CERITA KITA | AMAI
akak dekat hotel. Aku pun menginap dekat hotel
kamu sekarang ini.” Ceritanya.
Aku apalagi. “ouh kita belum gerak lagi. Bolehla
kita jumpa. Lagipan kita dah siap dah ni, Cuma
nak pergi makan malam. Dah alang-alang,
bolehla jumpa sekejap.”
“okay akak tunggu dekat lobby ya.” Telefon
dimatikan. Aku terus capai sling beg berwarna
hitam dan capai segala keperluan penting aku.
Setelah berpamitan dengan rakan sebilik aku,
terus aku keluar dan menuju lobby. Lift yang
berdekatan aku guna.
Bilasudah berada di lobby, aku melilau mencari
kak Hajar. Dan aku jumpa dia. Ternyata dia
datang bersama dengan suaminya, encik Izuan.
“assalamualaikum akak!” aku salam tangannya
dan berpelukan.
101
CERITA KITA | AMAI
Lama juga berpelukan. Akhirnya, aku terus
mempelawa kak hajar untuk di sofa yang
tersedia. Masa yang ada kami manfaatkan
dengan sedikit berborak mengenai hal pagi tadi.
Suaminya juga turut mengucapkan tahniah akan
persembahan aku tadi.
Katanya, mereka hanya mampu melihat aku
secara atas talian memandangkan kerja yang
tidak dapat dielak.
Tiba-tiba, seseorang memanggil nama aku. Aku
terus toleh.
Ziyad Zulkarnain.
Dia sedang mendekat ke arah aku. Pandangan
pelik dari kak Hajar dan suami pula aku terima.
Aku cuma jelaskan yang dia hanyalah peserta
sama seperti aku juga. Terus aku meminta izin
untuk berjumpa dengannya sebentar.
102
CERITA KITA | AMAI
Aku terus bangun dan mula berhadapan
dengannya.
“ada apa kamu panggil saya?”
“boleh saya jumpa sebentar, jauh sedikit dari
sini.” Sambil tangan ditunjukkan ke suatu arah.
Aku rasa arah yang ditunjukkan itu tidak jauh
dari kak Hajar, lantas anggukan yang aku
berikan.
Aku dan Ziyad sama-sama menuju ke suatu arah.
Aku dapat melihat ada beberapa kawannya juga
sedang duduk tidak jauh dari tempat kami
berdiri.
“saya ada benda nak tanya. itu sebab saya
panggil nak jumpa kamu, berdua. walaupun saya
tahu ramai sedang perhatikan kita.” ujar dia
tenang.
103
CERITA KITA | AMAI
haishhh, rasa nak letak muka dalam kotak!
Boleh tak dia cakap cepat sikit?
“awak kenapa nak jumpa saya ni? makcik ada
nak cakap apa-apa dekat aku ke ?” soal aku
gelisah gelabah. usah aku risau aku badanku
yang mula bertidak sepertinya bagai diluar
kawalan aku. makcik yang aku maksudkan itu
ibu si ziyad ini, ibu sungguh baik dengan aku.
“saya tak pandai nak berbasa-basi,” keningku
terangkat sebelah. apa yang dia nak cakap ni ?
“awak ada sapa-sapa tak dekat hati kau? jujur
dengan saya boleh?” soalnya tenang. matanya
mula mancari mata aku
aku apa lagi, lawan bertentang matalah apa lagi.
ingat aku takut ke?
104
CERITA KITA | AMAI
berbalik pada soalan ziyad tadi. soalannya
sungguh pelik. aku mencari jawapan pada soalan
dia semula.
Memang benar, memang aku ada suka seseorang
tetapi aku tidak meletakkan harapan yang tinggi.
Dan orang itu adalah awak, Ziyad. Tapi aku tak
mampu nak beritahu secara jujur.
aku menghembuskan nafas berat. dan
jawapanku…
“memang ada suka seseorang tetapi saya tidak
meletakkan harapan yang tinggi. Saya hanyalah
seorang perempuan yang tiada hak untuk
menyatakan suka dan cinta melainkan selepas
aku dinikahkan.”
