بسم الله الرحمن الرحيم
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH
LAGI MAHA MENGASIHANI
@ Wan Hilmi Wan Abdullah
[email protected]
CETAKAN KEDUA EDISI SEMAKAN 2018
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan menerbitkan semula mana-mana
bahagian isi kandungan buku ini, menyimpan untuk pengeluaran atau
dipindahkan kepada bentuk lain sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak
cipta terlebih dahulu.
Diterbitkan oleh:
Pusat Kelestarian Turath Islami
Fakulti Pengajian Islam
43600 Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, Selangor
Malaysia
Tel: 60386215519
Faks: 60389213017
ISBN 978-983-41361-3-0
I
بسم الله الرحمن الرحيم
PRAKATA
Segala pujian bagi Allah SWT Tuhan semesta alam yang menurunkan wahyunya
yang terakhir al-Quran al-Karim dengan i’jaz keindahan dan kesenian seni
tilawah. Selawat dan salam atas junjungan Nabi SAW yang telah membacakan
dan mengajarkan kalam Tuhan kepada seluruh penduduk sekalian alam.
Buku pertama ini yang kami namakan dengan “FANNU TILAWAH AL-
QURAN” yang merupakan silsilah “PENGAJIAN ILMU TARANNUM 1” yang mana
rantaiannya akan sentiasa bersambung dan menyusul nanti, Insya allah.
Buku ini adalah merupakan bicara pembukaan kepada Ilmu Tarannum
al-Quran bersama dengan sedikit pendedahan secara praktikal agar ia mudah
dikenali dan difahami oleh semua kelompok masyarakat yang ingin mendampingi
ilmu tersebut dan mengenalinya secara lebih dekat. Niat tercetus apabila saya
merasakan kurangnya tulisan-tulisan yang berbahasa ibunda yang membicarakan
dan memperkenalkan ilmu Tarannum kepada masyarakat Malaysia.
Justeru itu, bagi membantu ke arah pemahaman tersebut dan
memudahkan para pengkaji serta mereka yang berkecimpung dalam bidang
tarannum khasnya dan al-Quran amnya, justeru saya menghasilkan tulisan yang
pastinya masih banyak kelemahan dan kekurangan demi sebuah perkongsian
ilmu dalam memartabatkan Ilmu Tarannum di persada yang sebenar.
Sesungguhnya segala kerja dan pemikiran anak-anak adam tidak
terlepas daripada kesalahan dan kepincangan, maka kami amat mengharapkan
daripada para ilmuan bidang Tarannum di luar sana agar menegur dan
menunjukkan kepada saya kesalahan dan kekurangan sepanjang terdapat dalam
tulisan ini.
Sekian, terima kasih.
II
بسم الله الرحمن الرحيم
KATA-KATA ALUAN
KARYAWAN TAMU TARANNUM UKM 2010
Segala puji buat tuhan sekalian alam yang telah menurunkan kitab-Nya yang
muk’jiz yang berkekalan hingga ke akhirat yang telah ditentukan-Nya. Selawat
dan salam buat junjungan besar Nabi SAW yang membawa obor sinar Islam ke
seluruh alam sebagai satu rahmat yang berkekalan.
Ilmu Tarannum adalah satu ilmu yang mempunyai pertalian yang amat
rapat dengan al-Quran al-Karim. Keserasian antara kedua-duanya ternyata
mempunyai tautan yang amat rapat sekali. Justeru itu, adalah menjadi
tanggungjawab yang besar di bahu para ilmunya untuk menyemarakkan dan
menyuburkan pengajiannya serta memperdekat kepada masyarakat.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada penulis buku “Fannu Tilawah
al-Quran” Ustaz Wan Hilmi Wan Abdullah yang merupakan ahli akademik di
Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, UKM yang telah
bertungkus-lumus untuk mengumpulkan bahan dan seterusnya menerbitkan
buku tersebut sebagai permulaan kepada pembelajaran dan pengajaran
Tarannum secara akademik. Saya merasakan dengan terbit buku tersebut adalah
amat tepat pada masanya dikala karya-karya yang membicarakan ilmu
Tarannum dalam bahasa ibunda amat berkurangan sekali.
Buku ini dipersembahkan oleh penulisnya dengan gaya bahasa yang
mudah, pendedahan secara praktikal serta memuatkan semua isu yang
sepatutnya ada dalam perbincangan awal ilmu Tarannum. Kepada para pelajar,
guru-guru dan penggiat-penggiat dan pengkaji-pengkaji dalam bidang Tarannum
serta sesiapa sahaja yang berminat dengan ilmu ini, saya mencadangkan agar
III
mereka memiliki buku ini untuk dijadikan sebagai rujukan dan bahan bacaan
yang amat bermanfaat.
Sekian, terima kasih.
Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Rahim Ahmad,
Karyawan Tamu Bidang Tarannum UKM tahun 2010,
Mantan Johan Qari Kebangsaan dan Antarabangsa tahun 1994/95,
Hakim Tilawah al-Quran Peringkat Negeri dan Kebangsaan, Malaysia.
IV
بسم الله الرحمن الرحيم
KATA-KATA ALUAN
KETUA JABATAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Pujian buat Allah SWT yang mencurahkan segala nikmat-Nya. Selawat dan salam
buat junjungan besar Nabi SAW, utusan Allah yang terakhir dan kepada sesiapa
sahaja yang telah mengikuti dengan penuh ketaatan ke hari yang telah
ditentukan oleh-Nya.
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Ustaz Wan Hilmi Wan Abdullah
kerana telah berjaya menghasilkan sebuah buku rujukan dalam bidang
Tarannum yang saya kira sangat besar manfaatnya kepada sesiapa sahaja yang
menceburi tersebut untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dan bahan ilmiah.
Antara keistimewaan buku ini adalah dipersembahkan dengan uslub atau gaya
bahasa yang mudah difahami dan sangat menarik. Justeru itu, saya
mengesyorkan agar kepada sesiapa sahaja yang ingin memahami ilmu Tarannum
agar memiliki buku ini.
Dengan terhasilnya buku ini yang juga diharapkan penulisnya terus
bersemangat untuk menghasilkan penulisan-penulisan yang seterusnya agar
budaya ilmu di UKM ini akan sentiasa terus berkembang dengan pesatnya.
Prof. Madya Dr. Muhd Najib Abdul Kadir,
Ketua Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah,
Fakulti Pcengajian Islam,
Universiti kebangsaan Malaysia.
V
بسم الله الرحمن الرحيم
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana
diberikan kekuatan dan iltizam untuk menyiapkan buku yang bertajuk “FANNU
TILAWAH AL-QURAN” yang julung -julung kalinya buku yang seumpama ini
diterbitkan. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Tidak lupa juga saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada UKM,
khususnya Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah kerana memberikan ruang
dan peluang kepada saya untuk berkarya dan berkongsi ilmu yang teramat
sedikit ini dengan semua pencinta-pencinta dan pendokong-pendokong kitab suci
al-Quran khasnya mereka-mereka yang sentiasa dahagakan ilmu Tarannum.
Seterusnya, diucapkan juga kepada ibu, isteri, abang, kakak, guru-guru
dan sahabat-sahabat yang tercinta kerana memberikan sokongan dan dokongan
yang tidak berbelah bagi dalam usaha saya mengumpulkan seberapa banyak
bahan-bahan ilmiah dalam bidang Tarannum ini. Sesungguhnya usaha ini bukan
semudah yang disangkakan, kerana memerlukan pengorbanan yang cukup besar
terutama dari sudut masa, tenaga dan wang ringgit.
Justeru, dengan terbitnya buku ini, semoga menjadi panduan dan
rujukan kepada pembelajaran ilmu Tarannum di segenap tempat, walaupun saya
percaya buku ini masih ditahap kekurangan serta belum memuaskan. Segala
kesalahan dan kelemahan itu, saya akan jadikan ianya sebagai kekuatan untuk
saya terus mengkaji, menimba serta mempelajarinya. Mudah-mudahan buku ini
memberi manfaat yang sangat berguna kepada kita semua.
Sekian, Wassalam.
Wan Hilmi Wan Abdullah
Khadimul Quranil Karim
VI
KANDUNGAN Halaman
II
PRAKATA III
KATA-KATA ALUAN KARYAWAN TAMU UKM V
KATA-KATA ALUAN KETUA JABATAN PENGAJIAN
AL-QURAN DAN AL-SUNNAH VI
PENGHARGAAN VII
KANDUNGAN
BAB 1 PENGANTAR DAN PENGENALAN ILMU 2
TARANNUM 3
4
1.1 Definisi Ilmu Tarannum dan Ilmu Sout 5
1.2 Dalil Suruhan Bertarannum 9
1.3 Hukum Bertarannum di sisi Mazhab Empat 9
1.4 Memahami Konsep al-Quran sebagai Satu Kesenian 11
1.5 Falsafah Pembelajaran Tarannum 12
14
1.5.1 Mengangkat Martabat Al-Quran 15
1.5.2 Meningkatkan Syiar Islam 16
1.5.3 Membudayakan Amalan Membaca Al-Quran 17
1.5.4 Menerapkan Nilai dan Akhlak Al-Quran
1.5.5 Mendekatkan Diri Dengan Al-Quran 19
1.5.6 Menjadikan al-Quran Sebagai Teman Hidup
1.5.7 Menghidupkan Suasana Pembelajaran Al-Quran
1.6 Faedah Ilmu Tarannum
VII
1.7 Kesan Pembelajaran al-Quran Tarannum atau Berlagu 20
BAB 2 KAEDAH-KAEDAH LAGU AL-QURAN 26
26
2.1 Jenis-jenis Tarannum 26
2.1.1 Tarannum Arabiah 26
2.1.1.1 Definisi Tarannum Arabiah
2.1.1.2 Dalil Suruhan Membaca Dengan Tarannum 27
Arabiah
2.1.1.3 Huraian Takrifan 28
28
2.1.2 Tarannum Bukan Arabiah 28
2.1.2.1 Definisi Tarannum Bukan Arabiah 29
2.1.2.2 Dalil Larangan
2.1.2.3 Huraian Definisi 30
30
2.2 Pembahagian Lagu-lagu al-Quran 30
2.2.1 Tarannum Usul atau Asas
2.2.1.1 Ciri-ciri Dan Sifat-sifat Tarannum 31
Usul atau Asas 32
2.2.1.2 Peranan Tarannum Usul atau Asas
2.2.1.3 Penyusunan dan Kedudukan Tarannum 43
Usul Dalam Teks Bacaan 44
44
2.2.2 Tarannum Furu’ atau Cabang 45
2.2.2.1 Ciri-ciri Lagu Furu’
2.2.2.2 Peranan Lagu Furu’ 49
2.2.2.3 Penyusunan dan Kedudukan Pengkaedahan
Tarannum Furu’ Dalam Bacaan
2.3 Istilah-istilah dalam Pembelajaran Tarannum
VIII
2.4 Metode Bacaan Tarannum atau Berlagu 50
2.4.1 Uslub Bacaan Syeikh Mustafa Isma’il 50
2.4.2 Uslub Bacaan Syeikh Anwar Shahat 58
2.4.3 Uslub Syeikh Abdul Basit Abdul Samad 61
2.5 Gaya atau Model Bacaan Tarannum atau Berlagu 64
2.5.1 Gaya atau Model Taranuum Misri 64
2.5.2 Gaya atau Model Tarannum Hijazi @ Makawi 66
2.6 Kriteria-kriteria dan Ciri-ciri Bacaan Tarannum Berlahjah 66
Kearaban
69
BAB 3 KAEDAH-KAEDAH SUARA DALAM 71
71
BACAAN TARANNUM 72
3.1 Kategori Suara 75
3.2 Kumpulan Suara 77
3.3 Tobaqah atau Tahap Suara 78
3.4 Jenis-jenis Suara dalam Bacaan Tarannum 78
3.5 Konsep Bacaan Lembut 80
3.6 Tips- Memanjangkan Nafas 81
3.7 Contoh-contoh Ayat Latihan 83
3.7.1 Latihan 1: Surah al-Baqarah, Juzuk 1, Ayat 44-57
3.7.2 Latihan 2: Surah Ibrahim, Juzuk 13, Ayat 12-20
3.7.3 Latihan 3: Surah al-Isra’, Juzuk 15, Ayat 9-15
3.7.4 Latihan 4: Surah al-Furqan, Juzuk 19, Ayat 61
RUJUKAN 85
IX
BAB 1
PENGANTAR DAN PENGENALAN ILMU
TARANNUM
1
1.1 Definisi Ilmu Tarannum
Ilmu Tarannum bermaksud satu ilmu yang membincangkan tentang cara-cara
bagaimana melagukan al-Quran daripada aspek hukum tajwid, tarannum dan
suara yang meliputi pengertian tarannum, asal-usul, sejarah, jenis-jenis tarannum,
pembahagian dan istilah-istilah yang digunakan dalam pembelajaran tarannum.
