The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN AKNC 2016 (PTAR)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azwani8102, 2021-06-14 11:53:43

AKNC PTAR 2016

LAPORAN AKNC 2016 (PTAR)

ii. Selepas pelaksanaan anggaran kos penyelenggaraan system WILS adalah
sebanyak RM 300,000.00 setahun berasingan bagi 13 cawangan UiTM, yang
meliputi 40 buah Perpustakaan UiTM, menjadikan kos bagi setiap cawangan
hanya bernilai RM 23,076.92.

iii. Penjimatan kos : Impak daripada projek ini PTAR telah berjaya membuat
penjimatan sebanyak RM 350,000.00 setahun bagi penyelenggaraan system
WILS di 13 cawangan UiTM, yang meliputi 40 buah Perpustakaan UiTM.

Penjimatan Kos Perkakasan (Pembelian Server)
Apabila data perpustakaan kampus cawangan dimigrasi, perkakasan seperti pembelian

server pangkalan data tidak diperlukan lagi kerana pangkalan data adalah ‘centralized’ atau
berpusat di PTAR UiTM Shah Alam. Perkara ini sekaligus dapat menjimatkan kos
perpustakaan. Berikut adalah impak penjimatan kos perkakasan sebelum dan selepas
sekiranya pelaksanaan sistem WILS dijalankan:

i. Sebelum pelaksanaan setiap cawangan mempunyai 2 server dan anggaran kos
bagi 2 server adalah RM 70,000.00 dan untuk 13 cawangan UiTM adalah RM
910,000.00

ii. Selepas pelaksanaan, Sistem WILS mampu mewujudkan pangkalan data dan
server secara berpusat (centralized). Perkara ini sekaligus menjimatkan kos
perkakasan di kampus cawangan kerana penggantian atau proses penaiktrafan
server hanya berlaku di PTAR sahaja. PTAR mempunyai 5 server WILS dengan
kos RM 400,000.00.

iii. Penjimatan kos pembelian perkakasan untuk sistem ini telah berjaya mencapai
sebanyak RM 510,000.00 setahun.

Penjimatan Masa
Penjimatan masa dapat ditafsirkan apabila berlaku proses migrasi pangkalan data UiTM

Shah Alam, UiTM Selangor dan UiTM Negeri Sembilan. Penjimatan telah berjaya dilaksanakan
semasa migrasi data dilaksanakan pada Fasa 4 projek inisiatif , dimana proses pembersihan
data rekod MALMARC ke MARC 21 di dalam Sistem ILMU telah dijalankan. Kos bagi proses
pembersihan data ini adalah sebanyak RM 25,000.00.

Bilangan Koleksi Bahan Bercetak Perpustakaan
UiTM 2016

Lokasi Judul Naskhah Bilangan Koleksi Bahan Bukan Bercetak Perpustakaan UiTM 2016
Perak 19,438 20,798
Johor 31,581 60,510 Lokasi Judul Naskah
Negeri Sembilan 42,928 50,353
Kedah 64,710 91,944 Shah Alam 1,825,565.00 1,831,405.00
Pulau Pinang 68,436 95,155
Kelantan 77,377 116,388 Sarawak 4,692.00 4,698.00
Sabah 77,522 126,699
Melaka 80,460 104,904 Terengganu 4,178.00 6,041.00
Pahang 81,352 115,319
Terengganu 92,258 106,990 Selangor 3,741.00 6,045.00
Perlis 93,779 98,395
Selangor 116,390 188,592 Johor 3,468.00 3,468.00
Shah Alam 170,860 241,237
Melaka 2,896.00 4,678.00

Sabah 2,742.00 5,347.00

Pahang 2,645.00 2,712.00

Pulau Pinang 2,467.00 3,348.00

Kedah 1,656.00 3,516.00

Perlis 107.00 124.00

JUMLAH 1,854,157.00 1,871,382.00

JUMLAH 1,056,674.00 1,542,245.00

Jadual 7.5.1(a) : Bilangan Koleksi Bahan Bercetak dan Bukan Bercetak Perpustakaan

Dengan kiraan jumlah judul dan naskhah bahan perpustakaan bagi seluruh UiTM di
Malaysia yang dapat dilihat di dalam jadual di atas, keperluan untuk migrasi data ini adalah
sangat memberikan impak yang tinggi dan penting dalam bagi mempercepatkan proses kerja
serta menjimatkan masa.

7.5.1b UiTM Institutional Repository

UiTM Institutional Repository telah dibangunkan menggunakan perisian open sources
iaitu eprints. Pembangunan sistem ini telah berjaya menjimatkan kos pengurusan PTAR dimana
pembangunan sistem ini adalah menggunakan kepakaran dalaman di PTAR dan tiada
penglibatan pembekal serta sumber kewangan untuk dibangunkan.

