The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ameeraaisyah31052003, 2021-12-28 00:37:03

447-1776-1-PB

447-1776-1-PB

CERITA KITA

Jika sentuhan adalah bahasa cinta,
Izinkan aku berkongsi caraku,
Berbahasa cinta kepadamu.

CERITA KITA | AMAI

BAB 1

Hujan lebat mula membasahi bumi
Johor. Hujan memberi peluang
kepada manusia untuk berehat,
merasai ketenangan dan berlari jauh dari
masalah dunia yang sememangnya tidak henti
datang.
Jika secawan kopi dihidangkan, mungkin
membantu menenangkan hati seseorang yang
sedang gundah gulana. Secawan dua mungkin
lebih baik.
Aisyah memandu kereta hondanya dengan
penuh berhati-hati tatkala hujan sedang lebat di
luar. Dipandang kerusi sebelahnya, sekilas.
Terdapat dua buah buku yang bakal dibawanya
nanti keluar.

2

CERITA KITA | AMAI

Apalagi yang menarik perhatiannya selain
membawa diri sambol menikmati secawan kopi
bersama buku di tangan.
“fuh!”
Itulah luahan pendek Aisyah.
Urusan dunia buatkan dia merasa serabut.
Dengan belajarnya, dengan kerjanya, dengan
masalah rumahnya.
Semua tidak memberi apa-apa kepuasan buat
dirinya. Dirinya penat, tapi disorok baik.
Beberapa minit kemudian, akhirnya sampai ke
destinasi yang hendak dituju. Kereta dimatikan
dengan penuh cermat. Buku dikemas dan
dipegang erat bersama beg sandangnya itu.
“dear coffee, here I come,” pintu dibuka lalu
dituju café itu.

3

CERITA KITA | AMAI

Peacfull Café
Come and have your own me time
Nasib dia harini, café tidaklah begitu ramai dan
sesak. Setelah menjumpa tempat yang sesuai,
buku diletakkan di atas meja lalu ke kaunter
untuk membuat pesanan kopi kegemarannya.
Semestinya Ice Mocha. Seleranya memang tidak
ditukar. Kalau dah suka yang itu, yang itu jelah
yang menjadi pujaannya selalu.
Kalau korang tidak tahu, mocha adalah sejenis
campuran kopi bersama coklat. Dan warna
airnya lebih kepada coklat, tidak seperti kopi
biasa.
Bagi Aisyah, itu adalah satu campuran yang luar
biasa! Sungguh, dia sangat suka mocha dan
tergilakan mocha. HAHAHAHAHAHA

4

CERITA KITA | AMAI

Air sudah ditangan, kerusi sudah dihenyak
punggung. Apalagi? Pakai headphone lalu
bacalah buku. Aihhh, menikmati sungguh ya!
Dengan hujan di luar buatkan café ini sejuk
sesejuk air yang aku hirup.
Tiba-tiba,
Kringggg, kringggg, kringggg !
bunyi deringan dari telefon aku! Tertera nama
Haneen Hanani di telefon aku. Lantas aku
angkat.
“assalamualaikum, Haneen, kenapa call aku
tetiba ni?”
“waalaikumsalam, hehehe aku nak buat surprise
ni! Cuba kau pandang luar tingkap dulu,”
suaranya kudengar penuh gembira.

5

CERITA KITA | AMAI

Lantas, kepalaku dibawa terus pandang ke
tingkap di sebelah kanan and guess what?
Haneen ada depan mata aku!

Wajah ekspresi aku berubah bahagia. Aku
mengajaknya masuk dan duduk di hadapanku.

“macam mana kau boleh ada dekat sini?”

“rumah aku kan dekat area sini, jarangla aku
datang sebabnya abang aku yang selalu singgah.
Ni aku datang pon sebab kejap lagi dia yang
ambik,” ujarnya sambil tersenyum.

“bila abang kau nak datang ambik kau? Pukul
berapa? Dahla hujan lebat sekarang ni.”

“dalam few minutes macam tulah, ala jangan
risau, Ziyad ambik aku satgi sebab dia nak
datang singgah jumpa kawan dia kejap.”

Ziyad. Satu nama yang telah lama aku lupakan.
Lama juga sudah tidak nampak mukanya di kaca

6

CERITA KITA | AMAI

tv. Satu nama yang membuat hati aku terpaut
dengannya. Suaranya yang merdu apabila
dialunkan untuk membaca al-quran, haih aku
cair sebenarnya.
Puk! “aww, sakitlah haneen! Kenapa kau tepuk
aku?”
“kau tu hah, berangan. Sebut Ziyad je dah
begitu!” gelak sakan dia tu kalau boleh sampai
satu café nak dengar. Haishh malulah aku!
Sebab nak tutup malu, ice mocha ku capai lalu
ku minum rakus.
Dan macam biasa, Haneen gelakkan aku lagi.
Cis!

7

CERITA KITA | AMAI

BAB 2

Suatu ketika dahulu.
MUSABAQAH HAFAZAN ALQURAN
PERINGKAT NEGERI JOHOR, 2010.

BERTEMPAT : DEWAN JUBLI
INTAN, JOHOR BAHRU.

