41
Helang merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di
seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Helang ialah
haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang
diselubungi bulu pelepah. Sebagai burung, helang membiak dengan
cara bertelur, telur yang mempunyai cangkerang keras di dalam
sarang yang dibinanya. Ia menjaga anaknya sehingga mampu
terbang.
Helang merupakan haiwan pemangsa atau maging (karnivor).
Makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, tupai dan
ayam. Terdapat sesetengah helang yang menangkap ikan sebagai
makanan utama mereka. Paruh helang tidak bergigi tetapi
mempunyai bengkok yang kuat untuk mengoyak daging mangsa.
Burung in juga mempunyai sepasang kaki yang kuat dan kuku yang
tajam bagi mencengkam mangsa serta daya penglihatan yang tajam
untuk memburu mangsa dari jarak jauh.
Helang mempunyai sistem pernafasan yang berkesan dan mampu
untuk membekalkan jumlah oksigen yang banyak yang diperlukan
ketika terbang.
42
43
Burung Undan adalah sejenis burung air yang memiliki kantung
di bawah paruhnya, dan merupakan sebahagian dari keluarga
burung Pelecanidae. Telah ditemukan di semua benua kecuali
Antartika. ia juga terdapat umumnya di wilayah yang beriklim
panas.
Burung undan adalah perenang yang baik, dengan kaki mereka
yang pendek dan kuat serta berselaput. Makanannya adalah ikan,
namun ia juga memakan haiwan amfibia, kerang-kerangan ataupun
crustacea, dan dalam beberapa keadaan, memakan burung kecil. Ia
menangkap mangsa dengan memperbesar kantung paruhnya. Ia
perlu mengeringkan kantung tersebut sebelum menelan makanan.
.
Burung undan bersarang secara koloni. Spesies yang bersarang di
pepohonan memiliki cara yang lebih mudah. Burung undan jantan
membuat sarang menggunakan akar kayu, dahan / ranting kering
dan sabut. Burung undan betina pula membentuk struktur sarang
dengan mudah dan ringkas dari bahan-bahan tersebut.
44
45
Badak Sumbu tergolong di dalam Order Perissodactyla dan famili
Rhinocerotidae. Terdapat dua subfamili badak sumbu iaitu yang
mempunyai satu sumbu dan yang mempunyai dua sumbu.
Lima spesis badak yang ditemui iaitu Badak Hitam (Diceros
bicornis), Badak Sumbu Putih (Ceratotherium simum) di Afrika,
Badak Kerbau (Dicerorhinus sumatrensis), Badak Sumbu India
(Rhinoceros unicornis) dan Badak Raya (Rhinoceros sondaicus) di
Asia. Perkataan rhinoceros bermaksud ‘hidung yang mempunyai
tanduk’. Ini amat bersesuaian memandangkan hanya spesis badak
sumbu yang mempunyai sumbu di atas hidungnya.
Badak sumbu mampu mencapai berat sehingga satu tan. Kulitnya
menjadi perlindungan yang tebal, setebal 1.5–5 cm, terbentuk dari
lapisan collagen terletak dalam kedudukan bersilang (lattice); saiz
otak yang agak kecil berbanding saiz mamalia sebesar ini (400–600g)
dan tanduk besar.
Badak sumbu menjadi buruan bagi tanduknya. Tanduk rhinoceros
diperbuat dari keratin, protin yang sama yang menghasilkan
rambut dan kuku. Badak sumbu memiliki deria pendengaran dan
bau yang tajam tetapi mata yang kabur. Kebanyakkannya mampu
hidup sehingga 60 tahun atau lebih lama dari itu.
46
47
Beruang Hitam Asia (Ursus thibetanus), juga dikenali sebagai
beruang bulan atau beruang berdada putih ialah satu spesies
beruang bersaiz sederhana yang sesuai menjalani kehidupan
arboreal di seluruh Asia Selatan, kawasan timur laut China,
Timur Jauh Rusia dan Jepun.
