Buku Pengurusan SKJAP 2022 2
SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
4
1 Kata Alu-Aluan Guru Besar
6
2 11 Anjakan Untuk Tranformasi Sistem Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 7
7
3 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia 8
11
4 6 Aspirasi Murid 14
17
5 Program Transformasi Sekolah (TS25) 17
18
6 Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) 18
19
7 Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 20
8 Visi & Misi KPM
9 Motto & Slogan Sekolah
10 Budaya Sekolah & Piagam Pelanggan
11 Lagu Sekolah
12 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
13 Profesion Perguruan
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 3
14 Tatasusila Profesion Perguruan 22
15 Peraturan – peraturan Sekolah Untuk Guru 25
16 Cuti 33
17 Prosedur Ketidakhadira Murid 36
18 Pelan Sekolah sesi 2022/2023 42
19 Panduan Kawad Kecemasan 43
20 Pelan Laluan Kawad Kecemasan 46
21 Takwim Persekolahan 48
22 Pengurusan Pentadbiran 64
23 Pengurusan Kurikulum 81
24 Pengurusan Hal Ehwal Murid 97
25 Pengurusan Kokurikulum 108
26 Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi 129
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 4
Kata Alu-Aluan
GURU BESAR
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan izin-Nya jua, kita masih diberi kesempatan dan
dianugerahi peluang menggalas tugas mulia sebagai pendidik. Semoga kita semua akan terus
istiqamah menyumbang keringat dengan idea bagi meneruskan kecemerlangan SKJAP yang
disayangi ini. In Shaa Allah.
Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Buku
Pengurusan & Takwim Persekolahan 2022 yang diketuai PK Kokurikulum kerana Berjaya
menyempurnakan buku ini dengan begitu baik. Semoga buku ini dapat dijadikan sebagai garis
panduan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih efisyen, efektif dan
berfokus sepanjang sesi 2022 / 2023 disamping MY SG yang dikeluarkan oleh KPM.
Pendidikan Negara telah diuji dengan begitu hebat sekali sepanjang sesi 2021 dan 2020 akibat
Covid-19. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah Berjaya mengharungi cabaran PdP
dan PdPR, namun begitu isu yang perlu diberikan perhatian ialah masalah murid-murid yang
tertinggal dalam PdP. Keprihatinan KPM melalui KPM Perkasaku diharap dapat membantu
mengatasi masalah murid yang ketinggalan ini seterusnya merapatkan jurang tahap penguasaan
murid.
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 5
Sama-sama kita doakan agar sesi 2022 / 2022 ini akan menjadi tahun gemilang buat SKJAP
bukan sahaja dalam bidang akademik dan kokurikulum tetapi lebih penting lagi ialah sahsiah dan
keperibadian yang terpuji. Pengalaman sepanjang sesi 2021 kita jadikan sebagai landasan untuk
bergerak lebih maju dalam usaha menjana potensi murid SKJAP ke arah lebih optimum.
Sehubungan dengan itu, diharapkan buku pengurusan ini dapat membantu guru-guru membuat
perancangan dan menyediakan program-program khusus merangkumi aktiviti akademik,
kokurikulum dan sahsiah sepanjang tahun 2022.
Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa guru-guru dapat berganding bahu mengembleng
tenaga dalam memastikan SKJAP terus cemerlang menjayakan visi dan misi Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Sekian, terima Kasih.
ROZALINA BINTI RAZALI
GURU BESAR
SK JALAN AIR PANAS
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 6
11 ANJAKAN UNTUK TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 7
ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
ENAM CIRI UTAMA YANG DIPERLUKAN OLEH SETIAP MURID UNTUK BERUPAYA BERSAING
PADA PERINGKAT GLOBAL
(PIE-3K)
Setiap murid akan mempunyai PIE3K sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 8
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25)
APA ITU PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25)?
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti, mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan
serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan, disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan, guru
yang kompeten dan beraspirasi tinggi, serta komitmen ibu bapa dan komuniti yang padu.
OBJEKTIF TS25
i. Mengaplikasi kansep dan amalan terbaik pangajaran dan pembelajaran (PdP);
ii. Membangunkan kepakaran dalaman KPM melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada pembimbing kepimpinan dan pedagogi dalam kalangan pensyarah
Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai
Jabatan Pendidikan Negara (JPN), pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua
dan Guru Besar (PGB) serta Guru Penolong harlan (GPK), School Improvement
Partners Plus (SIPartners+) dan School Improvement Specialist Coaches Plus
(SISC+); dan
iii. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan
suasana biiik darjah dan sekokah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif
dan berkesan, pengurusan sekolah yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian
murid.
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 9
KONSEP TS25 (PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH)
MATLAMAT TS25
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 10
AKTIVITI PAK 21
CIRI-CIRI MURID PAK 21
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 11
KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)
Definasi PLC
PLC ialah singkatan kepada program professional learning communities. PLC
merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai
usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. PLC akan menjadi simbol
usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta
membantu sekolah meningkatkan pencapaian.
Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited
dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan
untuk mencapaiprestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka. (Rosenholtz, 1989; Little &
McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006)
Prinsip Asas PLC
i. Memastikan pembelajaran murid.
ii. Budaya kolaboratif.
iii. Fokus kepada pencapaian.
