The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dhiadameea, 2022-06-11 09:16:46

KAJIAN 8 BUAH NOVEL BAHASA MELAYU

KAJIAN 8 NOVEL BAHASA MELAYU

Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara akad nikah
dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada
saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama
dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan
mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan.
Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira
Bab 15 :
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang
yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan
mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran
bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di
kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan
tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang
menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi
Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga
terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara bersama beberapa wanita.
Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita.
Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan
kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak
sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.
Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara
Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta
keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.
Bab 16 :
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara
tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat
Negara ini pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan
pelancong-pelancong tersebut yang datang ke Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke

nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan.
Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh
NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah
terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan
karibnya itu semasa di sekolah dahulu.
Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid
menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersamasama.
Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing
menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.
Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil
oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan
dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda
beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.
Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat.
Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya
mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak
menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau
Emas kerana Waheeda ingin berdikari.
Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana
ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin.
Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.
Bab 17 :
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan
dirinya seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan
penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina
empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading
untuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas
blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda

berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan
rasa anaknya.
Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam
dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di
Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada
stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk
meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan macammacam
lagi.
Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid
merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami,
Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas
tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda.
Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama
suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam
itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenangan dalam kenangan yang
melingkari hidupnya.
Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga
pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan
sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.
Bab 18 :
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda
telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri
Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo
Resort. Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk
menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan
Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy,
Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.
Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid
meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu

Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.
Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid
terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati
Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya.
Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.
Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri.
Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan
tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah
dengan laluan yang dihadapinya.
Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda
ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha
dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi
menyiasat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan
Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima
mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa
sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke
Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.
Bab 19 :
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif
Hospital Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda
menyatakan bahawa Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu
mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian
Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung
konvensyen antarabangsa.
Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada
kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid
suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati
Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati
Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di

Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma
Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya,
Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati.
Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh
Nurjihan.
Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang
diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali
demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati
wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat
seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada
masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah
menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah
tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.
Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh
sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah
menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka
di hati Waheeda.
Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang
dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa
Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi
dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
Bab 20 :
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan
Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan
Lais menjelaskan kepada Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa
saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak
Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk
mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort
dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron
Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan

perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya
kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan
alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu
Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah.
Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya,
dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga
melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat
nasihat daripada Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda
bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah
dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang
berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu
dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan
chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan
harinya.
Bab 21 :
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan
cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet
Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan
muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan
Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet
Iwana-Iwani di Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan
mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada
itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi.
Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri
Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet
Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan
menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Bab 22 :
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh
tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia

membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang
diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras
masing-masing. Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya
penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan
diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah
kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur
kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan
Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet IwanaIwani)
telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar
negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan
air dari gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada
suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula
mendaftar di chalet itu.
Bab 23 :
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan
kisah hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya,
kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan
wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja
mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga
mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa
kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh
menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais
sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan
Aiman.
Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para
pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka
menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada
di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang
mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang
Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas

waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat
bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat
meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ
anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang
menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak
yang tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman
tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka.
Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles
mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi
berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih
daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak
yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika
ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan
satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang
wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya
bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik
dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak
gadisnya itu.
Bab 24 :
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya
terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman,
wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolaholah entiti
dirinya dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang
pernah disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA
dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon
agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di
Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi.
Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda
kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini
dirindunya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal
dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati

selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana
marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun
Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang
sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan ayahnya

5 kekuatan novel

Pengarang bijak memanipulasikan gaya bahasanya bagi membangkitkan inti pati
penceritaannya walaupun dengan menggunakan bahasa daerah dan istilah saintifik yang
sesuai. Selain itu, novel ini juga diselitkan warna budaya dan resam masyarakat setempat
khususnya etnik Sarawak. Keunikan etnik Sarawak diketengahkan oleh pengarang menerusi
usaha gigih watak utamanya, Waheeda dalam mempromosikan industri pelancongan negeri
Sarawak di mata dunia. Di samping itu, novel ini memberi kesan yang mendalam kepada
pembaca persis menaakul dunia kehidupan manusia yang agak luas. Justeru itu,
pengarangnya berupaya membawa pembaca melangkau batas geografi dan budaya setempat.
Akhir sekali, nilai ketabahan dan semangat watak utama untuk terus bekerja memberikan
pembaca inspirasi untuk tidak pernah berputus asa berusaha untuk mencapai matlamat dan
impian.

5 kelemahan novel

Novel ini kurang menarik kerana novel ini banyak menyimpan atau tersasar daripada plot
utama. Seterusnya, jika hendak dibandingkan dengan Songket Berbenang Emas hasil karya
Khairuddin Ayip, kisah cinta dalam novel ini sangat lah tidak rasional. Pada pendapat saya,
tidak mengaku anak hanya disebabkan oleh bentuk hidung yang tidak sama dan meminta
cerai disebabkan cemburu buta merupakan perangai kebudakbudakan dan tidak patut
dicontohi. Kesimpulan pada cerita ini juga boleh dipersoalkan kerana penutup cerita ini
tergantung dan membuat pembaca tertanya-tanya apa yang berlaku kepada mereka tiga
beranak. Selain itu, pemikiran watak utama tidak bersyukur dengan nikmat Tuhan dan
mengambil kesempatan ketika terkena serangan oleh monyet-monyet besar untuk membuat
pembedahan plastik. Pada pendapat saya, novel ini tidak menarik kerana jalan cerita yang
"cliché'.

5 cadangan penambahbaikan

Pada pendapat saya, penulis perlulah lebih jelas dengan pengakhiran novel yang dipilih
supaya tidak mengelirukan pembaca. Selain itu, penulis bolelah melanjutkan peristiwa watak
utama di awal jalan cerita dan hujung jalan cerita supaya pembaca dapat mengetahui dengan
lebih teliti tentang keadaan dan masalah yang dihadapi. Kemudian, penggunaan kontra warna
di hadapan kulit novel perlulah ditukar supaya banyak pembaca lebih minat untuk membaca
novel. Seterusnya, penggunaan bahasa di dalam novel supaya dapat difahami oleh setiap
pembaca novel. Akhir sekali, penulis perlulah menyemak tentang penggunaan tanda baca
yang digunakan di dalam novel untuk menjadikan novel tersebut lebih sempurna

Pengenalan

Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk
melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan
mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang.
Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan
Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad
Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah
mesra alam.

Sri Rahayu Mohd Yusop adalah seorang penulis wanita dari Malaysia. Pada 31 Oktober
2011, dalam majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2010
(HSKU) Sri Rahayu bagi tahun keenam berturut-turut apabila karyanya Bima Sakti Menari
diumumkan sebagai pemenang tempat pertama. Sebagai pemenang, Sri Rahayu membawa
pulang wang tunai berjumlah RM7,000 dan hadiah iringan.HSKU kali ke-26 ini dianjurkan
sejak 1985 dan ia juga merupakan antara acara sempena program Sastera Utusan 2011 yang
turut memuatkan Malam Puisi Utusan 2011 pada 5 Oktober 2011.

Kulit hadapan dan belakang novel Bimasakti Menari

Sinopsis keseluruhan

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa
yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi
oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata
kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul
Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah
bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima
oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang
berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat
yang berlaku di Kuala Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar
untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui
‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak
sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak
terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan
Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah
Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan
Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan
itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa
apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen
minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat
aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini
menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri.
Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan
kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar
rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

Sinopsis setiap bab

BAB 1: JANJI SRIKANDI

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring
dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk
melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat
pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila
langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa
yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak
bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam
jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang
berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan
kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun,
Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia
ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan
membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia
memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita
tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

BAB 2: WICHAM

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal
dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-
benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan
pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan
Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka
berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual
setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam
tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar
TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham
memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang
sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas
kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali
meneruskan tugas beliau.

BAB 3: SUNGAI RAHSIA

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-
kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-
kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman.
Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang
dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk
bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur
hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke
Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu
gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak.
Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya,
menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang
sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang
dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi
hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang
sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu
kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-
kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan
pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal
dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah
menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

BAB 4: BUDIMAN

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka,
Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah
tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang
mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah
Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan
menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta
oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan
tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain.
Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum
ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan
cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum
menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan
teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira
apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala
Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.

BAB 5: JIWA AYAHANDA

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar
Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin
menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi.
Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan
membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi
penyambung silaturahim mereka berdua.

BAB 6: CITA-CITA

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan
langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya
dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah
memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor.
Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung
kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang
sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai
Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat
bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada
dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati
Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia
bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus
berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman
bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan
dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya,
Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar
tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk
berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor:
Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan
berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai
di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang

membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian
kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati
kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa
mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama
Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul
Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika
bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar
di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang
memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia
yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung
Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya
apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat
kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti,
pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan
manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-
kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk
bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih
kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En.
Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

BAB 8: BEBAS GRID

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak
mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat
mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya
adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia
kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa
pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut,
Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya,
Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar
bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting
yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan
Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa
kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

BAB 9: ZURIAT

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan
langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk

menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan
Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-
masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-
usaha anaknya selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama
Muhaimin dan Maryam.

BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP

MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya.
Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-
keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam
bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang
tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah
bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan
mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun
akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib
perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan
rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke
Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala
Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai
perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut
untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti
Kampung Kuantan tempoh hari.

BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan
Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua
beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener.
Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-
kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul
Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah
ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan
meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad
Taufik.

BAB 12: STRATEGI

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai
membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai
daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan
Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR

Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan
musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih
Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik
akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.

BAB 14: GELAP DALAM TERANG

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan
malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani
Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir.
Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa
menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar
tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur
sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar
mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa
terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur
rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

BAB 15: KHIANAT

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam.
Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat
tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun
tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan

kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan.
Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan
bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan
Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka
meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa.
Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad
Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka.
Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman
Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian,
mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun
belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani
abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang
terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu,
temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia
tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.

BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada
di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian
jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu,
Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar
bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut
adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek
kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan
Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita
bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 18: KERASUKAN

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan
pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika
meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan,
tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah.
Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki

sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan
kain gelap.

BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik
kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di
stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat
kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri
Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan
terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke
tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan
masuk ke dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan
ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad
Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi
tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum
dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad
Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana
tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai
sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka
masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh
mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang
diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa
selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar,
berdoa dan menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan
dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

BAB 21: LEGASI BAJU BIRU

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik
tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur.
Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas
yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun
Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang
penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk
tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa
sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke
lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan,
Muhammad taufik berjaya diselamatkan.

BAB 22: CINTA PEJUANG

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis
tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah
mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia
mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu
dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima
pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di
dunia.

5 kekuatan novel

Novel ini merupakan sebuah karya novel yang unik serta menarik kerana temanya yang
berbeza dari topik kebiasaan di mana ia mengisahkan tentang pemeliharaan alam sekitar
khususnya untuk menangani pencemaran cahaya. Selain itu, konflik dan keganasan di dalam
novel ini yang menjadikan novel ini lebih baik. Novel ini juga menyampaikan kreativiti dan
pengetahuan luas penulis tentang tempat terutamanya tentang balai cerap. Di dalam novel ini,
pembaca dapat menambah ilmu pengetahuan tentang aktiviti-aktiviti antropogenik yang telah
mengakibatkan pencemaran cahaya sehingga langit tidak lagi gelap dan kelip-kelip Kuala
Selangor tidak lagi mahu menunjuk cahaya. Akhir sekali, watak dan perwatakan yang dicoret
oleh penulis amatlah bagus dan boleh diteladani oleh para pembaca, seperti sifat berani dan
cara bagaimana mereka memulihkan keadaan dan situasi yang keruh.