Beruang ini digolongkan sebagai spesies terjejas oleh IUCN,
terutamanya disebabkan oleh pembasmian hutan dan kegiatan
memburu untuk anggota badannya. Spesies ini serupa
morfologinya dengan sesetengah beruang sejarah, dan
dipercayai oleh sesetengah saintis sebagai leluhur kepada semua
spesies beruang yang lain. Walaupun pemakanannya maun
(herbivor), namun beruang hitam Asia boleh bersikap agresif
terhadap mansuia, hinggakan sering menyerang orang
walaupun tanpa dikacau. Spesies ini disifatkan oleh Rudyard
Kipling "spesies beruang yang paling aneh sekali."
48
49
Kuda ialah sejenis mamalia ungulat besar yang mempunyai
bilangan jari kaki yang ganjil dan merupakan salah satu daripada
sepuluh spesies moden dalam famili Equus. Nama saintifiknya
Equus caballus atau Equus ferus caballus. Kuda merupakan salah
satu haiwan bela jinak yang amat penting dari segi ekonomi, dan
telah memainkan peranan yang penting dalam pengangkutan orang
dan barang muatan selama beribu-ribu tahun. Bukti yang jelas
terhadap penggunaan kuda secara meluas oleh manusia bertarikh
di sekitar 2000 SM.
Kuda telah dibiakbakakan dengan teliti supaya haiwan ini dapat
ditunggang, biasanya dengan pelana. Haiwan ini juga boleh
dikenakan abah-abah untuk menarik objek-objek seperti kereta
kuda atau bajak.
Manusia telah membiak baka kuda selama beribu-ribu tahun dan
telah menghasilkan banyak jenis baka yang berbeza-beza. kuda telah
dibiak baka supaya dapat menghasilkan sifat-sifat dan keupayaan-
keupayaan yang khusus. Umpamanya, kuda belima dihasilkan
untuk kelajuan yang diperlukan oleh perlumbaan kuda.
50
51
Orang Utan tidak berekor dan mempunyai telinga dan hidung
yang kecil. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan.
Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat manakala tulang
mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk
bujur dan matanya bersaiz kecil. Orang Hutan mempunyai lengan
yang panjang dan kuat.
Bagi Orang Utan jantan, purata ukuran panjang kepala dan badan
adalah lebih kurang 96cm (38.4 inci) ketinggian 137cm (54.8 inci)
dan berat 75kg (165 lbs). Purata ketinggian Orang Utan betina
adalah 80 - 85% daripada Orang Hutan jantan dan beratnya adalah
50% lebih ringan.
Orang Utan hidup dengan memakan buah-buahan, terutamanya
buah pokok ara serta daun-daun, kulit kayu, pucuk dan bunga.
Orang Utan sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke
tanah. Orang Hutan hidup bersendirian di mana hanya ibu dan
anak saja yang mempunyai hubungan yang kekal. Orang Utan
boleh di dapati di Borneo dan Sumatra dan tinggal di kawasan
hutan tropika.
52
53
Burung Bayan Nuri (bahasa Inggeris: Long-tailed Parakeet)
merupakan sejenis burung bayan yang terdapat di Kepulauan
Andaman, Kepulauan Nicobar, Sumatera, Borneo dan
Semenanjung Malaysia (termasuk Singapura). Nama sainsnya
Psittacula longicauda.
Burung Bayan Nuri ialah haiwan yang tergolong dalam golongan
benda hidup bertulang belakang (vertebrata). Burung Bayan
Nuri ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh
yang diselubungi bulu pelepah. Jantung Burung Bayan Nuri
terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali
sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Sebagai burung, Burung Bayan Nuri membiak dengan cara
bertelur 2-3 biji. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang
keras dan berwarna putih.
54
55
Ikan Kelisa (bahasa Inggeris: Arowana) juga dikenali sebagai
"Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah
masyarakat Cina serta para pengeksport/pengimport khususya,
adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan
oleh kebanyakkan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah
kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai
ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.
Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang bertulang, dan badan
memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak
mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut
dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah
kecil. Nama bony-tongue (lidah-tulang) berasal dari tulang bergigi
di dasar mulut ikan kelisa, 'lidah', yang menggigit kepada gigi di
lelangit mulut. Digelar dragon (naga) pula kerana sisik dan
sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh
mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam
pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu
peparu
56
57
Ular Tedung adalah ular berbisa beberapa genus dari keluarga
Elapidae. Ia biasanya terdapat di kawasan tropika dan bergurun di
Asia dan Afrika. Ular tedung membunuh mangsa mereka, biasanya
burung dan tikus kecil, dengan menyuntik neurotoksin melalui
taring berliang mereka.
