The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAINS, 2021-10-07 22:53:28

laporan analisis MAINS JAN-SEPT

laporan analisis MAINS JAN-SEPT

LAPORAN ANALISIS DAN LAPORAN AKTIVITI
BAHAGIAN AGIHAN, KUTIPAN DAN WAKAF

ISI KANDUNGAN LAPORAN

1 LAPORAN ANALISIS DAN PENCAPAIAN PERKHIDMATAN BAHAGIAN KUTIPAN ZAKAT
2 LAPORAN ANALISIS DAN PERBANDINGAN PEMBAYAR BAHAGIAN KUTIPAN ZAKAT
3 LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN KUTIPAN ZAKAT
4 LAPORAN ANALISIS DAN PENCAPAIAN PERKHIDMATAN BAHAGIAN AGIHAN ZAKAT
5 LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN AGIHAN ZAKAT
6 LAPORAN ANALISIS DAN PENCAPAIAN PERKHIDMATAN BAHAGIAN WAKAF
7 LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN WAKAF

LAPORAN KUTIPAN ZAKAT

JANUARI-SEPTEMBER 2021

KUTIPAN ZAKAT
PERBANDINGAN PEMBAYAR ZAKAT

AKTIVITI KUTIPAN ZAKAT

PERBANDINGAN KUTIPAN ZAKAT KUTIPAN ZAKAT 2020
JANUARI – SEPTEMBER 2020 & 2021 RM 88.9 JUTA

RM16.0 RM2.6 RM773 RM126 RM185
Juta Juta Ribu Ribu Ribu

RM53.0 RM14.0 RM1.4 RM799 RM67 RM4.6
Juta Juta Juta Ribu Ribu Juta
ZAKAT PENDAPATAN
ZAKAT PERNIAGAAN

ZAKAT WANG
SIMPANAN

ZAKAT HARTA
ZAKAT KWSP

ZAKAT EMAS
ZAKAT SAHAM

ZAKAT TERNAKAN
ZAKAT PADI

ZAKAT QADHA
ZAKAT FITRAH
RM12.8 RM2.9 RM977 RM111 RM204
Juta Juta Ribu Ribu Ribu

RM51.4 Penurunan RM15.6 Peningkatan RM2.0 Peningkatan RM852 Penurunan RM61 Peningkatan RM5.2
Juta -20% Juta 9% Juta 26% Ribu -12% Ribu 10% Juta

Penurunan Peningkatan Peningkatan Peningkatan Penurunan Peningkatan
-3% 12% 41% 7% -8% 14%

KUTIPAN ZAKAT 2021
RM 86.9 JUTA

PERBANDINGAN PEMBAYAR ZAKAT
JANUARI – SEPTEMBER 2020 & 2021

JENIS ZAKAT 2020 2021 PERATUSAN(%)

ZAKAT PENDAPATAN 49,904 49,100 -1.61
ZAKAT PERNIAGAAN 1,616 1,824 12.87
ZAKAT WANG SIMPANAN 5,934 6,505 9.62
ZAKAT HARTA 582 602 3.44
ZAKAT KWSP 655 1,590 142.75
ZAKAT EMAS 841 1,045 24.26
ZAKAT SAHAM 423 462 9.22
ZAKAT QADHA 226 233 3.10
ZAKAT TERNAKAN -17.71
ZAKAT PADI 96 79 -41.11
377 222 1.66
JUMLAH: 60,654 61,662

#Terdapat pembayar yang membayar lebih daripada satu jenis zakat JUMLAH PEMBAYAR ZAKAT JUMLAH PEMBAYAR ZAKAT
#Bilangan pembayar sebenar bagi jan sep 2020 adalah 60,654 FITRAH 2020 FITRAH 2021
#Bilangan pembayar sebenar bagi jan sep 2021 adalah 61,662
744,722
652,645

PENYERAHAN3ZpAeKnAyTerPaEhRanNIAGAAN PEMBUKAAN KAUNTER
PERKHIDMATAN MAINS
PROGRAM OPS SAMPAI
1 Pembukaan Kaunter
5 Program
TAKLIMAT ZAKAT
KULIAH MAGHRIB LAPORAN AKTIVITI
KUTIPAN ZAKAT 1 Taklimat
1 Kuliah JANUARI –
TAZKIRAH RAMADHAN
SEPTEMBER 2021
2 Tazkirah
PROGRAM OPS PASAR TANI 16 PROGRAM
PROGRAM OPS BAZAR RAMADHAN
1 Program
2 Program

LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN KUTIPAN ZAKAT
JANUARI – SEPTEMBER 2021

3 SYARIKAT SERAH ZAKAT PERNIAGAAN

Zakat perniagaan bagi tahun 2019 telah diserahkan 3 buah syarikat kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bertempat di Bangunan Yayasan
Negeri Sembilan pagi tadi. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gemencheh Granite Sdn. Bhd., Datuk Amli Talib telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah
RM97,839.75 manakala Ketua Pegawai Eksekutif, Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd., Sr. Abdul Latif Hitam telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah
RM549,153.42 bagi pihak Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd. sendiri dan Bina Masyhur Sdn. Bhd.

Kesemua zakat telah diterima oleh Pengerusi MAINS, Dato' Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato' Dr. Razali Ab
Malik, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd. Khidir Majid dan Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Dato' Mustaffa.

PROGRAM OPS SAMPAI

Bahagian Kutipan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah mengadakan program Ops Sampai di beberapa tempat dari Jan – Jun 2021 dengan mengedarkan pamplet bagi
tujuan mempromosikan info – info berkaitan dengan zakat.

 Tarikh: 10 Mac 2021 (Rabu)  Tarikh: 24 Mac 2021 (Rabu)
 Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari  Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
 Lokasi: Rumah Rakyat Gentam, Taman Sri Pandan,  Lokasi: Rumah Rakyat Kuala Johol & Taman Air Mawang

Rumah Rakyat Juasseh Tengah  Pegawai Terlibat:
1) Muhammad Nur Hadi bin Hassan
 Pegawai Terlibat: 2) Muhamad Fazrie bin Razali
1) Mahmood Hassan bin Mohd. Nazan
2) Ridhuan bin Tumijan

 Tarikh: 17 Mac 2021 (Rabu)  Tarikh: 25 Mac 2021 (Khamis)
 Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari  Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
 lokasi: Taman Rasa Sayang, Rumah Rakyat Selaru  Lokasi: Taman Intan & Taman Seri Alam

& Taman Desa Permai, Selaru  Pegawai Terlibat:
1) Muhammad Nur Hadi bin Hassan
 Pegawai Terlibat: 2) Mahmood Hassan bin Mohd. Nazan
1) Muhammad Nur Hadi bin Hassan
2) Muhamad Fazrie bin Razali

PEMBUKAAN KAUNTER PERKHIDMATAN MAINS

Bahagian Kutipan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah membuka kaunter perkhidmatan MAINS di Masjid
Qaryah Rembang Panas, Kuala Pilah bagi tujuan mempromosikan info – info berkaitan dengan zakat.

