The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abi.nurhans, 2021-06-23 22:07:30

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN

Dengar Azan dan jawab dengan betul


dan sempurna








• Murid dikehendaki menjawab Azan secara

perlahan satu persatu hingga akhir



• Jawapan Azan adalah sama seperti lafaz

yang dilaungkan oleh Muazzin kecuali pada


lafaz yang berikut :

Anda dikehendaki memperdengarkan


Iqamat dengan betul dan sempurna









1) Berdiri menghadap kiblat


2) Menyebut lafaz Iqamat :

Anda dikehendaki membaca doa


selepas Azan dan Iqamat








• Doa Azan dan Iqamat :











• Ertinya: Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkanya seruan

azan dan sembahyang yang didirikan, kurniakanlah kepada

penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w ketinggian dan

kelebihan serta kedudukan yang terpuji yang Engkau telah
janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri

janji.

KOD : 10




SOLAT FARDHU

Anda dikehendaki memperdengarkan



(Tasmi’) bacaan-bacaan berikut :







• Lafaz niat solat Subuh, Zuhur, • Bacaan Iktidal


Asar, Maghrib dan Isyak • Bacaan Sujud


• Takbiratul Ihram • Bacaan duduk antara

• Doa Iftitah dua sujud


• Surah al-Fatihah • Bacaan Tahiyat

• Dua Surah (pilihan pelajar) • Salam


• Bacaan Rukuk • Bacaan Qunut


• Bacaan Iktidal

Bacaan-bacaan tersebut ialah :

Niat solat


Solat Subuh









Ertinya :

• Sahaja aku solat fardhu Subuh 2 rakaat tunai kerana Allah






Solat Zuhur








Ertinya :


• Sahaja aku solat fardhu Zuhur 4 rakaat tunai kerana Allah

Solat Asar








Ertinya:


• Sahaja aku solat fardhu Asar 4 rakaat tunai kerana Allah





Solat Maghrib









Ertinya :


• Sahaja aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat tunai kerana

Allah

Solat Isyak













Ertinya :

• Sahaja aku solat fardhu Isyak 4 rakaat tunai kerana Allah

Takbiratul Ihram :











• Doa Iftitah :

• Surah al-Fatihah

• Dua Surah

• Bacaan Rukuk











• Bacaan Iktidal











• Bacaan Sujud











• Bacaan duduk antara Dua Sujud

Bacaan Tahiyat



• Bacaan Tahiyat Awal :















• Bacaan Tahiyat Akhir :

• Bacaan Salam :











• Bacaan Doa Qunut :

Anda dikehendaki melakukan cara solat


dengan betul dan sempurna








Calon melakukan solat dengan betul dan


sempurna seperti dinyatakan dibawah.


Contoh solat Zuhur :



1. Berwuduk


2. Menutup aurat


3. Menghadap kiblat



4. Berdiri bagi yang berkuasa

Rakaat yang Pertama

5. Menyebut lafaz niat :













6. Takbiratul Ihram sambil mengangkat kedua-dua

tangan dengan menyamakan ibu jari ke paras cuping

telinga dan jari yang lain separas bahagian atas

telinga dan kedua-dua tapak tangan dan

menghadap kiblat, berserta dengan niat : ”Sahaja

aku solat fardhu Zuhur empat rakaat tunai kerana

Allah Taala”

7. Meletakkan kedua-dua tangan di antara pusat dan


dada, tangan kanan menggenggam pergelangan
tangan kiri, jari telunjuk dan jari tengah diluruskan

8. Membaca doa Iftitah



9. Membaca Surah al-Fatihah


10. Membaca ayat-ayat atau surah


11. Takbir Intiqal dengan mengangkat kedua-


dua tangan seperti no. 6 di atas dan Rukuk


serta Tomakninah sambil membaca bacaan

rukuk tiga kali






Rukuk ialah perbuatan membongkokkan badan dengan

menyamakan belakang dengan tengkuk. Kedua-dua tapak

tangan diletakkan di atas lutut dengan jari terbuka sambil
memandang tempat Sujud

12. Iktidal serta Tomakninah dengan membaca


bacaan Iktidal




Itikdal ialah berdiri semula selepas Rukuk sambil

mengangkat kedua-dua tangan dan kemudian
meluruskannya ke bawah





13. Takbir Intiqal dan sujud serta Tomakninah


dengan membaca bacaan sujud.