Ular tedung terdapat dalam pelbagai warna daripada hitam atau
perang gelap dan putih kekuningan. Ular tedung hitam terdapat di
India Utara dan dianggap sub-spesies ular tedung. Sifat ular tedung
yang paling dikenali adalah hud, kepingan kulit dan otot di
belakang kepala yang boleh dikembangkan, kemungkinannya
bertujuan menjadikan dirinya kelihatan lebih besar dan
mengerunkan kepada pemangsa. Pemangsa ular tedung termasuk
cerpelai dan sesetengah burung pemangsa.
"Cobra" adalah istilah bahasa Portugis bagi ular; ia di ambil dari
perkataan Latin akhir *colobra (bagi klasik coluber, colubra).
Apabila juragan Portugis tiba di persisiran Afrika dan Asia Selatan
pada abad ke 16, mereka menamakan cobra sebagai "cobra-capelo" =
"ular-bertudung"; dari gabungan ini, nama tersebut diserap oleh
bahasa Sepanyol, Perancis, Inggeris, dan bahasa Eropah lain. Ular
tedung merupakan simbol Hindu yang penting.
58
59
Rusa Sambar merupakan salah satu haiwan mamalia yang
terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Cervus unicolor. Terdapat 6
sub-spesis yang berbeza dari segi saiz dan warna. Bulunya parau
dan panjang. Hanya rusa jantan mempunyai tanduk yang biasanya
ada tiga cabang pada kedua-dua belah dan boleh mencapai panjang
1 meter (3.3 kaki). Panjang dari kepala ke hujung badan adalah
dari 1.7-2.7 meter (5.7-9 kaki); beratnya 150-315 kilogram (340-710
paun).
Makanan utama Rusa Sambar adalah rumput, pokok renek, daun,
dan buah-buahan pokok hutan. Rusa Sambar sukar ditemui
walaupun di tempat ia berkeliaran. Rusa Sambar hidup
bersendirian kecuali di musim mengawan. Pada musim
mengawan, rusa jantan akan mengumpul sekumpulan rusa betina
jagaannya dan mempertahankan kumpulannya dari sebarang
lawan (rusa jantan lain). Selepas 8 bulan bunting, satu (jarang dua)
anak rusa akan dilahirkan dan disusu selama beberapa bulan.
Rusa Sambar terdapat di India, Indonesia, Asia Tenggara. Rusa
Sambar tinggal di hutan Tropika Panas dan Hutan Sub-tropika,
sehingga ketinggian 10,000 kaki.
60
61
Kura-kura (bahasa Inggeris: tortoise) ialah salah satu daripada
haiwan yang terdapat di banyak tempat di dunia. Kura-kura
merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam
golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang
(vertebrata), kelas reptilia. Tubuh kura-kura dilindungi oleh
kerangka khas yang terbentuk dari rusuk mereka.
Saiz kura-kura berbeza dari beberapa sentimeter sehingga dua
meter. Pada kebiasaannya kura-kura mempunyai tempoh hayat
yang panjang dan hidup lama, sesetengah kura-kura diketahui
hidup selama melebihi 150 tahun. Kura-kura pertama telah
pun wujud pada era dinosaur, kira-kira 200 juta tahun dahulu.
Kura-kura merupakan satu-satunya cabang dari "clade
Anapsida" silam, yang termasuk kumpulan seperti
procolophonoids, millerettids dan pareiasaurs. Kebanyakan
anapsids menjadi pupus pada akhir tempoh Permian, kecuali
procolophonoids dan susur-galur testudines (kura-kura).
62
63
Seladang ialah sejenis haiwan bovin yang besar dan berbulu warna
gelap di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Bilangannya yang terbesar
pada hari ini adalah di India. Seladang ialah spesies lembu liar yang
terbesar dan adalah lebih besar daripada Kerbau Tanjung, Kerbau
Air Liar Asia, dan bison.
