The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU PSS SMK KUALA JENDERIS, 2022-08-16 01:14:53

HAIWAN DI ZOO

HAIWAN DI ZOO

Penerbit
ABS TiNTA
No. 144, Jalan Elektron U16/89
Denai Alam
40160 SHAH AKAM
SELANGOR DARUL EHSAN
No. Tel/Faks: 03-78312304
H/P: 019-7772132

©ABS TiNTA
Hakcipta Terpelihara

AMARAN ATAS HAKCIPTA
Semua hakcipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku elektronik ini tidak boleh
diterbitkan semula atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang
cara , baik dengan cetakan penerbitan, mekanik, pengambaran atau sebagainya tanpa
izin dan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak penerbit.

Daripada Pengarang

Siasatan Utusan Malaysia mendapati, daripada 1,089 perpustakaan desa
yang beroperasi di seluruh negara, tidak sampai 10 peratus mencapai
matlamat yang disasarkan. Lebih menghampakan apabila purata nisbah
pinjaman buku oleh kira-kira 1.3 juta ahlinya hanya 1:4 setahun berbanding
nisbah bacaan buku kebangsaan yang dikeluarkan iaitu 1:8 hingga 12 buku
setahun.

Dibandingkan dengan nisbah-nisbah tersebut, Malaysia sebenarnya masih
jauh ketinggalan untuk mencapai tahap bacaan rakyat di negara-negara maju
seperti ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) iaitu 1:20 buah buku
setahun.

Selaras dengan itu, kami terpanggil untuk menghasilkan bahan bacaan
dalam bentuk buku elektronik supaya dapat memudahkan pengguna
membuat pinjaman melalui atas talian. Kajian juga membuktikan pembaca
pada masa kini semakin gemar membaca bahan-bahan bacaan dalam bentuk
elektronik. Ia lebih mudah, cepat dan berkesan bila membaca dan mudah di
bawa kemana-mana sahaja tanpa bebanan dan waktu perkhidmatan
perpustakaan yang terhad. Bahan bacaan ini sesuai di baca dan memberi
kemudahan 24/7 kepada pengguna.

Semoga usaha dan inisiatif ini dapat menyumbang kepada peningkatan
tahap bacaan rakyat Malaysia secara keseluruhan melambangkan kemajuan
dan kemodenan perkhidmatan perpustakaan di Malaysia.

Terima kasih.

PENULIS







Tahukah anda berkenaan dengan Zoo?

Zoo adalah suatu tempat yang terdapatnya haiwan-
haiwan jinak dan liar dipelihara dan dilindungi. Ia
dipelihara bagi tujuan pendedahan kepada masyarakat
tentang sifat, habitat dan bentuknya. Terdapat beberapa
jenis haiwan yang mungkin susah kita temui, tetapi
boleh dilihat di zoo. Haiwan-haiwan dari luar negara
juga boleh ditemui seperti singa laut dan pengguin.



1

Singa adalah mamalia karnivor yang terangkum dalam keluarga

Felidae. Di gelar Raja Rimba, ia merupakan salah satu daripada
empat jenis kucing besar dalam genus Panthera. Dengan
jantannya yang sangat besar, melebihi 250 kilogram (550 paun)
beratnya, haiwan ini adalah kucing yang kedua terbesar selepas
harimau.

Singa-singa hidup selama lebih kurang 10–14 tahun di dalam
hutan belantara. Kebiasaannya, singa hidup dalam sesuatu
kawasan dalam berkumpulan. Sekumpulan singa terdiri daripada
sekawanan singa betina dan anak-anak serta sebilangan kecil singa
jantan dewasa. Kumpulan singa ini sangat menjaga wilayahnya.
Anak-anak singa jantan yang telah dewasa akan diusir. Singa
betina lazimnya memburu secara berkumpulan, dan biasanya
memburu haiwan besar seperti kuda belang, kerbau, zirafah,
badak air dan juga gajah muda. Singa adalah pemangsa.

