PANDUAN PENGENDALIAN UJIAN AMALI SAINS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
1 Pengenalan 5 Definisi 6 Akronim 7 BAHAGIAN A PANDUAN KHAS UNTUK KPPK/KPP SPP JPN SERTA PENGETUA SEKOLAH PUSAT PEPERIKSAAN Pusat Ujian Amali Sains 8 Pelantikan Petugas Ujian Amali Sains 10 Bilangan Petugas Ujian Amali Sains 12 Bahan Peperiksaan 13 BAHAGIAN B TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENGENDALI PUSAT UJIAN AMALI SAINS KPPK/KPP SPP JPN 14 Penyelia Kawasan 15 Ketua Pengawas Amali 15 Pengawas Amali 16 Penyelia Kanan Sains 18 Penyelia Mata Pelajaran 18 Pembantu Makmal 19 Guru Bertugas Harian 20 BAHAGIAN C ARAHAN KHAS KEPADA PENGETUA SEKOLAH, PENYELIA KANAN SAINS DAN PENYELIA MATA PELAJARAN Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan 21 Senarai Awal 22 Arahan Persediaan 22 Senarai Akhir 23 Jadual Waktu Ujian Amali Sains 23 Pergerakan Calon 24 Arahan Am 24 ISI KANDUNGAN
2 BAHAGIAN D ARAHAN KESELAMATAN DAN PENTADBIRAN PEPERIKSAAN Penyerahan dan Penyemakan Kertas Peperiksaan di Bilik Kebal 25 Penyimpanan Kertas Peperiksaan di Pusat Peperiksaan 25 Pengedaran Kertas Peperiksaan Kepada Calon 26 Keselamatan Radas dan Bahan 26 Dokumen Pengenalan Diri Calon 27 Waktu Ujian Amali Sains 27 Laporan Kehadiran Calon 28 Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29) 29 Jadual Pengiriman Skrip Jawapan Peperiksaan 29 Penerangan Kepada Calon 30 Pengurusan di Makmal Peperiksaan 31 Keselamatan Bungkusan Skrip Jawapan Peperiksaan 34 BAHAGIAN E KES-KES KHAS Kekurangan Kertas Peperiksaan dan Kuarantin 36 Kesilapan Membuka Sampul Kertas Peperiksaan 37 Kekurangan Radas dan Bahan Peperiksaan 37 Calon Bantahan 38 Calon Menumpang 39 Calon Berkeperluan Khas 39 Kes Kecemasan 40 Kes Salah Laku 42 Lampiran 44 ISI KANDUNGAN
3 Diterbitkan oleh: Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1,2,5 – 13, Blok E11, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Peserkutuan 62604 WP Putrajaya Tel: 03-8884 3260 Faks: 03-88893344 www.lp.moe.gov.my © Lembaga Peperiksaan 2020 Cetakan Pertama 2020 Hak Cipta Terpelihara. Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada: Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengarah Peperiksaan berhak mengubah mana-mana maklumat yang terkandung dalam buku Panduan Pengendalian Ujian Amali Sains Sijil Pelajaran Malaysia Mulai Tahun 2021 dari semasa ke semasa mengikut keperluan. ISBN xxx
4 PRAKATA Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menerbitkan buku Panduan Pengendalian Ujian Amali Sains Sijil Pelajaran Malaysia Mulai Tahun 2021. Justeru saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan buku ini. Pelaksanaan semula Ujian Amali Sains secara peperiksaan pusat ini merupakan satu usaha Lembaga Peperiksaan dalam menyahut hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 antara lain Memperkukuhkan Asas Pembelajaran STEM melalui Inisiatif Pengukuhan Pendidikan STEM (Inisiatif #49) dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti hands-on, berasaskan penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Penerbitan buku ini bertujuan untuk memberi panduan dan rujukan semua pihak yang terlibat dalam menguruskan Ujian Amali Sains. Arahan piawai ini diterbitkan bagi memastikan penjaminan kualiti pengurusan dan pengendalian Ujian Amali Sains dapat memberikan keadilan kepada calon serta menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor. Keutuhan dan kepercayaan umum terhadap peperiksaan awam kendalian Lembaga Peperiksaan banyak bergantung kepada aspek keselarasan dan pengurusan peperiksaan yang sistematik, cekap dan berakauntabiliti. Sehubungan dengan itu, kerjasama serta budaya kerja yang baik dan sistematik daripada semua pihak yang terlibat amat dihargai. Usaha ini diharap dapat diteruskan demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu adil, sahih dan amanah. Terima kasih. DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI Pengarah Peperiksaan
5 Panduan ini dinamakan Panduan Pengendalian Ujian Amali Sains Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mulai Tahun 2021 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 20 November 2020. Panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dokumen peperiksaan lain yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) yang sedang berkuat kuasa. Semua sekolah yang menawarkan mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan hendaklah mendapatkan maklumat terkini daripada Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berkaitan keperluan makmal bagi tujuan pelaksanaan Ujian Amali Sains dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 2021 sebelum pendaftaran calon peperiksaan dilaksanakan. Pengetua sekolah hendaklah memastikan makmal sains dalam keadaan yang kondusif dan selamat untuk melaksanakan Ujian Amali Sains. Calon yang mendaftar mana-mana mata pelajaran yang mempunyai komponen amali, wajib mengambil ujian amali bagi mata pelajaran berkenaan. Calon persendirian yang ingin mendaftar mana-mana mata pelajaran yang mempunyai komponen ujian amali hendaklah merujuk kepada Pengarah Pendidikan JPN, tempat calon mendaftar untuk mendapatkan maklumat lanjut. PENGENALAN
6 Definisi (a) Pusat Ujian Amali Sains ialah sekolah yang telah mendaftar sebagai pusat peperiksaan dan mempunyai kemudahan bilik-bilik Ujian Amali Sains. (b) Bilik Persediaan ialah bilik untuk Penyelia Mata Pelajaran dan Pembantu Makmal menyediakan semua radas dan bahan yang diperlukan untuk Ujian Amali Sains seperti yang dinyatakan dalam Senarai Awal, Senarai Akhir dan Arahan Persediaan. (c) Makmal Peperiksaan ialah makmal yang digunakan untuk pelaksanaan Ujian Amali Sains. (d) Bilik Lapor Diri ialah tempat calon melapor diri dan berkumpul secara terkawal. (e) Bilik Kuarantin ialah tempat calon yang telah mengambil Ujian Amali Sains ditempatkan sebelum mereka dibenarkan balik mengikut jadual sidang yang ditetapkan. (f) Ketua Pengawas Amali (KPA) ialah mana-mana guru terlatih dari sesebuah sekolah yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan JPN untuk menjalankan tugas yang dinyatakan di pusat Ujian Amali Sains di sekolah lain. (g) Pengawas Amali (PA) ialah guru dalam kalangan guru terlatih dari sesebuah sekolah yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan JPN untuk bertugas di pusat peperiksaan sekolah lain. Pengawas Amali terdiri daripada Pengawas Lapor Diri, Pengawas Makmal Peperiksaan dan Pengawas Kuarantin. (h) Penyelia Kanan Sains (PKS) ialah Guru Kanan Mata Pelajaran Sains yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan JPN untuk mengurus Ujian Amali Sains di sekolahnya. (i) Penyelia Mata Pelajaran (PMP) ialah guru mata pelajaran yang berkenaan yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan JPN untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan Ujian Amali Sains di sekolahnya.
