…yang rendah, dan hanya kepada akulah kamu harus bertakwa.
Jadual 15: Susunan dan Kedudukan Jumlah Lagu Usul (Jiharkah) Pada Teks
Ayat
Jumlah/الجمل Ayat/الأيات
الجملة الأولي
الجملة الثانية
الجملة الثالثة
الجملة الرابعة
40
7) Tarannum Bayyati Penutup
Jadual 16: Susunan dan Kedudukan Pengkaedahan Jumlah Lagu Usul (Bayyati
Penutup) Pada Teks Ayat.
الجملة الثانية الجملة الأولي
42.Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan
janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
43.Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat...
…Dan rukuklah bersama-sama orang-orang yang rukuk.
Jadual 17: Susunan Kedudukan Pengkaedahan Jumlah Lagu Usul (Bayyati
Penutup) Pada Teks Ayat.
Jumlah/الجمل Ayat/الأيات
الجملة الأولي
الجملة الثانية
2.2.2 Tarannum Furu’ atau Cabang
Bab ini akan membincangkan tentang lagu furu’ atau cabang, ciri-ciri dan sifat-
sifat lagu furu’ dan peranannya. Lagu-lagu furu’ terlalu banyak, namun yang
sering digunakan oleh qari-qari, antaranya ialah;
1. Nawa
2. Syuri
3. Husaini
4. Kurdi
5. Ruqbi
6. Bastankar
41
7. Kar
8. Asymawiah
9. Andalusi
10. Syami lubani
11. Iraqi
12. Mahur
13. Hizam
14. Rahatul arwah
2.2.2.1 Ciri-ciri Lagu Furu’
Lagu furu’ mengandungi ciri-ciri dan sifat-sifat yang tersendiri. Antaranya adalah
seperti berikut;
1. Tidak boleh berdiri dengan diri sendiri.
2. Bergantung harap kepada lagu usul.
3. Tidak dapat menterjemah sifat-sifat yang ada pada dirinya.
4. Ia hanyalah gerak suara atau getaran suara.
5. Banyak memainkan peranan penting kepada lagu usul.
6. Datang secara zouk atau perasaan pembaca.
7. Sangat banyak terdapat dalam satu-satu ayat yang dibaca.
2.2.2.2 Peranan Lagu Furu’
Lagu furu’ mengandungi peranan yang sangat penting dalam setiap bacaan.
Antara peranannya adalah seperti berikut;
1. Menambahkan keelokan kepada lagu usul.
2. Memanaskan bacaan.
3. Memperbanyakkan jenis lagu dalam satu-satu ayat.
4. Membantu kekosongan ruang lagu dalam setiap bacaan.
5. Mengimbangi perjalanan sesuatu bacaan.
6. Menyambungkan antara setiap lagu sama ada furu’ atau usul.
7. Merapatkan jurang suara tatkala berlaku kesumbangan.
42
2.2.2.3 Penyusunan dan Kedudukan Pengkaedahan Tarannum Furu’
Dalam Bacaan
1) Tarannum Bayyati
Jumlah/الجمل Ayat/الأيات
الجملة الأولي
الجملة الثانية
النوي
الجملة الثالثة
الشوري
الجملة الرابعة
جواب حسيني
الجملة الخامسة
الجملة السادسة
الجملة السابعة
الجملة الثامنة
الأندلسي
43
2) Tarannum Soba Ayat/الأيات
Jumlah/الجمل
الجملة الأولي
الحزين
الجملة الثانية
العجم
الجملة الثالثة
الجملة الرابعة
الجملة الخامسة
3) Tarannum Hijaz
Jumlah/الجمل Ayat/الأيات
الجملة الأولي
العراقي
الجملة الثانية
الجملة الثالثة
الجملة الرابعة
الجملة الخامسة
44
4) Tarannum Nahawand
Jumlah/الجمل Ayat/الأيات
الجملة الأولي
الجملة الثانية
العجم
الجملة الثالثة
الجملة الرابعة
الجملة الخامسة
الجملة السادسة
5) Tarannum Rast
Jumlah/الجمل Ayat/الأيات
الجملة الأولي
الجملة الثانية
الأشموي
الجملة الثالثة
الجملة الرابعة
الجملة الخامسة
الجملة السادسة
الجملة السابعة
45
6) Tarannum Sikah
Jumlah/الجمل Ayat/الأيات
الجملة الأولي
الجملة الثانية
الجملة الثالثة
الرقبي
الجملة الرابعة
الجملة الخامسة
الجملة السادسة
7) Tarannum Jiharkah Ayat/الأيات
Jumlah/الجمل
الجملة الأولي
الجملة الثانية
الجملة الثالثة
الجملة الرابعة
46
8) Lagu Bayyati Penutup
Jumlah/الجمل Ayat/الأيات
الجملة الأولي
الكردي
الجملة الثانية
2.3 Istilah-istilah Dalam Pembelajaran Tarannum
Bil. المصطحات/Istilah Pengertian Istilah
1. ال ُجملة Sejumlah ayat yang dibaca sama ada panjang atau
pendek bergantung kepada kemampuan seseorang
yang ianya boleh dikira sebagai jumlah yang
sempurna atau tidak sempurna dari segi ayat dan lagu
itu sendiri.
2. المحير Suara yang sengaja disumbangkan dan turut
mempengaruhi aspek suara dan lagu.
3. انتقال المقام Perpindahan satu lagu (maqam lagu) ke satu lagu
mengikut penyesuaian yang munasabah dan diukur
dari aspek nada suara dan maqam lagu.
4. القفلةPenutup bagi setiap lagu usul dan sesebuah bacaan
lengkap.
5. المحطة أو الوقفةPerhentian sesuatu bacaan sama ada waqfah lengkap
atau penuh mahupun separuh atau tergantung.
6. التحرير أو التشكيلSuatu kebebasan ketika membaca. Ianya melibatkan
alunan lagu.
7. السلالم Suatu proses tangga suara yang menaik dan menurun.
8. ال ُع َرب Proses getaran-getaran suara yang menghasilkan
bunga-bunga lagu.
9. الميزان Proses timbangan suara.
10. الختامPenutup sesuatu lagu atau tarannum.
11. تشكيل أو تلوين النغمMempelbagaikan lagu dalam satu-satu jumlah
alunan.
12. الوصلة أو الأوصالSambungan-sambungan lagu. Sambungan ini sama
ada mengambil lagu usul atau furu’ ke dalam maqam
asal mengikut kesesuaian maqam lagu, kesesuaian
47
nada suara dan kesesuaian alunan lagu secara
kearaban.
2.4 Metode Bacaan Tarannum atau Berlagu
Dalam topik ini akan menghurai metode bacaan berlagu atau tarannum terhadap
tiga tokoh qari tersohor di Mesir yang memberi pengaruh dan kesan kepada
kaedah bacaan para qari di dunia termasuk Malaysia. Tokoh tersebut adalah
Syeikh Mustafa Isma’il, Syeikh Abdul Basit dan Syeikh syahat Anwar. Berikut
adalah uslub-uslub mereka;
2.4.1 Uslub Bacaan Syeikh Mustafa Isma’il
Biodata dan Gelaran
Nama beliau ialah Mustafa Muhammad al-Mursi Ibrahim Isma’il. Beliau terkenal
dengan nama Mustafa Isma’il. Dilahirkan di kampung Mit Ghazzal pada tahun
1905 berdekatan Madinah Tanta, kira-kira 8 kilometer dari Muhafazah al-
Gharbiah. Beliau meninggal dunia pada 26 Disember 1978 sekembali dari
undangan membaca al-Quran di sebuah perkampungan bernama Dumyat dalam
sebuah majlis perasmian masjid baru yang diberi nama ‘’مسجد البحر47. Beliau
digelar dengan ‘’امام القراء48, “”أمير القراء49, “ ”القاري الملكيdan “”القاري الأول في العالم.
Semasa kelahiran Syeikh Mustafa Isma’il, bilangan penduduk kampung
beliau hanya dalam lingkungan 700 orang, namun sekarang bilangannya
mencecah lebih daripada 10,000 orang. Persekitarannya terdapat hanya lapan
buah masjid yang didirikan oleh penduduk kampung sendiri. Paling menarik,
terdapat banyak pusat-pusat pengajian al-Quran yang menawarkan kelas hafalan
Quran dan tajwid.
Keluarga Syeikh Mustafa Isma’il sentiasa dihormati dengan
kedudukannya sebagai sebuah keluarga yang sangat mementingkan al-Quran
yang sangat terkenal dengan keluarga “Abu Isma’il”. Abang sulung beliau
47 Faruq Fahmi, kitab Jumhuriah Misriah, Hlm. 25 dan 33.
48 Syukri al-Qadhi, ‘Abaqirah al-Tilawah Fil Qarni al-‘Isyrin, kitab Jumhuriah Misriah, Hlm. 68.
48
bernama ‘Atif Mustafa Isma’il, seorang ahli perniagaan yang hidup dan menetap
di Almania semenjak tahun 1953.
Kebiasaan penduduk meneruskan tradisi mereka dengan bercucuk tanam
termasuk keluarga beliau, namun orang tuanya lebih prihatin memilih untuk
menghantar Syeikh Mustafa ke madrasah Tahfiz al-Quran untuk mempelajari
ilmu al-Quran. Menurut datuknya, Syeikh Mustafa suka bermain dengan
permainan hoki dan seorang kanak-kanak yang nakal serta suka duduk
menyendiri di bawah pohon. Apabila ketiadaan orang di situ, maka dia akan
melaungkan suara yang agak kuat dan lantang untuk membaca al-Quran, lantas
orang-orang yang ada di sekitarnya akan berkumpul untuk mendengar bacaan
tersebut. Menurut teman-teman semasa zaman kanak-kanaknya, Syeikh Mustafa
seorang yang sangat rajin pergi ke haflah-haflah maulid, dan dia berjalan di
belakang dewan-dewan orang ramai untuk mendengar suara-suara yang lunak
merdu daripada mereka ketika acara maulid dilakukan.