• Tarikh: 24 Mac 2021 (Rabu)
• Masa: 6.30 petang - 10.00 malam
• Lokasi: Masjid Qaryah Rembang Panas, Kuala Pilah

PROGRAM KULIAH MAGHRIB TAKLIMAT ZAKAT

Bahagian Kutipan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah mengadakan program Bahagian Kutipan Unit Dakwah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah
Kuliah Maghrib. mengadakan taklimat zakat

• Tajuk: PENCERAHAN ZAKAT HARTA • Tarikh: 28 April 2021 (Rabu)
• Penceramah: Ust. Zaharim bin Kusinni@Zuriat • Masa: 8.30-9.30 pagi
• Lokasi: Rejimen 508 Askar Wataniah HQ, Kem Jalan Rasah, Seremban
• Tarikh: 23 Mac 2021, 10 Syaaban 1442 (Rabu) • Pegawai Terlibat: Anwar Muttaqin (Unit Dakwah Zakat, MAINS)
• Masa: Selepas Solat Maghrib
• Lokasi: Masjid Qaryah Rembang Panas, Kuala Pilah

PROGRAM OPS PASAR TANI

OPS PASAR TANI@KUALA PILAH
• Tarikh: 24 April 2021 (Sabtu)
• Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
• Lokasi: Tapak Pasar Tani Pekan Kuala Pilah

• Pegawai Terlibat:
1) Ridhuan bin Tumijan
2) Mahmood Hassan bin Mohd. Nazan

TAZKIRAH RAMADHAN TAZKIRAH RAMADAN DI JPJ SENAWANG
Bahagian Kutipan Unit Dakwah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
TAZKIRAH RAMADAN BERSAMA MSU (MAINS) telah mengadakan tazkirah ramadan
SEREMBAN, 19 Apr - Tazkirah Ramadan bertajuk 'Andai Ini Ramadan
Terakhirku' melalui platform Zoom Meeting telah diadakan melibatkan 15 • Tarikh: 23 April 2021 (Jumaat)
orang peserta daripada Kolej Management and Science University (MSU) • Masa: 8.30-9.30 pagi
Seremban. • Lokasi: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Senawang
• Pegawai Terlibat: Sharifah Mashitah binti Syed Mokhtar (Unit Dakwah • Pegawai Terlibat: Sharifah Mashitah binti Syed Mokhtar (Unit Dakwah

Zakat, MAINS Zakat, MAINS)

PROGRAM OPS BAZAR RAMADAN OPS BAZAR@JUASSEH
 Tarikh: 21 April 2021 (Rabu)
OPS BAZAR@KUALA PILAH  Masa: 5.00 petang - 7.00 malam
• Tarikh: 19 April 2021 (Isnin)  Lokasi: Tapak Bazar Ramadan Pekan Juasseh
• Masa: 5.00 petang - 7.00 malam
• Lokasi: Tapak Bazar Ramadan Pilah Perdana  Pegawai Terlibat:
1) Muhammad Nur Hadi bin Hassan
• Pegawai Terlibat: 2) Mahmood Hassan bin Mohd. Nazan
1) Muhammad Nur Hadi bin Hassan
2) Mahmood Hassan bin Mohd. Nazan

AGIHAN
ZAKAT

LAPORAN
AGIHAN
ZAKAT

JANUARI-SEPTEMBER AKTIVITI
2021 AGIHAN
ZAKAT

LAPORAN PERBANDINGAN AGIHAN ZAKAT 2020
JANUARI – SEPTEMBER 2020 & 2021 2021

Fakir Mualaf Penurunan
-13%
RM0 AGIHAN ZAKAT 2020 IBNU SABILRM5.2 Juta
RM 75.6 JUTA RM4.5 Juta
Peningkatan

100% RM8.2 Juta

Penurunan FAKMIRiskin Fisabilillah Penurunan
-23% -32%
RM25.5 Juta RM19.6 Juta
RM19.7 Juta Golongan RM13.4 Juta
Penerima
Riqab Ibnu Sabil
Zakat
PenIngkatan RM12.9 Juta RM15 Ribu
RM7 Ribu Penurunan
19% -53%

RM15.4 Juta

RM1.3 Juta Gharimin Amil RM11.1 Juta
RM10.1 Juta
Peningkatan RM 72.6 JUTA Penurunan
4% -9%
RM1.4 Juta AGIHAN ZAKAT 2021

2. ZIARAH 3. BANTUAN 4. BANTUAN BAIKI 5.MAHASISWA B40, 6.BANTUAN
PENIAGA MANGSA RIBUT ATAP RUMAH ASNAF TERIMA MANGSA
BURGER KOMPUTER RIBA
1. BANTUAN TERLANTAR KEBAKARAN 7. ZIARAH
RUMAH PESAKIT
TERBAKAR TERLANTAR

15. IBU TUNGGAL LAPORAN AKTIVITI
JAGA IBU AYAH
TERLANTAR AGIHAN ZAKAT
JANUARI-

SEPTEMBER 2021

13. PROGRAM ZIARAH 12. SINGGAH SAHUR 11. PROGRAM 10. PROGRAM 8. PEMBERIAN MESIN
KHALIS ADIK ACIK SPIN BERSAMA ASNAF, TEMUDUGA TAKLIMAT OKSIGEN
DAPAT BANTUAN GELANDANGAN & ANAK ASNAF DAN PENERANGAN
BULANAN FRONTLINER SKIM BANTUAN 9. PROGRAM JATI DIRI
ZAKAT ANAK-ANAK
ASNAF DAERAH
REMBAU

14. PROGRAM ZIARAH
AYAH, IBU PERLU 17 TIN
SUSU SEBULAN

17. PROGRAM 21. PROGRAM BANTUAN
BANTUAN BANJIR HIDUP SUSAH ITU
DI FELDA BUKIT REALITI
ROKAN UTARA

18. PROGRAM BANTUAN 19. PROGRAM BANTUAN 20. PROGRAM BANTUAN
70 BUAH RUMAH PEMBEDAHAN JANTUNG ANAK 3 TAHUN KORBAN
TERJEJAS BANJIR KILAT KEBAKARAN

16. PROGRAM ZIARAH LAPORAN AKTIVITI 22. PROGRAM BANTUAN
REZEKI RAYA, IBU SUAMI MENINGGAL BULAN
TUNGGAL AGIHAN ZAKAT RAMADHAN, ANAK SAKIT
JANUARI-SEPTEMBER PERNAFASAN
30. PROGRAM BANTUAN
PENYERAHAN TABLET 2021 23.PROGRAM BANTUAN
KEPADA KELUARGA JUMLAH PROGRAM=30 SEBULAN TINGGAL
ASNAF UNTUK PDPR BAWAH KHEMAH

29. PROGRAM BANTUAN 28. PROGRAM BANTUAN 27. PROGRAM 26. PROGRAM BANTUAN 25. PROGRAM BANTUAN 24. PROGRAM BANTUAN
SKUAD GERAK KHAS ZIARAH WARGA EMAS BANTUAN MESIN BEKAS IMAM TERIMA ISTERI HAMIL, KOMA 5 BERADIK YATIM PIATU
(SGK)MAINS SANTUNI TINGGAL DI SURAU OKSIGEN UNTUK ISTERI TILAM PESAKIT DIDERA SUAMI AKIBAT COVID-19
GELANDANGAN LAMA GURU ALQURAN

LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN AGIHAN ZAKAT
JANUARI – SEPTEMBER 2021

BANTUAN RUMAH TERBAKAR

MAINS, melalui Bahagian Agihan Zakat telah turun menziarahi Ratiah di Kampung
Sungai Buloh, Simpang Durian apabila rumah didiami beliau dan keluarga
terbakar pada bahagian belakang dan menyampaikan bantuan wang tunai
kecemasan RM500. Bantuan-bantuan susulan juga akan disalurkan mengikut
permohonan dan keperluan. Bantuan telah disampaikan oleh Pegawai Agihan
Jelebu, Amir Syukri Abdul Jalil.