Sujud ialah perbuataan menurunkan lutut dahulu,

kemudian diikuti dua tapak tangan, jari dirapatkan
supaya menghadap kiblat. Dahi pula diletakkan di tempat

sujud, sementara jari kaki ditegakkan.

14. Takbir Intiqal dan Duduk antara Dua Sujud

Iftiras serta Tomakninah dengan membaca


Bacaan Duduk antara Dua Sujud


15. Takbir Intiqal dan Sujud serta Tamakninah


seperti no. 13 di atas


16. Takbir Intiqal dan bangun daripada Sujud dan


duduk sebentar sekadar Tomakninah,

kemudian terus berdiri untuk rakaat kedua


tanpa mengangkat tangan

Rakaat yang Kedua

17. Membaca Surah al-Fatihah


18. Membaca ayat-ayat atau surah daripada Al-Quran

19. Melakukan Rukuk, Ittidal, sujud, Duduk antara Dua


Sujud dan Sujud yang Kedua seperti rakaat pertama

20. Takbir Intiqal dan Duduk Tahiyat Awal secara Iftiras

seperti No. 14 di atas, kecuali jari tangan kanan

digenggam, manakala jari telunjuk diluruskan. Pada

masa ini dibaca Bacaan Tahiyat Awal. Ketika

menyebut perkataan :





jari telunjuk hendaklah diangkat sedikit


21. Takbir Intiqal dan bangun berdiri untuk rakaat yang

ketiga serta mengangkat tangan

Rakaat yang Ketiga


23. Membaca Surah Al-Fatihah


24. Melakukan Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk


antara Dua Sujud dan Sujud yang Kedua

Rakaat yang keempat



24. Membaca Surah al-Fatihah


25. Melakukan Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk


antara Dua Sujud dan Sujud yang Kedua


26. Takbir Intiqal dan Duduk Tahiyat Akhir


secara Tawaruk dan membaca Bacaan

Tahiyat Akhir

Duduk Tawaruk ialah perbuatan meletakkan punggung ke

lantai dan melentikkan jari kaki kanan serta menyilangkan
kaki kiri ke bawah kaki kanan. Tangan kanan diletakkan di

atas lutut kanan dan jari telunjuk diluruskan. Manakala

tangan kiri pula diletakkan di atas lutut kiri, jari
diluruskan dan hujung jari menyamai lutut

27. Mengucapkan Salam

sambil memalingkan muka


ke kanan dan kemudian

mengucap Salam Kedua


sambil memalingkan muka


ke kiri


28. Meletakkan tangan di


kepala sambil berdoa .





KOD : 11




SOLAT JENAZAH

Bagaimanakah kedudukan jenazah


lelaki dan perempuan ketika hendak



disolatkan ?







1) Jenazah lelaki :


• kepalanya di sebelah kiri imam


2) Jenazah perempuan :



• kepalanya di sebelah kanan imam

Di manakah kedudukan imam ketika


menunaikan solat jenazah lelaki dan



perempuan ?








• Kedudukan imam bagi jenazah :


• Lelaki : Imam berdiri

bertentangan dengan kepala


jenazah


• Perempuan : Imam berdiri


bertentangan dengan pinggang

jenazah

Tunjukkan cara Solat Jenazah


dengan betul dan sempurna










Sebelum pelajar menunjukkan Solat Jenazah, mereka

hendaklah terlebih dahulu dahulu dapat membaca

bacaan -bacaan berikut :


1) Lafaz niat Solat Jenazah lelaki

a) Lafaz niat Solat Jenazah Lelaki dan Perempuan :


”Sahaja aku solat ke atas mayat ini, empat takbir

fardu kifayah mengikut Imam kerana Allah Taala”

2) Membaca Surah Al-Fatihah




















3) Selawat :

4) Doa bagi mayat selepas takbir (ketiga) :
























5) Doa selepas takbir (keempat)