7 (j) Pembantu Makmal (PM) ialah Pembantu Makmal Kanan atau Pembantu Makmal yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan JPN untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan persediaan Ujian Amali Sains seperti yang diarahkan oleh PKS dan PMP. (k) Senarai Awal merupakan senarai radas/alatan yang diperlukan bagi setiap Ujian Amali Sains dengan kuantiti per calon per sidang. Dokumen ini berstatus TERHAD dan dihantar sebulan sebelum ujian. (l) Arahan Persediaan ialah panduan penyediaan bahan Ujian Amali Sains. Dokumen ini berstatus SULIT dan dihantar dua minggu sebelum ujian. (m) Senarai Akhir ialah senarai bahan/radas/alatan yang diperlukan khusus bagi setiap Ujian Amali Sains dengan kuantiti per calon per sidang. Dokumen ini berstatus SULIT dan dihantar dua minggu sebelum ujian. Akronim LP - Lembaga Peperiksaan JPN - Jabatan Pendidikan Negeri SPP - Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan KPPK/KPP - Ketua Penolong Pengarah Kanan/Ketua Penolong Pengarah PK - Penyelia Kawasan KPA - Ketua Pengawas Amali PA - Pengawas Amali PKS - Penyelia Kanan Sains PMP - Penyelia Mata Pelajaran PM - Pembantu Makmal CBK - Calon Berkeperluan Khas JPSJP - Jadual Pengiriman Skrip Jawapan Peperiksaan SJP - Skrip Jawapan Peperiksaan
8 • Bilik Lapor Diri • Bilik Persediaan • Makmal Peperiksaan • Bilik Kuarantin 1.1.1 Bilik Persediaan hendaklah dijadikan kawasan larangan dari tarikh arahan makmal ditutup sehingga Ujian Amali Sains selesai. 1.1.2 Bilik Persediaan boleh dijadikan tempat untuk Penyelia Mata Pelajaran melaksanakan amali kawalan. 1.1.3 Pembantu Makmal dan Penyelia Mata Pelajaran hendaklah sentiasa berada di dalam Bilik Persediaan sepanjang Ujian Amali Sains berlangsung. 1.2.1 Makmal Peperiksaan hendaklah dijadikan kawasan larangan dari tarikh arahan makmal ditutup sehingga Ujian Amali Sains selesai. 1.2.2 Langkah-langkah keselamatan hendaklah diambil supaya radas dan bahan peperiksaan tidak dapat dilihat dari luar selepas tarikh arahan tutup makmal. 1.2.3 Pastikan pengudaraan di dalam Makmal Peperiksaan berada dalam keadaan baik sepanjang hari peperiksaan. 1.2.4 Sebarang bahan pengajaran yang terdapat di dalam Makmal Peperiksaan hendaklah dipindahkan ke tempat lain atau ditutup dengan sempurna. 1.0 Pusat Ujian Amali Sains Pusat Ujian Amali Sains hendaklah dilengkapi dengan bilik-bilik yang berikut: 1.1 Bilik Persediaan 1.2 Makmal Peperiksaan PANDUAN KHAS UNTUK KPPK/KPP SPP JPN SERTA PENGETUA SEKOLAH PUSAT UJIAN AMALI SAINS BAHAGIAN A
9 1.2.5 Makmal yang digunakan untuk peperiksaan hendaklah sesuai dan selamat. 1.2.6 Semua kemudahan asas di Makmal Peperiksaan hendaklah lengkap dan sempurna. 1.2.7 Jam dinding hendaklah digantung di bahagian hadapan dan belakang setiap Makmal Peperiksaan. 1.2.8 Pastikan terdapat papan tulis di setiap Makmal Peperiksaan. 1.2.9 Pastikan terdapat sebuah peti pertolongan cemas yang lengkap di setiap Makmal Peperiksaan. 1.2.10 Pastikan Alat pemadam api disediakan di setiap Makmal Peperiksaan. 1.2.11 Jarak antara calon hendaklah tidak kurang dari 1.5 meter pada setiap masa sepanjang ujian berlangsung. 1.3.1 Bilik Lapor Diri ialah kawasan larangan pada hari peperiksaan. 1.3.2 Bilik Lapor Diri dan Bilik Kuarantin hendaklah di laluan yang berlainan supaya calon tidak dapat saling berhubung. 1.3.3 Bilik Lapor Diri hendaklah berdekatan dengan tandas. 1.4.1 Bilik Kuarantin ialah kawasan larangan pada hari peperiksaan. 1.4.2 Bilik Kuarantin dan Bilik Lapor Diri hendaklah di laluan yang berlainan supaya calon tidak dapat saling berhubung. 1.4.3 Bilik Kuarantin hendaklah berdekatan dengan tandas. 1.3 Bilik Lapor Diri 1.4 Bilik Kuarantin
10 Petugas Ujian Amali Sains yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan JPN terdiri daripada Penyelia Kawasan, Ketua Pengawas Amali, Pengawas Amali, Penyelia Kanan Sains, Penyelia Mata Pelajaran dan Pembantu Makmal. 2.1.1 Sekurang-kurangnya dua orang Penyelia Kawasan (PK) dilantik bagi setiap bilik kebal dan mereka bertanggungjawab sebagai pemegang kunci dan tata kira bilik kebal. 2.1.2 PK boleh terdiri daripada guru berpengalaman di sekolah yang mempunyai bilik kebal dan mereka bertanggungjawab sebagai pemegang kunci bilik kebal. PK dari sekolah lain pula bertanggungjawab sebagai pemegang tata kira bilik kebal. 2.1.3 Dua orang PK dilantik bagi setiap kawasan dan bilangan maksimum pusat peperiksaan di bawah jagaan mereka ialah lima pusat. Walau bagaimanapun, bilangan tersebut bolehlah disesuaikan dengan keadaan setempat. 2.0 Pelantikan Petugas Ujian Amali Sains 2.1 Penyelia Kawasan (PK) 2.2 Ketua Pengawas Amali (KPA) 2.2.1 Hanya seorang Ketua Pengawas Amali (KPA) dilantik untuk setiap pusat Ujian Amali Sains. 2.2.2 KPA akan dibantu oleh Pengawas Amali yang terdiri daripada Pengawas Lapor Diri, Pengawas Makmal Peperiksaan dan Pengawas Kuarantin. 2.3 Pengawas Amali (PA) 2.3.1 Pengawas Amali terdiri daripada: a) Pengawas Lapor Diri b) Pengawas Makmal Peperiksaan c) Pengawas Kuarantin 2.3.2 Sekurang-kurangnya dua orang Pengawas Makmal Peperiksaan dilantik bagi setiap makmal di pusat peperiksaan. 2.3.3 Pengawas Amali bagi sesebuah pusat peperiksaan hendaklah terdiri daripada guru yang berbilang kaum.
11 2.3.4 Sekurang-kurangnya seorang PA lelaki dilantik jika pusat peperiksaan itu mempunyai calon lelaki atau minima seorang PA perempuan dilantik jika pusat peperiksaan itu mempunyai calon perempuan. 2.3.5 Melantik Pengawas Amali tambahan yang berkebolehan untuk mengawasi calon berkeperluan khas sekiranya perlu. 2.4 Penyelia Kanan Sains (PKS) Penyelia Kanan Sains dilantik dalam kalangan Guru Kanan Mata Pelajaran Sains atau jawatan yang setara (selain dari sekolah KPM) dari pusat Ujian Amali Sains yang berkenaan. 2.5 Penyelia Mata Pelajaran (PMP) Penyelia Mata Pelajaran dilantik dalam kalangan guru mata pelajaran dari pusat Ujian Amali Sains berkenaan. 2.6 Pembantu Makmal (PM) Pembantu Makmal dilantik dalam kalangan Pembantu Makmal yang dicadangkan oleh Pengetua. 2.7 Guru Bertugas Harian Guru Bertugas Harian dilantik oleh Pengetua.
12 Bil. Pegawai Bilangan Yang Dilantik i. Penyelia Kawasan Minima dua orang bagi setiap bilik kebal ii. Ketua Pengawas Amali Seorang bagi setiap pusat peperiksaan iii. Pengawas Amali a) Pengawas Makmal Peperiksaan: Dua orang bagi setiap Makmal Peperiksaan b) Pengawas Lapor Diri: dilantik mengikut formula yang berikut: Bilangan Pengawas = 1 + Bilangan Bilik Lapor Diri Contoh: Bilangan Bilik Lapor Diri 1 2 3 4 Bilangan Pengawas lapor Diri 2 3 4 5 ATAU: Pada kadar seorang Pengawas Lapor Diri untuk setiap Makmal Peperiksaan yang digunakan jika Bilik Lapor Diri ditempatkan di dewan sekolah. c) Pengawas Kuarantin: dilantik mengikut formula yang berikut: Bilangan Pengawas = 1 + Bilangan Bilik Kuarantin Contoh: Bilangan Bilik Kuarantin 1 2 3 4 Bilangan Pengawas Kuarantin 2 3 4 5 ATAU: Pada kadar seorang Pengawas Kuarantin untuk setiap Makmal Peperiksaan yang digunakan jika Bilik Kuarantin ditempatkan di dewan sekolah. iv. Penyelia Kanan Sains Seorang bagi setiap pusat peperiksaan v. Penyelia Mata Pelajaran Seorang bagi setiap mata pelajaran setiap pusat peperiksaan vi. Pembantu Makmal Minima dua orang bagi setiap pusat peperiksaan; dan minima empat orang bagi pusat yang menggunakan tiga atau lebih makmal peperiksaan 3.0 Bilangan Petugas Ujian Amali Sains Bilangan petugas Ujian Amali Sains adalah seperti yang berikut:
13 4.1 Jadual Waktu Ujian Amali Sains Jadual Waktu Peperiksaan dipamerkan di setiap pusat peperiksaan. 4.2 Radas dan Bahan Ujian Amali Sains Radas dan bahan disediakan seperti di dalam arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa, berada di dalam keadaan selamat dan mencukupi. 4.3 Kertas Peperiksaan Bilangan kertas peperiksaan bagi setiap pusat peperiksaan mencukupi dan disimpan dengan selamat. 4.4 Laporan Kehadiran Calon Kehadiran calon direkod menggunakan aplikasi e-Kehadiran yang boleh diakses melalui pautan https://elp.moe.gov.my. 4.5 Laporan Penyelia Mata Pelajaran Diisi oleh setiap Penyelia Mata Pelajaran bagi setiap sidang. 4.6 Jadual Pengiriman Skrip Jawapan Peperiksaan (JPSJP) Diterima daripada LP. 4.7 Bahan Am Peperiksaan a. LP/Am 29 b. Helaian Tambahan c. Pembungkus Plastik Keselamatan d. Tali Pengikat Bungkusan e. Kad Pelapik 4.0 Bahan Peperiksaan
14 1.1 Mengurus, mengendali dan mengawal Ujian Amali Sains bagi negeri berkenaan supaya berjalan dengan lancar dan selamat mengikut prosedur yang ditetapkan oleh LP. 1.2 Menghadiri mesyuarat dan menerima Surat Siaran mengenai pengurusan Ujian Amali Sains. 1.3 Memastikan semua pusat Ujian Amali Sains memuat turun Senarai Awal, Senarai Akhir dan Arahan Persediaan Ujian Amali Sains daripada portal rasmi LP mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan. 1.4 Melantik petugas peperiksaan yang terdiri daripada Penyelia Kawasan (PK), Ketua Pengawas Amali (KPA), Pengawas Amali (PA), Penyelia Kanan Sains (PKS), Penyelia Mata Pelajaran (PMP), dan Pembantu Makmal. 1.5 Memberi taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains kepada semua petugas peperiksaan sebelum peperiksaan. 1.6 Memastikan petugas Ujian Amali Sains mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D atau Lampiran F), Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) dan Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima taklimat. 1.7 Menerima, mengurus dan menentukan keselamatan kertas peperiksaan, bahan terperingkat dan bahan am peperiksaan mengikut prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan. 1.8 Menentukan perjalanan Ujian Amali Sains adalah lancar dan mengikut prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan. 1.9 Menjalankan tugas dan tanggunggjawab yang diperuntukkan dalam dokumen peperiksaan lain yang dikeluarkan oleh LP yang sedang berkuat kuasa. 1.10 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan Pengarah Pendidikan JPN dari semasa ke semasa. 1.0 KPPK/KPP SPP JPN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI BAHAGIAN B PENGENDALIAN PUSAT UJIAN AMALI SAINS
