The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PPKI'S Photo Book give a happy storylines.

Dear Visitors, please enjoy it!

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulfikrah091, 2022-07-10 11:18:25

PPKI'S PHOTO BOOK

PPKI'S Photo Book give a happy storylines.

Dear Visitors, please enjoy it!

Perlawanan bowling dimulakan. Setiap guru dan Pembantu
Pengurusan Murid (PPM) akan berada dalam satu kumpulan
dengan murid untuk bermain dengan mereka. Hal ini
menyebabkan hubungan silatturrahim antara guru, PPM dan
murid dapat dieratkan

Murid menikmati makan
tengahari sebelum
pulang kembali ke
sekolah

TERAPI MOBILITI SOSIAL
THE TOP KOMTAR PENANG

Terapi Mobiliti Sosial The Top Komtar PPKI SMK
Mengkuang adalah satu aktiviti luar kelas yang bertujuan
untuk memberi pendedahan kepada murid-murid Program
Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKI)
tentang keadaan persekitaran melalui pengalaman mereka
sendiri semasa melawat tempat-tempat yang menarik.
Terapi ini membolehkan murid-murid berjalan sambil
melihat keindahan pemandangan panaroma sekitar
Georgetown yang menakjubkan di Menara Komtar yang
dikenali sebagai Observatory Deck.

Selain itu, mereka juga berpeluang mengunjungi 4 tempat
tarikan menarik yang lain seperti Technology Dome, Penang
State Gallery, Jurassic Research Centre dan Boutique
Aquarium membolehkan murid untuk menimba
pengetahuan terhadap dunia luar dan menyediakan
pengalaman baru yang menggembirakan. Oleh itu, terapi
seumpama ini adalah satu aktiviti sosial yang dilihat sesuai
untuk perkembangan sosial dan intelek murid berkeperluan
khas selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Ia sangat
penting dalam usaha memberi inspirasi dan membuka
minda murid PPKI untuk meneroka masa depan dengan
lebih baik.

Murid-murid sedang menikmati sarapan pagi
sebelum bertolak ke The Top Komtar,
Penang

Murid-murid beratur dan
menunggu pemeriksaan beg
dibuat oleh Pembantu
Pengurusan Murid (PPM)
sebelum menaiki bas.

Murid-murid juga diberi
taklimat oleh setiausaha
program mengenai aktiviti
yang akan dilaksanakan di The
Top Komtar

Murid-murid sedang
berkumpul di luar
kawasan The Top
Komtar, Penang

Guru praktikal mengambil kesempatan untuk bergambar
dengan murid Pendidikan Khas

Kenangan bersama murid di Sky Walk

The free soul is rare,
but you know it
when you see it -
basically because
you feel good, very
good, when you are
near or with them.

Charles Bukowski

Your life does not get
better by chance, it gets
better by change.

Jurassic Research Centre

Jurrasic World telah membuka mata murid pendidikan khas
tentang haiwan yang telah pupus ini. Kami seolah-olah kembali ke
masa ketika dinosaur memerintah Bumi dan membongkar misteri
masa lalu prasejarah planet ini. Pusat Penyelidikan Jurassic
menghidupkan semula lebih 200 dinosaur (dengan bantuan
teknologi animatronik terkini) untuk mencipta pusat aktiviti
interaktif secara langsung dengan perkadaran epik.
Pusat Penyelidikan Jurassic membawa anda melalui perjalanan
pendidikan yang benar-benar untuk kanak-kanak dan orang
dewasa di mana mereka boleh merasakan pengalaman dinosaur
saiz hidup di habitat mereka.

Murid dan Guru bergambar di Jurrasic World bersama

Murid-murid beramai-ramai melihat dinosaur secara dekat

Tech Dome Penang

Tech-Dome Penang terletak di Geodesic Dome KOMTAR dan
menempatkan lebih 120 pameran sains dan teknologi
interaktif yang tersebar di 40,000 kaki persegi ruang lantai.
Galeri ini memaparkan kegunaan Teknologi Maklumat,
Teknologi Hayat, Robotik, Optik, Elektro-Magnetisme, Daya dan
Pergerakan, Zon Eksplorasi Kanak-kanak, Kisah Transformasi
Pulau Pinang, dan balai cerap astronomi



Penang State Gallery

Pulau Pinang mempunyai warisan yang bernilai kepada
masyarakat. Sejak permulaan y sebagai Penempatan Selat
British yang pertama pada penghujung abad ke-18, George
Town telah mengalami perubahan yang luar biasa. Dari
sempadan berpaya kepada pos perdagangan yang sibuk kepada
bandar kosmopolitan yang berkembang maju yang terkenal di
dunia dengan sejarah kehidupannya. Galeri Negeri Pulau Pinang
adalah pusat sehenti untuk anda mempelajari apa sahaja dan
segala-galanya "Pulau Pinang".
Di sini, murid Pendidikan Khas akan belajar untuk menghargai
warisan sepanjang zaman yang ditinggalkan.



Murid menaiki bas untuk pulang kembali ke sekolah setelah
meneroka 5 tempat menarik di The Top Komtar Penang

Murid-murid selamat tiba di perkarangan sekolah

We hope all the memories
created together will be
stuck as the most beautiful
memories.
A moment lasts for seconds
but the memories lasts
forever. Memory is a way of
holding on to the things you
love, the things you are, the
things you never want to
lose.

PPKI NUR QASEH'S LOVE STORY


Click to View FlipBook Version