The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norizan sohok, 2022-03-12 12:02:49

TUHAN SENTUHLAH HATIKU

TUHAN SENTUHLAH HATIKU

Di tengah perjalanan pulang, dia bertemu dengan
kelompok raja yang hendak menangkap ikan juga.
Raja hairan dan takjub luar biasa begitu melihat ikan
sebegitu besar yang dibawa nelayan itu.

Lalu, dia menyuruh pengawal untuk mengambil
ikan itu secara paksa dari tangan sang nelayan.

Dibawanya ikan itu pulang dengan bahagia. Ketika
sampai di istana, ia keluarkan ikan itu dan bolak-
balik sambil tertawa ria, tiba-tiba, ikan itu mengigit
jarinya dan mengakibatkan badannya jadi panas
dingin sehingga malam itu Raja tidak dapat tidur.

Maka dipanggil seluruh doktor untuk mengubati
sakitnya. Semua doktor menyarankan agar jarinya
itu dipotong untuk rnengelakkan merebaknya racun
ke anggota badan lainnya.

Raja pun bersetuju dengan nasihat mereka. Namun,
setelah jarinya dipotong, dia tetap juga tidak dapat
berehat kerana ternyata sekali racun itu telah
merebak ke bahagian tubuhnya yang lain.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Para doktor pun menyarankan agar pergelangan
tangan raja itu dipotong dan Raja pun
menyetujuinya.

Namun, setelah pergelangan tangannya dipotong,
tetap sahaja Raja tidak dapat memejamkan matanya,
bahkan rasa sakitnya makin bertambah.

la berteriak dan meraung dengan keras kerana racun
itu telah merasuk dan merebak ke anggota tubuh
yang lainnya.

Seluruh doktor akhirnya menyarankan agar tangan
Raja sampai siku dipotong, Raja pun menyetujuinya.

Setelah lengannya dipotong, sakit jasmaninya kini
telah hilang, tetapi diri dan jiwanya tetap belum
tenang. Semua doktor akhirnya menyarankan, agar
Raja dibawa ke seorang doktor kejiwaan (ahli
hikmah).

Dibawalah sang Raja menemui seorang doktor jiwa
dan diceritakan seluruh kejadian tentang ikan yang
dia rebut dari nelayan itu.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Mendengar itu, ahli hikmah berkata, "Jiwa Tuan
tetap tidak akan tenang selamanya sampai nelayan
itu memaafkan dosa dan kesalahan yang telah tuan
lakukan."

Dicarinya nelayan itu dan setelah ditemui, Raja
menceritakan kejadian yang dialaminya dan ia
memohon agar si nelayan itu memaafkan semua
kesalahannya.

Si nelayan pun memaafkannya dan keduanya saling
berjabat tangan. Sang Raja ingin sangat mengetahui
apa yang dikatakan si nelayan ketika Raja
mengambil secara paksa ikannya.

Dia bertanya, "Wahai nelayan, apa yang kau katakan
ketika pengawalku merampas ikanmu itu?"

Nelayan itu menjawab, "Tidak ada kecuali aku hanya

mengatakan, 'Ya Allah, sesungguhnya dia telah

menampakkan kekuatannya kepadaku,

perlihatkanlah kekuatan-Mu kepadanya!"' Sungguh,

doa orang teraniaya sangat mustajab maka berhati-

hatilah dalam bertindak.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Allah tidak pernah diam, ketika mendengar segala
permintaan hambaNYA. Cuma terkadang seringkali
rasa seolah Allah tidak pernah menjawab segala
doaku mungkin kerana aku tidak berdoa dengan
kesungguhan hati yang padu.
Maka, kerna itu doaku tidak lagi termakbul seperti
doa-doa yang lainnya. Aku harus jua ingat, bahawa
Allah jua punyai rencana sendiri untuk para
hambaNYA.
Sungguh, perancangan Allah adalah yang terbaik
dari segala doa yang aku panjatkan.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

JANGAN TANGISI
DUKA CINTAMU

Menanggapi makna sebuah lentera kehidupan
bercinta barangkali ada yang terluka dengan
cintanya. Cinta manusia yang berbalam dusta.
Kamu merasakan seolah kamu tidak boleh hidup
tanpanya, hidupmu mati, jiwamu terhenti. Itulah
gambaran pujangga terhadap dia yang pernah kau
cintai.
Kamu terlupa, sebenarnya dia bukanlah sesiapa
dalam hidupmu. Benar sekali, dia tidak memiliki
apa-apa selain cintamu. YA, “ Dia bukan siapa-siapa
bagiku..”. Sungguh benar kata-kata ringkas keramat
yang membangkitkan semangat.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Sesungguhnya plot tangisan dan tertawa dalam cinta
„bodoh‟ yang telah memperdayakan aku sudah
berakhir. Ingat akan janji-janjiku yang telah tertanam
sekian lama di lereng puncak kejayaan yang sedang
aku kejar.