15 2.1 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan JPN. 2.2 Bertanggungjawab menguruskan Ujian Amali Sains dalam kawasan seliaannya dan memastikan keselamatan bilik kebal, kertas peperiksaan serta pusat-pusat peperiksaan supaya peperiksaan berjalan dengan lancar dan selamat. 2.3 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains. 2.4 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D), Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) dan Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima taklimat. 2.5 Menerima, mengurus dan menentukan keselamatan kertas peperiksaan, bahan terperingkat dan bahan am peperiksaan mengikut prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan. 2.6 Menjalankan tugas dan tanggunggjawab yang diperuntukkan dalam dokumen peperiksaan lain yang dikeluarkan oleh LP yang sedang berkuat kuasa. 2.7 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan Pengarah Pendidikan JPN dari semasa ke semasa. 3.1 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan JPN. 3.2 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains. 3.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D), Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) dan Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima taklimat. 3.4 Melawat pusat peperiksaan dan mengadakan perbincangan dengan Pengetua selewat-lewatnya satu hari sebelum peperiksaan untuk menentukan semua Arahan Persediaan dan Arahan Ujian Amali Sains dipatuhi. 3.5 Memberi taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains kepada petugas di pusat peperiksaan. 3.6 Menyemak dan merekodkan kehadiran calon di bilik-bilik peperiksaan. 3.7 Memastikan Pengawas Lapor Diri membacakan arahan umum keselamatan peperiksaan kepada calon di Bilik Lapor Diri. 3.8 Memastikan Pengawas Makmal Peperiksaan membacakan arahan keselamatan Ujian Amali Sains kepada calon di Makmal Peperiksaan. 3.9 Menyelia pengawasan di semua Makmal Peperiksaan. 2.0 Penyelia Kawasan (PK) 3.0 Ketua Pengawas Amali (KPA)
16 3.10 Memaklumkan kepada calon dan PMP tentang errata (jika ada). Errata hendaklah dibacakan secara lisan dan dicatatkan dengan jelas di papan tulis atau diedarkan sekiranya dibekalkan oleh LP. 3.11 Mengumpulkan Laporan Penyelia Mata Pelajaran pada setiap sidang. 3.12 Memastikan Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP) calon bagi setiap sidang dibungkus bersama-sama Laporan Penyelia Mata Pelajaran. Sampul bagi setiap sidang dibungkus dalam satu sampul mengikut pusat peperiksaan bersama-sama Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29) mengikut tatacara pembungkusan SJP yang sedang berkuat kuasa. 3.13 Menjalankan tugas dan tanggunggjawab yang diperuntukkan dalam dokumen peperiksaan lain yang dikeluarkan oleh LP yang sedang berkuat kuasa. 3.14 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan Pengarah Pendidikan JPN dan PK dari semasa ke semasa. 4.1 Pengawas Amali (PA) terdiri daripada Pengawas Lapor Diri, Pengawas Makmal Peperiksaan dan Pengawas Kuarantin. 4.2 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan JPN. 4.3 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains. 4.4 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D), Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) dan Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima taklimat. 4.5 Memastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas peperiksaan, bahan terperingkat dan bahan am peperiksaan di pusat peperiksaan. 4.6 Mematuhi prosedur keselamatan dan pengurusan peperiksaan. 4.7 Menjalankan tugas dan tanggunggjawab yang diperuntukkan dalam dokumen Peperiksaan yang dikeluarkan oleh LP yang sedang berkuat kuasa. 4.8 Berada di pusat Ujian Amali Sains sekurang-kurangnya setengah jam sebelum prosedur peperiksaan bermula. 4.9 Sepanjang tempoh peperiksaan, PA tidak dibenarkan meninggalkan bilik-bilik peperiksaan tanpa kebenaran KPA. 4.10 Memaklumkan kepada KPA sekiranya tidak dapat hadir bertugas. 4.11 PA hendaklah mengawasi calon-calon di dalam bilik-bilik Ujian Amali Sains supaya tidak berhubung dengan calon-calon yang belum memulakan ujiannya atau calon-calon yang sudah tamat menjalani ujian. 4.0 Pengawas Amali (PA)
17 4.12 PA hendaklah memastikan tiada calon membawa masuk atau menggunakan sebarang alat peranti elektronik dan barang larangan di bilik-bilik ujian. 4.14 PA tidak dibenarkan membuat sesuatu yang boleh mengalih perhatian daripada tugasnya seperti makan, minum, menggunakan alat peranti elektronik dan seumpamanya. 4.15 Pengawas Lapor Diri hendaklah merekodkan kehadiran calon di Bilik Lapor Diri sebelum tamat tempoh lapor diri bagi setiap sidang menggunakan senarai nama yang disediakan oleh pusat peperiksaan. 4.16 Pengawas Lapor Diri hendaklah menyemak dokumen pengenalan diri calon untuk memastikan calon yang sah sahaja menduduki ujian. 4.17 Pengawas Lapor Diri hendaklah membacakan arahan umum keselamatan peperiksaan kepada calon di Bilik Lapor Diri. 4.18 Pengawas Lapor Diri hendaklah memastikan calon berada di Makmal Peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan bermula. 4.19 Pengawas Lapor Diri bersama-sama Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah mengiringi calon ke Makmal Peperiksaan. 4.20 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah membacakan arahan keselamatan Ujian Amali Sains di Makmal Peperiksaan. 4.21 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah mengawasi setiap sidang Ujian Amali Sains di Makmal Peperiksaan. 4.22 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah memastikan PMP menjalankan Amali Kawalan bagi setiap sidang. 4.23 Pengawas Kuarantin hendaklah mengiring calon dari Makmal Peperiksaan ke Bilik Kuarantin sebaik tempoh Ujian Amali Sains tamat. 4.24 Pengawas Kuarantin hendaklah menyemak semula kehadiran calon yang telah tamat Ujian Amali Sains di Bilik Kuarantin. 4.25 Pengawas Kuarantin hendaklah menahan atau melepaskan calon dari Bilik Kuarantin mengikut masa yang ditetapkan dalam Jadual Sidang dan setelah mendapat kebenaran KPA. 4.26 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan Pengarah Pendidikan JPN dari semasa ke semasa.
18 5.1 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan JPN. 5.2 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains. 5.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D atau Lampiran F), Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) dan Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima taklimat. 5.4 Menerima Senarai Awal, Arahan Persediaan dan Senarai Akhir daripada Pengetua mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan. 5.5 Mengurus dan mengawal persediaan Makmal Peperiksaan bagi pusat peperiksaan yang berkenaan. 5.6 Memastikan bahawa stok bahan Ujian Amali Sains adalah mencukupi mengikut keperluan yang ditetapkan dalam Senarai Awal. 5.7 Memastikan langkah-langkah keselamatan Ujian Amali Sains dipatuhi. 5.8 Menyimpan semua kunci Makmal Peperiksaan, Bilik Persediaan dan bilik stor yang digunakan untuk Ujian Amali Sains di dalam almari besi berkunci di bilik Pengetua. 5.9 Menyediakan jadual tugas dan menyelia tugas Penyelia Mata Pelajaran dan Pembantu Makmal. 5.10 Memeriksa dan memantau persediaan pusat Ujian Amali Sains dalam tempoh dua minggu sebelum peperiksaan dimulakan untuk memastikan semua peraturan dan arahan telah dipatuhi dan dijalankan dengan sempurna. 5.11 Hanya boleh berada di Bilik Persediaan sepanjang Ujian Amali Sains berlangsung. 5.12 Hanya boleh masuk ke dalam Makmal Peperiksaan dengan kebenaran KPA apabila diperlukan. 5.13 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan Pengarah Pendidikan JPN dari semasa ke semasa. 6.1 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan JPN. 6.2 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains. 6.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D atau Lampiran F), Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan 5.0 Penyelia Kanan Sains (PKS) 6.0 Penyelia Mata Pelajaran (PMP)