Manakala bertarannum atau berlagu adalah bermaksud suatu proses
membaca al-Quran dengan lagu-lagu bagi tujuan menggambarkan maksud ayat
yang dikehendaki.
Ilmu Sout atau ilmu seni suara al-Quran bermaksud satu ilmu yang
membincangkan tentang cara-cara bagaimana mengeluarkan suara pada bacaan
al-Quran dari segi tobaqah suara, jenis-jenis dan istilah-istilahnya serta cara-cara
menguruskan suara, menimbang, pengolahan, penyampaian, pelaksanaan dan
sebagainya yang berkait dengan permasalahan suara.
Huraian Definisi Ilmu Tarannum
Ilmu Tarannum bermaksud ilmu-ilmu yang berkait rapat dengan sesuatu
permasalahan dalam pembacaan al-Quran secara tarannum atau berlagu.
Satu Ilmu bermaksud satu cabang ilmu pengetahuan yang berkait dengan ilmu-
ilmu al-Quran selain daripada ilmu Qiraat, Tafsir, Hadis, ulum al-Quran dan
sebagainya.
Bagaimana cara-cara melagukan al-Quran bermaksud cara-cara bagaimana
ayat-ayat al-Quran dialunkan dan diiramakan dengan lagu-lagu yang khusus
baginya dan melihat kepada maksud ayat yang paling munasabah.
Aspek hukum tajwid, tarannum dan suara bermaksud manhaj kepada bacaan
berlagu merangkumi ketiga-ketiganya.
Meliputi pengertian tarannum, asal-usul, sejarah, jenis-jenis tarannum,
pembahagian dan istilah-istilah yang digunakan dalam pembelajaran
tarannum memberi erti perkara-perkara atau permasalahan-permasalahan yang
utama dan penting yang menjadi asas kepada bacaan berlagu.
2
Huraian Definisi Ilmu Sout
Ilmu Sout bermaksud ilmu seni suara dalam bacaan al-Quran yang merangkumi
jenis bacaan mujawwad dan murattal.
Cara-cara bagaimana mengeluarkan suara dalam bacaan al-Quran
bermaksud teknik-teknik pengaplikasian suara yang betul dan tepat dengan
pelaksanaan kaedah yang khusus dan tertentu.
Daripada segi tobaqah suara, jenis-jenis dan istilah-istilahnya bermaksud
perkara-perkara asas yang penting yang perlu diutamakan, yang berkait rapat
dengan suara.
Serta cara-cara menguruskan suara, menimbang, pengolahan,
penyampaian, pelaksanaan dan sebagainya yang berkait dengan
permasalahan suara memberi erti termasuk dalam perkara-perkara penting yang
lain, sebagai kepada tambahan permasalahan yang sedia ada.
1.2 Dalil-dalil Suruhan Bertarannum
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda;
َما أَ ِذ َن اللهُ لِ َشي ٍء َما أ ِذ َن لِنَبِ ِّي َح َس َن ال َّصو ِت يَتَ َغنَّى بِالقُرءآ ِن يَ ْجهَ ْر بِ ِه
Sesuatu yang diizinkan Allah SWT ialah diizinkan kepada Nabi mempunyai suara
yang elok iaitu melagukan dengan al-Quran yakni menjaharkannya”.1
Hadis ini memberi petunjuk bahawa melagukan al-Quran telah diizinkan
Allah SWT kepada Nabi, bahawa kitab suci al-Quran mesti dan wajib diletakkan
dalam kedudukan yang paling tinggi dan mulia. Salah satu daripada ketinggian
dan kemuliaan itu adalah dengan melagukan bacaan al-Quran dengan suara yang
paling elok dan bagus. Itulah sebaik-sebaik fungsi dan peranan suara bagi orang-
orang yang mensyukuri dengan kurniaan suara dari Allah SWT.
Hadis ini juga menggambarkan bahawa yang dialunkan itu adalah al-
Quran. Justeru, jelaslah di sini bahawa al-Quran itu merupakan mukjizat agung.
Tidak disebut mukjizat sekiranya al-Quran itu tidak boleh dilagukan. Ia amat
berbeza sekali dengan kitab-kitab atau buku-buku bacaan yang lain yang sama
sekali tidak boleh dilagukan. Hal demikian kerana, kitab-kitab atau buku-buku
1 Bukhari, Jami’ al-Kabir, kitab Fadhail Al-Quran, Jilid 1, Hlm. 60 dan 61.
3
tersebut bukanlah suatu mukjizat tapi ia hanya sekadar boleh dibaca dengan suara
yang biasa dan bukan boleh dilagukan seperti mana al-Quran.
Di antara penggunaan suara yang biasa dengan suara yang berlagu amat
jauh perbezaannya. Perbezaan itu dapat dilihat melalui nada suara dan intonasi
suara yang disampaikan dan dipersembahkan. Sebagai contoh, bagaimana kita
dapat merasai apabila membaca al-Quran dengan berlagu dan bukan berlagu?
Sudah pastinya kita akan merasai bahawa melalui bacaan berlagu itu adalah lebih
menghayati dan menusuk ke dalam hati berbanding dengan tidak berlagu. Bacaan
berlagu memberikan lebih kecenderungan kepada minat membaca kepada
kalangan para qari dan minat mendengar kepada kalangan para pendengar
terhadap pembacaan al-Quran. Justeru itu, al-Quran adalah kitab suci yang sangat
mengagumkan, bukan hanya diukur dan dinilai pada zahirnya sahaja malah pada
batin juga, lebih-lebih lagi ia berkait rapat dengan kesenian dan keindahan.
1.3 Hukum Bertarannum Di sisi Mazhab Empat
Dalam menghurai permasalahan ini, ulama semenjak dahulu dan sekarang
berselisih pendapat mengenai hukumnya. Perselisihan itu bertitik tolak daripada
cara memahami nas-nas hadis berikut.
1. Imam Malik dan Imam Hanbali berpandangan dengan hukum makruh
berdasarkan dalil hadis berikut;
يفَ َكَجا َش َء َ َفم أََعنَال ٌقُس َّراَع ِءْنإلَوىْج أِهنَ ِه اسل ِبخ ْنرقَمةالوككافقنالعللهى، أ َرنفِي ِزَعيَاالد الَّصنَّوِمي ِتِر عبد الله بن أبي بكر أخبرنا
َو َكا َن، ُفَ َرفَ َع َصوتَه ، إقرأ:
ُ َو َكا َن إ َذا َرأى َشيئًا يُ ْن ِك ُره، َما هَ َذا ؟ َما هَ َك َذا َكانُوا يَ ْف َعلُو َن:َو ْج ِه ِه ِخ ْرقَةٌ َسو َداء فقال
.َكشف ال ِخ ْرقَة َعن َو ْج ِه ِه
Diriwayatkan bahawa Ziad An-Namiri bersama para qurra’ telah bertemu
dengan Anas bin Malik, maka dia berkata kepada Ziyad: “Bacalah”. Lalu
Ziyad mengangkat suaranya. Beliau merupakan orang yang tinggi suaranya.
Maka terlihat diwajah Anas rupa yang berkerut kehitaman. Maka Anas
berkata: “Apakah ini? Dan apakah begini yang mereka lakukan? Anas
apabila melihat sesuatu yang dia tidak menyukainya lantas kelihatan tanda
kemarahan diwajahnya.2
2 Al-Qurtubi, Jami’ Li Ahkamul Quran, Bab Cara-Cara Bertilawah, Juzuk 1, Hlm. 39.
4
Yahya bin Mua’yyan berkata, hadis ini adalah hadis ()ضعيف.
Manakala Abu ‘Abid al-Ajari juga berkata pada hal yang sama.
2. Imam Hanafi, Imam Syafie’ dan Abdullah al-Mubarak berpendapat dengan
hukum harus berdalilkan dengan hadis berikut;
َزيِّنُوا:من حديث البراء بن عازب أن رسول الله صلي الله عليه وسلم قال
.القُرآ َن بِأَ ْص َواتِ ُكم
Daripada al-Barra’ bin ‘Azib berkata, Nabi SAW bersabda: “Hiasilah al-
Quran itu dengan suara-suara kamu”.3
Abdul Rahman bin Qasim berkata, hadis ini memberi erti tahsin dan
tarannum dengan khusyuk dan hadirkan hati.4
1.4 Memahami Konsep al-Quran Sebagai Suatu Kesenian
Al-Quran adalah wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi SAW yang
bertujuan untuk menerangkan isi kandungannya dengan ajaran Islam kepada
seluruh manusia. Di antara banyak metode dakwah Nabi SAW di Mekah dan
Madinah adalah kitab suci al-Quran itu dibaca dengan seelok-elok suara oleh para
sahabat. Bacaan yang lunak dan merdu yang dibacakan itu tidak lain hanyalah
bertujuan untuk berdakwah supaya dapat menarik minat orang-orang musyrik
kepada agama Islam.