MAINS, melalui Bahagian Agihan Zakat juga telah turun menyampaikan bantuan wang
tunai kecemasan kepada mangsa yang juga penerima bantuan bulanan Baitulmal. Bantuan
telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar,
Datuk Ismail

BANTUAN KEPADA PENIAGA BURGER YANG TERLANTAR

MAINS melalui Bahagian Agihan Zakat yang diwakili pegawai, Hasbollah Ahmad dan Mohd. Hafiz Abu Yazid telah menyampaikan
bantuan barangan dapur, sumbangan katil dan kerusi roda sebanyak RM2170 dan menyerahkan borang-borang pelbagai bantuan
antaranya perniagaan, perubatan dan bulanan kepada En. Mohd. Azmi Khamis, 37 yang terpaksa berehat panjang atas nasihat doktor
akibat masalah oksigen pada paru-paru dipercayai berpunca daripada terlalu banyak mengangkat beban untuk berniaga. Berdasarkan
rekod, pasangan ini pernah dibantu dengan bantuan generator untuk berniaga dan bantuan persekolahan sejak tahun 2010 dengan
nilai keseluruhan hampir RM6,000 melalui dana zakat di Negeri Sembilan. Isteri, Nor Hasma Muhammad, 35, juga pernah mengikuti
kursus masakan selama 6 bulan yang dikelolakan dan dibiayai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pada tahun 2019.

BANTUAN KEPADA MANGSA RIBUT

MAINS, melalui Bahagian Agihan Zakat yang diwakili Pegawai Agihan Rembau, Majlis
Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Amirul Aizuddin Ali bersama pegawai-pegawai
telah turun ziarah ke 9 buah rumah terjejas dan menyampaikan bantuan tunai segera
berjumlah RM500 bagi setiap keluarga. Turut hadir Pengerusi Majlis Pengurusan
Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tanjung Sena, Azizan Aziz.

BANTUAN BAIKI ATAP RUMAH

MAINS, melalui Bahagian Agihan Zakat telah memberi bantuan membaiki rumah berjumlah RM11,150 kepada
Delima Ali, 46 dan juga bantuan menebang pokok besar di belakang rumah beliau

MAHASISWA B40, ASNAF TERIMA KOMPUTER RIBA

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun telah menerima 100 buah komputer riba untuk
diagihkan kepada mahasiswa daripada golongan B40 dan asnaf di Negeri Sembilan dalam sebuah majlis
penyerahan yang bertempat di Bangunan Yayasan Negeri Sembilan.

PROGRAM TEMUDUGA ANAK ASNAF

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bekerjasama dengan TWI Malaysia membuka peluang untuk
golongan asnaf menceburi industri minyak dan gas melalui Program Kompetensi Teknikal Belia Asnaf MAINS.
Seramai 5 orang pelajar daripada keluarga asnaf telah menjalani temuduga peringkat pertama pagi tadi
bertempat di Menara MAINS. Calon-calon telah ditemuduga sendiri oleh Pengarah TWI Sdn. Bhd., Mohd.
Ghazale Hashim dan Kaunselor MAINS, Norazman Amat.

BANTUAN MESIN OKSIGEN

Ketua Wilayah Selatan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Mohd. Azreen Abu Bakar
bersama Pegawai Agihan Tampin, Mohd. Hisyam Ismail telah menyampaikan bantuan mesin
oksigen bagi membantu melancarkan pernafasan beliau yang sebelum ini terganggu akibat
komplikasi pada paru-paru dan katil boleh laras dan tilam pesakit dengan keseluruhan bantuan
berjumlah RM8,200. Bantuan bulanan fakir/miskin juga bakal disalurkan bermula bulan Mac
2021.

PROGRAM JATI DIRI ANAK-ANAK ASNAF REMBAU

Seramai 24 orang anak-anak asnaf yang sedang belajar dalam darjah 3 hingga 6 di daerah Rembau telah mengikuti Program Jati Diri ‘Aku Insan Hebat’ selama sehari di HR
Resort Kampung Pilin, Rembau kelmarin.
Program anjuran Pejabat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Daerah Rembau dengan kerjasama Pejabat Agihan Zakat telah memuatkan beberapa slot
pengisian antaranya motivasi, latihan dalam kumpulan (LDK) dan aktiviti riadah. Objektif program adalah bagi meningkatkan keyakinan diri sebagai pelajar dan lebih
berkeyakinan ketika berhadapan dengan apa juga situasi dalam proses pembelajaran selain meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta dalam menjalani proses
kehidupan.
Hadir merasmikan majlis penutup ialah Ketua Wilayah Selatan MAINS, Mohd. Azreen Abu Bakar. Turut hadir Kaunselor MAINS, Haryati Kamarudin dan Pengurus Konsultan
Systems Dynamics Institute, Mohd. Salleh Koyakoti. Program berakhir kira-kira jam 5.00 petang

SINGGAH SAHUR ASNAF, GELANDANGAN & FRONTLINER

SEREMBAN, 8 Mei - Terus giat menyantuni asnaf, Bahagian Agihan, Jabatan Zakat, Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan (MAINS) telah turun padang sejak tengah malam semalam bagi menyediakan juadah sahur untuk dihantar
ke beberapa rumah asnaf daerah ini.

Selain makanan untuk bersahur, anak-anak daripada keluarga asnaf yang diziarahi juga telah menerima sampul duit
raya sebagai meraikan mereka sempena Aidilfitri yang bakal menjelang. Ziarah Singgah Sahur ini kemudiannya turut
menyantuni pasukan barisan hadapan yang setia membuat kawalan jalan raya di beberapa tol pintu masuk Seremban
sebelum mencari dan menyantuni gelandangan di sekitar Stesen Bas Terminal One dan laluan pejalan kaki bawah
tanah berhampirannya. Turut menyempurnakan sumbangan ialah Ketua Bahagian Agihan Mahadi Ali dan Ketua
Wilayah Tengah Che Som Omar.