Sekarang sedang berjalan majlis penutup, aku
pon tidak terkecuali jugak sebab aku peserta
untuk program hari ini. Dan sekarang tengah
pengumuman. Aihh risau aku dibuatnya!

“tahniah diucapkan kepada Aisyah Guzelia,
dengan mendapat markah sebanyak 95.3% telah
mendapat tempat kedua dalam kategori 1-10
juz!”

Aku apalagi, terharulah sebab itu first time aku
masuk. Nama aku kena sebut sebagai pemenang!

8

CERITA KITA | AMAI

Tidak sangka itu rezeki yang Allah bagi untuk
tahun ini. Alhamdulillah.

Aku dah tak focus untuk dengar pemenang bagi
kategori yang lain. Terlalu gembira!

Tidak lama selepas itu, majlis pun berakhir dam
bermulalah sesi bergambar. Dari jauh aku lihat
ada sebuah keluarga besar sedang kecoh
bergambar. Mungkin meraikan salah seorang
yang sedang memegang piala besar yang aku
assume as juara.

“hei, itulah Ziyad, abangnya haneen,” ujar
rakanku sambil jari ditujukan kepada lelaki itu.
Kuarahkan badan untuk berpusing. And guess
what, she’s showing to that boy!

Lah, itu rupanya abang haneen. Haneen tu
kawan merangkap junior aku. Memang aku ada
dengar yang abang dia ada masuk pertandingan

9

CERITA KITA | AMAI

sama dengan aku, Cuma takdalah tahu yang
mana satu. Haihh, aku mana tengok anak teruna
orang!
Dan sememangnya, aku terpesona tengok dia.
Haih, untung haneen ada abang yang serba
boleh ni. Suara pun sedap, kalau tidak, masakan
dia tadi mendapat anugerah peserta terbaik bagi
lelaki? Aku still ingat lagi wajah dia tau!

“Assalamualaikum,” suara garau seseorang
menyentakkan aku dari terus mengelamun. Fuh.
Aku usap dadaku sedikit.
Seorang lelaki berpakaian casual bersama
kacamata hitam masuk ke café dan terus datang
menghampiri meja kami.
“neen, kau tunggu kejap. Aku nak jumpa kawan
aku dekat sana,” jari dituju tanpa memerhati aku

10

CERITA KITA | AMAI

yang sedang duduk. Sememangnya aku buat
tidak endah sahaja.
Balasan angguk diberikan, lalu haneen
memandang aku semula. “Itulah Ziyad, haihh
nampaknya lama lagilah kot aku nak balik.”
“kenapa pulak, mesti sekejap je abang kau nak
jumpa kawan dia tu.”
“kau tak kenal dia, kalau borak pasal bisnes,
boleh lupa masalah dunia tau! Ni pulak borak
dengan tauke café, lagi lamalah jawabnya,”
matanya dijulang ke atas
Aku tergelak, sorry haneen. HAHAHAHAHA.
Bagi aku, ziyad tidakla terlalu tampan. Entahla,
kalau dah suka, buruk pun orang nampak cantik
nampak hensem. Nampak seperti tiada
kekurangan. harapnya haneen tak perasan yang

11

CERITA KITA | AMAI

aku suka dekat abang dia. Takkan aku nak
bagitahu kot, haih. Tapi, mesti dia perasan.

Tiba-tiba, tapak kaki semakin kuat ku dengar
mula mendekat.

“neen, jom balik. Kawan aku takda pulak.”
Ujarnya sambal memandang kami berdua.

Apalagi, bersalamanlah kami sebelum
melambaikan tangan kepadanya. Aku tunduk
sedikit sebagai tanda hormat kepada ziyad.
Takut sebenarnya nak pandang dia.

“ni lah Aisyah, kawan neen.” Selamba betul
budak ni. Boleh pulak dia kenalkan aku, start
merahla pipi aku. Blushing!

Aku bulatkan mata. Terus aku halau dia keluar,
“dah, pergi balik. Kang nanti ada yang ngadu
lambat balik la apa la. Penat aku nak layan.
Syuhhh syuhh.”

12

CERITA KITA | AMAI

Haneen dan abang melangkah kaki keluar. Dan
aku tersenyum melihat mereka.
Dan itulah cerita aku pada hari ini. Ada rasa
bahagia sedikit walaupun tidak berjumpa secara
tenang. Tidak mengapalah, mungkin tuhan
hendak menggembirakan aku pada hari ini. Dan
aku berharap, aku akan berjumpa dengan Ziyad
sekali lagi.

Lain pula situasi di dalam kereta,
“tu Asiah yang kau selalu cerita tu ke, neen?”
ziyad menyoal ingin tahu.
“bukan asiah bang, aisyah! Aisyah yang pernah
masuk musabaqah sekali dengan kau. Tetapi dia
belum direzekikan sampai kebangsaan lagilah.
Memang dialah orangnya. Makin cantik aku

13

CERITA KITA | AMAI

tengok dia sekarang ni.” Melambung puji betul
adik aku ni.

“ouh.” Walaupun dia pakai cermin mata tadi, dia
nampak perwatakan Aisyah tadi. Nampak
lembut. Mukanya ada persis cina sedikit kot,
sebab mata dia sepet. Nampak comel bila dia
pakai cermin mata bulat dengan tudung
bawalnya, aihh.