Sepatutnya, boleh sahaja perempuan mulakan
langkah dahulu. Tapi perempuan itu bukan aku
lah pastinya. Aku sambung lagi,
105
CERITA KITA | AMAI
“Jika ada seseorang yang menyatakan bahawa
dia ingin hidup bersama saya hingga ke syurga,
maka akan saya beritahu orang ramai bahawa
saya telah suka sejujurnya pada dia.” Jelas aku
berkata jujur. Jujur dari hati.
Ziyad kulihat seakan terpana dengan jawapan
aku itu.
itu jawapan aku, setelah lama aku cemburu dan
bertahan dengan rakan sebayaku yang sakan
bercouple bercinta. Aku tidak mahu hubungan
sebegitu melainkan jika aku sudah menikah
sahaja.
Ziyad pandang aku, lama sangat. Adalah dalam
seminit dua. Lantas mula menapak satu ke
hadapan aku.
“okay, itu sahaja jawapan yang saya mahu.
Kamu boleh pergi. Maaf sebab dah ambik masa
106
CERITA KITA | AMAI
kamu” laju dia meninggalkan aku tanpa sempat
aku bertanya.
aku apa lagi, ditinggal dalam keadaan bingung
sahaja. mungkin esok aku berpeluang untuk
bertanya semula. Harapnya dapatlah aku jumpa,
lagi sekali.
107
CERITA KITA | AMAI
BAB 15
Suasana semakin mendebarkan aku.
Sekarang adalah pengumuman bagi
keputusan penuh untuk musabaqah kali
ini. Tanganku asyik basah dari tadi.
“johan bagi kategori 1-10 juzu’ lelaki dengan
mendapat markah sebanyak 98% jatuh kepada
Ziyad Zulkarnain bin Hasanin.”
Aku terasa bangga disitu, terus aku toleh ke
arahnya di hujung sana. Kelihatan satu
senyuman terukir. Tanpa aku sadar, dia sedang
menoleh ke arah aku pula. Terus aku gelabah tak
ingat kiri kanan.
Seterusnya,
“johan bagi kategori 1-20 juzu’ perempuan,
dengan mendapat markah sebanyak 96% jatuh
108
CERITA KITA | AMAI
kepada cik Aisyah Guzelia binti Arman. Tahniah
diucapkan”
Aku terus mengeluarkan air mata. Air mata
terharu. Rakanku di sebelah terus memeluk aku.
Tidak aku hirau pengacara majlis itu lagi.
And macam biasa, berbakul notification dari
telefon aku pula keluar. HAHAHAHA
Selesai sesi mengambil hadiah.
Piala yang sudah berada di tangan ku tenung.
Tekun sehingga tidak sedar mama dengan ayah
sudah semakin mendekat.
“tahniah anak mama.” Terus dipeluk aku dengan
erat.
“kan ayah dah cakap, kamu boleh buat punya.”
Selorah ayah buat aku ketawa.
109
CERITA KITA | AMAI
Teringat akan booth yang tersedia di luar, terus
aku ajak mereka berdua untuk menangkap
gambar bersama.
Dalam masa yang sama, Ziyad bersama Haneen
kulihat sedang seronok bergambar. Bibirku
terukir senyum tanpa sengaja melihat keakraban
mereka.
“weyhh! Tahniah tau!” disergah Haneen buat
aku terkejut. Mama hanya tersenyum melihat
adegan itu.
“terima kasih. Btw, kitorang nak ambik gambar
pulak boleh?”
“meh fon, aku tolong ambikkan.” Terus aku
berdiri sopan di situ dengan mama dan ayah.
“weyh jom ambik berdua pulak. Makcik, saya
nak pinjam anak makcik ea.” Hamboi ramah
sungguh budak ni.
110
CERITA KITA | AMAI
“boleh boleh, pergilah.” Terus aku dibawa jauh
dari ibu bapa aku.
“Yad, kau ikut sekali! Ah takda takda kau kena
ikut jugak.” Ziyad pasrah. Dituruti sahaja
kehendak adiknya yang sengal itu.
Telefon bertukar tangan, aku dan Haneen mula
rancak bergambar. Banyak sungguh!
“yad, meh aku ambik gambar korang berdua
pula.” Dikenyit kearah aku. Aku bulatkan mata.
Dasar kawan! Takkan nak ambik berdua seyhh.
