz
untuk membeli minyak petrol dan berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah
malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga
menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.
Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati
sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain.
Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku
walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih
mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu
menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor
Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan
menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai
menangani kes anak peremuan tua itu.
Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun
sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantunggantung.
Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah
keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka
kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang mengekori lori minyak petrol
merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.
Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat
seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas
dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan
bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih
menyelamatkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan
teruk di bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan
penggantian sendi pada anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan

dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya
berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram
dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak
Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa
sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya
tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

5 kekuatan novel

Novel ini memberi pengajaran kepada pembaca untuk mempunyai matlamat hidup kerana
watak utama novel ini berjaya menjadi seorang pakar bedah disebabkan oleh matlamat
hidupnya yang jelas. Terdapat juga beberapa peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada
pembaca. Selain itu, banyak peribahasa dan perumpamaan yang boleh dipelajari oleh
pembaca. Seterusnya, penulis banyak menggunakan istilah daerah dan tempatnya yang
tinggal di Sabah seperti menggelepar, merambah dan membongkol. Oleh itu, para pembaca
dapat menambah ilmu pengetahuan tentang istilah daerah orang lain. Novel ini sangat
membantu saya membuat sedikit gambaran tentang kehidupan seorang doktor supaya saya
menjadi lebih bersedia pada masa hadapan. Akhir sekali, latar masyarakat di dalam novel ini
sangat memberikan teladan yang baik seperti masyarakat yang bertanggungjawab terhadap
keluarganya dan masyarakat yang berdedikasi dalam menjalankan tugas.

5 kelemahan novel

Saya berpendapat bahawa banyak nilai negatif terkandung dalam novel ini yang tidak
menepati matlamat subjek komsas di sekolah, iaitu membentuk pembangunan diri dan
memupuk nilai murni di kalangan pelajar. Selain itu, babak lucah di dalam novel ini akan
memberikan impak negatif kepada para pembaca terutamanya remaja di sekolah dan tidak
sepatutnya terkandung di dalam novel komsas. Seterusnya, novel ini terlalu padat tentang
konflik dan masalah semasa. Di samping itu, novel ini seperti tidak memberi sebarang
teladan yang baik kepada pelajar, ia juga dianggap satu bahan bacaan yang membosankan.
Akhir sekali, penulis menyediakan watak antagonis yang tidak mempunyai motif untuk
menjadi watak yang jahat. Doktor Sadiz di dalam novel ini berperanan sebagai watak jahat
tanpa motif dan tidak diceritakan latar belakang yang menunjukkan dia seorang yang jahat.

5 cadangan penambahbaikan

Pada pendapat saya, penulis perlu mengurangkan babak lucah dan babak yang berkaitan cinta
antara dua jantina kerana remaja mudah terpengaruh. Selain itu, konflik dan masalah semasa
di dalam novel ini perlu dikurangkan supaya pembara tidak mudah bosan. Seterusnya, novel
ini perlu dilebihkan dengan nilai yang mendorongkan kepentingan masyarakat bagi
membantu pelajar-pelajar membuat kajian tentang novel ini. Di samping itu, penulis perlulah
menambah unsur nilai dan moral yang positif supaya lebih sesuai untuk dijadikan bahan
pembelajaran dalam sesi persekolahan. Akhir sekali, novel ini perlulah dikurangkan
persoalan di dalam novel ini kerana ia membuatkan novel ini terlalu padat dengan persoalan
dan konflik.

Pengenalan

Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun tabah menghadapi dugaan hidupnya apabila
menghadapi masalah kesihatan ibu. Emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan
dimasukkan ke hospital untuk rawatan pemulihan. Masalah kesihatan ibunya ini
menyebabkan Dahlia terpaksa mengambil alih semua tugas menguruskan adik-adik dan
keperluan rumah.

Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Kampung Jelutong, Parit Raja, Batu
Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya
pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat
pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di
SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984
beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan
Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun
1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh
tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia
Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20,
Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang
Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik,
Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist
Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

Kulit hadapan dan belakang novel Songket Berbenang Emas

Sinopsis keseluruhan

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-
temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga
hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya.
Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan
hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat
kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata /
bersikap degil setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan
ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam
SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda keluarganya
walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan
bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh
mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang
lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan
untuk menjual tanahnya yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu,
Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.

Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.
Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang
(pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih
belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih
untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin
meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-
adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh
cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir
besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat
pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik.
Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian
daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).

Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong
oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan
masalah keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya
semula. Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29
November), Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di
asrama. Majlis pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah
tamat peperiksaan STPM.

Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah
pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti
Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM
dan peperiksaan semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31

Disember, dan pada hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu,
Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.

Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat
sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis
pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke
stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan
sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah
tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun Azhari
sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua
tersebut, beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi
mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur
walau di mana-mana dia berada.

Sinopsis setiap bab

Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti

Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh
oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih
tidak lengkap.

Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu
bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu
memberitahu Dahlia ,dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan
Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk
tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin
membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.

Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh

Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke
jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta
Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak
suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang
tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak
betul”.

Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan.
Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus
mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair.
Sebenarnya, susu telah habis.. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati
disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.

Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya
bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh
apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia
menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana
sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk
Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia
tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan abahnya supaya mendapatkan bantuan orang
kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.

Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami

Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya
sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad
dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang
berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi
ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar

emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah, ibu
kepada emaknya.

Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia memberitahu, beliau
terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan
keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga
Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman
selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat.
Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun
anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba
salah menghadapi situasi itu.

Bab 4: Dibuai Kenangan Indah

Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali
pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis
yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari
mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk
membaiki diri sendiri dan keluarganya.

Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta
Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang
kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh abahnya yang menyuruhnya pergi
ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan
adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga.
Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital.
Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada
Tuhan.

Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek
Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka
disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan
Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula
peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini beliau terasa ada
bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik.
Badannya juga terasa lemah.

Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu
Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya rungsing, Embong tidak menceritakan perkara
sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia
tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu
bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka
dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela
menjadi gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.

Bab 5: Kata Setajam Pedang

Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis.
Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada
hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan
Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia
ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya
oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada
petang itu.

Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak,
Anggerik dan abahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul
2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis.
Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di
hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan
ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus
pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika
di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor
Bahru.

Bab 6: Ditelan Arus Deras

Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah
menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya
bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat
terpukul dengan perkataan “orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang
melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap
mengenai emak Dahlia di balai raya. Beliau memberitahu punca emak Dahlia gila kerana
rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain
pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu
tengah dengan tanda campur supaya hantu tidak masuk ke rumah. Dahlia mengucap dua
kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala
yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.

Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah
hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said.
Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan
daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah
telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan
nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.

Bab 7: Berbudi Berbalas Nista

Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas
itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal
Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar
kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di
halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang
dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-
suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin
menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim
memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia
menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi,
Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas
kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam
keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya
masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur.
Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun
kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha
melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah
hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan
Embong panik.

Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan

Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar
apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk
membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok
ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat
menyelamatkan Said.

Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-
kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati
bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila.
Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak
akan menyenangkan kehidupan mereka.

Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan
apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong
membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk
menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia
ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi
memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan
kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup

mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang
pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.

Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa

Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya
ke klinik.

Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah
dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga
Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya. Seman
mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan
emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila
mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000.

Bab 10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri !

Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat
bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.

Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya
ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah
Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan
bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.

Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak

Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba
Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang
bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu
bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi
Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi
emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak
sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka
berdua sangat baik dan suka membantunya.

Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai

Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.

Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16.
Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja
sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ.
Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan
dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.

Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan

Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang
kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.

Bab 14: Hilang dari Kandang

Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing
itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong
meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing
kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik
orang lain.

Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui
keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana
ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan
kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang
ingin merisiknya.

Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman

Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong
sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga.
Walau bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala
Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari
dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya,
Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja.
Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong
telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.

Bab 16: Bisa Ular Tedung

Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan
abahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar
menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia
melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.

Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu
Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani
latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu
Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke
sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Pada petang itu, Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu
Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang
keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan
menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju
dengan cadangan neneknya.

Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera

Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya
yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih
dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya,
Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin
melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa
dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut
sedangkan adiknya tidak bekerja.

Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut
apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana
dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya
untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal

di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat
sebarang keputusan.

Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit

Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu
bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut
Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya.
Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah
tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu
dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan
peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran
Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik
Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.

Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu

Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya
yang memerlukan penjagaannya.

Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di
kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar
harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke
rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan
Dahlia.

Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang
serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada
pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.

Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit

Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual.
Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada
Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan
kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang
dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas
itu,Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi
membantu meringankan beban abahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau
mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.

Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar
harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus
tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.