“bang,” aku toleh.

“mesti best kalau dia jadi adik ipar aku, aku
adalah kawan nak mengulang sesama.” Jawab
haneen penuh makna.

“asal? Dengan aku kau taknak pulak ngulang
sama.”

“entahla, tapi dulu aku dekat madrasah selalu
mengulang al-quran dengan dia. Time cuti dulu
pun, dia tolong aku lancarkan hafalan aku siap

14

CERITA KITA | AMAI

kasi voice dekat whatsapp lagi. Serius dia baik
gila dengan aku. Sebab dia, aku dapat gred un
an lepas tasmik dengan ustazah aku untuk hari
itu tau!” sambung haneen lagi.
Aku jadi terpesona ya, sampai macam tu sekali
dia tolong adik aku.
“hurm, aku rasa aku dan jumpa sebelah sayap
aku.”
“hah, siapa? Tak sabar aku nak tengok kau
kahwin!”
Aku apalagi, jeling aja budak tu.
“ah kau, ingat nak bagi anak dara orang makan
apa? Pasir ke! Aku kerja pun siang malam. Tak
sempat nak fikir fasal kahwin lagi.” Gurau aku.
Haneen apalagi, gelak aja dia tu. Nasib tak
bergegar kereta aku ni.

15

CERITA KITA | AMAI

Ada je tau idea dalam kepala. Macam faham aja
apa aku cakap tadi. Baik aku fokus bawak kereta.
Hujan pun dan tak lebat sangat.

16

CERITA KITA | AMAI

BAB 3

Pagi sabtu setenang langit biru. Aku
turun ke tingkat bawah untuk membuat
kerja rumah. Cakap je kerja rumah apa,
kemas baju, lipat baju, sapu rumah, buang
sampah, semua aku buat. Haih, memang itu
semua aku buat. Nak mengharapkan adik-adik,
kirim salam saja. Pukul 7 pun belum bangun lagi.
Agaknya, kalau letak ayam dekat tepi rumah
baru nak bangun. Mentang-mentang kita duduk
bandar!

Biasa rutin aku, lepas solat subuh aku akan terus
mengulang satu atau dua juz. Tengoklah
keadaan. Kalau aku bangun lewat sikit, biasa tak
banyak yang aku ngulang.

Mengulang atau biasa kita dengar murojaah,
adalah suatu proses pengulangan seorang

17

CERITA KITA | AMAI

penghafaz alquran terhadap alquran yang telah
di hafal.
Dapur tempat pertama yang aku tuju. Nampak
mama tengah sibuk masak sarapan.
“selamat pagi, mama. Mama masak apetu?” sapa
aku penuh mesra. Nampak nasi goreng dalam
kuali itu sungguh menyelerakan!
Mama Cuma senyum sambal pandang aku yang
nampak teruja. “akak tolong sapu luar dulu
boleh?”
“bukan akak selalu buat ke pepagi, ni nak buat
lah ni. Eeee tak sabar nak makan!”
Penyapu dan penyodok aku ambil, lalu aku ke
ruang tamu untuk mengemas. Sungguh
menyakitkan ya bila tengok tahap kebersepahan
rumah ni.

18

CERITA KITA | AMAI

Kadang aku merungut jugak, kenapalah aku
dilahirkan sebagai anak sulung, anak pertama.
Semua kerja rumah aku kena buat.

Mama adalah jugak tolong, tapi takkan semua
kerja aku nak biar mama buat semua sendiri.
Aku sebagai anak kenalah tolong. Walaupun
terpaksa kemas rumah, kesemuanya.

Aku kadang merungut dekat mama sebab rumah
aku jarang sangat nak nampak bersih macam
rumah makcik aku yang sorang dekat Singapore
sana. Aku panggil makcik aku, ciknya. Bila aku
merungut dan meluah, mama Cuma cakap,

“rumah kita tak sama dengan rumah ciknya.
Ciknya tak kahwin lagi, jadi boleh pastikan
rumah sentiasa bersih. Kita lain kak, ada anak
kecil dalam rumah. Mereka tak pandai untuk
mengemas lagi. Yang ada di kepala mereka
hanyalah main, main, dan main.”

19

CERITA KITA | AMAI

Itulah jawapan mama. Secara jujurnya, aku tak
setuju dengan penyataan yang baru aku dengar
tadi. Bukankah sepatutnya kerja rumah ini diajar
seawal usia mereka setahun jagung? Luahan ku
ini hanyalah disimpan dalam hati sahaja.

Kalaulah aku diberi kekuatan untuk membantah,
aku akan bantah. Tapi aku seorang yang lemah
lembut tak kira tempat. Haih, sudahnya akulah
yang terseksa sendiri. Ruang tamu yang
berselerak aku pandang dengan perasaan sedih.

Segala mainan adik-adik aku simpan dalam satu
kotak khas. Segala frame gambar aku susun
mengikut asal semula. Pinggan dan cawan aku
jadikan satu sebelum aku bawa ke dapur.