Strategi PLC
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 12
1. Dialog Reflektif:
2. Fokus Secara Kolektif Terhadap Pembelajaran Murid:
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 13
3. Kolaboratif:
4. Norma Dan Nilai Dikongsi Bersama:
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 14
PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH ( PPSR )
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 15
PENGURUSAN PENTAKSIRAN SEKOLAH
PELAKSANAAN PBD
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022
16
JADUAL PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN
Tahap Tafsiran
Penguasaan
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau
1 memberi respons terhadap perkara asas
2 Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang
dipelajari dalam bentuk komunikasi
3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran
atau tugasan pada suatu situasi
4 Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran atau
tugasan iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik
Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran atau
5 tugasan pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik
dan sistematik serta tekal dan bersikap positif
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk
6 digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif,
kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022
17
VISI KPM
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera
MISI KPM
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi
memenuhi aspirasi negara
MOTTO SEKOLAH
Kejayaan Melalui Pendidikan
SLOGAN SEKOLAH
“ Hendak seribu daya, Mahu seribu cara “
BUDAYA SEKOLAH
Menjiwai amalan membaca
Semangat sepasukan teras kejayaan
Keceriaan fizikal dan mental amalan kita
Keharmonian perhubungan dikalangan warga sekolah
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022
18
PIAGAM PELANGGAN
1. Memastikan pendidikan yang berkualiti selaras dengan perkembangan IT dan MSC
2. Menentukan pelajar memiliki akhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni sejagat
3. Memberi layanan yang mesra dan prihatin terhadap masalah pelajar
4. Memastikan setiap arahan Jabatan dan Kementerian Pendidikan dipatuhi dan
dilaksanakan dengan sempurna
5. Memupuk suasana harmoni di kalangan pelajar, kakitangan sekolah, ibu bapa dan
masyarakat
LAGU SEKOLAH
Belajar kita bersama-sama
Agar jadi orang berguna
Berpandukan rukun negara
Mencapai cita mulia
Bersopan santun berjiwa suci
Begitulah amalan kami
Kejayaan dicari bersama
Itu ikrar kami
SK Jalan Air Panas
Kami belajar dan bermain
Sama kawan dan teman
Menghormati guru dan ibu bapa
Amanah, rajin dan berdikari
Menimba ilmu dengan panduan guru
Berusaha dengan tekun
Pasti kejayaan dicapai
Megahnya sekolahku
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022
19
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
MATLAMAT
“Matlamat Pendidikan Kebangsaan ialah supaya setiap pelajar dapat menyesuaikan
diri kepada keadaan dan persekitaran, dapat berfungsi secara berkesan dan produktif
terhadap kemajuan diri, perpaduan rakyat dan terhadap proses permodenan dan
perindustrian negara.
Matlamat ini dicirikan dengan kategori perkembangan diri yang ditujukan kepada :Kerohanian,
pemikiran dan penakulan, kesejahteraan diri, kemahiran hidup, rekreasi, daya rasa, daya kreatif,
daya cipta dan sikap positif Orientasi masyarakat ditujukan kepada :
Kemahiran berinteraksi, politik, perpaduan negara, sosiobudaya dan alam
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022
20
OBJEKTIF
➢ Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersepadu
➢ Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera
➢ Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara
➢ Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
PROFESION PERGURUAN
IKRAR GURU
Bahawasanya Kami Guru Malaysia dengan ini berikrar:
➢ Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami dan menyatakan keyakinan kami pada
cita-cita murni pekerjaan kami
➢ Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan negara kami
➢ Kami sentiasa menjunjung perlembagaan negara kami dan mengamalkan prinsip-prinsip
Rukun Negara pada setiap masa
IKRAR PENJAWAT AWAM
Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa
semasa dan selagi kami berkhidmat dengan kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan
teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami:
➢ Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan
➢ Bekerja dengan penuh tanggungjawab
➢ Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
➢ Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
➢ Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
➢ Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara
➢ Berpegang teguh kepada ajaran agama
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 21
LAGU KAMI GURU MALAYSIA
Kami Guru Malaysia
Berikrar Dan Berjanji
Mendidik Dan Memimpin
Putra Putri Negara Kita
Pada Seri Paduka
Kami Tumpahkan Setia
Rukun Negara Kita
Panduan Hidup Kami Semua
Di Bidang Pembangunan
Kami Tetap Bersama
Membantu, Membina
Negara Yang Tercinta
Amanah Yang Diberi
Kami Tak Persiakan
Apa Yang Kami Janji
Tunai Tetap Kami Tunaikan
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022
22
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN
Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan
berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha ke arah menuju kebenaran dan ke arah
pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan
perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami
kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman
dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai
panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang
setinggi-tingginya.
1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID
i. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid kami daripada hal-
hal lain.
ii. Bersikap adil terhadap setiap murid tanpa mengira faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
iii. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya.
iv. Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam darjah sendiri atau
dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa
sebarang bayaran.
v. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada murid.
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022
23
vi. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
penyelidikan, lawatan, dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan atau
seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA
i. Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka.
ii. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara
institusi pendidikan dengan rumahtangga.
iii. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai
keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak
akan membocorkan kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
iv. Memberikan maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka
dan menggunakan maklumat yang diterima oleh ibubapa secara teliti dan
bijaksana.
v. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau mempengaruhi oleh kedudukan
sosial dan ekonomi ibubapa murid.
3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
i. Mengelakkan daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan murid, masyarakat dan Negara ataupun yang bertentangan
dengan Rukun Negara.
ii. Memupuk dalam diri setiap murid sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua
dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022
24
iii. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
iv. Menggalakkan kerjasama dan kesefahaman antara guru dengan ibubapa,
institusi pendidikan dengan masyarakat.
v. Memberikan sumbangan cergas meninggikan kehidupan moral, kebudayaan
dan kecendikiawan masyarakat.
vi. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat
dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
i. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang
boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan murid atau
ibubapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang
guru.
ii. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai guru.
iii. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin
dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan
ikhtisas dan sosial.
iv. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutama mereka yang
baru dalam profesion perguruan.
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022
25
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH UNTUK GURU
1. KEDATANGAN GURU
1.1 WAKTU BERTUGAS
1.1.1 Ketepatan masa adalah penting bagi guru. Oleh itu semua guru harus berada
di sekolah 10 minit lebih awal daripada waktu persekolahan bermula.
(Pekeliling Bilangan 2/1981 adalah berkaitan).
1.1.2 Waktu bertugas guru adalah mengikut sesi persekolahan semasa.
1.1.3 Adalah menjadi tanggungjawab guru yang lewat datang ke sekolah
menghubungi sekolah terlebih dahulu untuk memaklumkan kelewatan beliau
dan perlulah berjumpa dengan Guru Besar atau Penolong-Penolong Kanan
(atas ketiadaan Guru Besar) bagi menjelaskan sebab kelewatan sebaik
sahaja tiba di sekolah.
1.1.4 Guru hendaklah mengetik kad perakam waktu yang terletak di pejabat. Guru
tidak dibenarkan berbuat demikian bagi pihak guru lain.
1.1.5 Semua guru wajib hadir dalam semua kegiatan sekolah.
1.2 TIDAK HADIR BERTUGAS
1.2.1 Guru yang tidak hadir bertugas hendaklah berusaha untuk memaklumkan
kepada Guru Besar atau Penolong-Penolong Kanan sebelum sekolah bermula.
1.2.2 Surat cuti sakit hendaklah diserahkan kepada Guru Besar atau Penolong-
Penolong Kanan dengan tanpa diperingatkan untuk berbuat demikian
sekembalinya guru ke sekolah untuk bertugas pada keesokkan harinya atau
dalam tempoh 3 hari untuk yang bercuti sakit panjang. Guru boleh dianggap
tidak hadir bertugas sekiranya tidak menyerahkan surat cuti sakit tersebut.