PROGRAM ZIARAH KHALIS ADIK ACIK SPIN

Adik kepada vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Achik, kini sudah sebulan terlantar akibat penyakit
kencing manis. Muhammad Khalis Md Shari, 33, sebelum ini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari
(CCU), Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada awal April lalu kerana paras gula dalam badan terlalu tinggi.
Menurut isteri, Zalina Azman, 40, suaminya yang juga bekas vokalis The Real Spin mula menghidap
penyakit kencing manis sejak tahun 2018 dan tahap kesihatan beliau semakin membimbangkan sejak awal
tahun ini. Difahamkan juga, badan suaminya menjadi lemah dan terlalu kurus kerana kandungan garam
dalam badan menurun akibat hilang selera makan termasuk kurang minum.
"Sekarang suami perlu dipakaikan lampin pakai buang setiap masa dan sejak keluar dari hospital, dia hanya
mampu terlantar dan sering sakit-sakit badan," kata Zalina ketika diziarahi.
Pasangan yang tinggal di Bandar Seremban Selatan ini memikul tanggungjawab membesarkan 2 orang
anak kandung, 3 orang anak tiri dan 2 orang anak saudara yang dibela sejak kecil. Semuanya berusia
antara 9 hingga 20 tahun.
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Unit Khidmat Kesihatan telah menyampaikan
bantuan makanan asas dan wang tunai segera disampaikan oleh Ketua Unit Khidmat Kesihatan, Nor
Hafizah Daud. Bantuan-bantuan lain yang dinilai juga akan disalurkan.

PROGRAM ZIARAH AYAH, IBU PERLU 17 TIN SUSU SEBULAN

Ketika wanita seusianya ada yang sedang selesa berkerjaya dan membina kehidupan keluarga, Siti Salmah Mahmud, 42,
cekal menjaga kedua ibu bapa yang terlantar sakit yang disifatkannya sebagai peluang meraih syurga di akhirat kelak.

Ayahnya, Mahmud Maamor, 80, mempunyai sejarah darah tinggi dan gastrik selain kini menderita penyakit Parkinson dan
strok. Ibunya pula, Aminah Md Sani, 78, mempunyai sejarah kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung serta gastrik dan
yang terbaru patah tulang punggung sejak Julai tahun lalu.

Selain memerlukan jagaan dan perhatian penuh, sebanyak 15 tin susu nutrien diperlukan ayahnya sebagai makanan lengkap
manakala 2 tin susu untuk pesakit diabetes diperlukan untuk ibunya. Difahamkan juga, kedua mereka memerlukan lampin
pakai buang sekurang-kurangnya 1 beg sehari.

Bertindak atas maklumat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Unit Khidmat Kesihatan telah menziarahi Siti
Salmah di kediaman mereka di Taman Jujur dekat sini bagi manyampaikan sumbangan wang tunai dan makanan keperluan
asas. Kedua ibu bapanya yang juga pesara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan dibantu dengan bantuan susu
dan lampin pakai buang secara bulanan melalui amanah zakat. Hadir ziarah ialah pegawai-pegawai unit, Norhafizah Daud
dan Noor Fatihah Osman.

IBU TUNGGAL JAGA IBU AYAH TERLANTAR

Atas faktor kesihatan, ibu tunggal, Noor Hayati Othman, 52, terpaksa berhenti daripada bekerja sebagai operator
pengeluaran di sebuah kilang elektronik di Senawang.
Kini setelah 2 tahun, Noor Hayati perlu memberi perhatian penuh kepada kedua ibu bapanya, masing-masing
berusia 84 dan 73 tahun yang hanya mampu terlantar akibat strok dan sakit tua.
Difahamkan, ibu tunggal yang mempunyai seorang anak orang kurang upaya (OKU) ini bergantung pendapatan
kepada ihsan adik-beradik untuk pembelian lampin pakai buang dan susu bagi keperluan ibu bapanya selain
mendapat bantuan bulanan berjumlah RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui bantuan
warga emas.

Pejabat Agihan Seremban, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bersama-sama Persatuan Cakna Rasa
Sayang (PCRS) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Jasmin telah menziarahi keluarga ini di kediaman
mereka. Hasil ziarah, MAINS akan membantu meringankan beban perbelanjaan lampin pakai buang dan susu
kedua ibu bapa Noor Hayati. Bantuan wang tunai bulanan melalui amanah zakat pula akan disemak mengikut
penilaian kadar had kifayah.
Hadir ziarah ialah Pegawai Baitulmal Seremban, Mohd. Suhaimi Abd. Aziz, Penaung PCRS, Zulkifli Muhamed dan
Timbalan Pengerusi KRT Taman Jasmin, Mohd. Aris Bakar.

PROGRAM ZIARAH REZEKI RAYA, IBU TUNGGAL

"Macam mana pihak tuan boleh tahu keadaan saya dan anak-anak?" kata ibu tunggal, Norsazlima Eldyla, 29
seakan tidak percaya ada pihak yang menyantuni beliau bersama 3 orang anak menjelang Aidilfitri tidak
lama lagi.

Bertindak atas maklumat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Unit Khidmat Kebajikan
telah menziarahi Norsazlima yang tinggal menyewa di Rumah Pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman
Jasmin, Senawang bagi mengambil maklumat keperluan 4 beranak ini dan menyampaikan sumbangan hari
raya berupa wang tunai, daging lembu, barangan makanan asas dan kuih raya.

Difahamkan, Norsazlima sedang dalam peringkat awal memulakan perniagaan kerepek menggunakan modal
yang diperoleh daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) selain kewangannya turut dibantu secara bulanan
oleh adik kandung beliau. Bantuan-bantuan lain daripada MAINS turut akan disalurkan setelah dibuat
penilaian had kifayah.

Sumbangan telah disampaikan Pegawai Agihan Seremban, Mohd. Suhaimi Abd. Aziz. Hadir sama Ketua Unit
Khidmat Kebajikan, Mohd. Zahid Mohammad bersama pegawai-pegawai, Nur Fairusha Remali dan Maizatul
Akma Mohamad.

PROGRAM BANTUAN BANJIR DI FELDA BUKIT ROKAN UTARA

Hujan lebat sejak kira-kira seawal jam 4 pagi menyebabkan 5 buah rumah di Felda Bukit Rokan
Utara dinaiki air hingga ke paras lutut. Unit Khidmat Kebajikan, Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan (MAINS) telah turun dan menyantuni semua mangsa bagi melihat keperluan dan
menyampaikan sedikit sumbangan. Turun ziarah Ketua Wilayah Selatan, Mohd. Azreen Abu Bakar,
Pegawai Agihan Tampin, Mohd. Hisyam Ismail dan Ketua Unit Khidmat Kebajikan Mohamad Zahid
Mohamad.