19 Diri (LP/Am 50) dan Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima taklimat. 6.4 Menerima Senarai Awal, Arahan Persediaan dan Senarai Akhir daripada Pengetua atau PKS mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan. 6.5 Menyediakan kelengkapan Ujian Amali Sains bagi mata pelajaran yang berkenaan dengan betul dan selamat berpandukan Senarai Awal. 6.6 Menyediakan radas dan bahan Ujian Amali Sains seperti yang terdapat dalam Senarai Akhir dan Arahan Persediaan. 6.7 Memastikan radas dan bahan yang disediakan untuk Ujian Amali Sains mencukupi, sempurna dan selamat digunakan berpandukan Senarai Akhir. 6.8 Mengawal selia tugas Pembantu Makmal (PM). 6.9 Menjalankan Amali Kawalan bagi setiap sidang seperti diarahkan dalam Arahan Persediaan di Bilik Persediaan atau di makmal lain yang berhampiran yang juga dijadikan kawasan larangan. 6.10 Menyediakan Laporan Penyelia Mata Pelajaran untuk diserahkan kepada KPA. 6.11 Menerima errata (jika ada) daripada KPA untuk kegunaan Amali Kawalan. 6.12 Membantu KPA menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan radas dan bahan dalam Ujian Amali Sains. 6.13 Memberi bantuan kepada calon di dalam Makmal Peperiksaan jika kesukaran benar-benar berpunca daripada radas atau bahan (seperti yang dinyatakan dalam Arahan Persediaan). 6.14 Tidak boleh berada di kawasan meja kerja calon kecuali ketika menjalankan tugas yang dinyatakan dalam perkara 6.13. 6.15 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan Pengarah Pendidikan JPN dari semasa ke semasa. 7.1 Menerima lantikan daripada Pengarah Pendidikan JPN. 7.2 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains. 7.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D dan Lampiran F), Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) dan Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima taklimat. 7.0 Pembantu Makmal (PM)
20 7.4 Bertanggungjawab untuk: 7.4.1 membantu PMP menyediakan radas dan bahan Ujian Amali Sains. 7.4.2 membantu PMP semasa Ujian Amali Sains dijalankan. 7.5 Memastikan radas dan bahan yang disediakan untuk Ujian Amali Sains adalah dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi. 7.6 Sentiasa berada di Bilik Persediaan sepanjang Ujian Amali Sains berlangsung. 7.7 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan Pengarah Pendidikan JPN dari semasa ke semasa. 8.1 Menerima lantikan daripada Pengetua. 8.2 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains. 8.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D atau Lampiran F), Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) dan Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima taklimat. 8.4 Bertanggungjawab untuk: 8.4.1 Mengumpulkan calon dan memastikan semua calon hadir mengikut waktu dan sidang yang ditetapkan. 8.4.2 Memastikan semua calon membawa dokumen pengenalan diri. 8.4.3 Memastikan tiada calon yang membawa sebarang alat peranti elektronik atau barang larangan ke dalam bilik peperiksaan. 8.4.4 Memastikan semua calon melapor diri kepada Pengawas Lapor Diri. 8.4.5 Memaklumkan ketidakhadiran calon (jika ada) kepada KPA. 8.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan KPA dari semasa ke semasa. 8.0 Guru Bertugas Harian
21 1.1 Pengetua dan PKS hendaklah memastikan Makmal Peperiksaan berada dalam keadaan yang kondusif dan selamat untuk melaksanakan Ujian Amali Sains. 1.2 Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan yang digunakan untuk Ujian Amali Sains hendaklah dikunci. Semua kunci tersebut hendaklah disimpan di dalam almari besi berkunci di bilik Pengetua. 1.3 Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan merupakan kawasan larangan dan hendaklah ditutup dalam tempoh dua minggu sebelum Ujian Amali Sains. 1.4 Semua tingkap, pintu berkaca, jaring dan lubang udara pada dinding Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan berkenaan hendaklah ditutup dengan langsir hitam atau kain berwarna gelap yang tebal atau kertas berwarna hitam yang tebal untuk mengelakkan peralatan atau bahan-bahan yang disimpan atau dipasang di dalam bilik tersebut dilihat dari luar makmal. 1.5 Peta, carta, model dan peralatan pengajaran sains dalam Makmal Peperiksaan hendaklah dipindahkan ke tempat lain atau ditutup sepanjang ujian dijalankan. 1.6 Menyediakan dua salinan pelan tempat duduk calon di dalam Makmal Peperiksaan bagi menunjukkan susun atur kedudukan meja guru dan calon semasa peperiksaan. Tempat duduk calon hendaklah disusun mengikut angka giliran. Pusat peperiksaan hendaklah memastikan salinan pelan tempat duduk calon disediakan seperti yang berikut: i. Salinan pertama ditampal di pintu masuk Makmal Peperiksaan; ii. Salinan kedua dimasukkan ke dalam Buku Rekod Pengawasan. 1.7 Susun atur kedudukan calon hendaklah dipatuhi. (Lampiran Bil.1). 1.0 Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan ARAHAN KHAS KEPADA PENGETUA SEKOLAH, PENYELIA KANAN SAINS DAN PENYELIA MATA PELAJARAN BAHAGIAN C C
22 2.1 Pusat peperiksaan perlu memuat turun Senarai Awal mengikut Jadual Kerja Ujian Amali Sains (Lampiran Bil. 2) yang ditetapkan oleh LP. 2.2 Senarai Awal (Lampiran Bil. 3) ini hendaklah disimpan dalam almari besi berkunci di bilik Pengetua dan dikeluarkan apabila hendak digunakan. 3.1 Pusat peperiksaan perlu memuat turun Arahan Persediaan (Lampiran Bil. 4) dan melaksanakan persediaan Ujian Amali Sains mengikut Jadual Kerja Ujian Amali Sains yang ditetapkan oleh LP. 3.2 Arahan Persediaan dibenarkan dibawa ke Makmal Peperiksaan atau Bilik Persediaan setiap kali hendak digunakan. Dokumen ini hendaklah dibawa dalam keadaan tertutup, iaitu dengan dimasukkan ke dalam beg keselamatan yang dibekalkan oleh SPP JPN. 3.3 Setiap kali selepas digunakan, Arahan Persediaan, semua rajah, catatan dan pengiraan yang dibuat berhubung dengan persediaan Ujian Amali Sains hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang diseal dan disimpan semula di dalam bilik Pengetua. 3.4 Pengeluaran dan penyimpanan Arahan Persediaan hendaklah direkodkan dan disaksikan oleh Pengetua. 3.5 Arahan Persediaan ini hendaklah sentiasa disimpan dalam almari besi berkunci di dalam bilik Pengetua. 2.0 Senarai Awal 3.0 Arahan Persediaan
23 4.1 Pusat peperiksaan perlu memuat turun Senarai Akhir (Lampiran Bil. 5) mengikut Jadual Kerja Ujian Amali Sains yang ditetapkan oleh LP. 4.2 Senarai Akhir dibenarkan dibawa ke Makmal Peperiksaan atau Bilik Persediaan setiap kali hendak digunakan. Dokumen ini hendaklah dibawa dalam keadaan tertutup, iaitu dengan dimasukkan ke dalam beg keselamatan. 4.3 Setiap kali selepas digunakan, Senarai Akhir, semua rajah, catatan dan pengiraan yang dibuat berhubung dengan persediaan Ujian Amali Sains hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang diseal dan disimpan semula di dalam bilik Pengetua. 4.4 Pengeluaran dan penyimpanan Senarai Akhir hendaklah direkodkan dan disaksikan oleh Pengetua. 4.5 Senarai Akhir ini hendaklah sentiasa disimpan dalam almari besi berkunci di dalam bilik Pengetua. 5.1 Pusat peperiksaan perlu memuat turun Jadual Waktu Ujian Amali Sains mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh LP. 5.2 Pusat peperiksaan hendaklah mematuhi sidang-sidang Ujian Amali Sains yang telah ditetapkan oleh LP seperti pada Jadual Waktu Ujian Amali Sains. (Lampiran Bil. 6: Jadual Sidang Ujian Amali Sains SPM). 5.3 Pusat peperiksaan hendaklah menyediakan jadual sidang yang khusus bagi calon yang menduduki ujian untuk dua mata pelajaran dan tiga mata pelajaran mengikut kapasiti makmal dan bilangan calon. 5.4 Sebarang perubahan sidang hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengarah Pendidikan JPN. 4.0 Senarai Akhir 5.0 Jadual Waktu Ujian Amali Sains
24 6.1 Guru Bertugas Harian hendaklah mengiring calon ke Bilik Lapor Diri mengikut masa yang diperuntukkan dalam Jadual Sidang Ujian Amali Sains SPM. 6.2 Bilik Lapor Diri mestilah tidak terlalu jauh dari Makmal Peperiksaan supaya calon tiba di Makmal Peperiksaan pada masa yang ditetapkan. 6.3 Pengawas Makmal Peperiksaan dan Pengawas Lapor Diri mengiringi calon ke Makmal Peperiksaan. 6.4 Selepas selesai menjalani ujian, Pengawas Kuarantin dan seorang Pengawas Makmal Peperiksaan akan mengiringi calon ke Bilik Kuarantin. 6.5 Calon akan ditempatkan di Bilik Kuarantin sehingga tempoh kuarantin yang ditetapkan tamat. 6.6 Senarai semak pergerakan calon boleh dirujuk di Lampiran Bil. 7. 7.1 Kerja-kerja penyelengaraan dan pembinaan bangunan yang berhampiran Makmal Peperiksaan perlu ditangguhkan sepanjang Ujian Amali Sains. 7.2 Sekiranya bilangan makmal di sesebuah sekolah tidak mencukupi, pihak sekolah perlu memaklumkan kepada Pengarah Pendidikan JPN. 7.3 Pihak sekolah hendaklah memastikan semua perolehan radas dan bahan adalah mematuhi kaedah perolehan yang sedang berkuat kuasa. 7.4 Pihak sekolah juga hendaklah memastikan bahan kimia dilupuskan dengan mematuhi kaedah pelupusan yang sedang berkuat kuasa. 7.5 Pihak sekolah hendaklah menjaga kebajikan calon dalam semua aspek seperti waktu solat, makan minum dan kemudahan tandas. 6.0 Pergerakan calon 7.0 Arahan Am
25 1.1 KPA dan seorang PA hendaklah hadir awal di bilik kebal untuk mengambil bekalan kertas peperiksaan. Semua urusan serah terima bekalan kertas peperiksaan hendaklah dilaksanakan di ruang kerja. 1.2 KPA dan PA hendaklah menyemak bungkusan kertas peperiksaan yang diserahkan olek PK seperti yang berikut: 1.2.1 Sampul kertas peperiksaan dalam keadaan baik dan tidak diceroboh. 1.2.2 Kod dan nama kertas peperiksaan yang tercatat pada label sampul luar dan pada tingkap sampul adalah betul. Pastikan juga tanda tetulang (spine tag) berada dalam keadaan sebaris. 1.2.3 Sampul kertas peperiksaan tersebut adalah untuk kegunaan di pusat peperiksaan pada hari yang berkenaan. 1.2.4 Bilangan kertas peperiksaan cukup untuk calon berpandukan maklumat yang tercatat dalam Borang Akuan Penyemakan dan Penerimaan Kertas Peperiksaan (APPKP). 1.3 KPA dan PA hendaklah menandatangani borang APPKP setelah perkara 1.2 dilaksanakan dan didapati betul. Satu salinan borang APPKP diserahkan kepada PK. 1.4 KPA hendaklah memasukkan sampul kertas peperiksaan yang telah disemak ke dalam karung keselamatan dan dijerut dengan seal keselamatan (mouse tail), merekodkan nombor siri seal keselamatan (mouse tail) dalam Buku Rekod Pengawasan dan dimasukkan ke dalam ruang bagasi sebuah kereta. 1.5 KPA dan PA hendaklah terus menuju ke pusat peperiksaan tanpa singgah di mana-mana tempat dalam perjalanan. 2.0 Penyimpanan Kertas Peperiksaan Di Pusat Peperiksaan KPA hendaklah menyimpan karung keselamatan yang mengandungi kertas peperiksaan bagi sidang berikutnya di dalam almari besi berkunci di Makmal Peperiksaan Utama. 1.0 Penyerahan Dan Penyemakan Kertas Peperiksaan Di Bilik Kebal ARAHAN KESELAMATAN DAN D PENTADBIRAN PEPERIKSAAN BAHAGIAN D
