Mengikuti CSR KESAN ke Pulau Perhentian 25 - 28 Ogos 2022
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP)
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
2021 - 2025
1
2
PELAN
ANTIRASUAH
ORGANISASI (OACP)
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
2021 - 2025
3
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnian-
Nya jua, Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan
Akauntan Negara Malaysia (JANM) 2021 – 2025 telah
berjaya dihasilkan. Pembangunan pelan ini adalah sejajar
dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 - 2022
yang dilancarkan pada 29 Januari 2019 dan Arahan YAB
Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 Siri 2 No. 1 Tahun
2019: Pemantapan Governans, Integriti Dan Antirasuah
Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia :
Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional.
OACP JANM ini merupakan dokumen yang komprehensif dan holistik bagi
menyokong inisiatif JANM dalam menangani permasalahan dan kelemahan
governans, integriti dan antirasuah di jabatan ini. Pelan ini juga diharapkan dapat
memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan serta menyediakan platform
yang sistematik dalam menangani isu salahlaku dan rasuah dengan mekanisme
pelaporan kepada pengurusan tertinggi secara berkala.
Saya mengharapkan agar semua warga kerja JANM dapat memberikan komitmen
penuh bagi memastikan pelaksanaan inisiatif yang telah digariskan dalam OACP
JANM 2021 – 2025 ini berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Diharapkan agar warga kerja JANM dapat memahami dan menyuburkan integriti
dalam jati diri masing-masing agar tidak terjebak dengan dengan salah laku yang
bertentangan dengan tatakelakuan penjawat awam.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menghasilkan OACP JANM 2021 – 2025. Semoga usaha murni ini dapat
memberikan manfaat kepada warga kerja JANM untuk berkhidmat kepada Negara
dengan penuh integriti, bebas daripada amalan rasuah, salah guna kuasa dan
penyelewengan.
4
PERNYATAAN KOMITMEN PENGURUSAN
TERTINGGI
Penggubalan OACP JANM 2021 - 2025 merupakan usaha dan komitmen JANM
dalam mendokong aspirasi Kerajaan dalam memastikan Malaysia dikenali dengan
integriti dan bukan kerana rasuahnya.
Pelan ini dibangunkan selaras dengan inisiatif di bawah Strategi 2, NACP :
Memperkukuhkan Kecekapan Perkhidmatan Awam iaitu dengan membangunkan
OACP oleh sektor awam.
Jawatankuasa Pembangunan OACP JANM yang dianggotai oleh pegawai dari JANM
Bahagian/Negeri/Cawangan ditubuhkan bagi merangka pelan ini dengan memenuhi
ketetapan dalam Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 Siri 2 No. 1 Tahun
2019: Pemantapan Governans, Integriti Dan Antirasuah Dalam Pengurusan
Pentadbiran Kerajaan Malaysia : Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional. Beberapa
siri perbincangan telah diadakan bagi membangunkan pelan yang komprehensif dan
meliputi semua teras bidang utama Jabatan dan semua pihak telah menzahirkan
kesungguhan dalam merealisasikan pelan ini dengan komitmen yang tidak berbelah
bagi.
OACP ini meliputi isu dalaman organisasi berkaitan kelemahan tadbir urus, integriti
dan antirasuah yang harus ditangani. OACP JANM 2021 – 2025 telah mengenalpasti
tiga (3) bidang keutamaan iaitu pengurusan operasi, pengurusan korporat dan tadbir
urus dan pelbagai program/aktiviti telah disusun bagi mengatasi risiko rasuah
seterusnya memartabatkan budaya integriti di JANM. Bagi memastikan kejayaan
OACP ini, Bahagian yang bertanggungjawab telah dikenalpasti untuk menerajui
pelaksanaan program/aktiviti mengikut tempoh masa yang dipersetujui. Pelan ini juga
akan menjadi rujukan utama selain bertindak sebagai panduan kepada semua
peneraju dalam melaksanakan strategi masing-masing.
Semoga dengan langkah ini, semua warga kerja JANM dapat memberi komitmen
yang jitu bagi merealisasikan visi JANM iaitu ke arah warga JANM yang berintegriti
tinggi dan bebas rasuah.
5
RINGKASAN EKSEKUTIF
Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Akauntan Negara Malaysia 2021 –
2025 ini adalah berpandukan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 – 2023
mencerminkan komitmen kerajaan bagi pemantapan governan, integriti dan
antirasuah dalam pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia. OACP JANM 2021 –
2025 ini akan menjadi dokumen utama dan panduan warga Jabatan Akauntan Negara
Malaysia (JANM) bagi menangani rasuah dan salahguna kuasa di JANM.
VISI
Visi OACP ini adalah untuk melahirkan warga JANM yang berintegriti dan bebas
melalui pemantapan kecekapan serta ketelusan pengurusan kewangan sektor awam
berteraskan prinsip governans, integriti dan antirasuah serta memperkasakan nilai-
nilai integriti di kalangan warga JANM.
STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN
Sebanyak tiga (3) bidang keutamaan yang berisiko telah dikenalpasti iaitu Pengurusan
Operasi, Pengurusan Korporat dan Tadbir Urus. Bagi menangani risiko tersebut,
sebanyak tiga (3) strategi dan sembilan (9) objektif strategik merangkumi 103 inisiatif
yang perlu dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun.
MEKANISME PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
Mekanisme pemantauan yang bersistematik adalah penting bagi memantau prestasi
keberhasilan terhadap inisiatif yang telah dilaksanakan bagi memastikan ianya
bersesuaian dengan objektif yang telah dirangka dari semasa ke semasa agar
menca[ai hasrat yang telah ditetapkan. Kerjasama dan komitmen warga JANM
didalam menjayakan dan merealisasikan pelaksanaan inisiatif ini adalah amat penting
bagi memastikan visi dan misi OACP ini tercapai.