Sebagai contoh peristiwa Saidina Umar al-Khattab yang apabila
mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dibacakan oleh adiknya, Fatimah
bersama suaminya iaitu Said yang sedang belajar al-Quran dengan seorang
sahabat bernama Khabab bin al-Arth, lantas beliau menerima agama Islam yang
dibawa baginda, seterusnya mengembangkan pula agama tersebut kepada
seluruhnya. Penerimaan ini bukan hanya kerana kebenaran ajaran Islam yang
dibawa, namun yang sebenarnya adalah menzahirkan kesenian dan keindahan al-
Quran apabila ia dibacakan.
Kesenian dan keindahan yang ada pada kitab suci al-Quran itu adalah
satu mukjizat agung ke atas Nabi SAW yang tiada pada mana-mana kitab biasa.
Persoalan bagaimana al-Quran itu boleh dilagukan dan kitab-kitab biasa yang lain
3 Syarah Sahih Muslim, Jilid 6, Hlm. 79.
4 Abdul Rahman bin Qasim, Muqaddimah Usul al-Tafsir, Juzuk 1, Hlm. 14.
5
tidak? Jawapan ini tidak mampu untuk disimpulkan melalui fikiran dan akal
semata-mata, namun perlu menerimanya, seterusnya beriman dengan al-Quran
sebagai kitab suci yang maha agung di sisi Allah SWT.
Perbezaan kitab suci al-Quran dengan kitab-kitab biasa yang lain adalah
al-Quran terbukti dengan kewujudan elemen-elemen dan unsur-unsur kesenian
dan keindahan tatkala ia dibaca. Kesenian dan keindahan itu bukan sahaja boleh
dirasai oleh kalangan para qari yang membacanya, malah turut terkesan kepada
para pendengar yang mendengarkannya. Justeru dengan sifat kesenian dan
keindahan itu akan lahir perasaan cinta, kasih, insaf, takut, sedar dan berbagai lagi
bukti kecintaan kepada al-Quran sebagai kitab suci yang mulia lagi agung.
Seorang qari terkenal Mesir, Syeikh Fathi Hasan Maliji5 pernah
menyebut di dalam syarahan beliau tentang seni bacaan al-Quran dengan katanya
‘ ’وللقرأن موسيقاه الخاصةyang memberi maksud ‘al-Quran itu mempunyai seni atau
alunan yang khusus baginya’.6
Dengan ungkapan tersebut, jelaslah bahawa al-Quran mempunyai seni
alunan atau muzik atau bunyi yang tersendiri di mana ia tidak boleh bercampur
aduk dengan alunan-alunan dan bunyi-bunyi yang selain. Sebagai contohnya, al-
Quran menggunakan alunan atau irama lagu Nahawand, akan tetapi alunan itu
telah dicampur aduk dengan lagu-lagu dan bunyi-bunyian yang lain seperti masuk
unsur-unsur irama ala wat Thai7 yang sebenarnya adalah bukan daripada irama
Arab asli.
Alunan lagu-lagu al-Quran juga turut dipengaruhi dan terkesan dengan
irama-irama seperti nasyid, zikir, selawat yang berbentuk keagamaan. Dalam
aspek hiburan pula adalah seperti nyanyian, mak yong dan dikir barat, juga turut
mempengaruhi lagu-lagu al-Quran. Unsur-unsur tersebut adalah sangat tidak
bersesuaian dengan elemen seni lagu al-Quran yang dimaksudkan di atas. Bagi
para qari yang masih kurang berkemahiran, mereka cuba untuk memasukkan
unsur-unsur berikut ke dalam lagu-lagu al-Quran yang asli, akan menyebabkan
wujud percampuran antara satu dengan yang lain. Akibat daripada itu, maka akan
hilang keaslian lagu-lagu al-Quran.
5 Qari tersohor Mesir, anak murid yang kanan kepada Syeikh Mustafa Isma’il.
6 Syarahan kursus muzakarah Tarannum al-Quran di ILIM, Bangi peringkat kebangsaan pada 2007.
7 Wat Thai adalah tempat bersemadi patung-patung Budha. Alunan Wat Thai menyerupai dengan lagu
nahawand, tetapi tidak menunjukkan keaslian irama Arab.
6
Memang benar ungkapan dari segelintir pihak bahawa nama lagu-lagu
al-Quran itu berasal dari Parsi dan Hindi. Namun begitu, penting untuk difahami
ialah walaupun lagu-lagu al-Quran itu berasal dari negara tersebut, namun ia telah
digubah serta diubahsuai mengikut alunan dan bunyian kepada ala zouk arab8. Ia
bermaksud qari-qari dari tanah Arab mengalunkan lagu-lagu tersebut dengan jiwa
dan perasaan serta penghayatan kepada ala kearaban iaitu mempunyai unsur-
unsur dan elemen-elemen lagu dan suara dari negara padang pasir yang terkenal
dengan cabaran, berdebu, kering dan berpanas.
Umum telah mengetahui bahawa asal-usul lagu-lagu al-Quran telah
bermula semenjak turunnya wahyu di zaman Nabi SAW. Ketika itu lagu-lagu al-
Quran masih belum diberi nama sebagaimana nama-nama yang didapati sekarang
ini seperti Bayyati, Soba, Hijaz atau Hujaz, Rast, Sikah dan Jiharkah. Apa yang
perlu dinyatakan di sini adalah lagu-lagu al-Quran itu sebenarnya telah pun wujud
tanpa nama-namanya. Kemudian selepas itu barulah nama-nama tersebut
diletakkan. Perletakkan nama-nama lagu al-Quran itu dikatakan berlaku di zaman
kerajaan Abasiyyah seiring dengan perkembangan seni-seni lagu yang lain seperti
seni qasidah, ibtihal, nasyid dan lain-lain yang termasuk dalam seni muzik timur
dan barat. Kewujudan tersebut dapat diketahui serta difahami dengan cara yang
amat mudah iaitu hanya melalui pendengaran sahaja. Jika dahulu, kebolehan
untuk mengenal lagu-lagu tersebut adalah melalui tiga fenomena alam iaitu
desiran angin, air dan pokok.
Di zaman ini pula, untuk mengenal tujuh lagu al-Quran yang asas itu
ialah melalui sifat-sifat dan ciri-ciri yang ada pada lagu itu sendiri seperti sifat
reda, pasrah dan kemenangan bagi lagu Jiharkah, sifat sedih dan menangis bagi
lagu Soba, sifat gembira dan suka bagi lagu Nahawand, sifat meminta dan
berharap bagi lagu Sikah, sifat dukacita dan kecewa bagi lagu Hijaz dan sifat
semangat dan kekuatan bagi lagu Rast dan sifat bersahaja, bersantai, tenang dan
aman bagi Bayyati.
Kaedah atau teknik yang dinyatakan di atas adalah bertujuan untuk
mengenal pasti sifat-sifat dan ciri-ciri lagu-lagu al-Quran. Selain daripada itu,
terdapat banyak lagi cara atau kaedah untuk mengenal pasti gambaran lagu-lagu
ini. Antaranya melalui hafalan beberapa bait syair yang mengandungi nama-nama
lagu, dan dalam masa yang sama boleh imaginasi rupa dan bentuk lagu tersebut.
8 Zouk Arab bermaksud perasaan dan naluri ala kearaban, dan bukannya ala ke’ajaman seperti Hindi,
Parsi, Melayu dan lain-lainnya.
7
Menurut Syeikh Ahmad Ruzaiqi, salah seorang qari besar di Mesir,
beliau berpandangan bahawa penurunan al-Quran adalah seiring dengan ‘ نوتته
’الموسيقيةiaitu didapati wujud unsur-unsur muzik (lagu) al-Quran. Ia memberi
maksud bahawa lafaz-lafaz, kalimah-kalimah dan ayat-ayat al-Quran telah pun
mempunyai ciri-ciri dan elemen-elemen muzik atau kesenian secara tidak
langsung. Justeru itu, beliau sangat merasai dengan keasyikan dan rindu serta
mengambil berat dengan perkara itu.9
Manakala seorang pensyarah di Universiti Malik Abdul Aziz Saudi, Dr.
al-‘Isawi Muhammad Naja dalam sebuah kajian penulisan tesis PHD beliau telah
menyentuh topik berkenaan permasalahan‘ ’التصوير النغمي في القرءانyang
bermaksud ‘gambaran seni dalam al-Quran’, di mana dalam kajian tersebut beliau
telah mengambil Syeikh Abdul Aziz Hason sebagai tajuk permasalahan kajian
dan perbahasan tentang bacaan al-Quran dengan lagu-lagu.10
Seorang anak kecil apabila menangis, lantas si ibu mendodoikan
anaknya seraya menyebut dengan lafaz ‘ ’لا اله الا اللهdengan alunan suara yang
indah dan merdu, lalu si anak berhenti menangis. Demikian itu disebabkan oleh
irama suara yang dialunkan telah memberi kesan yang baik kepada anak.11
Ini memberi pengertian dan kefahaman bahawa seni merupakan fitrah
dan naluri semula jadi manusia yang diciptakan Allah SWT yang mempunyai
minat dan kecenderungan terhadap sesuatu yang bersifat kesenian, terutamanya
dalam konteks kesenian yang mempunyai perkaitan rapat dengan ayat-ayat al-
Quran. Ini kerana kitab suci ini merupakan mukjizat yang paling agung yang
sehingga kini tidak dicabar dan diubah oleh kalangan sesiapa pun walaupun
usianya telah menjangkau 1400 tahun.
Justeru, kita suci al-Quran itu berbeza dengan kitab-kitab biasa yang lain
dan ia masih tetap utuh dan kekal mukjizatnya sampai sekarang terutama dalam
konteks kesenian tilawah. Oleh itu, al-Quran itu mestilah dibacakan dengan
alunan dan suara yang sebaik-baiknya. Sebaliknya jika tidak berupaya, para
pembaca harus mempelajarinya setiap masa agar ia benar-benar mahir, seterusnya
mampu berbuat demikian sesuai dengan saranan Nabi SAW supaya membaca al-
Quran dengan sebaik-baik suara. Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca sama
seperti bahan bacaan biasa atau percakapan manusia seharian atau seperti lontaran
9 Syukri al-Qadhi, ‘Abaqirah al-Tilawah Fil Qarni ‘Isyrin, kitab Jumhuriah Misriah, Hlm. 186.
10 Syukri al-Qadhi, ‘Abaqirah al-Tilawah Fil Qarni Isyrin, kitab Jumhuriah Misriah, Hlm. 157.
11 Syeikh Darwish Muhammad, Sofaul Aukot Fil Ilmi Nagham, terbitan Maktabah Taufik Mesir, Hlm.
6.
8
syair, namun lebih daripada itu meletakkannya di tempat yang paling atas dan
mulia di sisi Allah S.W.T.
