SAMBUTAN BULAN WAKAF NEGERI SEMBILAN
HIBAH: KEPERLUAN & KEKANGAN
Ketua Polis Daerah Tampin, Supt. Anuwal Ab. Wahab telah merasmikan Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan Peringkat Negeri
Sembilan siri ke-8 tahun ini bertempat di Dewan Kompleks Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin pagi tadi.
Mengiringi beliau ialah Ketua Jabatan Wakaf dan Sumber Am, MAINS, Zainal Said. Lebih 80 orang anggota yang hadir telah
disajikan dengan ceramah bertajuk 'Hibah: Keperluan & Kekangan' yang telah disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Peguam
Syarie Negeri Sembilan, Dato' Hanif Hassan. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Supt. Ahmad Pilus Zainal
dan Ketua Wilayah Selatan, MAINS, Mohd. Azreen Abu Bakar.
PEMBANGUNAN WAKAF: DAHULU DAN KINI
sempena Bulan Wakaf Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan siri ke-10 telah berlangsung di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai
pagi tadi dengan membincangkan topik 'Pembangunan Wakaf: Dahulu dan Kini' disampaikan oleh Pengarah Yayasan Universiti
Multimedia, Dr. Ridzwan Bakar. Program yang telah dihadiri lebih 80 orang anggota polis turut diserikan dengan gimik
pelancaran bulan jelajah wakaf tersebut yang telah disempurnakan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab
Rahman, diiringi Timbalan Ketua Polis Daerah, Mat Ghani Lateh.Turut hadir Ketua Jabatan Wakaf dan Sumber Am, Majlis
Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Zainal Said. Dalam majlis yang sama Superintendan Mohd. Fazley juga telah
mengambil kesempatan melaksanakan wakaf tunai melalui potongan gaji bulanan. Sempena sambutan Bulan Wakaf
Kebangsaan ini, MAINS menawarkan cenderamata berupa pemacau pena atau 'pendrive' berkapasiti 32 gigabait (GB).
SAMBUTAN BULAN WAKAF NEGERI SEMBILAN
'WAKAF: TEMAN KE SYURGA.’
Siri program Bahagia Dunia Akhirat sempena Bulan Wakaf Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan telah singgah di Ibu Pejabat
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Seremban 2 pagi tadi dengan ceramah disampaikan bekas finalis
program realiti Pencetus Ummah musim ke-4, Raihan Husni atau lebih dikenali sebagai PU Raihan bertajuk 'Wakaf: Teman ke
Syurga.’
Program telah dihadiri lebih 40 orang anggota dan kaunter-kaunter perkhidmatan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
turut dibuka dengan menawarkan perkhidmatan pengiraan zakat, potongan gaji zakat dan wakaf serta khidmat nasihat kaunseling.
Seusai ceramah, sebanyak 5 soalan kuiz beserta hadiah berupa hamper telah ditawarkan buat anggota yang hadir. Hadir sama
Pengarah JBPM Negeri Sembilan, Hamdan Ali dan Ketua Jabatan Wakaf dan Sumber Am, MAINS, Zainal Said.