26 3.1 Pengawas Makmal Peperiksaan dan PMP/PKS hendaklah menyemak nombor siri seal keselamatan (mouse tail) dan memotong seal keselamatan (mouse tail) karung di hadapan calon dalam Makmal Peperiksaan Utama. Rekodkan maklumat berkaitan dalam Buku Rekod Pengawasan. 3.2 PMP/PKS hendaklah mengesahkan bahawa sampul kertas peperiksaan tersebut tidak diceroboh dan hanya untuk kegunaan di pusat peperiksaan yang berkenaan. 3.3 Pengawas Makmal Peperiksaan kemudiannya memeriksa sampul kertas peperiksaan di hadapan calon dalam makmal utama untuk mengesahkan bahawa sampul kertas peperiksaan tidak diceroboh. 3.4 KPA membuka sampul kertas peperiksaan di hadapan calon dalam Makmal Peperiksaan Utama. 3.5 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah menyemak sekali lagi maklumat kod mata pelajaran adalah betul dan jumlah kertas peperiksaan mencukupi. 3.6 KPA dan Pengawas Makmal Peperiksaan yang memeriksa sampul dikehendaki menuliskan nama dan menurunkan tandatangan di ruangan yang disediakan pada label sampul dan Buku Rekod Pengawasan. 3.7 Kertas Peperiksaan untuk kegunaan Makmal Peperiksaan lain hendaklah dimasukkan ke dalam beg keselamatan sebelum dibawa ke Makmal Peperiksaan selain dari Makmal Peperiksaan Utama. 3.8 KPA atau Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas peperiksaan kepada semua calon dengan muka hadapan kertas peperiksaan di bahagian atas. 3.9 Sebaik sahaja kertas peperiksaan diedarkan, KPA atau Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah membuat pengumuman meminta calon menyemak kertas peperiksaan. 3.10 Calon diminta mengangkat tangan dengan segera dan memaklumkan kepada Pengawas Makmal Peperiksaan sekiranya terdapat kertas Peperiksaan yang salah atau rosak atau cacat. 3.11 Mengambil semula kertas Peperiksaan yang salah atau rosak atau cacat dan membekalkan kertas Peperiksaan yang betul serta lengkap. 3.12 Menyimpan kertas peperiksaan yang salah atau rosak atau di dalam almari besi berkunci di Makmal Peperiksaan utama. KPA hendaklah menyediakan laporan dan mengembalikan kertas peperiksaan tersebut kepada KPPK/KPP SPP melalui PK. 3.0 Pengedaran Kertas Peperiksaan Kepada Calon
27 5.0 Dokumen Pengenalan Diri Calon 5.1 PA hendaklah memastikan calon meletakkan dokumen pengenalan diri yang bergambar di penjuru atas sebelah kanan meja sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung. 5.2 KPA atau PA boleh menerima dokumen berikut sebagai dokumen pengenalan diri calon: 5.2.1 Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) bagi warganegara Malaysia; 5.2.2 MyPR dan MyKAS bagi bukan warganegara Malaysia; 5.2.3 Surat Pendaftaran Sementara (bergambar) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara; 5.2.4 Pasport Antarabangsa; 5.2.5 Lesen memandu; atau 5.2.6 Borang pengenalan Diri calon (LP/Am 118) 5.3 Bagi dokumen yang diragui kesahihannya, KPA hendaklah menyimpan cap jari dan tandatangan calon dalam Buku Rekod Pengawasan untuk tindakan susulan sekiranya perlu. 5.4 Pengawas Amali hendaklah memeriksa dokumen pengenalan diri calon semasa peperiksaan bagi setiap sidang peperiksaan. 4.0 Keselamatan Radas Dan Bahan 4.1 Maklumat yang disampaikan berhubung dengan Ujian Amali Sains hendaklah dikawal dengan rapi supaya tiada kebocoran berlaku. 4.2 Radas dan bahan hendaklah disimpan mengikut SOP yang ditetapkan. 4.3 Radas dan bahan yang dikodkan, hendaklah dirujuk dengan kod sahaja dan bukan nama yang sebenar. 4.4 Set radas dan bahan hendaklah disediakan mengikut bilangan calon berserta set tambahan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan ketika kecemasan.
28 6.0 Waktu Ujian Amali Sains 6.1 Waktu ujian adalah tertakluk kepada Jadual Waktu Ujian Amali Sains yang ditetapkan oleh LP (Lampiran Bil. 6). Sebarang pindaan adalah tidak dibenarkan. 6.2 Calon hendaklah melaporkan diri di Bilik Lapor Diri di pusat peperiksaan mengikut masa yang ditetapkan dalam Jadual Waktu Ujian Amali Sains. 6.3 Calon tidak dibenarkan menduduki Ujian Amali Sains sekiranya calon tiba selepas tamat tempoh melapor diri pada sidang berkenaan. KPA hendaklah melaporkan kepada PK atau KPPK/KPP SPP untuk tindakan selanjutnya. 6.4 Calon sidang terakhir TIDAK dibenarkan mengambil peperiksaan sekiranya mereka melaporkan diri di pusat peperiksaan SELEPAS tamat waktu kuarantin yang ditetapkan. Laporan bertulis mengenainya hendaklah dibuat kepada Pengarah Peperiksaan melalui KPPK/KPP SPP. 6.5 Calon Berkeperluan Khas (CBK) diperuntukkan menduduki Ujian Amali Sains pada sidang terakhir di sesuatu pusat peperiksaan. 7.0 Laporan Kehadiran Calon 7.1 Kehadiran calon hendaklah direkodkan di semua bilik peperiksaan iaitu Bilik Lapor Diri, Makmal Peperiksaan dan Bilik Kuarantin. 7.2 KPA hendaklah merekodkan kehadiran calon di Makmal Peperiksaan bagi setiap sidang dengan menggunakan aplikasi e-Kehadiran. 7.3 KPA hendaklah memastikan maklumat yang sedia ada dalam aplikasi e-Kehadiran tidak dipinda. 7.4 KPA hendaklah merekodkan kehadiran calon dengan betul dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Perkara yang berikut hendaklah dipatuhi: 7.4.1 Bagi pengguna Android, KPA hendaklah memuat turun aplikasi e-Lembaga Peperiksaan (e-LP) pada telefon pintar. Manakala bagi pengguna iOS, KPA perlu melayari laman sesawang https://elp.moe.gov.my. 7.4.2 Pilih Log Masuk dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang diberikan oleh KPPK/KPP SPP. 7.4.3 Hanya calon pusat peperiksaan asal yang TIDAK HADIR sahaja ditanda dalam aplikasi e-Kehadiran. 7.4.4 Kehadiran dan maklumat calon tercicir, calon menumpang dan calon bantahan direkodkan dalam aplikasi e-Kehadiran.
29 7.5 KPA hendaklah memastikan bahawa jumlah calon yang hadir dan tidak hadir di sesebuah pusat peperiksaan dikira berdasarkan rekod calon yang disediakan oleh pusat peperiksaan atau KPPK/KPP SPP. 8.1 KPA hendaklah menggunakan SATU Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29) untuk merekodkan pergerakan calon bagi keseluruhan sidang di sesuatu pusat peperiksaan. 8.2 KPA hendaklah memastikan boring LP/Am 29 diisi dengan lengkap dan dijumlahkan dengan tepat bagi keseluruhan sidang. Borang ini penting untuk mengesan: 8.2.1 Calon hadir; 8.2.2 Calon tidak hadir; 8.2.3 Calon tercicir; 8.2.4 Calon menumpang; 8.2.5 Calon bantahan; 8.2.6 Calon berkeperluan khas. 8.3 KPA hendaklah meletakkan salinan pertama borang LP/Am 29 di atas SJP di dalam sampul bungkusan SJP pusat berkenaan. 8.4 KPA hendaklah memasukkan salinan kedua borang LP/Am 29 ke dalam Buku Rekod Pengawasan. 8.5 KPPK/KPP SPP hendaklah menghantar dokumen berikut kepada LP selewat-lewatnya tiga hari selepas tamat peperiksaan: i. Buku Rekod Pengawasan kepada KPPK Unit Menengah Atas. ii. Salinan kedua Borang LP/Am 29 kepada KPP Unit Maklumat dan Pemprosesan Keputusan. 9.1 KPA hendaklah merujuk Jadual Pengiriman SJP Ujian Amali Sains bagi tujuan menghantar bungkusan SJP. 9.2 JPSJP yang mengandungi maklumat kertas Peperiksaan dan alamat penghantaran bungkusan merupakan dokumen terperingkat SULIT. 9.3 KPA hendaklah menyimpan JPSJP di tempat yang selamat dan mengembalikannya kepada KPPK/KPP SPP setelah tamat peperiksaan. 8.0 Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29) 9.0 Jadual Pengiriman Skrip Jawapan Peperiksaan (JPSJP)
30 Calon hendaklah diberi penerangan mengenai peraturan dan larangan di pusat peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. i. Calon-calon diingatkan tentang arahan dan amaran yang terkandung dalam Jadual Waktu Peperiksaan. ii. Sebarang alat peranti elektronik adalah TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke dalam mana-mana bililk Ujian Amali Sains. iii. Calon-calon hendaklah dinasihatkan berpakaian kemas dan sesuai (calon-calon sekolah memakai pakaian seragam lengkap) dan sentiasa mengikut tatatertib dalam peperiksaan. iv. Calon-calon diingatkan supaya sampai ke Bilik Lapor Diri lebih awal sekurang-kurangnya 5 minit sebelum waktu yang ditetapkan. v. Calon-calon dilarang sama sekali membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, bekas alat tulis dan beg ke dalam Makmal Peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan. vi. Calon-calon dilarang sama sekali membawa masuk telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, ke dalam bilik-bilik Ujian Amali Sains kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan. vii. Calon-calon diingatkan bahawa sebarang kes salah laku yang dikesan oleh petugas peperiksaan akan dilaporkan kepada Pengarah Peperiksaan. Jika didapati bersalah, keputusan bagi kertas peperiksaan berkenaan akan dibatalkan. 10.0 Penerangan Kepada Calon 10.1 Pengetua memberi penerangan kepada calon sebelum Ujian Amali Sains: 10.2 PA hendaklah: i. membaca arahan, larangan dan peraturan peperiksaan seperti yang tertera pada Jadual Waktu Peperiksaan kepada calon ketika di Bilik Lapor Diri dan di Makmal Peperiksaan (Lampiran Bil. 8). membaca Arahan Keselamatan Ujian Amali Sains di dalam Makmal Peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan (Lampiran Bil. 9).