1.5 Falsafah Pembelajaran Tarannum
Dalam bab ini akan membincangkan tentang falsafah pembelajaran tarannum
yang merangkumi tujuan, matlamat dan objektif yang terhasil daripada
pembelajaran tersebut.
1.5.1 Mengangkat Martabat Al-Quran
Orang-orang yang mempelajari al-Quran adalah sebaik-sebaik manusia. Hal ini
dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Saidina
Uthman RA, bahawa Nabi SAW bersabda;
عن أبي عبد الرحمن السلمي عن عثمان رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم
. ُ َخي ُر ُكم َمن تَ َعل َم القُرآ َن َو َعل َمه: قال
Sebaik-sebaik kamu ialah orang-orang yang belajar al-Quran dan
mengajarkannya12
Imam Abdul Rahman al-Sulami, salah seorang kalangan tabi’in, tatkala
beliau mendengar hadis tersebut, maka beliau duduk di masjid Kuffah selama 40
tahun untuk mengajar al-Quran kepada orang ramai.13
Ibnu Khathir berkata, tujuan daripada sabda Nabi SAW tentang hadis
tersebut ialah ianya merupakan sifat-sifat orang-orang mukmin yang mengikuti
para Rasul iaitu mereka menyempurnakan untuk diri mereka dan
menyempurnakan juga untuk orang lain.14
Hadis yang lain yang turut mengaitkan orang yang belajar al-Quran akan
sentiasa diberikan rahmat oleh Allah SWT dan dipayungi oleh Malaikat. Hadis
yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW
bersabda;
12 Sahih Bukhari, Juzuk 4, Hlm. 1919.
13 Al-Takrif bil Quran, Mujammak Raja Fahad, Saudi, Juzuk 1, Hlm. 1.
14 Al-Hafiz Ibn Khathir, Fadhail Quran, Hlm. 126/127.
9
وما اجتَ َم َع قَو ٌم في :وسلم قال رسول الله صلى الله عليه:وأخرج مسلم عن أبي هريرة قال
ال َّس ِكينَةُ َو َغ ِشيَتهُ ُم َعلي ِه ُم بَي ٍت ِمن بُيُو ِت اللهِ يَتلُو َن ِكتَا َب اللهِ َويَتَ َدا َر ُسونَهُ َبينَهُم إلا نَ َزلَت
. ُالرح َمةُ و َحفتهُ ُم الملائكةُ وذ َك َرهُ ُم اللهُ فِي َمن ِعن َدهُ ومن أَ ْبطَأَ به َع َملُهُ لم يُ ْس ِر ْع به نَ َسبُه
Tidaklah satu-satu kaum berkumpul di rumah-rumah Allah SWT dengan
membacakan ayat-ayat al-Quran serta mempelajarinya di antara sesama mereka
melainkan diturunkan ketenangan ke atas mereka, mereka dilimpahi dengan
rahmat, dipayungi oleh para Malaikat dan Allah sentiasa mengingati mereka
yang selalu berada disampingnya. Dan barang siapa yang amalnya lambat, tidak
akan disegerakan nasabnya15
Imam Nawawi berkata, sunat bagi orang-orang yang berkumpul untuk
membaca al-Quran seperti mana berlaku sekarang di dalam halaqah-halaqah
tahfiz al-Quran di masjid-masjid. Sesungguhnya perbuatan ini iaitu berkumpul
dan mempelajari al-Quran serta mengajarkannya pula adalah disuruh oleh Nabi
SAW.16
Hadis ini menyatakan dengan jelas tentang kepentingan membaca dan
mempelajari al-Quran. Apabila seseorang mengamalkan apa yang di perintahkan
Nabi SAW, maka dia akan dimuliakan di dunia dan di akhirat. Al-Quran akan
sentiasa menjaga dan memelihara dari sebarang perkara yang buruk dan dibenci
oleh Allah SWT serta meningkatkan darjat seseorang dengan asbab al-Quran.
Dengan al-Quran, seseorang juga akan diberikan rezeki yang luas yang tidak
diketahui punca daripada mana rezeki itu datang. Maka terbukti dengan membaca
al-Quran dan mempelajari serta mengajarkannya kepada manusia, ilmunya tidak
sedikit pun akan berkurangan malah akan sentiasa bertambah dari semasa ke
semasa.
1.5.2 Meningkatkan Syiar Islam
Al-Quran meningkatkan agama Islam dari segi pengamalan dan penghayatan.
Dengan mengamalkan budaya membaca al-Quran sebagai satu amalan rutin, akan
memberikan seseorang kekuatan rohani dan jasmani kepada tubuh badan. Apabila
badan menjadi kuat, maka hati akan menjadi cekal dan otak akan menjadi rasional
terhadap sebarang tindakan dan keputusan dalam hidup.
15 Imam Ahmad, Musnad Ahmad, Jilid 2, Hlm. 107.
16 Ibnu ‘Uthaimin, Syarh Riyadhu Solihin, bab sunat berkumpul untuk tilawah al-Quran, Juzuk 1,
Hlm. 1173.
10
Tubuh badan dan minda yang sihat akan menggerakkan agenda Islam
dalam aspek penghayatan ajaran Islam dengan lebih baik dan berkesan dengan
perbuatan dan amalan membaca al-Quran. Justeru, Islam akan menjadi lebih hebat
dan kuat di mana orang-orang yang mengikuti ajaran Islam dengan sepenuh hati
akan mampu berhadapan dengan ujian hidup di dunia terhadap apa jua perkara
dan rintangan yang datang.
Orang-orang yang membaca al-Quran diumpamakan sebagai ‘utrujjah’.
Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Abu Musa al-Asya’ri berkata,
Nabi SAW bersabda;
« : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:وعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال
ذ َكَوي َمَميثََثَ ْق ِلُلَرأاُاللا َلحمقُنؤر ِظَمآلَ َِِةنن،ِذ ََووي َم ََطلثَ ْاع ُلُيمَ ْقاهَلاَرمأُنَاا َطلفِيقُ ِقٌْربآالَن،رلهَجَوا ِةَمثََو ُِرل َطياْعُلح ُممهَنَاهَاافِ َطُِحقيْلاٌولٌب،ُ ْمعثَلُمالهَااِرليُمأُ َْتحر،مآ َوََرن ِة َط.ْللقُذَوِْرريآيطَ َُْحنعيَهَقُمامَهَرثاأطَلاُيملاقُلرٌتَّبر،،لاَ ََممليثثََِذ َُُللسياالللَلهَامراييَؤ ْقَِِحرماْيَرِنَنأٌُحِةاا
Perumpamaan orang-orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah
‘utrujjah’ (sejenis buah yang paling bagus di sisi orang arab), baunya harum dan
rasanya baik. Perumpamaan orang-orang yang tidak membaca al-Quran seperti
buah tamar, padanya tidak berbau dan rasanya manis. Manakala perumpamaan
orang munafik yang membaca al-Quran seperti buah ‘raihanah’, baunya baik
dan rasanya pahit. Perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran
seperti ‘hanzalah’, padanya ada bauan dan rasanya pahit17
Islam akan bangkit dan berdiri tegak sekiranya orang-orang Islam
menjadikan al-Quran sebagai bahan bacaan yang tidak pernah padam dan terputus
daripada rutin hidup seharian. Apabila orang-orang Islam mula menyedari tentang
kepentingan membaca al-Quran, maka mereka akan bersungguh-sungguh,
malahan berlumba-lumba untuk mendekatkan diri kepada al-Quran.
Perumpamaan di atas menjelaskan kepada kita tentang perbandingan
antara orang-orang mukmin yang membaca al-Quran dengan yang tidak membaca
al-Quran, dan orang-orang munafik yang membaca al-Quran dengan orang yang
tidak membaca al-Quran adalah amat besar perbezaannya dalam ajaran agama
Islam. Ini kerana perihal banyak membaca al-Quran dan sedikit yang membaca
17 Sahih Bukhari, bab Fadha’il Quran, Jilid 6, Hlm. 130.
11
al-Quran akan menggambarkan sejauh manakah ajaran Islam itu terlaksana
kepada penganut-penganutnya.
Sekiranya penganutnya mengikuti ajaran agamanya, maka Islam akan
dilihat dengan bentuk kesempurnaan. Maka sudah tentulah Islam menginginkan
agar kesempurnaan itu mampu dicapai dengan sebanyak mungkin. Oleh hal yang
demikian, lebih ramai orang yang membaca al-Quran, maka lagi kuat Islam akan
tertegak dan berdiri. Tiada perkara yang lebih besar dan mustahil melainkan
seseorang itu meletakkan al-Quran di tempat yang paling tinggi darjat dan
kemuliaan.
1.5.3 Membudayakan Amalan Membaca Al-Quran
Falsafah tarannum juga adalah menerapkan budaya amalan membaca al-Quran di
kalangan individu Muslim. Bagi mereka yang belajar al-Quran khususnya dalam
bidang tarannum, mereka akan merasai lebih seronokkan untuk membaca al-
Quran kerana faktor tahu tentang lagu-lagu. Ini kerana lagu-lagu al-Quran amat
memberi peranan penting bagi menanam minat kepada membaca al-Quran.
Apabila seseorang Muslim ingin membaca al-Quran, persoalan pertama yang
bermain di fikirannya ialah adakah suara mereka mampu untuk bertahan dengan
lebih lama ketika sedang membaca al-Quran?
Namun persoalan yang lebih utama dalam konteks falsafah pembelajaran
tarannum ini ialah bagaimana budaya membaca al-Quran itu perlu disematkan ke
dalam diri setiap individu Muslim? Jawapannya adalah dengan mempelajari dan
meneroka disiplin ilmu seni lagu al-Quran. Ini kerana ilmu tersebut akan
menghuraikan dan menjelaskan dengan lebih mendalam terutama tentang
pengkaedahan lagu dan teknik suara dalam bacaan al-Quran. Hal ini akan
menimbulkan minat dan dorongan kepada belajar al-Quran itu sendiri. Selain itu,
tujuan daripada mempelajari ilmu ini juga adalah supaya suara para qari akan
menjadi lebih ringan apabila menyebut dengan huruf-huruf dan kalimah-kalimah
al-Quran.
Sebelum ini banyak pendapat dan pandangan daripada para qari yang
menyebut bahawa, setelah mempelajari ilmu tarannum suara akan menjadi lebih
ringan ketika menyebut dengan kalimah-kalimah dan ayat-ayat al-Quran. Hal ini
mendorong pembaca menjadi lebih minat kepada al-Quran dan keinginan untuk
membaca al-Quran adalah menjadi lebih kuat dan bertambah. Kadang-kala
apabila seharian tidak membaca al-Quran, hati mudah gelisah dan gundah gulana.
Perasaan tersebut timbul kerana amat mengingati dan cinta kepada al-Quran.
