The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jamalridzuan88, 2024-01-04 21:37:42

Pengendalian Amali

Pengendalian Amali

46 3. CONTOH SENARAI AWAL SENARAI RADAS DAN BAHAN A. Senarai Awal Radas / Bahan Calon hendaklah dibekalkan dengan bahan / radas berikut: Bil Radas / Bahan Kuantiti 1 Ladung bersaiz 2.0 sm diameter 1 set / calon per sidang 2 Jisim berslot 1 set / calon per sidang 3 Sel kering / Bateri 2 unit / per calon per sidang 4 Pemegang sel kering /Bateri 2 slot 1 unit / per calon per sidang 5 Wayar penyambung 50 sm bersama klip buaya 3 set / per calon per sidang 6 Rod karbon 8 sm bersama pemegangnya 2 batang / per calon per sidang 7 Ammeter berjulat 0 – 1.0 ampere 1 unit / per calon per sidang 8 Ammeter berjulat 0 - 5.0 ampere 1 unit / per calon per sidang 9 Voltmeter berjulat 0 - 1.0 volt 1 unit / per calon per sidang 10 Voltmeter berjulat 0 - 5.0 volt 1 unit / per calon per sidang 11 Bikar 100 ml 4 unit / per calon per sidang 12 Bikar 50 ml 4 unit / per calon per sidang 13 Silinder penyukat 50 smᵌ 1 unit / per calon per sidang 14 Silinder penyukat 10 smᵌ 1 unit / per calon per sidang 15 Tabung uji 2 unit / per calon per sidang 16 Penyepit 1 unit / per calon per sidang 17 Forsep 1 unit / per calon per sidang 18 Spatula 1 unit / per calon per sidang 19 Kepingan zink 1 keping / calon 1. Jumlah keseluruhan radas dan bahan yang perlu disediakan ialah bagi 20 calon per sidang. 2. Beberapa set radas dan bahan tambahan perlu disediakan untuk kegunaan apabila perlu. 3. Jumlah maksimum sidang ialah 3.


47 4. CONTOH ARAHAN PERSEDIAAN A. Arahan Persediaan 1. Bahan P: Larutkan 117.0 g pepejal natrium klorida ke dalam 1000 sm³ air suling. Campuran digoncang untuk mendapatkan larutan homogen. Larutan ini hendaklah dilabelkan Larutan P. 2. Bahan Q: Larutkan 360.0 g gula pasir ke dalam 1000 sm³ air suling. Campuran digoncang untuk mendapatkan larutan homogen. Larutan ini hendaklah dilabelkan Larutan Q. 3. Bahan R: Campurkan 92.0 sm³ cecair etanol ke dalam 1000 sm³ air suling. Campuran digoncang untuk mendapatkan larutan homogen. Larutan ini hendaklah dilabelkan Larutan R. 4. Bahan S: Larutkan 322.0 g pepejal zink sulfat ke dalam 1000 sm³ air suling. Campuran digoncang untuk mendapatkan larutan homogen. Larutan ini hendaklah dilabelkan Larutan S. B. Arahan Khas 1. Bagi Sidang Kedua dan seterusnya, Penyelia Mata Pelajaran hendaklah memastikan semua radas bersih dan disusun semula seperti pada permulaan Sidang Pertama. 2. Tujuan Amali Sains Tambahan ini ialah untuk mengenalpasti kebolehan calon menjalankan kerja amali yang mudah. Pemeriksa sedar ada kalanya seseorang calon mungkin tidak dapat menunjukkan kebolehan amalinya kerana dia tidak dapat memahami sebahagian daripada butir-butir dalam teori bagi eksperimen itu. Untuk mengatasi kesukaran ini, Penyelia Mata Pelajaran diminta memberi bayangan kepada calon yang tidak boleh meneruskan kerjanya dan kemudian membuat laporan tentang segala bantuan yang telah diberi. Satu catatan hendaklah dibuat pada Borang Laporan tentang sebarang bantuan yang diberi kepada calon dengan menyatakan nombor kad pengenalan dan angka giliran calon berkenaan. Penyelia Mata Pelajaran hendaklah memberitahu KPA supaya membuat pengumuman berikut sebelum sidang bermula. “Pemeriksa tidak mahu anda membuang masa kerana tidak dapat meneruskan eksperimen. Oleh itu sesiapa yang tidak boleh meneruskan eksperimen selepas cuba membuatnya selama 15 minit, bolehlah berjumpa KPA dan meminta pertolongan. Saya akan melaporkan kepada Pemeriksa tentang sebarang bantuan yang diberi dan sedikit markah mungkin dipotong”. 3. Penyelia Mata Pelajaran dikehendaki menjalankan eksperimen bagi tiap-tiap sidang dan merekodkan semua bacaan dalam jadual yang disediakan. 4. Penyelia Mata Pelajaran dinasihatkan menggunakan kaedah yang betul dan mengutamakan langkah keselamatan semasa menjalankan eksperimen.