1.2.3 Guru boleh memohon Cuti Rehat Khas yang diperuntukan sebanyak 7 hari
dalam setahun. Namun demikian, cuti tersebut bukannya hak guru dan akan
luput jika tidak digunakan dalam sesuatu tahun. Guru Besar adalah diberi
kuasa meluluskan cuti ini bersesuaian dengan sebab-sebab yang dinyatakan
dalam Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Bil 8 Tahun 2017
bertarikh 3/9/87 dan Bil 2/91 bertarikh 12/2/91
.
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022
26
1.3 MENINGGALKAN TUGAS/KAWASAN SEKOLAH
1.3.1 Guru mestilah memaklumkan kepada Guru Besar atau Penolong-Penolong
Kanan dan mendapatkan kebenaran sekiranya terpaksa meninggalkan kelas.
Guru perlu mencatatkan butiran pergerakannya ke dalam Buku Kebenaran
Meninggalkan Kawasan Sekolah sekiranya berbuat demikian.
2. PAKAIAN DAN RUPA DIRI GURU
2.1 Guru hendaklah sentiasa berpakaian kemas semasa bertugas. Guru lelaki adalah
digalakkan memakai tali leher dan berkemeja lengan pendek/panjang dengan tanpa
digulung. Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek. Seluar jeans tidak dibenarkan
semasa bertugas dan aktiviti kokurikulum.
2.2 Guru perempuan perlulah memakai pakaian yang sopan dan tidak mengganggu
tumpuan.
2.3 Semua guru perlu memakai tag nama pada setiap masa.
3. PERHIMPUNAN DAN BERSURAI
3.1 PERHIMPUNAN UMUM
3.1.1 Perhimpunan Umum adalah di bawah kelolaan Penyelaras Perhimpunan
dengan dibantu oleh Guru Bertugas Mingguan.
3.1.2 Perhimpunan adalah Upacara Rasmi Sekolah yang penting. Semua guru mesti
hadir pada setiap kali perhimpunan ini diadakan dengan rupa diri dan pakaian
yang kemas seperti di para (2).
3.2 PERHIMPUNAN SEBELUM MASUK KELAS
3.2.1 Sebelum masuk ke kelas, semua murid dan guru mestilah berhimpun di
dewan supaya tidak ketinggalan mendengar apa-apa maklumat yang
disampaikan.
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022
27
3.3 WAKTU BERSURAI
3.3.1 SEMASA DI DALAM KELAS
i. Pastikan murid bergerak dengan tertib dan beratur keluar dari kelas.
ii. Pastikan keadaan kelas bersih dan teratur serta lampu dan kipas
dimatikan suisnya.
iii. Guru merupakan orang yang terakhir meninggalkan kelasnya.
3.3.2 SEMASA DI PADANG PERMAINAN
i. Pastikan segala peralatan sukan/permainan telah dipulangkan ke
stor dan disimpan dengan sempurna.
ii. Pastikan murid bergerak tertib dan beratur berdua meninggalkan
padang permainan.
iii. Guru hendaklah mengiringi murid sehingga keluar padang.
4. GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN
4.1 Guru Bertugas hendaklah menjalankan tugasnya seperti yang ditetapkan oleh
peraturan sekolah.
4.2 Guru perlulah hadir bertugas 30 minit lebih awal dan pulang 30 minit lebih lewat
daripada waktu persekolahan.
4.3 Murid-murid yang sakit dan perlukan rawatan kecemasan di hospital hendaklah dirujuk
kepada guru bertugas. Guru bertugas adalah bertanggungjawab berkenaan urusan
ini :
i. Menghubungi ibubapa/penjaga murid.
ii. Mengurus dan menghantar murid ke hospital. Sebelum balik guru bertugas
hendaklah menulis Buku Laporan. Butir-butir berikut hendaklah ditulis dalam
buku.
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022
28
5. BUKU REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
5.1 Buku RPP hendaklah berada bersama guru pada setiap masa.
5.2 Semua butiran yang diperlukan hendaklah diisi dengan lengkap.
5.3 Guru haruslah bersedia untuk menyerahkan buku tersebut kepada Guru Besar atau
wakil atau pegawai-pegawai daripada JPN/Kementerian Pendidikan apabila diminta
untuk berbuat demikian pada bila-bila masa
6. MENGGANTIKAN GURU YANG TIDAK HADIR BERTUGAS
6.1 Guru Besar boleh mengarahkan mana-mana guru menggantikan mana-mana kelas
yang gurunya tidak hadir bertugas. (Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 adalah berkaitan)
6.2 Guru yang menggantikan hendaklah meneruskan PdPc seperti biasa dan menyemak
segala kerja murid yang diberi.
7. JADUAL KEDATANGAN MURID
7.1 Jadual tersebut hendaklah lengkap diisi seperti arahan yang terkandung di dalamnya.
Sila rujuk kepada GPK HEM sekiranya menghadapi masalah.
7.2 Kedatangan murid hendaklah direkodkan pada setiap hari tidak melewati waktu
pertama persekolahan serta dihantar kembali ke pejabat tidak melewati waktu kedua.
Guru sama sekali tidak dibenarkan membawa balik jadual ini.
7.3 Guru diingatkan tidak mendapatkan bantuan murid untuk mengisi/menulis jadual ini.
Sekiranya guru kelas tidak hadir, maka guru kedua kelas tersebut ( mentor ) adalah
bertanggungjawab merekod kedatangan murid.
8. MURID TIDAK HADIR
8.1 Jika terdapat murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut tanpa sebab, guru
kelas hendaklah memaklumkan kepada GPK HEM dan seterunya menelefon atau
menghantar Surat Makluman Tidak Hadir ke sekolah kepada ibubapa/penjaga murid
berkenaan.
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022
29
8.2 Guru kelas hendaklah menghubungi ibubapa/penjaga sekiranya didapati muridnya
kerap tidak hadir ke sekolah. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan gejala ponteng
sekolah tanpa pengetahuan ibubapa/penjaga.
8.3 Murid yang tidak hadir perlu mengemukan surat daripada ibubapa/penjaga mereka
menyatakan sebab tidak hadir atau Surat Cuti Sakit daripada doktor.