6
SINGKATAN
BPPP Bahagian Pembangunan JAR Jawatankuasa Antirasuah
Perakaunan dan Pengurusan
BPOPA Bahagian Perkhidmatan Operasi JANM Jabatan Akauntan Negara
Pusat dan Agensi Malaysia
BWTD Bahagian Pengurusan Wang Tak KPI Key Performance Indicator
Dituntut
BPOPP Bahagian Pengurusan MAMPU Unit Pemodenan Tadbiran dan
Operasi Pejabat Perakaunan Perancangan Pengurusan
Malaysia
BPTM Bahagian Pengurusan Teknologi MOF Kementerian Kewangan Malaysia
Maklumat
BKP Bahagian Khidmat Perunding NACP Pelan Antirasuah Nasional
BPAD Bahagian Pengurusan Audit NKRA Bidang Keberhasilan Utama
Dalam Negara
BA MOF Bahagian Akaun, Kementerian OACP Pelan Antirasuah Organisasi
Kewangan
CCTV Kamera Litar Tertutup PPPA Pasukan Pelaksanaan
Perakaunan Akruan
GTP Program Transformasi Kerajaan SOP Prosedur Operasi Standard
IPN Institut Perakaunan Negara SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia
IPNCPD Pusat Pembangunan Unit Integriti
Profesional, Institut Perakaunan UI
Negara
IIM Institut Integriti Malaysia UUU Unit Undang-Undang
ICT Teknologi Komunikasi dan WTD Wang Tak Dituntut
Maklumat
7
“Rasuah di kalangan eli adalah sukar untuk “
diperangi kerana kuasa yang dimiliki mereka
melainkan berlakunya perubahan politik yang
mendadak
DYMM Paduka Seri Sultan Dr. Nazrin Shah
8
01
PENGENALAN
Latar Belakang JANM
Fungsi dan Peranan JANM
Visi, Misi dan Objektif JANM
Dasar Integriti dan Tadbir Urus Nasional
Keperluan Pembangunan OACP JANM
Analisis Persekitaran dan Penilaian Risiko
Bidang-Bidang Keutamaan Berisiko
Huraian Data
9
BAB 1
PENGENALAN
Bab ini menerangkan maklumat berkaitan latar belakang organisasi dan pelaksanaan
inisiatif dalam usaha Jabatan untuk memerangi rasuah dan memupuk budaya integriti
di kalangan warga kerja JANM. Pelbagai inisiatif khusus melibatkan dasar integriti dan
tadbir urus Jabatan telah dilaksanakan sebagai bukti komitmen pihak Pengurusan
Tertinggi Kementerian. OACP telah menjadi satu inisiatif Jabatan bagi meneruskan
usaha ke arah membentuk warga kerja JANM yang berintegriti.
LATAR BELAKANG
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dengan jawatan
Akauntan Negara Malaysia (ANM) di bawah Kementerian Kewangan sebelum
Malaysia mencapai kemerdekaan. JANM bermula dari satu bangunan pejabat yang
kecil bertempat di Bangunan Life Insurance Corporation of India di persimpangan
Jalan Melaka dan Jalan Tun Perak (Mountbatten Road). Pejabat ini kemudiannya
ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dan seterusnya
beroperasi di Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Sejak
beberapa dekad yang lalu, peranan dan fungsi JANM telah mengalami beberapa
perubahan selaras dengan perkembangan sektor awam.
Bahagian-bahagian di JANM terdiri daripada:
1. Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP)
2. Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi (BPOPA)
3. Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)
4. Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA)
5. Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan ( BPOPP)
6. Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat ( BPTM )
7. Bahagian Khidmat Perunding (BKP)
8. Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD)
9. Bahagian Akaun, Kementerian Kewangan (BA MOF)
10
10. Institut Perakaunan Negara ( IPN )
11. Unit Integriti (UI)
12. Unit Undang-undang (UU)
Kini, JANM beroperasi di Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya dan
mempunyai 24 pejabat Negeri/Cawangan di seluruh Malaysia.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) merupakan organisasi utama yang
bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan perakaunan dan kewangan
Kerajaan Persekutuan. Objektif JANM sebahagian besarnya tertumpu kepada
penyediaan perkhidmatan yang efisien dan berkesan kepada pelanggan, selaras
dengan slogan "Excellent Accounting @ Your Service". JANM sentiasa berusaha
untuk mempertingkatkan sistem perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan
kerajaan seiring dengan perkembangan teknologi terkini.
JANM menjalankan tugas sebagai Akauntan Sektor Awam dan berperanan sebagai
penyedia perkhidmatan, perunding perakaunan dan kewangan serta sebagai
pengurus dana kerajaan. Akauntan Negara Malaysia merupakan akauntan utama
bagi Kerajaan Persekutuan dan Ketua Bahagian Akaun Perbendaharaan Persekutuan
dengan mempunyai kuasa dalam perkara-perkara mengenai tatacara perakaunan
yang berkaitan dengan akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Fungsi utama JANM seperti berikut:
(a) Menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan mengikut kehendak
perundangan dan piawaian perakaunan yang diterima umum
(b) Memberi khidmat nasihat dan perundingan perakaunan kepada agensi
Kerajaan
(c) Memastikan pematuhan dan penguatkuasaan tatacara pengurusan kewangan
dan perakaunan seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang berkaitan
(d) Mewujudkan sistem maklumat perakaunan kewangan dan perakaunan
pengurusan
(e) Mewujudkan/menguruskan sistem pengurusan wang tunai kerajaan
(f) Mentadbir perkhidmatan perakaunan kerajaan
11
(g) Membangunkan modal insan melalui program latihan pengurusan perakaunan
dan perakaunan kewangan
(h) Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965
Visi, misi, objektif serta tagline JANM adalah seperti berikut:
VISI
Sebagai peneraju terbilang dalam Perakaunan Kewangan dan Perakaunan
Pengurusan Sektor Awam
MISI
Mengukuhkan Pengurusan Kewangan Sektor Awam secara berhemat dengan dasar
yang progresif dan sistem perakaunan yang efisien menerusi kakitangan profesional
dan kolaborasi strategik.
TAGLINE
‘Excellent Accounting @ Your Service’
OBJEKTIF
(a) Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan
kewangan Kerajaan Persekutuan.
(b) Mempertingkatkan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan agensi
kerajaan.
(c) Membantu kerajaan dalam membuat keputusan yang berkesan.
(d) Membangun dan melaksanakan sistem pengurusan sumber manusia bagi
perkhidmatan perakaunan.
(e) Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965.
12
NILAI BERSAMA DAN ETIKA KERJA
SPECIAL
S : Mengutamakan pelanggan (Satisfying the customers)
1. Memberi perkhidmatan yang mesra, cepat, tepat dan berintegriti kepada
semua pelanggan dan stakeholders.
2. Meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan secara berterusan
mengikut keperluan.
3. Meningkatkan kompetensi diri agar perkhidmatan yang diberikan memenuhi
ekspektasi pelanggan.
P : Profesionalisme (Professionalism)
1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pembelajaran berterusan.
2. Mempamerkan semangat kerja yang tinggi.
3. Meningkatkan prestasi kerja untuk mencapai kualiti yang berterusan.
4. Peka terhadap perkembangan, kemajuan dan perubahan dalam teknologi dan
profesion perakaunan.
5. Mempamerkan nilai dan tingkah laku yang berkualiti dan kompeten.
6. Bersopan santun, berbudi bahasa dan berhemah tinggi dalam segala urusan.
7. Berpenampilan kemas dan sesuai mengikut keadaan dan suasana.
EC : Kerja Berpasukan (Esprit de Corp)
1. Bekerjasama dalam menyelesaikan isu dan masalah.
2. Mempunyai sikap saling bantu membantu dalam usaha mencapai keberhasilan
jabatan.
3. Berkongsi maklumat, pengalaman dan ilmu pengetahuan.
4. Menghargai sumbangan idea daripada anggota organisasi.
5. Saling hormat menghormati dan mengeratkan silaturahim.
13
IA : Integriti dan Akauntabiliti (Integrity and Accountability)
1. Mengamalkan sikap amanah, tulus, ikhlas, berpegang kepada prinsip dan
boleh dipercayai.
2. Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab mengikut peraturan yang
ditetapkan.
3. Bertanggungjawab ke atas semua tindakan dan keputusan yang diambil.
4. Berfikiran positif dan sedia memberi dan menerima cadangan serta maklum
balas yang tepat dan benar.
L : Kesetiaan (Loyalty)
1. Menunjukkan kesetiaan kepada jabatan, kerajaan dan negara.
2. Menjaga nama baik dan imej jabatan serta profesion perakaunan.
3. Memahami, menghayati dan mematuhi Nilai Bersama jabatan.
PEMEGANG TARUH, PELANGGAN DAN RAKAN
STRATEGIK
PEMEGANG TARUH
1. Menteri Kewangan
2. Jemaah Menteri
3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan
4. Ketua Setiausaha Kementerian
PELANGGAN
1. Orang Ramai/Rakyat
2. Sektor Swasta/Perniagaan
3. Penjawat Awam
14
RAKAN STRATEGIK
1. Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan
2. Agensi Antarabangsa
3. Media
DASAR DAN TADBIR URUS INTEGRITI NASIONAL
Pelan Integriti Nasional
Tindakan pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah secara berstruktur telah
dimulakan oleh Kerajaan melalui pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 23
April 2004. Antara fokus utama pelan ini adalah untuk menanam dan memupuk
budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia.
Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan (GTP) meneruskan kelangsungan prinsip asas PIN
melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Bebas Rasuah. Seperti yang
digariskan dalam GTP, rasuah mesti dihapuskan sepenuhnya untuk mengurangkan
kos menjalankan perniagaan serta menghapuskan ketidakcekapan dalam sistem
Kerajaan.
Inisiatif GTP 1.0 bertujuan menangani isu rasuah melalui pelbagai inisiatif memerangi
rasuah bermula daripada peringkat paling atas sehingga ke peringkat paling bawah.
NKRA Antirasuah memperkenalkan program yang tidak hanya tertumpu kepada
masalah rasuah dalam agensi penguatkuasa, tetapi juga memperkukuhkan sistem
perolehan Kerajaan untuk meminimumkan peluang perlakuan rasuah.
Walaupun NKRA Antirasuah menyaksikan eksan yang memberansangkan, Kerajaan
merasakan masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menghapuskan rasuah di
Negara ini. Justeru, GTP 2.0 dilancarkan bertujuan untuk mencapai sasaran ini
melalui inisiatif dengan program terperinci. Oleh kerana pembanterasan rasuah
merupakan suatu usaha jangka panjang. GTP 2.0 bertindak sebagai mekanisme
penambahbaikan melalui pemantauan yang lebih berkensan terhadap beberapa
inisiatif yang diperkenalkan di bawah GTP 1.0.
15
Pelan Antirasuah Nasional (NACP)
Pelan Antirasuah Nasional (NACP) telah dilancarkan secara rasminya pada 29
Januari 2019 dengan matlamat untuk mewujudkan negara bebas rasuah. NACP ini
merupakan dasar antirasuah yang mencerminkan harapan tinggi rakyat untuk negara
bebas rasuah yang mengamalkan kebertanggungjawaban dan integriti. NACP telah
dibangunkan bagi menggantikan Pelan Integriti Nasional (PIN) sebagai dokumen
utama Kerajaan yang menggariskan tindakan menyeluruh dan bersepadu dalam
memerangi rasuah.
NACP dibangunkan selaras dengan Perkara 5 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu Memerangi Rasuah (United Nations Convention Against Corruption
– UNCAC) dan Pernyataan Kuala Lumpur mengenai Strategi Antirasuah pada tahun
2013. Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) telah
membangunkan pelan ini bagi menangani isu tadbir urus, integriti dan antirasuah
secara menyeluruh yang bertindak sebagai suatu kerangka bagi transformasi ke arah
negara bersih dan dihormati.
NACP telah mengenalpasti bidang-bidang berisiko yang utama iaitu Tadbir Urus
Politik, Pentadbiran Sektor Awam, Perundangan dan Kehakiman, Penguatkuasaan
Undang-Undang dan Tadbir Urus Korporat. Visi NACP adalah untuk mewujudkan
negara bebas rasuah melalui penetapan tiga (3) matlamat khusus iaitu
kebertanggungjawaban dan kredibiliti kehakiman, pendakwaan dan Agensi
penguatkuasaan undang-undang, penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan
responsif dan integriti dalam perniagaan. Pelan ini turut mengambil kira perubahan
semasa dan impak kepada masa hadapan daripada segi pelbagai konteks termasuk
trend revolusi perindutrian ke-4 (IR4.0) yang menekankan pengaplikasian
pendigitalan secara meluas, proses pengautomasian dalam usaha untuk menjimatkan
kos, sekaligus mengurangkan perbelanjaan seterusnya meraih kebolehcayaan awam.
16
DASAR DAN TADBIR URUS INTEGRITI JABATAN AKAUNTAN
NEGARA MALAYSIA
JANM sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam membanteras rasuah serta
meningkatkan integriti warga kerja JANM. Selaras dengan tujuan tersebut, JANM
telah mengambil inisiatif selari dengan dasar dan tadbir urus nasional seperti
membangunkan Pelan Integriti Organisasi, melafazkan Ikrar Bebas Rasuah,
mewujudkan Garis Panduan Permohonan Kelulusan Melakukan Pekerjaan Luar/Kerja
Sambilan Bagi Penjawat Awam di JANM dan yang terkini ialah Pelan Antirasuah
Organisasi (OACP) JANM 2021 – 2025.
KEPERLUAN PEMBANGUNAN OACP JANM
Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) pada 8 Jun 2018 telah
memutuskan bahawa satu pelan antirasuah yang menyeluruh perlu dirangka dengan
segera untuk menangani isu berkaitan rasuah di negara ini. Prinsip yang ingin
ditekankan daripada segi integriti dan tadbir urus yang baik akan digunakan di enam
(6) sektor dikenalpasti termasuk tadbir urus politik, pentadbiran sektor awam,
perolehan awam,undang-undang dan kehakiman, penguatkuasaan undang-undang
dan tadbir urus korporat.
Prinsip ini sekaligus dilihat dapat memperkukuh akauntabiliti dan integriti,
meningkatkan kredibiliti sistem perundangan selaras dengan perubahan sosial dan
peningkatan persepsi rakyat dan kepercayaan terhadap pentadbiran dan institusi
awam.
NACP telah menetapkan supaya semua agensi kerajaan membangunkan OACP
masing-masing. Bagi meyahut saranan dalam menjayakan pelaksanaan NACP dan
bagi mewujudkan era baharu yang lebih telus, bertanggungjawab dan penuh integriti,
JANM telah membangunkan OACP JANM. Ruang lingkup pelaksanaan OACP JANM
merangkumi aspek tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam organisasi serta
melibatkan semua bidang dan aktiviti yang ada di dalam organisasi.
17
Penilaian Risiko
JANM telah melaksanakan Penilaian Risiko Rasuah/Corruption Risk Analysis (CRA)
bagi mengenalpasti risiko-risiko berkaitan governans, integriti dan antirasuah di JANM
yang mungkin menjejaskan operasi dan imej organisasi. Antara mekanisme yang
digunakan bagi pelaksanaan penilaian risiko adalah:
1. semasa Bengkel Pangkalan Data pada 24 Jun 2020.
2. menganalisis data risiko rasuah dan mengenalpasti risiko-risiko governans, integriti
dan antirasuah semasa Bengkel Pembangunan pada 12 hingga 14 Julai 2021.
3. Data-data dalaman organisasi seperti aduan, kes tatatertib, laporan audit dalam,
kajian kepuasan pelanggan, kajian kepuasan bekerja dan Sistem Pengurusan Audit
Nilai.
4. Data-data daripada Agensi luar seperti Laporan Ketua Audit Negara, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Biro Pengaduan Awam (BPA).
Bidang-Bidang Berisiko
Berdasarkan penilaian risiko yang telah dijalankan, tiga (3) bidang utama yang
terdedah kepada risiko governans, integriti dan antirasuah di JANM yang telah
dikenalpasti adalah seperti yang berikut:
1. Pengurusan Operasi
2. Pengurusan Korporat
3. Tadbir Urus
18
Pelan ini telah menggariskan tiga (3) bidang keutamaan yang menjadi teras utama
dalam usaha memerangi rasuah dan salah laku integriti di JANM. Bidang keutamaan
tersebut ialah Pengurusan Operasi, Pengurusan Korporat dan Tadbir Urus.
Tiga (3) strategi yang telah dibentuk di bawah tiga (3) bidang keutamaan ini adalah
(i) meningkatkan keberkesanan pengurusan operasi Jabatan Akauntan Negara
Malaysia;
(ii) meningkatkan kecekapan, ketelusan dan pematuhan pengurusan korporat
JANM; dan
(iii) memperkasakan tadbir urus, integriti, akauntabiliti dan profesionalisme JANM.
Strategi yang digariskan ini menjurus kepada sembilan (9) objektif strategik yang
meliputi 60 inisiatif yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun akan datang.
19
“Pelan Antirasuah disediakan melalui satu “
proses yang mengambil kira aspirasi dan
harapan rakyat Malaysia dalam perjalanan
memerangi rasuah
PM Ke-7 Dr. Tun Mahathir Mohamad
20
02
MEMPERKASA USAHA
PENCEGAHAN RASUAH
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
Kerangka Utama OACP JANM
Analisis Kuadran OACP JANM
Strategi, Objektif Strategik dan Inisiatif OACP JANM
21
BAB 2: MEMPERKASAKAN USAHA PENCEGAHAN
RASUAH JABATAN AKAUNTAN NEGARA
MALAYSIA
22
23
24
25
KERANGKA OACP JANM
Kerangka ini secara umumnya menggariskan tiga misi penting yang akan
menyumbang kepada usaha keberkesanan usaha membanteras rasuah dan
memperkukuhkan integriti warga JANM. Misi ini secara ringkasnya menekankan
kepada keperluan perkhidmatan JANM yang cekap dan telus, pematuhan kepada
undang-undang pencegahan rasuah serta pengukuhan integriti seluruh warga JANM.
VISI MISI MATLAMAT BIDANG STRATEGI
KEUTAMAAN
Memantapkan Meningkatkan PENGURUSAN Meningkatkan
kecekapan serta akauntabiliti warga OPERASI keberkesanan
pengurusan operasi
ketelusan JANM PENGURUSAN
pengurusan KORPORAT JANM
KE ARAH WARGA kewangan sektor
JANM YANG awam berteraskan TADBIR URUS Meningkatkan
BERINTEGRITI prinsip governans, kecekapan, ketelusan
integriti dan
TINGGI DAN BEBAS antirasuah. dan pematuhan
RASUAH pengurusan korporat
Memperkasakan Mengurangkan salah JANM
nilai-nilai integriti di laku integriti warga
Memperkasakan
kalangan warga JANM tadbir urus, integriti,
JANM
akauntabiliti dan
“ Penguatkuasaan dan undang-undang, peraturan dan amalan berkaitan akan “
diperkemaskan agar integriti dan tadbir urus kerajaan yang baik dapat
dipertingkatkan. – PM8
26
ANALISIS KUADRAN
Analisis kuadran di bawah menunjukkan keutamaan bagi 60 inisiatif yang dikenalpasti
daripada 87 inisiatif berdasarkan analisis kumpulan data yang telah diperolehi
daripada pelbagai sumber merangkumi semua bidang keutamaan JANM.
60 inisiatif ini ditentukan berdasarkan analisis tahap impak dan tahap kompleksiti
pelaksanaannya. 32 inisiatif yang dikenal pasti berada dalam kelompok Kuadran A -
impak tinggi dan kompleksiti rendah - memerlukan sedikit usaha dalam
pelaksanaannya namun mampu memberi kesan besar kepada penambahbaikan
tadbir urus organisasi. Selebihnya satu (1) inisiatif keutamaan yang dikenal pasti
berada dalam kelompok Kuadran B - impak dan kompleksiti tinggi - memerlukan
usaha yang lebih gigih untuk dicapai.
KOMPLEKSITI: kesukaran dan kerumitan dalam pelaksanaan sesuatu inisiatif
IMPAK: kesan atau hasil positif yang dicapai melalui pelaksanaan sesuatu inisiatif
JANM telah menggariskan tiga (3) strategi utama untuk dilaksanakan. Strategi yang
dimaksudkan adalah seperti yang berikut:
Strategi 1: Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Operasi Jabatan Akauntan
Negara Malaysia.
Strategi 2: Meningkatkan Kecekapan, Ketelusan Dan Pematuhan Pengurusan
Korporat JANM
27
Strategi 3: Memperkasakan Tadbir Urus, Integriti, Akauntabiliti Dan Profesionalisme
JANM
Program dan aktiviti yang telah disusun dalam OACP JANM ini adalah diharapkan
berupaya untuk menangani risiko rasuah di Jabatan seterusnya membantu JANM
dalam menyifarkan peluang rasuah daripada berlaku di JANM sekaligus mendokong
usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara bebas rasuah.
KEUTAMAAN STRATEGI
Ringkasan berikut menunjukkan 60 inisiatif yang perlu diberi keutamaan daripada 99
inisiatif yang telah dikenal pasti. Ia berdasarkan tiga (3) strategi utama iaitu
Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Operasi Jabatan Akauntan Negara
Malaysia, Meningkatkan Kecekapan, Ketelusan Dan Pematuhan Pengurusan
Korporat JANM dan Memperkasakan Tadbir Urus, Integriti, Akauntabiliti Dan
Profesionalisme JANM.
60 inisiatif ini dikenal pasti berdasarkan keperluan kesegeraan untuk menangani
rasuah.
28
1 STRATEGI 2 OBJEKTIF STRATEGIK
22 INISIATIF
1 JANGKA PENDEK 21 JANGKA PANJANG
(1-2 Tahun) (3-5 Tahun)
BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN OPERASI
STRATEGI 1
MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGURUSAN
OPERASI JABATAN AKAUNTAN NEGARA
OBJEKTIF STRATEGIK 1.1 MEMPERKUKUHKAN PENGURUSAN WTD YANG
TELUS DAN CEKAP
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
1. Pemalsuan 1.1.1 Mewajibkan mekanisme BWTD 2021-2025
dokumen penggiliran tugas secara
tuntutan WTD mandatori bagi tugas- BA MOF 2021-2025
tugas yang berisiko BWTD 2021-2025
1.1.2 (secara dalaman) BWTD 2021-2022
Mengadakan naziran ke
1.1.3 atas arahan
pembayaran WTD
2. 1.1.4 Menambahbaik kaedah
penghantaran tuntutan
secara digital
Kajian untuk bayaran
balik WTD dilaksanakan
29
BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN OPERASI
STRATEGI 1 MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGURUSAN
OPERASI JABATAN AKAUNTAN NEGARA
OBJEKTIF STRATEGIK 1.1 MEMPERKUKUHKAN PENGURUSAN WTD YANG
TELUS DAN CEKAP
Kelewatan oleh JANM Negeri/
bayaran balik Cawangan BWTD 2021-2025
WTD 1.1.5 Meningkatkan kesedaran
mengenai prosedur
tuntutan bayaran balik
WTD
1.1.6 Menambahbaik dan BWTD 2021-2023
mengemaskini SOP dan
garis panduan berkaitan
bayaran balik WTD
3. Rasuah di 1.1.7 Meningkatkan kesedaran BWTD 2021-2025
kalangan dan penghayatan nilai-
pegawai 1.1.8 nilai murni di kalangan BPAD 2021-2025
penguatkuasa pegawai penguatkuasa
WTD Melaksanakan
pengauditan kendiri ke
atas peranan dan
tanggungjawab penyelia
1.1.9 Memberikan kesedaran BPOPP 2021-2025
kepada penyelia
mengenai
tanggungjawab dan
implikasi
1.1.10 Mengadakan semakan BWTD 2021-2025
silang ke atas dokumen
kewangan syarikat
1.1.11 Mengenakan tindakan Pengarah 2021-2025
punitif kepada pegawai Bahagian/
terlibat
Negeri/
Cawangan
30
BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN OPERASI
STRATEGI 1 MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGURUSAN
OBJEKTIF STRATEGIK 1.1 OPERASI JABATAN AKAUNTAN NEGARA
MEMPERKUKUHKAN PENGURUSAN WTD YANG
TELUS DAN CEKAP
dan Unit
Integriti
BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN OPERASI
STRATEGI 1 MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGURUSAN
OPERASI JABATAN AKAUNTAN NEGARA
OBJEKTIF STRATEGIK 1.2 MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGURUSAN
KEWANGAN DAN PERAKAUNAN
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
1. Pemalsuan data 1.2.1 Melaksanakan pengauditan BPAD 2021-2025
BPOPP 2021-2025
dalam sistem kendiri ke atas peranan dan
tanggungjawab penyelia
1.2.2 Memberikan kesedaran
kepada penyelia mengenai
tanggungjawab dan
implikasi
1.2.3 Menambahbaik kawalan ke BPTM 2021-2025
atas sistem dari semasa ke
semasa
1.2.4 Mengenakan tindakan Pengarah 2021-2025
punitif kepada pegawai Bahagian/
terlibat
Negeri/
Cawangan
dan UI
2. Kelulusan 1.2.5 Menggalakkan Pejabat BPOPP 2021- 2025
pembayaran tidak Perakaunan membuat
mengikut semakan dokumen
peraturan di kewangan sebelum
pembayaran dibuat
31
BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN OPERASI
STRATEGI 1 MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGURUSAN
OPERASI JABATAN AKAUNTAN NEGARA
OBJEKTIF STRATEGIK 1.2 MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGURUSAN
KEWANGAN DAN PERAKAUNAN
pejabat 1.2.6 Mengadakan latihan IPN 2021- 2025
perakaunan
berkaitan pengurusan
kewangan
1.2.7 Melaksanakan BPAD 2021- 2025
pengauditan kendiri ke
atas peranan dan
tanggungjawab penyelia
1.2.8 Memberikan kesedaran BPOPP 2021- 2025
1.2.9 BPTM 2021- 2025
kepada penyelia
mengenai
tanggungjawab dan
implikasi
Meningkatkan kesedaran
keselamatan DKICT
tentang penyalahgunaan
akses atau kata laluan
pegawai lain
1.2.10 Mengenakan tindakan Pengarah 2021- 2025
punitif kepada pegawai Bahagian/
terlibat
Negeri/
Cawangan
dan UI
3. Penyediaan 1.2.11 Melaksanakan pengauditan BPAD 2021- 2025
Pelaporan ke atas Penyata Kewangan
Kewangan Yang
Tidak Telus
32
1 STRATEGI 5 OBJEKTIF STRATEGIK
54 INISIATIF
5 JANGKA PENDEK 49JANGKA PANJANG
(1-2 Tahun) (3-5 Tahun)
BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN KORPORAT
STRATEGI 2 MENINGKATKAN KECEKAPAN, KETELUSAN DAN
PEMATUHAN PENGURUSAN KORPORAT JANM
OBJEKTIF STRATEGIK 2.1 MENINGKATKAN INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI
WARGA JANM
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
1. Prestasi Kerja 2.1.1 Mewujudkan Pelan BPPP, UPKK 2021
Menurun Di Pengurusan Program 2021
2021-
Kalangan Warga Psikologi 2025
JANM
2. Merosakkan 2.1.2 Mewujudkan Pelan BPPP, UPKK
Imej Jabatan Pengurusan Program
Psikologi
2.1.3 Melaksanakan pusingan BPPP, UPOP
kerja antara agensi
2.1.4 Mengenakan tindakan Bahagian/ 2021-2025
punitif ke atas pegawai Negeri/
yang terlibat
Cawangan
dan UI
33
BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN KORPORAT
STRATEGI 2 MENINGKATKAN KECEKAPAN, KETELUSAN DAN
PEMATUHAN PENGURUSAN KORPORAT JANM
OBJEKTIF STRATEGIK 2.1 MENINGKATKAN INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI
WARGA JANM
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
3. Ketidapatuhan 2.1.5 Mewujudkan sistem BPPP, UPOP 2021-2025
Peraturan 2.1.6
Pejabat/ ganjaran kepada warga
Berkursus 2.1.7
2.1.8 yang berkelayakan
2.1.9 Meningkatkan kesedaran BPPP dan UI 2021-2025
kepada warga
berkenaan Peraturan-
Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan &
Tatatertib) 1993
Mewujudkan Pelan BPPP, UPKK 2021
Pengurusan Program
Psikologi
Menguatkuasakan BPPP, UPOP 2021-2025
borang kelulusan/
kebenaran untuk
menjalankan pekerjaan
luar/ sambilan dan
membuat hebahan
kepada warga
Mengenakan tindakan Bahagian/ 2021-2025
punitif ke atas pegawai Negeri/
yang terlibat Cawangan
dan UI
34
BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN KORPORAT
STRATEGI 2 MENINGKATKAN KECEKAPAN, KETELUSAN DAN
PEMATUHAN PENGURUSAN KORPORAT JANM
OBJEKTIF STRATEGIK 2.2 MENINGKATKAN KECEKAPAN PENGURUSAN
PENTADBIRAN JANM
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
1. Ketidakpatuhan 2.2.1 Memberi latihan khusus BPPP, UPAA 2021-2025
Kepada Tatacara Pengendalian Aset
dan Prosedur Kerajaan kepada Pegawai
Pengurusan Aset Aset
2.2.2 Meningkatkan pematuhan Bahagian/ 2021-2025
prosedur pengurusan aset / Negeri/
kenderaan jabatan
Cawangan
2.2.3 Mengenakan tindakan Bahagian/Neg 2021-2025
punitif kepada pegawai eri/Cawangan
yang terlibat
dan UI
2.2.4 Meningkatkan kawalan Bahagian/ 2021 - 2022
sistem keselamatan stor Negeri/
Cawangan,
Unit
Pentadbiran
2.2.5 Memperkasa Program BPPP, UDSI 2021-2025
Kesedaran Nilai Bersama
JANM
2. Keselamatan 2.2.6 Menambahbaik sistem Bahagian/ 2021-2025
Warga Terjejas Negeri/
kawalan keselamatan
Cawangan,
Jabatan Unit
Pentadbiran
35
BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN KORPORAT
STRATEGI 2
MENINGKATKAN KECEKAPAN, KETELUSAN DAN
PEMATUHAN PENGURUSAN KORPORAT JANM
OBJEKTIF STRATEGIK 2.3 MENINGKATKAN KETELUSAN DALAM PROSES
PEROLEHAN JANM
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
1. Ketidakpatuhan 2.3.1 Memastikan kontrak Bahagian/Neg 2021-2025
Kepada Prosedur ditandatangani mengikut eri/
Pengurusan tempoh yang ditetapkan Cawangan,
Kontrak selaras dengan pekeliling Unit
semasa Kewangan dan
BPPP, UP
2.3.2 Melaksanakan kursus dan BPPP, UP 2021-2025
2.3.3
latihan berkaitan perolehan
Menambahbaik Standard BPPP, UP 2021-2025
Operating Procedures
Perolehan dari semasa ke
semasa atau mengikut
keperluan
2.3.4 Membangunkan sistem BPPP, UP 2021 - 2022
2.3.5
pengurusan daftar kontrak
secara sistematik
Meningkatkan pematuhan Bahagian/Neg 2021-2025
dan tatacara perolehan eri/
secara menyeluruh Cawangan,
Unit
Kewangan dan
BPPP, UP
2. Penyalahgunaan 2.3.6 Melaksanakan pusingan Bahagian/Neg 2021-2025
dan pengasingan tugas eri/ Cawangan
Kuasa Dalam pegawai secara dalaman
& BPPP,
Proses UPOP
Pengurusan
Perolehan 2.3.7 Melaksanakan sistem Unit 2021-2025
Kewangan
penggiliran kepada Bahagian/Neg
eri/ Cawangan
pembekal yang layak
2.3.8 Melaksanakan kursus dan BPPP, UP 2021-2025
latihan berkaitan perolehan
36
BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN KORPORAT
STRATEGI 2 MENINGKATKAN KECEKAPAN, KETELUSAN DAN
PEMATUHAN PENGURUSAN KORPORAT JANM
OBJEKTIF STRATEGIK 2.3 MENINGKATKAN KETELUSAN DALAM PROSES
PEROLEHAN JANM
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
2.3.9 Menambahbaik Standard BPPP, UP 2021-2025
2.3.10 2021-2025
2.3.11 Operating Procedures BPAD/ BPPP/ 2021-2025
BPOPP
Perolehan dari semasa ke
BPAD/ BPPP/
semasa atau mengikut BPOPP
keperluan
Melaksanakan
penguatkuasaan/
pengauditan secara
menyeluruh dan berkala
Melaksanakan ujian integriti
kepada semua warga
2.3.12 Memperkasakan laporan BPAD/ BPPP/ 2021-2025
prestasi vendor BPOPP
2.3.13 Mengenakan tindakan BPAD/ BPPP/ 2021-2025
punitif ke atas pegawai BPOPP
yang terlibat
3. Perolehan Tidak 2.3.14 Melaksanakan kajian Bahagian/ 2021-2025
Mendapat Nilai pasaran secara Negeri/
Terbaik Untuk menyeluruh dan telus Cawangan,
Kerajaan Unit Kewangan
2.3.15 Meningkatkan kemahiran BPPP, UP 2021-2025
2.3.16 2021-2025
2.3.17 pegawai yang BPPP, UP 2021-2025
2.3.18 menyediakan spesifikasi BPAD/BPPP/ 2021-2025
BPOPP
Menambahbaik terma
Bahagian/
rujukan pelantikan Negeri/
jawatankuasa perolehan
4. Pelanggaran Melaksanakan
Kontrak
penguatkuasaan/
pengauditan secara
menyeluruh dan berkala
Melaksanakan kursus dan
latihan berkaitan kontrak
37
BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN KORPORAT
STRATEGI 2
MENINGKATKAN KECEKAPAN, KETELUSAN DAN
PEMATUHAN PENGURUSAN KORPORAT JANM
OBJEKTIF STRATEGIK 2.3 MENINGKATKAN KETELUSAN DALAM PROSES
PEROLEHAN JANM
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
Cawangan,
Unit
Kewangan
2.3.19 Menambahbaik Standard Bahagian/ 2021-2025
2.3.20 Negeri/
Operating Procedures
Cawangan,
pengurusan kontrak dari Unit
semasa ke semasa atau Kewangan
mengikut keperluan
Mewujudkan pejawatan BPPP, UP 2021-2025
khusus untuk menyemak
pematuhan terma kontrak
BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN KORPORAT
STRATEGI 2 MENINGKATKAN KECEKAPAN, KETELUSAN DAN
PEMATUHAN PENGURUSAN KORPORAT JANM
OBJEKTIF STRATEGIK 2.4 MENINGKATKAN PEMATUHAN PROSEDUR
KEWANGAN YANG BERKUATKUASA
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
1. Pengurusan 2.4.1 Memantau dan Bahagian/ 2021-2025
Belanjawan dan menyemak semula Negeri/
Pembayaran unjuran belanjawan Cawangan,
Yang Tidak secara berkala Unit
Teratur/ Lemah Kewangan
2.4.2 Menambahbaik Bahagian/ 2021-2025
Standard Operating Negeri/
Procedures kewangan
dari semasa ke semasa Cawangan,
Unit
Kewangan
38
BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN KORPORAT
STRATEGI 2 MENINGKATKAN KECEKAPAN, KETELUSAN DAN
PEMATUHAN PENGURUSAN KORPORAT JANM
OBJEKTIF STRATEGIK 2.4 MENINGKATKAN PEMATUHAN PROSEDUR
KEWANGAN YANG BERKUATKUASA
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
atau mengikut
keperluan
2.4.3 Melaksanakan kursus Bahagian/ 2021-2025
Negeri/
dan latihan pengurusan
Cawangan,
belanjawan/ Unit
pembayaran secara Kewangan
intensif
2.4.4 Melaksanakan Bahagian/ 2021-2025
pemantauan ke atas Negeri/
pembayaran secara
berkala Cawangan,
Unit
Kewangan
2. Kehilangan 2.4.5 Memperkasakan BPPP, UDSI 2021-2025
Wang Awam 2.4.6 program kesedaran 2021-2025
Nilai Bersama JANM Bahagian/
Melaksanakan Negeri/
pemantauan secara
berkala Cawangan,
Unit
Kewangan
2.4.7 Melaksanakan Pengarah 2021-2025
Bahagian/
pusingan dan
Negeri/
pengasingan tugas Cawangan
dan BPPP,
pegawai kewangan
UPOP
39
BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN KORPORAT
STRATEGI 2 MENINGKATKAN KECEKAPAN, KETELUSAN DAN
PEMATUHAN PENGURUSAN KORPORAT JANM
OBJEKTIF STRATEGIK 2.4 MENINGKATKAN PEMATUHAN PROSEDUR
KEWANGAN YANG BERKUATKUASA
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
2.4.8 Memperkasakan BPPP, UDSI 2021-2025
program kesedaran
Nilai Bersama JANM
BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN KORPORAT
STRATEGI 2 MENINGKATKAN KECEKAPAN, KETELUSAN DAN
PEMATUHAN PENGURUSAN KORPORAT JANM
OBJEKTIF STRATEGIK 2.5 MEMPERKASAKAN KEBERKESANAN SISTEM
PENYAMPAIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
1. Kegagalan 2.5.1 Melaksanakan perolehan BPTM, 2021-2025
Fungsi Sistem baru bagi perkakasan Seksyen
Jabatan yang telah usang Perkhidmata
n ICT
2.5.2 Memastikan perkakasan BPTM, 2021-2025
dan perisian dilengkapi Seksyen
dengan teknologi terkini Perkhidmata
n ICT
2.5.3 Menjalankan BPTM, 2021-2025
penyelenggaraan sistem Seksyen
mengikut jadual Perkhidmata
n ICT
2.5.4 Membuat perancangan BPTM, 2021-2025
untuk Disaster Recovery Seksyen
Center Perkhidmata
n ICT
40
BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN KORPORAT
STRATEGI 2 MENINGKATKAN KECEKAPAN, KETELUSAN DAN
PEMATUHAN PENGURUSAN KORPORAT JANM
OBJEKTIF STRATEGIK 2.5 MEMPERKASAKAN KEBERKESANAN SISTEM
PENYAMPAIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
2.5.5 Meningkatkan BPTM, 2021-2025
kompetensi pegawai Seksyen
dengan kemahiran Kualiti &
teknologi terkini Perancangan
2. Kehilangan 2.5.6 Meluaskan skop kajian BPTM, 2021-2025
Wang Awam pengguna sistem Seksyen
Kualiti &
Perancangan
2.5.7 Memperkukuhkan kajian BPTM, 2021-2025
Seksyen
pasaran secara
menyeluruh dan telus Kualiti &
Perancangan
3. Sistem 2.5.8 Memantapkan program BPTM, 2021-2025
Digodam keselamatan ICT Seksyen
Perkhidmata
n ICT
2.5.9 Memastikan BPTM, 2021-2025
penggunaan Firewall Seksyen
yang terbaik Perkhidmata
n ICT
2.5.10 Memperketatkan BPTM, 2021-2025
kawalan akses ke atas Seksyen
laman sesawang yang Perkhidmata
diragui n ICT
2.5.11 Menjalankan kajian BPTM, 2021-2025
Seksyen
perbandingan dengan
negara-negara Pengurusan
berteknologi tinggi untuk
41
BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN KORPORAT
STRATEGI 2
MENINGKATKAN KECEKAPAN, KETELUSAN DAN
PEMATUHAN PENGURUSAN KORPORAT JANM
OBJEKTIF STRATEGIK 2.5 MEMPERKASAKAN KEBERKESANAN SISTEM
PENYAMPAIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
memastikan Jabatan Aplikasi Non
sentiasa menggunakan FICO
teknologi yang terkini
42
1 STRATEGI 2 OBJEKTIF STRATEGIK
23 INISIATIF
6 JANGKA PENDEK 17 JANGKA PANJANG
(1-2 Tahun) (3-5 Tahun)
BIDANG KEUTAMAAN TADBIR URUS
STRATEGI 3 MEMPERKASAKAN TADBIR URUS, INTEGRITI,
AKAUNTABILITI DAN PROFESIONALISME JANM
OBJEKTIF STRATEGIK 3.1 MEMPERKUKUHKAN PERATURAN DAN UNDANG-
UNDANG
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
