The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norizan sohok, 2022-03-12 12:02:49

TUHAN SENTUHLAH HATIKU

TUHAN SENTUHLAH HATIKU

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

edisi edaran percuma

TUHAN,

SENTUHLAH HATIKU

“Diari Pengembara Jalan Hitam
Dunia tidak terhenti kerananya”

HADI F AYYADH

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Assalamualaikum warahmatullah
Karya percuma ini

TUHAN, SENTUHLAH HATIKU
Adalah kompilasi karya Hadi Fayyadh yang
diberikan secara percuma kepada para pembaca
yang telah memiliki karya BEST SELLER beliau

Mengembaralah di dalam „journey‟
Pembacaan ini sambil mendengar
“ Haddad Alwi – I’tiroof ( with subtitle )

Muat turun di youtube

Selamat Mengembara

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

SEBENING SEPI

Tuhanku,
sentuhlah hati ini,
Menyepi dalam kesedihan,
Sayu dan pilu meredah ujian...
Sungguh jiwa ini rapuh ...

Aku tidak punyai ..
Aku tidak miliki ..
Hanya samudera dosa
Yang aku hamparkan...

Aku menangis sendirian
Tenggelam di dalam kepayahan
Menahan lantera kehidupan ...

Tuhan,
Telah lama aku merasakan
Kesakitan menangguk perasaan ..
Terbiar dan tidak dipedulikan,..

Terimalah kembali,
Aku pendosa jalanan ..
Tubuh hina terpalit nista ..
Yang seringkali berdusta ..
PadaMU wahai Dzat Pencipta ...

Hadi Fayyadh

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

DAFTAR ISI

AKU HANYA SEBUTIR DEBU .......................... 7
MENANGISLAH, TUHAN ADA UNTUKMU.. 14
TUHAN PASTI MEMBALAS CINTAMU.......... 20
KAMU BERHAK UNTUK DICINTAI ............... 31
DETIK ITU BERLALU MENINGGALKANMU. 37
TUHAN ADA KETIKAMU BERDOA .............. 51
JANGAN TANGISI CINTA DUKAMU ........... 56
DIA LEBIH TAHU APA YANG KAMU PERLU 63
HIDUP INI BUKAN UNTUK DITANGISI ....... 72
DIALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNGMU ..... 81
TERUSLAH BERJALAN, JANGAN TOLEH
KEBELAKANG ................................................... 85
TAWAKALKU HANYA MILIK-MU .............. 92

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

TIKA TINTA INI MENULIS ....

“Duhai hati yang sedang berkelana, berjalanlah dengan
bejana jiwa yang dekat dengan penciptamu, rasakan

kehadiranNYA, dinginnya ketenangan yang

dipancarkanNYA, syahduNYA membelai setiap nafas

keresahan yang sedang engkau hembuskan.

Ketahuilah, DIA tidak pernah diam
memerhatikanmu, menjagamu dan
merawatmu dikala kedukaan dipalit
dalam hidupmu. Dia menyentuhmu
dengan kasih sayangNYA yang tiada
bertepi.

Seringkali kau melupakanNYA, namun jauh sekali dia
meninggalkanMU sendirian. Duhai hati, kembalilah
kepadaNYA, teguklah kembali air keimanan agar mampu
menghilangkan dahagamu dengan dunia yang tidak pernah

“kehabisan...
SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

AKU HANYA SEBUTIR DEBU

Jauh aku merenung bintang-bintang dilangit, ia
megah bertaburan menghiasi tabir malam yang
sepi. Aku bertanya pada hati, andai aku diberi
sayap ingin sahaja aku terbang mengintai alam
cakerawala yang luas terbentang ini.

Supaya aku tahu, kerdilnya aku umpama pasir nan
debu yang hanya tidak ada apa-apa nilainya
kepada pencipta.

Apakah aku masih mencari tentang erti dan makna
hidupku ini. Adakah aku hanya hidup untuk

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

menghabiskan sisa-sisa nyawa ini dengan sebuah
kedukaan yang mencengkam?

Ataukah disana masih punya singgahsana yang
bakal bertakhta sebuah bahagia?

Aku tidak mengerti akan sebuah perjalanan ini.

Dimanakah ianya akan terhenti, disini atau dimana
sahaja yang tidak pernah aku ketahui. Apakah
makna sebuah pencarian ini?

Tuhan, sentuhlah hatiku ini. Khabarkan padanya
bahawa hidup ini tidak lama.

Barangkali mungkin aku tidak menyedari bahawa
dunia yang sedang aku jejaki ini adalah suatu
medan yang berbentuk khayalan hiasan yang
menipu.

Bacalah berulang-ulang firman Tuhan dan sabda
Rasulullah SAW ini agar hatiku ini memahami
dan mengerti tentang apakah yang cuba aku cari

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

selama ini. Pernah kah merasa ditipu, menipu
atau tertipu?

Duhai diri, telah lama aku tidak menangisimu.
Jasad dan hati yang telah terpisah sekian lama, roh
tidak bersatu di dalam sendu munajat kepada yang
satu.