9. WAKTU MENGAJAR GURU
9.1 Guru perlu menepati masa masuk ke dalam kelas tanpa perlu diingatkan oleh murid.
9.2 Guru dilarang duduk di kerusi guru, atau meja guru/murid semasa PdPc berjalan.
9.3 Semasa murid membuat latihan guru tidak dibenarkan duduk di meja guru tetapi
sebaliknya perlulah mengawasi murid menjalankan aktiviti mereka.
9.4 Guru tidak seharusnya meninggalkan kelas tanpa pengawasan atau berbual-bual
dengan orang lain.
9.5 Pelawat yang ingin berjumpa guru perlu mendapat kebenaran daripada Guru Besar
terlebih dahulu.
9.6 Penggunaan BBM memberi kesan yang baik dalam proses P&P.
10. HUKUMAN TERHADAP MURID
10.1 Hanya Guru Besar sahaja yang boleh mengenakan hukuman ke atas murid. Guru boleh
merujuk kesalahan yang dianggap serius kepada Guru Besar/GPK HEM.
11. PERTUKARAN KELAS
11.1 Guru sesuatu pelajaran yang menggunakan bilik khas perlulah menjemput murid dari
kelas mereka.
11.2 Murid tidak dibenarkan memasuki bilik khas tanpa pengawasan guru.
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022
30
12. LATIHAN BERTULIS UNTUK MURID
12.1 Berikan latihan bertulis yang mencukupi.
12.2 Semua kerja murid perlu disemak dengan teliti.
12.3 Guru perlu menunjukkan kesilapan yang dilakukan murid dan meminta mereka
membuat pembetulan.
12.4 Galakkan murid menyimpan buku nota kecil untuk mencatat senarai kerja rumah yang
diberikan oleh guru.
12.5 Guru perlu membantu murid yang lemah sementara murid lain membuat latihan
mereka.
12.6 Ibubapa/penjaga juga digalakkan menyemak buku latihan murid dan
menandatanganinya.
12.7 GB/PK juga akan turut menyemak dari masa ke semasa
13. PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
13.1 Guru dan murid haruslah berpakaian sesuai.
13.2 Keselamatan murid haruslah diutamakan dan menjadi tanggungjawab guru. Murid
yang sakit/tidak sihat hendaklah dikecualikan daripada aktiviti.
13.3 Guru adalah bertanggungjawab mengambil dan memulangkan peralatan PJ.
13.4 Guru mestilah menjemput muridnya dari kelas untuk dibawa ke padang.
14. BBM DAN CARTA
14.1 Guru digalakkan membuat BBM dan carta supaya bersesuaian dengan tahap
pencapaian muridnya.
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022
31
14.2 Sebagai persediaan murid, guru digalakkan mempamerkan BBM/carta seminggu
lebih awal untuk sesuatu pelajaran baru.
15. BUTIRAN DIRI MURID
15.1 Segala butiran diri murid adalah SULIT. (APDM)
16. TANGGUNGJAWAB GURU WAKTU KOKURIKULUM
16.1 Semua guru perlu terlibat dalam kegiatan kokurikulum yang dijalankan pada masa
yang ditetapkan.
16.2 Guru adalah bertanggungjawab terhadap murid yang di bawah penyeliaannya dan
berada bersama murid pada setiap masa.
16.3 Hari Kokurikulum adalah hari bekerja dan mana-mana guru tidak dapat hadir
perlulah memberikan sebab.
16.4 Kebenaran penyertaan murid dalam sebarang bidang perlulah diperolehi daripada
ibubapa/penjaga.
16.5 Laporan kedatangan murid, guru, aktiviti ataupun berlakunya perkara lain perlu
dicatat dalam Buku Laporan Aktiviti.
16.6 Sebarang bentuk kutipan wang mestilah dengan kebenaran Guru Besar terlebih
dahulu.
17. PENTAKSIRAN
17.1 Pentaksiran adalah aktiviti rasmi sekolah. Dengan ini ianya perlu dikendalikan dengan
baik dan lancar. (Rujuk Perancangan Pentaksiran dan Penilaian Sekolah)
18. LAWATAN SAMBIL BELAJAR
18.1 Untuk tujuan ini, kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga murid perlulah
diperolehi berserta dengan kebenaran daripada Jabatan Pendidikan sekiranya
berkaitan.
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022
32
19. KEBERSIHAN SEKOLAH
19.1 Kebersihan sekolah dan kawasannya adalah tanggungjawab semua. Bilik darjah
mestilah selalu berada dalam keadaan kemas dan ceria kerana ianya dapat
membantu suasana PdPc. Murid hendaklah dilatih sentiasa mengamalkan sikap
bersih mental dan fizikal. Murid boleh dilatih menjaga kebersihan kelas secara
bergilir-gilir.
20. LARANGAN MEROKOK
20.1 Sekolah adalah kawasan Larangan Merokok.
21. LATIHAN KECEMASAN/KEBAKARAN
21.1 Peraturan dalam menghadapi keadaan kecemasan/kebakaran seperti yang terdapat
dalam Peraturan Kecemasan/Kebakaran hendaklah sentiasa dipatuhi. Latihan
menghadapi keadaan ini akan dijalankan dari masa ke semasa tanpa makluman awal
kepada guru atau murid.
22. SIARAN/PEKELILING EDARAN SEKOLAH/JABATAN/KEMENTERIAN
22.1 Segala siaran di atas akan dipamerkan di papan maklumat di dalam Bilik Guru.
Semua guru harus peka terhadap maklumat yang dipamerkan.
23. PERINTAH AM KERAJAAN
23.1 Guru adalah kakitangan kerajaan dan adalah tertakluk kepada Perintah Am Kerajaan.
Tindakan disiplin juga boleh dikenakan kepada guru yang didapati melanggar
Perintah Am Kerajaan.
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 33
CUTI
1. CUTI PENGGAL
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP)0046.SJ/A(30) bertarikh 24
Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti
rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga
daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas
mengajar.
2. CUTI SAKIT
2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut
hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam
setahun.
2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus
akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk
menentukan pembayaran gaji.
3. CUTI TANPA GAJI
3.1 Mengikut Perintah Am Bab C – Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak.
3.2 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan
tetapi tidak melebihi 180 hari.
3.3 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4
tahun.
3.4 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh
Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan
Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 34
4. CUTI KELUAR NEGERI
4.1 Semua guru yang hendak keluar bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan
daripada Jabatan. Sila isikan borang permohonan ke Jabatan Negeri 10 minggu
sebelum tarikh mula bercuti.