Tiba-tiba, tubir mata aku terasa panas. Setitik
demi setitik air mata aku mula jatuh. Aku seka
agar air mata itu tidak terus jatuh. Makin lama

20

CERITA KITA | AMAI

makin deras air mata aku. Iya, aku dah penat
buat semuanya sendiri.
Lantas aku merehatkan diriku, aku terduduk
dibalik sofa. Aku menangis semahu-mahunya.
Menangis seperti anak kecil. Yang bezanya, aku
menangis tanpa mengeluarkan suara. Terlalu
sakit sekali menangisku kali ini. Lama tangisku
itu ku anggar dalam 15 minit.

“adik-adik, mari makan. Mama dah siap masak
sarapan!” laung mama.
Tubir mata seka air mata, dan memberi
semangat kepada diriku. Lantas, aku
percepatkan kemas ruang tamu itu. Sapu aku
capai lalu disapu pada segenap tempat. Setelah
semuanya siap, pinggan dan cawan yang aku

21

CERITA KITA | AMAI

satukan tadi ku bawa bersama penyapu dan
penyodok ke dapur semula.

Sarapan la, apalagi! Aku dah tahan lapar dekat
dua jam okay!

Sampai je dapur, kulihat adik-adik sudah duduk
di atas meja. Mama mula menghidangkan nasi
yang digoreng tadi. Tiba di singki, kulihat
banyak periuk dan perkakas lain. Tak lain tak
bukan, mesti aku yang kena kemas, kena cuci
semuanya nanti. Haih.

Meja makan pula aku tuju. Dan sesi menjamu
selera pun bermula.

“next week ada kenduri kahwin tau. Jom pergi.
Lagipun kau orang tengah cuti kan,” kata mama
memecahkan suasana di meja makan.

“ada dua majlis kahwin tau. So, yang first kita tu
walimah anak murid mama kita pergi sebelum

22

CERITA KITA | AMAI

zohor dan second tu walimah sedara mama tapi
kita pergi lepas zohor. Nanti kemas barang tau,
kita tidur dekat Batu Pahat. Mama dah book
hotel nanti.” Sambung mama lagi.

“mama, ayah tak ikut ke pergi walimah tu
nanti?” Asma, adik kedua aku bertanya.

“ayah outstation lagi, jadinya Cuma kita
berempat jelah pergi. Takpa, nanti mama ajak
kau orang pusing Batu Pahat.” Apa lagi, riak
gembira terpancar dekat muka adik-adik aku.
Aku Cuma senyum saja. Dan penat menangis
tadi, tak berdaya nak sumbang suara.

Meja mula kosong, hanya ada aku dan mama.
Memang itulah rutin aku kalau di meja makan.
Akan teman mama sampai mama habis makan,
walaupun akhirnya aku yang kena kemas dapur.

“kak.” Seru mama buat aku angkat kepala.

23

CERITA KITA | AMAI

“walimah belah pagi tu sedaranya haneen. Kira
keluarga besar dial ah kan.” Aku apalagi,
terkejut la. Sebabnya aku akan terjumpa satu
keluarga besar haneen.
I repeat it again, KELUARGA BESAR!
Semoga aku diberi kekuatan untuk bertemu sua,
haih.
“kiranya mama pernah ajar sedara haneen lah
ni?” anggukan dari mama buat aku faham situasi
yang bakal aku hadap. Ah, aku taknak fikir lagi,
baik cuci pinggan mangkuk lagi baik!

24

CERITA KITA | AMAI

BAB 4

Suasana dalam kereta sudah tidak riuh
dengan suara adik-adik lagi. Semuanya
sudah terlelap kepenatan selepas 30
minit dalam perjalanan ke walimah anak murid
mama aku. Hanya aku yang setia menemani
mama. Tidak sampai hati untuk aku turut serta
tidur walau mata aku sudah kuyu sungguh.
Dahla malam tadi aku susah hendak lelapkan
mata, dasar insomnia!

Perjalanan dari rumah aku ke walimah itu
mengambil masa dalam satu jam lebih sahaja.
Namun, melihat kepada kesesakan lalu lintas
pada waktu itu, menyebabkan perjalanan kami
melebihi waktu yang sepatutnya. Sudah tidak
terkira berapa banyak kali aku menguap. Nasib
sahaja aku dapat mengawalnya.

25

CERITA KITA | AMAI

Aku masih ingat lagi nasihat mama. Kata mama,
“kita ni perempuan, buat cara perempuan.
Jangan hilangkan keayuan yang tersedia ada itu
dengan perangai tak semengah kita.”

Aku tergelak sendiri.

“kak, tolong search alamat walimah tu.” Aku
terus ambil telefon mama dan buat apa yang
mama suruh. Aplikasi google map aku lungsuri.
Aku buatlah apa yang patut. Nama pun gaya
orang nak cari jalan, orang sesat,
HAHAHAHAHA.

Dan sepanjang perjalanan mencari majlis
walimah, memang penuh celoteh aku dengan
mama sahaja memandangkan yang celik hanya
kami berdua.