Pengajian dan Pendidikan
1) Peringkat permulaan (1911M-1913M) 2 Tahun
Pada usia 6 tahun, Syeikh Mustafa Isma’il telah belajar al-Quran di Madrasah
Tahfiz Syeikh Abdul al-Rahman Abu al-‘Einin . Di situ, beliau sempat belajar
selama 2 tahun dengan menghafaz al-Quran sebanyak ¼ Quran.
2) Peringkat kedua (1913M-1915) 2 Tahun
Ketika usia 8 tahun, beliau sudah dikenali dengan bacaan al-Quran. Kemudian
beliau berpindah ke madrasah yang lain, iaitu madrasah Syeikh Abdullah
Syahatah yang mana madrasah tersebut berdekatan dengan kediaman keluarga
beliau. Di madrasah Syeikh Abdullah Syahatah itulah, beliau telah dapat
menyempurnakan dan menyelesaikan hafalan al-Quran 30 juzuk.
Pada suatu hari, datuknya mendengar bacaan al-Quran yang
diperdengarkan di rumah keluarganya. Datuknya memanggil beliau dengan
perilaku “”زغرودة50. Setelah mendapat pandangan daripada teman lama iaitu
Syeikh Abdul Rahman Abu al-‘Einin, maka datuknya menghantar pula Syeikh
Mustafa ke madrasah Syeikh Muhammad Abu Hasyish dan Syeikh Idris Fakhir.
Kedua-duanya merupakan ulama’ yang sangat disegani dan alim dalam
50 زغرودةialah perilaku atau perbuatan yang menunjukkan sifat kegembiraan.
49
pengetahuan agama serta ilmu Qiraat. Kemudian Syeikh Mustafa disuruh tasmi’51
al-Quran oleh kedua-kedua syeikh. Justeru mereka terpegun dengan kekuatan
ingatan hafalan beliau, dan penyampaian dan suara beliau yang sangat lunak dan
merdu sekali. Kemudian kedua-duanya berkata, yang mereka menerima dan
mengalu-alukan kemasukan dan kedatangan Syeikh Mustafa ke madrasah
tersebut bagi mempelajari ilmu Tajwid dan ilmu Qiraat.
3) Peringkat ketiga (1915-1917) 2 Tahun
Pada usia 11 tahun, Syeikh Mustafa mula belajar, mula menghafaz ilmu-ilmu dan
juga mengulang hafalan yang telah dihafaz. Beliau bangun pada malam hari
dengan ditemani dengan hanya cahaya lampu lilin yang dipasang di sekitarnya.
Syeikh Mustafa Isma’il telah mengulang hafalan al-Quran dengan
Syeikh Idris Fakhir sebanyak 30 kali khatam yang pada waktu itu bersamaan
bulan ramadhan pada tahun 1917. Ini bermakna Syeikh Mustafa Isma’il belajar di
madrasah Syeikh Idris Fakhir selama 2 tahun pada ketika usianya mencecah 11-
12 tahun. Pada usia inilah beliau sudah pun memakai pakaian seperti seorang
syeikh besar dengan menyarungkan serban, jubah dan selendang. Beliau adalah
satu-satunya pelajar yang memakai pakaian berupa sedemikian yang mana tidak
dipakai oleh pelajar-pelajar lain.
4) Peringkat keempat (1917M-1921)
Pada usia 13 tahun, beliau meneruskan pengajian di Maahad Diniah Tonto.
Maahad tersebut merupakan sebuah pusat pengajian yang terkenal di dunia.
Terdapat ramai pelajar-pelajar dari Malaysia, Indonesia dan negara-negara Arab
lain yang belajar di situ. Walaupun sudah berada di institusi tersebut, namun
Syeikh Mustafa masih lagi bersama-sama dengan Syeikh Idris Fakhir sehingga
usianya mencecah 16 tahun. Selama menuntut dan belajar dengan Syeikh Idris
Fakhir, beliau telah mendapat kejayaan yang sangat besar serta luar biasa. Ini
kerana, tempoh sedemikian sebenarnya sudah cukup untuk sampai kepada tahap
()الاتقان52 dalam hafalan al-Quran, tajwid dan qiraat tujuh dan sepuluh. Oleh yang
demikian, Syeikh Idris Fakhir sangat berbangga kerana beliau adalah Masyaikh
terakhir yang membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada Syeikh Mustafa
Isma’il, juga menyempurnakan pembelajaran dan pengajaran ilmu Usul al-Qiraat
dan Ilmu Tajwid kepada beliau. Pada waktu yang sama, Syeikh Mustafa Isma’il
masih lagi belajar di Maahad Diniah Tonto hampir dalam 4 tahun. Di situ, beliau
51 Tasmi’ adalah suatu proses membaca dan didengarkan oleh guru bagi mentashihkan bacaan.
52 Itqan bermaksud sampai kepada peringkat yakin atau mutqin dalam sesuatu ilmu.
50
tidak sempat menamatkan pengajian beliau disebabkan faktor-faktor tertentu yang
dialami beliau. Umur Syeikh Mustafa Isma’il selepas meninggalkan Maahad
tersebut dalam lingkungan usia 16 tahun. Setelah itu, bermula episod baru dalam
lembaran hidup beliau sebagai seorang qari.53
Perjalanan Hidup, Sumbangan dan Anugerah
Tidak dapat dinafikan lagi, Syeikh Mustafa Isma’il merupakan “Ketua Qari-qari”.
Beliau dianggap satu-satunya qari yang begitu istimewa, bukan sahaja berbeza
dari qari yang lain dalam aspek bacaan, malah turut memiliki keistimewaan dan
kelebihan yang lain seperti mempunyai sifat warak, tawaduk, amanah dan
sebagainya. Beliau seperti qari yang lain, banyak kali telah memperdengarkan
bacaan-bacaan di masjid-masjid, undangan-undangan ke luar negeri serta menjadi
qari rasmi di masjid al-Azhar.
Syeikh Mustafa Isma’il diaungerahkan Allah SWT dengan kemampuan
luar biasa yang melebihi adat kebiasaan qari-qari di Mesir sehinggakan bacaan
beliau cepat tersebar serta mempengaruhi orang lain. Kemuncak kegemilangan
beliau adalah pada tahun 1943-1978 dengan dikurniakan pingat penghormatan
dan kemuliaan dari pelbagai Negara yang dikunjungi.
Rakaman-rakaman bacaan beliau dalam bentuk kaset dan cakera padat
sememangnya cukup berharga dan amat-amat bernilai. Ia ibarat mutiara-mutiara
syurga bagi mereka yang dahaga dan cintakan bacaan al-Quran secara berlagu.
Dengan rakaman tersebut, maka lahirnya qari-qari yang hebat dalam bidang ini
seperti Syeikh Dr. Ahmad Naina, Syeikh Fathi Hasan Maliji, Syeikh Mustafa
Ghalwash, Syeikh Helbawi, Syeikh Ruzaiqi, Syeikh Anwar Syahat dan lain-lain
lagi.
Kehebatan Syeikh Mustafa Isma’il bukan sahaja dapat menarik jutaan
pendengar, malah terdapat kelompok atau golongan yang mengikuti beliau ke
mana saja pergi. Mereka disebut sebagai “ ”حامل مصطفيatau “”الس ِّميعة. Seramai
enam orang yang dianggap sedemikian seperti al-Haj Husin Muhammad Farj, al-
Haj Mustafa Ali, Kapten Timur al-Zuhairi, Muhammad Yusuf al-Siraj, Musatafa
Kamil Muhammad Hasan al-Najmi dan Ahmad Mustafa Kamil.
Syeikh Mustafa Isma’il merupakan qari yang pertama dianugerahkan
dengan darjah kebesaran negara Mesir dalam satu majlis yang dinamakan “Ihtifal
53 Kamal al-Najmi. Syeikh Mustafa Isma’il Hayatuhu fil Zillil Quran. Maktabah Muassasah Darul
Hilal. Tahun 1992. Hlm. 49-84.
51
Hari Ilmu Pengetahuan” pada tahun 1965. Beliau juga adalah qari pertama di
mana bacaannya dirakam dalam bentuk cakera padat. Syeikh Mustafa Isma’il
dianggap sebagai qari kedua yang dilahirkan di bumi Arab selepas Syeikh
Muhammad Rifaat54. Bacaannya telah menerangi seluruh dunia bukan sahaja
bumi Mesir selama 1/3 kurun semenjak penyertaannya pada satu malam dalam
majlis qiam lailatul qadar di Istana Raja pada pertengahan tahun 40an. Semenjak
dari itu, tiap kali beliau ingin membaca al-Quran di masjid-masjid, dewan-dewan,
khemah-khemah perayaan dan lain-lain, maka akan datang puluhan ribuan
manusia untuk bersama-samanya bagi mendengar bacaan al-Quran yang
dipersembahkan oleh beliau.
Apabila bercerita mengenai kisah Syeikh Mustafa Isma’il yang pada
suatu malam telah diundang untuk membaca al-Quran di satu tempat di mana
beliau telah bertemu dengan Syeikh Muhammad Salamah, apabila selesai Syeikh
Muhammad Salamah memperdengarkan al-Quran, beliau pun turun dari tempat
duduk qari dan disambung pula oleh Syeikh Mustafa Isma’il di mana beliau tidak
memulakan bacaan melainkan para hadirin yang hadir terlebih dulu perlu
memenuhi ruang-ruang tempat duduk yang disediakan dalam keadaan yang
sangat sesak sekali. Mereka meminta daripada Syeikh Mustafa agar meneruskan
bacaan sehinggalah jam menunjukkan tepat pada pukul empat pagi dengan tidak
sedar. Bacaan beliau pada malam itu turut didengari oleh Syeikh Darwish al-
Hariri, seorang pakar dalam ilmu Maqamat dan pencipta qasidah terkenal. Lantas
beliau bertanyakan kepada Syeikh Mustafa Isma’il,
“Siapakah yang mengajarkan kamu kesemua maqam-maqam lagu ini”? Jawab
beliau, “sesungguhnya aku telah menemukan kedua-dua telingaku ke atas setiap
apa yang telah aku dengarkannya sepanjang hidupku, dan aku mempercontoh
serta mengistinbatkan darinya dengan cara dan uslubku dalam penyampaian”
Maka jawab Syeikh Darwish al-Hariri, “sesungguhnya fitrah kamu itu lebih kuat
dan lebih benar dari setiap pembelajaran dan pengajaran yang wujud, dan mana
mungkin bagi sesebuah sekolah dengan lengkap dan sesempurnanya mampu
untuk sampai kepada apa yang terlebih dulu kamu sampai kepadanya”55.
Pada tahun 1943, bermulalah episod baru bagi Syeikh Mustafa Isma’il.
Beliau bermusafir ke Kaherah dan menemui Syeikh Muhammad al-Sifi,
merupakan Ketua Ikatan Qurra’ Mesir untuk menyertai persatuan tersebut bagi
meneruskan kelangsungan tugas sebagai seorang qari dan muqri’. Pada suatu hari
di tempat berkumpulnya para qari, bacaan Syeikh Mustafa Isma’il telah didengar
54 Syukri al-Qadhi, Abaqirah al-Tilawah Fil Qarni al-‘Isyrin, kitab Jumhuriah Misriah, Hlm. 75.
55 Syukri al-Qadhi, kitab Abaqirah al-Tilawah Fil Qarni al-‘Isyrin, Hlm.75.
52
oleh Syeikh Muhammad al-Sifi. Gelombang suara dan uslub bacaan beliau cepat
tersebar di sana. Syeikh Muhammad al-Sifi meminta beliau mengambil bahagian
dalam persembahan bacaan al-Quran di ‘Ihtifal Maulidur Rasul’ di Jami’ al-Husin
di ibu kota Kaherah, di mana beliau membacakan al-Quran selama setengah jam
dan dirakam oleh Pusat Penyiaran al-Iza’ah al-Quran yang disiarkan secara
langsung.
Dengan penyiaran tersebut, maka suara Syeikh Mustafa Isma’il kali
pertama diperdengarkan ke seluruh pelosok bumi Mesir. Ketika itu, beliau
membaca surah al-Tahrim. Pada malam tersebut, adalah malam permulaan
kepada dakwah dan perjuangan beliau di dalam pembacaan al-Quran. Suara
Syeikh Mustafa Isma’il yang kedengaran dengan lunak lagi merdu itu, seterusnya
tersebar sehingga menjangkau ke batasan-batasan negara Islam lain di seluruh
dunia. Qari yang berdiri bersama-sama beliau ialah Syeikh Muhammad al-Sifi.
Semenjak itu, bermula titik tolak perjalanan pahit getir seorang qari menempuh
cabaran yang penuh berbadai dan berombak di sepanjang hidup beliau.
Pada 24 April 1943 iaitu tahun yang sama, Syeikh Mustafa Isma’il
diundang mempersembahkan bacaan al-Quran di depan Raja Fuad dan para
pembesarnya. Beliau juga bersama-sama dengan qari-qari lain seperti Syeikh Abu
al-‘Einin Sya’isya’ yang turut diundang ke Istana Raja Faruq di Iskandariah bagi
tujuan memperdengarkan bacaan di majlis ‘Ihtifal Syahr Ramadhan’ selama 30
hari berturut-turut.
Pada tahun 1947, Syeikh Mustafa Isma’il dilantik sebagai qari rasmi di
Jami’ al-Azhar, Kaherah walaupun beliau tidak disenangi oleh kebanyakan qari-
qari Muktabar yang lebih senior yang merupakan qari-qari Iza’ah al-Quran. Akan
tetapi bantuan daripada Syeikh Abdul Fatah al-Qadhi, seorang yang alim dalam
bidang Qiraat dan Syeikh Ali al-Thobba’, merupakan Syeikhul Qura’ Misriah
yang menemui Hamas Murad Muhsin Basya, pegawai khusus diraja dan
Muhammad Haidar Basya, pemimpin umum bagi angkatan Tentera Mesir, maka
segala urusan yang berkaitan dengan lantikan tersebut berjalan lancar dan dapat
diselesaikan dengan baik. Pada tahun 1948, secara rasminya, Syeikh Mustafa
Isma’il menjadi qari rasmi bagi siaran Iza’ah al-Quran di Mesir. Beliau turut
menganggotai Lujnah Pemilihan bagi Syeikh Ali al-Thobba’ dan Syeikh Abdul
Fattah Sya’syaie’.
53
Contoh Uslub Bacaan
Bil. Uslub Bacaan/اسلوب القراءة Huraian
1. كان يبدأ القراءة بصوت منخفضBeliau mulakan bacaan dengan suara
yang rendah (qarar) dan ia secara
ويستمر كذلك يجرب صوته ويعلو به berterusan. Begitulah beliau melatih
درجة واحدة ثم درجتين ثم ثلاث suaranya dengan mengangkat ke satu
درجات على السلم الموسيقي لينزل tahap (jawab), kemudian naik ke tahap
ثم يرتفع,مرة أخرى إلى درجة القرار kedua (jawab al-Jawab), dan kemudian
ثانية من درجة إلى درجتين ثم إلى naik lagi ke tahap ketiga (jawab jawab
ثلاث درجات ومنها إلي الدرجة al-Jawab) menurut (kaedah ilmu) tangga
الرابعة وينزل مرة أخرى بصوته إلى muzik (Sullam al-Musiqi) untuk turun
kembali ke tahap yang paling rendah
.درجة القرار (qararul-Qarar). Kemudian beliau
mengangkat kembali suaranya (pusingan
kedua) dari satu tahap (qarar) ke satu
tahap (jawab), kemudian ke tahap
(jawabul jawab), seterusnya naik kagi ke
tahap (jawab jawabul jawab) dan
kemudian turun kembali kepada tahap
rendah (kawasan qarar).
2. وكان ينتقل بين المقامات الأصليةBeliau melakukan proses pemindahan
lagu di antara maqam-maqam asli
والفرعية ببراعة فائقة مع الالتزام dengan maqam farci dengan keyakinan
بأصول علم القرآءات ومعاني الآيات
tinggi berserta iltizam dengan usul ilmu
. الكريمة Qira’at dan makna-makna ayat al-Quran.
3. استطاع أن يمزج بين الأحكام والتفسيرBeliau berkemahiran dalam
وعلم القرآءات والموسيقى الصوتيةmenghimpunkan antara elemen hukum
tajwid, tafsir, qiraat dan seni lagu al-
. والحنجرية مزيجا ارتجاليا Quran secara spontan.
4. إن الشيخ مصطفى إسماعيل يفاجئناBeliau sentiasa mempamerkan
دائما بمسارات موسيقية وقفلات غيرpergerakan alunan lagu dan penutup
متوقعةlagu yang tidak pernah terjangka.
5. "فدعا ربه أني مغلوب: لقوله تعالىBeliau membacakan dua potongan ayat
al-Quran ini dengan membuat lima kali
ففتحنا أبواب السماء بماء،فانتصر ulangan tanpa menyamai antara satu
ففي إحدى التسجيلات قرأ."منهمر sama dalam persembahan.
مصطفى إسماعيل هاتين الآيتين خمس
مرات دون أن تتشابه إحداهما مع
. الأخرى في الطريقة
54
6. كان قادرا أيضا على التنقل بينBeliau sangat berkemahiran tinggi
المقامات الموسيقية المختلفة أثناءdalam memindahkan maqam-maqam
lagu yang pelbagai ketika dalam
. التلاوة bacaan.
7. والتمكن من تمثيل الآيات بصوتهBeliau sangat berkeyakinan tinggi
dalam aspek melakukan perumpamaan
الطيع والتعبير عن المعاني بأداء terhadap maksud ayat al-Quran dengan
خارق دون أن تشعر أنه يتكلف ذلك أو perantaraan suara, tanpa beliau sedar
. يجهد نفسهbahawa beliau bersungguh-sungguh
dalam melaksanakannya.
8. إن الشيخ مصطفى إسماعيل لا يقرأBeliau tidak akan membacakan al-
Quran, melainkan mengambil
بل يفسر بصوته،الآيات فحسب perhatian ke atas kehendak maksud
المعاني والألفاظ ويتدبر دلالاتها ayat, malahan mentafsirkan lafaz-lafaz
serta ayat-ayat al-Quran dengan
الإيمانية
perantaraan suara, dan mentadaburkan
dalil-dalil dari ayat al-Quran dengan
hati penuh perasaan.
9. "قالت يا أيها الملأ إني ألقي: قال تعاليBacaan beliau seperti sedang
إلي كتاب كريم" قرأها مصورا حالة menggambarkan keadaan yang berlaku
التريث والتفكير التي كانت تعيشها di saat itu seperti kisah raja Balqis yang
ملكة بلقيس عندما وصلها الخطاب من berkata, bahawa telah dicampakkan
kepadanya sebuah kitab mulia yakni
. عند نبي الله سليمان عليه السلام telah sampai seruan Nabi Sulaiman
kepadanya.
12. "فدعا ربه أني: يقرأ الشيخ قوله تعالىSuara beliau bergema secara jelas dan
terang seperti suara guruh seolah anda
مغلوب فانتصر ففتحنا أبوابالسماء بماء sedang mendengar suara hujan, petir
منهمر وفجرنا الأرض فالتقى الماء dan kilat.
فجاءصوته مجلجلا."على أمر قد قدر
مدويا كالرعد وكأنك تسمع صوت
. المطر والبرق والرعد
13. إن صوت المقرئ الشيخ مصطفىBeliau sangat berkemampuan dalam
mengaplikasikan suara pada tahap-
إسماعيل قادر بطبقاته المتعددة على tahap (tabaqah) yang pelbagai supaya
عكس الحالة التي يريد القرآن أن kehendak maksud ayat itu sampai
. يوصلها إلى قرائه أو مستمعيهkepada pembaca dan pendengar.
55
2.4.2 Uslub Bacaan Syeikh Anwar Shahat
Biodata Dan Gelaran
Beliau ialah Syeikh Syahat Muhammad Anwar. Dilahirkan pada 1 Julai 1959 di
kampung bernama Kafru Wazir, markaz Mit Ghazal, Muhafazah Daqoliah, Mesir.
Beliau merupakan qari yang bertugas di masjid Imam al-Rifa’ie.
Beliau mempunyai bilangan ahli keluarga yang amat sedikit. Selepas tiga
bulan daripada kelahirannya, bapa beliau meninggal dunia. Maka jadilah beliau
seorang anak yatim yang mengharungi kehidupan yang dipenuhi segala pahit dan
manis. Ibunya menyusukan beliau dengan penuh kasih sayang dan menghantar
beliau ke rumah datuknya bagi tujuan supaya dapat merasai kehidupan
berkeluarga bersama-sama teman-teman saudaranya yang lain di mana datuknya
sangat mengambil berat dan prihatin dengan memberikan penjagaan yang sangat
baik dan sempurna sehinggalah gigi beliau tumbuh. Setelah itu beliau dijaga pula
oleh bapa saudaranya.
Dalam keluarga bapa saudaranya, beliau membesar dan dididik dengan
menghafal al-Quran. Beliau membesar dengan sebuah keluarga yang
mementingkan al-Quran yang turut mempengaruhi beliau sehingga berjaya
menamatkan hafalan al-Quran. Usia beliau ketika itu adalah 8 tahun.
Dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari bapa saudaranya, Syeikh Hilmi
Muhammad Mustafa, beliau telah berjaya mengulang hafalan al-Quran lebih
daripada sekali. Setelah usianya menjangkau 10 tahun, Syeikh Syahat Anwar
dihantar pula ke sebuah kampung yang dipanggil Kafrul Miqdam, adalah
bertujuan untuk mendalami dan belajar ilmu Tajwid daripada seorang guru yang
dikenali ramai, Syeikh Ali Sayyid Ahmad (al-Farariji). Syeikh Ali merupakan
orang yang pertama yang sangat prihatin dan amanah dalam mendidik dan
membimbing beliau. Syeikh Ali melihat bahawa Syeikh Syahat memiliki
kelebihan dan keistimewaan yang boleh diajar dan diasuh sehingga menjadi salah
seorang qari yang terkenal di bumi Mesir dan dunia secara keseluruhannya.
Syeikh Syahat Anwar telah melalui perjalanan kariernya yang sangat
panjang dan jauh. Sebelum itu, beliau belum lagi memakai pakaian rasmi qurra’
iaitu jubah dan kopiah merah, tapi hanya memakai jubah putih dan kopiah putih
biasa. Pada suatu hari, beliau telah diundang untuk membaca al-Quran di khemah
saudaranya, Syeikh Muhammad Ahmad Syabib di sebuah kampung yang terkenal
dengan nama Dumyat, berdekatan dengan Kafrul Wazir. Beliau tidak dapat
memperoleh kualiti bacaan yang sebenar di hadapan para hadirin yang mendengar
56
kerana keadaan dan situasi orang ramai yang kurang peduli dengan persembahan
dan bacaan al-Quran oleh beliau, khususnya kepada guru beliau iaitu al-Haj
Muhammad Abu Isma’il yang turut bersama mendengar bacaan pada malam itu.
Namun demikian, Syeikh Anwar Syahat tidak berputus asa dan
menjadikan ia sebagai cabaran dan dorongan serta semangat untuk terus belajar
sepanjang masa. Justeru, beliau mula melakukan penambahbaikan dan kemas kini
bacaan beliau dari semasa ke semasa. Seorang lagi yang turut mendengar bacaan
beliau pada malam tersebut adalah Syeikh Muhammad Abdul Baqi. Syeikh
Muhammad Abdul Baqi menetap di Bandar Bur Said bersama-sama anak-
anaknya sampai sekarang. Tatkala mana Syeikh Muhammad Abdul Baqi
mendengar bacaan Syeikh Syahat Anwar setelah itu, ternyata beliau amat
terpegun dan gembira sekali. Ketika itu, Syeikh Syahat Anwar sudah mula
memakai pakaian rasmi qari dan beliau mengenakan lilitan serban di atas kepala
berserta kopiah. Seseorang telah berkata kepada beliau “ kamu akan menjadi
seorang syeikh kabir”. Para hadirin yang masih berada di situ ketawa sebagai
tanda kegembiraan dan sangat berharap agar Syeikh Syahat Anwar suatu hari
nanti akan menjadi salah seorang qari besar di Mesir.
Selepas berlalu 20 tahun, maka Syeikh Syahat Anwar mulai terkenal
dengan personaliti dan gaya bacaan yang unik dan menarik serta memiliki acuan
bacaan yang tersendiri. Bermula daripada itu, terdapat banyak jemputan atau
undangan yang diterimanya dari seluruh pelosok bumi Mesir bahkan dunia
keseluruhannya. Bacaan Syeikh Syahat Anwar tidak meniru kepada gaya dan
uslub bacaan daripada qari-qari lain, namun beliau mempunyai kemahiran
tersendiri yang dikurniakan Allah SWT kepada beliau.
Selepas tahun 1970, rakaman-rakaman bacaan oleh Syeikh Syahat
Anwar mula tersebar ke seluruh kawasan dan Muhafazah dan turath tersebut
sangat dipelihara rapi khususnya setelah beliau banyak melakukan musafir ke luar
kawasan demi pekerjaan. Pihak syarikat telah membuat rakaman bacaan dan
rakaman itu dibeli oleh kebanyakan para qari bagi tujuan menjalankan perniagaan,
sehingga rakaman-rakaman tersebut cepat tersebar ke serata tempat di Mesir dan
luar Mesir. Syeikh Syahat Anwar menjadi salah seorang qari yang dianggap
sebagai ‘bintang’ dalam penyiaran Iza’ah al-Quran di Mesir.
Jika diamati antara Syeikh Hamdi Zamil dengan Syeikh Syahat Anwar,
kedua-dua mereka adalah berasal dari kawasan yang sama. Namun, kemasyhuran
yang diperoleh oleh Syeikh Syahat Anwar ternyata lebih ke hadapan dan lebih
terserlah, walaupun pada suatu ketika Syeikh Hamdi Zamil dianggap sebagai qari
yang pertama dan terakhir yang ada di kawasan tersebut.
57
Syeikh Syahat Anwar telah berjaya membebaskan dirinya daripada
ikatan dan belenggu terhadap kaedah dan cara atau gaya bacaan yang meniru
bacaan dari qari-qari yang lain. Beliau juga dianggap memiliki ‘madrasah
tilawah’ dalam aspek seni bacaan berlagu atau tarannum dan aspek kesempurnaan
dalam cara penyampaian. Pada 16 Disember 1979 adalah merupakan detik
bersejarah kerana rakaman suara beliau telah sampai ke seluruh dunia melalui
perantaraan Iza’atul Quran Mesir pada bacaan al-Quran di waktu fajar subuh.
Bermula detik itu, taraf Syeikh Syahat Anwar adalah sama dengan Syeikh
Mahmud Ali al-Banna yang juga memiliki keelokan dari aspek penyampaian
bacaan dan kemerduan suaranya. Sebelum Syeikh Mahmud Ali al-Banna
meninggal dunia, beliau sempat berkata kepada al-Ustaz ‘Asom al-Hawari tatkala
mendengar bacaan Syeikh Syahat, bahawa Syeikh Syahat akan menjadi salah
seorang qari masyhur di Mesir dalam pembacaan al-Quran.
Antara qari yang lahir dari ‘madrasah Syeikh Syahat Anwar’ adalah
seperti Syeikh Nasir al-Ziat, Syeikh Sya’ban al-Hadad, Syeikh Abdul Latif,
Syeikh Hadan al-Sunbulawin, Syeikh Mahmud Badran di Syarqiah, Syeikh
Isma’il al-Tontowi al-Mansur, Syeikh Muhammad al-Marihi di Hadaik al-
Qubbah dan seorang peguam iaitu al-Ustaz ‘Alau Din Ahmad Ali di Syubra
Khemah.
Sepanjang pembabitan Syeikh Syahat Anwar dalam dunia al-Quran,
beliau telahpun melawati hampir kebanyakan negara seperti Britain, Amerika,
Sepanyol, Argentina, Perancis, Brazil, Nigeria, Maldives, Cameron, Iran dan lain-
lain lagi.
Contoh Uslub Bacaan
Bil. Uslub Bacaan/ أسلوب القراءةHuraian
1. كان يلعب بالعرب أثناء قراءتهBeliau bermain dengan ‘urab’ (bunga
suara) ketika sedang membaca.
2. كان يقرأ ويجهد نفسه علي فهم معانيBeliau membaca dan berusaha untuk
القرآنmemahami makna ayat.
3. كان أدائه والقائه في التلاوة طبيعياPersembahan dan penyampaian tilawah
ارتجالياbeliau adalah secara tabii dan spontan.
58
2.4.3 Uslub Syeikh Abdul Basit Abdul Samad
Biodata Dan Gelaran
Beliau ialah Syeikh Abdul Basit Abdul Samad. Dilahirkan di Madinah Armant,
Muhafazah Qana pada Januari tahun 1927. Beliau meninggal dunia pada 30
November tahun 1988 ketika dalam perjalanan membuat rawatan susulan di
London akibat menghidap masalah jantung. Hayat hidup beliau selama 62 tahun.
Syeikh Abdul Basit adalah seorang qari yang terkenal di Mesir dan
merupakan qari yang tergolong dalam peringkat pertama atau kelas pertama di
antara qari-qari yang ada pada zamannya selepas qari-qari seperti Syeikh Ahmad
Nada, Syeikh Muhammad Rif’at, Syeikh Mustafa Isma’il, Syeikh Muhammad
Salamah, Syeikh Abdul Fattah al-Sya’sya’ie, Syeikh Yusuf al-Bahtimi, Syeikh
Abdul Azim Zahir, Syeikh Muhammad Siddiq al-Minsyawi dan lain-lain.