PROGRAM BANTUAN BANJIR DI FELDA JELAI 4

Sebanyak 70 buah rumah di Felda Jelai 4 terjejas akibat banjir kilat yang bermula seawal jam 4 pagi semalam. Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jelai 4, Jumasri
Rahim berkata, ini adalah banjir kali kedua melanda kawasan tersebut selepas banjir pertama berlaku sebelum Ramadan yang telah menjejaskan 40 buah rumah.
Menurutnya lagi, kejadian dipercayai berpunca daripada limpahan air Sungai Pador yang tidak mampu menampung aliran air daripada hujan lebat.
Seorang penduduk ketika ditemuramah berkata, air naik dengan begitu pantas dan rumahnya tenggelam hingga ke paras pinggang seawal jam 6 pagi.
Bertindak atas maklumat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah turun menyantuni mangsa-mangsa banjir di kawasan terbabit tengah hari tadi dan menyampaikan sumbangan
pek mangsa banjir dengan keseluruhan bantuan berjumlah hampir RM10,000. Sementara itu, bantuan wang tunai dan bantuan-bantuan lain turut akan disalurkan mengikut permohonan
dan keperluan.
Turun menyampaikan bantuan ialah Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Mustafa, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Mokhtar Ahmad, Penyelaras DUN Gemas, Aishah
Othman dan Setiausaha Masjid Felda Jelai 4, Zakaria Ibrahim.

PROGRAM BANTUAN ANAK 3 TAHUN KORBAN KEBAKARAN

Kebakaran sebuah rumah banglo di Kampung Teluk Pelanduk telah mendapat perhatian Majlis Agama Islam
Negeri Sembilan (MAINS) apabila telah turun menyampaikan bantuan .Dalam kebakaran yang berlaku, lebih
90% rumah mangsa, Junaidi Abd. Ghani, 62, musnah dijilat api. Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar
pintas pada pendawaian elektrik rumah.

Beliau yang menghidap penyakit strok hanya sempat menyelamatkan diri. Apa yang menyayat hati, cucu beliau
yang berusia 3 tahun tidak sempat diselamatkan kerana api marak dengan begitu pantas. Difahamkan ketika
kejadian, semua ahli keluarga berada di rumah. Sementara itu, menurut bapa Allahyarham Yusuf Khalish,
jenazah anak beliau akan dikebumikan selepas waktu Asar .

Bagi meringankan beban, bantuan wang tunai segera serta barangan keperluan asas telah disampaikan oleh
Ahli Parlimen Port Dickson, Dato' Seri Anwar Ibrahim diiringi Pegawai MAINS Daerah Port Dickson, Norazlina
Maarof dan Penolong Pegawai Kanan MAINS, Mohd. Zahid Mohammad.

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk M. Ravi dan
Pegawai Daerah Port Dickson, Khairy Maamor. Bantuan-bantuan susulan yang dinilai perlu juga akan disalurkan
dalam masa terdekat.

PROGRAM BANTUAN HIDUP SUSAH ITU REALITI

"Dengan gaji saya seorang sahaja yang bekerja sebelum ini, dapat kami anak-beranak hidup selesa," kata
Hasrol Nizam Mohamad Hasim, 46, antara insan terkesan akibat pandemik COVID-19 yang diberi cuti
tanpa gaji oleh majikan sejak Julai tahun lalu.
"Selama ini saya hanya melihat orang-orang yang hidup susah dalam televisyen, tetapi sekarang saya
sendiri sedang melaluinya," kata beliau ketika ziarah Skuad Gerak Khas (SGK) Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan (MAINS) di kediamannya di Taman Nilai Perdana petang tadi.

Menurutnya, sejak kehilangan punca pendapatan, Hasrol dan isteri ada berusaha mencari pekerjaan lain
namun tidak berjaya atas faktor umur dan kesihatan tambahan Hasrol sendiri menghidap penyakit saraf
dan kencing manis kronik.

Dalam ziarah, Hasrol yang turut menanggung 3 orang anak berusia 11, 12 dan 14 tahun telah menerima
bantuan wang tunai segera dan barangan makanan asas selain akan dipertimbangkan untuk bantuan
bulanan melalui amanah zakat. Bantuan telah disampaikan wakil Ketua SGK MAINS, Mohd. Zahid
Mohammad.

PROGRAM BANTUAN SUAMI MENINGGAL BULAN RAMADHAN, ANAK SAKIT PERNAFASAN

Permergian suami, Allahyarham Suhami Abd. Jalil, 49, pada hari kelapan bulan Ramadan yang lalu akibat ketumbuhan
otak benar-benar memilukan hati isteri, Jeniati Masri, 36, apabila kini perlu membesarkan 3 orang anak yang masih
kecil bersendirian.

Lebih menyukarkan apabila anak bongsu, Aisy Rizq Hans Iman Suhaimi, 2, menderita masalah pernafasan sehinggakan
lehernya terpaksa ditebuk bagi memudahkan anaknya bernafas.
"Perut dia juga terpaksa ditebuk untuk diberi minum susu khas kerana itulah sumber makanan utamanya," kata Jeniati
ketika diziarahi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di kediamannya di Taman PJ Perdana.Menurutnya lagi,
anak bongsunya juga memerlukan sekurang-kurangnya RM700 sebulan untuk menukar sistem peralatan pernafasan
melalui leher dan tahap kesihatannya perlu sentiasa dirujuk pada doktor pakar. Difahamkan, beberapa pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) telah turut menziarahi Jeniati bagi meringankan beban beliau dan anak-anak.

MAINS pula akan menyalurkan bantuan kewangan bulanan dan membantu mengurangkan kos perubatan anak beliau
melalui amanah zakat. Dalam ziarah tadi juga, Jeniati turut menerima sumbangan wang tunai segera dan barangan
keperluan dapur. Sumbangan telah disampaikan Pegawai MAINS Daerah Seremban, Che Som Omar. Hadir sama Ketua
Skuad Gerak Khas MAINS, Mohd. Zahid Mohammad.

PROGRAM BANTUAN SEBULAN TINGGAL BAWAH KHEMAH

Setelah tidak mampu menjelaskan sewaan rumah kedai di kawasan Medan Perniagaan Mambau Utama (MPMU), suami isteri
bersama 4 orang anak kini sudah hampir sebulan hanya mampu meneruskan hidup berteduh di bawah khemah tempat mereka
berniaga."Sejak hari raya ke-4 kami terpaksa tinggal di sini anak-beranak termasuk menguruskan kehidupan seharian seperti
mandi di sinki dan tidur beralaskan tikar dan permaidani nipis ini," kata isteri, Norhidayah Khalid, 30, ketika ziarah Majlis Agama
Islam Negeri Sembilan (MAINS) petang tadi.

"Pada satu malam, ketika hujan lebat, saya ternampak seekor ular sawa betul-betul bersebelahan khemah," tambah
Norhidayah dalam linangan air mata dek memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah dalam darjah 1, 4 dan 5 serta
anak bongsu yang berusia 4 tahun. Bertindak atas maklumat yang dipercayai bermula daripada keprihatinan guru kepada salah
seorang anak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Nyatoh dekat sini, MAINS melalui amanah zakat akan membantu keluarga
ini menjelaskan deposit rumah sewa baharu yang akan diduduki dalam kawasan yang sama. Ketika ziarah, suami tiada di
khemah kerana sedang keluar bekerja sebagai pekerja pembersihan.