2

3

Harimau merupakan spesies binatang terbesar di kalangan

empat jenis "kucing besar" dalam genus Panthera, dan anggota
famili Felidae. Harimau yang berasal dari Asia Timur dan Selatan
ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan maging. Harimau boleh
mencecah sepanjang 3.3 meter (11 kaki) dan berat 300 kilogram
(660 paun). Selain bentuk fizikalnya yang besar dan kuat, ciri-ciri
terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak
berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan
atau merah kejinggaan.

Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri
dengan persekitaran baru, terdapat dari kawasan Siberia, ke
padang rumput terbuka, ke paya bakau tropika, antara lainnya.
Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan
berkawan dikawasannya, dan sering memerlukan kawasan habitat
yang amat luas untuk menampung keperluan memburu
mangsanya. Tiga daripada sembilan spesies harimau moden sudah
diisytiharkan pupus dan enam yang selebihnya digolongkan
sebagai terancam. Punca-punca utama harimau terancam ialah
kemusnahan dan fragmentasi habitat, dan juga kegiatan memburu
oleh manusia.

4

5

Harimau Bintang ialah salah satu kucing besar dalam genus

Panthera. Ia hidup di Afrika dan Asia. Harimau bintang biasanya
mempunyai bulu berwarna kuning dengan roset gelap dan bintik,
dan warna lebih cerah di bahagian bawah. Namun terdapat
banyak perbezaan dalam sub spesies harimau bintang yang
berbeza. Terdapat juga harimau bintang yang semuanya hitam,
juga dipanggil harimau kumbang hitam. Asalnya harimau bintang
hidup di seluruh Afrika (tapi bukan di Sahara) dan Asia Selatan.
Namun hari ini banyak sub spesies harimau bintang, terutamanya
di Asia, di ancam kepupusan, pupus atau hampir mati. Harimau
bintang sangat aktif pada waktu malam. Ia dapat memanjat
dengan sangat baik, dan banyak masanya tinggal di atas pokok. Ia
selalunya makan mamalia sederhana besar, dan juga burung,
reptilia serta serangga. Kebiasaannya hidup sendirian dan cuba
untuk tidak berjumpa dengan harimau bintang lain. Ia hanya
bersama-sama apabila mengawan. Anak harimau bintang
meninggalkan ibunya selepas usianya mencapai 13 - 18 bulan.

6

7

Harimau Kumbang ialah kelainan beberapa jenis harimau

seperti jaguar (Panthera onca) dan harimau bintang (Panthera
pardus). Harimau kumbang mempunyai taburan yang luas dan
mempunyai rupa dan memburu mangsa yang yang amat
berbeza. Ia mungkin mempunyai corak kulit yang berwarna
kuning pucat di kawasan gurun, dan kuning tua di kawasan
padang rumput. Terdapat juga harimau kumbang yang
berwarna hitam keseluruhan tubuhnya. Ini disebabkan
penghasilan pewarna hitam yang berlebihan di dalam kulit dan
bulunya, tetapi tompok bulunya masih ada, walaupun samar-
samar.

Harimau kumbang merupakan haiwan yang gemar bersendirian
dan mempunyai kawasan pemburuan yang dikawalnya sendiri.
Sungguhpun begitu, kawasan pemburuan harimau kumbang
jantan mungkin turut merangkumi (bertindan) dengan kawasan
pemburuan beberapa ekor harimau kumbang betina.

8

9

Buaya adalah haiwan reptilia yang hidup di dalam air. Haiwan

ini adalah dikategorikan sebagai haiwan pemangsa. Induk buaya
betina rata-rata menyimpan telur-telurnya dengan dibenamkan
pada tanah atau di bawah seresah daun dan menunggu dari jarak
sekitar 2 meter dari dalam air. Di musim bertelur buaya amat buas
menjaga telurnya. Di Malaysia dan Indonesia ada 3 jenis buaya
yang terkenal:

1.Buaya muara
2.Buaya air tawar Irian
3.Buaya sepit

Di seluruh dunia terdapat 23 jenis buaya (termasuk seluruh famili
Crocodilian, Alligator, Gharial, serta Caiman). Dari semua jenis
tersebut, Buaya Muara Crocodilus Porosus adalah yang terbesar.
Penyebaran buaya muara adalah di perairan Indonesia dan
Australia, serta negara negara lain sekitar Indonesia, penyebaran
Buaya Muara terdapat mulai dari perairan laut India dan Sri lanka
di Lautan Hindi hingga Fiji di Lautan Pasifik.