Sepanjang hidupnya, Syeikh Abdul Basit telah melawat lebih 100 buah
negara dalam usaha menyebarkan dakwah al-Quran kepada masyarakat Muslim
dan non Muslim sehingga beliau menjadi terkenal di seluruh dunia. Ditangan
beliau, terdapat lebih 92 individu yang telah memeluk agama Islam di Uganda
dan 30 orang lagi di Amerika sepanjang kembara beliau ke sana.
Syeikh Abdul Basit telah menyempurnakan semua hafalan al-Quran
ketika berusia 10 tahun di bawah bimbingan dan tunjuk ajar dari Syeikh
Muhammad Salim Hamudah dan berjaya memperoleh ilmu Qiraat sepuluh
daripadanya.
Syeikh Abdul Basit pernah membaca al-Quran di Masjidil Haram di
Mekah dan Masjid al-Nabawi di Madinah sehingga beliau digelar dengan “ صوت
”مكةyang bererti “suara Mekah”. Dengan pengiktirafan itu, kerajaan Saudi
mengundang beliau untuk memasuki Penyiaran Saudi bagi menerbitkan sebarang
rakaman yang berkaitan dengan al-Quran. Beliau telah berjaya merakam bacaan
murattal melalui riwayat Hafs an-‘Asim pada tahun 1953. Di Mesir pula, beliau
dilantik sebagai qari rasmi untuk berkhidmat di masjid al-Imam al-Syafie’.
Selepas 15 tahun, beliau dipilih pula sebagai qari rasmi di masjid al-Husin
sebelum Syeikh Mahmud Ali al-Banna meninggal dunia pada tahun 1985. Di
sana, beliau hanya sempat bertugas selama 3 tahun sahaja. Bacaan terakhir yang
dipersembahkan oleh beliau adalah di masjid al-Husin pada 18 November 1988
sebelum menghembuskan nafas terakhir.
59
Antara qari-qari yang terkesan dengan uslub bacaan beliau ialah Syeikh
Mahmud Husnin al-Kalihi, salah seorang qari Mesir yang tinggal di wilayah
Sa’id, Mesir.
Syeikh Abdul Basit telah dikurniakan dengan sebelas orang anak. Empat
daripadanya adalah perempuan, manakala tujuh lagi adalah lelaki. Dalam
keluarga tersebut, seorang yang mengikuti langkahnya sebagai seorang qari, yang
dikenali dengan Syeikh Torik Abdul Basit, merupakan pelapis dan bakat baru
kepada generasi qurra’ di Mesir.
Syeikh Abdul Basit adalah seorang yang sangat berpengaruh di beberapa
buah negara seperti Indonesia dan Pakistan. Pernah dalam suatu majlis di
Indonesia, para hadiran yang mendengar dan mengikuti bacaan beliau mencecah
¼ juta orang Islam. Beliau telah melawati banyak negara-negara Islam seperti
Nigeria, India, Pakistan, Malaysia, Indonesia, Iraq, Iran dan lain-lain lagi.
Sepanjang penglibatan beliau dalam kerja dakwah dan perjuangan al-
Quran di seluruh dunia, justeru sangat layak beliau digelar sebagai “”مبدع القراءة56.
Contoh Uslub Bacaan
Bil. Uslub Bacaan/أسلوب القراءة
1. Beliau sangat berkebolehan dalam mengaplikasikan tahap suara
(tabaqah) suara dengan bentuk yang sangat unik (Muzhil).
2. Beliau memindahkan maqam-maqam lagu dengan penuh yakin, tidak
keterlaluan sehingga boleh merosakkan hukum tajwid.
3. Dalam aspek potongan-potongan suara, jelas terdapat keserasian antara
lafaz-lafaz ayat dengan maksudnya, manakala penyampaian beliau
sangat menarik dan terdapat keunikan pada Balaghah al-Qur’an dalam
susunan bacaannya.
4. Perhentian bacaan beliau adalah tidak disangka-sangka dan di luar
jangkaan.
5. Beliau berkebolehan mengaplikasikan dua tabaqah suara dalam bacaan
iaitu Qarar dan Jawab.
56 Faruq Fahmi, Sufara’ul Quran, kitab Jumhuriah Misriah. Hlm. 47.
60
2.5 Gaya atau Model Bacaan Tarannum atau Berlagu
Topik ini akan membincangkan tentang gaya atau model bacaan tarannum atau
berlagu. Ia terbahagi kepada dua model iaitu model gaya ala Misri dan ala Hijazi
atau Makawi.
2.5.1 Gaya atau Model Taranuum Misri
Jenis bacaan ini digayakan oleh qari-qari Mesir. Secara umum, terdapat ramai qari
yang lahir di bumi Mesir berbanding tanah Hijaz iaitu Mekah dan Madinah. Di
sini, dicatatkan senarai qari-qari masyhur di Mesir adalah seperti berikut;
1. Syeikh Ahmad Nada
2. Syeikh Ali Mahmud
3. Syeikh Muhammad Rifaat
4. Syeikh Mansur Badar
5. Syeikh Muhammad Sifi
6. Syeikh Abdul Fattah al-Sya’syai’e
7. Syeikh Muhammad U’kasyah
8. Syeikh Muhammad Salamah
9. Syeikh Taha al-Fasyni
10. Syeikh Ali Hazin
11. Syeikh Ahmad Sulaiman al-Sa’dani
12. Syeikh Abdul Rahman al-Durri
13. Syeikh Abdul A’zim al-Damanhuri
14. Syeikh Abdul A’zim Zahir
15. Syeikh Mustafa Ismail
16. Syeikh Mansur al-Syami al-Damanhuri
17. Syeikh Abdul Fatah al-Qadhi
18. Syeikh Mahmud Abdul Hakim
19. Syeikh Mahmud Khalil al-Husori
20. Syeikh Hasyim Haibah
21. Syeikh Muhammad Sodik al-Minsyawi
22. Syeikh Sayyid al-Naqsyabandi
23. Syeikh Ibrahim al-Mansuri
24. Syeikh Kamil Yusof al-Bahtimi
25. Syeikh Abu al-I’enin al-Syae’sya’
26. Syeikh Mahmud al-Bujairimi
27. Syeikh Mahmud Ali al-Banna
28. Syeikh Abdul Basit Abdul Samad
29. Syeikh Abdul Aziz Ali Farj
61
30. Syeikh Muhammad Abdul Aziz Hason
31. Syeikh Hamdi Zamil
32. Syeikh Muhammad Ahmad Syuib
33. Syeikh Muhammad Mahmud al-Tablawi
34. Syeikh Muhammad Badar Husin
35. Syeikh Raghib Mustafa Ghalwash
36. Syeikh Ahmad al-Ruzaiqi
37. Syeikh Fathi Hasan al-Miliji
38. Syeikh Mahmud Sodik al-Minsyawi
39. Syeikh Muhammad Imran
40. Syeikh Ahmad Nui’na’
41. Syeikh Sya’ban Abdul Aziz al-Siad
42. Syeikh A’syur al-Bahrawi
43. Syeikh Abdul A’ti Hasan Nasif
44. Syeikh Abdul Aziz al-Harbi
45. Syeikh Abdul Fatah al-Toruti
46. Syeikh Abdul Muni’in Abu al-Khair
47. Syeikh Abdul Waris Abdul Aziz
48. Syeikh Ali Mahmud Farj
49. Syeikh Muhammad Ahmad al-Basiuni
50. Syeikh Muhammad Abdul Hadi al-Helbawi
51. Syeikh Muhammad Abdul Wahab al-Tontowi
52. Syeikh Muhammad Muhammad al-Laithi
53. Syeikh Muhammad Mahmud Rifaat
54. Syeikh Muhammad Mahmud Usfur
55. Syeikh Makawi Mahmud Muhammad
56. Syeikh Mamduh Abdul Jalil Ali
57. Syeikh Yasin Hasan Nada
58. Syeikh Muhammadi Buhairi Abdul Fattah
59. Syeikh Farju Allah Mahmud al-Syazili
60. Syeikh Fuad Sayyid Muhammad
62
2.5.2 Gaya atau Model Tarannum Hijazi @ Makawi
Gaya atau model ini digayakan oleh qari-qari di tanah Hijaz dan Mekah. Tiada
maklumat terperinci tentang qari-qari ala Hijazi atau Makawi. Bacaan gaya Hijazi
atau Makawi dikatakan dipelopori oleh qari-qari yang berasal dari rumpun
Melayu yang belajar di Mekah dan Madinah, dan kemudian menyebarkan pula ke
tanah Melayu. Antara qari-qari tersebut adalah;
1) Ustaz Hj. Yusof Kedondong (Malaysia)
2) Ustaz Ahmad Syahid (Indonesia)
Para qari Hijazi dalam kalangan Arab pula tidak dapat dipastikan
keberadaan mereka. Ini disebabkan tiada bahan rujukan ilmiah yang menceritakan
tentang riwayat qari tarannum mereka, melainkan hanya qari dalam bidang tartil
sahaja seperti Syeikh Abdulrahman Sudais, Syeikh Su’ud Syurim, Syeikh Ali
Abdul Rahman Huzaifi, Syeikh Mahir Mu’aiqili, Syeikh Ali Abdullah Ali Jabir,
Syeikh Sa’id al-Ghamidi, Syeikh Abdul Aziz Soleh dan lain-lain57. Jika diamati
kepada gaya bacaan ala Hijazi atau Makawi, ia seperti lagu-lagu qasidah dan
ibtihal. Kemungkinan ciri-ciri bacaan ala Hijazi atau Makawi ini terkesan dengan
lagu-lagu dan irama-irama yang berbentuk Hijazi atau Makawi atau ada
kemungkinan juga qari yang yang mengajar lagu ala gaya Hijazi atau Makawi ini
menerapkan dalam bacaan berlagu yang akhirnya dilihat sebagai gaya Hijazi dan
Makawi.
2.6 Kriteria-kriteria dan Ciri-ciri Bacaan Tarannum Berlahjah
Kearaban
Bacaan berlahjah kearaban mempunyai ciri-ciri berikut iaitu;
1. لهجة العرب- Ialah huruf sab’ah.
2. صوت العرب- Ialah nada dan suara arab.
3. لحن العرب- Ialah lagu atau irama arab.
4. لكنة العرب- Ialah fasohah huruf dari segi hukum-hakam tajwid.
57 Solahuddin Salim. Mausu’ah Sufara al-Quran al-Mu’asirin. Dar al-Hadharah. 2012.
63
5. تعبير العرب- Ialah pengolahan dan penyampain arab.
6. أسلوب العرب- Ialah cara dan kaedah arab.
Uslub Lahjah Sout
Arab Arab Arab
Ta'bir Lahn
Arab Ciri-ciri Arab
Bacaan
Berlahjah
Kearaban
Laknah
Arab
Rajah 1: Ciri-ciri Bacaan Berlahjah Keraban
64
BAB 3
KAEDAH-KAEDAH SUARA DALAM BACAAN
TARANNUM
65
3.1 Kategori Suara
Suara boleh dikategorikan kepada beberapa gred atau kualiti mutu suara iaitu;
1. Gred A
Iaitu suara yang mempunyai kemanisan, lunak merdu, lantang, lembut,
keaslian bunga lagu dan boleh mencapai kesemua lapangan suara.
2. Gred B
Iaitu suara mempunyai kemanisan, merdu, kurang lantang, lembut, keaslian
bunga lagu dan boleh mencapai sebahagian lapangan suara.
3. Gred C
Iaitu suara yang mempunyai kurang kemanisan, kurang merdu, kurang
lantang, kurang lembut, tiada keaslian bunga lagu dan boleh mencapai semua
lapangan suara atau tidak.
4. Gred D
Iaitu suara yang mempunyai ketidakmanisan, tidak merdu, tidak lantang,
tidak lembut, tiada keaslian bunga lagu dan mencapai sebahagian lapangan
suara.
66
Bil Gred Suara Kemanisan Kelunakan
1. A Kemanisan Kelunakan
Kemerduan
2. B Kemanisan kemerduan
3. C Kurang Kurang
Kemanisan Kemerduan
4. D Kurang Kurang
kemanisan Kemerduan
Jadual 18: Justifikasi Pe
6
Kelantangan Kelembutan Keaslian Lapangan
Kelantangan Kelembutan Bunga Suara
Keaslian Memenuhi
Kurang Kelembutan Bunga Lagu Semua
Lapangan
Kelantangan Keaslian Memenuhi
Bunga Lagu Sebahagian
Kurang Kurang Lapangan
Tiada Memenuhi
Kelantangan Kelembutan Keaslian Semua
Bunga Lagu Lapangan
Kurang Kurang atau
Tiada Sebahagian
Kelantangan Kelembutan Keaslian Memenuhi
Bunga Lagu Sebahagian
Lapangan
Suara
erbezaan Kategori Suara
67
3.2 Kumpulan Suara
Secara umum, suara boleh dibahagikan kepada empat suara mengikut kumpulan
suara yang wujud pada manusia 58 iaitu;
Bil. Jenis Suara Sifat Suara
1. al-Tinur/أصوات حادة التينور Suara Tenor (Lelaki), suara tinggi.
Suara Bass (Lelaki), suara paling rendah.
2. al-Bas/أصوات غليظة الباص Suara Soprano (Perempuan), suara tertinggi.
3. al-Subrano/ أصوات حادة Suara Contralto (perempuan), suara rendah.
السبرانو
4. al-Contralto/ أصوات غليظة
الكنترالتو
Akan tetapi dalam sumber yang lain menyebutkan bahawa suara lelaki terbahagi
kepada empat jenis iaitu suara Bass ( )الباصiaitu suara paling rendah, suara Baritone
( )الباريتونiaitu suara pertengahan, suara Tenor ( )التينورiaitu suara tinggi dan suara
Countertenor ( )كاونترتينورiaitu suara tertinggi.
Manakala suara perempuan pula terdiri daripada tiga jenis iaitu suara Contralto
( )الكنترالتوiaitu suara rendah, suara Mezzo-Soprano ( )ميزو سبرانوiaitu suara pertengahan dan
suara Soprano ( )السبرانوiaitu suara tertinggi.
3.3 Tobaqah atau Tahap Suara
Tobaqah atau tahap suara boleh dibahagikan kepada lima iaitu;
Bil. Tobaqah Suara Huraian
1. Qararul Qarar/قرار القرار Suara paling rendah
2. Qarar/القرار Suara rendah
3. Jawab/الجواب Suara tinggi
4. Jawabul Jawab/جواب الجواب suara tertinggi
5. Jawab Jawabul Jawab atau Suara paling tinggi
Sulaifiah/جواب جواب الجواب أو سليفية
58 A’tiah Abdul Khaliq Khalil, kitab Fannun Tarbiatul Aswat Wa Ilmu al-Tajwid, Maktabahal-Anjalo
al-Misriah, Cetakan Darul Mampis, Tahun 1983.
68
Jawab Jawabul
Jawab/Sulaifiyyah
Jawabul Jawab
Jawab
Qarar
Qararul Qarar
Rajah 2: Tobaqah atau Tahap suara dalam Bacaan Tarannum
3.4 Jenis-jenis Suara Dalam Bacaan Tarannum
Dalam topik ini akan menghuraikan tentang jenis-jenis suara dalam bacaan.
Terdapat berbagai jenis-jenis suara yang diaplikasikan dalam setiap bacaan,
antaranya ialah;
Bil. Jenis Suara dalam Bacaan
1. Suara Mendatar
2. Suara Bukaan
3. Suara Tutupan
4. Suara Menekan
5. Suara Meletup
6. Suara Rintihan
7. Suara Kelupan
8. Suara Menaik
9. Suara Menurun
10.. Suara Menjunam
11. Suara Keluhan
12. Suara Goncangan
13. Suara Mematah
14. Suara Kecergasan
15. Suara Menunggu
16 Suara Mendatar
69
Mendatar
Menunggu Bukaan
Cergas Tutupan
Mematah Menekan
Goncangan Meletup
Keluhan Rintihan
Menjunam Kelupan
Menurun Menaik
Rajah 3: Jenis-jenis Suara dalam Bacaan Tarannum
70
Suara-suara tersebut hanya terjadi dalam bacaan secara tarannum sahaja.
Namun begitu, tidak kesemua ia boleh diambil dan dilakukan kecuali hanya
sedikit saja. Hal ini kerana akan dibimbangi boleh menjejaskan keaslian bacaan
itu sendiri. Setiap qari yang ingin mempraktikkan jenis-jenis suara tersebut mesti
mendapatkan tunjuk ajar dan bimbingan daripada guru yang mahir dalam kaedah
dan teknik ini. Guru tersebut akan menghurai dan menerangkan maksud sebenar
jenis-jenis suara berikut secara lebih terperinci.
3.5 Konsep Bacaan Lembut ()قراءة لينة
Dalam menerangkan topik ini, ada sebuah hadis Nabi SAW yang berbunyi;
رأيت النبي صلى الله عليه وسلم وهو: سمعت عبد الله بن مغفل قال:حدثنا أبو إياس قال
. وهو يقرأ سورة الفتح قراءة لينة وهو يرجع،على ناقته أو جمله وهي تسير به
Abdullah bin Mughaffal berkata, Aku melihat Nabi SAW berada di atas
tunggangan baginda atau untanya yang berjalan bersama baginda di mana
baginda sedang membaca surah al-Fath dengan bacaan lembut dan baginda
mengulang-ulang.59
Imam Bukhari menyebut tentang hadis ini pada akhir kitab al-‘Itisom,
bahawa Mu’awiyyah bin Qurrah telah membaca al-Quran dengan bacaan yang
lembut dan mentarji’. Kemudian beliau berkata, jika tidak aku takuti orang akan
berkumpul kepada kamu, nescaya aku akan ‘mentarji’’ seperti mana Ibn
Mughaffal telah lakukan tarji’ terhadap Nabi SAW. Aku berkata kepada
Mu’awiyyah, bagaimanakah rupa bentuk keadaan tarji’ itu? Lalu dia menjawab,
( )ا ا اtiga kali. Hadis ini pada hukum Fiqh adalah harus berlagu dengan al-Quran
bila merujuk kepada sabda Nabi SAW tentang gambaran keadaan bacaan baginda
dengan ( ) ا ا اsebanyak tiga kali. Demikianlah maksud sebenar tarji’.
Sesungguhnya telah dinyatakan pada bab yang lepas tentang ‘barang siapa yang
tidak berlagu dengan al-Quran adalah bukan dari kalangan kami’.60
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, maksud tarji’ adalah hampir kepada
mengiramakan baris-baris dalam bacaan di mana asalnya adalah menggetarkan
suara pada halkum. Ibn Hajar mentafsirkan hadis Abdullah bin Mughaffal dalam
kitab al-Tauhid dengan katanya, ( )ا ا اadalah kemungkinan bermaksud
memanjangkan mad pada tempatnya.
59 Sahih Bukhari, No. Hadis 5047.
60 Syarah Ibn Battal, bab al-Tarjik, Juzuk 19, Hlm. 361.
71
Al-Qurtubi pula berkata, maksud tarji’ berkemungkinan adalah
memanjangkan mad pada tempatnya.61
Dalam kitab Umdatul Qari disebutkan bahawa maksud tarji’ ialah
apabila seseorang qari menggetarkan suaranya pada huruf di dalam halkum adalah
seperti golongan yang berlagu dengan al-Quran.62
Hadis tentang Nabi Daud AS memiliki mizmar juga menjadi hujah
kepada makna sebenar tarji’. Menurut Ibnu Abbas, baginda membaca kitab al-
Zabur dengan tujuh puluh lahnun63. Baginda membacanya dengan cara
mendendangkannya.
Di Mekah al-Mukarramah, perbuatan laungan azan seperti itu adalah
dengan cara tarji’. Kaedah tersebut terus sambung-menyambung sehingga ke
zaman Imam al-Syafie’ RA.64
Ibn al-‘Asir berkata bahawa tarji’ adalah memberi makna menggetarkan
bacaan, antaranya adalah tarji’ pada laungan azan.65
Dalam peristiwa penggalian khandak, Nabi SAW bersama-sama dengan
orang-orang Islam apabila baginda hendak mencangkul parit dengan kapak besi,
mengangkut tanah dan membawa pasir yang dicangkul dengan bekas besar, maka
baginda mengangkat suaranya bersama-sama dengan cara (bernasyid). Orang-
orang Islam juga turut sama mengangkat suara dengan cara nasyid ketika sedang
melakukan kerja tersebut. Baginda sama-sama mentarji’ iaitu mengulang-ulang.
Orang-orang Islam berhibur dengan satu nyanyian ringkas sewaktu peristiwa itu.
Dalam kalangan orang Islam itu terdapat seorang lelaki yang bernama Ju’ail,
baginda sangat benci dengan nama itu, lalu menukarkannya dengan nama
‘Amran’. Maka orang-orang Islam yang bekerja menggali parit dalam peristiwa
Khandak itu amat gembira sekali. lalu mereka mengalunkan nasyid ringkas secara
berkumpulan;
ً وكان للبائس يوماً ظهرا# ًسماه من بعد جعيل عمرا
Apabila mereka menyebut dengan lafaz ‘’عمرو, Nabi SAW menjawab
dengan lafaz ‘ ’عم ًراdan apabila mereka menyebut dengan lafaz ‘’ظهر, maka Nabi
61 Ibn Hajar al-Uskolani, kitab Fathul Bari, Cetakan Darul Fikr, Juzuk 8, hlm. 584.
62 Kitab Umdatul Qari, Syarh al-Bukhari, bab Surah al-Fath, Juzuk 19, Hlm. 176.
63 Lahnun di sini ialah lagu atau irama.
64 Al-Kasymiri, kitab Faidhul Bari, Syarh al-Bukhari, bab Tarjik al-Azan, Juzuk 2, Hlm. 365.
65 Kitab Umdatul Qari, Syarh al-Bukhari, bab Keelokan suara ketika membaca, Juzuk 20, Hlm. 55.
72
SAW menjawab dengan ‘’ظه ًرا. Demikianlah perilaku mereka sehingga selesai
penggalian Khandak.
Dengan pendapat tersebut, jelas menunjukkan bahawa maksud bacaan
lembut ialah bacaan melalui cara ‘tarji’ iaitu mempunyai elemen-elemen lagu
dalam sebuah bacaan dan perantaraan suara sebagai alat untuk memproses
alunan-alunan dan irama-irama yang sedap dan menarik. Bacaan lembut
merupakan salah satu daripada sifat-sifat bacaan Nabi SAW. Bacaan lembut dapat
dikenal pasti dalam aspek berkaitan suara dan bukannya kaitan huruf. Hal ini
kerana suara berperanan sama ada untuk melembutkan atau mengeraskan bacaan.
Ia bergantung sejauh mana seseorang itu berkemahiran mengurus dan
mengaplikasikan suara ketika itu.
3.6 Tip Memanjangkan Nafas
Seorang qari yang hebat dan cemerlang dalam bidang tilawah al-Quran adalah
memiliki nafas yang panjang. Ia adalah bermaksud apabila ingin melakukan
wakaf pada sesuatu ayat, nafas tersebut adalah cukup dan memadai untuk
berhenti bacaan. Segelintir qari lebih mengutamakan nafas panjang dalam bacaan
sehingga panjangnya meleret-leret. Justeru, pembelajaran ilmu tarannum adalah
jalan terbaik untuk melatih dan membimbing para qari menguasai teknik suara
panjang ketika membaca. Dengan latihan tersebut, para qari dapat mempelajari
dan berkemahiran tinggi dalam aspek mengaplikasikan teknik-teknik nafas dan
suara panjang dalam sesuatu bacaan sehingga mampu mempersembahkan bacaan
al-Quran dengan tempoh masa lebih panjang dan lama seperti mengimami solat
tarawih dan sebagainya.
73
Di sini, dinyatakan beberapa tip bagaimana untuk memanjangkan nafas
seperti berikut;
a. Memperbanyakkan latihan membaca.
b. Mengamalkan minum air suam.
c. Mengelakkan makan makanan panas, pedas, tajam, berminyak dan
berais.
d. Duduk dalam keadaan tengkuk tegak dan menghala ke atas.
e. Perut jangan terlalu buncit.
f. Jangan makan terlalu kenyang ketika ingin membaca.
g. Jarakkan masa antara makan dan membaca sekurang-kurangnya 3 jam
sebelum membaca.
h. Kurangkan mengeluarkan terlalu banyak angin ketika menyebut sesuatu
huruf.
i. Kurangkan tekanan emosi ketika membaca.
j. Membaca dalam keadaan yang tenang.
k. Melatih suara dengan menyebut aaa..iii…uuu… berulang-ulang.
l. Melakukan aktiviti berenang dan berjoging
m. Mempraktikkan teknik tarik nafas dan lepas.
n. Menarik nafas secara dalam-dalam sehingga merasai pada paru-paru dan
jantung.
o. Menyebut sebarang huruf di waktu pagi sebelum subuh.
p. Mengamalkan sebarang doa.
74
3.7 Contoh-contoh Ayat Latihan
Dalam topik ini akan mengemukakan contoh-contoh ayat al-Quran yang boleh
dipraktikkan oleh para qari mengikut turutan susunan maqam lagu yang diberikan.
3.7.1 Latihan 1: Surah al-Baqarah, Juzuk 1, Ayat 44-57
1) Bayyati-Soba-Nahawand-Bayyati
Bil. Ayat Terjemahan
1. 44. Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebaikan, sedang
kamu melupakan diri (kewajipan)
kamu sendiri, padahal kamu
membaca al-Kitab (Taurat)? Maka
tidakkah kamu berfikir?
2. 45. Jadikanlah sabar dan solat sebagai
penolong kamu, dan sesungguhnya
yang demikian itu sungguh berat
kecuali bagi orang-orang yang
khusyuk.
3. 46. Iaitu orang-orang yang menyakini
bahawa mereka akan menemui
Tuhannya dan bahawa mereka akan
kembali kepada-Nya.
4. 47. Wahai Bani Israil, ingatlah akan
nikmat-Ku yang telah aku
anugerahkan kepadamu dan
(ingatlah pula) bahawasanya Aku
telah melebihkan kamu atas segala
umat.
5. 48. Dan jagalah dirimu dari (azab) hari
(kiamat yang pada hari itu)
seseorang tidak dapat membela
orang lain walau sedikit pun; dan
(begitu pula) tidak diterima syafaat
dan tebusan dari padanya, dan
tidaklah mereka akan ditolong.
6. 49. Dan (Ingatlah) ketika kami
selamatkan kamu dari Fir'aun dan
pengikut-pengikutnya, mereka
menimpakan kepadamu seksaan
yang seberat-beratnya, mereka
menyembelih anak-anakmu yang
75
laki-laki dan membiarkan hidup
anak-anakmu yang perempuan.
Pada yang demikian itu terdapat
cubaan-cubaan yang besar dari
Tuhanmu.
7. 50. Dan (ingatlah), ketika kami
membelah laut untukmu, lalu kami
selamatkan kamu dan kami
tenggelamkan Fir'aun dan
pengikut-pengikutnya sedang kamu
sendiri yang menyaksikannya.
8. 51. Dan (ingatlah), ketika kami berjanji
kepada Musa (memberikan Taurat,
sesudah) empat puluh malam, lalu
kamu menjadikan anak lembu
(sembahan) sepeninggalnya dan
kamu adalah orang-orang yang
zalim.
9. 52. Kemudian sesudah itu kami
maafkan kesalahanmu, agar kamu
bersyukur.
10. 53. Dan (ingatlah), ketika kami berikan
kepada Musa al-Kitab (Taurat) dan
keterangan yang membezakan
antara yang benar dan yang salah
agar kamu mendapat petunjuk.
11. 54. Dan (ingatlah), ketika Musa berkata
kepada kaumnya; "Hai kaumku,
sesungguhnya kamu telah
menganiayai dirimu sendiri kerana
kamu telah menjadikan anak lembu
(sembahanmu), maka bertaubatlah
kepada Tuhan yang menjadikan
kamu dan bunuhlah dirimu.
Demikian itu adalah lebih baik
bagimu di sisi Tuhan yang
menjadikan kamu. Maka Allah
akan menerima taubatmu.
Sesungguhnya dialah yang Maha
76
Penerima Taubat lagi Maha
Penyayang.
3.7.2 Latihan 2: Surah Ibrahim, Juzuk 13, Ayat 12-20
2) Bayyati-Hijaz-Nahawand-Bayyati
Bil. Ayat Terjemahan
1. 12.Mengapa kami tidak bertawakal
kepada Allah padahal dia telah
menunjukkan jalan kepada kami,
dan kami sungguh-sungguh akan
bersabar terhadap gangguan-
gangguan yang kamu lakukan
kepada kami. dan hanya kepada
Allah sajalah orang-orang yang
bertawakal itu berserah diri.
2. 13.Orang-orang kafir berkata kepada
rasul-rasul mereka: "Kami
sungguh-sungguh akan mengusir
kamu dari negeri kami atau kamu
kembali kepada agama kami". Maka
Tuhan mewahyukan kepada
mereka; "Kami pasti akan
membinasakan orang- orang yang
zalim itu”.
3. 14. Dan kami pasti akan menempatkan
kamu di negeri-negeri itu sesudah
mereka. Yang demikian itu (adalah
untuk) orang-orang yang takut
(akan menghadap) kehadiratku dan
yang takut kepada ancamanku.
4. 15. Dan mereka memohon kemenangan
(atas musuh-musuh mereka) dan
binasalah semua orang yang berlaku
sewenang-wenang lagi keras
kepala.
5. 16. Di belakangnya ada (neraka)
Jahanam dan dia akan diberi
minuman dengan air nanah.
77
6. 17. Diminumnya air nanah itu dan
hampir dia tidak boleh menelannya
dan datanglah (bahaya) maut
kepadanya dari segenap penjuru
tetapi dia tidak juga mati, dan di
hadapannya masih ada azab yang
berat.