Ketahuilah, Tuhan ada di dalam setiap hembusan
nafasku. Walau aku masih jauh untuk merasai
makna keberadaanNYA, namun dia tetap ada
menemaniku.

Masakan jantung yang berdetak ini masih terus
dengan detakkannya, andai Tuhan terus
meninggalkanku pergi.

Aku pasakkan keyakinan ini mendalam. Tuhan,
siapalah aku hambaMU yang kerdil. Menumpang
di dalam perjalanan jauh menuju akhirat yang
abadi.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Alam semesta yang luas terbentang ini, kau
hamparkan dengan sepenuh kasih sayangMU.

Aku hadir di tengah-tengah harapan cinta sang Ibu
dan Ayah, kau ajari aku membuka mata perlahan-
lahan.

Aku lemah dan tidak punyai apa-apa kekuatan.
Ditelingaku dibisikkan kata-kata indah yang
datang daripada 99 nama-namaMU yang agung.

Penyaksian tiada Tuhan yang disembah, dialunkan
ditelingaku. Roh kebesaranMU meresap masuk ke
dalam diriku. Sungguh bahagia jiwa itu, walau aku
sendiri tidak mengerti apakah itu nadi kehidupan
bertuhan ditiupkan ke dalam sanubariku.

Namun, semua itu menjadi sejarah, sejarah indah
antara aku dan ayah. Mungkin saat ini aku cuba
mencari lagi.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Disebalik sebuah ibrah yang payah, kau ajariku
pula mengenal sebuah kehidupan yang dilapik
dengan kesakitan dan kesedihan.

Mungkin aku seorang lelaki yang dambakan cinta
sang wanita. Mungkin aku seorang wanita yang
dambakan cinta sang teruna. Mungkin aku seorang
Ibu yang senantiasa bimbangkan anak yang sedang
dibesarkan.

Mungkin aku seorang ayah yang setiap hari
memikirkan nafkah apakah masih cukup atau
masih bertampung di sana sini.

Adakah ini erti sebuah pencarian abadi?

Tuhan, ajarilah aku agar aku tahu siapa sebenarnya
aku di hadapanMU. Agar kerak-kerak hidup yang
sentiasa menjadi kuman bernanah ini tidak lagi
menghantui diriku.

Apakah aku terus mampu menangis
mengenangkan manusia setiap malam, sehingga

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

aku terlupa bahawa kau semakin jauh dan terus
jauh sehingga aku tidak lagi menjadi perhatianMU.

Adakah itu yang menjadi impianku selama ini?
Buangkanlah duhai hati, kepercayaan karut mu
tentang kebahagiaan mengejar keberadaan
manusia dalam hidupmu.
Barangkali, kau seringkali disakiti, acapkali kau
sering didustai walau sebenarnya kau telah lama
mengorbankan hidupku untuknya dan mereka.
Apakah aku yakin, diriku yang maha kerdil ini
akan dipandangNYA andai dosa menjadi tabir
antara aku dan DIA.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Ya Allah,
Aku hanya pendosa
Tetapi aku tetap jua ingin ke Syurga
Masihkah disana punya masa
Untukku kembali menebus segala dosa

Apalah guna punyai rasa
Tetapi bahagia tidak menyentuhnya.

Bergelumang di dalam dusta
Yang membawa aku tenggelam

Di dalam mahakarya dunia..

Sentuhahlah hatiku, Tuhan.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

MENANGISLAH,
TUHAN ADA UNTUKMU

Aku disapa dengan tangisan yang hadir disaat jiwa
ini meredah kepiluan yang memuncak. Tangisan
pada sebuah kerinduan, tangisan pada sebuah
kekecewaan . Semuanya bagai tertusuk selumbar
duri yang dalam ke relung sanubari.
Air mata ini mengalir, terasa salju kedinginan dari
puncak pergunungan yang tinggi. Air mata ini ku
biarkan ia berbicara, walau tiada kata yang
dilafazkan, namun hati kecilku menguntaikan seribu
makna yang hanya aku dan Tuhan mengerti segala.
Apakah aku sudah lelah dengan dunia?

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Lalu aku simbahkan segala kedukaan ini mengejar
bayang-bayang bahagia yang akhirnya pergi
meninggalkanku sepi?

Ya, benar, aku adalah manusia.

Punyai hati dan jiwa. Masihkah aku selayaknya
ditakdirkan begini dalam kembara hidupku?
Pertanyaan yang seringkali dibenamkan ke dalam
hati.

Aku tidak tahu kemana aku ingin bawa duka ini
pergi, atau kepada siapa untuk aku adukan beratnya
ujian yang aku tanggung sekian lama. Aku lupa
pada sebuah cerita, janji untuk apa aku dihidupkan
selama ini.

Aku terlupa bahawa disebalik nafas yang aku
hembus ada suatu Dzat yang sedang
mengaturkannya. Dzat yang tidak pernah tertidur
atau terlena walau seketika.

Betapa lama aku meninggalkanNYA, tanpa langsung
aku benar-benar mempedulikanNYA. Lalu, apakah

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

masih ada ruang untukku kembali kepadaNYA
disaat aku tidak lagi punyai apa-apa?