5. CUTI REHAT KHAS
5.1 Cuti rehat khas adalah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
5.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan
upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.
5.3 Garis panduan pemberian Cuti Rehat Khas adalah seperti berikut :
5.3.1 Menziarahi *ahli keluarga atau saudara mara rapat yang sakit tenat atau
kematian *ahli keluarga yang rapat kepada guru itu. “Ahli keluarga” ertinya
suami atau isteri dan anak-anak guru itu. “Ahli keluarga yang rapat” ertinya
ibubapa, adik-beradik, mentua, datuk dan nenek suami isteri. Cuti tanpa
rekod juga boleh dibenarkan kepada penjawat awam untuk urusan kematian
ibubapa mentua, anak angkat yang sah mulai 1 Julai 2015.
5.3.2 Menyertai upacara atau perayaan agama yang dianuti oleh seseorang guru
itu.
5.3.3 Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti
kebakaran, banjir dan sebagainya.
5.3.4 Menunaikan fardhu haji, sekiranya tempoh selama 40 hari seperti mana yang
telah ditetapkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 tahun 1984 tidak
mencukupi.
5.3.5 Kursus suaikenal bagi kursus luar kampus.
5.3.6 Majlis konvokesyen bagi guru-guru atau anak-anak mereka.
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 35
5.3.7 Menghadiri temuduga kenaikan pangkat atau perlantikan dalam
Perkhidmatan Pendidikan yang diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Perkhidmatan Awam atau
Jabatan Pendidikan Negeri.
5.3.8 Perkahwinan guru-guru atau anak-anak mereka.
5.3.9 Menghantar “ahli keluarga” atau “ahli keluarga rapat” menunaikan fardhu
haji.
5.3.10 Mendaftar anak ke Institusi Pengajian Tinggi/Sekolah Berasrama Penuh.
6. CUTI UNTUK MENGHADIRI PEPERIKSAAN
6.1 Kebenaran diberikan dengan syarat guru berkenaan telah mendapat kebenaran secara
bertulis daripada Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk
mengikuti pengajian tersebut.
7. LAIN-LAIN TEMUJANJI
7.1 Temujanji dengan doktor hendaklah seboleh-bolehnya dibuat di luar waktu bertugas
atau pada masa cuti sekolah.
7.2 Jika tidak dapat dielakkan dan temujanji dengan doktor terpaksa dibuat pada waktu
bertugas, guru berkenaan hendaklah kembali bertugas sebaik sahaja selesai
temujanji jika waktu persekolahan belum berakhir. Guru berkenaan juga dikehendaki
menyerahkan ‘’time slip” pada hari yang sama.
7.3 Guru perlu menyelaras jadual waktu PdPc dan menyediakan bahan untuk kelas.
7.4 Sebarang temujanji lain hendaklah dibuat di luar waktu bertugas
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022
36
SURAT PEKELILING PROSEDUR KETIDAKHADIRAN MURID
Merujuk perkara di atas, tuan/puan diminta mengenal pasti sebab-sebab mengapa murid
tidak hadir atau enggan hadir ke sekolah. Kadang-kadang murid tidak hadir tanpa
pengetahuan ibubapa/penjaga. Justeru itu pihak sekolah bertanggungjawab untuk
menghubungi mereka secara bertulis dan/atau melalui telefon (dengan catatan panggilan
itu di dalam Buku Kedatangan/kelas tuan/puan
1. Tuan/puan diminta mengambil langkah-langkah berikut sekiranya murid tidak hadir.
i. Memastikan semua murid yang tidak hadir memberikan surat doktor atau surat
pemberitahuan ibubapa/penjaga dengan tandatangan yang sah untuk tempoh masa
murid itu tidak hadir. Murid yang tidak hadir selama 2 hari tanpa surat doktor datang
berjumpa dengan Guru Besar (kecuali ada bukti-bukti yang nyata, ketidakhadiran
murid itu ada sebab munasabah yang kuat.)
ii. Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk murid yang
belum datang ke sekolah selama 3 hari, atau pada hari kelima murid tidak hadir
sekiranya murid tidak hadir ke sekolah selama 10 hari bukan secara berturut-turut
tanpa surat.
iii. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar BERDAFTAR (sila catat Berdaftar pada
sampul surat). Jika murid belum datang atau belum menghubungi sekolah 7 hari
selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga
sekiranya murid telah 20 hari tidak hadir bukan secara berturut-turut.
iv. Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar melalui BERDAFTAR AKUAN
PENERIMA sekiranya tiada apa-apa komunikasi 7 hari selepas surat amaran kedua.
Sila gunakan surat amaran kedua tetapi tukarkan Kedua kepada Terakhir dan garis.
“Nama anak tuan/puan akan dibuang sekolah dengan dakwat merah”.
v. Selepas tempoh dua minggu dari penghantaran Surat Amaran Terakhir murid boleh
dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibubapa/penjaga murid telah
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022
37
dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar. Murid tidak boleh
diterima balik selepas itu tanpa merujukkannya kepada Guru Besar.
2. Surat-surat berkenaan boleh didapati di pejabat sekolah. Tuan/puan
diminta mengisikan surat ini di pejabat secara online dan memastikan
penghantarannya.
3. Semua tindakan yang telah diambil hendaklah dicatat di ruang berkenaan pada
tarikh surat arahan dihantar dengan catatan AK : Arahan Kedua, AT : Arahan
terakhir dan BS : Buang Sekolah untuk rujukan seterusnya.
4. Semua surat doktor, surat daripada ibubapa/penjaga dan surat keluar kawasan
sekolah hendaklah disimpan dengan baik di dalam fail yang dibekalkan kepada
guru kelas pada awal sesi akademik. Sila pastikan nama, kelas dan tarikh tidak
hadir tercatat dalam surat-surat. Sila susun surat, ikut tarikh dan bulan
bersama-sama untuk kemudahan rujukan apabila perlu.
5. Untuk makluman tuan/puan, murid yang balik dengan kebenaran/kenyataan
sebelum masa ketiga dianggap tidak hadir. Yang keluar sekolah untuk mewakili
sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu.