7. 18. Mereka tuli, bisu dan buta. Maka
tidaklah mereka akan kembali (ke
jalan yang benar).
8. 19. Tidakkah kamu perhatikan, bahawa
sesungguhnya Allah telah
menciptakan langit dan bumi
dengan hak ? Jika dia menghendaki,
nescaya dia membinasakan kamu
dan menggantikan kamu dengan
makhluk yang baru.
9. 20. Dan yang demikian itu sekali-kali
tidak sukar bagi Allah.
3.7.3 Latihan 3: Surah al-Isra’, Juzuk 15, Ayat 9-15
3. Bayyati-Soba-Hijaz
Bil. Ayat Terjemahan
1. 9. Sesungguhnya al-Quran ini
memberikan petunjuk kepada (jalan)
yang lebih lurus dan memberi
khabar gembira kepada orang-orang
Mukmin yang mengerjakan amal
soleh bahawa bagi mereka ada
pahala yang besar.
2. 10. Sesungguhnya al-Quran ini
memberikan petunjuk kepada (jalan)
yang lebih lurus dan memberi khabar
gembira kepada orang-orang
mukmin yang mengerjakan amal
soleh bahawa bagi mereka ada
pahala yang besar.
78
3. 11. Dan manusia mendoa untuk
kejahatan sebagaimana ia mendoa
untuk kebaikan. Adalah manusia
bersifat tergesa-gesa.
4. 12. Dan kami jadikan malam dan siang
sebagai dua tanda, lalu kami
hapuskan tanda malam dan kami
jadikan tanda siang itu terang, agar
kamu mencari kurniaan dari
Tuhanmu, dan supaya kamu
mengetahui bilangan tahun-tahun
dan perhitungan. dan segala sesuatu
telah kami terangkan dengan jelas.
5. 13. Dan tiap-tiap manusia itu telah kami
tetapkan amal perbuatannya
(sebagaimana tetapnya kalung) pada
lehernya, dan kami keluarkan
baginya pada hari kiamat sebuah
kitab yang dijumpainya terbuka.
6. 14. "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu
sendiri pada waktu ini sebagai
penghisab terhadapmu".
7. 15. Barang siapa yang berbuat sesuai
dengan hidayah (Allah), maka
sesungguhnya dia berbuat itu untuk
(keselamatan) dirinya sendiri; dan
barang siapa yang sesat, maka
sesungguhnya dia tersesat bagi
(kerugian) dirinya sendiri. Dan
seorang yang berdosa tidak dapat
memikul dosa orang lain, dan kami
tidak akan mengazab sebelum kami
mengutus seorang rasul.
8. 16. Dan jika kami hendak
membinasakan suatu negeri, maka
kami perintahkan kepada orang-
orang yang hidup mewah di negeri
itu (supaya mentaati Allah) tetapi
mereka melakukan kederhakaan
dalam negeri itu, maka sudah
79
sepantasnya berlaku terhadapnya
perkataan (ketentuan kami),
kemudian kami hancurkan negeri itu
sehancur-hancurnya.
3.7.4 Latihan 4: Surah al-Furqan, Juzuk 19, Ayat 61
4) Bayyati- Nahawand-Rast
Bil. Ayat Terjemahan
1. 61. Maha Suci Allah yang menjadikan
di langit gugusan-gugusan bintang
dan dia menjadikan juga padanya
matahari dan bulan yang
bercahaya.
2. 62. Dan dia pula yang menjadikan
malam dan siang silih berganti
bagi orang yang ingin mengambil
pelajaran atau orang yang ingin
bersyukur.
3. 63. Dan hamba-hamba Tuhan yang
Maha Penyayang itu ialah orang-
orang yang berjalan di atas bumi
dengan rendah hati dan apabila
orang-orang jahil menyapa
mereka, mereka mengucapkan
kata-kata (yang mengandung)
keselamatan.
4. 64. Dan orang yang melalui malam
hari dengan bersujud dan berdiri
untuk Tuhan mereka.
5. 65. Dan orang-orang yang berkata;
"Ya Tuhan kami, jauhkan azab
Jahanam dari kami. Sesungguhnya
azabnya itu adalah kebinasaan
yang kekal".
6. 66. Sesungguhnya Jahanam itu
seburuk-buruk tempat menetap
dan tempat kediaman.
80
7. 67. Dan orang-orang yang apabila
membelanjakan (harta), mereka
tidak berlebihan, dan tidak (pula)
boros dan kikir, dan adalah
(perbelanjaan itu) di tengah-
tengah antara yang demikian.
8. 68. Dan orang-orang yang tidak
menyembah Allah sebagai tuhan
dan tidak membunuh jiwa yang
diharamkan Allah
(membunuhnya) kecuali dengan
(alasan) yang benar, dan tidak
berzina, maka barang siapa yang
melakukan yang demikian itu,
nescaya dia mendapat
(pembalasan) dosa (nya).
9. 69. Yakni akan dilipat gandakan azab
untuknya pada hari kiamat dan dia
akan kekal dalam azab itu dalam
keadaan terhina.
70. Kecuali orang-orang yang
bertaubat, beriman dan
mengerjakan amal soleh. Maka
kejahatan mereka diganti Allah
dengan kebajikan dan adalah Allah
Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.
81
RUJUKAN
al-Quran al-Karim
Abdul Rahman bin Muhammad Qasim. 1990. Hasyiah Muqaddimah al-Tafsir.
Riyadh: Maktabah al-Rusyd.
Abu al-Hasan Ali bin Khalaf bin Abdul Malik bin Battal al-Qurtubi. 2002. Syarh
al-Bukhari. Riyadh: Maktabah al-Rusyd.
Abu Hasan Maqatil bin Sulaiman. 2002. Tafsir Maqatil. Bayrut: Dar Ihya’ al-
Turath.
Ahmad bin Hambal. T.t. Musnad Imam Ahmad. Bayrut: Muassasah al-Risalah.
al-Bayhaqi. 2003. al-Sunan al-Qubra. Tahqiq. Muhammad Abd Qadir ‘Ata.
Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah.
al-Bukhari. 2001. al-Jami’ al-Sahih. Cet. Pertama. Beirut: Dar al-Thawq al-Najah.
al-Hakim. Mohammad bin Abdullah al-Hakim al-Naisaburi. 2002. al-Mustadrak
‘Ala al-Sahihaini. Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah.
al-Muslim. ‘Abi al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj al-Qushairi al-Naisaburi. 2006.
Sahih Muslim. Cet. Pertama. Jil. 1. Riyadh: Dar al-Tayyibah.
al-Qurtubi. Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi Abdullah. 2006. Jami’
Li Ahkamul Quran. Muassasah al-Risalah.
al-Takrif Bil Quran, Mujammak Raja Fahad, Saudi.
al-Tarmizi. al-Tarmizi Abu ‘Isa. 1996. Sunan al-Tirmizi. Beirut: Dar al-Gharb al-
Islami.
al-Tobroni. 1995. al-Mu’jam al-Ausot li al-Tobrani. Saudi: Dar al-Haramain.
Atiyyah Abd al-Khaliq & Nahid Ahmad Hafiz. 1984. Fann Tarbiyyah al-Sawt wa
‘Ilm al-Tajwid. Kaherah: Maktabah al-Anjalu al-Misriyyah.
Darwish Muhammad. T.th. Safa al-Awqat Fi ‘Ilmi al-Nagham. Mesir: al-Tawfiq.
82
Faruq Fahmi. 1994. al-Qur’an wa Mashahir al-Qurra’. Kitab Jumhuriyyah
Misriyyah.
Ibn ‘Asyur. Mohamad al-Tohir bin ‘Asyur. 1984. Tafsir al-Tahrir Wa al-Tanwir.
Tunisia: Dar al-Tunisia li al-Nasyr.
Ibn ‘Uthaimin. Mohammad bin Soleh Uthaimin. 2005. Syarh Riyadh as-Solihin.
Riyadh: Madar al-Watan li al-Nasyr.
Ibn Al-Mulqin. Umar bin Ali bin Ahmad al-Ansari. 2008. al-Taudhih li Syarh al-
Jami’ al-Sahih. Qatar: Wizarah al-Auqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah.
Ibn Hajar al-‘Asqalani. al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Hajar al-‘Asqalani. 1379H.
Fath al-Bari Bisyarh Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Ma’rifah.
Ibn Kathir. ‘Abi al-Fida’ Imaduddin ‘Abi Fu’ad Isma’il Ibn Umar. 2000. Tafsir al-
Quran al-‘Azim. Jil. 11. Cet. Pertama. Kaherah: Muassah Qurtubah.
Kamal al-Najmi. 1992. al-Shaykh Mustafa Isma’il Hayatuh fi Zillil al-Qur’an. al-
Qahirah: Muassasah Dar al-Hilal.
Mahmud al-Sa’dani. 1996. Alhan al-Sama’. al-Qahirah: Akhbar al-Yawm.
Mahmud bin Ahmad al-‘Aini Badruddin Abu Muhammad. 2001. Umdah al-Qari
Syarh al-Bukhari. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah.
Majalah al-Buhus al-Islamiah.
Mohammad Ali al-Sobuni. 1981. Mukhtassor Ibnu Kathir. Beirut: Dar al-Quran
al-Karim.
Muhammad Anwar al-Kasymiri. 2005. Faidh al-Bari ‘ala al-Sahih al-Bukhari.
Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah.
Shukri al-Qadi. 1997. ‘Abaqirah al-Tilawah fi Qarn al-‘Ishrin. Kaherah: Dar al-
Jumhuriyyah.
Syarahan Kursus Muzakarah Tarannum al-Quran di ILIM, Bangi peringkat
Kebangsaan pada 2007.
83
Wan Hilmi Wan Abdullah. 2014. Pengaruh Tarannum Qari-qari Mesir Terhadap
Qari-qari di Malaysia. Tesis Sarjana Pengajian Islam. UKM: Jabatan
Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam.
Zakariya Hamimi. 2009. Sawt Min al-Sama’, al-Syaikh Abdul Basit Abdul Samad.
Cet. Pertama. al-Qahirah: Hibah al-Nil al-Arabiyyah.
84