MAINS juga telah menyampaikan bantuan wang tunai segera dan barangan keperluan dapur bagi meringankan beban
Norhidayah sekeluarga. Bantuan telah disampaikan Pegawai MAINS Daerah Seremban, Che Som Omar. Hadir sama Ketua Skuad
Gerak Khas MAINS, Mohd. Zahid Mohammad.

PROGRAM BANTUAN 5 BERADIK YATIM PIATU AKIBAT COVID-19

"Selepas ibu ayah tiada, saya ambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga sekarang," kata
Muhammad Haidir Rodzi, 23, anak sulung daripada 5 beradik yang kehilangan ibu dan bapanya akibat
COVID-19 awal bulan ini.

Selain perlu menjaga 4 orang adiknya, Muhammad Hairie Rodzi, 20, Nurhairieka Rodzi, 18, Muhammad
Haiqiel Rodzi, 13 dan Muhammad Khierzamani Rodzi, 7, beliau juga menggalas tugas menjaga nenek,
Faridah Md. Shahar, 74, yang merupakan penerima bantuan bulanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
(MAINS) sejak tahun 2016.

Ketika diziarahi Pejabat Agihan Port Dickson, MAINS, sebaik tamat tempoh kuarantin hari ini, Haidir
berkata, beliau dan adik-beradik telah banyak menerima bantuan dalam bermacam-macam bentuk
daripada pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu-individu dan
masyarakat setempat yang prihatin.

Dalam ziarah tersebut, sumbangan barangan makanan kering telah disampaikan Pegawai Agihan Port
Dickson, Mohd. Hafiz Abu Yazid. Bantuan susulan dalam tempoh sekatan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) 3.0 ini akan turut disalurkan.

PROGRAM BANTUAN ISTERI HAMIL, KOMA DIDERA SUAMI

Seorang isteri yang sedang hamil koma dipukul suami antara kes yang mendapat liputan meluas media
sejak awal bulan lalu.Mangsa, Jahidah Nordin, 43, yang kini hamil 12 minggu itu parah pada kepala
sehingga sebahagian tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta
rusuk retak disyaki dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

Beliau kini sedang berada dan dijaga sepenuhnya di rumah adik, Fauziah Nordin, 38, yang tinggal bersama
suami dan seorang anak di Bandar Sri Sendayan. Fauziah ketika ziarah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
(MAINS) berkata, kakaknya pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah
Aminah (HSA) Johor Bahru namun dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban atas
permintaan keluarga dan nasihat pihak HSA.

MAINS melalui Unit Khidmat Kesihatan yang menziarahi keluarga ini telah mengambil maklumat-
maklumat yang diperlukan dan menyampaikan bantuan wang tunai segera sebagai permulaan. Bantuan-
bantuan lain turut akan disalurkan kemudian berdasarkan keperluan. Bantuan telah disampaikan Pegawai
MAINS Cawangan Seremban 2, Nur Azizah Abdul Aziz bersama pegawai-pegawai Unit Khidmat Kesihatan
MAINS, Norhafizah Daud dan Noor Fathihah Osman.

PROGRAM BANTUAN BEKAS IMAM TERIMA TILAM PESAKIT

Saya reda dengan apa yang Tuhan beri, sedikit pun saya tidak terasa," begitu kata-kata semangat
Jamaludin Abdul Karim, 64, ketika menerima bantuan tilam bagi pesakit strok terlantar daripada
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di kediamannya di Taman Angsamas. "Sejak
kemalangan motosikal pada tahun 2009, isteri dan anak-anaklah yang membantu saya dalam
segala hal," tambah beliau.

Pesara Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang juga bekas imam Masjid Taman Angsamas ini turut
melahirkan rasa berterima kasih dan penghargaan kepada MAINS yang memberikan respon dan
bantuan pantas kepada beliau. Bantuan telah disampaikan wakil-wakil Unit Khidmat Kesihatan
MAINS, Norhafizah Daud dan Noor Fathihah Osman dibantu Ketua Skuad Gerak Khas MAINS,
Mohd. Zahid Mohammad.

Dalam keadaan terlantar, Jamaludin sempat bertanya kepada pegawai-pegawai yang hadir untuk
menunaikan wakaf kepada MAINS secara bulanan melalui potongan pencen beliau.

PROGRAM BANTUAN MESIN OKSIGEN UNTUK ISTERI GURU ALQURAN

Dalam situasi sekarang, saya tidak dapat mengajar al-quran dan tiada pendapatan," kata asnaf
daerah Port Dickson, Ahmad Kamal Jelani, 64.

"Isteri saya menghidap penyakit paru-paru berair tahap 4 dan memerlukan bantuan oksigen
pada kebanyakan masa," tambah beliau.

Ahmad Kamal yang menerima bantuan bulanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
sejak bulan Julai 2016 baru-baru ini telah menghantar permohonan bantuan mesin oksigen
untuk keperluan isteri, Norizan Pandi, 51. Setelah dibuat perkiraan melalui amanah zakat,
mesin oksigen berharga RM3,500 yang diperlukan telah dihantar ke rumah pasangan ini di
Taman D’Pinggiran Kota.

Mesin oksigen telah disampaikan sendiri oleh Pegawai Agihan Port Dickson, Mohd. Hafiz Abu
Yazid

PROGRAM BANTUAN ZIARAH WARGA EMAS TINGGAL DI SURAU LAMA

Mengambil upah sebagai tukang urut, Sulaiman Che Soh, 72, meneruskan hidup seorang diri di sebuah surau lama
di Kampung Stesen dekat sini.Bertindak atas maklumat, Skuad Gerak Khas (SGK) Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan (MAINS) telah menziarahi warga emas ini malam tadi bagi melihat keadaan kehidupan dan keperluan
semasa beliau.

Ziarah yang turut disertai pemilik tanah bangunan surau lama tersebut yang tinggal dalam kawasan yang sama
mendapati telah banyak agensi dan pihak berkuasa tempatan yang telah membantu dan mengambil maklum
perihal kehidupan beliau.Difahamkan juga, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyumbangkan lampu
bertenaga solar bagi memudahkan urusan kehidupan Sulaiman pada sebelah malam.

Bagaimanapun, ziarah SGK MAINS mendapati Sulaiman yang berasal dari Kelantan memilih untuk tinggal sendiri dan
telah selesa di tempat tersebut atas kebenaran tuan punya tanah. SGK MAINS juga sempat menyantuni warga emas
ini dengan juadah makan malam, bantuan makanan asas dan wang tunai segera selain akan turut membantu
dengan bantuan bulanan.

Turun ziarah Ketua SGK MAINS, Mohd. Zahid Mohammad bersama pegawai-pegawai, Amir Syukri Abdul Jalil dan
Muhammad Hazwan Amran.