Jangan sesekali aku membunuhnya dengan tegar
mengulangi kejadian dan tragedi yang pernah
menggugat impianku.

Aku tahu bahawa dia atau kata lebih mudah untuk
ditafsirkan tanpa perlu mencerna apa-apa kamus
atau terjemahan, subjek manusia yang pernah
berada dalam hidupKu sebenarnya tidak pernah
wujud sejak sekian lama.

Bermakna, kehadirannya hanyalah persinggahan
yang membawa hamparan pengajaran yang
mematangkan.

Kenapa persoalan dia bukan siapa-siapa ini
diketengahkan? Barangkali kamu jarang memahami
apa arah pengorbanan yang selama ini kamu
lontarkan.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Kamu hiaskan sehingga kecantikkan dan
keindahannya membuatkanmu terpukau dan lupa
bahawa ia sebenarnya bukan cerminan impian cinta
sebenar yang kamu kejar. Mengapa halnya begitu ?

Begitulah selalunya dan fitrahnya, cinta yang
terdasar atas persinggahan, bukan sebenar
pemilikan, untuk merasai memiliki dan dimiliki,
maka ianya akan berterbangan mencari tempat baru
untuk disinggahi, bak burung camar yang mencari
sarang baru, setelah ia menemui destinasi yang lebih
baik dari sebelumnya.

Tentu sekali tidak ada manusia yang tidak mahu jika
sesuatu yang lebih baik sedang menantinya. Baik
diri kamu dan ataupun dirinya.

Cuma kemungkinan kamu belum bersedia
menerima pemergiannya dalam hidupmu. Setelah
kamu sedar, barulah kamu memahami bahawa dia
bukan siapa-siapa dalam hidupmu dan pasti kamu
tersenyum sendiri, terasa bodohnya kerana separuh
mati kamu menanti.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Benar! Dia sememangnya belum cukup untuk
memahamimu setulusnya. Apa yang ada hanya
luncuran kata yang berbaur dengan nista.

Kata orang tua-tua, jika mahu ingin melihat siapa
diri seseorang itu sebenarnya, maka perhatikanlah
ketika saat dia sedang berada di dalam emosi
kemarahan, apa yang diperbuatnya dan
dituturkannya.

Kesabaran dan keindahan budi secara fizikalnya
mahupun nuraninya terjawab walau bukan untuk
keseluruhannya.

Ada juga yang berbicara, manusia itu pernah buat
silap. Tentunya dia tidak sengaja memperlakukan
begitu ketika kemarahan menghambur dalam dada,
apa yang dikatakan tidak selalu benar sewaktu
seseorang itu marah, jadinya penghakiman tidak
boleh terus dijatuhkan keatasnya.

Sungguhpun ada juga kebenarannya, tetapi jangan
dilupa jika sebelum bernikah sudah begitu,
bagaimana pula pasca pernikahan?

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Saat kamu kehilangannya, dek kerana
kesanggupanmu merasai hidup sendiri tanpa cinta
sebelum tiba masa dijanjikan-NYA, ubatilah dan
pujuklah hatimu dengan menyakini tidak akan
kamu hilang sesuatu tanpa digantikan Allah sesuatu
yang lebih baik.

Mungkin sekali kamu menyukainya kerana ada
sesuatu faktor yang meruntun jiwamu mendekatinya
lalu mencintainya suatu ketika dahulu, sehingga ada
tanggapan hanya dia dalam seribu, „susah dah nak
dapat seperti tu‟, dan pelbagai tanggapan bahawa
„dia‟ sangat istimewa bagi pandangan dirimu dan
orang lain.

Seorang Murabbi pernah berkata kepada murid-
muridnya, amat rugi sekali apabila kita hanya
mengatakan bahawa keindahan itu hanya ada pada
sesuatu sahaja, tidak pada sesuatu sepertinya,
diumpamakan seperti wanginya bunga hanya pada
Seroja sedangkan bunga lain, ada yang lebih cantik
dan wangi daripadanya.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Rugi sekali setiap hari kita hanya mencium bauan
yang sama.

Bukalah hati dan minda dilubuk yang paling dalam,
usah dikejar perasaan kerana belum pernah ada
manusia yang bahagia selama dia menjadi hamba
kepada perasaannya dan nafsunya.

Yakinilah akan ada seseorang yang Allah hantarkan,
ia bukan kebetulan tetapi suratan takdir buatmu,
duhai hati yang tegar dengan sabar.

Amat perit untuk kamu menelusuri realiti atau
fantasi cinta yang sedang diberi. Ia sangat sempurna
dan pasti akan ada tampalan dimana-mana lompong
atau lubang kecacatan cinta yang terdedah.