Adakah dia masih menerima keberadaanku yang
hina dina ini. Menangis dengan membawa kisah
yang memalukan dan memilukan.

Disaat aku tidak lagi mampu menahan beban hidup
yang kian sarat, maka adakah aku akhirnya
menyerah diri begitu sahaja?

Malunya aku wahai Tuhan. Malu yang sangat
dalam. Tidak mampu aku gambarkan.

Seperti di saat bahagia, aku lupa. Disaat kesedihan
ini memuncak, baru aku cuba mengenal diriMU
wahai Tuhan. Namun, aku tidak tahu berapa lama
aku mampu bertahan, lalu meninggalkanMU lagi.

Aku dengar bicaraMU di dalam Al-Quran, apa
kataMU wahai Rabbku , Al Baqarah 186 :

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu
tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah
dekat.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila
ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu
memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka
beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam
kebenaran.”

Sungguh, betapa engkau sangat dekat dengan
diriku, cumanya aku tidak mahu memahami dan
mengerti, sehingga aku merasa putus asa dengan
hidupku yang ku fikir seperti tidak punyai apa-apa
lagi harapan untuk diteruskan.

Adakah kau sanggup menerimaku dengan segala
tangisan dosa yang ku bawa? Seluruh tubuhku, tidak
ada yang seinci pun tidak terpalit dengan noda
hitam ini, masihkah aku layak berbicara denganMU?

Dari Anas bin Mâlik Radhiyallahu anhu ia berkata, “
Rasulullah SAW bersabda, „Allâh Azza wa Jalla
berfirman,

„Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdo‟a
dan berharap hanya kepada-Ku, nescaya Aku
mengampuni dosa-dosa yang telah engkau lakukan dan
Aku tidak peduli.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Wahai anak Adam ! Seandainya dosa-dosamu setinggi
langit, kemudian engkau minta ampunan kepada-Ku,
niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam ! Jika engkau datang kepadaku dengan
membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi
kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan
tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, nescaya
Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan
sepenuh bumi.”

Ya. Allah, terasa derasnya air mata ini mengalir,
baiknya diriMU Ya Allah. Disaat hambaMU ini
melakukan dosa, sehingga dia berputus asa, lalu dia
mula mencariMU dengan hati yang tidak ada apa-
apa lagi makna, kau tetap teguh menungguku.

Berdosanya aku Ya Allah. Dosa meninggalkanMU
selama ini. Wahai Tuhan, temanilah aku di dalam
mengharungi tangisan ini. Agar aku tahu ada
pelangi indah yang akan menerangi.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

TUHAN PASTI
MEMBALAS CINTAMU

Pada zaman dahulu, hidup seorang anak gembala
yang bersemangat bebas. Dia tidak punyai wang dan
tidak punya pula keinginan untuk memilikinya.

Yang dia miliki hanyalah hati yang lembut dan
penuh keikhlasan, hati yang berdetak dengan
kecintaan kepada Tuhan.

Sepanjang hari, dia menggembalakan ternaknya
melalui lembah dan ladang sambil melagukan jeritan
hatinya kepada Tuhan yang dicintainya.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

"Duhai kekasih tercinta, di manakah Engkau, supaya
aku dapat persembahkan seluruh hidupku kepada-
Mu? Di manakah Engkau, supaya aku dapat
menghambakan diriku pada-Mu? Wahai Tuhan,
untuk-Mu aku hidup dan bernafas. Kerana berkat-
Mu aku hidup. Aku ingin mengorbankan diri-Ku ke
hadapan kemuliaan-Mu."

Suatu hari, Nabi Musa melalui padang kandang
kambing tersebut. Baginda memperhatikan sang
Pengembala yang sedang duduk di tengah
ternakkannya dengan kepala yang mendongak ke
langit.

Sang pengembala menyapa Tuhan, "Ah, di manakah
Engkau, supaya aku dapat menjahit baju-Mu,
memperbaiki kasut-Mu, dan mempersiapkan katil-
Mu?

Di manakah Engkau, supaya aku dapat menyikat
rambut-Mu dan mencium kaki-Mu? Di manakah
Engkau, supaya aku dapat mengilapkan baju-Mu
dan membawakan air susu untuk minuman-Mu?"

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Nabi Musa mendekati pengembala itu dan bertanya,
"Dengan siapa kamu berbicara?" Pengembala
menjawab, "Dengan Dia yang telah menciptakan
kita. Dengan Dia yang menjadi Tuhan yang
menguasai siang dan malam, Bumi dan langit."

Nabi Musa terus marah apabila mendengar jawapan
pengembala itu, "Betapa beraninya kamu bercakap
kepada Tuhan seperti itu! Apa yang kamu ucapkan
adalah kekafiran.

Kamu patut menyumbat mulutmu dengan kapas
supaya kamu dapat menjaga lidahmu, atau paling
tidak, orang yang mendengarmu tidak
menjadi marah dan tersinggung dengan kata-
katamu yang telah meracuni seluruh angkasa ini.