PROGRAM BANTUAN SKUAD GERAK KHAS(SGK) MAINS SANTUNI GELANDANGAN

Dokumen pengenalan diri, kad-kad bank, ubat-ubatan dan sedikit wang tunai milik seorang penganggur, Mohd. Faiz Raman Abdullah, 49, hilang dilarikan individu tidak dikenali
ketika beliau sedang berehat tidur di stesen bas Terminal 1.
Skuad Gerak Khas (SGK) Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sempat menyantuni Mohd. Faiz selepas beliau selesai membuat laporan polis dengan menyampaikan
sumbangan wang tunai segera bagi kegunaan beliau menguruskan kehidupan dalam masa terdekat. Sumbangan disampaikan Pegawai MAINS Daerah Seremban, Che Som
Omar bersama pegawai-pegawai SGK MAINS, Mohd. Zahid Mohammad dan Amir Syukri Abdul Jalil.

PROGRAM BANTUAN PENYERAHAN TABLET UNTUK KELUARGA ASNAF UNTUK PDPR

PdPR: ASNAF REMBAU TERIMA TABLET
Penyerahan bantuan tablet diteruskan untuk daerah Rembau bermula hari ini sehingga Khamis. Sebagai meringankan
beban ibu bapa daripada golongan asnaf menghadapi sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Majlis
Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan membekalkan 203 unit tablet kepada 192 buah keluarga asnaf daerah ini.
Turut serta dalam agihan ialah Pegawai MAINS Cawangan Rembau, Zaharudin Mat Derus dan Pembantu Agihan
Rembau, Nordasila Aziz.

PdPR: ASNAF JEMPOL TERIMA TABLET
Penyerahan bantuan tablet diteruskan untuk daerah Jempol bermula semalam sehingga Khamis bagi
meringankan beban ibu bapa daripada golongan asnaf menghadapi sesi Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR) dengan jumlah keseluruhan sebanyak 178 unit tablet diagihkan kepada 171 buah keluarga
asnaf daerah ini. Turut serta dalam agihan ialah Pegawai MAINS Daerah Jempol, Junaidi Yahaya, Pegawai
Dakwah Daerah Jempol, Mohammad Zaim Fithri dan Pegawai Agihan Jempol Shazwani Muhammad Nor.

LAPORAN WAKAF

JANUARI-OGOS 2021

LAPORAN LAPORAN LAPORAN
KUTIPAN AGIHAN AKTIVITI
WAKAF WAKAF WAKAF

* LAPORAN HANYA SEHINGGA BULAN OGOS 2021 SAHAJA

KUTIPAN LAPORAN KUTIPAN WAKAF TUNAI
WAKAF JANUARI – OGOS 2020 & 2021

RM 717 RIBU

RM 166
RIBU
2020 RM 353 RM 93 RM 31 RM 14 RM 58 RM 216
2021RIBURIBURIBURIBURIBURIBU

KAUNTER ONLINE BANKING/CDM POTONGAN GAJI TABUNG WAKAF POTONGAN GAJI YWM WAKAF NS MUAMALAT WAKAF AL ABRAR (USIM)

RM 130 RM 1.57 RM 129 RM 25 RM 12 RM 129 RM 182
RIBU JUTA JUTA RIBU RIBU RIBU RIBU

Penurunan Peningkatan Peningkatan Penurunan Penurunan Peningkatan Penurunan
-21.6% 343.8% 38.3% -18.9% -15.2% 123% -15.7%

KUTIPAN

WAKAF

RM 2.2 JUTA

2020 LAPORAN AGIHAN WAKAF TUNAI
JANUARI – OGOS 2020 & 2021

Peningkatan 987%

RM 4,600

RM 50,000

2021

Mains Gerakkan Mains Terima 1710
Pengumpulan Wakaf Wakaf Al-Quran
Manqul Bantu Murid
6 Masjid Rembau Terima
Hadapi Pdpr Wakaf Al-Quran

Program Ceramah:
Kelebihan Amalan-

Amalan Di Bulan
Ramadhan

Felda Raja Alias LAPORAN AKTIVITI 6 Masjid Jelebu Terima
Sumbang Wakaf WAKAF Wakaf Al-Quran
Tunai RM300,000.00
JANUARI-SEPTEMBER 6 Masjid Port Dickson
Sambutan Bulan 2021 Terima Wakaf Al-Quran
Wakaf Negeri
Sembilan Wakaf@projek
Sekolah Menengah
100 Naskhah Al-Quran Di
Wakafkan Untuk Anggota Islam Seremban

Tentera

Program Ceramah: Program Ceramah: Program Ceramah:
Wakaf Di Aidilfitri Wakaf, Teman Ke Urus Harta, Waris
Terbela
Program Ceramah: Syurga
Jangan Selfish, Program Ceramah:
LAPORAN tanggangkah kita?
Bukan Semua Wang AKTIVITI WAKAF
Milik Kita JANUARI-SEPTEMBER 2021 Program Ceramah:
Isu Tanah Wakaf
Program Ceramah: JUMLAH PROGRAM
Pusaka Atau Puaka Mengikut Kanun Tanah
21 Negara

Program Ceramah:
Hibah: Keperluan Dan

Kekangan

Program Ceramah: Program Ceramah:
Pembangunan Wakaf Rebut Pahala Di Bulan Ramadhan

Dulu Vs Kini Sempena Nuzul Al- Quran

MAINS GERAKKAN PENGUMPULAN WAKAF MANQUL BANTU MURID HADAPI PDPR

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sedang menggerakkan usaha mengumpul Wakaf
Manqul (harta alih) dalam usaha membantu meringankan beban ibu bapa dan pelajar kurang
berkemampuan menghadapi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR).

Ketua Bahagian Wakaf MAINS, Ali Mazri Mauludin, berkata pihaknya mengalu-alukan masyarakat
untuk melakukan Wakaf Manqul itu. Beliau berkata Wakaf Manqul dalam konteks PdPR ialah
membabitkan harta yang boleh dipindah alih termasuk komputer riba, tablet atau telefon bimbit
untuk diwakafkan.

MAINS TERIMA 1710 WAKAF AL-QURAN

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) hari ini telah menerima sejumlah 1610 naskhah Al-Quran daripada Yayasan Warisan
Ummah Ikhlas (WUIF) dan 100 naskhah lagi daripada pewakaf individu. Semua naskhah ini akan diedarkan ke surau-surau, masjid
dan madrasah terpilih dalam Negeri Sembilan.

6 MASJID DI DAERAH REMBAU TERIMA WAKAF AL-QURAN

Sebanyak 6 buah masjid dalam daerah Rembau telah menerima 2 kotak mengandungi naskhah Al-Quran daripada
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF). Masjid-masjid tersebut adalah Masjid Qaryah Seberang Paya, Masjid
Qaryah Gadong, Masjid Qaryah Kota, Masjid Qaryah Seri Kendong, Masjid Qaryah Legong Ulu dan Masjid Jamek An-
Nur. Setiap kotak yang diterima mengandungi 7 naskhah al-quran cetakan berbeza beserta 10 naskhah Surah Al-
Kahfi dan Yasin. Proses agihan pagi tadi telah disempurnakan pegawai-pegawai Jabatan Wakaf dan Sumber Am,
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan turut disertai pegawai-pegawai Pejabat Agama Islam Daerah
(PAID) Rembau selain turut mendapat kerjasama wakil ahli jawatankuasa setiap masjid. Difahamkan wakaf Al-Quran
WUIS ini akan diedarkan juga ke daerah-daerah lain dalam Negeri Sembilan.