Harapan demi harapan, dipersiakan sedang kamu
sedar kamu telah dipermainkan. Apa yang saksikan,
pakaian, lagaknya menyanyangimu, komunikasi
hati, pengorbanan yang tercurah, belum mencakupi
50% sebenarnya.

Kamu dipertontonkan bahawa kamu adalah segala-
galanya bagi dunia dan akhiratnya.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Sisa-sisa lakonannya, kamu akan dapati saat dia
membenci. Kebaikkan dilapik dengan ungkitan,
bahkan ada juga yang meminta untuk dibalas atau
membayar segala kebaikkan yang diberi.

Untuk apa dan kerana apa? Jawapan yang mudah,
sewaktu kamu bercanda dengannya, dia bukan
mahukan hatimu tetapi jiwa ragamu, maruahmu
ataupun tubuhmu, boleh saja perhatianmu dari
selindung rasa kesunyian yang menghantui
hidupnya.

Lakonan yang disusun melalui skrip yang dipetik
dari Novel cinta, bagai bunga-bunga cinta gugur
sambil merasa dinginnya sonata musim salju.

Cinta mereka boleh dibeli di pasar-pasar murah,
kerana mereka menjualnya begitu tiada nilainya, dan
apabila kamu membelinya dengan harga yang
murah, maka kamu pasti tidak akan menikmati
kualitinya.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

DIA LEBIH TAHU
APA YANG KAMU PERLU

Pasangan suami isteri, abah dan ibu tinggal di
sebuah desa yang cukup terpencil. Setiap hari,
mereka bekerja membuat tapai untuk kemudian
Abah menjualnya ke pasar. Jualan tapai merupakan
satu-satunya sumber pendapatan mereka untuk
bertahan hidup.
Pada satu pagi, Abah jatuh sakit, Emak pun
mengambil alih tugas menjual tapai. Saat tengah
bersiap-siap untuk pergi ke pasar menjual tapainya,
tiba-tiba Emak sedar bahawa tapainya buatannya
hari itu masih belum cukup masak, masih separuh
masak.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Emak merasa sangat sedih kerana tapai yang masih
muda dan belum masak sepenuhnya pastinya tidak
akan laku. Itu ertinya, untuk hari itu, mereka tidak
akan mendapatkan keuntungan.

Ketika Emak dalam kesedihan, tiba-tiba Abah
mengingatkan Emak bahawa Allah Swt mampu
melakukan perkara-perkara ajaib kerana tiada yang
mustahil.

Emak pun mengangkat kedua tangannya sambil
berdoa, "Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar pulut
ini menjadi tapai yang matang, amin."
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan
sepenuh hatinya. Emak sangat yakin Allah pasti
mengabulkan doanya.

Dengan tenang, Emak pun menekan-nekan
bungkusan bakal tapai dengan hujung jarinya. Emak
pun membuka sedikit bungkusan itu untuk
menyaksikan keajaiban pulut itu menjadi tapai yang
matang. Emak termenung seketika sebab pulut itu
masih tetap pulut yang belum masak sebenarnya.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Namun, Emak tidak putus asa. Dia berfikir mungkin
doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Emak pun
mengangkat kedua tangannya kembali dan berdoa
lagi, "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil
bagi-Mu.

Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual
tapai kerana inilah mata pencarian kami. Aku
mohon, jadikanlah pulut ini menjadi tapai yang
masak, amin."

Dengan penuh harapan, Emak pun sekali lagi
membuka sedikit bungkusan itu. Apakah yang
terjadi? Emak menjadi hairan sebab ia masih tetap
seperti semula! Hari pun semakin siang.

Ertinya, pasar pun sudah ramai didatangi pembeli.
Emak tetap tidak kecewa atas doanya yang belum
terkabul.

Berbekal keyakinan yang sangat tinggi, Emak
memaksakan diri untuk tetap pergi ke pasar
membawa barang jualannya itu.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Emak berfikir, mungkin keajaiban Allah akan terjadi
dalam perjalanannya ke pasar. Dia pun berangkat ke
pasar. Semua perlengkapan untuk menjual tapai,
seperti biasa, dibawa bersama.

Sebelum keluar dari rumah, Emak sempat
mengangkat kedua tangannya untuk berdoa, "Ya
Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan
doaku. Sementara, aku berjalan menuju ke pasar,
kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tapai
ini tapai yang masak benar, amin."

Dengan penuh keyakinan, wanita tua ini pun
berangkat. Di sepanjang perjalanan, dia tetap tidak
lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai di pasar, cepat-cepat Emak meletakkan
barang-barangnya. Emak betul-betul yakin kalau
tapai sekarang sudah benar-benar matang dan siap
untuk dijual.