“ala bolehla weyh. Untuk aku je, kan yad?”
Ziyad jelingkan matanya. Tapi tetap mendekat
sebelah aku. Ceh!
Klik klik klik
Ada sekali aku teringin nak tengok muka dia
depan-depan, walaupun dah pernah tertengok
depan-depan HAHAHAHA.
111
CERITA KITA | AMAI
Aku pandang ke arahnya. Tak semenanya dia
pandang pula kea rah aku. Dengan sama-sama
piala ditangan,
Klik klik klik.
Gambar kami diabadikan.
Dari jauh, aku lihat sepasang ibu bapa sedang
menemui mama dan ayah. Salam juga dihulur.
Berkerut saja dahi ayah.
112
CERITA KITA | AMAI
BAB 16
Mood hari ini seperti mahu kemas
rumah tidak seperti biasa. Tidak
tahu kenapa aku rasa macam ini.
Selesaai aku mengerjakan urusan hakiki, terus
aku mengemas rumah.
Sapu dan penyodok aku ambil. Diguna untuk
menyapu ruang tamu dan dapur. Sakit juga
pinggang ini bila buat kerja sendirian. Ibu pula
sedang menyiapkan sarapan.
Adik-adik sudah bersiap dengan uniform
taekwondo mereka. Terus semuanya berkumpul
di meja makan. Aku juga tidak terkecuali.
“adik-adik, meh ayah hantar taekwondo. Nanti
lambat.” Terus mereka bangun dari kerusi dan
capai beg mereka. Untung, kecil-kecil sudah
dihantar ke kelas pertahankan diri.
113
CERITA KITA | AMAI
“kakak jaga rumah, mama dengan ayah ada
urusan dekat luar.” Kata mama.
“erm kalau akak nak keluar kejap boleh? Tapi
akak tidak tahu lagi hendak pergi mana. Nanti
akak ws mama.”
Dan akhirnya, tinggal la aku sendirian.
“bosannya.”
Iphone X aku ambil. Aplikasi Instagram aku
lungsuri.
“wah, Popular ada buat sale la. Bolehla jalan
sana.” Kataku teruja. Terus aku ws mama.
- Mama, akak nak pergi kedai buku.
Mungkin lama. Bubye!
114
CERITA KITA | AMAI
Perjalanan yang mengambil masa kurang dari 30
minit dari rumah. Kereta terus aku kunci.
Melihat pula pantulan muka dari cermin kecil
yang selalu aku bawa. Perfect!
Popular, it’s nice to meet you.
Aku masuk ke kedai buku itu. Mencari sudut
buku yang aku gemari. Novel!
Tekun sahaja aku melihat setiap satu buku yang
tersusun. Adakala, buku itu aku pegang lama,
namun letakkan ia kembali ke tempat asal. Tidak
boleh beli banyak buku, duit tengah haus
sekarang ini. Gaji pun belum masuk. Nak mintak
ayah segan lah pulak.
“kak, boleh tumpang lalu?” suara seseorang
membuat aku terus ke ke kiri.
“maaf maaf?” aku berkata tanda kesal. Terus aku
lihat wajahnya.
115
CERITA KITA | AMAI
Eh Ziyad? Aku berkerut.
Ziyad juga berbuat muka pelik. “kamu Aisyah,
kan? Kawan adik saya.”
Bagi Ziyad, dia sangat bersyukur kerana dia
dipertemukan kembali. Peluang kali ini tidak
akan dia lepaskan. Dia sudah berjanji dengan
dirinya jika dipertemukan dengan gadis ini, dia
akan memulakan langkah seterusnya.
Alhamdulillah, tuhan memudahkan urusannya.
“haah ya, erm sayalah yang terpaksa ambik
gambar berdua dengan awak tu. Ops.” Apahal la
aku terlanjur cakap ni. Mulut aku tutup dengan
kedua belah tangan.
Ziyad hanyalah gelak kecil sahaja. Aku kerling
di sebelahnya terdapat buku novel yang aku
idamkan. Terus aku capai buku itu.
116
CERITA KITA | AMAI
“saya pergi dulu ya, assalamualaikum.” Terus
aku ke kaunter pembayaran. Tidak betah untuk
terus berada di situ. Suara Ziyad memanggil juga
dibiarkan.
