Tanggungjawab isteri ialah :
a) Taat kepada suami dalam semua perkara
yang tidak bertentangan dengan perintah Allah,
menjaga maruah suami dan menjaga maruah
suami
b) Memberikan layanan yang baik dan ikhlas
kepada suami, seperti bergaul mesra, pandai
menyesuaikan diri dengan keadaan suami dan
tidak melakukan sesuatu perkara yang tidak
disenangi suami
c) Menjaga serta mengurus harta suami dengan
penuh tanggungjawab, amanah dan berhemat
Tanggungjawab bersama suami isteri ialah :
• Mengekalkan kerukunan rumah tangga dan
mewujudkan persefahaman, kesabaran, bertolak
ansur, bermesyuarat dan menggunakan
pertimbangan akal yang sebaik-baiknya
• Memelihara dan memdidik anak-anak dengan
pendidikan yang sempurna dan penuh kasih
sayang, terutamanya dalam pendidikan agama
dan berlaku adil kepada anak-anak
• Memberi layanan yang saksama kepada keluarga
kedua-dua belah pihak dengan jalinan hubungan
silaturahim yang erat
Bagaimanakah Talak berlaku?
Talak akan berlaku :
• Melalui lafaz soreh : Suami mengatakan
kepada isterinya ”engkau tertalak” atau
”engkau aku ceraikan”
• Melalui lafaz kinayah : Suami mengatakan
kepada isteri ”engkau bebas” berserta niat
Nyatakan kesan buruk Talak
Antara kesan buruk talak ialah :
• Keruntuhan institusi rumah tangga
• Anak-anak berada dalam keadaan kucar-
kacir, menjejaskan kasih sayang dan
penghormatan terhadap ibu bapa
• Menyebabkan anak terbiar yang akan
membawa kepada masalah sosial dan kesan
negatif
Bagaimanakah penjagaan anak /
hadanah mengikut perundangan islam ?
1) Apabila berlaku perceraian, ibu lebih berhak
dalam penjagaan anak sehingga anak
tersebut mumaiyiz iaitu berumur tujuh tahun
2) Selepas tempoh tersebut, anak itu diberi
pilihan sama ada dia mahu dipelihara oleh
ibunya atau bapanya dengan mematuhi
syarat penjagaan anak
3) Pendidikan dan nafkah terhadap anak tetap
wajib ditanggung oleh bapanya
KOD 15 : IHSAN
Apakah dimaksudkan dengan Ihsan
Melakukan ibadah kepada Allah dengan
sebaik-baiknya seolah-olah kamu melihat
Allah Melihat kamu. Iaitu:
• Allah melihat apa yang anda lakukan
• Allah mendengar apa yang anda perkatakan
• Allah mengetahui apa yang anda fikirkan
Sebutkan sifat utama dalam Ihsan
Sifat utama dalam Ihsan ialah
Ikhlas semata-mata kerana Allah
Apakah kebaikan yang diperolehi
oleh orang yang berbuat Ihsan
Kebaikan yang diperolehinya ialah:
• Allah sentiasa mengasihinya
• Jaminan masuk syurga
• Allah mengampuni dosanya
• Dapat pahala
• Mendapat rahmatNya
• Dapat pertolongan Allah
Apakah konsep Ihsan :
Konsep Ihsan ialah :
• Melakukan setiap ibadat dan pekerjaan
berasakan ilmu dan kefahaman yang betul
dan dengan cara yang terbaik mengikut
peraturan serta ikhlas semata-mata kerana
Allah s.w.t ihsan mencetuskan sikap dan
akhlak yang mulia, menjadikan kehidupan
bersih, selesa, aman dan harmoni
Nyatakan maksud Ihsan :
Dalam ibadat
Dalam pekerjaan
Terhadap diri sendiri
Terhadap sesama insan
Terhadap binatang
Terhadap alam sekitar
1) Ihsan dalam ibadat ialah :
Bersungguh-sungguh dan khusyuk dalam
mengerjakan ibadat seperti bangun pada tengah
malam untuk melakukan Solat Tahajud
2) Ihsan dalam pekerjaan :
Melakukan setiap perbuatan dengan bersungguh-
sungguh, tekun, cekal dan cermat supaya
menghasilkan sesuatu yang sempurna bermanafaat
dan berkualiti
3) Ihsan terhadap diri sendiri :
Menyempurnakan hak diri yang boleh membawa
kebaikan dan kebahagian di dunia dan di akhirat
dengan iman, ilmu, harta benda dan keluarga yang
soleh. Tidak menzalimi diri sendiri dengan melakukan
segala punca dan bentuk kebinasaan seperti minum
arak, mengambil dadah, berjudi, zina, syirik dan
murtad
4) Ihsan terhadap sesama insan ialah :
Melakukan kebaikan, memberikan khimat bakti,
memberikan pertolongan, bersikap adil, belas
kasihan dan berperikemanusian
5) Ihsan terhadap binatang ialah :
Memelihara dengan baik atau melepaskannya hidup
bebas. Jika melakukan sembelihan hendaklah
dengan cara dan kaedah menyembelih yang
paling baik seperti menggunakan pisau yang tajam.
6) Ihsan terhadap alam sekitar ialah :
Memelihara dan memulihara alam sekitar supaya
bersih daripada segala bentuk pencemaran dan
kerosakkan.
Menjadikan alam sekitar tempat yang aman,
sejahtera, selesa dan indah untuk
dinikmati dan didiami
KOD : 16
KEWAJIPAN
MENUTUP AURAT
Apakah hukum menutup aurat ?
Wajib
kepada setiap
individu muslim
yang mukalaf
Apakah had aurat bagi lelaki
dan perempuan
Had aurat :
• Lelaki : dari pusat
hingga lutut
• Perempuan : seluruh
anggota kecuali muka
dan kedua pergelangan
tangan
Mengapa diwajibkan menutup aurat ?
1) Untuk mentaati perintah
Allah
2) Untuk menjaga maruah diri,
agama dan umat Islam
3) Untuk mengekalkan fitnah,
maksiat dan gejala sosial
4) Meningkatan ketakwaan
kepada Allah
KOD : 17
BATAS PERGAULAN
DALAM ISLAM
Apakah yang dimaksudkan
dengan mahram dan berikan contoh :
Mahram ialah golongan yang haram dikahwini.
Contohnya :
Adik-beradik, bapa saudara , emak saudara
Apakah yang dimaksudkan dengan
ajnabi dan berikan contoh
Orang yang boleh dikahwini dan batal
wuduk apabila bersentuhan dengannya.
Contohnya sepupu atau ipar duai
Terangkan kesan buruk akibat
pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan yang ajnabi
1 ) Mendapat kemurkaan Allah
2) Mendorong kepada perlakuan
sumbang seperti zina
3) Mencemarkan maruah diri
keluarga dan agama