Dengan hati yang berdebar-debar, Emak pun
membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan
jarinya setiap bungkusan yang ada.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Perlahan-lahan, Emak membuka sedikit daun
pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang
terjadi? Tapainya benar-benar tidak berubah, masih
seperti semula!

Emak menarik nafas dalam-dalam. Harapan
dikabulkan-nya doa perlahan menipis. Emak merasa
Allah tidak adil. Allah tidak kasihan kepadanya.
Inilah satu-satunya sumber pendapatannya dengan
menjual tapai.

Dia pun hanya duduk saja tanpa membuka barang
dagangannya itu sebab dia yakin bahawa tiada
orang yang akan membeli tapai yang baru setengah
jadi. Hari pun beranjak petang dan pasar sudah
mulai sepi, para pembeli sudah mulai berkurang.

Emak melihat para penjual tapai lainnya, jualan
mereka sudah hampir habis. Emak tertunduk lesu
seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan
bahawa dia pulang tanpa membawa hasil jualannya
hari itu.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Namun, jauh di sudut hatinya, Emak masih
menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah
akan menolongnya.

Walau tahu bahawa hari itu dia tidak akan
mendapatkan pendapatan langsung, tetapi Emak
berdoa untuk terakhir kali "Ya Allah, berikanlah
penyelesaian terbaik terhadap tapaiku yang belum
jadi ini."

Tiba-tiba, Emak dikejutkan oleh teguran seorang
wanita. "Makcik ...! Maaf ya, saya ingin bertanya,
apakah Ibu menjual tapai yang belum jadi? Dari tadi,
saya sudah pusing sekeliling pasar ini untuk
mencarinya, tapi tidak ketemu juga."

Emak terus termenung, seakan tak percaya dengan
apa yang didengarnya. Betapa tidak terkejut, sejak
sepuluh tahun dia menjual tapai, tidak pernah ada
seorang pun pelanggan yang mencari tapai yang
belum jadi.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Sebelum Emak menjawab sapaan wanita di
depannya itu, cepat-cepat Emak berdoa di dalam
hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tapai ini
menjadi matang. Biarlah pulut ini tetap seperti
semula, amin."

Sebelum menjawab wanita itu, Emak pun membuka
sedikit daun penutupnya. Alangkah senangnya hati
Emak, ternyata memang benar, tapainya masih
seperti semula! Hati Emak pun bersorak gembira.
"Alhamdulillah," ucapnya.

Wanita itu pun memborong semua tapainya yang
belum jadi itu. Sebelum wanita itu pergi, Emak
sempat bertanya mengapa dia membeli tapai yang
belum jadi. Wanita itu menerangkan bahawa
anaknya yang tengah menuntut di Australia ingin
makan tapai dari desa.

Kerana tapai itu akan dikirimkan ke tempat anaknya
itu, si Ibu pun membeli tapai yang belum jadi.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Harapannya, apabila sampai di disana nanti, akan
menjadi tapai yang sempurna. Kalau dikirimkan
tapai yang sudah jadi, sesampainya di sana, tapai itu
sudah tidak enak lagi dimakan.
Demi Allah, tiada seorang pun yang berbaik sangka
kepada Allah, melainkan pasti akan memberikan
kepadanya apa yang dia sangkakan. Sebab, semua
kebaikan itu ada dalam genggaman Allah.
Maka apabila Allah sudah memberi husnudzan-Nya,
bererti Allah akan memberi apa yang disangkanya
itu. (Abdullah bin Mas'ud)

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Tuhan,
berikanlah apa yang aku perlu,

Bukan apa yang aku mahu ..
Sudah lama aku bergelumang

dengan khayalan nafsu,

Sehingga aku tidak lagi ..
mampu merindu diriMU Tuhan,

Titik titik ini semakin pekat,
Dakwat makin gawat ..

hilang kemanisan ibadat ..

Maka, jernihkanlah kembali
Agar aku mampu menatap,
Sang Tuhan yang Maha Hebat.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

HIDUP INI BUKAN
UNTUK DITANGISI

Wahai diri, belajarlah untuk lebih menghargai
hidupmu kerana tiada lainnya, hidupmu cuma
sekali. Mana yang lebih mudah, membuat nilai wang
anda dua kali ganda banyaknya, atau dua kali lebih
menghargai pada apa yang sudah anda miliki?
“ Jangan menangisi kisah semalam, biarkan Allah
memadamnya dengan Taubatmu, teruskan langkah
kehidupanmu seperti biasa,..”
Bentuklah diari kecil untukmu mencatat tentang
sesuatu yang datang ke fikiran kamu.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Jangan merasa bahawa kamu hanya perlu
menuliskan hal-hal yang besar sahaja seperti pindah
ke rumah baru, atau memiliki bayi.