Kos pembangunan dari segi mendapatkan konsep, perancangan, analisis keperluan
pengguna, rekabentuk, pemasangan peralatan dan perkakasan, pelaksanaan dan termasuklah
kos penyelenggaraan dapat dijimatkan.

7.5.1c eResources (PDAT & eBook)

Jadual 7.5.1c (a): Tren perbelanjaan langganan PDAT

TAHUN 2014 2015 2016

RM 10,211,734.94 12,297,207.86 9,367,759.74

Bil PDAT 86 72 46

Jadual 7.5.1c (a) diatas menunjukkan tren langganan pangkalan Data Atas Talian PTAR
bagi tahun 2014, 2015 dan 2016. Berlaku penurunan dalam tren perbelanjaaan langganan
Pangkalan Data Atas Talian PTAR adalah diatas inisiatif PTAR untuk menilai semula langganan
PDAT dengan kerjasama dari pihak fakulti yang terlibat bagi memberikan pulangan atas
pelaburan yang tinggi.

Jadual 7.5.1c (b): Penamatan PDAT mengikut tahun

TAHUN 2015 2016

RM 487,506.22 2,948,145.11

Bil PDAT 14 22

Jadual 7.5.1c (b) pula menunjukkan jumlah penamatan terhadap langganan PDAT yang
dibuat atas langganan pada tahun 2015 dan 2016. Penamatan pada tahun 2016 dapat
memberikan penimatan kewangan sebanyak RM2,948,145.11 kerana langganan adalah dibuat
berdasarkan keperluan pembelajaran dan penyelidikan yang diperlukan dari semasa ke
semasa.

Jumlah Penjimatan (RM)

4,000,000.00 Jumlah Penjimatan
3,000,000.00 (RM)
2,000,000.00
1,000,000.00

0.00

2015 2014

Pada tahun 2016, PTAR telah Berjaya mencapai penjimatan kewangan sebanyak
RM2,948,145.11 melalui penilaian semula langganan PDAT dengan strategi iaitu menjalankan
kajian produk terhadap subjek coverage PDAT yang dilanggan. Satu Mesyuarat Khas
Langganan PDAT UiTM 2017 telah diadakan pada 22 November 2016 bertempat di Bilik
Mesyuarat Fakulti Farmasi UiTM Kampus Selangor dan dipengerusikan oleh Prof. Dato’ Dr. Abu
Bakar Abdul Majeed, Rektor UiTM cawangan Selangor.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Dekan-dekan Fakulti dan Pengarah-pengarah
pusat kecemerlangan UiTM bagi memuktamadkan langganan PDAT bagi tahun 2017 dengan
mengekalkan langganan ‘must have’ bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan
penyelidikan di universiti.

Selaras dengan itu, perkhidmatan Pay Per View diperkenalkan pada tahun 2016
sebagai alternatif kepada pensyarah dan penyelidik yang tidak mempunyai geran penyelidikan
untuk mendapatkan artikel atau bahan rujukan eResources yang tidak dilanggan oleh PTAR.

TAHUN 2014 2015 2016
RM 467,859.82 525,533.84 359,741.60
Bil Judul
769 500 318

Jadual 7.5.1c (c): Tren perbelanjaan perolehan eBook

Jumlah Perbelanjaan eBook

600,000.00 467,859.82525,533.84 Jumlah Perbelanjaan (RM)
500,000.00 359,741.60
400,000.00
300,000.00 2014 2015 2016
200,000.00
100,000.00

-

Bilangan Judul eBook

1,000 769
500 500

318 Bilangan Judul
2016
0 2015
2014

Jadual 7.5.1c (d): Jumlah perbelanjaan eBook dan bilangan judul eBook

Jadual 7.5.1c(d) menunjukkan jumlah perbelanjaan dan Bilangan Judul eBook mengikut
tahun. Penurunan perolehan eBook bagi tahun 2015 dan 2016 adalah bagi memberi keutamaan
perolehan eBook bahan silibus berbanding cadangan biasa. Ini adalah bagi memastikan
perolehan yang dibuat adalah tepat dan mengikut keperluan fakulti dan pusat kecemerlangan di
UiTM.

Jadual 7.5.1c (d): Jadual Penjimatan Atas Rundingan Harga PDAT, eBook

Rundingan Harga 2016 Bil 1/2016 Bil 2/2016 Bil 3/2016 Bil 4/2016 Bil 4/2016
Penjimatan 406,074.31 25,748.00 57,521.31 6,850.10

Sebanyak lima kali Mesyuarat Rundingan Harga Langganan Pangkalan Data Dalam
Talian, eBook dan eJurnal dijalankan pada tahun 2016 dengan penjimatan atas rundingan
sebanyak RM496,193.72.00. Harga tawaran dirunding keparas yang terendah dan
menguntungkan UiTM (syarat d: P.K 7.9).