5 kelemahan novel

Penceritaan di dalam novel ini adalah ringkas dan kurangnya teknik penceritaan yang
menarik. Selain itu, watak antagonis di novel ini kurang masa kemunculan dalam novel ini
berbanding dengan novel Songket Berbenang Emas yang mana watak antagonis itu sudah
muncul di perkembangan cerita dan kekal sehingga ke akhir cerita. Watak sampingan di
novel ini mempunyai banyak konflik yang memeningkan berbanding dengan novel Songket
Berbenang Emas yang mana mempunyai konflik yang kurang dan lebih memfokuskan
kepada kehidupan watak utama. Kisah cinta antara Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tidak
sehebat kisah cinta antara Dahlia dan juga Azhari kerana Muhammad Taufik menyukai Nurul
Hafsa tanpa pengorbanan. Penjelasan tentang bagaimana Tan Sri Muhaimin dan juga
Maryam Wickham boleh bercerai kurang dijelaskan dalam novel in kerana secara tiba-tiba
sahaja mereka berpisah kerana mempunyai haluan tersendiri lalu mereka bersatu semula dan
a berpunca dari Johan Arlington-Majid tanpa sebarang penjelasan. Matlamat watak utama di
novel ini masih belum tercapai dan jika kita bandingkan antara novel ini dengan novel
Songket Berbenang Emas di mana watak utamanya berjaya mencapai matlamatnya.

5 cadangan penambahbaikan

Pada pendapat saya, penulis patutlah menambahkan pengakhiran novel yang menunjukkan
perkembangan watak sepanjang jalan cerita novel. Seterusnya, penulis perlulah fokus pada
plot utama atas watak utama sepanjang jalan cerita dan tidak merumitkan masalah watak
sampingan dengan watak utama. Selain itu, penulis mestilah memulakan novel bersama
dengan watak utama sepanjang jalan cerita novel. Kemudian, penulis perlu menambah
kreativiti terhadap kulit buku novel tersebut agar ramai pembaca lebih minat untuk membaca
novel tersebut dalam kalangan remaja. Akhir sekali, penulis perlu menambahkan sesuatu
jalan cerita yang tidak disangka untuk pembaca agar menjadikan novel ini seperti luar biasa
dan mantap.

Pengenalan

Silir Daksina karya Azmah Nordin

Pengorbanan Abdullah Bin Kayan ialah beliau sanggup berpisah dengan isteri dan anaknya
kerana kecintaannya terhadap sastera dan warisan budaya iaitu tarian zapin yang ada di
kampungnya iaitu Kampung Seri Purnama, Batu Pahat, Johor. Semasa di Batu Pahat, Johor,
Abdullah Bin Kayan telah berusaha untuk mengembangkan seni tarian zapin. Beliau telah
menghidupkan semula kumpulan zapin jincat D’Purnama. Beliau juga telah menubuhkan
Aksara di Kampung Seri Purnama untuk mengembangkan kesusasteraan dalam kalangan
masyarakat Kampung Seri Purnama. Pengorbanan Abdullah Bin Kayan ialah beliau sanggup
berpisah dengan isteri dan anaknya kerana kecintaannya terhadap sastera dan warisan budaya
iaitu tarian zapin yang ada di kampungnya iaitu Kampung Seri Purnama, Batu Pahat, Johor.
Semasa di Batu Pahat, Johor, Abdullah Bin Kayan telah berusaha untuk mengembangkan
seni tarian zapin. Beliau telah menghidupkan semula kumpulan zapin jincat D’Purnama.
Beliau juga telah menubuhkan Aksara di Kampung Seri Purnama untuk mengembangkan
kesusasteraan dalam kalangan masyarakat Kampung Seri Purnama.

Dilahirkan pada tanggal 31 Ogos 1973. Nizar Parman mendapat pendidikan sekolah rendah
di SK Seri Paya, Parit Raja dan bersekolah menengah di SMK Dato' Menteri, Ayer Hitam.
Guru Bahasa Melayu di SK Seri Lalang, Kluang, Johor. Selain itu, telah dilantik sebagai
Jurulatih Utama Bahasa Melayu Negeri Johor mulai tahun 2002. Mula berkecimpung dalam
penulisan kreatif pada tahun 1995. Memenangi tempat pertama Sayembara Menulis Cerpen
Hari Guru Peringkat Negeri Perak 1995, tempat ketiga Sayembara Cerpen Hari Guru anjuran
DBP

Kulit hadapan dan belakang novel Silir Daksina

Sinopsis keseluruhan

Novel ini mengisahkan seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama ibu
dan ayah tirinya. Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang di dalamnya
terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.
Teruja dengan kandungan manuskrip itu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak
kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor.
Keputusannya untuk ke kampung arwah ayahnya mendapat tentangan daripada
uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga
berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal,
Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan
dihurung kerinduan terhadap anaknya.
Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya
melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup
seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan
untuk ke sana.
Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung.
Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung Haiqal seorang yang sangat disegani
di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui tentang arwah ayahnya melalui
peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ.
Terdapat sedikit ilmu tentang tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang
amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya.
Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting
untuk memperkenalkan tarian zapin ini.
Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat
persembahan zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu
Program Bahasa Melayu Edubest - Sinopsis Novel Silir Daksina 1
Program Bahasa Melayu Edubest

kerana umi, walid, dan adik tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya
terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia datang ke Kampung Seri
Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.

Sinopsis setiap bab

Bab 1: Tersingkap Rahsia
Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka
surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan,
nama yang pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam
alam Abdullah Kayan. Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,masih di
sekolah tadika. Uminya membuka rahsia tentang dirinya bahawa ayahnya bukan walid.
Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari
tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah
Kayan.
Bab 2: Kisah Seorang Teman
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di Pantai Batu Buruk.
Kawan sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM
sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal
meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka
berkawan baik. Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip
ayahnya. Sambil mereka bersiar-siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan
cinta ayah dan ibunya. Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal.
Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir
mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu tentang
manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat
Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.
Bab 3: Senaskah Manuskrip Lama
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut
rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian
Program Bahasa Melayu Edubest - Sinopsis Novel Silir Daksina 2
Program Bahasa Melayu Edubest
zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku
menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu.
Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat

kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah
untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk
menulis puisi atau cerpen ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal
berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah
ayah aku yang lama tidak ditoreh. Ketika itu Tauke Lim datang dengan motosikal Honda
70cc.
Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya
kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat
gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah
sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual
di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan
membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah
suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung
aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam
bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil
peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching
dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke
bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah.
Tauke Lim muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke
sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri. Ai Ching
diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai
Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama. Tauke Lim menganggap
belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya
belajar dengan rajin.
Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan
memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayangbayang
Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan
Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar
Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling
yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari
subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati

Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai
Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini ,
khuatir Ai Ling tidak selesa.
ii Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak
mahu menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan
perbelajaan persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat
cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di
Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak
bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di
rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah
bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku.
Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah
ayah aku yang sering membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa
berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju
untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku
menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar dan
yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan perassan
Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku. Banyak
kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular.
iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir.
Ai Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak
Haji Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan
pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan
Warisan Negeri akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan
mewartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan.
Semua bersetuju untuk memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula
zapin jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan
ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju untuk
menanggung perbelanjaan jamuan tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan
tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi

puisi tentang sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil Zam) uruskan. Abang Bakir
memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di
Program Bahasa Melayu Edubest - Sinopsis Novel Silir Daksina 4
Program Bahasa Melayu Edubest
bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang
merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri.
iv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15
orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.
Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku
puisi. Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka
membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu
mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang
Ai Ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang
bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat
persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku
kembali terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya.
v Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi
buah mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja
semua pelanggan di warung Abang Dollah. Tauke Lim mengucapkan terima kasih
kepada aku. Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan
meminta aku kembali membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda
dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga
gembira melihat anak-anak muda kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama
berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah
bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim mengingatkan aku
tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A. Samad
Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat.
Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang
pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat
mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang menggelikan hati.

Fikiran aku masih bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan
kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak pernah bercerita
tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang
menguburkan semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan
Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan
Aiman dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya.
Menumpang kasih akan Ai Ling
vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak
sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan
malam itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.
Ai Ling mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan
Aiman mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya
bangsa. Tepukan gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu.
Kesayuan hati terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin
D’Purnama memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu
gendang kecil yang panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira
dengan usaha penduduk kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan
penduduk dijamu dengan makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar
Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari
persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin
yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras menarik golongan pelapis
muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku memberikan keyakinan
anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan dengan
remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang
sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.
vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun
kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku
merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku
membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di
situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku

memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ. Aku terkesima apabila
Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa
simpati akan aku. Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan
aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam
rumahtangganya.
viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung
Bersama Puisi yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB
DUN bersetuju mendeklamasikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk
kampung yang terlibat bersungguh- sungguh menjalani latihan. Kumpulan zapin juga
berlatih dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak. Aku
menyemak draf buku program yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku
dalam keadaan kesihatan yang kurang baik hanya berdoa kepada Allah untuk
memberikan kekuatan kepadanya. Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik
yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik.
Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama
yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai
saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku
tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh
mengingati Aiman. Aku hanya diam.
ix Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam
Sekampung Puisi. Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya akan tercapai dengan
program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah puisi untuk dideklamasikan pada
malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di dalam sampul
surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang. Dalam keadaan ini aku tibatiba terasa
sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis.
Bab 4: Desakan Hati
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan.
Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal
melonjak-lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana
tidak kenal akan sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan

halangan paling besaar iaitu uminya sendiri, Rafiqah. Haikal terlalu menghormati
uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju
dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu. Dalam kekalutan perasaan,
haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna. Haikal memberitahu Ratna dia
sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang
ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila
aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu
makna aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa
ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal
memberitahu Ratna, berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang
mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal
juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya
Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya
tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian
umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu
Haikal untuk berhadapan dengan umi, walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan
perasaannya tentang ayahnya.
Bab 5: Rindu
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya. Namun tiada sebarang memori yang dia ada
bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal
mula terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai
berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan
kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama
ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar
Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya,
Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan
dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa
yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya
untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia
menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan

UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal
amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca
perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya
hal itu kepada umi.
Bab 6: Satu Ketetapan
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal
dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya.
Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya
Program Bahasa Melayu Edubest - Sinopsis Novel Silir Daksina 8
Program Bahasa Melayu Edubest
tetap berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk
pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid
memahami perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara diam-diam.
Bab 7: Perjalanan Yang Jauh
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar
dan ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak
tawaran bapa tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi
mangsa kemarahan ibunya.
Bab 8: Tiba Di Kampung
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung
Seri Purnama. Pemandu teksi iaitu Pak Cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah
warung kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min,
Haiqal diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan
rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal
oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.
Bab 9: Pertemuan
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di
halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan
perasaannya yang gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut.

Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan
tengah hari.
Bab 10: Pusara
Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke
kubur ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.
Bab 11: Suasana Baharu
Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama
seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan
oleh ayahnya kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap
menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke
Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan tentang pengurusan ladang kelapa
sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara
menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak belajar tentang kelapa sawit
daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit iaitu
Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri
Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui
SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah
Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak
memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu
bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat
suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya.
Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.
Bab 12: Rahsia Balai Raya
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat
keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya
itu yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu
dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan
penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat

dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah
hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album
besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar
tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari
Program Bahasa Melayu Edubest - Sinopsis Novel Silir Daksina 10 Program Bahasa Melayu
Edubest
zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan
kumpulan zapin Seri Purnama.
Bab 13: Sinar Harapan
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya
kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh
Pak Cik Bakar. Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke
Ong.
Bab 14: Mencari Keserasian
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersamasama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.
Bab 15: Tetamu Istimewa
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri
Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.
Bab 16: Bermulalah Episod
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi
bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama
untuk menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal
tentang Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah
bertunang dengan seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam
perniagaannya. Ketika Haiqal dan kumpulan zapin mengadakan persembahan, ibu, bapa tiri
dan adik tirinya hadir untuk menonton persembahannya. Haiqal berasa sangat gembira.
Akhirnya, Haiqal ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Sarawak.

5 kekuatan novel

Novel ini menyampaikan lebih banyak pengajaran hidup serta kesedaran kepada orang ramai
tentang pemeliharaan tradisi Melayu supaya tidak ditelan zaman. Selain itu, novel ini juga
memberi sedikit sebanyak info mengenai tarian seni zapin yang makin dilupakan kini.
Kekuatan novel ini juga terletak pada integrasi kaum antara masyarakat Melayu dan Cina. Di
samping itu, novel ini menampilkan watak remaja yang unggul serta mempunyai jati diri
yang tinggi dan berakhlak mulia yang boleh diteladani oleh para pembaca. Akhir sekali,
novel ini memberi pengajaran kepada pembaca bahawa kita perlulah mengekalkan tradisi
bangsa walaupun sudah maju supaya generasi akan datang dapat mengenali tradisi bangsa
kita

5 kelemahan novel

Novel ini kurang menarik kerana terdapat kurang konflik yang terdapat dalam novel ini.
Teknik penceritaannya juga kurang menarik perhatian. Selain itu, novel ini agak biasa
berband ing dengan novel Bimasakti Menari di mana watak utamanya mempunyai matlamat
yang luas dan besar kerana ia bercakap tentang isu alam sekitar manakala di novel ini ia
hanya menceritakan yang watak utama di novel ini hanya berbuat demikian bagi
mengembalikan tarian zapin yang telah lama hilang. Novel ini juga lebih memfokuskan
kepada cerita watak yang lain di mana ia hanya mempunyai sedikit sahaja kaitan dengan
cerita utama novel. Ini akan menjejaskan bacaan pembaca kerana agak mengelirukan.
Karakter sampingan kurang memberikan impak kepada cerita. Jika kita band ingkan antara
novel Songket Berbenang Emas karakter sampingan di novel itu amat memberikan impak
kepada novel. Perkembangan cerita di novel ini amat perlahan berbanding dengan novel
Songket Berbenang Emas kerana di novel ini banyak melakukan penceritaan di bab 3 dan
memakan ruang untuk bab yang lain. Tajuk novel ini tiada kaitan dengan penceritaan novel.
Ini kerana jika dibandingkan dengan Novel Songket Berbenang Emas.

5 cadangan penambahbaikan

Pada pendapat saya, novel ini perlu ditambahkan dengan beberapa konflik dan masalah
semasa supaya novel ini tidak terlalu bosan dan mendatar. Selain itu, teknik penceritaan di
dalam novel ini perlulah lebih menarik. Seterusnya, perlulah penulis menambahkan lebih
bnyak perwatakan kepada setiap watak supaya mereka dapat memberikan lebih banyak
impak kepada jalan cerita novel tersebut. Kemudian, penulis perlulah lebih bijak dalam
pembahagian jalan cerita setiap bab supaya jalan cerita sepanjang novel seimbang dan tidak
terlalu perlahan. Akhirnya, bolehlah penulis memilih pengakhiran jalan cerita yang lebih
menarik dan mengikutan jalan cerita supaya jalan cerita novel senang diingati oleh para
pembaca.

Rujukan

• https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-silir-daksina-komsas-tingkatan-5.html
• http://bimasaktimenari.blogspot.com/2016/01/sinopsis-bab-demi-bab-temadan.html
• https://susunatur2.wordpress.com/2018/04/15/sinopsis-bab-19-20-21-dan-22-

noveltingkatan-5/
• https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/09/NOVELTIRANI.pdf
• https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Komsas-

BahasaMelayu-Tingkatan-4-Kajian-Novel-Di-Sebalik-Dinara-Dayang-Noor.pdf
• https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/JendelaMenghadap-

Jalan.pdf
• https://karangan.net/leftenan-adnan-

wirabangsa/#Pengajaran_Novel_Leftenan_Adnan_Wira_Bangsa
• https://www.ipendidikan.my/novel-songket-berbenang-emas.html#5_Plot
• https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-bima-sakti-menari-komsas.html

Goodreads. (1970, January 1). Jendela Menghadap Jalan by Ruhaini
Matdarin.Goodreads. Retrieved June 11, 2022, from
https://www.goodreads.com/book/show/6694364-jendela-menghadap-jalan?
ac=1&from search=true&qid=iDZRDHFzuZ&rank=1
• SGO, A. (2019, October 2). Novel Leftenan Adan Wira bangsa. Sistem Guru Online.
Retrieved June 11, 2022, from
• https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novelleftenan-adnan.html
• https://www.ipendidikan.my/novel-leftenan-adnan-wirabangsa.html#Gaya_Bahasa
• https://www.scribd.com/doc/283662271/Kekuatan-Dan-Kelemahan-MerenangGelora
• https://www.academia.edu/33345506/Tema_Di_Sebalik_Dinara_karya_Dayang_Noo
• https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/nota-komsas-analisis-novel-
pantaikasih.html?m=1
• https://www.goodreads.com/author/list/5140198.Dayang_Noor


Click to View FlipBook Version