Sebenarnya ia akan jauh lebih bermanfaat. Ia
umpama alat perakam yang tidak bersuara, menulis
warna-warna rutin harian hidupmu, terkadang
kamu akan kembali menyemak dan melihat serta
menghargai banyak perkara yang mungkin tidak
kamu perhatikan sebelumnya.

Sesungguhnya kamu mengetahui bahawa inilah
perjalanan hidupmu yang selama ini mungkin kamu
bingung dan melupakan sebahagian besar nikmat
yang telah kamu kecapi.

Nikmat yang mengalir itu sentiasa tidak pernah
kehabisan walaupun serngkali kamu merasakan
sesak dan sempit.

Namun seringkali kamu terlupa bahawa kamu
masih mampu menjamah makanan dan menghirup
udara yang segar secara percuma tanpa perlu kamu
membayarnya.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Tuhan tidak pernah mengira untuk apa dan
bagaimanakah sumbangan kamu sebagai membalas
setiap kebebasan kehidupan yang kamu rasai.

Kamu bebas bergerak kemana sahaja yang kamu
ingini tanpa perlu membataskannya kerana maha
luasnya Bumi yang terdampar diatas tanah dan
diapit dengan samudera yang mendamaikan.

Apakah semua ini wahai manusia ? adakah kalian
benar-benar menjejaki makna syukur dalam
hidupmu ?

Kesempurnaan apakah yang menjadi idamanmu
sehingga kamu melupakan sesuatu yang sentiasa
menyantuni dan mengasihimu dengan segala
anugerah tidak berbahagi dengan yang lain, tanpa
ada diskriminasi dan pilih kasih.

Nikmat itu andaipun kamu tidak memilikinya secara
semuanya, tetapi kamu terlupa bahawa kamu
telahpun memiliki sebahagian besar daripadanya
walau tidak pernah kamu meminta.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

“.. Rasakanlah nikmat itu, Allah mungkin menangguhkan
apa yang kamu minta, tetapi Allah telah
menyempurnakan sebahagian hidupmu walaupun kamu
tidak pernah memintanya..”

Kamu seharusnya merasa cukup beruntung kerana
dilahirkan pada waktu yang tepat, meskipun
beberapa orang berfikir waktu-waktu tertentu di
masa lalu lebih baik.

Semuanya tergantung pada perspektif kamu sendiri,
dari sudut mana memandang tentang makna
kehidupan.

Ketika kamu menatap perbandingan kehidupanmu
dengan siapa pun yang kamu fikir memiliki
kehidupan yang sempurna, pada kenyataannya
mungkin tidak seindah seperti yang kamu
bayangkan.

Seseorang boleh menjadi jutawan, namun kemudian
mereka juga memiliki tekanan hidup yang datang
bersama dengan kekayaan tersebut.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Seseorang boleh menjadi terkenal, namun kemudian
mereka tidak pernah memiliki privasi dan
kehidupan peribadi sepertimana seorang bintang
Remaja yang menjadi jutawan segera seperti Justin
Bieber yang merindui zaman kanak-kanak dan
kehidupan privasinya.

Memang beberapa orang akan melakukan sesuatu
lebih baik dibanding yang lain, tapi seberapa penting
kamu harus mengeluh tentang hal tersebut?

Kamu dan orang lain banyak mengimpikan
kehidupan manusia lain sedangkan dia sendiri tidak
tahu bahawa ramai orang mengimpikan kehidupan
sepertinya.

Ia menjadi sandaran dan angan – angan orang lain
mengejar harapan. Hidupmu adalah impian bagi
sebahagian manusia yang lainnya.

Betapa sungguh kehidupanmu itu sangat bernilai
dan berharga, bagi orang lain ianya sangat
mencerminkan kebahagiaan dan ketenangan
kemuncak ketika memperoleh kehidupan sepertimu.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Nikmatilah saat indah kehidupanmu, ianya adalah
suatu anugerah yang barangkali jarang dikurniakan
kepada orang lain, meskipun kamu mampu untuk
memberikan yang lebih baik.

Sesungguhnya diriku tidak sesekali menyarankan
agar kamu segera berhenti berusaha untuk meraih
semua yang kamu inginkan.

Banyak waktu terpakai dimana kamu begitu
terfokus untuk mencuba membuat hidup kamu lebih
baik sehingga kamu terlupa untuk menghargai apa
yang sudah kamu miliki.

Jika kamu obses untuk mencapai beberapa garis
impian hidup di kejauhan masih samar dalam
bayang dan harapan, kamu akan menghabiskan
seluruh hidup kamu untuk mencuba untuk sampai
ke destinasinya, dan kemudian menyedari di akhir
nanti bahawa kamu telah kehilangan banyak nilai
yang berharga di sepanjang jalan.