31 i. Calon diingatkan supaya meneliti nama dan kod kertas peperiksaan yang diedarkan. Jika didapati terdapat kesilapan atau tidak cukup bilangan halaman atau kurang soalan, calon hendaklah memaklumkan kepada PA dengan serta-merta. ii. Calon diingatkan supaya menulis angka giliran dan nombor pengenalan diri pada kertas peperiksaan. iii. Calon diingatkan supaya tidak melakukan sebarang salah laku. iv. Calon diingatkan supaya tidak membawa masuk barang larangan ke dalam Makmal Peperiksaan. v. Mengumumkan errata jika ada. Selain itu, errata tersebut hendaklah dicatatkan di papan tulis. 11.1 Sebelum Sesi Peperiksaan 11.1.1 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas peperiksaan apabila semua calon telah mengambil tempat di dalam Makmal Peperiksaan. 11.1.2 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah menggunakan 10 minit sebelum peperiksaan dimulakan untuk membacakan arahan keselamatan Ujian Amali Sains dan memberikan penerangan kepada calon tentang jarak antara calon dan had pergerakan calon semasa menjalankan ujian. 10.3 Perkara yang berikut perlu dimaklumkan sebelum sidang peperiksaan dimulakan: 10.4 Semasa peperiksaan sedang berjalan, PA tidak dibenarkan membuat sebarang pengumuman kecuali 10 minit sebelum tamat masa peperiksaan. 10.5 Pada akhir masa kertas peperiksaan, PA hendaklah mengarahkan calon untuk berhenti menulis. 10.6 PA menyemak semua SJP yang telah dikutip dan menyerahkan kepada KPA. 11.0 Pengurusan di Makmal Peperiksaan
32 11.2.1 Selepas setengah jam peperiksaan dijalankan, KPA atau PA hendaklah menyemak dan merekodkan kehadiran calon. 11.2.2 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah memastikan setiap calon menjawab dalam kertas peperiksaan yang dibekalkan oleh LP. 11.2.3 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah memastikan calon mengisi angka giliran, nombor pengenalan diri, nama mata pelajaran dan kod kertas peperiksaan pada kertas peperiksaan. 11.2.4 Calon diarahkan menyemak radas dan bahan yang telah disediakan. Calon hendaklah memastikan bahawa radas dan bahan mencukupi seperti yang disenaraikan dalam kertas peperiksaan. Masa yang diperuntukkan ialah 5 minit bagi setiap soalan yang perlu dijawab. 11.2.5 Bagi calon yang tidak hadir pada mana-mana sidang Ujian Amali Sains, KPA hendaklah: a) menyediakan sehelai Helaian Tambahan dan mengisi maklumat angka giliran calon, nombor pengenalan diri, nama mata pelajaran dan kod kertas peperiksaan. b) menulis perkataan TIDAK HADIR dengan jelas secara menyilang, menandatangani dan menulis nama KPA atau Pengawas Amali pada Helaian Tambahan tersebut. c) menyusun Helaian Tambahan ini bersama SJP calon yang hadir mengikut urutan dalam sampul SJP bagi sidang yang didudukinya. d) mengambil kira Helaian Tambahan ini sebagai SJP calon tidak hadir semasa mengisi ruang berkenaan pada Borang LP/Am 29 dan Buku Rekod Pengawasan. 11.2.6 Bagi calon tercicir, calon menumpang, calon bantahan, calon tahanan dan calon berkeperluan khas, KPA hendaklah: a) menyusun SJP calon tersebut pada kedudukan paling atas bungkusan bagi sidang yang berkenaan; b) mengambil kira SJP ini sebagai SJP calon hadir semasa mengisi ruang berkenaan pada Borang LP/Am 29 dan Buku Rekod Pengawasan. 11.2.7 Bagi calon yang hadir tetapi tidak menjawab, KPA hendaklah membuat catatan perkataan HADIR TETAPI TIDAK MENJAWAB secara menyilang, menandatangani dan menulis nama pada Helaian Tambahan atau kertas peperiksaan calon berkenaan. 11.2 Semasa Sesi Peperiksaan
33 11.2.8 KPA atau Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah mengumpulkan SJP bagi calon yang telah selesai menjawab dan ingin menghantar lebih awal daripada masa sepatutnya. 11.2.9 Bagi calon dua mata pelajaran yang mengikuti sidang bersekali dengan calon tiga mata pelajaran, SJP calon hendaklah dikutip sebaik masa menjawab yang diperuntukan bagi calon tersebut tamat. 11.3.1 KPA hendaklah mengingatkan calon supaya menyemak butiran kertas peperiksaan, angka giliran dan nombor pengenalan diri yang telah ditulis. 11.3.2 KPA dan Pengawas Makmal Peperiksaan mengutip SJP mengikut urutan kedudukan calon dalam Makmal Peperiksaan dan menyusun mengikut urutan angka giliran calon. 11.3.3 KPA hendaklah memastikan jumlah SJP yang dikumpulkan akur dengan jumlah calon yang hadir sebelum calon dibenarkan keluar. 11.3.4 KPA hendaklah merujuk Bahagian E (Pengurusan Kes Khas) dalam mengendalikan SJP calon menumpang, calon bantahan dan calon berkeperluan khas. 11.4 Pembungkusan Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP) 11.4.1 KPA hendaklah memastikan Helaian Tambahan bagi calon tidak hadir dibungkus bersama-sama SJP calon yang hadir dan disusun mengikut urutan angka giliran calon bagi setiap sidang. 11.4.2 KPA hendaklah memastikan Laporan Penyelia Mata Pelajaran dibungkus bersama-sama dengan SJP bagi setiap sidang. 11.4.3 Bagi pusat peperiksaan yang mempunyai lebih sidang, SJP bagi setiap sidang yang telah selesai hendaklah dibungkus, diseal dan disimpan di dalam almari besi berkunci di Makmal Peperiksaan Utama. Borang LP/Am 29 hendaklah di bungkus bersama-sama SJP sidang terakhir. 11.4.4 KPA hendaklah menulis nombor sampul pada bahagian depan di penjuru atas sebelah kanan pada setiap sampul SJP sekiranya terdapat lebih dari satu sampul. Contohnya jika 2 sampul catatkan: i. (1/2) pada sampul pertama; dan ii. (2/2) pada sampul kedua. 11.3 Selepas Sesi Peperiksaan
34 11.4.5 KPA melekatkan lakri keselamatan dengan cara: i. membuka bahagian atas pita keselamatan berwarna biru. ii. menekan bahagian yang berpelekat dengan bahagian plastik pembungkus supaya kedua-dua permukaan bertutup rapat. 11.4.6 KPA hendaklah menulis alamat penerima SJP dengan berpandukan Jadual Pengiriman SJP menggunakan pena mata bulat pada bahagian hadapan, tepi kiri dan kanan. Hendaklah dipastikan alamat yang ditulis adalah betul. 11.4.7 KPA hendaklah mengikat bungkusan SJP dengan kemas dan kuat. KPA hendaklah menghantar bungkusan SJP ke Bilik kebal sebaik sahaja tamat peperiksaan pada hari berkenaan dengan mematuhi prosedur sedia ada. 12.0 Keselamatan Bungkusan Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP) 12.1 Sampul SJP setiap sidang hendaklah disimpan dalam almari besi berkunci sementara menunggu sidang terakhir selesai untuk dibungkus. 12.2 KPA bertanggungjawab menjaga keselamatan bungkusan SJP. Bungkusan SJP hendaklah dihantar ke bilik kebal sebaik peperiksaan tamat. 12.3 Sekiranya Bilik Kebal tidak dapat beroperasi, KPA hendaklah menghantar bungkusan SJP ke Balai Polis berdekatan. Arahan berikut hendaklah dipatuhi: 12.3.1 memasukkan sampul SJP ke dalam beg atau karung keselamatan dan dijerut dengan seal keselamatan. 12.3.2 menyimpan beg atau karung keselamatan yang berisi sampul SJP yang telah dijerut dengan seal keselamatan (mouse tail) ke dalam almari besi keselamatan dalam lokap setelah mendapat kelulusan daripada Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia. 12.3.3 merekod dalam buku log maklumat berkaitan personel yang terlibat dan penyerahan beg atau karung keselamatan yang berisi bungkusan SJP. 11.5 Penghantaran Bungkusan Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP)
35 12.3.4 PK menyimpan kunci peti atau almari besi keselamatan manakala kunci lokap disimpan oleh Ketua Balai Polis tertakluk pada kelulusan di antara LP dengan Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia. 12.3.5 mengambil beg atau karung keselamatan yang berisi sampul SJP daripada Ketua Balai Polis untuk dihantar ke Bilik Kebal dan merekod dalam Buku Rekod Pengawasan. 12.4 Sekiranya tidak ada bilik kebal atau balai polis berhampiran, KPA hendaklah menyimpan SJP dalam peti atau almari besi keselamatan di bilik Pengetua pusat peperiksaan. Nombor siri sampul direkodkan dalam Buku Rekod Pengawasan. KPPK/KPP SPP akan mengeluarkan arahan untuk tindakan selanjutnya.