Kamu harus berhenti bicara seperti itu sekarang juga
kerana nanti Tuhan akan menghukum seluruh
penduduk bumi ini akibat dosa-dosamu!"

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Sang pengembala lantas bangkit setelah mengetahui
bahawa yang mengajaknya berbicara adalah seorang
Nabi.

Dia merasa gementar ketakutan dan air mata
mengalir membasahi pipinya, dia mendengarkan
Nabi Musa terus berkata kepadanya,

"Apakah Tuhan adalah seorang manusia biasa
sehingga dia harus memakai kasut dan alas kaki?
Apakah Tuhan seorang anak kecil yang memerlukan
susu supaya dia tumbuh besar?

Tentu saja tidak. Tuhan Maha sempurna di dalam
diri-Nya. Tuhan tidak memerlukan siapa pun.
Dengan berbicara kepada Tuhan seperti yang telah
engkau lakukan, engkau bukan saja telah
merendahkan dirimu, tetapi kau juga merendahkan
seluruh ciptaan Tuhan.

Kau tidak lain dari seorang pendusta agama.
Segeralah pergi dan minta maaf, kalau kau masih
memiliki otak yang sihat!"

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Pengembala yang sederhana itu tidak tahu bahawa
apa yang dia sampaikan kepada Tuhan adalah kata-
kata yang kasar.

Dia juga tak mengerti mengapa Nabi yang mulia
telah memanggilnya sebagai seorang musuh, tetapi
seorang nabi pastilah lebih mengetahui daripada
siapa pun. Dia hampir tidak dapat menahan
tangisannya.

Dia berkata kepada Musa, "Kau telah menyalakan
api di dalam jiwaku. Sejak ini, aku berjanji akan
menutup mulutku untuk selamanya." Dengan
keluhan yang panjang, ia berangkat meninggalkan
ternakkannya menuju ke padang pasir.

Dengan perasaan bahagia kerana telah meluruskan
jiwa yang tersesat, Musa melanjutkan perjalanannya
menuju ke kota.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Tiba-tiba, Allah Yang yang Mahakuasa menegurnya,
"Mengapa engkau berdiri di antara Kami dengan
kekasih Kami yang setia? Mengapa engkau pisahkan
Pecinta dari yang dicintai-nya?

Kami telah mengutus engkau supaya engkau dapat
menggabungkan kekasih dengan kekasihnya, bukan
memisahkan ikatan di antaranya."

Musa mendengarkan kata-kata langit itu dengan
penuh kerendahan dan rasa takut. Tuhan berfirman,
"Kami tidak menciptakan dunia supaya Kami
memperoleh keuntungan darinya.

Seluruh makhluk diciptakan untuk kepentingan
makhluk itu sendiri. Kami tidak memerlukan pujian
atau sanjungan. Kami tidak memerlukan ibadah atau
pengabdian.

Orang-orang yang beribadah itulah yang mengambil
keuntungan dari ibadah yang mereka lakukan.
Ingatlah, bahwa di dalam cinta, kata-kata hanyalah
bungkus luar yang tidak memiliki makna apa-apa.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Kami tidak memperhatikan keindahan kata-kata
atau komposisi kalimat. Yang Kami perhatikan
adalah lubuk hati yang paling dalam dari orang itu.

Dengan cara itulah Kami mengetahui ketulusan
makhluk Kami walaupun kata-kata mereka bukan
kata-kata yang indah. Buat mereka yang dibakar
dengan api cinta, kata-kata tidak mempunyai
makna."

Suara dari langit selanjutnya berkata, "Mereka yang
terikat dengan bahasa bukanlah mereka yang terikat
dengan cinta dan umat yang beragama bukanlah
umat yang mengikuti cinta kerana cinta tidak
mempunyai agama selain kekasihnya sendiri."
Tuhan kemudian mengajarinya rahsia cinta.

Setelah memperoleh pengajaran itu, Nabi Musa
barulah tersedar akan kesalahannya. Sang Nabi pun
merasa menderita penyesalan yang luar biasa.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Dengan segera, ia berlari mencari pengembala itu
untuk meminta maaf. Berhari-hari, dia berkelana di
padang rumput dan gurun pasir, menanyakan orang
ramai apakah mereka mengetahui pengembala yang
dicarinya.

Setiap orang yang ditanya pasti menunjuk arah yang
berbeza. Hampir sekali, dia kehilangan harapan,
tetapi akhirnya Allah SWT, mempertemukannya
juga dengan pengembala itu.

Dia tengah duduk dekat dengan mata air.
Pakaiannya compang-camping, rambutnya kusut
masai. Dia sedang tafakur yang dalam sehingga dia
tidak sedar Nabi Musa yang telah menunggunya
cukup lama. Akhirnya, gembala itu mengangkat
kepalanya dan melihat Nabi Musa.

