MEKANISME PELAKSANAAN
Pelaksanaan OACP JANM hendaklah dilaksanakan secara holisitik melibatkan
kerjasama antara pihak pengurusan tertinggi jabatan, warga kerja dan pemegang
taruh untuk memastikan inisiatif antirasuah dilaksanakan secara sistematik dan
efektif. Jawatankuasa Pembangunan OACP ditubuhkan selaras dengan Arahan YAB
Perdana Menteri No.1 Tahun 2018, Siri 2 No.1 Tahun 2019 iaitu Pemantapan
Governans, Integriti dan Antirasuah dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan
Malaysia.
Pengurusan Tertinggi JANM hendaklah memastikan kebolehlaksanaan OACP JANM
diperkukuhkan iaitu dengan:
i) menyelaras, memantau, menilai dan melaporkan pencapaian OACP;
ii) memastikan pelaksanaan pelan tindakan OACP mematuhi tempoh sasaran
yang ditetapkan;
iii) membentangkan Laporan Pencapaian OACP dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Antirasuah (JAR) JANM atau JAR Kementerian Kewangan
(sekiranya diarahkan).
PENYEDIAAN LAPORAN PENCAPAIAN PELAKSANAAN OACP
Jawatankuasa OACP menyediakan laporan pencapaian pelaksanaan OACP kepada
pengurusan sebanyak tiga (3) kali setahun dengan mengambil tindakan seperti
berikut:
i) menyediakan carta perbatuan setiap inisiatif dan dilaksanakan mengikut tempoh
yang ditetapkan;
ii) mengemaskini dan memantau inisiatif yang dilaksanakan di peringkat
Bahagian/Negeri/Cawangan;
iii)membentangkan laporan pencapaian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah
(JAR) JANM
51
STRUKTUR TADBIR URUS OACP JANM
JAWATANKUASA PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN
Memantau prestasi pelaksanaan inisiatif
Mendapatkan penjelasan daripada pihak pelaksana
Menyediakan laporan ringkas suku tahun dan laporan penuh pencapaian OACP
Memperakukan laporan prestasi OACP untuk dikemukakan kepada JAR JANM
JAWATANKUASA ANTIRASUAH JABATAN
Menerima Laporan Pemantauan dan Penilaian OACP daripada Unit Integriti
Mendapatkan penjelasan daripada pelaksana pelan tindakan
Mengabsahkan dasar
Membuat keputusan penting selari dengan kepentingan agensi
Memperakukan isu dan laporan untuk dikemukakan kepada JAR Kementerian jika
diperlukan
JAWATANKUASA ANTIRASUAH KEMENTERIAN
Menerima Laporan Prestasi OACP daripada JANM
(tertakluk kepada arahan Pengerusi JAR Kementerian)
52
PENYELARASAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
PENYELARASAN
PEMANTAUAN PENILAIAN
Menjelaskan objektif Mengenalpasti
program kekuatan dan
Memadankan aktiviti dan kelemahan setiap
sumber dengan objektif aktiviti
Menterjemahkan objektif Menilai sama ada
ke dalam indikator aktiviti yang
prestasi dan sasaran menyokong strategi
Membandingkan tersebut
keputusan sebenar berorientasikan
dengan sasaran (melalui matlamat yang dicapai
pengumpulan data yang Memastikan bahawa
kerap) aktiviti dilaksanakan
Melaporkan kemajuan sebagaimana yang
kepada pemegang taruh dirancang
berkaitan dan Memberikan maklum
memaklumkan tentang balas yang bersesuaian
sebarang permasalahan berdasarkan situasi
apabila diperlukan
MEKANISME PENYELARASAN, PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
Keutamaan penilaian merupakan amalan penting bagi memastikan setiap tindakan
yang diambil telah memenuhi jangkaan dan matlamat OACP. Dalam mengenal pasti
kemajuan dan prestasi pelaksanaan setiap strategi dan inisiatif, semua aktiviti akan
sentiasa dipantau dan dinilai berdasarkan mekanisme berikut:
53
JAWATANKUASA UNIT INTEGRITI Menyediakan JAWATANKUASA
laporan
ANTIRASUAH JABATAN ringkas dan PELAKSANAAN DAN
analisis
PEMANTAUAN MePnEgMenAaNlpTaAsUti AN
Menasihati Mengemukakan kekuatan dan
dan memberi laporan setiap kelemahan setiap
arahan untuk suku tahun aktiviti
memastikan kepada Unit
kemampanan Integriti Menilai sama ada
OACP aktiviti yang
menyokong strategi
PENERAJU PELAN tersebut
TINDAKAN berorientasikan
matlamat yang dicapai
Memastikan bahawa
aktiviti dilaksanakan
sebagaimana yang
dirancang
Memberikan maklum
balas yang
bersesuaian
berdasarkan situasi
apabila diperlukan
PENILAIAN
Inisiatif pelan OACP dinilai sekali pada hujung tahun. Walau bagaimanapun, hal ini
adalah tertakluk kepada keupayaan Bahagian/Negeri melaksanakan inisiatif tersebut
berdasarkan kepada perkembangan yang dilaporkan setiap kali dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Antirasuah. Menerusi laporan ini juga, pelaksana boleh
mengemukakan masalah dan halangan yang perlu diatasi untuk tujuan penilaian
semula dan dipersetujui di peringkat Jawatankuasa OACP.