7.5.1d Reference Desk Management System (RDMS)
Keberkesanan kos bagi pembangunan system RDMS dapat dilihat daripada kos

pembangunan secara in-house dengan menggunakan kepakaran dalaman di PTAR.
Pembangunan system secara in-house ini telah berjaya menjimatkan kos pengurusan PTAR,
dimana kos dalaman yang diperlukan adalah sebanyak RM 7,742.40 sahaja. Kos pembelian
sistem yang dibangunkan oleh pembekal luar secara outsource adalah bernilai RM78,632.67 di
pasaran dan ianya adalah lebih tinggi daripada nilai yang dibangunkan oleh pakar dalaman di
PTAR. Justeru itu, penjimatan kos daripada penggunaan bajet pengurusan adalah sebanyak
RM70,890.27 berjaya dijimatkan dengan pembangunan sistem ini.

Rajah 7.5.1d (a): Perbandingan kos pembangunan secara in-house dan dan outsource

7.5.1e Chat with Librarian
Keberkesanan kos bagi pembangunan system Chat with Librarian dapat dilihat daripada

kos pembangunan secara in-house dengan menggunakan kepakaran dalaman di PTAR.
Pembangunan sistem ini telah berjaya menjimatkan kos pengurusan PTAR dimana kos yang
diperlukan adalah RM 7,742.40 sahaja. Kos pembelian sistem yang dibangunkan oleh
pembekal luar secara outsource di pasaran adalah bernilai RM339,543.00 dan ianya lebih tinggi
daripada nilai yang dibangunkan oleh pakar dalaman di PTAR. Dengan ini penjimatan kos
daripada penggunaan bajet pengurusan adalah sebanyak RM331,800.60 telah berjaya
dijimatkan dengan pembangunan sistem ini.



7.5.1f Electronic Question Paper System (EQPS)

Keberkesanan kos bagi pembangunan sistem EQPS dapat dilihat daripada kos
pembangunan secara in-house dengan menggunakan kepakaran dalaman di PTAR. Sistem ini
dibangunkan bagi menggantikan sistem lama iaitu sistem Alchamey yang memerlukan kos
penyelenggaraan RM 20,000.00 setahun.

Pembangunan sistem ini telah berjaya menjimatkan kos pengurusan PTAR dimana kos
yang diperlukan adalah RM 7,000.00 sahaja. Kos pembelian sistem yang dibangunkan oleh
pembekal luar secara outsource di pasaran adalah bernilai RM80,000.00 dan ianya lebih tinggi
daripada nilai yang dibangunkan oleh pakar dalaman di PTAR. Dengan ini penjimatan kos
daripada penggunaan bajet pengurusan adalah sebanyak RM73,000.00 telah berjaya
dijimatkan dengan pembangunan sistem ini.

7.2 Pulangan Atas Pelaburan PTAR

7.2.1a eResources (PDAT & eBook)
Pulangan Atas Pelaburan Langganan PDAT 2014-2016

Salah satu pengukuran terhadap langganan pangkalan data atas talian adalah dengan
mengukur pulangan atas pelaburan yang dibuat seperti di jadual dibawah:

TAHUN 2014 2015 2016
Jumlah Pdat PTAR 86 72 46
ROI
RM38.84 RM24.28 RM16.21

Adalah didapati bahawa pulangan atas pelaburan yang dibuat atas langganan PDAT
PTAR adalah semakin positif dengan penurunan kos muat turun secara purata bagi
keseluruhan PDAT bermula dari tahun 2014 sehingga tahun 2016. Ini menunjukkan bahawa
perbelanjaan langganan yang dibuat adalah berbaloi kepada organisasi dan dapat
dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua warga UiTM

7.3 Penjanaan Pendapatan
Pada tahun 2016, PTAR telah menjalankan beberapa inisiatif berikut sebagai projek

penjanaan pendapatan atau dikenali sebagai Jana@PTAR iaitu:
Keahlian luar PTAR, PTAR telah berjaya mendapatkan keahlian luar perpustakaan seramai 22
orang pada tahun 2016. Setiap ahli luar perlu membayar yuran keahlian luar kepada PTAR
yang merupakan penjanaan pendapatan PTAR dan UiTM secara amnya. Bagi tujuan tersebut,
PTAR telah memperoleh penjanaan sebanyak RM3,730.00

Pelbagai aaktiviti penjanaan dirancang pada tahun 2016 dan akan melalui fasa
pelaksanaan secara berperingkat bermula tahun 2017 iaitu Library Lounge, sewaan ruang dan
kemudahan PTAR dan pelbagai lagi.


Click to View FlipBook Version