Nabi Musa berkata, "Aku punyai pesanan penting
untukmu. Tuhan telah berfirman kepadaku bahawa
tidak diperlukan kata-kata yang indah bila kita ingin
berbicara kepada-Nya.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Kamu bebas berbicara kepada-Nya dengan cara apa
pun yang kamu sukai, dengan kata-kata apa pun
yang kamu pilih. Apa yang aku duga sebagai
kekafiranmu ternyata adalah ungkapan
dari keimanan dan kecintaan yang menyelamatkan
dunia."

Sang Pengembala hanya menjawab sederhana, "Aku
sudah melalui tahap kata-kata dan kalimat. Hatiku
sekarang dipenuhi dengan kehadiran-Nya. Aku tak
dapat menjelaskan keadaanku padamu dan kata-
kata pun tak dapat melukiskan pengalaman ruhani
yang ada dalam hatiku."

Kemudian, dia bangun dan meninggalkan Nabi
Musa. Utusan Allah ini menatap sang pengembala
sehingga dia tidak terlihat lagi.

Setelah itu, dia kembali berjalan ke kota terdekat,
merenungkan pelajaran berharga yang
diperolehinya daripada seorang pengembala
sederhana yang tidak berpendidikan.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Inilah Allah SWT, Tuhan yang tidak pernah
memandang siapapun sang Hamba yang berbicara
secara telus denganNYA.
Hanya pandangan jiwa dan mata hati luhur menjadi
tatapan Allah SWT. Baiknya Allah, disaat ini masih
kamu yang hina dina, diberi perhatian olehNYA
yang maha kaya.
Ketahuilah, Allah tidak pernah meninggalkanmu
walau sesaaat, bahkan kamulah yang
meninggalkanNYA selama ini. Pautlah kembali
cintaNYA agar kamu mampu merasai kebahagiaan
yang hakiki selamanya.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Tuhan,
Aku berdiri di atas dunia ini

Menjahit dosa silam
Menghirup dosa berkelana,
Sehingga hati menjadi kelam ..

Berikanlah aku Nur-MU
Supaya jalan gelap ini,
Tidak lagi kabur dengan pandangan,

Andai aku rebah,
Tidak lagi payah ...
Berlari menuju sebuah istana
Uluhiyyah dan Rubbubiyyah

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

KAMU BERHAK UNTUK DICINTAI

Mungkin sudah lama aku mencari cinta yang
lainnya, sehingga aku terlupa bahawa diriku berhak
juga untuk dicintai.

Aku merenung masa yang telah lama
meninggalkanku sendiri.

Betapa besar dan menggunungnya harapan yang
aku berikan, andai masa itu mampu diputarkan
kembali, ingin sahaja aku memperbetulkan apa yang
terkhilaf, memulakan apa yang sudah berakhir.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Menyantuni jiwa yang pernah aku lukai,
mendapatkan kembali mereka yang telah lama pergi
dan, menghargai si dia yang kini tidak lagi
bersamaku, mengasihi dan mencintai seseorang
yang mungkin kini sudah tawar hati denganku.

Maka pertanyaan jujur ini diajukan, mampukah
masa itu dikembalikan? Sehingga kembalinya masa
itu, aku akan berterusan merasai nikmat kenangan
lantas tidak lagi menangisi kepergian kenangan-
kenangan yang cukup berharga bagi aku yang
memiliki hati.

Senyuman bahagia pasti akan sentiasa terukir di
wajahku. Namun, aku yakin percaturan Tuhan tidak
seperti apa yang aku harapkan.

Mengertilah duhai diri, bahawa kenangan itu ada
yang menyakitkan sehingga terkadang aku tidak lagi
mahu mengulanginya, dan boleh jadi juga kenangan
itu suatu yang membahagiakan sehingga ada yang
tidak mahu aku akhirinya.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Hatiku tidak terisi dengan kebahagiaan. Aku terus
mencari dan mengintai makna kebahagiaan sehingga
mencemburui kebahagiaan yang dimiliki insan lain.

Walaupun aku terlupa, bahawa aku memiliki
sesuatu yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan
manusia, aku dikagumi dalam lapangan kehidupan,
namun aku masih tidak mengerti mengapa
kekosongan dihati terasa begitu sehingga ke ruang
yang paling dalam.

Ada sahaja pertanyaan dalam diri yang akan
membuatkanku termenung menyendiri. Apa yang
aku inginkan dalam hidupku? Mengapa aku tidak
bahagia seperti mereka?

Ujian atau balakah yang terus menerus diletakkan
atas bahuku selama ini ? Perlukah aku bertahan
mengharungi semua ini ?

Masihkah wujud mereka yang memahami hatiku,
atau sekadar mencari khilaf dan silapku ? Apa
salahku ?

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Aku bingung akan apa yang terjadi dalam hidupmu,
sehingga aku menyalahkan Tuhan dan takdir lalu
berputus asa dengan hidup.

Pencarian aku selama ini terhenti dan terus
membiarkan diriku dipaut arus ajakan Iblis dan
Syaitan yang mahukan aku melupakan Sang Tuhan.

Duhai diri yang merasakan kesunyian dan
kekosongan, jangan berhenti lagi. Berjalanlah dan
mengembaralah untuk merasai segala mehnah yang
terbentang untukmu dihadapan.