Bab 21: Hijrah Remaja Harapan

Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai
raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan
malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut
menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut.Haji Sulaiman selaku ketua
kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada
di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka
adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.

Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji
Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah
menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah
hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.

Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk
abahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

Bab 22: Kain Merah yang Reput

Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang
datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja
rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.

Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah
yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik,
butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang
yang berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-
barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar
membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.

Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-
mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah
dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.

Bab 23: Sinar Kebahagiaan

Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja,
tidak lebih daripada itu.

Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari
hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya.Azhari juga ada bersama-sama ketika itu.
Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata
yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan

Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-
anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau
sakit.

Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-
barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dan ahli keluarganya turut berkemas untuk
berpindah ke balai raya.

Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan
penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada
hikmah yang tersendiri.

Bab 25: Inilah Kampungku !

Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga
tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.

Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar
penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran
tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama
menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.

Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka
telah bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti.
Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan
Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik
Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.

Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan

Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya
Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.

Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-
kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia
juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.

Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman

Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun.
Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.

Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka.Dia
mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di
Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.

Bab 28 : Koi-bito

Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.
Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.

Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan-
kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala
Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga
sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala
Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak
RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.

Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer
dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca
kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum
menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah
kepada Dahlia. Azhari juga menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari
meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana
pun.

5 kekuatan novel

Terdapat pelbagai konflik di dalam novel ini yang memberikan diri saya kejutan dan
kesedaran supaya mengambil lebih banyak iktibar dan pengajaran. Selain itu, jalinan plot
yang terdapat dalam novel ini juga memeperagakan jalan cerita yang baik. Sebagai contoh,
plot peleraian di mana Azhari telah menghadiahkan songket berbenang emas berwarna merah
kepada Dahlia semasa majlis pertunangannya. Bahasa yang digunakan sangat jelas dan telus
bagi menggambarkan sesuatu situasi. Di samping itu, Teknik plot yang didapati juga sangat
realistik dan tidak menimbulkan keganjilan. Tamsilnya, teknik pemerian iaitu pengarang
memerihalkan keadaan di rumah Aton ketika Embong datang untuk melawat jenazah anak
Aton. Akhir sekali, mesej yang disampaikan kepada pembaca sangat jelas. Dahlia merupakan
watak utama yang rajin dan gigigh. Hal ini demikian, dia rajin dan gigih belajar untuk
mencapai kejayaan dalam hidupnya.

5 kelemahan novel

Kekurangan novel ini ialah cara penulis membina plot dia dalam novel ini kerana binaan plot
cerita yang terlalu panjang. Hal ini membuat para pembaca mudah bosan dengan cerita yang
terlalu panjang. Selain itu, penceritaan novel ini terlalu perlahan dan akan membuat para
pembaca tidak memberikan perhatian sepenuhnya untuk membaca dan membuat keputusan
untuk berhenti membaca sebelum habisnya novel tersebut. Di samping itu, sikap penduduk
yang sombong tidak patutlah dicontohi oleh para pembaca. Dengan harapan sikap ini tidak
dinormalisasikan oleh kalangan masyarakat di serata tempat. Akhir sekali, dialog di dalam
novel ini terlalu membosankan dan tidak akan menarik ramai pembaca dan maklum balas
yang baik dari pembaca.

5 cadangan penambahbaikan

Pada pendapat saya, penulis perlulah memantapkankan lagi penulisan dialog supaya jalan
cerita menjadi lebih menarik. Selain itu, teknik imbas kembali perlu dikurangkan dalam novel
ini supaya dapat mengurangkan kebosanan jalan cerita. Seterusnya, penulis perlu memikirkan
ayat yang menarik dan kreatif bagi konflik agar pembaca dapat merasai akan jalan cerita yang
ingin disampaikan. Disamping itu, perkembangan cerita dalam novel ini perlulah diolah
supaya jalan cerita menjadi lebih mantap dan lebih tersusun. Akhir sekali, penulis novel
perlulah menambahkan teknik plot dalam novel in supaya setiap pembaca dapat
memantapkan pemikiran mereka untuk menganalisis novel.

Pengenalan

Tirani karya Beb Sabariah

Waheeda obses terhadap kecantikan dan berjaya melakukan pembedahan plastik tetapi
akhirnya kerana beliau cantik, Zahid cemburu buta terhadap Waheeda sehingga menceraikan
Waheeda. Namun waheda tabah membesarkan anaknya dan perniagaannya sehingga menjadi
ahli perniagaan yang berjaya.