10

11

Tenggiling ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di

Malaysia. Nama sainsnya Manis javanica.

Tenggiling adalah haiwan yang tergolong dalam golongan
haiwan bertulang belakang (vertebrata), kelas Mamalia.

Apabila ia merasakan bahaya, ia akan menggulungkan
tubuhnya sebagai suatu pertahanan dengan menggunakan
sisiknya yang keras. Makanan utama tenggiling ialah semut dan
anai-anai. Sebagai mamalia, Tenggiling berdarah panas,
melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di
badan. Tenggiling akan menjaga anaknya sehingga mampu
berdikari. Tenggiling tinggal dalam lubang-lubang yang terdapat
pada bahagian akar pokok yang besar, dan juga mengorek
lubang dalam tanah sebagai sarangnya.

12

13

Zirafah adalah mamalia yang tertinggi dalam semua spesies

haiwan di daratan. Zirafah jantan mampu mencecah ketinggian
sehingga 4.8 hingga 5.5 meter dengan berat sehingga 900
kilogram. Zirafah betina biasanya rendah sedikit dan lebih
ringan. Dalam keluarga Zirafah, hanya terdapat dua spesies, iaitu
Okapi dan Zirafah.

Zirafah boleh didapati di kawasan padang rumput savana kering.
Zirafah meragut jauh lebih tinggi berbanding haiwan lain.
Zirafah memakan kebanyakannya daun acacia dan aprikot liar,
pucuk, buah dan tumbuhan yang lain. Zirafah mempunyai ciri-
ciri seperti leher yang panjang, lidah, tengkorak, pipi dan bahu
yang panjang membolehkan ia mencapai pokok yang tinggi.

Untuk minum zirafah perlu mengangkangkan kakinya, malah
melutut. Biasanya zirafah memerlukan kawasan ragut sekitar 160
kilometer persegi / 62 batu persegi. Zirafah merupakan haiwan
asli di Afrika, Zirafah berkait dengan rusa dan lembu, tetepi
diletakkan dalam keluarga berbeza, Giraffidae, yang mempunyai
hanya zirafah dan saudara terdekatnya, Okapi.

14

15

Kuda Belang adalah ahli famili kuda yang berasal daripada Afrika

tengah dan selatan. Nama sainsnya Equus burchelli. Kesemua kuda
belang mempunyai belang menegak hitam dan putih pada bahagian
hadapan dan belang sendeng kearah bahagian belakang.

Terdapat tiga spesies dan banyak subspesies.

• Kuda belang dataran (Equus quagga, dahulunya Equus burchelli)
• Kuda belang gunung (Equus zebra) di barat daya Afrika

cenderung memiliki kulit licin sleek coat dengan perut putih dan
belang halus berbanding dengan kuda belang padang rumput
plain.
• Kuda belang Grevy (Equus grevyi) adalah jenis terbesar, serupa
dengan zebra lain tetapi dengan bulu tengkuk tegak, dan kepala
yang panjang kurus menjadikan ia kelihatan seperti keldai. Ia
adalah haiwan padang rumput separuh kering di Ethiopia,
Somalia.

16

17

Kongkang (bahasa Inggeris: Slow Loris) ialah salah satu

daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Kongkang
merupakan salah satu dari tiga spesies loris yang dikelaskan
dalam genus Nycticebus: Kongkang Sunda (Nycticebus coucang),
Kongkang Bengal (Nycticebus bengalensis) dan Kongkang Kerdil
(Nycticebus pygmaeus). Primate Strepsirhini bergerak perlahan
ini terdapat dari Borneo dan selatan Filipina di Asia Tenggara,
sepanjang Bangladesh, Vietnam, Indonesia, India (Timur laut
India, Bengal), selatan China (kawasan Yunnan), dan Thailand.