12
Ternyata ilmu Tarannum amat terkesan kepada budaya amalan membaca al-
Quran.
Hari ini, kita melihat generasi muda amat meminati al-Quran. Di dalam
program-program al-Quran yang dianjurkan oleh pelbagai pihak, didapati ramai
anak muda mula berjinak-jinak dan mendekati al-Quran dengan menyertai dan
mengikuti pelbagai program. Anak-anak di usia 6-7 tahun sudah mengenali apa
itu tarannum al-Quran? Sudah pasti program-program sebegini sedikit sebanyak
memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk mengasuh bakat seterusnya
bergelar johan dalam tilawah al-Quran suatu hari kelak. Dengan adanya program
sebegini, secara tidak langsung telah ada usaha ke arah membudayakan membaca
al-Quran seperti yang dihebahkan. Perkara ini menjadi kewajipan semua pihak
untuk berganding bahu bagi memartabatkan al-Quran dan meletakkannya di
tempat yang sewajarnya.
1.5.4 Menerapkan Nilai dan Akhlak Al-Quran
Nabi SAW memiliki akhlak dengan akhlak al-Quran. Ini dijelaskan dalam firman
Allah SWT berfirman di dalam al-Quran yang berbunyi;
Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.18
Saidatina ‘Aisyah RA apabila ditanya tentang akhlak Nabi SAW, beliau
menjawab dengan katanya: “akhlak Nabi SAW adalah akhlak al-Quran”. Ini
dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada ‘Aisyah
RA berkata;
كان خلقه: عن الحسن قال سألت عائشة عن خلق رسول الله صلى الله عليه و سلم فقالت
.القرآن
Akhlak Nabi SAW adalah al-Quran.19
Kedua-dua nas di atas menjelaskan tentang akhlak Nabi SAW yang
diakui oleh al-Quran dan Hadis. Apa sahaja isi kandungan yang didapati dalam
al-Quran yang berupa perkara-perkara baik dan terpuji, maka ianya adalah sifat-
18 Surah al-Qalam, Ayat 4.
19 Sahih Muslim, Jilid 1/153.
13
sifat yang ada pada Rasulullah SAW. Sifat-sifat yang baik seperti amanah, jujur,
ikhlas, sopan dan sebagainya telah ditunjukkan oleh Nabi SAW melalui perbuatan
dan perilakunya semasa hidup. Justeru, al-Quran adalah umpama Muhammad dan
Muhammad itu adalah al-Quran. Kedua-dua saling lengkap melengkapi antara
satu sama lain.
Oleh demikian, tidak ada perbuatan atau amalan yang lebih baik
melainkan seseorang itu terus membaca al-Quran dan mengikuti amalan dan
keperibadian Nabi SAW. Perbuatan membaca al-Quran akan dapat menyemai
akhlak dan nilai yang baik kepada seseorang. Lebih-lebih lagi apabila mereka
bersusah payah untuk belajar al-Quran dengan tidak mengira waktu siang
mahupun malam. Hari ini budaya belajar al-Quran dengan bertarannum bukan
sahaja berlaku pada sebelah malam saja, tapi sampai melewati pada waktu pagi
subuh. Itulah gambaran sebenar tempoh pembelajaran tarannum khususnya yang
berlaku di Malaysia, dan tidak terkecuali di negara-negara lain seperti Thailand,
Brunei, Indonesia, Singapura dan lain-lain lagi.
1.5.5 Mendekatkan Diri Dengan Al-Quran
Dengan membaca al-Quran, seseorang akan berusaha untuk mendekatkan diri
kepada Allah SWT. Antara pembuktian seseorang mendekatkan diri kepada Allah
SWT melalui pembacaan al-Quran dalam keadaan yang khusyuk, memahami
makna dan tadabur ayat-ayatnya. Hal demikian sememangnya sangat dituntut di
dalam ajaran Islam, bukan sahaja kepada para pembaca yang membaca, malah
kepada para pendengar juga. Di samping itu, perlu juga bagi setiap orang untuk
mencari keutamaan-keutamaan dan ganjaran-ganjaran yang lain lagi. Orang-
orang yang membaca al-Quran disifatkan sebagai orang yang mencari keuntungan
dalam perniagaan di mana perniagaan itu tidak akan rugi selama-selamanya.
Firman Allah SWT taala;
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan
solat serta menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang kami anugerahkan
kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu
mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi.20
20 Surah al-Fatir, Juzuk 22, Ayat ke 29.
14
Ibnu A’syur telah mentafsirkan ayat ini dengan maksud orang-orang
mukmin yang beriman dengan al-Quran kerana mereka telah pun dikenali dan
dimasyhurkan dengan demikian, iaitu golongan para ulama’.21
Orang yang beramal dengan al-Quran, di hari akhirat kelak mereka akan
memperoleh syafaat di sisi Allah SWT di atas segala kesusahan yang dialami
semasa hidup di dunia dengan kepenatan dan keletihan demi untuk menjaga al-
Quran terutama menghafaz ayat-ayat dan mengulangi hafalan. Nabi SAW
bersabda dalam sebuah hadis;
ثنا معاوية بن سلام بن أبي سلام الحبشي عن أخيه زيد بن سلام أنه سمع أبا سلام أنه سمع
ُفَإِنَّه القُ ْرآ َن ا ْق َر ُؤا
يَو َم يَ ِجي ُء : سلم و عليه الله صلى الله رسول قال: أبا أمامة الباهلي يقول
. القِيَا َم ِة َشفِي ًعا ِلأَ ْص َحابِ ِه
Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat kelak dengan
syafaat kepada orang-orangnya.22
Hadis di atas memberi kefahaman bahawa orang-orang yang membaca
al-Quran akan diberikan syafaat pada hari akhirat kelak. Bagi mereka yang
mempelajari ilmu Tarannum, mereka mempunyai ahli dan berada dalam
kumpulan mereka sendiri. Jika diperhati, kumpulan yang belajar ilmu seni lagu
al-Quran ini mempunyai tempat belajar mereka yang pada kebiasaannya
disasarkan di masjid-masjid. Halaqah-halaqah atau kelas-kelas pengajian
tarannum diadakan pada waktu malam selepas solat ‘Isya’ dan dihadiri dalam
kalangan peminat-peminat dan pencinta-pencinta yang tersendiri serta berlatarkan
pelbagai bidang kerja dan kepakaran. Pengajaran dan pembelajaran tarannum
berlangsung secara berterusan yang dipimpin oleh seorang guru yang
berpengalaman dan mahir dalam bidang tersebut.
1.5.6 Menjadikan al-Quran Sebagai Teman Hidup
Orang-orang yang menjadikan al-Quran sebagai teman hidup bukan sekadar
hanya menjadikan mashaf al-Quran berada dalam poket atau beg, malah
keutamaan perlu diberikan iaitu al-Quran itu mesti dibaca, difahami, tadabur dan
beramal dengan isi kandungan al-Quran. Adapun perihal amalan membaca al-
Quran dengan berlagu, haruslah memberi tumpuan dan keutamaan terhadap
21 Tafsir Ibnu A’asyur, kitab Tahrir Wa Tanwir, Juzuk 11, Hlm. 478.
22 Baihaqi, Syukbatul Imam, bab Tilawatul Quran, Juzuk 2, Hlm. 341.
15
kehendak makna ayat daripada lagu. Ini kerana, lagu dan suara adalah sebagai alat
bagi menyampaikan ayat-ayat tersebut. Ia menggambarkan bagaimana ayat-ayat
al-Quran diterjemahkan.
Justeru itu, sewajarnya bagi seseorang qari itu hendaklah berusaha
mencapai bacaan al-Quran seiring dengan kehendak makna ayat. Tetapi sekiranya
dia tidak mampu, maka dia tetap akan peroleh pahala yang dijanjikan Allah SWT.
Sebagai orang bukan Arab, memang kita tidak berkemampuan untuk
menyamakan dengan mereka dalam apa jua keadaan sekalipun, lebih-lebih lagi
dalam aspek membaca al-Quran dengan memahami makna ayat. Tetapi hal ini
tidak mustahil jika bersungguh-sungguh untuk mendalami perkara-perkara yang
berkaitan dengan ilmu al-Quran khususnya bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran.
Mempelajari bahasa Arab juga salah satu daripada perkara penting dalam
memahami makna al-Quran. Bagaimana seseorang boleh membaca al-Quran
khususnya bacaan berlagu sekiranya tidak dapat mengusai bahasa Arab dengan
baik? Akhirnya bacaan al-Quran itu akan terdorong kepada unsur-unsur lagu
semata-mata tanpa mengambil kira makna ayat yang dikehendaki. Lagu tersebut
akan menjadi lagu yang menguasai al-Quran dan bukan lagu yang mengikut
kehendak makna al-Quran. Oleh demikian, setiap qari hendaklah berusaha
mempelajari bacaan al-Quran yang sebaik-baiknya yang mengira kehendak
maksud ayat. Bertarannum akan menjadikan al-Quran sebagai teman dan kawan.
1.5.7 Menghidupkan Suasana Pembelajaran Al-Quran
Halaqat-halaqat tarannum yang diadakan di masjid-masjid seperti yang didapati
sekarang ini adalah bertujuan untuk menghidupkan dan menyuburkan
pembelajaran al-Quran. Kepercayaan dan keyakinan terhadap amalan membaca
al-Quran akan memperoleh ganjaran pahala di sisi Allah SWT adalah sebagai satu
tanda bahawa ibadah itu yang diterima. Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Tirmizi daripada Ibnu Masu’ud telah berkata;
َولَ ِكن َح ْر ٌف ألم أَقُو ُل َلا أَ ْمثَالِهَا بِ َع ْش ِر َُوال َح َسنَة ٌَح َسنَة ُاللهِ تعالى فَلَه أَ َملِ ْن ٌفقَ ََرحأَ ْر َح ٌفْرفً َاو َل ِام ٌمْن َحِكتَْرا ٌ ِبف
.َو ِم ْي ٌم َح ْر ٌف
Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (al-Quran), maka bagi
dia akan memperoleh kebaikan, dan kebaikan itu adalah sepuluh ganjaran
16
pahala. Aku tidak kata alif lam mim huruf, akan tetapi alif itu huruf, lam itu huruf
dan mim itu huruf.23
Hadis berikutnya pula menggambarkan orang-orang yang mahir dengan
al-Quran, maka dia akan duduk bersama-sama para malaikat, manakala orang
yang membaca al-Quran dalam keadaan tersekat-sekat, dia akan memperoleh dua
ganjaran pahala dengan sebab kesusahan dan sebab membaca ayat-ayat Allah.
Sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh A’isyah RA;
: قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:روته أم المؤمنين عائشة ضي الله عنها قالت
َوال ِذي يَ ْق َرأُ القُ ْرآ َن ويَتَتَ ْعتَ ُع فِي ِه َوهُ َو َعلَي ِه َشا ٌق،لُق ْرآ ِن َم َع ال َّسفَر ِة ال ِك َرا ِم البَ َر َر ِة.لَ"هاُلأَماْج ِهَراُر ِنبِا
Orang yang mahir dengan al-Quran, dia bersama-sama dengan para Malaikat,
orang yang membaca al-Quran dengan keadaan tersekat-sekat, dia akan
memperoleh dua pahala disebabkan kesusahannya.24
Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang-orang yang membaca ayat-
ayat Allah adalah orang-orang yang mengharapkan sebuah perniagaan yang tidak
akan rugi selama-selamanya. Firman Allah SWT;
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan
solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami anugerahkan kepada
mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan
perniagaan yang tidak akan rugi.
Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah
kepada mereka dari kurniaannya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
Maha Mensyukuri.25
Oleh hal demikian, dengan asbab membaca al-Quran akan peroleh
pahala yang sangat besar di sisi Allah SWT. Justeru, hendaklah bagi seseorang
23 Tarmizi dalam sunannya, Jilid 10, Hlm. 153.
24 Sahih Muslim, bab Solat Orang-orang Musafir, Jilid 1, Hlm. 549.
25 Surah al-Fathir, Juzuk 22, Ayat 29 dan 30.
17
Muslim melipat gandakan usaha membaca al-Quran walaupun di mana dia
berada. Jangan sesekali takut dan segan untuk mengamalkan membaca al-Quran
seperti di pejabat, atas kenderaan mahupun di jalan raya. Ini kerana amalan
membaca al-Quran bukan sahaja terhad dan terbatas di kelas-kelas atau di rumah-
rumah sahaja, namun ianya boleh dilakukan di mana saja asalkan masih lagi
dalam keadaan berwuduk dan menjauhi dari tempat kotor yang boleh
mencemarkan kesucian al-Quran.
Seseorang itu juga jangan merasakan dirinya terhina atau malu untuk
belajar al-Quran terutama golongan yang sudah berusia, berjawatan, berpangkat
dan berharta. Kebiasaannya golongan itu sering kali untuk mengelak dan
menjauhi dari tempat-tempat orang-orang yang belajar al-Quran. Tidak dapat di
pasti dan diketahui apakah punca sebenar terjadi demikian? Namun itu hakikat
sebenarnya apa yang telah berlaku dalam masyarakat hari ini.
Sebagai seorang Muslim, maka hendaklah mengetahui betapa besarnya
pahala orang-orang yang mempelajari al-Quran. Dalam sebuah hadis ada
disebutkan orang yang belajar al-Quran ini adalah golongan ahlul Quran adalah
ahlul Allah. Justeru, bagaimana cara untuk mencapai dan mendapatkan darjat
yang tertinggi itu jika tidak pernah membaca al-Quran serta sering kali menjauhi
dari tempat-tempat pembelajaran al-Quran? Ternyata amat rugi jika tidak pandai
merebut peluang yang sudah terbuka luas sekali pun sudah lengkap dengan
kebendaan dunia yang lain yang sentiasa mengaburi mata.
1.6 Faedah Ilmu Tarannum
Topik ini akan menghuraikan tentang faedah ilmu tarannum kepada para qari
khususnya dan masyarakat amnya. Berikut adalah faedah-faedahnya iaitu;
1. Membantu kepada bacaan yang sahih dari segi sebutan huruf-huruf.
2. Mempunyai banyak pilihan lagu untuk sesuatu bacaan.
3. Menambahkan kekuatan pada suara apabila membaca.
4. Meringankan pergerakan suara.
5. Memberikan nafas yang panjang.
6. Mampu mengawal pergerakan suara atau timbangan suara.
7. Dapat mengangkat dan merendahkan suara.
8. Mempelbagaikan alunan lagu dalam setiap bacaan.
18
1.7 Kesan Pembacaan al-Quran Tarannum atau Berlagu
Kitab suci yang dilagukan dan dialunkan itu merupakan sebuah kitab suci al-
Quran yang diturunkan ke atas Nabi SAW iaitu nabi yang terakhir. Penurunan
kitab suci al-Quran adalah bertujuan memberi petunjuk hidayah dan panduan
hidup kepada manusia daripada kegelapan dan kesesatan dan akan kembali
kepada cahaya iman dan Islam. Firman Allah SWT;
Alif, Laam, Raa. Inilah kitab yang kami turunkan kepada kamu supaya kamu
mengeluarkan manusia dari gelap-gelita kepada cahaya terang-benderang
dengan izin Tuhan mereka, iaitu menuju jalan Tuhan yang Maha Perkasa lagi
Maha Terpuji.26
Antara mukjizat yang ada pada kitab suci al-Quran ialah sebuah kitab
yang boleh dibaca dan dialunkan secara berlagu. Ini berbeza sama sekali dengan
kitab-kitab yang lain di mana ia tidak boleh dilakukan sedemikian. Ini kerana al-
Quran adalah sebuah kitab yang mempunyai i’jaz al-Quran dalam rupa bentuk
seni dan alunan. Al-Quran pernah dicabar oleh para penyair yang hebat di zaman
Nabi SAW. Apabila al-Quran meminta supaya didatangkan dengan satu surah
seumpamanya, maka mereka tidak mampu melaksanakannya. Maka jelas di sini
bahawa tidak ada sesiapa pun di kalangan manusia pun yang boleh menandingi
mukjizat keagungan al-Quran. Mereka hanya mampu untuk berkata-kata, namun
tidak mampu untuk melakukan sesuatu terhadap perkara yang mereka dakwakan.
Dalam sebuah hadis telah menceritakan bagaimana Nabi SAW bersama
‘Aisyah yang pada suatu malam keluar untuk mendengar bacaan sahabat baginda,
Abu Musa al-‘Asy’ari di mana baginda amat terpegun dengan bacaan tersebut.
Hadis daripada Abu Musa al-‘Asy’ari RA bahawa Nabi SAW bersabda;
قِ َرا َءتَ َك لَ ْو َرأَ ْيتَنِي َوأَنَا أَ ْس َم ُع: سلم عليه و رسول الله صلى الله موسى قال قال لي عن أبي
. َعلِ ْم ُت لَ َحب ْرتُهُ لَ َك تَ ْحبِي ًرا فَقَا َل لَ ْو ِمن َم َزا ِمي َر آ ِل َدا ُو َد لَقَ ْد أُوتِ ْي َت ِم ْز َما ًرا َالبَا ِر َحة
26 Surah Ibrahim, Juzuk 13, Ayat 1.
19
Kalau kamu melihatku bahawa aku mendengar bacaan kamu semalam,
sesungguhnya kamu dikurniakan dengan mizmar dari mizmar-mizmar27 keluarga
Nabi Allah Daud AS. Berkata Abu Musa, sekiranya aku tahu, nescaya aku akan
perbuat lebih bagus lagi bacaanku kepada kamu.28
Ibn Uthaimin berkata, yang dimaksudkan dengan mizmar ialah Nabi
Allah Daud AS memiliki suara yang amat merdu sehingga gunung-ganang
bersama-sama baginda untuk membaca kitab Zabur, dan burung-burung juga turut
serta untuk berhimpun di langit ketika mendengar bacaan baginda sambil mereka
bertasbih29. Allah SWT telah merakamkan peristiwa tersebut dalam firmannya;
Dan sesungguhnya telah kami berikan kepada Daud kurniaan dari kami. (Kami
berfirman), ‘Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-
ulang bersama Daud’, dan kami telah melunakkan besi untuknya.30
Menurut Ibnu Abbas, bahawa Nabi Allah Daud AS telah membaca kitab
Zabur dengan tujuh puluh lagu serta baginda mengalunkannya. Apabila baginda
menangis ketika membaca, maka tidak tertinggal mana-mana haiwan yang ada di
daratan dan lautan melainkan mereka semua dalam keadaan diam dan turut
menangis apabila mendengar bacaan baginda.31
Menurut al-Hafiz Ibn ‘Asakir, apabila Nabi Allah Daud AS memulakan
bacaan kitab Zabur, seolah-olah baginda meniupkan mizmar, baginda dikurniakan
dengan tujuh puluh lagu di dalam halkumnya.32
Dalam al-Quran telah menggambarkan satu peristiwa tentang
serombongan kalangan Jin mendengar bacaan Nabi SAW pada waktu fajar. Allah
SWT berfirman;
27 Mizmar adalah suara yang sangat merdu dan lunak seperti seruling.
28 Sahih Muslim, Jilid 2, hal. 192.
29 Ibn ‘Usmaini, al-Syarh Riyadh al-Solihin, bab sunat memperelokkan suara dengan bacaan al-Quran,
Juzuk 1, Hal. 1154.
30 Surah Saba’, Juzuk 22, Ayat 10.
31 Ibn Hajar, Fathul Bari, Juzuk 9, Hlm. 71.
32 Al-Sobuni,kitab Mukhtassor Ibn Kathir, Juzuk 6, Hlm. 310.
20
Dan (ingatlah) ketika kami hadapkan serombongan Jin kepadamu yang
mendengarkan al-Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaannya, lalu
mereka berkata, "Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)". Ketika pembacaan
telah selesai, mereka kembali kepada kaumnya untuk memberi peringatan.33
Dalam kitab tafsir al-Muqatil telah menyebut bahawa sembilan makhluk
Jin dari penduduk negeri Yaman mendengar bacaan Nabi SAW di waktu fajar.
Mereka saling berkata sesama mereka supaya berdiam tatkala mendengar bacaan
baginda. Mereka hampir bersikap keterlaluan dengan melakukan perkara
sedemikian. Apabila Nabi SAW selesai daripada mengerjakan solat, maka Jin-jin
tersebut berlalu dari situ dan kemudian pulang memberi peringatan kepada
kaumnya.34
Mereka pun berkata;
Katakanlah (hai Muhammad); telah diwahyukan kepadamu bahawasanya,
sekumpulan Jin mendengarkan (al-Quran), lalu mereka berkata, sesungguhnya
kami telah mendengarkan al-Quran yang menakjubkan.
Yang memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya,
dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seseorang pun dengan Tuhan
kami.35
Umum mengetahui bahawa Nabi SAW memiliki suara yang sangat
merdu apabila membaca al-Quran. Kelunakan dan kemerduan suara baginda
disebutkan di dalam hadis yang sahih. Justeru, tidak hairanlah golongan-golongan
Jin mahu mendengar suara Nabi SAW. Namun apa yang lebih utama adalah
33 Surah al-Ahqaf, Juzuk 22, Ayat 29.
34 Tafsir al-Maqatil, Juzuk 3, Hlm. 270.
35 Surah al-Jin, Juzuk 29, Ayat 1 dan 2.
21
bacaan al-Quran itu sendiri merupakan suruhan Allah dan Rasul dan ia sebagai
satu ibadah.