Penilaian keseluruhan pencapaian OACP boleh dinilai berdasarkan petunjuk-petunjuk
berikut:
1. meningkatkan akauntabiliti
2. mengurangkan salah laku integriti di kalangan warga JANM
3.
54
SEMAKAN SEMULA DAN PEMBAHARUAN OACP
1. Penilaian dan semakan semula terhadap keberkesanan OACP hendaklah
dilaksanakan pada setiap tahun sekali bagi memastikan strategi dan pelan
tindakan yang dirangka berjaya menangani permasalahan yang timbul.
2. Tindakan pembaharuan OACP hendaklah dilaksanakan pada akhir tempoh
pelan dan hendaklah dikeluarkan pada tahun berikutnya.
3. Setiap visi dan misi OACP JANM hendaklah berkesinambungan pada tahun-
tahun berikutnya.
55
04
KESIMPULAN
56
“Pelan Antirasuah Nasional itu hadir sebagai “
peringatan dan amaran kepada semua
pemimpin sekarang dan masa hadapan
bahawa Malaysia dan rakyatnya tidak
menerima rasuah dan ia satu amalan keji dan
menjijikkan
PM7
57
KESIMPULAN
OACP JANM 2021 – 2025 telah dibangunkan seiring dengan komitmen kerajaan
dalam NACP bagi mencapai aspirasi agar Malaysia dikenali dengan integritinya,
bukan kerana rasuahnya. Secara keseluruhannya, OACP JANM adalah merupakan
dokumen dasar antirasuah yang dibangunkan sebagai panduan Jabatan untuk
menangani masalah rasuah, salah laku, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam
Jabatan. Ia merupakan komitmen susulan oleh Kerajaan untuk memantapkan
governans, integriti dan antirasuah dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia.
Pengurusan Tertinggi JANM komited dalam memastikan Jabatan ini bersih daripada
sebarang elemen salah guna kuasa serta gejala rasuah. JANM tidak sesekali
berkompromi dengan sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan reputasi JANM
berhubunng aspek integriti. Inisiatif ini tidak akan berhasil sekiranya tidak mendapat
kerjasama padu daripada semua pihak terutamanya dalam kalangan warga kerja
JANM sendiri.
OACP ini juga akan sentiasa dipantau dan dikaji keberkesanannya dari semasa ke
semasa selaras dengan perubahan domestik dan global. Justeru, maklum balas
secara berterusan dari semua pihak amat diperlukan bagi memastikan ianya relevam
dengan kehendak semasa. Secara keseluruhannya, kejayaan dan keberkesanan
OACP ini amat bergantung penuh kepada komitmen penuh warga JANM.
Bagi melahirkan warga kerja JANM yang berintegriti tinggi serta mencapai aspirasi
Kerajaan sebagai sebuah Negara yang bebas rasuah, JANM sentiasa memberikan
komitmen penuh untuk memantapkan pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah
secara berterusan untuk menghalang pelaku rasuah daripada terus berkuasa dalam
Jabatan.
Rasuah yang telah menjadi api dalam organisasi haruslah segera dipadamkan melalui
langkah-langkah pencegahan dan punitive yang holistik sama ada melalui
pengukuhan integriti, pemantapan tadbir urus dan aplikasi teknologi terkini.
Sehubungan itu, sebanyak 100 inisiastif melalui empat (4) strategi utama telah
58
digariskan bagi menangani masalah salah laku integriti dan rasuah yang wujud di
JANM.
OACP bukan sahaja menggariskan wawasan lima tahun usaha pencegahan rasuah
dan pengukuhan integriti JANM malah akan melangkaui batasan masa jangka
panjang seiring dengan kehendak Kerajaan dan pertubuhan antarabangsa yang
berkaitan.