Solat Jenazah mengikut susunan


yang berikut :




1. Menyebut lafaz niat Solat Jenazah


2. Takbiratul Ihram


3. Membaca Surah al-Fatihah

4. Takbir ( kedua )


5. Membaca selawat

6. Takbir ( ketiga )


7. Membaca doa bagi mayat


8. Takbir ( keempat )

9. Membaca doa


10. Salam



KOD : 12




PUASA

Sebutkan lafaz niat puasa Ramadhan


dan nyatakan ertinya





















Sahaja aku berpuasa esok hari bagi


menunaikan puasa fardhu Ramadhan

tahun ini kerana Allah Taala

Sebutkan perkara yang



membatalkan puasa






1. Makan atau minum pada siang hari dengan sengaja.

2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan

3. Muntah dengan sengaja

4. Melakukan persetubuhan pada siang hari

5. Mengeluarkan mani dengan sengaja

6. Keluar darah haid dan nifas

7. Gila

8. Mabuk atau pengsan pada siang hari

9. Berbuka puasa sebelum masuk waktu maghrib

10. Murtad

Nyatakan hikmat puasa











1. Mengukuhkan Iman dan Taqwa kepada


Allah.

2. Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar,


berdisiplin, bertimbangrasa,


3. Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah.

4. Dapat menjauhkan diri daripada segala


dosa dan kejahatan

5. Mendapat kesihatan dan kecerdasan

KOD : 13



ADAB TERHADAP IBU BAPA.

Terangkan jasa dan pengorbanan ibu


bapa yang mesti dikenang


oleh seorang anak








mengandungkan


melahirkan

menyusukan


mengasuh


mendidik

memberi nafkah


mengasihi

Apakah perasaan mulia yang mesti ada


pada seorang anak terhadap ibu bapa
















Perasaan mulia yang

mesti ada pada seorang


anak terhadap ibu bapa


ialah kasih sayang

Bagaimana cara menghormati


ibu bapa







1. beradab sopan seperti bercakap baik,


2. berlemah lembut, bergaul mesra dan sentiasa


3. menjaga perasaan mereka.

4. mendoakan mereka


5. menziarahi mereka, sekiranya anak tinggal

di tempat berasingan


6. menghormati sahabat-sahabat mereka

Bagaimana cara mentaati ibu bapa
















1. Patuh setiap suruhan ibu bapa yang tidak

bertentangan dengan ajaran Islam


2. Tidak membantah atau kasar tutur kata

terhadap ibu bapa



KOD : 14




PERKAHWINAN

Nyatakan Rukun dan


Syarat Akad Nikah








Rukun Nikah :

1. Suami


2. Isteri

3. Wali


4. Dua orang saksi


(lelaki yang adil )

5. Akad ( Ijab dan


Kabul )

Syarat Akad :





a) Ijab dan Kabul berlaku dalam satu majlis

b) Ucapan Kabul dan tidak menyalahi Ijab


c) Bahasa yang digunakan jelas maksudnya


dan difahami oleh Wali, bakal wali dan dua

orang saksi


d) Antara Ijab dan Kabul tidak diselangi

dengan kata-kata yang lain

Terangkan hikmat perkahwinan


dalam Islam









Antara hikmat perkahwinan ialah :

1. Mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w

2. Menikmati kasih sayang dan ketenteraman jiwa

3. Mendapat zuriat yang bersih dan membina

keluarga bahagia

4. Memelihara kehormatan dan mengelakkan

perbuatan maksiat

5. Membina masyarakat berakhlak dan bertanggungjawab



Nyatakan tanggungjawab dan isteri








Tanggungjawab suami ialah :

• Membeikan nafkah zahir dan batin terhadap isteri

seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan

rawatan perubatan

• Memberikan layanan yang baik, seperti memberikan

kasih sayang dengan ikhlas, baik tutur kata dan

perbuatan, menjaga maruahnya, bertindak dengan

bijaksana tanpa emosi dibantu isteri

• Memberikan didikan supaya isteri menjadi wanita

yang baik, taat beribadat dan menghayati ajaran

Islam


Click to View FlipBook Version