Mereka diburu kerana mata mereka yang besar, yang bernilai
dalam perubatan tradisi tempatan, menjadikan mereka dalam
daftar spesies terancam. Di Indonesia, ia dinamakan malu malu.
Spesies Kerdil disenaraikan sebagai terancam. Selain itu,
Kongkang Jawa diketegorikan sebagai spesies terancam dan
semua spesies kongkang lain sebagai lemah.

18

19

Monyet adalah sekumpulan primat simian di samping

mawas. Terdapat 264 spesies monyet yang diketahui wujud di
dunia.

Oleh sebab keserupaannya dengan monyet, mawas-mawas
seperti cimpanzi dan ungka turut dipanggil "monyet" dalam
perbualan tidak formal, sungguhpun sebenarnya bukan
monyet. Sebaliknya, gara-gara saiznya (sehingga 1 m), Mandrill
juga disangka merupakan sejenis mawas, tetapi sebenarnya
sejenis monyet Dunia Lama.

Perkataan "kera" kadang-kala digunakan untuk memaksudkan
mana-mana jenis monyet, tetapi sebenarnya hanya
memaksudkan satu spesis (Macaca fascicularis) di Malaysia.

20

21

Burung Unta merupakan burung terbesar yang masih hidup.

Dengan ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki), ia cukup besar
untuk seseorang dewasa berbadan kecil menunggang mereka dan
telah digunakan disebahagian Afrika Utara dan Arab sebagai
tunggangan lumba. Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk
dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali, iaitu ratit
(Palaeognaths). Nama sainsnya Struthio camelus.

Burung Unta berasal dari savana dan separa-gurun Afrika di utara
dan selatan zon hutan Khatulistiwa. Spesies yang terdapat di
Timur Tengah, yakni S. c. syriacus, telah pun pupus.

Burung Unta dipelihara sebagai sumber daging di kawasan sejuk
seperti Sweden. Rasa dagingnya seperti daging tak berlemak.
Apabila diancam, burung Unta mampu menyebabkan kecederaan
yang serius dengan tendangan dari kaki mereka yang kuat.

22

23

Gajah merupakan haiwan daratan terbesar di dunia. Terdapat

beberapa spesies gajah di dunia seperti:
1.Gajah Asia
2.Gajah Afrika

Gajah Afrika merupakan haiwan daratan terbesar di dunia.
Sepanjang 55 juta tahun terdapat 500 spesies gajah yang dikenalpasti
dan hanya dua spesies yang masih kekal iaitu Gajah Asia dan Gajah
Afrika. Spesies Gajah Asia dan Gajah Afrika mula berpecah kira-kira
dua juta tahun dahulu. Dari jurai keturunan spesies Gajah Asia
terhasillah gajah mammoth yang bagaimanapun kini telah pupus.

Gajah Asia berbeza daripada Gajah Afrika dari segi telinganya yang
kecil sedikit, mempunyai dahi yang rata, dan dua bonggol di
kepalanya merupakan puncak tertinggi gajah, berbanding dengan
Gajah Afrika yang mempunyai hanya satu bonggol di atas kepala.
Selain itu, hujung belalai Gajah Asia hanya mempunyai 1 bibir,
sementara Gajah Afrika mempunyai 2 bibir di hujung belalai.
Kedua-dua jantina Gajah Afrika mempunyai gading manakala hanya
gajah jantan Asia yang mempunyai gading.

24

25

Bangau adalah burung dari keluarga Ciconiidae. Badan

berukuran besar, berkaki panjang, berleher panjang namun
lebih pendek dari burung Kuntul, dan mempunyai paruh yang
besar, kuat dan tebal.

Bangau boleh dijumpai di daerah beriklim Khatulistiwa.
Makanan berupa katak, ikan, serangga, cacing, burung kecil dan
mamalia kecil. Paruh yang dilagakan dengan pasangannya
merupakan cara berkomunikasi menggantikan suara panggilan.
Bangau merupakan burung pantai yang berhijrah dari satu
kawasan ke kawasan yang lain.