36 KPA hendaklah mengambil tindakan berikut sekiranya kertas peperiksaan tidak mencukupi untuk calon pada sesuatu sidang bagi pusat Peperiksaan yang hanya dijadualkan ada satu sidang sahaja. 1.1 Memasukkan kertas peperiksaan itu ke dalam sampul asalnya dengan segera. Bahagian sampul yang telah dipotong hendaklah ditutup dengan pita pelekat. Simpan sampul kertas peperiksaan dalam almari besi berkunci atau di tempat yang selamat. 1.2 Mengarahkan PA mengawasi calon yang perlu dikuarantin sehingga bekalan kertas peperiksaan mencukupi untuk semua calon. Langkah-langkah berikut hendaklah dipatuhi: 1.2.1 KPA hendaklah menerangkan kedudukan yang sebenar kepada calon dan meminta mereka bertenang dan bersabar. 1.2.2 PA hendaklah memastikan calon tidak keluar dari Makmal Peperiksaan tanpa ditemani oleh pengawas. 1.2.3 PA hendaklah memastikan tidak ada orang yang tidak berkenaan menghampiri Makmal Peperiksaan. 1.2.4 Jika kuarantin itu terlalu lama, KPA perlu mendapatkan kerjasama Pengetua untuk menguruskan makan minum dan kebajikan calon. 1.2.5 KPA hendaklah mencatatkan perkara ini dalam Buku Rekod Pengawasan. 1.2.6 KPA hendaklah menyediakan satu laporan lengkap dan hendaklah disampaikan kepada KPPK/KPP SPP melalui PK. 1.0 Kekurangan Kertas Peperiksaan dan Kuarantin BAHAGIAN E E KES-KES KHAS
37 KPA hendaklah mengambil tindakan berikut sekiranya sampul yang sudah dibuka itu tidak mengandungi kertas peperiksaan untuk hari yang berkenaan: 2.1 Memasukkan kertas peperiksaan itu ke dalam sampul asalnya dengan segera. 2.2 Menutup bahagian sampul yang telah dipotong dengan pita pelekat keselamatan dan disimpan dalam almari besi berkunci dalam Makmal Peperiksaan utama. 2.3 Menghubungi PK dengan segera untuk mendapatkan bekalan kertas peperiksaan yang betul. 2.4 Mengembalikan kertas peperiksaan yang tersalah buka itu kepada PK untuk tindakan selanjutnya. 2.5 KPA mengarahkan PA mengawasi calon yang perlu dikuarantin sehingga ke suatu masa yang ditetapkan. Calon diminta duduk ditempat masing-masing dalam keadaan bertenang dan bersabar. 2.6 KPA hendaklah menyediakan satu laporan lengkap dan mesti disampaikan kepada KPPK/KPP SPP melalui PK. 3.1 Menghubungi PK atau KPPK/KPP SPP dengan segera untuk mendapatkan bekalan radas atau bahan peperiksaan. 3.2 Memberi arahan kepada PA untuk mengawasi calon yang perlu dikuarantin sehingga bekalan radas dan bahan mencukupi untuk semua calon. Langkah berikut hendaklah diikuti: 3.3.1 KPA hendaklah menerangkan kedudukan yang sebenar kepada calon dan meminta mereka bertenang dan bersabar. 3.3.2 KPA hendaklah memastikan calon tidak keluar dari Makmal Peperiksaan tanpa ditemani oleh PA. 3.3.3 KPA hendaklah memastikan orang yang tidak berkenaan menghampiri Makmal Peperiksaan. 3.3.4 Jika kuarantin itu terlalu lama, KPA perlu mendapatkan kerjasama Pengetua untuk menguruskan makan minum dan kebajikan calon. 3.3.5 KPA hendaklah menunggu bekalan alatan/bahan peperiksaan yang dibawa oleh PK atau KPPK/KPP SPP. Jika arahan diterima untuk membuat salinan kertas peperiksaan, urusan ini hendaklan dibuat di sekolah kerajaan. 2.0 Kesilapan Membuka Sampul Kertas Peperiksaan 3.0 Kekurangan Radas dan Bahan Peperiksaan
38 3.3.6 KPA hendaklah mencatatkan perkara ini dalam Buku Rekod Pengawasan. 3.3.7 KPA hendaklah menyediakan satu laporan lengkap dan mesti disampaikan kepada Pengarah Pendidikan JPN dan Pengarah Peperiksaan dengan segera. 4.1 Calon bantahan ialah calon yang memohon untuk mengambil sesuatu mata pelajaran atau kertas peperiksaan yang tidak tercatat dalam Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) tetapi calon dapat mengemukakan bukti bahawa pendaftaran mata pelajaran telah dilakukan di peringkat sekolah atau JPN atau LP. 4.2 KPA hendaklah memastikan calon bantahan mengemukakan Borang Pendaftaran Peperiksaan calon yang asal sebagai bukti. 4.3 KPA hendaklah memastikan calon yang mengambil peperiksaan secara ‘bantahan’ mengisi Borang Bantahan (LP/Am 32) dengan selengkapnya. Borang ini perlu diisi dalam dua salinan dan dihantar kepada KPPK/KPP SPP melalui PK. * Kebenaran untuk calon bantahan menduduki Ujian Amali Sains adalah tertakluk kepada adanya bekalan kertas peperiksaan, radas dan bahan di pusat peperiksaan yang berkenaan. 4.4 KPA hendaklah memaklumkan kepada calon bahawa Pengarah Peperiksaan mempunyai kuasa muktamad untuk menentukan sama ada bantahan yang dikemukakan itu diterima atau ditolak. 4.5 KPA hendaklah memaklumkan kepada calon bantahan bahawa Pengarah Peperiksaan berhak tidak mengeluarkan keputusan peperiksaan sekiranya maklumat yang diberikan palsu. 4.6 KPA hendaklah merekodkan kehadiran calon bantahan dalam e-Kehadiran. 4.7 KPA hendaklah mencatat angka giliran calon bantahan dalam Buku Rekod Pengawasan dan borang LP/Am 29. 4.8 KPA hendaklah menyusun SJP calon bantahan dengan meletakkannya di kedudukan paling atas dalam susunan keseluruhan SJP sidang tersebut dan membungkusnya mengikut tatacara pembungkusan SJP. 4.0 Calon Bantahan
39 5.1 Calon menumpang ialah calon yang mengambil peperiksaan di sesebuah pusat peperiksaan lain dengan menggunakan angka giliran asal (angka giliran semasa calon mendaftar di pusat peperiksaan asal). 5.2 KPA hendaklah memastikan kertas peperiksaan, radas dan bahan untuk menjalani Ujian Amali Sains dibekalkan untuk calon menumpang yang telah mendapat kebenaran daripada pihak JPN atau atas sebab kecemasan yang munasabah. *Kebenaran untuk calon menumpang menduduki Ujian Amali Sains adalah tertakluk kepada adanya bekalan kertas peperiksaan, radas dan bahan di pusat peperiksaan yang berkenaan. 5.3 KPA hendaklah merekodkan kehadiran calon menumpang dalam e-Kehadiran. 5.4 KPA hendaklah mencatatkan angka giliran calon menumpang dalam Buku Rekod Pengawasan dan borang LP/Am 29. 5.5 KPA hendaklah menyusun SJP calon menumpang dengan meletakkannya di kedudukan paling atas dalam susunan keseluruhan SJP pusat tersebut dan membungkusnya mengikut tatacara pembungkusan SJP. Calon Berkeperluan Khas (CBK) ialah calon yang memerlukan perkhidmatan, peralatan serta perisian khas dalam peperiksaan. KPA hendaklah memastikan keperluan ini disediakan oleh pihak sekolah berdasarkan permohonan calon dengan persetujuan pihak sekolah dan ibu bapa setelah disiasat dan diperakukan oleh JPN. 6.1.1 Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada doktor yang bertauliah yang akan menentukan buta warna yang terlibat. 6.1.2 Calon mendapatkan bantuan daripada PMP dengan kebenaran KPA dan diawasi oleh Pengawas Amali untuk mengecam warna yang ditentukan. 6.2.1 Pengawas Amali tidak dibenarkan membantu calon menulis jawapan atau menjalankan amali. 6.2.2 Tambahan masa perlu diberi mengikut jadual masa tambahan yang ditetapkan oleh LP (rujuk Jadual Waktu Peperiksaan SPM). 5.0 Calon Menumpang 6.0 Calon Berkeperluan Khas (CBK) 6.1 Buta Warna 6.2 Kecacatan-kecacatan lain