Tuhan tidak pernah berjanji bahawa hidup ini
mudah, tetapi Tuhan berjanji bahawa dia akan
sentiasa bersama kamu mengharungi hidup dan
liku-likunya.
Hatimu pasti tidak akan sunyi, percayalah andai
kamu meletakkan Tuhan adalah tujuan dan
matlamat kehidupan.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Bacalah satu persatu, fahami makna dan tadabburlah
kandungannya. Ia sesuatu yang tidak ternilai
buatmu Insan. Disinilah bermulanya Pautan Tuhan.

Jernihkan keruh kesombongan yang berkeladak
dihati. Ajarilah hati agar sentiasa merendah diri,
sedar bahawa hidup ini bukan untuk jangka masa
yang lama.

Andai kamu bahagia, bahagia kamu cuma
sementara, andai kamu derita, derita kamu juga
sementara, andai kamu kaya, kaya kamu juga
sementara dan andai kamu miskin, miskin kamu
juga adalah sementara.

Janganlah sesekali hatimu mengatakan bahawa apa
yang terjadi dalam hidupmu adalah untuk
selamanya. Boleh jadi, apa yang berlaku hari ini akan
berubah pada keesokkan harinya.

Belajarlah mencari cinta di dalam diri. Jangan
biarkan orang lain merampasnya darimu.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Kerna ketahuilah, bahagia itu sebenarnya milikmu
andai kamu tahu untuk menghargainya dan
merasainya.
Cintailah diri, dengan mencintai pencipta yang
mencipta dirimu. Kelak kamu akan tahu segala
nikmatNYA.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

DETIK ITU BERLALU
MENINGGALKANMU

Selama ini Tuhan Maha Tahu, aku sungguh berdosa.
Dia Maha Menyaksikan segala detik waktu
penderhakaanku berlaku di dalam pandangan-NYA.

Namun sesekali tidak pernah, seandainya dia ingin
menghukum sehingga aku mati dalam keadaan
mengaibkan, mengerikan dan menyeksakan, kerana
kasih sayang Allah SWT mengatasi kemurkaan-
NYA.

Allah SWT menyatakan janjiNYA :
“ Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa
seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

yang beriman kepada Allah SWT, nescaya dia akan
memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah SWT maha
mengetahui segala sesuatu”

Telah jauh aku mengembara, meniti denai-denai
hidup ini dengan pelbagai rasa sehingga akhirnya
aku akui betapa dukanya apabila terasa jauh dengan
Sang Pencipta.

Duhai dirimu, sungguh gelombang apapun yang
menghakis usiamu, apabila Tuhan melekat dihati
sesekali untuk jauh tenggelam ke dasar, kamu akan
kembali ke permukaan lautan, memetik nafas untuk
hidup yang berpanjangan.

Manisnya hidup lantaran Allah mendampingkan
dosa dengan keampunan yang tiada batasnya.

Boleh jadi dengan dosa, kamu akan menerima
kaffarahnya melalui ujian yang tidak putus-putus
memenuhi ruang hidupmu, dengan tujuan Allah
ingin membersihkan dirimu daripada dosa sebelum
kamu dipertemukan dengannya.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Oleh kerana itulah, Mukmin adalah manusia yang
paling merasai kesakitan ketika sakaratul maut dek
kerana Allah SWT ingin menghapuskan sebenar-
benar dosanya agar ia tidak lagi tersisa dengan
maksiat sekecil apapun sebelum dia dimasukkan ke
Syurga.

Kesakitan yang Allah berikan tidak lain hanyalah
penghapus dosa-dosamu yang lalu.

Sememangnya dosa tidak terasa, umpama mencari
semut hitam di dalam gelap, walaupun tidak
nampak tetapi sebenarnya ia memang ada.

Kemanisan iman sangat di rindui oleh para
hambanya yang mukmin lalu dibicarakan oleh
Rasulullah SAW mafhumnya tidak dicintai Allah
dan rasulnya melebihi dari mencintai dirinya.

Kemanisan akan lebih terasa, saat mengagumi
kebesaran dan keesaan sang maha pencipta dikala
mengenang dosa yang bertabur di jalanan.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Air mata jernih adakalanya begitu mudah menitis,
dan kadangkala juga begitu sukar seperti ada
tembok yang menahannya.

Seorang Ulama‟ berkata ada 10 cara untuk
memudahkan matamu menitiskan airmata kerana
cinta-NYA, antaranya

 Kenalilah nama-nama dan sifat-sifatNYA,
 Bacalah Al-Quran serta fahami maknanya

sedalam-dalamnya, Ingatilah bagaimana
kematian nanti bakal menjemputmu,
 Jauhilah maksiat, dengarkan nasihat yang
baik-baik sahaja, makanan daripada sumber
dan perkara yang halal sahaja,
 Sentiasa berdoa dan berharap kepada Allah
walau dalam senang dan payah dan jadilah
insan yang senantiasa bersyukur,
 Banyak zikir serta menghayati makna zikir di
hati.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Pernah kamu mendengar nama-nama hebat seperti
Malik bin Dinar, dan Ibrahim bin Adham ?
Siapa mereka dahulunya? Dilahirkan ke dunia lalu
dimuliakan Allah sehingga memiliki darjat yang
tinggi di sisi-NYA?