6. Penghantaran surat-surat adalah seperti berikut :-
Surat Tarikh Tidak Hadir ( P ) Hari Tidak Hadir ( P )
Amaran Pertama Berturut-turut Bukan Berturut-turut
Amaran Kedua Pada hari ke-3
Pada hari ke-10
Amaran Terakhir 7 hari selepasa Amaran 10 hari selepas Amaran Pertama
Pertama
Buang Sekolah 20 hari selepas Amaran Kedua
7 hari selepas Amaran
Jumlah Hari Tidak Kedua 20 hari selepas Amaran Terakhir
Hadir
14 hari selepas Amaran
Terakhir
31 hari 60 hari bukan berturut-turut
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 38
SURAT PEKELILING IKHTISAS JPWP BIL: 4/89
Tindakan Murid-murid Ponteng Sekolah
Kegiatan ponteng sekolah merupakan salahlaku disiplin yang tinggi peratusnya berbanding jenis salahlaku lain.
Salahlaku ponteng sekolah perlulah diberikan perhatian yang berat oleh sekolah kerana ianya lebih mudah membawa
murid berkenaan terperangkap dengan sesuatu yang lebih buruk dan yang sangat ditakuti ialah salahlaku penagihan
dadah.
Kebanyakkan ibubapa/penjaga kurang peka tentang kegiatan ponteng sekolah. Walaubagaimanapun, ada juga dalam
kalangan ibubapa/penjaga yang menyetujui perbuatan ponteng sekolah dengan kerelaan mereka atas sebab-sebab
tertentu. Oleh itu, satu tatacara tindak ikut yang selaras dan tidak bertentangan dengan Peraturan-peraturan
Pelajaran (Akta Sekolah) 1957 dan Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan guru.
Panduan tatacara tindak ikut kes ponteng sekolah yang boleh diambil oleh Guru Besar seperti berikut :
i. Ponteng berterusan
Apabila seorang murid didapati tidak hadir ke sekolah selama 2 hari berturut-turut tanpa sebab, maka
tindakan berikut mestilah diambil :
a) Surat Peringatan dan Amaran Pertama hendaklah dihantar kepada penjaga berkenaan untuk meminta
penjelasan dan keterangan sebab-sebab anak mereka tidak hadir ke sekolah.
b) Surat Peringatan dan Amaran Kedua dikeluarkan sekiranya ibubapa/penjaga tidak memberikan
sebarang reaksi dalam tempoh 7 hari setelah surat amaran pertama dihantar.
c) Surat Peringatan dan Amaran Ketiga dikeluarkan sekiranya ibubapa/penjaga tidak memberi sebarang
reaksi dalam tempoh 7 hari setelah surat amaran kedua dihantar.
d) Tindakan Disiplin ‘Buang Sekolah’
Setelah semua langkah (a) dan (b) diambil dan ibubapa/penjaga masih tidak memberikan sebarang
reaksi dalam tempoh 7 hari dari surat amaran ketiga dikeluarkan, maka Pengetua/Guru Besar
bolehlah mengambil tindakan disiplin ‘Buang Sekolah’ ke atas murid berkenaan.
Satu surat khas yang menerangkan tindakan disiplin ini hendaklah dihantar kepada
ibubapa/penjaga.
ii. Ponteng Berkala
a) Surat Peringatan dan Amaran Pertama dikeluarkan dan dihantar kepada ibubapa/penjaga apabila
didapati anak mereka tidak hadir ke sekolah selama 2 hari berturut-turut tanpa sebab.
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 39
b) Surat Peringatan dan Amaran Kedua dikeluarkan dan dihantar kepada ibubapa/penjaga berkenaan
apabila didapati anak mereka ponteng sekolah sebanyak 15 hari selepas langkah (a) diambil tindakan.
c) Surat Peringatan dan Amaran Ketiga dikeluarkan dan dihantar kepada ibubapa/penjaga berkenaan
apabila didapati anak mereka ponteng sekolah sebanyak 15 hari selepas langkah (a) dan (b) diambil
tindakan.
d) Tindakan Disiplin ‘Gantung Sekolah’ : Langkah ini diambil apabila didapati seorang murid itu ponteng
sekolah sebanyak 15 hari selepas langkah (a) dan (b) diambil tindakan ini hendaklah dihantar kepada
ibubapa/penjaga berkenaan.
e) Tidak dibenarkan mengambil peperiksaan UPSR atas nama sekolah. Tindakan ini diambil apabila
didapati jumlah hari ponteng sekolah seorang murid itu sebanyak 62 hari selepas semua langkah (a),
(b), (c), dan (d) telah dilakukan.
f) Tindakan Disiplin ‘Buang Sekolah’. Langkah ini hanya boleh diambil ke atas seorang murid itu setelah
pihak sekolah mengambil semua langkah-langkah (a), (b), (c), (d), dan (e) diambil menjadikan bilangan
hari ponteng sebanyak 77 hari.
Untuk makluman dan ingatan, pihak sekolah perlulah memastikan bahawa murid-murid ponteng
telah diberikan ruang masa yang cukup dan pertolongan. Pihak sekolah hendaklah berusaha
membantu murid-murid menganalisa punca-punca yang menyebabkan mereka ponteng sekolah.
Setelah semua usaha dan pertolongan dilaksanakan, maka tindakan disiplin untuk buang sekolah
bolehlah dipertimbangkan.
g) Surat Peringatan dan Amaran Kedua dikeluarkan sekiranya ibubapa/penjaga tidak memberikan
sebarang reaksi dalam tempoh 7 hari setelah surat amaran pertama dihantar.
h) Surat Peringatan dan Amaran Ketiga dikeluarkan sekiranya ibubapa/penjaga tidak memberi sebarang
reaksi dalam tempoh 7 hari setelah surat amaran kedua dihantar.
iii. Tindakan Disiplin ‘Buang Sekolah’
a. Setelah semua langkah (a) dan (b) diambil dan ibubapa/penjaga masih tidak memberikan sebarang
reaksi dalam tempoh 7 hari dari surat amaran ketiga dikeluarkan, maka Pengetua/Guru Besar
bolehlah mengambil tindakan disiplin ‘Buang Sekolah’ ke atas murid berkenaan. Satu surat khas yang
menerangkan tindakan disiplin ini hendaklah dihantar kepada ibubapa/penjaga
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 40
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 41
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022
PELAN SEK
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN AI
2Z 2U
42
KOLAH 2022
IR PANAS, 53200 KUALA LUMPUR
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 43
PANDUAN KAWAD KECEMASAN
LOCENG KECEMASAN 1
1. SITUASI YANG BERKAITAN
i. Situasi yang berkaitan dengan loceng kecemasan 1 ialah kebakaran kecil, kebakaran besar, kebocoran
gas dan semua situasi yang memerlukan warga sekolah meninggalkan bengunan dan berkumpul di
tempat terbuka.