Jangan lakukan itu, mulailah menghargai apa yang
sudah kamu capai dan miliki sejak saat ini.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Apa yang kamu telah miliki, kamu abaikan.

Maka hilanglah erti nikmat bahagia untuk merasa
cukup dan qanaah dalam mempunyai sesuatu.

Teruskanlah berjalan dalam meraih kejayaan,
cumanya bagaimana kamu memperolehinya, perlu
dielakkan rasa tamak, dengki bahkan iri hati supaya
nikmat kehidupan bersaudara dan mempunyai tali
ikatan persaudaraan itu akan musnah sama sekali
hanya kerana sesuatu matlamat kebendaan dan
keduniaan yang dikejar.

Kata orang tua-tua, kamu tidak akan bahagia
walaupun kamu kaya jika kamu dikelilingi musuh
durjana, dan kamu pasti menjadi orang bahagia
walaupun kamu miskin hina, seandainya kamu
dikelilingi saudara mara yang jujur dalam
bersaudara.

Waktu boleh diibaratkan sebagai bahan bakar bagi
kehidupan kamu. Orang yang menghargai hidup
juga menyedari hal ini, mereka sedar bahwa mereka
tidak akan hidup selamanya, mereka akan pergi
begitu waktu mereka telah berakhir.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Oleh kerana itu mereka tidak akan membuang-
buang waktu dengan percuma. Mereka berhenti
menyesali kesalahan dan kegagalan, berhenti
berharap pada kenangan, mengusahakan mimpi-
mimpi mereka teraih, berbuat baik untuk orang lain,
tertawa bersama orang lain dan bahagia.

Sama dengan kamu, orang yang menghargai hidup
juga memiliki sejarah, masa lalu dan kenangan.
Mereka tertawa untuk setiap detik bahagia mereka,
mereka menyesal untuk kesalahan yang pernah
mereka buat, mereka menangis untuk kegagalan
yang pernah mereka alami.

Namun mereka menjadikannya sebagai pelajaran
yang terkadang mengingatkan mereka untuk
menjadi lebih baik lagi hari demi hari. Ingatlah yang
boleh kamu perolehi dari kenangan hanyalah
pelajaran.

Mereka yang menghargai kehidupan sudah pasti
juga menghargai diri mereka sendiri, kerana jika
kamu tidak mencintai dirimu, kamu juga tidak
mencintai hidup.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Jika saat ini kamu tidak bisa mencintai dirimu
sendiri, maka berubahlah. Jadikan dirimu menjadi
orang yang mampu kamu cintai. Sudahkah kamu
menjadi seperti mereka dan menghargai hidup dan
kehidupan?
Semua makhluk itu hidup, hal pertama yang perlu
disyukuri adalah kamu masih mampu membaca
hasil tulisanku ini, sedang di luarsana masaih ramai
yang tidak mampu melihat dengan pancaindera.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

DIALAH SEBAIK-BAIK
PELINDUNGMU

Dikatakan, bahwa Zin-Nun AI-Mashri r.a. pernah
bercerita, katanya:
Sekali peristiwa, sedang saya bersiar-siar di tepi
sungai Nil melihat kenikmatan dan keindahan
ciptaan Tuhan Maha Agung, tiba-tiba saya
terserempak oleh seekor kala jengking yang besar
merayap dengan cepatnya.
Saya segera mencari batu untuk membunuhnya,
akan tetapi kala jengking itu rupanya lebih cepat
daripadaku.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Dia berlari dengan ligatnya untuk menyelamatkan
dirinya hingga akhirnya dia terjatuh ke dalam
Sungai Nil itu.

Dengan cara spontan pula, timbul seekor katak di
atas muka air itu, maka segeralah sang kala jengking
itu melornpat ke atas belakangnya, maka sang katak
pun berenang-renang segera menuju ke arah pantai
Sungai Nil yang di sebelahnya.

Apabila sampai saja sang katak di situ, kala jengking
itu pun melompat pula naik ke atas daratannya, lalu
menghilang.

Sementara saya memerhatikan kelakuan katak
dengan kala jengking itu, saya turut berlari-Iari
meniti jembatan hingga saya sampai ke tebing
sungai yang berhadapan denganku itu.

Saya mencari-cari kala jengking itu dari bekas-bekas
jalannya, sehingga saya tiba ke sebuah pondok kecil.

Saya menjenguk ke dalamnya, dan saya lihat ada
seorang laki-Iaki yang sedang mabuk, tidak
sedarkan diri lagi terbaring di atas tanah.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Ketika itu juga saya lihat ada seekor ular yang mahu
mernatuk orang mabuk itu, maka tiba-tiba sang kala
jengking tadi menggigitnya hingga ular itu mati.