Bangau merupakan burung yang mempunyai rentang sayap
lebar. Spesies Leptoptilos crumeniferus dari Afrika mempunyai
rentang sayap 3,2 meter. Kebiasaaannya sarang digunakan untuk
beberapa tahun sahaja, ianya berukuran sangat besar dengan
diameter hingga 2 meter dan kedalaman sarang 3 meter.

26

27

Tenuk merupakan sejenis haiwan mamalia. Juga dikenali

sebagai Badak Cipan, Badak Tampung.

Terdapat empat jenis tenuk, yang mempunyai kaitan rapat,
dikenal pasti pada hari ini seperti berikut :-

1. Tenuk Malaysia (Tapirus indicus) - Terdapat di Asia Tenggara
dan Malaysia.

2. Tenuk Baird (Tapirus bairdii) - Terdapat di Mexico dan
Amerika Tengah.

3. Tenuk Gunung (Tapirus pinchaque) - Terdapat di hutan
tanah tinggi dan paramos di utara Andes di Colombia dan
Ecuador.

4. Tenuk Brazil (Tapirus terrestris) - Terdapat di kawasan hutan
Amerika Selatan.

28

29

Pelandok (bahasa Inggeris: Borneon Yellow Muntjac)

adalah salah satu daripada haiwan yang terdapat di
Malaysia. Nama saintifik adalah Muntiacus atherodes.

Pelanduk atau kancil (nama ilmiah: Tragulus javanicus)
adalah haiwan menyusui (mamalia) sebangsa kijang yang
kecil tubuhnya. Pelanduk adalah spesies rusa berkuku
genap dari keluarga Tragulidae. Pada ukuran dewasa
ukurannya sama dengan kelinci. Pelanduk berhabitat di
hutan hujan tropika Asia Tenggara, termasuk Malaysia.
Pelanduk termasuk salah satu mamalia terkecil di dunia.

30

31

Penguin (order Sphenisciformes, famili Spheniscidae) merupakan

sejenis burung akuatik yang tidak boleh terbang dan hidup di
tempat yang sejuk seperti Kutub Selatan. Bergantung pada pihak
berkuasa mana diikuti, kepelbagaian burung penguin berbeza-beza
antara 17 dan 20 spesies, semuanya dalam subfamili spheniscinae.
Sesetengah sumber menganggap spesies white-flippered penguin
(penguin berkaki sirip putih) sebagai spesies Eudyptula. Spesies
penguin terbesar adalah Penguin Emperor (Aptenodytes forsteri)
dengan tinggi mencapai 1.1 meter dan berat 35 kilogram atau lebih.

Spesies penguin terkecil adalah Penguin Peri, (Eudyptula Minor)
dengan tinggi antara 40 cm dan berat satu kg. Penguin memakan
krill (sejenis kerang), ikan dan haiwan air yang ditangkap ketika
berenang di laut. Penguin dapat minum air laut kerana kelenjar
supraorbital pada tubuhnya menyaring lebihan garam laut dari
aliran darah. Garam ini lalu dikeluarkan dalam bentuk cairan
melalui saluran pernafasan penguin. Penguin mampu berenang
dengan kecepatan 6 hingga 12 km/jam bahkan pernah tercatat
hingga 27km/jam.

32

33

Burung Botak ialah sejenis burung randuk yang besar daripada

famili Ciconiidae. Nama saintifiknya Leptoptilos javanicus.
Spesies ini tersebar luas dan merupakan pembiak tempatan di
Asia selatan dari India di timur ke China selatan dan pulau Jawa

Burung Botak ialah burung yang besar, biasanya antara 110
hingga 120 sentimer tingginya, dengan 210 sentimeter rentang
sayapnya. Tubuh atas dan sayapnya berwarna hitam, tetapi perut
dan sebelah bawah ekornya putih. Kepala dan lehernya botak
seperti burung hering. Paruh burung ini berwarna pucat dan
berbentuk panjang dan tebal.