2. MEMBUNYIKAN LOCENG ISYARAT
i. Sesiapa yang ternampak situasi berkaitan hendaklah memberitahu pihak pejabat dengan segera
supaya loceng kecemasan 1 dibunyikan secepat mungkin
ii. Loceng kecemasan 1 iaitu bunyi loceng elektrik yang berterusan selama 2 minit akan dibunyikan oleh
pihak di pejabat. Apabila bekalan elektrik terputus, isyarat akan dibunyikan melalui healer, wisel dan
alat yang bersesuaian serta dibunyikan oleh pihak yang berada di pejabat.
3. MENGOSONGKAN BANGUNAN
i. Apabila loceng kecemasan 1 dibunyikan, Guru semasa hendaklah memberi arahan kepada murid untuk
bertenang dan tidak panik. Seterusnya, Guru semasa akan memberi arahan kepada murid untuk
keluar dari bangunan dalam keadaan teratur. Pastikan suis kipas dan lampu ditutup. Pintu dan tingkap
tidak perlu ditutup. Murid dari setiap kelas hendaklah disusun dalam dua barisan barisan dan kemudian
meninggalkan bilik itu mengikut laluan yang ditentukan di dalam Pelan Laluan Kecemasan. Murid perlu
meninggalkan beg dan semua barang di dalam kelas.
ii. Semasa bergerak, murid hendaklah senyap, tidak terburu-buru, tidak berlari atau memotong barisan.
Guru semasa akan mengiringi murid dan membawa mereka keluar bersama-sama ke tempat
berkumpul terdekat berdasarkan Pelan Laluan Kecemasan.
iii. Murid yang sedang mengadakan Pendidikan Jasmani di padang atau gelanggang sekolah hendaklah
berkumpul dan bergerak ke tempat berkumpul terdekat berdasarkan Pelan Laluan Kecemasan.
iv. GPK perlu mengambil Beg Kecemasan dan meletakkan Jadual Kedatangan Murid ke dalam beg
tersebut. Guru Besar pula perlu membawa Jadual Guru Ganti manakala Ketua Pembantu Tadbir
membawa punch card kakitangan. Pihak pentadbir akan bergerak ke tempat berkumpul yang
ditetapkan iaitu Guru Besar (Tempat Berkumpul 1), GPK 1 (Tempat Berkumpul 2), GPK 2 (Tempat
Berkumpul 1), GPK 3 (Tempat Berkumpul 3) dan Ketua Pembantu Tadbir (Tempat berkumpul 1). Jika
GPK tidak hadir maka kakitangan di pejabat akan membawa Beg Kecemasan tersebut atas arahan Guru
Besar.
v. Guru yang tidak terlibat dengan kelas, kakitangan dan pekerja yang lain juga hendaklah keluar dari
bangunan dan bergerak ke tempat berkumpul terdekat berdasarkan Pelan Laluan Kecemasan.
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 44
vi. Sekiranya ada murid yang tidak berada dalam bilik darjah semasa loceng kecemasan 1 dibunyikan,
Guru semasa hendaklah mengenalpasti murid tersebut dan melaporkan kepada AJK Kecemasan di
temopat berkumpul. Guru semasa tidak perlu menunggu murid tersebut balik ke kelas tetapi
sebaliknya terus membawa murid lain ke tempat berkumpul.
vii. Murid yang tidak berada di dalam bilik darjah semasa loceng kecemasan 1 dibunyikan, hendaklah terus
bergerak ke tempat berkumpul terdekat dengan segera, kemudian melapirkan diri kepada AJk
Keselamatan terlibat.
viii. Warga sekolah tidak dibenarkan memasuki semula bangunan untuk mengambil barang ataupun
mencari mana-mana individu kecuali mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau Agensi
Kecemasan.
4. KECEMASAN PADA WAKTU REHAT
i. Jilka isyarat kecemasan 1 dibunyikan pada waktu rehat, warga sekolah yang berada di kantin
hendaklah berhenti makan dan bergerak ke Tempat Berkumpul 2 segera.
5. TEMPAT BERKUMPUL
i. Kawasan yang telah ditetapkan sebagai Tempat Berkumpul adalaj berdasarkan tempat yang terdekat
semasa loceng kecemasan 1 dibunyikan. Jikan hari hujan, Tempat Berkumpul 1 adalah di dewan
Perdana, manakala Tmpat Berkumpul 2 dan 3 adalah di kantin.
6. LALUAN YANG HARUS DIIKUTI
i. Warga sekolah perlu mengikut laluan yang terdapat di dalam Pelan Laluan Kecemasan untuk
mengelakkan kesesakan semasa meninggalkan bilik dan menuruni tangga.
7. PANNGILAN BARIS
i. Setalah murid sampai di tempat berkumpul,panggilan baris akan dilakukan. Guru semasa akan
memanggil nama murid berdasarkan senarai kahadiran di dalam Buku Kedatangan Murid. Kemudian,
Guru semasa akan melaporkan status panngilan baris murid kepada AJK KECEMASAN (KETUA
KESELAMATAN BLOK) yang boleh dikenali melalui vest keselamatan.
ii. AJK Kecemasan perlu memakai vest keselamatan yang terdapat di dalam Beg Kecemasan untuk mudah
dikenali. AJK kecemawsan akan mencatatkan status panggilan baris murid, senarai guru, kakitangan
dan pekerja yang berada di Tmpat Berkumpul. Kemudian, AJK kecemasan akan melaporkan kepada
KETUA TEMPAT BERKUMPUL ( GPK terlibat)
laporan yang berkaitan.
iii. Ketua Tempat Berkumpul akan melaporkan kepada KETUA KECEMASAN ( GURU BESAR ) status panggilan
baris murid, senarai guru, kakitangan dan pekerja yang berada di Tempat Berkumpul. Kemudian, Guru
Besar akan melaporkan kepada Pihak Agensi Bomba dan Agensi Kecemasan laporan yang berkaitan.
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 45
8. MEMASUKI SEMULA BANGUNAN
i. Loceng kecemasan 1 iaitu bunyi loceng elektrik yang berterusan selama 2 minit akan dibunyikan
oleh pihak di pejabat menandakan keadaan selamat dan warga sekolah dibenarkan memasuki semula
bangunan.
ii. Guru semasa akan mengiringi murid dan membawa mereka balik ke kelas berdasarkan laluan Pelan
Laluan Kecemasan.