48 5. CONTOH SENARAI AKHIR A. Senarai Akhir Radas / Bahan Calon hendaklah dibekalkan dengan bahan / radas berikut: Bil Radas / Bahan Kuantiti 1 Larutan P [dilabel pada bikar 250 ml] 100 ml / per calon per sidang 2 Larutan Q [dilabel pada bikar 250 ml] 100 ml / per calon per sidang 3 Larutan R [dilabel pada bikar 250 ml] 100 ml / per calon per sidang 4 Larutan S [dilabel pada bikar 250 ml] 100 ml / per calon per sidang 5 Wayar penyambung 50 sm bersama klip buaya 3 set / per calon per sidang 6 Rod karbon 8 sm bersama pemegangnya 2 batang / per calon per sidang 7 Ammeter berjulat 0 – 1.0 ampere 1 unit / per calon per sidang 8 Bikar 100 ml 4 unit / per calon per sidang 9 Silinder penyukat 50 sm³ 1 unit / per calon per sidang 10 Sel kering 2 unit / per calon 11 Kain pengelap / tisu 1 helai / per calon per sidang 12 Pemegang sel kering 1 set / per calon per sidang 13 Air suling 1 botol / per calon per sidang 14 Kepingan papan lapis bersaiz 3 sm x 3 sm 2 unit / per calon per sidang 15 Ladung bersaiz 2.0 sm diameter 1 unit / per calon per sidang 16 Benang 100 sm / per calon 17 Kaki retort dan pemegang 1 set / per calon per sidang 18 Jam randik 1 unit / per calon per sidang 19 Protraktor 1 unit / per calon per sidang


49 6. CONTOH JADUAL SIDANG UJIAN AMALI SAINS SPM KERTAS DAN HARI PEPERIKSAAN AKTIVITI CALON (TEMPAT) SIDANG 1 SIDANG 2 SIDANG 3 AMALI SAINS TAMBAHAN (HARI A) CALON HADIR 5 MINIT LEBIH AWAL Lapor diri (Bilik Lapor Diri) 7.30 – 7.45 pagi 9.45 – 10.00 pagi 12.15 – 12.30 tengah hari Ujian mula (Makmal) 8.00 pagi 10.30 pagi 1.00 tengah hari Ujian tamat (Makmal) 9.45 pagi 12.15 tengah hari 2.45 petang Kuarantin tamat (Bilik Kuarantin) 1.00 tengah hari 1.00 tengah hari 2.45 petang AMALI SAINS 3 MATA PELAJARAN (HARI B) CALON HADIR 5 MINIT LEBIH AWAL Lapor diri (Bilik Lapor Diri) 7.30 – 7.45 pagi 10.15 – 10.30 pagi 1.15-1.30 tengah hari Ujian mula (Makmal) 8.00 pagi 11.00 pagi 2.00 petang Ujian tamat (Makmal) 10.15 pagi 1.15 tengah hari 4.45 petang Kuarantin tamat (Bilik Kuarantin) 2.00 petang 2.00 petang 4.45 petang AMALI SAINS 2 MATA PELAJARAN (HARI B) CALON HADIR 5 MINIT LEBIH AWAL Lapor diri (Bilik Lapor Diri) 7.30 – 7.45 pagi 9.30 – 9.45 pagi 11.45 – 12.00 pagi Ujian mula (Makmal) 8.00 pagi 10.15 pagi 12.30 tengah hari Ujian tamat (Makmal) 9.30 pagi 11.45 tengah hari 2.00 petang Kuarantin tamat (Bilik Kuarantin) 2.00 petang 2.00 petang 2.00 petang


50 CATATAN: 1. LP akan menetapkan tarikh Ujian Amali Sains iaitu dalam tempoh sebulan sebelum Peperiksaan SPM. Jadual Sidang Amali Sains akan dimuatnaik dalam portal LP bersama-sama dengan Jadual Waktu Peperiksaan tahun semasa dan juga diedarkan kepada semua calon melalui Pengarah Pendidikan JPN. 2. Calon diperuntukkan tempoh ujian berdasarkan bilangan mata pelajaran yang didaftarkan: (a) Calon yang mendaftar 3 mata pelajaran – 2 jam 15 minit (b) Calon yang mendaftar 2 mata pelajaran – 1 jam 30 minit (c) Calon Sains Tambahan diperuntukkan tempoh 1 jam 45 minit. 3. Pusat peperiksaan hendaklah menyediakan jadual sidang mengikut ketetapan ini. Jika terdapat sebahagian kecil calon yang mendaftar bilangan mata pelajaran sains elektif berbeza dengan calon lain, pusat peperiksaan hendaklah mendapatkan nasihat dari KPPK/KPP SPP bagi menetapkan sidang calon yang berkenaan. 4. Semua pusat peperiksaan hendaklah bermula dengan sidang 1. Semua petugas hendaklah mematuhi jadual sidang yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan pada jadual sidang adalah tidak dibenarkan. 5. Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada semua calon yang terlibat tentang Jadual Sidang Ujian Amali Sains ini. Pihak sekolah juga perlu merancang kemudahan dan kebajikan calon. 6. Ujian Amali Sains bagi Sains Tambahan dan mata pelajaran sains elektif dilaksanakan dalam minggu yang sama.


51 7. SENARAI SEMAK PERGERAKAN CALON TEMPOH AKTIVITI TEMPAT • Pihak sekolah memastikan semua calon sidang yang berkenaan telah hadir dan membawa dokumen pengenalan diri masing-masing • Calon hadir 5 minit awal ke Bilik Lapor Diri 15 minit • Pengawas mengambil kehadiran berdasarkan senarai nama yang disediakan oleh pusat peperiksaan atau SPP JPN • Arahan Umum Keselamatan Peperiksaan oleh KPA Bilik Lapor Diri Calon bergerak ke Makmal Peperiksaan diiringi oleh KPA dan Pengawas Lapor Diri.(Pusat peperiksaan digalakkan menyediakan Bilik Lapor Diri yang berdekatan dengan Makmal Peperiksaan) 15 minit Arahan Keselamatan Ujian Amali Sains oleh Pengawas Amali Makmal Peperiksaan 2 jam 15 minit Ujian Amali Sains untuk calon dengan 3 mata pelajaran 1 jam 30 minit Ujian Amali Sains untuk calon dengan 2 mata pelajaran 1 jam 45 minit Ujian Amali Sains untuk calon Sains Tambahan Sebaik peperiksaan selesai hingga tamat tempoh kuarantin Calon bergerak ke Bilik Kuarantin diiringi oleh Pengawas Kuarantin dan Pengawas Makmal Peperiksaan Calon menjalani kuarantin Bilik Kuarantin


52 8. ARAHAN UMUM KESELAMATAN PEPERIKSAAN OLEH PA DI BILIK LAPOR DIRI (a) Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM dan menandatangani Borang Pengakuan Calon. (b) Calon diingatkan supaya mematuhi setiap arahan dan amaran yang terkandung dalam Jadual Waktu Peperiksaan tahun semasa. (c) Calon menumpang hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya. (d) Calon diminta untuk memeriksa saku masing-masing bagi memastikan calon tidak membawa masuk bahan-bahan terlarang seperti yang termaktub dalam Bahagian D, Perkara 7 Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan. (e) Calon mata pelajaran sains elektif Fizik, Kimia dan Biologi diperuntukan sejumlah masa seperti berikut bagi setiap mata pelajaran yang didaftarkan: • 5 minit pertama untuk merancang amali serta menyemak radas/bahan. • 40 minit berikutnya untuk menjalankan ujian amali dan menjawab soalan. (f) Calon Sains Tambahan pula diperuntukkan 1 jam 45 minit bagi menduduki Ujian Amali Sains. (g) Mengumumkan bahawa calon yang tidak boleh meneruskan eksperimen selepas cuba membuatnya selama 15 minit, bolehlah berjumpa KPA dan meminta pertolongan. Namun, sebarang bantuan yang diberi akan dilaporkan kepada pemeriksa dan sebahagian markah mungkin akan dipotong.


53 9. ARAHAN KESELAMATAN UJIAN AMALI SAINS OLEH PA DI DALAM MAKMAL PEPERIKSAAN MERANGKUMI PERKARA BERIKUT: (a) Calon diingatkan supaya meneliti butiran kertas peperiksaan yang diedarkan. Jika didapati terdapat kesilapan atau tidak cukup bilangan halaman atau kurang soalan, calon hendaklah memaklumkan kepada Pengawas Amali dengan serta-merta. (b) Calon diingatkan supaya menulis angka giliran dan nombor pengenalan diri pada skrip jawapan peperiksaan. (c) Calon diingatkan supaya sentiasa mematuhi jarak 1.5 meter antara dirinya dengan calon lain sepanjang peperiksaan berlangsung. (d) Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Borang Pengenalan Diri Calon (LP/Am 118) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri di penjuru atas meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan. (e) Mengingatkan calon supaya sentiasa menjaga keselamatan sepanjang menjalankan Ujian Amali Sains. (f) Membacakan arahan yang tercatat di muka hadapan kertas peperiksaan. (g) Menyemak kandungan kertas peperiksaan bersama-sama calon. (h) Mengumumkan errata jika ada. Selain itu, errata tersebut hendaklah dicatatkan di papan tulis. (i) Memaklumkan bahawa calon boleh memohon bantuan PMP melalui KPA dengan syarat-syarat yang dinyatakan.


Click to View FlipBook Version