40 6.2.3 Ujian Amali Sains hanya boleh dijalankan di Makmal Peperiksaan sahaja dan tidak boleh dijalankan di tempat lain seperti hospital dan sebagainya. 6.2.4 Pengawas Amali hendaklah memastikan SJP CBK disusun mengikut prosedur pembungkusan SJP CBK yang telah ditetapkan. 6.2.5 KPA hendaklah membuat catatan bagi setiap kes kecacatan dalam Buku Rekod Pengawasan. Kes Kecemasan ialah kes yang melibatkan calon sakit pada hari peperiksaan dan perlu mendapat perhatian khas oleh semua pihak yang menguruskan peperiksaan yang dikategorikan seperti berikut: 7.1 Jatuh Sakit Secara Tiba-tiba Bagi calon yang jatuh sakit dengan tiba-tiba misalnya pitam, sawan, histeria, senggugut dan sebagainya, perkara-perkara berikut hendaklah diikuti. 7.1.1 Calon-calon hendaklah diasingkan daripada calon-calon lain di satu tempat khas dan jika telah diberi kertas peperiksaan, kertas peperiksaannya itu hendaklah disimpan dalam almari besi berkunci. 7.1.2 KPA perlu merekod dalam Buku Rekod Pengawasan waktu kejadian itu berlaku. 7.1.3 Pihak sekolah hendaklah mengambil tindakan segera bagi memulihkan calon berkenaan. Jika keadaan calon masih tidak dapat dipulihkan maka calon perlu dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 7.1.4 Jika calon boleh meneruskan peperiksaan, KPA hendaklah memberikan masa gantian (jika masih ada sidang sedang berlangsung) bagi masa yang belum digunakan oleh calon. 7.2 Penyakit Berjangkit seperti Campak, Cacar Air, Beguk, Sakit Mata dan Lain-lain 7.2.1 Surat pengesahan doktor diperlukan bagi menentukan bahawa penyakit itu tidak akan membahayakan orang lain. 7.2.2 Calon-calon hendaklah menjalankan Ujian Amali Sains di Makmal Peperiksaan yang berasingan atau di Bilik Persediaan. 7.2.3 KPA hendaklah membungkus SJP bersama SJP calon-calon yang lain mengikut tatacara pembungkusan SJP. 7.0 Kes Kecemasan
41 7.3 Cuti Khas Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan arahan dan pengumuman melalui media rasmi LP serta Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung perjalanan peperiksaan jika kerajaan mengisytiharkan cuti khas. Sekiranya tiada arahan dikeluarkan, Ujian Amali Sains akan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 7.4 Darurat dan Perintah Berkurung Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perjalanan peperiksaan jika kerajaan mengisytiharkan keadaan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sekiranya tiada arahan dikeluarkan, Ujian Amali Sains akan dijalankan mengikut jadual. 7.5 Banjir PK dan KPA perlu merujuk Pekeliling Persediaan Menghadapi Banjir Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan Surat Siaran LP Bil.1/01 (Operasi Payung) tentang persediaan untuk mengatasi keadaan jika berlaku banjir di sesuatu kawasan yang mengancam pelaksanaan Ujian Amali Sains. 7.6 Bencana Alam KPA hendaklah menghubungi PK atau KPPK/KPP SPP sekiranya berlaku bencana alam selain daripada banjir. Pengarah Pendidikan JPN hendaklah berhubung dengan Pengarah Operasi Agensi yang berkenaan untuk mengetahui keadaan sebenar jika berlaku bencana alam dan meminta kebenaran serta bantuan pihak berkuasa untuk membolehkan calon menduduki Ujian Amali Sains mengikut jadual. 7.7 Ancaman Bom PK dan KPA perlu merujuk Pekeliling Persediaan Menghadapi Ancaman Bom Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan Surat Siaran LP Bil. 1/2001 (Operasi Bom) tentang persediaan untuk mengatasi keadaan jika berlaku ancaman bom di sesuatu pusat Ujian Amali Sains. 7.8 Jerebu PK dan KPA perlu merujuk Pekeliling Persediaan Menghadapi Jerebu Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan Bil. 1/2005 (Operasi Topeng) tentang persediaan untuk mengatasi keadaan jika berlaku jerebu di sesuatu kawasan.
42 7.9 Bilik Kebal Gagal Dibuka PK dan KPA perlu merujuk Pekeliling Persediaan Menghadapi Situasi Pintu Bilik Kebal yang Tidak Boleh Dibuka dan Boleh Menjejaskan Perjalanan Peperiksaan Bil.1/2007 (Operasi Tebuk) tentang persediaan untuk mengatasi keadaan jika berlaku pintu bilik kebal yang tidak boleh dibuka. Salah laku ertinya meniru, menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh LP. 8.1 Kes Meniru Calon dituduh atau disabit meniru jika menggunakan beberapa ayat atau perkataan dari jawapan calon lain sebagai jawapannya atau memberi atau menyampaikan atau mendedahkan jawapannya kepada calon lain dalam keadaan sedar semasa peperiksaan sedang berjalan. 8.2 Kes Menyamar Dan Kes Penipuan Dalam Kad Pengenalan Calon dituduh atau disabit menyamar jika calon terbabit menggunakan Kad Pengenalan (sementara) yang dipalsukan atau telah diubah atau saling bertukar-tukar angka giliran sesama sendiri semasa peperiksaan sedang berjalan. Seseorang calon didapati bersalah, jika sabit dengan bukti yang jelas daripada Pengawas Peperiksaan Amali atau Pemeriksa atau kurang bukti tetapi ada keyakinan tanda-tanda meniru telah dilakukan oleh calon. 8.3 Kes Mendapat Bantuan Calon dituduh atau disabit mendapat bantuan jika calon menerima pertolongan daripada orang lain yang berada di luar atau dalam Makmal Peperiksaan untuk menjawab soalan bagi pihak dirinya semasa peperiksaan sedang berjalan. 8.4 Kes Menyeludup Calon dituduh atau disabit menyeludup jika calon didapati membawa masuk buku ramalan atau jawapan yang telah tersedia atau catatan atau nota atau buku atau ringkasan atau rumusan atau lakaran lukisan ke dalam makmal yang digunakan bagi tujuan meniru atau calon menggunakan skrip calon lain sebagai skripnya atau calon menceroboh masuk ke kawasan larangan atau makmal sebelum peperiksaan bermula. 8.0 Kes Salah Laku
43 8.5 Kes Melanggar Peraturan Peperiksaan Calon dituduh atau disabit melanggar peraturan Peperiksaan jika calon melakukan mana-mana perkara yang termaktub di dalam arahan dan amaran Jadual Waktu Peperiksaan Tahun berkenaan. Seseorang calon didapati bersalah jika sabit dengan bukti yang jelas daripada Pengawas dan Pemeriksa atau kurang bukti tetapi ada keyakinan tanda-tanda melanggar peraturan dilakukan calon.
44 1. CONTOH SUSUN ATUR KEDUDUKAN CALON (a) KEDUDUKAN CALON DI MEJA MAKMAL (b) SUSUN ATUR KEDUDUKAN CALON DI MAKMAL PEPERIKSAAN (c) PELAN KEDUDUKAN CALON DI MAKMAL PEPERIKSAAN LAMPIRAN CALON 1 CALON 2 RADAS CALON 1 RADAS CALON 2 Label Calon Label Calon SINKI PILI 1 PILI 2 MEJA GURU DAN PAPAN TULIS Jam 2 Jam 1 MEJA GURU DAN PAPAN TULIS AG Calon 1 AG Calon 2 AG Calon 3 AG Calon 4 AG Calon 13 AG Calon 14 AG Calon 11 AG Calon 12 AG Calon 7 AG Calon 8 AG Calon 5 AG Calon 6 AG Calon 17 AG Calon 18 AG Calon 15 AG Calon 16 AG Calon 9 AG Calon 10 AG Calon 19 AG Calon 20 *AG = Angka Giliran
45 2. CONTOH JADUAL KERJA UJIAN AMALI SAINS SPM JADUAL KERJA UJIAN AMALI SAINS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2021 BIL PERKARA TARIKH TINDAKAN 1. Pendaftaran calon SPM 1 - 31 Mac LP SPP JPN Pengetua 2. Mesyuarat Penyelarasan Kerja Ujian Amali Sains Januari - Februari LP SPP JPN 3. Taklimat oleh LP kepada Pengarah Pendidikan JPN/ KPPK/KPP SPP Januari - Februari LP Pengarah JPN SPP JPN 4. Taklimat oleh Pengarah Pendidikan JPN kepada Pengetua sekolah, Penyelia Kanan Sains, Penyelia Mata Pelajaran dan Pembantu Makmal Februari - Mac Pengarah JPN Pengetua Petugas sekolah 5. Penyediaan Jadual Sidang oleh pusat peperiksaan Mac Pengetua Petugas sekolah 6. Taklimat oleh Pengarah Pendidikan JPN kepada petugas peperiksaan dan Pengetua sekolah pusat peperiksaan Dalam tempoh sebulan sebelum peperiksaan Pengarah JPN SPP JPN Pengetua 7. Taklimat oleh KPA kepada semua PA Dalam tempoh sebulan sebelum peperiksaan KPA, PA 8. Lawatan oleh petugas peperiksaan ke pusat peperiksaan Selewat-lewatnya sehari sebelum peperiksaan KPA, PA Pengetua Petugas sekolah 9. Memuat turun Senarai Awal Ujian Amali Sains Sebulan sebelum peperiksaan Pengetua 10. Bilik Persediaan dan Makmal Peperiksaan diwartakan sebagai kawasan larangan Dua (2) minggu sebelum peperiksaan Pengetua Petugas Sekolah 11. Memuat turun Arahan Persediaan dan Senarai Akhir Ujian Amali Sains Dua (2) minggu sebelum peperiksaan Pengetua Petugas Sekolah 12. Pengendalian Ujian Amali Sains Seperti Jadual Waktu Peperiksaan yang diedarkan LP SPP JPN Pengetua Semua petugas