Penat berceloteh, aku ambik telefon aku dari
sling beg aku. Aplikasi Instagram aku buka. Apa

26

CERITA KITA | AMAI

lagi, ambik satu boomerang aku dengan mama.
Adalah jugak dua gambar aku ambik.
“ingat cantik la tu ambik gambar.” Itu suara
mama. Mama saja je jatuhkan level keyakinan
aku. Aku buat tidak peduli dengan bicara mama
tadi.
You know what, I saw she smiling at me. Cis!
Don’t even care about the previous statement,
aku upload gambar tadi itu ke story Instagram.
Buat kenang-kenangan bila aku akan jauh nanti.
Setidaknya, aku boleh aku tengok semula bila
aku rindu nanti, acewahh!
Almaklum sekarang aku tengah cuti sem, masa
ini lah aku nak ambik gambar mama dengan
baba banyak-banyak. Biar aku boleh tatap bila
dah naik kolej nanti.

27

CERITA KITA | AMAI

Dalam tak sedar, story Aisyah telahpun dilihat
oleh Haneen.

“cantiknya Aisyah ni, pakai bawal je pun.
Untung aku ada kawan cantik macam kau.” Puji
haneen nampaknya berlebih ya.

Tekun betul seorang haneen bermain telefon di
biliknya. Almaklum, dia sekeluarga berada di
kampung sekarang ini. Salah seorang sedaranya
telah mengadakan majlis walimah di kampung.
Keluarga besar haneen pula ramai, memang riuh
kampungnya hari ini. Di ruang tamu, tak usah
diperkata lagi. Terdapat satu pelamin cantik
yang telah terhias. Haneen malah duduk di bilik
sahaja kerana malas hendak bergaul dengan
sepupunya.

Tok tok

Bunyi ketukan di pintu menyentakkan haneen.

28

CERITA KITA | AMAI

“sapa tu, ada haneen kat dalam.”
“umi ni, nak masuk boleh?” tanya umi.
“masukla umi.” Pelawa haneen separa jerit.
“kenapa kamu duduk dalam bilik je ni?” tanya
umi hairan. Iyalah, anak daranya ini bukan
selalu suka bergaul dengan sepupu sepapat ke?
“haneen penat sekejap, nak rehat. Umi marilah
masuk kejap, haneen nak tunjuk something ni.”
Ajak aku sambil menepuk katil di sebelah.
Almaklum tengah melepak di katil yang empuk
itu kannn.
“kenapa ni?”
“umi tengok ni, Aisyah kawan neen buat story
dekat Instgram. Cantik kan? Nilah kawan Neen
yang yang selalu cerita dekat umi tu” puji lagi
aku sambil ditujukan telefon itu ke arah umi.

29

CERITA KITA | AMAI

“ouh ini kawan kamu yang masuk musabaqah
itu kan?” soal umi gembira.
“haah, tapi dia dah jarang masuk la umi. Neen
tak tahu kenapa. Tapi, tahun ni neen akan
pastikan dia masuk, sekali dengan ziyad. Hehe.”
Ujar aku penuh teruja.
Bagi aku, gandingan antara Aisyah dan Ziyad
sememangnya cukup memuaskan. Kerana
keduanya mempunyai kesamaan, iaitu
dikurniakan suara yang sedap apabila mengaji
alquran! Jeles I uolls.
“ada-ada aja kamu ni.” Dicubit pula pipi itu.
Namun, jauh dari sudut hati umi sebenarnya
telah berkenan dengan budak bernama Aisyah
itu. Manis sungguh senyumannya! Kalau
dijadikan menantu seronok juga ya.

30

CERITA KITA | AMAI

“umi, ziyad tak balik ke kenduri kali ini?” soal
aku penuh tanda tanya. Selalunya kalau ada
majlis keluarga besar, semua akan berkumpul.
Tetapi tidak pula kali ini. Ziyad ada urusan yang
tidak dapat dia elakkan jadinya dia tidak dapat
berkumpul awal seperti selalunya.
“Yad cakap dia akan balik, cumanya mungkin
time majlis dah nak mula. Takpelah, dia kan
tengah ada urusan. Jangan ganggu dia. Hari itu
umi dengar dia nak kumpul duit nak kahwin,
biarkanlah dia.” Kata umi berbaur memujuk.
Hati aku sedikit terpujuk. Tetapi mendengar ayat
last umi buat aku teruja sedikit.
Ziyad cari duit nak kahwin? Seriuskah dia itu?

31

CERITA KITA | AMAI

BAB 5

Setelah mengharungi pelbagai kesesakan
dan trafik yang terlalu banyak, dengan
banyaknya kenderaan di jalan tadi,
akhirnya sampai juga walimah anak murid mak
aku. Fuh, alhamdulillah. Sempatlah jugak kita
orang melihat lembu dan kerbau di tepi jalan
memandang walimah ini berada jauh di hujung
kampung sana.

Sebelum turun dari kereta, mama meletakkan
kereta di tempat yang sesuai. Ramai juga tetamu
yang dijemput. Ada juga aku terfikir, agaknya
boleh tak aku jumpa haneen sekejap ya?

“dah sampai, adik-adik bangun.” Kejut mama
sambil memandang penumpang di belakang.

Nampakla adik-adik bangun dengan
mengeliatnya. Aku pula betulkan tudung supaya

32

CERITA KITA | AMAI

terletak cantik. Pakai tudung bawal ni kena
sentiasa behave. Nanti dia buat perangai, boleh
rosak mood aku seharian.