Apabila Allah ingin mengangkat darjat seseorang
itu, maka Allah akan memberi sentuhan rasa
bersalah, berfikir dan merenung latar belakang
dirinya.

Hidayah dipantulkan ke dalam hatinya, Hidayah
adalah Anugerah, bukan mudah untuk menjaga dan
memeliharanya agar tidak goyah dan rebah,
umpama api pelita yang dinyalakan di padang yang
luas. Susah sekali untuk tidak membiarkan ia
terpadam.

Angin di kawasan luas pastinya datang dari pelbagai
penjuru. Perlu berhati-hati menjaganya supaya api
pelita itu tidak terpadam, dan kamu akan kembali
dalam kegelapan semula.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Hidayah yang diberi, maka kamulah penjaganya,
sebaik-baik penjaga adalah mereka yang istiqamah

Mimpi yang mengegarkan Malik bin Dinar

Malik bin Dinar meriwayatkan ketika dia pernah
ditanya oleh seseorang bagaimanakah dia melalui
perjalanan taubatnya. Maka dia menjawab, “ Aku
adalah seorang Polis dan aku sedang asyik
menikmati arak.

Kemudian aku membeli seorang budak perempuan
dengan harga yang mahal, maka dia melahirkan
seorang anak perempuan dan aku sangat
menyanyanginya.

Ketika di awal usia dia mampu berjalan, cintaku
bertambah kepadanya. Setiap kali aku meletakkan
minuman keras dihadapanku, anak itu datang
padaku dan mengambilnya dan menuangkannya
dibajuku.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Ketika umurnya menginjak dua tahun dia meninggal
dunia, maka sungguh terasa sedih atas musibah ini.
Suatu malam di pertengahan bulan Sya‟ban pada
malam Jumaat, aku meneguk Arak lantas aku
tertidur sebelum sempat aku menunaikan Solat Isya‟.
Maka disinilah bermulanya detik hidayah untuknya

“ ... Dalam tidur itu aku bermimpi seperti Kiamat
sudah terjadi, dan tiupan sangkakala telahpun
berlaku.

Semua yang telah meninggal dunia dibangkitkan
dan seluruh manusia dihimpunkan dan aku bersama
mereka, kemudian aku mendengar sesuatu yang
bergerak di belakangku.

Aku menoleh kebelakang dan melihat seekor Ular
yang sangat besar berwarna hitam kebiru-biruan
sedang membuka mulutnya menuju kearahku.

Aku lari tunggang langgang kerana ketakutan,
ditengah jalan aku menemui seorang sheikh yang
berpakaian serba putih dengan wangian yang

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

semerbak, maka aku ucapkan salam keatasnya lalu
dia menyambut salamku dan aku berkata :

“ Wahai Syeikh, tolonglah aku dan lindungilah aku
daripada Ular ini”! Maka Syeikh itu menangis dan
berkata kepadaku, “ aku seorang yang lemah dan
aku tak mampu untuk mengatasinya, bergegaslah
mudah-mudahan Allah akan menyelamatkanmu.

Maka aku pun bergegas lari dan memanjat sebuah
tebing Neraka sehingga sampai dihujung tebing itu,
aku lihat kobaran api Neraka yang sungguh dahsyat
hampir saja aku terjatuh kedalamnya kerana rasa
takut yang sangat kepada ular itu.

Namun pada ketika itu seseorang memanggilku, “
Kembalilah engkau kerana engkau bukan penghuni
Neraka”, aku pun tenang mendengarnya, maka
turunlah aku dari tebing itu dan pulang sedang ular
yang mengejarku kembali.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Aku datangi Syeikh tadi dan meminta pertolongan,
lalu dia memberikan aku jawapan yang sama, iaitu
dia lemah dan tidak mampu melakukan apa-apa.

Maka menangislah sheikh itu tadi seraya berkata, “
Aku seorang yang lemah, tetapi pergilah kamu ke
gunung itu kerana disana terdapat banyak simpanan
kaum muslimin, kalau engkau punya barang
simpanan disana, maka barang itu akan
menolongmu.

Aku melihat ke gunung yang bulat itu yang terbuat
dari Perak. Disana ada seterika yang telah retak dan
tirai-tirai yang tergantung dan mempunyai setiap
lubang cahaya, daun-daun pintu dari emas dan di
setiap daun pintu itu mempunyai kain sutera.

Ketika aku melihat gunung itu, aku terus berlari
meninggalkan ular itu, ketika ular itu mendekat,
maka berteriaklah Malaikat “ Angkatlah tirai-tirai itu
dan bukalah pintu-pintunya dan mendakilah
kesana.!”

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Ketika tirai itu dibuka, kelihatan wajah anak kecil
yang berseri wajahnya sedang mengawasiku dari
atas.