Di tangan sudah ada tiga buah buku. Cukupla
untuk kali ini. Terus aku letak di atas kaunter.
Purse aku keluarkan dari sling beg, bersedia
untuk keluarkan duit.
“sekalikan ya, saya bayar.” Suara lelaki itu. Aku
terkejut. Ku lihat dia meletakkan tiga buah
bukunya juga di sebelah buku aku. Terus aku
pusing menghadapnya.
“eh Ziyad, tak payahla susah-susah nak bayar.
Saya ada duit.” Iyalah aku tidak mahu terhutang
budi.
117
CERITA KITA | AMAI
“tak apa, bukan selalu saya belanja.” Aku iyakan
sahaja lah. Dah orang nak belanja, takkan kita
nak tolak.
Dua plastic berisi buku sudah siap untuk diambil.
Aku ambil kedua-duanya. Satu aku hulu kepada
Ziyad.
“terima kasih ya. Buat susah sahaja.” Kataku
penuh sopan.
“dah alang berjumpa ni, mari teman saya ke café
sane. Kita minum dan beborak sebentar. Jangan
risau, saya belanja.” Pinta Ziyad.
Aku teragak untuk terima pelawaan dia. Bukan
apa, kan berdua dekat café pulak tu. Aku tidak
biasa.
“jangan risau, Haneen ada sekali dengan kita
dekat sana.” Ziyad seperti memahami apa yang
bergolak di hati aku. Aku angguk tanda setuju.
118
CERITA KITA | AMAI
Kami berjalan seiring. Adakala, aku perasan
yang dia melirik kea rah aku tapi aku buat tidak
tahu sahaja. Ziyad pula menunjuk dimana café
itu berada. Bila sudah sampai, aku mata aku
melilau mencari Haneen.
“Neen belum sampai lagi, jadi kita duduk dulu
lah ya.”
“ouh, okay.” Tempat kosong terus kami serbu.
Pelayan pula datang kea rah kami. Buku menu
mula diberikan.
“selamat datang ke café kami, boleh saya ambil
pesanan?” soal pelayan itu.
Belum sempat aku memberi jawapan, lelaki di
hadapan aku sudah memecut memberi jawapan.
“kasi satu ice mocha and hot latte ya. Ada
apalagi nak tambah?”
119
CERITA KITA | AMAI
“beri saya sepotong bisscoff cheesecake. Itu
sahaja.” Tambah aku.
Setelah pelayan pergi, terus aku ujakan soalan.
“macam mana awak boleh order air untuk saya
tanpa bertanya?”
“ouh, hari itu saya perasan yang awak order ice
mocha time dekat café dengan Neen. So I
assume that you love those drink.” Tenang saja
dia menjawab.
“macam mana dengan persediaan kebangsaan
nanti, awak dah sedia?” tanya dia lagi.
“ouh semua baik baik sahaja. Saya lupa yang
kita akan pergi sekali.”
“kalau macam itu, apa kata kita tukar nombor
telefon? Nanti apa-apa sudah senang.” Tanpa
apa-apa, terus aku beri nombor aku. Itu tindakan
reflex. Aku boleh pula setenang itu berkongsi
120
CERITA KITA | AMAI
nombor. Sungguh aku pelik dengan diri aku
sekarang ini.
“assalamualaikum! Hamboi korang berdua ni.
Sweet nampak, dating ea.” Haneen muncul juga
akhirnya. Nampak besar kecil besar kecil saja
dia ni. Terus aku cubit pinggangnya.
“kau tulah yang lambat sangat, hamboi! Kita
tunggu dia tau dari tadi.” geram saja aku ni
dengan dia.
Ziyad ku lihat hanyalah tersenyum.
Bagi Ziyad, satu persatu perkara yang ingin dia
lakukan harini telahpun selesai. Tinggal
beberapa perkara sahaja lagi.
Berjumpa dengannya : checked
Belanjakan si gadis : checked
Mendapatkan nombornya : checked
121
CERITA KITA | AMAI
Walaupun semua senarai ini baru sahaja
dibuatnya tadi selepas terserempak dengan gadis
itu. Tetap harini terasa sangat bahagia.
122
BAB 17