Pernah terjadi ke atas baginda pada suatu malam bersama ‘Aisyah telah
keluar ke rumah sahabatnya semata-mata untuk mendengar bacaan Abu Musa
‘Asy’ari disebabkan kelunakan suara yang ada pada beliau. Ini membuatkan
baginda terasa amat terpegun, malah begitu tertarik untuk mendengar dan
mengetahui lebih dekat keistimewaan sahabat tersebut. Kisah tersebut dapat
memberi banyak pengajaran dan panduan kepada masyarakat di mana baginda
sanggup mendengar bacaan daripada sahabat yang lain. Baginda telah memuji
sahabat tersebut dan mengiktirafnya sebagai salah seorang daripada kalangan
sahabat yang mahir dalam bidang al-Quran.
Kisah seterusnya berlaku di zaman ini pada abad ke-20 di mana seorang
tokoh qari terkenal, Syeikh Mahmud Ali al-Banna membaca al-Quran di hadapan
ratusan ribu manusia di Indonesia pada tahun 1967. Apabila selesai mengalunkan
bacaan, orang ramai terus meminta Syeikh Mahmud agar jangan berhenti dan
meneruskan kembali bacaan. Kemudian Syeikh Mahmud menyambung kembali
bacaan, manakala orang ramai tidak meninggalkan majlis tersebut melainkan
setelah beliau selesai membaca yang mengambil masa selama enam jam secara
terus-menerus dan bersambung-sambung.36
Kisah berikutnya berlaku di masjid al-Aqsa apabila pendengar-
pendengar yang terdiri daripada para pembesar dan orang kenamaan di mana
mereka menangis tatkala mendengar bacaan al-Quran yang dipersembahkan oleh
Almarhum Syeikh Mustafa Isma’il.37
Tuntasnya, bacaan berlagu atau tarannum memberi kesan yang sangat
mendalam kepada jiwa para qari mahu pun pendengar walau pun selama berjam-
jam mendengar. Dalam konteks ini, tidak pernah timbul soal letih atau malas
untuk membaca atau mendengar, malah telah memberikan semangat dan
dorongan lebih kuat untuk belajar dan mendalami ilmu al-Quran.
36 Mahmud al-Sa’dani, kitab Alhan al-Sama’, kitab Jumhuriah Misriah, Tahun 1996, Hlm. 85.
37 Kamal Najmi, Syeikh Mustafa Isma’il, Hayatuhu Fi Zillil Quran, Hlm. 147.
22
BAB 2
KAEDAH-KAEDAH LAGU-LAGU AL-QURAN
23
2.1 Jenis-jenis Tarannum
Dalam topik ini akan menghuraikan jenis-jenis tarannum dari aspek lagu-lagu
yang berbunyi ala keraban dan bukan kearaban.
2.1.1 Tarannum al-Lahjah al-Arabiah
Dalam perbincangan ini akan menjelaskan tentang definisi tarannum al-Lahjah
al-Arabiah, dalil suruhan membaca secara kearaban dan huraian takrif bagi
definisi tarannum Arabiah.
2.1.1.1 Definisi Tarannum al-Lahjah al-Arabiah
Bacaan al-Lahjah al-Arabiah ialah suara-suara dan alunan-alunan lagu yang
menunjukkan kaedah dan teknik gaya kearaban yang merangkumi aspek lahnun
dan sout arab, lahjah arab, uslub arab, luknah arab dan ta’bir arab.38
2.1.1.2 Dalil Suruhan Membaca Dengan Tarannum al-Lahjah al-Arabiah
Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Masu’ud RA, beliau berkata;
َُوالله َع َربِي ُفَإِنَّه َُوأَ ْع ِربُوه الأَ ْص َوا ِت بِأَ ْح َس ِن َُو َزيِّنُوه القُرآ َن َج ِّو ُدوا : مسعود قال عن ابن
. يُ ْع َر َب بِ ِه يُ ِحب أَ ْن
Tajwidkan al-Quran, hiasilah ia dengan seelok-elok suara dan perarabkanya,
maka sesungguhnya al-Quran itu berbahasa Arab, dan Allah SWT suka kepada
(orang yang membaca) dengan kearaban.39
Makhul berkata, telah sampai kepadaku (perihal tersebut) bahawa orang
yang membaca al-Quran dengan kearaban, dia mendapat dua ganda (pahala)
daripada orang yang tidak membaca dengan keraban.40
Umar Al-Khatab RA berkata, barang siapa yang membaca al-Quran
dengan kearaban, maka bagi dia sisi Allah SWT dengan pahala syahid.41
38 Penulis bertalaqqi dengan al-Marhum Syeikh Fathi Hassan Maliji, anak murid sulung kepada Syeikh
Mustafa Isma’il yang merupakan Qari terkenal Mesir.
39 Ibn al-Mulqin, Syarah Bukhari, Hlm. 118, Hadis No. 24.
40 Majalah al-Buhus al-Islamiah, Juzuk 2, Hlm. 278.
41Al-Qurtubi, Jami’ Liahkamul Quran, bab perkara Kearaban Dan Pengajaran, Juzuk 1, Hlm. 56.
24
Hadis yang dikeluarkan oleh al-Tabrani, al-Hakim, al-Baihaqi dan
selainnya, daripada Ibnu Abbas RA berkata, Nabi SAW bersabda;
قال رسول الله صلى الله: وأخرج الطبراني والحاكم والبيهقي وآخرون عن ابن عباس قال
أَ ِحبوا ال َع َر َب لِثَ َلا ٍث ِلأَنِّي َع َربِي َوالقُرآ ُن َع َربِي و َكلاَ ُم أَ ْه ِل ال َجنَّ ِة َع َربِي: تعالى عليه وسلم
.
Cintailah Arab dengan tiga perkara, kerana sesungguhnya aku adalah Arab, al-
Quran Arab dan pertuturan ahli syurga juga Arab.42
2.1.1.3 Huraian Takrif
Suara-suara iaitu kepelbagaian suara yang wujud yang boleh diambil faedah dan
manfaat daripadanya, yang tidak termasuk jenis-jenis suara yang dikategorikan
sebagai buruk atau hodoh.
Alunan-alunan lagu iaitu tujuh lagu asas dan cabang-cabangnya.
Teknik dan kaedah gaya kearaban iaitu model bacaan ala Arab meliputi
persembahan, penyampaian, pengolahan, suara dan lagu itu sendiri.
Lahn dan sout Arab iaitu lagu dan suara orang Arab, yang tidak termasuk adalah
yang tidak mahir dan jahil.
Lahjah Arab iaitu pertuturan dan percakapan orang Arab yang diterima pakai
(qiraat mutawatir dan masyhur), yang tidak termasuk adalah yang tertolak (qiraat
syazah).
Uslub Arab iaitu gaya dan cara bacaan orang Arab yang mahir, yang tidak
termasuk adalah yang jahil dan tidak mahir.
Luknah Arab iaitu kefasihan menyebut dengan huruf-huruf Arab, yang tidak
termasuk adalah yang tidak fasih.
Ta’bir Arab iaitu ungkapan dan pengolahan bacaan orang Arab yang alim dan
mahir, tidak termasuk yang jahil dan tidak mahir.
42 Al-Mustadrak ‘Ala al-Sahihaini al-Hakim, bab Kelebihan Qabilah, Jilid 4, Hlm. 87.
25
2.1.2 Tarannum Bukan al-Lahjah al-Arabiah
Dalam perbincangan ini akan menjelaskan tentang definisi tarannum bukan al-
Lahjah al-Arabiah, dalil larangan membaca selain kearaban dan huraian takrif
bagi definisi tarannum bukan al-Lahjah al-Arabiah.
2.1.2.1 Definisi Tarannum Bukan al-Lahjah al-Arabiah.
Bacaan bukan al-Lahjah al-Arabiah. ialah suara-suara dan alunan-alunan lagu
yang menggambarkan kaedah dan teknik bukan gaya kearaban yang merangkumi
aspek lahnun dan sout arab, lahjah arab, uslub arab, luknah arab dan ta’bir
arab.43
2.1.2.2 Dalil Larangan
Hadis diriwayatkan oleh al-Tobrani daripada Huzaifah al-Yaman, Nabi SAW
bersabda ;
،يَوا َِمج ْفاتُليقُوُءنَرآبةٌَ َْعنقُ ِدلُبِولُيبُ ُحهقُموو ٌِنم،جفَإ َارنَّ ْقهُهُ َْرم ُءَس:ِ ،ال َلوَلهأا ْهيُعَللَجيااهل ِوفِ َزْوسسَِقحلنَما،،غنَ َاوقلِاء ُحل َووالَرن َّرسأَ ْهوْهبَا ِلنلِيَّااِةلللهِكَوتَاالبَنَّيصْولِن ِحى:ِ .ر َنشِجَأْويإنُِقيَّاَعهُا ْمُلاكلْم،ْايَُلوعَقُرَعلُنَِّجرو ُع ُحِببوذ َينََموفأَبِةنال ْبيُصقُ ْعَنوراآِجتِابُِلنهَيهُاتَْمما
Bacalah olehmu al-Quran itu dengan lahn dan sout arab44, jauhi dari membaca
dengan lahn (irama lagu) orang-orang ahli kitab (yahudi dan nasrani) dan
golongan fasiq (nyanyian). Sesungguhnya akan datang setelahku segolongan
kaum yang melagukan al-Quran dengan cara tarji’45 nyanyian, iaitu nyanyian
cara gereja dan teriakan, di mana kerongkong mereka itu tidak lebih daripada
kerana hati mereka sudah terfitnah dan merasa kagum dengan diri mereka
sendiri.46
2.1.2.3 Huraian Definisi
Suara-suara iaitu kepelbagaian suara yang wujud, yang tidak boleh diambil
43 Penulis bertalaqqi dengan al-Marhum Syeikh Fathi Hassan Maliji, anak murid sulung kepada Syeikh
Mustafa Isma’il yang merupakan Qari terulung di dunia.
44 Maksud lahn ialah lagu, manakala sout pula bermaksud suara.
45 Tarji’ memberi maksud dendangan.
46 al-Tobroni, al-Ausot, Jilid 7, Hlm. 169.
26
faedah daripadanya, yang tidak termasuk adalah suara-suara yang dikategorikan
sebagai cantik dan menarik.
Alunan-alunan lagu iaitu tujuh lagu asas dan cabang-cabangnya.
Teknik dan kaedah gaya bukan kearaban iaitu model bacaan orang-orang Arab
mahupun ‘Ajam yang merangkumi persembahan, penyampaian, pengolahan
suara dan lagu itu sendiri.
Lahn dan sout Arab iaitu lagu dan suara orang Arab dan bukan Arab, tidak
termasuk yang mahir.
Lahjah Arab iaitu pertuturan dan percakapan orang Arab dan bukan Arab yang
tertolak dan tidak diterima, tidak termasuk yang diterima.