Dia lalu mengangkat kepalanya ke arah langit,
seraya bermunajat dengan air matanya jatuh
berderai, katanya:

'Begitu rahmat Engkau terhadap hambaMU! Aku
yang selalu menderhakai Mu, Engkau selamatkan
aku dari bahaya yang boleh membinasakanku,
padahal aku mabuk dan sedang melanggar
perintahMu.

Betapa pula Engkau dan kepada orang yang
mentaatiMu, orang yang selalu menjaga segala
perintahMu?! Memang manusia ini tidak tahu
mengenang budi!'

'Ya Tuhan Maha Agung Maha Mulia! aku berjanji
kepadaMu kini, bahwa aku akan menjaga diriku,
dan tidak akan menderhakaiMu lagi selepas hari ini!'

Kemudian laki-Iaki itu berpaling kepadaku dan
berkata: 'Engkau siapa?'

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

'Aku Zin-Nun.'
'Terima kasih banyak Zin-Nun. Kerana ceritamu ini
aku menjadi insaf dan aku akan kembali ke jalan
Tuhanku.'
Laki-Iaki itu lalu pergi, dan perasaan taubat
kelihatan di wajahnya. Dia telah mendapat taufik
dari Allah, moga-moga dia menjadi orang yang
soleh.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

TERUSLAH BERJALAN,
JANGAN TOLEH KE BELAKANG

Ya, benar sekali. Teruskanlah berjalan kerana masa
depanmu amat gemilang. Genggamlah erat masa
hadapanmu.
Langit yang cerah serta pelangi nan indah sedang
menanti dalam pasca mendatang kehidupan. Tidak
lagi hanya untuk memandang, tetapi kamu boleh
sudah untuk merasai lapisan warna yang ada
padanya.
Setiap dedikasi cinta yang ada, janganlah dibelai dan
dibaja. Cukuplah kamu mengajarkan ia erti berpada-
pada. Jangan berlebih-lebih dalam cinta kerana ia
guru di dalam berdusta.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Cinta yang ada biarlah ia disitu, jangan kejutkan dan
bangunkannya sehingga ia liar dan sukar diikat.

Jikapun kamu ingin berkorban, cukuplah
sekadarnya dengan tidak memberi apa-apa harapan.

Harapan kamu gantungkan kepada Allah
Azzawajalla untuk menentukan, baik atau buruk
kamu dengannya. Andai ada jodoh kamu
bersamanya, mengembaralah ke penghujung benua
sekalipun, akhirnya kamu pasti akan disatukan juga.

Jangan sesekali kamu menaruh atau memberi
harapan. Harapan itu akan tiba apabila sudah
sampai ketika dan waktunya. Bersabar dan bertahan
duhai hati.

Seorang Ulama‟ Sufi, Abdul Rahman Albani menulis
dalam kitabnya “ Jangan kamu memberi cita-cita,
sedang kamu berdusta, jangan kamu beri harapan
untuk kekenyangan, walhal kamu sendiri masih
kelaparan”

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Sungguhpun jauh kamu mencintainya, patuhilah
had kelajuan di dalam mengejarnya. Ada peraturan
dan syarat yang perlu kamu ikuti, jangan melanggar
sesuka hati, takut-takut nanti kamu akan
kemalangan sesama sendiri.

Seandainya ia meminta pertolongan dan bantuan,
bantulah ia hanya sekadar diperlukan, bukannya
berusaha keras sehingga didasari dengan perasaan
untuk menyatakan bahawa kamu adalah gedung
untuknya meminta-minta dalam pelajaran.

Cukup pada masa, bahan-bahan yang diperlukan,
dan bimbingan selanjutnya perlulah dirujuk kepada
pendidik, bukan kamu yang mula ingin menggedik.

Manusia yang tahu menjaga batas-batasnya adalah
ciri-ciri manusia yang berjaya.

Nilai profesionalisme terpantul dari ketinggian budi
yang murni. Kamu boleh membezakan soal perasaan
dan pelajaran. Ianya suatu subjektif yang cukup
berbeza.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Matlamat capaiannya juga berbeza, serta jalannya
juga tidaklah melalui denai yang sama. Jadi, jangan
dicampurkan cinta ketika belajar kerana ia tidak
enak untuk dijamah.

Umpama makan roti canai dicecah dengan kuah
laksa, walaupun ada yang mengatakan ianya sedap,
tapi pelik sekali bukan?.

Memelihara perasaan itu adalah sesuatu yang sangat
sukar sekali. Sigmund Freud, ahli psikologi barat
berkata, menjaga perasaan sendiri lebih sukar
daripada aktiviti mendaki gunung tinggi bersalji dan
menyelam di dalam laut dalam.

Maknanya, kalau perasaan itu sudah bermula, ia
agak sukar untuk menamatkannya.