Burung Botak membiak di tanah lembap di tanah pamah
tropika. Burung ini membina sarang-sarang ranting di atas pokok-
pokok, dan membentuk koloni-koloni kecil. Seperti dengan
kebanyakan saudaranya, Burung Botak makan katak serta
serangga besar khususnya, tetapi juga akan makan anak burung,
cicak, dan rodensia. Burung Botak juga makan daging bangkai
yang reput.

34

35

Burung Enggang Badak ialah salah satu daripada burung enggang

terbesar, dewasa 110-127 cm (43-50 inci) panjang dan seberat 2-3 kg
(4.4-6.6 paun). Nama sainsnya Buceros rhinoceros. Burung
Enggang Badak atau juga dikenali sebagai burung Kenyalang boleh
didapati di Kepulauan Borneo khususnya negeri Sarawak, Malaysia,
Semenanjung Malaysia, Sumatera, Pulau Jawa dan Borneo.

Sebagaimana burung enggang lain, burung jantan memiliki mata
kuning bata atau merah, dan burung betina mata keputihan.
Burung ini memiliki paruh kebanyakkannya putih.

Burung enggang bertelur dalam batang pokok, burung betina
tinggal didalamnya bersama telor, sementara burung jantan
membawa makanan kepada burung betina dan anak--anaknya.
Selepas bertelur, burung jantan akan mengambil lumpur dan
pasangan tersebut akan menggunakan lumpur dan najis bagi
menutup bukaan masuk ke sarang.

Burung Enggang Badak makan buah-buahan, serangga, reptilia
kecil, tikus, dan burung kecil. Burung Enggang Badak merupakan
haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen
pemburuan untuk memburunya.

36

37

Flamingo ialah sejenis burung tropika daripada famili

Phoenicopteridae yang berkaki kurus panjang, berparuh
lengkung, berleher panjang dan berbulu merah jambu.

Flamingo boleh ditemui di Afrika, Asia, Amerika Utara,
Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Eropah. Burung ini
biasanya hidup di kawasan berair. Flamingo boleh tinggal di
tasik gunung berapi yang panas dan tasik berais di pergunungan
Andean.

Spesies flamingo yang terbanyak adalah flamingo besar dan
flamingo Amerika atau flamingo Caribbean. Flamingo besar
lebih pudar warnanya dan tinggal di Eurasia, daripada kawasan
timur Mediterranean ke India; dan di beberapa bahagian di
Afrika. Flamingo Amerika atau flamingo Caribbean berwarna
merah terang dan membiak di kawasan Caribbean, dari Yucatan
dan Hindia Barat ke pesisiran pantai timur laut Amerika
Selatan. Spesies ini membiak dengan baik dalam kawasan yang
terkurung. Kedua-dua spesies jantan burung ini boleh mencapai
tinggi 155 sm.

38

39

Burung Hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif

pada waktu malam (nokturnal) dan mempunyai bentuk muka yang
berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata
seperti muka manusia dengan kedua belah matanya menghadap ke
hadapan.

Burung hantu mempunyai paruh bengkok ke bawah yang tajam,
dan mempunyai bulu jambul yang lembut. Kedua-dua jantina
kelihatan serupa, walaupun burung hantu betina biasanya 25%
lebih besar berbanding burung hantu jantan.

Mata burung hantu dapat melihat dengan baik dalam cahaya yang
kurang. Burng ini juga dapat memusingkankan kepalanya 135
darjah ke kedua-dua belah, memberikannya bidang penglihatan
yang bagus. Bagaimanapun, burung ini mengalami rabun dekat, ia
tidak dapt melihat dengan jelas apa-apa yang berada betuk-betul di
hadapannya.

Burung hantu adalah haiwan maging. Makanan utamanya haiwan

mamalia kecil seperti tikus, cencorot, burung lain dan sebagainya.

Sebagaimana burung yang lain, burung hantu membiak dengan

bertelur. Telurnya berwarna putih dan mempunyai cangkerang

yang keras yang dieramkan di dalam sarang yang dibina oleh

burung hantu betina. 40


Click to View FlipBook Version