LOCENG KECEMASAN 2
9. SITUASI YANG BERKAITAN
i. Situasi yang berkaitan dengan loceng kebakaran 2 ialah serangan serangga berbisa, haiwan
berbahaya dan semua situasi yang memerlukan warga sekolah tidak meninggalkan bangunan dan
berada di tempat tertutup.
10. MEMBUNYIKAN LOCENG ISYARAT
i. Sesiapa yang ternampak situasi berkaitan hendaklah memberitahu pihak pejabat dengan segera
supaya loceng kecemasan 2 dibunyikan secepat mungkin.
ii. Isyarat kecemasan iaitu bunyi loceng elektrik yang berselang-seli selama 2 minit akan dibunyikan
oleh pihak di pejabat. Apabila bekalan elektrik terputus, isyarat adalah melalui healer, wisel dan alat
yang bersesuaian serta dibunyikan oleh pihak yang berada di pejabat.
11. BERADA DI DALAM BANGUNAN
i. Apabila loceng kecemasan 2 dibunyikan, Guru semasa hendaklah memberi arahan kepasa murid untuk
bertenang dan tidak panik. Seterusnya, Guru semasa akan memberi arahan kepada murid untuk
menutup pintu serta tingkap bilik darjah atau bilik yang terlibat. Murid hendaklah berada di dalam
keadaan senyap dan tidak dibenarkan untuk meninggalkan bilik tersebut.
ii. Murid yang sedang mengadakan Pendidikan Jasmani di padang atau gelanggang sekolah hendaklah
berhenti dan berkumpul di hadapan guru mereka. Guru semasa perlu membawa murid bergerak
masuk ke dalam bilik yang terdekat.
iii. Guru yang tidak terlibat dengan kelas, kakitangan dan pekerja yang lain juga hendaklah berada di
dalam bilik yang berdekatan.
iv. Sekiranya ada murid yang tidak berada di dalam bilik darjah demasa loceng kecemasan 2 dibunyikan,
Guru semasa hendaklah mengenalpasti murid tersebut dan melaporkan kepada pihak pejabat jika
murid tersebut masih tidak pulang selepas 10 minit.
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 46
v. Warga sekolah tidak dibenarkan meninggalkan bangunan kecuali mendapat kebenaran daripada Guru
Besar atau Agensi Kecemasan.
12. KECEMASAN PADA WAKTU REHAT
i. Jika isyarat kecemasan 2 dibunyikan pada waktu rehat, warga sekolah yang berada di kantin
hendaklah meneruskan aktiviti seperti biasa dan tidak meninggalkan kantin.
13. MEMASUKI SEMULA BANGUNAN
i. Loceng kecemasan 2 iaitu bunyi loceng elektrik yang berselang selu selama 2 minit alan dibunyikan
oleh pihak di pejabat menandakan keadaan selamat dan warga sekolah dibenarkan meninggalkan
bangunan.
2Z 2U
Kantin
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 47
PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2022/2023 (WP KUALA LUMPUR)
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 48
PENGGAL PERTAMA AKHIR JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU
PERSEKOLAHAN PENGGAL 1 03 Jun 2022 49 11
MULA
21 Mac 2022
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 AKHIR JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU
MULA 12 Jun 2022 9 1
04 Jun 2022
PENGGAL KEDUA AKHIR JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU
PERSEKOLAHAN PENGGAL 2 02 September 2022 58 12
MULA
13 Jun 2022
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 AKHIR JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU
MULA 11 September 2022 9 1
03 September 2022
PENGGAL KETIGA AKHIR JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU
PERSEKOLAHAN PENGGAL 3 09 Disember 2022 60 13
MULA
12 September 2022
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 3 AKHIR JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU
MULA 31 Disember 2022 22 3
12 Disember 2022
PERSEKOLAHAN PENGGAL 3 (sambungan)
MULA AKHIR JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU
31 7
03 Januari 2023 17 Februari 2023
CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN 2022/2023
MULA AKHIR JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU
23 3
18 Februari 2023 12 Mac 2023
JUMLAH MINGGU PERSEKOLAHAN : 43 MINGGU JUMLAH HARI PERSEKOLAHAN : 198 HARI
“Kejayaan Melalui Pendidikan”
Buku Pengurusan SKJAP 2022 49
CUTI PERAYAAN & CUTI AM BAGI TAHUN MAC 2022 – MAC 2023
WP KUALA LUMPUR
JENIS CUTI TARIKH MULA TARIKH AKHIR JUMLAH HARI
1
Tahun Baharu 2023 01 Januari 2023 01 Januari 2023 2
(Sabtu) (Sabtu) 1
Thaipusam 2023 5
Hari Wilayah 05 Februari 2023 06 Februari 2023 1
(Ahad) (Isnin) 2
Persekutuan 2023 6
Tahun Baharu Cina 2023 01 Februari 2023 01 Februari 2023 2
(Rabu) (Rabu) 1
Nuzul Al-Quran 2022 2
20 Januari 2023 24 Januari 2023 1
Hari Pekerja 2022 (Jumaat) (Selasa) 1
1
Hari Raya Aidilfitri 2022 19 April 2022 19 April 2022 2
(Selasa) (Selasa) 5
Hari Wesak 2022 2
Hari Keputeraan YDPA 01 Mei 2022 02 Mei 2022
(Ahad) (Isnin)
2022
Hari Raya Aidiladha 03 Mei 2022 08 Mei 2022
(Selasa) (Ahad)
2022
Awal Muharam 15 Mei 2022 16 Mei 2022
(Ma’al Hijrah) 2022 (Ahad) (Isnin)
Hari Kebangsaan
Ke-65, 2022 06 Jun 2022 06 Jun 2022
Hari Malaysia 2022 (Isnin) (Isnin)
Maulidur Rasul 2022 10 Julai 2022 11 Julai 2022
(Ahad) (Isnin)
Deepavali 2022
30 Julai 2022 30 Julai 2022
Krismas 2022 (Sabtu) (Sabtu)
31 Ogos 2022 31 Ogos 2022
(Rabu) (Rabu)
16 September 2022 16 September 2022
(Jumaat) (Jumaat)
09 Oktober 2022 10 Oktober 2022
(Ahad) (Isnin)
22 Oktober 2022 26 Oktober 2022
(Sabtu) (Rabu)
25 Disember 2022 26 Disember 2022
(Ahad) (Isnin)
“Kejayaan Melalui Pendidikan”