Bagimu yang memiliki perasaan cinta andainya si
dia yang kamu cintai sedang meraikan hari
kegembiraannya, ulang tahun kelahirannya,
cukuplah kamu mengucapkan tahniah kepadanya,
dan bukanlah berebut-rebut dengan orang lain
untuk menjadi pengucap yang pertama, lebih elok
juga jadi yang terakhirnya.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Ini untuk mengajar hati kamu, bahawa dia bukanlah
seseorang yang istimewa agar kamu ampuh nanti
untuk berdepan dengan cinta.

“Salahkah kalau saya memberi hadiah?, hadiah dari
seorang kawan wanita kepada kawan lelakinya?”.

Jika kamu hanya sebagai kawan biasa, kamu tidak
menipu dihati kecilmu ada sedikit perasaan cinta
yang sedang tertabur benih bersamanya, silakan
berilah apa jua hadiah kesukaan kamu atau dia hatta
Istana.

Tetapi, persoalan yang sedang dibicarakan ini ialah,
dihatimu itu ada perasaan cinta kepadanya, agar ia
tidak terus subur, tidaklah perlu kamu berikan apa-
apa hadiah istimewa pada hari istimewanya.

“Sesungguhnya Doa itu adalah senjata orang-orang
Mukmin”. Itu sabda Nabimu, satukan doamu dalam
doanya. Biarlah dia tidak tahu, asalkan Allah dan
dirimu tahu keberadaan cintanya dihatimu.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Disimpan, jika dia Allah pilihkan untukmu, ketika
itu kamu tidak perlu takut untuk menjerit “ Aku
cinta padamu” sekuat-kuatnya.

“Saya tolong kamu dengan ikhlas, tetapi sampai hati
kamu buat saya begini”

“ Saya tidak pernah minta apa-apa dibalas,
walaupun saya banyak menolong kamu, kamu
mengecewakan permintaan saya”

Pernah kamu mendengar ucapan-ucapan sebegini?
Ucapan yang kadang-kadang kamu juga ada
mengungkapkan. Kata kamu, ikhlas menolong
seseorang, tetapi pada hakikatnya kamu bukanlah
ikhlas yang sebenar-benarnya.

Pertolongan itu masih memerlukan balasan.
Ganjaran yang kamu harapkan daripada mereka
yang menerima bantuan. Ikhlas hanyalah kata-kata
yang ingin menggambarkan bahawa kamulah
sebaik-baik manusia dalam membantu manusia
yang lain.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Walhal, kamu sebenarnya buaya lapar yang ingin
menelan mangsanya. Jika kamu ingin memberi
pengorbanan kepada sesiapapun, berilah dengan
sepenuh hati, bukannya ada agenda disebaliknya
yang sedang direncanakan, seperti ikhlas hanya
untuk mereka yang dicintainya sahaja dengan
harapan pengorbanan itu akan meraih cinta.
Manusia yang berpura-pura ikhlas adalah manusia
yang sangat keji. Melakukan perkara mulia tetapi
Allah hina mereka di dalam Neraka.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

TAWAKALKU HANYA MILIK-MU

Diceritakan dalam sebuah kisah, seorang Kapten
yang berkepercayaan Atheist mahu menguji beliau
dalam usaha memalukan beliau kepada kalangan
tentera yang lain.

Kapten tersebut memanggil beliau untuk mengambil
kunci Jeep askar untuk dialihkan kedudukan Jeep
tersebut ke tempat yg disediakan.

Jawab pemuda itu :

"Saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau
tidak mempunyai kemahiran dalam memandu Jeep
yang canggih tersebut"

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Kapten tersebut berkata : Kamu mintalah pada tuhan
kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu
berkuasa atau tidak"

Lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan
berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang
berjalan menghampiri Jeep tersebut.

Dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan
JEEP tersebut ke tempat asal nya. Lalu beliau
mematikan enjin Jeep tersebut.

Pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dengan
perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu
Jeep secanggih itu walaupun hanya beberapa meter
sahaja pergerakan yg dilakukan

Sebaik sahaja keluar sahaja dari Jeep tersebut,
kelihatan Kapten dan tentera yang lain menangis
kesemuanya. Lalu mereka semua berkata “KAMI
MAHU BERIBADAH KEPADA TUHAN KAMU!!”
kata tentera-tentera yang lain.

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Pemuda tersebut berasa hairan. Lalu Kapten yang
menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut
membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd
pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai
enjin.
MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI
BERKUASA…
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yang lain
bersujud kepada ALLAH S.W.T. PEMUDA ITU
BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan
kepada apa yang tidak wujud…

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

Damailah sebuah jiwa
Yang memiliki rasa bertuhan

TUHAN

SENTUHLAH HATIKU

Sebuah karya

Hadi Fayyadh

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com

SEBUAH KARYA HAKCIPTA HADI FAYYADH production.

www.hadifayyadh.com


Click to View FlipBook Version