Ular itu semakin dekat dengan aku, dan aku
semakin kebingungan, maka menjeritlah anak-anak
itu tadi :

“ Celakalah kamu sekelian! Cepatlah naik semuanya
kerana Ular itu mendekatinya”. Maka naiklah
mereka dengan serentak, aku lihat anak
perempuanku yang telah meninggal turut
mengawasiku bersama mereka.

Ketika dia melihatku, dia menangis dan berkata,: “
Ayahku demi Allah!” Kemudian dia melompat
bagaikan anak panah yang dilepaskan, kemudian
dia menghulurkan tangan kirinya kepadaku, lalu
menariknya dan dia menghulurkan tangan kirinya
kepada ular, namun binatang tersebut lari.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Kemudian dia menundukkanku dan dia duduk
dipangkuanku, maka aku pegang tangan kanannya
untuk menghelai janggutku dan berkata : “ Wahai
Ayahku! Ingatlah firman Allah yang berbunyi “
Belumlah datang waktunya bagi orang-orang
beriman untuk menundukkan hati mereka kepada
Allah” Surah Al-Hadid Ayat 16

Maka aku menangis dan berkata, “Wahai anakku,
kalian semua faham tentang Al-Quran” Maka dia
berkata : “Wahai Ayahku, kami lebih tahu tentang
Al-Quran darimu”.

Aku berkata, ceritakanlah kepadaku tentang Ular
yang mengejar dan ingin membunuhku.” Dia
menjawab “ Itulah pekerjaanmu yang buruk selama
ini, maka dia mengejarmu dan Allah akan
memasukkanmu ke dalam api Neraka”.

Aku berkata : “Ceritakanlah tentang Syeikh yang
berjalan di jalanku itu” Dia menjawab :” Wahai
ayahku, itulah amal Soleh yang sedikit sehingga
tidak mampu menolongmu” Aku bertanya lagi “

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Wahai anakku, apa yang kamu buat dipergunungan
itu?” Dia menjawab “ Kami adalah anak-anak orang
Muslimin yang menunggu disini hingga terjadinya
kiamat, kami menunggu kalian datang dan
kemudian kami akan memberi syafaat kepada kalian
( HR Muslim )

Maka berbicaralah Malik : “ Aku pun takut dan aku
tuangkan seluruh minuman keras itu, dan kupecah-
pecahkan seluruh botol-botol minuman kemudian
aku bertaubat kepada Allah SWT dan inilah kisah
taubatku”.

Sejak peristiwa itu, beliau tidak lagi menjadi seorang
hamba yang derhaka, mengintai dosa lama sudah
terkubur dalam diari hidupnya sehingga dia
tersangat hampir dengan Allah SWT lalu
diangkatNYA sebagai antara Mukmin yang
menerima kemuliaan Allah SWT.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Ini hanya secebis debu kisah-kisah manusia
bertaubat yang menjadi manusia hebat. Janganlah
berputus asa, dengan dosa sememangnya kita hina,
sepastinya kita dimurkai-NYA, namun Allah SWT
tidak pernah menolak setiap pertaubatan para
hamba-NYA. Seorang Ahli sufi pernah menulis
dalam matan puisinnya :

“ .. Tidaklah dijadikan bumi serta hamparannya semata-
mata kerana Manusia, Tidak dijadikan pula siangnya
untuk kita bekerja, Tidak dijadikan harapan, melainkan
penawar kepada kekecewaan, dan tidak dijadikan
keampunan melainkan penawar kepada Dosa, dan tidak
diciptakan taubat melainkan kepada para pelaku
Maksiat..”

Penciptaan Allah SWT itu maha sempurna kejadian-
NYA, dititipkan bersama setiap satu yang sehingga
tidak ada yang ditinggalkan „single‟ dan tidak
berteman. Tidaklah diciptakan apa pun yang ada di
alam realiti ini melainkan semuanya mempunyai
tujuan dan sebab.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Perjalanan sang hamba yang benar-benar bertaubat,
tidak mustahil sekali Allah SWT menukarkan
kehidupannya lalu yang dia tidak sedar selama
kehidupannya, tidak ada suatu makna yang dia telah
isi seadanya.
Maka, yakinlah kamu serta percayalah bahawa
langit yang tidak bertiang dan sedang kamu naungi
itu adalah pemilik doa dan pencetus harapan kepada
mereka yang bertaubat.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

TUHAN ADA
KETIKAMU BERDOA

Suatu pagi, seorang Nelayan hendak keluar
menangkap ikan mencari rezeki yang halal. Namun,
sampailah hampir malam, dia belum mendapatkan
seekor pun tangkapan ikan.
Lalu dia berdoa sepenuh hati, "Ya Allah, anak-
anakku menunggu kelaparan di rumah, berilah aku
seekor ikan pun."
Tidak lama setelah doanya selesai ia panjatkan, Allah
memberikannya rezeki, jala yang dibawa nelayan itu
mengena seekor ikan yang sangat besar.
Dia pun bersyukur kepada Allah dan pulang ke
rumah dengan penuh bahagia.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com


Click to View FlipBook Version