Setelah kereta berkunci, kami sekeluarga menuju
ke majlis walimah itu. Di hadapan aku, terdapat
beberapa buah khemah. Biasalah, buat di
kampung mesti ada walimah. Jemputan mesti
melebihi seribu orang. Itu yang aku tahu dari
mama, memang biasa orang kampung akan
jemput lebih dari biasa.

Sebelum masuk, kita akan disapa oleh keluarga
besar dari keluarga pengantin. Pengantin jelah
yang belum kelihatan. Aku lihat seorang-demi
seorang. Tiada gaya emak Haneen. Mungkin
akan terjumpa sekejap lagi, mungkin.

Bila sudah masuk ke majlis itu, tiba-tiba mama
menegur kawannya yang berdekatan itu. Aku
dan adik-adik hanya diam sahaja. Apabila mama

33

CERITA KITA | AMAI

tujukan ke aku, aku salam mereka dan tunduk
hormat. Nampak muka gembira mama apabila
memperkenalkan aku sebagai anak sulong
perempuannya.

Aku di situ hanya mampu tersenyum saja.
Sudah lali dengan pujian. Aku kira dalam lima
minit juga mama berbual dengan rakannya itu.
Biasalah, membawang sekejap setelah lama tak
bersua. Kita tak boleh halang mereka,
HAHAHAHA. Setelah itu, meja kosong kami
tuju lalu menjamu selera dengan hidangan yang
ada.

Aku anggar dalam sejam jugak menjamu selera.
Biasalah, nak makan lepas itu nak melayan adik
makan lagi. Nak membawang lagi, haihh. Itulah
realitinya.

34

CERITA KITA | AMAI

“dah jom bangun, ramai tetamu dah datang. Kita
jumpa tuan rumah pulak.” Lalu kami semua
bangun dan mengemas apa yang patut. Sekarang
adalag adalah sesi berjumpa dengan tuan rumah
pulak. Lepas itu dah boleh balik, yezz!
Dan sekarang di hadapan aku, ialah tuan rumah.
Dari mata aku ni aku assume tuan rumah
seorang yang ramah ya. Satu sudut positif yang
aku lihat.
Sesi salam menyalam bermula, sesi membawang
pun sama. Tiba-tiba,
“ni hah anak saya kawan dengan haneen, satu
sekolah dulu diorang ini.” Aku tersentak tiba-
tiba. Senyum ku berikan kepada mereka.
“manisnya anak kau, umur berapa?”
“23 tahun, makcik.” Jawab aku penuh baik.

35

CERITA KITA | AMAI

Serentak itu, aku nampak mak Haneen lalu di
tepi. “Rohana, ni kawan Haneen datang la.”

Aku apalagi, mampu senyum sajalah. Malu tidak
usah cakap. Terus aku salam tangannya dan ku
sapa. Bersalaman pula mama dengan mak
Haneen.

“eh Aisyah, makcik masih ingat kamu lagi. Dah
jumpa Haneen?” soal makcik Rohana.

“ouh Haneen ada ya, boleh jumpa sekejap?”

“boleh, kejap makcik panggilkan.” Terus laju
kakinya masuk ke rumah agam itu untuk
memanggil anak daranya.

“mama kalau nak masuk kereta dulu pergilah.
Akak nak jumpa Haneen sekejap boleh?” tanya
aku penuh hormat.

“hah okay mama bawak adik masuk kereta
dahulu tau.”

36

CERITA KITA | AMAI

“kami balik dulu ya.” Ujar mama kepada tuan
rumah. Aku pula tidak sabar hendak jumpa
Haneen. Eeee tak sabar I ni uolls!
Tidak sampai beberapa minit, kehadiran Haneen
akhirnya kelihatan. Kami berpelukan seketika.
Ahh seronok sangat dapat jumpa kawan
madrasah sorang ini. Serius tak sangka. Sebab
aku ingatkan dia tidak ada untuk majlis penting
ini.
“aku ingatkan kau tidak ada untuk majlis penting
ni.” Tanya aku terus.
“taklah, bos aku baik. Dia kasi aku cuti tau
sebab tengok pretasi kerja aku makin baik!
Macam mana kau boleh ada dekat sini pulak?”
soalnya pelik. Kening sebelah diangkat. Hamboi!

37

CERITA KITA | AMAI

“sedara kau ni, anak murid mak aku. Kira
dijemput lah. Tapi tak sangka pulak aku dapat
jumpa kau!” jawab aku pula.
“eh abang kau tu takda kan?” yerlah takut tetiba
terserempak. Bak kata pepatah, mencegah itu
lebih baik dari merawat. Eh?
“ala Ziyad takda lagi, dia balik time pengantin
dah sampai satgi. Biasalah dia tu sibuk sikit
sejak kebelakangan ni.” Jawabnya tanpa berhenti
tersenyum.
Aku terus rasa lega, dah hilang debar dah.
Akhirnya aku terus ajak Haneen bergambar. Bila
lagi nak bergambar kan, hehehe.
“jomlah ambik gambar dekat dalam, dekat
pelamin.” Aku dah buat muka pelik.
“malulah weyh, aku dahla tetamu.”