Seladang dapat dikenal pasti menerusi rabung cembungnya yang
tinggi pada dahi di antara tanduknya yang melentur dengan tetap ke
depan. Ini menyebabkan lekuk pada tampang bahagian atas
kepalanya. Hujung tanduk melentur ke dalam dan sedikit ke
belakang, manakala kaki tanduk sangat leper.
Seladang jantan dewasa berwarna antara perang gelap sehingga
hampir hitam.Bagaimanapun, bahagian atas kepala dari atas mata
sehingga tengkuk berwarna kelabu atau kekadangnya putih kotor.
Muncung Seladang jantan berwarna pucat, dengan bahagian bawah
kakinya berwarna putih tulen. Sebaliknya, warna Seladang betina
dan anak lebih pucat dan kekadang mempunyai warna kuning
keperang-perangan sedikit yang paling ketara bagi Seladang yang
hidup di daerah kering dan terbuka. Tanduk Seladang berwarna
hijau pucat atau kuning hampir pada sepanjangnya tetapi hujung
tanduk berwarna hitam.
64
65
Ayam Belanda atau nama sainsnya ialah Meleagris gallopavo.
Ayam Belanda ialah haiwan yang tergolong dalam golongan
benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum :
bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung.
Ayam Belanda ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap
dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Ayam Belanda
tidak bergigi. Banyak makanan yang sesuai dengan haiwan ini.
Ia termasuk la makanan semula jadi terdiri daripada rumput
serta tumbuhan hijau. Bagi kebanyakkan penternak,
penggunaan dedak mengikut gred adalah suatu yang harus
dilakukan bagi tumbesaran haiwan ini. Ruji makanan bagi
ayam belanda adalah tidak rumit memandangkan ia memiliki
selera yang besar untuk tumbesarannya. Ayam Belanda
membiak dengan bertelur. Telur Ayam Belanda bercangkerang
keras.
66
67
Burung Merak Hijau (bahasa Inggeris: Green Peafowl) ialah salah
satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya
Pavo muticus. Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara
yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya dari segi bilangan
dan kepelbagaian flora dan fauna.
Burung Merak Hijau boleh didapati di hutan terbuka dengan
padang ilalang di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja,
Vietnam, dan Jawa, Indonesia. Sebelumnya Merak Hijau boleh
didapati juga di India, Bangladesh dan Semenanjung Malaysia,
tetapi kini telah punah. Upaya re-introduksi (pembiakan ulang)
Merak Hijau sedang digalakkan di alam liar Semenanjung Malaya
untuk mengawal spesies ini dari kepunahan di Malaysia.
Walaupun berukuran sangat besar, Merak Hijau adalah burung
yang pandai terbang. Sebagai burung, Burung Merak Hijau
membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai
cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.
68
69
Rama-rama, (Bahasa Inggeris: Butterfly) adalah sejenis serangga
dari order Lepidoptera, sama seperti rama-rama. Kebanyakan
rama-rama mempunyai warna yang terang dan menarik. Ramai
orang keliru antara kupu-kupu dan rama-rama. Perbezaan fizikal
utama ialah pada sesungutnya. Kebanyakan rama-rama
mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk
belantan di hujungnya. Sesungut rama-rama pula lebih berbulu.
Perbezaan lain adalah kupu-kupu akan merentangkan sayapnya
apabila berehat, sementara rama-rama sayapnya terlipat tegak di
atas tubuh pada waktu berehat. Kebanyakan rama-rama aktif pada
siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala kupu-kupu aktif
pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu. Rama-rama
suka hinggap di bunga. Ia menghisap menggunakan mulut yang
berbentuk seperti straw.
70
71
Siamang merupakan sejenis haiwan terlindung yang tergolong
dalam keluarga beruk. Nama sainsnya Hylobates syndactalus.
Bulu Siamang berwarna hitam atau perang kemerah-merahan.
Mereka hidup berkumpulan antara enam hingga tujuh ekor.
Siamang jantan lebih besar berbanding dengan siamang betina,
dan bersikap agresif apabila diganggu. Dalam keadaan
merbahaya, siamang betina akan mengeluarkan suara yang
nyaring dan diikuti oleh siamang jantan selama tiga hingga lima
belas minit.