Penulis Novel Tirani iaitu Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet,
lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari
SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari
Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim,
Johor Baharu. Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre
cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb
Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan
Karyawan Sastera Sarawak). Berikut adalah Sinopsis dan Ulasan Novel Tirani yang ditulis
oleh Rosani Hiplee yang boleh dijadikan rujukan untuk mengupas keseluruhan intipati novel
Tirani

Kulit hadapan dan belakang novel Tirani

Sinopsis keseluruhan

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi
cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin
mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya,
Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan
sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet
melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan
memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan
kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang
pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid,
anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam
kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.
Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang
merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat
dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat
memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam
sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca
daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah
dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan
berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron
Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah
menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di
chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup
bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

sinopsis setiap bab

Bab 1 :
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang
kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu
obses dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang
menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya
sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya
Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawankawannya dapat
diredakan.
Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan
Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang sedang
dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk
menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini
adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam
dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli
Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay
Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga
pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan
tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu.
Bab 2 :
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan
institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais
seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang
penting untuk dipamerkan bagi menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak
kepada rombongan yang hadir.
Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di
sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya
yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik.
Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak
menggalakkan kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus

memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya.
Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut.
Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah
menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah
dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria.
Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju
untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
Bab 3 :
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado).
Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah
pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada
awalnya, perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun
Abdul Rahman Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana
dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak
banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda
banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah
jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya
mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum
tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar
Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.
Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah
melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda
mempunyai perasaan katarsis.
Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke
rumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama
Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang
dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
Bab 4 :
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan

bandar raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi
niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok
semarak api yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan
Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah.
Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di
rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik Bazilah.
Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka
sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya,
Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya
Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah Aminah,
Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang
pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda
juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak
matanya.
Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini, Waheeda
berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari
hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan
untuk proses pembedahan tersebut.
Bab 5 :
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan
dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira
10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan
sejenis makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan
dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh
Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas
itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak bala.
Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah
sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya
menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya. Ibunya
membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi

menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira
dengan kehadiran ibunya.
Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas
berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus
ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan
keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan
masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.
Bab 6 :
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi
ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela
menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut
mengambil masa selama 12 jam.
Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang
menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersamasama
ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit.
Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang
diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca
satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke
Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada
pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
Bab 7 :
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda
bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa
dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga
menghargai anugerah alam di situ. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti
pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampung
halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk
memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.
Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes.
Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan

kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan
pandangan.
Bab 8 :
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan
ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal
dari Greek. Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua.
Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang
disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita
Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung
halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran
Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka.
Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama
rombongan tersebut.
Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh
syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan chalet
ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser.
Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas.
Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu
temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah
membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan
diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan
berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah
selatan Singapura.
Bab 9 :
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort
telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda
amat menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan
Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih
teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa.
Selepas Kong meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki

yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.
Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar
sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang
mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang
selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan
yang mungkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda
menganggap tirani itu memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil
keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.
Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat
yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat
Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance
atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan
Penan.
Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan
mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan
Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang
akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran
tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.
Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan
tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.
Bab 10 :
Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan
untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam,
rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid
tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa
dia tidak suka tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam.
Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak
beranak itu berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan
mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis

Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid.
Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh
Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser.
Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal
dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading.
Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada
malam itu.
Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya
dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi
idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik
Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu
memakai fesyen yang berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan
pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.
Bab 11 :
Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah
menceritakan bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk
Yasser, tuan punya Sri Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita
tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism
International disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh
Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari.
Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga
menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan
berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.
Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk
Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di
Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau
bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan
itu nanti.

Bab 12 :
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah
digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa
tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap
menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada
keluarganya yang sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.
Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa
bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid
terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam
perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun
Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.
Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi
perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan
kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema.
Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel
Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan.
Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu
menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.
Bab 13 :
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan
yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia
gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat
Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya
datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau
Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya
menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah,
berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga
bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja
lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh
kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali

cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.
Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis
kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh
Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan
ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk
menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk
pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada
isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak
mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang
mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana
proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu
komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada
di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa
meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi.
Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan
bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan
menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid
kembali tenang.
Bab 14 :
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas
sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi
tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya
pelancong dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak
dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan
pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak
dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana
Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya.


Click to View FlipBook Version