Uslub arab iaitu gaya dan cara bacaan orang Arab dan bukan Arab yang tidak
mahir dan jahil, tidak termasuk yang mahir.
Laknah arab iaitu kefasihan menyebut dengan huruf-huruf Arab, tidak termasuk
yang fasih.
Ta’bir arab iaitu ungkapan dan pengolahan bacaan orang Arab yang tidak mahir,
tidak termasuk yang mahir.
27
2.2 Pembahagian Lagu-lagu Al-Quran
Dalam topik ini akan menghuraikan pembahagian lagu-lagu al-Quran yang
merangkumi lagu usul atau asas dan lagu furu’ atau cabang, sifat-sifat dan ciri-
ciri lagu usul, peranan lagu usul dan contoh.
2.2.1 Tarannum Usul atau Asas
Lagu-lagu usul atau asas terbahagi kepada tujuh maqam lagu utama iaitu;
1. Bayyati
2. Soba
3. Hijaz
4. Nahawand
5. Rast
6. Sikah
7. Jiharkah
2.2.1.1 Ciri-ciri Dan Sifat-sifat Tarannum Usul atau Asas
Maqam Lagu Ciri-ciri dan Sifat-sifat
Bayyati Sebagai lagu asas
Permulaan bagi sesuatu bacaan
Soba Sebagai pusat membuat latihan
Hijaz Sebagai tapak untuk proses pertukaran kepada lagu-lagu lain
Nahawand Tarannum penutup sesuatu bacaan
Rast Bersifat bebas
Sikah Mempunyai jumlah pergerakan yang tidak terhad
Bersifat neutral
Sebagai pemudah cara
Mengepalai tarannum-tarannum lain
Sesuai untuk ayat-ayat cerita, hukum dan lain-lain
Bersifat sedih seperti air mata mengalir
Sesuai pada ayat-ayat azab, syurga, neraka dan lain-lain
Bersifat kebimbangan dan dukacita
pengorbanan dan lain-lain termasuk alunan azan dan zikir munajat
Sesuai untuk ayat-ayat perjuangan
Bersifat kasih sayang dan kelembutan
Sesuai untuk ayat kisah-kisa para nabi dan lain-lain
Bersifat gembira, semangat dan cergas
Sesuai untuk ayat hukum-hakam dan lain-lain
Bersifat mengharap dan berkehendak
28
Jiharkah Sesuai untuk ayat-ayat berkaitan doa dan lain-lain
Bersifat meredai, pasrah, kegembiraan dan kemenangan
Sesuai untuk ayat-ayat doa, kemenangan, pedoman dan lain-lain
2.2.1.2 Peranan Tarannum Usul atau Asas
Maqam Lagu Peranannya
Bayyati Melembutkan bacaan, merangsang kekuatan suara, mengukur
Soba tobaqah suara dan mengisi ruang-ruang kosong pada lagu.
Hijaz
Memanaskan bacaan, menaikkan semangat membaca dan
Nahawand merangsang suara tinggi.
Rast Mengneutralkan bacaan, memperlahankan rentak bacaan, mengubah
‘mood’ pembaca dan memainkan peranan sebagai penyelarasan
Sikah suara antara lagu-lagu.
Jiharkah
Memberikan kelembutan kepada keseluruhan bacaan, menyejukkan
bacaan, memperlahankan rentak, merehatkan suara dan
mengharmonikan nada dan irama.
Memanaskan bacaan, memberikan ‘ekstra tambahan’ kepada
pembaca, menyemarakkan keseluruhan bacaan dan menterjemahkan
kekuatan suara sebenar.
Mendamaikan bacaan, melunakkan keseluruhan bacaan dan
mengukur kemahiran suara pada bacaan.
Memaniskan bacaan, bacaan menjadi segar, dan pembaca lebih
bersikap optimis dan pasrah.
29
2.2.1.3 Penyusunan dan Kedudukan Tarannum Usul Dalam Teks Bacaan
Dalam topik ini akan menjelaskan tentang cara membuat penyusunan terhadap
pengjumlahan lagu yang dibaca dalam setiap ayat ataupun satu-satu jumlah
bacaan.
Jadual 1: Teks Lengkap Ayat dari Surah al-Baqarah, Juzuk 2:26-43
30
1) Tarannum Bayyati
Jadual 2: Susunan dan Kedudukan Pengkaedahan Jumlah Lagu Usul (Bayyati)
pada Teks Ayat
الجملة الثانية الجملة الأولي
26.Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk
atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka
mereka yakin…
الجملة الثالثة
…bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang
kafir mengatakan; "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk
perumpamaan"? dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan
Allah…
31
الجملة السادسة الجملة الخامسة الجملة الرابعة
…dan dengan perumpamaan itu pula banyak orang yang diberinya petunjuk,
dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasiq.
27.Iaitu orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu…
الجملة الثامنة الجملة السابعة
…teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka)
untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan di muka bumi. Mereka
itulah orang-orang yang rugi.
Jadual 3: Susunan dan Kedudukan Jumlah Lagu (Bayyati) dalam Teks Ayat
Jumlah/الجمل Ayat/الأيات
الجملة الأولي
الجملة الثانية
الجملة الثالثة
الجملة الرابعة
الجملة الخامسة
الجملة السادسة
الجملة السابعة
الجملة الثامنة
32
1) Tarannum Soba
Jadual 4: Susunan dan Kedudukan Pengkaedahan Jumlah Lagu Usul (Soba)
Pada Teks Ayat
الجملة الثانية الجملة الأولي
28.Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya mati, lalu Allah
menghidupkan kamu. Kemudian kamu dimatikan dan dihidupkannya
kembali, kemudian kepada dialah kamu dikembalikan.
الجملة الرابعة الجملة الثالثة
29.Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan dia
beristiwa’ di langit, lalu dijadikannya tujuh langit..
الجملة الخامسة
…dan dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
Jadual 5: Susunan dan Kedudukan Jumlah Lagu Usul (Soba) Pada Teks Ayat
Jumlah/الجمل Ayat/الأيات
الجملة الأولي
الجملة الثانية
الجملة الثالثة
الجملة الرابعة
الجملة الخامسة
33
2) Tarannum Hijaz
Jadual 6: Susunan dan Kedudukan Pengkaedahan Jumlah Lagu Usul (Hijaz)
Pada Teks Ayat
الجملة الثانية الجملة الأولي
30.Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat; "Sesungguhnya
aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi" Mereka berkata;
"Mengapa engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan
membuat kerosakan padanya…
الجملة الثالثة
...dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan
memuji engkau dan mensucikan engkau? Tuhan berfirman; “Sesungguhnya
aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.
31.Dan dia mengajarkan kepada Adam…
الجملة الخامسة الجملة الرابعة
…nama-nama (benda-benda) seluruhnya. Kemudian mengemukakannya
kepada para malaikat lalu berfirman; "Sebutkanlah kepadaku nama benda-
benda itu jika kamu memang benar orang-orang yang benar!"
34
Jadual 7: Susunan dan Kedudukan Jumlah Lagu Usul (Hijaz) Pada Teks Ayat
Jumlah/الجمل Ayat/الأيات
الجملة الأولي
الجملة الثانية
الجملة الثالثة
الجملة الرابعة
الجملة الخامسة
3) Tarannum Nahawand
Jadual 8: Susunan dan Kedudukan Pengkaedahan Jumlah Lagu Usul
(Nahawand) Pada Teks Ayat
الجملة الثالثة الجملة الثانية الجملة الأولي
32.Mereka menjawab; "Maha suci engkau, tidak ada yang kami ketahui selain
dari apa yang telah engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya engkaulah
yang maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”
33.Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka…
الجملة الخامسة الجملة الرابعة
…nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka
nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudahku katakan
kepadamu, bahawa sesungguhnya aku mengetahui rahsia langit dan bumi
dan mengetahui apa…
35
الجملة السادسة
…yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"
Jadual 9: Susunan dan Kedudukan Jumlah Lagu Usul (Nahawand) Pada Teks
Ayat
Jumlah/الجمل Ayat/الأيات
الجملة الأولي
الجملة الثانية
الجملة الثالثة
الجملة الرابعة
الجملة الخامسة
الجملة السادسة
4) Tarannum Rast
Jadual 10: Susunan dan Kedudukan Pengkaedahan Jumlah Lagu Usul (Rast)
Pada Teks Ayat
الجملة الثانية الجملة الأولي
34.Dan Ingatlah ketika kami berfirman kepada para malaikat; "Sujudlah kamu
kepada Adam!" Maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Ia enggan dan takbur
dan ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.
36
الجملة الرابعة الجملة الثالثة
35.Dan kami berfirman; "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga
ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana
saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini…
الجملة الخامسة
…yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.
36.Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu, dan dikeluarkan
dari keadaan semula dan kami berfirman; "Turunlah kamu!...
الجملة السابعة الجملة السادسة
…sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat
kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan."
Jadual 11: Susunan dan Kedudukan Jumlah Lagu Usul (Rast) Pada Teks Ayat
Jumlah/الجمل Ayat/الأيات
الجملة الأولي
الجملة الثانية
الجملة الثالثة
الجملة الرابعة
الجملة الخامسة
37
الجملة السادسة
الجملة السابعة
5) Tarannum Sikah
Jadual 12: Susunan dan Kedudukan Pengkaedahan Jumlah Lagu Usul (Sikah)
Pada Teks Ayat
الجملة الثالثة الجملة الثانية الجملة الأولي
37.Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya. Maka Allah
menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi
Maha Penyayang.
38.Kami berfirman; "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu!”…
الجملة الرابعة
…Kemudian jika datang petunjukku kepadamu, maka barang siapa yang
mengikuti petunjukku, nescaya tidak ada khuatirnya atas mereka, dan tidak
pula mereka bersedih hati".
39.Adapun orang-orang yang kafir…
الجملة السادسة الجملة الخامسة
…dan mendustakan ayat-ayat kami, mereka itu penghuni neraka, mereka kekal
di dalamnya.
38
Jadual 13: Susunan dan Kedudukan Jumlah Lagu Usul (Sikah) Pada Teks Ayat
Jumlah/الجمل Ayat/الأيات
الجملة الأولي
الجملة الثانية
الجملة الثالثة
الجملة الرابعة
الجملة الخامسة
الجملة السادسة
6) Tarannum Jiharkah
Jadual 14: Susunan dan Kedudukan Jumlah Lagu Usul (Jiharkah) Pada Teks
Ayat
الجملة الثانية الجملة الأولي
40.Hai Bani Israel, ingatlah akan nikmatku yang telah aku anugerahkan
kepadamu, dan penuhilah janjimu kepadaku, nescaya aku penuhi janjiku
kepadamu. Dan hanya kepadakulah kamu harus takut (tunduk).
الجملة الرابعة الجملة الثالثة
41.Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah aku turunkan (al-Quran) yang
membenarkan apa yang ada padamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi
orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan
ayat-ayatku dengan harga…
39