6 MASJID DI DAERAH JELEBU TERIMA WAKAF AL-QURAN

Sebanyak 6 buah masjid dalam daerah jelebu telah menerima 2 kotak mengandungi naskhah Al-Quran daripada Yayasan
Warisan Ummah Ikhlas (WUIF). Masjid-masjid tersebut adalah Masjid Jamek Kuala Klawang, Masjid Qaryah Chennah,
Masjid Qaryah Puom, Masjid Qaryah Seperi, Masjid Qaryah Felda Titi dan Masjid Qaryah Sungai Rotan. Setiap kotak yang
diterima mengandungi 7 naskhah al-quran cetakan berbeza beserta 10 naskhah Surah Al-Kahfi dan Yasin. Proses agihan
pagi tadi telah disempurnakan pegawai-pegawai Jabatan Wakaf dan Sumber Am, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
(MAINS) dan turut disertai pegawai-pegawai Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Jelebu selain turut mendapat
kerjasama wakil ahli jawatankuasa setiap masjid. Difahamkan wakaf Al-Quran WUIS ini akan diedarkan juga ke daerah-
daerah lain dalam Negeri Sembilan.

6 MASJID DI DAERAH PORT DICKSON TERIMA WAKAF AL-QURAN

Sebanyak 6 buah masjid dalam daerah ini masing-masing telah menerima 2 kotak mengandungi naskhah Al-Quran daripada Yayasan Warisan Ummah
Ikhlas (WUIF). Masjid-masjid tersebut adalah Masjid Jamek Dato' Haji Abdullah Sijang, Masjid Qaryah Chuah, Masjid Kampung Sawah, Masjid Qaryah
Kampung Janging, Masjid Qaryah Kampung Jimah Lama dan Masjid Qaryah Kampung Jimah Baru termasuk Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Port
Dickson. Setiap kotak yang diterima mengandungi 7 naskhah Al-Quran cetakan berbeza beserta 10 naskhah Surah Al-Kahfi dan Yasin. Proses agihan pagi
tadi telah disempurnakan pegawai-pegawai Jabatan Wakaf dan Sumber Am, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan turut mendapat
kerjasama wakil ahli jawatankuasa setiap masjid.

100 NAFKAH AL-QURAN DIWAKAFKAN UNTUK ANGGOTA TENTERA WAKAF@PROJEK SEKOLAH MENENGAH ISLAM SEREMBAN

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Jabatan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Wakaf telah menyumbang 100 naskhah al-quran untuk kegunaan (MAINS) melalui Jabatan Wakaf telah
anggota tentera di Kem Rasahpada 26 Mac 2021. Sumbangan melancarkan Projek Sekolah Menengah
wakaf berjumlah RM7,000 tersebut adalah bagi memenuhi Islam Seremban dengan menyeru orang
keperluan Markas Staf Stesen Seremban dalam program Cepat ramai berwakaf bagi projek tersebut.
Baca Quran (CBQ) yang dilaksanakan di peringkat kem tersebut.

Majlis penyerahan dan akad wakaf telah disempurnakan Ketua Jabatan Wakaf dan Sumber Am,
MAINS, Ust. Zainal Said disaksikan sama Penyelia Kanan Agama, Markas Staf Stesen Seremban,
Mohd. Affendi Mohd. Rashid bersama pegawai-pegawai wakaf MAINS.

SAMBUTAN BULAN WAKAF NEGERI SEMBILAN

Pelancaran bulan Ramadan kali ini sebagai Bulan Wakaf Negeri Sembilan Tahun 2021 telah disempurnakan Pengerusi Majlis
Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato' Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir bertempat di Dewan Aras 4, Menara MAINS
tengah hari tadi. Pelancaran bulan ini selaras dengan pelancaran Bulan Wakaf Kebangsaan yang telah dirasmikan Perdana
Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin pagi tadi yang disiarkan melalui saluran TV AlHijrah dalam slot
Assalamualaikum dengan kerjasama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Kenanga
Investor Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat.
Majlis seumpamanya adalah pertama kali diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahaman umat Islam tentang
kepentingan ibadah wakaf dan menggalakkan amalan tersebut melalui produk-produk wakaf yang disediakan di MAINS.

Program telah dimulakan dengan slot ceramah 'Bahagia Dunia Akhirat' yang menonjolkan beberapa penceramah selebriti
dimulakan oleh Prof. Madya Dato' Dr. Mohd. Izhar Ariff, Pensyarah Kanan Fiqh Fatwa, Pusat Kajian Syariah, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Simbolik pelancaran telah disempurnakan Dato' Dr. Abdul Aziz diiringi Setiausaha MAINS, Ahmad
Husaini Dato' Mustafa dan Ketua Jabatan Wakaf dan Sumber Am, Zainal Said. Dalam majlis yang sama, penyampaian al-quran
wakaf daripada Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) kepada masjid-masjid dalam daerah Seremban juga telah
disempurnakan.
Hadir sama dalam majlis ialah Ketua Peneroka Felda Raja Alias, Karip Salleh, wakil WUIF, Maslinda Esak, Ketua Jabatan Khidmat
Pengurusan, Mohamad Idris Ramli dan Ketua Jabatan Zakat, Dato' Nor Azmi Musa.

SAMBUTAN BULAN WAKAF NEGERI SEMBILAN

BAHAGIA DUNIA AKHIRAT
Sempena Bulan Wakaf Negeri Sembilan Tahun 2021, siri kedua program ceramah 'Bahagia Dunia Akhirat' telah diadakan
di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Rembau pagi tadi dengan kehadiran 150 orang kakitangan anggota polis dan kerajaan
Negeri Sembilan. Ceramah bertajuk Kelebihan Amalan Dalam Bulan Ramadan telah disampaikan penceramah bebas
yang tidak asing di negeri ini, Maulana Abdullah Amir. Hadir sama dalam majlis ialah Ketua Polis Daerah Rembau, DSP
Hazri Mohamad dan Ketua Jabatan Wakaf dan Sumber Am, MAINS, Zainal Said.

TANGGANGKAH KITA?
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, yang juga Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
(MAINS) telah turun merasmikan Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan siri ke-6 2021
bertempat di Dewan Aras 9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan pagi tadi. Mengiringi beliau ialah
Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Dato' Mustafa bersama Ketua Jabatan Wakaf dan Sumber Am, MAINS, Zainal
Said. Lebih 80 anggota yang hadir telah disajikan dengan ceramah bertajuk 'Tanggangkah Kita?' disampaikan
oleh Kaunselor Kanan MAINS, Wan Aminuddin Wan Abdullah.


Click to View FlipBook Version