1. Ke Pemalsuan 3.1.1 Memperkasakan senarai BPPP, SPKP 2021
Dokumen semak tuntutan sedia ada
Rasmi Jabatan 3.1.2 Memperkenalkan BPPP, SPKP 2021
Akauntan mekanisme pemantauan
Negara bagi segala tuntutan
Malaysia yang dibuat oleh
pegawai
3.1.3 Menjalankan Pengarah 2021 -
pemeriksaan/penyiasata Bahagian/ 2025
n secara rawak ke atas Negeri/
kes yang mencurigakan Cawangan
3.1.4 Menyediakan Pelan dan UI 2021
Program Kesedaran
43
BIDANG KEUTAMAAN TADBIR URUS
STRATEGI 3 MEMPERKASAKAN TADBIR URUS, INTEGRITI,
AKAUNTABILITI DAN PROFESIONALISME JANM
OBJEKTIF STRATEGIK 3.1 MEMPERKUKUHKAN PERATURAN DAN UNDANG-
UNDANG
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
3.1.5 Berkaitan Seksyen 18 Pengarah 2021 -
Akta SPRM 2009 Bahagian/ 2025
Mengenakan tindakan
punitif ke atas pegawai Negeri/
yang terlibat Cawangan
dan UI
2. Kebocoran 3.1.6 Memastikan semua Pengarah 2021 -
Maklumat Rasmi pegawai JANM Bahagian/ 2025
Jabatan menandatangani dan Negeri/
Akauntan memahami berkenaan Cawangan
Negara dengan Akta Rahsia
Malaysia Rasmi 1972
3.1.7 Menyebar luas peraturan BPPP, UPAA 2021 -
yang termaktub dalam 2025
Arahan Keselamatan
3.1.8 Menyediakan Tatacara BPPP, UPAA 2021
Penggunaan Sosial
Media di kalangan
warga JANM
3.1.9 Mengkaji semula BPPP, UPAA 2021
Pengurusan Dokumen
Terperingkat
3.1.10 Mengenakan tindakan Pengarah 2021 -
punitif ke atas pegawai Bahagian/ 2025
yang terlibat
Negeri/
Cawangan
dan UI
44
BIDANG KEUTAMAAN TADBIR URUS
STRATEGI 3 MEMPERKASAKAN TADBIR URUS, INTEGRITI,
AKAUNTABILITI DAN PROFESIONALISME JANM
OBJEKTIF STRATEGIK 3.1 MEMPERKUKUHKAN PERATURAN DAN UNDANG-
UNDANG
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
3. Ketiadaan 3.1.11 Menggubal Dasar Tadbir BPPP, UPAA 2021
Tadbir Urus Urus bagi penularan
Yang Jelas wabak penyakit untuk
Berkenaan memastikan operasi
Penularan JANM tidak terjejas
Wabak Penyakit
BIDANG KEUTAMAAN TADBIR URUS
STRATEGI 3 MEMPERKASAKAN TADBIR URUS, INTEGRITI,
AKAUNTABILITI DAN PROFESIONALISME JANM
MEMPERKASAKAN NILAI-NILAI MURNI
OBJEKTIF STRATEGIK 3.2 AKAUNTABILITI DAN PROFESIONALISME
WARGA JANM
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
1. Pegawai 3.2.1 Memperkukuhkan BPPP, 2021 -
terdedah pelaksanaan dasar UPOP 2025
kepada amalan pusingan kerja selari
rasuah dengan Pekeliling
Perkhidmatan Bil 3
Tahun 2011
3.2.2 Melaksanakan UI 2021 -
program kesedaran 2025
antirasuah di bawah
Seksyen 16 & 17(a)
Akta SPRM
45
BIDANG KEUTAMAAN TADBIR URUS
STRATEGI 3 MEMPERKASAKAN TADBIR URUS, INTEGRITI,
AKAUNTABILITI DAN PROFESIONALISME JANM
MEMPERKASAKAN NILAI-NILAI MURNI
OBJEKTIF STRATEGIK 3.2 AKAUNTABILITI DAN PROFESIONALISME
WARGA JANM
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
3.2.3 Mengenakan Pengarah 2021 -
tindakan punitif ke Bahagian/ 2025
atas pegawai yang Negeri/
terlibat Cawangan
dan UI
2. Penyalahgunaan 3.2.4 Memperkukuhkan BPAD, 2021 -
Seksyen 2025
kuasa oleh penguatkuasaan Kawalan
pegawai tatacara kewangan
yang sedia ada seperti Dalaman/
Arahan BKP, Unit
Perbendaharaan, Strategik
Pekeliling Perakaunan
Perbendaharaan dan
SPANM
3.2.5 Melaksanakan Pengarah 2021 -
pemantauan berkala Bahagian/ 2025
yang sistematik ke Negeri/
atas penemuan audit Cawangan
3.2.6 Melaksanakan UI 2021 -
program kesedaran 2025
antirasuah mengenai
penyalahgunaan
kuasa di bawah
Seksyen 23 Akta
SPRM
46
BIDANG KEUTAMAAN TADBIR URUS
STRATEGI 3 MEMPERKASAKAN TADBIR URUS, INTEGRITI,
AKAUNTABILITI DAN PROFESIONALISME JANM
OBJEKTIF STRATEGIK 3.2 MEMPERKASAKAN NILAI-NILAI MURNI
AKAUNTABILITI DAN PROFESIONALISME
WARGA JANM
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
3.2.7 Melaksanakan kajian BKP, Unit 2021 -
dan semakan semula Strategik 2025
peraturan kewangan Perakaunan
yang berkuat kuasa Bahagian/ 2021 -
3.2.8 Mengenakan Negeri/ 2025
tindakan punitif ke
atas pegawai yang Cawangan,
terlibat Unit
Pentadbiran
dan UI
3. Salah guna 3.2.9 Memperkemaskan BKP, Unit 2021 -
kemudahan prosedur sedia ada Perakaunan 2025
Jabatan dengan menetapkan Strategik
bayaran pinjaman
dibuat terus kepada
pembekal
3.2.10 Memastikan Pengarah 2021 -
pematuhan Garis Bahagian/ 2025
Panduan Bekerja Negeri/
Dari Rumah dipatuhi Cawangan
oleh pegawai terlibat
3.2.11 Memperkenalkan BPPP, 2021 -
anugerah pengiktirafan UPAA 2025
kepada Bahagian yang
telah menunjukkan
47
BIDANG KEUTAMAAN TADBIR URUS
STRATEGI 3 MEMPERKASAKAN TADBIR URUS, INTEGRITI,
AKAUNTABILITI DAN PROFESIONALISME JANM
MEMPERKASAKAN NILAI-NILAI MURNI
OBJEKTIF STRATEGIK 3.2 AKAUNTABILITI DAN PROFESIONALISME
WARGA JANM
BIL. RISIKO NO. INISIATIF PENERAJU TEMPOH
MASA
prestasi cemerlang
dalam pengurusan
keseluruhan Bahagian
3.2.12 Mengenakan tindakan Bahagian/ 2021 -
punitif ke atas pegawai Negeri/ 2025
yang terlibat Cawangan,
Unit
Pentadbiran
dan UI
48
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah ““
kamu mengkhianati amanah Allah dan
RasulNya dan janganlah kamu mengkhianati
amanah-amanah kamu sedang kami
mengetahui salahnya
Surah Al Anfal: 27
49
03
MEKANISME
PELAKSANAAN
50