38

CERITA KITA | AMAI

“ala takda orang, jomlah weyh jomlahh.”
Rayuannya melemahkan aku. Akhirnya aku ikut
masuk ke dalam rumah. Haihh cantik sungguh
rumah agam itu. Walau berkonsepkan kampung,
tidak menghalang aku untuk terus meneliti
ruangan yang ada di hadapan aku.

Pelamin pengantin kami tu. “jom ambik dekat
pelamin ni.” Kata Haneen sambil tersenyum.

“mentang-mentang pengantin belum ada lagi
ya.”

“takpelah, kita kan BAKAL.” Dan aku pun
tergelak.

Di hadapan aku pula ada sedaranya yang lalu
lalang. Haneen memanggil sedaranya untuk
mengambil gambar kami.

Bukan setakat gambar, aku request boomerang
sekali. HAHAHAHA. Banyak la jugak

39

CERITA KITA | AMAI

kenangan kami walaupun tidak sampai 30 minit
berjumpa. Akhirnya, aku meminta izin untuk
pulang.

Baru nak keluar, kelihatan ayah Haneen lalu
dihadapan kami. Aku memberi salam kepadanya.
Manakala Haneen memperkenalkan aku.

“kamu kawan yang mana, kawan madrasah ya?”
soalnya penuh ramah.

“haah iya saya.”

“kira kamu ini senior anak pakcik ke?” soalnya
lagi.

Aku sudah gelak. “lebih kurang la pakcik. Tetapi
kami sebaya.”

“abi, dia pernah masuk musabaqah dulu. Kira
idola Haneen jugak ni.” Cerita Haneen, sungguh
banyak dia puji berkaitan aku. Malu aku
dibuatnya. Aku cubit pinggannya tanda gurau.

40

CERITA KITA | AMAI

“iya kah, wah. Pakcik berbangga dengan kamu.
Tak silap pakcik, akan diadakan jugak dalam
masa terdekat musabaqah itu nanti.” Cerita
pakcik Haneen. Sungguh aku berbangga dengan
ayah Haneen, walau sudah dimamah usia namun
wajahnya sentiasa dihiasi dengan senyuman
manis. Aku suka aku suka!

“ouh begitu, tengoklah macam mana nanti
pakcik. Kalau saya rasa saya nak masuk, nanti
saya masuk lagi. Insya allah. Nanti saya ajak
Haneen masuk sekali.” Kataku gurau sekaligus
melirik ke arah Haneen.

Aku dapat lihat Haneen memuncungkan mulut
tanda protes. Okay, aku terhibur dengan
telatahnya.

“okaylah pakcik, saya minta diri dulu ya. Mak
saya dah tunggu dekat luar. Assalamualaikum

41

CERITA KITA | AMAI

pakcik, Haneen. Jumpa lagi, insya allah.” Aku
akhiri pertemuan itu.
“waalaikumsalam wbt.” Jawab mereka.
Serentak dengan itu, aku lihat ada seorang lelaki
sedang masuk ke dalam rumah sedang aku ingin
menuju keluar.
Dan aku dengar, Haneen menyapa lelaki tersebut.
Aku tahu, itu adalah Ziyad. Tapi, takkan aku nak
tegur dia. Aku ni dahla tetamu semata.
Kringgg, kringg!
Deringan telefon itu buat aku terkejut. Terus aku
ambil telefon dari beg aku. Nama mama tertera.
Dan aku tahu, itu adalah petanda untuk aku
pulang.
Terus aku lajukan langkah untuk pulang.
Nanti tidak pasal, aku kena bebel dengan mama.

42

CERITA KITA | AMAI

BAB 6

Kereta honda civic dipandu secara
hemat. Ziyad membeli kereta itu
selepas gaji kedua dia dapat.
Dengan kereta itulah memudahkan dia untuk
mencari rezeki dan membawa adik-adiknya
berjalan.
Sejak meningkat dewasa, dia memahami
kesusahan umi dan abinya. Barang-barang dapur
selalu dibeli menggunakan duitnya sendiri. Itu
semua hasil usahanya yang bekerja sebagai
imam masjid di masjid mana-mana. Itu kerja
sampingan sahaja. Ada kerja lain juga yang dia
lakukan.

43

CERITA KITA | AMAI

Ziyad memarkir keretanya di suatu sudut.
Nampak meriah majlis walimah itu diadakan.

“fuh, akhirnya sampai. Alhamdulillah.” Ucapnya
syukur.

Beg galas diambil dari tempat penumpang
sebelah dan membolos keluar. Kereta dikunci
sebelum kaki menuju ke rumah agam itu. Eh
bukan, rumah kampung agam.

Sepanjang perjalanannya, disapa semua tetamu
yang dia kenal. Pakcik makcik semuanya ditegur.
Memang ziyad seorang yang ramah, namun
hanya pada keluarganya sahaja.

“assalamualaikum umi, Yad dah balik.” Beritahu
aku selepas melihat umi dihadapan.

“allah, waalaikumsalam. Ingat kamu tak balik
tadi. Pergilah rehat dahulu, nanti tukar baju ya.
Baju mintak Haneen dekat bilik tau.” Kata umi.

44

CERITA KITA | AMAI

Aku nampak wajah umi disinari kegembiraan.
Ada apa-apa ke ni? Baik aku masuk dalam,
mungkin aku dapat jawapan nanti. Manelah tahu.
Setapak demi setapak, akhirnya aku sudah
hampir dengan pintu utama. Dapat aku lihat abi
dan Haneen sedang berbual bersama dengan
seorang budak perempuan berbaju kurung unggu
bersama tudung bawal. Aku rasa badannya kecil
sahaja, sebab aku lihat dia lebih pendek
berbanding adik aku tu.
Tudungnya pula labuh, aku rasa dia pakai bidang
60. Kalau tanya how aku boleh kenal, senang je.
Adik aku tu suka pakai bidang 50 and umi pula
suka pakai bidang 60. So aku dah kenal.
Perempuan itu siap pakai handsock sekali, bagus
betul tetamu sedara aku ini.

45

CERITA KITA | AMAI

“ziyad, akhirnya balik jugak kau.” Laung
Haneen. Haih adik aku ni, suara kalau boleh nak
kuat lagi.
Aku membuka kasut kerja dan terus masuk.
Dalam tak sadar, aku berselisih dengan
perempuan itu tadi. Tidak aku hiraukan budak
itu, terus aku berjalan ke hadapan dan bersalam
abi. Haneen pula menyalami aku.
“Yad nak rehat ea abi. Penat balik kerja.
Lagipun tadi jalan sesak.” Kata aku.
Setelah mendapat balasan angguk dari abi, aku
terus meminta Haneen menunjukkan biliknya
dahulu. Neen sudah pandang aku pelik.
“haih. Umi suruh ambik baju dekat bilik kau.
Janganlah pandang pelik semacam lagi. Aku
penat ni.” Dia apalagi, gelakkan aku.

46

CERITA KITA | AMAI

Terus dia tunjukkan biliknya dan memberi aku
baju pula. Aku bilang padanya yang aku hendak
tumpang bilik. Aku terlalu penat untuk ke bilik
aku. Lagipun Haneen bukan guna biliknya
sekarang ini.
“gunalah Yad, aku tengok kau pun tak sampai
hati nak halau kau.”
Terus aku duduk di birai katil. Penat tidak usah
dicakap. Tapi, ada perkara yang aku hendak
tanya pada Haneen.
Tak sempat aku nak tanya, Haneen terus
menegur aku.
“Yad, kau tahu tadi ada kawan aku datang. Aku
suka gila weyhh!” ceritanya riang.
“siapa yang datang?” soal aku semula.
“hehehe, Aisyah Guzelia!”

47

CERITA KITA | AMAI

“sapa itu?” tanya aku.
“haish kau ni Yad. Ni Aisyah yang kita jumpa tu
lah.” Terangnya geram. Haneen lupa kot yang
aku ni tahu nama pendek dia aja.
“macam mana dia boleh datang tiba-tiba ni?”
dan Haneen pun cerita kisah mereka tadi.
Memang aku terus berminat dengan cerita adik
aku seorang ini.
“dahla neen, Yad nak tukar baju dulu. Nanti kita
sambung cerita kau lagi. Tolong kasi baju aku”
Ujar aku.
Haneen pun mengeluarkan baju aku dari almari
dan diletakkan di birai langsir lalu keluar dari
bilik. Sepasang baju melayu telahpun digosok
kemas.
Aku ambik keputusan untuk berehat sebentar.

48

CERITA KITA | AMAI

Mengenai Aisyah, jujur itulah kali pertama aku
mengetahui nama penuhnya. Sungguh menarik.
Tidak pernah aku dengar nama sepelik itu.

Sejujurnya, aku telah angau dengan
personalitinya.

BAB 7

Sebulan telah berlalu. Segalanya masih
sama. Aku senantiasa menjadi kuli di
rumah. Aku penat sebenarnya. Tetapi,
aku selalu menenangkan diri sendiri bahawa
memudahkan kerja rumah mama mampu
memberi kebahagiaan buat dirinya dan diriku.
Tiadalah yang lebih baik berbanding membuat
mama tersenyum selalu.

Selalu aku ngadukan segalanya kepada ayah.
Ada pernah sekali, aku terlalu penat
menguruskan rumah sendirian. Mama sibuk

49

CERITA KITA | AMAI

dengan mencari rezeki. Pada waktu itu, ayah
mengambil cuti kerana berasa kurang sihat.

Aku ternangis di belakang tatkala sedang
menyidai pakaian kami sekeluarga. Ketika itu,
ayah perasan akan kesedihan aku. Selepas siap
semua kerja, aku terus melulu ke bilik.

Tok tok tok

Aku toleh memandang pintu. Ouh ayah.

“boleh ayah masuk?”

Mendapat anggukan dari aku, terus ayah masuk.
Pintu dibiarkan terbuka sedikit. Seterusnya, ayah
salami apa yang terbuku di hati aku. Sejujurnya,
susah untuk aku luahkan semuanya kerana
selama ini aku pendam semua yang aku rasa
sendiri.

Banyak sahaja perkara yang aku bincangkan
bersama mama dan ayah. Semuanya berkait

50


Click to View FlipBook Version