59
Penghargaan
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
pihak yang membantu bagi memberikan input, analisis,
panduan dan sokongan dalam pembangunan OACP JANM
YBHG. DATUK DR. YACOB BIN MUSTAFA C.A(M)
AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
YBRS. TUAN HAJI REDZUAN BIN HASAN C.A(M)
(TIMBALAN AKAUNTAN NEGARA OPERASI)
YBRS. ENCIK SADIKIN BIN ATON C.A(M)
(TIMBALAN AKAUNTAN NEGARA KORPORAT)
60
JAWATANKUASA OACP
Pengerusi
YBHG. DATUK DR. YACOB BIN MUSTAFA C.A.(M)
Akauntan Negara Malaysia
Timbalan Pengerusi
YBRS. SADIKIN BIN ATON C.A.(M)
Timbalan Akauntan Negara Korporat (TAN K)
AHLI-AHLI JAWATANKUASA
Puan Salmiah binti Ramli C.A.(M) Puan Hanita binti Bunjari C.A.(M)
Pengarah Pengarah
Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat Bahagian Pengurusan Teknologi
dan Agensi (BPOPA) Maklumat (BPTM)
Encik Muniandy a/l Govindasamy C.A.(M) Puan Zainani binti Jusoh C.A.(M)
Pengarah Pengarah
Bahagian Khidmat Perunding (BKP) Bahagian Akaun Kementerian Kewangan
(BA MOF)
Puan Hamidah binti Noh C.A.(M) Encik Ayub bin Zaidin C.A.(M)
Pengarah Pengarah
Bahagian Pengurusan Audit Dalam Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
(BPAD) (BWTD)
Encik Rozaimi bin Idris C.A.(M) Encik Zaharin bin Othman C.A.(M)
Pengarah Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Bahagian Pembangunan Perakaunan dan
Prakaunan (BPOPP) Pengurusan (BPPP)
Puan Noorlida binti Mohd Khalid C.A.(M) Encik Burhanudin bin Mohd Noor C.A.(M)
Pengarah Pengarah
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Institut Perakaunan Negara (IPN)
Akruan (PPPA)
61
URUS SETIA OACP
PUAN TUN NOOR ADILLAH BINTI MOHAMMED SOHAMI
Ketua Unit Integriti
ENCIK MOHD ZAKIE BIN YAAKOB
ENCIK MUHAMMAD IKRAM BIN ABDUL KARIM
PUAN FARIDATUL HUSNI BINTI YAZID
PUAN FADZILAH BINTI MD. YUNUS
AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA
Puan Gloria Angela James Noah Encik Mohd Zakrey bin Mohamad
Puan Dasyarini Saridah binti Daud Shukor
Puan Ramsiah binti Ismail Encik Yeoh Hong Choon @ Asyhraff
Puan Noor Azimah binti Md Nor Puan Noor Azlin bin Abdul Aziz
Puan Noorhaslenda binti Abdullah
Puan Sabariah binti Yusof@Mohd Puan Nor Sakilawati binti Abd
Wahab
Eusope
Puan Azmaliza binti Idris Puan Siti Hanani binti Baharom
Puan Sarifah Izura binti Syed Aris Puan Nor Ziana binti Awang
Puan Azlena binti Abdul Jamil
Puan Norfaezah binti Amad Bistomam Puan Nurul Aaina Wahida binti
Puan Zyerullida binti Shahrudin Zulkifly
Encik Badrul Hisam bin Ismail
Encik Suryamulyono bin Jakobus Puan Nazlina binti Sabudin
Puan Nurazmiah binti Azri Encik Amirul Sufri bin Saharudin
Encik Asri bin Abdul Rasid
Puan Anti Zawana binti Rahmat Puan Nurizzati binti Mohammad
Encik Osman bin Mantali Amir
Puan Norul Hidayah binti Sawardi
Puan Nuradilah binti Abdul Rahman Puan Siti Norhidayah binti Ahmad
Encik Ruzi bin Pungot
Encik Khairani bin Adin
Puan Norfariza binti Mohd Rosman
Puan Nurhidayah binti Mazlan
Puan Norsuhada binti Ahmad
Encik Ahmad Hilmi bin Abd Wahab
62
KATA – KATA HIKMAH
1. Rasuah di kalangan eli adalah sukar untuk diperangi kerana kuasa yang dimiliki
mereka melainkan berlakunya perubahan politik yang mendadak –DYMM Paduak
Seri Sultan Dr. Nazrin Shah
2. Pelan Antirasuah disediakan melalui satu proses yang mengambil kira aspirasi dan
harapan rakyat Malaysia dalam perjalanan memerangi rasuah – PM Ke-7 Dr. Tun
Mahathir Mohamad
3. Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan
RasulNya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu sedang kami
mengetahui salahnya – Surah Al Anfal: 27
4. Pelan Antirasuah Nasional itu hadir sebagai peringatan dan amaran kepada semua
pemimpin sekarang dan masa hadapan bahawa Malaysia dan rakyatnya tidak
menerima rasuah dan ia satu amalan keji dan menjijikkan – PM7
5. Pelan Antirasuah ini akan menjadi asas dalam usaha untuk menghapuskan rasuah
dan membentuk ekosistem bebas rasuah untuk generasi akan datang. Kita yakin jika
berjaya dalam usaha ini, Malaysia akan memperoleh semula kedudukan yang
sepatutnya – PM 7
6. Kerajaan mengutamakan usaha-usaha untuk membanteras rasuah dan salah guna
kuasa – PM 8
7. Dalam riwayat at-Tirmizi: Adalah Rasulullah SAW dalam kebanyakan doa baginda
adalah : “Wahai Zat yang membolak-balikan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamu-
Mu”
8. Daripada ‘Abdullah (“Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi Muhammad SAQ
bahawasanya banginda SAW pernah berdoa: “Ya Allah!Sesungguhnya aku memohon
63
kepada-Mu petunjuk, ketaqwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak
baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta).” Hadith Riwayat Muslim, No. Hadith: 2721
9. Penguatkuasaan dan undang-undang, peraturan dan amalan berkaitan akan
diperkemaskan agar integriti dan tadbir urus kerajaan yang baik dapat dipertingkatkan.
– PM8
64
DITERBITKAN OLEH:
UNIT INTEGRITI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
65