Siamang mahir bergayut tetapi pergerakannya terhad di atas
tanah. Siamang betina berjalan tegak dengan sebelah kaki
depannya diangkat serta diletakkan di belakang kepalanya
manakala siamang jantan berjalan dengan sokongan sepasang
kaki depan.
72
73
Ungka Tangan Putih (bahasa Inggeris: Lar Gibbon)
merupakan ungka. Ia terdapat dari barat daya China dan
Myanmar timur ke Thailand serta di barat laut Sumatera dan di
seluruh Semenanjung Malaysia. Tergolong dalam famili ungka
(Hylobatidae), nama sainsnya Hylobates lar. Berat Ungka Tangan
Putih antara 4.5 hingga 6 kilogram. Warna kulit Ungka adalah
tangan Putih dan bulunya berbeza-beza dari warna hitam dan
coklat tua ke warna coklat muda. Walau bagaimanapun, mereka
sentiasa mempunyai gegelung bulu putih pada sekeliling
mukanya yang hitam. Tangan dan kakinya juga berwarna putih.
Kedua-dua ungka jantan dan betina mempunyai kesemua
kelainan warna dan saiznya juga tidak banyak berbeza. Serupa
dengan ungka yang lain, ungka ini mempunyai tangan yang
panjang tetapi tidak berekor. Ungka Tangan Putih merupakan
haiwan siang serta arboreal dan tinggal di hutan hujan. Mereka
jarang turun ke tanah, tetapi menggunakan lengan yang
panjangnya untuk berayun dari pokok ke pokok. Makanan
utamanya terdiri daripada buah-buahan yang masak sahaja,
walaupun mereka kekadangnya juga makan daun muda, tunas
dan serangga.
74
75
Landak Raya atau dalam (bahasa Inggeris: Malayan Porcupine)
ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia.
Nama sainsnya Hystrix brachyura.
Landak Raya adalah haiwan yang tergolong dalam golongan
haiwan bertulang belakang (vertebrata), kelas Mamalia. Sebagai
mamalia, Landak Raya berdarah panas, melahirkan anak,
menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Landak Raya
akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.
76
77
Beruk merupakan spesies dari genus Macaca yang bersaiz besar.
Muka bermuncung panjang dan mempunyai badan, kaki, tangan
serta ekor yang pendek. Beruk juga mempunyai bulu pendek.
Bahagian ventral badan berwarna hijau kekuningan serta sebam
gelap manakala bahagian dorsal dan bahagian kaki serta
tangannya adalah berwarna kelabu keputihan.
Anak beruk memeluk bahagian perut ibunya untuk dibawa
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Beruk banyak
menghabiskan masa di atas tanah sungguhpun ia tidur di atas
pokok. Beruk liar berkemungkinan memakan semua jenis
makanan. Ia juga merosakkan tanaman termasuk sawah padi.
Kepala dan badan 470 – 585 mm, ekor 140 – 230 mm, tulang
kering 140 – 170 mm. Berat 3.5 – 9 kg. Tempoh hayatnya dalam
kurungan pernah dicatatkan mencapai 23 tahun 11 bulan.
78
Buku elektronik atau lebih dikenali sebagai e-book ini
memberi fakta dan menambah ilmu pengetahuan kita.
Ciptaan buku berbentuk elektronik ini selaras dengan hasrat
kerajaan melahirkan lebih ramai generasi celik IT dan
membudayakan minat membaca di kalangan masyarakat
Malaysia. Semoga usaha penerbit menerbitkan bahan bacaan
berbentuk e-book ini dapat merealisasikan kemajuan tahap
membaca dan memanfaatkan usaha kerajaan menyumbangkan
komputer 1Malaysia kepada rakyat Malaysia. Ia juga seiring
dengan kemajuan Perpustakaan Negara Malaysia melancarkan
perkhidmatan U-Pustaka (U-Library) baru-baru ini dan koleksi
ini dapat merancakkan lagi perkhidmatan pinjaman dan
pembacaan secara atas talian.
1MALAYSIA MEMBACA
MEMBACA AMALAN MULIA
ABS TiNTA
No. 144, Jalan Elektron U16/89
Denai Alam
40160 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN