The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PPKI'S Photo Book give a happy storylines.

Dear Visitors, please enjoy it!

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulfikrah091, 2022-07-10 11:18:25

PPKI'S PHOTO BOOK

PPKI'S Photo Book give a happy storylines.

Dear Visitors, please enjoy it!

Memorable Days To Be
Remembered

Blissful Moments With Beloved Friends

IHYA' RAMADHAN

Program Bestari
Solat bersama murid
Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI)
sepanjang bulan
ramadhan.

Program Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk
memastikan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
dapat mengetahui cara berwuduk dengan sempurna seterusnya
menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan
perbuatan.

MATLAMAT
1) Mendedahkan murid kepada ibadah utama dalam Islam

iaitu solat.
3) Membentuk murid-murid ke arah generasi yang solehah.
4) Menerapkan kecintaan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT

dan Rasulnya.
5) Mengeratkan lagi hubungan di antara guru,ibubapa dan

murid.
6) Melahirkan murid yang berilmu, beramal dan bertaqwa.

OBJEKTIF
a) Murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk.
b) Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
c) Murid dapat mengetahui cara melakukan solat yang

betul dari segi bacaan dan perlakuan.
d) Murid dapat menyatakan perkara yang membatalkan

wuduk dan solat.



Pelajari Niat Solat Fardhu

Guru-guru telah mengedarkan bacaan niat
solat fardhu kepada semua murid pendidikan
khas yang beragama islam. Semua murid
menyertai program dengan baik sehingga
tamat.

Murid-murid yang tidak boleh membaca telah
dibimbing oleh guru-guru supaya mereka
dapat membaca niat solat fardhu dalam
bahasa arab dan maksudnya dengaan baik.
Program ini sedikit sebanyak telah membantu
murid memperbetulkan solat fardhu mereka.

PENUTUP PROGRAM IHYA' RAMADHAN

Program ini dijalankan bagi
meraikan murid yang berjaya
menjalankan ibadah puasa dan
juga berjaya menyertai setiap
program yang dianjurkan
sepanjang Ihya' Ramadhan

Guru-guru telah memberikan
sumbangan barangan keperluan
asas kepada murid yang tergolong
dalam kalangan B40. Selain itu,
murid-murid juga memperoleh duit
raya sebagai hadiah kepada
mereka.

Akhir program ini dapat
ditamatkan dengan baik

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

(PPKI)

Guru-guru sedang
menjamu juadah
sambutan hari raya
peringkat Program
Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI)

Murid-murid sedang
menjamu selera di
setiap kelas bersama-
sama rakan

MANY HAPPY TRAILS

ROLLING
DUNES

Happy face with lovely person

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT
SEKOLAH

Sambutan Hari Raya Peringkat sekolah telah diadakan pada
27 Mei 2022. Sambutan Hari Raya peringkat sekolah
diadakan dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan.
Semua murid seronok menjamu selera dan bergembira
dengan rakan-rakan. Hal ini telah memberi impak positif
kepada emosi dan tingkah laku murid Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI).

Murid-murid beratur untuk
mengambil juadah hari raya

Guru-guru mengambil kesempatan
untuk bergambar dengan rakan
sekerja sebagai tanda kenang-
kenangan

Sometimes the smallest things
take up the most room in your
heart.

Thank you for being a part of my
memory

Murid pendidikan khas bergambar bersama-sama rakan dan
guru pada hari sambutan raya aidilfitri peringkat sekolah



Guru praktikal mengambil peluang untuk bergambar
dengan murid pendidikan khas

Death leaves a heartache no one can heal
Love leaves a memory no one can steal

PROGRAM MENGENAL BUAH TEMPATAN

Rancangan pengajaran dan pembelajaran yang
bertemakan buah-buahan tempatan telah berjaya
dilaksanakan dengan jayanya di Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) Nur Qaseh pada 22 Jun hingga 24 Jun.
Ramai murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
yang hadir pada hari tersebut untuk sama-sama
menjayakan program ini.

Objektif pengajaran dan pembelajarn yang ingin dicapai
dalam program ini ialah, supaya Murid Bekeperluan Khas
(MBK) dapat mengenali dan menyebut nama-nama buah-
buahan dengan betul, dapat mengenali warna-warna
buah-buahan tersebut dan dapat membezakan rasa
buah-buahan tempatan yang diberikan

Antara pengisian pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung ialah Kassim Selamat, Nujum Pak Belalang,
Nasib Labu Labi, Ali Baba, Pendekar Bujang Lapuk serta
Antara Senyum dan Tangis.

Melalui aktiviti pembelajaran secara terus ini dapat
memberi pengalaman yang berguna kepada murid
pendidikan khas dan memberi input yang berkesan untuk
masa hadapan.

Aktiviti mewarna buah-buahan tempatan di kelas masing masing.

Hasil karya seni mewarna murid
(Muhammad Shazrul Daniel Bin Jusof- PK IA)

Hasil karya seni mewarna murid
(Nurul Ainul Izzati Binti Abdullah - PK AR)

Guru Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) menjamu buah-buahan tempatan bersama dengan

barisan pentadbir

Guru-guru Program
Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) sedang
menyajikan buah-buahan
tempatan kepada para
tetamu yang dijemput.

Guru Program Pendidikan

Khas Integrasi (PPKI)

bersama dengan guru arus

perdana sedang menikmati

kelazatan buahan

tempatan yang dihidang.

Murid Pendidikan Khas sedang menikmati buah-
buahan tempatan

“Keep smiling and love life. It is the only one that we get.”

Murid membasuh khemah yang digunakan untuk jamuan
buah-buahan tempatan

KASSIM SELAMAT- Meneka nama buah-buahan

Murid-murid meneka nama buahan berdasarkan deria sentuh
mereka.

Perasmian Bowling Buah bersama dengan pensyarah
Univerisiti Sains Malaysia merangkap Ketua
Penyelaras Pendidikan Khas USM iaitu Profesor
Madya Dr Aznan Bin Che Ahmad

Profesor Madya Dr Aznan merasmikan program
dengan memulakan aktiviti bowling buah sambil
ditonton oleh semua guru pendidikan khas
dengan murid Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI)

Murid memulakan aktivti bowling buah dengan
menggolekkan botol air

Murid yang berjaya menggolek
botol air mengenai bakul buahan
akan membawa pulang buahan
tersebut.

Nur Aliyah Atikah Binti Mohamad
Munir (Atas) dan
Nur Sumaiyah A'isyah Binti
Roslee (Bawah)

Muhammad Danish Hakim
Bin Zulkefli (PK IS)

Nur Qismina Amani Binti
Sulaiman (PK IK)



ANTARA SENYUM DAN TANGIS- Memasak juadah
berasaskan buah-buahan tempatan

Kumpulan Cikgu Wan Rosmaini, Cikgu Syalina dan Cikgu Aida

Pengat pisang Pisang Goreng

Guru dan murid berganding
bahu untuk menyiapkan juadah
manisan berasaskan pisang



Kumpulan Cikgu Yusnizawati, Cikgu Norilah, dan Cikgu Adila

Cikgu Yusnizawati mengajar murid-murid
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
cara untuk membuat Durian Crepe. Cikgu
Yusnizawati menjelaskan satu per satu
langkah yang harus dibuat. Kemudian, Cikgu
Yusnizawati meminta murid sendiri yang
membuat Durian Crepe seperti yang
diajarkan





Kumpulan Cikgu Norliza, Cikgu Norhaizam dan Cikgu Sollehudin

Guru bersama murid mengambil peluang untuk
bergambar sebelum aktiviti menggoreng cucur
durian

Penolong Kanan Program
Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI), Puan Junaini Binti
Hassan memantau aktivti
guru dan murid pendidikan
khas

Guru praktikal membantu
murid untuk menggoreng
cucur durian

Guru praktikal membantu
murid untuk meletakkan
tepung yang sudah digaul
dengan durian ke dalam
kuali

“If you are a chef, no matter
how good a chef you are, it's

not good cooking for
yourself; the joy is in cooking

for others.

Kumpulan Cikgu Punitha dan Cikgu Hajar

Cikgu Punitha dan Cikgu Hajar telah menghasilkan
Cupcake Saloma yang mana menu ini berasaskan
pisang.
Cikgu Punitha sedang mengadun doh untuk
membuat cupcake Saloma

Cikgu Punitha sedang menjelaskan kepada murid-
murid cara membuat Cupcake Saloma dan cara

menghiasnya

Murid-murid
sedang
memasukkan
adunan Cupcake
ke dalam cawan
yang disediakan

Happiness is not an
ideal of reason, but
of imagination

Murid sedang menghiaskan Cupcake Saloma

Cupcake Saloma

Guru mula membahagikan makanan yang dibuat
kepada semua murid Program Pendidikan Khas

Integrasi (PPKI)


Click to View FlipBook Version